1
00:00:07,720 --> 00:00:08,720
BILIK PERSALINAN
2
00:00:08,840 --> 00:00:10,800
Cik Duval, semua orang dah tunggu.
3
00:00:22,040 --> 00:00:23,119
Semoga berjaya, Carla.
4
00:00:23,120 --> 00:00:24,280
Hai.
5
00:00:34,760 --> 00:00:37,840
Selamat malam
dan selamat datang saya ucapkan.
6
00:00:38,840 --> 00:00:42,080
Kami ada segmen
yang sangat istimewa malam ini.
7
00:00:42,200 --> 00:00:44,600
Barisan pelakon daripada siri
ngeri popular terbaru, End Game
8
00:00:44,720 --> 00:00:46,760
ada bersama kita malam ini,
para hadirin sekalian!
9
00:00:46,880 --> 00:00:48,960
- 30 saat, Carla. Terima kasih.
- Okey.
10
00:00:49,080 --> 00:00:50,080
- Hai.
- Hai.
11
00:00:50,680 --> 00:00:53,120
Saya pasti awak dah jelas.
Ini hanya tentang kerja.
12
00:00:53,240 --> 00:00:55,800
Jangan sebut perkataan cerai.
Tidak sebelum pengumuman bersama.
13
00:00:55,920 --> 00:00:56,920
- Okey?
- Okey.
14
00:00:58,720 --> 00:01:00,240
Jika anda peminat Formula Satu
15
00:01:00,360 --> 00:01:02,159
kita juga ada bintang handalan
dari Sweden
16
00:01:02,160 --> 00:01:04,560
Magnus Lindholm,
bersama kita di sofa ini nanti.
17
00:01:05,720 --> 00:01:09,000
Tapi tetamu pertama saya ini
memang tidak asing lagi.
18
00:01:09,120 --> 00:01:13,840
Seorang pelakon, penerbit,
penyampai, model dan seorang idola.
19
00:01:13,960 --> 00:01:16,320
Seseorang yang saya anggap
sebagai kawan rapat.
20
00:01:17,040 --> 00:01:21,400
Jadi berikan tepukan gemuruh
buat wanita cantik, tiada tandingan
21
00:01:21,520 --> 00:01:23,400
dan luar biasa, Cik Carla Duval!
22
00:01:30,440 --> 00:01:32,120
- Gembira bertemu.
- Rindu awak juga.
23
00:01:37,760 --> 00:01:39,320
Terima kasih banyak.
24
00:01:39,440 --> 00:01:41,680
Cik Carla Duval,
tuan-tuan dan puan-puan.
25
00:01:41,800 --> 00:01:45,720
Oh, Tuhan. Tiada siapa patut tiba
dengan rupa secantik ini.
26
00:01:45,840 --> 00:01:47,520
Terima kasih banyak.
27
00:01:47,640 --> 00:01:48,960
Awak baru balik dari perang?
28
00:01:49,080 --> 00:01:50,120
BUAL BICARA JACK JEFFREY
29
00:01:50,240 --> 00:01:52,560
Tak, bukan perang sebenar.
30
00:01:52,680 --> 00:01:56,280
- Bukan perang sebenar. Kalau tak...
- Tak.
31
00:01:56,400 --> 00:01:59,840
Kalau tak, saya kena bertegas
dengan ejen saya.
32
00:02:02,200 --> 00:02:05,040
- Inilah Si Pembuat Topi.
- Tepat sekali.
33
00:02:05,160 --> 00:02:07,040
Masih mendapat sambutan.
34
00:02:07,160 --> 00:02:08,560
Masih di pawagam.
35
00:02:09,280 --> 00:02:10,560
Saya perlu katakan
36
00:02:10,680 --> 00:02:14,240
ini merupakan lakonan terbaik
dalam kerjaya awak.
37
00:02:14,400 --> 00:02:16,560
Jack. Terima kasih.
38
00:02:17,200 --> 00:02:20,000
- Awak tahu...
- Saya tahu semua rahsianya.
39
00:02:20,120 --> 00:02:22,680
Jadi dia perlu cakap begitu.
Jangan percaya sepatah pun.
40
00:02:22,800 --> 00:02:23,840
Benar.
41
00:02:24,600 --> 00:02:27,080
- Jadi ini semasa tayangan perdana.
- Ya.
42
00:02:27,200 --> 00:02:29,000
Bintang gandingan, Jeremy Sampson.
43
00:02:29,120 --> 00:02:31,360
- Itulah Jeremy. Itu pun dia.
- Jeremy.
44
00:02:31,480 --> 00:02:34,120
Ini pula... Saya suka ini.
45
00:02:36,000 --> 00:02:37,000
Morgan.
46
00:02:37,560 --> 00:02:38,560
Morgan.
47
00:02:38,680 --> 00:02:44,240
Walaupun dia sibuk melakukan
perkara-perkara hebat dalam hidupnya
48
00:02:44,360 --> 00:02:47,480
mengubah perbualan
yang dunia sedang bincangkan
49
00:02:47,600 --> 00:02:51,000
dia masih cari masa untuk pastikan
dia sentiasa ada untuk awak
50
00:02:51,120 --> 00:02:52,920
wanita yang dia cintai.
51
00:02:54,080 --> 00:02:55,080
Betul?
52
00:02:56,480 --> 00:02:59,080
Malam yang menyeronokkan.
53
00:02:59,200 --> 00:03:02,240
Malam janji temu di karpet merah
dengan En. Suami?
54
00:03:03,640 --> 00:03:05,240
Lebih kurang begitu.
55
00:03:05,360 --> 00:03:07,160
Saya tak tahu macam mana
kamu lakukannya.
56
00:03:07,280 --> 00:03:11,720
Macam mana kamu uruskan kerjaya
dan masih ada saat-saat begini.
57
00:03:11,840 --> 00:03:14,320
Itu benar-benar menyentuh hati saya.
58
00:03:14,440 --> 00:03:18,320
Kita sedang melihat pasangan hebat,
tuan-tuan dan puan-puan.
59
00:03:18,440 --> 00:03:20,040
Memang pasangan hebat.
60
00:03:20,160 --> 00:03:22,720
Awak wanita yang sangat bertuah,
Carla Duval.
61
00:03:22,840 --> 00:03:23,880
Maaf.
62
00:03:25,600 --> 00:03:27,680
Tak mengapa. Carla, awak okey?
63
00:03:32,920 --> 00:03:36,520
Maaf, Jack. Tapi awak kata
ini lakonan terbaik saya.
64
00:03:37,480 --> 00:03:39,200
Sebenarnya dia yang berlakon.
65
00:03:40,080 --> 00:03:41,400
Morgan? Berlakon?
66
00:03:42,040 --> 00:03:43,080
Dia menipu.
67
00:03:43,560 --> 00:03:48,120
Saya rasa masalah akan timbul.
Awak boleh minta berhenti.
68
00:03:48,240 --> 00:03:50,240
Maksud awak, dia tak suka filem itu?
69
00:03:51,960 --> 00:03:53,520
Dia penipu, Jack.
70
00:03:53,640 --> 00:03:57,440
Awak tak tahu
betapa teruknya dia menipu.
71
00:03:58,040 --> 00:03:59,920
Okey, Carla.
Boleh kita berhenti sekejap?
72
00:04:00,040 --> 00:04:04,200
Sebab apa yang Morgan nak
adalah bercerai.
73
00:04:05,840 --> 00:04:08,440
Okey.
Mungkin kita patut berhenti sekejap.
74
00:04:08,560 --> 00:04:11,640
Jack, ini rancangan bual bicara.
Jadi biar saya cakap.
75
00:04:12,840 --> 00:04:14,760
Boleh awak turunkan gambar itu?
76
00:04:15,720 --> 00:04:16,880
Jangan ketawa.
77
00:04:17,960 --> 00:04:19,880
- Okey, Carla, saya cuma...
- Tak.
78
00:04:20,360 --> 00:04:23,680
Saya takkan duduk di sini dan senyum.
79
00:04:23,800 --> 00:04:27,080
Saya sentiasa perlu senyum.
80
00:04:28,120 --> 00:04:30,480
Kamu semua tak tahu
apa yang kamu cakapkan.
81
00:04:30,600 --> 00:04:32,600
- Jadi apa kata kamu diam?
- Okey.
82
00:04:32,720 --> 00:04:34,840
Ini lakonan terbaik awak.
83
00:04:34,960 --> 00:04:37,320
- Tolonglah.
- Semua, diam.
84
00:04:37,920 --> 00:04:40,120
Kamu tak tahu apa yang kamu cakapkan.
