1 00:00:07,465 --> 00:00:09,134 Kena pusing atau sudah okey? 2 00:00:10,135 --> 00:00:14,014 Saya bermula sebagai wartawan Mob di Fox 29 pada tahun 1994 3 00:00:14,097 --> 00:00:16,433 dan saya kerap membuat liputan tentang Joey Merlino. 4 00:00:16,516 --> 00:00:20,603 Parol Merlino mungkin sudah tamat, tapi zamannya menjadi tumpuan belum tamat. 5 00:00:20,687 --> 00:00:24,399 Seorang ahli Merlino Mob dapat sebiji Lamborghini yang dicuri. 6 00:00:24,482 --> 00:00:26,151 Merli… Ada lori. Sekejap. 7 00:00:27,235 --> 00:00:30,905 Joey Merlino selalu masuk berita sebab dia pemuda yang berani. 8 00:00:32,574 --> 00:00:35,577 Dia berpakaian segak. Dia pandai membawa diri. 9 00:00:35,660 --> 00:00:36,745 Dia berlagak. 10 00:00:37,328 --> 00:00:39,414 Joe, awak gembira parol sudah tamat? 11 00:00:39,497 --> 00:00:42,751 - Gembira. Kami nak ke Disney World. - Awak nak ke Disney World? 12 00:00:44,794 --> 00:00:47,338 Apabila dia masuk ke sesuatu tempat, dia jadi tumpuan. 13 00:00:50,216 --> 00:00:54,262 Apabila dia pergi ke kelab malam, orang beri laluan, tali baldu terbuka, 14 00:00:54,345 --> 00:00:55,889 lalu masuklah Joey Merlino. 15 00:00:59,768 --> 00:01:02,395 Joey jadi selebriti. 16 00:01:03,646 --> 00:01:07,400 Joey tak takut dengan kamera, tak takut dengan wartawan. 17 00:01:07,484 --> 00:01:11,112 Dalam sebarang hujah, dia yang akan menang. 18 00:01:11,196 --> 00:01:14,574 Pernah sekali, saya kata, "Joe, kami dengar awak akan dibunuh." 19 00:01:14,657 --> 00:01:17,160 Ganjaran yang kami dengar ialah setengah juta dolar. 20 00:01:17,243 --> 00:01:19,245 Dia berhenti seketika dan kata… 21 00:01:19,329 --> 00:01:21,664 Setengah juta dolar, saya sanggup bunuh diri. 22 00:01:23,208 --> 00:01:24,584 Memang klasik. 23 00:01:25,168 --> 00:01:28,713 Dia tahu memanipulasi dunia jenayah, pihak media. 24 00:01:28,797 --> 00:01:31,841 Dia seorang gengster yang bijak. 25 00:01:31,925 --> 00:01:35,678 Jika sesiapa meramalkan, sehari sebelum Hari Kesyukuran, 26 00:01:35,762 --> 00:01:38,098 awak akan beri 500 ekor ayam belanda, awak percaya? 27 00:01:38,181 --> 00:01:39,015 Ya. 28 00:01:40,767 --> 00:01:45,271 Pihak media suka idea bos besar di kawasan kejiranan itu… 29 00:01:45,355 --> 00:01:46,189 BEKAS EJEN FBI 30 00:01:46,231 --> 00:01:47,816 …yang menjaga penduduk tempatan. 31 00:01:48,358 --> 00:01:51,277 Ia cerita hebat yang melariskan surat khabar. 32 00:01:51,361 --> 00:01:53,238 MERLINO BELANJA GELANDANGAN PARTI CUTI 33 00:01:53,822 --> 00:01:57,867 Tapi bagi FBl, dia gengster, bukan dermawan. 34 00:01:59,494 --> 00:02:00,662 Dia perlu dihalang. 35 00:02:02,288 --> 00:02:04,874 Kanak-kanak gelandangan tiada apa-apa. 36 00:02:06,126 --> 00:02:09,838 Saya selalu memberi. Saya tak jahat, bukan? 37 00:02:25,895 --> 00:02:28,982 Saya mulakan kerjaya sebagai pegawai polis beruniform 38 00:02:29,607 --> 00:02:31,151 dengan pasangan anjing. 39 00:02:31,693 --> 00:02:35,947 Sejujurnya, seronok berada di jalanan, mengejar orang jahat. 40 00:02:36,531 --> 00:02:40,034 Tapi saya sertai FBI kerana saya mahu siasat jenayah terancang. 41 00:02:45,790 --> 00:02:47,458 Selepas Stanfa dipenjarakan, 42 00:02:47,959 --> 00:02:50,170 ramai bimbang 43 00:02:50,253 --> 00:02:54,257 tentang Merlino dan yang muda-muda masih berada di jalanan. 44 00:02:55,592 --> 00:02:58,303 Pertaruhan haram, kegiatan lintah darat, 45 00:02:58,887 --> 00:03:01,055 pengedaran dadah, pembunuhan. 46 00:03:01,598 --> 00:03:03,933 Saya dan pasukan saya bertanggungjawab 47 00:03:04,017 --> 00:03:06,644 untuk buat tangkapan dan jadikan bandar kami selamat. 48 00:03:09,939 --> 00:03:13,776 Kami ada aset-aset yang sentiasa mengekori Joey. 49 00:03:19,741 --> 00:03:23,620 Cuba dapatkan maklumat tentang ke mana Joey pergi, 50 00:03:23,703 --> 00:03:26,581 siapa berkawan dengannya, dan jika mereka boleh, 51 00:03:26,664 --> 00:03:27,790 apa yang dia buat. 52 00:03:31,419 --> 00:03:35,006 Masalahnya, Joey Merlino tak mahu kembali ke penjara. 53 00:03:35,089 --> 00:03:36,591 BEKAS PENYIASAT JENAYAH TERANCANG 54 00:03:36,674 --> 00:03:39,385 Tiada siapa mahu. Jadi, dia sangat sukar untuk diawasi. 55 00:03:40,845 --> 00:03:41,888 9-5-7. 56 00:03:43,640 --> 00:03:46,935 Mereka hidup dengan cermin, selalu di cermin belakang, 57 00:03:47,018 --> 00:03:48,394 selalu di cermin sisi. 58 00:03:51,606 --> 00:03:54,442 Dia pandu keretanya, membelok dengan tajam. 59 00:03:55,526 --> 00:03:58,529 Jika kita membelok, dia tahu kita mengekori dia. 60 00:04:02,283 --> 00:04:06,079 Joey sukar ditangkap, sukar dikalahkan. 61 00:04:06,162 --> 00:04:08,706 Joey sentiasa 10 langkah di depan. 62 00:04:10,416 --> 00:04:13,044 Dia pintar dan bertuah. 63 00:04:13,127 --> 00:04:15,755 Tapi kedua-duanya buat kita sangat berbahaya. 64 00:04:19,634 --> 00:04:22,345 Pasukan saya menyusun kes RICO. 65 00:04:23,054 --> 00:04:25,348 Kami percaya Merlino terlibat 66 00:04:25,431 --> 00:04:28,977 dalam sebuah organisasi korup dengan pengaruh kegiatan haram. 67 00:04:30,228 --> 00:04:33,022 Pertama, kami perlu tunjukkan wujudnya sebuah organisasi. 68 00:04:33,106 --> 00:04:34,274 BUKTI WUJUDNYA ORGANISASI 69 00:04:34,315 --> 00:04:37,068 Kemudian, buktikan ia korup kerana kegiatan jenayah. 70 00:04:37,151 --> 00:04:41,990 BUKTI KEGIATAN JENAYAH KEGIATAN 01 KEGIATAN 02 71 00:04:42,073 --> 00:04:43,491 Tak banyak kemajuan 72 00:04:43,574 --> 00:04:46,077 dari segi mendapatkan maklumat orang dalam. 73 00:04:47,412 --> 00:04:50,707 Keputusan dibuat untuk merakam 74 00:04:51,207 --> 00:04:53,710 siapa yang keluar masuk Kafe Avenue. 75 00:04:56,462 --> 00:04:57,422 KAFE AVENUE 76 00:04:57,463 --> 00:05:00,049 Kafe Avenue ialah tempat milik Joey, barnya… 77 00:05:00,091 --> 00:05:00,925 BEKAS SEKUTU MAFIA 78 00:05:01,009 --> 00:05:02,760 …tempat dia jual cerut dan sebagainya. 79 00:05:04,053 --> 00:05:06,764 Dulu kami main kad atau dadu di bilik belakang. 80 00:05:07,432 --> 00:05:10,977 Ia tempat lelaki saling bergurau, mengusik satu sama lain. 81 00:05:11,060 --> 00:05:12,437 Itu saja. 82 00:05:13,229 --> 00:05:16,983 Hanya kerana ia tempat melepak tak bermakna ada kegiatan haram berlaku. 