1 00:00:06,208 --> 00:00:08,208 {\an8}MASA KINI 2 00:00:23,125 --> 00:00:25,708 Semua orang ada senarai dalam hidup. 3 00:00:25,792 --> 00:00:28,250 Senarai impian dan kebahagiaan sederhana. 4 00:00:28,333 --> 00:00:32,000 Senarai saya selalunya dipenuhi dengan perjalanan dan tempat baharu. 5 00:00:32,083 --> 00:00:36,292 Saya Preeti dan salah satu senarai itu membawa saya kepada Kafe Musafir. 6 00:00:37,000 --> 00:00:38,417 Apa itu Kafe Musafir? 7 00:00:38,500 --> 00:00:41,542 Tanyalah sesiapa, anda akan terima jawapan yang berbeza. 8 00:00:41,625 --> 00:00:45,083 Bagi saya, itulah rumah saya. Rumah saya dan Chander. 9 00:00:47,125 --> 00:00:50,792 Matamu yang indah 10 00:00:51,667 --> 00:00:54,042 Bertemu dengan mataku 11 00:00:54,625 --> 00:00:59,333 Bayu yang berhembus Pemandangan yang silih berganti 12 00:01:00,125 --> 00:01:01,750 Semuanya pegun berdiri 13 00:01:02,542 --> 00:01:03,792 Hei! Hai! 14 00:01:03,875 --> 00:01:05,792 Tunggu, sekejap. 15 00:01:06,500 --> 00:01:08,500 - Hai! - Kamu datang malam ini, bukan? 16 00:01:08,583 --> 00:01:10,083 Tak. 17 00:01:10,167 --> 00:01:13,917 Rajvir nak mendaki dengan kawan dia hari ini 18 00:01:14,000 --> 00:01:16,708 dan saya akan terlepas parti malam ini. 19 00:01:16,792 --> 00:01:20,000 Saya dapat rasa, awak pasti sukakan pendakian ini! 20 00:01:20,083 --> 00:01:22,500 - Betul? - Ya! Berseronoklah! 21 00:01:23,000 --> 00:01:24,042 Okey. Jumpa lagi. 22 00:01:24,125 --> 00:01:25,208 Jumpa lagi! 23 00:01:27,000 --> 00:01:30,458 Sihir apakah 24 00:01:30,542 --> 00:01:33,125 Yang kau kenakan kepadaku? 25 00:01:33,208 --> 00:01:34,750 Katakan, adakah benar? 26 00:01:38,875 --> 00:01:43,833 Bintang terasa seperti kuntuman melur Di atas atapku... 27 00:01:43,917 --> 00:01:47,083 Bagi pengembara, perjalanan sebenar bermula 28 00:01:47,167 --> 00:01:49,375 ketika mereka menemui teman sejati. 29 00:01:50,958 --> 00:01:53,250 Kadangkala, teman itu setia di sisi. 30 00:01:53,333 --> 00:01:56,167 Kadangkala pergi selepas mengubah kita selamanya. 31 00:02:06,125 --> 00:02:09,625 Sihir apakah 32 00:02:09,708 --> 00:02:12,292 Yang kau kenakan kepadaku? 33 00:02:12,375 --> 00:02:14,250 Katakan, adakah benar? 34 00:02:14,333 --> 00:02:17,833 Sesuatu yang serupa berlaku ketika saya bertemu Chander. 35 00:02:17,917 --> 00:02:21,458 Mungkin, hidup dia berubah sama seperti 36 00:02:21,958 --> 00:02:23,208 ketika dia bertemu Sudha. 37 00:02:27,833 --> 00:02:29,875 ADAPTASI BUKU 'MUSAFIR CAFE' 38 00:02:53,292 --> 00:02:56,292 Mak, turunkan sikit kamera. Saya tak nampak mak. 39 00:02:56,375 --> 00:02:57,792 - Begini? - Ya, betul. 40 00:02:57,875 --> 00:02:59,667 {\an8}- Kamu dah sampai? - Ya, dah. 41 00:03:00,167 --> 00:03:01,375 {\an8}Awal, macam biasa. 42 00:03:01,458 --> 00:03:02,750 {\an8}Dah dapat tempat yang bagus? 43 00:03:02,833 --> 00:03:06,333 {\an8}- Dia yang pilih. Cantik, bukan? - Ya, cantik. 44 00:03:06,417 --> 00:03:08,167 {\an8}Saya langsung tak tahu tempat ini. 45 00:03:08,250 --> 00:03:09,458 {\an8}Macam mana nak tahu? 46 00:03:09,958 --> 00:03:12,125 {\an8}- Asyik sibuk kerja! - Mak... 47 00:03:12,708 --> 00:03:15,583 {\an8}- Saya letak telefon, ya? - Nanti, sekejap. 