1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.MX 2 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.MX 3 00:00:11,803 --> 00:00:16,683 Hutan ini merupakan tempat tinggal haiwan paling besar dan berat 4 00:00:16,766 --> 00:00:19,144 yang tinggal di pokok. 5 00:00:32,282 --> 00:00:34,034 Sepanjang hayatnya, 6 00:00:34,117 --> 00:00:37,078 haiwan ini mungkin tidak menjejakkan kaki ke tanah. 7 00:00:45,795 --> 00:00:49,007 Oleh sebab itu, tak banyak yang diketahui tentangnya 8 00:00:49,090 --> 00:00:51,801 sehingga beberapa dekad lalu. 9 00:00:57,348 --> 00:01:00,769 Namun, haiwan ini merupakan saudara terdekat kita 10 00:01:00,852 --> 00:01:05,356 dan berkongsi hampir 30 ciri fizikal dengan kita. 11 00:01:07,275 --> 00:01:12,822 Malah, namanya membawa maksud "manusia di hutan". 12 00:01:15,450 --> 00:01:18,912 Walaupun saiznya besar serta memiliki kekuatan, 13 00:01:18,995 --> 00:01:21,956 makhluk ini lembut, bertimbang rasa 14 00:01:22,040 --> 00:01:24,542 dan pintar menyelesaikan masalah… 15 00:01:26,920 --> 00:01:31,508 dan paling mudah untuk kita fahami berbanding beruk besar yang lain. 16 00:01:34,552 --> 00:01:39,891 Apabila melihat orang utan, sukar untuk tidak melihat diri kita. 17 00:01:40,391 --> 00:01:43,770 Walaupun kita takkan tahu perkara yang difikirkannya, 18 00:01:43,853 --> 00:01:46,147 orang utan banyak berfikir. 19 00:02:20,974 --> 00:02:26,855 Orang utan dahulunya menetap di seberang pulau Sumatera, Indonesia. 20 00:02:26,938 --> 00:02:29,858 Namun, kebanyakan hutannya telah ditebang. 21 00:02:31,025 --> 00:02:36,573 Hari ini, beberapa ribu orang utan di sana terhad di kawasan utara. 22 00:02:37,782 --> 00:02:40,910 Di sini, satu tempat menonjol. 23 00:02:41,494 --> 00:02:42,704 Suaq. 24 00:02:43,204 --> 00:02:45,707 Hutan paya yang kecil… 25 00:02:48,001 --> 00:02:51,796 bersempadan di sebelah barat oleh Sungai Limbang 26 00:02:51,880 --> 00:02:55,175 yang menjadi penghalang kepada pembangunan manusia. 27 00:02:58,219 --> 00:03:02,849 Hutan Suaq tidak berubah selama beribu-ribu tahun. 28 00:03:06,603 --> 00:03:09,230 Ia habitat orang utan utama… 29 00:03:11,774 --> 00:03:15,403 dan kini menjadi penempatan beruk berbulu merah paling padat 30 00:03:15,486 --> 00:03:17,530 di seluruh bumi ini. 31 00:03:21,117 --> 00:03:25,955 Kawasan ini menempatkan lebih 200 individu yang boleh dikenal pasti. 32 00:03:34,923 --> 00:03:37,842 Sejak 30 tahun lalu, 33 00:03:37,926 --> 00:03:42,597 ia diperhatikan oleh saintis daripada Projek Penyelidikan Orang Utan. 34 00:03:45,725 --> 00:03:49,562 Tak kira jika pemerhatinya saintis lapangan atau pembikin filem, 35 00:03:50,855 --> 00:03:55,235 melihat orang utan sekilas pandang di atas pokok atau di paya 36 00:03:55,318 --> 00:03:56,903 tidak cukup memuaskan. 37 00:03:59,280 --> 00:04:03,660 Anda perlu lihat orang utan tinggi di kanopi secara dekat. 38 00:04:09,123 --> 00:04:13,836 Teknik penggambaran baharu seperti dron kecil 39 00:04:13,920 --> 00:04:16,547 kini membolehkan kita untuk berbuat begitu, 40 00:04:17,465 --> 00:04:22,512 lalu mendedahkan lebih banyak maklumat tentang kehidupannya berbanding dulu. 41 00:04:25,223 --> 00:04:27,642 Orang utan biasanya hidup bersendirian, 42 00:04:27,725 --> 00:04:30,812 tetapi orang utan di sini sangat bersosial. 43 00:04:33,898 --> 00:04:36,234 Orang utan ini memerhati dan saling belajar, 44 00:04:36,317 --> 00:04:40,196 lalu mendorongnya untuk mencipta budaya yang unik. 45 00:04:43,324 --> 00:04:47,745 Penggunaan alatan jarang dilihat dalam kalangan orang utan di tempat lain, 46 00:04:47,829 --> 00:04:49,580 tapi bukan di sini, 47 00:04:50,290 --> 00:04:54,836 dan kemahiran itu diturunkan kepada setiap generasi baharu. 48 00:04:59,841 --> 00:05:06,014 Terdapat tiga orang utan betina yang bersaudara rapat dalam kajian ini. 49 00:05:06,681 --> 00:05:09,726 Yang paling tua ialah Friska, 50 00:05:09,809 --> 00:05:13,688 mahir menghisap anai-anai keluar dari kayu. 51 00:05:16,190 --> 00:05:18,234 Friska berusia lebih 60 tahun 52 00:05:18,318 --> 00:05:21,988 dan antara orang utan liar paling tua di dunia. 53 00:05:23,614 --> 00:05:28,661 Seterusnya, anak Friska, Ellie, yang selalu makan. 54 00:05:30,788 --> 00:05:33,958 Akhir sekali, anak Ellie, Eden, 55 00:05:35,168 --> 00:05:39,255 yang menghampiri peringkat paling penting dalam hidup orang utan. 56 00:05:41,507 --> 00:05:45,011 Eden boleh dikenali melalui rambutnya yang tercacak, 57 00:05:45,845 --> 00:05:48,556 ciri yang dimilikinya sejak bayi. 58 00:05:55,146 --> 00:05:58,358 Ini Eden, berusia dua tahun, 59 00:05:59,650 --> 00:06:01,527 bersama ibunya, Ellie. 60 00:06:03,654 --> 00:06:06,783 Ikatan antara ibu orang utan dan anaknya 61 00:06:06,866 --> 00:06:10,495 adalah antara ikatan semula jadi yang paling lama dan kuat, 62 00:06:10,578 --> 00:06:13,081 selepas ikatan manusia. 63 00:06:16,209 --> 00:06:21,047 Anak orang utan menghabiskan beribu jam memerhatikan ibunya. 64 00:06:31,349 --> 00:06:35,311 Begitulah anaknya belajar tentang spesies tumbuhan 65 00:06:35,395 --> 00:06:36,896 yang selamat dimakan… 66 00:06:39,273 --> 00:06:42,902 dan yang penting, cara memakannya. 67 00:06:46,864 --> 00:06:50,159 Pembelajaran ini boleh mengambil masa sedekad. 68 00:06:56,958 --> 00:07:00,211 Namun, itu enam tahun lalu. 69 00:07:02,088 --> 00:07:05,967 Eden kini berusia lapan tahun dan agak arif tentang hutan. 70 00:07:13,391 --> 00:07:17,770 Eden tahu tumbuhan yang sedap dimakan di lautan hijau ini. 71 00:07:23,526 --> 00:07:27,822 Namun, hubungannya dengan ibunya masih tidak berubah. 