83 00:05:18,651 --> 00:05:21,821 Joey dan sekutu-sekutunya keluar masuk setiap hari. 84 00:05:21,904 --> 00:05:26,909 Angelo Lutz, Danny D'Ambrosia, Stevie Mazzone, George Borgesi. 85 00:05:26,993 --> 00:05:28,411 Senarai itu tak berpenghujung. 86 00:05:30,246 --> 00:05:35,376 Kamera di Kafe Avenue membantu kami memahami 87 00:05:35,460 --> 00:05:39,047 siapa yang berkawan dengan Joey dan berapa kerap. 88 00:05:40,173 --> 00:05:42,091 Bagi sesebuah pendakwaan RICO, 89 00:05:42,175 --> 00:05:44,385 kami perlu tentukan wujudnya sebuah organisasi. 90 00:05:44,469 --> 00:05:46,346 Tunjukkan dia bos 91 00:05:46,429 --> 00:05:49,140 dan cukup ramai mengenali dan menghormatinya 92 00:05:49,223 --> 00:05:52,602 ialah bukti yang paling penting. 93 00:05:52,685 --> 00:05:55,855 BUKTI WUJUDNYA ORGANISASI 94 00:05:55,938 --> 00:05:58,024 Tapi kami tak dapat bukti jenayah. 95 00:05:58,691 --> 00:06:00,234 Ia sangat mencabar. 96 00:06:02,236 --> 00:06:04,280 Ada ramai lelaki yang membesar bersama, 97 00:06:04,364 --> 00:06:07,450 dihukum bersama, pergi ke sekolah, pergi ke majlis menari. 98 00:06:07,533 --> 00:06:10,828 Kalau keluarga mereka ada kematian, mereka laluinya bersama-sama. 99 00:06:10,912 --> 00:06:14,123 Ikatan itu seperti ini. Kerajaan tak boleh patahkannya. 100 00:06:15,666 --> 00:06:17,960 Joey Merlino dan krunya… 101 00:06:19,962 --> 00:06:24,342 tahu apa yang menyebabkan ahli lain dan ahli keluarga terdahulu mereka 102 00:06:24,425 --> 00:06:25,635 masuk penjara. 103 00:06:25,718 --> 00:06:28,096 Mereka belajar daripada itu. 104 00:06:28,888 --> 00:06:30,348 Mereka sangat berhati-hati 105 00:06:30,431 --> 00:06:32,433 tentang cara mereka membincangkan perniagaan 106 00:06:32,517 --> 00:06:33,976 dan dengan siapa mereka berbual. 107 00:06:34,060 --> 00:06:38,064 FBI tertarik dengan idea saksi yang bekerjasama, 108 00:06:38,147 --> 00:06:40,233 gengster yang boleh menyebelahi mereka. 109 00:06:41,484 --> 00:06:43,277 Saya rasa ketika itu, 110 00:06:44,028 --> 00:06:46,697 FBI cuba mendekati Ron Previte. 111 00:06:49,117 --> 00:06:52,120 Previte pernah bekerja di kasino di Atlantic City 112 00:06:52,203 --> 00:06:53,746 sebagai pegawai keselamatan. 113 00:06:54,414 --> 00:06:57,333 Akhirnya, dia dipecat kerana mencuri. 114 00:06:59,168 --> 00:07:02,463 Dia ditangkap kerana memeras seseorang 115 00:07:02,547 --> 00:07:04,465 oleh Polis Negeri New Jersey. 116 00:07:04,966 --> 00:07:08,678 Awak menggambarkan diri awak sebagai pengamal jenayah. 117 00:07:08,761 --> 00:07:10,346 Apa maksud awak? 118 00:07:10,930 --> 00:07:15,726 Saya tak pernah pakar dalam apa-apa, tapi tak banyak yang saya belum buat. 119 00:07:17,645 --> 00:07:21,190 Kami buat keputusan untuk jadikan dia saksi yang bekerjasama. 120 00:07:23,234 --> 00:07:25,778 Bekerja untuk Pejabat Peguam AS… 121 00:07:25,862 --> 00:07:26,696 BEKAS PENDAKWA AS 122 00:07:26,779 --> 00:07:29,574 …saya tak ragu-ragu tentang Ron Previte. 123 00:07:30,199 --> 00:07:32,285 Dia seorang penjenayah. 124 00:07:33,703 --> 00:07:38,875 Tapi kami boleh gunakan dia untuk dapatkan bukti menentang Joey Merlino. 125 00:07:44,213 --> 00:07:49,469 Saya pergi jumpa Previte di luar Hammonton di Jersey Selatan. 126 00:07:50,261 --> 00:07:51,596 Saya masih ingat, 127 00:07:51,679 --> 00:07:54,474 apabila dia masuk, yang dia sangat besar. 128 00:07:56,142 --> 00:07:58,769 Previte orangnya kasar. 129 00:07:58,853 --> 00:08:01,314 Dia kuat. Dia gengster jalanan. 130 00:08:01,397 --> 00:08:03,191 Dialah erti mafia sebenar. 131 00:08:05,568 --> 00:08:09,489 Kami tawarkan kontrak yang kami fikir adil, 132 00:08:09,572 --> 00:08:13,576 2,000 dolar setiap minggu sebagai tukaran dia pakai alat intipan, 133 00:08:13,659 --> 00:08:15,870 mengumpul bukti untuk kami 134 00:08:15,953 --> 00:08:19,040 bagi pelbagai kegiatan Philadelphia Mob. 135 00:08:21,667 --> 00:08:23,544 Nyawanya akan berada dalam bahaya. 136 00:08:24,045 --> 00:08:26,255 Dia tahu. Kami tahu. 137 00:08:31,636 --> 00:08:33,721 Tapi akhirnya, dia setuju. 138 00:08:34,972 --> 00:08:35,806 Kenapa? 139 00:08:36,516 --> 00:08:40,394 Sebab dia tak mahu masuk penjara dan dia mementingkan wang. 140 00:08:43,773 --> 00:08:45,900 Tapi masalahnya, 141 00:08:45,983 --> 00:08:49,779 Previte dan Merlino tak begitu rapat. 142 00:08:51,322 --> 00:08:54,242 Merlino agak berhati-hati dengan Previte. 143 00:08:56,369 --> 00:08:58,996 Ada halangan yang kami perlu atasi. 144 00:08:59,997 --> 00:09:03,709 Joey tak pernah percaya Ron Previte. Tiada siapa percaya Ron Previte. 145 00:09:04,293 --> 00:09:07,630 Kalau kita nampak lelaki yang tak boleh dipercayai, dia orangnya. 146 00:09:08,673 --> 00:09:12,134 Tapi orang berurusan dengan Ron Previte sebab mereka nak cari duit. 147 00:09:14,178 --> 00:09:17,932 Ron Previte seorang yang rajin dan bijak mengambil langkah. 148 00:09:18,015 --> 00:09:21,644 Bagi Joey Merlino, semuanya soal duit. 149 00:09:22,853 --> 00:09:26,107 Matlamat kami adalah untuk buat Previte berkawan dengan Merlino, 150 00:09:26,607 --> 00:09:30,695 memenangi kepercayaan Merlino melalui penghormatan. 151 00:09:31,862 --> 00:09:33,781 Itu saja yang penting bagi Joey. 152 00:09:33,864 --> 00:09:36,826 Duit dan "Mereka fikir aku hebat." 153 00:09:38,578 --> 00:09:43,249 Kami beri Ron jam tangan Rolex Submariner, 154 00:09:43,332 --> 00:09:46,669 bertatahkan berlian pada mukanya, 155 00:09:46,752 --> 00:09:49,922 untuk diberikan kepada Merlino sebagai hadiah dan tanda hormat. 156 00:09:51,757 --> 00:09:54,385 Joey akhirnya termakan umpan. 157 00:09:57,597 --> 00:10:01,309 Merlino undang Previte untuk bercakap tentang perniagaan. 158 00:10:02,226 --> 00:10:04,937 Akhirnya, kami berada di landasan yang betul. 159 00:10:10,526 --> 00:10:14,822 Hal itu mendorong FBI untuk kembangkan pasukan. 160 00:10:17,533 --> 00:10:18,868 Saya datang ke Philadelphia 161 00:10:18,951 --> 00:10:21,412 dan mereka tugaskan saya dalam Skuad Jenayah Terancang. 162 00:10:21,495 --> 00:10:22,496 BEKAS EJEN FBI 163 00:10:22,580 --> 00:10:24,624 Saya 27 tahun ketika itu. Hari pertama di FBI, 164 00:10:24,707 --> 00:10:26,751 sudah rasa macam masuk filem. 