48 00:03:16,208 --> 00:03:17,375 {\an8}Terima kasih. 49 00:03:17,458 --> 00:03:20,208 {\an8}- Mak tahu dalam hati kamu masih... - Mak. 50 00:03:21,000 --> 00:03:22,917 Janganlah cakap begitu lagi. 51 00:03:23,625 --> 00:03:25,125 - Yalah. - Saya letak dulu. 52 00:03:25,208 --> 00:03:26,708 Dia dah nak sampai. 53 00:03:31,000 --> 00:03:34,792 8 TAHUN LALU 54 00:03:34,875 --> 00:03:37,083 - Kopi awak dari mana? - Selatan, encik. 55 00:03:37,167 --> 00:03:41,167 Maksud Selatan? Tamil Nadu? Karnataka? Kerala? Dari mana? 56 00:03:41,250 --> 00:03:44,833 - Encik, itu... - Campuran atau tunggal? 57 00:03:44,917 --> 00:03:48,792 - Encik... - Kisar sederhana atau sederhana halus? 58 00:03:49,583 --> 00:03:50,458 Sederhana halus. 59 00:03:50,542 --> 00:03:52,042 Itu saya pasti, sederhana halus. 60 00:03:52,125 --> 00:03:53,167 - Awak pasti? - Ya. 61 00:03:53,250 --> 00:03:54,958 Buat satu perkara, Mohan. 62 00:03:55,042 --> 00:03:56,250 Sedikit kopi, 63 00:03:56,333 --> 00:03:59,750 air panas antara 90 hingga 95 darjah Celsius, 64 00:03:59,833 --> 00:04:03,417 periuk kosong dan cawan Americano. Bawakan ke sini. 65 00:04:04,208 --> 00:04:07,583 - Encik, guna mesin kopi saja... - Tak, saya tak nak. 66 00:04:07,667 --> 00:04:11,833 Jangan risau, saya bayar penuh dan saya beri tip. 67 00:04:11,917 --> 00:04:13,792 Okey, encik. Saya ambilkan. 68 00:04:18,000 --> 00:04:20,917 Kenapa semua jurutera perisian fikir begitu? 69 00:04:21,000 --> 00:04:23,000 Kenapa semua sibuk nak ke Amerika? 70 00:04:23,083 --> 00:04:25,833 Tak. Dua tahun saja. 71 00:04:25,917 --> 00:04:27,750 Awak akan ke Amerika dua tahun, 72 00:04:27,833 --> 00:04:30,292 dan saya kena berhenti kerja dan ikut awak? 73 00:04:30,375 --> 00:04:32,583 - Saya tinggal sendiri? - Sendiri? 74 00:04:32,667 --> 00:04:34,750 Bawalah mak awak dan suruh dia jaga awak! 75 00:04:34,833 --> 00:04:36,667 Kenapa awak perlu kahwin? 76 00:04:37,542 --> 00:04:39,208 Beraninya awak! 77 00:04:42,417 --> 00:04:45,917 Helo, saya cuma nak beritahu yang saya dah sampai. 78 00:04:46,000 --> 00:04:47,417 Ya, sekejap lagi sampai! 79 00:04:48,125 --> 00:04:49,125 Tunggu apa lagi? 80 00:04:49,208 --> 00:04:51,750 Nak balik atau perlu kad hijau juga? 81 00:04:52,500 --> 00:04:55,500 Nak saya bentangkan permaidani merah? Berambus! 82 00:05:06,875 --> 00:05:07,792 Hai. 83 00:05:08,542 --> 00:05:09,958 Maaf buat awak menunggu. 84 00:05:11,042 --> 00:05:12,167 Saya Sudha. 85 00:05:15,292 --> 00:05:16,542 Pandai awak bercakap. 86 00:05:17,833 --> 00:05:18,833 Saya Chander. 87 00:05:19,458 --> 00:05:20,750 Awak pasang telinga? 88 00:05:20,833 --> 00:05:23,750 Saya tak pasang telinga. Saya boleh dengar suara awak. 89 00:05:23,833 --> 00:05:25,042 Semua orang dengar. 90 00:05:26,917 --> 00:05:28,708 - Duduk? - Silakan. 91 00:05:35,333 --> 00:05:37,917 - Boleh bawakan satu lagi teh, Mohan? - Ya. 92 00:05:38,000 --> 00:05:39,000 Macam biasa. 