72 00:07:31,325 --> 00:07:33,995 Ellie tidak pernah jauh daripadanya, 73 00:07:35,246 --> 00:07:36,622 dan memerhatikannya 74 00:07:36,706 --> 00:07:40,376 masih menjadi cara terpantas untuk Eden mencari makanan. 75 00:07:43,337 --> 00:07:45,256 Seperti anai-anai ini. 76 00:07:53,431 --> 00:07:57,560 Bagi Eden, berkongsi dengan ibunya adalah satu cara hidup. 77 00:08:00,229 --> 00:08:01,981 Sehingga sekarang. 78 00:08:04,233 --> 00:08:06,986 Tamparan itu bukan petanda baik. 79 00:08:11,115 --> 00:08:13,326 Ada sesuatu yang berubah. 80 00:08:17,288 --> 00:08:19,957 Ada pendatang baharu. 81 00:08:27,548 --> 00:08:30,343 Saiznya separuh daripada saiz bayi manusia 82 00:08:30,426 --> 00:08:35,014 dan mungkin bayi pertama yang pernah Eden lihat. 83 00:08:46,150 --> 00:08:48,277 Semuanya membingungkan. 84 00:08:49,237 --> 00:08:53,241 Namun, pendatang baharu itu patut dilihat dengan lebih dekat. 85 00:09:10,841 --> 00:09:14,053 Tapi ibunya tidak mahu Eden terlalu rapat. 86 00:09:24,146 --> 00:09:29,151 Selama lapan tahun, ibu dan anak sulung membuat segalanya bersama. 87 00:09:31,862 --> 00:09:35,616 Kini, dua menjadi tiga, 88 00:09:35,700 --> 00:09:38,661 dan semuanya telah berubah. 89 00:09:43,791 --> 00:09:47,461 Namun begitu, mengikuti ibu merupakan langkah terbaik. 90 00:09:57,680 --> 00:10:02,727 Walaupun pada usia lapan tahun, Eden sentiasa memastikan ibunya hampir. 91 00:10:10,568 --> 00:10:13,863 Itu bukan mudah dalam hutan tebal ini… 92 00:10:15,865 --> 00:10:18,200 namun sesat amat membahayakan. 93 00:10:24,290 --> 00:10:28,586 Di mana-mana pun Ellie, makanan pasti dekat. 94 00:10:34,300 --> 00:10:36,969 Untuk menjana otak dan tubuh yang besar, 95 00:10:37,053 --> 00:10:40,348 orang utan menghabiskan kebanyakan masa untuk makan. 96 00:10:45,561 --> 00:10:50,524 Buah melaka ini adalah salah satu daripada 300 jenis makanan 97 00:10:50,608 --> 00:10:52,735 yang Ellie dan Eden makan. 98 00:10:57,073 --> 00:11:00,368 Mendapatkan sesetengah makanan memerlukan teknik khas. 99 00:11:12,963 --> 00:11:17,051 Bagi Eden, meniru ibunya merupakan cara terbaik. 100 00:11:21,889 --> 00:11:24,850 Tapi apabila snek menggigit balik… 101 00:11:27,186 --> 00:11:30,106 tekniknya perlu dimahiri dahulu. 102 00:11:36,404 --> 00:11:39,407 Eden akan sedar dengan cepat bahawa menggunakan jari 103 00:11:39,490 --> 00:11:42,159 bukan cara terbaik untuk mengutip semut. 104 00:11:49,542 --> 00:11:53,462 Seperti biasa, Ellie dan makanan tiada penghalang, 105 00:11:53,546 --> 00:11:56,465 termasuklah lengan bayi. 106 00:12:07,727 --> 00:12:09,729 Dengan bayi baharu untuk didukung, 107 00:12:09,812 --> 00:12:14,150 Ellie perlu makan lebih kurang 3,000 kalori sehari. 108 00:12:17,027 --> 00:12:20,364 Daun merupakan makanan penting dalam diet mereka. 109 00:12:22,032 --> 00:12:25,119 Namun begitu, daun yang betul juga perlu diproses. 110 00:12:26,912 --> 00:12:30,583 Maksudnya meludah keluar tanin yang pahit. 111 00:12:44,889 --> 00:12:49,268 Orang utan yang baru lahir menghabiskan banyak masa tidur, 112 00:12:49,351 --> 00:12:51,645 sama seperti bayi manusia. 113 00:12:52,521 --> 00:12:55,316 Bezanya ialah bayi orang utan mesti tidur 114 00:12:55,399 --> 00:12:57,610 sambil memegang erat ibunya. 115 00:13:08,162 --> 00:13:13,125 Selepas beberapa jam makan, orang utan suka tidur. 116 00:13:16,629 --> 00:13:21,550 Namun kini, bayi baru ini telah mengambil tempat Eden di sarang. 117 00:13:32,728 --> 00:13:38,859 Sukar apabila ibu tidak memberi perhatian kepada kita seperti dulu. 118 00:13:47,993 --> 00:13:52,081 Tidak lama lagi, Eden perlu cari tempat tinggal baharu di hutan ini 119 00:13:52,164 --> 00:13:54,041 dan menjaga dirinya sendiri. 120 00:14:08,180 --> 00:14:09,974 Di kawasan yang lain, 121 00:14:10,057 --> 00:14:15,145 sepupu Eden, Pepito, sedang berdepan dengan detik penentuannya. 122 00:14:21,318 --> 00:14:25,698 Ibunya, Piniata, bakal melahirkan anak lagi. 123 00:14:27,867 --> 00:14:29,535 Setahun lebih tua daripada Eden, 124 00:14:29,618 --> 00:14:35,583 ini petanda baik bahawa sudah tiba masa untuk Pepito hidup sendirian. 125 00:14:46,343 --> 00:14:49,847 Meninggalkan keluarga adalah waktu paling berbahaya 126 00:14:49,930 --> 00:14:52,016 dalam hidup orang utan yang muda. 127 00:14:53,392 --> 00:14:57,855 Untuk berjaya, pengetahuan dan keyakinan perlu dimiliki, 128 00:14:59,148 --> 00:15:00,524 serta kewaspadaan. 129 00:15:13,662 --> 00:15:16,415 Apa cara lebih baik untuk menunjukkan keyakinan 130 00:15:18,250 --> 00:15:21,253 selain memusnahkan syaitan dalam paya di bawah? 131 00:15:31,722 --> 00:15:34,642 Walaupun hanya kura-kura yang tidak berbahaya. 132 00:15:58,290 --> 00:16:02,252 Ini mungkin reaksi yang agak melampau, 133 00:16:03,712 --> 00:16:05,631 tapi dalam masyarakatnya, 134 00:16:07,257 --> 00:16:10,594 orang utan jantan yang kecil lebih riuh daripada betina. 135 00:16:13,931 --> 00:16:17,726 Bukan itu saja perbezaannya antara jantina. 136 00:16:21,897 --> 00:16:24,024 Untuk memenuhi potensinya, 137 00:16:24,108 --> 00:16:27,111 orang utan jantan yang baru berdikari seperti Pepito 138 00:16:27,194 --> 00:16:31,824 mesti mencari orang utan dewasa untuk dijadikan contoh pembelajaran. 139 00:16:35,869 --> 00:16:39,498 Sementara itu, ada peluang untuk melihat penggunaan 140 00:16:39,581 --> 00:16:42,001 kemahiran Suaq yang penting. 141 00:16:49,091 --> 00:16:51,969 Pokok cemanang yang berbuah 142 00:16:52,886 --> 00:16:56,765 sangat dinanti-nantikan oleh orang utan dewasa. 