1 00:00:06,235 --> 00:00:09,613 RAKAMAN ARKIB DALAM SIRI INI DIRAKAM SEMASA PERANG DUNIA KEDUA. 2 00:00:09,697 --> 00:00:12,533 IA TELAH DIBAIK PULIH DAN DIWARNAKAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI. 3 00:00:19,540 --> 00:00:22,376 22 JUN PERANCIS MENYERAH KALAH 4 00:00:23,502 --> 00:00:26,756 7 SEPTEMBER SERANGAN UDARA KE ATAS LONDON BERMULA 5 00:00:28,215 --> 00:00:29,800 TIMUR DAN BARAT DAYA LONDON DIBOM 6 00:00:30,843 --> 00:00:33,637 7 DISEMBER PEARL HARBOR DISERANG 7 00:00:34,221 --> 00:00:35,681 JEPUN MENYERANG KITA 8 00:00:43,856 --> 00:00:49,320 5 JUN 1944 9 00:00:50,279 --> 00:00:52,656 Kamu semua darah daging… 10 00:00:52,740 --> 00:00:54,617 Awak dah sampai pantai? Habis. 11 00:01:03,209 --> 00:01:04,085 Winston? 12 00:01:09,799 --> 00:01:10,674 Winston? 13 00:01:11,884 --> 00:01:13,094 Awak tak nak tidur? 14 00:01:17,515 --> 00:01:18,390 Winston? 15 00:01:25,689 --> 00:01:29,276 Awak sedar tak apabila awak bangun nanti… 16 00:01:31,862 --> 00:01:34,198 20,000 orang anak muda kita… 17 00:01:36,200 --> 00:01:37,743 sudah terkorban? 18 00:01:50,714 --> 00:01:52,091 Kami takkan menyerah. 19 00:01:58,806 --> 00:02:03,644 Perancangan Operasi Overlord ialah acara dan tugas terhebat di dunia. 20 00:02:06,647 --> 00:02:10,151 Jumlah nyawa manusia yang telah dikorbankan 21 00:02:10,234 --> 00:02:13,863 untuk serangan hebat semasa Perang Dunia Pertama 22 00:02:13,946 --> 00:02:15,948 masih terpahat dalam fikiran saya. 23 00:02:18,409 --> 00:02:20,786 Churchill masih dihantui oleh Gallipoli. 24 00:02:21,328 --> 00:02:23,038 Operasi itu gagal. 25 00:02:24,206 --> 00:02:28,711 Apabila Hari Pendaratan Operasi Overlord semakin menghampiri, 26 00:02:29,545 --> 00:02:32,631 dia mula risaukan pertumpahan darah yang akan berlaku 27 00:02:32,715 --> 00:02:36,802 dan semua perkara yang dirancangnya akan menghadapi kegagalan. 28 00:02:37,845 --> 00:02:43,142 Jika Operasi Overlord ingin dijayakan, ia mesti dilakukan bersungguh-sungguh. 29 00:02:45,144 --> 00:02:50,357 PANTAI PERANCIS 30 00:02:51,650 --> 00:02:55,571 Walaupun ribut yang ganas melanda dinding kubu kita, 31 00:02:56,071 --> 00:03:00,201 dan walaupun pihak lawan kita kejam, pertarungan ini akan berakhir 32 00:03:00,284 --> 00:03:03,204 dengan kemenangan besar untuk Pemerintahan Jerman. 33 00:03:03,871 --> 00:03:07,041 Jerman masih mendominasi benua Eropah. 34 00:03:07,541 --> 00:03:09,752 Britain, Amerika dan sekutu mereka 35 00:03:09,835 --> 00:03:14,798 perlu berpijak di pantai Eropah itu dan mula membebaskan Eropah Barat. 36 00:03:14,882 --> 00:03:18,677 ENGLAND MEI 1944 37 00:03:19,261 --> 00:03:22,223 Selatan England menjadi kem tentera yang luas 38 00:03:22,932 --> 00:03:27,144 dan dipenuhi dengan askar-askar yang terlatih dan bersemangat 39 00:03:27,228 --> 00:03:30,272 untuk menyerang tentera Jerman di seberang laut. 40 00:03:32,024 --> 00:03:36,695 Churchill menyimpan niat untuk kembali ke benua itu satu hari nanti, 41 00:03:37,321 --> 00:03:39,406 tapi bukan terlalu awal, 42 00:03:39,490 --> 00:03:41,200 kerana dia mahu melakukannya 43 00:03:41,283 --> 00:03:44,328 jika dia 100 peratus yakin yang dia akan berjaya. 44 00:03:45,579 --> 00:03:51,293 Dia perlu buat persediaan dengan baik. Jika tidak, Jerman akan menang. 45 00:03:52,127 --> 00:03:56,840 Tapi patutkah askarnya dikorbankan untuk melaksanakan operasi ini? 46 00:03:56,924 --> 00:04:00,094 Winston Churchill percaya ia perlu dilaksanakan. 47 00:04:01,929 --> 00:04:06,058 Pihak musuh tentu tahu ada serangan hebat sedang dirancang. 48 00:04:07,643 --> 00:04:11,188 Kami terpaksa rahsiakan tempat dan masa serangan 49 00:04:11,272 --> 00:04:17,152 supaya dia fikir kami akan mendarat di tempat lain, pada waktu lain. 50 00:04:18,487 --> 00:04:21,907 Tak banyak tempat yang boleh dituju. Calais ialah pilihan yang baik. 51 00:04:21,991 --> 00:04:24,410 Ia tempat paling dekat dengan England, 52 00:04:24,493 --> 00:04:27,997 jadi tentu Jerman fikir Pihak Berikat akan mendarat di sana. 53 00:04:28,080 --> 00:04:30,040 Tapi Normandy telah dipilih. 54 00:04:30,874 --> 00:04:32,751 Itu tempat yang lebih sesuai, 55 00:04:32,835 --> 00:04:35,254 kerana pertahanan di Calais sangat kuat. 56 00:04:36,088 --> 00:04:39,341 Pada waktu perang, kebenaran itu sangat berharga, 57 00:04:39,425 --> 00:04:43,887 jadi kita perlu pastikan ia takkan dipengaruhi penipuan. 58 00:04:44,763 --> 00:04:48,434 Mereka membuat rancangan tipuan yang digelar Operasi Bodyguard. 59 00:04:49,476 --> 00:04:53,647 Mereka nak kelirukan musuh supaya musuh tak kuatkan pertahanan. 60 00:04:55,107 --> 00:04:57,192 Minda Churchill sangat aktif. 61 00:04:57,276 --> 00:05:01,780 Dia suka melakukan tipu muslihat dalam pelbagai rancangan. 62 00:05:02,323 --> 00:05:06,201 Ejen-ejen muka dua British beri maklumat yang salah kepada Jerman 63 00:05:06,285 --> 00:05:10,080 dan menipu mereka tentang tempat dan masa serangan itu. 64 00:05:10,581 --> 00:05:13,834 Mereka suruh jeneral Amerika, Patton, pergi ke tenggara England 65 00:05:13,917 --> 00:05:16,128 dengan sekumpulan tentera palsu. 66 00:05:19,757 --> 00:05:24,511 Ia cuma tangki boleh kembung dan pesawat yang diperbuat daripada kayu balsa. 67 00:05:27,014 --> 00:05:31,685 Ada sekumpulan tentera palsu, armada kapal palsu 68 00:05:32,436 --> 00:05:35,981 dan aktiviti wayarles juga telah ditingkatkan. 69 00:05:42,071 --> 00:05:45,032 Jeneral Eisenhower akan mengetuai pencerobohan Normandy. 70 00:05:46,033 --> 00:05:48,994 Dia telah mengetuai pendaratan di Afrika Utara. 71 00:05:49,078 --> 00:05:52,331 Dia juga komander senior semasa serangan ke atas Sicily, 72 00:05:52,414 --> 00:05:54,500 jadi dia pernah mengetuai dua pendaratan. 73 00:05:57,169 --> 00:05:59,088 Dari perspektif Eisenhower, 74 00:05:59,171 --> 00:06:03,258 Britain perlu dijadikan batu loncatan untuk pembebasan benua, 75 00:06:03,342 --> 00:06:06,512 jadi Churchill terpaksa berbaik dengan Eisenhower, 76 00:06:06,595 --> 00:06:08,514 dan sebaliknya. 77 00:06:08,597 --> 00:06:11,100 Ini melibatkan politik dan ketenteraan. 78 00:06:11,183 --> 00:06:13,060 Sudah tentu ada ketegangan. 79 00:06:13,560 --> 00:06:16,397 Churchill menggambarkan dirinya sebagai ketua tentera, 80 00:06:16,480 --> 00:06:18,190 tapi dia tidak mengetuainya. 81 00:06:18,273 --> 00:06:22,111 Semasa itu, dia sudah pun menyumbang semua yang diperlukan. 82 00:06:22,736 --> 00:06:26,156 Eisenhower pula cuba mengawal Churchill. 83 00:06:26,240 --> 00:06:29,076 Itu sesuatu yang sangat sukar dilakukan. 84 00:06:29,159 --> 00:06:34,456 Bukan mudah nak kawal seseorang seperti Churchill. 85 00:06:35,874 --> 00:06:39,628 "Keputusan dah dibuat, Perdana Menteri. Mari kita buat rancangan." 86 00:06:40,838 --> 00:06:44,049 Saya rasa kita berada di salah satu kemuncak perang. 87 00:06:44,883 --> 00:06:48,095 Semakin hampir hari pendaratan, semakin tegang suasana. 88 00:06:48,887 --> 00:06:51,932 Eisenhower mengugut untuk meletakkan jawatan 89 00:06:52,015 --> 00:06:55,227 bagi memastikan Presiden Roosevelt setia dengan Ike 90 00:06:55,310 --> 00:06:58,647 dan tak menyertai rancangan-rancangan perang Churchill. 91 00:07:00,065 --> 00:07:02,693 Roosevelt akan menurut kata Eisenhower, 92 00:07:02,776 --> 00:07:06,905 jadi Winston Churchill terpaksa menurut kata Franklin Delano Roosevelt. 93 00:07:07,489 --> 00:07:11,994 Ketika itu, orang Amerika sedang mengawal segala-galanya. 94 00:07:12,077 --> 00:07:15,747 Britain bukan lagi rakan strategik dalam Perang Dunia Kedua, 95 00:07:15,831 --> 00:07:18,625 dan banyak keputusan telah dibuat oleh Amerika. 96 00:07:18,709 --> 00:07:21,003 Pada permulaan perang, boleh dikatakan 97 00:07:21,086 --> 00:07:23,672 yang Roosevelt agak mengagumi Churchill. 