1
00:00:23,482 --> 00:00:26,068
Saya mungkin mendaftar
untuk badminton hari ini.
2
00:00:26,068 --> 00:00:28,278
Awak pula, Charlie Brown?
3
00:00:30,572 --> 00:00:31,657
Apa itu?
4
00:00:33,951 --> 00:00:36,703
Lembaran pendaftaran
untuk latihan angkasawan.
5
00:00:36,703 --> 00:00:38,747
Itu aktiviti perkhemahan yang pelik.
6
00:00:56,139 --> 00:00:58,433
Saya tetap mahu daftar untuk badminton.
7
00:01:01,186 --> 00:01:03,647
"Gigi Sally."
8
00:01:06,233 --> 00:01:07,776
Tengoklah roti bakar ini.
9
00:01:07,776 --> 00:01:09,528
Mentega disapu rata.
10
00:01:09,528 --> 00:01:11,822
Marmalad disapu rata.
11
00:01:11,822 --> 00:01:14,700
Saya puji, boleh tahan.
12
00:01:19,246 --> 00:01:21,206
Taklah teruk sangat.
13
00:01:22,249 --> 00:01:24,209
Gigi saya patah.
14
00:01:24,209 --> 00:01:26,086
Kerasnya marmalad itu.
15
00:01:26,086 --> 00:01:27,546
Awak okey?
16
00:01:27,546 --> 00:01:28,797
Okey?
17
00:01:29,840 --> 00:01:31,091
Saya rasa hebat!
18
00:01:31,091 --> 00:01:33,635
Ini bermaksud pari-pari gigi
mengunjungi saya!
19
00:01:34,928 --> 00:01:37,764
Beri laluan.
20
00:01:37,764 --> 00:01:40,517
Tumpang lalu, sebatang gigi saya patah.
21
00:01:40,517 --> 00:01:42,477
Snoopy, awak dengar tak?
22
00:01:42,978 --> 00:01:45,063
Gigi susu saya patah.
23
00:02:14,218 --> 00:02:16,512
Awak dengar tak gigi saya patah?
24
00:02:17,054 --> 00:02:19,097
Saya dengar khabar angin itu.
25
00:02:19,097 --> 00:02:22,893
Saya tertanya-tanya
upah pari-pari gigi masa ini.
26
00:02:22,893 --> 00:02:25,062
Gigi depan atau belakang?
27
00:02:25,062 --> 00:02:26,230
Belakang.
28
00:02:26,230 --> 00:02:29,650
Ia lebih mahal sebab gigi susu belakang
yang banyak mengunyah.
29
00:02:30,234 --> 00:02:32,444
Saya tak terfikir begitu.
30
00:02:32,444 --> 00:02:35,364
Biasanya pari-pari gigi
hanya beri saya lima sen.
31
00:02:35,364 --> 00:02:37,783
Mungkin saya akan dapat 25 sen.
32
00:02:37,783 --> 00:02:39,952
Gigi ini sangat berharga.
33
00:02:40,577 --> 00:02:43,914
Sudah tentu, jika awak tinggalkan
alamat kepada pari-pari gigi
34
00:02:43,914 --> 00:02:45,874
di rumah sebelum datang ke perkhemahan.
35
00:02:46,959 --> 00:02:48,585
Apa maksud awak?
36
00:02:48,585 --> 00:02:51,255
Jadi macam mana
pari-pari gigi akan jumpa awak?
37
00:02:51,255 --> 00:02:53,674
Saya andaikan jika
saya letak gigi di bawah bantal,
38
00:02:53,674 --> 00:02:56,260
pari-pari gigi tahu tempat mencarinya.
39
00:02:56,260 --> 00:02:59,930
Macam mana? Dia bukan seperti Santa Claus.
40
00:02:59,930 --> 00:03:04,560
Santa Claus ada masa memantau semua orang
sebab dia hanya bekerja semalam setahun.
41
00:03:04,560 --> 00:03:06,895
Bunian juga membantunya.
42
00:03:07,896 --> 00:03:09,898
Saya tak terfikir pula.
43
00:03:09,898 --> 00:03:14,027
Sebab inilah saya sentiasa tinggalkan
alamat penghantaran semula.
44
00:03:14,528 --> 00:03:15,779
Betul.
45
00:03:15,779 --> 00:03:19,783
Kunjungan ke rumah nenek,
parti tidur, apa-apa sahajalah.
