1 00:00:11,470 --> 00:00:12,513 INI KARYA FIKSYEN. 2 00:00:12,596 --> 00:00:14,515 SEBARANG PERSAMAAN DENGAN ORANG SEBENAR, HIDUP ATAU MATI, 3 00:00:14,598 --> 00:00:16,433 ATAU PERISTIWA ATAU TEMPAT SEBENAR ADALAH KEBETULAN. 4 00:00:22,356 --> 00:00:23,857 Tentang Gali Levy pula, 5 00:00:23,941 --> 00:00:28,570 wanita muda itu masih ditahan di Rusia, dua setengah bulan dan bertambah. 6 00:00:28,654 --> 00:00:30,489 Kami berbual dengan Orna Levy tadi 7 00:00:30,572 --> 00:00:34,284 tentang perkembangan, atau ketiadaan perkembangan, 8 00:00:34,368 --> 00:00:36,662 dalam usaha diplomatik untuk membebaskan anaknya. 9 00:00:36,745 --> 00:00:38,914 Orna Levy, selamat petang. 10 00:00:39,456 --> 00:00:42,543 - Selamat petang, Sivan. - "Selamat petang..." 11 00:00:48,006 --> 00:00:50,133 GALI TAK BERSENDIRIAN 12 00:00:55,305 --> 00:00:57,140 Hati-hati! 13 00:00:57,224 --> 00:00:59,726 - Maaf... - Hati-hati bila memandu! 14 00:02:06,543 --> 00:02:11,632 Hai, saya cari lelaki bernama Yakir. 15 00:02:11,965 --> 00:02:13,217 Dia bekerja di sini? 16 00:02:13,425 --> 00:02:15,594 - Dia di sana. - Terima kasih. 17 00:02:15,677 --> 00:02:19,306 Itu Efi, Mozi, Boaz... 18 00:02:19,973 --> 00:02:22,184 - Saya lupa nama dia ini... - Dudi. 19 00:02:22,851 --> 00:02:24,019 Betul, Dudi. 20 00:02:24,937 --> 00:02:27,231 Saya tahu Gali berkhidmat dalam risikan. 21 00:02:27,314 --> 00:02:30,817 Saya tak tahu di mana... Saya tahu itu maklumat sulit... 22 00:02:31,360 --> 00:02:33,111 Pasti awak tak boleh beritahu saya... 23 00:02:33,403 --> 00:02:36,114 Saya tak kisah. Mereka boleh pergi mati. 24 00:02:36,406 --> 00:02:40,452 Itu unit operasi khas. Siber, teknikal dan operasi. 25 00:02:40,536 --> 00:02:45,457 Semua lelaki itu dalam unit yang sama? 26 00:02:45,541 --> 00:02:48,544 Ya dan tidak. Saya dan Gali di "bahagian kering", 27 00:02:48,627 --> 00:02:50,671 di sebalik tabir, dalam penghawa dingin. 28 00:02:50,754 --> 00:02:53,799 Mereka pula di "bahagian basah", bertugas di lapangan. 29 00:02:54,132 --> 00:02:55,801 Mereka berempat tentera simpanan. 30 00:02:55,884 --> 00:02:57,928 Awak ada berhubung dengan mereka? 31 00:02:58,220 --> 00:03:04,184 Kami sedang hasilkan video kempen dengan kawan-kawan Gali berkata, 32 00:03:04,268 --> 00:03:07,896 - "Bawa Gali pulang." - Mereka tak boleh diharap. 33 00:03:09,523 --> 00:03:13,610 - Apa maksud awak? - Mereka takkan buat video hiba begitu. 34 00:03:15,320 --> 00:03:18,532 Saya tak pasti jika Hadas ada cakap, tapi saya bekas komander Gali 35 00:03:18,615 --> 00:03:19,700 semasa dia berkhidmat. 36 00:03:19,783 --> 00:03:22,327 - Tiga tahun. - Tidak. 37 00:03:22,411 --> 00:03:24,204 Dua tahun tugas aktif dan satu tahun dalam kontrak. 38 00:03:24,496 --> 00:03:27,749 Tidak, mereka tendang keluar dia ketika dia masih dalam tugas aktif. 39 00:03:27,833 --> 00:03:28,750 Dia tak beritahu? 40 00:03:29,376 --> 00:03:31,211 Awak pasti awak bercakap tentang Gali? 41 00:03:31,461 --> 00:03:35,632 Mula-mula, mereka beri dia tugas asas. Kemudian, dia keluar. 42 00:03:36,800 --> 00:03:39,136 - Kenapa? Apa salah dia? - Tumpang lalu... 43 00:03:39,219 --> 00:03:40,804 Duduk, biar saya ceritakan. 44 00:03:41,221 --> 00:03:45,184 Setiap beberapa bulan, unit itu menjalankan operasi bersama. 45 00:03:46,185 --> 00:03:48,854 Rutin yang sama selama bertahun-tahun. 46 00:03:48,937 --> 00:03:51,899 Sudah resmi tentera, bukan? Semua orang menurut arahan. 47 00:03:52,149 --> 00:03:55,819 Apabila Gali muncul, dia mula menyibuk dan bertanya, 48 00:03:55,903 --> 00:03:59,406 "Hei, sokongan udara. Kenapa guna laluan itu?" 49 00:04:00,407 --> 00:04:01,325 "Kenapa masa itu?" 50 00:04:01,408 --> 00:04:05,579 Kami jelaskan, "Amalan standard, pertimbangan bahan api, keterlihatan." 51 00:04:05,662 --> 00:04:08,790 Dia kata, "Okey," telefon ahli meteorologi dalam unit itu, 52 00:04:08,874 --> 00:04:10,584 datang semula dan kata, 53 00:04:10,918 --> 00:04:16,423 "Ada angin belakang yang jimatkan minyak. Boleh guna laluan yang lebih selamat." 54 00:04:16,632 --> 00:04:19,551 "Waktu itu waktu solat, jadi tak ramai yang memantau kita." 55 00:04:21,094 --> 00:04:24,515 Dua puluh tahun buat perkara yang sama. Apabila Gali muncul, semua berubah! 56 00:04:24,598 --> 00:04:27,142 Seperti magis, semuanya berhasil dan berfungsi. 57 00:04:27,226 --> 00:04:31,480 Tapi, komander kami letak nama sendiri pada rancangan itu 58 00:04:31,563 --> 00:04:33,148 dan terima semua pujian. 59 00:04:34,066 --> 00:04:36,985 Gali marah dengan hal itu. 60 00:04:37,069 --> 00:04:41,156 Dia marah komander unit dan ditendang keluar kerana ingkar. 61 00:04:42,324 --> 00:04:44,910 Gali penting bagi saya. 62 00:04:44,993 --> 00:04:48,497 Kali terakhir berhubung, saya dapat tahu dia mula bekerja untuk Maoz. 63 00:04:48,580 --> 00:04:51,959 Saya larang dia daripada bekerja dengan orang seperti Maoz. 64 00:04:52,334 --> 00:04:56,129 - Dia mula bekerja untuk siapa? - Maoz Atar, 65 00:04:56,213 --> 00:04:59,716 leftenan kolonel yang turut ditendang keluar dari unit itu. 66 00:04:59,800 --> 00:05:01,301 Kenapa dia ditendang keluar? 