1 00:00:14,055 --> 00:00:18,643 Berita tergempar baru diterima. Pihak berkuasa kata Brian juga hilang. 2 00:00:18,727 --> 00:00:21,730 Berpuluh-puluh pembantah turun di kejiranan Florida 3 00:00:21,813 --> 00:00:23,857 di rumah ibu bapa Brian Laundrie… 4 00:00:23,940 --> 00:00:26,735 …mengatakan mereka enggan beredar selagi tiada jawapan. 5 00:00:26,818 --> 00:00:27,652 Kosongkan jalan! 6 00:00:27,736 --> 00:00:29,696 Perubahan besar dalam kes ini. 7 00:00:29,779 --> 00:00:32,032 Kini, ada dua orang muda hilang. 8 00:00:33,158 --> 00:00:36,119 Reaksi pertama apabila dengar yang Brian hilang, 9 00:00:36,202 --> 00:00:37,746 "Tak, dia larikan diri." 10 00:00:38,329 --> 00:00:41,750 Tiada sesiapa tahu dia di mana, termasuk polis dan FBI. 11 00:00:41,833 --> 00:00:43,460 Ibu bapanya juga tak tahu. 12 00:00:43,543 --> 00:00:45,295 Pakar bertanya adakah Brian 13 00:00:45,378 --> 00:00:47,547 kelihatan mungkin akan bunuh diri 14 00:00:47,630 --> 00:00:50,925 atau seseorang yang cenderung melarikan diri. 15 00:00:51,009 --> 00:00:52,886 Gabby masih hilang. 16 00:00:52,969 --> 00:00:57,015 Satu-satunya orang yang bersamanya lesap. 17 00:00:57,098 --> 00:00:59,601 Semua orang kecoh tentang Brian, 18 00:00:59,684 --> 00:01:03,438 tapi saya masih fikir, "Saya perlu cari anak saya." 19 00:01:03,521 --> 00:01:04,564 PERKEMBANGAN BAHARU 20 00:01:04,647 --> 00:01:07,400 Media fokus kepada Brian yang hilang. 21 00:01:07,484 --> 00:01:09,069 Namun ketika siasatan, 22 00:01:09,152 --> 00:01:11,654 kami perlukan mayat untuk buktikan jenayah. 23 00:01:11,738 --> 00:01:13,740 Kami tak boleh tahan Brian. 24 00:01:13,823 --> 00:01:16,743 Fokus utama kami ialah mencari Gabby. 25 00:01:28,088 --> 00:01:31,508 Masih tiada berita daripada pihak berkuasa tentang lokasinya. 26 00:01:31,591 --> 00:01:34,135 Pihak berkuasa meminta sesiapa yang nampak pasangan itu 27 00:01:34,219 --> 00:01:36,763 untuk menghubungi FBI. 28 00:01:36,846 --> 00:01:39,724 Kami minta bantuan orang awam dan mereka amat membantu. 29 00:01:40,350 --> 00:01:43,478 Kami terima sekitar dua hingga tiga ratus maklumat sehari, 30 00:01:43,561 --> 00:01:44,604 di seluruh negara. 31 00:01:44,687 --> 00:01:48,149 Hari ini, ada orang siar mereka jumpa gambar Gabby 32 00:01:48,233 --> 00:01:51,694 di latar belakang daripada gambar orang lain yang ditag. 33 00:01:54,989 --> 00:01:57,242 Saya sedang menatal telefon 34 00:01:57,325 --> 00:01:59,828 dan ada hantaran TikTok 35 00:01:59,911 --> 00:02:02,038 daripada gadis bernama Miranda. 36 00:02:02,122 --> 00:02:03,915 Hai, nama saya Miranda Baker. 37 00:02:03,998 --> 00:02:05,959 Pada 29 Ogos, 38 00:02:06,042 --> 00:02:10,880 saya dan kekasih tumpangkan Brian di Taman Negara Grand Teton. 39 00:02:10,964 --> 00:02:13,174 Harap hantaran ini boleh bantu seseorang cam dia 40 00:02:13,258 --> 00:02:15,760 sebab saya nampak dia dari TikTok. 41 00:02:15,844 --> 00:02:20,181 Saya fikir, "Bunyinya macam orang yang saya tumpangkan." 42 00:02:20,265 --> 00:02:23,893 Saya terus hubungi Syerif Daerah Teton. 43 00:02:27,147 --> 00:02:29,399 Lokasi terakhir van yang diketahui 44 00:02:29,482 --> 00:02:33,528 adalah maklumat penting untuk kami kecilkan kawasan pencarian. 45 00:02:36,990 --> 00:02:40,243 Saya rasa pada minggu kedua bulan September 46 00:02:40,326 --> 00:02:44,247 ketika kami mula dengar cerita tentang Gabby. 47 00:02:44,330 --> 00:02:45,999 Apabila dengar orang nomad hilang, 48 00:02:46,082 --> 00:02:48,042 ceritanya segera tersebar dalam komuniti. 49 00:02:48,126 --> 00:02:49,544 Disebut di media sosial. 50 00:02:49,627 --> 00:02:52,463 Mereka belum kenal pasti sebagai Gabby… 51 00:02:53,173 --> 00:02:55,341 Kami fokus pada garis masanya. 52 00:02:55,425 --> 00:02:59,596 FBI menganggarkan pada 21 hingga 24 hari bulan. 53 00:02:59,679 --> 00:03:02,765 Kami tiada di sana ketika itu. 54 00:03:05,435 --> 00:03:06,477 Pada 27 Ogos, 55 00:03:06,561 --> 00:03:09,898 kami mencari tempat untuk bermalam. 56 00:03:09,981 --> 00:03:12,692 Kawan-kawan cadangkan untuk pergi ke Spread Creek. 57 00:03:12,775 --> 00:03:15,820 Kami datang, tidur dan teruskan perjalanan. 58 00:03:16,613 --> 00:03:19,073 Saya sedang sunting video YouTube kami 59 00:03:19,157 --> 00:03:23,036 daripada garis masa Spread Creek pada 27 Ogos. 60 00:03:23,119 --> 00:03:25,330 Saya sedang duduk bersama telefon. 61 00:03:25,413 --> 00:03:29,167 Saya dapat notifikasi daripada rakan RV kami. 62 00:03:29,250 --> 00:03:33,838 Mereka kata, "Red White dan Bethune, periksa rakaman awak. 63 00:03:33,922 --> 00:03:35,757 Garis masa telah berubah." 64 00:03:35,840 --> 00:03:39,010 Saya baca hantaran Perkhidmatan Taman Negara. 65 00:03:39,093 --> 00:03:42,430 Tertulis di situ, 27 atau 28 Ogos. 66 00:03:42,513 --> 00:03:46,309 Saya terus rasa gerun dan pucat lesi. 67 00:03:46,392 --> 00:03:48,686 Saya ada rakaman pada tarikh itu. 68 00:04:07,747 --> 00:04:08,957 Itu van dia. 69 00:04:09,040 --> 00:04:10,750 Van Gabby. 70 00:04:10,833 --> 00:04:12,919 Saya kata, "Kita akan siarkan. 71 00:04:13,002 --> 00:04:15,004 Kita perlu sebarkan sekarang." 72 00:04:15,088 --> 00:04:17,173 ADAKAH INI VAN GABBY PETITO? 73 00:04:17,257 --> 00:04:21,219 Ketika bangun keesokan harinya, sudah lebih sejuta tontonan. 74 00:04:21,302 --> 00:04:22,136 1.1 JUTA TONTONAN 75 00:04:22,220 --> 00:04:25,890 Saya sangat teruja. Ada rakaman van itu. 76 00:04:27,809 --> 00:04:31,896 Saya berada di pos kawalan depan apabila kami terima video Bethune. 