93 00:05:44,042 --> 00:05:46,083 Maaf, sekejap, ya. 94 00:06:03,292 --> 00:06:07,292 Awak ke sini untuk buat kopi sendiri? 95 00:06:09,167 --> 00:06:11,042 Saya cerewet sikit tentang kopi. 96 00:06:12,708 --> 00:06:15,208 Kafe yang cantik. Awak selalu ke sini? 97 00:06:15,792 --> 00:06:17,125 Ya, tapi tak minum kopi. 98 00:06:17,208 --> 00:06:18,292 Saya peminat chai. 99 00:06:18,375 --> 00:06:19,417 Chai. 100 00:06:20,417 --> 00:06:22,750 Sambil nikmati teh pada hari Ahad, 101 00:06:22,833 --> 00:06:25,917 saya terima sampel dari laman cari jodoh. Percuma! 102 00:06:29,792 --> 00:06:33,042 Siapa buat profil awak? Mak atau ayah awak? 103 00:06:35,208 --> 00:06:37,208 Maaf. Alamak. 104 00:06:37,292 --> 00:06:38,792 {\an8}MAK: DIA DAH SAMPAI? MACAM MANA? 105 00:06:43,625 --> 00:06:45,750 Kalau awak tak kisah, boleh saya tanya sesuatu? 106 00:06:46,917 --> 00:06:49,083 Ada calon lain menunggu selepas saya? 107 00:06:49,167 --> 00:06:52,917 Kalau ada, saya kena rancang masa. 108 00:06:53,917 --> 00:06:55,667 Takut sesi kami bertindih. 109 00:06:56,792 --> 00:06:59,250 Jadi, awak seorang peguam? 110 00:07:00,000 --> 00:07:00,875 Ya. 111 00:07:02,083 --> 00:07:03,000 Peguam perceraian. 112 00:07:04,667 --> 00:07:06,417 Keluarga saya selalunya sembunyikan. 113 00:07:06,500 --> 00:07:07,750 Pelamar akan menjauh. 114 00:07:09,083 --> 00:07:10,708 Namun saya suka kerja saya. 115 00:07:11,917 --> 00:07:14,167 Awak suka buat orang bercerai? 116 00:07:14,958 --> 00:07:15,917 Tak. 117 00:07:16,625 --> 00:07:17,833 Sebenarnya, 118 00:07:17,917 --> 00:07:21,167 perceraian berlaku lama sebelum dibawa ke mahkamah. 119 00:07:21,250 --> 00:07:22,500 Kami sekadar membantu 120 00:07:23,000 --> 00:07:25,167 dapatkan cop rasmi dan... 121 00:07:25,958 --> 00:07:27,792 menguruskan akaun. 122 00:07:30,667 --> 00:07:31,625 Puan. 123 00:07:32,292 --> 00:07:33,500 Terima kasih, Mohan. 124 00:07:37,125 --> 00:07:40,583 Awak uruskan kes perceraian, tapi awak masih nak berkahwin? 125 00:07:42,208 --> 00:07:44,250 Tentang itu... 126 00:07:46,000 --> 00:07:48,250 saya tak nak berkahwin sekarang. 127 00:07:49,042 --> 00:07:52,458 Saya jumpa pelamar supaya keluarga saya berhenti mendesak mak saya. 128 00:07:52,542 --> 00:07:55,292 Selalunya saya berjaya menolak lamaran mereka. 129 00:07:58,208 --> 00:08:00,875 Tolak saja lamaran jurutera perisian tanpa bertemu mereka. 130 00:08:00,958 --> 00:08:03,917 - Bukan awak jurutera perisian juga? - Pernah dulu. 131 00:08:04,500 --> 00:08:05,500 Saya bosan. 132 00:08:06,125 --> 00:08:08,458 Sekarang saya bekerja di DWD Logistics. 133 00:08:08,542 --> 00:08:10,500 Membangunkan operasi MP mereka. 134 00:08:11,375 --> 00:08:14,292 - Kenapa awak pilih kerja begitu? - Jauh daripada keluarga. 135 00:08:14,375 --> 00:08:16,208 Dari Delhi, itu sebabnya. 136 00:08:16,292 --> 00:08:18,417 Jauh daripada bekas teman wanita. 137 00:08:20,250 --> 00:08:22,625 - Tak. - Tak? 138 00:08:23,125 --> 00:08:25,167 Tak, bukan begitu. 139 00:08:25,833 --> 00:08:27,292 Awak cuma bersangka. 140 00:08:28,458 --> 00:08:30,875 Salah satu bakat kecil peguam. 