67 00:05:01,677 --> 00:05:06,890 Ada khabar angin, dia gunakan sumber unit 68 00:05:06,974 --> 00:05:10,561 untuk menyeludup dadah merentasi sempadan. Awak faham? 69 00:05:10,644 --> 00:05:14,356 Dia bekerja dengan orang begitu. Kemudian, mereka bercinta. 70 00:05:15,023 --> 00:05:16,984 - Tidak. - Ya. 71 00:05:17,067 --> 00:05:19,987 Kenapa lelaki 50 tahun bercinta dengan gadis 20 tahun? 72 00:05:20,195 --> 00:05:25,284 Saya pun ada tegur Gali tentangnya, tapi dia tak terimanya dengan baik. 73 00:05:25,367 --> 00:05:28,704 Dia rosakkan reputasi saya, seperti saya mengganggunya. 74 00:05:30,414 --> 00:05:34,793 Tengoklah apa yang menimpa dia. Ini bukan kebetulan. 75 00:05:34,877 --> 00:05:36,962 Boleh tolong saya cari mereka? 76 00:05:37,045 --> 00:05:40,883 Saya dapat nombor mereka, telefon mereka tanpa henti, pergi ke rumah mereka, 77 00:05:40,966 --> 00:05:44,094 bercakap dengan keluarga mereka, tapi saya tak berjaya jumpa mereka. 78 00:05:44,178 --> 00:05:46,180 Saya pun tak tahu nak tolong dari mana. 79 00:05:46,471 --> 00:05:50,309 Pasti ada orang yang tahu tentang Maoz. 80 00:05:50,392 --> 00:05:53,729 Tak, tiada orang tahu. Saya pun tak tahu jika dia dah keluar. 81 00:05:54,146 --> 00:05:58,275 - Keluar dari tentera? - Tidak, bukan tentera. 82 00:05:58,358 --> 00:05:59,985 Dari penjara. 83 00:06:03,572 --> 00:06:06,867 STUDIO BAITULMUQADDIS 84 00:06:06,950 --> 00:06:11,246 Sekali lagi, terima kasih kepada mereka yang telah menderma di laman web. 85 00:06:11,330 --> 00:06:15,709 Kepada yang ingin membantu, boleh terus menderma. 86 00:06:16,084 --> 00:06:18,086 Terima kasih juga kepada Perdana Menteri 87 00:06:18,170 --> 00:06:21,131 dan semua kakitangan Kementerian Luar Negeri yang tekun. 88 00:06:21,215 --> 00:06:22,716 Saya sangat menghargainya. 89 00:06:22,799 --> 00:06:26,345 - Orna, kami sokong awak. - Sudah tentu. 90 00:06:26,553 --> 00:06:29,389 - Kami akan kembali selepas iklan. - Henti! 91 00:06:30,557 --> 00:06:32,392 - Terima kasih, Revital. - Terima kasih. 92 00:06:32,476 --> 00:06:33,977 - Terima kasih, Oded. - Sama-sama. 93 00:06:34,061 --> 00:06:36,063 Kami harap Gali pulang segera. 94 00:06:36,146 --> 00:06:37,523 - Amen. - Terima kasih. 95 00:06:39,525 --> 00:06:41,401 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 96 00:06:41,485 --> 00:06:43,070 - Dia memang tabah... - Wau. 97 00:06:43,153 --> 00:06:44,821 - Bagaimana? - Bagus. 98 00:06:45,864 --> 00:06:49,785 Saya rasa bodoh. Kenapa berterima kasih kepada Kementerian Luar Negeri? 99 00:06:49,868 --> 00:06:52,371 Geramnya. Gali di sana, tapi mereka tak buat apa-apa. 100 00:06:52,454 --> 00:06:54,998 - Bagaikan tebusan. - Memang jadi tebusan pun. 101 00:06:55,082 --> 00:06:58,210 - Ada perkembangan? - Tiada sejak minggu lepas. 102 00:06:58,293 --> 00:07:00,671 Kementerian Luar Negeri kata mereka optimis, lalu senyap. 103 00:07:00,754 --> 00:07:01,964 Yakah? 104 00:07:02,631 --> 00:07:03,632 Apa? 105 00:07:03,715 --> 00:07:07,219 Lebih baik mereka cepat. Kempen ini takkan bertahan selamanya. 106 00:07:07,719 --> 00:07:11,807 - Jadi, apa kita nak buat? - Kita perlukan lebih banyak wang. 107 00:07:12,391 --> 00:07:14,643 Wang menguatkan suara. Jika suara cukup kuat, 108 00:07:14,726 --> 00:07:17,187 semua orang cergas, termasuk Kementerian Luar Negeri. 109 00:07:17,396 --> 00:07:18,313 Okey. 110 00:07:18,397 --> 00:07:20,440 - Okey. Ada duit? - Tak ada. 111 00:07:21,358 --> 00:07:24,278 Saya dah belanjakan. Hubungan seranta sangat mahal. 112 00:07:24,361 --> 00:07:26,738 - Saya nak ingatkan awak. - Semoga Gali pulang,amen. 113 00:07:26,947 --> 00:07:32,077 Awak kata, awak akan bercakap dengan keluarga suami awak. 114 00:07:33,620 --> 00:07:35,956 Apa perkembangan isu itu? 115 00:07:37,332 --> 00:07:38,500 Lupakan saja. 116 00:07:39,459 --> 00:07:40,878 Nak tumpang? 117 00:07:40,961 --> 00:07:42,546 Tidak, saya memandu ke sini. 118 00:07:42,629 --> 00:07:43,797 Awak baru ambil lesen? 119 00:07:44,131 --> 00:07:46,216 Tidak. Saya dah lama ada lesen, cuma tak pernah memandu. 120 00:07:46,466 --> 00:07:47,509 Kenapa tidak? 121 00:07:48,969 --> 00:07:50,804 - Dulu, saya tak perlu memandu. - Okey. 122 00:07:51,471 --> 00:07:52,556 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 123 00:08:11,867 --> 00:08:16,371 MAOZ ATAR 124 00:08:21,960 --> 00:08:23,795 Awak faham dia tipu saya? 125 00:08:23,879 --> 00:08:26,840 Saya masih tak faham bagaimana, selama lebih setahun, dia bangun, 126 00:08:26,924 --> 00:08:28,592 pakai pakaian tentera untuk berpura-pura 127 00:08:28,675 --> 00:08:32,554 dan bekerja untuk pengedar dadah itu, Tuhan saja tahu perbuatan dia. 128 00:08:34,472 --> 00:08:37,142 Waktu itu, dia baru 20 tahun. Mungkin dia takut awak kecewa. 129 00:08:38,393 --> 00:08:39,394 Mungkin. 130 00:08:39,477 --> 00:08:42,188 - Dia bekerja di sini? - Khabarnya begitu. 131 00:08:48,153 --> 00:08:51,406 Baguslah jika awak kuncinya. Kita tak mahu orang mencurinya. 132 00:08:54,159 --> 00:08:57,412 Awak yakin budak itu suruh Gali menyeludup sesuatu? 