1 00:00:18,810 --> 00:00:20,478 Hai, semua. 2 00:00:21,062 --> 00:00:22,063 Hai. 3 00:00:31,114 --> 00:00:34,951 Jane akan datang sekejap lagi. Lara akan datang sekejap lagi. 4 00:00:35,035 --> 00:00:37,704 Otak saya dah berendam dalam kopi. 5 00:00:37,787 --> 00:00:40,331 - Semua okey? - Awak tetapkan tempat duduk? 6 00:00:40,415 --> 00:00:42,042 - Ya. Sini. - Ya. Okey. 7 00:00:42,125 --> 00:00:44,627 - Giancarlo boleh datang. - Ya, dia baru mesej. 8 00:00:44,711 --> 00:00:46,755 Okey. Nak suruh dia duduk mana? 9 00:00:46,838 --> 00:00:48,673 - Dia di sebelah Carine Roitfeld. - Okey. 10 00:00:48,757 --> 00:00:52,177 Baris ini ada Joel, Christine, Juergen, Dovile dan Helena, jadi… 11 00:00:52,260 --> 00:00:53,928 Kenapa tak letak dia… 12 00:00:54,012 --> 00:00:55,930 - Nanti dia bertentangan. - Okey. 13 00:00:56,014 --> 00:00:59,476 - Dengan Carmen Kass. Dengan orang baik. - Okey. 14 00:00:59,559 --> 00:01:00,810 HARI PERTUNJUKAN FESYEN 15 00:01:06,441 --> 00:01:09,402 Hari pertunjukan memang selalu huru-hara. 16 00:01:11,112 --> 00:01:12,781 Saya risau akan skirt itu. 17 00:01:12,864 --> 00:01:17,869 Sebenarnya sudah semalaman saya risau akan keseluruhan gaya ini. 18 00:01:18,369 --> 00:01:22,207 Ia akan diperagakan Felice, seorang peragawati hebat 19 00:01:22,290 --> 00:01:24,459 dan ia skirt jarang. 20 00:01:24,959 --> 00:01:27,629 Kami patut buat satu lagi tapi tak sempat. 21 00:01:28,379 --> 00:01:30,507 - Awak di sini sepanjang malam? - Mestilah. 22 00:01:30,590 --> 00:01:31,466 PENGARAH REKAAN 23 00:01:35,053 --> 00:01:37,972 Semalam kami habis kerja pukul tiga pagi dan hari ini datang… 24 00:01:38,056 --> 00:01:39,140 PENGURUS KANAN ATELIER 25 00:01:39,224 --> 00:01:40,391 …pukul sembilan pagi. 26 00:01:42,018 --> 00:01:44,270 Kami mahu pastikan segalanya siap. 27 00:01:44,354 --> 00:01:46,147 Jangan tipu. Kita stres! 28 00:01:46,231 --> 00:01:47,690 Saya dah kata kita stres. 29 00:01:51,027 --> 00:01:53,488 Pertunjukan kami dalam enam atau tujuh jam lagi 30 00:01:53,571 --> 00:01:56,199 dan semuanya perlahan-lahan semakin siap. 31 00:01:56,282 --> 00:01:58,076 - Semakin siap. - Sekejap… 32 00:01:58,159 --> 00:02:01,204 Apabila kita ada seseorang yang gila kuasa… 33 00:02:01,287 --> 00:02:03,623 Saya mengaku saya gila kuasa tapi niat saya baik. 34 00:02:03,706 --> 00:02:07,210 Tapi apabila seseorang yang suka mengawal keadaan 35 00:02:07,293 --> 00:02:10,588 tiba-tiba berada dalam situasi di luar kawalan mereka, 36 00:02:10,672 --> 00:02:13,967 sudah tentu mereka takkan senang duduk. 37 00:02:15,135 --> 00:02:19,597 Banyak aspek kehidupan saya yang berada di luar kawalan saya. 38 00:02:20,098 --> 00:02:22,433 Saya dibuli, dan selepas itu pula 39 00:02:22,517 --> 00:02:25,478 saya dikutuk dan dikecam macam-macam. 40 00:02:25,562 --> 00:02:26,896 Jumpa nanti. 41 00:02:27,689 --> 00:02:30,275 Banyak benda kita tak boleh kawal 42 00:02:30,775 --> 00:02:34,362 dan pada hari pertunjukan, saya jadi bertambah gelisah. 43 00:02:45,248 --> 00:02:48,084 EMPAT JAM SEBELUM PERTUNJUKAN 44 00:02:56,384 --> 00:02:58,928 Sekarang semuanya nampak lebih baik. 45 00:02:59,554 --> 00:03:01,347 Semua benda di tempat masing-masing. 46 00:03:01,431 --> 00:03:04,976 Kami terbalikkan lilin supaya ia tak menakung air hujan. 47 00:03:06,186 --> 00:03:08,855 - Siap ada angsa. - Semuanya nampak cantik. 48 00:03:08,938 --> 00:03:11,065 Semuanya pasti baik-baik saja. 49 00:03:11,149 --> 00:03:13,151 Skrin nanti pun akan sampai… 50 00:03:13,234 --> 00:03:14,068 PENGARAH IMEJ 51 00:03:14,152 --> 00:03:16,112 …sampai ke siling. Saya rasa semua okey. 52 00:03:19,699 --> 00:03:23,077 Saya lebih risau akan cuaca hari ini daripada hari perkahwinan saya. 53 00:03:23,161 --> 00:03:24,078 PENGARAH KOMUNIKASI 54 00:03:24,162 --> 00:03:25,038 Ya! 55 00:03:25,121 --> 00:03:27,498 Hari kahwin saya pun hujan tapi hari ini tak boleh. 56 00:03:27,582 --> 00:03:28,625 Ini jauh lebih penting. 57 00:03:28,708 --> 00:03:29,542 PEMBANTU EKSEKUTIF 58 00:03:29,626 --> 00:03:31,502 Jangan tengok sana, kiri atau kanan. 59 00:03:31,586 --> 00:03:33,630 Orang saya tak benarkan saya periksa cuaca. 60 00:03:35,840 --> 00:03:37,217 Apabila masuk ke tapak ini, 61 00:03:37,300 --> 00:03:40,887 saya dapat rasa betapa tingginya cita-cita dan harapan awak. 62 00:03:40,970 --> 00:03:42,263 Perjalanan panjang, bukan? 63 00:03:42,347 --> 00:03:46,226 Saya ingat lagi semasa awak buat pertunjukan kecil-kecilan di New York. 64 00:03:46,309 --> 00:03:47,977 Jadi, apa yang awak bayangkan? 65 00:03:48,061 --> 00:03:50,563 Saya sudah berkecimpung dalam ini selama 17 tahun. 66 00:03:50,647 --> 00:03:54,108 Bisnes saya sudah mengharungi pelbagai dugaan. 67 00:03:54,192 --> 00:03:56,861 Sebagai sebuah jenama bebas, 68 00:03:56,945 --> 00:03:59,614 saya amat bangga dengan pencapaian kami. 69 00:04:06,663 --> 00:04:09,582 Tak apa, ada hikmahnya kalau cuaca sejuk. 70 00:04:09,666 --> 00:04:11,918 Kulit mereka tentu akan nampak tegang, bukan? 71 00:04:12,585 --> 00:04:14,337 Puting mereka pun akan keras. 72 00:04:17,507 --> 00:04:20,677 Harap Harper akan ingat bawa kot. Atau jaket. 73 00:04:24,681 --> 00:04:27,100 Tekanan yang dirasa amat tinggi. 74 00:04:27,809 --> 00:04:31,104 Pertunjukan ini wajib berjaya. 75 00:04:33,189 --> 00:04:35,650 Bisnes ini segala-galanya bagi saya. 76 00:04:37,443 --> 00:04:39,070 Ia umpama diri saya sendiri. 