85
00:04:40,240 --> 00:04:41,800
Mari kita berehat.
86
00:04:41,920 --> 00:04:43,280
Terima kasih.
87
00:04:43,880 --> 00:04:47,080
Tolonglah. Tuan-tuan dan puan-puan,
cubalah bertimbang rasa sedikit.
88
00:05:38,880 --> 00:05:42,040
Saya takkan duduk di sini dan senyum.
89
00:05:42,160 --> 00:05:45,320
Saya sentiasa perlu senyum.
90
00:05:45,440 --> 00:05:47,800
Kamu semua tak tahu apa
yang kamu cakapkan.
91
00:05:47,920 --> 00:05:49,880
- Jadi apa kata kamu diam?
- Okey.
92
00:05:50,040 --> 00:05:52,240
- Oh, Tuhan.
- Ini lakonan terbaik awak.
93
00:05:52,360 --> 00:05:54,280
- Tolonglah.
- Semua, diam.
94
00:05:54,400 --> 00:05:55,400
Serena dah sampai. Cepat.
95
00:05:55,520 --> 00:05:57,400
Kamu tak tahu apa yang kamu cakap...
96
00:05:58,240 --> 00:06:01,520
- Ada penghantaran, Antonia.
- Maafkan saya.
97
00:06:06,360 --> 00:06:08,640
Ia tak sepatutnya membebankan kita.
Bukan dari segi undang-undang.
98
00:06:08,760 --> 00:06:09,840
- Maksud saya...
- Tak, saya...
99
00:06:09,960 --> 00:06:12,880
Bagi Cathcarts, ini bagaikan rezeki
yang datang lebih awal.
100
00:06:13,000 --> 00:06:14,000
Tapi...
101
00:06:14,480 --> 00:06:18,240
- Jangan biarkan ini mengganggu kita.
- Dah agak lewat untuk itu.
102
00:06:18,360 --> 00:06:21,200
Bukan, maksud saya,
dengan keadaan kewangan sekarang
103
00:06:21,320 --> 00:06:24,080
dan kita akan ke mahkamah,
kita perlu teruskan kerja.
104
00:06:24,200 --> 00:06:26,840
Teruskan persiapan untuk Budgie.
Siasat Zephyr.
105
00:06:26,960 --> 00:06:29,160
Sahkan senarai aset. Seolah-olah...
106
00:06:29,720 --> 00:06:32,640
Seolah-olah kejadian itu
tak pernah berlaku.
107
00:06:32,760 --> 00:06:35,360
Saya patut telefon Grace.
Perhubungan awam.
108
00:06:35,480 --> 00:06:38,560
Saya memang susah
nak berurusan dengannya.
109
00:06:38,680 --> 00:06:40,400
- Tapi kita perlukan dia.
- Ya.
110
00:06:41,400 --> 00:06:42,480
Ini untuk awak.
111
00:06:45,760 --> 00:06:47,480
Tak ada nama pengirim.
112
00:06:54,520 --> 00:06:55,720
Oh, Tuhan.
113
00:06:55,840 --> 00:06:57,320
BERSEMADI DENGAN AMAN
114
00:06:57,440 --> 00:06:58,759
HENDERSON CERAIKAN DUVAL
115
00:06:58,760 --> 00:07:00,040
Carla Duval: Pelakon atau Si Gila?
116
00:07:00,400 --> 00:07:01,599
Dari segi undang-undang,
ini tak beri kesan.
117
00:07:01,600 --> 00:07:02,680
Mereka tahu itu.
118
00:07:02,920 --> 00:07:05,240
Tapi mereka juga tahu
ini satu kesilapan besar.
119
00:07:05,360 --> 00:07:08,120
Semua yang menonton temu bual itu
120
00:07:08,240 --> 00:07:11,400
termasuk hakim,
mungkin fikir Carla dah tak betul.
121
00:07:12,040 --> 00:07:13,760
Siapa boleh salahkan Morgan
kerana mahu melepaskan diri?
122
00:07:13,880 --> 00:07:16,320
- Kasihan dia terperangkap.
- Saya pun selalu fikir begitu.
123
00:07:16,440 --> 00:07:17,560
Ada banyak lagi.
124
00:07:17,680 --> 00:07:20,200
Tapi ini akhbar dan laman web
yang awak minta.
125
00:07:20,320 --> 00:07:23,120
Ada juga rancangan
panggilan masuk di LBC.
126
00:07:24,480 --> 00:07:27,000
Morgan pun tak mampu beli
publisiti buruk sebegini.
127
00:07:27,120 --> 00:07:29,760
"Ini rancangan bual bicara,
biarlah saya bercakap."
128
00:07:29,880 --> 00:07:31,040
Itu kegemaran saya.
129
00:07:31,160 --> 00:07:32,800
Mereka juga kekurangan wang.
130
00:07:32,920 --> 00:07:34,960
Malah kita dah tengok penyata
untung rugi mereka.
131
00:07:35,080 --> 00:07:37,640
Kalau awak jadi Nick dan Serena,
apa yang awak mahukan?
132
00:07:37,760 --> 00:07:41,160
Dapatkan semua dokumen dan pendedahan
daripada kita secepat mungkin
133
00:07:41,280 --> 00:07:42,840
dan bawa kes ini ke mahkamah
secepat mungkin.
134
00:07:42,960 --> 00:07:45,600
Awak teringat
kes syarikat tenaga itu?
135
00:07:45,720 --> 00:07:48,440
Tenaga Kloro.
Kes mahkamah yang bakal bermula.
136
00:07:48,560 --> 00:07:50,880
Satu pihak kekurangan dana
137
00:07:51,000 --> 00:07:54,920
dan perlukan semua dokumen
dihantar secepat mungkin, tapi apa...
138
00:07:55,040 --> 00:07:57,640
Apa mereka dapat
proses yang lambat macam siput.
139
00:08:09,760 --> 00:08:12,240
Mereka kata mereka faham
awak tak nak keluar rumah
140
00:08:12,360 --> 00:08:14,000
jumpa sesiapa
atau bercakap di telefon.
141
00:08:14,280 --> 00:08:15,880
Tapi mereka perlukan awak
semasa latihan.
142
00:08:16,000 --> 00:08:18,760
Bukan saya tak mahu keluar rumah.
Saya memang tak mampu.
143
00:08:20,840 --> 00:08:22,800
Awak nak saya cadangkan Zoom?
144
00:08:22,920 --> 00:08:26,200
Awak boleh tutup kamera dan mikrofon.
145
00:08:26,320 --> 00:08:27,560
Berapa ramai yang ada?
146
00:08:28,040 --> 00:08:30,240
Lebih kurang sepuluh orang
kali terakhir saya kira.
147
00:08:34,320 --> 00:08:35,640
Serena telefon.
148
00:08:43,840 --> 00:08:46,160
- Hai.
- Jangan tengok akhbar.
149
00:08:46,280 --> 00:08:49,120
Semuanya mengarut.
150
00:08:49,800 --> 00:08:51,120
Saya tak tengok satu pun.
151
00:08:51,240 --> 00:08:52,240
PERCERAIAN TERHEBAT DEKAD INI
152
00:08:52,360 --> 00:08:53,720
Adakah itu benar?
153
00:08:53,840 --> 00:08:54,840
Mestilah tak.
154
00:08:56,080 --> 00:09:00,000
Saya tahu bukan itu yang awak nak,
tapi awak kena teruskan.
155
00:09:00,920 --> 00:09:02,040
Berjuang.
156
00:09:02,160 --> 00:09:06,520
Kalau tak, semua yang awak mahukan
daripada semua ini akan musnah.
157
00:09:31,720 --> 00:09:34,280
Apa pendapat awak tentang Carla
dalam Bual Bicara Jack Jeffreys?
158
00:09:34,400 --> 00:09:35,400
Adakah dia melampaui batas?
159
00:09:35,520 --> 00:09:38,720
Dia fikir dia siapa?
Berani bercakap dengan orang begitu.
160
00:09:38,840 --> 00:09:41,040
Dia seolah-olah mengecewakan peminat
yang selama ini menyokongnya.
161
00:09:41,160 --> 00:09:44,360
Dia bukanlah pelakon
sehebat Meryl Streep pun.
162
00:09:44,480 --> 00:09:47,080
Patutlah suami dia nak tinggalkannya.
Dasar suka cari perhatian.
163
00:09:47,200 --> 00:09:49,240
- Dia pasti suka.
- Maaf, saya akan matikannya.
164
00:09:49,360 --> 00:09:50,360
Biarkan sahaja.
165
00:09:50,480 --> 00:09:54,080
...selepas tabloid menggelarnya
"Duval Kecundang".