165 00:10:30,421 --> 00:10:33,090 Salah seorang ejen kata, "Kita akan jumpa Previte." 166 00:10:33,174 --> 00:10:38,512 "Dia nak jumpa Joe Merlino. Mari kita pasang intipan pada Ron." 167 00:10:39,513 --> 00:10:40,848 Titcombe masih baharu. 168 00:10:40,931 --> 00:10:44,101 Memasang intipan pada Ron Previte ialah peluang yang baik 169 00:10:44,185 --> 00:10:47,521 supaya Titcombe tahu di Akademi, kami bukan setakat baca buku. 170 00:10:47,605 --> 00:10:49,273 Inilah kerja kami setiap hari. 171 00:10:50,900 --> 00:10:54,070 Saya masuk ke bilik tidurnya. Dia berjubah mandi dan berseluar dalam. 172 00:10:55,613 --> 00:10:57,406 Dia berseluar dalam jockstrap. 173 00:10:58,366 --> 00:11:03,704 Ron setinggi kira-kira 180 sm, seberat 145 kg, berkepala botak. 174 00:11:04,205 --> 00:11:07,958 Dia berdiri, jubah mandinya terbuka dan dia kata, "Siapa budak ini?" 175 00:11:08,709 --> 00:11:11,379 Saya lekatkan pita daripada pusat kepada dadanya, 176 00:11:12,380 --> 00:11:15,007 letakkan perakam di dalam jockstrap. 177 00:11:15,091 --> 00:11:17,343 Saya lihat sekeliling dengan rasa tak percaya. 178 00:11:17,426 --> 00:11:19,762 "Beginikah caranya? Adakah aku dipermainkan?" 179 00:11:19,845 --> 00:11:21,347 Rasanya beginilah kerja FBI. 180 00:11:32,316 --> 00:11:36,320 Ron pergi jumpa Merlino di Kafe Avenue. 181 00:11:37,446 --> 00:11:39,824 Mereka mula bercakap tentang perniagaan. 182 00:11:40,866 --> 00:11:45,663 Segala ketidakpercayaan Merlino terhadap Previte mula pudar. 183 00:11:47,498 --> 00:11:51,627 Previte duduk di sana. Kakinya diletakkan di atas meja. 184 00:11:52,253 --> 00:11:53,462 Dia pandang bawah. 185 00:11:55,256 --> 00:11:57,967 Dia nampak wayar alat rakaman 186 00:11:58,050 --> 00:12:00,678 tergantung di bawah seluarnya, 187 00:12:01,637 --> 00:12:04,598 di mana sesiapa yang mahu boleh melihatnya. 188 00:12:06,976 --> 00:12:09,228 Tugas ini sangat berisiko 189 00:12:09,311 --> 00:12:11,647 kerana jika mereka tahu yang dia bekerjasama, 190 00:12:11,731 --> 00:12:13,607 pasti mereka akan cuba bunuh dia. 191 00:12:22,116 --> 00:12:23,534 Tanpa teragak-agak, 192 00:12:24,034 --> 00:12:28,205 dia bersilang kaki, letakkan kakinya di atas lantai, 193 00:12:28,289 --> 00:12:29,874 menyembunyikannya sepenuhnya. 194 00:12:34,795 --> 00:12:37,465 Orang yang berani saja boleh buat begitu. 195 00:12:41,051 --> 00:12:44,096 Pada akhir mesyuarat, Merlino beritahu dia 196 00:12:44,180 --> 00:12:49,518 yang mereka ada basikal curi dan susu formula bayi 197 00:12:49,602 --> 00:12:52,021 dan minta Previte jualnya. 198 00:12:54,148 --> 00:12:57,693 Mereka ada orang yang pecah masuk depoh kereta api di Philadelphia Selatan 199 00:12:57,777 --> 00:12:59,528 untuk curi kontena. 200 00:13:00,738 --> 00:13:02,865 Mereka tak tahu pun isi kontena itu. 201 00:13:03,365 --> 00:13:05,618 Mereka cuma bawanya keluar dengan treler. 202 00:13:08,579 --> 00:13:09,663 Urus niaga itu berlaku. 203 00:13:10,164 --> 00:13:12,666 Previte kembali ke Merlino dengan sampul surat dan kata, 204 00:13:12,750 --> 00:13:13,667 "Ini bahagian awak." 205 00:13:15,669 --> 00:13:18,964 Sekarang awak dah tentukan yang kita boleh berniaga bersama. 206 00:13:22,802 --> 00:13:26,931 Sekarang Merlino mengarah Previte untuk beli barang curi. 207 00:13:27,640 --> 00:13:31,185 Ia bukti yang boleh menyabitkan Merlino dan yang lain-lain… 208 00:13:31,268 --> 00:13:32,102 BARANG CURI 209 00:13:32,186 --> 00:13:35,689 …kerana terlibat dalam organisasi korup dengan pengaruh kegiatan haram. 210 00:13:39,193 --> 00:13:40,820 Hasilnya bagus. 211 00:13:41,403 --> 00:13:44,281 Previte semakin dipercayai oleh Merlino. 212 00:13:46,116 --> 00:13:47,868 Kami ingat tunggu masa saja 213 00:13:47,952 --> 00:13:51,622 sehingga Merlino bawa sesuatu yang lebih serius kepada Previte. 214 00:13:58,629 --> 00:14:00,548 Ron bertemu dengan Joey Merlino suatu hari. 215 00:14:00,631 --> 00:14:03,092 Dia kembali selepas pertemuan itu dan beritahu kami 216 00:14:03,175 --> 00:14:06,971 Joey perkenalkan dia kepada "orangnya" di Boston. 217 00:14:07,680 --> 00:14:08,639 Bobby Luisi. 218 00:14:10,307 --> 00:14:13,602 Bobby salah seorang pemain utama dalam Mob. 219 00:14:16,647 --> 00:14:20,317 Bobby ada sejarah dadah. 220 00:14:21,944 --> 00:14:24,572 Bobby Luisi terkenal kerana menjual dadah. 221 00:14:25,739 --> 00:14:27,741 Kami percaya dia masih menjual dadah. 222 00:14:29,034 --> 00:14:32,204 Kenapa Merlino nak Previte berurusan dengan Luisi? 223 00:14:32,288 --> 00:14:34,248 Sebab dia tahu Luisi boleh jual kokaina. 224 00:14:34,331 --> 00:14:37,751 Kenapa ia penting? Merlino akan dapat untung. 225 00:14:39,295 --> 00:14:42,506 Apabila Joey memperkenalkan mereka, 226 00:14:42,590 --> 00:14:46,552 Previte, dengan kebijaksanaan strategik, 227 00:14:46,635 --> 00:14:48,679 membalas kepada Joey, 228 00:14:48,762 --> 00:14:51,265 "Baguslah. Saya ada orang di Boston juga." 229 00:14:51,348 --> 00:14:55,394 Dia fikir itulah peluang kami untuk perkenalkan seorang ejen pengintip. 230 00:15:01,984 --> 00:15:03,235 John Terry telefon saya. 231 00:15:03,319 --> 00:15:04,612 BEKAS EJEN PENGINTIP FBI 232 00:15:04,695 --> 00:15:06,614 Dia kata, "Kita ada peluang emas." 233 00:15:08,699 --> 00:15:10,200 "Kita ada peluang untuk bina kes 234 00:15:10,284 --> 00:15:13,579 menentang Luisi di Boston dan Merlino di Philadelphia." 235 00:15:15,706 --> 00:15:19,043 Dua nama penting bagi FBl. 236 00:15:19,126 --> 00:15:22,963 Saya rasa teruja dan saya kata, "Ya." 237 00:15:23,547 --> 00:15:25,007 "Nak mula dari mana?" 238 00:15:27,426 --> 00:15:31,263 Idea kami ialah Luisi menjual kokaina kepada Mike McGowan, 239 00:15:31,847 --> 00:15:35,893 dan Luisi akan berikan bahagian daripada hasil jualan kepada Merlino. 240 00:15:36,393 --> 00:15:40,189 Ia mengaitkan Merlino dengan jualan dadah kepada McGowan. 241 00:15:44,193 --> 00:15:48,030 Cerita olok-oloknya ialah Mike seorang pakar import-eksport, 242 00:15:48,530 --> 00:15:53,953 yang bermaksud, "Saya boleh jual dadah. Saya boleh jual benda curi." 243 00:15:54,036 --> 00:15:56,747 Maksudnya, apa saja yang kita mahu. 244 00:16:03,170 --> 00:16:06,298 Saya ada urusan di Lapangan Terbang Logan. 