77 00:04:42,573 --> 00:04:45,118 Tapi perjalanannya begitu getir. 78 00:04:47,912 --> 00:04:49,956 Saya hampir hilang segalanya. 79 00:04:51,207 --> 00:04:53,293 Pada masa itu, dunia terasa gelap. 80 00:04:53,376 --> 00:04:56,212 Dulu saya menangis setiap kali sebelum pergi kerja 81 00:04:56,296 --> 00:04:59,090 sebab saya rasa macam ada-ada saja masalahnya. 82 00:04:59,674 --> 00:05:01,634 Beralih kepada pasangan Beckham pula. 83 00:05:01,718 --> 00:05:04,554 - Selalu masuk berita, tapi… - Sudah macam kerabat pula, ya? 84 00:05:04,637 --> 00:05:09,017 Saya tertarik dengan perkataan yang dipilih untuk tajuk berita ini. 85 00:05:09,100 --> 00:05:12,770 "Terpaksa diselamatkan suami. Suami terpaksa selamatkan bisnes." 86 00:05:12,854 --> 00:05:14,856 - Boleh awak jelaskan? - Ya… 87 00:05:14,939 --> 00:05:19,235 Kami kerugian berjuta-juta. 88 00:05:19,944 --> 00:05:21,863 Di rumah, dia suami saya 89 00:05:21,946 --> 00:05:24,741 tapi dia juga merangkap rakan kongsi bisnes saya. 90 00:05:25,700 --> 00:05:29,370 Jadi, saya perlu duduk berbincang dengan dia juga. 91 00:05:29,454 --> 00:05:31,831 Saya terpaksa. Sebab dia melabur juga. 92 00:05:31,914 --> 00:05:33,833 EMPAYAR VICTORIA DISELAMATKAN SUAMI 93 00:05:33,916 --> 00:05:37,628 Tapi saya begitu benci. Saya betul-betul benci terpaksa buat itu. 94 00:05:39,839 --> 00:05:42,842 Kami berdua duduk bersama dan kami mula melihat… 95 00:05:42,925 --> 00:05:43,926 SUAMI VICTORIA 96 00:05:44,010 --> 00:05:45,094 …pelaburan saya. 97 00:05:47,180 --> 00:05:50,266 Saya pun tak sampai hati berbincang tentang itu dengan dia 98 00:05:50,350 --> 00:05:53,144 sebab Victoria ada ego dia yang tersendiri. 99 00:05:55,730 --> 00:05:58,358 Semasa kami kenal, dia lebih kaya daripada saya. 100 00:05:59,400 --> 00:06:01,819 Dia yang beli rumah pertama kami di Herfordshire, 101 00:06:01,903 --> 00:06:03,738 iaitu Beckingham Palace. 102 00:06:06,574 --> 00:06:09,035 Jadi, apabila dia datang kepada saya dan kata, 103 00:06:09,535 --> 00:06:12,622 "Saya perlu duit lagi, bisnes saya perlu duit," 104 00:06:14,332 --> 00:06:17,043 kami berdua rasa begitu segan. 105 00:06:18,252 --> 00:06:20,922 Sebab saya pun bukannya boleh beri banyak sangat. 106 00:06:22,340 --> 00:06:27,011 Lama-kelamaan, saya kata, "Kita tak boleh terus begini." 107 00:06:30,681 --> 00:06:34,727 Lama-lama, boleh habis semuanya. 108 00:06:35,395 --> 00:06:38,064 Saya hampir kehilangan bisnes saya. 109 00:06:38,981 --> 00:06:42,777 Saya perlu pelaburan daripada orang luar. 110 00:06:43,403 --> 00:06:45,738 Saya perlu seseorang bantu saya. 111 00:06:48,616 --> 00:06:52,620 Victoria mencari rakan kongsi yang bukan cuma boleh beri wang. 112 00:06:54,038 --> 00:06:57,125 Dia perlu seorang rakan kongsi yang arif dengan bisnes, 113 00:06:57,208 --> 00:06:59,794 cukup memahami impian dia, 114 00:07:00,711 --> 00:07:03,256 dan mampu untuk melaksanakannya. 115 00:07:04,715 --> 00:07:06,634 Saya tengok bisnes dia, cakap dengan orang… 116 00:07:06,717 --> 00:07:07,552 RAKAN KONGSI 117 00:07:07,635 --> 00:07:09,429 …cakap dengan orang di luar industri, 118 00:07:09,512 --> 00:07:12,515 dan saya sedar ini masalah yang sangat besar. 119 00:07:12,598 --> 00:07:13,724 Sebenarnya ia bencana. 120 00:07:13,808 --> 00:07:15,143 EMPAYAR FESYEN RUGI 8 JUTA 121 00:07:15,226 --> 00:07:16,602 Kami tengok berita. 122 00:07:16,686 --> 00:07:17,603 RUGI 10 JUTA 123 00:07:17,687 --> 00:07:18,896 Sangat dahsyat. 124 00:07:18,980 --> 00:07:21,149 Semua orang kata ini bisnes paling hancur. 125 00:07:21,232 --> 00:07:22,066 RUGI 12 JUTA PAUN 126 00:07:22,984 --> 00:07:25,945 Selepas itu, kita tengok pula rekod kewangannya. 127 00:07:26,028 --> 00:07:27,780 Asyik rugi dan rugi sahaja. 128 00:07:28,364 --> 00:07:29,699 Tak ada untung pun. 129 00:07:30,700 --> 00:07:34,954 Terus terang, saya tak pernah jumpa bisnes yang begitu parah macam ini. 130 00:07:36,038 --> 00:07:37,999 Apabila saya jumpa David Belhassen, 131 00:07:38,082 --> 00:07:43,588 saya sudah pasti saya ingin dia melabur dalam bisnes saya. 132 00:07:44,088 --> 00:07:48,968 Tapi bayangkan seolah-olah sebuah kapal besar yang sudah belayar 133 00:07:49,051 --> 00:07:52,013 tapi kita terpaksa ubah semula hala tujunya. 134 00:07:52,763 --> 00:07:56,976 Saya tak pasti kalau dia sanggup menyahut cabaran itu. 135 00:07:57,685 --> 00:08:01,772 Masa itu amat stres bagi saya sebab saya dalam keadaan terdesak, 136 00:08:01,856 --> 00:08:03,900 bukan cuma untuk duit dia, 137 00:08:03,983 --> 00:08:07,320 tapi untuk semua jasa yang dia boleh sumbang kepada saya. 138 00:08:09,447 --> 00:08:13,284 Saya tak pernah melabur kalau saya tak yakin. Tak pernah. 139 00:08:14,035 --> 00:08:16,037 Selepas kami selesai tengok rekod, 140 00:08:16,120 --> 00:08:18,498 saya kata, "Maaf, kami tak boleh." 141 00:08:18,581 --> 00:08:22,418 Saya rasa begitu kecewa, saya rasa amat hampa 142 00:08:22,502 --> 00:08:26,380 sebab saya sudah banyak berkorban untuk sampai ke tahap ini. 143 00:08:26,464 --> 00:08:31,219 Saya baru mahu maklumkan pasukan saya yang kami takkan melabur untuk dia. 144 00:08:31,302 --> 00:08:34,222 Pada malam Sabtu itu, saya bawa isteri saya keluar. 145 00:08:34,305 --> 00:08:36,057 Saya lihat dia begitu jelita 146 00:08:36,140 --> 00:08:38,768 dan saya tanya, "Awak pakai baju apa ini?" 147 00:08:39,268 --> 00:08:40,394 "Victoria Beckham." 