143 00:17:00,728 --> 00:17:03,522 Buahnya mengandungi biji yang sangat berkhasiat. 144 00:17:06,775 --> 00:17:09,153 Tetapi ada cara untuk mendapatkannya. 145 00:17:11,989 --> 00:17:15,784 Mustahil untuk membuka buahnya sehinggalah ia masak. 146 00:17:21,415 --> 00:17:24,209 Setiap buah mengandungi berpuluh-puluh benih 147 00:17:24,293 --> 00:17:27,921 yang dilindungi oleh beribu-ribu rerambut seperti kaca. 148 00:17:30,507 --> 00:17:31,467 Setelah terbuka, 149 00:17:31,550 --> 00:17:35,054 bijinya yang kaya dengan kalori ini hanya boleh diambil 150 00:17:35,137 --> 00:17:36,680 dengan menggunakan alat. 151 00:17:39,975 --> 00:17:42,561 Dengan berdekad-dekad pengalaman, 152 00:17:42,644 --> 00:17:45,981 Friska yang berusia 60 tahun sudah pakar. 153 00:17:53,697 --> 00:17:55,282 Dengan ranting yang betul, 154 00:17:55,365 --> 00:18:00,329 Friska boleh mengeluarkan biji tanpa menyentuh rerambut yang merengsakan. 155 00:18:10,172 --> 00:18:14,885 Orang utan Suaq saja yang boleh buat begini, 156 00:18:14,968 --> 00:18:18,514 namun memahiri kemahiran itu mengambil masa bertahun-tahun. 157 00:18:25,771 --> 00:18:30,901 Orang utan betina biasanya sudah mahir pada usia 14 tahun. 158 00:18:33,153 --> 00:18:36,240 Orang utan jantan mengambil masa lebih lama. 159 00:18:43,038 --> 00:18:47,543 Orang utan muda seperti Pepito dan Eden perlu memerhatikan orang utan dewasa 160 00:18:47,626 --> 00:18:49,586 jika mahu menguasai teknik ini 161 00:18:49,670 --> 00:18:52,256 dan menikmati makanan berprotein tinggi ini. 162 00:18:55,425 --> 00:18:56,927 Yang hebatnya, 163 00:18:57,010 --> 00:19:00,097 walaupun selepas dikunyah oleh orang utan, 164 00:19:00,180 --> 00:19:03,892 biji buah itu masih boleh bercambah. 165 00:19:16,071 --> 00:19:19,741 Friska yang tua sedang mengembara merentasi kawasan itu. 166 00:19:24,204 --> 00:19:26,915 Friska datang untuk melawat anaknya, Ellie. 167 00:19:28,333 --> 00:19:32,129 Mungkin Friska tahu tentang ahli keluarga baharunya itu. 168 00:19:39,344 --> 00:19:44,391 Friska bukan saja ibu kepada enam anak, tetapi juga moyang. 169 00:19:45,267 --> 00:19:48,896 Bayi baharu ini ialah cucu kelimanya, 170 00:19:49,855 --> 00:19:53,358 yang menjadikannya orang utan betina paling berjaya di sini. 171 00:19:58,280 --> 00:20:02,659 Namun begitu, hubungan antara cucu kelima dan keempat, 172 00:20:02,743 --> 00:20:05,787 Eden yang berambut cacak, kekal dingin. 173 00:20:19,593 --> 00:20:23,430 Kaedah pengibuan berbeza-beza antara orang utan. 174 00:20:26,016 --> 00:20:28,352 Kaedah Friska lebih tegas. 175 00:20:30,604 --> 00:20:34,066 Penyelidik menyedari bahawa berbanding ibu lain, 176 00:20:34,149 --> 00:20:36,860 Friska lebih kerap membiarkan bayinya menangis 177 00:20:36,944 --> 00:20:40,113 dan kurang mengalah kepada permintaan anaknya. 178 00:20:42,574 --> 00:20:46,787 Pendekatan yang tegas ini telah diwarisi oleh Ellie, 179 00:20:46,870 --> 00:20:51,083 yang kini mengaplikasikannya kepada anak sulungnya, Eden. 180 00:20:52,709 --> 00:20:56,380 Perhatian ibunya kini tertumpu kepada bayi baharu 181 00:20:56,463 --> 00:20:59,925 yang nampaknya juga memenangi hati neneknya yang perengus. 182 00:21:05,889 --> 00:21:07,766 Seperti sepupunya, Pepito, 183 00:21:09,101 --> 00:21:13,522 tiba masa untuk Eden berjauhan daripada ibunya. 184 00:21:15,983 --> 00:21:18,610 Ia akan menjadi pengalaman baharu 185 00:21:18,694 --> 00:21:20,320 untuk bersendirian. 186 00:21:25,284 --> 00:21:27,244 Tanpa ibunya, 187 00:21:27,327 --> 00:21:31,665 Eden perlu berdepan dengan orang utan yang tidak dikenali. 188 00:21:39,256 --> 00:21:44,344 Salah satu daripadanya akan berminat dengan Eden yang lebih berdikari. 189 00:21:49,599 --> 00:21:52,227 Sulli, berusia 28 tahun, 190 00:21:52,311 --> 00:21:55,397 sentiasa mencari hubungan baharu. 191 00:21:57,733 --> 00:22:02,112 Jadi, apa-apa pergerakan di pokok akan menarik perhatiannya. 192 00:22:08,076 --> 00:22:12,956 Walaupun sudah dewasa, Sulli belum berkembang menjadi matang 193 00:22:13,040 --> 00:22:16,877 dengan pad di pipinya yang dikenali sebagai bebibir. 194 00:22:19,338 --> 00:22:22,591 Walaupun untuk orang utan jantan tanpa bebibir, 195 00:22:22,674 --> 00:22:24,343 Sulli masih agak kecil. 196 00:22:31,975 --> 00:22:37,522 Walaupun saiznya kecil, kesungguhannya besar. 197 00:22:41,902 --> 00:22:46,740 Sulli tanpa bebibir ternampak wajah yang dikenali. 198 00:22:49,409 --> 00:22:51,745 Lily, berusia 21 tahun. 199 00:22:56,625 --> 00:22:58,502 Sebagai jantan bawahan, 200 00:22:58,585 --> 00:23:02,756 Sulli perlu ambil inisiatif untuk mendekat orang utan betina. 201 00:23:22,859 --> 00:23:25,153 Lily nampaknya tidak berminat, 202 00:23:25,237 --> 00:23:29,616 tapi orang utan jantan tanpa bebibir tidak boleh berputus asa. 203 00:23:41,336 --> 00:23:43,380 Dengan fokusnya pada Lily, 204 00:23:43,463 --> 00:23:49,928 Sulli tidak sedar dirinya diperhatikan oleh Split Lip Otto, 205 00:23:50,011 --> 00:23:54,015 orang utan jantan bebibir di Suaq yang tua tetapi dominan. 206 00:23:57,727 --> 00:24:00,397 Otto takkan biar jantan bawahan seperti Sulli 207 00:24:00,480 --> 00:24:03,733 untuk bermesra dengan betina di kawasannya. 208 00:24:13,743 --> 00:24:16,746 Otto mesti mengingatkan Sulli, dia yang berkuasa. 209 00:24:27,090 --> 00:24:30,051 Lebih baik Sulli pergi dari situ. 210 00:24:40,103 --> 00:24:43,523 Satu kelebihan orang utan jantan tanpa bebibir 211 00:24:43,607 --> 00:24:47,903 ialah Sulli boleh bergerak lebih pantas berbanding Otto yang besar. 212 00:24:57,412 --> 00:25:01,082 Jadi, bukan sukar untuk berada jauh di depan. 