1 00:00:11,512 --> 00:00:12,554 INI KARYA FIKSYEN. 2 00:00:12,638 --> 00:00:14,389 SEBARANG PERSAMAAN DENGAN ORANG SEBENAR, HIDUP ATAU MATI, 3 00:00:14,473 --> 00:00:16,265 ATAU PERISTIWA ATAU TEMPAT SEBENAR ADALAH KEBETULAN. 4 00:00:19,978 --> 00:00:21,563 Hei. 5 00:00:29,947 --> 00:00:31,782 Ada lasagna di dalam ketuhar. 6 00:00:32,281 --> 00:00:35,077 Sedap. Ada hal istimewakah? 7 00:00:35,160 --> 00:00:36,161 Sebenarnya… 8 00:00:37,621 --> 00:00:39,706 Saya nak melamar. 9 00:00:39,790 --> 00:00:41,583 Ada cincin di dalam sos. Hati-hati. 10 00:00:41,667 --> 00:00:44,127 Memang patut pun. Anak awak hampir tamat persekolahan. 11 00:00:49,508 --> 00:00:50,634 Apa ini? 12 00:00:50,717 --> 00:00:53,679 - Ami yang buat. - Tapi, kenapa awak minum? 13 00:00:54,388 --> 00:00:56,348 Kerana saya kawan yang baik. 14 00:00:56,431 --> 00:00:57,933 Dia tiada. Dia takkan tahu. 15 00:00:58,016 --> 00:01:01,603 Tapi, saya tahu, okey? Saya juga nak ingatkan awak, 16 00:01:01,687 --> 00:01:05,274 saya lelaki yang berprinsip kalau awak tak tahu. 17 00:01:06,900 --> 00:01:08,402 Bercakap tentang prinsip, 18 00:01:08,485 --> 00:01:10,612 saya nak cakap sesuatu dengan awak. 19 00:01:12,406 --> 00:01:13,699 Jadi… 20 00:01:16,493 --> 00:01:18,245 Apabila masanya tiba, 21 00:01:20,581 --> 00:01:22,165 dan masa masih ada, 22 00:01:24,251 --> 00:01:26,920 saya mahu diberikan pilihan… 23 00:01:30,674 --> 00:01:34,761 Pasti akan tiba masanya apabila tiada sebab untuk kurung saya di sini. 24 00:01:35,345 --> 00:01:37,973 "Kurung"? Apa maksud awak? 25 00:01:43,353 --> 00:01:47,524 Ini kunci untuk satu peti surat. Ia di Jalan Meginim. 26 00:01:49,484 --> 00:01:52,863 Ada satu sampul surat kecil dengan dua biji kapsul. 27 00:01:52,946 --> 00:01:54,323 Jangan tanya dari mana asal usulnya. 28 00:01:54,406 --> 00:01:57,576 Mungkin kedengaran dramatik, tapi tak. 29 00:01:57,659 --> 00:02:00,746 Rupanya seperti Advil, jadi saya tak mahu ia di dalam rumah. 30 00:02:00,829 --> 00:02:02,831 Ayuh tukar perbualan, sekarang. 31 00:02:02,915 --> 00:02:05,000 Jika saya dimasukkan ke hospital, 32 00:02:06,668 --> 00:02:08,002 menderita 33 00:02:08,086 --> 00:02:09,880 dan mereka tak boleh buat apa-apa… 34 00:02:09,963 --> 00:02:12,382 Saya tak mahu bercakap tentang hal ini. 35 00:02:12,466 --> 00:02:15,010 - Jangan desak saya. - Siapa lagi boleh tolong saya? 36 00:02:15,093 --> 00:02:17,262 Minta tolong Ami, dah tentu. 37 00:02:18,847 --> 00:02:21,892 - Saya serius. - Saya pun. Jangan beri saya kunci ini. 38 00:02:21,975 --> 00:02:23,602 Saya tak main-main. 39 00:02:31,151 --> 00:02:33,195 Okey, saya tak suka siaran ini… 40 00:02:33,278 --> 00:02:35,322 Di mana… 41 00:02:40,744 --> 00:02:42,037 Mungkin mereka tersilap. 42 00:02:47,793 --> 00:02:50,087 Apa pendapat awak, Benno? Ada kemungkinan? 43 00:02:52,506 --> 00:02:54,967 Saya akan anggap begitu malam ini. 44 00:03:02,391 --> 00:03:04,643 Saya nak melamar. 45 00:03:06,895 --> 00:03:09,064 Ada cincin di dalam sos. Hati-hati. 46 00:03:15,362 --> 00:03:17,072 Awak memang… 47 00:03:17,656 --> 00:03:19,533 Tak guna. tak tahu malu! 48 00:03:19,616 --> 00:03:21,326 Awal pukul orang yang sakit? 49 00:04:13,754 --> 00:04:17,216 - Pukul berapa dia akan sampai? - Pertemuan itu pada pukul 9:00. 50 00:04:17,298 --> 00:04:19,301 - Mereka dah hantar laporan? - Ya. 51 00:04:19,384 --> 00:04:20,886 Ayuh kita baca bersama. 52 00:04:20,969 --> 00:04:25,807 Orna Levy, 43 tahun. Sudah berkahwin, ibu kepada seorang anak. 53 00:04:25,891 --> 00:04:30,771 Lahir di Israel, Kiryat Motzkin, tinggal di sana sejak lahir. 54 00:04:30,854 --> 00:04:35,192 Pn. Levy tiada kelayakan akademik melebihi pendidikan sekolah menengah. 55 00:04:35,275 --> 00:04:38,487 Situasi kewangan keluarganya merosot 56 00:04:38,570 --> 00:04:42,366 kerana suaminya menghidap penyakit Alzheimer sedekad lalu. 57 00:04:42,449 --> 00:04:48,455 Baru-baru ini, suaminya dimasukkan ke unit rawatan rapi 58 00:04:48,539 --> 00:04:51,416 kerana radang paru-paru yang teruk dan kemerosotan kesihatan yang ketara. 59 00:04:51,500 --> 00:04:55,879 Tingkah laku Pn. Levy menunjukkan tahap penghindaran risiko yang tinggi, 60 00:04:55,963 --> 00:05:00,968 kecenderungan mengelakkan konflik dan ketahanan emosi yang terhad. 61 00:05:01,051 --> 00:05:03,262 Itu saja. Tiada maklumat lanjut. 62 00:05:03,345 --> 00:05:07,307 Pelik kalau orang seperti dia ada anak perempuan begitu. 63 00:05:08,642 --> 00:05:10,602 Jemput masuk. 64 00:05:25,868 --> 00:05:29,746 Orna, salam perkenalan. Saya Peter. 65 00:05:30,831 --> 00:05:33,542 Vadim Ulmanski, Peguam Awam. 66 00:05:34,168 --> 00:05:35,586 Salam perkenalan. 67 00:05:35,669 --> 00:05:39,464 Ada beritahu sesiapa yang kita berhubung atau kita bertemu di sini hari ini? 68 00:05:39,548 --> 00:05:40,799 Tiada. 69 00:05:41,425 --> 00:05:44,178 Bagus. Awak perlu kekalkan begitu 70 00:05:44,261 --> 00:05:47,556 jika mahu saluran komunikasi di antara kita terus terbuka. 71 00:05:48,265 --> 00:05:50,726 Jemput duduk. 72 00:05:55,189 --> 00:05:57,065 Seperti perbualan kita di telefon, 73 00:05:57,149 --> 00:05:59,985 saya percaya kerajaan awak merahsiakan maklumat daripada awak 74 00:06:00,068 --> 00:06:04,823 tentang punca rundingan pembebasan anak awak terhenti. 75 00:06:07,784 --> 00:06:12,039 Maaf, tapi, siapa awak? 76 00:06:13,165 --> 00:06:14,166 Saya Peter. 77 00:06:20,172 --> 00:06:21,507 Ini yang berlaku. 78 00:06:21,590 --> 00:06:22,883 Beberapa bulan lepas, 79 00:06:22,966 --> 00:06:27,471 seorang warga Rusia yang melawat Israel telah ditangkap di sini. 80 00:06:27,554 --> 00:06:31,350 Namanya Nadya Petrovski. Saya peguam yang mewakili dia. 81 00:06:31,433 --> 00:06:36,063 Rupa-rupanya, Cik Petrovski tahu beberapa perkara yang boleh saya katakan 82 00:06:36,647 --> 00:06:38,732 sangat sensitif bagi Rusia. 83 00:06:38,815 --> 00:06:42,236 Minggu depan, Israel mahu mengekstradisi dia ke Amerika Syarikat. 