148 00:08:40,478 --> 00:08:43,689 Saya tanya, "Awak suka beli baju Victoria Beckham?" 149 00:08:43,773 --> 00:08:46,734 Dia kata, "Suka sangat. Baju-bajunya cantik." 150 00:08:48,569 --> 00:08:51,739 Kemudian, tercetuslah api di sini. Saya mula rasa berkobar-kobar. 151 00:08:51,822 --> 00:08:55,034 Pada hari Isnin, saya kumpul orang dan kata, "Kita akan melabur." 152 00:08:55,117 --> 00:08:56,452 "Kalau gagal, gagal sajalah." 153 00:08:57,119 --> 00:08:59,038 Jadi, kami pun menandatangani kontrak. 154 00:08:59,830 --> 00:09:02,083 Saya ingat lagi, dia kelihatan begitu sebak. 155 00:09:02,166 --> 00:09:04,710 Dia kata, "Saya takkan kecewakan awak." 156 00:09:05,294 --> 00:09:09,257 Saya bukannya takut mahu bekerja keras 157 00:09:09,340 --> 00:09:13,010 tapi saya tak sangka betapa jerihnya perjalanan ini. 158 00:09:14,387 --> 00:09:17,557 TIGA JAM SEBELUM PERTUNJUKAN 159 00:09:25,690 --> 00:09:28,234 - Kamu nampak cantik. - Terima kasih. 160 00:09:28,317 --> 00:09:30,236 Kamu lawa. Kamu suka tak? 161 00:09:30,319 --> 00:09:34,115 Kamu dah buat rambut dan solekan cantik. Kamu berdua sangat jelita. 162 00:09:37,535 --> 00:09:38,828 - Sejuk. - Cantiknya. 163 00:09:41,205 --> 00:09:45,918 Kalau sebelum pertunjukan fesyen, Victoria akan masuk mod serius. 164 00:09:46,002 --> 00:09:47,795 - Di mana dia? - Di kiri, sebelah sana. 165 00:09:47,878 --> 00:09:50,172 Dia akan meneliti semula koleksi dan rupa, 166 00:09:50,256 --> 00:09:52,717 meneliti semula peragawati, meneliti semula lagu. 167 00:09:56,429 --> 00:09:58,598 Saya tak pernah tengok isteri saya resah begini. 168 00:10:00,975 --> 00:10:02,268 Tahun ini memang lain. 169 00:10:04,937 --> 00:10:08,399 Saya boleh nampak dia sudah tak sabar-sabar mahu mula. 170 00:10:11,569 --> 00:10:13,821 Okey, saya ada berita sikit. 171 00:10:13,904 --> 00:10:16,240 - Felice jatuh basikal. - Okey. 172 00:10:16,324 --> 00:10:17,825 Kaki dia luka macam ini. 173 00:10:18,909 --> 00:10:21,537 - Alamak! - Dia pula akan pakai skirt jarang. 174 00:10:21,621 --> 00:10:23,706 - Dia okey saja. - Mujurlah dia okey. 175 00:10:23,789 --> 00:10:24,832 Panjang mana skirt dia? 176 00:10:24,915 --> 00:10:26,208 PENGGAYA PERTUNJUKAN 177 00:10:26,292 --> 00:10:27,668 Boleh tutup lutut tak? 178 00:10:27,752 --> 00:10:30,129 Saya kata, "Pakai dulu. Biar Victoria tengok." 179 00:10:30,212 --> 00:10:32,423 Kenapa kita tak tukar baju dia saja? 180 00:10:32,506 --> 00:10:34,091 Saya tak pasti kalau muat. 181 00:10:34,175 --> 00:10:35,885 Mungkin boleh cari badan yang sama. 182 00:10:35,968 --> 00:10:38,220 - Cuba fikir dulu. - Sesuaikan labuhnya. 183 00:10:38,304 --> 00:10:40,765 Kalau boleh, saya nak dia tetap pakai skirt itu. 184 00:10:40,848 --> 00:10:43,684 Skirt dia sampai sini, jadi mesti akan nampak. 185 00:10:44,185 --> 00:10:45,645 Memang lukanya akan nampak. 186 00:10:46,896 --> 00:10:48,731 Kita fikirkan semua pilihan yang ada. 187 00:10:48,814 --> 00:10:49,815 Nanti sekejap. 188 00:10:49,899 --> 00:10:52,568 Apa kata kita cuba suruh Felice pakai dulu? 189 00:10:52,652 --> 00:10:53,819 Tak sampai lagi. 190 00:10:54,320 --> 00:10:57,365 Apa kata saya cakap dengan dia dan terangkan situasinya? 191 00:10:57,448 --> 00:10:59,367 Awak tak nak dia pakai seluar, ya? 192 00:10:59,450 --> 00:11:01,118 Seluar hitam, baju merah jambu? 193 00:11:01,202 --> 00:11:03,287 Bukan seluar hitam biasa. Ia seluar jerut. 194 00:11:03,371 --> 00:11:05,873 Seluar itu sendiri sudah cukup cantik. 195 00:11:05,956 --> 00:11:07,375 - Apa kata… - Kalau kita letak… 196 00:11:07,458 --> 00:11:09,669 Susah kalau tiba-tiba tukar rupa 197 00:11:09,752 --> 00:11:12,630 sebab sudah banyak masa digunakan untuk mengatur rupa 198 00:11:12,713 --> 00:11:14,632 mengikut peragawati yang tertentu. 199 00:11:14,715 --> 00:11:18,886 Jadi, kita tak boleh sewenang-wenangnya menukar rupa sejurus sebelum pertunjukan. 200 00:11:20,054 --> 00:11:23,140 Jadi, kita takkan pakai skirt, kita akan pakai seluar ini 201 00:11:23,224 --> 00:11:28,604 sebab kita tak boleh tunjuk kaki dia. Sebab lutut dia ada luka yang buruk. 202 00:11:29,855 --> 00:11:31,649 Aduh, rasa nak minum pula. 203 00:11:32,149 --> 00:11:34,360 Rasa macam kita sedang beranak kembar tiga. 204 00:11:34,443 --> 00:11:38,280 Seorang sudah keluar, tapi nanti. Ada seorang lagi! Seorang lagi! 205 00:11:42,451 --> 00:11:46,539 Dalam lima minit lagi, kita akan mulakan muzik. 206 00:11:46,622 --> 00:11:49,625 Bukan lagu akhir, tapi lagu untuk raptai saja. 207 00:11:50,126 --> 00:11:53,254 Jika tiada muzik, saya terpaksa nyanyi. 208 00:11:55,172 --> 00:11:56,924 - Itu memang… - Sebab… 209 00:11:57,007 --> 00:11:58,217 Mestilah, sebab… 210 00:11:58,300 --> 00:11:59,635 Saya rasa itu pun boleh. 211 00:11:59,719 --> 00:12:02,972 Saya dan Clément akan jadi macam Sonny dan Cher. 212 00:12:03,055 --> 00:12:04,849 Saya okey saja. 213 00:12:04,932 --> 00:12:08,978 Baik, sekarang kita sedang menunggu lagu sementara untuk raptai. 214 00:12:09,061 --> 00:12:12,189 Tolong ambil balik mikrofon ini? Rasa trauma pula memegangnya. 215 00:12:12,773 --> 00:12:13,899 Ya. Baiklah. 216 00:12:13,983 --> 00:12:16,152 - Semuanya okey saja. - Kita okey. Ya. 217 00:12:25,119 --> 00:12:27,663 - Alamak, hujan dah turun. - Alamak. 