77 00:04:31,980 --> 00:04:34,899 Kawasan itu kelihatan seperti Spread Creek. 78 00:04:34,983 --> 00:04:39,529 Apabila saya tiba di tempat van mereka diletakkan, 79 00:04:39,612 --> 00:04:42,699 saya dapat tengok video dan barisan pokok sepadan, 80 00:04:42,782 --> 00:04:46,327 begitu juga kesan van diparkir yang sepadan. 81 00:04:46,411 --> 00:04:49,914 Kami dapat mengesahkan maklumat yang diperoleh 82 00:04:49,998 --> 00:04:53,501 daripada syarikat telefon, untuk kawasan carian lebih baik. 83 00:04:54,419 --> 00:04:57,630 19 SEPTEMBER 84 00:04:57,714 --> 00:04:58,589 20 HARI BERLALU 85 00:04:58,673 --> 00:05:00,091 Pada hari kedua pencarian, 86 00:05:00,967 --> 00:05:03,886 kami fokus di dasar sungai, 87 00:05:03,970 --> 00:05:07,181 dekat kawasan kali terakhir mereka berkhemah. 88 00:05:09,142 --> 00:05:12,562 Menunggang kuda adalah cara yang baik untuk mencari di kawasan hutan, 89 00:05:13,688 --> 00:05:17,692 jadi kami tugaskan pasukan kuda di Spread Creek. 90 00:05:18,484 --> 00:05:21,070 Begitu juga pasukan yang berjalan kaki. 91 00:05:22,196 --> 00:05:23,239 Tiba-tiba, 92 00:05:23,323 --> 00:05:27,994 seorang ahli pasukan nampak sesuatu yang dipercayai mayat seseorang. 93 00:05:37,754 --> 00:05:40,048 Dia baring mengiring. 94 00:05:40,131 --> 00:05:43,176 Dia dibalut dengan baju panas. 95 00:05:46,179 --> 00:05:49,307 Kali terakhir Gabby disahkan masih hidup 96 00:05:49,390 --> 00:05:51,601 ialah pada 27 Ogos. 97 00:05:51,684 --> 00:05:54,354 Kami jumpa mayatnya pada 19 September. 98 00:05:54,437 --> 00:05:56,397 Antara jangka masa itu, 99 00:05:56,481 --> 00:05:59,025 kami percaya kedudukan mayatnya tak berubah. 100 00:06:01,361 --> 00:06:04,322 Di depannya ialah kesan terbakar di atas tanah, 101 00:06:04,405 --> 00:06:06,574 seolah-olah seseorang cuba nyalakan api, 102 00:06:06,657 --> 00:06:09,452 tapi kami tak jumpa sebarang bahan penyala api. 103 00:06:09,535 --> 00:06:10,745 Kasut butnya tertanggal, 104 00:06:10,828 --> 00:06:14,957 satu di sebelah mayatnya dan kesan terbakar itu. 105 00:06:15,041 --> 00:06:17,251 Dia tak berbaring dalam posisi biasa. 106 00:06:17,335 --> 00:06:21,923 Para penyiasat berpendapat, tempat kejadian telah dibuat-buat. 107 00:06:23,758 --> 00:06:27,512 Kami telah menetapkan zon larangan terbang di taman negara. 108 00:06:28,096 --> 00:06:30,848 Tap masih ada organisasi berita 109 00:06:30,932 --> 00:06:33,351 menghantar helikopter ke kawasan pencarian. 110 00:06:34,060 --> 00:06:37,980 Kita perlu melindungi tempat kejadian segera, 111 00:06:38,064 --> 00:06:40,233 serta maruah Gabby. 112 00:06:41,776 --> 00:06:45,321 Kemudian, koroner memutuskan Gabby mati dibunuh, 113 00:06:45,405 --> 00:06:48,449 akibat trauma benda tumpul dan dicekik. 114 00:06:48,533 --> 00:06:52,036 KECEDERAAN SEPADAN DENGAN DICEKIK 115 00:06:54,664 --> 00:06:55,957 Saya merasakan 116 00:06:56,791 --> 00:06:59,335 emosi yang bercampur baur. 117 00:06:59,419 --> 00:07:01,879 Kami harapkan hasil yang berbeza. 118 00:07:05,550 --> 00:07:09,429 Penyelia FB segera maklumkan keluarganya, 119 00:07:10,263 --> 00:07:13,683 supaya mereka tahu dulu dan bukan daripada media. 120 00:07:16,436 --> 00:07:23,443 PEJABAT SYERIF DAERAH TETON 121 00:07:23,526 --> 00:07:25,027 Pada pagi 19 hari bulan, 122 00:07:25,903 --> 00:07:27,738 mereka beritahu kami… 123 00:07:29,115 --> 00:07:32,910 Ada mayat ditemui sepadan dengan anak kami, Gabby. 124 00:07:40,168 --> 00:07:41,794 Saya tanya, "Awak pasti? 125 00:07:41,878 --> 00:07:44,839 Awak perlu pasti, sebab saya perlu buat panggilan." 126 00:07:46,883 --> 00:07:48,468 Dia kata, "Saya perlu tunjukkan. 127 00:07:49,302 --> 00:07:53,764 Saya tak mahu tunjuk, tapi mungkin awak boleh cam." 128 00:07:56,809 --> 00:07:57,935 Gabby, 129 00:08:02,607 --> 00:08:03,941 terbaring di tanah, 130 00:08:05,276 --> 00:08:07,445 mengiring kiri dalam posisi janin. 131 00:08:12,867 --> 00:08:17,246 Cuma rambutnya terkeluar dari hud di atas kepalanya. 132 00:08:19,665 --> 00:08:20,958 Dia terbaring… 133 00:08:22,627 --> 00:08:25,046 Terbaring berminggu-minggu di atas tanah. 134 00:08:26,923 --> 00:08:28,049 Di hutan. 135 00:08:30,593 --> 00:08:32,929 Ditinggalkan seperti sampah 136 00:08:33,012 --> 00:08:34,931 oleh lelaki yang sepatutnya mencintainya. 137 00:08:37,308 --> 00:08:38,768 Saya terus rebah. 138 00:08:38,851 --> 00:08:40,978 Saya terpaksa angkat telefon… 139 00:08:43,105 --> 00:08:44,941 tenangkan diri 140 00:08:45,733 --> 00:08:47,109 dan hubungi Niki, 141 00:08:48,361 --> 00:08:51,781 hubungi Joe dan Tara dalam panggilan persidangan, 142 00:08:52,406 --> 00:08:54,992 beritahu mereka dari 3,000 km jauhnya 143 00:08:55,076 --> 00:08:56,827 yang anak kami dah mati. 144 00:08:58,371 --> 00:09:00,873 Panggilan paling teruk dalam hidup saya. 145 00:09:02,333 --> 00:09:03,501 AYAH GABBY 146 00:09:03,584 --> 00:09:05,711 Saya ingat pada 19 September, 147 00:09:05,795 --> 00:09:07,964 saya terima panggilan mengatakan 148 00:09:09,382 --> 00:09:11,133 saya takkan dapat jumpa Gabby lagi. 149 00:09:14,845 --> 00:09:17,014 Saya tak ingat apa-apa. 150 00:09:17,098 --> 00:09:20,393 IBU TIRI GABBY 151 00:09:21,394 --> 00:09:24,438 Hari yang paling teruk dalam hidup kami. 152 00:09:27,024 --> 00:09:28,484 Selalu fikir saat-saat akhirnya. 153 00:09:35,199 --> 00:09:37,743 Saya pasti dia takut. 