245 00:16:06,882 --> 00:16:08,592 Pejabat Irish International. 246 00:16:09,969 --> 00:16:14,890 Disebabkan saya kononnya terlibat dalam barangan Ireland, 247 00:16:14,974 --> 00:16:18,894 ia penuh dengan bendera Ireland, patung, leprechaun. 248 00:16:18,978 --> 00:16:21,480 Saya dah jemu dengan barangan Ireland. 249 00:16:26,193 --> 00:16:28,362 Semasa kami bersiap untuk pertemuan pertama, 250 00:16:28,445 --> 00:16:31,448 skuad teknikal datang ke pejabat saya 251 00:16:31,532 --> 00:16:34,034 dan pasang intipan audio dan video. 252 00:16:34,618 --> 00:16:40,165 Ada kamera diletakkan di belakang meja di dalam jam dinding. 253 00:16:48,424 --> 00:16:52,386 Kami boleh rakam video tepat pada gengster-gengster ini. 254 00:16:52,886 --> 00:16:56,015 Sangat jelas dan mudah untuk kenal pasti siapa mereka. 255 00:16:56,098 --> 00:16:59,852 Jarang dapat peluang rakam audio begini. 256 00:17:06,900 --> 00:17:09,236 Pertemuan pertama itu hari yang penting 257 00:17:09,319 --> 00:17:12,906 sebab pendek kata, saya sedang uji bakat di depan mereka. 258 00:17:16,618 --> 00:17:18,912 MIKE MCGOWAN ATAU 'IRISH' MIKE 259 00:17:20,330 --> 00:17:22,583 Jika saya gagal uji bakat itu, 260 00:17:23,292 --> 00:17:25,085 habislah kami di Boston dalam sehari. 261 00:17:28,213 --> 00:17:29,131 PEMBERI MAKLUMAT FBI 262 00:17:29,214 --> 00:17:33,594 Jika pertemuan awal tak berjaya, bukan saja operasi pengintipan gagal, 263 00:17:33,677 --> 00:17:36,930 tapi ada risiko besar kepada Previte dan Mike McGowan 264 00:17:37,014 --> 00:17:38,599 untuk dicederakan atau dibunuh. 265 00:17:43,145 --> 00:17:45,731 - Patutnya dipusingkan ke arah lain… - Ya. 266 00:17:48,317 --> 00:17:50,444 Kita sentiasa berada dalam bahaya. 267 00:17:54,448 --> 00:17:56,283 Salah langkah, kita terbunuh. 268 00:18:03,165 --> 00:18:05,584 ORANG KANAN BOSTON 269 00:18:12,925 --> 00:18:16,011 Saya ada syarikat import-eksport yang sah. 270 00:18:16,512 --> 00:18:19,014 Ron berhenti di sini sekali-sekala. 271 00:18:19,890 --> 00:18:24,103 Kami buat beberapa perkara bulan lepas yang berguna kepada kami berdua. 272 00:18:25,604 --> 00:18:26,855 Saya cuba yakinkan mereka 273 00:18:26,939 --> 00:18:29,399 yang saya bekerja dengan baik dengan Previte, 274 00:18:29,483 --> 00:18:33,112 buat duit untuk dia di Philadelphia. Saya boleh buat yang sama di Boston. 275 00:18:34,613 --> 00:18:35,614 Kerja dengan dia. 276 00:18:35,697 --> 00:18:38,450 Apa saja yang dia cakap, berurusan dengan dia, faham? 277 00:18:38,534 --> 00:18:40,577 Apa-apa pun dia buat. Okey? 278 00:18:41,787 --> 00:18:45,666 Ketika itu, Luisi dan Previte minta saya 279 00:18:45,749 --> 00:18:48,836 keluar dari bilik supaya mereka berdua boleh berbual. 280 00:18:49,419 --> 00:18:50,671 - Nak makan? - Ya. 281 00:18:50,754 --> 00:18:52,548 Saya nak cakap dengan kawan saya, Mike. 282 00:18:54,591 --> 00:18:55,843 Saya sangat gementar. 283 00:18:57,386 --> 00:19:00,681 Macam-macam perkara terlintas dalam fikiran. 284 00:19:12,234 --> 00:19:14,153 Dia paranoid. Takut. Gementar. 285 00:19:14,236 --> 00:19:15,112 Dia… 286 00:19:16,321 --> 00:19:18,365 Kadangkala paranoia bagus. 287 00:19:20,701 --> 00:19:22,744 Mereka berbual selama lima minit, 288 00:19:23,245 --> 00:19:24,997 kemudian saya masuk semula. 289 00:19:38,218 --> 00:19:40,053 Kemudian, dia kata… 290 00:19:40,137 --> 00:19:42,681 Awak ada kami. Tak perlu risau tentang apa-apa. 291 00:19:42,764 --> 00:19:43,765 "Awak ada kami." 292 00:19:47,728 --> 00:19:52,774 Dalam Mafia, "Awak ada kami" ialah kenyataan yang sangat penting. 293 00:19:52,858 --> 00:19:56,862 Maksudnya, "Awak akan bekerja untuk saya di bawah perlindungan saya." 294 00:20:00,741 --> 00:20:02,284 Saya rasa sangat lega. 295 00:20:02,784 --> 00:20:04,661 Inilah hasil yang terbaik. 296 00:20:06,955 --> 00:20:11,418 Sekarang masa untuk jalankan urus niaga. 297 00:20:19,509 --> 00:20:21,220 Mike sudah jadi orang dalam 298 00:20:21,303 --> 00:20:24,014 dan kami membuat kemajuan yang besar. 299 00:20:25,265 --> 00:20:26,266 Bagaimana semuanya? 300 00:20:28,101 --> 00:20:29,770 Sama saja. 301 00:20:32,397 --> 00:20:34,524 Kami boleh ke fasa seterusnya, 302 00:20:35,567 --> 00:20:39,196 iaitu memperkenalkan urus niaga kokaina. 303 00:20:40,739 --> 00:20:43,200 Bobby, saya mula buat panggilan. 304 00:20:43,700 --> 00:20:45,786 Saya ada lelaki yang ada berlian. 305 00:20:45,869 --> 00:20:46,954 Oh, berlian. 306 00:20:47,037 --> 00:20:50,165 Nilainya 60,000, 70,000. 307 00:20:53,543 --> 00:20:57,464 Saya beritahu Luisi orang yang beri saya berlian itu 308 00:20:58,173 --> 00:21:01,176 mahu menukarnya dalam bentuk kokaina, bukan tunai. 309 00:21:02,803 --> 00:21:06,598 Ini muatan pertama. Kira-kira 16,000. 310 00:21:07,474 --> 00:21:10,060 Dia nak tiga batu. 311 00:21:11,103 --> 00:21:13,438 - Dia nak tukar? - Dia nak tukar. 312 00:21:13,522 --> 00:21:14,648 Dia nak tukar. 313 00:21:16,775 --> 00:21:20,320 Dia nak tiga batu sebagai tukaran berlian itu. 314 00:21:20,904 --> 00:21:25,033 Tiga batu ialah slanga untuk tiga kilogram kokaina. 315 00:21:32,541 --> 00:21:34,251 Boleh kita bercakap sebentar? 316 00:21:44,970 --> 00:21:46,096 Kami ada masalah. 317 00:21:51,101 --> 00:21:53,895 Saya ikut dia turun tangga. 318 00:21:57,649 --> 00:21:59,985 Awak perlu faham selama tiga tahun ini, 319 00:22:00,068 --> 00:22:03,196 saya kehilangan berpuluh-puluh orang kerana benda itu. 320 00:22:04,239 --> 00:22:06,783 Ia melemahkan saya. Awak faham? 321 00:22:06,867 --> 00:22:09,494 Saya tak mahu ada kaitan dengannya. 322 00:22:11,413 --> 00:22:13,332 Pertemuan itu penting, 323 00:22:13,415 --> 00:22:16,626 dan jika ia tak berhasil, banyak yang dipertaruhkan. 324 00:22:18,920 --> 00:22:20,547 - Saya tahu risikonya. - Ya. 325 00:22:20,630 --> 00:22:23,258 Saya tahu pasti gila jika kita tertangkap. 326 00:22:23,342 --> 00:22:27,262 Tapi saya ada orang putih di pinggir bandar yang mahukannya. 327 00:22:27,346 --> 00:22:30,307 Apa saja yang awak nak buat, semoga Tuhan rahmati awak. 328 00:22:30,390 --> 00:22:32,142 Saya harap awak dapat sejuta dolar. 