166
00:10:06,720 --> 00:10:08,600
Awak dah tonton
Bual Bicara Jack Jeffreys?
167
00:10:09,640 --> 00:10:12,080
Bila kali terakhir
awak jumpa isteri awak?
168
00:10:12,600 --> 00:10:13,600
Morgan!
169
00:10:14,600 --> 00:10:18,240
- Morgan, tolong jawab!
- Bila kali terakhir kamu berjumpa?
170
00:10:18,360 --> 00:10:19,559
Eric akan ringkaskan.
171
00:10:19,560 --> 00:10:21,680
Kemudian kita bincang
apa maknanya untuk kita semua.
172
00:10:21,800 --> 00:10:24,320
Perkara pertama.
Ini baru diterima Khamis lepas.
173
00:10:25,000 --> 00:10:27,680
Zephyr kini dikenakan
perintah pembekuan aset.
174
00:10:27,800 --> 00:10:30,760
Semuanya berpunca
daripada masalah peribadi Morgan.
175
00:10:30,880 --> 00:10:34,920
Tiada pengembangan di Asia.
Tiada pemindahan saham.
176
00:10:35,040 --> 00:10:37,840
Tiada bonus. Tiada apa-apa
sehingga perceraian itu selesai.
177
00:10:38,120 --> 00:10:39,720
Jadi kita ke perkara kedua.
178
00:10:40,200 --> 00:10:42,639
Kita sendiri
akan jadi rebutan. Betul?
179
00:10:42,640 --> 00:10:45,400
Syarikat ini. Di mahkamah.
180
00:10:47,840 --> 00:10:51,680
Ya, Carla menuntut
sebahagian pemilikan Zephyr.
181
00:10:52,480 --> 00:10:54,840
Hidup peribadinya
menyusahkan kita semua.
182
00:10:56,760 --> 00:10:58,200
Siapa orang ini?
183
00:10:59,120 --> 00:11:00,520
- Guy.
- Guy.
184
00:11:00,640 --> 00:11:02,360
- "Gee"?
- Betul.
185
00:11:02,920 --> 00:11:04,760
Bukankah itu sejenis mentega?
186
00:11:06,560 --> 00:11:10,080
Ejaannya seperti "Guy."
Tapi cara orang Perancis menyebutnya.
187
00:11:11,520 --> 00:11:14,400
Awak ambil dia bekerja
sebagai pengarah kreatif EMEA.
188
00:11:14,520 --> 00:11:17,920
Orang di sekeliling meja ini, Morgan.
Itulah maksud saya.
189
00:11:18,040 --> 00:11:21,240
Sumbangan kami, masa depan kami
190
00:11:21,360 --> 00:11:24,920
semuanya bergantung pada keputusan
perceraian awak dengan Carla.
191
00:11:25,040 --> 00:11:27,440
- Yang dibincangkan secara terbuka.
- Ya, betul.
192
00:11:27,560 --> 00:11:30,160
Kami sepatutnya keluarkan
kenyataan bersama.
193
00:11:30,280 --> 00:11:33,000
- Malangnya, dia bertindak dahulu.
- Kami tahu.
194
00:11:34,200 --> 00:11:36,040
Dengan cara yang mungkin
kamu semua sangka saya suka.
195
00:11:36,160 --> 00:11:38,119
Melihat semua tuduhan melampau
196
00:11:38,120 --> 00:11:39,800
yang dia lemparkan kepada saya
baru-baru ini.
197
00:11:39,920 --> 00:11:43,120
Tapi sebenarnya,
itu menyakitkan saya.
198
00:11:44,520 --> 00:11:47,800
Saya tak suka lihat orang yang saya
sayang dalam keadaan begitu
199
00:11:47,920 --> 00:11:50,520
menjadi mangsa semua kecaman ini.
200
00:11:51,520 --> 00:11:55,040
Walaupun ini menguntungkan saya,
peguam saya atau kamu semua.
201
00:11:55,160 --> 00:11:57,000
Tapi ini tak menguntungkan kami.
202
00:11:57,120 --> 00:12:00,680
Sebaliknya, ia menjejaskan kami.
Reputasi syarikat.
203
00:12:00,800 --> 00:12:02,600
Itu perkara ketiga.
204
00:12:03,560 --> 00:12:07,400
Publisiti tentang Carla
memberi kesan kepada perniagaan.
205
00:12:07,520 --> 00:12:09,480
- "Pernah" atau "mungkin"?
- "Akan."
206
00:12:09,600 --> 00:12:11,120
- "Akan" atau "mungkin"?
- "Akan."
207
00:12:11,240 --> 00:12:14,240
Maaf, kami tak mahu terlibat sama
dalam masalah awak.
208
00:12:14,640 --> 00:12:18,560
Wah! Maaflah, Gillian,
kalau hidup saya menyusahkan awak.
209
00:12:19,240 --> 00:12:20,680
Tapi saya rasa perlu ingatkan awak
210
00:12:20,800 --> 00:12:22,720
satu-satunya sebab
awak boleh duduk di situ...
211
00:12:22,840 --> 00:12:25,040
- Sudahlah.
- ...bukannya dalam kesesakan
212
00:12:25,160 --> 00:12:27,720
di Swindon dalam perjalanan
ke kerja pengurusan pertengahan...
213
00:12:27,840 --> 00:12:29,359
- Tak ada salahnya dengan itu.
- ...kerana saya.
214
00:12:29,360 --> 00:12:31,240
Kerana apa yang saya mulakan.
215
00:12:34,600 --> 00:12:36,440
Jadi saya akan tentukan apa
yang akan berlaku.
216
00:12:37,320 --> 00:12:38,320
Okey.
217
00:12:44,240 --> 00:12:45,640
Oh, Tuhan.
218
00:12:45,760 --> 00:12:48,440
Hei, nampaknya ada paparazi di bawah.
Awak nampak mereka?
219
00:12:49,040 --> 00:12:51,200
Saya terfikir nak makan
tengah hari di sana.
220
00:12:51,320 --> 00:12:52,800
Nak naikkan sedikit profil saya.
221
00:12:52,920 --> 00:12:55,160
Jadi peguam rakyat.
222
00:12:55,560 --> 00:12:57,800
Mudah dikaitkan dengan orang ramai.
Sedap didengar.
223
00:13:00,080 --> 00:13:03,520
Hei, Johnny. Boleh tak berhenti
buat klien rasa tak selesa?
224
00:13:04,640 --> 00:13:06,520
- Saya kata ada paparazi.
- Ada paparazi di bawah.
225
00:13:06,640 --> 00:13:07,640
Ya.
226
00:13:09,640 --> 00:13:11,160
Tak guna. Lihat ini.
227
00:13:11,920 --> 00:13:14,560
Ada orang bagi nama "Cruella Duval."
228
00:13:17,080 --> 00:13:19,440
Suzie, kenapa lama sangat?
229
00:13:20,480 --> 00:13:23,360
Tak. Ini cuma pendedahan asas.
230
00:13:23,480 --> 00:13:26,560
Selain semua itu,
awak ada apartmen di Upper East Side.
231
00:13:26,680 --> 00:13:27,960
- Ia sedang dinilai semula.
- Ya.
232
00:13:28,080 --> 00:13:29,280
Rumah di Sussex.
233
00:13:29,400 --> 00:13:32,480
Hartanah komersial di Hammersmith,
Wandsworth, Parsons Green.
234
00:13:32,600 --> 00:13:35,480
Jadi semua itu sebahagian
daripada portfolio sedia ada Morgan.
235
00:13:35,600 --> 00:13:38,600
Mungkin dulu.
Sekarang itu portfolio bersama.
236
00:13:38,720 --> 00:13:39,800
Sebab itu Saeed...
237
00:13:39,920 --> 00:13:42,120
Sebab itu Saeed
sedang catat semua ini.
238
00:13:42,240 --> 00:13:45,480
Tapi saya mahu pastikan
aset peribadi.
239
00:13:45,600 --> 00:13:49,200
Apa-apa yang belum kita bincangkan.
Apa-apa yang bernilai lebih 10,000.
240
00:13:50,120 --> 00:13:52,400
- Dia beli banyak karya seni.
- Ya.
241
00:13:52,520 --> 00:13:55,800
Jadi sekarang ada lukisan kecil
oleh Georges Braque.
242
00:13:56,480 --> 00:13:58,200
Awak rasa itu ada di New York?
243
00:13:58,320 --> 00:14:00,920
Juga dua karya oleh Franz Kline.
244
00:14:01,840 --> 00:14:04,280
Adakah nilainya
lebih daripada 10,000 paun?