98 00:07:23,755 --> 00:07:26,341 Winston berani menentang Hitler 99 00:07:26,425 --> 00:07:28,635 dan dia telah menjadi terkenal. 100 00:07:30,345 --> 00:07:34,433 Tapi kuasa besar yang dimiliki oleh tentera Amerika 101 00:07:34,516 --> 00:07:37,936 menyebabkan Churchill dianggap sebagai rakan kongsi junior. 102 00:07:39,855 --> 00:07:43,525 Semasa mereka merancang Hari Pendaratan itu dalam rahsia, 103 00:07:43,609 --> 00:07:46,862 Churchill kata dia nak menghadiri perbincangan itu. 104 00:07:47,488 --> 00:07:53,535 Lelaki yang perlu memainkan peranan dan membuat keputusan perang yang dahsyat 105 00:07:53,619 --> 00:07:56,163 mungkin memerlukan keseronokan pengembaraan. 106 00:07:57,372 --> 00:07:59,041 Dia juga ingin mengetahui 107 00:07:59,124 --> 00:08:02,377 bahawa semasa dia hantar askarnya ke medan perang, 108 00:08:02,878 --> 00:08:05,881 dia juga sedang berkongsi risiko yang sama. 109 00:08:07,257 --> 00:08:10,677 Dia sentiasa ingin berada di tempat kejadian, 110 00:08:11,178 --> 00:08:13,305 dan perkara itu tak pernah berubah. 111 00:08:14,515 --> 00:08:17,476 Dari dulu dia begitu. Dia suka pertempuran. 112 00:08:17,559 --> 00:08:20,062 Bunyinya jahat, tapi dia suka medan perang. 113 00:08:22,689 --> 00:08:27,736 Keseronokan yang dirasainya ketika beroperasi di Afrika Selatan 114 00:08:28,695 --> 00:08:30,239 tak pernah dilupakan. 115 00:08:31,281 --> 00:08:34,868 6 JUN 1944 PAGI HARI PENDARATAN 116 00:08:34,952 --> 00:08:35,911 Saya patut ke sana. 117 00:08:35,994 --> 00:08:39,790 Saya patut naik kapal itu sebaik saja serangan bermula. 118 00:08:39,873 --> 00:08:44,378 Serangan terhebat di dunia akan berlaku, tapi saya terperangkap di sini. 119 00:08:44,962 --> 00:08:46,463 Ini semua salah Raja. 120 00:08:46,964 --> 00:08:49,383 Tapi saya setuju dengan baginda. 121 00:08:49,967 --> 00:08:54,096 Tiada sesiapa nak awak terbunuh di medan perang. 122 00:08:54,680 --> 00:08:57,724 - Awak dah pun hilang akal. - Baginda tak patut masuk campur. 123 00:08:57,808 --> 00:09:01,061 Bukan baginda saja. Eisenhower pun tak izinkan awak pergi. 124 00:09:01,144 --> 00:09:03,313 Tapi ini keputusan baginda, bukan? 125 00:09:03,397 --> 00:09:05,691 Saya berhak pergi jika saya nak, 126 00:09:05,774 --> 00:09:09,319 tapi baginda tahu saya takkan ingkar perintahnya. 127 00:09:09,403 --> 00:09:11,446 Jika awak nak rasa sedap hati, 128 00:09:11,530 --> 00:09:14,449 saya gembira awak bukan atas kapal yang dibom. 129 00:09:15,117 --> 00:09:17,244 Mungkin rancangan ini akan gagal. 130 00:09:17,327 --> 00:09:20,414 Mungkin kami salah kira? Mungkin kami gagal mendarat? 131 00:09:20,497 --> 00:09:24,042 Mungkin kami akan terperangkap seperti di Gallipoli? 132 00:09:24,126 --> 00:09:27,504 - Saya perlu ke sana. - Buat apa, Winston? 133 00:09:28,213 --> 00:09:29,965 Awak cuma akan jadi penonton. 134 00:09:30,048 --> 00:09:32,426 Rakyat di sini perlukan awak. 135 00:09:32,926 --> 00:09:36,263 Anak-anak, suami dan ayah mereka sedang berjuang di sana. 136 00:09:36,346 --> 00:09:38,181 Siapa lagi akan bercakap dengan mereka? 137 00:09:38,807 --> 00:09:40,809 Awak selalu ada jawapan. 138 00:09:42,728 --> 00:09:46,440 Awak tak boleh mengetuai kapal perang dengan pakaian begitu. 139 00:09:49,234 --> 00:09:50,611 Boleh, jika saya nak. 140 00:09:55,699 --> 00:09:56,533 Terima kasih. 141 00:09:59,328 --> 00:10:02,247 Saya nak ke Bilik Peta. Tentu mereka tahu sesuatu. 142 00:10:03,665 --> 00:10:07,544 Jeneral Eisenhower akan cakap, "Kita perlu pastikan 143 00:10:07,628 --> 00:10:11,840 Perdana Menteri England melihat semua ini dalam bahaya" 144 00:10:11,923 --> 00:10:17,346 Dia dan Raja George saling berutus-utus surat 145 00:10:17,429 --> 00:10:20,015 dan baginda terpaksa guna kedudukannya 146 00:10:20,098 --> 00:10:23,143 supaya Churchill menuruti arahannya. 147 00:10:32,611 --> 00:10:37,324 HARI PENDARATAN 6 JUN 1944 148 00:10:47,000 --> 00:10:51,463 6 Jun 1944 ialah hari paling penting pada abad ke-20. 149 00:10:51,546 --> 00:10:55,384 Demokrasi sedang berada dalam bahaya. 150 00:10:56,301 --> 00:10:58,970 Budak baik daripada pembuat kek Catskill… 151 00:10:59,554 --> 00:11:03,016 Churchill ada sejarah tersendiri berkaitan operasi ini. 152 00:11:03,100 --> 00:11:06,728 Jika ia gagal, tiada cubaan kedua akan dibuat. 153 00:11:08,021 --> 00:11:09,022 Apa-apa boleh berlaku. 154 00:11:12,693 --> 00:11:18,615 Dia risau tentang kesucian anak-anak muda British dan Amerika 155 00:11:18,699 --> 00:11:21,201 yang akan mati di pantai cetek Perancis, 156 00:11:21,284 --> 00:11:23,995 dan air pasang akan dipenuhi darah mereka. 157 00:11:25,497 --> 00:11:28,041 Pertarungan yang telah bermula 158 00:11:28,125 --> 00:11:33,755 akan menjadi lebih besar dan lebih teruk dalam masa beberapa minggu akan datang. 159 00:11:34,381 --> 00:11:38,176 Saya juga takkan cuba ramal perkara yang akan berlaku. 160 00:11:39,386 --> 00:11:42,931 Ramai orang teruja mendengar tentang pendaratan di Perancis, 161 00:11:43,014 --> 00:11:46,059 dan semua orang tahu ia sedang berlaku. 162 00:11:56,153 --> 00:11:57,863 Ada serangan udara besar-besaran. 163 00:11:57,946 --> 00:12:01,575 Serangan tentera laut juga semakin dahsyat. 164 00:12:02,159 --> 00:12:03,577 Askar telah dilatih. 165 00:12:03,660 --> 00:12:07,497 Segalanya telah dilakukan supaya operasi ini akan berjaya. 166 00:12:08,790 --> 00:12:10,208 Disebabkan penipuan itu, 167 00:12:10,292 --> 00:12:13,587 Jerman tak tahu waktu dan tempatnya, jadi mereka keliru. 168 00:12:25,557 --> 00:12:28,685 Pihak Berikat berjaya menubuhkan pangkalan di pantai 169 00:12:28,769 --> 00:12:31,062 sebelum Nazi sempat bertindak. 170 00:12:33,857 --> 00:12:37,319 Mereka sangka ramai akan terbunuh di pantai itu. 171 00:12:37,402 --> 00:12:41,531 Tapi, walaupun pertempuran agak sengit, terutamanya di Pantai Omaha, 172 00:12:41,615 --> 00:12:44,576 salah satu pantai Amerika, pendaratan itu berjalan lancar. 173 00:12:46,119 --> 00:12:50,874 Pihak Berikat akan berkumpul di sana sebelum mereka berpecah. 174 00:12:55,879 --> 00:12:59,549 Hari Pendaratan ialah kejayaan yang menakjubkan. 175 00:13:03,887 --> 00:13:09,017 Sekarang, kita anggap kejayaan itu sebagai perkara biasa. 176 00:13:10,560 --> 00:13:13,980 Sebarang halangan di Normandy pada tahun 1944, 177 00:13:14,064 --> 00:13:16,358 boleh memanjangkan tempoh perang 178 00:13:16,441 --> 00:13:18,193 dan menyebabkan kegagalan 179 00:13:18,276 --> 00:13:20,612 pentadbiran Churchill dan Roosevelt. 180 00:13:24,157 --> 00:13:27,786 Selepas pencerobohan Normandy, Winston Churchill pun pergi ke sana. 181 00:13:28,995 --> 00:13:32,958 Churchill mahu berada di tempat kejadian, seperti biasa. 182 00:13:33,041 --> 00:13:34,751 Dia enggan menjauhkan diri. 183 00:13:36,419 --> 00:13:39,464 Dia mengucapkan tahniah kepada semua orang yang terlibat, 184 00:13:39,548 --> 00:13:43,593 termasuk Jeneral Montgomery, komander utama British. 185 00:13:43,677 --> 00:13:46,137 Montgomery seorang lelaki yang ego, 186 00:13:46,221 --> 00:13:49,391 dan saya rasa Churchill tak pernah meluangkan masa 187 00:13:49,474 --> 00:13:51,935 memikirkan ego orang bawahannya. 188 00:13:53,103 --> 00:13:56,231 Semasa Churchill tawarkan minuman kepada Montgomery, 189 00:13:56,314 --> 00:14:00,986 Montgomery berlagak dan kata, "Saya tak minum dan merokok. Saya sihat." 190 00:14:01,695 --> 00:14:06,283 Winston Churchill pula membalas, "Saya minum dan merokok. Saya lagi sihat." 191 00:14:06,366 --> 00:14:07,993 Dari sini kita boleh lihat 192 00:14:08,076 --> 00:14:11,079 sifat agresif dan daya saing Winston Churchill. 193 00:14:11,705 --> 00:14:13,164 6 JUN 1944 194 00:14:13,248 --> 00:14:16,209 SEKUTU MEMANDU KE PADALAMAN DARI KUBU DI PERANCIS 195 00:14:16,793 --> 00:14:19,754 TENTERA AMERIKA BERLUMBA MASUK KE PARIS MUSUH SEDANG DIKEPUNG 196 00:14:24,092 --> 00:14:26,469 25 OGOS 1944 197 00:14:26,553 --> 00:14:28,138 Paris sudah merdeka. 