1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.BZ 2 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.BZ 3 00:00:08,758 --> 00:00:10,510 Ini tempoh yang menarik. 4 00:00:15,598 --> 00:00:17,475 Terus terang cakap, 5 00:00:17,976 --> 00:00:20,979 persembahan yang saya rancang sangatlah berbeza. 6 00:00:21,646 --> 00:00:23,231 Ya, sangat-sangat berbeza. 7 00:00:23,314 --> 00:00:27,777 Sebenarnya, semasa saya rancang persembahan di Washington, D.C., 8 00:00:27,861 --> 00:00:31,948 hubungan saya dengan Rumah Putih berbeza pada masa itu. 9 00:00:33,033 --> 00:00:34,951 Saya rancang set yang berbeza. 10 00:00:35,035 --> 00:00:37,996 Saya nak buat lawak tentang main bola pikel. 11 00:00:38,913 --> 00:00:42,250 Tapi, itulah. Hidup ini tak dapat dijangka. 12 00:00:43,293 --> 00:00:45,879 Bagi yang tak tahu ceritanya, 13 00:00:46,629 --> 00:00:48,882 saya akan cuba ceritakan. 14 00:00:49,883 --> 00:00:53,428 Saya jadi pengacara Anugerah Grammy. 15 00:00:59,601 --> 00:01:02,479 Pengalaman itu sangat menyeronokkan. 16 00:01:02,562 --> 00:01:04,105 Sebelum keadaan berubah. 17 00:01:05,523 --> 00:01:10,111 Selepas habis tugas mengacara, saya bergegas balik ke Pantai Timur 18 00:01:10,195 --> 00:01:12,072 untuk buat persembahan. 19 00:01:12,572 --> 00:01:15,909 Saya matikan Wi-Fi semasa dalam perjalanan. 20 00:01:15,992 --> 00:01:16,993 Saya nak berehat. 21 00:01:18,286 --> 00:01:20,330 Saya mendarat di Boston. 22 00:01:21,122 --> 00:01:24,459 Saya mula-mula tahu hidup saya dah berubah 23 00:01:25,960 --> 00:01:28,671 semasa orang lalu di sebelah saya dalam pesawat 24 00:01:29,172 --> 00:01:31,591 ketika saya kemas beg komputer riba. 25 00:01:31,674 --> 00:01:35,386 Dia pegang bahu saya dan kata, "Lawan, Trevor. 26 00:01:36,971 --> 00:01:38,598 Awak boleh. Lawan. 27 00:01:38,681 --> 00:01:40,266 Ayuh. Awak boleh." 28 00:01:40,892 --> 00:01:43,228 Saya nampak terkial-kial sangatkah? 29 00:01:46,314 --> 00:01:47,649 Di lapangan terbang, 30 00:01:47,732 --> 00:01:50,068 ramai yang tunjuk tanda "bagus". 31 00:01:50,151 --> 00:01:53,071 Macam nak kata, "Ayuh, awak boleh." 32 00:01:53,154 --> 00:01:54,823 "Hei, selamat berjaya!" 33 00:01:54,906 --> 00:01:57,450 Tapi orang kulit Hitam tak nak pandang saya. 34 00:02:01,955 --> 00:02:03,706 Saya hidupkan telefon. 35 00:02:03,790 --> 00:02:07,544 Saya ingat telefon saya dah rosak 36 00:02:07,627 --> 00:02:10,171 sebab ia mula bergetar sebelum ikon muncul. 37 00:02:10,255 --> 00:02:12,507 Muncul saja logo Apple, telefon terus… 38 00:02:14,259 --> 00:02:16,970 Saya peliklah. Notifikasi masuk bertubi-tubi. 39 00:02:17,053 --> 00:02:20,807 Takkanlah Michael Jackson mati lagi? Apa dah jadi sebenarnya? 40 00:02:20,890 --> 00:02:24,018 Semua aplikasi macam dah gila. 41 00:02:24,102 --> 00:02:25,353 Tak kiralah iMessage… 42 00:02:25,937 --> 00:02:26,813 WhatsApp… 43 00:02:27,397 --> 00:02:28,815 Twitter… Instagram… 44 00:02:28,898 --> 00:02:31,776 Uber Eats pun nak menyibuk. "Ada berita menarik." 45 00:02:34,904 --> 00:02:36,156 Saya pun mula baca. 46 00:02:36,239 --> 00:02:39,742 Semua orang yang saya kenal mesej saya. 47 00:02:39,826 --> 00:02:42,245 Daripada cikgu tadika dan seterusnya. 48 00:02:42,328 --> 00:02:43,913 "Trevor, awak okey?" 49 00:02:43,997 --> 00:02:45,790 "Trevor, mana awak? Dah baca?" 50 00:02:45,874 --> 00:02:47,375 "Trevor, telefon saya!" 51 00:02:47,458 --> 00:02:50,253 "Jangan telefon." "Telefon." "Trevor, apa jadi?" 52 00:02:50,336 --> 00:02:51,171 "Dah baca?" 53 00:02:51,254 --> 00:02:54,340 Ada seorang kata, "Dah baca apa Trump cakap?" 54 00:02:54,424 --> 00:02:56,676 Saya fikir, "Trump cakap apa? 55 00:02:56,759 --> 00:02:59,137 Apa pula Trump cakap kali ini? 56 00:02:59,220 --> 00:03:02,807 Biar aku baca. Trump cakap apa? Tentang aku?" 57 00:03:05,560 --> 00:03:09,230 Apabila kena batang hidung sendiri, memang tak seronok rasanya. 58 00:03:13,193 --> 00:03:14,694 Memang gila. Saya… 59 00:03:15,612 --> 00:03:18,823 Saya pengacara The Daily Show selama tujuh tahun. 60 00:03:21,492 --> 00:03:25,246 Kami buat liputan berita dan politik Amerika selama itu. 61 00:03:25,330 --> 00:03:26,497 Itulah konsepnya. 62 00:03:27,081 --> 00:03:30,752 Sepanjang tempoh itu, Donald Trump sentiasa jadi berita. 63 00:03:30,835 --> 00:03:34,047 Saya tunggu saja dia cakap sesuatu tentang saya. 64 00:03:34,130 --> 00:03:36,257 Dia tak cakap, jadi saya legalah. 65 00:03:36,883 --> 00:03:38,676 Saya tinggalkan The Daily Show 66 00:03:39,177 --> 00:03:42,347 dan relaks macam orang bodoh dalam filem seram. 67 00:03:44,307 --> 00:03:46,893 Saya jadi pengacara Anugerah Grammy. 68 00:03:46,976 --> 00:03:50,605 Saya fikir, "Seronoknya. Ini rancangan muzik. Lebih santai." 69 00:03:51,272 --> 00:03:53,691 Rupa-rupanya, presiden tonton Grammy. 70 00:03:54,984 --> 00:03:56,569 Dia bengang. 71 00:03:56,653 --> 00:03:58,029 Tersangat bengang. 72 00:03:58,112 --> 00:03:59,197 Betul. 73 00:03:59,280 --> 00:04:02,784 Dia tulis hantaran panjang berjela 74 00:04:03,284 --> 00:04:06,162 dalam bentuk ulasan Google 75 00:04:07,288 --> 00:04:09,040 tentang persembahan saya. 76 00:04:10,667 --> 00:04:12,502 Bukan komen ringkas. 77 00:04:12,585 --> 00:04:14,128 Tapi panjang… 78 00:04:14,212 --> 00:04:18,132 Biar saya bacakan semuanya supaya tak tersalah sebut. 79 00:04:18,216 --> 00:04:19,342 Saya akan bacakan… 80 00:04:20,176 --> 00:04:25,223 Ini yang keluar semasa saya cari nama saya dan nama dia. 81 00:04:26,224 --> 00:04:28,184 Ini komen di Truth Social 82 00:04:28,685 --> 00:04:31,896 daripada @realDonaldTrump. 83 00:04:32,939 --> 00:04:35,525 Donald Trump pemilik Truth Social. 84 00:04:35,608 --> 00:04:38,444 Pelik jugalah dia tak dapat akaun @DonaldTrump. 85 00:04:39,445 --> 00:04:42,949 Orang lain dapat, jadi dia mengalah dan tambah 'real'. 86 00:04:44,284 --> 00:04:47,578 Apa-apa pun, ini mesejnya. 87 00:04:48,705 --> 00:04:52,417 "Anugerah Grammy memang paling TERUK!" 88 00:04:53,042 --> 00:04:55,461 Saya jerit kalau semuanya huruf besar. 89 00:04:55,545 --> 00:04:58,172 Saya nak anda rasa perasaan yang saya alami. 90 00:04:59,632 --> 00:05:01,217 "Hampir 100% sampah." 91 00:05:01,301 --> 00:05:02,552 Jadi, ada yang okey. 92 00:05:02,635 --> 00:05:06,889 "Nasib baik CBS tak perlu lagi cemarkan salurannya dengan sampah ini. 93 00:05:06,973 --> 00:05:10,810 "Pengacaranya, Trevor Noah, walau sesiapa pun orangnya…" 94 00:05:14,480 --> 00:05:15,857 Boleh tahan biadab. 95 00:05:19,569 --> 00:05:24,866 Saya tahu dia nak buat-buat tak kenal, tapi caranya tak betul. 96 00:05:24,949 --> 00:05:28,661 Dia tak boleh kata, "Pengacaranya, Trevor Noah, 97 00:05:29,162 --> 00:05:30,955 walau sesiapa pun orangnya…" 98 00:05:32,957 --> 00:05:35,043 Sebab memang betullah itu saya. 99 00:05:37,211 --> 00:05:39,130 Dia nak perkecilkan saya, 100 00:05:39,213 --> 00:05:43,801 tapi dia sebut nama penuh saya dan kerja saya pada malam itu. 101 00:05:43,885 --> 00:05:45,386 Mana boleh perkecilkan 102 00:05:45,470 --> 00:05:48,348 dan buat tak kenal sambil perkenalkan saya. 103 00:05:48,431 --> 00:05:50,600 Bukan begitu caranya. 104 00:05:52,352 --> 00:05:54,854 "Walau sesiapa pun orangnya." 105 00:05:54,937 --> 00:05:56,814 Orang itu sayalah. 106 00:05:57,565 --> 00:06:00,818 Tak ada orang lain lagi. "Sesiapa" itu sayalah. 107 00:06:00,902 --> 00:06:05,531 "Trevor Noah, pengacara. Nombor Keselamatan Sosial 4576728135. 108 00:06:05,615 --> 00:06:08,368 "Walau sesiapa pun orangnya." Tak, itu sayalah. 109 00:06:09,619 --> 00:06:12,580 Pelik. Kita tak cakap begitu kalau kenal orang itu. 110 00:06:12,663 --> 00:06:13,623 "Walau sesiapa…" 111 00:06:13,706 --> 00:06:16,793 Kita cakap begitu kalau orang luar masuk kampung kita 112 00:06:16,876 --> 00:06:18,211 dan tiduri anak dara kita. 113 00:06:18,294 --> 00:06:19,921 Barulah boleh cakap begitu. 114 00:06:20,004 --> 00:06:23,758 "Aku nak bunuh lelaki itu, walau sesiapa pun orangnya!" 115 00:06:25,676 --> 00:06:28,221 Lucu juga dia guna bahasa formal 116 00:06:28,304 --> 00:06:30,056 di tengah-tengah mesej. 117 00:06:30,139 --> 00:06:33,601 "Walau sesiapa pun orangnya. 118 00:06:34,185 --> 00:06:36,938 Fee-fi-fo-fum. 119 00:06:37,438 --> 00:06:40,733 Aku bau darah orang Afrika Selatan." 120 00:06:43,319 --> 00:06:44,445 Tiba-tiba saja. 121 00:06:45,488 --> 00:06:50,118 Dia sebut, "Pengacaranya, Trevor Noah, walau sesiapa pun orangnya, 122 00:06:50,201 --> 00:06:52,912 hampir sama teruk dengan Jimmy Kimmel." 123 00:06:55,373 --> 00:06:57,208 Kasihan Jim. Saya suka Jimmy Kimmel. 124 00:06:57,708 --> 00:07:01,003 Tapi saya punya pasal, dia pula yang kena tempias. 125 00:07:02,088 --> 00:07:04,090 Dia di rumah, tak kacau orang. 126 00:07:04,590 --> 00:07:06,551 Dia tak kerja pada hari Ahad. 127 00:07:07,176 --> 00:07:08,803 Tiba-tiba, telefonnya riuh. 128 00:07:11,097 --> 00:07:15,476 "Hampir seteruk Jimmy Kimmel di Anugerah Academy yang rendah rating." 129 00:07:15,560 --> 00:07:16,561 Dia sambung lagi. 130 00:07:16,644 --> 00:07:21,190 "Noah cakap hal yang TAK BETUL tentang saya, 131 00:07:21,274 --> 00:07:25,903 kononnya Donald Trump dan Bill Clinton pergi ke Pulau Epstein. 132 00:07:25,987 --> 00:07:27,655 SALAH!" 133 00:07:28,865 --> 00:07:31,075 Saya nak anda semua faham, 134 00:07:31,159 --> 00:07:32,618 saya tak kata 135 00:07:32,702 --> 00:07:36,831 Donald Trump dan Bill Clinton pergi ke Pulau Epstein. 136 00:07:36,914 --> 00:07:38,708 Saya buat lawak di Grammy. 137 00:07:38,791 --> 00:07:40,877 Saya buat banyak lawak rawak. 138 00:07:40,960 --> 00:07:45,173 Saya buat lawak ini selepas Billie Eilish baru menang Lagu Terbaik. 139 00:07:45,673 --> 00:07:48,176 Saya cakap, "Tahniah, Billie Eilish. 140 00:07:48,259 --> 00:07:49,385 Lagu Terbaik. 141 00:07:49,469 --> 00:07:53,055 Itu anugerah yang dihajatkan setiap artis, 142 00:07:53,139 --> 00:07:56,476 hampir sama besar dengan hajat Donald Trump untuk miliki Greenland. 143 00:07:57,143 --> 00:08:00,354 Sebab Jeffrey Epstein dah tak ada, 144 00:08:00,438 --> 00:08:03,357 jadi dia cari pulau baru untuk lepak dengan Bill Clinton." 145 00:08:04,525 --> 00:08:06,861 Okey? Itu yang saya cakap. 146 00:08:08,779 --> 00:08:10,781 Saya tak kata dia ke pulau itu. 147 00:08:11,282 --> 00:08:13,493 Saya kata dia nak pulau sendiri. 148 00:08:13,576 --> 00:08:17,580 Memang jelas itu cuma lawak. Dia takkan pergi dengan Bill Clinton. 