154 00:09:39,453 --> 00:09:43,958 Setiap kali dia takut, dia hubungi saya atau Jim, awak atau Niki. 155 00:09:44,834 --> 00:09:46,252 Jadi… 156 00:09:47,753 --> 00:09:49,422 Saya tak tahu dia panggil siapa. 157 00:09:53,217 --> 00:09:55,886 Saya buka pintu gelangsar belakang, 158 00:09:55,970 --> 00:09:58,222 sebab budak-budak duduk di luar semasa panggilan. 159 00:09:58,306 --> 00:10:00,725 Saya suruh semua masuk. 160 00:10:00,808 --> 00:10:02,852 Saya nak beritahu sendiri kepada anak-anak. 161 00:10:04,478 --> 00:10:07,523 Perasaan paling teruk yang saya pernah rasa. 162 00:10:07,607 --> 00:10:10,192 Saya betul-betul tak dapat tahan perasaan. 163 00:10:10,276 --> 00:10:14,030 Saya pun tak tahu jika betul-betul dapat terima. 164 00:10:16,907 --> 00:10:19,869 Itu kali pertama saya nampak anak-anak perempuan menangis. 165 00:10:21,537 --> 00:10:24,165 Mereka tahu kakak mereka takkan kembali. 166 00:10:32,173 --> 00:10:34,216 Saya dapat mesej daripada wartawan. 167 00:10:36,093 --> 00:10:38,262 Dia kata, "Awak dah tengok berita?" 168 00:10:38,346 --> 00:10:39,639 Hati saya luluh. 169 00:10:40,139 --> 00:10:42,099 Dia kata, "Mereka jumpa mayat." 170 00:10:42,183 --> 00:10:47,104 Itu kali pertama dalam hidup saya betul-betul tergamam. 171 00:10:47,188 --> 00:10:49,273 Saya tak pernah rasa begitu. 172 00:10:50,941 --> 00:10:53,569 Paling menyakitkan, ia bukan kehilangan. 173 00:10:55,321 --> 00:10:57,073 Tapi nyawa seseorang diragut. 174 00:10:58,199 --> 00:11:00,826 Orang lain buat keputusan yang mereka ada hak 175 00:11:01,327 --> 00:11:05,164 untuk rampas orang yang anda sayang daripada hidup anda selamanya. 176 00:11:05,247 --> 00:11:08,084 Berita tergempar malam ini tentang kehilangan Gabby Petito… 177 00:11:08,167 --> 00:11:10,753 Saya menonton siaran berita. 178 00:11:11,754 --> 00:11:15,966 Berita tergempar disiarkan, mengatakan mayatnya sudah dijumpai. 179 00:11:16,842 --> 00:11:18,219 Saya sangat sedih. 180 00:11:18,302 --> 00:11:20,388 BEKAS KEKASIH GABBY 181 00:11:20,471 --> 00:11:22,056 Dia cinta pertama saya. 182 00:11:24,350 --> 00:11:26,060 Apabila berita tersebar 183 00:11:26,519 --> 00:11:29,397 bahawa mayatnya sudah dijumpai, 184 00:11:30,272 --> 00:11:32,441 Saya tak tahu nak fikir apa. 185 00:11:32,525 --> 00:11:35,444 Saya cuma nak tutup TV atau bangun, 186 00:11:36,570 --> 00:11:39,657 anggap semuanya hanya mimpi buruk. 187 00:11:46,664 --> 00:11:48,165 Sebaik jumpa mayat Gabby, 188 00:11:48,249 --> 00:11:51,335 siasatan terus diperluaskan. 189 00:11:51,419 --> 00:11:55,881 Sekarang kami alihkan fokus kepada siapa suspek, 190 00:11:55,965 --> 00:11:57,633 mula mengumpul bukti 191 00:11:57,717 --> 00:12:00,219 supaya kami boleh buat dakwaan bagi kes ini. 192 00:12:01,512 --> 00:12:04,974 27 OGOS 193 00:12:05,766 --> 00:12:07,476 Kami tahu pada 27 Ogos, 194 00:12:07,560 --> 00:12:09,103 kira-kira pukul satu, 195 00:12:09,186 --> 00:12:13,232 Brian dan Gabby di restoran di Jackson yang dipanggil Merry Piglets. 196 00:12:13,315 --> 00:12:15,151 Ada wanita kata dia nampak 197 00:12:15,234 --> 00:12:17,778 Gabby dan Brian sedang bertengkar. 198 00:12:17,862 --> 00:12:20,740 Brian kelihatan sangat bengang. 199 00:12:20,823 --> 00:12:22,616 Saya boleh katakan dia marah. 200 00:12:23,701 --> 00:12:27,204 Mereka bangun dengan tiba-tiba, berjalan keluar dari restoran. 201 00:12:27,288 --> 00:12:29,790 Gabby sangat sedih. Dia menangis. 202 00:12:30,624 --> 00:12:33,210 1.45 TENGAH HARI 203 00:12:33,294 --> 00:12:35,963 Apabila terima panggilan pada 27 hari bulan, 204 00:12:36,046 --> 00:12:40,259 saya terfikir, jika saya jawab panggilan itu, 205 00:12:40,342 --> 00:12:42,803 saya boleh tolong atau mungkin dia akan selamat. 206 00:12:44,847 --> 00:12:48,225 Selepas itu, mereka pergi ke Whole Foods dan dirakam dalam kamera. 207 00:12:54,565 --> 00:12:56,066 Sebaik mereka keluar, 208 00:12:56,901 --> 00:13:00,654 mereka mula naik ke utara ke kawasan Spread Creek dari Jackson. 209 00:13:06,368 --> 00:13:09,580 Video Bethune menunjukkan van putih di tepi jalan 210 00:13:09,663 --> 00:13:11,749 di antara 6.00 dan 6.30 petang. 211 00:13:12,500 --> 00:13:14,126 Semasa kami lalu van itu, 212 00:13:14,210 --> 00:13:17,254 ia nampak sangat gelap, tertutup. 213 00:13:17,338 --> 00:13:19,715 Saya andaikan mereka keluar mendaki 214 00:13:19,799 --> 00:13:21,467 atau menikmati suasana luar. 215 00:13:21,550 --> 00:13:22,760 Lebih kurang 7.15 malam, 216 00:13:23,636 --> 00:13:26,680 dia hantar mesej terakhir kepada ibunya. 217 00:13:26,764 --> 00:13:27,973 KAMU NAK BERPISAH? 218 00:13:28,057 --> 00:13:32,269 dan mengatakan dia lebih untung buat video sebagai pengembara van wanita solo. 219 00:13:34,438 --> 00:13:38,984 Kami dapat periksa penggunaan komputernya. 220 00:13:39,068 --> 00:13:43,447 Sekitar 8.30 malam, dia pindahkan fail komputer pada pemacu kerasnya. 221 00:13:43,531 --> 00:13:46,492 Kami percaya dia masih hidup pada masa itu 222 00:13:46,575 --> 00:13:48,911 kerana fail itu adalah fail video 223 00:13:48,994 --> 00:13:52,498 dan konsisten dengan corak kelakuannya sebelum ini. 224 00:13:53,499 --> 00:13:54,792 Keesokan harinya, 225 00:13:54,875 --> 00:13:58,462 kami tiada maklumat menunjukkan Gabby masih hidup. 226 00:13:59,338 --> 00:14:01,757 Kami dapat periksa semua perantinya 227 00:14:01,841 --> 00:14:04,176 seperti telefon dan komputernya. 