198 00:14:28,221 --> 00:14:31,641 Rakyat Paris keluar untuk menemui pembebas mereka. 199 00:14:32,225 --> 00:14:36,187 Lebih ramai orang Amerika bertempur berbanding orang British. 200 00:14:36,271 --> 00:14:39,941 Jadi, Churchill rasa dirinya telah disingkirkan. 201 00:14:40,984 --> 00:14:43,820 Satu-satunya masa saya bergaduh dengan orang Amerika… 202 00:14:44,571 --> 00:14:49,618 …ialah semasa mereka tak kongsi peluang untuk menang bersama-sama. 203 00:14:50,118 --> 00:14:52,996 Saya nak kami semua berada di tahap yang sama, 204 00:14:53,663 --> 00:14:56,875 tapi bagaimana kita nak tundukkan negara sehebat mereka 205 00:14:56,958 --> 00:15:00,128 dengan penduduk tiga kali ganda daripada negara kita? 206 00:15:01,963 --> 00:15:05,383 Orang yang bertanggungjawab mempunyai kuasa paling besar. 207 00:15:06,301 --> 00:15:09,262 Dwight Eisenhower ialah jeneral 208 00:15:09,346 --> 00:15:12,307 yang berjaya membebaskan Eropah daripada Hitler. 209 00:15:12,390 --> 00:15:16,227 Mungkin kerana kami negara paling kuat dalam perang itu. 210 00:15:20,774 --> 00:15:25,111 Ketika pihak Berikat mula membebaskan benua itu pada tahun 1944, 211 00:15:26,404 --> 00:15:29,115 Winston Churchill dapat tahu tentang kewujudan Auschwitz. 212 00:15:34,204 --> 00:15:36,122 Ia disampaikan oleh Pejabat Luar Negeri 213 00:15:36,206 --> 00:15:42,837 dan orang Poland yang melarikan diri dan membawa berita itu ke Barat. 214 00:15:45,048 --> 00:15:47,258 Perdana Menteri kepada Setiausaha Luar Negeri. 215 00:15:48,635 --> 00:15:51,304 Tak syak lagi yang ini mungkin 216 00:15:51,388 --> 00:15:54,975 jenayah terbesar dan paling dahsyat yang pernah dilakukan 217 00:15:55,058 --> 00:15:57,477 dalam sejarah seluruh dunia. 218 00:15:58,812 --> 00:16:02,232 Ia juga telah dilakukan menggunakan jentera saintifik. 219 00:16:05,819 --> 00:16:08,279 Pengisytiharan terbuka perlu dibuat 220 00:16:08,863 --> 00:16:14,869 supaya semua orang yang terlibat boleh diburu dan dibunuh. 221 00:16:17,956 --> 00:16:21,751 Ramai orang mengkritik Churchill kerana tak bertindak 222 00:16:21,835 --> 00:16:23,420 apabila semua orang dapat tahu 223 00:16:23,503 --> 00:16:26,673 yang kem tahanan ini bukan sekadar tempat kemusnahan, 224 00:16:26,756 --> 00:16:29,175 tempat penghinaan dan tempat perhambaan, 225 00:16:29,259 --> 00:16:31,761 tapi tempat pembunuhan beramai-ramai. 226 00:16:32,554 --> 00:16:35,432 Berita itu mula tersebar pada awal 1940-an. 227 00:16:36,016 --> 00:16:37,892 Tapi apa mereka patut buat? 228 00:16:38,852 --> 00:16:42,230 Ramai mencadangkan yang mereka patut bom kem tahanan 229 00:16:42,313 --> 00:16:43,565 untuk bebaskan tahanan. 230 00:16:46,067 --> 00:16:49,487 Churchill beritahu Anthony Eden, Setiausaha Luar Negerinya, 231 00:16:49,571 --> 00:16:53,700 "Gunakan Tentera Udara sebaiknya dan panggil saya jika perlu." 232 00:16:53,783 --> 00:16:55,118 Ini perlu diutamakan. 233 00:16:55,994 --> 00:16:59,497 Tapi ada persoalan tentang ketepatan. Bolehkah bilik gas dibom? 234 00:16:59,581 --> 00:17:03,376 Bagaimana jika mereka bom berek dan terbunuh banduan Yahudi? 235 00:17:04,669 --> 00:17:07,422 Holocaust ini boleh dihentikan 236 00:17:07,505 --> 00:17:10,008 dengan menamatkan perang secepat mungkin. 237 00:17:10,592 --> 00:17:11,926 Itulah hujahnya. 238 00:17:12,635 --> 00:17:16,806 Ia salah satu keputusan moral yang dibuat semasa perang 239 00:17:16,890 --> 00:17:19,476 dan boleh dipersoalkan sehingga sekarang. 240 00:17:23,772 --> 00:17:25,774 Ramai orang bercakap tentang Hari Pendaratan, 241 00:17:25,857 --> 00:17:28,359 tapi Kesatuan Soviet telah melancarkan 242 00:17:28,443 --> 00:17:31,279 serangan terbesar dalam sejarah peperangan 243 00:17:31,362 --> 00:17:33,573 di Barisan Timur pada masa yang sama. 244 00:17:37,202 --> 00:17:38,369 Dalam masa sebulan, 245 00:17:38,453 --> 00:17:41,706 seramai setengah juta tentera Jerman telah terbunuh. 246 00:17:44,959 --> 00:17:47,837 Mereka dari timur, pihak Berikat dari barat. 247 00:17:48,880 --> 00:17:52,133 Kesatuan Soviet memenangi banyak pertempuran di timur. 248 00:17:52,717 --> 00:17:58,807 Eropah Timur, Poland dan Balkan mungkin akan ditawan oleh Soviet. 249 00:17:58,890 --> 00:18:02,519 Jadi pihak yang sampai ke Berlin dulu dan kawasan yang ditawan 250 00:18:02,602 --> 00:18:04,062 akan bentuk dunia pasca perang. 251 00:18:05,688 --> 00:18:09,859 Saya rasa kita perlu berjabat tangan dengan pihak Rusia 252 00:18:09,943 --> 00:18:12,570 di kawasan hujung timur. 253 00:18:13,279 --> 00:18:15,323 Saya tak pernah melalui waktu 254 00:18:15,406 --> 00:18:19,244 yang membuatkan saya rasa lebih tertekan daripada sekarang. 255 00:18:21,621 --> 00:18:24,457 Churchill enggan menjadi perdana menteri yang menyebabkan 256 00:18:24,541 --> 00:18:26,459 pembubaran Empayar British, 257 00:18:26,543 --> 00:18:30,755 tapi dia terpaksa gadaikan harta empayar untuk meneruskan perjuangan 258 00:18:30,839 --> 00:18:33,174 ketika Britain berjuang menentang Nazi 259 00:18:33,258 --> 00:18:35,760 sambil menunggu negara lain datang. 260 00:18:35,844 --> 00:18:37,470 Britain sudah diketepikan. 261 00:18:37,554 --> 00:18:41,224 Empayar yang paling berkuasa di dunia suatu ketika dahulu 262 00:18:41,307 --> 00:18:43,434 telah menjadi sebuah pulau biasa. 263 00:18:44,269 --> 00:18:45,687 Adakah ini dunia baharu 264 00:18:45,770 --> 00:18:48,523 untuk Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat, 265 00:18:48,606 --> 00:18:49,983 dan yang lain diketepikan? 266 00:18:50,066 --> 00:18:54,988 Ia sesuatu yang sukar untuk diterima oleh imperialis Victoria ini. 267 00:18:55,738 --> 00:18:58,741 Hubungan antara Churchill dan Roosevelt 268 00:18:58,825 --> 00:19:02,203 mula menjadi renggang pada musim luruh tahun 1944. 269 00:19:03,246 --> 00:19:07,500 Churchill sedar banyak keputusan telah dibuat antara dua kuasa besar, 270 00:19:07,584 --> 00:19:09,127 Stalin dan Roosevelt. 271 00:19:09,210 --> 00:19:11,296 Churchill tak nak dilupakan. 272 00:19:11,379 --> 00:19:14,465 Jadi sepanjang perang berlangsung, dia berusaha 273 00:19:14,549 --> 00:19:17,844 untuk mengetengahkan pendapat Britain dan dirinya 274 00:19:17,927 --> 00:19:20,013 tentang pembentukan dunia pasca perang. 275 00:19:20,597 --> 00:19:24,475 MOSCOW OKTOBER 1944 276 00:19:27,437 --> 00:19:31,774 Pada musim luruh 1944, Churchill dan Stalin bertemu di Moscow. 277 00:19:32,442 --> 00:19:34,027 Idea kawasan pengaruh ini 278 00:19:34,110 --> 00:19:36,821 sudah lama bermain di fikiran Churchill. 279 00:19:36,905 --> 00:19:40,408 Di mana terletaknya pengaruh British, 280 00:19:40,491 --> 00:19:43,203 dan di mana terletaknya pengaruh Soviet? 281 00:19:43,286 --> 00:19:46,581 Saya pemimpin negara yang tak pernah tewas. 282 00:19:47,415 --> 00:19:50,043 Tapi setiap kali saya bangun, 283 00:19:50,126 --> 00:19:53,755 saya selalu cari jalan untuk gembirakan Presiden Roosevelt, 284 00:19:54,464 --> 00:19:58,760 dan cari jalan untuk berdamai dengan Marsyal Stalin. 285 00:20:00,762 --> 00:20:02,972 Churchill melawatnya tanpa Roosevelt 286 00:20:03,056 --> 00:20:06,893 dan tiada wakil Amerika terlibat secara rasmi dalam rundingan ini. 287 00:20:07,393 --> 00:20:11,439 Dia percaya sejarah dicipta oleh lelaki yang hebat, 288 00:20:11,522 --> 00:20:16,152 dan pada pandangannya, mereka akan duduk mengelilingi meja 289 00:20:16,236 --> 00:20:17,946 dan melukis garisan. 290 00:20:20,740 --> 00:20:25,370 Saya rasa peratusan ini adil dan wajar. 291 00:20:25,453 --> 00:20:26,329 Awak setuju? 292 00:20:31,167 --> 00:20:33,294 Saya setuju. 293 00:20:34,379 --> 00:20:35,588 Terima kasih, Joseph. 