133 00:08:57,496 --> 00:09:00,249 Jangan panggil dia "budak." Dia dewasa, lebih tua daripada awak. 134 00:09:00,332 --> 00:09:02,584 Maaf, di mana saya boleh cari Revital? 135 00:09:02,668 --> 00:09:04,169 - Di sana. - Terima kasih. 136 00:09:04,253 --> 00:09:06,880 Pindahkan palet ini sebelum kamu pergi... 137 00:09:07,464 --> 00:09:09,508 Pastikan Masha tandatanganinya. 138 00:09:13,011 --> 00:09:14,972 Kami tak jual kepada pelanggan persendirian. 139 00:09:15,055 --> 00:09:19,184 - Nir. Selepas itu, boleh bawa ini sekali? - Apa yang kamu tak jual kepada kami? 140 00:09:20,811 --> 00:09:25,190 Kami tak jual kepada kamu kerusi pejabat, meja pejabat, 141 00:09:25,440 --> 00:09:27,985 kabinet pejabat... Mahu saya sambung? 142 00:09:28,610 --> 00:09:31,989 Revital, bukan? Maaf, saya Orna. 143 00:09:32,072 --> 00:09:36,285 Saya cuba telefon awak, tinggalkan beberapa mesej. 144 00:09:37,202 --> 00:09:39,538 Awak cari Maoz. Dia berhutang dengan awak juga? 145 00:09:39,872 --> 00:09:45,544 Tidak. Saya dengar, dia baru dibebaskan. 146 00:09:45,627 --> 00:09:50,257 Jadi, saya nak tanya dia tentang anak saya. 147 00:09:51,133 --> 00:09:53,927 Patutlah macam pernah dilihat. Ibu kepada anak di Rusia. 148 00:09:54,845 --> 00:09:55,804 Apa kaitan dia dan Maoz? 149 00:09:57,181 --> 00:10:00,017 Apa? Tak, tiada apa-apa kaitan. 150 00:10:00,100 --> 00:10:04,229 Mereka cuma pernah bersama. Dalam unit tentera yang sama. 151 00:10:04,897 --> 00:10:08,442 Tapi, mungkin tiada apa-apa. 152 00:10:08,901 --> 00:10:10,402 Tiada apa-apalah sangat. 153 00:10:11,820 --> 00:10:13,780 Awak pula? Awak ayahnya? 154 00:10:14,323 --> 00:10:17,409 Bukan. Saya lelaki yang menjejaki nombor bekas-bekas isteri. 155 00:10:20,037 --> 00:10:22,706 Maaf, tapi saya tak tahu di mana dia berada. 156 00:10:22,789 --> 00:10:25,334 Sejujurnya, saya mengelak daripada dia. 157 00:10:26,126 --> 00:10:28,212 Nir, ia baru dibawa masuk. Kenapa bawa keluar? 158 00:10:28,295 --> 00:10:30,380 - Keluarkan! - Okey... 159 00:10:30,881 --> 00:10:32,549 Awak nak tahu apa saya rasa? 160 00:10:33,717 --> 00:10:36,011 Saya rasa, awak tahu di mana dia berada. 161 00:10:36,970 --> 00:10:39,598 Awak pernah fikir kenapa dia dibebaskan dengan cepat? 162 00:10:39,681 --> 00:10:43,185 - Saya cakap, kami dah tak berhubung. - Sebab dia khianati rakan subahatnya. 163 00:10:43,519 --> 00:10:46,063 Sekarang, dia bersembunyi atas sebab yang jelas. 164 00:10:46,522 --> 00:10:49,316 Mungkin kami orang pertama yang tanya kepada awak tentang dia, 165 00:10:49,650 --> 00:10:52,194 tapi saya yakin akan ada orang lain. 166 00:10:52,694 --> 00:10:54,363 Sama ada kami bercakap dengan dia 167 00:10:54,821 --> 00:10:57,783 atau awak ambil risiko dengan orang yang datang selepas kami. 168 00:10:57,866 --> 00:11:01,119 Tapi, ingat. Mereka mungkin tak sesopan kami. 169 00:11:05,415 --> 00:11:09,461 Saya tak tahu siapa awak atau kenapa awak rasa boleh ugut saya, 170 00:11:09,837 --> 00:11:12,798 tapi berambus sebelum saya panggil kawan-kawan saya. 171 00:11:28,021 --> 00:11:29,439 Sambung kerja kamu. 172 00:11:29,523 --> 00:11:33,610 - Betulkah dia khianati rakan subahatnya? - Saya tak tahu, 173 00:11:33,694 --> 00:11:36,780 tapi jika dia tahu di mana Maoz berada, kita akan tahu tak lama lagi. 174 00:11:36,864 --> 00:11:37,781 Kenapa? 175 00:11:38,407 --> 00:11:41,952 Jika Revital tahu di mana Maoz berada, dia akan telefon agar Maoz berhati-hati. 176 00:11:42,035 --> 00:11:44,371 Apabila dia hubungi Maoz, kita akan tahu lokasinya. 177 00:11:44,872 --> 00:11:45,706 Bagaimana? 178 00:11:46,206 --> 00:11:49,585 Saya minta kawan dari unit untuk jejaki nombornya. Mudah saja. 179 00:11:52,671 --> 00:11:54,131 Wau... 180 00:11:57,176 --> 00:11:58,177 Helo? 181 00:11:58,260 --> 00:12:01,013 Awak nak jumpa anak awak hidup-hidup? 182 00:12:01,805 --> 00:12:05,142 - Siapa ini? - Diam dan ikut cakap saya. 183 00:12:05,726 --> 00:12:11,440 Beri 200,000 dolar. Awak ada 24 jam. 184 00:12:11,523 --> 00:12:15,152 Okey. Tunggu, saya... 185 00:12:15,235 --> 00:12:18,530 Saya tiada wang sebanyak itu, tapi saya akan aturkan, okey? 186 00:12:18,614 --> 00:12:21,617 Berhenti! Kami akan mudahkan urusan. 187 00:12:21,700 --> 00:12:24,161 Beri 100,000 dolar Amerika, 188 00:12:24,244 --> 00:12:27,497 atau kami hantar orang untuk uruskan dia di penjara. 189 00:12:27,581 --> 00:12:29,458 Jangan, tolonglah. Jangan buat begitu. 190 00:12:29,541 --> 00:12:32,794 - Saya akan aturkan wang itu. - Okey. 191 00:12:32,878 --> 00:12:36,048 Ini tawaran terakhir kami. Awak faham? 192 00:12:37,466 --> 00:12:39,718 Dua syikal. Kami takkan beri awak resit, okey? 193 00:12:39,801 --> 00:12:42,221 Bawah meja, tiada orang boleh tahu. 194 00:12:43,180 --> 00:12:45,432 Tunggu. Sekejap. 195 00:12:46,600 --> 00:12:50,437 Beginilah. Awak orang yang baik. Saya akan tolong awak begini. 196 00:12:50,521 --> 00:12:53,315 Beri kami 25,000 dolar untuk... 197 00:12:57,486 --> 00:12:58,737 Selalu berlaku? 198 00:13:01,198 --> 00:13:03,575 Sejak saya muncul di TV. 199 00:13:04,535 --> 00:13:05,661 Jadi, kenapa awak jawab? 