141 00:08:30,958 --> 00:08:33,625 Saya belajar membaca air muka orang. 142 00:08:34,917 --> 00:08:36,958 Awak tak rasa logistik membosankan? 143 00:08:38,500 --> 00:08:40,417 Lebih kurang saja macam hidup saya. 144 00:08:46,250 --> 00:08:49,750 Apa lagi awak nak buat pada hari Ahad begini? 145 00:08:49,833 --> 00:08:53,583 Selepas berjumpa awak, saya nak tonton wayang. 146 00:08:53,667 --> 00:08:56,250 Banyak yang awak boleh buat di Bhopal 147 00:08:56,333 --> 00:08:59,333 tapi awak nak duduk dalam gelap tengok cerita orang? 148 00:09:00,625 --> 00:09:03,083 Okey, cakaplah apa cadangan awak? 149 00:09:03,667 --> 00:09:07,458 Melawat Manav Sangrahalaya. Menyusuri Van Vihar. 150 00:09:07,542 --> 00:09:12,000 Paling seronok, minum soda lemon menyegarkan di tepi tasik. 151 00:09:12,083 --> 00:09:14,083 Menyelami nadi Bhopal. 152 00:09:47,750 --> 00:09:49,458 - Ayuh! - Ke mana? 153 00:09:49,958 --> 00:09:53,000 Awak juga yang kata banyak boleh dibuat di Bhopal. 154 00:09:56,750 --> 00:09:58,625 Kenapa awak tinggalkan Amerika? 155 00:09:58,708 --> 00:10:00,125 Jiwa saya tiada di sana. 156 00:10:00,875 --> 00:10:04,917 Walaupun sesak, entah kenapa terasa kosong. 157 00:10:07,167 --> 00:10:09,125 Dapat kawan di universiti, 158 00:10:10,375 --> 00:10:13,625 dapat kenal diri sendiri dan dapat belajar melalui masa. 159 00:10:15,167 --> 00:10:17,792 Cuba beritahu satu perkara yang awak belajar. 160 00:10:22,500 --> 00:10:27,500 Apa-apa pun yang berlaku dalam hidup, jangan lupa asal-usul awak. 161 00:10:28,500 --> 00:10:30,500 - Serta... - Serta? 162 00:10:33,042 --> 00:10:37,208 Sebagus mana pun sesuatu kafe itu, buat kopi sendiri. 163 00:10:39,417 --> 00:10:41,375 Kalau awak dah bosan dengan logistik, 164 00:10:41,458 --> 00:10:43,917 bukalah kafe sendiri. 165 00:10:52,042 --> 00:10:54,583 Mak datang dari Ratlam, sekali setiap dua bulan. 166 00:10:54,667 --> 00:10:58,167 Gargi bukan sekadar teman sebilik. Dia juga wartawan mak saya. 167 00:10:58,250 --> 00:10:59,333 Maksud awak? 168 00:10:59,417 --> 00:11:01,167 Dia pengintip mak saya. 169 00:11:04,167 --> 00:11:08,417 Apa-apa pun, strategi awak memanjangkan waktu janji temu agak bijak. 170 00:11:08,500 --> 00:11:11,542 Terima kasih, tapi itu bukan strategi. 171 00:11:11,625 --> 00:11:12,542 - Bukan? - Bukan. 172 00:11:12,625 --> 00:11:14,583 Saya sekadar mengikut gerak hati. 173 00:11:14,667 --> 00:11:16,083 Minum. 174 00:11:16,625 --> 00:11:17,708 Minum. 175 00:11:26,042 --> 00:11:26,917 Alamak. 176 00:11:27,000 --> 00:11:30,125 Chander, saya kena balik kafe. 177 00:11:30,208 --> 00:11:32,708 Kenapa? Awak terlupa sesuatu? 178 00:11:32,792 --> 00:11:33,833 Calon nombor tiga! 179 00:11:34,458 --> 00:11:35,625 - Apa? - Chander. 180 00:11:35,708 --> 00:11:38,000 Cari alasan untuk tolak saya, okey? 181 00:11:38,083 --> 00:11:39,250 - Hei! - Terima kasih. 182 00:11:39,333 --> 00:11:40,208 Kenapa saya? 183 00:11:41,000 --> 00:11:45,083 Kalau wanita yang tolak lelaki, mak dia akan lebih sedih, faham? 184 00:11:45,667 --> 00:11:46,542 Hei! 185 00:11:48,333 --> 00:11:49,667 Awak apa sebenarnya? 