213 00:25:06,213 --> 00:25:09,925 Bagi Otto, sukar untuk menakut-nakutkan orang utan lain 214 00:25:10,008 --> 00:25:11,843 jika tidak dapat mengejar. 215 00:25:16,598 --> 00:25:18,558 Namun, menggoncang dahan 216 00:25:18,642 --> 00:25:22,479 ialah cara jantan bebibir untuk mengatakan, "Berambus." 217 00:25:24,856 --> 00:25:25,857 Selesai. 218 00:25:27,317 --> 00:25:28,568 Buat masa sekarang. 219 00:25:48,964 --> 00:25:51,883 Bunyi ini ialah laungan jauh, 220 00:25:53,468 --> 00:25:56,596 dihasilkan oleh jantan bebibir yang lain. 221 00:26:07,941 --> 00:26:08,942 Titan. 222 00:26:09,901 --> 00:26:12,112 Titan mahu gelaran Otto. 223 00:26:16,950 --> 00:26:22,163 Kalau dapat, Titan akan menjadi pilihan betina yang mahu membiak. 224 00:26:29,129 --> 00:26:32,966 Oleh itu, Titan iaitu pencabarnya, mula mengejar 225 00:26:34,009 --> 00:26:36,094 dan Otto cabut lari. 226 00:26:45,437 --> 00:26:48,565 Pertempuran mungkin mencederakan atau lebih teruk. 227 00:26:54,362 --> 00:26:58,116 Maka, jantan bebibir akan berlawan hanya jika terpaksa. 228 00:27:01,286 --> 00:27:05,790 Lebih baik jika pertandingan ditentukan dengan menunjukkan kekuatan. 229 00:27:09,377 --> 00:27:12,714 Titan tahu cara untuk menakutkan si tua itu. 230 00:27:19,387 --> 00:27:24,893 Matlamat Otto sekarang hanyalah untuk menjauhi Titan. 231 00:27:37,739 --> 00:27:39,866 Titan mungkin menghalau Otto, 232 00:27:40,784 --> 00:27:43,703 tapi Titan belum menjadi jantan dominan. 233 00:27:46,539 --> 00:27:51,336 Untuk gelaran itu, Titan perlu mengalahkan lawan yang lebih kuat. 234 00:27:58,385 --> 00:28:00,637 Ini bukan lawan tersebut. 235 00:28:05,183 --> 00:28:06,685 Ini Pepito. 236 00:28:07,394 --> 00:28:09,729 Bagi jantan muda yang baru berdikari, 237 00:28:09,813 --> 00:28:14,150 Titan contoh yang baik untuk dipelajari. 238 00:28:18,613 --> 00:28:20,532 Dengan berat hampir 90 kilogram, 239 00:28:21,533 --> 00:28:25,954 Titan boleh guna beratnya untuk berayun antara pokok 240 00:28:26,037 --> 00:28:27,664 lalu menjimatkan tenaga. 241 00:28:33,503 --> 00:28:35,880 Boleh cuba, bukan? 242 00:28:44,180 --> 00:28:46,516 Masalah jika tubuh ringan. 243 00:29:08,621 --> 00:29:11,541 Tapi ada cara lain untuk merentasi ruang. 244 00:29:15,837 --> 00:29:19,716 Persoalannya, bolehkah pokok menjalar ini menanggung beratnya? 245 00:29:28,475 --> 00:29:30,143 Mungkin ia agak berisiko. 246 00:29:32,187 --> 00:29:34,731 Paya di bawah sangat jauh. 247 00:29:39,819 --> 00:29:41,070 Cuba sajalah! 248 00:30:17,190 --> 00:30:18,900 Titan tak menyimpan tenaga, 249 00:30:20,485 --> 00:30:24,531 tapi bermain adalah sebahagian daripada pengalaman pembelajaran. 250 00:30:31,454 --> 00:30:33,873 Titan buat pengumuman. 251 00:30:39,295 --> 00:30:44,217 Tiba masa untuk Pepito kembali mengekori jantan bebibir yang besar itu. 252 00:30:48,304 --> 00:30:51,599 Jika berjaya melepaskan diri daripada dahan ini. 253 00:31:06,614 --> 00:31:11,286 Laungan jauh tidak dibuat untuk tujuan kuasa dan kawasan saja. 254 00:31:11,369 --> 00:31:13,329 Para saintis baru mempelajari, 255 00:31:13,413 --> 00:31:16,791 ia juga menyampaikan rancangan perjalanan akan datang. 256 00:31:18,751 --> 00:31:24,048 Laungan Titan mengumumkan arah yang akan ditujunya, 257 00:31:24,841 --> 00:31:26,718 sehingga keesokan harinya. 258 00:31:33,516 --> 00:31:37,937 Amaran kepada mana-mana jantan bebibir yang berada dalam laluannya. 259 00:31:47,614 --> 00:31:51,075 Ini bukan berita baik untuk Split Lip Otto. 260 00:32:00,418 --> 00:32:05,965 Dahulunya raja Suaq, kini Otto mahu bersara dengan tenang. 261 00:32:08,051 --> 00:32:11,471 Itu mungkin boleh dicapai di seberang sungai, 262 00:32:11,554 --> 00:32:13,222 tapi bagaimana mahu ke sana? 263 00:32:15,850 --> 00:32:19,228 Orang utan takut air. 264 00:32:27,737 --> 00:32:31,866 Jawapannya mungkin jambatan yang digunakan oleh monyet. 265 00:32:41,000 --> 00:32:45,004 Namun, Otto sepuluh kali lebih berat daripada monyet langur. 266 00:32:50,718 --> 00:32:53,930 Mungkin sungai di bawahnya juga ada buaya. 267 00:33:20,665 --> 00:33:23,668 Pengusiran Otto yang ditetapkan sendiri dari Suaq 268 00:33:23,751 --> 00:33:26,129 menandakan tamatnya suatu era. 269 00:33:29,007 --> 00:33:32,427 Tanpa jantan dominan yang diiktiraf, 270 00:33:32,510 --> 00:33:37,473 orang utan jantan muda yang lain akan merebut gelaran itu. 271 00:33:43,938 --> 00:33:49,152 Jadi lambat-laun, Titan perlu berdepan dengan lawan lain. 272 00:33:57,827 --> 00:34:02,165 TIGA BULAN KEMUDIAN 273 00:34:10,757 --> 00:34:12,675 Dalam beberapa bulan lepas, 274 00:34:12,759 --> 00:34:16,971 Eden mula menetap di kawasan hutan payanya sendiri, 275 00:34:17,055 --> 00:34:19,599 tidak jauh daripada ibunya, Ellie. 276 00:34:21,726 --> 00:34:24,228 Eden pulang beberapa kali, 277 00:34:24,312 --> 00:34:27,273 tapi lawatan itu sudah mula berkurangan. 278 00:34:31,778 --> 00:34:34,739 Seperti orang utan lain di kawasan itu, 279 00:34:34,822 --> 00:34:37,575 Eden sudah biasa bersendirian. 280 00:34:42,747 --> 00:34:47,543 Tapi Eden masih ingin tahu perkembangan apabila penghuni lain muncul, 281 00:34:47,627 --> 00:34:50,588 terutamanya jika keluarga atau kawan. 282 00:34:58,054 --> 00:35:01,432 Ini Olala, betina juvenil. 283 00:35:04,018 --> 00:35:05,812 Olala bukan keluarga, 284 00:35:05,895 --> 00:35:10,650 tapi di Suaq, betina muda bukan bersaudara selalu bertolak ansur. 285 00:35:16,197 --> 00:35:17,949 Tapi kali ini tidak. 286 00:35:19,492 --> 00:35:23,496 Keluarga Eden dan Olala telah lama bermusuhan. 