200 00:13:11,416 --> 00:13:13,502 Saya harap, dia yang telefon. 201 00:13:39,570 --> 00:13:43,615 UNDI YOSSI LEVY SEBAGAI DATUK BANDAR! 202 00:13:44,032 --> 00:13:45,742 Alamak. 203 00:13:45,826 --> 00:13:47,578 Alamak. 204 00:13:59,715 --> 00:14:02,176 Benny. Cantik, bukan? Kami buat topi untuk Yossi. 205 00:14:02,259 --> 00:14:06,430 Itu pun awak. Awak buat kami risau, bukan? 206 00:14:06,805 --> 00:14:10,142 Jika kakak ipar awak datang lagi, saya berhenti kerja. 207 00:14:11,143 --> 00:14:14,521 Kami duduk di luar. Benny kata, dia terperuk seharian. 208 00:14:14,605 --> 00:14:15,522 Ya... 209 00:14:15,606 --> 00:14:20,402 Tengok. Akhirnya, ahli politik muncul dari dalam gua. 210 00:14:20,485 --> 00:14:23,197 Ya. Kami rasa, masanya dah tiba. 211 00:14:23,447 --> 00:14:26,283 Semua orang cakap, "Masuklah dalam bidang politik." 212 00:14:26,366 --> 00:14:28,577 Saya tumpang gembira. 213 00:14:28,660 --> 00:14:32,164 Semasa Yossi masih kecil, dia buat ibu bapa kami pening. 214 00:14:32,372 --> 00:14:34,291 Selalu timbulkan masalah. 215 00:14:34,374 --> 00:14:38,295 Maaf terlewat. Saya sangat sibuk hari ini. 216 00:14:38,587 --> 00:14:41,006 Selepas itu, di Lubnan, kenderaan dia terlanggar IED. 217 00:14:45,052 --> 00:14:46,762 Terbunuh serta merta. Sangat ngeri. 218 00:14:50,599 --> 00:14:53,519 Kami adakan acara untuk lancarkan kempen pilihan raya. 219 00:14:53,602 --> 00:14:55,938 Kami fikir, pasti bagus kalau kamu hadir. 220 00:14:56,230 --> 00:14:59,274 Sudah lama kita tak berkumpul bersama. 221 00:14:59,358 --> 00:15:03,904 Kami rindu berkumpul bersama. Benny pun rindu, bukan? 222 00:15:04,488 --> 00:15:06,782 - Tak begitu, Benny? - Sudah tentu. 223 00:15:07,366 --> 00:15:11,411 Benchuk, boleh tolong saya betulkan kepala paip di tingkat atas? 224 00:15:12,913 --> 00:15:15,249 Saya tak tahu apa masalahnya. 225 00:15:15,499 --> 00:15:18,001 Beri dia air juga, okey? 226 00:15:18,085 --> 00:15:21,380 Awak yang bermasalah, bukan kepala paip itu. 227 00:15:25,008 --> 00:15:28,262 Tamara, sebenarnya... 228 00:15:28,887 --> 00:15:30,514 Tentang acara kamu, 229 00:15:30,597 --> 00:15:33,141 Benny demam malam tadi, 230 00:15:33,225 --> 00:15:35,519 sebab itu dia tak keluar rumah hari ini. 231 00:15:36,019 --> 00:15:38,063 Tak apa. Awak datang seorang diri. 232 00:15:39,022 --> 00:15:42,526 Datang seorang diri. Acara ini penting bagi Yossi, saya dan semua orang. 233 00:15:43,026 --> 00:15:45,529 Berbaloi untuk hadir, khususnya sekarang. 234 00:15:45,612 --> 00:15:48,365 - Bersatu kita teguh, bukan? - Ya. 235 00:15:50,075 --> 00:15:52,119 Sebenarnya... 236 00:15:53,871 --> 00:15:57,416 Saya telefon awak sebab saya mahu minta tolong sesuatu. 237 00:15:57,499 --> 00:15:59,501 Sudah tentu boleh. Tolong apa? 238 00:16:00,377 --> 00:16:04,798 Ada yuran guaman di Rusia, 239 00:16:04,882 --> 00:16:07,384 kos kempen dan Orit Kadmon... 240 00:16:07,593 --> 00:16:10,095 - Orna... - Maaf sebab sebut tentangnya. 241 00:16:10,179 --> 00:16:12,014 Kita bincang selepas acara itu, okey? 242 00:16:12,097 --> 00:16:14,725 Kami sedang serabut. 243 00:16:14,808 --> 00:16:16,977 Datang ke acara itu. Pasti bagus. 244 00:16:17,060 --> 00:16:19,229 Kami sediakan macam-macam untuk Gali, awak lihat nanti. 245 00:16:19,313 --> 00:16:22,357 Selepas itu, kita duduk bersama 246 00:16:22,441 --> 00:16:25,152 - dan bincang semuanya, okey? - Okey. 247 00:16:25,485 --> 00:16:27,196 Okey. Saya pergi dulu. 248 00:16:27,571 --> 00:16:29,990 Saya hampir terlupa. 249 00:16:30,574 --> 00:16:32,201 Tengok apa saya jumpa. 250 00:16:32,701 --> 00:16:35,996 Bawanya ke wawancara awak, minta mereka jadikannya latar belakang. 251 00:16:36,413 --> 00:16:39,583 Kita belum lihat Gali semasa kecil dengan bapa saudaranya di TV. 252 00:16:39,833 --> 00:16:41,710 Cantik gambar ini. 253 00:16:42,044 --> 00:16:43,212 - Jumpa lagi, pergi dulu. - Jumpa lagi. 254 00:16:49,343 --> 00:16:54,097 DORI 255 00:16:54,181 --> 00:16:58,101 Hei, awak di sana? Berita baik dan berita buruk. 256 00:16:58,352 --> 00:17:01,855 Berita baik: bekas isterinya telefon, saya dapat lokasi. 257 00:17:01,939 --> 00:17:05,901 Dalam lingkungan empat kilometer, tapi hanya ada satu bangunan. 258 00:17:05,983 --> 00:17:09,195 - Itu berita baiknya? - Ya. Berita buruknya... 259 00:17:10,280 --> 00:17:12,115 saya dah periksa fail dia. 260 00:17:13,325 --> 00:17:15,577 Roni bukan dipenjarakan sebab mengedar dadah. 261 00:17:15,911 --> 00:17:17,538 Dia dipenjarakan sebab mengedar senjata. 262 00:17:19,580 --> 00:17:22,209 Kita bincang dulu sebelum ke sana, okey? 263 00:17:22,917 --> 00:17:25,420 Saya tak pasti jika kita patut lakukannya. 264 00:17:26,003 --> 00:17:29,383 Saya perlu cari mereka jika mereka heret Gali dalam hal ini. 265 00:17:29,466 --> 00:17:30,634 Apa pilihan yang saya ada? 266 00:17:31,343 --> 00:17:33,804 Dengar. Awak perlu berhati-hati dengan orang begitu. 267 00:17:34,429 --> 00:17:36,473 Janji, jangan pergi ke sana tanpa saya. 268 00:17:38,141 --> 00:17:39,351 Orna? 269 00:18:17,890 --> 00:18:19,808 Chase, berlutut! 