84 00:06:42,736 --> 00:06:46,448 Kami perlu pastikan yang Nadya tak dihantar ke AS. 85 00:06:47,032 --> 00:06:49,701 Beberapa minggu kebelakangan ini, kami tolak pertukaran terus. 86 00:06:49,785 --> 00:06:52,538 Nadya akan pulang ke Rusia 87 00:06:52,621 --> 00:06:55,958 dan sebagai gantinya, anak awak bebas pulang ke Israel. 88 00:06:58,085 --> 00:07:01,463 Okey. Saya tak pernah dengar tentangnya. 89 00:07:02,381 --> 00:07:04,842 Maaf, tapi awak kata, "kami perlu pastikan." 90 00:07:04,925 --> 00:07:07,261 Siapa "kami" yang awak maksudkan? 91 00:07:10,597 --> 00:07:14,142 Mungkin jelaskan yang sesetengah soalan tak patut ditanya. 92 00:07:16,562 --> 00:07:18,188 Lebih baik saya cakap… 93 00:07:18,272 --> 00:07:20,399 Biar saya tukar soalan saya. 94 00:07:22,317 --> 00:07:26,363 Kita bertemu di hotel, 95 00:07:27,531 --> 00:07:31,201 bukan di Kedutaan Rusia atau pejabat asing. 96 00:07:32,452 --> 00:07:36,582 Bagaimana saya nak sahkan yang saya memang bercakap dengan anak saya? 97 00:07:37,791 --> 00:07:39,126 Bawa ke sini. 98 00:07:49,761 --> 00:07:52,347 Bukan itu. Beg bimbit lagi satu. 99 00:07:52,890 --> 00:07:54,391 Tunjukkan kepada dia. 100 00:08:10,115 --> 00:08:11,825 Boleh kami bercakap lagi? 101 00:08:11,909 --> 00:08:13,118 Belum lagi. 102 00:08:14,369 --> 00:08:16,997 Mula-mula, awak perlu bantu kami bawa Nadya pulang ke Rusia. 103 00:08:19,082 --> 00:08:21,960 Saya boleh rayu kepada kerajaan usai pertemuan kita di sini. 104 00:08:22,586 --> 00:08:27,299 Malangnya, kami rasa, kerajaan awak tak percayakan awak 105 00:08:28,133 --> 00:08:31,512 jika mereka rahsiakan maklumat ini daripada awak selama berminggu-minggu. 106 00:08:35,349 --> 00:08:38,684 Okey. Saya boleh muncul di TV. 107 00:08:39,520 --> 00:08:43,524 Saya boleh buat wawancara untuk beri tekanan kepada kerajaan. 108 00:08:43,607 --> 00:08:46,735 Malangnya, itu juga memang tak mungkin. 109 00:08:46,818 --> 00:08:48,028 Kenapa tidak? 110 00:08:48,570 --> 00:08:51,156 Ada perintah mahkamah untuk rahsiakan kes itu. 111 00:08:51,949 --> 00:08:53,742 Saya tak faham. 112 00:08:53,825 --> 00:08:57,246 Kenapa kamu panggil saya? Apa lagi yang saya boleh buat? 113 00:08:59,206 --> 00:09:03,460 Ironinya, situasi ini boleh diselesaikan dengan mudah. 114 00:09:03,961 --> 00:09:07,005 Kalaulah Nadya sudi tandatangani rayuan itu, 115 00:09:07,089 --> 00:09:10,509 - dia mungkin dihantar ke Rusia. - Rayuan? 116 00:09:10,592 --> 00:09:14,263 Mereka jadikan dia sebagai dalang jenayah siber ini. 117 00:09:14,763 --> 00:09:17,266 Tapi, sebenarnya, dia cuma gadis muda yang naif. 118 00:09:18,642 --> 00:09:20,602 Dia juga berkhayal seperti budak-budak. 119 00:09:21,228 --> 00:09:25,941 Dia berangan-angan yang AS akan tawarkan perjanjian ini kepada dia, 120 00:09:26,024 --> 00:09:28,026 supaya dia ada kehidupan baharu di Pantai Malibu. 121 00:09:29,361 --> 00:09:32,364 {\an8}Realitinya, dia akan dipenjarakan di AS selama bertahun-tahun 122 00:09:32,447 --> 00:09:34,575 {\an8}sebelum dihantar pulang ke Rusia. 123 00:09:35,617 --> 00:09:40,956 Kami mahu awak yakinkan dia untuk tandatangani rayuan itu. 124 00:09:41,039 --> 00:09:43,166 Dia tiada sanak saudara. 125 00:09:43,876 --> 00:09:46,837 Dia dibesarkan tanpa keluarga, di rumah penjagaan. 126 00:09:46,920 --> 00:09:51,008 Boleh dikatakan, kami saja keluarga dia, bagaikan ibu bapanya. 127 00:09:51,091 --> 00:09:52,885 Sekarang, dia memberontak terhadap kami. 128 00:09:54,303 --> 00:09:59,266 Sebaliknya, matlamat awak pula telus dan mengagumkan. 129 00:09:59,349 --> 00:10:02,853 Mungkin rayuan jujur daripada awak mampu mengubah dia. 130 00:10:09,985 --> 00:10:11,570 Bila saya boleh jumpa dia? 131 00:10:13,363 --> 00:10:15,908 Saya dah beritahu mereka. Semuanya lulus. 132 00:10:15,991 --> 00:10:17,951 Mereka tunggu awak di pintu pagar utama. 133 00:10:18,035 --> 00:10:19,995 Terima kasih, Aviva. Bual lagi nanti. 134 00:10:21,538 --> 00:10:24,458 Saya takkan hadapi masalah di pintu masuk? 135 00:10:24,541 --> 00:10:25,792 Dia warga asing, 136 00:10:25,876 --> 00:10:29,379 jadi pelawat bukan saudara darjah pertama boleh melawat dia. 137 00:10:29,880 --> 00:10:32,424 Saya dah failkan permohonan untuk awak melawatnya. 138 00:10:33,133 --> 00:10:34,718 Kita akan cuba selesaikan. 139 00:10:36,428 --> 00:10:41,099 DORI: KITA MASIH BERJUMPA HARI INI? 140 00:10:42,017 --> 00:10:47,481 Awak kata, pihak berkuasa dah tahu perkara ini selama berminggu-minggu. 141 00:10:48,815 --> 00:10:50,984 Tentang urusan pertukaran ini. 142 00:10:52,152 --> 00:10:53,695 Adakah Shin Bet turut tahu? 143 00:10:54,279 --> 00:10:56,365 Saya sendiri yang hantar permohonan itu. 144 00:10:56,448 --> 00:10:57,533 Kenapa? 145 00:10:59,409 --> 00:11:02,412 Tiada sebab. Saya ada berhubung dengan seseorang di sana. 146 00:11:02,496 --> 00:11:04,039 Dia tak sebut tentangnya. 147 00:11:05,916 --> 00:11:09,253 Ekstradisi ini sangat penting bagi AS, 148 00:11:09,336 --> 00:11:12,214 jadi dah tentu dia takkan beritahu awak. 149 00:11:12,881 --> 00:11:14,132 Itu dah pasti. 150 00:11:19,179 --> 00:11:22,057 DORI: ORNA? 151 00:11:46,790 --> 00:11:48,458 Tidak… 152 00:11:48,542 --> 00:11:51,420 Awak kata, peguam saya. Dia bukan peguam saya. 153 00:11:51,503 --> 00:11:54,381 - Apa maksud awak? - Saya peguam Cik Petrovski. 154 00:11:54,464 --> 00:11:58,177 - Saya letak dia dalam senarai pelawat. - Jangan cakap. Bawa saya keluar! 155 00:11:58,886 --> 00:12:00,220 Nadyusha, 156 00:12:00,304 --> 00:12:03,015 - peguam lama awak dah letak jawatan. - Ya, saya tahu. 157 00:12:03,098 --> 00:12:06,435 Awak pun akan letak jawatan jika mereka ancam awak, seperti dia. 158 00:12:06,518 --> 00:12:07,519 Siapa dia? 159 00:12:07,603 --> 00:12:10,564 Saya tak letak dia dalam senarai. Apa yang awak lihat? 160 00:12:10,647 --> 00:12:13,942 Apa yang awak lihat? Awak ingat ini drama TV? 161 00:12:14,026 --> 00:12:15,861 Apa yang berlaku? Siapa dia? 162 00:12:15,944 --> 00:12:18,739 Saya peguam dia dan saya letak… Nadyusha, tolong. 