294 00:20:36,506 --> 00:20:40,551 Churchill menggelar contengan peratusan ini "dokumen nakal". 295 00:20:40,635 --> 00:20:44,472 "Britain boleh kawal ini, jadi awak boleh kawal itu." 296 00:20:45,265 --> 00:20:48,476 Itu cara untuk Churchill tunjukkan 297 00:20:48,559 --> 00:20:52,563 bahawa dia takkan jadi negara lemah pasca perang 298 00:20:52,647 --> 00:20:55,191 yang tunduk kepada Amerika Syarikat 299 00:20:55,275 --> 00:21:00,738 atau melupakan impiannya untuk memastikan Empayar British kuat. 300 00:21:00,822 --> 00:21:03,783 Mungkin kita patut bakar kertas ini. 301 00:21:03,866 --> 00:21:10,039 Kita sedang menentukan nasib berjuta-juta orang. 302 00:21:12,208 --> 00:21:14,127 Tak apa, awak simpanlah. 303 00:21:16,462 --> 00:21:18,381 Saya rasa ia digelar "dokumen nakal" 304 00:21:18,464 --> 00:21:21,426 kerana Churchill tahu dia tak patut buat begitu. 305 00:21:22,302 --> 00:21:24,053 Ia kelihatan sangat sinis, 306 00:21:24,137 --> 00:21:28,808 dan 80 peratus Romania dan Bulgaria akan dikawal oleh Rusia. 307 00:21:29,392 --> 00:21:31,352 Dia berjaya selamatkan Greece. 308 00:21:32,228 --> 00:21:35,481 Katanya, "Saya berjaya selamatkannya daripada terbakar." 309 00:21:35,565 --> 00:21:37,692 Macam dia tarik kayu dari api. 310 00:21:38,693 --> 00:21:41,362 Tapi ada banyak perkara 311 00:21:41,446 --> 00:21:46,617 yang terpaksa diterima oleh Balkan, Eropah Timur dan dirinya sendiri. 312 00:21:48,661 --> 00:21:51,039 Dia sedar perkara terbaik dia boleh buat 313 00:21:51,122 --> 00:21:54,584 adalah melindungi kepentingan British sebaik mungkin. 314 00:21:55,376 --> 00:21:58,713 Saya dan Beruang Tua itu banyak berbual. 315 00:21:58,796 --> 00:22:03,009 Saya semakin suka kepadanya. Mereka tentu nak bekerjasama dengan kita. 316 00:22:04,177 --> 00:22:07,430 Saya perlu kekalkan hubungan kami 317 00:22:07,513 --> 00:22:09,640 walaupun ia agak sukar. 318 00:22:13,519 --> 00:22:15,021 ORANG AMERIKA MENENTANG NAZI 319 00:22:15,104 --> 00:22:16,939 DISEMBER 1944 PERTARUNGAN BULGE 320 00:22:17,523 --> 00:22:20,068 Di barat, pihak Jerman sedang berundur. 321 00:22:23,112 --> 00:22:26,699 Tentera Komunis sedang menyerang dari timur. 322 00:22:27,283 --> 00:22:31,996 Ada kemungkinan yang perang akan berakhir. 323 00:22:35,208 --> 00:22:39,796 Menjelang akhir tahun, tiga sekutu itu sedar yang mereka perlu berbincang 324 00:22:39,879 --> 00:22:42,757 bersama-sama, selepas perang tamat. 325 00:22:42,840 --> 00:22:45,593 Stalin enggan meninggalkan negaranya. 326 00:22:45,676 --> 00:22:48,805 Dia takut terbang dan enggan meninggalkan pengawalnya, 327 00:22:48,888 --> 00:22:52,892 jadi dia hanya akan bertemu dalam sempadan Kesatuan Soviet. 328 00:22:52,975 --> 00:22:54,936 Churchill dan Roosevelt setuju, 329 00:22:55,019 --> 00:22:57,647 jadi mereka pergi ke sana untuk berjumpa dengannya. 330 00:22:58,815 --> 00:23:01,025 Keadaan di sana agak teruk 331 00:23:01,109 --> 00:23:03,820 selepas pertempuran di Barisan Timur, 332 00:23:03,903 --> 00:23:09,117 jadi salah satu tempat yang sesuai ialah Yalta di Laut Hitam. 333 00:23:09,992 --> 00:23:13,246 Ia menunjukkan situasi Kesatuan Soviet. 334 00:23:13,329 --> 00:23:16,290 Semuanya nampak baik dari luar, tapi kalau tengok betul-betul, 335 00:23:16,374 --> 00:23:20,044 kita boleh nampak dalamannya berbeza dengan luarannya 336 00:23:20,128 --> 00:23:22,046 dan ia memang sangat teruk. 337 00:23:22,130 --> 00:23:25,341 Istana itu dipenuhi dengan pepijat. 338 00:23:25,425 --> 00:23:27,802 Katil Winston Churchill ada pepijat 339 00:23:27,885 --> 00:23:30,179 dan kakinya digigit pada waktu malam. 340 00:23:30,263 --> 00:23:33,558 Churchill kata jika mereka cari istana paling teruk, 341 00:23:33,641 --> 00:23:35,601 ia tentu tak seteruk Yalta. 342 00:23:35,685 --> 00:23:39,188 Dia juga menggelarnya sebagai "Riviera Hades." 343 00:23:40,189 --> 00:23:43,317 Dunia kita sekarang ialah dunia yang sukar diramal, 344 00:23:43,401 --> 00:23:47,905 dan di setiap peringkat, ada waktu untuk mempersoalkan diri. 345 00:23:52,160 --> 00:23:54,454 Matahari hampir terbenam di Yalta. 346 00:23:55,830 --> 00:24:01,043 Churchill kata dia rasa Roosevelt tak begitu sihat. 347 00:24:02,044 --> 00:24:06,549 FDR berjaya memenangi penggal keempat buat kali pertama 348 00:24:07,758 --> 00:24:10,720 semasa pilihan raya 1944, tapi dia tak sihat. 349 00:24:11,554 --> 00:24:14,307 Dia mengalami kegagalan jantung kongestif. 350 00:24:16,684 --> 00:24:18,728 Churchill pernah tulis, 351 00:24:18,811 --> 00:24:22,648 "Persahabatan kita ialah bahu yang menggalas harapan dunia." 352 00:24:23,357 --> 00:24:27,945 Saya rasa mereka tahu ia akan berakhir 353 00:24:28,029 --> 00:24:32,909 dan drama yang panjang ini akhirnya akan tamat. 354 00:24:35,703 --> 00:24:40,166 Roosevelt ingin menyelamatkan seramai orang Amerika yang boleh 355 00:24:40,249 --> 00:24:43,002 dengan melibatkan Soviet dalam perang menentang Jepun. 356 00:24:43,085 --> 00:24:46,422 Dia masih belum tahu sama ada bom atom boleh digunakan. 357 00:24:46,506 --> 00:24:48,966 Ia sedang dibina dan belum diuji. 358 00:24:49,842 --> 00:24:54,764 Satu lagi perkara penting bagi Roosevelt ialah penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 359 00:24:55,681 --> 00:25:01,020 FDR nak pastikan ia berhasil, jadi mungkin kerana itu dia percaya 360 00:25:01,103 --> 00:25:05,942 Stalin akan menepati janjinya kerana dia benar-benar mahukannya. 361 00:25:06,609 --> 00:25:11,531 Churchill percaya dia cukup bijak untuk membentuk dunia pasca perang. 362 00:25:11,614 --> 00:25:14,408 Bagi dia, FDR terlalu naif dan liberal. 363 00:25:14,492 --> 00:25:17,078 Dia tahu FDR tak suka Empayar British, 364 00:25:17,161 --> 00:25:21,123 jadi Churchill takkan biar dia membentuk dunia pasca perang. 365 00:25:21,958 --> 00:25:25,878 Churchill mahu Roosevelt bersikap lebih tegas dengan Stalin, 366 00:25:25,962 --> 00:25:28,631 tapi dia gagal meyakinkannya. 367 00:25:31,259 --> 00:25:34,262 Kesatuan Soviet buat keputusan untuk sertai Bangsa-Bangsa Bersatu. 368 00:25:34,804 --> 00:25:37,598 Mereka buat keputusan untuk menyerang Jepun 369 00:25:37,682 --> 00:25:39,058 selepas perang tamat. 370 00:25:40,518 --> 00:25:43,563 Mereka pulang dengan janji daripada Stalin 371 00:25:43,646 --> 00:25:46,566 yang Poland akan dibebaskan dan dimerdekakan. 372 00:25:47,858 --> 00:25:51,195 Hakikatnya, Stalin sedang berbohong kepada mereka berdua. 373 00:25:52,238 --> 00:25:57,285 Britain berperang untuk melindungi Poland daripada kuasa asing. 374 00:25:58,452 --> 00:26:01,539 Kerana itu Britain terlibat dalam perang ini. 375 00:26:02,123 --> 00:26:05,459 Tapi selepas perang tamat, Stalin menakluki Poland? 376 00:26:06,252 --> 00:26:08,212 Itu mimpi ngeri untuk Churchill. 377 00:26:09,755 --> 00:26:12,967 Kesengsaraan dunia ini menakutkan saya, 378 00:26:13,050 --> 00:26:14,719 dan saya semakin takut 379 00:26:14,802 --> 00:26:19,557 pergelutan baharu akan timbul daripada pergelutan yang sudah berakhir. 380 00:26:24,770 --> 00:26:31,402 Winston Churchill hantar lebih 1,000 surat dan telegram kepada FDR, 381 00:26:31,485 --> 00:26:35,531 tapi Franklin Roosevelt cuma tulis 800 keping surat. 382 00:26:36,324 --> 00:26:39,243 Churchill ialah pelamar dalam hubungan itu. 383 00:26:39,827 --> 00:26:44,332 Tuan Presiden, perdamaian dengan Jerman dan Jepun mengikut syarat kita 384 00:26:44,415 --> 00:26:46,834 takkan beri ketenangan kepada kita. 385 00:26:47,418 --> 00:26:51,672 Kita perlu bangunkan semula dunia yang hampir musnah ini. 386 00:26:52,506 --> 00:26:55,551 Apa pandangan Stalin dan penggantinya 387 00:26:55,635 --> 00:26:58,054 terhadap tindakan yang akan kita ambil? 388 00:26:59,347 --> 00:27:02,725 Mereka berjauhan buat sementara waktu. 389 00:27:04,018 --> 00:27:08,439 Mereka seperti pasangan suami isteri tua yang tahu kelemahan masing-masing, 390 00:27:08,522 --> 00:27:11,025 tapi tak boleh hidup tanpa satu sama lain. 391 00:27:16,072 --> 00:27:19,617 TENTERA BERSEKUTU MEMASUKI JERMAN DARI DUA KAWASAN 392 00:27:20,409 --> 00:27:23,788 SOVIET MEMULAKAN PERTARUNGAN TERAKHIR UNTUK MEREBUT BERLIN 393 00:27:28,376 --> 00:27:29,710 12 APRIL 1945 394 00:27:29,794 --> 00:27:31,295 Kepada dunia bebas, 395 00:27:32,004 --> 00:27:35,466 kami ingin memaklumkan kematian Franklin Roosevelt. 396 00:27:38,219 --> 00:27:42,890 Apabila saya terima berita ini pada awal pagi Jumaat ke-13… 397 00:27:43,724 --> 00:27:47,228 saya rasa seperti saya telah dipukul. 398 00:27:48,521 --> 00:27:51,607 Sebaik saja berita kematian FDR diterima, 399 00:27:52,525 --> 00:27:56,487 Churchill menyampaikan eulogi yang luar biasa di Dewan Rakyat. 400 00:27:56,570 --> 00:28:01,867 Dia sedar persahabatan mereka tak begitu sempurna, 401 00:28:01,951 --> 00:28:04,620 dan ia bersifat peribadi serta politik. 402 00:28:05,913 --> 00:28:09,333 Hubungan saya dengan lelaki yang ceria ini 403 00:28:09,417 --> 00:28:14,755 telah memainkan peranan yang besar dalam tempoh kami bekerjasama. 404 00:28:15,506 --> 00:28:17,800 Sekarang, ia sudah berakhir… 405 00:28:18,718 --> 00:28:23,848 …dan saya benar-benar merasai kehilangannya. 406 00:28:25,015 --> 00:28:26,475 Churchill pernah kata, 407 00:28:26,559 --> 00:28:30,271 "Bagi saya, Roosevelt seperti membuka sebotol champagne." 408 00:28:31,105 --> 00:28:33,357 Roosevelt menulis kepada Churchill, 409 00:28:33,441 --> 00:28:35,568 "Nasib baik kita berkongsi dekad." 410 00:28:37,278 --> 00:28:40,698 Kita bernasib baik kerana mereka ada semasa krisis itu berlaku. 411 00:28:45,661 --> 00:28:51,041 Hitler membuat keputusan untuk tidak meninggalkan Berlin. 412 00:28:52,209 --> 00:28:56,130 Ibu kota itu telah dikepung sepenuhnya oleh tentera Rusia, 413 00:28:56,213 --> 00:28:59,800 dan Führer sudah kehilangan kuasa untuk mengawal keadaan. 414 00:29:02,052 --> 00:29:06,766 Dia cuma perlu atur kematiannya sendiri di tengah-tengah runtuhan bandar itu. 415 00:29:09,685 --> 00:29:11,687 Dia tembak mulutnya sendiri. 416 00:29:13,230 --> 00:29:17,109 Saya rasa dia layak mati begitu. 417 00:29:19,570 --> 00:29:23,491 Saya tiada kenyataan khas nak dibuat 418 00:29:23,574 --> 00:29:25,910 tentang kedudukan perang di Eropah. 419 00:29:26,869 --> 00:29:31,999 Tapi saya rasa keadaan sekarang lebih memuaskan 420 00:29:32,082 --> 00:29:35,169 berbanding lima tahun lalu. 421 00:29:38,839 --> 00:29:42,510 8 MEI 1945 422 00:29:50,601 --> 00:29:54,271 Pagi semalam pada pukul 2:41 pagi, 423 00:29:55,439 --> 00:29:58,067 wakil Pemerintah Tertinggi Jerman 424 00:29:58,901 --> 00:30:02,446 telah menandatangani dokumen penyerahan tanpa syarat. 425 00:30:03,697 --> 00:30:06,075 Oleh itu, perang Jerman sudah berakhir. 426 00:30:06,158 --> 00:30:07,660 KEMENANGAN KE ATAS JERMAN 427 00:30:07,743 --> 00:30:10,412 Hidup perjuangan kebebasan. 428 00:30:10,496 --> 00:30:11,831 Semoga Raja diberkati. 429 00:30:39,400 --> 00:30:44,113 Pada saat kemenangan besar itu, saya sedar 430 00:30:44,196 --> 00:30:47,992 tentang kesukaran dan bahaya yang menanti. 431 00:30:52,037 --> 00:30:53,330 Tapi di sini, 432 00:30:53,414 --> 00:30:56,417 kita boleh meluangkan sedikit masa untuk bergembira. 433 00:31:00,462 --> 00:31:03,132 Pada malam Hari Kemenangan, 434 00:31:03,215 --> 00:31:06,635 dia bersendirian di No. 10 Jalan Downing, 435 00:31:07,678 --> 00:31:11,682 kerana Clementine berada di Rusia atas urusan negara. 436 00:31:12,558 --> 00:31:13,976 Dia makan malam, 437 00:31:14,059 --> 00:31:18,314 kemudian dia pergi ke taman dan berjalan dengan Smoky, si kucing. 438 00:31:19,440 --> 00:31:22,985 Saya tak sangka dia bersendirian pada malam itu, 439 00:31:23,068 --> 00:31:25,321 selepas usahanya membuahkan hasil. 440 00:31:29,617 --> 00:31:31,118 7 MEI 1945 JERMAN MENYERAH 441 00:31:31,201 --> 00:31:34,872 Jika pihak Rusia yakin kita takut kepada mereka 442 00:31:34,955 --> 00:31:41,003 dan kita akan tunduk kepada mereka, saya betul-betul rasa risau 443 00:31:41,086 --> 00:31:42,796 tentang hubungan kita dengan mereka. 444 00:31:42,880 --> 00:31:46,342 Jelas sekali yang pemahaman 445 00:31:46,425 --> 00:31:50,346 Britain dan Amerika pasca perang ialah dua perkara yang berbeza. 446 00:31:50,429 --> 00:31:54,058 Amerika masih belum menang menentang Jepun. 447 00:31:54,141 --> 00:31:56,977 Mereka ada matlamat yang penting. 448 00:31:57,686 --> 00:32:00,189 Berbeza dengan Churchill, mereka tak risau 449 00:32:01,440 --> 00:32:05,277 tentang pemerintahan Komunis di Eropah Timur. 450 00:32:07,821 --> 00:32:12,910 Churchill takut Stalin takkan berhenti di garisan sempadan 451 00:32:12,993 --> 00:32:14,995 yang dipersetujui dengan Rusia 452 00:32:15,079 --> 00:32:16,997 dan akan meneruskan taklukan, 453 00:32:17,081 --> 00:32:20,084 kerana ada ramai tentera dalam Tentera Komunis. 454 00:32:22,419 --> 00:32:24,338 Dia terkejut dengan tindakan Stalin. 455 00:32:24,421 --> 00:32:26,674 Dia nampak dunia pasca perang distopia 456 00:32:26,757 --> 00:32:29,551 di mana perang akan berterusan 457 00:32:29,635 --> 00:32:33,138 dan Sekutu Barat dan Kesatuan Soviet akan berperang. 458 00:32:34,181 --> 00:32:37,977 Saya perlukan rancangan untuk menguatkuasakan Perjanjian Yalta, 459 00:32:38,060 --> 00:32:41,063 untuk beri Poland peluang mentadbir kerajaan sendiri. 460 00:32:41,146 --> 00:32:44,733 Kita tak boleh lawan Rusia sendiri. Jumlah mereka ramai. 461 00:32:44,817 --> 00:32:48,445 Kita perlu bertindak sebelum Amerika pergi dari sini. 462 00:32:49,071 --> 00:32:50,781 Maksud awak, serang Soviet? 463 00:32:51,865 --> 00:32:55,369 - Itu bukan mudah. - Saya dah buat rancangan. 464 00:32:56,036 --> 00:32:58,580 Saya nak rancangan untuk semua kemungkinan. 465 00:33:00,916 --> 00:33:03,252 Sebelum terlambat. 466 00:33:03,877 --> 00:33:07,715 Churchill diberitahu tentang Operasi Tak Masuk Akal, 467 00:33:08,424 --> 00:33:11,593 di mana Wehrmacht, tentera Jerman, 468 00:33:11,677 --> 00:33:14,930 akan diberikan senjata selepas mereka kalah, 469 00:33:15,014 --> 00:33:18,267 supaya mereka boleh menyerang tentera Soviet. 470 00:33:18,350 --> 00:33:23,480 Ia rancangan tak masuk akal yang tak dilaksanakan. 471 00:33:23,564 --> 00:33:27,860 Tapi itu menunjukkan keadaan dia dari segi mental dan emosi. 472 00:33:30,112 --> 00:33:31,530 Kita belum pastikan 473 00:33:31,613 --> 00:33:35,117 bahawa tujuan utama kita terlibat dalam perang 474 00:33:35,200 --> 00:33:36,910 tidak diketepikan, 475 00:33:37,619 --> 00:33:41,623 dan perkataan "kebebasan", "demokrasi" dan "pembebasan" 476 00:33:41,707 --> 00:33:44,877 tidak menyimpang daripada makna sebenarnya. 477 00:33:46,587 --> 00:33:50,883 Tiada gunanya jika pengikut Hitler dihukum atas jenayah mereka 478 00:33:50,966 --> 00:33:56,889 jika negara itu akan ditadbir oleh kerajaan totalitarian atau polis. 479 00:34:00,434 --> 00:34:02,144 Apabila perang hampir tamat, 480 00:34:02,227 --> 00:34:05,064 Churchill dipenuhi pemikiran dan idea 481 00:34:05,147 --> 00:34:07,775 tentang keadaan dunia pasca perang. 482 00:34:08,901 --> 00:34:11,111 Tapi dia perlu bertanding dalam pilihan raya. 483 00:34:11,195 --> 00:34:13,906 Menurut rakan pakatan Churchill, Parti Buruh, 484 00:34:13,989 --> 00:34:16,867 "Kami tak nak bentuk kerajaan campuran dengan awak. 485 00:34:16,950 --> 00:34:18,452 Kami mahukan kuasa. 486 00:34:18,535 --> 00:34:21,663 Terima kasih atas jasa awak dalam peperangan ini, 487 00:34:21,747 --> 00:34:24,583 tapi awak tiada tempat dalam visi kami." 488 00:34:25,459 --> 00:34:28,003 Jika kamu sangka kamu dah bosan dengan saya 489 00:34:28,087 --> 00:34:30,506 dan saya patut disingkirkan, 490 00:34:30,589 --> 00:34:34,593 saya akan terima keputusan itu dengan senang hati. 491 00:34:35,260 --> 00:34:37,429 Tapi hati-hati, 492 00:34:37,513 --> 00:34:42,518 kerana kamu perlu bersedia untuk pengorbanan yang lebih besar. 