228 00:14:04,260 --> 00:14:07,179 Ketika itu, tiada lagi perubahan. 229 00:14:07,263 --> 00:14:09,598 Siasatan mendapati Brian bunuh Gabby 230 00:14:09,682 --> 00:14:12,059 dan pindahkan mayatnya ke tempat ia ditemui. 231 00:14:13,227 --> 00:14:17,064 28 OGOS 232 00:14:21,277 --> 00:14:22,736 Pada 28 hari bulan, 233 00:14:23,404 --> 00:14:26,073 Brian keluar dari kawasan Spread Creek 234 00:14:26,156 --> 00:14:30,035 dan mendaki ke utara menuju ke kawasan perkhemahan Teluk Colter. 235 00:14:30,119 --> 00:14:31,328 TELUK COLTER 28 OGOS 236 00:14:31,412 --> 00:14:33,372 Dalam perjalanan, dia ambil gambar. 237 00:14:34,206 --> 00:14:37,293 Gambar pemandangan, tapi dia juga ambil banyak gambar 238 00:14:37,376 --> 00:14:40,546 tulang haiwan yang dah mati. 239 00:14:40,629 --> 00:14:42,214 Pada 29 hari bulan, 240 00:14:42,298 --> 00:14:46,176 data menara telefon bimbit yang menunjukkan pada 1.20 petang, 241 00:14:46,260 --> 00:14:49,847 dia hubungi ibunya, Roberta dengan tempoh panggilan selama 55 minit. 242 00:14:51,098 --> 00:14:53,851 Kemudian, ayahnya hubungi peguam. 243 00:14:55,227 --> 00:14:58,647 Mereka terus terima panggilan antara satu sama lain 244 00:14:58,731 --> 00:15:00,858 hingga 3.30 petang. 245 00:15:02,943 --> 00:15:07,197 Maklumat daripada syarikat telefon menunjukkan semasa Brian mendaki, 246 00:15:07,281 --> 00:15:09,950 mesej teks dihantar ke telefon Gabby. 247 00:15:10,034 --> 00:15:12,411 yang berada di kawasan Spread Creek. 248 00:15:12,494 --> 00:15:14,496 SAYA DUDUK DI DEPAN PUSAT PELAWAT 249 00:15:14,580 --> 00:15:17,917 TAK SABAR NAK TENGOK GUNUNG! HARAP AWAK BAWA DRON KE SINI 250 00:15:18,000 --> 00:15:19,376 Hai, saya Miranda Baker. 251 00:15:19,460 --> 00:15:21,462 Pada 29 Ogos, 252 00:15:21,545 --> 00:15:26,300 saya dan kekasih tumpangkan Brian di Taman Negara Grand Teton. 253 00:15:27,718 --> 00:15:30,304 Pukul 5.55 pada 29 hari bulan, 254 00:15:30,387 --> 00:15:32,890 Brian ditumpangkan oleh Miranda Baker. 255 00:15:32,973 --> 00:15:36,393 Mereka tumpangkan dia ke selatan menuju Jackson. 256 00:15:37,811 --> 00:15:41,941 Sekitar jam 6:30 atau 6:45, Brian ditumpangkan oleh Norma Jean. 257 00:15:42,024 --> 00:15:45,569 Dia menghantarnya hingga pintu masuk tapak Spread Creek, 258 00:15:45,653 --> 00:15:47,237 tempat dia tinggalkan van. 259 00:15:48,447 --> 00:15:51,450 TAK SANGKA AWAK DAPAT MESEJ SAYA. BOLEH JEMPUT ESOK? 260 00:15:51,533 --> 00:15:56,288 Mesej ke telefon Gabby tak dibaca sehingga Brian kembali 261 00:15:56,372 --> 00:16:00,125 ke kawasan Spread Creek, di mana telefon Gabby ditinggalkan. 262 00:16:01,877 --> 00:16:06,340 Aktiviti mesej antara dua telefon dibalas hampir serta-merta. 263 00:16:06,423 --> 00:16:11,053 Brian pegang kedua-dua telefon dan bercakap sendirian. 264 00:16:11,720 --> 00:16:15,140 Jelas sekali, dia cuba mencipta alibi. 265 00:16:16,308 --> 00:16:18,686 30 OGOS 266 00:16:18,769 --> 00:16:23,232 Pada 30 Ogos, Brian bertolak dari Wyoming untuk kembali ke Florida. 267 00:16:23,732 --> 00:16:27,319 RAKAMAN BRIAN MEMANDU VAN 268 00:16:30,739 --> 00:16:34,576 Mesej dihantar daripada telefon Gabby ke telefon ibunya, 269 00:16:35,160 --> 00:16:37,579 meminta ibunya bercakap dengan datuk, 270 00:16:37,663 --> 00:16:39,707 sebab datuk telah hubungi Gabby. 271 00:16:41,917 --> 00:16:43,711 Dia berhenti di beberapa stesen minyak. 272 00:16:44,795 --> 00:16:48,549 Melalui rekod kad kredit, kami tahu dia guna kad debit Gabby 273 00:16:48,632 --> 00:16:50,009 untuk bayar minyak. 274 00:16:52,094 --> 00:16:55,347 Dalam perjalanan, terdapat transaksi Zelle, 275 00:16:57,433 --> 00:16:58,934 daripada Gabby kepada Brian 276 00:16:59,018 --> 00:17:02,563 ANDA HANTAR DUIT MELALUI ZELLE 277 00:17:02,646 --> 00:17:06,400 Isinya, "Selamat tinggal, Brian. Saya takkan minta apa-apa lagi," 278 00:17:06,483 --> 00:17:11,113 kemudian pindahkan $700 daripada akaun Gabby ke akaun Brian. 279 00:17:11,196 --> 00:17:16,160 Kita tahu Gabby dah mati dan Brian sedang guna pelbagai peranti 280 00:17:16,243 --> 00:17:17,870 untuk hantar kepada dirinya. 281 00:17:19,747 --> 00:17:22,541 Kes yang asalnya ialah orang hilang… 282 00:17:22,624 --> 00:17:23,625 DIKEHENDAKI FBI 283 00:17:23,709 --> 00:17:26,128 …dia kini pelarian persekutuan. 284 00:17:26,712 --> 00:17:29,006 DIANGGAP BERSENJATA DAN BERBAHAYA 285 00:17:31,675 --> 00:17:33,135 Pada 23 September, 286 00:17:33,218 --> 00:17:35,929 waran tangkap persekutuan dikeluarkan untuk Brian. 287 00:17:38,015 --> 00:17:40,142 Dia mungkin ada pistol, bukan? 288 00:17:40,225 --> 00:17:41,060 Ya. 289 00:17:41,143 --> 00:17:44,229 Peluang terakhir! Keluar sekarang, tunjukkan diri! 290 00:17:44,855 --> 00:17:49,026 Berita tergempar. Pihak berkuasa keluarkan waran tangkap terhadap Brian. 291 00:17:49,109 --> 00:17:52,529 FBI sedang meminta bantuan orang awam untuk mencarinya. 292 00:17:52,613 --> 00:17:57,826 Kami menerima lebih 4,000 petunjuk yang disalurkan kepada FBI sahaja. 293 00:17:59,036 --> 00:18:01,246 Ada orang tunjuk ini di YouTube. 294 00:18:01,330 --> 00:18:06,710 Seseorang menundukkan kepalanya ke atas dan ke bawah, dalam video ini. 295 00:18:06,794 --> 00:18:11,048 Ramai orang kata rupa lelaki ini serupa dengan Brian Laundrie. 296 00:18:12,049 --> 00:18:13,926 Wanita yang ambil gambar ini berkata 297 00:18:14,009 --> 00:18:16,428 dia lari ke hutan ketika kereta polis lalu. 298 00:18:16,512 --> 00:18:20,474 Brian Laundrie mungkin dilihat di Ocala, Florida. 