287 00:35:27,834 --> 00:35:29,836 Tiada tanda-tanda ia reda. 288 00:35:33,339 --> 00:35:36,968 Eden mesti cuba untuk menghalau Olala. 289 00:36:16,340 --> 00:36:19,927 Berdepan dengan Olala dan mempertahankan kawasannya 290 00:36:20,011 --> 00:36:23,681 menunjukkan kemajuannya sejak meninggalkan keluarga. 291 00:36:26,893 --> 00:36:29,103 Dia kembali kepada buah berinya, 292 00:36:30,354 --> 00:36:33,149 tanpa menyedari pelawat baharu. 293 00:36:41,449 --> 00:36:44,410 Sulli, jantan tanpa bebibir. 294 00:36:49,999 --> 00:36:53,127 Sulli datang untuk berkawan dengan Eden. 295 00:37:01,302 --> 00:37:02,929 Eden nampak tidak pasti. 296 00:37:09,227 --> 00:37:13,064 Eden tidak pernah berdua-duaan dengan jantan. 297 00:37:18,861 --> 00:37:22,907 Eden berhenti seketika, mungkin untuk menilai situasi itu. 298 00:37:26,160 --> 00:37:27,787 Sulli nampak mesra. 299 00:37:29,538 --> 00:37:31,707 Tapi Eden tidak tahu, 300 00:37:32,333 --> 00:37:35,878 strategi Sulli telah dirancang teliti. 301 00:37:37,296 --> 00:37:39,966 Jika Sulli berkawan dengan Eden sekarang, 302 00:37:40,049 --> 00:37:44,011 peluangnya lebih tinggi apabila Eden cukup dewasa untuk membiak. 303 00:38:02,655 --> 00:38:07,076 Mungkin pandangan itu merupakan petanda yang baik. 304 00:38:12,623 --> 00:38:16,669 Eden kembali tenang dengan dahan yang penuh dengan anai-anai. 305 00:38:24,135 --> 00:38:26,053 Apabila Sulli sampai, 306 00:38:26,637 --> 00:38:28,597 Sulli berkongsi dahan Eden. 307 00:38:34,061 --> 00:38:38,357 Setakat ini, semua yang Eden pelajari datang daripada ibunya, Ellie. 308 00:38:41,485 --> 00:38:45,865 Tapi memerhatikan Sulli merupakan peluang untuk belajar kaedah lain 309 00:38:46,449 --> 00:38:50,077 dan mengembangkan pengetahuan tentang cara hidup di hutan ini. 310 00:38:56,375 --> 00:38:59,503 Walaupun belum memikirkan untuk menjadi ibu… 311 00:39:02,214 --> 00:39:07,219 mungkin jantan asing ini lebih menarik daripada yang disangka. 312 00:39:22,401 --> 00:39:28,240 Tak jauh dari situ, ibu Eden, Ellie, dilihat di atas pokok mangga. 313 00:39:30,534 --> 00:39:32,787 Bayinya membesar dengan baik. 314 00:39:35,206 --> 00:39:38,292 Pemerhati menamakannya Emen. 315 00:39:44,215 --> 00:39:45,341 Pada usia tiga bulan, 316 00:39:45,424 --> 00:39:49,136 banyak yang Emen perlu belajar tentang dunia di sekelilingnya. 317 00:39:57,937 --> 00:40:01,816 Di Suaq, anai-anai selalu dilihat. 318 00:40:05,736 --> 00:40:09,115 Sebaliknya, burung rimba pong-pong yang amat pemalu 319 00:40:10,991 --> 00:40:13,452 lebih kerap didengari daripada dilihat. 320 00:40:22,461 --> 00:40:26,340 Ada beribu-ribu spesies haiwan yang hidup di hutan ini. 321 00:40:34,014 --> 00:40:36,517 Mana-mana saja dua orang utan ini pergi, 322 00:40:37,017 --> 00:40:40,729 pasti ada perkara baharu yang menghairankan bagi Emen. 323 00:41:11,635 --> 00:41:15,764 Lama-kelamaan, Emen akan mengenali kebanyakan haiwan ini… 324 00:41:17,933 --> 00:41:20,144 dan membezakan haiwan tidak berbahaya 325 00:41:21,228 --> 00:41:23,147 dan haiwan berbahaya. 326 00:41:27,985 --> 00:41:32,114 Ellie perlu beri amaran kepada anaknya jika haiwan itu berbahaya 327 00:41:32,198 --> 00:41:34,742 agar Emen tahu cara untuk mengelaknya. 328 00:41:37,453 --> 00:41:40,623 Patukan ular kapak boleh membawa maut. 329 00:41:45,794 --> 00:41:47,338 Seperti Eden sebelumnya, 330 00:41:47,421 --> 00:41:51,592 Emen akan dikawal ketat oleh Ellie selama beberapa tahun. 331 00:41:55,304 --> 00:41:58,933 Itu sebabnya ketahanan hidup bayi orang utan lebih tinggi 332 00:41:59,016 --> 00:42:00,809 berbanding beruk besar lain. 333 00:42:18,702 --> 00:42:22,915 Tiba masa Ellie membuat sarang untuk malam ini. 334 00:42:25,125 --> 00:42:27,378 Ellie sediakan tilam berdaun. 335 00:42:32,800 --> 00:42:37,388 Emen memerlukan beberapa tahun sebelum boleh membina sarang sendiri. 336 00:42:42,851 --> 00:42:47,064 Cara membinanya adalah sesuatu yang Emen perlu pelajari daripada ibunya. 337 00:42:49,650 --> 00:42:53,237 Orang utan bina sarang baharu setiap malam. 338 00:42:56,740 --> 00:43:00,452 Ia sarang paling rumit oleh mana-mana beruk besar. 339 00:43:02,997 --> 00:43:06,417 Gayanya berbeza bagi setiap orang utan. 340 00:43:08,627 --> 00:43:11,463 Ada juga yang tambah bantal daun. 341 00:43:48,250 --> 00:43:49,960 Sekarang pukul enam pagi. 342 00:43:50,753 --> 00:43:52,087 Masa untuk bangun. 343 00:44:06,268 --> 00:44:10,981 Bagi yang mahu tidur lebih lama, penggera pagi akan berbunyi. 344 00:44:14,818 --> 00:44:16,153 Siamang. 345 00:44:17,446 --> 00:44:19,156 Laungan pagi di Suaq. 346 00:44:21,492 --> 00:44:25,287 Kantung tekak siamang yang mengembung menguatkan laungannya. 347 00:44:27,706 --> 00:44:32,503 Ia membingitkan, jika anda tidur di bawahnya seperti Titan. 348 00:44:48,394 --> 00:44:50,896 Penghuni lain sudah memulakan aktiviti. 349 00:44:56,652 --> 00:45:01,240 Ada lebih 30 spesies anai-anai di Suaq. 350 00:45:01,824 --> 00:45:04,535 Ini anai-anai perarakan. 351 00:45:06,328 --> 00:45:09,123 Anai-anai ini memakan daun, liken dan kulit kayu 352 00:45:09,206 --> 00:45:11,208 yang dibawa balik ke sarang. 353 00:45:17,923 --> 00:45:21,260 Panjangnya boleh mencapai beratus-ratus meter. 354 00:45:41,363 --> 00:45:43,866 Anai-anai memainkan peranan penting 355 00:45:43,949 --> 00:45:47,453 dalam mengitar semula nutrien ke dalam hutan. 356 00:45:55,544 --> 00:46:00,048 Anai-anai juga merupakan makanan untuk beruk besar berbulu 357 00:46:01,216 --> 00:46:02,426 seperti Titan. 358 00:46:16,398 --> 00:46:19,526 Pepito masih memerhatikan semuanya. 