186 00:11:57,125 --> 00:11:59,083 KAFE MUSAFIR 187 00:11:59,167 --> 00:12:02,333 {\an8}MELANCONG KE LADAKH IMPIAN ZAMAN KANAK-KANAK SAYA - VK 188 00:12:09,333 --> 00:12:10,875 - Hai. - Helo. 189 00:12:16,417 --> 00:12:17,833 {\an8}JUMAAT 4 SEPTEMBER 190 00:12:23,000 --> 00:12:25,417 Nak tahu apa saya tulis di nota janji? 191 00:12:25,500 --> 00:12:26,375 Boleh juga. 192 00:12:27,625 --> 00:12:29,042 Awak tak perlu beritahu, 193 00:12:29,125 --> 00:12:32,458 tapi kalau nak beritahu, saya penyimpan rahsia yang baik. 194 00:12:33,417 --> 00:12:37,833 "Apa-apa pun yang terjadi, tahun ini, saya mesti berani ambil risiko." 195 00:12:38,458 --> 00:12:41,167 Ini nota pertama saya di tembok janji. 196 00:12:41,250 --> 00:12:43,625 Saya pasti ia bukan yang terakhir. 197 00:12:44,542 --> 00:12:48,583 {\an8}Setiap pengembara perlukan tempat untuk berhenti seketika, 198 00:12:48,667 --> 00:12:51,542 untuk mengingat semula janji kepada diri sendiri. 199 00:12:51,625 --> 00:12:54,542 Ramai pengembara merasakan kafe inilah tempatnya. 200 00:12:54,625 --> 00:12:58,750 Mungkin sebab itu mereka membawa sebahagian daripada kafe ini bersama 201 00:12:59,333 --> 00:13:02,333 dan meninggalkan sebahagian diri mereka di sini. 202 00:13:02,417 --> 00:13:03,375 Hei. 203 00:13:04,208 --> 00:13:05,625 Hei! Hai! 204 00:13:08,833 --> 00:13:09,833 Hai. 205 00:13:10,458 --> 00:13:12,625 Saya ke Road Mall semalam dan nampak sesuatu. 206 00:13:12,708 --> 00:13:15,792 Dan... saya rasa ini sesuai untuk awak. 207 00:13:16,417 --> 00:13:18,208 - Rahil. - Tak ada apa-apa, 208 00:13:18,292 --> 00:13:20,458 tapi, buka hanya 209 00:13:21,333 --> 00:13:22,958 apabila dah bersedia. 210 00:13:23,042 --> 00:13:24,042 Sedia untuk apa? 211 00:13:24,917 --> 00:13:30,667 Apabila awak dah sedia melihat diri awak menerusi pandangan mata saya. 212 00:13:31,292 --> 00:13:32,167 Rahil. 213 00:13:32,667 --> 00:13:34,417 Tak, serius. Teruskan kerja awak. 214 00:14:02,708 --> 00:14:04,250 Roti sourdough Preeti Kaushik 215 00:14:04,333 --> 00:14:07,000 - dengan telur carak dan avokado... - Apa awak buat? Sini! 216 00:14:07,083 --> 00:14:08,750 - Hei, kenapa? - Mari sini. 217 00:14:09,292 --> 00:14:10,250 Apa yang berlaku? 218 00:14:10,333 --> 00:14:12,042 Awak memanjakan saya. 219 00:14:12,125 --> 00:14:14,667 Pelanggan tetap akan fikir pemilik kafe ini 220 00:14:14,750 --> 00:14:16,583 hanya beri perhatian pada saya! 221 00:14:18,417 --> 00:14:21,542 Semua orang dah tahu yang wanita inilah 222 00:14:22,250 --> 00:14:24,333 yang buat kafe ini sangat istimewa. 223 00:14:27,333 --> 00:14:28,625 Mari sini. 224 00:14:40,625 --> 00:14:43,792 LIMA KAFE TERBAIK UNTUK DILAWATI 2026 1. MUSAFIR CAFE 225 00:14:59,417 --> 00:15:01,750 "Beberapa hari ini, saya memerhatikan seorang wanita 226 00:15:01,833 --> 00:15:05,250 {\an8}yang terlupa akan dirinya sendiri sewaktu sibuk menjaga hati orang lain. 227 00:15:06,708 --> 00:15:08,500 Ini pemberian untuk dia 228 00:15:09,250 --> 00:15:14,625 supaya ketika dia berhenti seketika, dia nampak dirinya juga." 229 00:15:17,083 --> 00:15:19,458 Menemui orang