270 00:18:22,019 --> 00:18:23,520 Hai. 271 00:18:27,649 --> 00:18:28,984 Awak Maoz? 272 00:18:31,862 --> 00:18:35,407 - Kita tak kenal satu sama lain... - Saya kenal awak dari TV. 273 00:18:35,741 --> 00:18:39,203 Ya, saya Orna. Anak saya ialah Gali Levy. 274 00:18:40,829 --> 00:18:44,124 Saya rasa, kamu bersama di dalam tentera, bukan? 275 00:18:46,251 --> 00:18:49,171 Awak tersilap orang. Saya bukan seperti yang awak sangkakan. 276 00:18:50,547 --> 00:18:52,216 Okey... 277 00:18:54,134 --> 00:18:56,011 Tapi, awak tinggal di sini? 278 00:18:57,095 --> 00:18:58,889 Saya tak tinggal di sini. 279 00:18:58,972 --> 00:19:00,641 Ini tempat kerja. 280 00:19:01,391 --> 00:19:03,268 Pengawal keselamatan untuk peladang. 281 00:19:03,352 --> 00:19:04,811 Tumpang lalu. 282 00:19:06,230 --> 00:19:08,982 Jika ada orang cuba curi ternakan mereka, saya uruskannya. 283 00:19:09,358 --> 00:19:11,860 Jika babi hutan makan tanaman mereka, saya uruskannya. 284 00:19:11,944 --> 00:19:13,737 Sesiapa datang, saya uruskannya. 285 00:19:17,115 --> 00:19:19,034 Itu babi hutan. Kami kawal populasinya. 286 00:19:20,202 --> 00:19:22,329 Awak tak patut datang. Ini tanah persendirian. 287 00:19:22,871 --> 00:19:25,499 Boleh awak cuba ingat jika awak kenal anak saya? 288 00:19:25,582 --> 00:19:28,126 - Saya boleh tunjukkan gambar. - Tak perlu, saya tak kenal. 289 00:19:28,210 --> 00:19:29,837 Sudahlah, saya tahu awak kenal. 290 00:19:29,920 --> 00:19:31,922 - Awak kenal Efi, Boaz, Dudi... - Dengar sini... 291 00:19:32,297 --> 00:19:35,217 - Saya tahu dia kerja dengan awak. - Dengar. Saya tak kenal awak. 292 00:19:35,968 --> 00:19:39,930 Tak kenal anak awak atau mereka yang awak sebut. 293 00:19:40,013 --> 00:19:43,267 Hujan akan turun. Lebih baik awak masuk kereta dan pergi. 294 00:19:43,350 --> 00:19:46,019 Sebelum awak terbabas ke dalam jurang. 295 00:20:31,607 --> 00:20:35,903 Hai, maaf. Saya tertinggal kunci di dalam kereta saya. 296 00:20:35,986 --> 00:20:39,406 Boleh saya masuk untuk telefon tukang kunci? 297 00:20:44,828 --> 00:20:48,624 Tunggu. Okey, saya pergi! 298 00:20:50,584 --> 00:20:52,127 Saya pergi... 299 00:20:55,214 --> 00:20:56,131 Jangan! 300 00:21:03,889 --> 00:21:06,725 Chase! 301 00:21:31,667 --> 00:21:32,876 Helo? 302 00:21:32,960 --> 00:21:34,294 Orna Levy? 303 00:21:34,378 --> 00:21:35,337 Siapa ini? 304 00:21:35,420 --> 00:21:38,507 Saya orang yang boleh bawa anak awak pulang, 305 00:21:38,590 --> 00:21:41,260 orang yang boleh bawa ketenangan yang awak mahu. 306 00:21:41,343 --> 00:21:43,971 Okey, saya dengar orang berbahasa Ibrani di belakang. 307 00:21:44,054 --> 00:21:45,681 Saya tak faham. 308 00:21:45,764 --> 00:21:47,391 Matikan panggilan... 309 00:22:04,825 --> 00:22:08,036 {\an8}BARANG GALI 310 00:22:17,796 --> 00:22:19,006 BERMULA... 311 00:22:19,089 --> 00:22:20,841 BERSUARA UNTUK MEREKA YANG TERTINDAS 312 00:22:28,891 --> 00:22:32,895 DIMAINKAN AKHIR-AKHIR INI 313 00:22:34,980 --> 00:22:38,192 {\an8}"YURI GLASKOV" OLEH PHANTOM LIMB 314 00:24:04,695 --> 00:24:06,697 Awak ganggu saya. Bukan saya yang awak cari. 315 00:24:06,780 --> 00:24:10,242 Saya takkan pergi selagi awak tak jelaskan apa yang kamu semua buat. 316 00:24:10,325 --> 00:24:12,703 Awak, Efi, Dudi dan Boaz... 317 00:24:13,996 --> 00:24:16,582 - Siapa hantar awak? - Tiada sesiapa. 318 00:24:17,374 --> 00:24:19,960 Bagaimana awak tahu nama mereka? 319 00:24:21,545 --> 00:24:24,506 Saya jumpa pasport mereka dalam barang Gali. 320 00:24:32,931 --> 00:24:35,475 Beritahu saya, apa yang kamu buat kepada anak saya. 321 00:24:37,477 --> 00:24:38,812 Kenapa awak ketawa? 322 00:24:40,772 --> 00:24:42,858 Tentang anak awak, di dalam wawancara juga. 323 00:24:42,941 --> 00:24:44,401 "Anak saya begitu, begini." 324 00:24:44,860 --> 00:24:46,111 Awak fikir, dia masih kecil. 325 00:24:53,493 --> 00:24:57,289 - Kami cacah tatu ini bersama. - Tak tahu malu. Dia baru 20 tahun. 326 00:24:57,372 --> 00:25:02,586 Jarak umur yang kecil. Jadi? Lebih teruk daripada mencurangi suami awak yang sakit? 327 00:25:04,671 --> 00:25:09,009 Apa? Gali beritahu saya. Awak sangka dia takkan perasan? 328 00:25:09,343 --> 00:25:10,677 Anak-anak boleh kesan semuanya. 329 00:25:14,139 --> 00:25:16,308 Cakap, di mana kawan-kawan awak bersembunyi! 330 00:25:16,391 --> 00:25:19,436 Awak buat kesilapan bodoh. 331 00:25:19,520 --> 00:25:21,939 Awak berdelusi, sekumpulan lelaki tak guna bermasalah 332 00:25:22,022 --> 00:25:25,234 ambil anak awak, pergunakan dia, sekarang dia dipenjarakan, 333 00:25:25,317 --> 00:25:26,944 sedangkan mereka jadi kaya. Begitu? 334 00:25:32,366 --> 00:25:35,410 Saya serius, Gali bukan mangsa mereka. 335 00:25:35,744 --> 00:25:36,995 Kenapa? 336 00:25:37,913 --> 00:25:40,123 Sebab mereka bekerja untuk dia. 337 00:25:42,668 --> 00:25:45,212 Tapi, saya dapat tahu, dia pernah bekerja untuk awak. 338 00:25:45,420 --> 00:25:48,090 "Pernah bekerja." Kata lampau. 339 00:25:48,423 --> 00:25:50,592 Selepas saya ditahan, dia tak tunggu langsung. 340 00:25:51,343 --> 00:25:54,680 Dia temui rakan dagang Rusia saya, mula bekerja untuknya. 