299 00:18:21,433 --> 00:18:26,063 Dog The Bounty Hunter sertai pencarian Brian Laundrie. 300 00:18:26,146 --> 00:18:29,858 Saya tahu budak itu kenal saya. Mungkin salah seorang peminat. 301 00:18:29,942 --> 00:18:33,445 Kami dapat bau jejak… Kami dapat bau, habislah dia. 302 00:18:37,157 --> 00:18:39,409 Untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya, 303 00:18:39,493 --> 00:18:41,745 kami perlu jejaki semula langkah Brian. 304 00:18:42,704 --> 00:18:45,207 Pada pagi 14 September, 305 00:18:46,416 --> 00:18:50,337 tiga hari sebelum ibu bapa Brian laporkan kehilangannya kepada polis, 306 00:18:51,046 --> 00:18:54,383 kami dapat tahu seseorang tinggalkan kereta di taman 307 00:18:55,759 --> 00:18:57,719 buat tempoh yang lama. 308 00:19:00,222 --> 00:19:03,600 Mereka laporkannya kepada Jabatan Polis North Port. 309 00:19:04,685 --> 00:19:06,937 Nombor plat kereta diperiksa dan didapati 310 00:19:07,646 --> 00:19:09,189 ia kereta milik Laundrie. 311 00:19:12,693 --> 00:19:15,487 Selepas dapat tahu kereta itu disaman… 312 00:19:17,531 --> 00:19:20,951 Laundrie ambil kereta itu dari taman dan memandu pulang. 313 00:19:21,869 --> 00:19:23,662 Adakah ini Mustang? 314 00:19:24,204 --> 00:19:25,789 Mana Gabby? 315 00:19:25,873 --> 00:19:30,294 Mereka maklumkan penguatkuasa di taman tempat kenderaan itu ditemui 316 00:19:30,377 --> 00:19:33,463 ialah salah satu tempat pendakian kegemaran Brian. 317 00:19:38,051 --> 00:19:42,222 Kami dapat tahu Brian beritahu keluarganya yang dia pergi mendaki 318 00:19:42,306 --> 00:19:47,352 untuk melegakan tekanan akibat tentangan orang ramai 319 00:19:47,436 --> 00:19:50,814 yang berkumpul di luar rumah mereka. 320 00:19:50,898 --> 00:19:52,482 Kami mahu jawapan! 321 00:19:53,609 --> 00:19:59,072 Dia bawa beg galas penuh peralatan mendaki, khemah dan makanan. 322 00:19:59,156 --> 00:20:01,408 Mereka percaya dia akan kembali. 323 00:20:01,491 --> 00:20:03,827 Brian selalu mendaki gunung 324 00:20:03,911 --> 00:20:06,038 dan duduk di hutan beberapa hari. 325 00:20:06,121 --> 00:20:07,789 TAMAN ALAM MYAKKAHATCHEE CREEK 326 00:20:07,873 --> 00:20:12,044 Sebab itulah keluarga Laundrie tak hubungi polis tentang kereta itu, 327 00:20:12,544 --> 00:20:15,797 sebab mereka percaya yang dia akan pulang. 328 00:20:15,881 --> 00:20:20,385 Polis kini mengaku mereka hilang jejak Brian Laundrie 329 00:20:20,469 --> 00:20:23,180 selepas mereka keliru antara dia dengan ibunya. 330 00:20:23,263 --> 00:20:25,974 POLIS NORTH PORT KATA IBU DAN BRIAN ADA TUBUH SERUPA! 331 00:20:26,058 --> 00:20:27,726 BRIAN PASTI TAK SUKA!! 332 00:20:27,809 --> 00:20:33,148 YA, SEMUA ORANG KETAWA SEBAB TAK SAMA LANGSUNG 333 00:20:33,232 --> 00:20:35,817 PENDEK, TEMBAM DAN PINGGUL BESAR! 334 00:20:35,901 --> 00:20:38,528 ATAU PENDEK PEDAS BERBENTUK PEAR! 335 00:20:38,612 --> 00:20:41,448 TOPINYA MUNGKINLAH! 336 00:20:41,531 --> 00:20:46,161 HEBATNYA PENGAWASAN MEREKA 337 00:20:46,245 --> 00:20:47,955 Pada 18 September, 338 00:20:48,038 --> 00:20:52,626 kami mula mencari Brian di taman tempat Mustang ditemui. 339 00:20:54,461 --> 00:20:56,505 Bukan pencarian yang mudah. 340 00:20:57,172 --> 00:21:00,133 Myakkahhatchee dan Rizab Carlton 341 00:21:00,217 --> 00:21:02,511 mencipta satu taman gergasi. 342 00:21:03,178 --> 00:21:07,891 Lebih kurang 100 km persegi, jadi lebih 20,000 ekar. 343 00:21:07,975 --> 00:21:10,018 Awak akan nampak denai di sana, 344 00:21:10,102 --> 00:21:12,062 tapi laluan ini akan bercantum. 345 00:21:12,145 --> 00:21:16,024 Kami bekerjasama dengan polis negeri dan rakan kongsi tempatan. 346 00:21:17,526 --> 00:21:20,404 Ada agensi sukarela. 347 00:21:20,487 --> 00:21:23,115 Pasukan dua cari separuh daripada Daerah Sarasota. 348 00:21:29,079 --> 00:21:31,999 Semua orang mahu terlibat dalam pencarian ini. 349 00:21:35,252 --> 00:21:40,465 Kami guna dron untuk mengesan sebarang aktiviti yang dilihat, 350 00:21:40,549 --> 00:21:44,553 mungkin pembalut di tanah atau tanda haba. 351 00:21:45,804 --> 00:21:49,891 Kami ada anjing yang mencium bau, 352 00:21:49,975 --> 00:21:54,354 tapi ia diserang oleh aligator. 353 00:21:54,938 --> 00:21:57,733 Kami juga mengalami hujan berminggu-minggu, 354 00:21:58,400 --> 00:22:01,945 jadi taman itu dibanjiri sepenuhnya 355 00:22:02,029 --> 00:22:03,530 dan di kawasan pencarian, 356 00:22:03,613 --> 00:22:06,825 airnya separas pinggang atau ke dada. 357 00:22:06,908 --> 00:22:12,372 Ada orang melaluinya berminggu-minggu untuk mencari Brian. 358 00:22:12,456 --> 00:22:16,001 20 OKTOBER 359 00:22:16,084 --> 00:22:19,421 BRIAN HILANG SELAMA 37 HARI 360 00:22:20,005 --> 00:22:21,923 Pada 20 Oktober, 361 00:22:22,007 --> 00:22:25,510 pengurus taman membuka taman kepada orang ramai. 362 00:22:25,594 --> 00:22:27,929 Taman telah ditutup sebelum ini kerana banjir. 363 00:22:31,016 --> 00:22:35,729 Kami dimaklumkan yang keluarga Laundrie akan pergi ke taman 364 00:22:35,812 --> 00:22:38,607 sebaik saja dibuka untuk cari Brian. 365 00:22:41,401 --> 00:22:43,695 Pihak berkuasa juga pergi ke sana. 366 00:23:05,509 --> 00:23:10,097 Keluarga Laundrie mula mencari kira-kira pukul 7.00 pagi. 367 00:23:15,435 --> 00:23:18,063 Mereka tahu tempat anak mereka suka mendaki. 368 00:23:18,146 --> 00:23:20,273 Mereka tahu tempat perkhemahannya. 369 00:23:22,859 --> 00:23:25,779 Ketegangan dapat dirasakan. 