218 00:12:40,342 --> 00:12:41,969 Okey. Tumpang lalu. 219 00:12:42,052 --> 00:12:45,014 - Saya dengar hujan dah turun. - Dah mula turun. 220 00:12:45,097 --> 00:12:46,390 Tumpang lalu. 221 00:12:48,225 --> 00:12:49,268 Alamak. 222 00:13:01,489 --> 00:13:03,949 Saya pun dah tak tahu nak cakap apa. 223 00:13:07,036 --> 00:13:08,287 Oh, Tuhan. 224 00:13:09,497 --> 00:13:10,748 Tidak! 225 00:13:11,248 --> 00:13:13,501 Semuanya akan berjalan lancar. 226 00:13:14,001 --> 00:13:16,545 Oh, Tuhan. Saya tak boleh terima! 227 00:13:21,300 --> 00:13:24,595 Kalau saya menggelabah, satu apa pun takkan jadi nanti. 228 00:13:26,055 --> 00:13:28,849 Satu apa pun takkan menjadi nanti. 229 00:13:29,767 --> 00:13:32,686 Sudah terlalu banyak yang dikorbankan demi pertunjukan ini. 230 00:13:33,187 --> 00:13:36,690 Segala usaha, bakat dan semangat begitu ramai orang. 231 00:13:39,360 --> 00:13:41,320 Hujan bukan sikit-sikit. 232 00:13:45,616 --> 00:13:48,744 Saya tak boleh terima lagi. Saya nak duduk dalam gelap sekejap. 233 00:13:50,246 --> 00:13:51,580 Ini bukan betul-betul, bukan? 234 00:13:53,040 --> 00:13:54,375 Ini bukan betul-betul. 235 00:13:54,458 --> 00:13:55,751 Ini tak betul. 236 00:13:58,003 --> 00:13:59,630 Jadi, kita akan tangguh? 237 00:14:00,172 --> 00:14:02,758 Ya, kena tangguh. Kita terpaksa tangguh. 238 00:14:08,305 --> 00:14:11,350 Kita tak boleh buat pertunjukan dalam hujan lebat macam ini. 239 00:14:11,433 --> 00:14:12,434 Betul. 240 00:14:14,186 --> 00:14:16,480 Victoria, kami ikut keputusan awak saja. 241 00:14:18,899 --> 00:14:20,568 Dia tahu cabarannya. 242 00:14:20,651 --> 00:14:25,072 Dia tahu, sama ada usaha dia akan terhenti atau keadaan akan jadi semakin sukar. 243 00:14:25,656 --> 00:14:28,158 Semasa saya mula-mula bekerjasama dengan Victoria, 244 00:14:28,242 --> 00:14:32,371 bisnes dia berada dalam keadaan yang amat goyah. 245 00:14:32,454 --> 00:14:34,290 Jadi, saya perlu memastikan 246 00:14:34,373 --> 00:14:38,836 jika dia mampu menerima sebarang kemungkinan yang akan terjadi. 247 00:14:41,881 --> 00:14:45,217 Selama bertahun-tahun dia sudah biasa orang mengikut telunjuknya. 248 00:14:49,054 --> 00:14:52,266 Saya ingat lagi, salah satu kos operasi dia ialah pokok pasu. 249 00:14:52,349 --> 00:14:53,684 Dia suka pokok pasu. 250 00:14:54,184 --> 00:14:57,813 Tapi kosnya sudah mencecah 70,000 dolar setahun. 251 00:14:58,355 --> 00:15:02,318 Kemudian mereka upah pula orang untuk datang siram pokok-pokok pasu itu 252 00:15:02,902 --> 00:15:05,654 dengan kos 15,000 dolar setahun. 253 00:15:07,031 --> 00:15:08,574 Itu baru sikit saja. 254 00:15:11,410 --> 00:15:15,915 Jadi, saya pun bertemu empat mata dengan dia dan saya cakap dengan jujur. 255 00:15:17,374 --> 00:15:19,376 Saya tak boleh agak reaksi dia. 256 00:15:21,712 --> 00:15:24,423 Saya kata, "Victoria, kita kena rombak balik." 257 00:15:24,506 --> 00:15:28,302 "Kita kena rombak bisnes kita dan ini akan jadi amat mencabar." 258 00:15:29,136 --> 00:15:33,223 Sebaik saja saya habis bercakap, dia dengar saja dan dia mendiamkan diri. 259 00:15:38,646 --> 00:15:41,523 Saya terima semua itu dengan hati terbuka. 260 00:15:42,024 --> 00:15:44,693 Pedih juga mendengar semua kenyataan itu. 261 00:15:45,694 --> 00:15:47,655 Saya tak belajar bisnes. 262 00:15:48,906 --> 00:15:51,450 Saya orang industri hiburan. 263 00:15:52,701 --> 00:15:54,620 Kami sebenarnya orang industri hiburan 264 00:15:54,703 --> 00:15:58,248 yang tak pernah bekerja dalam industri fesyen sebelum ini. 265 00:16:00,084 --> 00:16:01,877 Masa itu, saya tak sedar. 266 00:16:02,461 --> 00:16:05,547 Sekarang, baru saya lihat pembaziran yang melampau. 267 00:16:06,131 --> 00:16:11,095 Kami beli 15 kain dalam yang berbeza untuk lapisan dalam baju kot. 268 00:16:11,679 --> 00:16:15,849 Orang ingat saya sudah biasa bergelumang dengan cara hidup mewah. 269 00:16:16,642 --> 00:16:20,896 Contohnya, bawa kerusi naik kapal terbang merentasi dunia. 270 00:16:21,772 --> 00:16:24,483 Sekarang, baru saya sedar pembazirannya. 271 00:16:24,984 --> 00:16:26,777 Tapi itu salah saya juga. 272 00:16:27,820 --> 00:16:29,571 Saya rasa, antara masalahnya 273 00:16:29,655 --> 00:16:32,324 ialah orang sebenarnya takut mahu melarang saya. 274 00:16:32,408 --> 00:16:33,242 Kenapa? 275 00:16:33,325 --> 00:16:35,619 Saya rasa, kemungkinan besar… 276 00:16:36,286 --> 00:16:38,706 Sejujurnya, mungkin sebab kedudukan saya. 277 00:16:38,789 --> 00:16:40,624 Sebagai seorang selebriti. 278 00:16:41,959 --> 00:16:44,169 - Terima kasih, Victoria. - Terima kasih. 279 00:16:45,295 --> 00:16:51,593 Orang ramai ingat saya tak pernah dengar perkataan "Tak boleh." 280 00:16:52,803 --> 00:16:56,390 Saya sedia mengaku silap saya dan sedia bertanggungjawab 281 00:16:56,473 --> 00:17:01,270 atas semua keputusan yang saya buat tanpa berfikir dua kali. 282 00:17:03,188 --> 00:17:05,399 Saya banyak berhutang. 283 00:17:06,608 --> 00:17:08,694 Macam-macam yang saya perlu ubah. 284 00:17:10,237 --> 00:17:12,823 Saya sedar saya sudah hanyut. 285 00:17:13,949 --> 00:17:15,784 Antara masalah yang dikenal pasti 286 00:17:15,868 --> 00:17:19,955 ialah jenama itu semakin kehilangan jiwa Victoria yang sebenar. 287 00:17:20,039 --> 00:17:22,750 Ia sudah bukan Victoria Beckham. 288 00:17:23,250 --> 00:17:25,169 Ia jadi benda lain. 289 00:17:25,252 --> 00:17:29,465 Saya perlu pastikan Victoria Beckham ada jiwa Victoria Beckham semula. 