yang tepat pada waktu yang salah, 230 00:15:19,542 --> 00:15:21,708 kita mungkin menyalahkan masa. 231 00:15:22,333 --> 00:15:24,750 Namun, persoalannya mungkin bukanlah masa. 232 00:15:24,833 --> 00:15:26,167 Persoalannya adalah adakah 233 00:15:26,250 --> 00:15:28,167 kita adil kepada diri kita ketika itu. 234 00:15:30,875 --> 00:15:32,750 Awak diam saja. 235 00:15:32,833 --> 00:15:34,792 Apa hobi awak? 236 00:15:34,875 --> 00:15:38,250 Begini, apa yang awak perlu tahu tentang saya ialah 237 00:15:38,333 --> 00:15:40,125 saya benci betul kerja saya. 238 00:15:40,792 --> 00:15:42,625 Logistik kerja yang membosankan. 239 00:15:42,708 --> 00:15:46,333 Mak saya cakap awak jurutera. 240 00:15:46,958 --> 00:15:49,292 - Ya, sewaktu saya di Amerika. - Amerika! 241 00:15:49,958 --> 00:15:52,583 Saya memang nak tinggal di Amerika, sejujurnya! 242 00:15:53,458 --> 00:15:57,667 Kita boleh tinggal di sana selepas kahwin nanti, bukan? 243 00:15:58,417 --> 00:15:59,292 Tak. 244 00:16:00,417 --> 00:16:02,542 Kenapa? Awak tak suka tinggal di sana? 245 00:16:03,292 --> 00:16:04,292 Tak. 246 00:16:04,375 --> 00:16:06,083 - Apa... - Dengar sini. 247 00:16:06,167 --> 00:16:07,958 - Sudha? - Saya nak cakap dengan awak. 248 00:16:08,042 --> 00:16:11,792 Lelaki di depan awak ini memang tak guna. 249 00:16:11,875 --> 00:16:14,750 - Tak, bukan begitu... - Tak, jangan terpedaya dengan muka dia. 250 00:16:14,833 --> 00:16:16,292 Dia gila seks. 251 00:16:16,375 --> 00:16:17,292 - Betul? - Ya. 252 00:16:17,375 --> 00:16:18,250 Apa? 253 00:16:18,333 --> 00:16:21,375 Lelaki ini cuma nak tiga perkara daripada wanita. 254 00:16:21,458 --> 00:16:24,250 Nafsu, nafsu dan nafsu. 255 00:16:24,333 --> 00:16:26,417 - Tak, dia bergurau. - Bergurau? 256 00:16:26,500 --> 00:16:28,125 - Tak... - Sayalah yang bergurau! 257 00:16:28,208 --> 00:16:29,792 - Cakaplah lagi. - Begini, 258 00:16:29,875 --> 00:16:32,958 saya dah dua kali terselamat daripada jadi ibu kepada anak dia. 259 00:16:33,042 --> 00:16:36,750 - Apa? - Demi kemanusiaan, saya cuma beri amaran. 260 00:16:37,292 --> 00:16:41,542 Pada akhirnya, ini hidup awak dan pilihan awak. Apa pun keputusan awak... 261 00:16:43,125 --> 00:16:44,458 - Jijik! - Tak. 262 00:16:44,542 --> 00:16:45,417 Jijiknya! 263 00:16:47,292 --> 00:16:49,167 Bosan konon! 264 00:16:50,500 --> 00:16:51,750 Mak! 265 00:16:52,750 --> 00:16:53,875 Dia dah pergi. 266 00:16:55,708 --> 00:16:57,542 Awak memang gila, Sudha! 267 00:16:58,333 --> 00:17:00,917 Begini, Chander Mohan Sharma. 268 00:17:01,667 --> 00:17:06,333 Awak takkan boleh bertahan di dunia ini melainkan awak gila sikit. 269 00:17:07,750 --> 00:17:11,333 Mak dia dan mak cik saya kawan baik. 270 00:17:13,917 --> 00:17:15,792 Awak memang nak tolak dia, bukan? 271 00:17:16,500 --> 00:17:18,375 Buatlah mak cik awak tolak dia. 272 00:17:19,625 --> 00:17:21,375 Macam mana lakonan saya? 273 00:17:21,458 --> 00:17:22,708 Teruk sangat. 274 00:17:32,667 --> 00:17:33,958 Alamak... 