359 00:46:29,912 --> 00:46:32,289 Apa-apa yang dipelajari daripada Titan 360 00:46:32,790 --> 00:46:37,753 akan berguna apabila Pepito menjadi jantan bebibir. 361 00:46:41,548 --> 00:46:45,010 Namun begitu, Titan memikirkan sesuatu yang lebih penting 362 00:46:45,093 --> 00:46:47,054 seperti buah yang masak. 363 00:46:48,597 --> 00:46:53,143 Titan tahu lokasi pokok yang sarat dengannya. 364 00:46:56,522 --> 00:46:58,899 Titan ambil jalan terpendek… 365 00:47:02,736 --> 00:47:06,657 dan hanya berhenti jika nampak makanan lain. 366 00:47:11,578 --> 00:47:14,998 Titan sudah dewasa apabila pertama kali muncul di Suaq, 367 00:47:15,082 --> 00:47:16,625 tetapi dalam sedekad ini, 368 00:47:16,708 --> 00:47:19,837 TItan membina peta minda untuk pokok berbuah. 369 00:47:20,838 --> 00:47:26,260 Bukan saja menghafal lokasinya, tapi masa buah-buahnya masak. 370 00:47:33,976 --> 00:47:37,396 Jika Titan mahu menambah saiznya yang sudah pun besar 371 00:47:37,479 --> 00:47:43,902 dan menjadi raja hutan, Titan perlu makan dengan banyak. 372 00:47:45,487 --> 00:47:48,949 Sebanyak 8,000 kalori sehari. 373 00:48:39,374 --> 00:48:41,627 Kerana tidak dapat mengejar Titan, 374 00:48:41,710 --> 00:48:45,881 Pepito mendekati Olala, si betina muda. 375 00:48:50,302 --> 00:48:54,389 Olala sedang makan buah pokok medang baru. 376 00:49:01,021 --> 00:49:04,816 Kemungkinan besar Pepito tidak pernah hampir dengannya. 377 00:49:08,153 --> 00:49:10,489 Jadi, Pepito mahu melihat secara dekat. 378 00:49:12,866 --> 00:49:15,577 Olala nampaknya berminat dengannya. 379 00:49:23,585 --> 00:49:26,713 Tapi sama ada ini perkenalan yang Olala mahu… 380 00:49:29,424 --> 00:49:30,926 susah untuk dikatakan. 381 00:49:33,053 --> 00:49:37,432 Pada jarak ini, Pepito boleh meneliti teknik pemakanannya. 382 00:49:40,060 --> 00:49:42,521 Mungkin belajar sesuatu yang baharu. 383 00:49:45,899 --> 00:49:49,111 Tapi Olala sudah meluat ditenung. 384 00:49:52,406 --> 00:49:54,992 Bagi Pepito, belajar daripada rakan-rakan 385 00:49:55,075 --> 00:49:57,494 adalah sebahagian daripada pembelajaran, 386 00:49:58,036 --> 00:50:01,623 dan mungkin meningkatkan ketahanan hidupnya. 387 00:50:10,757 --> 00:50:14,261 Ada perkara lain dalam fikiran Titan. 388 00:50:17,931 --> 00:50:20,600 Nampaknya ia bukan Yulia. 389 00:50:26,898 --> 00:50:28,442 Sebagai jantan utama, 390 00:50:28,525 --> 00:50:32,112 Titan menjadi tarikan bagi betina dewasa seperti Yulia 391 00:50:32,612 --> 00:50:34,740 yang sedang mencari hubungan. 392 00:50:38,493 --> 00:50:42,414 Anehnya, Yulia menghadapi kesukaran untuk merangsangnya. 393 00:50:44,041 --> 00:50:48,003 Mungkin membantu jika Yulia menujahnya di bahagian sensitif. 394 00:51:12,027 --> 00:51:13,779 Masa untuk berfikir semula. 395 00:51:22,079 --> 00:51:24,748 Beberapa helai daun sebagai hadiah? 396 00:51:33,048 --> 00:51:37,260 Baiklah, tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat 397 00:51:37,344 --> 00:51:39,179 untuk mendapatkan perhatian. 398 00:51:43,975 --> 00:51:45,519 Atau ada? 399 00:51:52,943 --> 00:51:55,362 Akhirnya Yulia mengalah. 400 00:51:58,115 --> 00:52:01,159 Membiarkan Titan yang sedang runsing berfikir, 401 00:52:01,243 --> 00:52:05,038 mungkin bimbang tentang cabaran yang menanti 402 00:52:05,122 --> 00:52:08,500 daripada jantan bebibir yang lebih berkuasa. 403 00:52:18,009 --> 00:52:21,805 Eden jumpa buah medang barunya sendiri. 404 00:52:24,808 --> 00:52:28,770 Di sampingnya ialah Sulli, jantan tanpa bebibir. 405 00:52:32,607 --> 00:52:35,443 Kesungguhannya membuahkan hasil. 406 00:52:46,288 --> 00:52:49,207 Untuk mengasingkan bahagian yang tidak boleh dimakan, 407 00:52:49,291 --> 00:52:52,586 Eden menapis jus buah melalui bulunya. 408 00:53:02,429 --> 00:53:07,309 Yang mengejutkan, Sulli juga menggunakan bulu Eden. 409 00:53:10,687 --> 00:53:16,318 Tapi adakah Sulli melampaui batas dengan aksi intim ini? 410 00:53:23,742 --> 00:53:27,329 Eden menjauhkan diri daripadanya. 411 00:53:37,464 --> 00:53:38,798 Sulli ikut. 412 00:53:43,094 --> 00:53:45,472 Sulli tidak mudah berputus asa. 413 00:53:53,563 --> 00:53:58,818 Penyelidik di Suaq tahu, Sulli sangat peramah dan nakal… 414 00:54:01,821 --> 00:54:05,033 namun Sulli tidak memahami isyarat daripada Eden. 415 00:54:19,798 --> 00:54:23,677 Sesuatu yang pada mulanya nakal, kini nampak mengancam, 416 00:54:24,386 --> 00:54:26,888 dan Eden tidak mahukannya lagi. 417 00:54:36,231 --> 00:54:40,819 Hujan ribut yang tiba-tiba pun tidak boleh mematahkan semangat Sulli. 418 00:54:50,912 --> 00:54:52,956 Ia keterlaluan untuk Eden. 419 00:54:58,962 --> 00:55:02,299 Sulli ditinggalkan bersendirian untuk berfikir. 420 00:56:22,587 --> 00:56:25,298 Laungan jauh jantan dewasa 421 00:56:25,382 --> 00:56:28,551 adalah unik bagi setiap individu seperti cap jari, 422 00:56:28,635 --> 00:56:31,179 dan ini bukannya laungan Titan. 423 00:56:48,822 --> 00:56:54,160 Ia laungan seekor lagi jantan bebibir dengan parut pertempuran baharu. 424 00:57:01,000 --> 00:57:03,169 Ini Rakus. 425 00:57:03,253 --> 00:57:06,965 Sepuluh bulan lalu, Rakus jantan bawahan. 426 00:57:08,174 --> 00:57:13,888 Sejak itu, peningkatan hormon menyebabkan saiznya membesar dua kali ganda 427 00:57:13,972 --> 00:57:15,890 dan pad pipinya tumbuh. 428 00:57:21,438 --> 00:57:24,357 Rakus mahu tempat teratas, 429 00:57:25,608 --> 00:57:29,070 tapi Rakus masih belum kalahkan lawannya ketika ini. 430 00:57:30,238 --> 00:57:31,489 Iaitu Titan. 