163 00:12:18,822 --> 00:12:22,659 Saya cabar awak untuk panggil saya Nadyusha sekali lagi. 164 00:12:22,743 --> 00:12:27,331 Awak sangka, jika saya lihat dia, awak boleh lembutkan hati saya? 165 00:12:27,414 --> 00:12:29,124 Jangan hampiri saya! 166 00:12:29,208 --> 00:12:30,375 Hei, cukup! 167 00:12:36,173 --> 00:12:37,925 Bukankah dia ibu kepada gadis penagih itu? 168 00:12:38,008 --> 00:12:41,803 Ya, ini ibu kepada Gali Levy yang ditangkap di Rusia. 169 00:12:47,643 --> 00:12:48,644 Okey. 170 00:12:49,520 --> 00:12:51,021 Sepuluh minit. 171 00:12:51,104 --> 00:12:52,314 Mari. 172 00:12:54,441 --> 00:12:58,403 Kenapa awak tak failkan permohonan dengan betul? 173 00:12:58,487 --> 00:13:00,864 Maaf, jika dia minta… 174 00:13:00,948 --> 00:13:02,282 Ia tiada… 175 00:13:18,090 --> 00:13:19,591 Rasanya saya faham. 176 00:13:19,675 --> 00:13:24,513 Mereka berjanji untuk bebaskan anak awak jika saya pulang ke Rusia, bukan? 177 00:13:26,682 --> 00:13:27,724 Lebih kurang begitu. 178 00:13:27,808 --> 00:13:28,976 Okey, mari bercakap. 179 00:13:30,227 --> 00:13:32,312 - Okey. - Awak ada pil untuk sakit kepala? 180 00:13:32,896 --> 00:13:33,897 Paracetamol? 181 00:13:46,493 --> 00:13:48,161 Boleh beri dua biji lagi? 182 00:13:50,080 --> 00:13:51,081 Untuk kemudian. 183 00:14:00,090 --> 00:14:01,884 Jadi, boleh saya mulakan? 184 00:14:05,262 --> 00:14:07,055 Ini anak saya. Gali. 185 00:14:09,057 --> 00:14:10,851 Gambar yang awak pilih memang menarik. 186 00:14:11,476 --> 00:14:12,561 Yakah? 187 00:14:13,061 --> 00:14:15,230 Mereka tak tunjuknya semasa awak di TV. 188 00:14:15,939 --> 00:14:17,399 Betul. Mereka tak tunjuk. 189 00:14:17,482 --> 00:14:21,778 Perunding media saya tak suka gambar yang ini. 190 00:14:21,862 --> 00:14:24,865 Tapi, awak rasa, ia tunjukkan sisi anak awak yang berbeza. 191 00:14:26,033 --> 00:14:29,703 Perkara yang sangat sukar dijelaskan dalam wawancara lima minit. 192 00:14:30,621 --> 00:14:31,663 Tepat sekali. 193 00:14:31,747 --> 00:14:34,374 Seperti fakta yang dia seorang penjenayah berbahaya? 194 00:14:39,922 --> 00:14:41,006 Ya, betul. Tapi… 195 00:14:41,089 --> 00:14:42,382 Saya tahu punca saya di sini. 196 00:14:43,300 --> 00:14:44,676 Jadi… 197 00:14:45,636 --> 00:14:49,848 Saya sangat yakin, jika cuma sedikit dadah yang terlibat, 198 00:14:50,474 --> 00:14:52,309 kita takkan bertemu sekarang. 199 00:14:57,314 --> 00:14:58,524 Jadi, apa maksud awak? 200 00:14:58,607 --> 00:15:02,694 Maksud saya, jika mereka tawarkan untuk bebaskan anak awak, 201 00:15:02,778 --> 00:15:06,198 awak pasti terimanya, tanpa bertangguh. 202 00:15:07,324 --> 00:15:08,367 Sebab itu saya ke sini. 203 00:15:10,118 --> 00:15:12,913 Saya tak tahu punca awak dipenjarakan. 204 00:15:13,830 --> 00:15:16,583 Tapi, saya boleh rasakan sesuatu tentang awak. 205 00:15:18,335 --> 00:15:19,586 Awak peduli. 206 00:15:22,589 --> 00:15:24,216 Awak setuju bercakap dengan saya. 207 00:15:24,299 --> 00:15:28,971 Mungkin ada sisi dalam diri awak yang ingin membantu. 208 00:15:31,056 --> 00:15:34,351 Saya akan buat. Saya akan tandatangani rayuan itu. 209 00:15:36,019 --> 00:15:37,312 Tapi, saya ada satu syarat. 210 00:15:38,772 --> 00:15:43,569 Saya mahu hantar sepucuk surat. Secara peribadi, bukan melalui penjara. 211 00:15:49,324 --> 00:15:55,289 Jika saya tahu awak tunjuk kepada peguam atau orang lain, kita takkan bertemu lagi. 212 00:15:57,624 --> 00:15:59,960 Hantarnya. Kemudian, datang semula. 213 00:16:03,881 --> 00:16:04,882 Okey. 214 00:16:30,073 --> 00:16:33,660 Yelena? Saya dalam perjalanan. Dia dah sedar? 215 00:16:33,744 --> 00:16:35,204 Belum lagi. 216 00:16:35,287 --> 00:16:37,164 Doktor dah periksa dia? 217 00:16:37,247 --> 00:16:40,292 Ya. Doktor kata, CRP masih meningkat. 218 00:16:40,375 --> 00:16:43,045 Radang paru-paru tak bertindak balas terhadap antibiotik. 219 00:16:43,128 --> 00:16:46,590 Jadi, mereka akan cuba tukar antibiotik dan ambil darah sekali lagi. 220 00:16:47,883 --> 00:16:52,221 Dia kenal awak? 221 00:16:53,847 --> 00:16:55,098 Tidak. 222 00:17:17,037 --> 00:17:19,289 Pergilah berehat. 223 00:17:23,544 --> 00:17:25,253 - Okey, jumpa lagi. - Jumpa lagi. 224 00:17:44,231 --> 00:17:45,315 Orna. 225 00:17:46,275 --> 00:17:47,985 Orna, tunggu. Biar saya jelaskan. 226 00:17:48,068 --> 00:17:50,237 - Tunggu dulu. - Awak tak patut datang ke sini. 227 00:17:50,320 --> 00:17:52,614 Ia tak semudah itu. Mereka tak beritahu semuanya. 228 00:17:53,365 --> 00:17:56,243 Rusia bukan satu blok, ada banyak pihak. 229 00:17:56,326 --> 00:17:58,078 Ada pihak diplomatik yang waras. 230 00:17:58,161 --> 00:18:01,373 Kemudian, ada sekumpulan orang tak guna, 231 00:18:01,456 --> 00:18:02,791 iaitu agensi perisikan. 232 00:18:02,875 --> 00:18:04,710 Pada mulanya, mereka tangkap Gali 233 00:18:04,793 --> 00:18:06,879 sebagai tebusan bagi membebaskan ejen mereka. 234 00:18:06,962 --> 00:18:09,339 Sebaik saja Nadya Petrovski dihantar ke AS, 235 00:18:09,423 --> 00:18:10,757 mereka juga akan hilang. 236 00:18:10,841 --> 00:18:13,051 Kita berurusan semula dengan pihak yang waras… 237 00:18:13,135 --> 00:18:14,803 Tapi, awak tahu, Dori. 238 00:18:14,887 --> 00:18:17,890 Awak tahu punca rundingan terhenti. Awak tipu saya hidup-hidup. 239 00:18:17,973 --> 00:18:20,350 Saya bukannya mahu rahsiakan daripada awak. 240 00:18:20,851 --> 00:18:22,019 Saya mahu beritahu semuanya. 241 00:18:22,102 --> 00:18:24,229 Saya cuma risau ini akan berlaku. 242 00:18:24,313 --> 00:18:27,566 Saya risau awak terpengaruh dan akhirnya turuti kehendak mereka. 243 00:18:28,400 --> 00:18:31,195 Awak tahu apa kesalahan ejen yang awak temui hari ini? 244 00:18:31,278 --> 00:18:32,279 Dia ada cakap? 245 00:18:32,362 --> 00:18:34,072 Bagaimana awak tahu kami bertemu? 246 00:18:34,156 --> 00:18:35,407 Sebab itu tugas saya. 247 00:18:35,490 --> 00:18:37,576 Dia bukannya naif macam Gali. 248 00:18:37,659 --> 00:18:40,787 Awak bertemu wanita yang mengetuai kumpulan penggodam 249 00:18:40,871 --> 00:18:42,289 yang mengancam seluruh dunia. 