149 00:08:17,663 --> 00:08:22,627 Lagipun Greenland tak macam Pulau Epstein. Iklim dan suasananya berbeza. 150 00:08:23,920 --> 00:08:26,923 Dia kata, "…dan Bill Clinton pergi ke Pulau Epstein. 151 00:08:27,006 --> 00:08:28,591 SALAH! 152 00:08:29,425 --> 00:08:31,219 Kalau Bill, saya tak tahulah…" 153 00:08:35,723 --> 00:08:38,226 Yang kelakar, sambil dia kata saya penipu, 154 00:08:38,309 --> 00:08:39,560 "Dia penipu! 155 00:08:39,644 --> 00:08:42,188 Kecuali tentang Bill. Itu kita kena siasat. 156 00:08:42,688 --> 00:08:44,398 Faham-fahamlah perangai Bill. 157 00:08:45,149 --> 00:08:50,530 Tapi saya tak pernah ke Pulau Epstein atau mana-mana tempat berdekatan." 158 00:08:50,613 --> 00:08:51,572 Itu tak penting. 159 00:08:51,656 --> 00:08:55,326 Orang bukan tanya kalau dia pergi dekat dengan Pulau Epstein, 160 00:08:55,409 --> 00:08:58,162 tapi kalau dia rapat dengan pemilik Pulau Epstein. 161 00:08:58,246 --> 00:09:00,414 Bukan tanah itu yang jadi isu. 162 00:09:00,498 --> 00:09:03,334 Bukannya, "Pergi Caribbean? Mana? Pulau Epstein?" 163 00:09:03,417 --> 00:09:05,378 "Tak, Jamaica." "Kantoi!" 164 00:09:05,878 --> 00:09:06,796 Bukan. 165 00:09:06,879 --> 00:09:08,422 "Atau mana-mana tempat berdekatan. 166 00:09:08,506 --> 00:09:11,717 Sebelum saya difitnah malam ini, 167 00:09:11,801 --> 00:09:14,512 saya tak pernah dituduh berada di sana." 168 00:09:14,595 --> 00:09:15,805 Betulkah? 169 00:09:16,847 --> 00:09:18,307 Saya orang pertama? 170 00:09:19,058 --> 00:09:22,478 Sebelum saya, tiada orang sebut Donald Trump dan Jeffrey Epstein. 171 00:09:22,562 --> 00:09:24,230 Saya orang pertama. 172 00:09:24,313 --> 00:09:28,359 Sayalah punca namanya disebut 5,000 kali dalam fail itu. 173 00:09:28,442 --> 00:09:31,988 Sayalah yang pasang jerat satu demi satu 174 00:09:32,488 --> 00:09:34,448 dan sayalah yang tarik talinya. 175 00:09:36,742 --> 00:09:40,371 "Media berita palsu pun tak tuduh saya. Noah yang haprak itu…" 176 00:09:40,454 --> 00:09:41,330 Aduh. 177 00:09:41,414 --> 00:09:44,750 "…perlu periksa balik fakta secepat mungkin. 178 00:09:44,834 --> 00:09:46,794 Saya akan kerahkan peguam saya 179 00:09:46,877 --> 00:09:51,465 menyaman pengacara yang amatur, tak kelakar dan tak berbakat ini, 180 00:09:51,549 --> 00:09:53,217 dan saman mahal-mahal." 181 00:09:53,301 --> 00:09:54,135 Cha-ching. 182 00:09:54,218 --> 00:09:56,387 Dia letak simbol dolar. Saya tak tahu bunyinya. 183 00:09:56,887 --> 00:10:00,349 "Tanya George Slopadopolus dan yang lain tentang pengalaman disaman. 184 00:10:00,433 --> 00:10:02,476 Tanyalah CBS juga. 185 00:10:02,560 --> 00:10:04,687 Bersedialah, Noah. 186 00:10:05,187 --> 00:10:08,441 Saya nak berseronok dengan awak. 187 00:10:09,692 --> 00:10:10,818 Presiden DJT." 188 00:10:13,988 --> 00:10:16,324 Ayat terakhir itu pelik. 189 00:10:17,241 --> 00:10:18,159 Ya, ayat itu… 190 00:10:18,242 --> 00:10:20,703 "Bersedia, Noah. 191 00:10:21,203 --> 00:10:25,916 Saya nak berseronok dengan awak." 192 00:10:29,378 --> 00:10:34,592 Kalau dia tak nak dituduh sebagai orang yang suka seks pelik-pelik, 193 00:10:39,972 --> 00:10:42,183 dia tak patut sebut begitu. 194 00:10:43,309 --> 00:10:47,605 Orang cuma cakap, "Saya nak berseronok dengan awak," 195 00:10:47,688 --> 00:10:50,149 selepas pakai zakar palsu pada kepala. 196 00:11:00,201 --> 00:11:02,578 Itulah cerita hari Isnin saya. 197 00:11:04,413 --> 00:11:07,500 Terus terang cakap, saya tak risau sangat semasa itu. 198 00:11:08,000 --> 00:11:10,127 Donald Trump suka tonton TV, 199 00:11:10,211 --> 00:11:14,256 marah dengan sesuatu yang ditonton, tulis dan terus lupa tentangnya. 200 00:11:15,508 --> 00:11:17,677 Saya ingat ada isu lain akan naik. 201 00:11:17,760 --> 00:11:21,430 Sebab dia macam tupai yang tengok TV. 202 00:11:21,514 --> 00:11:22,765 Dia macam ini… 203 00:11:25,893 --> 00:11:27,770 Saiz tangannya pun sama kecil. 204 00:11:29,939 --> 00:11:33,484 Jadi, saya fikir, "Nanti adalah isu lain." 205 00:11:33,567 --> 00:11:34,652 Memang betul. 206 00:11:34,735 --> 00:11:35,778 Keesokan harinya, 207 00:11:35,861 --> 00:11:39,073 penutupan kerajaan jadi topik hangat di Rumah Putih. 208 00:11:39,156 --> 00:11:40,908 Kerajaan akan ditutup. 209 00:11:40,991 --> 00:11:44,954 Kerajaan Amerika selalu berada di ambang penutupan. 210 00:11:45,037 --> 00:11:48,457 Lebih baik tukar saja kepada pelan keluarga. 211 00:11:48,541 --> 00:11:50,543 Cara bulan-bulan tak berkesan. 212 00:11:51,752 --> 00:11:54,004 Jadi, presiden ditemu bual. 213 00:11:54,088 --> 00:11:55,798 Ini topik serius. 214 00:11:56,507 --> 00:12:00,594 Tengah-tengah perbualan tentang penutupan kerajaan, 215 00:12:00,678 --> 00:12:04,306 ada wartawan dari belakang bilik menjerit, 216 00:12:04,390 --> 00:12:07,601 "Tuan Presiden, betulkah tuan nak saman Trevor Noah 217 00:12:07,685 --> 00:12:09,937 akibat kata-katanya di Grammy?" 218 00:12:11,147 --> 00:12:12,606 Saya fikir, "Celaka." 219 00:12:15,693 --> 00:12:16,902 Topik saya dah basi. 220 00:12:18,112 --> 00:12:20,698 Ya, itulah jenis budak yang suka cakap, 221 00:12:20,781 --> 00:12:23,826 "Cikgu, cikgu lupa beri kerja rumah." 222 00:12:26,954 --> 00:12:27,955 Trump mula balik. 223 00:12:28,038 --> 00:12:30,666 "Dia kata saya ke Pulau Epstein. Saya nak saman. 224 00:12:30,750 --> 00:12:32,376 Dia lemah. Tak ada hasil." 225 00:12:32,960 --> 00:12:36,046 Jadi, saya mungkin akan disaman 226 00:12:36,130 --> 00:12:39,216 oleh Presiden Amerika Syarikat. 227 00:12:39,800 --> 00:12:40,634 Ya. 228 00:12:43,387 --> 00:12:46,766 Saya tak tahu kalau anda bersorak atau kata, "Alamak." 229 00:12:47,266 --> 00:12:48,684 Sebenarnya, 230 00:12:48,768 --> 00:12:51,103 saya tak tahu apa nak rasa 231 00:12:51,604 --> 00:12:54,523 sebab saya tak tahu apa akan jadi. 232 00:12:55,608 --> 00:12:58,360 Kalau ini zaman normal, saya yakin saya menang. 233 00:12:58,444 --> 00:12:59,945 Donald Trump saman saya. 234 00:13:00,029 --> 00:13:03,282 Hakim akan tolak kes itu atas pelbagai sebab. 235 00:13:03,365 --> 00:13:07,161 Perlindungan Pindaan Pertama, kebebasan bersuara, jenaka, satira. 236 00:13:07,244 --> 00:13:09,997 Semua hak itu dilindungi pada zaman normal. 237 00:13:11,123 --> 00:13:13,167 Donald Trump nak saman? Silakan. 238 00:13:13,250 --> 00:13:14,585 Tapi ini kes lain. 239 00:13:14,668 --> 00:13:18,130 Saya akan disaman oleh Presiden Amerika Syarikat, 240 00:13:18,964 --> 00:13:19,799 Donald Trump. 241 00:13:19,882 --> 00:13:21,467 Saya tak boleh ramalkan. 242 00:13:22,635 --> 00:13:24,261 Perlukah saya buat rayuan? 243 00:13:24,345 --> 00:13:26,096 Kena pergi Mahkamah Agung. 244 00:13:26,806 --> 00:13:29,141 Saya masuk. Dia tunggu saya. 245 00:13:29,934 --> 00:13:32,812 Dia kata, "Kenalkan, kawan-kawan saya." 246 00:13:39,109 --> 00:13:40,528 Entahlah. 247 00:13:41,821 --> 00:13:43,113 Tiada orang tahu. 248 00:13:44,281 --> 00:13:46,951 Dia tak dapat diramal. 249 00:13:48,202 --> 00:13:49,119 Betul tak? 250 00:13:49,203 --> 00:13:51,705 Tanyalah Nicolás Maduro. 251 00:13:53,582 --> 00:13:56,085 Mantan presiden Venezuela 252 00:13:56,168 --> 00:13:59,630 dan sekarang ini banduan di New York City. 253 00:14:00,631 --> 00:14:02,967 Ya, dulu dia presiden Venezuela. 254 00:14:04,176 --> 00:14:06,262 Tiba-tiba, dia bukan lagi presiden. 255 00:14:06,345 --> 00:14:08,472 Ceritanya lebih gila. 256 00:14:09,056 --> 00:14:11,267 Ini yang berlaku… Nanti anda bacalah. 257 00:14:11,350 --> 00:14:16,105 Nicolás Maduro sedang ditemu bual dalam TV. 258 00:14:16,188 --> 00:14:18,732 Dia bergurau dan kata ada orang ugut dia. 259 00:14:18,816 --> 00:14:20,067 Dia maksudkan Trump. 260 00:14:20,150 --> 00:14:22,528 Dia kata, "Saya okey. Semuanya okey." 261 00:14:22,611 --> 00:14:25,364 Kemudian dia pasang lagu No War, Just Peace. 262 00:14:25,447 --> 00:14:27,867 Kemudian dia mula ejek Trump 263 00:14:27,950 --> 00:14:30,828 dengan ajuk cara Donald Trump menari. 264 00:14:31,954 --> 00:14:33,622 Trump ada satu gerakan saja. 265 00:14:34,123 --> 00:14:35,332 Dia pun menarilah. 266 00:14:35,416 --> 00:14:36,917 Macam ini. 267 00:14:39,962 --> 00:14:41,630 Tarian lancap dua orang. 268 00:14:55,394 --> 00:14:57,605 Trump tengok dan kata, "Tangkap dia. 269 00:14:59,982 --> 00:15:01,275 Tangkap lelaki itu." 270 00:15:03,152 --> 00:15:05,988 Tentera pergi tangkap Maduro dan penjarakan dia. 271 00:15:06,071 --> 00:15:08,991 Bukan penjara biasa. Penjara di Brooklyn. 272 00:15:09,074 --> 00:15:13,245 Penjara tempat Diddy ditahan. 273 00:15:14,622 --> 00:15:15,581 Bayangkan. 274 00:15:16,081 --> 00:15:17,958 Masalah saya dah cukup teruk, 275 00:15:19,418 --> 00:15:22,129 tapi masalah Nicolás Maduro… 276 00:15:24,048 --> 00:15:26,008 Bayangkan betapa ironi nasibnya. 277 00:15:26,091 --> 00:15:28,052 Dia menyaksikan Amerika 278 00:15:28,719 --> 00:15:34,683 melancarkan kempen hantar pulang paling kejam dalam sejarah. 279 00:15:35,351 --> 00:15:36,852 Semasa kempen itu, 280 00:15:37,353 --> 00:15:39,772 dia satu-satunya pendatang yang diimport. 281 00:15:47,488 --> 00:15:50,407 Maduro mungkin satu-satunya pendatang yang sokong ICE. 282 00:15:50,908 --> 00:15:52,534 Dia telefon mereka. 283 00:15:52,618 --> 00:15:55,329 Dia kata, "Helo, ICE, tangkaplah saya. 284 00:15:55,412 --> 00:15:58,123 "Ya. Saya boleh naik pesawat. Mari bekerjasama. 285 00:15:58,207 --> 00:16:00,334 Ayuh. Kita boleh buat." 286 00:16:04,171 --> 00:16:06,006 Kita tak tahu apa nak jadi. 287 00:16:06,757 --> 00:16:08,133 Tiada sesiapa tahu. 288 00:16:08,884 --> 00:16:11,261 Takdir tak dapat disangka. Boleh bayangkan? 289 00:16:11,345 --> 00:16:12,763 Selama puluhan tahun, 290 00:16:12,846 --> 00:16:15,891 menguasai empayar sebagai pemerintah kuku besi. 291 00:16:16,392 --> 00:16:18,727 Menakutkan orang di sekeliling. 292 00:16:19,228 --> 00:16:21,855 Berlaku zalim, tak pernah dihukum. 293 00:16:21,939 --> 00:16:24,191 Sekarang, semua minyaknya dah dirampas 294 00:16:24,274 --> 00:16:27,528 dan dipenjarakan bersama Nicolás Maduro. 295 00:16:39,581 --> 00:16:41,208 Malang, bukan? 296 00:16:50,259 --> 00:16:53,429 Ada satu hikmah di sebalik semua ini. 297 00:16:55,806 --> 00:16:57,558 Inilah masa terbaik 298 00:16:58,892 --> 00:17:01,311 untuk makhluk asing menyerang Bumi. 299 00:17:03,856 --> 00:17:06,692 Tak ada masa yang sesuai. Itu kita semua setuju. 300 00:17:07,192 --> 00:17:10,404 Tapi kalau saya disuruh pilih, inilah masa terbaik. 