290 00:17:30,758 --> 00:17:34,386 Pada satu hari, saya dapat idea. 291 00:17:34,470 --> 00:17:36,221 Saya telefon Juergen Teller 292 00:17:36,805 --> 00:17:40,934 dan saya kata, "Juergen, saya nak buat balik kempen Marc Jacobs itu." 293 00:17:42,102 --> 00:17:45,272 Biasanya saya tak ulang benda. Saya akan buat benda baharu. 294 00:17:45,355 --> 00:17:46,190 JURUFOTO 295 00:17:46,273 --> 00:17:48,650 Tapi ini istimewa sebab ini idea dia 296 00:17:48,734 --> 00:17:49,985 dan jenama dia sendiri. 297 00:17:51,361 --> 00:17:56,241 Foto-foto yang dia ambil 10 tahun lepas buat saya diketawakan. 298 00:17:56,784 --> 00:18:00,120 Tapi sekarang saya mahu rombak balik imej saya itu. 299 00:18:00,621 --> 00:18:03,332 Saya mahu foto itu menyampaikan sesuatu. 300 00:18:05,250 --> 00:18:06,502 Dia terus ambil alih. 301 00:18:06,585 --> 00:18:09,630 Orang pun suka. Fotonya cantik. Tapi terlalu lurus. 302 00:18:10,130 --> 00:18:13,425 Dia mulakan segalanya semula, dia usahakan produk habis-habisan, 303 00:18:13,509 --> 00:18:15,969 mencapai impiannya, memenuhi kemahuannya. 304 00:18:16,053 --> 00:18:18,514 Gaya dan keanggunannya. 305 00:18:19,473 --> 00:18:21,725 Saya pun mula bangkit menyahut cabaran. 306 00:18:21,809 --> 00:18:23,727 Mengemudi bisnes saya 307 00:18:24,353 --> 00:18:25,979 dan saya mahu buat lebih lagi. 308 00:18:27,147 --> 00:18:28,565 Sangat bagus. 309 00:18:29,066 --> 00:18:30,609 - Hebat. - Hai, Victoria. 310 00:18:30,692 --> 00:18:31,860 Terima kasih. 311 00:18:31,944 --> 00:18:35,364 Jadi, saya kembali kepada sesuatu yang menjadi kepakaran saya. 312 00:18:38,033 --> 00:18:40,869 Inilah rupa saya apabila bekerja dari rumah. 313 00:18:40,953 --> 00:18:43,122 Saya ada cermin solek canggih ini. 314 00:18:43,205 --> 00:18:45,207 Saya mahu berkongsi dengan anda semua 315 00:18:45,290 --> 00:18:48,252 rupa saya hari ini dan solekan harian saya. 316 00:18:48,335 --> 00:18:49,837 Inilah dia. 317 00:18:52,673 --> 00:18:57,636 Apabila saya melancarkan Beauty, saya tahu saya mahu cipta sesuatu 318 00:18:57,719 --> 00:19:00,889 sebab saya rasa sudah habiskan separuh hidup saya dalam kerusi mekap. 319 00:19:01,723 --> 00:19:03,809 Saya ambil hujung berbulu ini, 320 00:19:04,643 --> 00:19:07,563 dan saya akan oleskan ke dalam warna lebih gelap ini. 321 00:19:08,480 --> 00:19:12,609 Semasa dalam Spice Girls dulu, saya dah melekat dalam kerusi solek itu. 322 00:19:14,069 --> 00:19:17,990 Orang ramai sudah biasa melihat saya 323 00:19:18,073 --> 00:19:19,700 dengan gaya mata redup. 324 00:19:20,534 --> 00:19:22,327 Jadi, saya mahu sampaikan, 325 00:19:22,411 --> 00:19:24,913 "Ini cara saya buat. Kalau saya boleh, anda boleh." 326 00:19:24,997 --> 00:19:29,668 Saya boleh guna cuma satu produk saja untuk solekan mata redup saya. 327 00:19:29,751 --> 00:19:31,003 Produk itu ialah… 328 00:19:31,086 --> 00:19:34,089 Saya percaya kata hati saya. 329 00:19:35,632 --> 00:19:39,303 Saya biar orang tengok diri sebenar saya. 330 00:19:39,386 --> 00:19:43,682 Maaflah kalau rakaman ini tak berapa menjadi. 331 00:19:44,474 --> 00:19:45,809 Saya bukannya tahu sangat. 332 00:19:46,894 --> 00:19:50,397 Saya ingat lagi semasa saya ternanti-nanti reaksi orang. 333 00:19:50,480 --> 00:19:51,690 Oh, Tuhan. 334 00:19:53,525 --> 00:19:55,402 Reaksinya amat luar biasa. 335 00:19:59,156 --> 00:20:01,325 Sebaik sahaja Beauty berjaya, 336 00:20:01,408 --> 00:20:04,828 apabila akhirnya saya ada produk yang berjaya… 337 00:20:05,954 --> 00:20:09,541 Seronok dapat jumpa. Saya suka rambut awak. Cantik. 338 00:20:09,625 --> 00:20:12,669 …itu yang buat saya bertambah yakin. 339 00:20:13,795 --> 00:20:16,340 Tapi saya tahu saya harus tetap berusaha… 340 00:20:16,423 --> 00:20:17,466 Terima kasih banyak. 341 00:20:17,549 --> 00:20:21,345 …sebab bisnes fesyen saya masih bergelut. 342 00:20:28,185 --> 00:20:30,938 DUA JAM SEBELUM PERTUNJUKAN 343 00:20:40,614 --> 00:20:41,740 Saya pun dah tak tahu. 344 00:20:41,823 --> 00:20:45,911 Peragawati sudah habiskan masa berjam-jam bersolek dan membuat rambut. 345 00:20:45,994 --> 00:20:47,871 Mereka pakai kasut tumit tinggi, 346 00:20:47,955 --> 00:20:51,291 mereka pakai baju yang tak boleh kena basah langsung, 347 00:20:51,917 --> 00:20:55,963 dan kami perlu bawa mereka dari istana ke khemah yang bertutup itu. 348 00:21:03,220 --> 00:21:07,140 Dalam sesebuah perniagaan, seorang usahawan akan memperlihatkan 349 00:21:07,224 --> 00:21:09,935 perwatakan mereka secara menyeluruh. 350 00:21:11,603 --> 00:21:14,773 Mereka tahu usaha ialah tangga kejayaan. 351 00:21:14,856 --> 00:21:18,860 Kita harus sentiasa berusaha tanpa jemu. 352 00:21:18,944 --> 00:21:23,615 Kalau kita tidak boleh berusaha sepanjang masa tanpa henti, 353 00:21:24,324 --> 00:21:26,076 hasilnya, kita akan gagal. 354 00:21:27,119 --> 00:21:31,832 Saya sudah bekerja keras untuk menempa nama dalam industri ini 355 00:21:31,915 --> 00:21:36,295 dan saya tak mahu kehilangan segala hasil usaha saya. 356 00:21:37,129 --> 00:21:38,630 Tak kisahlah. 357 00:21:38,714 --> 00:21:41,174 Kita teruskan juga pertunjukan ini. 358 00:21:43,218 --> 00:21:46,638 Baik, semua. Kita akan mula raptai. Sila kosongkan pentas. 359 00:21:51,768 --> 00:21:55,022 Semua orang pakai kasut dan pimpin peragawati turun tangga. 360 00:21:55,105 --> 00:21:56,898 - Saya boleh pimpin… - Kita mula. 361 00:21:56,982 --> 00:22:00,319 Peragawati sekalian, kami akan pimpin tangan awak 362 00:22:00,402 --> 00:22:02,863 untuk turun tangga agar awak tak jatuh. 363 00:22:02,946 --> 00:22:05,657 Saya risau kalau kita tak sempat buat raptai, 364 00:22:05,741 --> 00:22:07,909 awak tak boleh hafal masanya nanti. 365 00:22:11,496 --> 00:22:15,167 Tak ada jaminan semuanya akan baik-baik saja. 366 00:22:17,627 --> 00:22:22,174 Saya risau sebab saya suka mengawal keadaan. 367 00:22:23,175 --> 00:22:25,927 Tapi saya cuba untuk tenangkan diri 368 00:22:26,011 --> 00:22:29,890 sebab kalau saya gelabah, habis semuanya akan hancur. 369 00:22:32,100 --> 00:22:34,353 Begitu banyak usaha yang perlu… 370 00:22:34,436 --> 00:22:35,479 PEREKA & PEMBIKIN FILEM 371 00:22:35,562 --> 00:22:37,147 …untuk memperaga koleksi fesyen. 372 00:22:40,067 --> 00:22:45,113 Enam bulan yang padat dengan papan idea, mengukur baju dan badan, memilih kain. 373 00:22:46,698 --> 00:22:51,912 Kita boleh nampak dengan ketara jika pereka sesebuah pakaian itu 374 00:22:51,995 --> 00:22:55,248 memang membuat rekaan dengan sepenuh jiwa raga mereka 375 00:22:55,332 --> 00:22:58,543 atau jika pakaian itu dibuat ala kadar oleh orang bisnes 376 00:22:58,627 --> 00:23:00,670 yang tak ada jiwa fesyen pun. 377 00:23:05,175 --> 00:23:06,718 Saya ikuti Victoria sejak awal. 378 00:23:06,802 --> 00:23:07,636 PELAKON & PENGARAH 379 00:23:07,719 --> 00:23:10,138 Sejak dia mula-mula dapat idea untuk tubuhkan jenama 380 00:23:10,222 --> 00:23:12,307 sehinggalah pertunjukan pertama di New York, 381 00:23:17,479 --> 00:23:18,730 sehinggalah sekarang. 382 00:23:18,814 --> 00:23:21,608 Saya tak pernah tengok Victoria buat sesuatu sebesar ini. 383 00:23:28,740 --> 00:23:30,951 Dalam perjalanan seorang warga seni, 384 00:23:31,034 --> 00:23:33,620 setiap keputusan kita akan membentuk diri kita. 385 00:23:33,703 --> 00:23:34,538 PENGARAH & MENTOR 386 00:23:36,081 --> 00:23:38,500 Sepanjang lima tahun saya kerja dengan Victoria, 387 00:23:38,583 --> 00:23:39,918 tugas saya hanyalah 388 00:23:40,419 --> 00:23:44,089 menyuburkan tanah agar dia boleh bertumbuh mekar. 389 00:23:50,387 --> 00:23:54,141 Kalau dia mahu jadi pereka fesyen, 390 00:23:54,766 --> 00:23:58,895 dia mesti menurut jiwanya bagi sepanjang perjalanan itu. 391 00:24:01,273 --> 00:24:03,233 Saya mahu dia cari itu 392 00:24:03,984 --> 00:24:07,362 sebab apabila kita mengejar impian, kita akan kenal diri kita juga. 393 00:24:14,619 --> 00:24:18,457 TIGA PULUH MINIT SEBELUM PERTUNJUKAN 394 00:24:20,417 --> 00:24:21,460 Ini pentasnya. 395 00:24:21,543 --> 00:24:22,961 Masih hujankah? 396 00:24:23,044 --> 00:24:24,463 Tak, dah berhenti. 397 00:24:24,546 --> 00:24:27,257 - Nak suruh peragawati beratur? - Ya. 398 00:24:28,633 --> 00:24:32,095 Semua orang kesejukan. Kita kena mula cepat. 399 00:24:32,179 --> 00:24:34,097 Awak okey? Betul? 400 00:24:34,723 --> 00:24:36,641 Awak pasti? Awak cuma sejuk? 401 00:24:38,393 --> 00:24:39,394 Jangan risau. 402 00:24:44,024 --> 00:24:45,984 - Jangan risau. Betul? - Ambil jaket saya. 403 00:24:50,071 --> 00:24:53,783 - Awak macam lari maraton. - Entah kenapa saya menggigil. 404 00:24:53,867 --> 00:24:55,285 Sampai ada selimut kerajang! 405 00:24:55,368 --> 00:24:59,623 Saya akan bawa puan ke tempat senyap dan puan boleh rehat sebelum pertunjukan. 406 00:24:59,706 --> 00:25:02,167 Di istana lagi satu, di sebelah pentas. 407 00:25:02,250 --> 00:25:03,710 Berapa istana awak ada, David? 408 00:25:03,793 --> 00:25:06,630 Awak bawa Anna saja, ya? Okey. Jumpa sekejap lagi. 409 00:25:06,713 --> 00:25:07,714 Okey. 410 00:25:12,177 --> 00:25:13,178 Wah. 411 00:25:14,095 --> 00:25:15,805 Awak tak nampak bersedia. 412 00:25:16,306 --> 00:25:18,725 Sebagai wartawan fesyen, kami lihat banyak pertunjukan 413 00:25:18,808 --> 00:25:20,519 dan lebih sebulan kami menjelajah. 414 00:25:20,602 --> 00:25:25,774 Setibanya kami di sana, semuanya basah, suhu pun sangat sejuk, 415 00:25:25,857 --> 00:25:29,236 dan kami lihat persiapan masih belum selesai dibuat… 416 00:25:29,319 --> 00:25:30,904 Nanti hujan lagi tak? 417 00:25:32,280 --> 00:25:36,535 Setakat ini, penonton pun sudah mula rasa rimas dengan pertunjukan Victoria. 418 00:25:36,618 --> 00:25:39,746 Saya rasa baik kita jemput orang duduk dulu. 419 00:25:39,829 --> 00:25:40,956 Ya, di antara sana. 420 00:25:42,332 --> 00:25:46,461 Tolong minta peragawati beratur? Ambil kedudukan. Terima kasih. 421 00:25:47,128 --> 00:25:50,882 - Tanya Jasmine, boleh tak kita… - Tak, dia masih suruh orang duduk. 422 00:25:50,966 --> 00:25:52,926 Di mana kerusi saya, ya? 423 00:25:53,009 --> 00:25:54,344 - Saya perlu… - Ya, boleh. 424 00:25:54,427 --> 00:25:56,304 Bukan, saya perlu orang Lucien Pagès. 425 00:25:56,388 --> 00:25:59,224 Saya agak-agak saja, saya tak tahu nombor yang tepat. 426 00:25:59,307 --> 00:26:02,352 Awak semua patut di sebelah sana. Boleh pintas ikut sini. 427 00:26:02,435 --> 00:26:04,688 - Macam mana? - Penonton masih berdiri. 428 00:26:04,771 --> 00:26:07,274 - Perlu lama lagi. - Lama lagi? 429 00:26:07,357 --> 00:26:10,360 - Victoria ada di sini. Nak cakap tak? - Ramai masih berdiri. 430 00:26:11,152 --> 00:26:14,739 Jasmine suruh kita tunggu sebab ramai orang masih berdiri. 431 00:26:14,823 --> 00:26:17,993 - Kenapa? Mereka datang lambat? - Ya. Orang penting yang lambat. 432 00:26:18,076 --> 00:26:19,244 Okey. Terima kasih. 433 00:26:19,995 --> 00:26:22,163 Masa dah semakin suntuk. 434 00:26:22,247 --> 00:26:24,708 Suruh mereka beratur. Saya sudah mula risau. 435 00:26:24,791 --> 00:26:27,544 Ya, betul. Betul juga. Beratur sajalah. 436 00:26:27,627 --> 00:26:29,963 Minta maaf sebab hari hujan dan sejuk 437 00:26:30,547 --> 00:26:32,465 tapi awak semua amat jelita 438 00:26:32,549 --> 00:26:35,385 dan ramai orang sudah bekerja keras 439 00:26:35,468 --> 00:26:38,179 untuk menghasilkan baju-baju yang awak peragakan ini. 440 00:26:38,263 --> 00:26:39,806 Sekarang terserah kepada awak 441 00:26:40,390 --> 00:26:42,642 dan kami semua menyokong awak. 442 00:26:42,726 --> 00:26:45,729 Terima kasih banyak-banyak. Semoga berjaya. 443 00:26:49,899 --> 00:26:50,984 Ayuh kita mula! 444 00:26:53,778 --> 00:26:55,947 - Semoga berjaya. - Semoga berjaya. 445 00:26:57,073 --> 00:26:58,074 Sayang awak. 446 00:26:59,242 --> 00:27:00,327 Semoga berjaya. 447 00:27:01,494 --> 00:27:03,496 Pertunjukan ini amat penting, 448 00:27:03,580 --> 00:27:06,791 bukan cuma untuk saya tapi untuk pasukan saya juga. 449 00:27:06,875 --> 00:27:08,835 Semua orang yang mempercayai saya. 450 00:27:09,794 --> 00:27:13,632 Saya mahu gembirakan rakan kongsi saya. 451 00:27:14,174 --> 00:27:16,259 Saya nak anak-anak saya bangga dengan saya. 452 00:27:17,010 --> 00:27:18,720 Saya nak David bangga dengan saya. 453 00:27:18,803 --> 00:27:22,682 Kalau dia tak percaya saya, saya takkan ada bisnes ini. 454 00:27:24,017 --> 00:27:28,146 Apabila semua peragawati sudah beratur dan mereka menunggu giliran untuk keluar, 455 00:27:28,229 --> 00:27:31,691 saya cukup sedar akan semua perasaan itu. 456 00:28:51,271 --> 00:28:53,314 - Itu tak patut ada beg. - Apa? 457 00:28:53,398 --> 00:28:56,192 - Baju Apolline. - Alamak, maaf. 458 00:29:05,076 --> 00:29:09,497 Saya terlupa ambil. Maaf. Apolline tak sepatutnya pegang beg. 459 00:29:16,963 --> 00:29:18,006 Tak apa. 460 00:29:40,028 --> 00:29:41,905 - Wah. - Cantiknya. 461 00:29:49,996 --> 00:29:51,331 Wah. 462 00:29:54,709 --> 00:29:55,627 Hebat. 463 00:30:35,792 --> 00:30:37,544 Saya selalu kata kepada Victoria, 464 00:30:38,127 --> 00:30:41,172 "Jangan tengok kiri, jangan tengok kanan. Jadilah diri awak." 465 00:30:41,673 --> 00:30:46,302 Saya rasa, itulah antara perkara yang menyumbang kepada kejayaan dia. 466 00:30:52,517 --> 00:30:56,688 Pada malam itu, cita-citanya tercapai. 467 00:30:56,771 --> 00:31:00,817 Dia benar-benar mencapai kedudukan yang dia inginkan. 468 00:31:10,910 --> 00:31:13,454 Luar biasa. Memang lain daripada yang lain. 469 00:31:13,538 --> 00:31:15,164 - Tak sangka. - Terima kasih banyak. 470 00:31:15,248 --> 00:31:19,711 Dia tidak pernah berputus asa dan itu telah membuahkan hasil. 471 00:31:19,794 --> 00:31:21,838 Kami berjaya majukan perniagaan kami. 472 00:31:21,921 --> 00:31:24,173 Tapi ini baru permulaannya saja. 473 00:31:24,257 --> 00:31:27,051 Dunia ini masih begitu luas untuk kami teroka. 474 00:31:27,135 --> 00:31:28,887 Sangat hebat. Syabas. 475 00:31:29,596 --> 00:31:32,390 Apabila saya mula-mula melebarkan sayap dalam bisnes ini, 476 00:31:32,473 --> 00:31:34,225 saya mengandungkan Cruz. 477 00:31:34,309 --> 00:31:38,146 Saya ambil masa hampir 20 tahun untuk sampai ke tahap ini 478 00:31:38,646 --> 00:31:41,024 dan sekarang saya boleh mula berkembang. 479 00:31:48,448 --> 00:31:51,618 DESA COTSWOLDS 480 00:31:57,415 --> 00:31:59,542 Cantik pokok anak bunga ini, bukan? 481 00:31:59,626 --> 00:32:03,963 Tapi awak dengar tak… Cuba dengar. Awak sampai nanti, cuba dengar. 482 00:32:04,505 --> 00:32:06,507 - Dengar apa? Pokok? - Dengar saja. 483 00:32:20,396 --> 00:32:22,482 Cantiknya awak buat semua ini. 484 00:32:23,900 --> 00:32:25,568 Saya buat untuk awak semua. 485 00:32:28,029 --> 00:32:29,030 Betul. 486 00:32:31,282 --> 00:32:32,116 Saya tahu. 487 00:32:32,659 --> 00:32:34,327 Cantik. 488 00:32:35,119 --> 00:32:36,371 Anak-anak kita di sana? 489 00:32:36,454 --> 00:32:39,582 Awak tak dengar mereka menendang bola? 490 00:32:40,959 --> 00:32:44,462 - Maaf, sekejap. - Ingatkan bola meluru ke arah saya. 491 00:32:47,382 --> 00:32:48,383 Sama-sama. 492 00:32:48,466 --> 00:32:52,136 Hebatnya orang boleh nampak bola menuju ke arah mereka 493 00:32:52,220 --> 00:32:54,472 dan mereka terus mahu… 494 00:32:54,555 --> 00:32:57,308 - Lari dan tendang. - Tendang. Kalau saya, saya dah… 495 00:32:57,392 --> 00:32:58,935 Angkat atau tunduk. 496 00:33:09,445 --> 00:33:11,739 Nasib awak sudah banyak berubah. 497 00:33:11,823 --> 00:33:16,244 Takkan awak belum rasa cukup yakin untuk bersenang-lenang lagi? 498 00:33:16,327 --> 00:33:20,707 Awak begitu gigih, bersemangat dan bersungguh-sungguh. 499 00:33:20,790 --> 00:33:24,043 - Itu bagus atau tidak? - Oh, Tuhan. Sudah tentulah bagus. 500 00:33:24,544 --> 00:33:26,087 Sudah tentulah… Saya… 501 00:33:26,587 --> 00:33:27,922 Saya rasa sebak 502 00:33:28,006 --> 00:33:31,843 sebab awak selalu nak buktikan kepada orang. 503 00:33:32,385 --> 00:33:37,682 Kenapa awak tak boleh yakin awak sudah capai impian awak? 504 00:33:38,307 --> 00:33:44,230 Sebab sudah bertahun-tahun saya berusaha untuk berkembang, 505 00:33:44,313 --> 00:33:47,066 jadi apabila akhirnya saya dapat peluang, 506 00:33:47,567 --> 00:33:49,736 saya tak mahu mensia-siakannya. 507 00:33:49,819 --> 00:33:51,571 Awak nak buktikan kepada siapa? 508 00:33:53,364 --> 00:33:55,616 Pertama sekali, kepada awak. 509 00:33:56,743 --> 00:33:59,370 Sebab saya rasa begitu bersalah 510 00:33:59,454 --> 00:34:03,750 kerana terpaksa minta bantuan awak untuk selamatkan bisnes saya dulu. 511 00:34:03,833 --> 00:34:05,752 Tak perlulah buat begitu. 512 00:34:05,835 --> 00:34:08,463 Tapi saya sendiri yang mahu. 513 00:34:08,546 --> 00:34:11,174 Saya sendiri yang mahu. 514 00:34:11,257 --> 00:34:16,888 Apabila saya lihat muka awak dan anak-anak di belakang pentas tempoh hari… 515 00:34:17,388 --> 00:34:19,474 Itu bukanlah kali pertama 516 00:34:19,557 --> 00:34:21,309 tapi saya tersentuh dengan saat itu 517 00:34:21,392 --> 00:34:25,772 sebab saya dapat lihat dengan jelas betapa awak bangga dengan saya. 518 00:34:27,065 --> 00:34:28,107 Faham tak? 519 00:34:28,191 --> 00:34:31,527 Kami bangga walaupun awak buat sandwic keju dan ham. 520 00:34:31,611 --> 00:34:35,281 Terus terang saja, sandwic keju saya tak sedap. 521 00:34:35,782 --> 00:34:37,283 Betul juga, ya. 522 00:34:40,161 --> 00:34:41,621 Tapi tak kisahlah. 523 00:34:42,205 --> 00:34:46,918 Tapi entahlah, saya masih mahu buat macam-macam lagi. 524 00:34:47,001 --> 00:34:49,879 Awak cuma nak buktikan kepada diri awak, bukan saya. 525 00:34:50,546 --> 00:34:52,507 - Mungkin. - Awak masih berkeras 526 00:34:52,590 --> 00:34:57,053 mahu buktikan kecaman semua orang salah. 527 00:34:57,553 --> 00:35:00,223 Ya, tapi apabila saya berjaya, 528 00:35:01,015 --> 00:35:03,059 ia memuaskan hati saya. Jujur saya cakap. 529 00:35:03,142 --> 00:35:07,980 Saya bangga, dan saya tak malu nak mengaku saya memang bercita-cita tinggi 530 00:35:08,064 --> 00:35:10,483 dan masih banyak yang saya mahu buat. 531 00:35:12,568 --> 00:35:16,781 Sekarang kita berdua dah… Saya dah hampir 50 tahun. Awak 51 tahun. 532 00:35:17,990 --> 00:35:19,784 - Oh Tuhan. David! - Awak… 533 00:35:21,077 --> 00:35:23,329 - Tapi adakah awak… - Kita dah 101 tahun. 534 00:35:23,412 --> 00:35:25,665 - Dah 101 tahun pun nampak muda lagi. - Tapi… 535 00:35:26,666 --> 00:35:28,000 Nak buat apa selepas ini? 536 00:35:28,584 --> 00:35:30,002 Nak buat apa selepas ini? 537 00:35:30,545 --> 00:35:32,338 - Nak tambah anak? - Ada banyak… 538 00:35:32,421 --> 00:35:35,341 Tambah anak? Oh Tuhan, tak nak! 539 00:35:37,677 --> 00:35:40,346 Masih banyak yang kita mahu buat. 540 00:35:41,139 --> 00:35:44,183 - Awak belum selesai lagi? - Saya belum selesai lagi. 541 00:35:50,898 --> 00:35:52,400 Selamat malam, para hadirin. 542 00:35:52,483 --> 00:35:56,445 Dengan suka cita, saya akan menyampaikan anugerah Usahawan Terbaik Tahun Ini. 543 00:35:56,529 --> 00:35:58,698 Saya perlu tundukkah? 544 00:35:59,532 --> 00:36:00,867 Kenapa? Raja akan datangkah? 545 00:36:00,950 --> 00:36:02,243 - Helo, sayang. - Macam mana? 546 00:36:02,326 --> 00:36:03,411 Hai. 547 00:36:06,038 --> 00:36:10,877 Jadi, saya akan cakap, "Terima kasih kepada suami saya yang hebat, David, 548 00:36:10,960 --> 00:36:15,506 dan saya juga amat bersyukur dengan keluarga bahagia saya." 549 00:36:16,007 --> 00:36:18,176 - Itu saja untuk kami? - Itu saja untuk kamu. 550 00:36:18,259 --> 00:36:21,179 Kepada wanita hebat yang amat berharga bagi saya, 551 00:36:21,262 --> 00:36:23,222 ibu saya yang luar biasa, Victoria Beckham. 552 00:36:23,890 --> 00:36:25,391 - Comelnya. - Sangat comel. 553 00:36:25,892 --> 00:36:27,310 - Kamu menangis? - Mana ada. 554 00:36:27,393 --> 00:36:28,644 - Kamu menangis, ya? - Tak. 555 00:36:30,354 --> 00:36:31,647 Tidak! Ya! 556 00:36:31,731 --> 00:36:35,067 - Tak ada benda pun. - Habis kenapa awak korek? 557 00:36:35,151 --> 00:36:37,320 Saya nak pastikan tak ada apa-apa. 558 00:36:38,029 --> 00:36:40,072 - Ingatkan ada. - Tak baik buat macam itu. 559 00:36:40,156 --> 00:36:41,949 - Tak baik langsung. - Ingatkan ada. 560 00:36:42,033 --> 00:36:44,952 Saya bangga dengan awak. Awak takkan cium saya. 561 00:36:45,036 --> 00:36:48,539 Tak, sebab saya baru habiskan dua jam bersolek dan buat rambut. 562 00:36:49,916 --> 00:36:52,043 Nanti krim kulit perang awak kena jaket saya. 563 00:36:52,126 --> 00:36:53,127 Tak apalah. 564 00:36:57,465 --> 00:36:59,217 Harper, nak ambil gambar sekali? 565 00:37:00,218 --> 00:37:02,386 Kenapa namanya Harper's Bazaar? 566 00:37:02,470 --> 00:37:03,930 Itulah nama majalah ini. 567 00:37:04,013 --> 00:37:05,598 Saya ingatkan sempena nama saya. 568 00:37:05,681 --> 00:37:08,601 Bagi menyampaikan anugerah Usahawan Terbaik Tahun Ini, 569 00:37:08,684 --> 00:37:11,646 saya ingin mempersilakan Harper Beckham. 570 00:37:11,729 --> 00:37:13,231 Boleh naik? 571 00:37:23,324 --> 00:37:24,867 Saya gugup. 572 00:37:28,120 --> 00:37:31,499 Saya seronok dapat menyampaikan anugerah Usahawan Terbaik Tahun Ini. 573 00:37:31,999 --> 00:37:33,542 Sebab esok hari sekolah 574 00:37:33,626 --> 00:37:36,003 jadi harap-harap tak perlu buat kerja sekolah. 575 00:37:36,879 --> 00:37:40,299 Dengan suka cita, saya akan menyampaikan anugerah Usahawan Terbaik Tahun Ini 576 00:37:40,383 --> 00:37:43,469 kepada wanita hebat yang amat berharga bagi saya, 577 00:37:43,552 --> 00:37:45,972 ibu saya yang luar biasa, Victoria Beckham. 578 00:38:45,114 --> 00:38:50,119 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela