1
00:00:08,440 --> 00:00:10,120
Peringkat akhir timbang tara.
2
00:00:10,240 --> 00:00:11,800
Kalau tak, kita ke mahkamah?
3
00:00:11,920 --> 00:00:15,400
Ya, tapi ingat. Kita ada kelebihan.
4
00:00:21,560 --> 00:00:22,840
- Hai.
- Selamat pagi.
5
00:00:22,960 --> 00:00:24,520
- Hai.
- Hai. Selamat pagi.
6
00:00:25,160 --> 00:00:27,600
- Serena Byrne.
- Ya.
7
00:00:27,720 --> 00:00:29,120
Awak di tingkat satu.
8
00:00:29,240 --> 00:00:32,640
Rasa pelik kembali ke sini.
Siapa nama awak?
9
00:00:32,760 --> 00:00:34,880
- Mandy. Ya.
- Mandy.
10
00:00:35,000 --> 00:00:36,960
Saya pernah bekerja di sini
selama enam tahun.
11
00:00:37,080 --> 00:00:39,760
Rasa macam tak percaya
dapat kembali ke sini.
12
00:00:39,880 --> 00:00:41,720
Baguslah mereka
dah ubah suai ruang legar.
13
00:00:41,840 --> 00:00:44,760
Itu sebenarnya antara perkara
yang saya cadangkan.
14
00:00:44,880 --> 00:00:46,840
Gembira bertemu awak lagi.
15
00:00:46,960 --> 00:00:47,960
- Selamat tinggal.
- Selamat tinggal.
16
00:00:50,600 --> 00:00:51,920
Tak sabar untuk hari ini.
17
00:00:52,040 --> 00:00:53,279
- Ya.
- Betul.
18
00:00:53,280 --> 00:00:54,960
Perjanjian perkahwinan
dah dibatalkan.
19
00:00:55,280 --> 00:00:57,160
Saya rasa kita dalam keadaan baik.
20
00:00:57,280 --> 00:01:02,000
St. John mengetuai pasukan mereka.
Jadi awak berdepan dengan dia.
21
00:01:22,720 --> 00:01:25,200
Betul. Itulah yang saya cakap.
22
00:01:25,320 --> 00:01:27,920
Nick, jom kita ulang kaji semula
sebelum kita masuk.
23
00:01:28,040 --> 00:01:30,520
Penilai harta menganggarkan
nilai hartanah sebanyak 100,000,000
24
00:01:30,720 --> 00:01:32,120
pelaburan dan dana pencen
sebanyak 50,000,000.
25
00:01:32,240 --> 00:01:35,760
Lagi 50,000,000 untuk aset-aset lain,
termasuk karya seni.
26
00:01:35,880 --> 00:01:37,520
Morgan memang cenderung
kepada aliran Kubisme
27
00:01:37,640 --> 00:01:39,440
Ekspresionisme, apa sahaja karya
dari awal abad ke-20.
28
00:01:39,560 --> 00:01:42,520
- Atau pembelinya.
- Tepat sekali.
29
00:01:43,720 --> 00:01:45,520
Jumlahnya sekitar 300,000,000.
30
00:01:45,640 --> 00:01:47,720
- Ya.
- Separuh akan menjadi milik kita.
31
00:01:47,840 --> 00:01:49,600
Itu jelas sekali. Tapi...
32
00:01:49,720 --> 00:01:51,160
Zephyr masih belum dapat dijangka.
33
00:01:51,280 --> 00:01:53,079
Nilainya tak seberapa
semasa mereka berkahwin, tapi...
34
00:01:53,080 --> 00:01:54,200
Selepas itu nilainya melambung.
35
00:01:54,320 --> 00:01:55,800
Jadi berapa jumlahnya?
36
00:01:56,560 --> 00:01:58,439
Macam yang saya beritahu Serena
37
00:01:58,440 --> 00:02:01,160
jumlah keseluruhan yang patut diminta
hari ini ialah setengah bilion.
38
00:02:02,480 --> 00:02:03,480
Paun sterling.
39
00:02:04,600 --> 00:02:07,119
Sebab itulah klien kita
begitu gembira.
40
00:02:07,120 --> 00:02:10,280
- St. John mengetuai pihak mereka.
- Ya, saya dah tahu. Terima kasih.
41
00:02:18,640 --> 00:02:19,720
Penyanyi.
42
00:02:20,920 --> 00:02:21,920
"Penyanyi"?
43
00:02:23,160 --> 00:02:25,400
Saya dan Nick pernah bekerja
di Borthwicks beberapa tahun lalu.
44
00:02:25,520 --> 00:02:29,320
Nama panggilannya, Penyanyi.
Saya baru teringat pagi tadi.
45
00:02:29,440 --> 00:02:32,800
Saya patut sebut
nama panggilan awak, St. John.
46
00:02:32,920 --> 00:02:34,120
Silakan.
47
00:02:35,040 --> 00:02:38,560
Tapi tak perlulah
kita buat begitu sekarang, bukan?
48
00:02:38,680 --> 00:02:40,040
Atau sebab memang tak ada?
49
00:02:40,160 --> 00:02:42,880
Susah nak ingat sesuatu
yang tak wujud.
50
00:02:43,000 --> 00:02:44,040
Memang wujud.
51
00:02:47,600 --> 00:02:48,600
Boleh saya mulakan
52
00:02:48,760 --> 00:02:50,560
dengan berterima kasih
kepada pasukan Cathcarts
53
00:02:50,680 --> 00:02:54,000
kerana mengemukakan
titik permulaan baru
54
00:02:54,120 --> 00:02:55,920
selepas perjanjian
praperkahwinan itu dibatalkan.
55
00:02:56,040 --> 00:02:57,520
- Tak begitu?
- Betul.
56
00:02:57,640 --> 00:02:59,720
50 peratus daripada nilai bersih
harta klien kami.
57
00:03:15,960 --> 00:03:19,960
Saya mahu jelaskan dengan tegas
58
00:03:20,560 --> 00:03:24,720
bahawa kami membantah jumlah
yang tidak munasabah ini.
59
00:03:24,840 --> 00:03:25,840
Berapa jumlahnya?
60
00:03:25,960 --> 00:03:30,160
Nilai ini seolah-olah merujuk
kepada tabung wang kecil klien awak
61
00:03:31,040 --> 00:03:32,160
bukannya...
62
00:03:33,360 --> 00:03:36,560
Keseluruhan aset
yang telah dikumpulkannya.
63
00:03:36,680 --> 00:03:38,279
Ia merujuk kepada
64
00:03:38,280 --> 00:03:41,760
aset yang telah dipersetujui
dan disenaraikan dalam pendedahan.
65
00:03:46,720 --> 00:03:49,680
Kalau ada masalah,
cakap sahaja, Penyanyi.
66
00:03:49,800 --> 00:03:52,160
Bukankah itu
yang kita semua cuba lakukan?
67
00:03:55,680 --> 00:03:57,520
En. Taylor, silakan.
68
00:04:01,480 --> 00:04:03,600
Kami sama sekali...
69
00:04:14,400 --> 00:04:16,400
tak boleh meneruskan perkara ini
70
00:04:16,520 --> 00:04:19,200
sehingga diberi masa untuk
meneliti dan mempersoalkan angka ini.
71
00:04:20,240 --> 00:04:22,080
TAWARAN KEWANGAN: 45,000,000
(PAUN STERLING)
72
00:04:24,440 --> 00:04:25,800
Berapa jumlahnya?
73
00:04:26,560 --> 00:04:29,640
Saya nak ingatkan semua pihak,
sekiranya proses ini gagal
74
00:04:29,760 --> 00:04:33,200
kita tiada pilihan selain meneruskan
perkara ini ke perbicaraan.
75
00:05:28,360 --> 00:05:30,680
- 45,000,000?
- Saya tahu.
76
00:05:33,320 --> 00:05:34,880
45,000,000?
77
00:05:37,880 --> 00:05:39,280
Jangan bawa saya ke sini.
78
00:05:39,400 --> 00:05:42,080
Kalau tahu saya marah,
jangan bawa saya ke tempat begini.
79
00:05:42,760 --> 00:05:44,680
Atau itu rancangannya?
Bawa dia ke perpustakaan.
80
00:05:44,800 --> 00:05:47,359
Halang dia daripada menengking kita
sebab dah buat kesilapan besar.
81
00:05:47,360 --> 00:05:49,040
Kami tak buat silap.
82
00:05:49,160 --> 00:05:51,320
- Awak kata setengah bilion.
- Saya tahu.
83
00:05:51,440 --> 00:05:54,520
- Itu sepuluh kali ganda jumlah ini.
- Saya tahu.
84
00:05:54,640 --> 00:05:57,800
- Berhenti cakap awak tahu.
- Itu tawaran yang mengarut.
85
00:05:57,920 --> 00:06:00,640
Tapi ini cuma...
Ini strategi rundingan biasa.
86
00:06:02,160 --> 00:06:03,960
Saya faham
jumlah wang itu sangat banyak.
87
00:06:04,080 --> 00:06:06,560
Tapi hakikatnya,
ini bukan pembahagian 50-50.
88
00:06:06,680 --> 00:06:09,159
Walaupun nilainya cuma
50 sen dan 50 sen
89
00:06:09,160 --> 00:06:11,000
kalau saya memiliki separuh
daripada perkongsian ini...
90
00:06:11,120 --> 00:06:12,479
Awak jangka jumlah
yang sama seperti Morgan?
91
00:06:12,480 --> 00:06:13,760
Kami setuju.
92
00:06:15,440 --> 00:06:16,480
Betul?
93
00:06:18,280 --> 00:06:21,480
Sudah tentu. Kami akan membantah
sekeras-kerasnya
94
00:06:21,600 --> 00:06:25,360
dan menjadikan
angka ini bahan ketawa.
95
00:06:25,480 --> 00:06:26,960
- Yakah?
- Awak tengoklah nanti.
96
00:06:27,080 --> 00:06:29,920
Bukan itu yang awak tunjukkan
dalam mesyuarat tadi.
97
00:06:30,600 --> 00:06:33,280
Kita lebih kepada gaya
"duduk terpinga-pinga."
98
00:06:39,640 --> 00:06:41,200
Nick, ada sedikit masalah.
99
00:06:41,880 --> 00:06:43,840
Hubungi saya secepat mungkin.
100
00:06:43,960 --> 00:06:46,080
Nasib baik awak tak pergi.
101
00:06:46,200 --> 00:06:48,880
Rasa macam pertandingan
nak tunjuk siapa lebih hebat.
102
00:06:49,000 --> 00:06:51,199
St. John cuba buktikan
dia paling berkuasa di bilik itu.
103
00:06:51,200 --> 00:06:52,320
Nick pula macam...
104
00:06:54,000 --> 00:06:55,000
Macam apa?
105
00:06:55,120 --> 00:06:58,360
Oh, Tuhan. Macam dia tertinggal
keyakinannya di rumah.
106
00:06:58,480 --> 00:06:59,800
Terima kasih. Tapi tak mengapa.
107
00:06:59,920 --> 00:07:03,120
Serendah mana pun tawaran mereka,
kedudukan kita tetap kukuh.
108
00:07:03,240 --> 00:07:06,480
Baiklah, mari kita semak semula
penilaian anggaran
109
00:07:06,600 --> 00:07:09,280
dan lihat kalau ada apa-apa
yang kita terlepas.
110
00:07:16,000 --> 00:07:17,960
Dah tak buat
kerja remeh sekarang, ya?
111
00:07:18,960 --> 00:07:21,400
Awak nak cari duit milik Morgan
yang disembunyikan di media sosial?
112
00:07:21,520 --> 00:07:24,280
Dia cuba bongkar rahsia Morgan
melalui apa yang dia tunjuk.
113
00:07:24,400 --> 00:07:25,720
Maaf. Kami dah cuba.
114
00:07:28,080 --> 00:07:31,760
Michael Ancker suka setiap hantaran
Morgan sepanjang bulan lepas.
115
00:07:31,880 --> 00:07:36,640
Tiada interaksi daripada Morgan
sehingga seminggu lalu.
116
00:07:37,760 --> 00:07:39,920
Gillian Pope,
Ketua Pegawai Kewangan Zephyr pula
117
00:07:40,040 --> 00:07:43,360
asyik memuji habis-habisan
hantaran Ancker.
118
00:07:46,120 --> 00:07:47,640
Awak rasa mereka akan jual?
119
00:07:49,040 --> 00:07:51,480
Tak, kalau dia buat begitu,
Carla dapat separuh.
120
00:07:51,600 --> 00:07:54,320
Awak patut beritahu Nick dan Serena.
Dia nak tahu semuanya.
121
00:07:54,440 --> 00:07:56,040
Mereka sedang minum dengan Carla.
122
00:07:56,160 --> 00:07:58,120
Ya, baiklah. Okey, jumpa nanti.
123
00:07:59,320 --> 00:08:01,480
Kami libatkan seluruh firma, Carla.
124
00:08:01,600 --> 00:08:04,080
Mereka bekerja sepanjang malam
supaya esok pagi
125
00:08:04,200 --> 00:08:06,560
saya janji, kita akan bongkar
penipuan mereka.
126
00:08:08,400 --> 00:08:09,600
Beritahu saya apa awak rasa.
127
00:08:11,400 --> 00:08:14,440
Kita minum wain biasa
di bar yang tak berapa bagus
128
00:08:15,200 --> 00:08:18,200
sementara pasukan Morgan bekerja
tanpa henti untuk kenakan saya.
129
00:08:19,840 --> 00:08:22,760
Saya agak kecewa.
130
00:08:23,960 --> 00:08:24,960
Dengan kamu berdua.
131
00:08:25,680 --> 00:08:27,600
Itu yang saya rasa sekarang.
132
00:08:30,360 --> 00:08:32,760
- Nak saya panggilkan kereta?
- Saya ada kereta.
133
00:08:33,960 --> 00:08:35,680
Saya cuma perlukan
perceraian yang baik.
134
00:08:44,520 --> 00:08:46,080
Apa masalah awak?
135
00:08:51,480 --> 00:08:52,760
Terima kasih.
136
00:08:56,160 --> 00:08:58,400
- Awak pun bekerja lebih masa?
- Salah seorang.
137
00:08:59,480 --> 00:09:01,960
- Jadi macam mana?
- Habislah awak.
138
00:09:06,440 --> 00:09:08,800
Awak okey terlepas parti itu?
Teman wanita awak tak marah?
139
00:09:09,280 --> 00:09:10,400
Saya yang bersalah.
140
00:09:10,520 --> 00:09:14,479
Tapi dia lupa saya tak tahu etika
orang kaya.
141
00:09:14,480 --> 00:09:16,080
Namun saya cuba juga.
142
00:09:16,200 --> 00:09:18,480
Jangan. Jangan cuba.
143
00:09:18,600 --> 00:09:20,520
Jangan berpura-pura jadi orang lain.
144
00:09:20,640 --> 00:09:23,000
- Kata seorang pelakon.
- Tak boleh tipu orang macam saya.
145
00:09:24,440 --> 00:09:26,040
Ya, tapi ada baik buruknya, bukan?
146
00:09:26,360 --> 00:09:28,280
Bukan semua orang dapat lihat
Carla Duval yang sebenar.
147
00:09:28,400 --> 00:09:29,840
Tapi apabila mereka nampak...
148
00:09:30,800 --> 00:09:32,280
Apa?
149
00:09:33,360 --> 00:09:35,160
Satu kejutan yang menyenangkan.
150
00:09:38,800 --> 00:09:42,040
Hati-hati. Ada orang ambil gambar
dengan telefon mereka.
151
00:09:49,200 --> 00:09:51,400
- Dia perlukan kepastian.
- Saya dah beri kepastian.
152
00:09:51,520 --> 00:09:53,280
Yakah? Tak perasan pula.
153
00:09:53,400 --> 00:09:56,280
- Kenapa awak begini?
- Kita hampir dipecat.
154
00:09:57,200 --> 00:10:00,720
Kalah kes besar pertama satu hal,
kehilangan klien pun satu hal.
155
00:10:00,840 --> 00:10:03,320
- Yang paling teruk, dia betul.
- Kita takkan hilang dia.
156
00:10:03,440 --> 00:10:07,040
Awak cuma duduk di situ,
biarkan St. John mempermainkan kita.
157
00:10:08,000 --> 00:10:10,560
Tawaran itu terlalu rendah.
Malah tak berbaloi.
158
00:10:10,680 --> 00:10:13,120
Beranikan diri lawan mereka.
159
00:10:13,240 --> 00:10:16,039
Kita tak boleh balas sebelum tahu
cara mereka rendahkan nilainya.
160
00:10:16,040 --> 00:10:19,240
Atau saya boleh ambil alih.
Sebab saya boleh buat kalau awak nak.
161
00:10:19,360 --> 00:10:21,240
Tukar sekarang,
nanti nampak sangat...
162
00:10:21,360 --> 00:10:23,080
Sangat apa? Sangat lemah?
163
00:10:24,600 --> 00:10:25,920
Oh, Tuhan.
164
00:10:26,040 --> 00:10:27,800
Michael minta saya maklumkan
165
00:10:27,920 --> 00:10:30,440
perkembangan terbaru tentang maklumat
yang kami dapat tentang Zephyr.
166
00:10:30,840 --> 00:10:31,880
Ya.
167
00:10:32,000 --> 00:10:35,040
Terima kasih, Johnny.
Beritahu Nick, saya nak balik.
168
00:10:39,360 --> 00:10:42,440
Oh, ya. Bernard minta awak kembali
ke pejabat selepas ini.
169
00:10:50,640 --> 00:10:53,640
- Gelas kecil?
- Saya tak minum. Dia sahaja.
170
00:10:53,760 --> 00:10:55,360
Saya perlu jumpa Cathy.
171
00:10:56,760 --> 00:10:58,880
Saya minum sebab kita dah menang.
172
00:10:59,000 --> 00:11:01,280
Pengintip kita beri maklumat terbaru.
173
00:11:02,400 --> 00:11:05,400
Mereka dalam keadaan kelam-kabut.
Bertelagah sesama sendiri.
174
00:11:05,520 --> 00:11:09,120
Mak marah ayah
sebab ayah buat kerja dengan teruk.
175
00:11:09,240 --> 00:11:12,000
Jadi apa maksudnya?
Mereka mungkin akan bersetuju?
176
00:11:12,120 --> 00:11:14,080
- Bosannya.
- Saya nak mereka setuju.
177
00:11:14,240 --> 00:11:17,040
- Awak sangat membosankan.
- Asalkan tawarannya bagus.
178
00:11:17,360 --> 00:11:19,320
Saya cakap begitu, St. John,
sebab ada sesuatu yang tak kena.
179
00:11:20,040 --> 00:11:23,240
Perjanjian praperkahwinan dibatalkan.
Mereka tiba dengan bersemangat.
180
00:11:23,600 --> 00:11:26,120
Tiba-tiba, tawaran pembukaan
yang mengarut...
181
00:11:26,240 --> 00:11:28,480
- Mengarut?
- ...membuatkan mereka terkejut.
182
00:11:28,760 --> 00:11:30,680
Kita pun fikir
mereka lebih bijak daripada itu.
183
00:11:31,080 --> 00:11:34,520
Saya tak mahu kita terperangkap
dengan helah mereka.
184
00:11:34,640 --> 00:11:37,040
- Tentu ada lebih daripada ini.
- Memang ada.
185
00:11:37,160 --> 00:11:39,279
Nicholas tak boleh pandang
muka St. John.
186
00:11:39,280 --> 00:11:42,000
Disebabkan situasi "Penyanyi" ini.
187
00:11:43,040 --> 00:11:45,320
Semasa Taylor mula-mula jadi peguam
188
00:11:46,040 --> 00:11:48,520
saya dan Fiona Rose-Macklin
minta dia uruskan kes yang mencabar.
189
00:11:48,640 --> 00:11:50,880
Minta dia bentangkan
kepada salah satu klien terbesar.
190
00:11:51,000 --> 00:11:52,400
Ini berlaku di Borthwicks?
191
00:11:52,760 --> 00:11:55,040
Dia fikir itu pertemuan empat mata.
192
00:11:55,160 --> 00:11:58,880
Tapi apabila klien muncul,
seluruh lembaga pengarah bersamanya.
193
00:11:59,000 --> 00:12:02,920
Nick terus gelabah.
Mula cakap merapu, tergagap-gagap.
194
00:12:03,040 --> 00:12:04,759
Dia tak dapat bercakap dengan lancar
195
00:12:04,760 --> 00:12:07,320
dan ini berlaku
selama beberapa bulan.
196
00:12:07,880 --> 00:12:13,920
Akhirnya, Fiona cari jurulatih vokal
menggunakan teknik menyanyi.
197
00:12:14,840 --> 00:12:17,280
- Menyanyi?
- Menyanyi untuk atasi gagap.
198
00:12:17,760 --> 00:12:19,040
Sebab itu dia digelar begitu.
199
00:12:19,160 --> 00:12:20,520
Awak tak pernah
biarkan dia lupakannya.
200
00:12:20,640 --> 00:12:24,840
Tak, saya cuma ingatkan dia.
Itu tak sama.
201
00:12:25,920 --> 00:12:29,160
- Itu membuli.
- Jangan cakap macam itu teruk.
202
00:12:29,280 --> 00:12:32,200
Maksudnya dia teringat kembali
dan itu bagus untuk kita.
203
00:12:32,320 --> 00:12:34,520
Kita harap esok juga sama.
204
00:12:39,160 --> 00:12:41,240
Tutup lampu saya apabila awak pergi.
205
00:12:42,560 --> 00:12:45,520
Dia memang macam itu.
Periksa semuanya sehingga tiga kali.
206
00:12:45,920 --> 00:12:49,200
Kalau-kalau kita tak mendahului.
Saya rasa itu tabiat yang baik.
207
00:12:49,320 --> 00:12:52,960
"Dengan hanya memberi perhatian,
kita boleh pergi jauh."
208
00:12:53,960 --> 00:12:55,960
- Siapa, ya?
- Keanu Reeves.
209
00:13:09,560 --> 00:13:11,560
Keadaan lebih teruk
daripada sangkaan saya.
210
00:13:11,680 --> 00:13:14,960
Kos gaji tinggi,
pejabat pula bukannya murah
211
00:13:15,520 --> 00:13:17,160
dan kita tak terima kes baru.
212
00:13:17,280 --> 00:13:19,360
Kes Carla guna
seluruh masa dan tenaga kita.
213
00:13:19,480 --> 00:13:21,040
Kes itu perlu diselesaikan.
214
00:13:21,160 --> 00:13:23,640
Tapi kita perlu menang.
Itu yang kita perlukan, Bernard.
215
00:13:23,760 --> 00:13:26,960
Saya rasa awak tak faham
kedudukan kita sekarang.
216
00:13:27,080 --> 00:13:29,280
Betapa teruknya keadaan ini.
217
00:13:29,400 --> 00:13:31,400
Semua orang dalam bangunan ini
sedang kendalikan kes Duval.
218
00:13:31,520 --> 00:13:33,679
Jadi sama ada
kita perbaiki keadaan dan menang
219
00:13:33,680 --> 00:13:36,280
atau ia akan semakin teruk
dan kita dipecat
220
00:13:36,400 --> 00:13:38,760
sebab keadaan begini
tak boleh berterusan.
221
00:13:40,040 --> 00:13:41,040
Seteruk mana?
222
00:13:41,160 --> 00:13:44,440
Awak dah tak mampu
bayar saya pun bulan depan.
223
00:13:58,840 --> 00:14:00,000
Semua yang Michael jumpa
224
00:14:00,120 --> 00:14:02,320
ringkaskan dalam e-mel
dan hantar kepada pasukan.
225
00:14:02,440 --> 00:14:04,680
Saya nak semua tahu apa
yang akan saya ketengahkan esok.
226
00:14:04,800 --> 00:14:06,760
Nak saya buat sekarang?
227
00:14:06,880 --> 00:14:09,680
- Kalau awak tak kisah, Saeed.
- Ya.
228
00:14:13,440 --> 00:14:16,280
Empat tahun belajar undang-undang
dan akhirnya cuma jadi kuli bos.
229
00:14:16,400 --> 00:14:18,880
Setidaknya awak dah jadi kuli.
Cuba bayangkan saya.
230
00:14:19,480 --> 00:14:22,440
Bekerja sekeras ini
dengan harapan dapat jadi kuli.
231
00:14:22,560 --> 00:14:25,040
Saya tak kisah pun buat semua ini.
Cuma dia tak pandang saya.
232
00:14:25,160 --> 00:14:26,240
Dia pandanglah.
233
00:14:28,800 --> 00:14:31,200
Hei, ada sekumpulan staf syarikat
yang keluar lepak setiap Khamis.
234
00:14:31,800 --> 00:14:33,519
Tak boleh.
Saya dah janji dengan Phillip
235
00:14:33,520 --> 00:14:35,120
nak pilih rumah
yang kami nak tengok nanti.
236
00:14:35,240 --> 00:14:38,320
Wah. Awak nak pindah
ke pinggir bandar dan mula berkebun?
237
00:14:41,720 --> 00:14:43,800
Datanglah minum
selepas habis buat nota itu.
238
00:14:45,520 --> 00:14:48,520
Pembantu Michael Ancker pun ada.
Bukan pembantu sebenarnya.
239
00:14:48,640 --> 00:14:50,680
Tapi pembantu kepada pembantunya
yang bekerja di pejabat London.
240
00:14:50,800 --> 00:14:53,040
Dia sangat kacak.
241
00:14:53,160 --> 00:14:56,520
- Itu tak relevan.
- Mestilah tak.
242
00:15:00,680 --> 00:15:02,240
- Selamat tinggal.
- Selamat tinggal.
243
00:15:11,280 --> 00:15:13,520
Kami perlukan semua kertas kerja
yang awak boleh dapat.
244
00:15:13,640 --> 00:15:17,040
Penyata bank, bukti alamat,
apa sahaja yang awak boleh cari.
245
00:15:17,160 --> 00:15:19,080
- Saya baru sampai.
- Bagus.
246
00:15:20,160 --> 00:15:23,240
Steven ada dengan saya.
Kami uruskan hal ini sepanjang hari.
247
00:15:23,360 --> 00:15:24,600
Dah sampai mana?
248
00:15:25,920 --> 00:15:28,160
Sedang diusahakan. Perlahan-lahan.
249
00:15:28,280 --> 00:15:30,520
Kenapa lama sangat?
250
00:15:30,640 --> 00:15:33,200
Awak pindahkan saham bernilai
jutaan paun kepada rakan
251
00:15:33,320 --> 00:15:34,880
supaya isteri awak tak dapat wang itu
252
00:15:35,560 --> 00:15:37,880
bukannya hantar 50 paun
sebagai hadiah hari jadi saya.
253
00:15:40,840 --> 00:15:42,720
Saya tahu cara
untuk cepatkan urusan ini.
254
00:15:42,840 --> 00:15:44,320
Datang ke pejabat
255
00:15:44,440 --> 00:15:47,000
dan tandatangan dokumen
yang kami dah lama tunggu.
256
00:15:47,120 --> 00:15:48,560
Atau kami boleh pergi jumpa awak.
257
00:15:53,840 --> 00:15:54,840
Morgan?
258
00:15:55,760 --> 00:15:56,960
Saya telefon awak semula.
259
00:16:50,560 --> 00:16:51,920
Awak okey?
260
00:16:58,480 --> 00:17:00,760
Boleh kita pergi minum
kalau awak ada berdekatan rumah?
261
00:17:15,400 --> 00:17:18,240
Saya di seberang bandar. Maaf.
262
00:17:42,080 --> 00:17:44,680
Oh Tuhan. Biar betul. Awak datang!
263
00:17:44,800 --> 00:17:46,360
- Hai.
- Hai.
264
00:17:46,480 --> 00:17:47,800
Semua, ini Saeed.
265
00:17:47,920 --> 00:17:49,200
- Hai.
- Hai.
266
00:17:49,320 --> 00:17:52,240
Dia junior macam saya
dan dia tak mabuk.
267
00:17:52,360 --> 00:17:53,920
Jadi beri dia minuman.
268
00:17:55,440 --> 00:17:57,480
Yang mana satu pembantu Ancker?
269
00:17:57,600 --> 00:17:59,400
Awak tak nak tahu.
270
00:18:00,280 --> 00:18:01,400
Dia tak ada di sini pun.
271
00:18:04,000 --> 00:18:06,480
- Awak nak yang mana?
- Dua-dua saya tak nak.
272
00:18:07,200 --> 00:18:08,480
Oh, Tuhan.
273
00:18:12,360 --> 00:18:13,560
Ya.
274
00:18:15,840 --> 00:18:17,560
- Bagus.
- Apa di dalamnya?
275
00:18:38,440 --> 00:18:40,360
- Saya nak pergi ambil minuman.
- Okey.
276
00:18:45,800 --> 00:18:46,800
Nah.
277
00:19:03,160 --> 00:19:04,160
Minum.
278
00:19:10,720 --> 00:19:11,720
Helo.
279
00:19:14,760 --> 00:19:18,440
Budak Taylor rupanya.
Keluar berseronok selepas kerja.
280
00:19:18,560 --> 00:19:22,200
Kalau boleh buat awak rasa lega,
lelaki itu nampak menyebalkan.
281
00:19:22,800 --> 00:19:24,080
Apa?
282
00:19:24,680 --> 00:19:26,160
Maksud saya, awak tak perlu risau.
283
00:19:26,280 --> 00:19:29,120
Kalau orang tak nampak
kelebihan awak.
284
00:19:30,200 --> 00:19:32,440
Tak. Maksud saya, tolong ke tepi.
285
00:19:49,120 --> 00:19:51,600
Molly!
286
00:19:51,720 --> 00:19:53,880
Awak takkan percaya
siapa yang saya baru nampak.
287
00:19:54,000 --> 00:19:56,839
Ini Saeed.
Kami bekerja bersama. Ini Noah.
288
00:19:56,840 --> 00:19:58,520
Lelaki yang saya ceritakan itu.
289
00:19:59,520 --> 00:20:01,800
Awak juga bekerja untuk bos
yang tak menghargai awak.
290
00:20:01,920 --> 00:20:04,320
Adakah itu begitu ketara?
291
00:20:04,440 --> 00:20:05,720
Tak, saya cuma...
292
00:20:06,960 --> 00:20:09,560
Rasa macam kita pernah berjumpa.
Harap tak peliklah.
293
00:20:10,200 --> 00:20:12,000
Tak, saya suka.
294
00:20:12,720 --> 00:20:13,840
Saya kena pergi.
295
00:20:13,960 --> 00:20:16,960
- Yakah?
- Ya. Sama-sama, tak guna.
296
00:20:17,080 --> 00:20:18,080
- Selamat tinggal.
- Jumpa nanti.
297
00:20:18,200 --> 00:20:19,200
Selamat tinggal.
298
00:20:21,760 --> 00:20:24,000
- Jadi awak seorang peguam?
- Ya.
299
00:20:24,760 --> 00:20:27,920
- Itu agak hebat.
- Tak juga, tapi...
300
00:20:28,760 --> 00:20:29,760
Terima kasih.
301
00:20:30,480 --> 00:20:32,880
- Boleh beri saya rokok?
- Boleh.
302
00:20:43,040 --> 00:20:44,440
- Pergi...
- Maaf, semua.
303
00:20:46,880 --> 00:20:47,880
Betul.
304
00:20:49,920 --> 00:20:50,920
Okey.
305
00:20:53,960 --> 00:20:56,840
Tunggu.
Awak tak suka berkebun, bukan?
306
00:20:56,960 --> 00:20:58,520
Itu kiasan?
307
00:20:58,640 --> 00:21:00,560
Tak. Betul-betul berkebun.
308
00:21:00,680 --> 00:21:03,920
- Saya tak ada komen tentang itu.
- Bagus. Saya pun.
309
00:21:06,640 --> 00:21:07,960
Kita ambil ini.
310
00:21:08,080 --> 00:21:10,600
Tak nak.
Saya kena berjaga sepanjang malam.
311
00:21:10,720 --> 00:21:12,920
Jangan risau, awak akan berjaga juga.
312
00:22:35,040 --> 00:22:36,400
Awak pasti bergurau.
313
00:22:37,120 --> 00:22:40,200
Kita takkan setuju.
Bukan dengan jumlah yang rendah.
314
00:22:40,320 --> 00:22:42,680
Kita sedang tenat dari segi kewangan.
315
00:22:42,800 --> 00:22:45,600
- Awak risau Carla akan pecat kita.
- Dia takkan pecat kita.
316
00:22:45,720 --> 00:22:48,560
- Jadi kenapa cakap begitu?
- Sebab saya nak lawan, Nicky.
317
00:22:48,680 --> 00:22:51,480
Itu yang saya nak.
Saya nak menang, bukan mengalah.
318
00:22:51,600 --> 00:22:53,480
Tak semestinya perlu nampak begitu.
319
00:22:53,600 --> 00:22:56,320
- Yakah? Sebab saya rasa begitu.
- Awak seorang peguam.
320
00:22:56,440 --> 00:22:58,160
- Jadi?
- Jadi perasaan awak tak penting.
321
00:22:58,280 --> 00:23:01,160
Kita capai persetujuan. Proaktif.
Sesuatu yang menguntungkan Carla.
322
00:23:01,280 --> 00:23:04,360
Bukan setengah bilion,
memang tak mungkin sebanyak itu.
323
00:23:04,480 --> 00:23:06,880
Tapi tetap lebih baik
daripada perjanjian praperkahwinan.
324
00:23:07,000 --> 00:23:09,800
Carla dan Morgan sama-sama menang
dan masalah kita dapat diselesaikan.
325
00:23:09,920 --> 00:23:11,800
Ini kes besar pertama kita.
326
00:23:11,920 --> 00:23:14,760
Ini satu-satunya kes kita
kalau kita teruskan.
327
00:23:15,440 --> 00:23:17,839
Bukan itu sebabnya
kita tubuhkan firma ini.
328
00:23:17,840 --> 00:23:19,240
Bukan itu yang Carla layak dapat.
329
00:23:19,360 --> 00:23:22,600
Carla tak boleh tentukannya!
330
00:23:22,720 --> 00:23:26,600
Tak. Memang tak boleh.
Sebab itu dia bergantung kepada kita.
331
00:23:36,560 --> 00:23:37,880
Saya serius, Nick.
332
00:23:39,440 --> 00:23:41,960
Jadi lebih tegas. Kawal keadaan ini.
333
00:23:42,080 --> 00:23:46,080
Lupakan tentang perjumpaan semula
antara awak dan St. John.
334
00:23:46,200 --> 00:23:49,000
Menangi kes ini.
Letak jumlah yang munasabah.
335
00:23:49,120 --> 00:23:50,640
Tiada apa lagi nak dibincangkan.
336
00:24:10,840 --> 00:24:12,360
- Selamat pagi.
- Selamat pagi.
337
00:24:20,480 --> 00:24:22,960
Baiklah. Semua dah ada.
338
00:24:23,080 --> 00:24:24,520
Kecuali...
339
00:24:24,640 --> 00:24:26,280
Kecuali klien kita.
340
00:24:26,400 --> 00:24:28,039
Mungkin mereka dah putus asa
dengan kita semua
341
00:24:28,040 --> 00:24:30,040
dan buat timbang tara sendiri.
342
00:24:32,480 --> 00:24:34,560
Okey. Tidak.
343
00:24:38,560 --> 00:24:39,560
Terima kasih.
344
00:24:51,720 --> 00:24:52,960
Tunggu sekejap.
345
00:25:08,400 --> 00:25:09,400
Satu soalan.
346
00:25:10,960 --> 00:25:12,040
Kenapa semasa tayangan perdana itu?
347
00:25:13,520 --> 00:25:14,720
Malam penting saya.
348
00:25:15,800 --> 00:25:17,360
Kenapa kejam sangat?
349
00:25:18,160 --> 00:25:20,600
Itu idea mereka, bukan saya.
350
00:25:23,360 --> 00:25:25,640
Jadi mereka paksa awak
ikut sahaja, begitu?
351
00:25:31,560 --> 00:25:32,640
Selamat pagi.
352
00:25:32,800 --> 00:25:37,640
Hasil dari penelitian kami
sejak semalam
353
00:25:38,360 --> 00:25:40,759
termasuk meneliti senarai aset
yang dipersetujui
354
00:25:40,760 --> 00:25:41,880
perbelanjaan gaya hidup
355
00:25:42,000 --> 00:25:44,760
serta keperluan dan hak Cik Duval
sebagai seorang ibu
356
00:25:44,920 --> 00:25:49,880
kami menolak tawaran awal sebanyak
45,000,000 paun itu dan hari ini...
357
00:25:53,920 --> 00:25:59,000
Kami cadangkan jumlah penyelesaian
sebanyak 315,000,000 paun
358
00:25:59,120 --> 00:26:03,440
yang mengambil kira pegangan saham
yang dijangka dimiliki oleh Cik Duval
359
00:26:03,560 --> 00:26:08,320
serta sumbangannya dalam penubuhan
Zephyr Komunikasi
360
00:26:08,440 --> 00:26:13,480
dan semua aset
serta syarikat berkaitan.
361
00:26:17,480 --> 00:26:20,480
Awak nak tolak atau saya?
362
00:26:20,600 --> 00:26:22,080
Apa kita cakap
tentang bocoran cerita?
363
00:26:25,000 --> 00:26:26,000
Tidak.
364
00:26:26,360 --> 00:26:28,880
Tanpa berbincang
dengan En. Henderson?
365
00:26:29,240 --> 00:26:30,680
Tiada perbincangan diperlukan.
366
00:26:31,440 --> 00:26:33,440
Tak perlu bincang dengan klien saya
367
00:26:33,560 --> 00:26:37,400
kalau dia tiada 315,000,000 paun
368
00:26:37,520 --> 00:26:41,040
untuk diberikan kepada klien awak.
369
00:26:41,160 --> 00:26:44,040
Akauntan forensik kami
akan kata sebaliknya.
370
00:26:44,160 --> 00:26:46,080
Jadi mungkin awak patut pecat mereka.
371
00:26:46,200 --> 00:26:51,000
Tapi awak akui tawaran semalam
amat rendah, En. Smallwood?
372
00:26:51,120 --> 00:26:53,800
Ada jurang yang besar di sini,
awak akan setuju.
373
00:26:53,920 --> 00:26:56,520
Lebih ketara selepas teliti
semua ini berbanding perantaraan.
374
00:26:56,640 --> 00:26:59,640
Kami akan naikkan sedikit.
Tapi saya tak mahu terganggu
375
00:26:59,760 --> 00:27:02,280
dengan angka yang Penyanyi
baru kemukakan itu.
376
00:27:02,400 --> 00:27:03,919
Tidak? Kenapa?
377
00:27:03,920 --> 00:27:06,880
Zephyr sahaja baru-baru ini dinilai
bernilai satu bilion paun...
378
00:27:07,000 --> 00:27:09,040
- Dinilai? Oleh siapa?
- Apa?
379
00:27:09,160 --> 00:27:11,400
Hanya kerana awak letak angka itu
dalam hamparan dan cetak
380
00:27:11,520 --> 00:27:12,680
tak bermakna itu benar.
381
00:27:13,720 --> 00:27:17,880
Awak keliru antara potensi pendapatan
dengan kekayaan sebenar klien kami.
382
00:27:18,000 --> 00:27:19,080
Betul.
383
00:27:20,000 --> 00:27:23,320
Melainkan awak cadangkan
yang klien awak mempunyai hak
384
00:27:23,440 --> 00:27:26,320
ke atas usaha masa depan Zephyr
yang masih belum pasti
385
00:27:26,440 --> 00:27:28,480
saya cadangkan awak ubah
cara pemikiran awak.
386
00:27:28,920 --> 00:27:32,680
Penyanyi, mungkin saya boleh ambil
sedikit bonus awak tahun depan.
387
00:27:32,800 --> 00:27:38,400
Atau kongsi kemenangan Cik Ubosi
dalam Tombola Krismas.
388
00:27:38,520 --> 00:27:43,040
Walaupun semua itu berpotensi,
buat masa ini ia belum wujud
389
00:27:43,160 --> 00:27:46,880
dan kemungkinan besar takkan wujud.
390
00:27:50,240 --> 00:27:51,880
Awak baru sahaja minum air.
391
00:27:56,920 --> 00:28:01,320
Apa yang penting di sini ialah
mengakui hakikat bahawa Zephyr...
392
00:28:16,120 --> 00:28:19,920
Sebab inilah Fiona dapatkan pakar
yang saya ceritakan itu.
393
00:28:25,520 --> 00:28:27,240
Mungkin kita semua boleh menyanyi?
394
00:28:27,360 --> 00:28:28,360
- St. John.
- Serena.
395
00:28:28,480 --> 00:28:31,240
- Saya rasa kita dah terkeluar topik.
- Setuju.
396
00:28:31,360 --> 00:28:33,120
Saya tak tahu tentang awak,
En. Smallwood.
397
00:28:33,240 --> 00:28:36,040
Tapi kami datang untuk buat tawaran
munasabah di hujung perkahwinan
398
00:28:36,160 --> 00:28:38,640
yang menyaksikan klien awak,
dengan sokongan klien kami
399
00:28:38,760 --> 00:28:41,280
berubah daripada
tak dikenali kepada...
400
00:28:41,400 --> 00:28:42,560
WARISAN
401
00:28:44,720 --> 00:28:49,560
Kalau En. Henderson hanya kumpul
45,000,000 macam awak dakwa
402
00:28:49,680 --> 00:28:52,080
mungkin kita patut hubungi
bilionairnya...
403
00:28:52,960 --> 00:28:56,800
"Kawan-kawan kayanya"
dan lihat di mana silapnya?
404
00:28:56,920 --> 00:29:00,560
Ya atau tidak, adakah peratusan saham
En. Henderson dalam Zephyr
405
00:29:00,680 --> 00:29:03,520
telah ditetapkan dan dipersetujui
oleh kedua-dua pihak?
406
00:29:03,640 --> 00:29:04,640
- Ya.
- Tidak.
407
00:29:05,320 --> 00:29:07,320
Struktur sebenar Zephyr
408
00:29:07,440 --> 00:29:10,320
ternyata jauh lebih rumit
daripada yang disangka.
409
00:29:11,600 --> 00:29:13,240
Susah nak dijelaskan.
410
00:29:14,200 --> 00:29:15,840
Kalau kita mahu selesaikan
perkara ini
411
00:29:15,960 --> 00:29:19,120
saya minta semua pihak
bawa jumlah yang dipersetujui.
412
00:29:19,240 --> 00:29:20,640
Atau jumlah yang dipertikaikan.
413
00:29:21,440 --> 00:29:23,760
Terutamanya awak, En. Henderson.
414
00:29:23,880 --> 00:29:27,360
Ini syarikat awak.
Awak lebih tahu siapa pemiliknya.
415
00:29:27,720 --> 00:29:28,800
Sudah tentu.
416
00:29:43,000 --> 00:29:44,600
Selamat jalan.
417
00:29:59,960 --> 00:30:02,200
Kita berada di Normandy.
Kita berjalan di pantai itu.
418
00:30:02,320 --> 00:30:03,720
Kita bercakap
tentang Zephyr bersama-sama.
419
00:30:03,840 --> 00:30:06,280
- Boleh bincang di tempat lain?
- Itu kebenarannya, Morgan.
420
00:30:06,400 --> 00:30:07,960
Saya tak peduli siapa yang dengar.
421
00:30:10,600 --> 00:30:14,280
- Ada kelewatan di Central Line.
- Terima kasih.
422
00:30:30,320 --> 00:30:32,120
Saya harap saya boleh kata
itu bukan hal peribadi.
423
00:30:32,240 --> 00:30:34,320
Tapi itulah yang berlaku.
424
00:30:35,000 --> 00:30:36,840
Dia dah bertahun-tahun tak gagap.
425
00:30:37,160 --> 00:30:39,600
Tapi masih ada dalam dirinya
dan St. John tahu itu.
426
00:30:39,720 --> 00:30:41,800
Kemudian jadi teruk
apabila St. John menyebutnya.
427
00:30:42,880 --> 00:30:44,200
Itulah dinamik lama mereka.
428
00:30:44,480 --> 00:30:46,800
St. John ialah bos
yang Nick tak pernah dapat kagumkan.
429
00:30:48,160 --> 00:30:49,800
Dia cuma ambil kesempatan
daripada keadaan itu.
430
00:30:51,280 --> 00:30:53,080
- "Cari titik kelemahan... "
- Jangan lepaskan.
431
00:30:53,200 --> 00:30:54,320
Itu yang awak ajar saya.
432
00:30:55,640 --> 00:30:57,200
Awak memang patut masuk campur.
433
00:30:57,840 --> 00:31:00,920
Apabila awak buat begitu, ia...
Ia sangat bagus.
434
00:31:03,880 --> 00:31:07,560
Saya nak ucap tahniah
atas kehamilan awak.
435
00:32:07,360 --> 00:32:08,999
HOTEL BORDLEY
436
00:32:09,000 --> 00:32:10,560
Carlaku...
437
00:32:46,000 --> 00:32:47,120
- Tidak.
- Nick?
438
00:32:47,240 --> 00:32:49,880
Kedai kasut itu telefon balik.
Mereka kata lepuh biasa berlaku.
439
00:32:50,000 --> 00:32:53,720
- Kena tahan sampai kaki biasa.
- Pada harga 600 paun sepasang?
440
00:33:05,120 --> 00:33:06,640
Ada orang berseronok malam tadi.
441
00:33:10,080 --> 00:33:11,240
Saeed!
442
00:33:11,560 --> 00:33:13,480
Sekarang pukul berapa?
443
00:33:28,840 --> 00:33:31,080
Tak, saya tak tidur.
444
00:33:31,600 --> 00:33:33,920
Ya, saya masih agak mabuk.
445
00:33:34,040 --> 00:33:36,640
Tapi awak perlu tahu semua ini
memang untuk kes ini.
446
00:33:36,760 --> 00:33:37,880
Untuk kes ini?
447
00:33:39,200 --> 00:33:41,720
Henderson sedang buat helah besar
dengan saham Zephyr.
448
00:33:41,840 --> 00:33:45,200
- Macam mana awak tahu?
- Michael Ancker.
449
00:33:45,320 --> 00:33:47,920
Dia ada pembantu eksekutif
yang ada pula pembantu eksekutif
450
00:33:48,040 --> 00:33:49,600
dan orang itu tahu terlalu banyak.
451
00:33:49,720 --> 00:33:51,840
Perbualan pub
tak berguna bagi saya, Saeed.
452
00:33:51,960 --> 00:33:54,440
Sebab itulah saya balik
dan sambung berbual di rumah.
453
00:33:54,560 --> 00:33:57,480
Dia beritahu semuanya, dia tak kisah.
Katanya Ancker macam orang gila.
454
00:33:57,600 --> 00:34:01,160
Ancker nak ambil alih Zephyr.
Dah berbulan-bulan dia cuba.
455
00:34:01,280 --> 00:34:04,000
Dia takkan jual kepada si gila itu.
Tentu sekali bukan sekarang.
456
00:34:04,120 --> 00:34:07,200
Kemudian pejabat Ancker
dapat mesej yang suruh mereka tunggu.
457
00:34:07,320 --> 00:34:09,560
Bukan sebab mereka tak nak jual,
tapi mereka nak tunggu
458
00:34:09,680 --> 00:34:12,680
selepas mereka "bersihkan rumah"
sebelum berbincang tentangnya.
459
00:34:13,760 --> 00:34:15,080
Mesej daripada siapa?
460
00:34:15,200 --> 00:34:16,760
Henderson mungkin tak nak jual.
461
00:34:16,880 --> 00:34:18,400
Tapi ada orang di Zephyr yang mahu.
462
00:34:18,520 --> 00:34:20,880
Lelaki itu kata Henderson
pindahkan sahamnya
463
00:34:21,000 --> 00:34:22,800
kepada rakan sekerjanya
untuk kurangkan nilai bersihnya.
464
00:34:22,920 --> 00:34:25,640
Kemudian mereka akan pindahkannya
semula selepas penyelesaian.
465
00:34:31,040 --> 00:34:32,080
- Ya?
- Ya.
466
00:34:34,240 --> 00:34:35,440
Awak patut mabuk lebih kerap.
467
00:34:40,960 --> 00:34:41,960
Nick.
468
00:34:44,720 --> 00:34:46,280
Saya bukan sekadar graduan.
469
00:34:47,520 --> 00:34:52,200
Saya jauh lebih bagus dalam hal ini
daripada yang awak sangka.
470
00:34:53,120 --> 00:34:55,120
Saya rasa awak patut tahu itu.
471
00:35:02,040 --> 00:35:05,320
Budgie? Ya, Budgie. Awak di mana?
472
00:35:16,280 --> 00:35:19,960
Jadi saya kena buat lawatan
ke rumah macam doktor keluarga?
473
00:35:20,960 --> 00:35:23,040
Maaf. Biar saya ambilkan minuman.
474
00:35:24,600 --> 00:35:25,640
Saya...
475
00:35:27,880 --> 00:35:29,920
Saya tulis sesuatu untuk Carla.
476
00:35:33,560 --> 00:35:35,680
Surat itu takkan
mengganggu apa-apa, cuma...
477
00:35:37,520 --> 00:35:40,520
Saya cuma nak awak tahu
saya berniat nak beri kepada dia.
478
00:35:44,320 --> 00:35:45,720
Awak boleh baca tulisan saya?
479
00:35:45,840 --> 00:35:47,600
Malangnya, ya.
480
00:35:54,520 --> 00:35:57,760
Saya rasa kita patut uruskan
hal ini dengan lebih adil.
481
00:35:58,240 --> 00:36:01,240
- Lebih apa?
- Lebih adil. Lebih saksama.
482
00:36:02,720 --> 00:36:04,600
Saya sangat kaya.
Saya bukan malaikat.
483
00:36:04,720 --> 00:36:07,280
Saya tak mahu sakitkan hati dia lagi.
484
00:36:08,000 --> 00:36:11,520
Serahkan surat cerai
di karpet merahnya memang melampau.
485
00:36:12,160 --> 00:36:13,360
Apa yang awak buat?
486
00:36:14,600 --> 00:36:15,600
St. John, saya...
487
00:36:17,200 --> 00:36:20,240
Saya tak minta pendapat awak.
Ini satu arahan. 300,000,000.
488
00:36:20,360 --> 00:36:23,120
Kalau itu yang diperlukan,
mari buat begitu.
489
00:36:23,240 --> 00:36:25,800
- Jimatkan masa semua orang.
- Dia perangkap awak.
490
00:36:27,400 --> 00:36:30,480
Gadis di majlis anugerah itu,
dia diarahkan menggoda awak.
491
00:36:31,880 --> 00:36:34,800
- Sekejap.
- Carla bayar dia untuk bersama awak.
492
00:36:34,920 --> 00:36:37,440
Flora Monroe, itu lebih melampau.
493
00:36:37,960 --> 00:36:40,320
Ada sindiran di situ
kalau kita nak gunakannya.
494
00:36:44,240 --> 00:36:45,240
Apa?
495
00:36:46,120 --> 00:36:48,200
Tak, dia...
496
00:36:48,320 --> 00:36:51,760
Kita takkan lakukannya
secara adil atau saksama, Morgan.
497
00:36:51,880 --> 00:36:55,080
Kenapa? Sebab bukan itu
yang Carla buat.
498
00:37:15,880 --> 00:37:18,400
Lima minit, Nick.
Kemudian saya kembali ke mahkamah.
499
00:37:19,200 --> 00:37:22,920
Kalau nak bekukan pemindahan aset,
awak perlukan injunksi Mareva.
500
00:37:23,040 --> 00:37:25,960
- Tapi mereka tahu kita yang buat?
- Kita boleh buat ex-parte.
501
00:37:26,080 --> 00:37:28,280
Perkara ini selalunya mendesak.
Adakah ini mendesak?
502
00:37:29,320 --> 00:37:30,320
Sejauh mana?
503
00:37:31,760 --> 00:37:33,200
Begitu.
504
00:37:33,320 --> 00:37:35,000
Nick, saya mesti beri amaran.
505
00:37:35,120 --> 00:37:37,920
Kalau kita bertindak sekarang,
Cathcarts akan jadi sangat marah.
506
00:37:38,040 --> 00:37:40,520
- Mereka akan cuba cara lain.
- Bawa hal ini ke mahkamah?
507
00:37:40,640 --> 00:37:42,720
Bawa hal ini ke mahkamah.
Panjangkan kes.
508
00:37:42,840 --> 00:37:45,280
Keringkan kewangan awak.
Mereka boleh buat begitu, Nick.
509
00:37:45,400 --> 00:37:47,240
Mereka ada sumber kewangan
yang sangat besar.
510
00:37:47,360 --> 00:37:49,240
Implikasi kewangan
untuk awak boleh jadi...
511
00:37:49,360 --> 00:37:51,600
Membinasakan. Saya tahu.
512
00:37:51,720 --> 00:37:54,360
Mereka mungkin fikir
awak tak sanggup melawan.
513
00:37:54,640 --> 00:37:57,040
Firma kita atau saya sendiri?
514
00:37:57,160 --> 00:38:00,320
Sejujurnya? Kedua-duanya.
Apa Serena cakap?
515
00:38:00,440 --> 00:38:03,800
- Saya belum tanya dia.
- Jadi terpulang kepada awak.
516
00:38:03,920 --> 00:38:07,280
Kalau nak buat permohonan hari ini,
saya perlu tahu sekarang.
517
00:38:11,520 --> 00:38:12,520
Nick?
518
00:38:41,720 --> 00:38:43,040
- Ikut sini.
- Terima kasih.
519
00:38:43,680 --> 00:38:47,640
Kami tahu Henderson pindahkan
saham Zephyr kepada rakan sekerjanya.
520
00:38:47,760 --> 00:38:51,120
Sembunyikan aset yang dia akan
ambil semula selepas penyelesaian.
521
00:38:51,520 --> 00:38:55,160
Untuk menghalangnya,
saya akan memohon injunksi Mareva.
522
00:38:56,400 --> 00:38:58,200
Saya rasa awak tahu
kami akan dapatkannya.
523
00:38:58,320 --> 00:39:00,400
Awak cakap semua itu sekali gus.
524
00:39:02,000 --> 00:39:05,440
Dengar sini, kalau awak mula hantar
surat undang-undang sekarang
525
00:39:05,560 --> 00:39:07,800
akhirnya kita akan sampai
ke satu tempat.
526
00:39:07,920 --> 00:39:09,720
- Saya tahu.
- Mahkamah.
527
00:39:09,840 --> 00:39:11,520
Saya faham.
528
00:39:11,840 --> 00:39:14,040
Saya tak mahu buat awak gelisah
529
00:39:14,160 --> 00:39:16,439
tapi itu cara yang sangat panjang,
sangat terbuka
530
00:39:16,440 --> 00:39:18,880
dan sangat memalukan
kalau awak kalah.
531
00:39:19,000 --> 00:39:21,560
Kita tahu Henderson
takkan nampak bagus di mahkamah.
532
00:39:21,680 --> 00:39:24,000
- Yakah?
- Selepas semua yang dia dah buat?
533
00:39:24,120 --> 00:39:26,680
Buat? Atau dilakukan
atas desakan klien awak?
534
00:39:27,400 --> 00:39:28,680
Apa maksud awak?
535
00:39:29,080 --> 00:39:31,680
Maksudnya, berhenti berlagak berani
dan buat tawaran awak
536
00:39:31,800 --> 00:39:34,240
supaya kita berdua
boleh teruskan malam masing-masing.
537
00:39:34,880 --> 00:39:36,720
Tawarannya ialah 300,000,000.
538
00:39:37,280 --> 00:39:40,240
- Tawaran balas ialah 60,000,000.
- 280,000,000 dan kita ada...
539
00:39:44,680 --> 00:39:45,800
persetujuan.
540
00:39:45,920 --> 00:39:48,279
Biar saya terus
kepada tawaran terakhir.
541
00:39:48,280 --> 00:39:50,640
Jumlah maksimum dia sanggup bayar
ialah 110,000,000 paun.
542
00:39:50,760 --> 00:39:52,360
Itu dia. Saya dah cakap.
543
00:39:52,480 --> 00:39:54,319
Mungkin saya cakap begini
sebab Glenmorangie.
544
00:39:54,320 --> 00:39:56,840
Tapi mari berjabat tangan
dan selesaikan semua ini.
545
00:39:57,520 --> 00:40:01,080
Kita sama-sama untung
546
00:40:01,480 --> 00:40:03,880
dan awak tak perlu
isteri awak selamatkan awak.
547
00:40:04,760 --> 00:40:05,960
Sekali lagi.
548
00:40:07,480 --> 00:40:09,920
Saya bertuah
sebab isteri saya begitu hebat.
549
00:40:10,040 --> 00:40:12,800
Kalau awak berusaha lebih keras,
dia mungkin kekal di Cathcarts.
550
00:40:13,960 --> 00:40:17,760
Agak sukar apabila Beatrice
tak anggap dia bagus.
551
00:40:17,880 --> 00:40:20,120
Kalau tak silap saya,
Beatrice halang dia jadi rakan kongsi
552
00:40:20,240 --> 00:40:23,040
dan dia selalunya betul
dalam hal begitu.
553
00:40:28,160 --> 00:40:32,800
Jadi awak rasa awak boleh baca
kami semua, ya?
554
00:40:34,680 --> 00:40:40,480
Saya bukan lagi graduan yang baru
mula bekerja di Borthwicks.
555
00:40:42,360 --> 00:40:45,080
Saya lebih bagus dalam hal ini
daripada yang awak fikir.
556
00:40:47,000 --> 00:40:50,120
Tapi awak masih tak berani untuk bawa
hal ini ke mahkamah, Penyanyi.
557
00:40:50,240 --> 00:40:53,680
Saya rasa itu takkan berubah.
558
00:41:40,920 --> 00:41:42,680
- Sekarang pukul berapa?
- Dah lewat.
559
00:41:48,360 --> 00:41:50,840
- Kenapa?
- Tak ada apa. Semuanya okey.
560
00:41:53,320 --> 00:41:55,920
Saya baru suruh Budgie dapatkan
injunksi Mareva untuk kita.
561
00:41:56,040 --> 00:41:59,240
Hentikan Morgan Henderson daripada
mengalihkan aset daripada Carla.
562
00:41:59,360 --> 00:42:02,200
- Apa?
- Kemudian saya jumpa St. John.
563
00:42:03,160 --> 00:42:06,600
Dia kata kalau kita buat begitu,
kita mungkin akan ke mahkamah.
564
00:42:06,720 --> 00:42:10,880
Jadi kami berunding semula
dan dia tingkatkan tawarannya.
565
00:42:11,000 --> 00:42:12,120
Kepada berapa?
566
00:42:13,400 --> 00:42:14,960
110,000,000.
567
00:42:15,480 --> 00:42:16,680
Awak jawab apa?
568
00:42:19,400 --> 00:42:20,880
Saya marah dia.
569
00:42:22,120 --> 00:42:24,480
Saya kata 110,000,000 itu
terlalu sedikit.
570
00:42:25,840 --> 00:42:29,800
Saya kata kita lebih kuat
dan kita akan lawan.
571
00:42:30,960 --> 00:42:32,000
Kita akan menang.
572
00:42:33,800 --> 00:42:35,560
Ini memang gila.
573
00:42:37,080 --> 00:42:40,280
Bernard akan bunuh saya, tapi...
574
00:42:42,040 --> 00:42:43,400
Itulah keputusan saya.
575
00:42:48,320 --> 00:42:49,560
Kita akan ke mahkamah.
576
00:42:50,200 --> 00:42:51,640
Kita akan ke mahkamah.
577
00:42:56,120 --> 00:42:59,240
- Itu sahaja? Kemudian awak pergi?
- Tak.
578
00:43:00,080 --> 00:43:03,440
Saya kata... "Kalau awak
buat lawak lagi tentang gagap saya
579
00:43:03,560 --> 00:43:05,680
awak akan menyesal."
580
00:43:07,040 --> 00:43:09,360
- Yakah?
- Tak.
581
00:43:10,120 --> 00:43:13,080
Tapi dalam perjalanan balik,
saya fikir itu yang saya patut cakap.
582
00:43:38,680 --> 00:43:39,680
Hai.
583
00:43:52,560 --> 00:43:55,760
- Nah. Ada lebih.
- Apa yang berlaku?
584
00:43:56,880 --> 00:43:58,120
Kita akan ke mahkamah.
585
00:43:59,000 --> 00:44:00,680
Awak tahu apa maksudnya?
586
00:44:01,280 --> 00:44:03,600
Maksudnya Saeed akan sengsara.
587
00:44:04,160 --> 00:44:05,960
Bernard akan hilang sabar.
588
00:44:07,240 --> 00:44:09,080
Nora dan Michael kata
mereka kehabisan wang.
589
00:44:13,440 --> 00:44:14,440
Apa pun...
590
00:44:14,560 --> 00:44:16,080
- Terima kasih.
- Sama-sama.
591
00:44:35,760 --> 00:44:37,640
- Johnny.
- Saya fikir awak perlukan kopi.
592
00:44:38,800 --> 00:44:39,800
Terima kasih.
593
00:44:40,600 --> 00:44:41,600
Awak
594
00:44:43,120 --> 00:44:45,040
tak suka dengan rancangan
ke mahkamah itu?
595
00:44:46,120 --> 00:44:48,240
Bukan masalah saya.
596
00:44:49,800 --> 00:44:53,000
- Carla kenal awak, bukan?
- Ya.
597
00:44:53,120 --> 00:44:56,320
Saya akan hantar
borang litigasi ke pencetak di sana.
598
00:44:56,440 --> 00:44:58,760
Dia perlu tandatangan hari ini.
599
00:45:00,320 --> 00:45:01,640
Ada sampul surat di tepi.
600
00:45:02,360 --> 00:45:03,360
Saya cetak sekarang.
601
00:45:03,480 --> 00:45:07,200
Bawa kepadanya, suruh dia tandatangan
dan pulangkan kepada saya.
602
00:45:08,520 --> 00:45:11,200
- Awak dengar apa saya cakap?
- Pulangkan bila dah siap.
603
00:45:11,320 --> 00:45:12,920
- Bagus.
- Baiklah.
604
00:45:22,840 --> 00:45:25,040
TAYLOR & BYRNE PENYATA UNTUNG RUGI
OKTOBER 2026
605
00:46:06,440 --> 00:46:08,480
Selamat pagi, Taylor dan Byrne.
606
00:46:39,400 --> 00:46:41,360
Serena kata dia sembunyikan aset.
607
00:46:46,200 --> 00:46:49,120
Seolah-olah saya tak tahu
dengan siapa saya berkahwin.
608
00:46:49,840 --> 00:46:55,280
Saya dah tak kenal orang yang saya
tiduri selama sepuluh tahun.
609
00:46:55,400 --> 00:46:59,280
Ini bukan kehidupan normal, okey?
Ini pertarungan yang gila.
610
00:47:00,040 --> 00:47:02,920
Jadi lupakan dia
dan risaukan diri awak.
611
00:47:04,080 --> 00:47:05,719
Bawa kes ke mahkamah
bermakna tiada privasi.
612
00:47:05,720 --> 00:47:06,960
Semua orang akan tahu semuanya.
613
00:47:07,080 --> 00:47:09,800
Keluar dalam akhbar setiap hari,
topik bualan di Internet
614
00:47:10,440 --> 00:47:12,320
ada cerita tentang anak saya.
615
00:47:17,200 --> 00:47:19,040
Rasanya macam
dah tak boleh berpatah balik.
616
00:47:19,760 --> 00:47:21,120
Carla, dengar.
617
00:47:21,240 --> 00:47:24,160
Mereka mahu dapatkan
apa yang betul dan adil untuk awak.
618
00:47:24,280 --> 00:47:26,040
Itulah rancangannya.
Tiada penyelesaian.
619
00:47:27,560 --> 00:47:29,360
Ya, ini mimpi ngeri.
620
00:47:29,480 --> 00:47:31,480
Tapi awak masuk dengan Budgie,
dapatkan hak awak.
621
00:47:31,600 --> 00:47:33,920
Kemudian awak dan Gabriel
akan senang seumur hidup.
622
00:47:36,000 --> 00:47:37,960
Kenapa awak yang cakap begini?
623
00:47:38,760 --> 00:47:40,240
Seseorang yang sangat muda.
624
00:47:41,560 --> 00:47:44,600
- Bukan itu yang...
- Tak. Itu yang saya nak dengar.
625
00:48:05,880 --> 00:48:07,200
- Maaf.
- Tak mengapa.
626
00:48:13,640 --> 00:48:14,800
Awak tak perlu lakukannya.
627
00:48:17,680 --> 00:48:18,680
Saya nak lakukannya.