431 00:58:05,773 --> 00:58:09,402 Titan tidak boleh mempertahankan kedudukannya lagi. 432 00:58:11,321 --> 00:58:15,074 Nampaknya, Rakus menjadi pesaing baharu, 433 00:58:15,825 --> 00:58:18,119 walaupun ada padahnya. 434 00:58:19,996 --> 00:58:21,956 Tangannya luka teruk, 435 00:58:23,208 --> 00:58:24,834 jari tengahnya patah… 436 00:58:27,462 --> 00:58:29,130 dan mukanya terkoyak. 437 00:58:35,303 --> 00:58:38,014 Luka ini akan sembuh, 438 00:58:38,723 --> 00:58:41,768 namun ibu jarinya yang putus tiada penawarnya. 439 00:58:46,356 --> 00:58:50,860 Walaupun cedera, Rakus mesti cuba berjaga-jaga. 440 00:58:54,405 --> 00:58:56,908 Titan masih boleh kembali. 441 00:59:04,749 --> 00:59:07,085 Namun, mustahil untuk sentiasa mengawasi. 442 00:59:08,211 --> 00:59:10,880 Keletihan akan memberi kesan. 443 00:59:50,211 --> 00:59:54,674 Sulli, jantan tanpa bebibir, sedang lalu di atas. 444 00:59:55,508 --> 00:59:59,304 Sepuluh bulan lalu, semasa Rakus masih tiada bebibir, 445 00:59:59,387 --> 01:00:01,055 Rakus dan Sulli berkawan. 446 01:00:02,599 --> 01:00:04,517 Tidak lagi. 447 01:00:05,143 --> 01:00:07,604 Jantan yang mencabar dominasi 448 01:00:08,730 --> 01:00:10,690 sangat panas baran. 449 01:00:22,660 --> 01:00:27,498 Semasa tergesa-gesa mengejar, Rakus telah silap menilai. 450 01:00:39,510 --> 01:00:41,054 Namun, Rakus nampak okey. 451 01:01:11,626 --> 01:01:14,128 Rakus amat memerlukan rehat. 452 01:01:16,130 --> 01:01:19,384 Walaupun begitu, Rakus mencari tenaga untuk menghantar 453 01:01:19,467 --> 01:01:21,928 satu lagi mesej ke kawasan itu. 454 01:01:24,263 --> 01:01:30,144 Amaran kepada jantan bebibir dan jemputan kepada betina dewasa. 455 01:01:46,786 --> 01:01:51,374 Friska yang tua itu menjadi penjawab pertama laungan Rakus. 456 01:02:02,051 --> 01:02:06,222 Bunyi Friska bergerak di atas membuatnya gelisah sekali lagi. 457 01:02:09,934 --> 01:02:12,478 Rakus belum sedar itu Friska. 458 01:02:30,621 --> 01:02:33,541 Rakus dan Friska sudah lama kenal… 459 01:02:36,586 --> 01:02:41,799 namun Friska belum pernah melihat Rakus sejak menjadi jantan bebibir. 460 01:02:43,760 --> 01:02:46,929 Tapi betina yang tua dan bijak seperti Friska 461 01:02:47,013 --> 01:02:51,559 pandai menilai orang utan jantan yang bakal menjadi dominan. 462 01:02:56,189 --> 01:03:00,943 Jadi, lawatannya akan memberi sokongan kepada pencabar baharu ini. 463 01:03:04,781 --> 01:03:08,993 Jika Friska mahu membiak lagi dan mendapat anak ketujuh, 464 01:03:09,494 --> 01:03:11,996 kemungkinan besar ia bersama Rakus. 465 01:03:19,504 --> 01:03:22,673 LAPAN BULAN KEMUDIAN 466 01:03:25,009 --> 01:03:28,387 Cucu Friska, Emen, kini berusia satu tahun, 467 01:03:28,471 --> 01:03:31,265 dan bersedia untuk peringkat seterusnya. 468 01:03:33,601 --> 01:03:36,187 Untuk empat tahun pertama kehidupannya, 469 01:03:36,270 --> 01:03:41,400 bayi orang utan dibawa bersama oleh ibunya ke mana-mana saja dalam hutan. 470 01:03:42,360 --> 01:03:44,862 Tapi Emen sudah cukup besar 471 01:03:44,946 --> 01:03:48,074 dan ingin meneroka dunia jauh daripada Ellie. 472 01:04:02,964 --> 01:04:06,592 Emen dapat peluang setiap kali ibunya berhenti. 473 01:04:08,177 --> 01:04:09,178 Seperti sekarang. 474 01:04:31,033 --> 01:04:33,578 Ia amat tinggi. 475 01:04:35,496 --> 01:04:36,622 Pegang kuat-kuat. 476 01:04:41,419 --> 01:04:43,462 Masa bermain sudah tamat. 477 01:04:47,717 --> 01:04:50,761 Kini, undang-undang fizik mengambil alih. 478 01:04:52,805 --> 01:04:58,311 Ellie mesti menggunakan kuasa yang betul untuk mengatasi rintangan. 479 01:05:14,827 --> 01:05:16,537 Satu lagi peluang? 480 01:05:20,374 --> 01:05:22,460 Emen curi pergi lagi. 481 01:05:40,519 --> 01:05:44,857 Ini mungkin jarak paling jauh Emen pernah berjauhan dengan ibunya. 482 01:05:50,237 --> 01:05:53,950 Tiga titik sentuhan biasanya disyorkan… 483 01:05:56,202 --> 01:05:59,705 tapi budak mana yang tidak cuba melanggar peraturan? 484 01:06:07,171 --> 01:06:12,176 Namun, detik kebebasan Emen hanyalah ilusi semata-mata. 485 01:06:14,095 --> 01:06:16,097 Seperti ibu-ibu di seluruh dunia, 486 01:06:16,889 --> 01:06:21,185 mengawasi bayi sudah menjadi kebiasaan bagi Ellie. 487 01:06:23,813 --> 01:06:26,482 Apabila Emen bosan bersendirian, 488 01:06:27,525 --> 01:06:30,903 tubuh ibunya menjadi tempat permainan yang hebat. 489 01:06:42,081 --> 01:06:44,792 Eden sudah pulang. 490 01:06:48,963 --> 01:06:53,384 Masih ada perkara penting untuk Eden belajar daripada ibunya. 491 01:07:03,519 --> 01:07:08,774 Melihat Ellie dan Emen bersama mungkin peluang terbaik Eden 492 01:07:08,858 --> 01:07:13,404 untuk melihat sifat keibuan sebelum memiliki anak sendiri. 493 01:07:15,448 --> 01:07:17,867 Jadi, adakah gaya pengibuannya 494 01:07:19,326 --> 01:07:20,536 lebih tegas? 495 01:07:24,915 --> 01:07:27,460 Atau gaya yang lebih mengasuh? 496 01:07:32,423 --> 01:07:34,425 Seperti semua orang utan, 497 01:07:35,051 --> 01:07:38,554 melihat dan belajar akan menjadi kunci kejayaan Eden. 498 01:07:46,937 --> 01:07:51,734 Jika ada satu benda yang menarik perhatian semua orang utan dewasa, 499 01:07:52,234 --> 01:07:53,944 benda itu ialah lubang pokok. 500 01:07:56,363 --> 01:07:58,866 Ada benda hidup di dalamnya, 501 01:07:58,949 --> 01:08:02,328 kadangkala benda yang boleh dimakan. 502 01:08:03,245 --> 01:08:05,664 Jadi, setiap lubang perlu diperiksa. 