250 00:18:42,372 --> 00:18:45,000 Peras ugut, menjerat orang… Roni… 251 00:18:46,376 --> 00:18:48,212 - Jangan biar mereka pergunakan awak. - Lupakan. 252 00:18:48,295 --> 00:18:50,339 Jawab ini saja. 253 00:18:51,590 --> 00:18:53,217 Jika dia tak diekstradisi ke AS, 254 00:18:53,300 --> 00:18:56,178 awak akan ditimpa masalah? Secara peribadi? 255 00:18:59,890 --> 00:19:01,183 Ya. 256 00:19:02,392 --> 00:19:03,852 Ya, dah tentu. 257 00:19:06,813 --> 00:19:08,023 Okey. 258 00:19:10,067 --> 00:19:12,277 Orna, awak tak patut percayakan mereka. 259 00:19:13,362 --> 00:19:14,988 Awak pula? 260 00:20:04,413 --> 00:20:05,414 TERJEMAH BAHASA RUSIA - BAHASA INGGERIS 261 00:20:07,791 --> 00:20:11,336 Kolya Sayang, saya tetap menulis walaupun awak akan tersentak. Baca dahulu, sayang. 262 00:20:32,524 --> 00:20:35,235 {\an8}SELAMAT HARI JADI KOLYA! 263 00:20:45,329 --> 00:20:47,414 Saya tiada pilihan dan terpaksa bunuh diri. 264 00:20:47,497 --> 00:20:49,583 Tolong kenang saya seperti dulu, Nadenka. 265 00:21:01,553 --> 00:21:03,472 - Helo? - Vadim, maaf ganggu. 266 00:21:03,555 --> 00:21:06,892 Ada sesuatu yang saya tak beritahu awak. 267 00:21:06,975 --> 00:21:09,645 - Perkara penting. - Orna, itu bukan salah awak. 268 00:21:11,146 --> 00:21:12,731 Apa yang bukan salah saya? 269 00:21:12,814 --> 00:21:14,191 Paracetamol itu. 270 00:21:16,443 --> 00:21:18,278 - Helo? - Ya… 271 00:21:18,362 --> 00:21:20,572 Saya sangka itu punca awak telefon. 272 00:21:21,073 --> 00:21:24,034 Nadya cuba membunuh diri malam ini. Dengan ubat penahan sakit. 273 00:21:24,117 --> 00:21:26,995 Penjara kata, dia simpannya selama berbulan-bulan. 274 00:21:27,079 --> 00:21:28,956 Dia telan lebih 50 biji pil. 275 00:21:29,039 --> 00:21:30,207 Bagaimana keadaan dia? 276 00:21:30,707 --> 00:21:31,959 Dia dalam unit rawatan rapi. 277 00:21:32,459 --> 00:21:34,628 Mereka pindahkan dia ke hospital penjara. 278 00:21:36,463 --> 00:21:37,673 Okey… 279 00:21:40,217 --> 00:21:41,593 Apa yang awak tak beritahu saya? 280 00:21:43,345 --> 00:21:44,638 Helo? 281 00:21:45,430 --> 00:21:47,641 Saya perlu jumpa dia lagi. 282 00:21:47,724 --> 00:21:51,061 Boleh saya lawat dia di hospital tempat dia dirawat? 283 00:22:04,700 --> 00:22:05,701 Terima kasih. 284 00:22:10,163 --> 00:22:11,164 Hai. 285 00:22:13,625 --> 00:22:14,668 Bagaimana keadaan awak? 286 00:22:17,296 --> 00:22:20,841 Seperti seseorang yang kerongkongnya disumbat dengan seratus tiub. 287 00:22:25,304 --> 00:22:28,265 Saya bawa beberapa helai baju Gali. 288 00:22:28,849 --> 00:22:32,019 Saya fikir, mungkin awak mahu salin pakaian. 289 00:22:32,102 --> 00:22:36,064 Saya rasa, saiz badan kamu serupa. 290 00:22:40,068 --> 00:22:44,656 Tentang pil yang saya beri kepada awak, saya tak sangka awak akan… 291 00:22:44,740 --> 00:22:47,242 Jangan risau. Pil awak tak cukup untuk beri kesan. 292 00:22:48,327 --> 00:22:50,287 Sudah lama saya kumpul. 293 00:22:53,624 --> 00:22:55,959 Tapi, saya tetap rasa bersalah. 294 00:22:56,043 --> 00:22:57,419 Awak boleh bertenang. 295 00:22:57,503 --> 00:23:00,839 Jika saya memang mahu membunuh diri, kita takkan bercakap sekarang. 296 00:23:02,049 --> 00:23:03,509 Saya cuma mahu bersiar-siar. 297 00:23:07,471 --> 00:23:11,683 Saya tak rasa awak akan tulis surat begini jika cuma mahu bersiar-siar. 298 00:23:13,894 --> 00:23:15,145 Awak baca surat saya? 299 00:23:17,231 --> 00:23:18,315 Siapa Kolya? 300 00:23:20,442 --> 00:23:21,818 Bukan urusan awak. 301 00:23:26,615 --> 00:23:30,827 Dia adik awak? Awak tulis kepada dia seolah-olah dia adik awak. 302 00:23:31,411 --> 00:23:33,205 Saya tiada adik-beradik. 303 00:23:35,624 --> 00:23:37,584 Jadi, dia budak dari rumah penjagaan? 304 00:23:47,636 --> 00:23:49,680 Apa pun… 305 00:23:51,598 --> 00:23:54,935 Jelas sekali yang awak sayang dia. 306 00:23:55,018 --> 00:24:00,315 Dia juga tiada di AS, dia di Rusia. Dia ada di sana. 307 00:24:00,399 --> 00:24:01,525 Tolonglah. 308 00:24:02,359 --> 00:24:04,319 Jangan cuba memanipulasi saya. 309 00:24:04,820 --> 00:24:07,781 Kerjaya saya ialah manipulasi orang. Awak tak kenal saya. 310 00:24:07,865 --> 00:24:11,285 Jika awak fikir kerajaan Amerika akan tawarkan perjanjian atau… 311 00:24:11,368 --> 00:24:13,412 Saya tahu. Saya tak bodoh. 312 00:24:13,912 --> 00:24:16,540 Tapi, saya takkan kembali kepada mereka di Rusia. 313 00:24:22,129 --> 00:24:26,842 Maaf. Jururawat suami saya telefon. Dia sangat sakit. 314 00:24:31,180 --> 00:24:32,306 Sebenarnya, dia nazak. 315 00:24:37,477 --> 00:24:40,856 Anak saya pula tiada di sini untuk menemani ayahnya. 316 00:24:43,025 --> 00:24:46,820 Jadi, saya patut rasa sedih untuk awak? 317 00:24:50,490 --> 00:24:51,742 Dengar sini… 318 00:24:53,160 --> 00:24:59,541 Saya faham awak tak peduli tentang diri awak. Saya faham. 319 00:25:04,213 --> 00:25:06,507 Tapi, saya tahu, awak ada hati nurani. 320 00:25:09,343 --> 00:25:14,806 Awak juga ada peluang untuk selamatkan anak saya. 321 00:25:17,476 --> 00:25:18,810 Awak faham? 322 00:25:21,605 --> 00:25:23,941 Cakap saja… 323 00:25:25,234 --> 00:25:29,655 jika ada kemungkinan untuk awak tandatangani rayuan itu. 324 00:25:31,490 --> 00:25:32,824 Awak sendiri boleh lihat… 325 00:25:34,868 --> 00:25:36,620 yang saya lebih rela mati. 326 00:25:40,624 --> 00:25:42,292 Saya bersimpati tentang anak awak. 327 00:25:54,346 --> 00:25:57,975 Hai, Orna. Ini Dr. Dror dari Wad Dalaman C. 328 00:25:58,058 --> 00:26:00,769 Keadaan Benny bertambah teruk semalaman. 329 00:26:00,853 --> 00:26:03,355 Sila datang secepat mungkin. 330 00:26:03,438 --> 00:26:06,275 Malangnya, dia tak lagi bertindak balas kepada rawatan. 331 00:26:06,358 --> 00:26:09,945 Kami dah pindahkan dia ke unit steril untuk mengelakkan jangkitan. 332 00:26:10,028 --> 00:26:13,991 Kami juga terpaksa beri sedatif. Dia terlalu resah. 333 00:26:14,074 --> 00:26:16,159 Dia asyik tanggalkan topeng oksigennya. 334 00:26:18,370 --> 00:26:21,415 Kita bincang tentang langkah seterusnya apabila awak tiba. 335 00:26:21,498 --> 00:26:22,666 Terima kasih. 