493 00:34:47,940 --> 00:34:49,399 Kenapa awak tak melukis? 494 00:34:50,984 --> 00:34:53,320 Awak patut berehat. 495 00:34:53,403 --> 00:34:54,822 Saya sedang berehat. 496 00:34:55,906 --> 00:34:59,785 Tapi apabila saya berehat, fikiran saya asyik mengganggu. 497 00:35:00,577 --> 00:35:01,703 Perang dah tamat. 498 00:35:02,579 --> 00:35:03,455 Ya. 499 00:35:04,998 --> 00:35:07,251 Tapi disebabkan perang dah tamat, 500 00:35:08,293 --> 00:35:13,173 saya perlu bertanding dalam pilihan raya dan saya mungkin akan kalah. 501 00:35:14,133 --> 00:35:16,176 Rakyat sayangkan awak. 502 00:35:17,261 --> 00:35:19,680 Gunakanlah kemenangan awak. 503 00:35:19,763 --> 00:35:21,014 Ya, betul juga. 504 00:35:21,098 --> 00:35:25,060 Kalau begitu… lukislah. 505 00:35:37,364 --> 00:35:41,034 Pilihan raya tahun 1945 ialah pilihan raya yang ditangguhkan 506 00:35:41,118 --> 00:35:43,745 disebabkan perang berlaku, 507 00:35:43,829 --> 00:35:46,331 jadi pengaturannya memerlukan masa 508 00:35:46,415 --> 00:35:49,501 kerana ramai askar berada di seluruh dunia. 509 00:35:54,506 --> 00:35:58,135 Sekarang bukan waktu untuk membuang masa 510 00:35:58,218 --> 00:36:01,430 dengan mengundi kerajaan yang lemah. 511 00:36:02,264 --> 00:36:05,434 Slogan Parti Buruh sangat menarik. 512 00:36:05,517 --> 00:36:09,605 Mereka kata, "Sorak untuk Churchill, tapi undi Buruh." 513 00:36:10,314 --> 00:36:12,858 Raikan Churchill, raikan kemenangan, 514 00:36:12,941 --> 00:36:15,444 pembebasan, keselamatan negara ini, 515 00:36:15,527 --> 00:36:17,946 tapi kami yang akan mentadbir negara. 516 00:36:18,030 --> 00:36:20,490 Dia tak perlu terlibat dalam pergaduhan politik ini. 517 00:36:20,574 --> 00:36:24,953 Dia boleh kenalkan dirinya sebagai calon penyatuan negara 518 00:36:25,037 --> 00:36:27,289 yang mengetuai kerajaan campuran. 519 00:36:27,372 --> 00:36:32,377 Sebaliknya, dia melancarkan kempen penuh penghinaan 520 00:36:32,461 --> 00:36:33,795 menentang Parti Buruh. 521 00:36:33,879 --> 00:36:34,796 Dasar luar negara… 522 00:36:34,880 --> 00:36:37,925 Dia cakap benda bodoh. Dia sibuk berkempen. 523 00:36:38,008 --> 00:36:41,678 Dia kata Parti Buruh akan menubuhkan polis rahsia. 524 00:36:41,762 --> 00:36:43,347 Keadaan menjadi teruk semula. 525 00:36:43,430 --> 00:36:44,932 Ada politik partisan, 526 00:36:45,015 --> 00:36:47,184 dan rakyat British tak suka. 527 00:36:49,519 --> 00:36:53,857 CHURCHILL DIHINA DAN DIEJEK PADA PENGHUJUNG KEMPEN BRITISH 528 00:36:53,941 --> 00:36:58,445 Selepas hari mengundi, Churchill pergi melukis di Perancis. 529 00:36:58,528 --> 00:37:00,405 Kempen itu sangat sukar, 530 00:37:00,489 --> 00:37:02,324 jadi dia pergi bercuti 531 00:37:02,407 --> 00:37:05,953 sebelum menemui Presiden Truman dan Marsyal Stalin di persidangan itu. 532 00:37:07,371 --> 00:37:10,624 Sementara undian dihantar dari seluruh pelosok dunia, 533 00:37:10,707 --> 00:37:15,295 Churchill pergi ke Potsdam untuk Persidangan Perang Dunia Kedua. 534 00:37:17,464 --> 00:37:21,385 Persidangan Potsdam itu dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai. 535 00:37:21,468 --> 00:37:24,763 Pada 16 Julai, di hutan New Mexico, 536 00:37:24,846 --> 00:37:27,641 dunia memasuki zaman nuklear 537 00:37:27,724 --> 00:37:32,271 apabila Amerika Syarikat berjaya menguji peranti plutonium. 538 00:37:32,354 --> 00:37:38,318 Ia mempunyai kuasa superlatif dan potensi pemusnah yang dahsyat. 539 00:37:41,571 --> 00:37:45,158 Presiden Truman di Potsdam untuk perasmian persidangan. 540 00:37:45,242 --> 00:37:48,120 Berita itu disampaikan kepada Presiden Truman, 541 00:37:48,203 --> 00:37:50,247 yang baru bekerja beberapa bulan. 542 00:37:53,208 --> 00:37:57,004 Churchill kata kepada Truman, "Cakaplah jika ia gagal atau tak." 543 00:37:57,629 --> 00:38:00,799 Truman hantar mesej, "Tak gagal." 544 00:38:08,640 --> 00:38:13,103 Churchill sedar yang saat ini mampu mengubah haluan perang. 545 00:38:14,438 --> 00:38:16,189 Perang di Pasifik berterusan, 546 00:38:16,273 --> 00:38:18,191 dan semua orang dah mula sedar 547 00:38:18,275 --> 00:38:21,903 yang pencerobohan di Jepun memerlukan kos yang tinggi. 548 00:38:24,031 --> 00:38:26,867 Churchill percaya sejuta setengah nyawa akan terkorban. 549 00:38:26,950 --> 00:38:29,828 Sejuta dari Amerika dan 500,000 dari Komanwel. 550 00:38:33,123 --> 00:38:35,751 Projek Manhattan telah membuahkan hasil. 551 00:38:35,834 --> 00:38:38,879 Ada pelbagai keputusan moral yang telah dibuat, 552 00:38:38,962 --> 00:38:40,797 dan kita dah ada bom atom. 553 00:38:41,590 --> 00:38:46,053 Sebahagian daripada perjanjian nuklear ialah sebelum ia digunakan, 554 00:38:46,136 --> 00:38:48,847 kebenaran Churchill juga perlu diminta. 555 00:38:49,681 --> 00:38:55,979 Churchill kata persetujuannya ialah sebulat suara, mutlak dan automatik. 556 00:38:56,063 --> 00:38:59,566 Dia percaya ia perlu digunakan untuk menghentikan perang 557 00:38:59,649 --> 00:39:02,778 dan menghalang serangan mahal ke atas tanah air Jepun. 558 00:39:03,487 --> 00:39:06,615 Atas pelbagai sebab, ia penting untuk Churchill 559 00:39:06,698 --> 00:39:08,867 untuk menanam bendera itu. 560 00:39:08,950 --> 00:39:12,371 Bom ini menggunakan tenaga 561 00:39:12,454 --> 00:39:15,374 yang menyebabkan bintang di angkasa berdenyut. 562 00:39:16,083 --> 00:39:17,376 Dia nak terlibat. 563 00:39:17,459 --> 00:39:22,422 Ini bukan kemenangan Amerika saja, jadi kerana itu dia setuju. 564 00:39:27,052 --> 00:39:32,015 Churchill terpaksa pulang dari Potsdam kerana kiraan akhir sudah dilakukan, 565 00:39:32,099 --> 00:39:35,435 jadi dia pulang ke England untuk keputusan pilihan raya. 566 00:39:36,061 --> 00:39:40,690 Tiba-tiba saya terjaga dengan tikaman yang terasa tajam. 567 00:39:40,774 --> 00:39:44,486 Keyakinan separa sedar yang kami telah dikalahkan 568 00:39:44,569 --> 00:39:46,947 telah menguasai fikiran saya. 569 00:39:47,823 --> 00:39:51,451 Semua tekanan daripada kejadian-kejadian yang berlaku 570 00:39:51,535 --> 00:39:57,082 dan telah memberikan saya semangat untuk berjuang, akan terhenti 571 00:39:57,165 --> 00:39:58,500 dan saya akan jatuh. 572 00:39:59,584 --> 00:40:02,546 Konservatif, 180. 573 00:40:02,629 --> 00:40:05,340 Buruh, 364. 574 00:40:07,050 --> 00:40:12,222 Akhirnya, rakyat yang mampu menentukan siapa yang akan mentadbir mereka. 575 00:40:12,973 --> 00:40:14,933 Dia telah membuktikannya. 576 00:40:15,016 --> 00:40:16,643 Dia contoh utama. 577 00:40:16,726 --> 00:40:21,189 Dia berjaya memimpin negaranya sehingga mereka menang dan terselamat 578 00:40:21,273 --> 00:40:22,941 semasa Perang Dunia Kedua. 579 00:40:23,024 --> 00:40:28,572 Kemudian pada tahun 1945, dia terpaksa meletakkan jawatan. 580 00:40:30,031 --> 00:40:34,077 Tentu ia terasa seperti tamparan hebat 581 00:40:34,161 --> 00:40:36,288 apabila keputusan itu diumumkan. 582 00:40:36,371 --> 00:40:39,124 Ibu saya menangis tersedu-sedu, 583 00:40:39,207 --> 00:40:43,837 tapi satu-satunya orang yang tak menangis ialah Churchill. 584 00:40:43,920 --> 00:40:46,965 Katanya, "Inilah yang rakyat mahu." 585 00:40:47,799 --> 00:40:50,635 Kemenangan besar Parti Buruh 586 00:40:50,719 --> 00:40:53,388 menunjukkan yang negara ini sudah bersedia… 587 00:40:53,930 --> 00:40:58,101 …untuk polisi baharu di dunia baharu ini. 588 00:40:58,185 --> 00:41:02,063 Selepas lima tahun setengah mereka berperang dan hidup susah, 589 00:41:02,147 --> 00:41:07,235 rakyat mahukan perkhidmatan kesihatan awam dan pembinaan semula bangunan-bangunan. 590 00:41:07,319 --> 00:41:13,200 Tapi walaupun dia kalah, dia masih pandai berkata-kata. 591 00:41:13,283 --> 00:41:16,995 Clementine kata, "Mungkin ini rahmat yang terselindung." 592 00:41:17,078 --> 00:41:19,748 Dia kata, "Ia berselindung dengan baik." 593 00:41:23,293 --> 00:41:26,588 Persepsi orang British terhadapnya berbeza semasa perang, 594 00:41:26,671 --> 00:41:30,884 kerana semasa itu, sifat negarawan dan matlamatnya 595 00:41:30,967 --> 00:41:34,638 berguna dalam menggerakkan orang dan memberi inspirasi 596 00:41:34,721 --> 00:41:38,934 semasa masa mencabar dan berbahaya, berbanding dengan masa aman. 597 00:41:40,310 --> 00:41:46,233 Kalaulah dia popular macam sekarang dalam minda rakyat, 598 00:41:46,316 --> 00:41:50,320 tentu sukar nak bayangkan parti dia boleh kalah pilihan raya, 599 00:41:50,403 --> 00:41:54,908 kerana kita telah mengangkat dia sebagai seorang ikon yang hebat 600 00:41:54,991 --> 00:41:56,993 dan menjadikan dia wira tunggal. 601 00:42:01,289 --> 00:42:04,167 Saya tiada kuasa untuk membentuk masa depan. 602 00:42:05,418 --> 00:42:08,171 Pengetahuan dan pengalaman yang saya ada, 603 00:42:08,255 --> 00:42:13,385 serta pengaruh dan niat baik yang saya terima di banyak negara 604 00:42:13,468 --> 00:42:14,386 akan lenyap. 605 00:42:17,138 --> 00:42:18,265 Dia hilang kuasa, 606 00:42:18,890 --> 00:42:22,269 tapi sebelum Churchill kembali untuk mendengar keputusan, 607 00:42:22,352 --> 00:42:24,646 Pengisytiharan Potsdam dikeluarkan. 608 00:42:24,729 --> 00:42:27,983 Ia menyeru Jepun untuk menyerah tanpa syarat, dan jika tidak… 609 00:42:37,826 --> 00:42:40,745 Apa itu belerang? Tak penting. 610 00:42:42,872 --> 00:42:45,834 Apa itu elektrik? Tak bermakna. 611 00:42:45,917 --> 00:42:47,836 DICERITAKAN KEPADA HENRY STIMSON 612 00:42:47,919 --> 00:42:51,756 Letupan bom atom ini sama seperti ketibaan hari kiamat. 613 00:42:53,174 --> 00:42:58,513 HIROSHIMA 6 OGOS 1945 614 00:43:04,019 --> 00:43:09,316 NAGASAKI 9 OGOS 1945 615 00:43:22,704 --> 00:43:25,624 KEMENANGAN! JEPUN MENYERAH 616 00:43:25,707 --> 00:43:27,667 Bom itu membawa keamanan, 617 00:43:28,543 --> 00:43:30,879 tapi cuma manusia boleh kekalkan keamanan itu. 618 00:43:32,797 --> 00:43:34,049 Mulai sekarang, 619 00:43:34,758 --> 00:43:37,010 bom itu dianggap sebagai senjata 620 00:43:37,093 --> 00:43:40,472 yang mengancam kelangsungan tamadun 621 00:43:41,973 --> 00:43:43,933 dan juga kemanusiaan. 622 00:43:47,729 --> 00:43:51,149 Sepanjang hidup saya, saya telah melalui banyak perkara. 623 00:43:51,232 --> 00:43:55,320 Jadi nasihat paling berharga yang saya boleh kongsi 624 00:43:55,403 --> 00:43:58,782 adalah mengetahui cara untuk mengekalkan kepimpinan kita. 625 00:43:59,699 --> 00:44:04,204 Orang macam Winston Churchill tak boleh berubah daripada pemimpin 626 00:44:04,287 --> 00:44:06,373 menjadi pelukis dan… 627 00:44:06,456 --> 00:44:08,083 Itu sebahagian daripada hidupnya. 628 00:44:08,166 --> 00:44:10,877 Dia tak nak melalui hidup yang membosankan, 629 00:44:10,960 --> 00:44:15,006 jadi dia takkan bersara begitu saja. 630 00:44:15,799 --> 00:44:17,384 Churchill tak boleh duduk diam. 631 00:44:17,467 --> 00:44:21,096 Dia sentiasa tergesa-gesa untuk ke tempat lain. 632 00:44:21,179 --> 00:44:22,514 MAC 1946 633 00:44:22,597 --> 00:44:26,601 Dia dijemput untuk berucap di Kolej Westminster di Fulton, Missouri, 634 00:44:26,685 --> 00:44:29,354 negeri asal Presiden Amerika, Harry Truman. 635 00:44:29,938 --> 00:44:32,982 Kereta api ke Bandar Jefferson boleh dinaiki sekejap lagi. 636 00:44:33,066 --> 00:44:36,653 Masa yang mencukupi untuk kalahkan mereka selayaknya. 637 00:44:36,736 --> 00:44:38,029 Saya ambil tiga. 638 00:44:38,113 --> 00:44:39,072 Saya ambil satu. 639 00:44:40,782 --> 00:44:44,035 Kamu tahu tak? Jika saya dilahirkan semula, 640 00:44:44,119 --> 00:44:46,996 saya nak jadi rakyat negara ini 641 00:44:47,080 --> 00:44:50,166 kerana masa depan saya di sana tentu lebih terjamin. 642 00:44:50,250 --> 00:44:52,085 Negara apa, En. Churchill? 643 00:44:52,168 --> 00:44:56,423 Amerika Syarikat. Walaupun ada adat yang saya tak suka. 644 00:44:57,340 --> 00:44:58,925 Adat apa? 645 00:44:59,008 --> 00:45:02,512 Pertama sekali, kamu tak minum arak semasa makan. 646 00:45:05,807 --> 00:45:06,766 Saya bertaruh sama. 647 00:45:08,017 --> 00:45:09,811 Sama bunga. Clubs. 648 00:45:12,480 --> 00:45:14,649 Apa inti pati ucapan awak nanti? 649 00:45:15,734 --> 00:45:18,153 Ingatkan kita takkan berbual tentang kerja. 650 00:45:21,865 --> 00:45:26,369 Saya akan bercakap tentang kawasan pengaruh Kesatuan Soviet. 651 00:45:27,412 --> 00:45:30,498 Ia telah menjadi halangan yang tak dapat ditembusi, 652 00:45:31,124 --> 00:45:33,293 dan menindas berjuta-juta orang. 653 00:45:33,376 --> 00:45:35,462 Rusia baru jadi sekutu kita. 654 00:45:36,045 --> 00:45:38,047 Awak akan digelar kaki perang. 655 00:45:38,631 --> 00:45:40,508 Ini bukan kali pertama. 656 00:45:41,384 --> 00:45:42,802 Tapi tuan-tuan, 657 00:45:43,887 --> 00:45:45,597 saya arif dalam hal begini. 658 00:45:46,681 --> 00:45:48,391 Sangkaan saya betul pada tahun 1938… 659 00:45:52,228 --> 00:45:53,646 dan sekarang. 660 00:45:56,274 --> 00:45:59,527 Dari Stettin di Baltik 661 00:45:59,611 --> 00:46:01,654 ke Trieste di Adriatik, 662 00:46:02,363 --> 00:46:05,492 tirai besi telah diturunkan di seluruh benua. 663 00:46:06,117 --> 00:46:07,827 Dia memang antikomunis. 664 00:46:08,369 --> 00:46:13,041 Dia mengingatkan hadirin bahawa perkara yang menyatukan kita, 665 00:46:13,124 --> 00:46:15,502 kebebasan, demokrasi dan kebebasan bersuara, 666 00:46:15,585 --> 00:46:19,631 kini sedang terancam di kawasan pengaruh Soviet. 667 00:46:19,714 --> 00:46:21,800 Perkara yang perlu dipertimbangkan 668 00:46:22,383 --> 00:46:23,802 sementara ada masa, 669 00:46:23,885 --> 00:46:28,056 ialah penetapan syarat untuk kebebasan dan demokrasi 670 00:46:28,139 --> 00:46:30,892 secepat mungkin di semua negara. 671 00:46:30,975 --> 00:46:33,186 Churchill beri ucapan Tirai Besi 672 00:46:33,269 --> 00:46:35,563 yang mengatakan, "Baik lawan jahat." 673 00:46:35,647 --> 00:46:39,067 Kejelasan moral itu membuatkan orang marah. 674 00:46:39,150 --> 00:46:42,278 Dia dihina lagi kerana menjadi kaki perang, 675 00:46:42,362 --> 00:46:44,781 sama seperti pada tahun 1930-an. 676 00:46:44,864 --> 00:46:48,034 Kesukaran dan bahaya kita takkan hilang 677 00:46:48,117 --> 00:46:49,828 jika kita tutup mata. 678 00:46:50,411 --> 00:46:54,624 Ucapan ini meramal perkara yang akan berlaku, 679 00:46:54,707 --> 00:46:57,919 iaitu Tirai Besi akan merentasi Eropah, 680 00:46:58,002 --> 00:47:00,463 dan menjadi penyebab Perang Dingin. 681 00:47:02,340 --> 00:47:05,218 24 OKTOBER 1945 BANGSA-BANGSA BERSATU DITUBUHKAN 682 00:47:06,094 --> 00:47:07,303 ANCAMAN TIRAI BESI 683 00:47:08,638 --> 00:47:10,640 RUSIA ADA BOM ATOM 1949 684 00:47:11,766 --> 00:47:15,812 29 OGOS 1949 RUSIA MENGUJI BOM ATOM 685 00:47:16,396 --> 00:47:19,899 Walaupun dia pernah dibuktikan salah semasa awal kerjayanya, 686 00:47:19,983 --> 00:47:21,317 tapi sangkaannya betul 687 00:47:21,401 --> 00:47:26,197 tentang kezaliman Nazi dan tentang komunisme Soviet. 688 00:47:28,241 --> 00:47:31,494 Ramai orang kata saya patut bersara selepas perang 689 00:47:31,578 --> 00:47:34,497 dan menjadi seorang negarawan tua. 690 00:47:35,582 --> 00:47:37,000 Tapi mana boleh. 691 00:47:37,083 --> 00:47:41,963 Saya telah berjuang seumur hidup saya dan tak boleh berhenti berjuang sekarang. 692 00:47:44,215 --> 00:47:49,178 Dorongan untuk menjadi pemimpin di pentas dunia masih ada dalam dirinya. 693 00:47:50,096 --> 00:47:52,098 Dia tak nak melepaskannya. 694 00:47:52,181 --> 00:47:54,267 Babak dua, cubaan pertama. 695 00:47:56,728 --> 00:47:58,146 Tuan-tuan dan puan-puan… 696 00:47:58,229 --> 00:47:59,606 RAKAMAN KEMPEN 1950 697 00:47:59,689 --> 00:48:04,777 …undian kamu pada 23 Februari 698 00:48:04,861 --> 00:48:08,072 sangat penting untuk masa depan kamu. 699 00:48:11,451 --> 00:48:13,286 - Berhenti. - Itu lebih baik, bukan? 700 00:48:17,040 --> 00:48:18,750 Kita orang yang terpilih. 701 00:48:20,460 --> 00:48:22,211 Saya tak ingat. 702 00:48:22,295 --> 00:48:24,380 Ingatan saya sangat baik. 703 00:48:24,464 --> 00:48:26,341 Saya tahu, tapi tak apa. 704 00:48:26,424 --> 00:48:29,010 Tak apa. Tengok kamera dan ulang semula. 705 00:48:30,261 --> 00:48:31,930 Kita orang yang terpilih. 706 00:48:35,266 --> 00:48:37,352 Kamu semua akan mati terseksa. 707 00:48:38,937 --> 00:48:41,606 Kamu takkan masuk syurga. 708 00:48:43,149 --> 00:48:44,901 Nanti syurga dipenuhi orang. 709 00:48:46,152 --> 00:48:49,238 Ingatkan awak matikan suara semasa saya baca petikan. 710 00:48:49,322 --> 00:48:51,240 Buatlah apa-apa yang boleh. 711 00:48:52,825 --> 00:48:55,745 Salah satu masalah demokrasi ialah orang akan rasa bosan. 712 00:48:55,828 --> 00:49:00,917 Dia telah memimpin England melalui waktu yang mencabar, 713 00:49:01,000 --> 00:49:02,627 tapi dia telah dihalau 714 00:49:03,211 --> 00:49:05,713 dan kembali untuk menjadi Perdana Menteri. 715 00:49:06,297 --> 00:49:08,591 Ia kisah kemunculan semula yang luar biasa. 716 00:49:08,675 --> 00:49:12,345 Selepas enam tahun, Konservatif memenangi pilihan raya. 717 00:49:12,428 --> 00:49:16,307 Winston Spencer Churchill, negarawan dunia, kembali berkuasa. 718 00:49:17,266 --> 00:49:20,687 Di lobi ahli Dewan Rakyat British, 719 00:49:20,770 --> 00:49:23,773 ada patung gangsa Churchill yang besar, 720 00:49:23,856 --> 00:49:28,611 dan ramai ahli parlimen mempunyai tabiat 721 00:49:28,695 --> 00:49:31,948 untuk menyentuh kasutnya demi tuah. 722 00:49:32,031 --> 00:49:36,369 Kami semua diingatkan tentang kehadirannya setiap hari. 723 00:49:37,286 --> 00:49:40,999 Pada pendapat dia, cara untuk menentukan sejarah 724 00:49:41,082 --> 00:49:42,667 ialah melakarnya sendiri. 725 00:49:42,750 --> 00:49:44,544 Itulah yang dilakukannya. 726 00:49:45,294 --> 00:49:46,546 FDR sudah mati. 727 00:49:46,629 --> 00:49:49,465 Stalin juga takkan menulis diari. 728 00:49:50,341 --> 00:49:51,634 Hitler dah mati. 729 00:49:51,718 --> 00:49:54,512 Churchill terus merampas naratif itu 730 00:49:55,096 --> 00:49:58,766 dan dia membentuk pandangan kita tentang Perang Dunia Kedua, 731 00:49:59,642 --> 00:50:02,478 dan itu merupakan kedudukan yang sangat berkuasa. 732 00:50:02,562 --> 00:50:04,772 Dengan menggunakan kuasa itu, 733 00:50:04,856 --> 00:50:08,609 banyak generasi sejarawan dan orang awam, 734 00:50:08,693 --> 00:50:13,698 belajar tentang Perang Dunia Kedua melalui pengalamannya sendiri. 735 00:50:14,991 --> 00:50:19,495 Perang Dunia Kedua telah menamatkan pemerintahan Empayar. 736 00:50:19,579 --> 00:50:21,497 INDIA SUDAH MERDEKA 737 00:50:21,581 --> 00:50:24,208 Ramai orang ingin memerdekakan negara mereka. 738 00:50:25,126 --> 00:50:27,962 Churchill yakin Britain dan Amerika akan tentukan 739 00:50:28,046 --> 00:50:29,338 hala tuju dunia. 740 00:50:29,422 --> 00:50:32,592 Tapi Amerika pula sedang membentuk empayar lain, 741 00:50:32,675 --> 00:50:35,136 berkaitan kawalan ekonomi, bukan politik. 742 00:50:35,219 --> 00:50:37,221 Itu ditentang oleh Churchill. 743 00:50:38,139 --> 00:50:39,390 Disebabkan imperialismenya, 744 00:50:39,474 --> 00:50:42,560 dia enggan menerima yang era Empayar sudah berakhir. 745 00:50:44,437 --> 00:50:46,647 Churchill ialah orang penting 746 00:50:46,731 --> 00:50:50,610 dalam memahami naratif British yang telah direka 747 00:50:50,693 --> 00:50:53,780 untuk memastikan orang British rasa bangga dengan diri mereka. 748 00:50:54,822 --> 00:50:58,326 Bukan sebagai manusia yang rumit dan lemah, 749 00:50:58,409 --> 00:51:03,456 tapi sebagai simbol kemenangan, mengukuhkan status quo, 750 00:51:03,539 --> 00:51:06,292 kesinambungan, tradisi, sistem kelas. 751 00:51:07,668 --> 00:51:11,005 Dunia ini kadangkala mendambakan pemimpin yang kuat, 752 00:51:11,089 --> 00:51:13,591 dan Churchill seorang pemimpin kuat 753 00:51:13,674 --> 00:51:18,471 yang tak pernah lupa keindahan kebebasan dan kepentingan demokrasi. 754 00:51:19,055 --> 00:51:20,932 Bak kata Walt Whitman, 755 00:51:21,015 --> 00:51:23,768 "Seperti Amerika, Churchill ada banyak perwatakan." 756 00:51:23,851 --> 00:51:28,272 Saya rasa dia boleh jadi ketua dengan pencapaian yang luar biasa, 757 00:51:28,856 --> 00:51:35,404 yang membantu menyelamatkan dunia daripada sesuatu yang benar-benar jahat, 758 00:51:37,073 --> 00:51:40,201 tapi dia juga telah membuat keputusan yang dahsyat 759 00:51:40,284 --> 00:51:43,079 dan mempunyai pandangan yang menjijikkan. 760 00:51:43,162 --> 00:51:45,915 Semua ini boleh dipercayai. Semuanya benar. 761 00:51:45,998 --> 00:51:50,002 Tapi itu tak bermakna kita perlu robohkan patungnya. 762 00:51:50,086 --> 00:51:54,006 Mungkin kita perlu bina lagi supaya ceritanya lebih lengkap. 763 00:51:55,258 --> 00:51:58,511 Ketegasannya, keazamannya, 764 00:51:58,594 --> 00:52:03,850 kepetahannya, kebijaksanaannya, semangatnya, matlamatnya. 765 00:52:04,559 --> 00:52:05,852 Dalam erti kata itu, 766 00:52:05,935 --> 00:52:10,273 orang British menganggap dirinya 767 00:52:11,315 --> 00:52:13,985 sebagai cerminan terbaik diri mereka. 768 00:52:14,735 --> 00:52:15,903 Berani dari segi fizikal, 769 00:52:16,529 --> 00:52:18,072 berani dari segi moral, 770 00:52:19,282 --> 00:52:21,576 berwawasan dan berpandangan jauh. 771 00:52:23,119 --> 00:52:25,037 Dia juga sangat kelakar 772 00:52:25,121 --> 00:52:29,167 sehingga dia masih buat orang ketawa 60 tahun selepas kematiannya. 773 00:52:32,378 --> 00:52:37,175 Potret ini ialah contoh seni moden yang luar biasa. 774 00:52:41,387 --> 00:52:47,643 Serta semangat teguh yang jarang dilihat dalam sejarah manusia. 775 00:52:50,521 --> 00:52:53,482 Churchill patut beri inspirasi kepada kita. 776 00:52:53,566 --> 00:52:56,611 Bukan kerana dia wira, tapi kerana dia manusia. 777 00:53:00,531 --> 00:53:03,784 Akan menjelma hari di mana keadilan 778 00:53:03,868 --> 00:53:08,581 cinta sesama manusia, menghormati keadilan dan kebebasan 779 00:53:08,664 --> 00:53:13,920 akan membolehkan generasi yang terseksa mara dengan lebih tenang dan berjaya 780 00:53:14,003 --> 00:53:17,381 daripada kehidupan kita yang mengerikan pada zaman dahulu. 781 00:53:22,637 --> 00:53:25,848 Semasa saya kecil, kami tinggal di Chartwell, 782 00:53:25,932 --> 00:53:28,976 dan abang saya berlari di koridor 783 00:53:29,060 --> 00:53:32,939 ke dalam pejabat datuk, 784 00:53:33,022 --> 00:53:35,233 bilik yang kami tak dibenarkan masuk. 785 00:53:35,316 --> 00:53:40,363 Dia kata, "Atuk, atuk orang England terhebat?'' 786 00:53:40,446 --> 00:53:42,657 Dia kata, "Ya, dah pergi keluar." 787 00:53:45,451 --> 00:53:48,871 Walaupun dia seorang yang patriotik 788 00:53:48,955 --> 00:53:52,750 dan juga terlalu mempercayai Empayar British, 789 00:53:52,833 --> 00:53:54,627 dia juga seorang liberal. 790 00:53:55,586 --> 00:54:00,216 Dia percayakan kemajuan. Dia percayakan kebebasan dan peluang. 791 00:54:00,299 --> 00:54:03,302 Saya rasa dia lebih relevan pada hari ini 792 00:54:03,386 --> 00:54:09,642 kerana nilai-nilai yang dipercayainya sedang diancam bahaya 793 00:54:09,725 --> 00:54:10,935 dan perlu menang. 794 00:54:13,354 --> 00:54:15,856 Dalam perang, resolusi. 795 00:54:17,066 --> 00:54:19,652 Dalam kekalahan, tentangan. 796 00:54:21,028 --> 00:54:23,906 Dalam kemenangan, kemurahan hati. 797 00:54:25,908 --> 00:54:28,953 Dalam keamanan, muhibah. 798 00:57:06,277 --> 00:57:09,113 Terjemahan sari kata oleh AMG