329 00:22:32,225 --> 00:22:34,978 Saya cuma tak nak ada kena mengena. 330 00:22:41,777 --> 00:22:42,944 Hari itu teruk. 331 00:22:44,571 --> 00:22:46,365 Urus niaga itu gagal. 332 00:22:47,783 --> 00:22:50,660 Kami bekerja keras untuk menjayakannya, 333 00:22:50,744 --> 00:22:54,915 tapi kalau saya tak boleh buat kerja, habislah kami. 334 00:22:59,711 --> 00:23:02,422 Urus niaga kokaina itu gagal. 335 00:23:03,673 --> 00:23:07,511 Ia lubang hitam yang besar dalam operasi ini. 336 00:23:09,679 --> 00:23:12,933 Ketika itulah Previte aturkan panggilan tiga orang 337 00:23:13,016 --> 00:23:16,812 antara Luisi di Boston dengan Merlino di Philadelphia 338 00:23:17,813 --> 00:23:21,066 untuk kembalikan urus niaga itu. 339 00:23:24,152 --> 00:23:28,323 Semuanya dipertaruhkan dalam mesyuarat itu. 340 00:23:36,581 --> 00:23:37,457 Helo? 341 00:23:37,541 --> 00:23:40,085 - Hei, kawan. Apa cerita? - Hei, apa khabar? 342 00:23:40,669 --> 00:23:43,046 Sekejap, saya nak telefon dia. 343 00:23:45,382 --> 00:23:46,216 Helo? 344 00:23:47,342 --> 00:23:48,802 - Hei, kawan. - Ya, kawan. 345 00:23:48,885 --> 00:23:50,762 - Apa khabar? - Apa cerita? 346 00:23:50,846 --> 00:23:52,514 Kawan kita ada di talian. 347 00:23:53,390 --> 00:23:55,434 - Ya? Ya, kawan. - Ya. 348 00:23:56,476 --> 00:23:59,020 Lelaki itu, buat apa yang perlu untuk dia? 349 00:23:59,104 --> 00:24:01,815 Ya. Benda tu akan menjadi. 350 00:24:09,239 --> 00:24:11,992 Lelaki itu, buat apa yang perlu untuk dia? 351 00:24:12,492 --> 00:24:14,453 "Lelaki itu, buat apa yang perlu untuk dia." 352 00:24:14,536 --> 00:24:17,247 Lelaki itu ejen pengintip kami, Mike McGowan. 353 00:24:17,330 --> 00:24:21,460 Dengan bertanya soalan itu, Joey Merlino meluluskan urus niaga dadah itu. 354 00:24:24,754 --> 00:24:26,465 Dalam bahasa tersirat, 355 00:24:26,548 --> 00:24:30,010 tapi bahasa yang sangat jelas bagi ejen FBI dan gengster, 356 00:24:30,760 --> 00:24:33,555 Merlino meluluskan urus niaga dadah itu. 357 00:24:34,639 --> 00:24:38,935 Joey, dengan kata-katanya sendiri, kini terlibat. 358 00:24:49,321 --> 00:24:51,448 Panggilan telefon itu dibuat pada 28 hari bulan. 359 00:24:51,531 --> 00:24:53,408 Pada 30 April, 360 00:24:53,992 --> 00:24:56,077 saya duduk di pejabat saya 361 00:24:56,620 --> 00:24:58,121 dan ada ketukan di pintu. 362 00:24:59,372 --> 00:25:01,082 Ada orang asing di sana. 363 00:25:02,042 --> 00:25:03,960 Dia kata dia dihantar oleh Luisi. 364 00:25:05,504 --> 00:25:07,672 Hei, trafik sesak. 365 00:25:10,217 --> 00:25:13,929 Dia memperkenalkan dirinya sebagai Bobby Carrozza. 366 00:25:14,930 --> 00:25:18,850 Saya terus cam nama itu kerana ayahnya, 367 00:25:19,726 --> 00:25:20,852 yang juga ahli Mob. 368 00:25:21,561 --> 00:25:23,647 Kita jumpa dalam sejam lagi. 369 00:25:23,730 --> 00:25:24,606 Okey. 370 00:25:24,689 --> 00:25:25,565 - Okey? - Bai. 371 00:25:25,649 --> 00:25:26,483 Okey, bai. 372 00:25:28,693 --> 00:25:29,528 Baiklah. 373 00:25:31,029 --> 00:25:33,114 Sayang sekali awak ada tingkap itu. 374 00:25:35,659 --> 00:25:37,786 Dia buat komen tentang tingkap. 375 00:25:38,286 --> 00:25:39,913 Dia berhati-hati. 376 00:25:40,622 --> 00:25:43,208 Dia letak beg bimbit di atas meja saya 377 00:25:44,626 --> 00:25:45,544 dan bukanya. 378 00:25:46,127 --> 00:25:48,046 - Boleh saya beri awak ini? - Ya. 379 00:25:51,132 --> 00:25:52,217 Macam mana? 380 00:25:53,218 --> 00:25:57,180 Ada dua bungkusan di situ, dua kilo kokaina. 381 00:25:58,723 --> 00:26:01,476 Okey, itu mesti kod awak. 215 ada makna? 382 00:26:01,560 --> 00:26:02,978 215, Philadelphia. 383 00:26:04,020 --> 00:26:06,982 Kedua-duanya ada tertulis 215. 384 00:26:07,065 --> 00:26:09,693 215 ialah kod kawasan untuk Philadelphia. 385 00:26:10,443 --> 00:26:12,362 Setahu saya, sebagai ejen FBI, 386 00:26:12,445 --> 00:26:16,783 kod itu ibarat tandatangan Joey Merlino pada bungkusan itu. 387 00:26:16,866 --> 00:26:19,536 Jelas ini bukan kali pertama awak buat begini. 388 00:26:19,619 --> 00:26:22,205 Cara awak urus perniagaan. Saya suka caranya. 389 00:26:22,289 --> 00:26:23,748 - Ya, sudah tentu. - Berjaya. 390 00:26:23,832 --> 00:26:26,001 Kita boleh bekerjasama dengan baik. 391 00:26:31,673 --> 00:26:33,091 Semuanya sudah dirakam. 392 00:26:33,174 --> 00:26:37,596 Kokaina ditukar, urus niaga selesai. 393 00:26:40,849 --> 00:26:43,810 Tapi bukti itu sendiri takkan mencukupi. 394 00:26:46,271 --> 00:26:51,067 Video pengawasan itu ada potensi sebagai bukti yang kukuh. 395 00:26:52,319 --> 00:26:55,947 Tapi Luisi tak sentuh dadah atau wang itu. 396 00:26:57,032 --> 00:27:00,368 Jadi, buktinya belum cukup untuk menjatuhkan sabitan. 397 00:27:09,878 --> 00:27:11,254 Di Philadelphia, 398 00:27:12,047 --> 00:27:15,800 ada jenayah berat yang belum selesai 399 00:27:15,884 --> 00:27:18,386 yang kami cuba dapatkan maklumat… 400 00:27:18,470 --> 00:27:20,305 SIAPA BUNUH ANTHONY TURRA? 401 00:27:21,473 --> 00:27:24,476 …untuk lihat jika Joey Merlino ada kaitan dengannya. 402 00:27:24,559 --> 00:27:30,023 SERANGAN MOB SATU PESANAN? 403 00:27:31,316 --> 00:27:36,529 Kami menerima maklumat tentang sekutu lama Mobnya, Ralph Natale, 404 00:27:38,531 --> 00:27:43,662 yang keluar dari penjara selepas menjalani hukuman 15 tahun atas sabitan dadah. 405 00:27:44,537 --> 00:27:47,666 Natale dan Merlino dikurung bersama di penjara. 406 00:27:48,458 --> 00:27:50,043 Mereka ada rancangan 407 00:27:50,126 --> 00:27:53,630 yang mereka akan ambil alih Philadelphia Mafia. 408 00:27:55,382 --> 00:27:59,344 Joey Merlino sebenarnya di bawah Ralph Natale. 409 00:28:00,553 --> 00:28:03,807 Ralph Natale dapat kebenaran daripada lima keluarga itu 410 00:28:03,890 --> 00:28:05,809 untuk ambil alih selepas Stanfa. 411 00:28:06,559 --> 00:28:08,103 Tapi Joey Merlino 412 00:28:08,770 --> 00:28:10,105 kuasa sebenar. 413 00:28:10,939 --> 00:28:12,732 Joe pula? Boleh saya tanya tentang dia? 414 00:28:12,816 --> 00:28:15,485 Joe seorang lelaki muda yang baik. 415 00:28:16,111 --> 00:28:19,364 Itu saja pendapat saya. Saya tahu jika saya ada masalah, 416 00:28:19,447 --> 00:28:21,241 saya mahu bersama Joe Merlino. 