275 00:17:37,292 --> 00:17:40,083 Sudha, dia tengah tunggu awak. 276 00:17:40,167 --> 00:17:42,792 Kushal! Saya telefon awak! 277 00:17:42,875 --> 00:17:43,917 Hai. 278 00:17:48,125 --> 00:17:49,208 Selamat tinggal. 279 00:17:53,875 --> 00:17:56,792 Saya kena beritahu Kushal Pandit malang 280 00:17:57,333 --> 00:18:00,042 yang awak bakal bapa kepada anak-anak saya. 281 00:18:05,292 --> 00:18:07,125 Awak nak tengok teater esok? 282 00:18:08,417 --> 00:18:10,208 - Esok hari Isnin. - Jadi? 283 00:18:11,167 --> 00:18:13,167 Hidup awak tak seronok pada hari Isnin? 284 00:18:16,250 --> 00:18:17,250 Selamat tinggal. 285 00:19:05,333 --> 00:19:06,292 Hai. 286 00:19:07,208 --> 00:19:08,083 Wah. 287 00:19:10,500 --> 00:19:12,667 Awak sangat... 288 00:19:13,708 --> 00:19:14,875 Sangat... 289 00:19:18,167 --> 00:19:19,792 Sangat menepati waktu. 290 00:19:22,708 --> 00:19:26,292 Jadi, jom tengok cerita orang lain dalam gelap? 291 00:19:29,125 --> 00:19:30,167 Jom. 292 00:19:31,042 --> 00:19:32,083 Jom. 293 00:19:34,167 --> 00:19:38,125 {\an8}Dulu, dari Delhi ke rumah nenek saya 294 00:19:38,208 --> 00:19:39,375 dan patah balik. 295 00:19:40,000 --> 00:19:41,333 Tak pernah tengok semua ini. 296 00:19:43,333 --> 00:19:45,708 Lucu, sewaktu kanak-kanak, 297 00:19:45,792 --> 00:19:48,583 kita berasa gembira dengan rutin yang kecil. 298 00:19:51,333 --> 00:19:55,083 Apa-apa pun, nenek dah meninggal sejak 20 tahun lalu. 299 00:19:55,167 --> 00:19:57,167 Selepas itu, rumah dia dah tiada. 300 00:19:57,250 --> 00:19:59,708 Lama-kelamaan, kami tak lagi ke sini. 301 00:20:01,125 --> 00:20:03,625 Saya dah faham kenapa awak pilih Bhopal. 302 00:20:05,125 --> 00:20:06,125 Kenapa? 303 00:20:07,292 --> 00:20:11,208 "Apa-apa pun yang berlaku dalam hidup, jangan sesekali lupa asal-usul." 304 00:20:13,750 --> 00:20:15,458 Ya, itu betul. 305 00:20:18,167 --> 00:20:19,833 Awak suka betul Bhopal. 306 00:20:20,750 --> 00:20:22,083 Awak nak tinggal di sini? 307 00:20:22,167 --> 00:20:23,083 Tak. 308 00:20:23,833 --> 00:20:24,833 Jadi, di mana? 309 00:20:26,625 --> 00:20:29,583 - Awak pernah ke Mumbai? - Pernah. 310 00:20:31,375 --> 00:20:35,875 Sewaktu datuk saya meninggal, saya gred sepuluh. 311 00:20:37,333 --> 00:20:39,500 Dia peguam di Mahkamah Daerah Bhopal. 312 00:20:40,250 --> 00:20:42,667 Mahkamah Tinggi Bombay itu impian dia. 313 00:20:43,958 --> 00:20:45,542 Kini, jadi impian awak. 314 00:20:46,250 --> 00:20:48,000 Besar sikit daripada impian dia. 315 00:20:48,083 --> 00:20:50,250 Saya nak buka firma guaman sendiri. 316 00:20:50,333 --> 00:20:51,375 Di Mumbai! 317 00:20:52,667 --> 00:20:56,583 Saya nak beri mak saya segala kebahagiaan yang dia tak pernah rasa. 318 00:20:58,000 --> 00:21:00,667 Datuk berjanji dengan kami 319 00:21:01,417 --> 00:21:03,708 yang kami akan ada rumah sendiri. 320 00:21:03,792 --> 00:21:05,250 Jauh dari Ratlam, 321 00:21:05,833 --> 00:21:08,792 jauh daripada kerumitan keluarga besar kami 322 00:21:08,875 --> 00:21:10,833 dan hanya ada kami bertiga. 323 00:21:11,625 --> 00:21:13,333 Kemudian dia meninggal dunia. 