370 00:23:26,738 --> 00:23:27,948 Mereka tak beremosi. 371 00:23:43,839 --> 00:23:46,466 Kira-kira sejam selepas pencarian, 372 00:23:47,759 --> 00:23:51,054 Chris Laundrie jumpa beg kalis air milik Brian. 373 00:23:56,935 --> 00:23:58,728 Empat puluh lima minit selepas itu, 374 00:23:59,604 --> 00:24:01,314 mayat Brian ditemui. 375 00:24:03,358 --> 00:24:07,237 Lebih kurang 1.7 km dari tempat dia letak kereta. 376 00:24:09,739 --> 00:24:11,408 Barang-barangnya masih ada. 377 00:24:13,243 --> 00:24:15,162 Bajunya masih ada. 378 00:24:15,912 --> 00:24:17,664 Kasutnya pun sama. 379 00:24:18,999 --> 00:24:23,587 Tapi mayatnya sudah reput sepenuhnya hingga ke tulang. 380 00:24:23,670 --> 00:24:25,380 LAPORAN AUTOPSI SISA RANGKA 381 00:24:25,464 --> 00:24:28,633 Laporan autopsi mendapati punca kematian 382 00:24:29,551 --> 00:24:32,471 ialah bunuh diri dengan luka tembakan ke kepala. 383 00:24:35,515 --> 00:24:37,684 Ibu bapanya jumpa mayatnya. 384 00:24:37,767 --> 00:24:38,852 Saya terkejut. 385 00:24:38,935 --> 00:24:41,354 Tak percaya. Ingatkan itu berita palsu. 386 00:24:41,438 --> 00:24:44,357 Saya fikir, "Apa maksud awak? Mengarut." 387 00:24:45,025 --> 00:24:47,027 Sejujurnya, saya marah. 388 00:24:47,110 --> 00:24:50,155 Saya cuma mahu jawapan. 389 00:24:50,739 --> 00:24:56,286 Apabila jumpa mayatnya, jawapan itu sudah tiada. 390 00:25:01,791 --> 00:25:04,961 Saya tahu anda ada banyak soalan, tapi kami belum ada semua jawapan. 391 00:25:05,045 --> 00:25:05,962 EJEN KHAS FBI TAMPA 392 00:25:06,046 --> 00:25:09,007 Kami sedang berusaha untuk dapatkan jawapan itu. 393 00:25:11,635 --> 00:25:17,390 Di dalam beg kalis air itu ialah gambar Brian dan Gabby. 394 00:25:23,104 --> 00:25:28,610 Ada juga buku nota kalis air yang Brian tulis. 395 00:25:28,693 --> 00:25:31,988 Dia tulis banyak surat kepada keluarganya 396 00:25:32,072 --> 00:25:35,158 untuk mengatakan dia sayang mereka dan ucapkan selamat tinggal. 397 00:25:35,659 --> 00:25:37,661 SAYA BUNUH DIRI DI TEPI SUNGAI INI 398 00:25:37,744 --> 00:25:39,496 DENGAN HARAPAN DIMUSNAHKAN HAIWAN 399 00:25:39,579 --> 00:25:42,916 Ada cerita dalam surat tersebut 400 00:25:42,999 --> 00:25:46,711 menjelaskan peristiwa yang berlaku kepada Gabby. 401 00:25:46,795 --> 00:25:48,505 TRAGEDI INI MENGEJUT. 402 00:25:48,588 --> 00:25:52,509 BERGEGAS BALIK KE VAN, CUBA MENYEBERANG SUNGAI. 403 00:25:52,592 --> 00:25:55,428 DENGAR PERCIKAN DAN JERITAN. HAMPIR TAK NAMPAK. 404 00:25:55,512 --> 00:26:00,183 DIA HAMPIR TAK BERNAFAS, TERCUNGAP-CUNGAP… 405 00:26:00,267 --> 00:26:03,603 DIA KESEJUKAN. SUHU MULA TURUN. 406 00:26:03,687 --> 00:26:07,566 KETIKA TARIK GABBY KELUAR DARI AIR, DIA TAK MAMPU BERITAHU APA YANG SAKIT. 407 00:26:07,649 --> 00:26:10,777 SEMASA MENDUKUNGNYA, DIA TERUS MERINTIH. 408 00:26:10,860 --> 00:26:15,532 BERBARING DI SEBELAHNYA, DIA BERSUARA KETIKA MENGGIGIL KUAT, 409 00:26:15,615 --> 00:26:18,577 TERCUNGAP-CUNGAP KESAKITAN DAN MINTA IA DIHENTIKAN. 410 00:26:18,660 --> 00:26:24,749 SAYA AKHIRI NYAWANYA. SAYA FIKIR IA TINDAKAN BELAS KASIHAN. 411 00:26:25,250 --> 00:26:29,045 TAPI MULAI SAAT SAYA MEMUTUSKAN UNTUK HILANGKAN KESAKITANNYA, 412 00:26:29,129 --> 00:26:31,256 SAYA SEDAR TAK DAPAT HIDUP TANPA DIA. 413 00:26:36,886 --> 00:26:40,599 Tiada satu pun pengakuannya adalah benar 414 00:26:40,682 --> 00:26:42,642 berdasarkan autopsi Gabby. 415 00:26:42,726 --> 00:26:46,771 Satu-satunya punca kematiannya ialah dicekik, 416 00:26:46,855 --> 00:26:49,858 tak serupa langsung dengan nota itu. 417 00:26:49,941 --> 00:26:51,943 SAYA MINTA MAAF KEPADA KELUARGANYA. 418 00:26:52,027 --> 00:26:56,114 Brian tulis dalam suratnya, dia ingin datang ke New York, 419 00:26:56,197 --> 00:26:59,117 datang ke Long Island untuk bersemuka dengan saya 420 00:26:59,200 --> 00:27:01,411 dan mengaku perbuatannya 421 00:27:01,494 --> 00:27:04,623 supaya kami boleh bunuh dia. 422 00:27:05,999 --> 00:27:09,169 Saya rasa pelik yang dia tulis di situ, 423 00:27:09,252 --> 00:27:12,964 "Jangan libatkan ibu bapa saya. Mereka tak buat salah." 424 00:27:13,048 --> 00:27:17,302 Saya rasa surat Bakarkan Selepas Dibaca daripada Roberta menjijikkan. 425 00:27:17,385 --> 00:27:19,554 Saya sayang ibu saya, 426 00:27:19,638 --> 00:27:22,891 tapi saya sangat risau jika dia hantar surat begitu. 427 00:27:23,975 --> 00:27:26,436 Kali pertama kami lihat surat itu, 428 00:27:26,519 --> 00:27:30,523 kami sangat terkejut dan marah, bagaimana dia boleh menulis… 429 00:27:31,983 --> 00:27:33,109 surat ini? 430 00:27:33,193 --> 00:27:35,070 Sungguh menjijikkan. 431 00:27:35,153 --> 00:27:36,404 Buat saya rasa nak muntah. 432 00:27:36,488 --> 00:27:37,489 Dia beritahu Brian, 433 00:27:38,531 --> 00:27:41,368 "Saya akan bawa penyodok untuk kebumikan mayat"? 434 00:27:41,951 --> 00:27:42,786 Wah! 435 00:27:43,828 --> 00:27:44,663 Wah! 436 00:27:47,332 --> 00:27:50,752 Kami masih tak tahu sejauh mana penglibatan ibu bapa Brian. 437 00:27:51,252 --> 00:27:54,464 Yang kami tahu, pada 29 Ogos, 438 00:27:54,547 --> 00:27:56,883 Brian buat banyak panggilan kepada ibu bapanya. 439 00:27:57,842 --> 00:28:00,553 Mereka saling berhubung beberapa kali. 440 00:28:01,429 --> 00:28:04,724 Kami tahu dia beritahu mereka Gabby sudah tiada 441 00:28:04,808 --> 00:28:06,142 dan dia perlukan peguam. 