336 00:26:34,011 --> 00:26:35,679 Kunci… 337 00:26:36,722 --> 00:26:38,849 - Kunci… - Hei. 338 00:26:41,560 --> 00:26:43,103 Kunci… 339 00:26:45,731 --> 00:26:47,816 Awak dah ambil kunci itu? 340 00:26:48,650 --> 00:26:50,319 Kunci apa? 341 00:26:51,403 --> 00:26:54,031 Tidak, Benny. Awak tak diikat. 342 00:26:54,114 --> 00:26:56,450 Malam tadi, awak diikat 343 00:26:56,533 --> 00:26:58,535 sebab awak resah dan mereka tak mahu awak tercedera. 344 00:26:58,619 --> 00:27:01,038 Tapi, tangan awak dah tak diikat. 345 00:27:01,830 --> 00:27:03,999 Tiada kunci. Awak tak perlukan kunci. 346 00:27:06,335 --> 00:27:09,296 Awak perlu ambil kunci itu dan pergi ke pejabat pos. 347 00:27:12,007 --> 00:27:13,467 Okey. 348 00:27:15,385 --> 00:27:18,180 Saya akan pergi selepas Yelena tiba. 349 00:27:19,598 --> 00:27:21,016 Sarung semula topeng awak. 350 00:27:21,099 --> 00:27:23,018 - Awak perlu bernafas guna topeng. - Tidak… 351 00:27:26,813 --> 00:27:28,232 Ini hal penting. 352 00:27:31,443 --> 00:27:32,694 Pergi sekarang. 353 00:27:35,155 --> 00:27:37,866 Buat seperti permintaan saya. 354 00:27:41,537 --> 00:27:42,996 Mari sini. 355 00:27:53,924 --> 00:27:56,468 Jangan beritahu ibu. 356 00:28:01,431 --> 00:28:02,808 Gali, 357 00:28:03,809 --> 00:28:09,314 ambil kunci itu dan tunaikan janji kamu. 358 00:28:10,190 --> 00:28:13,777 Jangan risau, Gali. Ibu takkan marah. 359 00:28:14,486 --> 00:28:16,113 Ibu takkan marah. 360 00:29:08,040 --> 00:29:11,752 PETI SURAT NOMBOR 215 361 00:29:25,182 --> 00:29:27,559 Mak, boleh kita cakap sesuatu? 362 00:29:28,644 --> 00:29:29,686 Kenapa? Apa yang berlaku? 363 00:29:31,063 --> 00:29:33,315 Kami berjumpa dengan Ben Dov pagi ini. 364 00:29:39,404 --> 00:29:41,865 Dia beri kami prognosis buruk tentang rawatan nanti. 365 00:29:41,949 --> 00:29:44,785 Sesetengah ubat mungkin membantu, sesetengah mungkin berbahaya. 366 00:29:44,868 --> 00:29:47,412 Semuanya sangat mahal sebab tak dilindungi oleh insurans 367 00:29:47,496 --> 00:29:49,748 dan kita perlu buat keputusan, sekarang juga. 368 00:29:49,831 --> 00:29:51,250 Semua orang desak buat keputusan, 369 00:29:51,333 --> 00:29:54,461 sebab penyakitnya melarat dengan pantas. 370 00:29:55,712 --> 00:29:57,256 Sedihnya. 371 00:29:57,923 --> 00:30:00,717 Bagaimana dengan penerimaan ayah? 372 00:30:00,801 --> 00:30:03,345 Dia terus beritahu adik-beradiknya. 373 00:30:04,471 --> 00:30:06,014 Biar betul… 374 00:30:06,098 --> 00:30:08,976 Dia benar-benar mahu bercakap tentang segala-galanya, 375 00:30:09,059 --> 00:30:12,896 rancang segala-galanya, seperti pengantin merancang perkahwinan. 376 00:30:14,106 --> 00:30:16,525 Sumpah, mak rasa dia teruja. 377 00:30:30,038 --> 00:30:31,582 Mak menangis? 378 00:30:34,293 --> 00:30:35,377 Mungkin. 379 00:30:37,045 --> 00:30:39,756 - Mak tak patut menangis. Mak ibu saya. - Okey. 380 00:30:39,840 --> 00:30:41,383 Saya susah hati. 381 00:30:41,466 --> 00:30:43,260 Okey, mak dah habis menangis. 382 00:30:46,138 --> 00:30:49,057 Masih basah. Basah lencun. 383 00:30:50,767 --> 00:30:54,688 - Okey, cukup. - Saya minta mak berhenti. 384 00:30:54,771 --> 00:30:58,442 - Okey, sudah. Sekarang juga. - Sekarang. 385 00:31:01,445 --> 00:31:03,697 Anak mak yang terabai. 386 00:31:05,699 --> 00:31:07,367 Dengar pesanan mak. 387 00:31:09,786 --> 00:31:12,831 Mak tahu, kita rasa seperti seluruh hidup kita dirampas. 388 00:31:12,915 --> 00:31:16,001 Tapi, mak janji, keadaan akan berubah, okey? 389 00:31:25,802 --> 00:31:27,262 Jadi, ada apa? 390 00:31:28,430 --> 00:31:30,182 Kamu okey? 391 00:31:31,225 --> 00:31:32,809 Ya, bagus. 392 00:31:36,939 --> 00:31:38,524 Bagus. 393 00:31:39,024 --> 00:31:40,400 Setidaknya, kamu okey. 394 00:32:01,672 --> 00:32:05,217 Dia tahu mereka takkan terima dia dengan baik di AS, 395 00:32:05,300 --> 00:32:09,388 tapi dia tetap tak mahu pulang ke Rusia. 396 00:32:10,889 --> 00:32:12,432 Ya, kami pun perasan tentangnya. 397 00:32:18,272 --> 00:32:22,985 Mungkin saya boleh tawarkan sesuatu kepada dia? 398 00:32:23,068 --> 00:32:26,113 Janji sesuatu dengan dia atau beri sesuatu kepada dia? 399 00:32:26,613 --> 00:32:29,449 Dengar sini, Peter. Saya mahu anak saya pulang. 400 00:32:30,158 --> 00:32:33,537 Ayahnya sangat sakit dan perlukan dia. Gali perlu berjumpa dengannya. 401 00:32:33,620 --> 00:32:35,706 Maaf, tapi bukan saya yang tentukan syaratnya. 402 00:32:35,789 --> 00:32:38,542 Tugas saya cuma membuat satu panggilan telefon saja. 403 00:32:38,625 --> 00:32:41,295 Sama ada Nadya bersetuju dengan rayuan itu, atau tidak. 404 00:32:41,378 --> 00:32:43,964 Jika dia tak bersetuju, saya bersimpati. 405 00:32:44,047 --> 00:32:45,924 Ya, semua orang bersimpati. 406 00:32:46,592 --> 00:32:47,759 Apa? 407 00:32:47,843 --> 00:32:51,430 Awak bersimpati, Nadya bersimpati. Semua orang asyik bersimpati. 408 00:32:52,055 --> 00:32:53,473 Saya pun bersimpati. 409 00:32:56,268 --> 00:32:58,562 Saya tahu cara untuk buat dia tandatangani rayuan. 410 00:33:06,320 --> 00:33:10,866 Dia minta saya hantar surat bunuh diri ini sebelum dia cuba membunuh diri. 411 00:33:48,946 --> 00:33:52,157 Keadaannya merosot dalam beberapa jam. 412 00:33:52,241 --> 00:33:54,117 Dia mengalami kerosakan otak. 413 00:33:54,201 --> 00:33:57,871 Pada tahap ini, tak banyak rawatan aktif yang kita boleh buat. 414 00:33:59,915 --> 00:34:05,003 Keadaan ini mungkin berlarutan, jadi kita fokus pada penjagaan sokongan 415 00:34:05,087 --> 00:34:08,047 - untuk menjamin keselesaan dia. - Baik. 416 00:34:10,092 --> 00:34:13,344 Terima kasih, Sivan. Mari beralih kepada pesakit seterusnya. 417 00:34:13,428 --> 00:34:16,764 DORI: DATANG KE KAFETERIA. KITA PERLU BERCAKAP. 418 00:34:32,281 --> 00:34:33,614 Kenapa awak datang? 419 00:34:35,117 --> 00:34:36,118 Siapa ini? 420 00:34:37,119 --> 00:34:39,663 - Berita baik, percayalah. - Helo, Orna. 421 00:34:40,371 --> 00:34:42,416 Saya kenal awak dari TV, sudah tentu. 422 00:34:43,708 --> 00:34:45,668 Saya Guy. Saya rakan setugas Dori. 423 00:34:46,460 --> 00:34:47,462 Jemput duduk. 