301 00:17:11,155 --> 00:17:11,989 Ya. 302 00:17:14,533 --> 00:17:17,327 Kalau makhluk asing menyerang, kita mesti kalah. 303 00:17:17,828 --> 00:17:19,538 Kita memang tak ada peluang. 304 00:17:19,621 --> 00:17:22,916 Mereka boleh rentas ruang dan masa. Senjata kita tak berguna. 305 00:17:23,000 --> 00:17:25,127 Setakat buat mereka marah, bolehlah. 306 00:17:27,755 --> 00:17:30,340 Mereka akan sampai. Kita tahu apa akan jadi. 307 00:17:30,424 --> 00:17:33,177 Mereka terbang ke Bumi dan letupkan semuanya. 308 00:17:33,260 --> 00:17:35,888 Kita tonton Independence Day. Kita tahu apa jadi. 309 00:17:35,971 --> 00:17:39,767 Kalau Will Smith tolong pun, dia cuma boleh tampar satu-satu. 310 00:17:45,814 --> 00:17:46,940 Jadi, nak buat apa? 311 00:17:48,275 --> 00:17:49,777 Saya selalu fikir. 312 00:17:50,527 --> 00:17:53,697 Saya selalu terfikir tentang serangan makhluk asing. 313 00:17:53,781 --> 00:17:56,575 Ia umpama Empayar Rom saya. 314 00:17:57,284 --> 00:17:59,078 Apa yang kita nak buat? 315 00:17:59,161 --> 00:18:01,038 Dulu saya tak pernah fikir. 316 00:18:01,538 --> 00:18:03,832 Di Afrika Selatan, saya tak fikir pun. 317 00:18:03,916 --> 00:18:05,959 Tapi di Amerika, ia hal serius. 318 00:18:06,585 --> 00:18:10,297 Sebab apabila makhluk asing datang, mereka akan datang ke sini. 319 00:18:12,674 --> 00:18:16,512 Mereka akan terus ke Washington, D.C. Letupkan Rumah Putih. 320 00:18:18,972 --> 00:18:22,476 Kemudian, negara lain. Pergi ke London, letupkan Big Ben. 321 00:18:22,976 --> 00:18:24,937 "Tahu tak ini masa untuk apa?" 322 00:18:27,564 --> 00:18:30,234 Terbang ke mercu tanda lain, bom semuanya. 323 00:18:30,734 --> 00:18:34,404 Ini satu masalah. Amerika akan kena dulu. Saya tahu. 324 00:18:36,031 --> 00:18:39,326 Di Afrika Selatan, saya tak pernah terfikir hal ini. 325 00:18:40,244 --> 00:18:43,872 Kalau makhluk asing menyerang, saya tahu Bumi akan binasa. 326 00:18:43,956 --> 00:18:47,084 Tapi mereka tak pergi ke Afrika. 327 00:18:48,418 --> 00:18:50,254 Ya. Anda pernah tengok filem. 328 00:18:51,046 --> 00:18:52,548 Mereka tak serang Afrika. 329 00:18:53,757 --> 00:18:56,260 Saya tertunggu-tunggu semasa tonton filem. 330 00:18:56,343 --> 00:19:00,764 Presiden dalam filem kata, "Warga Bumi, makhluk asing serang planet kita." 331 00:19:00,848 --> 00:19:02,975 Kemudian, makhluk asing menyerang. 332 00:19:03,058 --> 00:19:06,562 Tapi kita rasa pelik, "Afrika bukan di Bumikah? Apa hal?" 333 00:19:07,980 --> 00:19:11,400 Mereka tak pernah serang. Filem apa tunjuk Afrika diserang? 334 00:19:11,483 --> 00:19:12,359 District 9! 335 00:19:12,442 --> 00:19:13,318 Tak. Apa? 336 00:19:13,402 --> 00:19:14,653 District 9. 337 00:19:14,736 --> 00:19:16,029 District 9? 338 00:19:17,865 --> 00:19:18,782 Taklah. 339 00:19:20,325 --> 00:19:22,703 Sial, kau nak sabotaj rancangan aku? 340 00:19:23,829 --> 00:19:25,873 Duduk di balkoni macam raja konon. 341 00:19:25,956 --> 00:19:28,375 "Dengarlah titah beta, District 9. 342 00:19:28,458 --> 00:19:29,835 Pancung dia." 343 00:19:32,588 --> 00:19:35,966 Cubaan yang bagus, tapi awak salah. 344 00:19:36,717 --> 00:19:41,972 Cuba ingat plot District 9. Makhluk asing tak serang Afrika. 345 00:19:42,055 --> 00:19:45,475 Makhluk asing terhempas di Afrika. 346 00:19:47,060 --> 00:19:49,730 Mereka cuba larikan diri sampai habis filem. 347 00:19:50,814 --> 00:19:53,066 Sebab manusia tak main-main. 348 00:20:02,993 --> 00:20:04,912 Teruk betullah Hollywood. 349 00:20:05,871 --> 00:20:08,540 "Apa tragedi terbesar bagi makhluk asing? 350 00:20:08,624 --> 00:20:11,710 Macam mana kalau mereka terperangkap di Afrika?" 351 00:20:15,255 --> 00:20:18,634 Makhluk asing tak pernah serang Afrika. 352 00:20:20,761 --> 00:20:23,138 Dulu saya ingat mereka kasihankan kami. 353 00:20:23,764 --> 00:20:26,141 Semasa kecil, saya suka filem begitu. 354 00:20:26,225 --> 00:20:27,643 Sekarang pun masih suka. 355 00:20:27,726 --> 00:20:31,605 Tapi semasa kecil, saya minat sangat-sangat. 356 00:20:31,688 --> 00:20:34,191 Kalau ada makhluk asing, saya mesti tonton. 357 00:20:34,274 --> 00:20:38,946 Ibu saya buatkan semangkuk besar bertih jagung di rumah. 358 00:20:39,029 --> 00:20:42,616 Kami duduk di sofa bersama. Dia tonton dengan saya. 359 00:20:42,699 --> 00:20:44,117 Dia benci filem begitu, 360 00:20:44,201 --> 00:20:48,038 tapi dia ambil serius amaran "bimbingan ibu bapa". 361 00:20:49,248 --> 00:20:51,291 Dia pernah lalu dan terdengar, 362 00:20:51,375 --> 00:20:53,418 "Bimbingan ibu bapa disyorkan." 363 00:20:53,502 --> 00:20:57,339 Jadi, sejak itulah dia mula menonton sekali. 364 00:20:57,422 --> 00:20:59,758 Kadangkala saya perlu panggil dia. 365 00:20:59,841 --> 00:21:01,969 Dengar saja TV sebut "bimbingan…", 366 00:21:02,052 --> 00:21:04,888 saya terus jerit, "Ibu!" 367 00:21:04,972 --> 00:21:08,225 Apabila dia datang, saya cakap, "Ibu kena bimbing saya!" 368 00:21:10,435 --> 00:21:13,313 Lima minit kemudian, saya pula kena bimbing dia. 369 00:21:13,397 --> 00:21:15,399 Sebab sepanjang filem, dia tanya, 370 00:21:15,482 --> 00:21:19,486 "Apa yang berlaku, Trevor? Siapa mereka? Kenapa mereka buat begitu?" 371 00:21:19,569 --> 00:21:22,823 Saya kata, "Mana saya tahu? Kita mula tengok sama-sama." 372 00:21:25,993 --> 00:21:28,245 Dia buatkan semangkuk bertih jagung. 373 00:21:28,328 --> 00:21:30,497 Kami duduk dan filem pun bermula. 374 00:21:30,580 --> 00:21:34,084 Makhluk asing mula serang Bumi. 375 00:21:34,167 --> 00:21:36,545 Mereka letupkan semua benda. 376 00:21:36,628 --> 00:21:40,299 Saya makan sambil menggeleng. "Masalah negara maju." 377 00:21:47,264 --> 00:21:52,144 Saya budak lagi, jadi saya fikir, mereka tak pergi ke Afrika 378 00:21:52,227 --> 00:21:56,815 sebab mereka rasa kasihan terhadap Afrika. 379 00:21:57,316 --> 00:22:01,653 Ada kapal angkasa di atas setiap benua, bersedia untuk letupkannya. 380 00:22:02,154 --> 00:22:04,865 Ada kapal angkasa di atas benua Afrika, 381 00:22:04,948 --> 00:22:07,409 dengan dua makhluk asing di dalam kokpit. 382 00:22:07,492 --> 00:22:10,746 "Sedia untuk lancarkan laser foton." 383 00:22:10,829 --> 00:22:13,332 "Sedia menunggu arahan." 384 00:22:13,415 --> 00:22:15,000 "Tiga, dua, satu." 385 00:22:15,083 --> 00:22:18,503 "Tunggu sekejap. Rasanya kita dah letupkan benua ini. 386 00:22:20,464 --> 00:22:21,506 Kita dah datang." 387 00:22:21,590 --> 00:22:24,134 "Tak, kita tak pernah datang. Letupkan." 388 00:22:24,217 --> 00:22:27,387 "Nak letupkan apa? Tengoklah. Benua ini dah hancur. 389 00:22:27,471 --> 00:22:30,682 Apa dah jadi? Nak letupkan apa? Siapa dah letupkannya?" 390 00:22:30,766 --> 00:22:32,601 "Entah. Aku semak dulu. 391 00:22:32,684 --> 00:22:34,853 Katanya ini kerja orang British." 392 00:22:40,150 --> 00:22:41,860 Ya! 393 00:22:43,195 --> 00:22:44,696 Rasakan, Great Britain. 394 00:22:45,322 --> 00:22:46,990 #JanganSesekaliLupa. 395 00:22:51,828 --> 00:22:53,705 Filem makhluk asing amat hebat. 396 00:22:54,373 --> 00:22:56,666 Saya takut tapi suka tengok. 397 00:22:57,542 --> 00:23:02,464 Sebab setiap kali dunia ada masalah, makhluk asing datang dan tawan Bumi. 398 00:23:02,547 --> 00:23:06,218 Manusia mesti menang dalam filem. Tapi kalau betul-betul jadi? 399 00:23:07,386 --> 00:23:10,514 Habislah. Kita tak ada peluang menang. 400 00:23:11,056 --> 00:23:14,351 Kalau makhluk asing menyerang, kita tak ada harapan. 401 00:23:15,060 --> 00:23:17,687 Tapi itu dulu. 402 00:23:18,980 --> 00:23:20,232 Sekarang ada harapan. 403 00:23:21,650 --> 00:23:23,360 Harapan itu bernama 404 00:23:23,860 --> 00:23:26,029 Donald J. Trump. 405 00:23:27,197 --> 00:23:28,990 Walau sesiapa pun orangnya. 406 00:23:36,540 --> 00:23:39,668 Saya tak suka, tapi saya rasa itu saja caranya. 407 00:23:40,752 --> 00:23:41,586 Betul. 408 00:23:42,295 --> 00:23:46,383 Sebaik saja makhluk asing mula serang, kita tahu cara ia bermula. 409 00:23:46,883 --> 00:23:50,762 Ada kapal induk besar terbang masuk ke orbit kita. 410 00:23:50,846 --> 00:23:52,806 Objek besar yang halang matahari. 411 00:23:57,769 --> 00:24:01,481 Ada pembesar suara besar di bawah kapal yang mainkan muzik. 412 00:24:01,565 --> 00:24:02,816 Nak wujudkan suasana. 413 00:24:02,899 --> 00:24:04,943 Ada satu makhluk asing main organ. 414 00:24:05,026 --> 00:24:07,195 Dia kata, "Mereka tak bersedia!" 415 00:24:08,780 --> 00:24:09,739 Ya! 416 00:24:13,076 --> 00:24:14,536 Mereka berhenti di atas. 417 00:24:14,619 --> 00:24:16,997 Kapal peninjau turun untuk beri berita buruk. 418 00:24:17,080 --> 00:24:18,290 Ia mendarat begini. 419 00:24:18,373 --> 00:24:21,168 Mereka keluar. "Bawa aku jumpa pemimpin kamu." 420 00:24:21,668 --> 00:24:24,463 Mereka jumpa pemimpin, bunuh dia, selesai. 421 00:24:24,546 --> 00:24:27,507 Makhluk asing paling kepoh dipilih sebagai wakil, 422 00:24:27,591 --> 00:24:31,553 yang perasan bagus dan rasa dia layak jumpa pemimpin. 423 00:24:31,636 --> 00:24:34,347 Mereka pilih yang perangai Mak Cik Karen. 424 00:24:34,431 --> 00:24:37,350 Mereka berbincang sesama sendiri. 425 00:24:37,434 --> 00:24:39,352 "Siapa yang patut turun?" 426 00:24:39,436 --> 00:24:41,897 "Aku rasa Karen paling sesuai." 427 00:24:41,980 --> 00:24:43,273 "Karen, kau turun." 428 00:24:43,356 --> 00:24:46,234 "Alah, kenapa balik-balik aku? Bencilah. 429 00:24:46,318 --> 00:24:49,738 Kamu selalu suruh aku. Aku nak cakap dengan pengurus." 430 00:24:49,821 --> 00:24:51,239 "Dia memang sesuai." 431 00:24:52,532 --> 00:24:55,494 Makhluk asing turun dan sampaikan berita buruk. 432 00:24:58,580 --> 00:25:02,542 Dengan Trump, kita ada harapan, tapi kita kena bertindak cepat. 433 00:25:03,335 --> 00:25:07,923 Sebaik saja NASA maklumkan yang makhluk asing dah masuk ke orbit kita, 434 00:25:08,006 --> 00:25:11,134 kita perlu bekerjasama sebagai satu planet. 435 00:25:11,218 --> 00:25:13,887 Kita perlu lantik Donald Trump 436 00:25:13,970 --> 00:25:16,223 sebagai raja dunia. 437 00:25:17,349 --> 00:25:20,727 Anda nampak keliru. Yang bagusnya, dia takkan persoalkannya. 438 00:25:21,645 --> 00:25:23,230 Kita pergi ke Rumah Putih. 439 00:25:23,313 --> 00:25:27,192 Kita isytiharkan Trump raja dunia. Dia akan kata, "Saya dah agak." 440 00:25:27,275 --> 00:25:30,946 Beri dia mahkota Burger King dan tunggu makhluk asing di luar. 441 00:25:31,863 --> 00:25:36,785 Makhluk asing mendarat dan cakap, "Bawa aku jumpa pemimpin kamu." 442 00:25:36,868 --> 00:25:40,705 Kita kata, "Selamat datang ke Bumi. Mari jumpa pemimpin kami." 443 00:25:40,789 --> 00:25:43,291 "Bawa aku sekarang." "Ya, mari ikut kami. 444 00:25:43,375 --> 00:25:46,378 Apa khabar? Awak ambil Ozempic? Awak nampak sihat. 