46
00:03:19,783 --> 00:03:21,743
Memang patut begitu!
47
00:03:22,244 --> 00:03:23,871
Habislah saya.
48
00:03:36,049 --> 00:03:38,635
Mungkin awak boleh simpan gigi itu
sehingga tiba di rumah
49
00:03:38,635 --> 00:03:40,762
kemudian barulah letak ia di bawah bantal?
50
00:03:40,762 --> 00:03:43,432
Saya tidak mahu ia susut nilai.
51
00:03:43,932 --> 00:03:47,477
Apa kata awak tulis surat kepada
pari-pari gigi menggunakan alamat kem?
52
00:03:48,020 --> 00:03:51,315
Betul! Tulis surat, abang.
53
00:03:52,149 --> 00:03:56,945
Ke hadapan pari-pari gigi, surat ini
untuk maklumkan perubahan lokasi terkini,
54
00:03:56,945 --> 00:04:00,782
memandangkan gigi susu saya baru patah
dan saya tak mahu awak keliru.
55
00:04:00,782 --> 00:04:04,453
Saya faham yang upah gigi belakang
ialah 25 sen,
56
00:04:04,453 --> 00:04:08,624
tapi kalau mahu beri lima keping lima sen,
atau dua sepuluh sen dan lima satu sen...
57
00:04:08,624 --> 00:04:11,877
Kita patut kekalkan subjek lokasi.
58
00:04:11,877 --> 00:04:13,128
Betul juga.
59
00:04:13,128 --> 00:04:18,050
Saya ada di Kem Tasik Spring, Kabin B,
tingkat pertama di tepi tingkap belakang.
60
00:04:18,050 --> 00:04:19,343
Jumpa lagi.
61
00:04:19,343 --> 00:04:21,762
Serta lain-lain. Sally Brown.
62
00:04:22,930 --> 00:04:24,806
Saya akan terus kirim surat ini.
63
00:04:24,806 --> 00:04:27,059
Awaklah abang terbaik.
64
00:04:27,059 --> 00:04:28,977
Dua puluh lima sen jumlah yang banyak.
65
00:04:28,977 --> 00:04:32,523
Saya perlu buat
rancangan kewangan sewajarnya.
66
00:04:33,440 --> 00:04:36,652
Sekejap. Saya tak tahu
tempat tinggal pari-pari gigi.
67
00:04:36,652 --> 00:04:38,695
Saya patut kirim surat ini ke mana?
68
00:04:44,952 --> 00:04:48,705
Kehilangan gigi
hanya ungkapan bagi gigi yang patah.
69
00:04:48,705 --> 00:04:50,415
Sally masih ada gigi.
70
00:04:57,256 --> 00:04:59,466
Dia suruh saya hantar surat
kepada pari-pari gigi,
71
00:04:59,466 --> 00:05:01,718
tapi saya tak tahu alamatnya.
72
00:05:01,718 --> 00:05:03,595
Saya tak mahu buat dia kecewa.
73
00:05:07,432 --> 00:05:09,560
Awak fikir apa yang saya fikir?
74
00:05:15,232 --> 00:05:17,568
Tak, Snoopy. Saya akan beri awak 25 sen,
75
00:05:17,568 --> 00:05:22,114
dan awak boleh buat tugas pari-pari gigi
dengan menukarnya dengan gigi Sally.
76
00:05:25,492 --> 00:05:27,160
Sebagai pertukaran untuk biskut anjing?
77
00:05:30,497 --> 00:05:31,623
Sini.
78
00:05:32,708 --> 00:05:37,087
Sekarang saya cuma perlu tidur
dan biarkan pari-pari gigi buat kerjanya.
79
00:05:38,380 --> 00:05:40,841
Tapi macam mana
kalau saya tak dapat tidur?
80
00:05:40,841 --> 00:05:42,342
Atau berjaga sepanjang malam?
81
00:05:42,342 --> 00:05:43,468
Macam mana kalau saya...
82
00:05:46,847 --> 00:05:48,015
Okey, Snoopy.
83
00:05:48,015 --> 00:05:50,976
Awak cuma perlu menyelinap masuk
dan buat pertukaran
84
00:05:50,976 --> 00:05:52,895
tanpa kejutkan sesiapa.
85
00:05:53,520 --> 00:05:54,855
Faham?
86
00:05:56,940 --> 00:06:00,652
Ini saja syiling saya ada,
jadi berhati-hati.