417 00:28:22,283 --> 00:28:25,954 Ralph Natale ialah bos dan Joey Merlino ialah orang kanan. 418 00:28:26,705 --> 00:28:28,498 Tapi seperti boneka lain, 419 00:28:28,581 --> 00:28:31,167 Joey menarik tali di belakang Ralph. 420 00:28:31,876 --> 00:28:33,920 Dia tak setia kepada Joey. 421 00:28:36,464 --> 00:28:38,466 Sementara kami masih memantau Merlino, 422 00:28:38,550 --> 00:28:43,221 saya tulis 18 afidavit intipan berturut-turut 423 00:28:43,304 --> 00:28:44,889 untuk intip Ralph Natale. 424 00:28:49,644 --> 00:28:50,854 Sebagai ejen teknikal, 425 00:28:52,689 --> 00:28:55,525 kita pencuri yang sah. 426 00:28:56,234 --> 00:28:59,487 Jadi, jika ada orang masuk, 427 00:29:00,155 --> 00:29:01,865 kita tak tahu apa yang boleh berlaku. 428 00:29:06,995 --> 00:29:09,289 Pangsapuri Ralph Natale 429 00:29:10,248 --> 00:29:12,083 ialah bangunan yang tinggi. 430 00:29:12,584 --> 00:29:15,295 Dia di tingkat atas. Mereka panggilnya emper. 431 00:29:16,337 --> 00:29:18,339 Ralph berada di Atlantic City hari itu 432 00:29:18,423 --> 00:29:20,508 dan mereka jangka dia di sana semalaman. 433 00:29:21,676 --> 00:29:24,179 Tugas kami adalah untuk masuk senyap-senyap 434 00:29:24,262 --> 00:29:26,431 untuk letak mikrofon di ruang tamunya. 435 00:29:31,311 --> 00:29:34,481 Jurukunci dapat buka pintu. 436 00:29:39,903 --> 00:29:42,322 Ada kucing lari menuju ke pintu. 437 00:29:45,033 --> 00:29:46,534 Pada saat akhir, 438 00:29:46,618 --> 00:29:49,329 salah seorang jurukunci berjaya halang kucing itu. 439 00:29:51,080 --> 00:29:53,583 Atau kami kena kejarnya di seluruh bangunan. 440 00:29:53,666 --> 00:29:55,043 Pasti tak bagus. 441 00:29:57,545 --> 00:30:00,006 Kami letakkan mikrofon di dalam. 442 00:30:01,549 --> 00:30:06,137 Ejen pengawasan beritahu kami, 443 00:30:07,972 --> 00:30:09,349 "Kena keluar dari sini. 444 00:30:10,099 --> 00:30:11,726 Natale nak balik." 445 00:30:15,688 --> 00:30:17,023 Kami kesuntukan masa. 446 00:30:27,408 --> 00:30:30,370 Semua orang berhenti dan mula mengemas. 447 00:30:34,123 --> 00:30:36,292 Nak keluar sebelum dia pulang. 448 00:30:40,296 --> 00:30:44,676 Kami dapat beberapa perbualan dalam intipan itu. 449 00:30:46,928 --> 00:30:49,764 Kami dapat tahu yang Natale dan menantu lelakinya 450 00:30:49,848 --> 00:30:52,517 membuat dan menjual metamfetamina. 451 00:30:54,227 --> 00:30:56,354 Audionya tak membabitkan Merlino, 452 00:30:56,437 --> 00:30:59,649 tapi ia satu perkembangan yang penting. 453 00:31:00,692 --> 00:31:04,487 Kami buat keputusan untuk tangkap Natale pada masa itu. 454 00:31:05,196 --> 00:31:08,283 Hari ini, FBl mengumumkan penahanan bos La Cosa Nostra, Ralph Natale, 455 00:31:08,366 --> 00:31:10,535 dari Philadelphia, Jersey Selatan, 456 00:31:10,618 --> 00:31:13,162 kali ini untuk konspirasi jualan metamfetamina. 457 00:31:13,246 --> 00:31:16,332 melibatkan lima lagi gengster tempatan yang terkenal. 458 00:31:16,416 --> 00:31:19,586 Penglibatan Ralph dalam metamfetamina 459 00:31:19,669 --> 00:31:21,588 ialah hukuman mati baginya. 460 00:31:22,171 --> 00:31:24,507 Dia pengedar dadah yang pernah disabitkan. 461 00:31:24,591 --> 00:31:27,302 Dia akan masuk penjara lebih lama daripada hayatnya. 462 00:31:28,219 --> 00:31:33,308 Jadi, keputusan kami untuk menyemai benih adalah strategik, 463 00:31:33,391 --> 00:31:38,605 agar dia tahu jika dia mahu bercakap tentang sebarang kerjasama, 464 00:31:38,688 --> 00:31:40,064 kami menerimanya. 465 00:31:42,066 --> 00:31:45,695 Tapi dia sudah mengabdikan hidup kepada Mafia 466 00:31:45,778 --> 00:31:47,697 dan dia tak mahu bercakap. 467 00:31:49,991 --> 00:31:55,455 Jadi, tekanan untuk dapatkan Merlino meningkat. 468 00:31:57,123 --> 00:31:59,375 Kami rasa kami mahu lebih dan perlukan lebih. 469 00:32:01,753 --> 00:32:04,130 Sekarang semuanya bergantung pada Mike McGowan. 470 00:32:11,346 --> 00:32:14,307 Pejabat Peguam AS tak puas hati 471 00:32:14,390 --> 00:32:18,394 yang kami kaitkan Luisi dengan urus niaga kokaina itu, 472 00:32:19,395 --> 00:32:22,815 walaupun dia yang aturkannya, walaupun kami ada panggilan telefon itu. 473 00:32:23,691 --> 00:32:25,360 Tapi saya juga perlu beritahu mereka 474 00:32:25,443 --> 00:32:30,907 mustahil Luisi akan sentuh kokaina itu secara fizikal. 475 00:32:32,033 --> 00:32:34,327 Begitulah cara bos berfikir, 476 00:32:34,410 --> 00:32:36,913 jika mereka tak sentuh, mereka selamat. 477 00:32:37,497 --> 00:32:38,665 Rancangan kami ketika itu 478 00:32:38,748 --> 00:32:40,708 adalah jika kami dapat lebih banyak kokaina, 479 00:32:40,792 --> 00:32:44,045 saya akan cuba bayar terus kepada Luisi. 480 00:32:58,685 --> 00:33:01,437 - Saya di telefon. Saya akan masuk. - Okey. 481 00:33:11,072 --> 00:33:12,699 Hari itu, saya di pejabat. 482 00:33:12,782 --> 00:33:14,993 Seperti kedatangan Carrozza pada bulan April, 483 00:33:15,076 --> 00:33:16,744 ada ketukan di pintu saya. 484 00:33:17,370 --> 00:33:19,831 Tommy Wilson, ahli kru Luisi. 485 00:33:22,250 --> 00:33:25,378 - Saya naik kereta api. - Apa khabar? 486 00:33:25,461 --> 00:33:26,838 Bagus. Saya nak mati. 487 00:33:26,921 --> 00:33:27,922 Ada masalah? 488 00:33:28,006 --> 00:33:29,424 Tiada masalah, Mike. 489 00:33:31,968 --> 00:33:34,721 Wilson bawa sebuah beg kertas. 490 00:33:36,097 --> 00:33:39,726 Di dalamnya, ada sekilo lagi kokaina. 491 00:33:43,396 --> 00:33:45,314 - Ini yang bagus, bukan? - Ya. 492 00:33:47,567 --> 00:33:51,446 Orang awak pasti akan gembira. Ia kokaina yang bagus dari sini. 493 00:33:53,781 --> 00:33:57,952 Dia datang ke pejabat, keluarkan sekilo kokaina daripada begnya, 494 00:33:58,536 --> 00:34:00,913 kemudian dia letakkannya ke dalam beg yang Mike beri. 495 00:34:00,997 --> 00:34:03,374 Itu di luar keraguan munasabah. 496 00:34:05,752 --> 00:34:08,004 - Bobby akan datang? - Tak. 497 00:34:08,087 --> 00:34:09,464 Saya perlu cakap dengan dia. 498 00:34:09,964 --> 00:34:15,011 Kami nak pastikan Luisi ada kaitan terus dengan penghantaran itu. 499 00:34:16,512 --> 00:34:18,639 Jadi, apabila Luisi telefon, 500 00:34:18,723 --> 00:34:22,060 saya kata saya tak yakin untuk serahkan duit kepada Wilson. 501 00:34:22,560 --> 00:34:25,605 Dia mesti datang jumpa saya di luar pejabat saya. 502 00:34:26,606 --> 00:34:29,067 Ejen Khas Robert Callen. 503 00:34:29,776 --> 00:34:34,739 Kami berada di sekitar 171 Jalan Milk, 504 00:34:36,199 --> 00:34:37,867 kira-kira pukul 2:05 petang, 505 00:34:39,035 --> 00:34:41,913 merakam seorang ejen pengintip 506 00:34:42,747 --> 00:34:46,334 di persimpangan Jalan Milk dan India, Boston, Massachusetts. 507 00:34:48,544 --> 00:34:51,089 Mike akan sampai awal sebagai ejen pengintip. 508 00:34:51,172 --> 00:34:53,758 Dia nak pastikan yang dia selesa. 509 00:34:54,258 --> 00:34:57,637 Ini lokasi yang ideal. Ada orang berjalan-jalan. 510 00:34:58,346 --> 00:35:00,139 Tiada siapa akan nampak kami. 511 00:35:03,142 --> 00:35:07,271 Dalam sejam, Luisi datang. 512 00:35:10,399 --> 00:35:11,609 Ini peluang kami 513 00:35:12,401 --> 00:35:16,030 untuk buat Luisi ambil duit dadah. 514 00:35:22,078 --> 00:35:24,831 Ketika saya nak serahkan 24,000 itu, 515 00:35:26,749 --> 00:35:29,252 sebiji van menghalang pos pengawasan. 516 00:35:29,877 --> 00:35:31,337 Jadi, saya tarik balik duit itu. 517 00:35:32,964 --> 00:35:34,298 Sebaik saja van pergi, 518 00:35:35,133 --> 00:35:36,134 saya bayar dia. 519 00:35:38,761 --> 00:35:41,264 Ia sangat jelas. 520 00:35:42,598 --> 00:35:44,767 Kira-kira pukul 2:10 petang, 521 00:35:45,268 --> 00:35:48,688 Bobby Luisi bertolak selepas ambil duit 522 00:35:48,771 --> 00:35:52,525 daripada ejen pengintip dengan trak pikap Dodge. 523 00:35:56,821 --> 00:35:58,948 Bagus sekali. Bukti yang kukuh. 524 00:35:59,031 --> 00:36:00,032 Kami dapat dia. 525 00:36:02,493 --> 00:36:07,331 PENYELUDUPAN DADAH 526 00:36:08,708 --> 00:36:12,753 Luisi kini dirakam mengambil duit kokaina. 527 00:36:16,841 --> 00:36:20,970 Pejabat Peguam AS memutuskan bahawa ada cukup bukti untuk teruskan. 528 00:36:23,681 --> 00:36:26,142 Kami ada bukti jenayah serius, 529 00:36:26,642 --> 00:36:28,936 kegiatan haram, penyeludupan dadah, 530 00:36:29,020 --> 00:36:30,396 dan sekarang, akhirnya, 531 00:36:30,479 --> 00:36:33,149 sudah tiba masanya untuk tahan Joey Merlino. 532 00:36:36,652 --> 00:36:37,987 Pada pukul 7:00 pagi tadi, 533 00:36:38,070 --> 00:36:40,406 ejen-ejen FBI pergi ke tingkat dua sebuah pangsapuri 534 00:36:40,489 --> 00:36:42,742 dan menahan Joey Merlino, 37 tahun. 535 00:36:42,825 --> 00:36:46,370 Tulis dalam surat khabar awak mereka beri saya waran kosong. 536 00:36:46,454 --> 00:36:48,497 - Awak bersaudara? - Saya ibunya. 537 00:36:48,581 --> 00:36:50,041 - Awak ibunya? - Berambus. 538 00:36:51,626 --> 00:36:53,044 Dia dah ditangkap, 539 00:36:53,920 --> 00:36:56,964 begitu juga dengan beberapa sekutu dan ahlinya 540 00:36:57,548 --> 00:37:00,635 yang membentuk hierarki Philadelphia Mob. 541 00:37:02,470 --> 00:37:05,598 Hari ini kami ingin mengumumkan penahanan 11 individu, 542 00:37:05,681 --> 00:37:07,475 termasuk Joseph Merlino, 543 00:37:07,558 --> 00:37:12,146 berikutan siasatan intensif jangka panjang terhadap kegiatan La Cosa Nostra. 544 00:37:12,772 --> 00:37:16,609 Merlino dan tiga lagi didakwa berkomplot untuk mengedar kokaina, 545 00:37:17,193 --> 00:37:18,778 dan kokaina itu diedarkan 546 00:37:19,362 --> 00:37:22,990 kepada seorang individu, yang sebenarnya ejen pengintip FBl. 547 00:37:24,200 --> 00:37:28,287 Bayang-bayang Mob sudah lama menyelubungi Philadelphia. 548 00:37:28,371 --> 00:37:29,205 BEKAS PENYELIA FBI 549 00:37:29,789 --> 00:37:31,874 Mungkin dah tiba masa untuk melihat cahaya. 550 00:37:32,959 --> 00:37:34,168 Ia kejayaan besar. 551 00:37:34,752 --> 00:37:37,255 Merlino akhirnya akan dibawa ke muka pengadilan. 552 00:37:41,634 --> 00:37:43,844 Selepas Merlino ditahan, 553 00:37:45,596 --> 00:37:49,809 saya disuruh pergi ke mahkamah Daerah Camden. 554 00:37:52,478 --> 00:37:57,817 Ralph Natale dibawa ke salah satu bilik saksi. 555 00:38:00,987 --> 00:38:03,698 Dia kata dia nak bekerjasama. 556 00:38:05,574 --> 00:38:07,410 Ia saat yang luar biasa. 557 00:38:08,869 --> 00:38:11,539 Ralph Natale ialah ketua Mob pertama 558 00:38:11,622 --> 00:38:14,417 dalam sejarah American Mafia 559 00:38:15,001 --> 00:38:17,044 untuk bekerjasama. 560 00:38:17,128 --> 00:38:19,505 Kami terima kerjasamanya. 561 00:38:20,381 --> 00:38:24,468 Ralph Natale sedar jika dia disabitkan atas kes dadah ini, 562 00:38:24,552 --> 00:38:26,095 dia akan mendapat hukuman 563 00:38:26,178 --> 00:38:29,640 yang akan menyukarkan dia untuk keluar dari penjara. 564 00:38:29,724 --> 00:38:34,103 Hakikat bahawa Natale bekerjasama mungkin rahsia paling teruk di dunia. 565 00:38:34,186 --> 00:38:37,732 Sumber pihak berkuasa undang-undang menunjukkan bahawa Natale bercakap banyak. 566 00:38:37,815 --> 00:38:41,485 Dia bercakap tentang pembunuhan Mob dan kegiatan Mob yang lain. 567 00:38:42,320 --> 00:38:44,322 Ralph, tikus, pengkhianat. 568 00:38:45,031 --> 00:38:45,865 Jijik. 569 00:38:45,948 --> 00:38:47,366 BOS MOB NATALE BEKERJASAMA 570 00:38:47,450 --> 00:38:49,994 Nasib baik dia tak terlibat dengan Vietnam. 571 00:38:50,077 --> 00:38:52,413 Dia pasti akan khianati seluruh Amerika Syarikat. 572 00:38:52,997 --> 00:38:53,998 Saya tak sangka. 573 00:38:54,081 --> 00:38:58,044 Lebih 32 tahun di penjara, saya tak pernah terfikir untuk membelot. 574 00:38:58,878 --> 00:39:00,921 Saya tak tahan dengan mereka. 575 00:39:01,005 --> 00:39:03,507 Ada banyak tikus sekarang, semuanya ada audio siar. 576 00:39:06,927 --> 00:39:10,139 Kerjasama Ralph membantu kami menambah pembunuhan dan cubaan membunuh 577 00:39:10,222 --> 00:39:12,767 dalam pertuduhan menentang Merlino dan krunya. 578 00:39:14,852 --> 00:39:19,023 Sekarang kami perlu buktikan apa yang kami dakwa mereka 579 00:39:19,106 --> 00:39:23,027 di hadapan 12 juri yang tak tahu tentang semua ini. 580 00:39:32,036 --> 00:39:33,913 - Jangan tersandung. - Joey, apa khabar? 581 00:39:34,413 --> 00:39:37,792 Walaupun perbicaraan Stanfa besar, hal ini jauh lebih besar. 582 00:39:37,875 --> 00:39:39,126 Ramai pihak media. 583 00:39:39,210 --> 00:39:40,628 Apa khabar hari ini? 584 00:39:42,088 --> 00:39:43,714 - Awak nak cakap apa-apa? - Tidak. 