445 00:25:46,461 --> 00:25:47,796 Mari jumpa pemimpin." 446 00:25:47,879 --> 00:25:49,214 Sampai di Rumah Putih, 447 00:25:49,297 --> 00:25:53,218 kita kata, "Raja Trump, ini makhluk asing. 448 00:25:53,301 --> 00:25:56,638 Makhluk asing, ini Raja Trump." 449 00:25:58,640 --> 00:26:02,185 "Adakah kau pemerintah planet ini?" 450 00:26:02,269 --> 00:26:04,646 Dia akan kata, "Betul. 451 00:26:04,729 --> 00:26:07,941 Aku pemerintah planet ini. 452 00:26:08,441 --> 00:26:10,402 Planet Bumi atau nama gelarannya, 453 00:26:10,485 --> 00:26:11,736 Biru Besar. 454 00:26:12,654 --> 00:26:16,700 Biru Indah, terapung-apung di angkasa. 455 00:26:16,783 --> 00:26:20,245 Berputar-putar di atas sana, 456 00:26:20,745 --> 00:26:22,122 berputar laju. 457 00:26:22,205 --> 00:26:25,083 Orang kata kita berpusing. Aku tak rasa pun. 458 00:26:25,166 --> 00:26:26,710 Tapi itu kata mereka. 459 00:26:27,210 --> 00:26:30,130 Kita berpusing, kawan-kawan, berpusing laju. 460 00:26:30,213 --> 00:26:32,841 Kita berada di angkasa. 461 00:26:32,924 --> 00:26:36,678 Ada paksi yang cantik di tengah-tengah planet ini. 462 00:26:36,761 --> 00:26:42,642 Paksi yang besar, indah dan panjang. Paksi begitu dah tak dibuat lagi. 463 00:26:42,726 --> 00:26:46,521 Kami ada paksi yang condong. Ia condong. 464 00:26:46,605 --> 00:26:49,858 Kalau ikutkan aku, dah lama aku tegakkannya. 465 00:26:50,358 --> 00:26:51,443 Tegak terus. 466 00:26:51,526 --> 00:26:53,236 Tapi tak apa. 467 00:26:53,320 --> 00:26:55,030 Terima kasih sajalah, Obama. 468 00:26:56,489 --> 00:26:58,783 Ia terapung di angkasa. 469 00:26:58,867 --> 00:27:00,535 Planet indah, Biru Indah. 470 00:27:00,619 --> 00:27:03,913 Kami ada bulan kecil. Nampak tak? Bulan yang indah. 471 00:27:03,997 --> 00:27:06,374 Bulan yang indah. Macam puting tetek. 472 00:27:06,458 --> 00:27:09,336 Rupanya macam satu tetek terapung di angkasa. 473 00:27:09,419 --> 00:27:12,547 Sepatutnya ada dua. Dua lebih baik daripada satu. 474 00:27:13,048 --> 00:27:14,883 Tapi satu lebih baik daripada tiada. 475 00:27:14,966 --> 00:27:17,969 Boleh sebut tetek? Aku sebut juga. Tetek. 476 00:27:18,053 --> 00:27:19,804 Aku pemerintah planet ini. 477 00:27:19,888 --> 00:27:22,766 Apa kau nak? Kau cari apa? Apa aku boleh bantu?" 478 00:27:23,350 --> 00:27:27,437 Makhluk asing mesti cakap, "Maaf, kami tak tahu ia dah dijajah." 479 00:27:40,325 --> 00:27:41,785 Mesti Bumi selamat. 480 00:27:47,957 --> 00:27:50,627 Kita takkan terkejut kalau dia makhluk asing. 481 00:27:51,461 --> 00:27:53,588 Malah, mesti kita rasa lega. 482 00:27:54,089 --> 00:27:57,425 Orang akan cakap, "Aduhai, patutlah dia begitu." 483 00:27:58,301 --> 00:28:01,971 Kalau dua makhluk asing yang nampak macam ibu bapa dia 484 00:28:02,055 --> 00:28:06,226 mendarat di Bumi dan kata, "Tolong, kami tinggalkan anak kami 485 00:28:06,309 --> 00:28:08,061 beberapa dekad dulu. 486 00:28:08,144 --> 00:28:10,271 Di mana anak kami?" 487 00:28:10,355 --> 00:28:12,065 Mesti kita kata, "Mari. 488 00:28:12,565 --> 00:28:14,359 Mari ambil anak kamu." 489 00:28:17,904 --> 00:28:19,739 Dia macam orang planet lain. 490 00:28:24,953 --> 00:28:26,413 Sekarang, 491 00:28:27,080 --> 00:28:29,374 kita sedang menempuhi sejarah. 492 00:28:30,709 --> 00:28:32,419 Pernah terfikir begitu tak? 493 00:28:33,128 --> 00:28:39,300 Kita semua sedang menempuhi sejarah. 494 00:28:39,926 --> 00:28:42,762 Bukannya sekadar masa yang berlalu. 495 00:28:42,846 --> 00:28:46,474 Ada sejarah yang membosankan. "Orang menetap di sini." 496 00:28:46,975 --> 00:28:48,017 Ya, apa-apalah. 497 00:28:48,101 --> 00:28:50,437 Saya maksudkan sejarah penuh peristiwa. 498 00:28:50,520 --> 00:28:53,148 Yang buat pembaca tertanya, "Bagaimana agaknya zaman dulu?" 499 00:28:53,231 --> 00:28:54,649 Kita di zaman itulah. 500 00:28:56,192 --> 00:28:57,152 Kita semua. 501 00:28:57,235 --> 00:28:59,446 Sejarah saya dah rosak. 502 00:29:00,363 --> 00:29:03,658 Sebab mereka rekodkan semua kata-kata di Rumah Putih. 503 00:29:03,742 --> 00:29:05,076 Disimpan selamanya. 504 00:29:05,869 --> 00:29:08,121 Jadi, dalam 300 tahun lagi, 505 00:29:08,204 --> 00:29:12,208 mesti ada cendekiawan yang kaji presiden lama dan Rumah Putih. 506 00:29:12,292 --> 00:29:14,919 Mereka tanya, "Apa jadi 300 tahun lalu?" 507 00:29:15,003 --> 00:29:18,089 "Entahlah, tapi pengacara Grammy teruk." 508 00:29:19,007 --> 00:29:22,051 "Ya, dengar kata dia haprak." 509 00:29:28,057 --> 00:29:31,144 "Arnab buat persembahan Super Bowl, itu pun teruk. 510 00:29:31,811 --> 00:29:34,689 Memang teruk. Zaman apa ini?" 511 00:29:40,570 --> 00:29:43,656 Yang peliknya, apabila kita menempuhi sejarah, 512 00:29:45,158 --> 00:29:48,953 perjalanannya jauh lebih sukar untuk dijangka. 513 00:29:49,496 --> 00:29:52,332 Apabila kita baca sejarah atau belajar sejarah, 514 00:29:52,415 --> 00:29:56,419 ia sering digambarkan seperti sesuatu yang tak dapat dielakkan. 515 00:29:57,420 --> 00:30:02,342 Kita anggap pengakhiran yang berlaku memang ditakdirkan begitu. 516 00:30:02,425 --> 00:30:03,802 Kalau saya tanya orang, 517 00:30:03,885 --> 00:30:05,887 "Betulkah Nazi memang takkan menang perang?" 518 00:30:05,970 --> 00:30:07,847 Mereka akan kata, "Mestilah." 519 00:30:07,931 --> 00:30:09,307 Tapi pada masa itu, 520 00:30:09,390 --> 00:30:12,602 orang yang berperang fikir Nazi akan menang. 521 00:30:12,685 --> 00:30:15,522 Keadaan seperti memihak kepada mereka. 522 00:30:17,357 --> 00:30:20,693 Semasa kita tempuhi sejarah, tiada apa-apa yang pasti. 523 00:30:23,404 --> 00:30:25,824 Setiap kali saya di Washington, D.C., 524 00:30:26,491 --> 00:30:30,453 saya suka melawat Muzium Sejarah dan Budaya Afrika Amerika. 525 00:30:31,496 --> 00:30:32,539 Kalau… 526 00:30:34,249 --> 00:30:36,042 Kalau anda tak pernah pergi, 527 00:30:36,125 --> 00:30:39,379 ia salah satu pengalaman paling bermakna 528 00:30:39,462 --> 00:30:41,548 yang boleh dialami dalam hidup ini. 529 00:30:41,631 --> 00:30:47,178 Ia berbeza dengan muzium lain atas beberapa sebab. 530 00:30:47,262 --> 00:30:52,183 Pertama, ia menceritakan sejarah orang kulit Hitam di Amerika 531 00:30:52,267 --> 00:30:54,894 dengan selengkap-lengkapnya. 532 00:30:54,978 --> 00:30:56,396 Ia merupakan sejarah, 533 00:30:56,479 --> 00:30:58,439 tapi yang jarang diceritakan. 534 00:30:58,523 --> 00:31:02,819 Tak seperti di muzium lain, kita tak boleh pilih pengembaraan. 535 00:31:02,902 --> 00:31:07,240 Biasanya kita masuk muzium dan pilih, "Dinosaur atau angkasa lepas?" 536 00:31:07,323 --> 00:31:09,951 Di sana, lawatan kita mengikut zaman. 537 00:31:10,451 --> 00:31:14,873 Kita bermula dari awal sejarah orang kulit Hitam di Amerika 538 00:31:14,956 --> 00:31:18,084 dan bergerak zaman demi zaman sehingga ke masa kini. 539 00:31:18,167 --> 00:31:21,170 Ia mula di bawah tanah. Ya, masuk ke bawah tanah. 540 00:31:21,254 --> 00:31:23,590 Pada zaman perhambaan. Jangan terkejut. 541 00:31:24,674 --> 00:31:26,551 Kemudian kita lalui semua zaman 542 00:31:26,634 --> 00:31:29,220 dan akhirnya, kita nampak Oprah. 543 00:31:35,685 --> 00:31:37,353 Muzium itu betul-betul 544 00:31:38,104 --> 00:31:40,523 membuat kita persoalkan diri sendiri. 545 00:31:40,607 --> 00:31:42,442 Saya ke sana baru-baru ini. 546 00:31:42,525 --> 00:31:47,447 Saya berjalan di aras permulaan muzium itu. 547 00:31:48,197 --> 00:31:51,826 Ia terletak di bawah tanah, bermula dengan perhambaan mutlak, 548 00:31:51,910 --> 00:31:55,747 perdagangan hamba transatlantik dan Underground Railroad. 549 00:31:55,830 --> 00:31:57,957 Ia sangat menyentuh emosi. 550 00:31:58,458 --> 00:32:03,379 Bermula dengan derita dan penindasan, sebelum kita boleh lihat 551 00:32:03,463 --> 00:32:07,425 orang bangkit berjuang menegakkan kepercayaan mereka dan berjaya. 552 00:32:08,635 --> 00:32:09,969 Ia sangat menarik, 553 00:32:10,053 --> 00:32:12,972 jadi pengalaman pelawat sangat berbeza. 554 00:32:13,056 --> 00:32:15,475 Ada dua budak di sebelah saya, 555 00:32:15,558 --> 00:32:17,226 lebih kurang 14 tahun. 556 00:32:17,727 --> 00:32:20,396 Saya curi-curi dengar perbualan mereka. 557 00:32:20,480 --> 00:32:22,231 Seorang tanya kawannya, 558 00:32:22,315 --> 00:32:26,402 "Apa kau buat kalau hidup pada zaman itu? Kau nak jadi hambakah?" 559 00:32:26,486 --> 00:32:27,612 Dia kata, "Apa? 560 00:32:27,695 --> 00:32:30,740 Mereka silaplah kalau cari pasal dengan aku. 561 00:32:31,240 --> 00:32:34,494 Aku belasah mereka. Ada hati nak jadikan aku hamba?" 562 00:32:34,577 --> 00:32:38,039 Dia kata, "Kau tipu." Dia kata, "Tak, aku berani buat." 563 00:32:38,122 --> 00:32:39,499 Mereka gelak sambil bincang. 564 00:32:39,582 --> 00:32:41,960 Sama ada budak muda memang perasan kuat, 565 00:32:42,043 --> 00:32:45,338 sikap penting untuk revolusi, atau mereka memang berani. 566 00:32:45,421 --> 00:32:47,048 Apa-apa pun, tak kisahlah. 567 00:32:47,131 --> 00:32:50,218 Saya suka sebab mereka tanya soalan itu. 568 00:32:51,427 --> 00:32:54,681 Bagaimanakah watak anda akan dikenang dalam sejarah? 569 00:32:57,225 --> 00:33:00,520 Disebabkan mereka, saya tanya diri sendiri soalan itu. 570 00:33:02,772 --> 00:33:05,108 Saya perlu tingkatkan keyakinan diri 571 00:33:05,191 --> 00:33:09,278 sebab saya tak dapat bayangkan diri saya sebagai wira, macam mereka. 572 00:33:10,571 --> 00:33:13,408 Kalau anda tanya tindakan saya pada zaman hamba, 573 00:33:13,491 --> 00:33:16,494 saya akan jawab, "Saya akan bekerja keras 574 00:33:17,870 --> 00:33:20,206 dan tengoklah apa jadi nanti." 575 00:33:20,873 --> 00:33:23,668 Saya takkan jadi wira. Saya tak ada ciri begitu. 576 00:33:23,751 --> 00:33:25,128 Saya kagumi orang yang kata, 577 00:33:25,211 --> 00:33:28,798 "Kalau aku ada di kedai semasa ia dirompak, aku akan…" 578 00:33:28,881 --> 00:33:31,009 Saya tak ada semangat begitu. 579 00:33:31,092 --> 00:33:33,886 Saya akan bekerja keras di ladang 580 00:33:33,970 --> 00:33:35,638 dan tak cari pasal. 581 00:33:35,722 --> 00:33:39,142 Kalau orang naik kuda cakap, "Petik kapas cepat-cepat!" 582 00:33:39,225 --> 00:33:41,686 Saya akan kata, "Ya, tuan. Saya petik. 583 00:33:41,769 --> 00:33:43,187 Saya petik, tuan." 584 00:33:43,271 --> 00:33:47,817 Tapi sebaik saja dia pergi, saya akan kutuk dia habis-habisan. 