424 00:34:50,549 --> 00:34:53,467 Saya pasti fikiran awak sedang kusut. 425 00:34:53,552 --> 00:34:55,804 Awak ekori saya? Kenapa awak datang? 426 00:34:56,388 --> 00:34:58,348 Awak pasti mahu mendengarnya. 427 00:34:59,391 --> 00:35:00,809 Sekejap saja. 428 00:35:08,734 --> 00:35:10,485 Orna, ada pakatan sedang diusahakan 429 00:35:10,569 --> 00:35:13,197 dengan Rusia tentang persediaan di Syria. 430 00:35:13,864 --> 00:35:15,991 Perdana Menteri dah tandatangani komitmen 431 00:35:16,074 --> 00:35:19,286 yang pembebasan Gali satu klausa wajib dalam perjanjian itu. 432 00:35:20,245 --> 00:35:24,041 Sebelum ini, mereka tak mahu dikaitkan isu ini. 433 00:35:24,958 --> 00:35:27,753 Orna, kita tak kenal satu sama lain, tapi Dori boleh beri jaminan. 434 00:35:27,836 --> 00:35:31,006 Saya mungkin bukan orang yang paling baik, tapi saya tepat. 435 00:35:31,507 --> 00:35:33,967 Jujur cakap, perjanjian ini 436 00:35:34,051 --> 00:35:36,220 akan bawa pulang anak awak, saya jamin. 437 00:35:37,429 --> 00:35:39,139 Ia cuma perlukan sedikit masa. 438 00:35:40,432 --> 00:35:41,475 Berapa lama? 439 00:35:42,184 --> 00:35:43,977 Antara enam bulan hingga setahun. 440 00:35:45,103 --> 00:35:47,064 Tidak. Saya tak setuju begitu. 441 00:35:47,731 --> 00:35:49,566 Ayahnya tiada masa enam bulan. 442 00:35:50,734 --> 00:35:53,237 Awak tak boleh harap mereka tergesa-gesa berunding 443 00:35:53,320 --> 00:35:55,280 untuk cegah konflik ketenteraan yang besar, 444 00:35:55,364 --> 00:35:58,283 hanya sebab seorang pelancong ditahan selepas pulang dari India. 445 00:35:59,493 --> 00:36:02,746 Kami juga tahu, suami awak dimasukkan ke hospital di dalam bilik kecil. 446 00:36:02,829 --> 00:36:05,374 Dengan kakitangan yang merawat 50 pesakit lain. 447 00:36:05,457 --> 00:36:06,959 Pasti tak mudah. 448 00:36:08,043 --> 00:36:10,420 Kami ada akses untuk sistem rawatan VIP. 449 00:36:10,504 --> 00:36:11,588 Jika kami arahkan, 450 00:36:11,672 --> 00:36:13,841 suami awak akan terima rawatan sepenuh masa di bilik peribadi. 451 00:36:14,341 --> 00:36:16,301 Terima kasih. Saya tak berminat. 452 00:36:16,385 --> 00:36:17,386 Orna. 453 00:36:17,469 --> 00:36:19,555 Jika tolak, awak perlu sedar realiti. 454 00:36:19,638 --> 00:36:22,599 Kami mungkin datang merayu. Tapi, jika terpaksa, kami tegas. 455 00:36:22,683 --> 00:36:23,725 Guy, tak perlu ugut. 456 00:36:23,809 --> 00:36:27,604 Lawatan awak bertemu Nadya, cubaan awak mempengaruhi dia, 457 00:36:27,688 --> 00:36:29,481 perjalanan ke Jalan La Gardia. 458 00:36:30,399 --> 00:36:32,526 Pernah dengar tentang "berhubung dengan ejen asing"? 459 00:36:32,609 --> 00:36:34,444 Awak boleh dihukum 15 tahun penjara. 460 00:36:34,528 --> 00:36:36,613 - Guy, cukup! - Diam, Dori! 461 00:36:37,614 --> 00:36:40,492 Jika fikir awak buat yang terbaik untuk anak awak, awak silap. 462 00:36:41,034 --> 00:36:43,704 Awak takkan boleh buat apa-apa jika awak dipenjarakan, 463 00:36:44,663 --> 00:36:46,874 dan perkara itu tak mustahil. 464 00:36:46,957 --> 00:36:48,792 Lebih baik awak fikir semula. 465 00:36:50,627 --> 00:36:53,255 Jika saya buat jenayah, silakan, tangkap saya. 466 00:36:54,965 --> 00:36:58,051 Jika ada urusan lain, sila hubungi peguam saya, Vadim Ulmanski. 467 00:36:58,135 --> 00:36:59,303 Semoga berbahagia. 468 00:36:59,887 --> 00:37:01,096 Orna. 469 00:37:01,180 --> 00:37:03,432 Maaf, dia tak cakap yang dia akan buat begini. 470 00:37:04,308 --> 00:37:06,476 Apa lagi awak beritahu dia tentang saya? 471 00:37:06,977 --> 00:37:09,438 Saya cuma nak tolong awak. Saya dah buat kesilapan. 472 00:37:09,521 --> 00:37:11,273 Banyak kesilapan, okey? 473 00:37:11,356 --> 00:37:12,900 Saya tak patut rahsiakan tentang Nadya 474 00:37:12,983 --> 00:37:15,277 dan saya tak patut libatkan awak dari awal lagi. 475 00:37:15,360 --> 00:37:16,695 Mungkin ada banyak lagi, 476 00:37:16,778 --> 00:37:19,323 itu salah saya, tapi saya memang nak tolong awak. 477 00:37:19,406 --> 00:37:22,075 Awak sebelahi siapa, Dori? Betulkah awak sebelahi saya? 478 00:37:22,159 --> 00:37:24,369 Sudah tentu saya sebelahi awak. Hanya awak. 479 00:37:24,453 --> 00:37:26,121 Jadi, awak rasa, apa saya patut buat? 480 00:37:27,039 --> 00:37:29,416 - Orna… - Tidak. Awak sebelahi saya, bukan? 481 00:37:29,917 --> 00:37:32,085 Jadi, tolong beritahu saya. 482 00:37:33,504 --> 00:37:35,547 Apa saya patut buat sekarang? 483 00:37:39,009 --> 00:37:40,969 Awak patut terima perjanjian ini. 484 00:37:45,140 --> 00:37:46,850 Saya takkan percayakan awak lagi. 485 00:38:01,406 --> 00:38:02,574 Terima kasih. 486 00:38:05,786 --> 00:38:08,163 Jadi, awak pakai salah satu baju itu. 487 00:38:09,122 --> 00:38:10,123 Ya. 488 00:38:11,416 --> 00:38:13,210 Pakaian di sini sangat busuk. 489 00:38:13,293 --> 00:38:16,880 Saya lebih rela pakai beg sampah. Pasti jauh lebih selesa. 490 00:38:19,049 --> 00:38:22,970 Tapi, baju ini selesa. Terima kasih sebab datang. 491 00:38:26,056 --> 00:38:28,183 Anak awak suka muzik ini? 492 00:38:29,935 --> 00:38:31,812 Itu kumpulan muzik? 493 00:38:31,895 --> 00:38:36,275 Kumpulan muzik Rusia. Mereka dari bandar yang sama dengan saya. Rostov-on-Don. 494 00:38:36,358 --> 00:38:38,360 Boleh saya mainkan sesuatu? 495 00:38:38,443 --> 00:38:43,657 Gali kerap dengar lagu ini. Ia dalam senarai kegemarannya. 496 00:38:56,044 --> 00:38:57,087 Awak tahu lagu ini? 497 00:38:57,171 --> 00:38:59,173 Tak tahu, tapi saya tahu artis ini. 498 00:38:59,256 --> 00:39:00,632 Yuri Glaskov. 499 00:39:01,216 --> 00:39:02,759 Ia juga nama lagu ini. 500 00:39:03,343 --> 00:39:05,429 Awak tahu tuduhan mereka ke atas saya di AS? 501 00:39:06,305 --> 00:39:12,269 Mereka kata, jika pelanggan perlukan penggodam, mereka akan cari saya. 502 00:39:12,853 --> 00:39:16,231 Saya akan hubungkan mereka dengan orang yang sesuai untuk tugas itu. 503 00:39:17,316 --> 00:39:19,860 Peranan Yuri Glaskov sama seperti saya. 504 00:39:19,943 --> 00:39:24,573 Tapi, dia bantu pelanggan mendapatkan senjata. 