87
00:06:27,262 --> 00:06:30,307
Seronok rasanya buat perkara baik
untuk seseorang.
88
00:06:34,353 --> 00:06:35,354
Terima kasih, kawan.
89
00:06:35,354 --> 00:06:39,024
Tak sabar mahu tengok reaksi Sally esok.
90
00:06:43,320 --> 00:06:44,947
Pari-pari gigi datang.
91
00:06:44,947 --> 00:06:46,114
TASIK SPRING
92
00:06:46,114 --> 00:06:48,408
Biskut anjing?
93
00:06:49,117 --> 00:06:50,786
Teruknya.
94
00:06:50,786 --> 00:06:53,539
Teruk betul. Saya akan saman.
95
00:06:53,539 --> 00:06:57,209
Apa salah saya kepada pari-pari gigi
sehingga dianiaya begini?
96
00:06:57,209 --> 00:07:00,254
Saya mahu duit bukan snek.
97
00:07:00,254 --> 00:07:02,840
Snek anjing tidak bernilai.
98
00:07:04,049 --> 00:07:05,509
Saya pasti itu kesilapan.
99
00:07:05,509 --> 00:07:06,885
Tulis surat!
100
00:07:06,885 --> 00:07:12,099
Ke hadapan pari-pari gigi, saya terima
"hadiah" awak sebagai ganti gigi saya.
101
00:07:12,099 --> 00:07:15,644
Orang cakap patah gigi susu ialah petanda
menjadi lebih matang.
102
00:07:15,644 --> 00:07:18,397
Saya rasa lebih matang sekarang.
103
00:07:18,397 --> 00:07:20,232
Matang dan kecewa.
104
00:07:20,232 --> 00:07:22,276
Betulkan ini.
105
00:07:23,986 --> 00:07:26,321
Jumpa lagi. Sally Brown.
106
00:07:31,326 --> 00:07:34,413
Snoopy, awak beri Sally barang yang salah.
107
00:07:35,122 --> 00:07:36,373
Nuh-uh.
108
00:07:42,963 --> 00:07:48,177
Ingat, rasa adil dan keajaiban
seorang kanak-kanak dipertaruhkan.
109
00:08:20,000 --> 00:08:21,502
Awak sudah menukarnya?
110
00:08:24,296 --> 00:08:26,423
Di mana syiling itu?
111
00:08:28,300 --> 00:08:30,052
Apa yang kita patut buat?
112
00:08:30,052 --> 00:08:33,138
Kita perlu letak sesuatu
di bawah bantal Sally.
113
00:08:40,729 --> 00:08:43,065
Surat akuan hutang?
114
00:08:44,691 --> 00:08:46,860
Ditandatangani oleh pari-pari gigi?
115
00:08:50,614 --> 00:08:52,115
{\an8}Awak percaya tak?
116
00:08:52,115 --> 00:08:56,453
{\an8}Surat akuan hutang tulisan tangan
pari-pari gigi lebih baik daripada duit.
117
00:08:56,453 --> 00:08:58,121
{\an8}Saya tak mahu menukarnya dengan duit.
118
00:08:58,121 --> 00:09:01,375
{\an8}Lagipun, siapa lagi
yang ada autograf pari-pari gigi?
119
00:09:01,375 --> 00:09:02,960
{\an8}Mungkin awak patut menggantungnya.
120
00:09:02,960 --> 00:09:05,254
{\an8}Idea yang bagus.
121
00:09:05,838 --> 00:09:10,008
Sukar untuk menahan diri
daripada menagih hutang 25 dolar.
122
00:09:11,927 --> 00:09:13,720
Dua puluh lima dolar?
123
00:09:15,222 --> 00:09:18,809
Itulah padahnya mempercayai
anjing untuk tulis titik perpuluhan.
124
00:09:28,861 --> 00:09:30,279
BUKU PANDUAN PENGAKAP BEAGLE
125
00:09:30,279 --> 00:09:34,366
"Pengakap Beagle Cekap.
126
00:09:37,953 --> 00:09:40,205
Alam semula jadi.
127
00:09:40,205 --> 00:09:44,001
Ia keindahan dan ketenangannya abadi."
128
00:09:45,836 --> 00:09:49,590
"Malangnya,
bukan semua benda adalah abadi."
129
00:09:58,182 --> 00:10:01,643
"Tapi pengakap Beagle yang cekap
sentiasa sedia membantu."
130
00:10:39,598 --> 00:10:41,808
"Sebaik sahaja Pengakap Beagle
belajar untuk menjadi cekap,
131
00:10:41,808 --> 00:10:44,853
tiada masalah yang mereka
tak boleh selesaikan."
132
00:10:49,608 --> 00:10:51,151
Menjaring bola.
133
00:10:54,821 --> 00:10:56,281
Itu satu jaringan.
134
00:11:08,460 --> 00:11:10,128
Donat saya.
135
00:11:10,128 --> 00:11:12,923
Tanpa lubang, ia hanya pastri Danish.
136
00:11:16,969 --> 00:11:18,595
Aduhai!
137
00:11:22,432 --> 00:11:27,688
"Tapi ingat, cekap bukan bermakna
kamu perlu perbaiki semuanya."
138
00:11:36,530 --> 00:11:40,534
"Dengan kata lain,
jika ia tak rosak, jangan perbaiki."
139
00:12:26,246 --> 00:12:28,498
"Dilema Gula-gula Getah."
140
00:13:01,281 --> 00:13:03,909
Sikap yang memalukan!
141
00:13:04,785 --> 00:13:08,747
Bagaimana dengan kerja berpasukan?
Bekerjasama? Bersatu?
142
00:13:08,747 --> 00:13:12,334
Buku panduan awak
pasti ada menyatakan perkara tersebut.
143
00:13:16,672 --> 00:13:19,049
{\an8}Ia dalam istilah yang mudah.
144
00:13:19,049 --> 00:13:22,928
{\an8}"Kerja berpasukan adalah asas penting
bagi Pengakap Beagle."
145
00:13:28,267 --> 00:13:29,726
Tsk.
146
00:13:36,358 --> 00:13:40,362
Saya tahu kad pemula Joe Shlabotnik
ada di sini.
147
00:13:40,362 --> 00:13:41,446
Apa pendapat awak?
148
00:13:41,446 --> 00:13:44,700
Sebungkus gula-gula getah,
dan hanya ada tiga keping lagi.
149
00:13:46,034 --> 00:13:49,663
Jangan menunjuk-nunjuk jika tak cukup
untuk berkongsi, Charlie Brown.
150
00:13:49,663 --> 00:13:54,168
Sekeping gula-gula getah terakhir
di kem telah dimakan beberapa hari lepas.
151
00:13:54,668 --> 00:13:56,670
Ia barang berharga.
152
00:13:57,254 --> 00:13:59,423
Ia cuma gula-gula getah. Apa masalahnya...
153
00:13:59,423 --> 00:14:04,136
Maafkan saya, adakah itu bunyi
merenyuk pembalut gula-gula getah?
154
00:14:07,347 --> 00:14:09,224
Mungkin saya tersilap.
155
00:14:13,437 --> 00:14:17,316
Adakah itu bunyi mengeluh lega?
156
00:14:18,984 --> 00:14:22,905
{\an8}"Kerja berpasukan perlukan tumpuan
dan perhatian antara satu sama lain."
157
00:14:26,575 --> 00:14:31,163
"Mula membina sikap ini dengan
senaman saling merenung yang mudah."
158
00:14:56,396 --> 00:14:59,900
Saya tak percaya awak membawa
gula-gula getah di dalam poket.
159
00:14:59,900 --> 00:15:04,363
Saya tak yakin tempat ini begitu sukakan
gula-gula getah seperti yang awak katakan.
160
00:15:04,363 --> 00:15:06,281
Kamu bercakap tentang gula-gula getah?
161
00:15:06,281 --> 00:15:07,824
Siapa ada gula-gula getah?
162
00:15:07,824 --> 00:15:10,035
Charlie Brown ada gula-gula getah!
163
00:15:10,035 --> 00:15:12,746
Saya harap ia cukup
untuk dikongsi, Charles.
164
00:15:12,746 --> 00:15:14,206
Sudah tentu cukup.
165
00:15:14,206 --> 00:15:16,583
Chuck seorang kawan yang baik.
166
00:15:16,583 --> 00:15:20,504
Sebenarnya saya hanya ada
tiga keping gula-gula getah.
167
00:15:21,004 --> 00:15:22,714
- Ini tak adil.
- Ayuh.
168
00:15:22,714 --> 00:15:25,592
- Kami mahukan gula-gula getah.
- Bertenang, semua.