585 00:33:47,900 --> 00:33:49,402 "Bodoh betul dia. 586 00:33:51,654 --> 00:33:53,031 Dia datang balik? Tak." 587 00:33:56,367 --> 00:33:58,578 Tapi saya tak rasa saya jadi wira. 588 00:33:59,954 --> 00:34:01,831 Wira sebenar akan muncul. 589 00:34:01,914 --> 00:34:06,669 Harriet Tubman akan muncul dan kata, "Hei, Trev." 590 00:34:07,712 --> 00:34:09,422 "Hai, Harriet. 591 00:34:09,922 --> 00:34:11,132 Apa khabar?" 592 00:34:11,632 --> 00:34:13,217 "Teruk gila." 593 00:34:14,510 --> 00:34:16,137 "Alamak, apa dah jadi?" 594 00:34:16,220 --> 00:34:18,931 "Jadi hambalah. Itu pun nak tanyakah? 595 00:34:19,015 --> 00:34:19,974 Awak bodoh, ya?" 596 00:34:20,058 --> 00:34:23,478 "Betul, saya tak patut tanya. Apa cerita, Harriet?" 597 00:34:23,561 --> 00:34:25,396 "Saya nak beritahu 598 00:34:25,897 --> 00:34:28,441 kita akan lari malam ini." 599 00:34:30,026 --> 00:34:31,402 "Siapa kita?" 600 00:34:33,696 --> 00:34:37,033 Kita semua, Trevor. Kita akan lari dari sini. 601 00:34:37,116 --> 00:34:38,785 Kita nak pergi." 602 00:34:38,868 --> 00:34:42,330 "Tapi lelaki yang naik kuda itu kata kita tak boleh pergi. 603 00:34:43,122 --> 00:34:45,374 Dia tak suka kalau kita lari. 604 00:34:45,875 --> 00:34:49,837 Dia ada masalah dengan perpisahan. Dia patut jumpa pakar." 605 00:34:49,921 --> 00:34:52,090 "Saya tak peduli dia cakap apa pun. 606 00:34:52,173 --> 00:34:55,510 Kita kena lari. Takkan awak nak tinggal sini?" 607 00:34:55,593 --> 00:34:59,305 "Ya, saya nak tinggal sini dan lihat dulu apa yang berlaku." 608 00:34:59,388 --> 00:35:02,558 "Lihat dulu? Apa masalah awak? Awak tak nak ikut?" 609 00:35:02,642 --> 00:35:03,726 "Tak nak." 610 00:35:03,810 --> 00:35:05,561 "Kau biar betul. 611 00:35:05,645 --> 00:35:07,980 Orang kulit cerah semuanya sama saja." 612 00:35:09,398 --> 00:35:10,983 "Apa?" "Ya. 613 00:35:11,651 --> 00:35:13,277 Kau takut, bukan? 614 00:35:13,361 --> 00:35:15,404 Kau pengecut." 615 00:35:16,405 --> 00:35:18,950 "Memang saya pengecut. Saya tak boleh tipu. 616 00:35:19,033 --> 00:35:20,243 Saya pengecut gila." 617 00:35:20,326 --> 00:35:22,954 "Malulah sikit, pengecut. 618 00:35:23,037 --> 00:35:25,873 Kau hampir sama teruk dengan Jimmy Kimmel." 619 00:35:43,224 --> 00:35:45,643 Maaf, kadangkala saya buat lawak untuk diri sendiri. 620 00:35:48,104 --> 00:35:49,313 Aduhai. 621 00:35:53,442 --> 00:35:57,029 Semua orang tanya diri sendiri soalan itu. 622 00:35:57,113 --> 00:36:00,741 Salah satu pengalaman paling unik yang saya saksikan berlaku 623 00:36:00,825 --> 00:36:03,119 semasa sekumpulan orang kulit putih 624 00:36:03,202 --> 00:36:05,371 saksikan pameran itu. 625 00:36:05,454 --> 00:36:10,084 Mereka orang kulit putih yang sangat liberal. 626 00:36:10,168 --> 00:36:13,713 Yang sangat-sangat liberal… 627 00:36:13,796 --> 00:36:19,010 Orang kulit putih yang sangat-sangat liberal. 628 00:36:19,093 --> 00:36:22,680 Mereka lebih emosi daripada orang kulit Hitam di situ. 629 00:36:25,558 --> 00:36:28,269 Ini bukti betapa terkesannya jiwa mereka. 630 00:36:28,352 --> 00:36:32,148 Ada beberapa orang kulit Hitam berjalan-jalan tengok pameran. 631 00:36:32,231 --> 00:36:34,859 Ada orang kulit Hitam dan orang kulit putih. 632 00:36:34,942 --> 00:36:38,196 Sebab semua orang boleh pergi. 633 00:36:40,948 --> 00:36:43,451 Pengunjung kulit Hitam sedang mengalami 634 00:36:43,534 --> 00:36:46,078 pengalaman penuh kulit Hitam, iaitu macam manusia biasa. 635 00:36:46,162 --> 00:36:49,123 Ada yang menangis, kemudian bercakap dengan kawan, 636 00:36:49,207 --> 00:36:51,959 berkongsi cerita, terkenang, ketawa. 637 00:36:52,043 --> 00:36:53,502 Ada salah seorang ketawa 638 00:36:53,586 --> 00:36:55,922 sambil cakap dengan kawannya. 639 00:36:56,005 --> 00:36:59,508 Kemudian wanita kulit putih iaitu ketua kumpulannya 640 00:36:59,592 --> 00:37:03,930 menoleh apabila dia dengar orang itu ketawa dan suruh dia diam. 641 00:37:15,608 --> 00:37:17,360 Betul-betul liberal. 642 00:37:19,695 --> 00:37:23,866 Saya ingat itu yang paling teruk, tapi kemudian dia tengok gambar, 643 00:37:23,950 --> 00:37:26,953 salah satu gambar pertama yang diambil. 644 00:37:27,036 --> 00:37:30,873 Ia gambar lelaki kulit putih di ladang. 645 00:37:30,957 --> 00:37:33,751 Dia berdiri di ladang itu sambil tersenyum. 646 00:37:33,834 --> 00:37:35,795 Dia senyum dalam gambar itu. 647 00:37:36,379 --> 00:37:39,215 Wanita itu tengok gambar itu dan kata, 648 00:37:39,298 --> 00:37:40,466 "Saya… 649 00:37:43,302 --> 00:37:45,263 Kalau saya hidup 650 00:37:46,597 --> 00:37:48,516 semasa zaman itu, 651 00:37:48,599 --> 00:37:53,271 saya bersumpah, kalau saya hidup semasa zaman itu, 652 00:37:55,106 --> 00:37:57,441 saya takkan tersenyum!" 653 00:38:04,907 --> 00:38:08,536 Saya langsung tak sangka dia nak tamatkan ayatnya begitu. 654 00:38:08,619 --> 00:38:12,206 Saya ingat dia nak kata, "Kalau saya ada, saya akan lawan. 655 00:38:12,290 --> 00:38:14,500 Saya akan bebaskan mereka." Tidak. 656 00:38:14,583 --> 00:38:18,546 Cara dia macam, "Saya nak ada hamba, tapi saya takkan rasa seronok." 657 00:38:19,338 --> 00:38:22,633 Dia cuma menangis, "Saya simpati dengan nasib kamu. 658 00:38:22,717 --> 00:38:24,969 Kasihan. Sapu habuk di belakang sofa. 659 00:38:25,052 --> 00:38:28,055 Saya minta maaf. Saya tak tahan." 660 00:38:31,600 --> 00:38:33,728 Memang luar biasa. 661 00:38:33,811 --> 00:38:36,605 Saya berada di situ lebih sejam. 662 00:38:37,606 --> 00:38:41,152 Persoalan itu asyik bermain-main di kepala saya. 663 00:38:41,235 --> 00:38:44,822 "Bagaimanakah watak anda akan dikenang dalam sejarah?" 664 00:38:44,905 --> 00:38:47,742 Jadi, saya mesej kawan rapat saya, David Meyer. 665 00:38:47,825 --> 00:38:50,619 Dia orang Amerika pertama yang jadi kawan saya. 666 00:38:50,703 --> 00:38:53,497 Dia datang ke Afrika Selatan 20 tahun lalu 667 00:38:53,581 --> 00:38:55,416 untuk projek sekolah. 668 00:38:55,499 --> 00:38:57,543 Kami berkawan secara kebetulan. 669 00:38:57,626 --> 00:39:00,671 Dia yang yakinkan saya jadi pelawak di Amerika. 670 00:39:00,755 --> 00:39:03,841 Anda tahu selebihnya. Kami berkawan sejak hari itu. 671 00:39:03,924 --> 00:39:06,302 Ya, kisah itu memang menarik. 672 00:39:06,802 --> 00:39:08,929 Hidup kami sangat berbeza. 673 00:39:09,013 --> 00:39:13,893 Dia lelaki kulit putih setinggi 195 cm dari North Carolina. 674 00:39:13,976 --> 00:39:16,228 Orangnya sangat baik hati dan ikhlas. 675 00:39:16,312 --> 00:39:19,231 Sebab itu saya suka kenakan dia. 676 00:39:19,315 --> 00:39:22,818 Selepas pameran itu, saya hantar mesej kepadanya. 677 00:39:22,902 --> 00:39:25,946 "Dave, saya nak minta tolong." 678 00:39:26,447 --> 00:39:28,991 Dia balas, "Hai, tolong apa?" 679 00:39:29,075 --> 00:39:30,409 Saya kata, 680 00:39:30,493 --> 00:39:32,661 "Kalau perhambaan kembali, 681 00:39:33,412 --> 00:39:36,123 awak janji nak jadikan saya hamba awak 682 00:39:36,207 --> 00:39:37,750 dan layan saya baik-baik?" 683 00:39:40,044 --> 00:39:43,923 Kemudian dia balas, "Apa?" 684 00:39:45,925 --> 00:39:48,469 "Awak janji nak jadikan saya hamba 685 00:39:48,552 --> 00:39:50,346 dan layan saya baik-baik?" 686 00:39:50,429 --> 00:39:52,807 Dia kata, "Apa awak mengarut ini?" 687 00:39:52,890 --> 00:39:54,558 Saya tanya, "Ya atau tidak?" 688 00:39:55,810 --> 00:39:59,105 Saya nampak titik-titik kecil. Dia sedang menaip. 689 00:39:59,605 --> 00:40:00,689 Menaip, 690 00:40:01,565 --> 00:40:03,651 menaip, menaip, 691 00:40:04,318 --> 00:40:05,444 menaip, 692 00:40:06,195 --> 00:40:07,113 menaip, 693 00:40:07,196 --> 00:40:08,739 menaip, menaip. 694 00:40:08,823 --> 00:40:10,116 Kemudian dia telefon. 695 00:40:12,952 --> 00:40:14,036 Saya tanya, "Apa?" 696 00:40:14,120 --> 00:40:15,830 Dia tanya, "Apa awak cakap? 697 00:40:15,913 --> 00:40:18,707 Apa yang berlaku? Perhambaan apa pula?" 698 00:40:18,791 --> 00:40:22,044 Saya cakap, "Saya cuma nak tahu. Kalau perhambaan kembali, 699 00:40:22,128 --> 00:40:24,588 awak janji nak hambakan saya dan layan saya baik-baik?" 700 00:40:24,672 --> 00:40:28,968 Dia kata, "Tak. Apa maksud awak? Perhambaan takkan kembali." 701 00:40:29,051 --> 00:40:32,138 Saya kata, "Ghostbusters pun kembali. Jawab sajalah. 702 00:40:32,638 --> 00:40:34,473 Awak nak hambakan saya…" 703 00:40:34,557 --> 00:40:36,475 Dia kata, "Tak. Mana boleh. 704 00:40:36,559 --> 00:40:38,811 Saya takkan jadikan awak hamba saya. 705 00:40:38,894 --> 00:40:43,065 Saya takkan miliki hamba, saya takkan hambakan orang. 706 00:40:43,149 --> 00:40:46,277 Saya takkan ada hamba. Saya rasa itu tak betul." 707 00:40:46,360 --> 00:40:48,279 Saya kata, "Jangan tunjuk baik. 708 00:40:48,362 --> 00:40:50,906 Saya nak tahu kalau awak nak hambakan saya." 709 00:40:50,990 --> 00:40:52,408 Dia kata, "Tak mungkin." 710 00:40:52,491 --> 00:40:54,243 Saya kata, "Okey, saya faham. 711 00:40:54,326 --> 00:40:57,663 Jadi, awak nak saya jadi hamba orang lain. 712 00:40:57,746 --> 00:41:00,833 Awak nak saya ditangkap dan disebat. 713 00:41:00,916 --> 00:41:03,252 Awak nak saya jadi Django, ya? 714 00:41:03,335 --> 00:41:07,548 Saya disebat sebab kawan baik saya tak nak guna kelebihan kulit putihnya 715 00:41:07,631 --> 00:41:10,885 untuk bantu saya jadi hambanya supaya kita boleh lepak? 716 00:41:10,968 --> 00:41:14,763 Saya di ladang padahal kita boleh main PlayStation di rumah awak. 717 00:41:14,847 --> 00:41:17,266 Kita boleh main Call of Duty macam dulu. 718 00:41:17,349 --> 00:41:21,520 Tapi awak terpaling progresif sampai biar orang putih lain sebat saya." 719 00:41:21,604 --> 00:41:22,813 Dia kata, "Tak." 720 00:41:22,897 --> 00:41:25,858 Saya tanya, "Awak nak tuan saya sebat saya?" 721 00:41:25,941 --> 00:41:28,277 Dia kata, "Okey. Yalah. 722 00:41:28,360 --> 00:41:32,573 Kalau perhambaan kembali, saya hambakan awak dan layan baik-baik." 723 00:41:32,656 --> 00:41:34,950 Saya kata, "Betullah! Awak nak ada hamba." 724 00:41:39,872 --> 00:41:42,416 Saya kata, "Pergi dulu." Dia kata, "Jangan!" 725 00:41:45,836 --> 00:41:47,338 Dia belum maafkan saya. 726 00:41:54,512 --> 00:41:56,847 Bagaimanakah watak anda akan dikenang dalam sejarah? 727 00:41:58,641 --> 00:42:00,601 Kalau belum terjadi, senanglah jawab. 