341 00:25:54,763 --> 00:25:57,057 - Siapa nama dia? - Tak tahu, tak peduli. 342 00:25:57,140 --> 00:25:59,935 Anak awak rampas perjanjian yang saya atur selama setahun, 343 00:26:00,018 --> 00:26:03,939 dengan anak buah yang saya latih, serah kepada orang Rusia itu, seperti miliknya. 344 00:26:04,022 --> 00:26:07,651 Tamatkan hubungan kami melalui panggilan tiga minit di penjara telefon. 345 00:26:07,860 --> 00:26:09,361 Anak awak. 346 00:26:09,695 --> 00:26:12,990 Tapi, mereka yang lain, 347 00:26:13,991 --> 00:26:16,910 kenapa mereka bersembunyi jika tak buat apa-apa kepada Gali? 348 00:26:16,994 --> 00:26:18,954 Mereka tak bersembunyi. 349 00:26:24,751 --> 00:26:29,006 Tiga bulan lalu, saya dapat panggilan aneh dari India pada tengah malam. 350 00:26:29,214 --> 00:26:32,634 Suara Efi, salah seorang lelaki yang awak sebut, kedengaran menakutkan. 351 00:26:32,718 --> 00:26:36,346 Dia minta saya hantar wang kepadanya menerusi alamat seorang wanita India 352 00:26:36,430 --> 00:26:38,515 supaya dia boleh buat pasport baharu. 353 00:26:38,724 --> 00:26:41,310 Awak ada tanya punca dia perlukan pasport baharu? 354 00:26:41,393 --> 00:26:42,311 Tak tanya... 355 00:26:42,394 --> 00:26:45,230 Kami tak tanya soalan begitu dalam bidang kerja kami. 356 00:26:45,314 --> 00:26:48,150 Tapi, setahu saya, jika perjanjian berjalan lancar, 357 00:26:48,442 --> 00:26:50,736 kami takkan terima panggilan begitu. 358 00:26:50,944 --> 00:26:54,531 Dia tak keluarkan wang itu, jadi itu mungkin petunjuk yang jelas. 359 00:26:54,865 --> 00:26:56,074 Petunjuk apa? 360 00:26:56,158 --> 00:26:59,203 Awak bukannya tak jumpa mereka sebab mereka bersembunyi. 361 00:26:59,661 --> 00:27:02,623 Awak tak jumpa mereka sebab mereka dah tak wujud. 362 00:27:05,918 --> 00:27:08,962 Dengar sini, saya tahu awak ibu dia 363 00:27:10,130 --> 00:27:11,840 dan ini bukan salah awak. 364 00:27:12,466 --> 00:27:15,010 Tapi, semua hal yang menimpa Gali sekarang, 365 00:27:15,093 --> 00:27:17,763 dia memang layak menerimanya. 366 00:27:23,435 --> 00:27:25,312 BAWA GALI PULANG 367 00:27:45,415 --> 00:27:46,917 Magis. 368 00:27:47,000 --> 00:27:48,001 Tidak... 369 00:27:48,085 --> 00:27:49,670 - Ya. - Cepatnya? 370 00:27:49,753 --> 00:27:51,004 Marilah tengok. 371 00:28:09,690 --> 00:28:12,776 Dia kata dia tak penat, jadi saya suruh dia baca buku 372 00:28:12,860 --> 00:28:14,444 dan buatkan teh untuk dia. 373 00:28:14,528 --> 00:28:17,781 Apabila saya kembali, dia dah tidur nyenyak. 374 00:28:19,366 --> 00:28:21,326 Tak sangka. 375 00:28:21,535 --> 00:28:23,328 Biar saya ambilkan aiskrim. 376 00:28:40,929 --> 00:28:42,931 Mak, saya dah sediakan permainan. 377 00:28:43,807 --> 00:28:46,518 Bagaimana mak nak bermain kali ini? 378 00:28:46,602 --> 00:28:47,811 Dengan atau tanpa sambungan? 379 00:28:47,895 --> 00:28:50,439 Sejujurnya, saya penat nak belajar benda baharu. 380 00:28:50,522 --> 00:28:53,984 Sekarang, jika sesuatu buat ayah marah, dia akan buang ke dalam tong sampah. 381 00:28:54,651 --> 00:28:58,113 Kononnya, dia bergurau. Kemudian, dia marah bila tak jumpa. 382 00:28:58,197 --> 00:29:00,115 Jadi, mak belajar untuk berhati-hati. 383 00:29:00,449 --> 00:29:01,950 Apa ini? 384 00:29:03,911 --> 00:29:07,581 - Itu Noxolite. - Mak tahu, tapi kenapa kotaknya kosong? 385 00:29:09,249 --> 00:29:11,210 Mak sendiri tahu. 386 00:29:15,047 --> 00:29:17,007 Bagaimana kamu beri kepada dia? 387 00:29:17,382 --> 00:29:20,010 Saya campur dalam tehnya. 388 00:29:20,677 --> 00:29:24,097 - Kamu dah gila? - Mak, saya tak nak cakap sekarang... 389 00:29:24,181 --> 00:29:27,017 Dia kata, dia tak mahu ambilnya. Dia bertegas tentangnya. 390 00:29:27,100 --> 00:29:31,188 Okey. Tapi, bukan dia seorang saja di rumah ini. 391 00:29:31,271 --> 00:29:33,565 Ada orang lain juga, ada mak. Mak berhak berehat. 392 00:29:33,649 --> 00:29:35,817 Mak bukan tanggungjawab kamu. 393 00:29:35,901 --> 00:29:40,197 - Jangan lepaskan marah kepada saya. - Mana ada. 394 00:29:40,280 --> 00:29:42,491 Mak, ramai orang masukkan ubat dalam makanan. 395 00:29:42,574 --> 00:29:45,619 - Semua ibu bapa buat begitu. - Ya, untuk anak, bukan untuk ibu bapa. 396 00:29:45,702 --> 00:29:48,288 Ini bukan masalah besar. 397 00:29:48,372 --> 00:29:50,707 Jangan layan dia macam budak kecil, faham? 398 00:29:51,583 --> 00:29:53,627 Jangan layan dia macam budak kecil. 399 00:29:54,711 --> 00:29:56,797 Campurkan ubat ayah kamu dalam... 400 00:29:59,341 --> 00:30:01,134 Mana ada orang buat begitu. 401 00:30:03,804 --> 00:30:05,389 Nampaknya, saya buat. 402 00:30:10,561 --> 00:30:11,645 Nampaknya. 403 00:30:22,447 --> 00:30:26,326 Orna, kenapa? Semuanya okey? 404 00:30:29,288 --> 00:30:30,914 Apa yang berlaku? 405 00:31:43,904 --> 00:31:45,739 Masuklah. Mari duduk. 406 00:31:48,116 --> 00:31:49,409 Ayuh... 407 00:31:55,916 --> 00:31:57,209 Masuklah. 408 00:32:04,049 --> 00:32:07,427 Keluarga Benny selalu anggap saya merampas dia daripada mereka, 409 00:32:07,511 --> 00:32:12,683 seolah-olah saya mengandung sekadar untuk memerangkap dia. 410 00:32:13,475 --> 00:32:14,643 Terima kasih. 411 00:32:15,853 --> 00:32:19,231 Itulah cara mereka mentafsir semua perbuatan saya. 412 00:32:19,565 --> 00:32:24,820 Ya, saya terdesak mahu masuk dalam keluarga terkenal pengimport brek. 413 00:32:26,947 --> 00:32:29,908 Bagaimana pertemuan dengan Maoz? 414 00:32:32,911 --> 00:32:35,372 - Apa pendapat awak sekarang? - Entahlah. 415 00:32:35,581 --> 00:32:39,877 Rasanya saya patut percayakan kata-kata awak dari awal lagi. 416 00:32:39,960 --> 00:32:41,211 Jangan masuk campur, 417 00:32:41,295 --> 00:32:44,965 fokus pada Orit, kumpul duit untuk kempen... Entahlah. 418 00:32:45,048 --> 00:32:47,968 Saya sangka, saya akan dapat jawapan hari ini. 419 00:32:48,218 --> 00:32:52,598 Tapi, semakin saya siasat, semakin suram semuanya... 420 00:32:55,225 --> 00:32:58,520 - Hanya satu perkara yang jelas. - Apa? 421 00:33:00,189 --> 00:33:04,151 Orang yang perlu berusaha untuk bawa Gali pulang, bukan saya. 422 00:33:06,069 --> 00:33:07,196 Tapi, Gali. 423 00:33:13,160 --> 00:33:15,621 Awak rasa, daripada siapa dia belajar semua itu? 424 00:33:16,788 --> 00:33:20,167 - Sudah tentu bukan daripada Benny. - Tak mungkin. 425 00:33:21,210 --> 00:33:22,711 Jadi, siapa lagi? 426 00:33:25,631 --> 00:33:29,551 Mungkin dia belajar daripada saya, tapi bertindak sebaliknya. 427 00:33:31,011 --> 00:33:32,429 Dengar sini... 428 00:33:36,141 --> 00:33:38,435 Awak cuma cakap begitu sekarang. 429 00:33:39,561 --> 00:33:45,192 Tapi, saya pasti. Suatu hari nanti, apabila awak kenang kembali semua ini, 430 00:33:45,859 --> 00:33:49,947 melihat diri sendiri dan tindakan awak, 431 00:33:50,572 --> 00:33:53,575 awak akan sedar yang awak terlalu menyalahkan diri sendiri. 432 00:33:54,701 --> 00:33:59,122 Mungkin waktu itu, awak akan lihat diri awak seperti yang saya lihat. 433 00:34:00,999 --> 00:34:03,168 Seperti seseorang yang... 434 00:34:06,547 --> 00:34:10,592 sangat bodoh! Benar-benar bodoh... 435 00:34:10,801 --> 00:34:12,135 Seperti... 436 00:34:14,221 --> 00:34:15,806 Bodoh tak boleh diajar. 437 00:34:16,431 --> 00:34:20,185 Sesuatu yang entah bagaimana terlepas tanpa disedari. 438 00:34:28,110 --> 00:34:30,445 Panggil saya bodoh sekali lagi... 439 00:34:38,829 --> 00:34:41,998 YOSSI LEVY SEBAGAI DATUK BANDAR 440 00:35:27,211 --> 00:35:31,924 Terima kasih semua sebab hadir. Terima kasih juga kepada Nurit 441 00:35:32,007 --> 00:35:34,301 dan pusat komuniti atas layanan mereka. 442 00:35:34,801 --> 00:35:38,222 Seperti yang anda tahu, ini masa yang mencabar 443 00:35:38,680 --> 00:35:42,184 untuk saya dan keluarga saya, 444 00:35:42,976 --> 00:35:45,270 kerana tetamu paling penting dan disayangi 445 00:35:45,354 --> 00:35:48,023 tak dapat berada di sini hari ini. 446 00:35:48,565 --> 00:35:50,859 Sudah tentu, saya maksudkan tentang Gali kami. 447 00:35:52,361 --> 00:35:56,573 Jadi, kami ingin dedikasikan lagu seterusnya kepada Gali 448 00:35:57,241 --> 00:35:59,618 dan kepada Orna, ibunya yang hebat. 449 00:36:00,577 --> 00:36:05,624 Ibunya, walaupun bersedih, menghormati kami dengan kehadirannya. 450 00:36:06,834 --> 00:36:11,421 Mungkin, dengan rahmat Tuhan, Gali akan dengar kita dari jauh. 451 00:36:14,550 --> 00:36:16,426 Eldar, silakan... 452 00:36:30,482 --> 00:36:33,861 Di tempat jauh berbatu 453 00:36:34,611 --> 00:36:37,573 Seseorang sentiasa bersamamu 454 00:36:38,115 --> 00:36:39,992 Sentiasa milikmu 455 00:36:40,367 --> 00:36:44,121 Menghulur tangan Saat kau rindu... 456 00:36:44,204 --> 00:36:47,332 Ornush, apa khabar? 457 00:36:47,666 --> 00:36:49,877 - Awak dah jumpa Daniela? - Belum. 458 00:36:49,960 --> 00:36:51,795 - Ahli majlis kita. - Salam perkenalan. 459 00:36:51,879 --> 00:36:54,131 - Kamu kenal satu sama lain? - Tidak. 460 00:36:54,214 --> 00:36:56,133 Ya, dari TV. 461 00:36:56,842 --> 00:36:59,511 - Saya bersimpati. - Terima kasih. 462 00:36:59,761 --> 00:37:04,349 Ayuh bergambar untuk kenang-kenangan. 463 00:37:08,395 --> 00:37:09,313 Terima kasih. 464 00:37:09,396 --> 00:37:11,231 Okey, kami nak sambung... 465 00:37:11,648 --> 00:37:12,649 Okey? 466 00:37:13,525 --> 00:37:14,902 Tamara? 467 00:37:15,944 --> 00:37:17,404 - Boleh saya... - Boleh. 468 00:37:20,157 --> 00:37:25,204 Saya tahu, masanya tak sesuai... Sudah tentu... 469 00:37:27,414 --> 00:37:31,168 tapi, saya nak tahu 470 00:37:31,251 --> 00:37:35,047 jika awak rasa boleh bantu kami dari segi kewangan. 471 00:37:35,130 --> 00:37:37,549 Saya perlu tahu. 472 00:37:37,633 --> 00:37:42,137 Orna, tolonglah. Suami saya lancarkan kempennya hari ini. 473 00:37:44,389 --> 00:37:46,308 Jadi, apa peranan anak saya hari ini? 474 00:37:48,602 --> 00:37:51,605 Tamara, saya minta tolong, 475 00:37:51,813 --> 00:37:56,026 bukan ucapan atau lagu. Saya perlukan wang. 476 00:37:56,109 --> 00:38:00,405 Kami akan berikan jumlah yang munasabah, bincangkannya dengan tenang, 477 00:38:00,489 --> 00:38:03,784 tanpa tekanan, pada masa yang lebih sesuai. 478 00:38:03,867 --> 00:38:06,078 - Serius, Orna. - Betul cakap awak, maaf. 479 00:38:06,411 --> 00:38:08,789 Tak salah tunjukkan rasa berterima kasih. 