505 00:39:25,449 --> 00:39:27,993 Dia jual senjata di Rusia? 506 00:39:30,621 --> 00:39:32,581 Bagaimana saya nak hubungi dia? 507 00:39:32,664 --> 00:39:34,708 Awak mahu "hapuskan" masalah awak? 508 00:39:34,791 --> 00:39:37,753 Tidak. Saya cuma mahu bercakap… 509 00:39:37,836 --> 00:39:41,215 Mungkin sukar untuk awak bercakap dengan dia. 510 00:39:41,798 --> 00:39:43,091 Kenapa? 511 00:39:43,175 --> 00:39:46,094 Saya cuma tahu nama dia 512 00:39:46,178 --> 00:39:50,265 sebab seseorang tawarkan wang untuk membunuh dia. 513 00:39:51,016 --> 00:39:56,396 Dia dah hilangkan diri. Ramai orang sedang mencarinya. 514 00:40:00,275 --> 00:40:01,443 Apa khabar suami awak? 515 00:40:03,737 --> 00:40:05,489 Kesihatannya tak bagus. 516 00:40:06,865 --> 00:40:09,493 Saya harap Gali sempat pulang untuk ucapkan perpisahan. 517 00:40:11,453 --> 00:40:16,625 Saya harap awak fahami saya, walaupun sedikit. 518 00:40:17,709 --> 00:40:19,002 Ya, saya faham. 519 00:40:24,049 --> 00:40:25,217 Nadya, saya minta maaf. 520 00:40:26,385 --> 00:40:27,386 Kenapa? 521 00:40:30,264 --> 00:40:33,600 Awak akan tandatangani rayuan itu dan pulang ke Rusia. 522 00:40:37,646 --> 00:40:39,106 Saya beri mereka surat itu, Nadya. 523 00:40:40,607 --> 00:40:44,152 Surat yang awak tulis kepada Kolya. Mereka dah bercakap dengannya. 524 00:40:44,236 --> 00:40:46,572 Jadi, jika awak sayang dia, saya yakin awak sayang, 525 00:40:46,655 --> 00:40:48,073 awak akan beri kerjasama. 526 00:40:52,452 --> 00:40:53,704 Awak memang tak guna. 527 00:40:56,164 --> 00:40:59,042 Nikita! 528 00:40:59,626 --> 00:41:01,837 Bawa dia keluar, Nikita! 529 00:41:04,965 --> 00:41:07,342 Orna, saya harap Gali takkan pulang. 530 00:41:07,426 --> 00:41:11,471 Saya harap dia meringkuk di sana dan awak takkan dengar khabarnya lagi. 531 00:41:11,555 --> 00:41:13,473 Saya harap dia mati di sana! 532 00:41:15,058 --> 00:41:16,852 Saya harap dia mati di sana! 533 00:41:18,478 --> 00:41:20,272 Bawa dia keluar! 534 00:41:20,856 --> 00:41:23,692 Saya harap anak awak meringkuk di sana! 535 00:41:23,775 --> 00:41:27,112 Saya harap awak takkan jumpa anak awak lagi! 536 00:41:27,196 --> 00:41:28,989 Saya harap dia mati! 537 00:41:29,072 --> 00:41:32,534 Saya harap awak takkan jumpa dia lagi! 538 00:42:00,187 --> 00:42:02,147 Jadi, apa akan berlaku sekarang? 539 00:42:04,316 --> 00:42:07,110 Vadim dan Nadya dah serahkan rayuan pagi ini. 540 00:42:08,737 --> 00:42:12,366 Mereka ada perbicaraan mahkamah segera. Mungkin sedang bersidang. 541 00:42:14,701 --> 00:42:17,412 Ya, Gali pula? 542 00:42:17,996 --> 00:42:20,958 Seperti saya cakap, dia akan dibebaskan dalam beberapa hari. 543 00:42:22,501 --> 00:42:23,794 Kamu akan bertemu tak lama lagi. 544 00:42:24,419 --> 00:42:25,629 Bagus. 545 00:42:27,840 --> 00:42:31,677 Awak nak pergi? Awak tak nak tunggu semuanya selesai? 546 00:42:32,302 --> 00:42:33,428 Malangnya, tidak. 547 00:42:36,139 --> 00:42:37,724 Orna, terima kasih. 548 00:42:38,725 --> 00:42:40,227 Ini yang terbaik untuk Nadya. 549 00:42:40,894 --> 00:42:43,188 Kadangkala kita perlu dorong orang membuat tindakan. 550 00:42:45,357 --> 00:42:49,945 Saya juga nak ucapkan tahniah atas pencapaian awak yang hebat. 551 00:43:06,503 --> 00:43:08,547 - Ibu Gali Levy? - Ya. 552 00:43:08,630 --> 00:43:10,841 Dia akan pulang. Saya yakin dia akan pulang. 553 00:43:10,924 --> 00:43:12,426 Terima kasih. 554 00:43:12,509 --> 00:43:14,428 - Terima kasih. - Semoga dirahmati. 555 00:43:23,520 --> 00:43:24,980 Orna Levy? 556 00:43:25,063 --> 00:43:26,064 Polis. 557 00:43:26,607 --> 00:43:27,983 Sila ikut kami, awak ditahan. 558 00:43:28,066 --> 00:43:30,027 Tunggu. 559 00:43:30,110 --> 00:43:33,614 - Tapi, apa yang awak mahu? - Sila ikut kami. 560 00:43:33,697 --> 00:43:36,074 Tunggu sekejap… 561 00:43:38,577 --> 00:43:41,038 Siapa yang awak temui di bilik hotel La Gardia? 562 00:43:43,081 --> 00:43:45,501 Saya bercakap dengan Peter, 563 00:43:47,044 --> 00:43:48,921 serta Vadim, 564 00:43:49,838 --> 00:43:51,632 peguam Nadya. 565 00:43:53,634 --> 00:43:56,053 Juga, dua orang lain yang… 566 00:43:56,553 --> 00:44:01,767 tak cakap apa-apa, serta seorang pengawal keselamatan. 567 00:44:22,454 --> 00:44:23,830 Perlukah semua ini? 568 00:44:29,294 --> 00:44:30,712 Kawan awak dah mati. 569 00:44:36,885 --> 00:44:38,971 Banduan Rusia, dalam perjalanan ke mahkamah. 570 00:44:39,054 --> 00:44:40,514 TAHANAN RUSIA MAUT DITIKAM. 571 00:44:40,597 --> 00:44:42,391 Mereka memang menunggu peluang. 572 00:44:44,434 --> 00:44:46,186 Awak terkejut? 573 00:44:51,942 --> 00:44:53,402 Saya tak… 574 00:44:54,820 --> 00:44:56,488 Saya rasa tak sihat. 575 00:44:56,572 --> 00:44:59,116 Kawan yang awak hubungi itu dari unit Rusia. 576 00:44:59,199 --> 00:45:02,411 Tunggu, saya rasa tak sihat. Saya perlukan bantuan. 577 00:45:11,295 --> 00:45:13,297 Minumlah. Air gula. 578 00:45:16,592 --> 00:45:18,886 Orang yang awak hubungi dari unit Rusia itu. 579 00:45:18,969 --> 00:45:21,263 Mereka tak beritahu rancangan untuk bunuh Nadya? 580 00:45:25,559 --> 00:45:26,977 Jangan cakap kami tak beri amaran. 581 00:45:27,060 --> 00:45:28,061 Saya… 582 00:45:29,438 --> 00:45:32,691 Saya nak bercakap dengan Dori. Boleh beri telefon saya? 583 00:45:32,774 --> 00:45:34,193 - Tak boleh. - Tapi, saya… 584 00:45:34,276 --> 00:45:36,028 Soal siasat ini belum selesai. 585 00:45:36,111 --> 00:45:38,197 - Kita baru saja bermula. - Saya… 586 00:45:38,280 --> 00:45:39,406 Saya rasa tak sihat. 587 00:45:39,489 --> 00:45:41,491 - Okey. - Tunggu sekejap, saya… 588 00:45:41,575 --> 00:45:44,411 Serius, saya perlukan doktor. Saya memang tak sihat. 589 00:45:45,370 --> 00:45:46,914 Awak takkan terlepas. 590 00:45:48,457 --> 00:45:50,918 Kita akan berada di sini selama yang perlu. 591 00:45:53,170 --> 00:45:57,799 Jam, hari, bahkan minggu jika perlu. 592 00:46:00,302 --> 00:46:01,637 Bukan sekarang. 593 00:46:03,013 --> 00:46:04,306 Saya cakap, bukan sekarang. 594 00:46:04,389 --> 00:46:06,058 Meni panggil tuan. 595 00:46:16,151 --> 00:46:18,028 Boleh cakap, apa yang penting sangat? 