169
00:15:25,592 --> 00:15:28,303
Ada penyelesaian yang jelas
kepada dilema ini.
170
00:15:28,303 --> 00:15:29,930
- Ada?
- Ya.
171
00:15:29,930 --> 00:15:32,474
Chuck hanya perlu memilih
dua orang kegemarannya
172
00:15:32,474 --> 00:15:35,352
dalam kalangan kita
untuk berkongsi. Mudah.
173
00:15:35,352 --> 00:15:36,895
- Tunggu.
- Begitulah caranya.
174
00:15:36,895 --> 00:15:38,605
- Jangan buat silap.
- Idea yang bagus.
175
00:15:38,605 --> 00:15:40,023
- Saya setuju.
- Adil.
176
00:15:40,023 --> 00:15:41,650
Aduhai!
177
00:15:42,526 --> 00:15:44,695
"Kerja berpasukan
dibina atas kepercayaan.
178
00:15:44,695 --> 00:15:47,614
Diawasi dan dilaksanakan dengan betul,
179
00:15:47,614 --> 00:15:51,785
latihan jatuh adalah cara yang bagus
untuk menjalin perpaduan dalam pasukan.
180
00:15:51,785 --> 00:15:55,372
Bertenang dan baring ke belakang
ke dalam pelukan pasukan anda
181
00:15:55,372 --> 00:15:58,417
sebagai demonstrasi
kepercayaan dan keakraban."
182
00:16:08,719 --> 00:16:12,764
Seluruh kem bercakap tentang
gula-gula getah abang.
183
00:16:12,764 --> 00:16:14,391
Jangan ingatkan saya.
184
00:16:14,391 --> 00:16:19,188
Saya tak iri hati awak perlu pilih orang
yang dapat sekeping gula-gula getah itu.
185
00:16:19,771 --> 00:16:22,733
Sebenarnya, Sally, ada dua keping
lebihan gula-gula getah.
186
00:16:23,525 --> 00:16:27,696
Ya, tapi selepas berkongsi dengan saya,
ada lebihan sekeping lagi.
187
00:16:28,572 --> 00:16:31,617
Awak mahu berkongsi gula-gula getah
dengan saya, bukan?
188
00:16:31,617 --> 00:16:34,786
Satu-satunya adik kandung perempuan awak.
189
00:16:34,786 --> 00:16:36,997
Sudah tentu saya dapat sekeping.
190
00:16:37,706 --> 00:16:39,917
Saya perlu berfikir.
191
00:16:42,544 --> 00:16:46,590
Sebagai keluarga,
ada tanggungjawab yang perlu dipatuhi.
192
00:16:48,842 --> 00:16:50,427
Sy. Dia datang.
193
00:16:52,763 --> 00:16:57,226
Itu baju baru, Charlie Brown?
Nampak cantik.
194
00:16:57,226 --> 00:16:59,978
Awak ubah gaya rambut?
195
00:16:59,978 --> 00:17:03,857
Saya rasa semua pujian ini
adalah kerana gula-gula getah itu.
196
00:17:05,358 --> 00:17:07,069
Mungkin saya hanya bersikap sinis.
197
00:17:07,069 --> 00:17:08,278
Hai, gula-gula getah.
198
00:17:13,659 --> 00:17:15,786
Psst. Chuck, di sini.
199
00:17:22,751 --> 00:17:23,919
Apa khabar?
200
00:17:23,919 --> 00:17:25,127
Kurang bagus.
201
00:17:25,628 --> 00:17:28,382
Saya rasa bertanggungjawab
untuk semua hal ini.
202
00:17:28,382 --> 00:17:29,800
Maafkan saya.
203
00:17:29,800 --> 00:17:31,844
Terima kasih. Saya hargainya.
204
00:17:31,844 --> 00:17:35,138
Orang boleh berpura-pura
untuk capai kemahuan mereka.
205
00:17:35,138 --> 00:17:37,391
Jangan rasa tertekan.
206
00:17:37,391 --> 00:17:40,227
Beri saja gula-gula getah itu
kepada orang pertama awak jumpa.
207
00:17:40,727 --> 00:17:41,937
Bermula sekarang.
208
00:17:42,813 --> 00:17:44,064
Sekarang.
209
00:17:44,064 --> 00:17:45,399
Saat ini.
210
00:17:46,817 --> 00:17:48,652
Saya mahu gula-gula getah itu, Chuck.
211
00:17:51,864 --> 00:17:54,324
- Tak mungkin.
- Saya orang kegemaran Charlie Brown.
212
00:17:54,324 --> 00:17:56,493
- Dia akan beri saya.
- Tak, saya!
213
00:17:56,493 --> 00:17:58,287
Saya tak tahan!
214
00:17:58,287 --> 00:18:02,124
Saya berharap
tak jumpa gula-gula getah itu!
215
00:18:04,168 --> 00:18:08,463
"Komunikasi adalah penting
untuk mencapai matlamat pasukan.
216
00:18:08,463 --> 00:18:12,050
Untuk menguji ini, pasukan membimbing
rakan sepasukan yang ditutup matanya
217
00:18:12,050 --> 00:18:14,803
melalui laluan berhalangan
menggunakan suara mereka."
218
00:18:15,971 --> 00:18:19,933
"Bercakap bergilir-gilir kunci
untuk menunjukkan kerja berpasukan."
219
00:18:47,294 --> 00:18:50,964
"Pada akhirnya, kerja berpasukan
bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa."
220
00:18:59,723 --> 00:19:02,601
"Pasukan Pengakap Beagle
menjadi satu pasukan
221
00:19:02,601 --> 00:19:06,146
apabila mereka belajar untuk
ketepikan perbezaan dan bekerjasama.
222
00:19:06,146 --> 00:19:09,441
Mempunyai matlamat yang sama
menyatukan pasukan."
223
00:19:21,328 --> 00:19:23,080
Apa yang perlu saya buat, Linus?
224
00:19:23,080 --> 00:19:27,000
Tak kira siapa yang saya pilih,
majoriti akan kecewa.
225
00:19:27,000 --> 00:19:29,670
Ia situasi yang mustahil.
226
00:19:30,295 --> 00:19:32,214
Tapi itulah kehidupan.
227
00:19:32,214 --> 00:19:35,092
Awak tak boleh puaskan hati semua orang.
228
00:19:36,260 --> 00:19:37,678
Itu dia!
229
00:19:38,554 --> 00:19:41,265
- Masih belum dapat.
- Awak tak suka gula-gula getah.
230
00:19:41,265 --> 00:19:42,724
Perhatian, semua.
231
00:19:42,724 --> 00:19:44,768
Saya ada pengumuman.
232
00:19:44,768 --> 00:19:47,229
Senyap, semua.
233
00:19:47,229 --> 00:19:52,860
Abang saya yang baik dan tak lari
daripada tanggungjawab keluarga...
234
00:19:52,860 --> 00:19:55,821
sudah ada keputusan
tentang gula-gula getahnya.
235
00:19:55,821 --> 00:19:57,531
Ya, ada.
236
00:19:58,198 --> 00:19:59,741
Saya telah membuangnya.
237
00:20:01,493 --> 00:20:03,871
Awak buat apa?
238
00:20:03,871 --> 00:20:05,539
Saya membuangnya.
239
00:20:05,539 --> 00:20:08,250
Gula-gula getah itu dah tiada,
dan tiada sesiapa mendapatnya.
240
00:20:08,250 --> 00:20:09,459
Termasuk saya.
241
00:20:09,459 --> 00:20:13,589
Saya fikir lebih baik kecewa bersama-sama
242
00:20:13,589 --> 00:20:18,135
daripada iri hati sesama kita,
walaupun ia buat kamu marah kepada saya.
243
00:20:20,053 --> 00:20:21,972
- Dia buat perkara yang betul.
- Okey, abang.
244
00:20:21,972 --> 00:20:24,391
- Dia betul kali ini.
- Lagipun, siapa perlu gula-gula getah?
245
00:20:24,391 --> 00:20:25,767
Hebatnya dia.
246
00:20:26,643 --> 00:20:31,356
Saya rasa dunia ini perlukan orang
seperti Charlie Brown.
247
00:20:31,356 --> 00:20:33,942
Apa awak buat dengan gula-gula getah itu?
248
00:20:51,877 --> 00:20:52,920
BERDASARKAN KOMIK THE PEANUTS STRIP
OLEH CHARLES M. SCHULZ
249
00:21:16,818 --> 00:21:18,820
Terjemahan sari kata oleh Nur Ezzati Karim
250
00:21:21,907 --> 00:21:23,909
TERIMA KASIH, SPARKY.
SENTIASA DALAM INGATAN.