480 00:38:10,290 --> 00:38:13,126 - Untuk apa? - Apa? 481 00:38:13,710 --> 00:38:16,380 Rasa berterima kasih untuk apa? 482 00:38:16,630 --> 00:38:19,424 Awak cakap "rasa berterima kasih." Jadi, saya tanya untuk apa. 483 00:38:20,342 --> 00:38:24,221 Kerana ambil masa dua bulan untuk hubungi semula selepas Gali ditangkap? 484 00:38:24,471 --> 00:38:27,099 Saya bukan nak biadab, tapi kami pun ada banyak urusan. 485 00:38:27,182 --> 00:38:29,226 Jadi, berterima kasih untuk apa? 486 00:38:29,476 --> 00:38:31,728 Tak, serius. Kerana rasa terhina, 487 00:38:32,521 --> 00:38:35,065 takut orang fikir kamu ada kaitan dengan dadah? 488 00:38:35,399 --> 00:38:38,694 Rasa terima kasih sebab kamu semua menghilang apabila Benny jatuh sakit? 489 00:38:38,777 --> 00:38:41,780 - Kerana tinggalkan saya seorang diri? - Saya tak nak cakap apa-apa. 490 00:38:42,364 --> 00:38:45,033 Nasib baik Benny tiada di sini untuk lihat sikap awak. 491 00:38:45,117 --> 00:38:49,079 - Mungkin ada baiknya awak kurung dia. - "Kurung dia"? 492 00:38:49,162 --> 00:38:52,791 Itu layanan awak kepada orang yang sentiasa menjaga awak? 493 00:38:53,041 --> 00:38:58,046 Seperti tinggalkan anjing dengan penjaga sementara awak keluar berfoya-foya? 494 00:38:58,130 --> 00:39:01,049 Saya tinggalkan dia? Bila kali terakhir Yossi menziarah? 495 00:39:01,133 --> 00:39:03,969 Maaf, saya tak nak awak rosakkan majlis ini, 496 00:39:04,386 --> 00:39:07,306 khususnya malam ini, selepas semua yang kami buat untuk Gali. 497 00:39:09,224 --> 00:39:11,310 Rasanya, awak tak peduli pun tentang Gali. 498 00:39:11,393 --> 00:39:13,353 Orna, tolonglah... 499 00:39:13,437 --> 00:39:16,440 Saya rasa, awak cuma nak tunjukkan sikap prihatin 500 00:39:16,523 --> 00:39:18,609 - dan pergunakan saya untuk... - Cakap perlahan sikit... 501 00:39:18,692 --> 00:39:22,112 Tapi, awak tak peduli langsung tentang saya atau dia. 502 00:39:22,321 --> 00:39:25,490 Juga, kenapa sebut "Gali kami"? Bila kali terakhir kamu berjumpa? 503 00:39:25,574 --> 00:39:28,243 - Orna, cukup. - Serius, sebab seingat saya, 504 00:39:28,327 --> 00:39:31,038 semasa Paskah, ketika dia 17 tahun. 505 00:39:31,121 --> 00:39:33,707 - Awak panggil dia "Galia" semalaman. - Mengarut... 506 00:39:33,790 --> 00:39:36,877 Sudah tiga bulan dia di sana, awak faham? Tiada apa-apa. 507 00:39:37,503 --> 00:39:38,795 Tiada sepatah perkataan pun. 508 00:39:38,879 --> 00:39:42,508 Tapi, selepas saya dah muncul di TV, tiba-tiba jadi "Gali kami." 509 00:39:42,716 --> 00:39:44,676 Saya nak tanya awak. 510 00:39:45,177 --> 00:39:48,472 Awak mahu gambar saya dan Yossi dalam surat khabar? Ya atau tidak? 511 00:39:48,555 --> 00:39:53,018 - Apa? - Gambar saya dan Yossi 512 00:39:53,101 --> 00:39:55,103 bersama-sama dalam surat khabar. Awak mahu? 513 00:39:55,312 --> 00:39:58,732 Awak mahu saya bercerita tentang bapa saudara Gali, 514 00:39:58,815 --> 00:40:02,194 yang umpama ayah keduanya, bertanding sebagai datuk bandar? 515 00:40:02,986 --> 00:40:05,948 Mahu saya panggil wartawan supaya saya boleh beritahu mereka 516 00:40:06,031 --> 00:40:07,741 yang awak benar-benar sedih... 517 00:40:07,824 --> 00:40:10,327 Seolah-olah awak kehilangan anak sendiri? 518 00:40:13,163 --> 00:40:15,082 Cukup untuk nilai cek yang kecil, bukan? 519 00:40:15,791 --> 00:40:18,210 Jangan jawab, angguk saja. 520 00:40:23,674 --> 00:40:25,133 Bagus. 521 00:40:25,217 --> 00:40:27,344 Terima kasih, acara ini memang hebat. 522 00:40:28,846 --> 00:40:30,347 Jumpa lagi. 523 00:40:37,354 --> 00:40:42,818 PUSAT KOMUNITI KIRYAT ATA 524 00:41:21,398 --> 00:41:25,235 NOMBOR PERSENDIRIAN 525 00:41:29,656 --> 00:41:31,116 Helo? 526 00:41:32,284 --> 00:41:34,411 Pn. Levy? Orna Levy? 527 00:41:35,412 --> 00:41:37,456 Apa pula kali ini? 528 00:41:37,539 --> 00:41:39,416 Ini tentang anak awak. 529 00:41:39,750 --> 00:41:42,711 Aduhai, terkejutnya. Okey, saya letak dulu. 530 00:41:43,212 --> 00:41:44,421 Saya boleh tolong. 531 00:41:45,589 --> 00:41:48,550 Biar saya pula yang tolong awak. 532 00:41:48,842 --> 00:41:52,095 Cakap, ini cara awak membuang masa? 533 00:41:52,179 --> 00:41:54,765 Mengganggu si ibu yang anaknya di penjara? 534 00:41:54,848 --> 00:41:59,061 Apa, awak masih budak kecil? Awak pernah terfikir tentangnya 535 00:41:59,311 --> 00:42:02,856 sebelum awak tidur di atas katil awak yang buruk pada waktu malam? 536 00:42:02,940 --> 00:42:06,401 Awak pernah tanya diri sendiri, kenapa awak jadi begini? 537 00:42:06,485 --> 00:42:11,198 Ini kehidupan yang awak impikan, penuh ceria, kasih sayang dan... 538 00:42:12,824 --> 00:42:15,285 Apa yang awak mahu saya buat? 539 00:42:15,786 --> 00:42:17,829 Apa? Tidak, saya tak faham. 540 00:42:19,581 --> 00:42:21,291 Ambil, cakap dengan ibu awak. 541 00:42:22,751 --> 00:42:25,170 Mak? Itu mak? 542 00:42:25,254 --> 00:42:27,214 - Gali? - Mak... 543 00:42:27,297 --> 00:42:30,175 Pn. Levy, kerajaan awak menipu awak. 544 00:42:30,676 --> 00:42:34,179 Saya boleh tolong. Saya mahu awak tulis alamat ini. 545 00:43:24,396 --> 00:43:26,398 Terjemahan sari kata oleh Hamdan Alias