324 00:21:14,167 --> 00:21:16,792 Perhatian mak beralih sepenuhnya kepada saya. 325 00:21:18,125 --> 00:21:19,708 Dia mendidik saya, 326 00:21:20,417 --> 00:21:22,833 beri saya keyakinan untuk berdikari. 327 00:21:23,542 --> 00:21:25,083 Mesti dia baik sangat. 328 00:21:28,375 --> 00:21:30,875 Ya, betul. 329 00:21:30,958 --> 00:21:32,542 Saya boleh nampak. 330 00:21:35,833 --> 00:21:40,000 Jadi, sekarang saya akan tunaikan impian saya dan mak saya. 331 00:21:41,750 --> 00:21:46,708 Malangnya, masyarakat tak rasa anak perempuan patut jaga ibu mereka. 332 00:21:49,083 --> 00:21:51,042 Kami cuma diberi keizinan, bukan? 333 00:21:52,458 --> 00:21:53,583 Aduh. 334 00:21:54,583 --> 00:21:56,708 Itulah sebabnya, sekarang, 335 00:21:57,542 --> 00:22:01,000 saya tak ada masa 336 00:22:01,083 --> 00:22:04,042 - atau minat untuk berkahwin dan... - Saya faham. 337 00:22:20,667 --> 00:22:21,792 Wah. 338 00:22:26,708 --> 00:22:29,208 Terima kasih untuk Isnin yang bermakna. 339 00:22:35,208 --> 00:22:36,542 Begini, Chander. 340 00:22:37,167 --> 00:22:39,917 Kalau terus berjumpa, awak akan jatuh cinta. 341 00:22:40,833 --> 00:22:42,500 Mungkin saya pun sama. 342 00:22:44,333 --> 00:22:46,917 Kalau awak asyik jumpa saya, 343 00:22:47,458 --> 00:22:49,167 macam mana awak nak kahwin? 344 00:22:53,375 --> 00:22:54,375 Apa? 345 00:22:54,458 --> 00:22:57,583 Puan, awak ke mana tadi? 346 00:22:58,333 --> 00:22:59,333 Ke tempat... 347 00:23:00,625 --> 00:23:02,958 yang saya mungkin tak patut pergi. 348 00:23:06,083 --> 00:23:07,375 Okey. 349 00:23:08,833 --> 00:23:12,583 Jadi... kita tak payah ke situ. 350 00:23:14,250 --> 00:23:15,667 Janji. 351 00:24:05,125 --> 00:24:06,458 Detik itu dah berlalu. 352 00:24:27,583 --> 00:24:28,583 Helo? 353 00:24:30,583 --> 00:24:31,625 Sudha? 354 00:24:35,667 --> 00:24:36,917 Lewat begini? 355 00:24:38,917 --> 00:24:39,833 Sekarang? 356 00:24:41,542 --> 00:24:43,500 Tak, saya datang. 357 00:24:59,958 --> 00:25:01,500 {\an8}DAH KELUAR? 358 00:25:21,208 --> 00:25:22,167 Hei! 359 00:25:23,417 --> 00:25:25,167 Apa yang berlaku? Saya ingat awak... 360 00:25:25,250 --> 00:25:26,708 Saya benci Gargi! 361 00:25:34,250 --> 00:25:36,708 Abang, boleh tolong saya? 362 00:25:36,792 --> 00:25:37,667 Boleh. 363 00:25:38,583 --> 00:25:40,500 - Letak ini. - Apa punca kamu bergaduh? 364 00:25:40,583 --> 00:25:42,667 Aduhai, apalah soalan awak! 365 00:25:43,208 --> 00:25:45,083 Awak perlukan sebab untuk bergaduh? 366 00:25:45,167 --> 00:25:47,708 Mestilah ada sebab. 367 00:25:50,417 --> 00:25:52,708 Kami dah beberapa hari perang dingin. 368 00:25:53,583 --> 00:25:56,375 Hari ini, kami saling menyumpah... 369 00:25:56,458 --> 00:25:57,667 Menyumpah? 370 00:26:00,583 --> 00:26:01,708 Kenapa awak ketawa? 371 00:26:02,500 --> 00:26:03,458 Ayuh. 372 00:26:06,458 --> 00:26:07,375 Ayuh! 373 00:26:11,125 --> 00:26:12,708 Kita nak ke mana? 374 00:26:12,792 --> 00:26:15,000 Balik. Ke rumah dia. 375 00:26:17,000 --> 00:26:18,000 Okey. 376 00:26:19,583 --> 00:26:22,042 Ada tayangan filem di sini? Matikan! 377 00:26:23,708 --> 00:26:24,792 Okey. 378 00:29:10,083 --> 00:29:12,083 Terjemahan sari kata oleh Nur Fatehatul Ain