728 00:42:04,855 --> 00:42:08,776 Apabila kita bergerak dari satu pameran ke pameran lain, 729 00:42:09,276 --> 00:42:11,362 kita lalui Zaman Pembinaan Semula, 730 00:42:11,862 --> 00:42:13,113 Jim Crow, 731 00:42:13,197 --> 00:42:15,199 Pergerakan Hak Awam. 732 00:42:16,033 --> 00:42:19,245 Ia memang mengagumkan, 733 00:42:19,328 --> 00:42:22,373 tapi sudah 60 tahun berlalu 734 00:42:22,456 --> 00:42:24,667 sejak ucapan "Aku Ada Impian", 735 00:42:25,167 --> 00:42:27,211 jadi mereka dah kembangkan pameran 736 00:42:27,294 --> 00:42:30,631 yang paparkan kehidupan Dr. Martin Luther King. 737 00:42:32,841 --> 00:42:36,053 Kita dapat baca hasil tulisannya, 738 00:42:36,136 --> 00:42:38,264 pemikirannya, jurnalnya, 739 00:42:38,347 --> 00:42:40,975 suratnya kepada orang lain, orang awam, 740 00:42:41,058 --> 00:42:43,727 surat-menyuratnya dengan kawan-kawan, 741 00:42:43,811 --> 00:42:45,062 temu bual, semua ada. 742 00:42:45,145 --> 00:42:50,401 Kita dapat lihat kehidupannya dengan lebih terperinci. 743 00:42:51,527 --> 00:42:54,572 Saya tak nak cakap bagi pihak semua orang, 744 00:42:54,655 --> 00:42:57,700 tapi saya rasa apabila kita diajar tentang MLK, 745 00:42:58,200 --> 00:43:03,372 kita cuma dengar versi yang bersih dan satu dimensi. 746 00:43:03,914 --> 00:43:07,501 Faham maksud saya? Ia nampak mudah dan ditakdirkan berjaya. 747 00:43:08,002 --> 00:43:11,630 Kita diajar kisahnya begini. "Ada seorang lelaki bernama MLK. 748 00:43:11,714 --> 00:43:14,758 Dia tak suka keadaan itu, dia berarak di jambatan, 749 00:43:14,842 --> 00:43:17,511 dia ada impian dan hidup bahagia selamanya. 750 00:43:17,595 --> 00:43:20,264 Selamat Hari MLK, diskaun tilam 50%." 751 00:43:21,932 --> 00:43:26,520 Tapi apabila kita lihat hidupnya, ia bukan seperti yang diceritakan. 752 00:43:26,604 --> 00:43:30,399 Orang bercakap tentangnya dan ucap "Selamat Hari MLK!" 753 00:43:30,482 --> 00:43:34,903 Macam filem Disney. Plotnya sama macam filem Disney. 754 00:43:34,987 --> 00:43:37,865 "Musim panas ini, seorang lelaki, 755 00:43:37,948 --> 00:43:40,659 satu impian mengubah dunia." 756 00:43:40,743 --> 00:43:42,077 "Aku ada impian." 757 00:43:42,578 --> 00:43:45,289 "Timothée Chalamet sebagai Martin Luther King. 758 00:43:45,372 --> 00:43:47,541 Hanya di Disney+." 759 00:43:50,002 --> 00:43:51,545 Macam itulah rasanya. 760 00:43:56,008 --> 00:43:59,637 Tapi memang lain apabila kita lihat perjalanan hidupnya, 761 00:43:59,720 --> 00:44:02,139 setiap detik yang dilaluinya, 762 00:44:02,640 --> 00:44:06,226 pengalaman dia dan orang sekelilingnya. 763 00:44:07,936 --> 00:44:11,398 Dia ditangkap lebih kurang 29 kali 764 00:44:11,899 --> 00:44:14,276 dalam tempoh empat tahun. 765 00:44:14,360 --> 00:44:15,527 Atas tuduhan palsu. 766 00:44:15,611 --> 00:44:18,238 Dia dibiarkan terpenjara seorang diri, 767 00:44:18,322 --> 00:44:21,075 tanpa makanan, tak dibenarkan telefon orang. 768 00:44:21,575 --> 00:44:23,869 Kadangkala dia dipukul. 769 00:44:23,952 --> 00:44:26,955 Kita boleh saksikan kehidupannya dengan terperinci. 770 00:44:27,039 --> 00:44:28,957 Dia dihalau dari bandar-bandar. 771 00:44:29,833 --> 00:44:31,835 Kerajaan persekutuan buru dia. 772 00:44:31,919 --> 00:44:34,838 J. Edgar Hoover iaitu ketua FBI 773 00:44:34,922 --> 00:44:40,010 isytiharkan Martin Luther King sebagai lelaki Amerika paling berbahaya. 774 00:44:40,511 --> 00:44:44,807 FBI lancarkan kempen terancang untuk musnahkan dia, 775 00:44:44,890 --> 00:44:47,559 cuba putuskan persahabatannya dan hubungan kerjanya. 776 00:44:47,643 --> 00:44:50,646 Paling jahat, FBI intip perbualan telefon dia 777 00:44:50,729 --> 00:44:53,732 dan dapat tahu dia ada hubungan sulit. 778 00:44:53,816 --> 00:44:57,027 Mereka beritahu isterinya, Coretta Scott King, 779 00:44:57,111 --> 00:45:00,406 untuk cuba musnahkan perkahwinannya 780 00:45:00,489 --> 00:45:01,990 dan perjuangannya. 781 00:45:02,491 --> 00:45:03,325 Ya. 782 00:45:03,409 --> 00:45:05,160 FBI cuba 783 00:45:05,953 --> 00:45:08,414 sebar gosip tentang Martin Luther King. 784 00:45:08,497 --> 00:45:11,166 Itu mengubah persepsi kita terhadap organisasi itu. 785 00:45:11,834 --> 00:45:13,961 Betul tak? FBI nampak serius. 786 00:45:14,044 --> 00:45:15,838 Sekarang kita tahu cerita sebenar. 787 00:45:16,422 --> 00:45:19,967 Mereka di bangunan J. Edgar Hoover pada waktu pagi. 788 00:45:20,050 --> 00:45:22,886 "Kes apa, Kowalski?" "Penguatkuasaan dadah." 789 00:45:22,970 --> 00:45:24,263 "Kau pula?" 790 00:45:24,346 --> 00:45:27,057 "Kes jenayah kewangan, tuan." 791 00:45:27,141 --> 00:45:29,435 "Kau pula?" "Drama!" 792 00:45:35,023 --> 00:45:37,901 Kita boleh lihat semua yang berlaku kepada MLK. 793 00:45:37,985 --> 00:45:41,780 Ada penulisan peribadinya dan ada pemerhatian orang luar. 794 00:45:44,116 --> 00:45:48,245 Salah satu bahagian menunjukkan keadaan sepanjang tempoh empat tahun 795 00:45:48,954 --> 00:45:54,001 semasa Dr. King dan orang kulit Hitam lain cuba mendapatkan layanan 796 00:45:54,084 --> 00:45:59,757 di restoran yang mengamalkan pengasingan dan tak menerima pelanggan kulit Hitam. 797 00:46:00,257 --> 00:46:04,094 Mereka masuk ke restoran, duduk dengan pakaian yang cantik, 798 00:46:04,178 --> 00:46:05,596 tapi tak dilayan. 799 00:46:05,679 --> 00:46:08,891 Mereka dihalau, dimaki, diludah. 800 00:46:09,433 --> 00:46:10,934 Selalunya dipukul. 801 00:46:11,560 --> 00:46:13,604 Sampai luka dan bergegar otak. 802 00:46:13,687 --> 00:46:18,692 Mereka balik, bersihkan diri, pergi restoran semula, berulang kali. 803 00:46:18,776 --> 00:46:22,696 Sekarang kita cakap, "Tindakan mereka betul. Lihat hasilnya." 804 00:46:22,780 --> 00:46:26,492 Ya, tapi kalau baca kisah hidupnya, ia tak semestinya berjaya. 805 00:46:27,242 --> 00:46:29,661 Tiada jaminan ia akan berjaya. 806 00:46:29,745 --> 00:46:32,080 Tiada tanda-tanda ia akan berjaya. 807 00:46:32,164 --> 00:46:34,792 Tapi mereka tetap berusaha. 808 00:46:35,918 --> 00:46:38,879 Semasa saya baca kisah hidupnya dan hasil kerjanya, 809 00:46:38,962 --> 00:46:43,217 saya tertanya-tanya, "Adakah dia pernah menyesal?" 810 00:46:44,301 --> 00:46:47,429 Adakah dia pernah menyesali pengalaman yang dilalui 811 00:46:47,513 --> 00:46:48,889 atau tindakannya? 812 00:46:49,973 --> 00:46:52,851 Semasa dia mula-mula rasa makanan orang putih? 813 00:47:00,192 --> 00:47:03,237 Sebelum itu, ia cuma sekadar teori. 814 00:47:04,196 --> 00:47:06,198 Restoran begitu tak terima mereka. 815 00:47:06,281 --> 00:47:09,785 Mereka cuma mahu dapatkan layanan di restoran begitu. 816 00:47:10,285 --> 00:47:12,204 Mereka tak pernah makan di situ. 817 00:47:12,830 --> 00:47:16,208 Kalau duduk di kaunter, pemiliknya kata, "Tak guna! 818 00:47:16,291 --> 00:47:19,086 Aku tak nak orang macam kamu! Berambus!" 819 00:47:19,169 --> 00:47:21,797 Mesti dia kata, "Saudaraku, aku ada impian. 820 00:47:21,880 --> 00:47:25,384 Aku ada impian suatu hari nanti, tak kira warna kulit kita, 821 00:47:25,467 --> 00:47:27,469 semua orang boleh duduk di sini, 822 00:47:27,553 --> 00:47:30,013 tak kira orang kulit Hitam atau putih, 823 00:47:30,097 --> 00:47:34,309 dan Amerika akan tunaikan janjinya bahawa semua manusia dicipta sama. 824 00:47:34,393 --> 00:47:36,186 Aku ada impian suatu hari…" 825 00:47:36,270 --> 00:47:38,397 "Diamlah! Kau menang. 826 00:47:38,480 --> 00:47:42,484 Undang-undang dah diubah. Tengoklah TV. Ini makanan kau." 827 00:47:44,945 --> 00:47:46,738 "Terima kasih banyak-banyak. 828 00:47:56,915 --> 00:47:58,375 Alamak. 829 00:48:03,964 --> 00:48:05,883 Sekarang aku ada impian baru. 830 00:48:08,468 --> 00:48:10,888 Aku ada impian baru yang suatu hari nanti 831 00:48:10,971 --> 00:48:12,723 orang putih akan guna perasa. 832 00:48:14,933 --> 00:48:19,229 Aku ada impian yang mereka akan berhenti anggap lada hitam sebagai rempah. 833 00:48:22,024 --> 00:48:24,526 Aku ada impian yang kita semua akan bersatu 834 00:48:24,610 --> 00:48:27,905 untuk mengalahkan syaitan putih sebenar, mayones." 835 00:48:35,787 --> 00:48:38,206 Bayangkan betapa janggalnya keadaan itu. 836 00:48:39,333 --> 00:48:42,336 Semasa mereka keluar selepas makan kali pertama. 837 00:48:43,670 --> 00:48:46,673 Martin dan rakan-rakannya jalan ke arah kereta. 838 00:48:47,758 --> 00:48:48,926 Diam seribu bahasa. 839 00:48:58,894 --> 00:49:00,395 "Untuk makanan sampah, Martin? 840 00:49:03,732 --> 00:49:05,317 Untuk sampah, Martin?" 841 00:49:05,400 --> 00:49:07,569 "Maaf, kawan-kawan. Aku tak tahu." 842 00:49:07,653 --> 00:49:11,990 "Celaka! Sia-sia kita kena belasah! Kau rasa makanan itu tak?" 843 00:49:12,074 --> 00:49:16,286 "Aku ingatkan mereka larang kita makan sebab rasanya sedap. Maaf. 844 00:49:16,370 --> 00:49:18,288 Maaf, kawan-kawan. Aku silap." 845 00:49:18,372 --> 00:49:21,083 "Sial, Martin. Rasanya macam kemurungan. 846 00:49:21,166 --> 00:49:22,918 Ini yang kita perjuangkan?" 847 00:49:23,001 --> 00:49:25,337 "Maaf, aku akan tebus silap aku. 848 00:49:25,420 --> 00:49:28,256 Aku belanja Popeyes dalam perjalanan pulang." 849 00:49:37,432 --> 00:49:38,892 Bagaimanakah watak anda 850 00:49:40,268 --> 00:49:41,979 akan dikenang dalam sejarah? 851 00:49:48,902 --> 00:49:49,861 Terima kasih. 852 00:50:00,580 --> 00:50:05,002 Sebenarnya, inilah kerumitan hidup. 853 00:50:06,336 --> 00:50:10,382 Walaupun perkara besar berlaku, 854 00:50:11,425 --> 00:50:13,844 perkara kecil tak semestinya berhenti. 855 00:50:16,805 --> 00:50:21,893 Walaupun perkara besar berlaku, perkara kecil tak semestinya berhenti. 856 00:50:22,894 --> 00:50:23,812 Faham? 857 00:50:25,480 --> 00:50:28,525 Itulah salah satu kerumitan hidup. 858 00:50:29,026 --> 00:50:34,448 Sejauh mana kita fokus pada yang besar dan sejauh mana pada yang kecil? 859 00:50:37,117 --> 00:50:41,580 Saya nampak satu perbualan antara dua orang di Internet. 860 00:50:41,663 --> 00:50:46,293 Seseorang tulis, "Baru tamat belajar, sangat seronok, dapat semua A, 861 00:50:46,376 --> 00:50:49,004 parti di rumah saya, semua dijemput." 862 00:50:49,087 --> 00:50:52,257 Itu cuma lawak Internet. Bukan semua orang dijemput. 863 00:50:52,883 --> 00:50:54,217 Orang mula komen. 864 00:50:54,301 --> 00:50:59,514 Kemudian seseorang mencelah, "Betulkah? Nak buat parti pada zaman ini? 865 00:50:59,598 --> 00:51:03,268 Fikirkan keadaan sekeliling. Inikah masa nak berparti? 866 00:51:03,351 --> 00:51:05,562 Ini bukan masa untuk berparti." 867 00:51:05,645 --> 00:51:07,481 Mereka mula bergaduh besar. 868 00:51:07,564 --> 00:51:08,899 Terus terang cakap, 869 00:51:08,982 --> 00:51:11,401 saya faham perspektif kedua-dua pihak, 870 00:51:11,485 --> 00:51:12,861 dari segi emosi. 871 00:51:12,944 --> 00:51:17,074 Satu pihak kata, "Kenapa awak boleh rasa nak buat parti 872 00:51:17,157 --> 00:51:20,911 sedangkan dunia kita hancur binasa? 873 00:51:20,994 --> 00:51:22,954 Kenapa awak boleh berseronok lagi 874 00:51:23,038 --> 00:51:28,210 padahal setiap norma dan institusi yang menyatukan masyarakat selama ini 875 00:51:28,293 --> 00:51:29,628 kini hancur binasa? 876 00:51:29,711 --> 00:51:33,799 Manusia dah tak percaya satu sama lain. Tapi awak masih nak berparti?" 877 00:51:33,882 --> 00:51:36,802 Tapi seorang lagi kata, "Kenapa tak boleh pula? 878 00:51:37,302 --> 00:51:40,430 Saya dah lama berusaha untuk sampai ke tahap ini. 879 00:51:40,514 --> 00:51:43,725 Akhirnya saya berjaya walaupun hadapi banyak halangan. 880 00:51:43,809 --> 00:51:46,978 Jadi, saya nak menikmati saat ini." 881 00:51:47,687 --> 00:51:50,148 Kedua-duanya betul. Betul tak? 882 00:51:50,774 --> 00:51:52,192 Kedua-duanya betul. 883 00:51:55,237 --> 00:51:56,530 Di setiap hospital, 884 00:51:56,613 --> 00:51:58,698 ada wad dengan bayi baru lahir 885 00:51:58,782 --> 00:52:00,951 dan wad dengan orang yang baru mati. 886 00:52:02,744 --> 00:52:05,413 Gembira meraikan kelahiran orang baru. 887 00:52:06,414 --> 00:52:08,708 Sedih atas kehilangan orang tersayang. 888 00:52:09,209 --> 00:52:10,961 Kedua-duanya wad betul. 889 00:52:12,379 --> 00:52:14,881 Tapi kita patut fokus pada yang mana satu? 890 00:52:19,469 --> 00:52:22,931 Saya dapat jawapan di tempat yang tak disangka-sangka. 891 00:52:23,431 --> 00:52:25,684 Saya sedang baca buku. 892 00:52:25,767 --> 00:52:32,065 Diceritakan oleh askar yang berkhidmat semasa Perang Dunia Pertama. 893 00:52:32,149 --> 00:52:34,943 Temu bual dengan veteran perang. 894 00:52:35,026 --> 00:52:38,113 Buku itu ceritakan pengalaman mereka. 895 00:52:39,322 --> 00:52:42,617 Ramai yang bercerita tentang perang kubu parit, 896 00:52:42,701 --> 00:52:45,328 salah satu bentuk perang yang paling dahsyat. 897 00:52:45,412 --> 00:52:47,539 Ia berlarutan bertahun-tahun. 898 00:52:47,622 --> 00:52:49,666 Askar-askar silih berganti. 899 00:52:49,749 --> 00:52:52,169 Menghadapi maut setiap hari. 900 00:52:52,669 --> 00:52:54,754 Di sebalik keadaan seburuk itu, 901 00:52:54,838 --> 00:53:00,177 ada satu persamaan antara hampir setiap askar yang ditemu bual, 902 00:53:00,677 --> 00:53:04,472 iaitu mereka temui kegembiraan di dalam kubu parit. 903 00:53:05,182 --> 00:53:09,102 Kadangkala mereka bermain kad. 904 00:53:09,186 --> 00:53:10,270 Mereka berseronok. 905 00:53:10,353 --> 00:53:13,899 Mereka buat akhbar satira. 906 00:53:13,982 --> 00:53:16,193 Mereka melawak tentang pegawai atasan 907 00:53:16,276 --> 00:53:18,820 dan keadaan perang serta situasi mereka. 908 00:53:18,904 --> 00:53:21,448 Ini salah satu cerita paling luar biasa. 909 00:53:21,531 --> 00:53:25,035 Suatu hari, seekor lembu masuk ke medan perang. 910 00:53:25,118 --> 00:53:29,331 Kawasan antara sempadan Pihak Berikat dan Pihak Paksi. 911 00:53:29,414 --> 00:53:32,918 Kedua-dua pihak berebut lembu itu. 912 00:53:33,418 --> 00:53:35,629 Kemudian mereka jerit kepada Jerman. 913 00:53:35,712 --> 00:53:39,591 Mereka kata, "Kami nak lembu." Jerman kata, "Kami pun nak lembu." 914 00:53:40,091 --> 00:53:41,968 Jadi, mereka ajak bertanding. 915 00:53:42,052 --> 00:53:45,805 Lambung syiling ke udara dan cuba tembak. 916 00:53:45,889 --> 00:53:49,226 Siapa berjaya tembak, dia dapat lembu. 917 00:53:49,309 --> 00:53:52,229 Askar Inggeris berjaya tembak. 918 00:53:52,312 --> 00:53:55,774 Kemudian tentera Jerman kata, "Okey, kamu menang lembu itu, 919 00:53:55,857 --> 00:53:57,817 tapi pulangkan syiling kami." 920 00:53:58,693 --> 00:54:01,696 Askar Inggeris hantar syiling itu. "Matilah aku." 921 00:54:01,780 --> 00:54:05,408 Dia pulangkan kepada askar Jerman, kemudian lari masuk parit. 922 00:54:05,492 --> 00:54:07,327 Semua orang kata, "Seronoknya." 923 00:54:09,120 --> 00:54:10,538 Ada banyak cerita. 924 00:54:10,622 --> 00:54:13,333 Cerita askar menyanyi kepada satu sama lain 925 00:54:13,416 --> 00:54:15,043 tiba-tiba pada waktu malam. 926 00:54:15,126 --> 00:54:19,714 Mereka menyanyi kepada musuh di seberang sempadan. 927 00:54:20,590 --> 00:54:22,592 Tentera musuh akan balas nyanyian. 928 00:54:23,176 --> 00:54:25,387 Boleh bayangkan? Anda di dalam parit. 929 00:54:26,012 --> 00:54:28,848 Kaki anda mereput. Semua orang penat, takut. 930 00:54:28,932 --> 00:54:32,686 Tiba-tiba, ada yang menyanyi. 931 00:54:41,820 --> 00:54:44,155 Mereka temui kegembiraan di kubu parit. 932 00:54:46,866 --> 00:54:50,578 Ia membuatkan saya sedar mereka ingat tujuan perjuangan mereka. 933 00:54:50,662 --> 00:54:53,331 Berjuang untuk hidup, bukan untuk berlawan. 934 00:54:53,832 --> 00:54:57,043 Jika kita lupa tujuan perjuangan, tak gunalah berjuang. 935 00:54:57,585 --> 00:55:00,338 Berjuang untuk gembira, mengenal diri. 936 00:55:00,422 --> 00:55:03,758 Berjuang untuk mengembara dan ketawa. 937 00:55:03,842 --> 00:55:06,094 Bukan sebab nak berlawan. 938 00:55:06,177 --> 00:55:07,721 Tapi berjuang untuk hidup. 939 00:55:08,221 --> 00:55:11,182 Walaupun perkara besar berlaku, 940 00:55:11,266 --> 00:55:14,561 perkara kecil tak semestinya berhenti. 941 00:55:23,820 --> 00:55:26,656 Ahli terapi saya kata saya tak layak bercinta. 942 00:55:32,412 --> 00:55:33,413 Betul. 943 00:55:35,373 --> 00:55:40,420 Dia cakap, "Trevor, saya rasa awak tak layak bercinta." 944 00:55:40,920 --> 00:55:44,174 Saya tanya balik, "Awak pun tak suka Grammy?" 945 00:55:48,011 --> 00:55:52,265 Dia beritahu saya pada akhir sesi. Perbuatannya memang tak patut. 946 00:55:53,016 --> 00:55:57,354 Ahli terapi suka sebut hal penting semasa sesi dah nak tamat 947 00:55:57,437 --> 00:55:59,022 dan suruh kita tunggu. 948 00:55:59,105 --> 00:56:03,443 "Sebab itu ayah awak tak sayang awak." "Apa?" "Masa tamat. Jumpa nanti." 949 00:56:03,526 --> 00:56:04,486 "Tidak! 950 00:56:04,569 --> 00:56:06,488 Sambung video seterusnya! 951 00:56:06,571 --> 00:56:10,742 Saya tak nak tunggu seminggu. Saya nak terapi Netflix, bukan HBO!" 952 00:56:13,036 --> 00:56:15,580 Selepas dua minggu, pada sesi seterusnya, 953 00:56:15,663 --> 00:56:19,709 saya terus cakap, "Sambung terus. Jangan tunjuk sedutan episod lalu." 954 00:56:19,793 --> 00:56:23,838 Dia kata, "Trevor, saya fikir tentang awak dan hubungan awak." 955 00:56:23,922 --> 00:56:27,509 Saya tak mampu jalin hubungan jangka panjang. 956 00:56:27,592 --> 00:56:30,303 Saya nak faham sebabnya, jadi kami cuba kaji. 957 00:56:30,387 --> 00:56:32,597 Dia kata, "Awak tak layak bercinta." 958 00:56:32,680 --> 00:56:38,061 Dia jelaskan, "Ada beberapa sebab. Awak terlalu banyak bekerja. 959 00:56:38,144 --> 00:56:42,023 Awak suka kerja awak, tapi awak perlu ada keseimbangan hidup. 960 00:56:42,565 --> 00:56:46,820 Awak selalu ada kerja luar. 961 00:56:46,903 --> 00:56:51,074 Untuk bina hubungan kukuh, dua-dua orang perlu ada di tempat sama. 962 00:56:51,574 --> 00:56:55,495 Tapi sebenarnya, itu cuma masalah kecil." 963 00:56:56,413 --> 00:56:59,249 Masalah sebenar saya, 964 00:56:59,749 --> 00:57:02,085 seperti kata ahli terapi saya, 965 00:57:02,585 --> 00:57:04,587 saya tak mampu 966 00:57:05,338 --> 00:57:09,759 untuk diamkan saja apa yang ada dalam fikiran saya. 967 00:57:13,388 --> 00:57:16,015 Dia ajar saya bahawa salah satu kunci 968 00:57:16,099 --> 00:57:18,643 bagi hubungan yang berkekalan dan berjaya 969 00:57:19,602 --> 00:57:22,105 ialah keupayaan untuk tahu masa untuk fikir 970 00:57:22,188 --> 00:57:24,107 dan masa untuk cakap. 971 00:57:25,108 --> 00:57:25,942 Ya. 972 00:57:27,735 --> 00:57:30,113 Saya kata, "Saya tak ada masalah itu." 973 00:57:30,196 --> 00:57:33,241 Dia kata, "Tak, kalau awak fikir sesuatu, 974 00:57:33,324 --> 00:57:35,076 awak terus nak cakap. 975 00:57:35,160 --> 00:57:37,370 Awak terus suarakan fikiran awak." 976 00:57:37,454 --> 00:57:39,622 Trump kata, "Betul sangat." 977 00:57:48,673 --> 00:57:51,759 Saya jawab, "Saya tak rasa itu masalah saya." 978 00:57:51,843 --> 00:57:54,596 Dia kata, "Saya dah catatkan. Tunggu." 979 00:57:55,096 --> 00:57:57,515 Dia kata, "Mari kita lihat contoh." 980 00:57:57,599 --> 00:58:00,185 Ada satu contoh yang sangat… 981 00:58:00,727 --> 00:58:01,895 Betul cakap dia. 982 00:58:03,813 --> 00:58:09,527 Ia berlaku dengan bekas teman wanita saya. Ia punca hubungan kami retak. 983 00:58:09,611 --> 00:58:13,656 Bukan terus putus, tapi insiden itulah permulaannya. 984 00:58:14,866 --> 00:58:17,494 Kami bersiap-siap untuk tidur. 985 00:58:18,828 --> 00:58:20,205 Malam itu malam biasa. 986 00:58:20,705 --> 00:58:23,500 Kami gosok gigi dan pakai selimut. 987 00:58:23,583 --> 00:58:27,921 Sebelum tutup lampu, kami berbual mesra. 988 00:58:28,004 --> 00:58:30,840 Tahu tak perasaan bersama orang tersayang, 989 00:58:30,924 --> 00:58:35,428 apabila kita berkongsi perasaan dan kisah yang tak pernah diceritakan, 990 00:58:35,512 --> 00:58:36,763 bergelak ketawa 991 00:58:36,846 --> 00:58:38,723 dan semakin jatuh cinta? 992 00:58:39,265 --> 00:58:42,185 Kami berbaring pada bantal, saling berpandangan. 993 00:58:42,268 --> 00:58:44,103 Dia tengok saya. 994 00:58:45,313 --> 00:58:48,024 Tiba-tiba, dia tanya, "Hei, 995 00:58:49,150 --> 00:58:50,777 boleh saya tanya sesuatu?" 996 00:58:51,861 --> 00:58:53,029 Saya kata, "Ya. 997 00:58:53,905 --> 00:58:55,031 Ya, tanyalah." 998 00:58:55,532 --> 00:58:56,491 Dia tanya, 999 00:58:57,242 --> 00:59:00,370 "Kalau awak boleh ubah satu perkara tentang diri saya, 1000 00:59:01,996 --> 00:59:03,498 apa yang awak nak ubah?" 1001 00:59:07,210 --> 00:59:08,878 Sekarang saya dah tahu… 1002 00:59:12,048 --> 00:59:15,426 soalan itu ada satu jawapan yang betul. 1003 00:59:17,262 --> 00:59:19,639 Ya, hanya satu jawapan betul. 1004 00:59:19,722 --> 00:59:22,350 Tak kira betapa uniknya hubungan anda, 1005 00:59:22,433 --> 00:59:25,562 kalau anda nak menang jawab soalan cepumas itu, 1006 00:59:26,521 --> 00:59:30,275 kalau wanita dalam hidup anda tanya, 1007 00:59:30,358 --> 00:59:33,444 "Kalau awak boleh ubah diri saya, apa awak nak ubah?" 1008 00:59:33,528 --> 00:59:36,197 Jawapan yang betul ialah, "Tiada apa-apa". 1009 00:59:37,532 --> 00:59:40,034 Kalaulah anda ada dengan saya malam itu. 1010 00:59:41,160 --> 00:59:41,995 Ya. 1011 00:59:42,954 --> 00:59:45,748 Jawapan yang betul ialah, "Tiada apa-apa." 1012 00:59:45,832 --> 00:59:51,045 Cakap, "Tak ada, sayang. Saya takkan ubah apa-apa tentang awak 1013 00:59:51,546 --> 00:59:55,550 sebab segala ciri awak menjadikan awak sempurna untuk saya. 1014 00:59:57,093 --> 00:59:59,596 Kalau ada pun… Boleh saya terus terang? 1015 01:00:00,847 --> 01:00:02,473 Saya akan ubah diri saya. 1016 01:00:04,892 --> 01:00:06,728 Saya akan ubah diri saya 1017 01:00:07,562 --> 01:00:11,899 supaya saya lebih mampu menghargai cinta yang awak beri sepenuh hati. 1018 01:00:12,859 --> 01:00:14,652 Itulah yang saya akan ubah." 1019 01:00:16,904 --> 01:00:19,949 Itulah jawapan lengkapnya kalau anda nak guna. 1020 01:00:20,450 --> 01:00:21,284 Ya. 1021 01:00:22,452 --> 01:00:24,287 Tapi saya tak jawab begitu. 1022 01:00:25,788 --> 01:00:28,458 Tak. Saya jawab apa yang saya fikir. 1023 01:00:29,417 --> 01:00:30,793 Dia pandang dan tanya, 1024 01:00:30,877 --> 01:00:34,130 "Kalau awak boleh ubah satu perkara tentang saya, 1025 01:00:34,631 --> 01:00:36,007 apa awak nak ubah?" 1026 01:00:36,799 --> 01:00:40,219 Saya kata, "Okey, satu perkara. 1027 01:00:43,181 --> 01:00:45,058 Satu perkara. 1028 01:00:46,309 --> 01:00:48,311 Satu perkara… 1029 01:00:48,394 --> 01:00:50,730 Wah, susahnya. Satu perkara. 1030 01:00:51,356 --> 01:00:52,649 Satu saja. 1031 01:00:52,732 --> 01:00:55,026 Okey, biar saya fikir dulu. Sekejap. 1032 01:00:55,109 --> 01:00:57,737 Kalau satu saja, apa yang saya nak ubah? 1033 01:00:57,820 --> 01:01:00,865 Apa yang saya nak ubah? Okey. Saya dah tahu. 1034 01:01:00,948 --> 01:01:03,910 Kalau saya boleh ubah satu saja ciri awak, 1035 01:01:03,993 --> 01:01:07,664 saya akan ubah cara awak berkomunikasi 1036 01:01:08,498 --> 01:01:09,874 semasa seks." 1037 01:01:11,250 --> 01:01:13,503 Dia tersentak. "Apa?" 1038 01:01:15,505 --> 01:01:18,091 Kemudian keadaan jadi lebih teruk. 1039 01:01:19,550 --> 01:01:21,969 Saya tahu saya salah, jadi jangan kecam. 1040 01:01:22,053 --> 01:01:23,930 Saya nak baiki diri saya. 1041 01:01:24,013 --> 01:01:26,557 Saya nak jelaskan perkara yang saya fikir. 1042 01:01:26,641 --> 01:01:31,771 Pertama sekali, saya ingat itu soalan betul. 1043 01:01:32,605 --> 01:01:34,899 Kedua, 1044 01:01:34,982 --> 01:01:37,902 saya cuba luahkan perasaan saya 1045 01:01:37,985 --> 01:01:41,739 iaitu perasaan keliru, dan kadangkala kecewa, 1046 01:01:41,823 --> 01:01:43,950 apabila kami buat hubungan intim. 1047 01:01:44,033 --> 01:01:46,744 Semasa suasana intim, dia cakap… 1048 01:01:46,828 --> 01:01:48,162 Saya akan cakap secara halus. 1049 01:01:48,246 --> 01:01:51,791 Tapi dia suka kata, "Sikit lagi." 1050 01:01:51,874 --> 01:01:56,212 Itu ayat paling hebat yang wanita boleh ucap kepada lelaki. 1051 01:01:56,295 --> 01:02:00,049 Itulah ayat yang lelaki paling nak dengar dalam hidupnya. 1052 01:02:00,133 --> 01:02:03,594 Ayat itu buat kami rasa kami capai puncak kejantanan. 1053 01:02:03,678 --> 01:02:05,680 Kami rasa puas. Kami rasa berjaya. 1054 01:02:05,763 --> 01:02:08,057 Kami akan rasa macam Tarzan. 1055 01:02:08,141 --> 01:02:09,517 Betul. 1056 01:02:10,017 --> 01:02:10,852 Betul. 1057 01:02:10,935 --> 01:02:12,812 Ayat itu sangat berkesan 1058 01:02:12,895 --> 01:02:15,773 sampaikan kami akan capai tahap kejantanan 1059 01:02:15,857 --> 01:02:18,234 yang kami tak tahu kami miliki. 1060 01:02:18,317 --> 01:02:20,862 Kami jadi lebih kuat, 1061 01:02:20,945 --> 01:02:24,532 atasi perkara yang mustahil, tiba-tiba hilang rasa penat. 1062 01:02:24,615 --> 01:02:26,617 Ya, kami lupa otot dah kejang. 1063 01:02:26,701 --> 01:02:29,245 Tak kisahlah apa-apa pun. 1064 01:02:29,328 --> 01:02:33,374 Kadangkala, kami tak boleh bernafas. 1065 01:02:33,458 --> 01:02:36,377 Kadangkala hidung kami dihalang… 1066 01:02:36,461 --> 01:02:41,007 Kami perlu bertahan, nafas demi nafas. 1067 01:02:41,090 --> 01:02:43,050 Jadi, kami buat kerja 1068 01:02:43,134 --> 01:02:47,430 dan apabila kehabisan udara, kami jadi macam ikan paus 1069 01:02:47,930 --> 01:02:49,474 yang timbul, 1070 01:02:50,808 --> 01:02:55,188 kemudian menyelam semula ke dalam lautan nikmat wanita. 1071 01:02:55,271 --> 01:02:56,189 Tak apa. 1072 01:02:56,272 --> 01:02:59,484 Setiap lelaki ada rentak sendiri. 1073 01:02:59,567 --> 01:03:02,528 Tapi wanita perlu faham kami tahan nafas. 1074 01:03:02,612 --> 01:03:05,281 Jadi, kalau anda kata, "Sikit lagi," 1075 01:03:05,364 --> 01:03:08,367 kami akan fikir, "Ini bukan masa untuk bernafas. 1076 01:03:10,286 --> 01:03:11,496 Ini tanggungjawab. 1077 01:03:11,579 --> 01:03:14,832 Aku ada satu nafas dan akan gunakannya sebaik mungkin." 1078 01:03:16,584 --> 01:03:19,754 Jadi, kami tahan nafas dan teruskan 1079 01:03:19,837 --> 01:03:22,215 tanpa henti-henti 1080 01:03:22,298 --> 01:03:24,383 sampailah wanita puas. 1081 01:03:24,467 --> 01:03:28,805 Tapi semasa itu saya tak tahu, apabila bekas teman wanita saya kata, 1082 01:03:28,888 --> 01:03:30,473 "Sikit lagi," 1083 01:03:30,556 --> 01:03:33,351 dia sebenarnya bermaksud, 1084 01:03:33,851 --> 01:03:37,563 "Perbuatan awak pada saya agak menyeronokkan 1085 01:03:37,647 --> 01:03:39,774 dan saya nak awak teruskan. 1086 01:03:40,316 --> 01:03:44,028 Sila teruskan perbuatan awak sekarang 1087 01:03:44,904 --> 01:03:47,949 mengikut rentak yang sama dan tekanan yang sama." 1088 01:03:48,449 --> 01:03:50,535 Jangan seronok dengar ayat itu. 1089 01:03:50,618 --> 01:03:52,119 Jangan ubah apa-apa. 1090 01:03:52,203 --> 01:03:55,623 Teruskan saja perbuatan awak sekarang 1091 01:03:55,706 --> 01:03:57,708 sebab cara awak dah betul. 1092 01:03:58,751 --> 01:04:01,212 Awak boleh buat. Teruskan. 1093 01:04:01,921 --> 01:04:04,715 Tadi awak tak tentu arah, tapi ini dah betul. 1094 01:04:05,216 --> 01:04:07,468 Kalau awak buat macam ini, 1095 01:04:07,552 --> 01:04:10,054 saya mungkin akan puas. 1096 01:04:10,137 --> 01:04:12,473 Teruskan, sayang. Awak boleh buat. 1097 01:04:12,557 --> 01:04:15,685 Saya yakin awak boleh. Awak semakin hampir." 1098 01:04:16,435 --> 01:04:18,104 Itulah maksudnya. 1099 01:04:19,981 --> 01:04:21,983 Tapi ia mengelirukan saya. 1100 01:04:22,066 --> 01:04:25,152 Saya keliru sebab wanita cakap, 1101 01:04:25,236 --> 01:04:26,654 "Sikit lagi." 1102 01:04:26,737 --> 01:04:29,949 Sekarang saya faham, wanita sebut begitu 1103 01:04:30,032 --> 01:04:32,618 macam orang di perhentian bas cakap, 1104 01:04:32,702 --> 01:04:35,413 "Nanti bas sampailah." Betul tak? 1105 01:04:35,955 --> 01:04:40,793 Maksudnya, kita di lokasi yang betul untuk menunggu kedatangan bas. 1106 01:04:42,712 --> 01:04:45,172 Di sinilah tempat bas akan datang. 1107 01:04:45,673 --> 01:04:48,009 Tapi "bila" itu masalahnya. 1108 01:04:48,634 --> 01:04:50,803 "Bila" itu yang lelaki tak faham. 1109 01:04:51,304 --> 01:04:53,973 Sebab lelaki faham hal itu secara literal. 1110 01:04:54,056 --> 01:04:55,933 Wanita pula cakap secara teori. 1111 01:04:56,017 --> 01:04:57,268 "Sikit lagi," 1112 01:04:57,351 --> 01:05:00,771 cuma bermaksud ini hala tuju yang betul. 1113 01:05:00,855 --> 01:05:03,190 Mungkin tiga minit lagi. 1114 01:05:03,691 --> 01:05:06,861 Mungkin 15 minit lagi. 1115 01:05:06,944 --> 01:05:09,238 Mungkin dalam hubungan seterusnya. 1116 01:05:10,948 --> 01:05:12,366 Tak ada orang tahu. 1117 01:05:14,619 --> 01:05:17,121 Tapi wanita kena faham, kami tak bernafas. 1118 01:05:18,080 --> 01:05:21,375 Kami tahan nafas. Kami dah semput. 1119 01:05:21,459 --> 01:05:23,377 Kita perlukan udara untuk hidup. 1120 01:05:23,461 --> 01:05:26,172 Patutlah lelaki mati 10 tahun lebih awal. 1121 01:05:26,255 --> 01:05:29,759 Sebab kami tak bernafas sambil tunggu ia berlaku. 1122 01:05:29,842 --> 01:05:32,219 Tiada masalah kalau ia tak berlaku. 1123 01:05:32,303 --> 01:05:34,639 Cuma kami tak tahu sebab kami literal. 1124 01:05:34,722 --> 01:05:36,766 Lelaki cuma makhluk yang ringkas. 1125 01:05:36,849 --> 01:05:39,226 Macam anjing. "Mana bola? Itu bola." 1126 01:05:39,310 --> 01:05:41,604 Kalau lelaki kata, "Sikit lagi," 1127 01:05:41,687 --> 01:05:43,981 maksudnya capai klimaks pada masa itu juga. 1128 01:05:47,443 --> 01:05:50,947 Saat itu terus tiba. Itulah maksud saya. 1129 01:05:51,030 --> 01:05:53,324 Apabila lelaki kata begitu, 1130 01:05:53,407 --> 01:05:54,784 itulah masanya. 1131 01:05:54,867 --> 01:05:56,327 Bukan lain kali. 1132 01:05:56,410 --> 01:05:59,705 Dah tak ada masa untuk berehat atau berhenti. 1133 01:05:59,789 --> 01:06:04,168 Ia akan berlaku pada masa itu juga. Nak kelip mata pun tak sempat. 1134 01:06:04,251 --> 01:06:08,673 Kalau melintas, kena langgar bas. Bas sampai pada masa itu juga. 1135 01:06:09,173 --> 01:06:11,509 Jangan tanya, "Mana bas?" Bas dah tiba. 1136 01:06:11,592 --> 01:06:14,261 Kalau dia kata nak klimaks, dia terus klimaks. 1137 01:06:14,345 --> 01:06:17,682 Kadangkala kami tak sempat cakap pun. Saya takkan tipu. 1138 01:06:17,765 --> 01:06:20,351 Kadangkala ia dah berlaku. Saya cakap jujur. 1139 01:06:20,434 --> 01:06:23,020 Walaupun kami cuba tahan. 1140 01:06:23,104 --> 01:06:26,816 Kami jadi macam budak yang silap cakap dan bocorkan rahsia sendiri. 1141 01:06:26,899 --> 01:06:29,527 "Ibu, saya nak pecahkan barang di dapur." 1142 01:06:29,610 --> 01:06:32,446 Padahal dah pecah pun. 1143 01:06:32,530 --> 01:06:36,075 Sebab itu wanita tak patut cakap, "Tunggu, sikit lagi." 1144 01:06:36,158 --> 01:06:38,035 Ia dah pun berlaku! 1145 01:06:38,577 --> 01:06:39,912 Dah selesai. 1146 01:06:39,996 --> 01:06:43,124 Kejantanan kami dihancurkan dengan ayat pendek itu. 1147 01:06:43,207 --> 01:06:44,333 "Sikit lagi." 1148 01:06:44,417 --> 01:06:47,336 Kami cuba tahan, tapi tak boleh. 1149 01:06:47,420 --> 01:06:49,422 Ia akan surut. 1150 01:06:49,505 --> 01:06:54,719 Kami kata, "Saya nak buat juga." "Apa? Kenapa tak nak tunggu saya?" 1151 01:06:54,802 --> 01:06:57,888 "Lelaki boleh buat sesuka hati. Jangan arahkan saya." 1152 01:06:57,972 --> 01:07:00,391 "Awak tak kisah tentang saya?" "Tak…" 1153 01:07:00,891 --> 01:07:02,727 Sebab itulah saya masih bujang. 1154 01:07:04,061 --> 01:07:06,105 D.C., anda semua memang hebat. 1155 01:07:06,188 --> 01:07:07,857 Terima kasih kerana datang. 1156 01:07:11,610 --> 01:07:12,862 Terima kasih. 1157 01:07:13,362 --> 01:07:14,947 Selamat sejahtera. 1158 01:07:15,573 --> 01:07:16,782 Selamat malam. 1159 01:08:29,897 --> 01:08:33,901 Terjemahan sari kata oleh FZA