245
00:14:04,400 --> 00:14:07,999
Ya. Tengok rupa pun
macam budak kecil yang melukisnya.
246
00:14:08,000 --> 00:14:09,400
Jadi rasanya lebih daripada itu.
247
00:14:10,680 --> 00:14:11,800
Kita hampir selesai.
248
00:14:13,040 --> 00:14:15,400
Awak juga ada kotej di Normandy.
249
00:14:15,520 --> 00:14:16,840
Dia takkan dapat yang itu.
250
00:14:16,960 --> 00:14:21,400
Tak ada siapa kata dia patut dapat.
Kita cuma perlu mengisytiharkannya.
251
00:14:22,640 --> 00:14:26,000
Ada apa-apa lagi yang tertinggal?
Kotej di Normandy, dua ekor kuda.
252
00:14:26,120 --> 00:14:29,200
Masa untuk berterus terang tentang
helikopter dan telur Faberge itu.
253
00:14:30,760 --> 00:14:32,360
Serta Ferrari Testarossa.
254
00:14:35,040 --> 00:14:37,720
Ferrari Testarossa
255
00:14:44,040 --> 00:14:48,080
Mereka orang dungu yang cakap
perkara dungu. Abaikan.
256
00:14:58,600 --> 00:15:00,000
- Terima kasih.
- Terima kasih.
257
00:15:00,520 --> 00:15:01,520
Jumpa lagi.
258
00:15:01,640 --> 00:15:03,640
Kereta ada di luar.
Lucy ada di bawah.
259
00:15:04,120 --> 00:15:07,680
Molly, saya nak awak taip semua ini
dan beri kepada Serena, okey?
260
00:15:08,440 --> 00:15:11,800
Maaf, ini...
Ini muka "tak nak" saya, Saeed.
261
00:15:12,440 --> 00:15:13,799
Awak kena buat, okey?
262
00:15:13,800 --> 00:15:15,760
Saya perlu semak
pendedahan pelaburan mereka.
263
00:15:15,880 --> 00:15:18,320
Belum sampai.
Mereka berkeras nak salinan cetak.
264
00:15:18,440 --> 00:15:19,480
Salinan cetak? Kenapa?
265
00:15:23,400 --> 00:15:24,400
Jumpa nanti.
266
00:15:31,880 --> 00:15:33,960
Maaf, saya cuma nak cakap
267
00:15:34,720 --> 00:15:36,080
kalau perlukan apa-apa
268
00:15:37,480 --> 00:15:41,640
nak berehat sekejap atau minum,
telefon sahaja saya, okey?
269
00:15:43,240 --> 00:15:47,200
Kemudian kita boleh buat apa?
Berjalan-jalan di taman?
270
00:15:58,040 --> 00:15:59,200
Tingkat enam.
271
00:16:00,920 --> 00:16:02,000
Tiada masalah.
272
00:16:06,000 --> 00:16:07,520
Ini sempurna untuk saya.
273
00:16:08,200 --> 00:16:09,840
Tak rasa begitu sempurna.
274
00:16:09,960 --> 00:16:11,959
Serena, saya pegawai
perhubungan awam krisis.
275
00:16:11,960 --> 00:16:14,000
Ini industri seperti
David lawan Goliath.
276
00:16:14,120 --> 00:16:16,640
Saya perlukan sesuatu untuk dilawan.
Kalau tak, saya ni apa?
277
00:16:16,760 --> 00:16:20,160
Cuma budak tak berbaju
yang memegang segenggam batu kerikil.
278
00:16:20,280 --> 00:16:21,880
Itu sahaja yang dia pakai?
279
00:16:22,000 --> 00:16:24,840
- Kita panggil itu industri?
- Tolonglah.
280
00:16:24,960 --> 00:16:27,640
Begini. Dia sedang dihujani kecaman,
memang kasihan.
281
00:16:27,760 --> 00:16:31,320
Di X, Instagram, Zephyr,
jumlahnya bertambah setiap jam.
282
00:16:31,440 --> 00:16:33,280
Memang kejam dan penuh kebencian
283
00:16:33,400 --> 00:16:35,880
tapi walaupun ia membuatkan kes awak
hampir mustahil untuk dimenangi
284
00:16:36,000 --> 00:16:38,840
sebenarnya itu bukan situasi
yang paling teruk untuk kita hadapi.
285
00:16:38,960 --> 00:16:40,760
Apa yang lebih teruk daripada ini?
286
00:16:41,560 --> 00:16:44,840
Kalau kecaman itu berhenti.
Itulah yang kita perlu elakkan.
287
00:16:47,400 --> 00:16:51,160
Bila kebencian berhenti,
maksudnya orang dah buat keputusan.
288
00:16:51,640 --> 00:16:54,800
- Jadi dia masih ada harapan?
- Ya, masih ada.
289
00:16:56,000 --> 00:16:57,000
Tapi nyawa-nyawa ikan.
290
00:17:05,600 --> 00:17:06,880
Oh, Tuhan.
291
00:17:11,720 --> 00:17:14,040
Dah sampai?
292
00:17:17,840 --> 00:17:18,840
Dia dah dapat.
293
00:17:19,320 --> 00:17:20,800
Apa awak minta daripada mereka?
294
00:17:20,920 --> 00:17:22,880
Kenyataan kepentingan
untuk enam bulan yang lalu.
295
00:17:23,000 --> 00:17:25,400
- Mereka hantar semua ini?
- Mereka kata semuanya ada di sini.
296
00:17:25,520 --> 00:17:29,760
Tapi untuk menjimatkan masa,
mereka cadangkan kita cari sendiri.
297
00:17:29,880 --> 00:17:32,240
Ada lagi di bawah.
298
00:17:35,040 --> 00:17:36,200
Tak guna.
299
00:17:36,800 --> 00:17:38,880
Muslihat di sebalik
penyusunan dokumen mahkamah.
300
00:17:39,000 --> 00:17:40,200
Apa maksudnya?
301
00:17:40,720 --> 00:17:44,160
Pihak lawan sedang mendahului
dan dana mereka lebih besar.
302
00:17:44,280 --> 00:17:46,519
Jadi mereka sengaja
melambatkan proses ini.
303
00:17:46,520 --> 00:17:47,920
Itulah maksudnya.
304
00:17:49,120 --> 00:17:52,480
Serena, Saeed minta saya
taipkan ini untuk awak.
305
00:17:53,800 --> 00:17:55,240
Okey, terima kasih.
306
00:17:56,640 --> 00:17:59,520
Mereka tahu apa yang awak buat,
tapi memang berkesan.
307
00:17:59,640 --> 00:18:04,480
Kotak yang mereka mahu
kotak yang kami lupa hantar.
308
00:18:05,080 --> 00:18:09,280
Saya akan hantar esok guna syarikat
kurier paling lambat di London.
309
00:18:10,280 --> 00:18:12,440
Saya suka. Teliti betul.
310
00:18:12,560 --> 00:18:16,760
"Hal mudah seperti beri perhatian
boleh bawa kita pergi jauh."
311
00:18:16,880 --> 00:18:18,400
Tahu siapa yang cakap begitu?
312
00:18:18,520 --> 00:18:19,600
Tak. Teruskan.
313
00:18:20,480 --> 00:18:21,880
Keanu Reeves.
314
00:18:22,000 --> 00:18:23,640
Kami sedang menang, Johnny.
315
00:18:23,760 --> 00:18:25,960
Kedua-dua pihak
tak boleh ragu-ragu tentang itu.
316
00:18:26,080 --> 00:18:29,439
Sekarang kami cuba menjarakkan lagi
kedudukan ke hadapan.
317
00:18:29,440 --> 00:18:30,920
Saya akan melambatkan
proses di pihak saya.
318
00:18:31,040 --> 00:18:35,320
Awak percepatkan di pihak awak.
Hantar apa yang ada secepat mungkin.
319
00:18:35,440 --> 00:18:37,720
Jadi kita manfaatkan huru-hara ini.
320
00:18:47,240 --> 00:18:49,200
Lukisan oleh Kline.
321
00:18:49,320 --> 00:18:51,640
Dan Braque. Ejaannya salah.
322
00:18:52,840 --> 00:18:56,240
Hartanah komersial di Hammersmith,
Parsons Green.
323
00:18:58,160 --> 00:18:59,280
Bagus.
324
00:19:00,560 --> 00:19:01,800
Bagus.
325
00:19:03,160 --> 00:19:06,200
Kotej Normandy. Dua ekor kuda.
326
00:19:07,640 --> 00:19:09,000
Ferrari Testarossa?
327
00:19:09,640 --> 00:19:11,960
Carla tak ada Ferrari Testarossa.
328
00:19:13,040 --> 00:19:15,400
- Saya tak ada dalam mesyuarat itu.
- Morgan tak memandu pun.
329
00:19:15,520 --> 00:19:16,800
Tapi ini nota Saeed.
330
00:19:16,920 --> 00:19:19,800
Kalau begitu, periksa dengan Saeed.
Awak tak boleh taip membuta tuli.
331
00:19:19,920 --> 00:19:21,320
Tanya dia dahulu, okey?
332
00:19:21,880 --> 00:19:24,280
- Maaf.
- Tak apa. Buat sekali lagi.
333
00:19:24,400 --> 00:19:25,640
- Dengan cepat.
- Ya.
334
00:19:25,760 --> 00:19:26,760
Ya.
335
00:19:34,200 --> 00:19:35,400
Carla.
336
00:19:35,520 --> 00:19:36,560
Carla!
337
00:19:49,840 --> 00:19:52,600
Bila kali terakhir
awak jumpa anak awak, Carla?
338
00:19:53,400 --> 00:19:55,360
- Jangan libatkan anak saya.
- Jangan. Mari.
339
00:19:55,480 --> 00:19:58,040
Tidak. Berhenti.
340
00:20:53,280 --> 00:20:54,680
SENARAI ASET PERIBADI
341
00:21:02,320 --> 00:21:04,640
FERRARI TESTAROSSA
342
00:21:13,880 --> 00:21:16,000
Semuanya palsu.
343
00:21:16,320 --> 00:21:19,800
Saya takkan duduk di sini
dan senyum sahaja.
344
00:21:19,920 --> 00:21:22,920
Saya sentiasa perlu senyum.
345
00:21:23,520 --> 00:21:26,720
Dia pelakon yang hebat
dan mahu menguasai naratif.
346
00:21:26,840 --> 00:21:29,600
Tapi nampak macam lakonan yang teruk.
347
00:21:29,720 --> 00:21:31,120
Saya tak rasa dia berlakon.
348
00:21:31,240 --> 00:21:33,040
Johnny, saya tahu
kalau perhubungan awam itu teruk.
349
00:21:33,600 --> 00:21:36,360
- Saya rasa dia cuma bersikap jujur.
- Jujur?
350
00:21:36,480 --> 00:21:39,040
Jack rasa ini lakonan terbaik
dalam kerjaya Carla.
351
00:21:39,160 --> 00:21:42,160
Tapi pendapat Jack
tentang perkara lain selepas ini
352
00:21:42,280 --> 00:21:43,640
akan dipersoalkan.
353
00:21:44,520 --> 00:21:46,640
Awak dah tengok?
354
00:21:46,760 --> 00:21:49,000
- Apa?
- Si Pembuat Topi.
355
00:21:49,600 --> 00:21:52,680
Saya tak perlu tengok filem itu
untuk tahu ia sangat teruk.
356
00:21:53,200 --> 00:21:56,080
Ironinya, dia bakal melihat
lakonannya yang paling teruk.
357
00:21:58,520 --> 00:22:00,440
Kenapa awak menyebelahi dia?
358
00:22:04,480 --> 00:22:06,680
Saya tak kata awak peguam
yang teruk kerana mempertahankan dia.
359
00:22:07,280 --> 00:22:08,560
Maksud awak, mewakili dia?
360
00:22:08,680 --> 00:22:11,160
Saya cuma rasa bersalah awak perlu
keluarkan dia dari masalah ini.
361
00:22:13,600 --> 00:22:14,720
Awak tahu sesuatu, Bella?
362
00:22:14,840 --> 00:22:17,120
Saya tahu ini seronok untuk dibualkan
363
00:22:17,240 --> 00:22:18,960
tapi dia sebenarnya biasa sahaja.
364
00:22:20,760 --> 00:22:22,400
Sekejap, awak serius?
365
00:22:23,480 --> 00:22:25,760
Ini baru betul-betul
lakonan yang teruk.
366
00:22:25,880 --> 00:22:26,880
Johnny...
367
00:22:27,000 --> 00:22:29,000
Nak tahu sesuatu?
Kamu semua boleh diam.
368
00:22:29,120 --> 00:22:31,200
Kamu tak tahu apa yang kamu cakapkan.
369
00:22:31,320 --> 00:22:32,800
Mari kita berehat.
370
00:22:52,240 --> 00:22:53,240
Awak dah dengar?
371
00:22:53,800 --> 00:22:56,880
Setiap Perkara Yang Dia Buat? Tak?
372
00:22:57,480 --> 00:22:58,920
Memang besar.
373
00:22:59,040 --> 00:23:02,880
Malam tadi, mereka siarkan
temu bual dengan Tamara Chong.
374
00:23:06,400 --> 00:23:07,560
Penyanyi dan penulis lagu.
375
00:23:08,520 --> 00:23:09,520
Tak kenal?
376
00:23:09,640 --> 00:23:13,720
Dia klien saya dan tetamu terbesar
yang mereka pernah jemput.
377
00:23:14,280 --> 00:23:15,360
Lihat ini.
378
00:23:15,480 --> 00:23:17,840
Saya rasa apa yang berlaku ini
tak masuk akal.
379
00:23:17,960 --> 00:23:21,160
Carla Duval jelas sekali kesakitan.
Maaf kerana mencarut.
380
00:23:21,280 --> 00:23:23,640
Tak apa. Awak kena mencarut.
Itu penting.
381
00:23:23,760 --> 00:23:25,919
Jelas sekali dalam kesakitan. Kecewa.
382
00:23:25,920 --> 00:23:27,960
Sebab ada yang tak kena
dengan seorang lelaki.
383
00:23:28,080 --> 00:23:30,240
Saya tak peduli
berapa banyak duit yang dia ada
384
00:23:30,360 --> 00:23:33,880
atau betapa hebat dia
di mata orang yang tak mengenalinya.
385
00:23:34,600 --> 00:23:35,999
Carla tinggal dengan lelaki itu
386
00:23:36,000 --> 00:23:38,480
dan dia beritahu kita
yang lelaki itu bermasalah.
387
00:23:38,600 --> 00:23:40,680
Daripada mendengar,
kita terus mengecamnya.
388
00:23:40,800 --> 00:23:41,800
Termasuk wanita.
389
00:23:41,920 --> 00:23:45,920
Termasuk wanita.
Apa sebenarnya yang berlaku?
390
00:23:46,040 --> 00:23:49,600
Boleh kita berhenti
benci Carla sekejap dan siasat?
391
00:23:49,720 --> 00:23:51,880
- Awak rasa ini akan ubah keadaan?
- Boleh.
392
00:23:52,000 --> 00:23:53,520
Keadaan dah pun berubah
393
00:23:54,440 --> 00:23:57,080
Ramai yang pergi ke platformnya
394
00:23:58,000 --> 00:23:59,560
dan mereka mula memihak kepada Carla.
395
00:24:03,240 --> 00:24:05,560
Majalah. Hantaran Instagram.
396
00:24:05,680 --> 00:24:09,000
Keadaan memang sangat teruk,
tapi dah mula berpihak kepada kita.
397
00:24:09,880 --> 00:24:12,120
- Kami aturkan audio siar untuk awak.
- Bila?
398
00:24:12,240 --> 00:24:16,119
Lewat petang ini.
Pakar perhubungan awam kita, Grace
399
00:24:16,120 --> 00:24:18,120
minta awak hati-hati
dalam memilih pakaian.
400
00:24:18,240 --> 00:24:22,520
- Kena nampak kuat?
- Kuat, tapi nampak agak letih.
401
00:24:22,840 --> 00:24:23,919
Cermin mata hitam.
402
00:24:23,920 --> 00:24:26,880
Kot besar untuk melindungi awak
daripada dunia yang kejam.
403
00:24:27,000 --> 00:24:29,520
Rambut yang nampak sedikit kusut.
Tapi dengan cara yang...
404
00:24:30,120 --> 00:24:31,640
- Nampak hebat.
- Ya.
405
00:24:32,360 --> 00:24:33,680
Kita boleh rakam di pejabat.
406
00:24:33,800 --> 00:24:37,880
Mereka dah setuju.
Maknanya kita boleh kawal semuanya.
407
00:24:39,080 --> 00:24:40,400
Saya tak pasti.
408
00:24:42,680 --> 00:24:45,000
Carla, awak seorang sahaja
yang boleh ubah semua ini.
409
00:24:45,600 --> 00:24:48,640
Inilah dia.
Beritahu mereka cerita awak.
410
00:24:53,520 --> 00:24:56,000
Terima kasih kerana berterus terang.
411
00:24:56,120 --> 00:24:59,600
Saya rasa kita semua,
sejak kecil lagi
412
00:24:59,720 --> 00:25:02,880
diajar untuk teruskan sahaja.
413
00:25:03,000 --> 00:25:05,440
Jangan banyak kerenah.
Toleransi apa sahaja perlakuan.
414
00:25:05,560 --> 00:25:06,960
Awak bercakap tentang Morgan.
415
00:25:07,760 --> 00:25:09,759
Kita semua secara umumnya.
416
00:25:09,760 --> 00:25:13,160
Tapi dalam kes saya,
ya, dengan seorang lelaki.
417
00:25:14,160 --> 00:25:16,160
Lelaki yang sangat berjaya.
418
00:25:17,640 --> 00:25:19,440
Tapi semua kejayaan itu...
419
00:25:19,560 --> 00:25:23,440
Dia juga berbakat,
boleh jadi kelakar dan baik hati.
420
00:25:24,200 --> 00:25:27,400
...tak bermakna kita patut
memaafkan perangai buruknya.
421
00:25:28,000 --> 00:25:30,840
Saya tak jalankan tugas saya
kalau tak tanya apa perangai itu.
422
00:25:30,960 --> 00:25:33,800
Awak boleh ceritakan sebanyak
atau sesedikit yang awak nak.
423
00:25:36,600 --> 00:25:38,440
Bagi saya, ini soal rasa hormat.
424
00:25:39,960 --> 00:25:44,360
Saya lalui pengalaman yang teruk
dalam rancangan bual bicara itu.
425
00:25:45,800 --> 00:25:50,000
Mereka paparkan gambar saya
dan Morgan tersenyum bersama.
426
00:25:50,560 --> 00:25:52,360
Mereka asyik tunjuk gambar itu.
427
00:25:52,480 --> 00:25:56,880
Keesokan harinya,
selepas semuanya jadi kacau-bilau
428
00:25:57,000 --> 00:26:02,880
saya sedar saya tak beritahu sesiapa
apa yang buat saya sangat marah.
429
00:26:03,000 --> 00:26:04,200
Saya tak...
430
00:26:04,320 --> 00:26:07,200
Saya tak beritahu penonton
apa yang saya fikirkan.
431
00:26:10,440 --> 00:26:11,600
Iaitu...
432
00:26:16,000 --> 00:26:18,720
60 saat sebelum gambar itu diambil
433
00:26:19,920 --> 00:26:22,600
dia serahkan surat cerai kepada saya.
434
00:26:25,720 --> 00:26:27,040
Di tayangan perdana filem saya.
435
00:26:28,920 --> 00:26:32,039
Dia suruh salah seorang peguamnya
436
00:26:32,040 --> 00:26:33,880
menyamar sebagai peminat
yang mahu bergambar.
437
00:26:34,000 --> 00:26:35,200
Dia minta wanita itu...
438
00:26:37,360 --> 00:26:38,800
serahkan surat cerai kepada saya.
439
00:26:43,560 --> 00:26:45,080
Di tayangan perdana awak?
440
00:26:48,560 --> 00:26:51,400
Untuk pendengar,
Carla sedang mengangguk.
441
00:26:54,800 --> 00:26:55,920
Carla sedang mengangguk.
442
00:27:03,400 --> 00:27:05,840
Selepas semua
yang kami lalui bersama...
443
00:27:05,960 --> 00:27:10,120
Serta bukan semuanya
"Dia jahat, saya baik."
444
00:27:10,240 --> 00:27:12,160
- Saya cuma...
- Kita cuma perlukan rasa hormat itu.
445
00:27:13,600 --> 00:27:15,760
- Jangan senyum terlalu banyak, okey?
- Ya.
446
00:27:28,960 --> 00:27:32,040
Hubungi saya kalau perlukan apa-apa
447
00:27:34,080 --> 00:27:37,280
Satu soalan terakhir
sebelum kita tamat, Carla Duval.
448
00:27:38,640 --> 00:27:39,960
Perkahwinan awak dah berakhir.
449
00:27:40,200 --> 00:27:41,999
Saya tahu ia sukar.
450
00:27:42,000 --> 00:27:43,120
KEMUNCULAN SEMULA CARLA
451
00:27:43,240 --> 00:27:45,440
Tapi adakah itu bermakna
cinta awak juga dah berakhir?
452
00:27:46,680 --> 00:27:49,760
Sejujurnya? Saya tak pernah
berhenti mencintai Morgan
453
00:27:51,280 --> 00:27:52,960
sehinggalah dia berhenti
mencintai saya.
454
00:27:53,440 --> 00:27:55,240
SAFFRON YOUNG
DAN CARLA DUVAL BERBUAL
455
00:27:55,360 --> 00:27:56,559
Audio siar dengan pendengar
456
00:27:56,560 --> 00:27:57,799
paling ramai di negara ini.
457
00:27:57,800 --> 00:28:00,880
Episod ini sudah menjadi episod
yang paling banyak didengar.
458
00:28:01,000 --> 00:28:04,040
Beatrice rasa lebih baik saya beri
semua ubat awak sekali gus.
459
00:28:04,160 --> 00:28:06,200
Dia buat seolah-olah saya yang jahat.
460
00:28:06,920 --> 00:28:10,120
Sedangkan awak yang beri surat cerai
dan dia perangkap saya.
461
00:28:11,680 --> 00:28:14,840
Patutlah Gabe hantar mesej
yang begitu kejam.
462
00:28:15,800 --> 00:28:17,840
Tak boleh salahkan dia.
Saya pun akan benci diri saya.
463
00:28:18,400 --> 00:28:19,800
Nasihat saya? Jangan layan provokasi.
464
00:28:19,920 --> 00:28:22,440
- Tak cukup. Awak kena lawan.
- Dengan apa?
465
00:28:22,560 --> 00:28:25,360
Dengan Flora, sebagai permulaan.
Saya nak tengok hal itu tersebar.
466
00:28:25,480 --> 00:28:27,960
Tengoklah berapa banyak simpati
Ratu Air Mata itu akan dapat.
467
00:28:28,080 --> 00:28:30,800
- Kita takkan buat begitu.
- Jadi buatlah sesuatu.
468
00:28:36,560 --> 00:28:39,400
Telefon Gabriel.
Bawa dia makan lewat malam.
469
00:28:39,800 --> 00:28:40,960
Baiki semula hubungan
dengan budak itu.
470
00:29:01,840 --> 00:29:03,520
- Di sana, tuan.
- Terima kasih.
471
00:29:04,480 --> 00:29:05,480
Hai.
472
00:29:08,240 --> 00:29:11,520
Ayah nampak hebat.
Mana papan selaju ayah?
473
00:29:15,200 --> 00:29:18,760
Dulu datuk kamu buat ayah mabuk
buat kali pertama di pub dekat sini.
474
00:29:20,640 --> 00:29:24,200
Dia buat begitu supaya dia boleh
jaga ayah apabila ayah muntah.
475
00:29:24,320 --> 00:29:27,360
Dia juga ada alasan untuk mabuk.
476
00:29:30,720 --> 00:29:32,880
- Menu?
- Terima kasih.
477
00:29:34,040 --> 00:29:35,040
Nah.
478
00:29:39,560 --> 00:29:41,720
Jadi ayah hantar surat cerai
di tayangan perdana filem mak?
479
00:29:46,320 --> 00:29:50,960
Mereka kata itu perlu dilakukan.
Mereka kata itulah caranya.
480
00:29:52,600 --> 00:29:53,680
Betul.
481
00:29:57,520 --> 00:29:58,640
Dengar sini, Gabe.
482
00:30:03,440 --> 00:30:07,320
Ayah dan mak kamu
ada sesuatu yang hebat.
483
00:30:08,920 --> 00:30:11,520
Dia selamatkan ayah.
Kamu berdua selamatkan ayah.
484
00:30:11,640 --> 00:30:13,920
Dengan cara yang kamu takkan tahu.
485
00:30:14,520 --> 00:30:16,440
Hanya kerana ayah dan dia...
486
00:30:19,680 --> 00:30:22,280
Telah berada penghujung sesuatu...
487
00:30:25,600 --> 00:30:28,440
Kamu akan sentiasa jadi yang terbaik
dalam hidup ayah.
488
00:30:30,800 --> 00:30:34,400
Melihat kamu membesar menjadi
lelaki yang hebat
489
00:30:34,520 --> 00:30:36,880
itulah kebanggaan terbesar ayah.
490
00:30:38,640 --> 00:30:40,600
Ayah akan sentiasa ada untuk kamu.
