1 00:00:46,546 --> 00:00:50,967 DYNAMITE KISS 2 00:00:52,385 --> 00:00:53,595 {\an8}Mak pasti akan okey? 3 00:00:53,678 --> 00:00:55,096 {\an8}Sebenarnya mak tak perlu ikut. 4 00:00:56,514 --> 00:00:58,057 {\an8}Jangan mengarut. 5 00:00:58,141 --> 00:01:00,101 {\an8}Mak nak jumpa bakal mentua kamu. 6 00:01:00,185 --> 00:01:02,353 {\an8}Sudah tentu, mak perlu teman kamu. 7 00:01:02,937 --> 00:01:06,066 {\an8}Beritahulah jika mak tak selesa. Saya akan bawa mak keluar. 8 00:01:07,650 --> 00:01:09,319 Mak sedar, mak bukanlah 9 00:01:10,320 --> 00:01:12,489 ibu yang baik buat kamu. 10 00:01:13,073 --> 00:01:14,365 Kenapa tiba-tiba saja? 11 00:01:14,949 --> 00:01:17,494 Anak mak akan berkahwin. Mak rasa sentimental? 12 00:01:19,370 --> 00:01:23,458 Nampaknya selama ini mak hanya memikirkan diri sendiri saja. 13 00:01:24,834 --> 00:01:27,504 Kamu sepatutnya boleh harapkan mak. 14 00:01:29,631 --> 00:01:30,632 Mak minta maaf. 15 00:01:31,508 --> 00:01:33,259 Kenapa tiba-tiba cakap begitu? 16 00:01:35,178 --> 00:01:36,012 Mak nak tahu? 17 00:01:36,095 --> 00:01:38,807 Saya rasa lega yang mak teman saya 18 00:01:39,390 --> 00:01:41,684 pada hari seperti ini. 19 00:01:43,978 --> 00:01:47,440 Oh ya, bila kamu mula bercinta dengan Ha-yeong? 20 00:01:48,024 --> 00:01:49,442 Mak tak tahu pun. 21 00:01:49,526 --> 00:01:50,360 Apa? 22 00:01:52,362 --> 00:01:53,780 Tiada tarikh yang tepat. 23 00:01:54,656 --> 00:01:57,700 Mak tahu kami berkawan sejak kecil. 24 00:01:57,784 --> 00:02:01,996 Tapi, mak tak sangka kamu akan mengahwini dia. 25 00:02:03,456 --> 00:02:06,626 Kami kenal cukup lama, jadi tiada alasan untuk bergaduh. 26 00:02:07,919 --> 00:02:08,878 Semuanya baik. 27 00:02:16,052 --> 00:02:16,970 - Minum. - Minum. 28 00:02:17,554 --> 00:02:21,349 Saya dengar kempen yang diketuai oleh Ji-hyeok 29 00:02:21,432 --> 00:02:22,725 diterima dengan baik. 30 00:02:23,393 --> 00:02:24,227 Di luar jangkaan. 31 00:02:24,811 --> 00:02:28,022 Saya hanya meneruskan usaha ibu saya. 32 00:02:28,106 --> 00:02:29,899 Begitu rupanya. 33 00:02:29,983 --> 00:02:32,193 Awak besarkan anak dengan baik. 34 00:02:33,528 --> 00:02:36,239 - Terima kasih. - Awak terlalu baik. 35 00:02:37,031 --> 00:02:40,743 Dengarnya Tae-yeong tingkatkan prestasi syarikat di peringkat global. 36 00:02:40,827 --> 00:02:43,788 Ya, saya semakin baik sekarang atas bantuan pak cik. 37 00:02:44,539 --> 00:02:45,373 Bantuan saya? 38 00:02:46,374 --> 00:02:48,418 Pak cik bawa Ji-hyeok masuk ke syarikat. 39 00:02:48,960 --> 00:02:52,005 Dengan ketiadaan pesaing saya, kerja memang mudah. 40 00:02:52,088 --> 00:02:52,922 Terima kasih. 41 00:02:53,798 --> 00:02:55,008 Ji-hyeok. 42 00:02:55,633 --> 00:02:56,634 Terima kasih. 43 00:02:58,052 --> 00:03:03,308 Awak bercadang untuk kekalkan Ji-hyeok dalam pasukan pelatih baharu itu? 44 00:03:03,391 --> 00:03:04,684 Sudah tentu tidak. 45 00:03:04,767 --> 00:03:07,896 Hanya sementara sehingga dia semakin mahir. 46 00:03:07,979 --> 00:03:09,772 Dia akan berada di tempat sepatutnya. 47 00:03:09,856 --> 00:03:12,984 Saya perlu jaga air muka menantu. 48 00:03:13,067 --> 00:03:14,360 Setuju, Ha-yeong? 49 00:03:15,278 --> 00:03:16,863 - Itu… - Alang-alang berbincang, 50 00:03:16,946 --> 00:03:18,698 disebabkan kita semua dah berkumpul, 51 00:03:18,781 --> 00:03:20,950 saya harap dapat bincangkan masa depan anak-anak. 52 00:03:21,034 --> 00:03:24,037 Maaf mencelah, tapi saya nak beritahu sesuatu… 53 00:03:24,120 --> 00:03:25,330 Biar saya yang cakap. 54 00:03:28,082 --> 00:03:29,417 Saya dan Ha-yeong 55 00:03:29,500 --> 00:03:31,336 ingin segera berkahwin. 56 00:03:32,795 --> 00:03:33,922 Ji-hyeok! 57 00:03:34,005 --> 00:03:35,840 Apa yang awak cakapkan? 58 00:03:35,924 --> 00:03:37,342 Saya nak kahwin. 59 00:03:38,843 --> 00:03:42,305 Tak perlu majlis pertunangan, kami akan kahwin secepat mungkin. 60 00:04:00,031 --> 00:04:01,908 Awak tetap perlu ikut adat. 61 00:04:02,492 --> 00:04:04,827 Kahwin tergesa-gesa akan menyebabkan khabar angin. 62 00:04:05,745 --> 00:04:08,498 Nampaknya dia betul-betul cintakan Ha-yeong. 63 00:04:09,457 --> 00:04:12,669 Saya faham, tapi keputusan itu perlu ambil kira banyak perkara. 64 00:04:12,752 --> 00:04:14,295 Kami tetap akan kahwin nanti, 65 00:04:15,296 --> 00:04:16,673 jadi mengapa tangguhkannya? 66 00:04:18,800 --> 00:04:25,556 Kalau begitu, apa kata kita segerakan majlis pertunangan? 67 00:04:31,062 --> 00:04:33,815 - Ya. - Tak, saya tak mahu. 68 00:04:33,898 --> 00:04:36,150 Kamu pun tak nak majlis pertunangan? 69 00:04:36,234 --> 00:04:37,860 - Tak, bukan… - Setuju. 70 00:04:39,988 --> 00:04:41,781 Mari segerakan majlis pertunangan. 71 00:04:43,992 --> 00:04:45,243 Seawal minggu depan. 72 00:04:50,707 --> 00:04:51,791 Awak gila? 73 00:04:51,874 --> 00:04:53,126 Apa kena dengan awak? 74 00:04:53,209 --> 00:04:54,711 Apa gunanya awak melawan? 75 00:04:54,794 --> 00:04:56,754 Adakah ini sebab Go Da-rim? 76 00:04:58,256 --> 00:05:02,302 Saya salah? Mustahil awak tiba-tiba jatuh cinta dengan saya. 77 00:05:02,385 --> 00:05:04,804 Awak buat sebab tak mahu dia terluka. 78 00:05:04,887 --> 00:05:09,017 Saya nak elak isu yang tak menyenangkan dalam pasukan saya. 79 00:05:09,100 --> 00:05:12,145 Isu boleh menjejaskan kedudukan saya dengan syarikat. 80 00:05:14,856 --> 00:05:16,107 Kedudukan awak? 81 00:05:16,190 --> 00:05:18,359 Sejak bila awak awak peduli pasal syarikat itu? 82 00:05:18,443 --> 00:05:19,902 Saya berjanji dengan ayah saya. 83 00:05:20,695 --> 00:05:23,448 Jika saya bekerja di syarikatnya dan berkahwin dengan awak, 84 00:05:23,531 --> 00:05:25,074 dia akan turuti permintaan saya. 85 00:05:25,158 --> 00:05:28,828 Kalau begitu, awak sama saja macam ayah awak. 86 00:05:29,871 --> 00:05:32,165 Maaflah, saya tak nak kahwin dengan awak. 87 00:05:32,248 --> 00:05:33,583 Itulah yang saya nak beritahu. 88 00:05:34,959 --> 00:05:36,210 Jangan cuba halang saya. 89 00:05:38,004 --> 00:05:38,880 Okey, beritahulah. 90 00:05:40,340 --> 00:05:41,632 Senang sikit kerja saya. 91 00:05:42,300 --> 00:05:43,968 Awak pasti dikurung di rumah… 92 00:05:46,429 --> 00:05:47,972 sehingga hari majlis pertunangan. 93 00:06:02,570 --> 00:06:04,906 Kenapa tak tunjuk ramah di depan keluarga besan? 94 00:06:05,490 --> 00:06:08,117 Awak patut berbual dengan Cik Yu. 95 00:06:08,201 --> 00:06:10,661 Awak nampak macam dipaksa untuk datang. 96 00:06:10,745 --> 00:06:12,789 Saya datang bukan untuk awak. 97 00:06:13,623 --> 00:06:16,209 - Saya datang sebab Ji-hyeok. - Itulah maksud saya. 98 00:06:16,292 --> 00:06:18,628 Anak awak berkorban untuk awak. 99 00:06:18,711 --> 00:06:20,296 Tapi awak tak nak usaha sikit pun? 100 00:06:22,173 --> 00:06:23,591 Berkorban? Apa maksud awak? 101 00:06:24,592 --> 00:06:26,761 Apa maksud awak, dia berkorban untuk saya? 102 00:06:29,555 --> 00:06:32,350 Apa awak dah buat pada Ji-hyeok? 103 00:06:35,520 --> 00:06:36,896 Dia sendiri sanggup. 104 00:06:36,979 --> 00:06:40,066 Sebagai pertukaran untuk kahwin, saya akan ceraikan awak. 105 00:06:40,733 --> 00:06:43,861 Ada baiknya juga untuk saya, jadi saya bersetuju. 106 00:06:43,945 --> 00:06:47,281 Jadi, awak patut jaga kelakuan. 107 00:07:20,523 --> 00:07:21,357 Jom percepatkan. 108 00:07:21,941 --> 00:07:22,775 Lebih cepat. 109 00:07:34,370 --> 00:07:35,288 Bagus. 110 00:07:36,456 --> 00:07:37,290 Awak boleh pergi. 111 00:07:39,292 --> 00:07:41,210 Adakah sebab saya pernah kahwin? 112 00:07:41,294 --> 00:07:43,129 Kenapa mesti mereka yang dijodohkan? 113 00:07:45,631 --> 00:07:47,091 Kita jauh lebih sepadan. 114 00:07:48,843 --> 00:07:50,303 Saya nak balik jika awak begini. 115 00:07:50,386 --> 00:07:52,388 Bertenang. Gurau saja. 116 00:07:53,723 --> 00:07:58,186 Tapi, saya tak nampak yang mereka saling menyukai. 117 00:07:58,269 --> 00:08:00,104 Adakah mereka perlu suka untuk berkahwin? 118 00:08:00,688 --> 00:08:02,064 Lagipun ia hanya kerja. 119 00:08:02,148 --> 00:08:05,735 Awak sememangnya anak perempuan sulung pengerusi. 120 00:08:08,488 --> 00:08:10,490 Ada sebab saya tak boleh lupakan awak. 121 00:08:10,573 --> 00:08:11,949 Alihkan tangan awak. 122 00:08:16,913 --> 00:08:20,374 Berhenti menjeling saya. Saya nak tolong awak. 123 00:08:23,920 --> 00:08:25,713 Bagaimana awak nak tolong? 124 00:08:25,796 --> 00:08:28,841 Awak tak nak mereka berkahwin. Betul cakap saya? 125 00:08:31,511 --> 00:08:32,929 Baik, saya akan tolong. 126 00:08:33,930 --> 00:08:36,390 Sampai bila nak ikut telunjuk ayah awak? 127 00:08:36,474 --> 00:08:39,602 Tengok saja Ji-hyeok ambil alih Natural BeBe? 128 00:08:39,685 --> 00:08:42,313 Kalau nak buat kerja amal, pergi tempat perlindungan anjing. 129 00:08:42,396 --> 00:08:44,524 Jangan senang-senang serahkan syarikat. 130 00:08:45,358 --> 00:08:46,817 Awak silap. 131 00:08:46,901 --> 00:08:48,736 Ji-hyeok tak berminat dengan syarikat. 132 00:08:52,990 --> 00:08:55,034 Untuk menilai peribadi seseorang, 133 00:08:55,701 --> 00:08:57,245 tak boleh percaya cakap mereka. 134 00:08:57,328 --> 00:08:58,412 Tapi tengok tindakannya. 135 00:09:00,039 --> 00:09:01,749 Awak rasa dia beria-ia buat kempen 136 00:09:02,583 --> 00:09:06,546 dan memimpinnya sebab dia tak berminat langsung dengan syarikat? 137 00:09:08,756 --> 00:09:12,176 Selain itu, mustahil ayah awak akan mewariskan syarikat 138 00:09:13,052 --> 00:09:16,347 kepada anak perempuan hasil hubungan sulitnya. 139 00:09:16,430 --> 00:09:17,515 Dia ketinggalan zaman. 140 00:09:25,648 --> 00:09:27,275 Mulut lancang. 141 00:09:27,358 --> 00:09:28,484 Cakap elok-elok sikit. 142 00:09:28,985 --> 00:09:31,070 Saya beri muka sebab kita dah lama kenal. 143 00:09:32,822 --> 00:09:33,739 Tepilah. 144 00:09:57,305 --> 00:09:58,347 Adakah suami awak 145 00:09:59,140 --> 00:10:00,600 tahu awak datang? 146 00:10:13,404 --> 00:10:15,573 Seorang lelaki tinggal seorang diri di sini. 147 00:10:17,116 --> 00:10:18,951 Apa yang orang akan cakap? 148 00:10:28,919 --> 00:10:30,421 Jangan melampaui batasan. 149 00:10:37,219 --> 00:10:38,971 GONG JI-HYEOK DAN YU HA-YEONG BERTUNANG 150 00:10:39,055 --> 00:10:42,433 En. Gong dan Cik Yu bertunang? 151 00:10:42,516 --> 00:10:43,517 - Wah. - Tak sangka. 152 00:10:43,601 --> 00:10:45,645 Agak sedih mengetahuinya melalui akhbar. 153 00:10:45,728 --> 00:10:47,772 - Awak tahu, En. Kang? - Saya minta maaf. 154 00:10:48,397 --> 00:10:49,482 Ini rahsia besar. 155 00:10:50,941 --> 00:10:52,026 Selamat pagi. 156 00:10:52,526 --> 00:10:54,570 - Rahsia besar apa? - Da-rim, tengok. 157 00:11:00,117 --> 00:11:01,494 PENYATUAN KONGLOMERAT? 158 00:11:01,577 --> 00:11:03,245 BERTUNANG 159 00:11:09,210 --> 00:11:11,045 Di mana pejabat En. Gong Ji-hyeok? 160 00:11:12,380 --> 00:11:14,465 Dia sedang mesyuarat. 161 00:11:15,174 --> 00:11:16,967 Awak ada janji temu? 162 00:11:17,051 --> 00:11:18,302 Tak mengapa. 163 00:11:18,386 --> 00:11:20,596 Saya tak perlu buat janji temu untuk jumpa dia. 164 00:11:21,305 --> 00:11:23,599 - Saya masih tak percaya. - Awak tak tahu, bukan? 165 00:11:23,682 --> 00:11:25,101 Tak sangka. Kami pun terkejut. 166 00:11:25,184 --> 00:11:26,769 - Dia dah sampai. - Selamat pagi. 167 00:11:38,489 --> 00:11:39,365 {\an8}KETUA PASUKAN 168 00:12:06,725 --> 00:12:08,436 Mereka dah bertunang. 169 00:12:10,104 --> 00:12:14,400 Itulah sebabnya dia sangat marah semasa saya datang ke rumahnya. 170 00:12:20,614 --> 00:12:21,949 Apa saya nak buat? 171 00:12:27,371 --> 00:12:29,165 Sayang betul. 172 00:12:29,790 --> 00:12:32,334 Jika En. Gong Ji-hyeok datang ke pasukan kami, 173 00:12:32,418 --> 00:12:34,003 saya pasti akan pikat dia. 174 00:12:35,171 --> 00:12:37,214 Tiada bezanya. 175 00:12:37,298 --> 00:12:40,092 Nampak sangat. Perkahwinan itu diatur dengan Taeyu C&T. 176 00:12:41,510 --> 00:12:45,181 Maksudnya, dia akan jadi pengganti pengerusi Natural BeBe? 177 00:12:46,348 --> 00:12:47,349 Mungkin. 178 00:12:48,184 --> 00:12:50,936 Pengarah Gong Ji-hye buat semua kerja, tak dapat apa-apa. 179 00:12:56,775 --> 00:12:58,027 Tak sayang mulut betul. 180 00:13:06,994 --> 00:13:08,954 Maaf, saya akan cari pasukan itu 181 00:13:09,038 --> 00:13:11,540 - dan ajar mereka. - Lupakan saja. 182 00:13:12,041 --> 00:13:13,959 - Awak bawa tak? - Ya, puan. 183 00:13:25,763 --> 00:13:26,805 Apa jadah? 184 00:13:26,889 --> 00:13:28,974 Ini saja? Gambar ini tiada makna. 185 00:13:29,058 --> 00:13:31,310 Disebabkan ramai orang di situ, 186 00:13:31,393 --> 00:13:33,646 saya tak dapat gambar yang diperlukan. 187 00:13:33,729 --> 00:13:37,733 Kalau begitu, awak buatlah sampai dapat. 188 00:13:38,400 --> 00:13:40,361 Macam mana nak buat? 189 00:13:40,444 --> 00:13:41,612 Buatlah apa-apa saja! 190 00:13:41,695 --> 00:13:43,864 Cari gambar mereka, bawa bukti kepada saya! 191 00:13:45,407 --> 00:13:46,742 Baik, puan. 192 00:13:50,079 --> 00:13:51,747 Nak fikir apa lagi? 193 00:13:51,830 --> 00:13:53,499 Saya bekerja untuk cari duit. 194 00:13:53,582 --> 00:13:57,169 Kami hanya perlu bekerja sebagai satu pasukan. Ketua dan anak buah. 195 00:13:57,253 --> 00:13:59,505 Kenapa? Sebab saya profesional! 196 00:13:59,588 --> 00:14:02,091 Saya profesional, mestilah tunjuk sikap begitu. 197 00:14:02,174 --> 00:14:03,676 Ya, profesional! 198 00:14:19,108 --> 00:14:20,276 En. Gong. 199 00:14:21,110 --> 00:14:23,821 Saya nak ucapkan tahniah atas pertunangan awak. 200 00:14:23,904 --> 00:14:26,824 Saya sekali lagi dengan ikhlas memohon maaf datang ke rumah awak. 201 00:14:26,907 --> 00:14:29,034 Saya bersumpah bahawa saya tiada niat lain. 202 00:14:29,118 --> 00:14:31,745 Namun, saya mengerti yang Cik Yu boleh salah faham. 203 00:14:31,829 --> 00:14:33,914 Saya memang salah. 204 00:14:34,498 --> 00:14:35,541 Asalkan awak sedar. 205 00:14:37,042 --> 00:14:38,043 Adakah itu saja? 206 00:14:40,796 --> 00:14:44,133 Ini ulasan peserta daripada acara penanaman pokok. 207 00:14:44,216 --> 00:14:46,802 Pasukan komunikasi nak tiga ulasan, 208 00:14:46,886 --> 00:14:48,971 jadi saya dah buat senarai pendek. 209 00:14:55,728 --> 00:14:56,937 Tiada gambar pun? 210 00:14:57,021 --> 00:15:01,025 Saya sertakan gambar di muka surat terakhir. 211 00:15:09,700 --> 00:15:10,534 Saya nampak. 212 00:15:11,535 --> 00:15:12,369 Kerja yang bagus. 213 00:15:12,453 --> 00:15:13,454 Tidak. 214 00:15:13,537 --> 00:15:15,581 Saya hanya menunaikan tanggungjawab 215 00:15:15,664 --> 00:15:17,416 sebab saya profesional. 216 00:15:18,000 --> 00:15:20,628 Awak ada sebarang soalan atau tugasan lain untuk saya? 217 00:15:20,711 --> 00:15:21,629 Tiada. 218 00:15:22,504 --> 00:15:23,464 Awak boleh pergi. 219 00:15:23,547 --> 00:15:25,382 Baiklah, saya pergi dulu. 220 00:15:45,736 --> 00:15:46,904 En. Gong. 221 00:15:46,987 --> 00:15:49,031 Awak di sini untuk buat salinan? 222 00:15:49,114 --> 00:15:50,908 Biar saya bantu awak. 223 00:15:56,038 --> 00:15:58,248 Berapa banyak salinan yang awak mahukan? 224 00:15:59,583 --> 00:16:02,378 Terima kasih, saya boleh buat sendiri. 225 00:16:02,962 --> 00:16:04,380 Ya, tuan. Faham. 226 00:16:04,463 --> 00:16:07,341 Jadi, saya takkan ganggu awak lagi. 227 00:16:36,328 --> 00:16:37,496 Saya… 228 00:16:38,789 --> 00:16:40,624 Saya harap tiada salah faham. 229 00:16:40,708 --> 00:16:42,960 Satu-satunya sebab saya buat untuk awak 230 00:16:43,043 --> 00:16:45,629 sebab saya bertugas di bilik rehat minggu ini. 231 00:16:51,135 --> 00:16:52,344 Baiklah. 232 00:16:55,431 --> 00:16:57,266 Alamak, panas! 233 00:17:20,122 --> 00:17:21,665 Terima kasih. 234 00:17:21,749 --> 00:17:23,459 Kenapa awak buat saya risau? 235 00:17:24,793 --> 00:17:25,627 Apa? 236 00:17:26,253 --> 00:17:28,255 Awak selalu cuai, luka dan jatuh sakit. 237 00:17:30,299 --> 00:17:31,717 Kenapa tak jaga diri sendiri? 238 00:17:34,178 --> 00:17:35,804 Macam-macam hal. 239 00:17:42,144 --> 00:17:43,187 Saya minta maaf. 240 00:17:50,110 --> 00:17:53,113 Saya tak nak buat rawatan muka! 241 00:17:53,197 --> 00:17:55,199 Majlis pertunangan tak lama lagi. 242 00:17:55,282 --> 00:17:57,367 Kamu perlu buat supaya solekan nampak cantik. 243 00:17:57,451 --> 00:17:58,535 Saya kata tak mahu! 244 00:17:58,619 --> 00:17:59,578 Saya 245 00:18:00,329 --> 00:18:01,288 tak nak bertunang. 246 00:18:02,581 --> 00:18:03,624 Apa masalah kamu? 247 00:18:03,707 --> 00:18:06,085 Kamu gilakan Ji-hyeok, malah buat bekal untuk dia. 248 00:18:06,168 --> 00:18:08,212 Bukan untuk dia. 249 00:18:09,463 --> 00:18:10,339 Sebenarnya, 250 00:18:12,841 --> 00:18:14,551 saya suka orang lain. 251 00:18:14,635 --> 00:18:15,552 Apa? 252 00:18:15,636 --> 00:18:16,470 Maaf, mak. 253 00:18:16,553 --> 00:18:20,849 Saya sepatutnya beritahu lebih awal, tapi saya ada alasan tersendiri. 254 00:18:20,933 --> 00:18:21,850 Alasan apa? 255 00:18:22,392 --> 00:18:23,227 Siapa lelaki itu? 256 00:18:23,894 --> 00:18:25,187 Saya tak boleh cakap. 257 00:18:28,148 --> 00:18:30,776 Jika kamu tak nak, jangan beritahu sampai bila-bila. 258 00:18:32,236 --> 00:18:34,113 Mak anggap kita tak pernah cakap hal ini. 259 00:18:37,616 --> 00:18:40,744 - Puan, boleh kita mulakan? - Teruskan. 260 00:18:40,828 --> 00:18:43,956 Berikan dia pakej istimewa pengantin. Saya pula nak rawatan biasa. 261 00:18:47,709 --> 00:18:48,961 PENYATUAN KONGLOMERAT? 262 00:18:49,044 --> 00:18:50,963 GONG JI-HYEOK DAN YU HA-YEONG BERTUNANG 263 00:19:00,722 --> 00:19:01,723 Pertunangan? 264 00:19:15,404 --> 00:19:17,698 Maaf, En. Gong. Awak ada masa? 265 00:19:18,448 --> 00:19:20,784 Ini artikel tentang kembar empat di Pulau Geobuk 266 00:19:20,868 --> 00:19:22,619 yang diterbitkan hari ini. 267 00:19:22,703 --> 00:19:25,747 Kami dah lama menghadiahkan produk bayi kepada ibu bapa 268 00:19:25,831 --> 00:19:27,916 yang melahirkan anak kembar tiga dan empat. 269 00:19:28,000 --> 00:19:29,793 Tapi kali ini, 270 00:19:29,877 --> 00:19:32,671 kami mahu tulis artikel tentang melawat mereka secara peribadi 271 00:19:32,754 --> 00:19:36,758 dan bantu menjaga anak supaya ibu bapa dapat bercuti. 272 00:19:36,842 --> 00:19:38,969 Nak berapa ramai ahli pasukan saya? 273 00:19:39,052 --> 00:19:41,430 Dua orang pasukan pemasaran akan pergi, 274 00:19:41,513 --> 00:19:43,932 jadi kami hanya perlukan seorang ahli pasukan awak. 275 00:19:44,516 --> 00:19:45,851 Saya akan beritahu awak nanti. 276 00:19:47,102 --> 00:19:48,228 Tentang itu, 277 00:19:48,312 --> 00:19:50,105 orang atasan sebenarnya mahukan 278 00:19:50,189 --> 00:19:54,651 ketua sendiri yang pergi untuk memimpin melalui teladan. 279 00:19:54,735 --> 00:19:58,447 Nampaknya awak perlu berada di sana kali ini, En. Gong. 280 00:19:59,031 --> 00:20:00,115 Saya pun sama. 281 00:20:01,700 --> 00:20:03,243 Baiklah, kalau begitu. 282 00:20:06,163 --> 00:20:07,706 Okey. 283 00:20:22,888 --> 00:20:25,224 Itu iklan kami. 284 00:20:25,307 --> 00:20:27,226 MELIHAT KAMU MENCARI DAUN SEMANGGI 285 00:20:27,309 --> 00:20:28,685 ADALAH TUAH TERBESAR SAYA 286 00:20:59,049 --> 00:20:59,967 Tunggu, bas… 287 00:21:12,521 --> 00:21:14,815 Awak selalu cuai, luka dan jatuh sakit. 288 00:21:16,566 --> 00:21:17,943 Kenapa tak jaga diri sendiri? 289 00:21:20,570 --> 00:21:22,030 Macam-macam hal. 290 00:22:12,581 --> 00:22:13,749 Wah, tengok laut! 291 00:22:42,235 --> 00:22:43,361 En. Gong! 292 00:22:50,035 --> 00:22:51,661 Hai, En. Gong. 293 00:23:02,214 --> 00:23:03,840 Apa awak buat di sini, Cik Go? 294 00:23:05,717 --> 00:23:07,302 Sebenarnya, 295 00:23:07,385 --> 00:23:10,138 ahli pasukan saya yang sepatutnya datang 296 00:23:10,222 --> 00:23:11,723 jatuh sakit tiba-tiba. 297 00:23:12,349 --> 00:23:14,184 Dia pengganti saat akhir. 298 00:23:14,267 --> 00:23:15,644 Kenapa tak beritahu saya? 299 00:23:17,229 --> 00:23:18,480 Jangan risau. 300 00:23:18,563 --> 00:23:20,440 Saya akan buat kerja dan takkan ganggu… 301 00:23:22,818 --> 00:23:24,736 Wah, tengoklah laut. 302 00:23:24,820 --> 00:23:26,363 Tengok saja. 303 00:23:26,446 --> 00:23:29,407 Cantik betul. 304 00:23:38,500 --> 00:23:39,751 Pemandangan yang indah. 305 00:24:07,612 --> 00:24:08,738 {\an8}KOTAK ANGEL HUG 306 00:24:09,322 --> 00:24:10,323 Tak apa. 307 00:24:10,407 --> 00:24:11,491 Ini kerja saya. 308 00:24:12,242 --> 00:24:13,368 Awak boleh pergi dulu. 309 00:24:39,186 --> 00:24:41,771 Bagus. Okey, kita mulakan. 310 00:24:41,855 --> 00:24:43,607 Hebatnya. 311 00:24:43,690 --> 00:24:44,608 Satu lagi. 312 00:24:44,691 --> 00:24:46,693 Satu, dua, tiga! 313 00:24:49,738 --> 00:24:51,031 Cantik betul gambarnya. 314 00:24:51,114 --> 00:24:52,949 Satu, dua, tiga. 315 00:24:53,825 --> 00:24:54,910 Hebat. 316 00:25:04,336 --> 00:25:07,130 Biar kami yang jaga bayi kamu. 317 00:25:07,214 --> 00:25:11,176 Kamu berdua boleh keluar untuk janji temu dan berehat. 318 00:25:11,259 --> 00:25:13,053 Tak apa? 319 00:25:13,136 --> 00:25:15,305 Tak mudah menjaga empat orang bayi. 320 00:25:15,388 --> 00:25:16,932 Jangan risau. 321 00:25:17,015 --> 00:25:20,852 Puan di sana pakar dalam menjaga bayi. 322 00:25:22,437 --> 00:25:24,397 Ya, serahkan saja pada saya. 323 00:25:24,481 --> 00:25:26,149 Tolong jaga mereka dengan baik. 324 00:25:26,233 --> 00:25:27,400 Jangan risau. 325 00:25:27,484 --> 00:25:28,735 Semoga berjaya. 326 00:25:28,818 --> 00:25:30,195 Jom pergi. 327 00:25:30,779 --> 00:25:31,988 - En. Ma. - Ya? 328 00:25:32,072 --> 00:25:33,365 Awak nak pergi mana? 329 00:25:33,448 --> 00:25:35,742 Saya perlu ikut mereka untuk ambil gambar. 330 00:25:36,743 --> 00:25:37,994 Jangan begitu. 331 00:25:38,078 --> 00:25:39,746 Saya boleh ambilkan. 332 00:25:39,829 --> 00:25:41,957 Tunggu. Apa yang tak kena, En. Gong? 333 00:25:42,666 --> 00:25:44,876 Saya perlu ambil gambar dan buat temu bual. 334 00:25:44,960 --> 00:25:48,046 Banyak yang saya perlu buat sebagai ketua pemasaran. 335 00:25:48,129 --> 00:25:49,005 Jadi… 336 00:25:50,423 --> 00:25:51,508 Semoga berjaya. 337 00:25:52,634 --> 00:25:55,095 - Tunggu, saya… - Tak, saya yang buat. 338 00:25:55,178 --> 00:25:56,346 - Tunggu… - Cepat lari. 339 00:26:02,018 --> 00:26:04,896 Alamak. Kenapa? Tak apa. 340 00:26:06,564 --> 00:26:07,565 Tak apa. 341 00:26:08,149 --> 00:26:09,901 - Tak apa. - Apa yang saya perlu buat? 342 00:26:15,448 --> 00:26:16,408 Sedap, bukan? 343 00:26:19,244 --> 00:26:20,161 Pandainya minum. 344 00:26:30,130 --> 00:26:30,964 Terima kasih. 345 00:26:37,345 --> 00:26:38,596 Sekejap, En. Gong. 346 00:26:40,640 --> 00:26:41,975 Okey, siap. 347 00:26:42,058 --> 00:26:43,351 Jom sendawa sekarang. 348 00:26:46,771 --> 00:26:48,648 - Dah sendawa. - Saya dengar juga. 349 00:26:48,732 --> 00:26:49,941 Wah, pandainya! 350 00:26:50,025 --> 00:26:51,693 - Bagus. - Pandainya dia. 351 00:27:00,243 --> 00:27:01,077 Comelnya kamu. 352 00:27:22,057 --> 00:27:23,933 {\an8}TAHNIAH DARIPADA NATURAL BEBE 353 00:27:26,144 --> 00:27:28,063 Terima kasih, Natural BeBe. 354 00:27:28,938 --> 00:27:31,149 Hari ini seperti mimpi. 355 00:27:31,232 --> 00:27:33,109 Terima kasih, Natural BeBe. 356 00:27:35,153 --> 00:27:36,446 Okey! 357 00:27:36,529 --> 00:27:38,865 Hebat! 358 00:27:38,948 --> 00:27:39,824 Syabas. 359 00:27:39,908 --> 00:27:40,867 - Terima kasih. - Ya. 360 00:27:41,951 --> 00:27:42,994 Aduhai. 361 00:27:43,078 --> 00:27:45,497 Terima kasih banyak. Kami dapat berehat sebab awak. 362 00:27:45,580 --> 00:27:48,792 Apa kata kita pergi ke kafe di depan 363 00:27:48,875 --> 00:27:52,420 dan menikmati secawan kopi dengan santai? 364 00:27:52,504 --> 00:27:53,922 Tak apalah. 365 00:27:54,005 --> 00:27:56,383 Rakan sekerja awak pasti penat menjaga anak-anak kami. 366 00:27:56,466 --> 00:27:57,550 Kami patut balik. 367 00:27:57,634 --> 00:27:59,844 Awak tak perlu risau tentang mereka sama sekali. 368 00:27:59,928 --> 00:28:01,971 Seorang daripada mereka mahir jaga bayi. 369 00:28:02,055 --> 00:28:03,807 Namun, bot terakhir akan berlepas. 370 00:28:03,890 --> 00:28:05,725 Kalau tak sempat naik, perlu bermalam. 371 00:28:06,393 --> 00:28:07,394 Tepat sekali. 372 00:28:10,438 --> 00:28:12,190 Bot dah bertolak. 373 00:28:18,279 --> 00:28:19,364 Helo? 374 00:28:19,447 --> 00:28:21,366 En. Ma, awak di mana? 375 00:28:21,866 --> 00:28:23,701 Saya dah naik bot. 376 00:28:23,785 --> 00:28:25,328 Awak tak naik? 377 00:28:25,412 --> 00:28:27,622 Ini bot terakhir. 378 00:28:27,705 --> 00:28:30,792 Awak tak patut hantar ibu bapa itu balik lewat sangat. 379 00:28:30,875 --> 00:28:32,252 Sepatutnya perhatikan masa! 380 00:28:32,335 --> 00:28:33,753 Saya minta maaf. 381 00:28:33,837 --> 00:28:35,588 Saya terlalu fokus buat kerja. 382 00:28:35,672 --> 00:28:38,258 Saya tak sedar hari dah lewat. 383 00:28:38,341 --> 00:28:39,300 Buat bot patah balik. 384 00:28:39,884 --> 00:28:43,012 Saya akan bayar kapten. Suruh mereka pusingkan bot sekarang! 385 00:28:43,096 --> 00:28:44,639 Helo? En. Gong? 386 00:28:44,723 --> 00:28:47,934 Adakah sebab saya berada di laut? Suara awak tak jelas sangat. 387 00:28:48,017 --> 00:28:49,144 Apa pun, kita jumpa esok. 388 00:29:22,802 --> 00:29:24,471 Gambar yang bagus. 389 00:29:32,312 --> 00:29:33,313 Ini saya. 390 00:29:33,897 --> 00:29:36,024 Mereka akan sampai sekejap lagi. 391 00:29:36,524 --> 00:29:39,944 Tolong buat macam yang saya minta tadi. 392 00:29:40,779 --> 00:29:41,780 Alamak. 393 00:29:41,863 --> 00:29:43,990 Kami hanya ada satu bilik. 394 00:29:44,866 --> 00:29:47,285 Satu? Hanya tinggal satu bilik? 395 00:29:47,368 --> 00:29:52,332 Ya. Kami ada dua bilik, tapi dah ada tetamu. 396 00:29:53,208 --> 00:29:56,044 Ada penginapan lain di pulau ini? 397 00:29:56,127 --> 00:29:59,214 Tiada. Hanya ada di sini. 398 00:29:59,297 --> 00:30:00,381 Begitu rupanya. 399 00:30:01,257 --> 00:30:03,927 Tapi masalahnya, kami tak boleh berkongsi bilik. 400 00:30:06,429 --> 00:30:07,889 Saya minta maaf, 401 00:30:07,972 --> 00:30:11,184 bolehkah saya tumpang tidur dengan puan? 402 00:30:11,267 --> 00:30:12,560 Bagaimana dengan suami saya? 403 00:30:12,644 --> 00:30:15,104 Tak boleh begitu. 404 00:30:15,188 --> 00:30:17,982 Kalau begitu, boleh pinjamkan khemah atau beg tidur? 405 00:30:18,066 --> 00:30:22,529 Tak payah buat-buat seganlah. Duduk saja sebilik. 406 00:30:22,612 --> 00:30:25,949 Saya dah faham sangat. 407 00:30:26,032 --> 00:30:26,866 Awak dah makan? 408 00:30:28,701 --> 00:30:30,495 Makanan bukan isu sekarang. 409 00:30:36,209 --> 00:30:38,545 Sekejap. Biar saya ambilkan awak makanan. 410 00:30:38,628 --> 00:30:40,171 Masuk ke dalam. 411 00:30:40,255 --> 00:30:41,589 Saya akan masakkan sesuatu. 412 00:31:29,762 --> 00:31:32,765 Apa yang patut kita buat dengan situasi ini? 413 00:31:34,934 --> 00:31:36,853 Kita tiada pilihan lain. 414 00:31:38,980 --> 00:31:40,189 Beritahulah suami awak… 415 00:31:40,273 --> 00:31:42,442 Jangan risau, saya akan pastikan dia faham. 416 00:31:45,153 --> 00:31:47,447 Bagaimana dengan Cik Yu? 417 00:31:48,156 --> 00:31:50,783 Saya tak nak sebut apa-apa yang boleh sebabkan salah faham. 418 00:31:52,201 --> 00:31:53,953 Betul, sudah tentu. 419 00:31:55,121 --> 00:31:55,955 Ya. 420 00:32:02,795 --> 00:32:04,172 Makan malam dah siap. 421 00:32:05,048 --> 00:32:05,882 - Ya. - Okey. 422 00:32:05,965 --> 00:32:07,759 Biasa-biasa saja, 423 00:32:08,551 --> 00:32:09,844 tapi jemputlah makan. 424 00:32:11,012 --> 00:32:13,348 Ada lagi nasi di dapur, 425 00:32:13,431 --> 00:32:15,975 boleh tambah kalau awak nak, okey? 426 00:32:16,059 --> 00:32:17,936 - Jangan tak habis. - Baiklah. 427 00:32:18,019 --> 00:32:18,853 Ada denda. 428 00:32:18,937 --> 00:32:20,980 - Terima kasih, puan. - Terima kasih. 429 00:32:23,983 --> 00:32:26,736 Wah, saya tak pernah tengok makanan seperti ini. 430 00:32:27,320 --> 00:32:28,237 Saya mesti cuba ini. 431 00:32:28,321 --> 00:32:29,656 Nampak menyelerakan. 432 00:32:29,739 --> 00:32:31,616 Kawasan ini terkenal dengan makanan laut. 433 00:32:31,699 --> 00:32:32,992 Gemuknya! 434 00:32:50,593 --> 00:32:52,011 Perlahan sikit. 435 00:33:59,704 --> 00:34:00,538 Boleh guna ini. 436 00:34:01,831 --> 00:34:02,665 Terima kasih. 437 00:34:07,670 --> 00:34:09,630 Apa? Kenapa? 438 00:34:11,507 --> 00:34:12,842 - Di sana. - Apa itu? 439 00:34:14,343 --> 00:34:15,845 - Labah-labah. - Apa? 440 00:34:15,928 --> 00:34:16,763 Labah-labah. 441 00:34:16,846 --> 00:34:19,098 - Apa? Labah-labah? Mana? - Labah-labah. 442 00:34:22,101 --> 00:34:23,102 Di sana. 443 00:34:24,270 --> 00:34:25,229 Nampak tak? Di sana. 444 00:34:26,689 --> 00:34:27,565 Tunggu di situ. 445 00:34:28,149 --> 00:34:28,983 Tunggu. 446 00:34:30,818 --> 00:34:32,195 Bawah lagi. 447 00:34:32,278 --> 00:34:33,863 - Bawah lagi? - Lagi. 448 00:34:33,946 --> 00:34:35,907 - Di sini? - Ya, di situlah. 449 00:34:35,990 --> 00:34:38,159 - Baiklah. Sekejap. - Cepatlah buat. 450 00:34:38,701 --> 00:34:39,535 Okey. 451 00:34:41,079 --> 00:34:43,289 - Saya geli-geleman! - Kejaplah! 452 00:34:43,372 --> 00:34:45,249 Saya tak buat kalau awak mendesak! 453 00:34:45,875 --> 00:34:46,918 Serius. 454 00:34:48,127 --> 00:34:50,671 Kenapa mereka sangat tak senonoh? 455 00:34:50,755 --> 00:34:51,798 - Berikan. - Kejap. 456 00:34:51,881 --> 00:34:53,257 - Tahan. Macam itulah! - Tahan. 457 00:34:53,341 --> 00:34:54,425 Tidak! 458 00:35:05,228 --> 00:35:06,145 Di bawah sana. 459 00:35:06,229 --> 00:35:07,105 Cepat. 460 00:35:08,272 --> 00:35:09,232 En. Gong? 461 00:35:26,999 --> 00:35:30,878 Saya bukannya penakut, tapi labah-labah boleh jadi berbisa. 462 00:35:30,962 --> 00:35:32,839 Sebesar itu tak mungkin berbisa. 463 00:35:33,339 --> 00:35:34,507 Kita takkan tahu. 464 00:35:36,717 --> 00:35:37,844 Awak takkan bunuh? 465 00:35:37,927 --> 00:35:39,428 Tak boleh bunuh labah-labah. 466 00:35:39,512 --> 00:35:40,847 Nanti masuk dalam mimpi. 467 00:35:43,850 --> 00:35:46,352 Saya dah halau, jadi mari tutup tingkap sekarang. 468 00:36:08,332 --> 00:36:10,334 Hari ini sukar, 469 00:36:11,085 --> 00:36:14,505 tapi bayi-bayi itu sangat comel, bukan? 470 00:36:16,757 --> 00:36:17,592 Ya. 471 00:36:19,385 --> 00:36:22,430 Awak lebih pandai jaga bayi daripada yang saya sangka. 472 00:36:25,433 --> 00:36:26,934 Semuanya sebab awak. 473 00:36:28,728 --> 00:36:29,854 Awak patut tidur. 474 00:36:30,938 --> 00:36:32,690 Kami akan naik bot pertama. 475 00:36:33,274 --> 00:36:34,192 Betul, okey. 476 00:36:35,109 --> 00:36:36,777 Selamat malam. 477 00:36:58,466 --> 00:37:02,345 {\an8}RUMAH PENGINAPAN GEOBUK 478 00:39:20,649 --> 00:39:24,195 HOSPITAL UNIVERSITI KANGKUK 479 00:39:28,324 --> 00:39:29,408 Bagaimana mak tahu? 480 00:39:29,492 --> 00:39:30,576 Itu tak penting. 481 00:39:32,536 --> 00:39:35,539 Batalkan pertunangan itu. 482 00:39:37,333 --> 00:39:40,378 - Mak. - Kenapa buat untuk mak? 483 00:39:40,461 --> 00:39:43,756 Pandai-pandailah mak uruskan hidup sendiri. 484 00:39:45,007 --> 00:39:47,510 Kamu perlu jalani hidup kamu sendiri. 485 00:39:48,719 --> 00:39:49,887 Hidup saya okey. 486 00:39:50,930 --> 00:39:52,098 Saya tak kisah. 487 00:39:52,807 --> 00:39:53,891 Jangan risau sangat. 488 00:39:53,974 --> 00:39:55,559 Kamu suka Ha-yeong? 489 00:39:58,354 --> 00:39:59,563 Kamu mencintainya? 490 00:40:02,942 --> 00:40:04,110 Saya nak cuba tuksedo. 491 00:40:05,027 --> 00:40:06,070 Saya patut pergi. 492 00:40:09,990 --> 00:40:11,534 Pertimbangkan semula. 493 00:40:13,994 --> 00:40:14,912 Mak nak kamu 494 00:40:15,996 --> 00:40:20,000 mengahwini seseorang yang kamu benar-benar cinta. 495 00:40:26,549 --> 00:40:30,052 Gaun itu daripada koleksi baharu Hera Wang, bukan? 496 00:40:30,553 --> 00:40:31,887 Sudah tentu, puan. 497 00:40:31,971 --> 00:40:35,474 Kami sediakan kasut dan aksesori daripada koleksi yang sama juga. 498 00:40:35,558 --> 00:40:36,392 Hebat. 499 00:40:44,191 --> 00:40:46,193 Katanya Ha-yeong cakap sesuatu kepada kamu. 500 00:40:46,861 --> 00:40:49,655 Dia hanya cakap begitu sebab rasa kecut perut. 501 00:40:49,738 --> 00:40:51,907 Perempuan memang macam itu. 502 00:40:51,991 --> 00:40:54,118 Mak cik pernah minta pembantu ikut mak cik lari 503 00:40:54,201 --> 00:40:55,828 apabila tarikh kahwin ditetapkan. 504 00:40:57,663 --> 00:40:59,290 Mak cik sangat dramatik. 505 00:41:01,292 --> 00:41:03,002 Mak cik tak perlu risau. 506 00:41:03,586 --> 00:41:05,963 Baiklah. Lega mendengarnya. 507 00:41:06,046 --> 00:41:08,424 Bantulah dia ke jalan yang betul. 508 00:41:09,049 --> 00:41:12,553 Dia mungkin tak matang, tapi dia masih pakej lengkap. 509 00:41:12,636 --> 00:41:14,889 Cantik, badan yang bagus dan personaliti yang baik. 510 00:41:14,972 --> 00:41:15,973 Mak cik rasa 511 00:41:16,474 --> 00:41:18,642 dia memang ikut perangai mak cik. 512 00:41:19,685 --> 00:41:21,353 Pengantin perempuan dah siap. 513 00:42:12,154 --> 00:42:12,988 Ji-hyeok. 514 00:42:14,073 --> 00:42:15,074 Ji-hyeok! 515 00:42:19,620 --> 00:42:21,622 Aduhai. Kamu terpegun sungguh! 516 00:42:22,456 --> 00:42:24,667 Pergi berdiri di sebelahnya. Mari tengok. 517 00:42:25,251 --> 00:42:27,378 Tak payahlah. Gaun ini dah okey. 518 00:42:27,461 --> 00:42:28,379 Budak ini… 519 00:42:30,506 --> 00:42:31,465 Sebentar. 520 00:42:38,222 --> 00:42:41,267 Dari tadi kamu buat muka dan merajuk. 521 00:42:42,226 --> 00:42:45,104 Malu betul. Mak tak sanggup tengok muka Ji-hyeok. 522 00:42:45,187 --> 00:42:47,481 Saya dah cakap saya tak nak buat semua ini. 523 00:42:49,191 --> 00:42:50,568 Jangan cakap begitu lagi. 524 00:42:56,782 --> 00:42:58,450 Kami boleh hantar gaun itu 525 00:42:58,534 --> 00:43:00,995 pada hari majlis pertunangan. 526 00:43:01,078 --> 00:43:02,329 Boleh begitu, puan? 527 00:43:02,871 --> 00:43:03,831 Hei, Ji-hyeok. 528 00:43:04,456 --> 00:43:05,833 Baiklah. 529 00:43:06,458 --> 00:43:08,752 Mak, Ji-hyeok nak makan malam dengan saya. 530 00:43:11,338 --> 00:43:13,173 Dia betul-betul berusaha. 531 00:43:14,174 --> 00:43:15,509 - Pergilah. - Baiklah. 532 00:43:16,135 --> 00:43:17,469 Tunggu. 533 00:43:17,553 --> 00:43:20,431 Pastikan kamu jaga mulut. 534 00:43:21,265 --> 00:43:22,224 Demi Tuhan. 535 00:43:35,195 --> 00:43:36,030 Helo? 536 00:43:36,530 --> 00:43:37,865 Hei, Ji-hyeok. 537 00:43:37,948 --> 00:43:39,992 Kamu bersama Ha-yeong, ya? 538 00:43:40,075 --> 00:43:41,118 Bolehkah panggil dia? 539 00:43:41,869 --> 00:43:44,413 Dia pergi ke tandas. 540 00:43:44,955 --> 00:43:46,081 Yakah? 541 00:43:46,165 --> 00:43:47,124 Baiklah. 542 00:43:47,207 --> 00:43:49,084 Nikmati janji temu kamu 543 00:43:49,168 --> 00:43:51,170 dan selamat makan malam. 544 00:43:51,920 --> 00:43:52,838 Terima kasih. 545 00:44:10,564 --> 00:44:12,316 STUDIO BAYI JUN 546 00:44:18,155 --> 00:44:19,031 Cik Yu? 547 00:44:19,948 --> 00:44:22,201 Baik awak bertanggungjawab! 548 00:44:22,284 --> 00:44:24,495 Bertanggungjawab sebab cium saya! 549 00:44:25,454 --> 00:44:27,915 - Tapi awak yang cium saya. - Apa-apalah! 550 00:44:27,998 --> 00:44:31,585 Siapa peduli siapa yang mulakan? Itu bukan masalahnya sekarang. 551 00:44:32,961 --> 00:44:34,171 Ji-hyeok nampak. 552 00:44:34,755 --> 00:44:37,758 - Apa? - Dia nampak kita bercium. 553 00:44:38,342 --> 00:44:41,220 Dia kata saya perempuan simpanan dan perosak rumah tangga. 554 00:44:41,303 --> 00:44:43,013 Dia tak mahu Cik Go terluka, 555 00:44:43,097 --> 00:44:46,850 jadi dia segerakan majlis tunang dan kahwin. 556 00:45:01,073 --> 00:45:03,784 Saya tunaikan janji. 557 00:45:04,368 --> 00:45:05,202 Tapi tengok? 558 00:45:05,285 --> 00:45:06,787 Semuanya kerana janji bodoh itu, 559 00:45:06,870 --> 00:45:08,872 saya dipanggil perempuan simpanan pula. 560 00:45:08,956 --> 00:45:12,126 Saya tak dapat beritahu dia Cik Go yang bohong! 561 00:45:12,209 --> 00:45:14,461 Serius! Macam mana sekarang? 562 00:45:14,545 --> 00:45:16,213 Bertanggungjawablah! 563 00:45:16,296 --> 00:45:18,382 Awak bertanggungjawab untuk segala-galanya! 564 00:45:30,227 --> 00:45:32,312 Pujuklah saya. Tepuk-tepuk. 565 00:45:46,118 --> 00:45:50,164 Awak memang tak nak kahwin dengan dia sampai begitu sekali? 566 00:45:52,749 --> 00:45:56,128 Maksud saya, kerja dia bagus dan dia macam orang yang baik. 567 00:45:57,045 --> 00:45:58,422 Kamu berdua juga kawan rapat. 568 00:45:58,505 --> 00:46:02,009 Mana boleh kahwin hanya sebab rapat. Kahwinlah dengan orang yang kita sayang. 569 00:46:03,385 --> 00:46:06,263 Saya suka awak. Berapa kali saya perlu cakap? 570 00:46:08,474 --> 00:46:10,350 Saya cuba sampaikan, 571 00:46:10,434 --> 00:46:13,437 awak patut ambil masa fikir masak-masak. 572 00:46:15,939 --> 00:46:17,232 Saya dah fikir masak-masak. 573 00:46:17,316 --> 00:46:19,359 Saya fikir tentang apa yang saya mahukan 574 00:46:19,443 --> 00:46:21,445 dan bagaimana saya boleh mencari kebahagiaan. 575 00:46:23,071 --> 00:46:24,865 Itulah sebabnya saya di sini sekarang. 576 00:46:30,370 --> 00:46:32,331 Awak tak nak pertimbangkan saya? 577 00:46:38,420 --> 00:46:39,254 Hei, Yu Ha-yeong. 578 00:46:40,380 --> 00:46:41,340 Ji-hyeok! 579 00:46:43,842 --> 00:46:45,177 Awak buat apa? Awak gila? 580 00:46:45,761 --> 00:46:47,888 Awak yang gila. 581 00:46:47,971 --> 00:46:48,805 Pergi. 582 00:46:52,100 --> 00:46:54,645 Awak tak tahu apa-apa. Ini hanyalah salah faham. 583 00:46:54,728 --> 00:46:55,729 Salah faham? 584 00:46:55,812 --> 00:46:58,023 Cakaplah. Apa yang saya tak tahu? 585 00:46:58,732 --> 00:47:01,026 Sebenarnya, En. Kim dan Go Da-rim… 586 00:47:01,109 --> 00:47:02,319 Cik Yu! 587 00:47:17,417 --> 00:47:19,336 Saya nak bercakap dengan En. Gong seorang. 588 00:47:21,838 --> 00:47:22,839 Boleh tinggalkan kami? 589 00:47:35,352 --> 00:47:36,311 Saya minta maaf. 590 00:47:38,021 --> 00:47:39,565 Semua salah saya. 591 00:47:39,648 --> 00:47:42,025 Saya mabuk hari itu dan buat kesilapan. 592 00:47:42,109 --> 00:47:43,277 Jika hari itu kesilapan, 593 00:47:43,360 --> 00:47:44,695 apa alasan hari ini? 594 00:47:45,988 --> 00:47:49,157 - Apa yang saya nampak tadi? - Saya cuba pujuk Cik Yu. 595 00:47:51,368 --> 00:47:52,828 Sampai sekarang awak pengecut. 596 00:47:54,162 --> 00:47:57,291 Awak tiada perasaan, tapi Ha-yeong tergila-gilakan awak? 597 00:47:59,251 --> 00:48:02,045 - Bukan begitu. - Awak tak peduli pasal Cik Go? 598 00:48:04,006 --> 00:48:06,466 Dia tak tahu lelakinya jenis apa, 599 00:48:07,092 --> 00:48:09,136 dia menjaga anak dan bekerja sepenuh masa. 600 00:48:10,554 --> 00:48:13,307 Awak tak fikir langsung pasal isteri yang bekerja tanpa henti? 601 00:48:14,391 --> 00:48:15,434 Awak tahu, 602 00:48:16,143 --> 00:48:18,270 Cik Go bekerja hujung minggu tanpa merungut 603 00:48:18,895 --> 00:48:21,023 dan buat setiap kerja yang susah. 604 00:48:22,149 --> 00:48:25,360 Jika tugasnya mencabar, dia bekerja sepanjang malam untuk siapkan. 605 00:48:27,529 --> 00:48:29,781 - Semua demi keluarga. - En. Gong. 606 00:48:30,407 --> 00:48:32,534 Saya tahu sangat 607 00:48:34,286 --> 00:48:36,163 betapa Da-rim menyayangi keluarganya 608 00:48:37,247 --> 00:48:38,874 dan betapa bertanggungjawabnya dia. 609 00:48:39,833 --> 00:48:41,168 Saya juga… 610 00:48:42,878 --> 00:48:44,296 suka Da-rim. 611 00:48:48,050 --> 00:48:49,760 Saya akan jaga dia sampai bila-bila. 612 00:48:58,769 --> 00:49:01,063 - Kejadian ini takkan berulang. - Kalau masih jadi? 613 00:49:01,146 --> 00:49:02,064 Tidak. 614 00:49:04,316 --> 00:49:05,317 Tidak lagi. 615 00:49:05,400 --> 00:49:07,402 Jika berulang lagi, 616 00:49:08,362 --> 00:49:09,655 saya akan bunuh awak… 617 00:49:11,365 --> 00:49:12,449 dengan tangan sendiri. 618 00:49:20,207 --> 00:49:21,041 Saya nak tanya. 619 00:49:23,001 --> 00:49:24,544 Awak pasti awak buat ini 620 00:49:25,128 --> 00:49:27,005 semata-mata kerana Cik Yu? 621 00:49:30,425 --> 00:49:32,678 Mungkinkah ada sebab lain? 622 00:50:08,296 --> 00:50:09,172 Awak lambat. 623 00:50:11,591 --> 00:50:12,467 Ya. 624 00:50:12,551 --> 00:50:14,177 Jun tidur di rumah saya. 625 00:50:17,055 --> 00:50:17,889 Sekejap. 626 00:50:18,515 --> 00:50:20,142 Hei. Apa hal? 627 00:50:20,851 --> 00:50:21,893 Kenapa bibir awak? 628 00:50:29,317 --> 00:50:30,610 Pedihnya. 629 00:50:30,694 --> 00:50:32,320 Jangan bergerak. 630 00:50:32,404 --> 00:50:33,655 Tahanlah sikit. Mari sini. 631 00:50:39,828 --> 00:50:40,662 Siap. 632 00:50:45,751 --> 00:50:47,794 Saya baca artikel pertunangan mereka. 633 00:50:49,129 --> 00:50:51,423 Maaf sebab meragui kamu berdua. 634 00:50:52,591 --> 00:50:53,633 Saya terlalu beremosi. 635 00:50:54,426 --> 00:50:56,845 Saya dah beritahu awak, tiada apa-apa antara kami. 636 00:50:58,388 --> 00:50:59,389 Semuanya 637 00:51:01,308 --> 00:51:02,434 sudah selesai. 638 00:51:06,271 --> 00:51:07,147 Apa yang selesai? 639 00:51:08,648 --> 00:51:10,484 Selesai menggunakan salap. 640 00:51:12,110 --> 00:51:14,821 Betul. Terima kasih. 641 00:51:14,905 --> 00:51:18,033 Awak memang langgar tiang? 642 00:51:18,617 --> 00:51:20,035 Bukan bertumbuk dengan orang? 643 00:51:24,122 --> 00:51:24,956 Dengar sini. 644 00:51:26,541 --> 00:51:28,210 - Da-rim. - Ya? 645 00:51:29,795 --> 00:51:31,379 Sebenarnya, 646 00:51:33,006 --> 00:51:35,759 saya nak beritahu awak sesuatu. 647 00:51:35,842 --> 00:51:37,135 Beritahu apa? 648 00:51:38,512 --> 00:51:39,429 Saya… 649 00:51:41,097 --> 00:51:44,184 Saya dah lama fikirkannya. 650 00:51:46,686 --> 00:51:47,854 Saya rasa… 651 00:51:57,614 --> 00:51:58,490 Saya… 652 00:52:02,452 --> 00:52:05,288 - Jadi, saya… - Saya minta maaf, boleh cepat sikit? 653 00:52:05,372 --> 00:52:06,706 Saya nak pergi ke tandas. 654 00:52:10,877 --> 00:52:13,046 Pergilah dulu. Bukan hal penting pun. 655 00:52:13,630 --> 00:52:16,842 - Betul? Beritahu saya sekejap lagi? - Baiklah. 656 00:52:16,925 --> 00:52:18,385 Bawa Jun bersama awak. 657 00:52:19,386 --> 00:52:20,679 Berehatlah. 658 00:52:20,762 --> 00:52:21,596 Ya. 659 00:52:39,239 --> 00:52:40,657 Ada bukti yang lebih kukuh? 660 00:52:40,740 --> 00:52:43,451 Mereka berdua buat pelbagai perbuatan tak senonoh 661 00:52:43,535 --> 00:52:45,287 di sebalik pintu tertutup, 662 00:52:45,370 --> 00:52:47,581 tapi mereka tak pernah berpegangan tangan di luar. 663 00:52:47,664 --> 00:52:50,750 Mereka pandai menyembunyikannya di depan orang lain. 664 00:52:50,834 --> 00:52:52,252 Perbuatan tak senonoh? 665 00:52:53,879 --> 00:52:55,088 Awak pasti mereka buat? 666 00:52:55,171 --> 00:52:56,006 Ya! 667 00:52:56,089 --> 00:52:57,674 Mereka masuk ke bilik dan… 668 00:52:59,843 --> 00:53:01,845 Aduhai, macam mana nak cakap? Malu rasanya. 669 00:53:01,928 --> 00:53:02,929 Mereka berdua… 670 00:53:03,638 --> 00:53:05,390 Lupakan. Awak boleh pergi. 671 00:53:06,349 --> 00:53:07,183 Baik, puan. 672 00:53:19,779 --> 00:53:21,281 Bapa borek, anak rintik? 673 00:53:23,992 --> 00:53:26,578 KETUA PASUKAN GONG JI-HYEOK 674 00:53:26,661 --> 00:53:30,040 KELUARGA KUADRUPLET: KAMI YAKIN BERSAMA NATURAL BEBE DI SISI 675 00:53:34,753 --> 00:53:36,296 Boleh awak tolong tengok? 676 00:53:40,592 --> 00:53:42,886 Baliklah awal jika tiada kerja yang perlu diuruskan. 677 00:53:42,969 --> 00:53:46,014 - Esok majlis pertunangan awak. - Saya okey saja. 678 00:53:46,598 --> 00:53:49,392 Tak langsung. Awak nampak teruk. 679 00:53:50,185 --> 00:53:52,228 - Baliklah dan berehat. - Baiklah. 680 00:54:07,035 --> 00:54:08,536 Awak pasti awak buat ini 681 00:54:09,120 --> 00:54:11,039 semata-mata kerana Cik Yu? 682 00:54:12,499 --> 00:54:14,084 Mungkinkah ada sebab lain? 683 00:54:54,916 --> 00:54:56,167 Pertimbangkan semula. 684 00:54:57,002 --> 00:54:57,877 Mak nak kamu 685 00:54:58,920 --> 00:55:02,674 berkahwin dengan seseorang yang kamu benar-benar cinta. 686 00:55:28,116 --> 00:55:29,284 Da-rim. 687 00:55:29,367 --> 00:55:30,326 Hei, Seon-u. 688 00:55:30,827 --> 00:55:31,786 Jun! 689 00:55:32,996 --> 00:55:34,122 Kamu datang dari mana? 690 00:55:34,205 --> 00:55:35,832 - Kamu beli sesuatu? - Apa? 691 00:55:35,915 --> 00:55:37,250 Ya, sut untuk Jun. 692 00:55:37,333 --> 00:55:39,919 Untuk hari hari pertama anak lelaki Jae-dong esok. 693 00:55:40,003 --> 00:55:43,673 Jun, kamu pasti nampak kacak. 694 00:55:43,757 --> 00:55:45,675 Kamu rasa teruja, bukan? 695 00:55:47,010 --> 00:55:48,053 Ini untuk awak. 696 00:55:48,762 --> 00:55:50,138 - Apa? - Kasut. 697 00:55:50,722 --> 00:55:51,973 Kenapa belikan saya kasut? 698 00:55:52,057 --> 00:55:53,767 Kasut lama awak nampak lusuh. 699 00:55:53,850 --> 00:55:56,603 Serius? Terima kasih. 700 00:55:56,686 --> 00:55:58,021 Pakailah esok. 701 00:55:58,104 --> 00:55:59,564 Acara dibuat di hotel mewah. 702 00:55:59,647 --> 00:56:01,107 - Jom pergi. - Tak sangka! 703 00:56:01,191 --> 00:56:02,025 Jun, hulurkan. 704 00:56:02,984 --> 00:56:05,361 Jun, kita patut berterima kasih kepada ayah kamu. 705 00:56:05,445 --> 00:56:07,405 - Terima kasih. - Terima kasih. 706 00:56:07,489 --> 00:56:08,490 Sekali lagi. 707 00:56:08,573 --> 00:56:10,575 - Terima kasih. - Terima kasih. 708 00:56:10,658 --> 00:56:11,868 Terima kasih. 709 00:56:11,951 --> 00:56:13,328 Satu, dua, tiga. 710 00:56:15,997 --> 00:56:17,499 - Seronok? Sekali lagi? - Lagi? 711 00:56:17,582 --> 00:56:18,833 - Ya. - Ayuh. 712 00:56:18,917 --> 00:56:20,418 Satu, dua, tiga. 713 00:56:23,588 --> 00:56:24,422 Saya sangat penat. 714 00:56:24,506 --> 00:56:26,382 Satu, dua, tiga. 715 00:57:06,714 --> 00:57:09,092 Belanja saya minum juga. 716 00:57:11,678 --> 00:57:12,887 Apa… 717 00:57:12,971 --> 00:57:14,264 Mana awak tahu saya di sini? 718 00:57:14,347 --> 00:57:15,473 Perlu tanya lagi? 719 00:57:15,557 --> 00:57:17,225 Awak sentiasa pergi ke tempat sama. 720 00:57:19,144 --> 00:57:21,271 Tak boleh buat pesta bujang sendiri. 721 00:57:22,730 --> 00:57:23,773 Mari raikan bersama. 722 00:57:27,235 --> 00:57:28,153 Tak guna. 723 00:57:36,661 --> 00:57:37,745 Awak okey? 724 00:57:38,663 --> 00:57:39,789 Apa maksud awak? 725 00:57:39,873 --> 00:57:41,207 Ini perkahwinan perniagaan. 726 00:57:41,791 --> 00:57:43,251 Tak pasti patut ucap tahniah. 727 00:57:46,754 --> 00:57:47,714 Tapi sekali lagi, 728 00:57:48,715 --> 00:57:49,924 melihat kakak-kakak saya 729 00:57:50,675 --> 00:57:53,052 buat saya sedar perkahwinan bukanlah perlu diraikan. 730 00:57:53,136 --> 00:57:55,430 Kakak sulung dah lama kenal suaminya, tapi cerai 731 00:57:55,513 --> 00:57:56,973 selepas setahun berkahwin. 732 00:57:57,974 --> 00:57:59,684 Kakak kedua saya ada tiga orang anak, 733 00:58:00,685 --> 00:58:03,605 tapi suaminya curang, lalu mereka bergaduh setiap hari. 734 00:58:05,857 --> 00:58:07,901 Mungkin lebih baik solo. 735 00:58:08,943 --> 00:58:11,154 Tak perlu harap apa-apa daripada pasangan. 736 00:58:11,779 --> 00:58:13,198 Malah kita takkan rasa kecewa. 737 00:58:16,951 --> 00:58:17,869 Benar. 738 00:58:18,369 --> 00:58:19,454 Ya. 739 00:58:22,540 --> 00:58:24,292 - Okey! - Okey! 740 00:58:26,544 --> 00:58:27,754 Perlahan. Sekejap. 741 00:58:28,922 --> 00:58:31,341 - Jom minum lagi! - Awak sangat berat. 742 00:58:31,424 --> 00:58:32,759 - Minum lagi! - Leher saya. 743 00:58:32,842 --> 00:58:33,718 Karaoke! 744 00:58:34,761 --> 00:58:36,387 Jom pergi karaoke! 745 00:58:37,013 --> 00:58:37,847 Lompat! 746 00:58:43,978 --> 00:58:47,482 Aku bukan lagi jejaka itu 747 00:58:47,565 --> 00:58:51,152 Yang dahulunya menangis Setiap kali melihat wajahmu 748 00:58:51,236 --> 00:58:54,197 Jangan melihatku begitu 749 00:58:54,280 --> 00:58:58,034 Kezalimanmu hanya membuatku menyesal 750 00:58:58,117 --> 00:58:59,494 Ayuh! 751 00:59:00,078 --> 00:59:01,996 Tapi segalanya pasti berakhir 752 00:59:02,080 --> 00:59:06,626 Lebih baik kau lupakan aku 753 00:59:06,709 --> 00:59:10,129 Kau pasti berasa lega 754 00:59:10,213 --> 00:59:13,341 Perpisahan itu keputusan yang tepat 755 00:59:14,467 --> 00:59:16,177 Baiklah, mulakan! 756 00:59:18,763 --> 00:59:23,977 Ketika matahari terbenam Langkahku membawaku pergi 757 00:59:24,060 --> 00:59:26,521 Apabila aku membuka mata 758 00:59:27,105 --> 00:59:29,232 Aku tiba di suatu tempat 759 00:59:29,315 --> 00:59:31,901 Tempat yang kusangka sudah dilupa 760 00:59:32,902 --> 00:59:36,197 Mungkin benar aku masih ada 761 00:59:36,281 --> 00:59:41,286 Niat tak baik terhadapmu 762 00:59:41,369 --> 00:59:43,162 Tapi kini 763 00:59:43,246 --> 00:59:46,249 Aku ingin bebas 764 00:59:46,332 --> 00:59:52,130 Masa akan menyelesaikan segalanya 765 00:59:52,213 --> 00:59:55,258 Itu yang aku percaya 766 00:59:55,341 --> 01:00:00,680 Mungkin bodoh untukku fikir begitu 767 01:00:00,763 --> 01:00:02,181 Sekarang 768 01:00:02,265 --> 01:00:05,268 Saya hanya ingin melepaskan semuanya 769 01:01:14,420 --> 01:01:17,799 Jun, kamu pasti nampak kacak. Kamu rasa teruja, bukan? 770 01:01:17,882 --> 01:01:19,509 - Satu, dua, tiga. - Satu, dua, tiga. 771 01:02:25,491 --> 01:02:28,369 Majlis mula dalam lima minit. Awak boleh pergi ke dewan sekarang. 772 01:02:41,007 --> 01:02:42,633 Tempat ini sangat bagus. 773 01:02:57,023 --> 01:02:59,233 Mak cik! Mak Cik Da-rim! 774 01:02:59,317 --> 01:03:01,068 Jun, kamu dah sampai! 775 01:03:01,152 --> 01:03:02,028 Mak cik! 776 01:03:09,660 --> 01:03:10,620 "Mak cik"? 777 01:03:11,621 --> 01:03:12,955 Mak Cik Da-rim! 778 01:03:13,039 --> 01:03:14,582 - Wah! - Jun, kamu dah sampai! 779 01:03:14,665 --> 01:03:17,502 - Mak cik! - Apa? 780 01:03:18,336 --> 01:03:20,087 Ini sebab awak! 781 01:03:20,171 --> 01:03:22,381 Jun, nak tengok tempat itu nanti? 782 01:03:57,708 --> 01:04:02,630 DYNAMITE KISS 783 01:04:32,743 --> 01:04:34,412 {\an8}Mak! 784 01:04:34,495 --> 01:04:38,791 {\an8}Fokus pada diri sendiri dan dengarlah suara hati kamu. 785 01:04:38,875 --> 01:04:40,710 {\an8}Ternyata Ji-hyeok sudah tahu 786 01:04:40,793 --> 01:04:42,169 {\an8}kamu berdua belum berkahwin. 787 01:04:42,253 --> 01:04:44,547 {\an8}Bagaimana dengan Da-rim? Dia tahu? Dia okey? 788 01:04:44,630 --> 01:04:45,882 {\an8}Dah berakhir untuk saya. 789 01:04:45,965 --> 01:04:47,633 {\an8}Siapa awak sebenarnya? 790 01:04:47,717 --> 01:04:49,218 {\an8}Awak memang isteri Kim Seon-u? 791 01:04:49,302 --> 01:04:52,930 {\an8}Saya akan menjaga Da-rim mulai sekarang. 792 01:04:53,014 --> 01:04:55,474 {\an8}En. Gong, saya ada depan rumah awak. 793 01:04:55,558 --> 01:04:57,602 {\an8}Boleh dengar penjelasan saya dulu? 794 01:05:01,939 --> 01:05:06,819 {\an8}Terjemahan sari kata oleh NH Azizan