585 00:39:44,632 --> 00:39:46,384 Susah nak dapat tempat duduk. 586 00:39:48,761 --> 00:39:53,641 Sebab bos Mob, Ralph Natale akan beri keterangan 587 00:39:53,724 --> 00:39:56,560 menentang Joey Merlino dan krunya. 588 00:40:00,815 --> 00:40:03,567 Ralph dibawa ke kandang saksi. 589 00:40:06,320 --> 00:40:10,491 Sekarang cabarannya adalah untuk ambil testimoni ini 590 00:40:10,574 --> 00:40:12,368 supaya juri percaya. 591 00:40:16,372 --> 00:40:18,958 Adakah awak ahli organisasi jenayah? 592 00:40:19,041 --> 00:40:20,126 Ya, betul. 593 00:40:21,043 --> 00:40:23,963 - Apa nama organisasi itu? - La Cosa Nostra. 594 00:40:25,256 --> 00:40:27,216 Apa itu La Cosa Nostra? 595 00:40:28,592 --> 00:40:31,220 Cosa Nostra ibarat alam neraka. 596 00:40:33,973 --> 00:40:37,893 Sama ada pemerasan, sama ada pukul 597 00:40:38,727 --> 00:40:39,770 atau pembunuhan, 598 00:40:40,980 --> 00:40:45,776 apabila kita jadi bos, 599 00:40:46,485 --> 00:40:48,904 kita memerintah semua orang dan segala-galanya. 600 00:40:53,576 --> 00:40:55,327 Itulah Joey Merlino. 601 00:40:57,496 --> 00:41:00,958 Natale, 65 tahun, mengaku menembak mati dua lelaki. 602 00:41:01,041 --> 00:41:03,878 Dia berkata dia bersubahat dengan gengster lain 603 00:41:03,961 --> 00:41:05,296 untuk membunuh enam orang. 604 00:41:05,796 --> 00:41:09,508 Natale juga menjelaskan majlis kemasukannya ke dalam Mob itu. 605 00:41:09,592 --> 00:41:12,011 Dia berkata Joey Merlino sendiri 606 00:41:12,094 --> 00:41:14,472 yang menyempurnakan sumpah rahsia Mafia. 607 00:41:16,474 --> 00:41:18,809 Ralph Natale ialah satu bukti. 608 00:41:19,602 --> 00:41:23,564 Tapi kita perlukan gambaran keseluruhan untuk mensabitkan kesalahan. 609 00:41:24,982 --> 00:41:26,484 Dengan pita video Mike 610 00:41:27,526 --> 00:41:30,613 dan intipan Previte, kami rasa bukti kami cukup. 611 00:41:31,155 --> 00:41:34,450 Sekarang kami perlu tunggu juri kembali dengan keputusan. 612 00:41:51,008 --> 00:41:52,426 Perbicaraannya empat bulan, 613 00:41:52,510 --> 00:41:55,554 dan apabila juri kembali dengan keputusan itu, 614 00:41:56,388 --> 00:41:58,307 saya anggap ia mengejutkan. 615 00:41:59,391 --> 00:42:02,102 Joey Merlino, bos Mob muda yang berani, 616 00:42:02,186 --> 00:42:04,980 menuju ke penjara malam ini, tapi bukan seumur hidup. 617 00:42:05,064 --> 00:42:06,565 Dalam keputusan yang mengejutkan, 618 00:42:06,649 --> 00:42:09,652 juri menolak tuduhan pembunuhan dan mengedar dadah 619 00:42:09,735 --> 00:42:13,030 dan mensabitkan Merlino dan rakan-rakannya atas kegiatan haram. 620 00:42:13,989 --> 00:42:17,785 Joey disabitkan atas pemerasan, kegiatan lintah darat, perjudian, 621 00:42:17,868 --> 00:42:21,539 tapi bukan pembunuhan, cubaan membunuh atau dadah. 622 00:42:22,122 --> 00:42:28,045 Joey tak disabitkan atas pengedaran dadah kerana dalam rakaman, dia sangat kabur. 623 00:42:28,546 --> 00:42:30,297 Buat apa yang perlu untuk dia? 624 00:42:30,381 --> 00:42:32,424 Kita tak tahu apa yang Joey bualkan. 625 00:42:32,508 --> 00:42:35,219 Bila masa dia cakap tentang kokaina dalam pita? 626 00:42:35,302 --> 00:42:38,222 Joey terlepas daripada sabitan kes dadah 627 00:42:38,305 --> 00:42:40,766 walaupun orang-orangnya di Boston disabitkan bersalah. 628 00:42:41,350 --> 00:42:45,062 Juri menolak testimoni bos Mob yang menjadi pemberi maklumat, 629 00:42:45,145 --> 00:42:46,230 Ralph Natale, 630 00:42:46,313 --> 00:42:49,233 apabila Merlino dan enam tertuduh dibebaskan 631 00:42:49,316 --> 00:42:51,986 daripada 11 serangan Mob atau cubaan membunuh. 632 00:42:52,736 --> 00:42:54,989 Ralph dicemari oleh masa silam jenayahnya. 633 00:42:55,489 --> 00:42:57,032 Dia berdepan penjara seumur hidup. 634 00:42:57,116 --> 00:43:00,578 Mungkin juri rasa dia akan cakap apa-apa saja untuk mengelakkannya. 635 00:43:01,161 --> 00:43:02,746 Keputusan itu menunjukkannya. 636 00:43:04,873 --> 00:43:08,252 Kami kecewa tak dapat dakwa dia atas pembunuhan dan dadah. 637 00:43:08,836 --> 00:43:12,256 Tapi Joey Merlino dan lain-lain menerima hukuman penjara 638 00:43:12,339 --> 00:43:14,800 sehingga 14 tahun di penjara persekutuan. 639 00:43:15,551 --> 00:43:19,013 Bandar ini lebih selamat dengan Merlino di penjara. 640 00:43:19,763 --> 00:43:22,891 Semua bos sudah mati atau masuk penjara. Semudah itu. 641 00:43:22,975 --> 00:43:24,393 Saya pasti itu akan berterusan. 642 00:43:24,476 --> 00:43:27,271 Kami akan terus menyiasat jenayah terancang 643 00:43:27,354 --> 00:43:29,982 dan kami akan terus berjaya mendakwa. 644 00:43:30,983 --> 00:43:33,902 Apa yang polis persekutuan capai sepanjang tempoh masa itu, 645 00:43:33,986 --> 00:43:35,988 ia satu demi satu 646 00:43:36,071 --> 00:43:39,366 kemenangan pihak berkuasa menentang jenayah terancang. 647 00:43:39,450 --> 00:43:43,203 Setiap sabitan mencemarkan nama keluarga jenayah itu. 648 00:43:45,581 --> 00:43:48,667 Adakah Mob masih wujud sehingga hari ini? Ya. 649 00:43:48,751 --> 00:43:51,587 Adakah pengaruhnya sama? Adakah ia menjana wang yang sama? 650 00:43:51,670 --> 00:43:54,423 Adakah mereka lakukan keganasan dan pembunuhan yang sama? 651 00:43:54,506 --> 00:43:55,591 Tidak. 652 00:43:56,175 --> 00:43:57,843 Pada tahun 1990-an, 653 00:43:57,926 --> 00:44:02,014 FBI menghapuskan kepimpinan Philadelphia Mob 654 00:44:02,097 --> 00:44:04,975 serta beberapa ahli dan sekutu rasmi. 655 00:44:06,894 --> 00:44:10,981 Philadelphia Mafia telah dimusnahkan dan tak pernah sama lagi. 656 00:44:16,612 --> 00:44:19,406 RALPH NATALE DIHUKUM PENJARA 13 TAHUN 657 00:44:19,490 --> 00:44:21,992 KERANA MENGEDAR DADAH, MENIPU DAN MERASUAH. 658 00:44:22,076 --> 00:44:23,869 DIA MENJALANI HUKUMAN SELAMA ENAM TAHUN 659 00:44:23,952 --> 00:44:26,413 DAN MATI PADA JANUARI 2022 PADA USIA 86 TAHUN. 660 00:44:27,748 --> 00:44:31,085 JOEY MERLINO MENJALANI 11 TAHUN DARIPADA HUKUMAN PENJARA 14 TAHUNNYA. 661 00:44:31,168 --> 00:44:34,588 DIA DIBEBASKAN PADA TAHUN 2011. 662 00:44:34,672 --> 00:44:38,509 PIHAK FBI MASIH MENGAWASI DIA. 663 00:45:36,024 --> 00:45:41,029 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi