1 00:00:15,390 --> 00:00:19,978 Hati-hati. Sekurang-kurangnya bukan seribu darjah di atas sini. 2 00:00:22,147 --> 00:00:25,567 Dua beg Amy ada di sana 3 00:00:25,650 --> 00:00:30,655 dan semua barangnya di dalam kotak di cucur atap sana. 4 00:00:37,871 --> 00:00:39,205 Itu beg yang dia bawa? 5 00:00:39,289 --> 00:00:41,124 Dia bawa beg ini 6 00:00:42,751 --> 00:00:43,960 dan ini. 7 00:00:45,253 --> 00:00:47,297 Bila kali terakhir awak tengok isi beg itu? 8 00:00:47,380 --> 00:00:49,841 Mungkin 20 tahun lalu. 9 00:00:50,425 --> 00:00:52,343 Kami ada semua barang dia, 10 00:00:52,427 --> 00:00:55,513 sampai ke dompetnya, bakinya dan berus giginya. 11 00:01:04,355 --> 00:01:06,941 Ini yang dia pakai semasa makan malam. 12 00:01:17,368 --> 00:01:21,456 Dia sepatutnya pulang dan ambil barangnya. 13 00:01:23,917 --> 00:01:25,585 KAMI RINDU AWAK TAMAN AMY 14 00:01:26,544 --> 00:01:28,129 Selepas Amy hilang, 15 00:01:28,213 --> 00:01:32,550 sukar melihat ayah memeluk mak ketika mak beremosi memang sukar. 16 00:01:33,134 --> 00:01:37,347 Sebelum itu, saya tak pernah lihat ayah saya beremosi. 17 00:01:39,099 --> 00:01:43,436 Sebelum Amy hilang, kehidupan kami sangat baik, 18 00:01:43,520 --> 00:01:45,855 hebat dan berjalan lancar. 19 00:01:47,023 --> 00:01:50,235 Tiba-tiba, semua itu dirampas daripada kami 20 00:01:50,318 --> 00:01:55,865 dan semuanya terhenti. 21 00:01:56,908 --> 00:02:00,870 Saya berhenti sekolah buat sementara, kembali ke rumah. 22 00:02:01,621 --> 00:02:03,623 Itu waktu paling menyedihkan 23 00:02:03,706 --> 00:02:10,463 di mana salah seorang orang penting dalam hidup saya dah tiada, hilang. 24 00:02:11,047 --> 00:02:15,218 Kami dah kehilangan banyak tahun dalam hidup kami… 25 00:02:18,680 --> 00:02:21,015 mencari, tapi kami takkan berhenti. 26 00:02:22,308 --> 00:02:23,726 Saya tak ada anak. 27 00:02:24,894 --> 00:02:27,230 Umur saya 48 tahun pada bulan Disember. 28 00:02:27,730 --> 00:02:33,570 Secara tak sedar, saya perlu akui, melihat ibu bapa saya kehilangan anak 29 00:02:33,653 --> 00:02:38,074 sangat traumatik bagi saya sehinggakan saya tak sanggup 30 00:02:38,158 --> 00:02:39,784 untuk melaluinya. 31 00:02:50,336 --> 00:02:52,380 Pasti ada orang tahu sesuatu. 32 00:02:52,463 --> 00:02:54,716 Nampak atau dengar sesuatu. 33 00:02:54,799 --> 00:02:57,093 Seseorang beritahu seseorang sesuatu. 34 00:02:58,469 --> 00:03:00,763 Kami diberitahu oleh ejen FBl, 35 00:03:01,639 --> 00:03:03,224 "Sentiasa beri perhatian." 36 00:03:04,434 --> 00:03:07,145 "Tiada sesiapa boleh simpan rahsia sepanjang hidup mereka." 37 00:03:17,030 --> 00:03:21,784 19 TAHUN SEJAK AMY HILANG 38 00:03:21,868 --> 00:03:22,869 Mesej kedua. 39 00:03:25,622 --> 00:03:28,416 Hai, nama saya Amica Douglas. 40 00:03:29,834 --> 00:03:31,961 Saya anak Alister Douglas. 41 00:03:33,254 --> 00:03:35,506 Saya tak pandai dalam hal ini, tapi… 42 00:03:36,466 --> 00:03:39,469 Saya nak bercakap dengan kamu. 43 00:03:41,679 --> 00:03:43,598 Saya tahu apa yang kamu semua lalui. 44 00:03:43,681 --> 00:03:48,102 Jika saya dalam situasi ini, saya pasti mahu maklumat tentang 45 00:03:48,728 --> 00:03:51,648 sebab anak saya tiada di sini sekarang. 46 00:03:53,733 --> 00:03:55,193 Macam tak percaya. 47 00:03:55,902 --> 00:03:58,613 Saya tak percaya, dalam ramai-ramai orang, 48 00:03:58,696 --> 00:04:01,824 ada seorang cari nombor kami, berusaha dan telefon. 49 00:04:01,908 --> 00:04:04,661 Anak Alister Douglas. 50 00:04:10,291 --> 00:04:12,210 Saya dilahirkan di Grenada. 51 00:04:14,462 --> 00:04:16,965 Saya dan ayah sangat serupa. 52 00:04:17,048 --> 00:04:19,092 Saya beritahu semua orang, "Saya anak ayah. 53 00:04:19,175 --> 00:04:20,385 "Saya acuan ayah saya." 54 00:04:21,052 --> 00:04:24,097 Dia bawa saya ke banyak pengembaraan yang menyeronokkan, 55 00:04:24,180 --> 00:04:28,142 pergi ke pantai, keluar makan, lihat dia bermain dengan kugirannya. 56 00:04:28,226 --> 00:04:30,645 Tapi membesar, semuanya tentang muziknya. 57 00:04:31,229 --> 00:04:34,857 Dia selalu pergi, bermain muzik di kapal persiaran. 58 00:04:36,150 --> 00:04:38,569 Apabila dia dan mak saya bercerai, 59 00:04:38,653 --> 00:04:41,531 saya mungkin baru setahun atau dua tahun. 60 00:04:42,323 --> 00:04:44,951 Apabila saya semakin membesar, 61 00:04:46,244 --> 00:04:51,457 Mak saya kata, "Sesuatu berlaku di atas kapal persiaran ayah kamu." 62 00:04:51,541 --> 00:04:55,336 "Jika kamu cari namanya, kamu mungkin akan jumpa tentang dia." 63 00:04:56,504 --> 00:05:01,092 Saya belum lahir pada masa itu, tapi mak saya beritahu saya, 64 00:05:01,175 --> 00:05:04,971 pada satu malam ketika dia kembali dari kapal persiaran, 65 00:05:05,054 --> 00:05:07,348 mak saya kata semuanya berubah. 66 00:05:10,601 --> 00:05:13,938 Mak saya cuma nak berbual dengan dia. 67 00:05:14,022 --> 00:05:16,649 Mak sendirian di rumah berbulan-bulan 68 00:05:16,733 --> 00:05:19,527 dan kemudian nampak suaminya balik. 69 00:05:19,610 --> 00:05:23,072 Ayah marah dan bercakap kasar kepadanya. 70 00:05:23,781 --> 00:05:25,491 Memang pelik 71 00:05:25,575 --> 00:05:29,245 dia bersikap biadap terhadap isterinya yang hamil. 72 00:05:29,329 --> 00:05:31,080 Ia menakutkan juga. 73 00:05:32,415 --> 00:05:36,711 Kemudian mak saya nampak dia pulang dengan beg. 74 00:05:37,670 --> 00:05:39,464 Mak saya tengok di dalam beg… 75 00:05:41,507 --> 00:05:43,176 dan ada gambar. 76 00:05:45,553 --> 00:05:47,013 Gambar wanita. 77 00:05:47,889 --> 00:05:49,557 Semua wanita Kaukasia. 78 00:05:51,809 --> 00:05:54,896 Saya rasa itu yang buat saya tersedar. 79 00:05:57,273 --> 00:05:59,776 Cuma… Ada banyak persoalan di sebaliknya. 80 00:06:02,945 --> 00:06:06,407 Semasa saya tanya ayah saya apa yang berlaku dengan Amy, 81 00:06:07,408 --> 00:06:09,869 reaksinya pelik. 82 00:06:10,870 --> 00:06:13,539 Dia marah apabila saya menyebutnya. 83 00:06:14,499 --> 00:06:18,378 Saya rasa cerita dia seperti ada lompong. 84 00:06:21,631 --> 00:06:24,801 Itu yang buat ia kes ini menggentarkan. 85 00:06:27,053 --> 00:06:30,598 Saya mahu semua ini berakhir. Saya mahukan jawapan. 86 00:06:31,432 --> 00:06:32,308 Ya, Amica? 87 00:06:33,810 --> 00:06:34,644 Hai, ayah. 88 00:06:35,645 --> 00:06:39,399 AMICA PUTUSKAN TELEFON ALISTER DAN TANYA DIA DEPAN KAMERA 89 00:06:39,482 --> 00:06:40,900 Entahlah, maksud ayah… 90 00:06:41,859 --> 00:06:43,903 Ayah tak nak melaluinya lagi. 91 00:06:43,986 --> 00:06:45,446 Ayah tak buat salah pun. 92 00:06:45,530 --> 00:06:47,949 Beritahu ayah, apa ayah patut buat? 93 00:06:48,741 --> 00:06:51,160 Ayah tak kisah kamu telefon, tanya ayah. 94 00:06:51,244 --> 00:06:53,871 Saya harap ayah cuba jadi diri saya 95 00:06:53,955 --> 00:06:57,041 - dan faham perasaan saya. - Amica… 96 00:06:57,125 --> 00:06:59,335 Mereka terus laporkan kepada FBI. 97 00:06:59,419 --> 00:07:02,630 Kemudian dia kata kepada ayah yang mereka cuba cari 98 00:07:03,214 --> 00:07:05,216 gadis yang dilihat menari dengan ayah. 99 00:07:05,299 --> 00:07:07,844 Semua orang yang kemas biliknya, 100 00:07:07,927 --> 00:07:10,513 sajikan dia minuman telah ditahan. 101 00:07:10,596 --> 00:07:15,101 Apabila mereka sedar tiada masalah, kami sambung kerja. 102 00:07:15,184 --> 00:07:19,772 Ayah terus bekerja di kapal persiaran sehingga dua tahun kemudian. 103 00:07:19,856 --> 00:07:25,611 Kenapa saya dengar ayah dilihat di pantai bersamanya, beberapa bulan kemudian? 104 00:07:25,695 --> 00:07:26,737 Pantai mana? 105 00:07:26,821 --> 00:07:29,991 Mereka nampak ayah di pantai mana? Ayah tak suka pantai. 106 00:07:30,074 --> 00:07:31,367 Amica… 107 00:07:34,162 --> 00:07:35,746 Kami menari di kelab, 108 00:07:35,830 --> 00:07:38,416 seperti ayah menari dengan ramai orang di kelab. 109 00:07:38,499 --> 00:07:40,126 - Jadi… - Ayah tak buat apa-apa. 110 00:07:40,209 --> 00:07:42,753 Awak tak tahu jika dia turun dari kapal? 111 00:07:43,546 --> 00:07:44,630 Manalah ayah tahu. 112 00:07:44,714 --> 00:07:47,425 Ayah tinggalkan dia di kelab pada pukul satu. 113 00:07:47,508 --> 00:07:50,428 Ayah terus masuk bilik. Mustahil ayah tahu jika dia turun. 114 00:07:51,304 --> 00:07:52,889 Ayah budak dari Grenada 115 00:07:52,972 --> 00:07:56,184 yang tak pernah ada pengalaman seperti ini. 116 00:07:56,267 --> 00:07:58,311 Ayah duduk di sana. Nama ayah dipanggil. 117 00:07:58,394 --> 00:08:00,897 Disoal tentang sesuatu yang ayah tak tahu. 118 00:08:00,980 --> 00:08:05,943 Mak jumpa beg berisi gambar wanita-wanita Kaukasia 119 00:08:06,444 --> 00:08:09,405 yang ayah bawa balik. 120 00:08:09,489 --> 00:08:12,325 - Siapa? - Ia menimbulkan banyak persoalan, ayah. 121 00:08:12,408 --> 00:08:14,911 Gambar mana bersama dia? 122 00:08:14,994 --> 00:08:16,913 - Entahlah. - Ayah ada banyak gambar. 123 00:08:16,996 --> 00:08:18,122 - Ya, kenapa? - Mestilah. 124 00:08:18,206 --> 00:08:22,502 Susah nak teruskan perbualan ini dengan ayah sebab ayah akan marah. 125 00:08:22,585 --> 00:08:24,295 Ayah ambil gambar dengan semua orang. 126 00:08:24,378 --> 00:08:27,465 Orang datang dan nak bergambar dengan kugiran kami. 127 00:08:27,548 --> 00:08:29,800 Jika jadi kepada saya, apa ayah rasa? 128 00:08:29,884 --> 00:08:30,760 Jika kamu hilang, 129 00:08:30,843 --> 00:08:34,180 ayah akan buat segala yang termampu untuk mencari kamu. 130 00:08:34,263 --> 00:08:36,516 Ayah faham yang keluarganya cuba… 131 00:08:36,599 --> 00:08:38,726 Mungkin cuba mencarinya selama ini. 132 00:08:38,809 --> 00:08:42,688 Ayah bersimpati tapi ayah tiada kaitan dengan itu. 133 00:08:42,772 --> 00:08:43,981 Langsung tidak. 134 00:08:45,274 --> 00:08:46,234 Tidak. 135 00:08:52,198 --> 00:08:55,618 Ia seperti teka-teki yang awak tak boleh susun. 136 00:08:57,245 --> 00:08:59,205 Ada banyak lompong. 137 00:09:00,289 --> 00:09:04,418 Semasa saya bercakap dengan keluarga Bradley, ia sangat beremosi. 138 00:09:04,502 --> 00:09:07,713 Semua yang mereka kata, macam kena. 139 00:09:08,214 --> 00:09:10,258 Saya ada anak perempuan 140 00:09:10,758 --> 00:09:13,511 dan saya pasti akan hilang akal setiap hari. 141 00:09:14,095 --> 00:09:18,558 Saya takkan berdiam diri sehingga tahu apa yang berlaku. 142 00:09:18,641 --> 00:09:25,606 Pasti ada sesuatu pada tahap paling dalam dalam dirinya, saya percaya, 143 00:09:25,690 --> 00:09:29,110 berusaha untuk cari kami dan cuba bantu kami. 144 00:09:30,403 --> 00:09:32,989 Saya nak semua orang tenang. 145 00:09:33,698 --> 00:09:38,035 Saya harap boleh bantu mereka dapatkan jawapan. 146 00:09:42,373 --> 00:09:45,585 Jika kami ada bukti, seseorang akan ditangkap. 147 00:09:45,668 --> 00:09:48,879 Tapi Alister, dia memiliki sifat yang mencurigakan. 148 00:09:48,963 --> 00:09:51,841 Wanita muda itu nampak Amy dan Alister Douglas bersama, 149 00:09:51,924 --> 00:09:54,552 pergi ke disko melalui lif, 150 00:09:54,635 --> 00:09:56,929 iaitu selepas disko ditutup. 151 00:09:57,680 --> 00:10:00,224 Garis masa itu memang masuk akal. 152 00:10:01,183 --> 00:10:06,480 Sebab kita tahu Alister ada di biliknya kira-kira pukul 3.30, 5.00 pagi. 153 00:10:06,564 --> 00:10:09,609 Tapi selepas itu, garis masa tak dapat disahkan 154 00:10:09,692 --> 00:10:13,195 sebab ada rekod apabila penumpang memasuki kabin mereka, 155 00:10:15,156 --> 00:10:17,742 tapi tidak jika mereka keluar kabin. 156 00:10:18,451 --> 00:10:21,871 Kami tak dapat jejak waktu Alister Douglas keluar kabin. 157 00:10:22,663 --> 00:10:25,333 Dua wanita muda nampak Amy dan Alister Douglas bersama. 158 00:10:25,916 --> 00:10:29,128 Kami tak tahu jika masanya tepat. 159 00:10:31,547 --> 00:10:34,050 Lori Renick nampak Alister Douglas dengan Amy 160 00:10:34,133 --> 00:10:39,221 naik lif kaca ke disko kira-kira pukul 5.30. 161 00:10:39,305 --> 00:10:42,725 Mereka balik ke bilik beberapa minit kemudian 162 00:10:42,808 --> 00:10:45,019 dan terlupa kunci mereka. 163 00:10:45,895 --> 00:10:47,688 Jadi mereka ketuk pintu 164 00:10:48,189 --> 00:10:53,402 dan ibu kepada salah seorang gadis buka pintu dan benarkan mereka masuk. 165 00:10:53,486 --> 00:10:57,990 Jadi, tiada rekod pautan kunci 166 00:10:58,074 --> 00:11:00,201 tentang waktu mereka masuk. 167 00:11:01,160 --> 00:11:04,580 Saya tak jumpa bukti ada sesiapa temu bual ibunya 168 00:11:05,122 --> 00:11:09,752 yang buka pintu pada pukul 5.30 pagi untuk mengesahkan masa itu. 169 00:11:11,295 --> 00:11:15,383 Alister Douglas bukan di Amerika Syarikat menjadikannya sangat sukar. 170 00:11:16,092 --> 00:11:17,927 Kami tiada bidang kuasa. 171 00:11:18,010 --> 00:11:20,012 Kita tak boleh pergi ke negara lain, 172 00:11:20,096 --> 00:11:24,392 tanpa kebenaran atau minta kami bercakap dengan rakyatnya. 173 00:11:25,768 --> 00:11:29,397 Saya cuma ingat dia sangat baik dan tenang. 174 00:11:29,980 --> 00:11:31,023 Lelaki yang baik. 175 00:11:31,107 --> 00:11:34,860 Tak fikir buruk dan tiada pengalaman buruk dengan dia. 176 00:11:34,944 --> 00:11:38,239 Dia berada di salah tempat dan masa. Menari dengan salah gadis. 177 00:11:38,739 --> 00:11:41,242 Dia beritahu mereka apa yang dia tahu. 178 00:11:41,951 --> 00:11:46,247 Tiada siapa sangka dia mampu melakukan sesuatu yang salah atau jahat. 179 00:11:47,665 --> 00:11:52,753 Memang mengejutkan mengetahui tak ramai orang tahu bahaya pelayaran. 180 00:11:52,837 --> 00:11:55,423 Tapi perkara yang menimpa Amy Bradley 181 00:11:55,506 --> 00:11:57,633 dan keluarganya memang berlaku. 182 00:11:57,717 --> 00:12:00,511 Saya tak tahu jenis pemeriksaan latar belakang 183 00:12:00,594 --> 00:12:03,848 dilakukan ke atas kru yang diupah 184 00:12:03,931 --> 00:12:08,477 kerana mereka diupah di negara di mana amalan pemeriksaan 185 00:12:08,561 --> 00:12:12,732 mungkin sangat berbeza daripada yang kita biasa di Amerika. 186 00:12:12,815 --> 00:12:15,943 Ada kisah demi kisah, demi kisah 187 00:12:16,026 --> 00:12:19,780 kehilangan atau kematian yang mencurigakan, 188 00:12:19,864 --> 00:12:21,198 serangan seksual. 189 00:12:21,782 --> 00:12:23,200 Apabila sesuatu berlaku, 190 00:12:23,284 --> 00:12:26,746 orang pertama mereka hubungi pasti jabatan perundangan. 191 00:12:26,829 --> 00:12:30,791 "Apa kita nak buat? "Bagaimana nak selesaikannya?" 192 00:12:32,334 --> 00:12:36,422 Saya rasa orang lupa, apabila awak naik kapal persiaran ini, 193 00:12:36,505 --> 00:12:38,883 awak berada di negara sendiri. 194 00:12:39,550 --> 00:12:41,510 Awak mungkin warganegara Amerika 195 00:12:42,094 --> 00:12:44,346 dan ini mungkin nampak seperti Jalan Utama, AS, 196 00:12:44,972 --> 00:12:45,848 tapi tidak. 197 00:12:46,849 --> 00:12:50,227 Sebab syerif bandar ini, 198 00:12:50,311 --> 00:12:55,149 bos kampung terapung kecil ini, ialah kapten. 199 00:12:55,232 --> 00:13:00,279 Kapten pula seorang pekerja sebuah syarikat bernilai berbilion dolar. 200 00:13:01,071 --> 00:13:05,034 Apa yang dipertaruhkan ialah duit. 201 00:13:05,117 --> 00:13:08,412 Utamakan keuntungan berbanding orang. 202 00:13:08,496 --> 00:13:10,414 Keuntungan berbanding perlindungan. 203 00:13:12,041 --> 00:13:16,587 Sebagai pekerja Royal Caribbean, ia agak menyedihkan 204 00:13:16,670 --> 00:13:19,465 kami dituduh melakukan sama ada salah laku 205 00:13:19,548 --> 00:13:22,259 atau tak buat kerja dengan betul, tak peduli. 206 00:13:22,343 --> 00:13:24,720 Kami perlu uruskan perniagaan. 207 00:13:24,804 --> 00:13:28,891 Ia satu kejadian yang tak dijangka. 208 00:13:32,645 --> 00:13:36,190 Saya dah buat kesimpulan bahawa teori konspirasi 209 00:13:36,273 --> 00:13:39,068 tentang Amy Bradley memang mengarut. 210 00:13:40,152 --> 00:13:42,446 Saya rasa dia terjun atau terjatuh. 211 00:13:45,282 --> 00:13:47,993 Bagai mencurah air ke daun keladi. 212 00:13:48,077 --> 00:13:53,958 Keluarga yang tak boleh berdepan dengan realiti. 213 00:13:56,001 --> 00:14:02,299 Keluarga yang tak boleh berdamai dengan hakikat bahawa anak mereka sudah tiada. 214 00:14:03,509 --> 00:14:05,219 Cari orang untuk dipersalahkan. 215 00:14:05,302 --> 00:14:10,182 Muka depan menunjukkan Chandra Levy, 216 00:14:10,266 --> 00:14:13,727 Molly Bish, Jill Berman dan ini Amy. 217 00:14:14,562 --> 00:14:19,149 Dua puluh enam tahun mencari Amy setiap hari. 218 00:14:20,609 --> 00:14:22,236 Ia matlamat hidup. 219 00:14:22,319 --> 00:14:24,572 Dua kerusi, kemudian balkoni. 220 00:14:24,655 --> 00:14:27,408 Ada dek matahari dan ada dek kompas. 221 00:14:27,491 --> 00:14:31,203 Itu pula pulau dan ini grid carian. 222 00:14:32,872 --> 00:14:38,836 Pada waktu sunyi saya, maksud saya, seperti, "Apa yang kami terlepas?" 223 00:14:38,919 --> 00:14:42,131 Mencari petunjuk dan seseorang yang tahu sesuatu, 224 00:14:43,132 --> 00:14:46,844 tapi mereka tak tahu apa nak buat dengannya atau mereka takut. 225 00:14:48,554 --> 00:14:50,931 Sebab saya tahu ada orang tahu sesuatu. 226 00:14:51,432 --> 00:14:56,645 Tolong beri kami satu perkara yang kita perlukan. 227 00:14:58,147 --> 00:14:59,565 Awak pegang apa? 228 00:15:01,483 --> 00:15:04,028 MOLLIE MCCLURE BEKAS TEMAN WANITA AMY 229 00:15:04,111 --> 00:15:05,362 Ia… 230 00:15:06,322 --> 00:15:07,781 Ia mesej di dalam botol 231 00:15:07,865 --> 00:15:11,243 yang dia hantar pada Februari 1998. 232 00:15:13,329 --> 00:15:15,789 Ini sesuatu yang sangat peribadi. 233 00:15:15,873 --> 00:15:21,003 Saya sangat keberatan untuk berkongsi 234 00:15:22,046 --> 00:15:24,840 dengan sesiapa. 235 00:15:25,716 --> 00:15:27,301 Saya tak boleh… Ini tak boleh… 236 00:15:36,477 --> 00:15:38,479 Apa kata kita mula dari awal? 237 00:15:38,562 --> 00:15:39,396 Okey. 238 00:15:42,107 --> 00:15:46,070 Kita bertemu di ujian pemilihan bola keranjang. 239 00:15:49,406 --> 00:15:54,995 Saya berumur 14 tahun dan saya pemalu, introvert, tak yakin. 240 00:15:56,038 --> 00:16:00,668 Saya nampak seorang pemain yang sangat yakin, lantang, 241 00:16:01,835 --> 00:16:07,549 suka main-main yang buat jaringan helah. 242 00:16:07,633 --> 00:16:12,888 Dia takkan buat jaringan layup mudah, perlu ada gaya. 243 00:16:14,098 --> 00:16:17,434 Jadi saya fikir, "Wah, siapa ini?" 244 00:16:19,269 --> 00:16:21,105 Kami berdua dalam pasukan jelajah. 245 00:16:21,188 --> 00:16:26,026 Jadi, awak tinggal di hotel, awak bermain sepanjang hari. 246 00:16:26,610 --> 00:16:29,405 Kami jadi kawan rapat serta-merta. 247 00:16:30,030 --> 00:16:32,574 Kami serasi pada tahap yang berbeza. 248 00:16:32,658 --> 00:16:34,743 Kami pergi ke rumah masing-masing 249 00:16:34,827 --> 00:16:37,788 dan dinamik ini mula muncul. 250 00:16:37,871 --> 00:16:41,917 Saya kata, "Okey, siapa orang ini yang melepak dengan awak?" 251 00:16:42,001 --> 00:16:44,378 Saya bermalam di rumahnya. 252 00:16:44,461 --> 00:16:47,214 Saya tak boleh tidur. Jantung saya berdegup kencang. 253 00:16:47,297 --> 00:16:51,427 Tapi jelas sekali, saya jatuh cinta padanya. 254 00:16:52,052 --> 00:16:57,224 Tapi kami pergi ke kolej berbeza dan kami umumkan orientasi seksual kami. 255 00:16:58,267 --> 00:17:02,062 Tapi kami tak tahu sehingga tamat belajar. 256 00:17:03,814 --> 00:17:06,108 Kami pergi ke bar homoseksual 257 00:17:06,191 --> 00:17:09,528 dan melepak sepanjang malam, menari, bertukar cerita. 258 00:17:10,863 --> 00:17:14,033 Dia hantar saya di laluan masuk rumah. 259 00:17:15,159 --> 00:17:16,910 Kami berdua bersandar. 260 00:17:19,079 --> 00:17:22,416 Saya tak pernah dicium begitu. 261 00:17:22,499 --> 00:17:27,212 Saya rasa kami duduk di dalam kereta itu untuk bercium selama sejam. 262 00:17:27,296 --> 00:17:31,467 Rasa macam… akhirnya. 263 00:17:32,843 --> 00:17:33,969 Ia menakjubkan. 264 00:17:35,721 --> 00:17:40,100 Saya baru dapat kerja di Universiti Kentucky. 265 00:17:40,184 --> 00:17:42,311 Jadi, saya bersiap untuk pergi. 266 00:17:42,394 --> 00:17:46,982 Tapi kami berdua tahu jika kami nak bersama, 267 00:17:47,066 --> 00:17:50,110 ia akan jadi hubungan jarak jauh. 268 00:17:50,736 --> 00:17:52,905 Dia datang hujung minggu. 269 00:17:52,988 --> 00:17:56,158 Saya sangat mencintainya. 270 00:17:56,241 --> 00:17:58,077 2 BULAN SEBELUM AMY HILANG 271 00:17:58,160 --> 00:18:01,830 Tapi pada Januari 1998, dia telefon saya. 272 00:18:01,914 --> 00:18:06,835 Dia nak beritahu saya yang dia cium seseorang. 273 00:18:07,461 --> 00:18:08,712 Mereka minum. 274 00:18:08,796 --> 00:18:11,548 Dia kata ciuman itu tak bermakna. 275 00:18:11,632 --> 00:18:17,971 Dia kata ia membantu dia sahkan perasaannya terhadap saya. 276 00:18:18,055 --> 00:18:22,643 Saya kata, "Amy, saya perlukan masa untuk menerimanya." 277 00:18:23,352 --> 00:18:27,147 Saya tak balas panggilan telefon dia, jadi dia menulis surat 278 00:18:27,815 --> 00:18:30,359 dan mesej di dalam botol. 279 00:18:36,990 --> 00:18:41,912 "Mollie, saya lukakan perasaan awak begitu sehingga tak dapat melupakannya. 280 00:18:41,995 --> 00:18:45,374 Saya tak minta awak lupakan, sebab itu takkan berlaku. 281 00:18:45,457 --> 00:18:47,167 Saya cuma minta awak 282 00:18:47,251 --> 00:18:50,003 selami lubuk hati awak untuk maafkan saya." 283 00:18:50,838 --> 00:18:52,923 Mollie, boleh awak maafkan saya? 284 00:18:53,674 --> 00:18:57,386 Saya tak sensitif, tak matang dan pentingkan diri. 285 00:18:57,469 --> 00:19:01,515 Saya tak suka diri saya, dan saya tak bangga dengan kelakuan saya. 286 00:19:02,141 --> 00:19:04,685 Saya rasa seperti ada lautan di antara kita. 287 00:19:06,270 --> 00:19:10,190 Ibarat saya di pulau terpencil, tunggu awak selamatkan saya. 288 00:19:10,858 --> 00:19:14,027 Mesej di dalam botol, satu-satunya harapan saya. 289 00:19:14,778 --> 00:19:18,282 Saya rindukan awak, Mollie. Tolong selamatkan saya. 290 00:19:20,200 --> 00:19:21,994 Terkandas, Amy." 291 00:19:37,217 --> 00:19:38,719 Bertahun-tahun berlalu. 292 00:19:38,802 --> 00:19:41,972 Sebab ulang tahun kehilangan ke-20 bakal tiba, 293 00:19:42,055 --> 00:19:44,558 itu cara yang bagus untuk dapatkan maklumat. 294 00:19:44,641 --> 00:19:47,394 Maklumkan kepada semua, FBI masih buka kes itu. 295 00:19:47,477 --> 00:19:50,939 Bahawa kami masih kumpul maklumat. Kami mahukan maklumat. 296 00:19:51,648 --> 00:19:53,192 Selama bertahun-tahun ini. 297 00:19:53,275 --> 00:19:55,235 Saya ada gambar perkembangan umur Amy 298 00:19:55,319 --> 00:19:59,448 sebab rupa saya pun takkan sama seperti waktu saya tamat belajar di kolej. 299 00:19:59,948 --> 00:20:02,701 Dia mungkin ada gaya rambut lain, rambut panjang, pendek 300 00:20:02,784 --> 00:20:04,578 dan pasti sudah berusia. 301 00:20:04,661 --> 00:20:06,121 Jika anda ada maklumat, 302 00:20:06,205 --> 00:20:07,831 sama ada anda penumpang 303 00:20:07,915 --> 00:20:10,375 atau anak kapal, kami minta anda tampil ke depan. 304 00:20:10,459 --> 00:20:14,254 Perincian kecil boleh bantu kami mengetahui apa yang berlaku kepada Amy. 305 00:20:14,338 --> 00:20:15,297 24 MAC 1998 306 00:20:15,380 --> 00:20:19,635 Pada tahun 1998, Internet belum meluas. 307 00:20:19,718 --> 00:20:21,553 Keadaan dah berubah. 308 00:20:25,557 --> 00:20:27,267 Hai. Selamat kembali ke saluran saya. 309 00:20:27,351 --> 00:20:30,854 Hari ini, kita akan bercakap tentang kes orang hilang yang belum selesai. 310 00:20:30,938 --> 00:20:32,231 Amy Lynn Bradley. 311 00:20:32,314 --> 00:20:34,316 - Amy Bradley. - Amy Lynn Bradley. 312 00:20:34,399 --> 00:20:39,529 - Salah satu misteri terbesar di laut. - Saya tak rasa dia sengaja melompat. 313 00:20:39,613 --> 00:20:42,532 Okey, mula-mula, walaupun dia jatuh dari kapal, 314 00:20:42,616 --> 00:20:45,369 mereka sangat dekat, dia boleh berenang. 315 00:20:45,452 --> 00:20:48,205 Walaupun ia mengganggu, tak mustahil 316 00:20:48,288 --> 00:20:51,124 Amy Lynn Bradley diseludup keluar dari kapal persiaran ini. 317 00:20:51,208 --> 00:20:54,044 - Kapal ada banyak almari dan… - Ya. 318 00:20:54,127 --> 00:20:57,256 …sudut kecil, ceruk dan celah yang boleh sembunyikan seseorang. 319 00:20:57,339 --> 00:21:02,219 Dia pekerja kapal persiaran dan ada akses ke kawasan larangan. 320 00:21:02,302 --> 00:21:04,471 - Mungkin ahli kumpulan Blue Orchid… - Ya. 321 00:21:04,554 --> 00:21:07,557 …bekerja untuk kumpulan operasi jahat. 322 00:21:07,641 --> 00:21:09,977 Mungkin seluruh kru terlibat. 323 00:21:10,060 --> 00:21:12,604 Saya rasa dia ditanda. 324 00:21:13,188 --> 00:21:15,732 Jadi, jika anda ada maklumat membawa kepada penemuan, 325 00:21:15,816 --> 00:21:19,111 pengecaman Amy Lynn Bradley, sila hubungi FBI. 326 00:21:24,283 --> 00:21:28,620 Saya mula-mula tahu tentang kes Amy pada 2014. 327 00:21:28,704 --> 00:21:32,666 Papan perbincangan jenayah sebenar baru bermula pada saat itu. 328 00:21:32,749 --> 00:21:34,960 Saya sangat berminat dengan jenayah sebenar. 329 00:21:35,043 --> 00:21:38,422 Saya buat carian di Google dan buat kajian tentang Amy. 330 00:21:39,047 --> 00:21:43,802 Artikel, rantaian Websleiths, ada forum perbincangan. 331 00:21:44,511 --> 00:21:47,723 Saya terkejut kerana tak pernah dengar tentang kes ini 332 00:21:47,806 --> 00:21:50,267 dan Amy tak pernah ditemukan. 333 00:21:50,350 --> 00:21:52,686 Kisah Amy buat saya tersentuh 334 00:21:52,769 --> 00:21:56,773 dan saya rasa perlu ada sumber yang sesuai. 335 00:21:56,857 --> 00:22:00,319 Semua maklumat yang berkaitan kes Amy boleh dimuat naik. 336 00:22:01,737 --> 00:22:05,657 Jika tidak, kes-kes ini selalunya akan dilupakan. 337 00:22:06,491 --> 00:22:08,785 Sebab itulah, pada 2018, 338 00:22:08,869 --> 00:22:12,331 saya hasilkan laman web saya, amybradleyismissing.com. 339 00:22:17,919 --> 00:22:20,255 Ia ada gambar, penampakan, 340 00:22:20,339 --> 00:22:24,926 banyak pautan yang diarkibkan, semua petua, petunjuk, teori berbeza. 341 00:22:27,554 --> 00:22:32,434 Jelas sekali, dengan kes sebesar ini, macam-macam s[ekulasi timbul. 342 00:22:38,190 --> 00:22:42,152 Di situlah saya berdiri apabila saya nampak Amy. 343 00:22:44,863 --> 00:22:48,367 Saya bekerja dalam telekomunikasi sebagai pakar rangkaian dan telekomunikasi. 344 00:22:48,450 --> 00:22:49,284 Itu kerja saya. 345 00:22:50,452 --> 00:22:54,539 Suatu hari, Iva beritahu saya, "Hei, lelaki ini, Anthony Willis, 346 00:22:54,623 --> 00:22:56,041 dia bina laman web ini." 347 00:22:57,542 --> 00:23:01,296 Jadi, Anthony dan Iva mulakan persahabatan begini. 348 00:23:01,380 --> 00:23:06,218 Kemudian kami mula berfikir, "Sekejap, kami ada laman web." 349 00:23:06,301 --> 00:23:09,429 "Kami ada data rentetan yang datang dari laman web itu." 350 00:23:09,513 --> 00:23:12,015 "Kami ada pengesanan IP di laman web itu." 351 00:23:12,724 --> 00:23:15,644 "Apa kata kita cari data itu?" 352 00:23:18,563 --> 00:23:22,901 Perkara hebat tentang laman web saya ialah saya boleh log masuk analisis. 353 00:23:22,984 --> 00:23:26,947 Saya boleh cari setiap IP yang telah melawat laman web saya. 354 00:23:27,030 --> 00:23:30,826 Kita boleh salin dan tampal semua alamat itu 355 00:23:30,909 --> 00:23:32,828 pada pembaca IP dan ia akan beri 356 00:23:32,911 --> 00:23:36,123 geolokasi umum tentang lokasi IP itu. 357 00:23:38,875 --> 00:23:42,045 Anthony mula hantar maklumat, data itu. 358 00:23:43,046 --> 00:23:44,881 Saya mula menapis data. 359 00:23:45,424 --> 00:23:47,384 Kami mencari corak. 360 00:23:47,467 --> 00:23:49,719 Lokasi alamat IP ini. 361 00:23:52,097 --> 00:23:54,266 Perkara yang mengejutkan saya 362 00:23:54,349 --> 00:23:58,562 ialah jumlah alamat IP dari Bridgetown, Barbados. 363 00:24:03,233 --> 00:24:04,860 Kali terakhir dia dilihat… 364 00:24:06,153 --> 00:24:07,612 di Barbados. 365 00:24:08,238 --> 00:24:11,032 Jadi, kami mula ambil gambar keluarga Amy 366 00:24:11,575 --> 00:24:13,660 dan letak maklumat itu. 367 00:24:14,327 --> 00:24:16,997 Saya mula keluarkan semua alamat IP. 368 00:24:17,080 --> 00:24:21,376 Ia beritahu kita berapa kali alamat IP itu melawat laman web itu. 369 00:24:21,460 --> 00:24:26,339 Serta halaman yang dilayari dan tempohnya. 370 00:24:28,091 --> 00:24:32,929 Kenapa pada hari lahir, 371 00:24:33,430 --> 00:24:37,642 ulang tahun, Krismas, ada orang asyik layari laman itu? 372 00:24:38,310 --> 00:24:39,436 15 KALI, PURATA 38 MIN 373 00:24:39,519 --> 00:24:41,938 Mereka terkenang Hari Kesyukuran… 374 00:24:43,857 --> 00:24:44,691 Krismas 375 00:24:46,485 --> 00:24:47,694 dan hari jadi. 376 00:24:48,445 --> 00:24:51,490 Dilayari dari Curaçao, Barbados 377 00:24:51,573 --> 00:24:54,284 selama 45 minit. 378 00:24:54,367 --> 00:24:55,827 Tak masuk akal langsung. 379 00:24:59,080 --> 00:25:00,540 Jadi, ini teori saya. 380 00:25:01,500 --> 00:25:02,667 Itu saja. 381 00:25:02,751 --> 00:25:06,463 Sama ada orangnya yang terlibat dalam hal ini ingin tahu 382 00:25:06,546 --> 00:25:09,841 dan jika mereka hampir tertangkap. 383 00:25:10,717 --> 00:25:12,719 Kedua, Amy. 384 00:25:13,762 --> 00:25:15,388 TAMAN AMY 385 00:25:15,472 --> 00:25:18,892 Muat naik banyak gambar baru, benda-benda sentimental. 386 00:25:19,809 --> 00:25:23,522 Kami belikan dia Miata, muat naik gambar anjing. 387 00:25:24,189 --> 00:25:27,567 Manalah tahu jika dia boleh melihatnya, 388 00:25:27,651 --> 00:25:30,153 kami harap dia lihat dan tahu kami masih mencuba, 389 00:25:30,237 --> 00:25:31,446 masih fikirkan dia. 390 00:25:32,405 --> 00:25:34,699 Halaman yang mereka layari. 391 00:25:34,783 --> 00:25:37,035 Kenapa awak lihat halaman ini 392 00:25:37,118 --> 00:25:40,622 dan luang masa untuk melihatnya? 393 00:25:40,705 --> 00:25:44,918 Kenapa awak asyik layari halaman ini? Kenapa awak berminat? 394 00:25:47,087 --> 00:25:50,006 Mungkin awak buat begini untuk mengenang semula. 395 00:25:50,090 --> 00:25:52,592 Awak nak mengenang, ia satu memori, bukan? 396 00:25:52,676 --> 00:25:55,178 Awak nak tengok keadaan mak dan ayah awak, 397 00:25:55,262 --> 00:25:57,806 semakin berusia dan apa adik awak buat 398 00:25:57,889 --> 00:25:59,891 atau sesuatu yang berlaku dalam hidup mereka. 399 00:25:59,975 --> 00:26:02,936 Mungkin juga mencari untuk pastikan mereka masih hidup. 400 00:26:04,271 --> 00:26:07,649 Ketika Amy hilang, ada ancaman di luar sana yang mengatakan, 401 00:26:07,732 --> 00:26:10,443 "Jika awak beritahu ibu bapa awak, kami akan bunuh mereka"? 402 00:26:10,527 --> 00:26:14,155 Mungkin dia masih percaya yang keluarganya mungkin terancam. 403 00:26:15,865 --> 00:26:18,994 Saya rasa idea yang dia ditahan tanpa kerelaan 404 00:26:19,077 --> 00:26:23,373 dan dia akan pergi ke laman web untuk lihat gambar sendiri… 405 00:26:23,456 --> 00:26:24,457 Segalanya mungkin. 406 00:26:25,792 --> 00:26:29,212 Awak boleh jejak pelawat laman itu 407 00:26:29,296 --> 00:26:32,882 tapi perlu melalui proses undang-undang untuk dapatkan maklumat pelanggan. 408 00:26:32,966 --> 00:26:36,511 Jika orang itu dari negara luar dan penyedia Internet bukan dari AS, 409 00:26:36,595 --> 00:26:41,600 kita takkan dapat apa-apa maklumat tentang individu yang masuk ke laman itu. 410 00:26:42,267 --> 00:26:44,311 Saya pasti awak ditanya, 411 00:26:44,394 --> 00:26:48,356 kenapa Amy tak telefon rumah, e-mel rumah, jika dia masih hidup? 412 00:26:49,441 --> 00:26:51,192 Okey, jadi… 413 00:26:52,861 --> 00:26:54,237 Itu soalan yang bagus. 414 00:26:56,239 --> 00:26:59,075 Saya tak faham sebab dia tak hubungi mereka 415 00:26:59,159 --> 00:27:01,786 jika dia ada akses kepada komputer. 416 00:27:01,870 --> 00:27:03,663 Namun, kita tak tahu, 417 00:27:03,747 --> 00:27:05,915 apa yang dia alami atau hadapi. 418 00:27:10,295 --> 00:27:12,964 Ketika saya jumpa Amy di Barbados, 419 00:27:13,923 --> 00:27:17,636 satu perkara yang saya selalu ingat, apabila lelaki itu kata, 420 00:27:17,719 --> 00:27:22,390 "Elok awak bersedia untuk pergi dan jangan cuba lari atau buat apa-apa, 421 00:27:23,058 --> 00:27:26,478 sebab kami menunggu dan berjaga di luar sepanjang malam." 422 00:27:26,561 --> 00:27:29,648 Wanita itu kata, "Boleh singgah lihat anak-anak?" 423 00:27:31,232 --> 00:27:33,902 Lelaki itu jawab, "Ya, kita boleh singgah." 424 00:27:33,985 --> 00:27:36,279 Dia kata, "Awak akan bekerjasama, takkan lari?" 425 00:27:36,363 --> 00:27:37,697 Dia kata, "Ya." 426 00:27:39,324 --> 00:27:42,118 Saya tak tahu anak siapa yang mereka nak tengok. 427 00:27:42,202 --> 00:27:46,915 Tapi wanita itu sangat teruja tentang itu. 428 00:27:47,832 --> 00:27:49,626 Mungkin anak-anaknya. 429 00:27:49,709 --> 00:27:52,379 Banyak perkara mungkin berlaku dalam tempoh itu. 430 00:27:52,462 --> 00:27:55,423 Kita tak tahu jika dia ada anak. Mungkin dia seorang ibu. 431 00:27:55,507 --> 00:27:58,301 Kita tak tahu jika ada ancaman terhadap keluarganya. 432 00:27:58,385 --> 00:28:01,137 Itu mungkin menjelaskan sebab dia tak berhubung. 433 00:28:01,221 --> 00:28:05,725 Walaupun dia pernah dilihat di Curaçao, dia dilihat di Barbados. 434 00:28:08,395 --> 00:28:10,647 Saya lihat semua penampakan ini 435 00:28:11,731 --> 00:28:14,442 dan orang kata, "Kenapa dia tak telefon awak?" 436 00:28:14,526 --> 00:28:17,404 Itu mungkin soalan terbesar yang kami dapat. 437 00:28:17,487 --> 00:28:20,156 "Jika dia di luar sana, kenapa dia tak telefon awak?" 438 00:28:20,240 --> 00:28:24,869 Ada banyak sebab untuk itu. Mungkin dia mangsa sindrom Stockholm. 439 00:28:25,954 --> 00:28:29,457 Orang yang dikurung mula bersimpati dengan penculik mereka. 440 00:28:32,627 --> 00:28:36,172 Mungkin dia ada anak. 441 00:28:36,923 --> 00:28:39,759 Mungkin mereka ugut dia dan anak-anaknya. 442 00:28:40,468 --> 00:28:42,262 Kami tak tahu jawapannya. 443 00:28:43,012 --> 00:28:46,349 Ia beri saya harapan yang dia masih di luar sana. 444 00:28:46,433 --> 00:28:49,394 Memikirkan saya ada cucu yang saya tak tahu, 445 00:28:49,477 --> 00:28:54,023 saya masih di Bumi, masih di sini dan jika itu benar, 446 00:28:54,107 --> 00:28:56,317 kami dapat mengesan Amy 447 00:28:56,401 --> 00:28:58,737 dan jika dia ada anak, mengesan anak-anaknya, 448 00:29:00,655 --> 00:29:01,906 saya akan gembira. 449 00:29:06,661 --> 00:29:09,622 Ada beberapa barang di sini yang agak istimewa. 450 00:29:09,706 --> 00:29:14,085 Kami ada semua barang Amy 451 00:29:15,920 --> 00:29:17,422 malah… 452 00:29:23,636 --> 00:29:25,263 duit syiling di dalam dompetnya. 453 00:29:26,848 --> 00:29:28,391 Tak mengetahuinya, 454 00:29:28,892 --> 00:29:31,394 bagaimana ia tak meletihkan mereka? 455 00:29:31,478 --> 00:29:32,353 Tidak. 456 00:29:33,396 --> 00:29:38,485 Tiga puluh tahun kemudian, mereka masih berharap dan optimistik. 457 00:29:39,319 --> 00:29:42,405 Tapi harapan itu ada baik dan buruknya. 458 00:29:43,281 --> 00:29:45,116 Apa yang lebih baik sebenarnya? 459 00:29:45,200 --> 00:29:50,371 Teruskan berharap dan percaya yang dia akan pulang 460 00:29:51,080 --> 00:29:54,542 atau dapatkan penutupan yang awak perlukan? 461 00:29:59,422 --> 00:30:02,550 Jika dia sedang minum Mai Tai di pantai, 462 00:30:02,634 --> 00:30:04,469 kita jumpa dia dan dia gembira, 463 00:30:05,887 --> 00:30:08,348 saya pasti akan sangat gembira. 464 00:30:10,725 --> 00:30:12,185 Tapi saya tak rasa itu 465 00:30:13,228 --> 00:30:15,146 penamat yang kita akan dapat. 466 00:30:19,400 --> 00:30:22,904 Disebabkan keadaan, 467 00:30:22,987 --> 00:30:27,283 dia hilang sebulan 468 00:30:27,367 --> 00:30:30,745 selepas hantar surat ini 469 00:30:30,829 --> 00:30:34,958 dan juga mesej di dalam botol, 470 00:30:36,125 --> 00:30:39,879 boleh jadi satu metafora 471 00:30:39,963 --> 00:30:43,049 yang mudah disalahertikan. 472 00:30:44,801 --> 00:30:46,970 Ia mungkin bermakna bunuh diri… 473 00:30:48,972 --> 00:30:51,182 tapi naluri saya tak rasa begitu. 474 00:30:51,266 --> 00:30:54,269 Bagi saya, ia surat cinta. 475 00:30:55,603 --> 00:30:57,230 Ini surat cinta. 476 00:31:00,400 --> 00:31:02,443 Selepas mesej di dalam botol, 477 00:31:03,236 --> 00:31:06,865 saya hubungi dia dan kami kembali bersama. 478 00:31:06,948 --> 00:31:10,994 Ini berlaku beberapa hari sebelum dia pergi ke pelayaran. 479 00:31:11,703 --> 00:31:14,455 Dia nak saya jumpa anjingnya, Bailey 480 00:31:14,539 --> 00:31:16,708 dan dia nak saya lihat apartmennya. 481 00:31:19,752 --> 00:31:24,424 Saya tahu, apabila bersamanya, kami akan jayakan hubungan kami 482 00:31:25,008 --> 00:31:27,510 dan kami dah rancang untuk berjumpa 483 00:31:27,594 --> 00:31:31,097 selepas pelayaran pada Hari Easter. 484 00:31:31,764 --> 00:31:34,267 Dia tak pernah naik kapal persiaran. 485 00:31:34,350 --> 00:31:36,311 Dia sangat teruja. 486 00:31:38,980 --> 00:31:40,732 Dia tulis poskad untuk saya. 487 00:31:41,649 --> 00:31:47,363 Ia tiba selepas saya dapat berita yang dia hilang. 488 00:31:50,283 --> 00:31:53,912 Saya jurugambar, jadi dia sebut dia ambil gambar 489 00:31:55,538 --> 00:31:57,707 dan kata, "Saya harap awak ada di sini." 490 00:32:02,128 --> 00:32:06,049 Saya rasa macam nak halang dia daripada pergi ke pelayaran itu. 491 00:32:07,425 --> 00:32:08,843 Saya ada di situ. 492 00:32:08,927 --> 00:32:12,347 Saya ada bersama dia di apartmen itu sebelumnya dan… 493 00:32:14,015 --> 00:32:17,185 Saya boleh nampak dia dengan jelas. 494 00:32:17,268 --> 00:32:18,561 Saya boleh bau dia. 495 00:32:19,354 --> 00:32:21,272 Saya boleh rasa dia. 496 00:32:28,947 --> 00:32:31,366 Sebab kita sedang hidupkan dia semula. 497 00:32:31,449 --> 00:32:33,409 Kita sedang hidupkan dia semula. 498 00:32:39,248 --> 00:32:43,962 Hari ini hari ke-9,758 499 00:32:44,045 --> 00:32:47,131 kami berusaha mencari Amy. 500 00:32:50,468 --> 00:32:52,470 Kami takkan putus asa mencarinya. 501 00:32:53,471 --> 00:32:56,432 Setiap pagi apabila kami terjaga, kami kata "Mungkin hari ini." 502 00:32:56,516 --> 00:32:58,434 Apabila kami bersiap untuk tidur, 503 00:32:58,518 --> 00:33:02,355 kami ada ciuman khas untuk Amy dan kami kata, "Mungkin esok." 504 00:33:03,648 --> 00:33:06,234 Kami simpan keretanya di garaj di rumah. 505 00:33:06,317 --> 00:33:09,654 Lindungkan ia daripada cuaca dan pastikan ia berkilat. 506 00:33:10,321 --> 00:33:15,326 Itu miliknya dan dia akan… Dia pasti nak memandunya. 507 00:33:16,619 --> 00:33:20,415 Jadi, ia dalam keadaan elok apabila dia balik ke sini. 508 00:33:23,251 --> 00:33:25,503 Kemudian dia boleh memandunya lagi. 509 00:33:29,257 --> 00:33:33,594 Naluri kami merasakan yang dia ada di luar sana. 510 00:33:38,433 --> 00:33:42,895 Ketiadaan penutup atau ketidaktahuan membuatkan kami terus berharap. 511 00:33:44,105 --> 00:33:47,483 Jadi, saya lebih suka begitu 512 00:33:47,567 --> 00:33:50,653 daripada rasa penamat apabila ada jawapan yang pasti. 513 00:33:53,531 --> 00:33:56,200 Ron Bradley datang ke rumah saya sebulan lalu 514 00:33:56,284 --> 00:33:59,829 dan dia kata, "Apabila Amy pulang." 515 00:34:03,958 --> 00:34:06,669 Kadangkala, saya nampak dia di dalam otak saya. 516 00:34:07,378 --> 00:34:10,339 Saya fikir tentang dia di tempat tertentu. 517 00:34:10,423 --> 00:34:12,759 Saya nampak dia main bola keranjang. 518 00:34:14,010 --> 00:34:18,181 Saya nampak dia minum banyak bir, melepak dan menari. 519 00:34:20,183 --> 00:34:23,936 Tertanya-tanya pendapatnya tentang pilihan hidup kami, 520 00:34:24,020 --> 00:34:25,396 apa yang kami dah buat 521 00:34:25,480 --> 00:34:29,150 dan berharap dia tahu 522 00:34:29,233 --> 00:34:31,778 yang kami semua rindukan dia. 523 00:34:34,947 --> 00:34:38,868 Saya dan Brad berpisah beberapa bulan selepas Amy hilang. 524 00:34:40,620 --> 00:34:44,707 Saya rasa ada banyak yang berlaku untuk kami semua. 525 00:34:46,584 --> 00:34:48,169 Saya masih sayang mereka. 526 00:34:48,795 --> 00:34:53,341 Saya rasa situasi itu jelas sekali amat berat. 527 00:34:54,467 --> 00:34:56,761 Saya mungkin menjauhkan diri. 528 00:34:58,679 --> 00:35:02,934 Saya rasa mereka semua rasa mereka tak boleh uruskan perkara lain. 529 00:35:03,559 --> 00:35:06,354 Maksud saya, ia takkan sama. 530 00:35:08,898 --> 00:35:10,983 Kes Amy Bradley… 531 00:35:11,067 --> 00:35:13,152 Awak takkan lupa sebab tak boleh. 532 00:35:13,236 --> 00:35:15,780 Terlalu banyak soalan. 533 00:35:15,863 --> 00:35:17,198 Sebagai ejen FBI, 534 00:35:17,281 --> 00:35:21,828 ia sangat mengecewakan, sebab itu urusan kami, selesaikan misteri. 535 00:35:21,911 --> 00:35:26,374 Kami tak suka biarkan ia tergantung dan kes ini penuh dengannya. 536 00:35:29,335 --> 00:35:30,962 Saya rasa itu 537 00:35:32,755 --> 00:35:33,881 yang paling sukar. 538 00:35:34,382 --> 00:35:36,884 Semua penampakan berbeza-beza ini, 539 00:35:36,968 --> 00:35:39,679 saya nak ia benar. 540 00:35:40,763 --> 00:35:45,226 Sebarang senario tentang apa yang mungkin berlaku 541 00:35:45,309 --> 00:35:46,936 tentang kehilangannya 542 00:35:47,770 --> 00:35:52,191 ada keraguan dan kemungkinan. 543 00:35:53,609 --> 00:35:56,696 Tapi untuk saya dan menerima 544 00:35:57,989 --> 00:36:00,658 bahawa dia sudah tiada di sini, 545 00:36:00,741 --> 00:36:03,619 insan yang saya cintai ialah… 546 00:36:04,579 --> 00:36:07,874 Hakikatnya, saya teruskan kehidupan tanpa dia. 547 00:36:08,666 --> 00:36:10,084 Hal itu takkan berubah. 548 00:36:10,585 --> 00:36:12,336 Itu takkan berubah. 549 00:36:20,636 --> 00:36:23,472 Kes Amy hari ini masih dianggap siasatan terbuka. 550 00:36:23,556 --> 00:36:25,266 Jika sesiapa tahu apa-apa, 551 00:36:25,349 --> 00:36:28,686 jika berada di atas kapal itu, lihat atau dengar sesuatu? 552 00:36:28,769 --> 00:36:29,896 Selama ini. 553 00:36:29,979 --> 00:36:33,649 Mungkin anda perasaan sesuatu, tulis sesuatu, tak kira apa pun, 554 00:36:33,733 --> 00:36:35,484 maklumat itu boleh membantu. 555 00:36:38,821 --> 00:36:41,282 Sesuatu berlaku kepada Amy. 556 00:36:41,365 --> 00:36:45,786 Kami tak tahu apa itu, tapi kami perlu dapat jawapan. 557 00:36:58,174 --> 00:37:00,009 Jika anda tahu sesuatu, 558 00:37:00,092 --> 00:37:05,139 tolong beri kami satu perkara yang kami perlukan. 559 00:37:05,765 --> 00:37:08,267 Tolong buat demi kami dan Amy. 560 00:37:09,435 --> 00:37:10,353 Amy! 561 00:37:11,520 --> 00:37:12,355 Amy! 562 00:37:23,532 --> 00:37:29,330 FBI SOAL SIASAT ALISTER DOUGLAS. DIA JALANI UJIAN POLIGRAF SECARA SUKARELA 563 00:37:29,413 --> 00:37:34,669 FBI MELEPASKAN DIA TANPA BUKTI UNTUK DAKWA DIA ATAS KEHILANGAN AMY 564 00:37:34,752 --> 00:37:38,673 PADA 1999, KELUARGA BRADLEY KEMUKAKAN TUNTUTAN MAHKAMAH KE ATAS ROYAL CARIBBEAN 565 00:37:38,756 --> 00:37:41,384 ROYAL CARIBBEAN BERTEGAS MEREKA BERTINDAK DENGAN SEWAJARNYA 566 00:37:41,467 --> 00:37:42,843 DAN SENTIASA BERTANGGUNGJAWAB. 567 00:37:42,927 --> 00:37:45,012 AKHIRNYA TUNTUTAN ITU DIBATALKAN 568 00:38:23,009 --> 00:38:24,844 Terjemahan sari kata oleh Fid