442 00:28:07,185 --> 00:28:11,898 Kami dapat tahu Brian buat panggilan dalam keadaan cemas 443 00:28:11,981 --> 00:28:14,776 kepada ibu bapanya mengatakan Gabby sudah mati 444 00:28:14,859 --> 00:28:16,611 dan dia perlukan bantuan. 445 00:28:16,695 --> 00:28:19,906 Ketika itu, ibu bapanya hantar wang kepada peguam. 446 00:28:21,741 --> 00:28:24,744 Mereka hubungi peguam, beri bayaran besar, 447 00:28:24,828 --> 00:28:28,748 kata mereka tak tahu apa-apa selain Gabby sudah tiada. 448 00:28:28,832 --> 00:28:30,458 Maaf, kami tak tahu. 449 00:28:30,959 --> 00:28:33,837 Mereka buang $25,000 hasil titik peluh 450 00:28:33,920 --> 00:28:36,631 untuk upah peguam dari Wyoming? 451 00:28:36,715 --> 00:28:39,384 Selepas itu kata tak tahu Gabby di mana? 452 00:28:39,884 --> 00:28:42,846 Sungguh mengarut. Itu sudah pasti. 453 00:28:43,638 --> 00:28:46,057 Saya tak rasa jumlah wang mereka bayar untuk peguam 454 00:28:46,141 --> 00:28:49,352 untuk tuduhan yang kurang daripada membunuh. 455 00:28:52,814 --> 00:28:56,735 Kami tahu ketika itu, kami takkan dapat jawapan 456 00:28:56,818 --> 00:28:58,236 yang kami harapkan, 457 00:28:59,529 --> 00:29:02,365 sebab hanya dua orang yang tahu peristiwa sebenar 458 00:29:03,366 --> 00:29:04,951 yang kini sudah tiada. 459 00:29:14,294 --> 00:29:18,673 Tanggapan baik saya tentang Brian telah hancur sepenuhnya. 460 00:29:20,133 --> 00:29:21,968 Dia buat sesuatu yang teruk. 461 00:29:22,552 --> 00:29:24,012 Tak dapat dimaafkan. 462 00:29:27,932 --> 00:29:29,309 Saya kawan Brian, 463 00:29:30,101 --> 00:29:32,729 tapi saya juga rapat dengan Gabby. 464 00:29:32,812 --> 00:29:34,647 DIA MENYENTUH DUNIA 465 00:29:34,731 --> 00:29:37,192 Saya sentiasa teringat keluarganya. 466 00:29:40,612 --> 00:29:42,238 Saya sedih setiap hari. 467 00:29:42,739 --> 00:29:45,116 Saya boleh senyum, tapi kesakitan itu sentiasa ada. 468 00:29:47,660 --> 00:29:49,537 - Tak pernah hilang. - Tak. 469 00:29:55,543 --> 00:29:59,088 OKTOBER 2022 470 00:29:59,506 --> 00:30:03,718 Kami akan melawat Tetons dan Spread Creek. 471 00:30:03,802 --> 00:30:05,428 Kami nak pergi tengok. 472 00:30:07,680 --> 00:30:12,477 Kami bersama-sama buat keputusan untuk melawat tempat itu, 473 00:30:12,560 --> 00:30:13,686 lokasi Gabby ditemui. 474 00:30:14,562 --> 00:30:16,648 Kami nak bawa adik-beradik Gabby. 475 00:30:17,357 --> 00:30:21,277 Kami juga bawa Jackson dan Rose. 476 00:30:21,778 --> 00:30:26,533 Sebaik saya mendarat, saya terus menyebut, "Oh, Tuhan." 477 00:30:27,450 --> 00:30:29,369 Tempat itu amat indah. 478 00:30:39,170 --> 00:30:40,839 Kami berada di Spread Creek. 479 00:30:41,798 --> 00:30:42,924 Hari yang indah. 480 00:30:44,300 --> 00:30:46,803 Kami akan pergi ke tempat itu. 481 00:30:57,397 --> 00:30:59,357 Sebaik tiba di tempat Gabby berada, 482 00:30:59,941 --> 00:31:03,152 anda boleh rasa kehadiran dan rohnya di sana. 483 00:31:04,487 --> 00:31:06,447 Saya tahu. 484 00:31:07,240 --> 00:31:08,366 Sayang awak, Gabs. 485 00:31:17,292 --> 00:31:18,877 Segar dan baharu. 486 00:31:19,669 --> 00:31:22,088 Satu detik yang indah. 487 00:31:26,092 --> 00:31:28,011 Saya bawa abu Gabby. 488 00:31:29,387 --> 00:31:32,181 Anak-anak berjalan-jalan dan jumpa kawasan berbeza 489 00:31:32,265 --> 00:31:34,142 untuk buang abu Gabby. 490 00:31:34,225 --> 00:31:36,185 - Ibu, kami dapat buat. - Baiklah. 491 00:31:36,269 --> 00:31:39,063 Saya dan adik Gabby buat bersama-sama. 492 00:31:39,647 --> 00:31:40,857 Sangat sukar, 493 00:31:41,649 --> 00:31:43,026 tapi itulah 494 00:31:44,319 --> 00:31:46,154 yang Gabby mahukan. 495 00:31:49,616 --> 00:31:52,410 Luka kami sembuh bersama-sama. 496 00:31:53,328 --> 00:31:57,206 Kami rasa rapat dengan Gabby pada hari itu. 497 00:31:58,833 --> 00:32:00,752 Saya ada gambar. 498 00:32:01,252 --> 00:32:03,546 Ada satu orb besar muncul di tengah. 499 00:32:03,630 --> 00:32:06,215 Tak tahu jika orang percaya, tapi ada orb 500 00:32:06,299 --> 00:32:08,134 dan saya tahu Gabby bersama kami. 501 00:32:14,265 --> 00:32:15,934 Walaupun kehilangan Gabby, 502 00:32:16,017 --> 00:32:18,353 ramai orang lain telah diselamatkan kerana dia. 503 00:32:20,438 --> 00:32:22,565 Kami dapat mesej mengatakan, 504 00:32:22,649 --> 00:32:26,069 "Hei, cerita Gabby buat saya tinggalkan teman lelaki saya. 505 00:32:26,152 --> 00:32:28,863 Saya minta bantuan dan buat apa yang termampu." 506 00:32:28,947 --> 00:32:31,407 Amat indah dan menyentuh hati. 507 00:32:32,325 --> 00:32:35,495 Kami mengasaskan Yayasan Gabby Petito. 508 00:32:36,037 --> 00:32:38,414 Kami mahu membentuk kesedaran 509 00:32:38,498 --> 00:32:41,709 tentang bahaya dan petanda keganasan rumah tangga, 510 00:32:42,210 --> 00:32:43,544 lebih kesedaran, 511 00:32:44,087 --> 00:32:45,213 pencegahan. 512 00:32:45,880 --> 00:32:49,342 Mereka cari bantuan. "Saya akan pergi laman web Gabby Petito, 513 00:32:49,425 --> 00:32:50,677 halaman yayasan. 514 00:32:50,760 --> 00:32:52,261 Bagaimana? Saya perlu bantuan." 515 00:32:52,345 --> 00:32:54,764 Ada butang bantuan pada halaman itu. 516 00:32:54,847 --> 00:32:58,267 Anda boleh klik dan melihat sumber bantuan yang betul. 517 00:33:03,940 --> 00:33:06,317 Kisah ini unik, 518 00:33:06,401 --> 00:33:11,614 tapi saya ingin katakan, ada ramai orang lain hilang dan… 519 00:33:15,785 --> 00:33:17,161 Mereka juga penting. 520 00:33:19,122 --> 00:33:21,290 Jadi, kerja saya penting. 521 00:33:23,251 --> 00:33:25,378 Nyawa mangsa penting. 