491
00:30:41,080 --> 00:30:43,320
Dengan cara itu,
tiada apa yang berubah. Tiada apa.
492
00:30:49,960 --> 00:30:53,040
Ayah menyesal beri mak kamu
surat cerai dengan cara itu.
493
00:30:56,920 --> 00:30:58,560
Ayah benar-benar harap
itu tak berlaku.
494
00:31:02,960 --> 00:31:05,200
Dia sohor kini nombor satu
di platform ayah.
495
00:31:08,240 --> 00:31:09,600
Jadi saya rasa kamu berdua seri.
496
00:31:17,160 --> 00:31:18,160
Yakah?
497
00:31:35,720 --> 00:31:37,680
- Helo.
- Terima kasih untuk mesej itu.
498
00:31:38,280 --> 00:31:40,240
Saya gembira semuanya
mula berjalan lancar.
499
00:31:40,360 --> 00:31:42,680
Awak suruh telefon
kalau saya perlukan apa-apa.
500
00:31:43,600 --> 00:31:44,920
Cakaplah.
501
00:31:45,040 --> 00:31:48,560
Ada pagar di belakang rumah
menuju ke taman awam.
502
00:31:49,400 --> 00:31:53,280
Saya nak minta maaf
atas kata-kata saya dalam lif.
503
00:31:53,400 --> 00:31:56,760
Tapi saya rasa saya patut
minta maaf depan-depan.
504
00:31:58,680 --> 00:32:01,120
- Awak pasti?
- Sudah tentu.
505
00:32:01,240 --> 00:32:02,240
Okey.
506
00:32:08,320 --> 00:32:10,360
- Ini sangat bagus.
- Ya.
507
00:32:14,360 --> 00:32:16,360
Morgan, tengok sini. Sini, kawan.
508
00:32:16,480 --> 00:32:18,280
- Cepat. Ikut ayah, Gabe.
- Sekejap sahaja.
509
00:32:20,560 --> 00:32:22,280
- Gabriel, ayuh.
- Jangan ganggu kami.
510
00:32:22,880 --> 00:32:23,880
Ayuh.
511
00:32:25,480 --> 00:32:28,000
Maaf. Mereka ada di mana-mana.
512
00:32:30,120 --> 00:32:31,640
Ayah dapat apa yang ayah perlukan?
513
00:32:33,400 --> 00:32:34,480
Apa?
514
00:32:35,160 --> 00:32:37,000
Gabe, bukan begitu.
515
00:32:37,120 --> 00:32:39,240
- Ya, memang kebetulan dia lalu.
- Ayah bersumpah.
516
00:32:39,360 --> 00:32:42,200
Ya, dan ayah lupa pakai topi semula.
517
00:32:43,640 --> 00:32:46,120
- Gabe, dengar sini.
- Ayah naik kereta ini. Saya akan...
518
00:32:46,240 --> 00:32:48,600
Jangan. Tutup pintu.
519
00:32:49,400 --> 00:32:50,440
Kamu naik kereta ini.
520
00:32:59,880 --> 00:33:01,720
Ayuh, tak guna!
521
00:33:01,840 --> 00:33:04,360
Awak nak gambar? Marilah!
522
00:33:29,560 --> 00:33:31,440
Kalau-kalau ada orang tanya.
523
00:33:33,440 --> 00:33:35,320
Beberapa tandatangan lagi?
524
00:33:35,440 --> 00:33:37,200
- Ya. Itu sahaja.
- Ya.
525
00:33:42,080 --> 00:33:45,040
Idea yang baik? Idea yang teruk?
526
00:33:46,800 --> 00:33:48,520
- Teruk.
- Ya.
527
00:34:49,040 --> 00:34:50,959
EMPAT PANGGILAN TAK DIJAWAB
528
00:34:50,960 --> 00:34:52,520
Harap awak tak kerja sepanjang malam
529
00:34:57,920 --> 00:34:59,800
Carla, saya akan minta Grace
hubungi wartawan itu
530
00:34:59,920 --> 00:35:03,560
dan jelaskan betapa bermaknanya Gabe
kepada awak, okey?
531
00:35:03,680 --> 00:35:05,160
Kita masih boleh ubah...
532
00:35:05,280 --> 00:35:07,640
Anak Menyebelahi Ayah Tirinya
533
00:35:07,760 --> 00:35:11,240
"Gabriel Duval tegaskan hubungan
rapatnya dengan ayah tirinya
534
00:35:11,360 --> 00:35:13,480
ketika ibunya sibuk berlakon..."
535
00:35:13,600 --> 00:35:15,480
Terima kasih. Saya boleh baca.
536
00:35:19,120 --> 00:35:22,040
Terlalu sibuk dengan penggambaran
untuk menjaga anaknya.
537
00:35:28,920 --> 00:35:31,480
Adakah itu komen
atau artikel itu sendiri?
538
00:35:32,000 --> 00:35:33,000
Pentingkah?
539
00:35:39,280 --> 00:35:40,280
Betul cakap awak.
540
00:35:42,240 --> 00:35:43,520
Ini idea yang teruk.
541
00:35:58,240 --> 00:36:01,840
En. Smallwood tentu gembira
awak datang.
542
00:36:05,280 --> 00:36:06,840
Di mana dia?
543
00:36:09,160 --> 00:36:13,960
Saya tak pasti dia jangka awak
datang dengan begitu bersemangat.
544
00:36:14,080 --> 00:36:18,240
Ada saya suruh awak gunakan
anak saya sebagai alat?
545
00:36:19,640 --> 00:36:21,400
- "Tak cukup bagus."
- Apa?
546
00:36:21,520 --> 00:36:23,200
- "Lawan balik."
- Tak.
547
00:36:23,320 --> 00:36:26,560
- "Buat sesuatu."
- Ya, tapi bukan begitu.
548
00:36:26,680 --> 00:36:29,560
Jangan rasa terpaksa
untuk biar pintu terbuka, Nicky.
549
00:36:33,440 --> 00:36:38,440
Morgan, ini perang perhubungan awam.
Dia sedang menang, mengatasi awak.
550
00:36:38,560 --> 00:36:41,240
Saya rasa itu bukan tindakan
yang cukup bijak.
551
00:36:41,360 --> 00:36:43,400
Morgan, kami dengar awak datang.
552
00:36:43,520 --> 00:36:45,880
Saya harapkan lebih daripada apa
yang saya bayar.
553
00:36:46,480 --> 00:36:50,400
Selama ini awak berani cabar mereka,
sangka mereka akan mengalah.
554
00:36:50,520 --> 00:36:53,080
Menyerah. Tapi mereka tak mengalah.
Mereka tahu helah awak.
555
00:36:53,200 --> 00:36:55,520
Sekarang awak kena lawan mereka
di mahkamah.
556
00:36:55,640 --> 00:36:58,200
- Awak gementar.
- Morgan, kami tak sabar ke mahkamah.
557
00:36:58,320 --> 00:37:00,360
Kalau begitu, teruskan.
558
00:37:02,880 --> 00:37:04,480
Cari peguam bela yang bagus.
559
00:37:04,600 --> 00:37:06,400
Saya akan masuk
mesyuarat lembaga sekarang
560
00:37:06,520 --> 00:37:09,800
dengan semua orang tertanya-tanya
kenapa bos mereka dipertontonkan
561
00:37:09,920 --> 00:37:12,000
macam peserta rancangan realiti.
562
00:37:12,640 --> 00:37:15,640
Jadi, awak tak nak
ambil semula kelebihan?
563
00:37:17,320 --> 00:37:18,840
Amaran terakhir.
564
00:37:22,920 --> 00:37:23,920
Teruskan.
565
00:37:33,040 --> 00:37:35,760
Senarai aset itu.
Kunci, cetak dan hantar.
566
00:37:35,880 --> 00:37:37,479
Beritahu mereka,
bagi kita ini sudah selesai.
567
00:37:37,480 --> 00:37:39,200
Okey.
568
00:37:42,520 --> 00:37:44,600
SENARAI ASET
CETAK
569
00:37:50,960 --> 00:37:52,000
PENTING
570
00:37:52,120 --> 00:37:56,199
Sepanjang kerjaya saya,
sepanjang hidup dewasa saya
571
00:37:56,200 --> 00:37:57,360
saya hidup di khalayak ramai.
572
00:38:00,120 --> 00:38:03,760
Sentiasa berdepan dengan komen,
penghakiman dan kritikan.
573
00:38:11,320 --> 00:38:12,680
Awak nak tahu sesuatu?
574
00:38:15,240 --> 00:38:16,560
Saya tak boleh lakukannya lagi.
575
00:38:18,080 --> 00:38:19,360
Saya tak boleh. Maafkan saya.
576
00:38:21,280 --> 00:38:23,320
Carla, semua itu masuk akal.
577
00:38:23,920 --> 00:38:26,720
Saya rasa Nick patut ada
untuk dengar apa saya nak cakap.
578
00:38:47,640 --> 00:38:48,720
Mana semua orang?
579
00:38:51,240 --> 00:38:52,960
Macam mana dengan mesyuarat
lembaga pengarah?
580
00:38:54,960 --> 00:38:58,040
Morgan, ada seseorang
yang kami nak awak jumpa.
581
00:38:58,160 --> 00:38:59,480
Dia terbang ke sini malam tadi.
582
00:39:01,280 --> 00:39:04,240
Jangan cakap itu Michael Ancker.
Dia ada di sini?
583
00:39:05,000 --> 00:39:07,720
- Dengar apa yang dia nak cakap.
- Morgan.
584
00:39:08,440 --> 00:39:09,640
Gembira bertemu awak.
585
00:39:12,320 --> 00:39:15,520
Saya difahamkan Gillian dan Eric
akan biarkan kita berbincang.
586
00:39:22,520 --> 00:39:23,720
Saya peminat setia.
587
00:39:24,720 --> 00:39:26,400
Kalaulah saya boleh cakap yang sama.
588
00:39:28,640 --> 00:39:30,920
Saya tak tahu macam mana
ia sampai ke tahap ini.
589
00:39:31,040 --> 00:39:33,840
Saya tahu apa yang berlaku
dan macam mana setiap hal berkait.
590
00:39:33,960 --> 00:39:37,879
Tapi saya tak faham
macam mana awak boleh mula bercinta
591
00:39:37,880 --> 00:39:39,360
dan akhirnya terperangkap.
592
00:39:39,480 --> 00:39:42,840
Sangat memalukan. Masing-masing tekad
nak musnahkan satu sama lain.
593
00:39:43,880 --> 00:39:46,560
Sebab itulah saya tak boleh buat.
594
00:39:46,680 --> 00:39:48,560
Saya tak boleh ke mahkamah.
Maafkan saya.
595
00:39:49,160 --> 00:39:50,760
Saya tak boleh lakukannya
kepada Gabe.
596
00:39:52,080 --> 00:39:54,119
Apabila syarikat begini
berhenti berkembang, Morgan
597
00:39:54,120 --> 00:39:55,840
itu masalah besar.
598
00:39:56,480 --> 00:39:59,480
Apabila kebenaran tentang CEO
mula didedahkan di khalayak ramai...
599
00:39:59,600 --> 00:40:02,360
- Kebenaran?
- Kawan, itu satu krisis.
600
00:40:04,120 --> 00:40:05,320
Morgan.
601
00:40:06,880 --> 00:40:09,720
Sama ada bekas isteri awak
serang perniagaan awak atau saya.
602
00:40:10,720 --> 00:40:13,480
Saya boleh buat begitu
tanpa menjejaskan kekayaan awak.
603
00:40:13,600 --> 00:40:14,720
Awak telah diperdaya.
604
00:40:15,400 --> 00:40:18,920
Saya tak boleh jual kepada sesiapa.
Ada perintah mahkamah.
605
00:40:19,040 --> 00:40:20,720
Itu tak menghalang awak
daripada menetapkan harga.
606
00:40:22,160 --> 00:40:23,760
Dulu duit tak penting.
607
00:40:25,000 --> 00:40:27,080
Semuanya begitu mudah pada awalnya.
608
00:40:28,560 --> 00:40:32,280
Saya penat, dia serabut,
tapi kami ada satu sama lain.
609
00:40:32,880 --> 00:40:35,000
Kami habiskan sebulan di kotej saya.
610
00:40:36,040 --> 00:40:41,720
Kami bahagia, kami makan makanan
yang sedap, baca puisi.
611
00:40:43,600 --> 00:40:44,600
Apa ayatnya?
612
00:40:46,360 --> 00:40:49,879
Memanggil bayu lembut Zephyr.
613
00:40:49,880 --> 00:40:52,360
Yang menghembus titisan embun
dari mawar.
614
00:40:55,320 --> 00:40:57,000
Dari situlah saya dapat nama itu.
615
00:40:57,720 --> 00:41:01,520
Ketika saya bacakan puisi itu.
Dia tak tahu pun apa itu Zephyr.
616
00:41:01,640 --> 00:41:04,240
Maaf, saya cuma nak pastikan sesuatu.
617
00:41:04,360 --> 00:41:07,680
Nama "Zephyr" itu idea awak?
618
00:41:08,720 --> 00:41:09,720
Ya.
619
00:41:12,800 --> 00:41:14,040
Carla.
620
00:41:14,600 --> 00:41:17,680
Ini syarikat awak.
Jangan biar dia merampasnya.
621
00:41:18,320 --> 00:41:20,800
Kita tetapkan harga sekarang.
622
00:41:21,360 --> 00:41:24,000
Pasaran mengatakan Zephyr
bernilai satu bilion.
623
00:41:25,000 --> 00:41:28,320
Saya tawarkan dua bilion.
Paun sterling.
624
00:41:29,960 --> 00:41:32,119
Saya simpan duit itu
di tempat selamat
625
00:41:32,120 --> 00:41:34,360
yang peguam Carla tak boleh akses.
626
00:41:35,800 --> 00:41:37,480
Dua bilion, Morgan.
627
00:41:38,280 --> 00:41:39,320
Dijamin.
628
00:41:40,800 --> 00:41:41,840
Awak kembali dalam permainan.
629
00:41:42,840 --> 00:41:44,760
Kalau awak bina Zephyr bersama,
jadi itu...
630
00:41:44,880 --> 00:41:46,680
- Itu hasil perkahwinan.
- Ya.
631
00:41:46,800 --> 00:41:50,360
Kita bawa itu ke mahkamah, Carla
dan kita boleh dapat separuh.
632
00:41:50,480 --> 00:41:51,760
Separuh daripada apa sahaja
yang dia dapat.
633
00:41:52,360 --> 00:41:54,439
Buat begitu sekarang
dan ia akan hilang.
634
00:41:54,440 --> 00:41:56,120
Duit berada di tempat
yang dia tak boleh dapatkannya.
635
00:41:56,720 --> 00:41:59,000
Disimpan rapi. Dijamin.
636
00:42:00,320 --> 00:42:03,760
Saya tahu awak nak lindungi diri awak
dan anak awak daripada dinilai.
637
00:42:03,880 --> 00:42:05,880
Kami faham.
638
00:42:06,000 --> 00:42:09,200
Tapi kalau awak boleh cari keazaman
untuk terus berjuang
639
00:42:09,320 --> 00:42:11,840
awak boleh lindungi masa depannya.
640
00:42:11,960 --> 00:42:14,000
- Masa hadapan Gabe.
- Serta masa hadapan awak.
641
00:42:18,960 --> 00:42:20,080
Apa pendapat awak?
642
00:42:27,600 --> 00:42:28,800
Saya setuju.
643
00:42:29,640 --> 00:42:30,920
Saya...
644
00:42:33,600 --> 00:42:34,720
tak setuju.
645
00:42:36,960 --> 00:42:38,200
Saya kata, mari lakukannya.
646
00:42:38,960 --> 00:42:40,080
Saya kata
647
00:42:40,560 --> 00:42:43,080
keluar dari pejabat saya.
648
00:42:46,640 --> 00:42:47,840
Carla sedang mengangguk.
649
00:42:47,960 --> 00:42:50,800
- Carla mengangguk.
- Semua orang mengangguk.
650
00:43:01,240 --> 00:43:03,040
PENTING, CATHCARTS DAN ANAK-ANAK
651
00:43:08,120 --> 00:43:10,720
Hei, Johnny. Apa kami cakap
tentang awak dan klien?
652
00:43:12,280 --> 00:43:13,520
Takkan berlaku.
653
00:43:17,360 --> 00:43:19,080
Hei, saya ingat
kita dah keluarkannya?
654
00:43:20,280 --> 00:43:23,120
Molly, ini senarai aset
dari Cathcarts.
655
00:43:23,240 --> 00:43:24,520
Ada "Ferrari Testarossa."
656
00:43:24,640 --> 00:43:26,440
- Bukankah awak...
- Saya dah keluarkannya.
657
00:43:28,080 --> 00:43:30,400
Serena marah saya,
jadi saya dah buang dari senarai.
658
00:43:32,800 --> 00:43:33,800
Saya dah buang.
659
00:43:34,520 --> 00:43:37,680
Saya tahu. Jadi macam mana
Cathcarts boleh dapat perkataan itu?