596 00:46:51,854 --> 00:46:53,063 Silakan. 597 00:46:59,987 --> 00:47:04,616 Ini memang takdir. Kita asyik bertembung sesama kita. 598 00:47:08,161 --> 00:47:10,289 Mereka takkan jawab. Orang Rusia, bukan? 599 00:47:10,372 --> 00:47:13,125 Mereka dah pergi, termasuk si gemuk memakai kippah. 600 00:47:13,208 --> 00:47:16,587 Orang Israel… Ayuh, kita berbual sambil berjalan. 601 00:47:17,838 --> 00:47:20,424 - Saya kena ikut awak? - Ya, ayuh. 602 00:47:34,271 --> 00:47:35,272 POLIS ISRAEL IBU PEJABAT TEL AVIV 603 00:47:35,898 --> 00:47:38,650 Saya selalu lihat awak di TV. 604 00:47:38,734 --> 00:47:42,237 Hadiri wawancara. Perit menontonnya. 605 00:47:42,738 --> 00:47:46,950 Cuba jual imej Bambi yang malang kepada mereka yang mungkin percaya. 606 00:47:47,034 --> 00:47:49,453 Budak kecil yang naif 607 00:47:49,953 --> 00:47:51,830 dengan mata kuyu berwarna perang. 608 00:47:51,914 --> 00:47:53,999 - Matanya biru. - Saya tak cakap tentang Bambi. 609 00:47:54,082 --> 00:47:56,793 Apa pun, saya beritahu mereka. Suami dia sedang nazak. 610 00:47:56,877 --> 00:48:00,797 Anaknya di penjara, mereka pengaruhi dia. Lepaskan dia. 611 00:48:01,298 --> 00:48:04,176 Tapi, Guy? Badan besar, otak kecil. 612 00:48:05,135 --> 00:48:08,388 Jujur cakap, kekasih awak pun tiada bezanya. 613 00:48:10,224 --> 00:48:12,434 Jadi, bagaimana awak lepaskan saya? 614 00:48:12,518 --> 00:48:14,019 Nama saya Rita. 615 00:48:14,102 --> 00:48:17,105 Saya atase khas Kementerian Pertahanan. 616 00:48:17,189 --> 00:48:20,901 - Jadi, awak dengan Mossad? - Tidak, bukan Mossad atau Shin Bet. 617 00:48:20,984 --> 00:48:24,154 Rita saja. Saya terima taklimat yang khusus. 618 00:48:24,238 --> 00:48:25,739 "Taklimat"? 619 00:48:26,740 --> 00:48:29,826 Ia jawatan dengan kebebasan penuh, 620 00:48:29,910 --> 00:48:33,455 tapi mengikut kewajaran. Memulakan perang? Tak wajar. 621 00:48:33,539 --> 00:48:36,708 Tapi, membebaskan ibu malang yang tak buat apa-apa kesalahan? 622 00:48:36,792 --> 00:48:38,710 Perkara kecil saja. 623 00:48:39,461 --> 00:48:42,840 Awak faham, bukan? Ia bagi memastikan saya tak melampaui batas 624 00:48:42,923 --> 00:48:45,384 serta memastikan keseimbangan keputusan negara. 625 00:48:45,467 --> 00:48:47,219 Serius, ada ramai individu yang bijak. 626 00:48:47,302 --> 00:48:49,972 Jadi, awak memang tak tahu mereka akan bunuh dia? 627 00:48:50,597 --> 00:48:54,017 Kenapa mereka bunuh dia? Dia dah tandatangani rayuan itu. 628 00:48:55,060 --> 00:48:57,271 Rayuan mungkin diberikan, mungkin tidak. 629 00:48:57,354 --> 00:49:00,065 Tapi, lebih baik begini daripada menyesal. 630 00:49:00,858 --> 00:49:02,985 - Jadi, apa taklimat awak? - Apa? 631 00:49:03,861 --> 00:49:06,238 Awak kata, awak terima taklimat yang khusus. 632 00:49:06,321 --> 00:49:09,950 Ya. Bawa pulang anak awak ke Israel dan menyoal siasat dia. 633 00:49:12,911 --> 00:49:14,580 Selamat petang! 634 00:49:14,663 --> 00:49:17,791 Kita berdua mahu dia pulang. 635 00:49:18,333 --> 00:49:21,128 Awak mahu dia pulang sebab dia anak awak 636 00:49:21,211 --> 00:49:24,423 dan awak diajar untuk percaya yang itu peranan seorang ibu. 637 00:49:24,965 --> 00:49:26,717 Saya mahu dia pulang 638 00:49:26,800 --> 00:49:31,430 sebab dia tahu sesuatu yang penting bagi keselamatan negara. 639 00:49:32,097 --> 00:49:34,224 Dia tak beritahu awak tentangnya, bukan? 640 00:49:35,267 --> 00:49:36,476 Tentang apa? 641 00:49:36,560 --> 00:49:40,564 Awak benar-benar hebat. 642 00:49:40,647 --> 00:49:42,649 Dengan media dan ahli politik. 643 00:49:44,151 --> 00:49:47,779 Tapi, malangnya, awak dah temui jalan mati sekarang. 644 00:49:48,280 --> 00:49:51,408 Termasuk kawan Rusia awak. 645 00:49:51,950 --> 00:49:55,370 Jadi, saya fikir, ayuh kita ke Rusia bersama-sama. 646 00:49:56,288 --> 00:49:57,998 Jumpa beberapa orang, 647 00:49:59,208 --> 00:50:00,751 makan makanan yang lazat, 648 00:50:00,834 --> 00:50:02,336 cetuskan kekecohan 649 00:50:02,836 --> 00:50:05,589 dan bawa pulang "anak semua orang". 650 00:50:06,840 --> 00:50:08,759 Jika awak tak suka cara itu, tak apa. 651 00:50:08,842 --> 00:50:10,093 Habiskan roti pita awak, 652 00:50:10,177 --> 00:50:12,804 kami akan iringi awak kembali ke tahanan. 653 00:50:15,265 --> 00:50:17,851 Awak terkejut? Ini bukannya Monopoly. 654 00:50:17,935 --> 00:50:19,937 Tiada kad bebas daripada penjara. 655 00:50:21,897 --> 00:50:24,733 Awak dan anak awak suka bermain mainan berpapan, bukan? 656 00:50:39,206 --> 00:50:41,792 Saya tanya kepada salah seorang doktor. 657 00:50:43,210 --> 00:50:45,295 Mereka benar-benar gembira. 658 00:50:48,090 --> 00:50:51,760 Mereka kata, awak semakin sembuh 659 00:50:52,719 --> 00:50:55,931 dan awak mungkin boleh pulang esok. 660 00:50:59,393 --> 00:51:01,270 Saya bercakap dengan Ami juga. 661 00:51:05,148 --> 00:51:07,609 Dia dan Sivan menziarah hari ini. 662 00:51:09,820 --> 00:51:12,614 Mereka dah bersihkan dan kemaskan rumah. 663 00:51:13,574 --> 00:51:16,618 Jadi, rumah pasti cantik dan kemas, seperti yang awak suka. 664 00:51:18,453 --> 00:51:22,040 Hujan juga akan turun. 665 00:51:25,711 --> 00:51:27,629 Gali telefon tadi. 666 00:51:33,594 --> 00:51:36,180 Dia kata, dia akan pulang malam ini. 667 00:51:39,474 --> 00:51:42,686 Dia akan tinggal bersama kita hujung minggu ini. 668 00:51:48,400 --> 00:51:51,612 Dia juga nak awak tahu yang dia benar-benar sayang awak. 669 00:51:54,740 --> 00:51:56,283 Juga, awak… 670 00:51:57,659 --> 00:51:59,995 ayah terhebat di dunia ini. 671 00:52:03,582 --> 00:52:06,001 {\an8}AWAS! RACUN! SAYANG KAMU, BENNY 672 00:52:12,591 --> 00:52:15,177 Selamat malam, sayang. 673 00:52:23,852 --> 00:52:26,522 Saya benar-benar cintakan awak. 674 00:52:38,075 --> 00:52:42,746 {\an8}GALI 675 00:53:23,120 --> 00:53:24,121 THE PHANTOM LIMB 676 00:53:24,204 --> 00:53:26,456 RITA: PENERBANGAN RF267, JANGAN LAYAN SESIAPA DALAM PERJALANAN. 677 00:54:42,282 --> 00:54:44,284 Terjemahan sari kata oleh Hamdan Alias