522 00:33:27,213 --> 00:33:29,716 Saya dah bercakap dengan banyak keluarga 523 00:33:29,799 --> 00:33:32,844 yang masih mencari orang tersayang yang hilang 524 00:33:33,428 --> 00:33:36,472 dan itu sangat menyedihkan. 525 00:33:36,556 --> 00:33:40,184 Kisah Petito memperbaharui perdebatan tentang kes yang dapat perhatian, 526 00:33:40,268 --> 00:33:43,813 dan media lebih menggemari wanita kulit putih yang hilang. 527 00:33:43,896 --> 00:33:45,732 Bayangkan lelaki, wanita dan kanak-kanak 528 00:33:45,815 --> 00:33:47,817 dalam komuniti Gabby Petito hilang. 529 00:33:47,900 --> 00:33:51,779 Sejak sepuluh tahun lalu, lebih daripada 700 orang asli 530 00:33:51,863 --> 00:33:54,282 telah hilang tapi tiada tindakan. 531 00:33:54,365 --> 00:33:57,243 Apabila seorang wanita kulit putih hilang, 532 00:33:57,326 --> 00:33:58,828 satu dunia beri perhatian. 533 00:33:59,412 --> 00:34:02,749 Apabila saya dengar, reaksi awal saya tak positif. 534 00:34:02,832 --> 00:34:05,001 Mereka kata warna kulit Gabby puncanya. 535 00:34:05,084 --> 00:34:06,419 Saya terkejut. 536 00:34:06,502 --> 00:34:08,629 Saya tak kata Gabby Petito tak penting. 537 00:34:08,713 --> 00:34:11,841 Saya maksudkan sifat keterlaluan dalam media 538 00:34:11,924 --> 00:34:15,428 apabila wanita kulit putih hilang, manakala tiada liputan 539 00:34:15,511 --> 00:34:18,222 apabila Hitam, Perang dan wanita Orang Asli hilang. 540 00:34:18,306 --> 00:34:20,767 Kemudian, saya mula selidik. 541 00:34:20,850 --> 00:34:24,645 FBI ada lebih 89,000 kes orang hilang aktif 542 00:34:24,729 --> 00:34:25,980 hujung tahun lepas. 543 00:34:26,064 --> 00:34:28,941 Seramai 45 peratus daripadanya kulit berwarna 544 00:34:29,025 --> 00:34:32,570 dan hanya sebahagian kecil kes itu disiarkan dalam berita. 545 00:34:32,653 --> 00:34:34,113 Media sangat berkuasa. 546 00:34:34,197 --> 00:34:37,617 Apabila semua orang tahu wajah mereka, perubahan besar dapat dibuat. 547 00:34:37,700 --> 00:34:41,537 Rang undang-undang keganasan rumah tangga diusulkan dengan sokongan besar, 548 00:34:41,621 --> 00:34:44,373 termasuk sokongan ibu bapa Gabby Petito. 549 00:34:44,457 --> 00:34:46,584 Anda tak patut takut dengan orang anda sayang. 550 00:34:46,667 --> 00:34:52,256 Ibu bapa Petito di Capitol Hill, Utah, menyokong Undang-undang Senat 117, 551 00:34:52,340 --> 00:34:55,343 memerlukan polis untuk tanya 11 soalan 552 00:34:55,426 --> 00:34:59,597 untuk menentukan jika pasangan berisiko dicederakan atau dibunuh. 553 00:35:00,515 --> 00:35:03,684 Jika penilaian kematian ini yang telah saya fahami 554 00:35:03,768 --> 00:35:09,107 sejak beberapa minggu lepas digunakan dalam kes Gabby, 555 00:35:09,190 --> 00:35:11,943 jika ia digunakan, saya percaya dia pasti hidup hari ini. 556 00:35:22,954 --> 00:35:27,208 Masih sukar untuk kami terima yang Gabby sudah tiada lagi. 557 00:35:31,504 --> 00:35:32,964 Saya harap kami buat dia bangga 558 00:35:33,047 --> 00:35:35,466 dan dia melihat kami sekarang, 559 00:35:36,134 --> 00:35:38,511 "Terima kasih kerana jadi suara saya." 560 00:35:41,931 --> 00:35:44,725 Setiap kali saya sedih sebab rindukan dia, 561 00:35:45,810 --> 00:35:49,188 saya dengar suaranya dalam kepala, "Ibu, saya okey. Berhenti." 562 00:35:54,110 --> 00:35:57,029 Dia cuma mahu saya untuk berseronok dan hidup. 563 00:35:57,530 --> 00:35:59,824 Perkara itu sangat penting. 564 00:36:02,994 --> 00:36:04,537 Sebelum saya jumpa Gabby, 565 00:36:05,204 --> 00:36:08,499 saya terlibat dalam hubungan yang toksik. 566 00:36:09,083 --> 00:36:11,502 Gabby yang yakinkan saya, saya layak dapat lebih baik. 567 00:36:12,420 --> 00:36:15,882 Saya memilih untuk menjalani hidup, sebab itu yang Gabby mahu saya buat. 568 00:36:17,175 --> 00:36:19,552 Saya okey. Dia pasti bangga. 569 00:36:22,847 --> 00:36:24,473 Gabby sangat menikmati kehidupan. 570 00:36:25,725 --> 00:36:26,809 Kehidupan gembira, 571 00:36:27,476 --> 00:36:28,394 berani 572 00:36:29,103 --> 00:36:30,897 dan terbaik untuk dilalui. 573 00:36:32,273 --> 00:36:34,442 Saya sangat bangga dengan dia. 574 00:36:35,276 --> 00:36:39,739 Dia beri inspirasi kepada kami untuk jadi lebih baik setiap hari. 575 00:36:48,539 --> 00:36:54,337 PADA 19 OGOS 2021, GABBY PETITO LANCARKAN SALURAN KEHIDUPAN VAN YOUTUBE 576 00:36:54,420 --> 00:36:56,923 DAN SIARKAN SATU-SATUNYA VIDEONYA. 577 00:36:57,006 --> 00:37:03,679 SEBELUM KEMATIANNYA, VIDEO ITU KURANG 500 TONTONAN. 578 00:37:04,305 --> 00:37:11,062 HARI INI, VIDEO GABBY MENDAPAT LEBIH 7 JUTA TONTONAN. 579 00:37:19,737 --> 00:37:26,744 KEHIDUPAN VAN MEMULAKAN KEMBARA VAN KAMI 580 00:37:33,668 --> 00:37:36,337 DI AMERIKA SYARIKAT, HAMPIR SEPARUH WARGA WANITA 581 00:37:36,420 --> 00:37:40,591 MENGALAMI KEGANASAN DISEBABKAN PASANGAN MEREKA DALAM HIDUP. 582 00:37:41,217 --> 00:37:44,845 JIKA SESIAPA MENGALAMI KEGANASAN RUMAH TANGGA, 583 00:37:44,929 --> 00:37:49,058 MAKLUMAT DAN BANTUAN BOLEH DIDAPATI DI WANNATALKABOUTIT.COM. 584 00:37:49,976 --> 00:37:53,938 SEHINGGA KINI, TIADA TUDUHAN JENAYAH DIFAILKAN TERHADAP KELUARGA LAUNDRIE. 585 00:37:54,021 --> 00:37:57,483 PADA 2022, KELUARGA PETITO-SCHMIDT MEMFAILKAN SAMAN KEMATIAN TIDAK WAJAR 586 00:37:57,566 --> 00:38:00,736 KES INI DISELESAIKAN DENGAN PAMPASAN PADA TAHUN 2024. 587 00:38:00,820 --> 00:38:04,782 KELUARGA LAUNDRIE, MELALUI PEGUAM MEREKA, ENGGAN MEMBERIKAN KOMEN. 588 00:38:57,918 --> 00:39:01,922 Terjemahan sari kata oleh NH Azizan