503 01:08:11,879 --> 01:08:14,840 Apabila ada sesuatu yang berdengung di bukaan 504 01:08:14,924 --> 01:08:16,675 seperti kelulut, 505 01:08:16,759 --> 01:08:18,010 ia lebih baik. 506 01:08:20,971 --> 01:08:24,225 Maksudnya ada lundi atau madu. 507 01:08:35,361 --> 01:08:40,282 Lubang kecil memerlukan alat kayu untuk dimasukkan ke dalam, 508 01:08:41,075 --> 01:08:42,284 tapi bukan yang ini. 509 01:08:54,380 --> 01:08:56,173 Sedap sehingga menjilat jari. 510 01:09:06,517 --> 01:09:08,018 Yang paling bagus, 511 01:09:08,936 --> 01:09:12,690 dapat makan madu tanpa disengat. 512 01:09:16,443 --> 01:09:20,739 Malangnya bagi Eden, berkongsi bukan satu pilihan. 513 01:09:24,785 --> 01:09:27,705 Eden mesti cari madunya sendiri. 514 01:09:31,292 --> 01:09:32,793 Eden tahu lokasinya. 515 01:09:43,888 --> 01:09:47,391 Seperti lubang Ellie, serangga berdengung di sekitar bukaan. 516 01:09:49,435 --> 01:09:50,686 Petanda baik. 517 01:09:52,521 --> 01:09:57,026 Tapi serangga ini lebih besar dan mengancam. 518 01:10:04,658 --> 01:10:07,244 Masa untuk masuk dan rembat. 519 01:10:13,459 --> 01:10:16,754 Apabila memasukkan tangan ke dalam sarang tebuan, 520 01:10:18,255 --> 01:10:20,799 tebuan akan naik angin. 521 01:10:31,727 --> 01:10:36,482 Segenggam lundi mungkin tidak berbaloi untuk disengat. 522 01:10:38,901 --> 01:10:41,111 Eden takkan buat lagi. 523 01:10:52,373 --> 01:10:56,627 Beberapa bulan telah berlalu sejak pertarungan Rakus dengan Titan. 524 01:10:59,004 --> 01:11:01,548 Luka matanya telah sembuh dengan baik. 525 01:11:04,635 --> 01:11:09,807 Rakus juga telah menetapkan statusnya sebagai raja Suaq yang tidak tercabar. 526 01:11:12,059 --> 01:11:15,229 Untuk kekal di atas, Rakus mesti cergas dan kuat. 527 01:11:17,398 --> 01:11:20,109 Anai-anai berprotein tinggi akan membantu. 528 01:11:22,736 --> 01:11:27,074 Namun begitu, mencarinya di kayu reput amat berisiko. 529 01:11:37,167 --> 01:11:38,210 Aduh! 530 01:11:41,088 --> 01:11:43,841 Bukan permulaan hari yang baik untuk Rakus, 531 01:11:44,425 --> 01:11:48,178 namun kepala yang sakit mungkin reda selepas minuman sejuk, 532 01:11:49,513 --> 01:11:52,683 dan di hutan ini, ia tak sukar dicari. 533 01:12:00,899 --> 01:12:02,359 Periuk kera. 534 01:12:07,489 --> 01:12:10,409 Periuk air semula jadi hutan. 535 01:12:12,745 --> 01:12:18,500 Setiap satu mengandungi campuran air hujan dan serangga yang separa dihadam. 536 01:12:19,501 --> 01:12:20,753 Sedap! 537 01:12:34,183 --> 01:12:40,397 Sebagai jantan yang kini dominan, hidup Rakus berubah sama sekali. 538 01:12:44,318 --> 01:12:47,696 Rakus akan menjalinkan hubungan dengan wanita di situ 539 01:12:47,780 --> 01:12:49,448 seperti Friska dan Ellie. 540 01:12:52,242 --> 01:12:55,287 Namun, semua orang utan lain akan dijauhi. 541 01:13:03,128 --> 01:13:05,798 Walaupun begitu, sebagai raja yang diiktiraf, 542 01:13:05,881 --> 01:13:09,510 kehadirannya akan menghalang jantan tanpa bebibir 543 01:13:09,593 --> 01:13:11,804 daripada mengembangkan bebibir. 544 01:13:15,474 --> 01:13:21,480 Ini akan memanjangkan pemerintahannya, yang boleh bertahan selama sepuluh tahun. 545 01:13:27,528 --> 01:13:30,322 Keadaan juga sudah beralih untuk Eden. 546 01:13:33,325 --> 01:13:35,911 Eden membuat alat kayu… 547 01:13:40,541 --> 01:13:44,002 untuk mencapai apa-apa saja di dalam lubang ini. 548 01:13:47,589 --> 01:13:52,469 Buat pertama kalinya, Eden menemukan cara untuk menggunakan alat 549 01:13:52,553 --> 01:13:55,931 tanpa diajar oleh ibunya, Ellie. 550 01:13:57,349 --> 01:14:01,353 Namun kali ini, ia tidak memberikan hasil yang betul. 551 01:14:02,604 --> 01:14:05,065 Eden perlu fikir semula. 552 01:14:12,656 --> 01:14:16,076 Eden cuba bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya. 553 01:14:18,328 --> 01:14:21,457 Jadi, pokok menjalar ini akan membantu? 554 01:14:58,035 --> 01:14:59,620 Kayunya lebih panjang, 555 01:15:01,038 --> 01:15:03,499 tetapi masih tidak cukup panjang. 556 01:15:06,460 --> 01:15:11,048 Eden memerlukan beberapa tahun lagi untuk menggunakan alat dengan baik, 557 01:15:12,216 --> 01:15:15,135 tapi kemahiran ini merupakan pencapaian penting 558 01:15:15,219 --> 01:15:16,970 dalam perjalanannya sendiri. 559 01:15:20,474 --> 01:15:25,646 Petanda bahawa Eden sudah bersedia untuk hidup berdikari di hutan. 560 01:15:29,900 --> 01:15:32,861 Banyak cabaran lain yang menanti Eden, 561 01:15:33,403 --> 01:15:37,574 tapi cabaran terbesar baginya dan semua orang utan di situ 562 01:15:37,658 --> 01:15:41,078 akan datang dari dunia di luar sempadan mereka. 563 01:15:47,793 --> 01:15:50,546 Ketika Friska yang tua sama umur dengan Eden, 564 01:15:50,629 --> 01:15:53,924 ada banyak orang utan di seluruh Sumatera. 565 01:15:56,134 --> 01:15:57,636 Tidak lagi. 566 01:15:58,762 --> 01:16:00,264 Dalam 20 tahun lalu, 567 01:16:00,347 --> 01:16:06,270 80 peratus hutan orang utan telah musnah di dunia ini. 568 01:16:08,105 --> 01:16:14,611 Jadi, bolehkah hutan Suaq bertahan lama untuk Pepito membuat laungan jauhnya? 569 01:16:17,990 --> 01:16:21,368 Atau untuk Eden membesarkan keluarganya sendiri? 570 01:16:27,249 --> 01:16:29,793 Dengan proses pembelajaran yang lama, 571 01:16:30,294 --> 01:16:32,296 beruk yang lambat matang ini 572 01:16:32,379 --> 01:16:36,592 tidak boleh mengejar perubahan pantas terhadap habitatnya. 573 01:16:39,636 --> 01:16:42,681 Hari ini, Sungai Limbang yang sempit saja 574 01:16:42,764 --> 01:16:47,644 memisahkan tempat tinggal Eden dan pembangunan manusia yang pesat. 575 01:16:49,771 --> 01:16:53,066 Namun, selagi hutan Suaq dilindungi, 576 01:16:53,734 --> 01:17:00,240 kisah saudara kita yang hebat ini akan berterusan selama beberapa generasi. 577 01:17:01,491 --> 01:17:05,329 Harapnya, ia bukan sekadar harapan. 578 01:18:27,285 --> 01:18:30,622 Terjemahan sari kata oleh Farhah Zubir