1 00:01:00,686 --> 00:01:02,980 "Peminat di Kem." 2 00:01:05,941 --> 00:01:08,151 Saya ada masalah, Marcie. 3 00:01:08,777 --> 00:01:10,153 Adakah pokok ivy beracun? 4 00:01:10,153 --> 00:01:11,738 Atau pokok oak beracun? 5 00:01:11,738 --> 00:01:13,448 Pokok Birch beracun yang digeruni? 6 00:01:13,448 --> 00:01:16,368 Saya rasa yang terakhir itu tak benar. 7 00:01:16,368 --> 00:01:19,872 Awak perlu lebih berhati-hati apabila berkaitan dedaun. 8 00:01:19,872 --> 00:01:23,458 Awak pelik, Marcie. Tapi bukan. 9 00:01:23,458 --> 00:01:25,836 Masalah saya lebih teruk. 10 00:01:26,336 --> 00:01:28,964 Rasanya Chuck suka saya. 11 00:01:28,964 --> 00:01:31,258 Kenapa awak cakap begitu? 12 00:01:31,258 --> 00:01:33,594 Ia sangat jelas. 13 00:01:34,720 --> 00:01:36,096 Hari yang indah, bukan? 14 00:01:40,976 --> 00:01:43,812 Dah ditakdirkan. 15 00:01:44,688 --> 00:01:48,984 Jika itu belum cukup buruk, tarian bangsal musim panas akan tiba. 16 00:01:48,984 --> 00:01:51,570 Chuck pasti akan ajak saya menari. 17 00:01:51,570 --> 00:01:54,865 Kalau saya menolak, dia pasti kecewa. 18 00:01:54,865 --> 00:01:57,618 Awak boleh menari bersama dia. 19 00:01:58,785 --> 00:02:01,788 Tak. Saya perlu hentikannya. 20 00:02:02,289 --> 00:02:04,458 Chuck berhati lembut. 21 00:02:04,458 --> 00:02:08,377 Saya yakin dia merindui saya pada saat ini. 22 00:02:10,672 --> 00:02:13,217 Sandwic bologna tiada tandingan. 23 00:02:14,593 --> 00:02:16,094 Dengar, kamu berdua. 24 00:02:17,054 --> 00:02:20,098 Saya bertanggungjawab untuk persiapan tarian bangsal. 25 00:02:20,098 --> 00:02:23,435 Charlie Brown, awak ketua kumpulan dekorasi. 26 00:02:23,435 --> 00:02:25,938 Snoopy, saya perlu bantuan awak juga. 27 00:02:29,191 --> 00:02:33,403 Bagaimana kalau saya cakap awak mungkin boleh dapat lencana dari situ? 28 00:02:36,532 --> 00:02:37,783 Ikut saya. 29 00:02:46,917 --> 00:02:48,085 Tak guna. 30 00:02:49,503 --> 00:02:52,923 Dulu Tasik Spring ada gerabak rumput kering untuk ke bangsal sebelum majlis, 31 00:02:53,423 --> 00:02:55,592 tapi traktor dah tak berfungsi. 32 00:02:56,218 --> 00:03:00,514 Mungkin ada lencana mekanik awak boleh peroleh apabila membaikinya. 33 00:03:17,823 --> 00:03:21,368 Saya rasa kita perlu lebih bukti untuk sokong teori peminat di kem awak. 34 00:03:21,368 --> 00:03:25,914 Contohnya, adakah Charles cuba cari alasan untuk bersama awak? 35 00:03:26,415 --> 00:03:29,585 Lucy tugaskan saya di bahagian hiasan untuk tarian bangsal. 36 00:03:29,585 --> 00:03:31,295 Kamu berdua mahu tolong? 37 00:03:33,088 --> 00:03:34,590 Rasanya ya. 38 00:03:34,590 --> 00:03:36,842 Bagus. Jumpa di bangsal. 39 00:03:38,969 --> 00:03:40,929 Itu menjawab soalan awak? 40 00:03:42,222 --> 00:03:44,266 Dia undang saya juga. 41 00:03:44,266 --> 00:03:46,059 Belum meyakinkan. 42 00:03:46,935 --> 00:03:50,105 Saya benci semua muslihat romantik ini. 43 00:03:56,486 --> 00:04:00,157 Nampaknya Charlie ajak ramai orang untuk membantu menghias. 44 00:04:00,157 --> 00:04:01,909 Kita masih perlukan lebih bukti. 45 00:04:01,909 --> 00:04:05,454 Contohnya, adakah dia selalu kelu apabila dekat dengan awak? 46 00:04:06,288 --> 00:04:07,539 Ehem. Perhatian, semua. 47 00:04:08,624 --> 00:04:11,960 Seperti yang kamu tahu, kita akan buat hiasan untuk tarian bangsal dan, 48 00:04:14,463 --> 00:04:17,757 sebagai orang yang bertanggungjawab, 49 00:04:17,757 --> 00:04:21,762 saya fikir mahu beri sedikit kata-kata semangat. 50 00:04:21,762 --> 00:04:24,848 Jadi, semoga berjaya? 51 00:04:24,848 --> 00:04:28,393 Tak. Ayuh lakukannya? Tak. 52 00:04:29,102 --> 00:04:30,437 Itu dia. 53 00:04:31,188 --> 00:04:33,607 Dia dilamun cinta dengan saya. 54 00:04:34,358 --> 00:04:36,985 Dia tak dapat bercakap dengan baik. 55 00:04:36,985 --> 00:04:42,282 Seperti kata Winston Churchill... Sekejap, apa katanya? 56 00:04:44,618 --> 00:04:46,662 Boleh kita mula menghias sekarang? 57 00:05:18,318 --> 00:05:23,657 Lucy, awak tahu cara untuk tahu jika seseorang suka awak? 58 00:05:24,157 --> 00:05:27,703 Kebetulan saya pakar dalam hal itu. 59 00:05:27,703 --> 00:05:31,748 Seperti yang kamu tahu, Schroeder meminati saya selama bertahun-tahun. 60 00:05:36,962 --> 00:05:39,715 Dah tentulah ia tak ketara. 61 00:05:39,715 --> 00:05:43,635 Satu tanda yang jelas ialah jika orang itu selalu bagi awak hadiah. 62 00:05:44,136 --> 00:05:45,846 Boleh tolong sapu? 63 00:05:46,388 --> 00:05:48,140 Saya tak boleh terima, Chuck. 64 00:05:48,140 --> 00:05:49,683 Ia tak patut. 65 00:05:51,602 --> 00:05:52,436 Okey. 66 00:05:52,936 --> 00:05:54,563 Saya sendiri akan sapu. 67 00:05:56,857 --> 00:05:59,026 Ada lagi, Lucille? 68 00:06:00,819 --> 00:06:04,156 Cemerkap berdekatan orang yang diminati ialah petunjuk utama. 69 00:06:45,697 --> 00:06:47,366 Mana Beagle itu? 70 00:06:53,539 --> 00:06:55,791 Ya, Snoopy! Ya! 71 00:06:56,291 --> 00:06:58,460 - Masanya dah tiba. - Hore! 72 00:07:09,096 --> 00:07:11,974 Kita perlu satu bukti terakhir. 73 00:07:11,974 --> 00:07:15,143 Adakah Charles sentiasa cuba rapat dengan awak? 74 00:07:24,528 --> 00:07:28,073 Nampak tadi? Chuck sangat dekat dengan saya. 75 00:07:28,073 --> 00:07:30,868 Petandanya jelas. Dia minat awak. 76 00:07:30,868 --> 00:07:33,829 Dia pasti akan ajak saya menari. 77 00:07:33,829 --> 00:07:36,039 Saya terpaksa patahkan hatinya. 78 00:07:36,540 --> 00:07:39,459 Mungkin ini membantu, traktor dah rosak. 79 00:07:39,459 --> 00:07:41,378 Mungkin kita takkan sampai di sana. 80 00:07:44,173 --> 00:07:46,341 Saya tak patut percayakan awak. 81 00:07:48,218 --> 00:07:51,138 Kita tak perlukan traktor itu lagi. 82 00:07:51,138 --> 00:07:52,639 Bangsal di sana. 83 00:07:54,892 --> 00:07:57,561 Ya! Mari menari. 84 00:08:02,900 --> 00:08:04,651 Apa saya patut buat tentang Chuck? 85 00:08:05,277 --> 00:08:08,822 Mungkin awak patut cakap kepadanya yang perasaannya tak berbalas. 86 00:08:09,323 --> 00:08:12,659 Patah hati atau tak, dia akan hargai kejujuran. 87 00:08:12,659 --> 00:08:14,536 Nasihat yang baik, Marcie. 88 00:08:18,999 --> 00:08:21,793 Awak sukakan saya, betul, Chuck? 89 00:08:22,669 --> 00:08:23,670 Yakah? 90 00:08:24,254 --> 00:08:25,714 Ya, betul. 91 00:08:26,215 --> 00:08:28,842 Kita cuma kawan, Chuck. Itu saja. 92 00:08:32,221 --> 00:08:33,179 Baguslah. 93 00:08:34,222 --> 00:08:37,768 Saya setuju menari dengan awak tapi sebagai kawan. 94 00:08:38,268 --> 00:08:40,102 Awak mahu menari dengan saya? 95 00:08:40,102 --> 00:08:42,731 Sebagai kawan. Faham? 96 00:08:44,983 --> 00:08:46,985 Saya gembira kita berbual tentang ini. 97 00:08:46,985 --> 00:08:48,820 Jumpa di pentas tarian nanti... 98 00:08:50,864 --> 00:08:52,407 sebagai kawan. 99 00:08:53,534 --> 00:08:55,994 Saya tak tahu apa yang berlaku. 100 00:09:00,707 --> 00:09:05,754 Nampaknya awak dah baiki traktor, walaupun tak bertahan. 101 00:09:05,754 --> 00:09:09,174 Saya rasa itu bermaksud secara teknikalnya awak dapat lencana. 102 00:09:28,944 --> 00:09:29,903 BUKU PANDUAN PENGAKAP BEAGLE 103 00:09:29,903 --> 00:09:31,989 "Bolehkah Anda Menjadi Pengakap Beagle? 104 00:09:32,906 --> 00:09:34,533 Bangun Awal." 105 00:09:40,247 --> 00:09:42,416 "Pengakap Beagle bangun awal, 106 00:09:42,416 --> 00:09:44,668 bersemangat dan bersedia untuk hari mendatang." 107 00:09:48,380 --> 00:09:51,300 "Mereka menyambut hari dengan gembira dan ceria, 108 00:09:51,800 --> 00:09:55,762 bertenaga dan teruja, berkobar-kobar dan bersemangat." 109 00:11:09,711 --> 00:11:11,296 Boleh senyap tak? 110 00:11:11,296 --> 00:11:14,550 Kami mahu tidur. 111 00:11:48,333 --> 00:11:49,293 Ular Queen! 112 00:11:49,293 --> 00:11:51,253 Saya baru nampak ular Queen! 113 00:11:51,253 --> 00:11:55,382 Kali terakhir, tiada ular di sini. 114 00:11:55,382 --> 00:11:57,593 Ular Queen atau ular lain. 115 00:11:59,636 --> 00:12:02,264 Ia di sini. 116 00:12:19,448 --> 00:12:23,619 Sejujurnya, beg tidur memang kelihatan seperti ular Queen. 117 00:12:23,619 --> 00:12:25,370 Tolonglah. 118 00:12:28,123 --> 00:12:29,833 "Kaunselor untuk Sehari." 119 00:12:33,795 --> 00:12:37,132 Nampak banyak keterujaan semasa makan malam hari ini. 120 00:12:37,132 --> 00:12:39,092 Awak fikir ia disebabkan spageti? 121 00:12:39,092 --> 00:12:41,261 Marcie, hari ini hari mengundi 122 00:12:41,261 --> 00:12:45,974 untuk memilih pekhemah yang akan menjadi kaunselor untuk sehari esok. 123 00:12:46,892 --> 00:12:48,185 Awak lupa? 124 00:12:48,185 --> 00:12:49,895 Saya lupa. 125 00:12:49,895 --> 00:12:53,982 Awak akan buat apa jika nama awak dipilih, Charlie Brown? 126 00:12:53,982 --> 00:12:56,610 Mengadakan kejohanan besbol sepanjang hari. 127 00:12:56,610 --> 00:12:58,111 Awak pula, Pigpen? 128 00:12:58,111 --> 00:13:02,449 Dua perkataan: S'more tanpa had. 129 00:13:05,410 --> 00:13:09,831 Siapa pun yang menang, saya harap mereka jalankan tanggungjawab baru dengan serius. 130 00:13:11,708 --> 00:13:14,044 Diam, semua! Masa mengundi! 131 00:13:16,588 --> 00:13:18,048 Pemenangnya ialah... 132 00:13:19,466 --> 00:13:21,301 Marcie? 133 00:14:14,354 --> 00:14:16,690 Aduhai, Marcie, awak masih berjaga! 134 00:14:16,690 --> 00:14:19,151 Saya membuat jadual untuk esok. 135 00:14:19,151 --> 00:14:21,945 Ia takkan mudah, tapi jika kita cepat, 136 00:14:21,945 --> 00:14:25,407 kita mungkin boleh selitkan aktiviti pilihan semua orang. 137 00:14:25,407 --> 00:14:30,245 "11:45 hingga 11:50 pagi, kejohanan besbol. 138 00:14:30,245 --> 00:14:34,666 11:50 hingga 11:56, luncur air. 139 00:14:34,666 --> 00:14:38,670 11:56 hingga 12:00, s'more tanpa had." 140 00:14:38,670 --> 00:14:40,589 Saya tak pasti tentang ini. 141 00:14:40,589 --> 00:14:44,426 Betul cakap awak. Saya perlu tambah beberapa saat untuk masa perjalanan. 142 00:14:44,426 --> 00:14:47,846 Marcie, asas menjadi kaunselor selama sehari 143 00:14:47,846 --> 00:14:50,432 adalah memilih aktiviti yang awak mahu lakukan. 144 00:14:50,432 --> 00:14:51,683 Entahlah. 145 00:14:51,683 --> 00:14:54,770 Saya tak mahu kecewakan sesiapa. 146 00:14:54,770 --> 00:14:56,522 Sebaliknya, 147 00:14:56,522 --> 00:15:00,984 saya rasa semua orang akan hargai hari yang penuh aktiviti menyeronokkan. 148 00:15:00,984 --> 00:15:02,236 Kalau saya, saya hargai. 149 00:15:02,236 --> 00:15:04,488 Yakah? Awak rasa begitu? 150 00:15:08,367 --> 00:15:09,868 Terima kasih, Charles. 151 00:15:11,954 --> 00:15:13,163 Sama-sama. 152 00:15:31,682 --> 00:15:33,183 Saya harap kamu semua teruja. 153 00:15:33,183 --> 00:15:35,269 Saya ada rancangan seronok hari ini. 154 00:15:35,269 --> 00:15:38,605 Kita akan bermula dengan aktiviti fizikal yang seronok. 155 00:15:39,231 --> 00:15:40,440 Yoga. 156 00:15:44,695 --> 00:15:46,780 Yay. Yoga. 157 00:15:49,783 --> 00:15:53,120 Tarik nafas dalam-dalam melalui tapak kaki kamu. 158 00:15:53,120 --> 00:15:56,415 Tunggu, ada paru-paru di kaki kita? 159 00:15:58,292 --> 00:16:02,379 Amalan kuno ini menenangkan sekali gus menyegarkan. 160 00:16:02,379 --> 00:16:05,549 Sudah setengah jam kita buat regangan. 161 00:16:05,549 --> 00:16:07,676 Bila aktiviti akan bermula? 162 00:16:07,676 --> 00:16:10,137 Saya rasa inilah aktivitinya. 163 00:16:30,657 --> 00:16:33,911 Baiklah, rakan-rakan pekhemah, kita semua dah berpeluh, 164 00:16:33,911 --> 00:16:36,205 masa untuk berseronok dengan alam semula jadi. 165 00:16:37,706 --> 00:16:39,791 Kita akan bermain sorok-sorok? 166 00:16:39,791 --> 00:16:41,126 Hampir sama. 167 00:16:41,126 --> 00:16:43,337 Kita akan kira gelang tunggul ini 168 00:16:43,337 --> 00:16:45,547 untuk tahu umur pokok-pokok ini. 169 00:16:47,216 --> 00:16:49,134 Itu tak hampir sama. 170 00:16:49,134 --> 00:16:50,928 Kedua-dua permainan melibatkan mengira. 171 00:16:50,928 --> 00:16:53,764 Oleh itu, mari mulakan. 172 00:16:57,059 --> 00:16:58,894 Terima kasih sekali lagi atas nasihat awak, Charles. 173 00:16:58,894 --> 00:17:01,855 Tanpa awak, saya tak terfikir semua aktiviti ini. 174 00:17:03,607 --> 00:17:04,775 Sama-sama. 175 00:17:45,524 --> 00:17:49,278 Aktiviti ini adalah tentang berdepan pihak lawan 176 00:17:49,278 --> 00:17:52,114 dalam pertempuran sengit untuk penguasaan strategik. 177 00:17:52,614 --> 00:17:54,825 Catur berpasukan saiz hidup. 178 00:17:57,369 --> 00:18:00,622 Simbol yang kamu pakai ialah buah yang kamu wakili. 179 00:18:00,622 --> 00:18:03,709 Saya andaikan simbol kecil ini ialah permaisuri? 180 00:18:03,709 --> 00:18:06,420 Sebenarnya, Lucille, awak bidak. 181 00:18:07,129 --> 00:18:08,964 Saya tak mahu. 182 00:18:08,964 --> 00:18:12,009 Ada bola atau apa-apa yang kami perlu sepak? 183 00:18:12,009 --> 00:18:16,096 Tiada, tapi ada satu siri peraturan untuk pergerakan individu 184 00:18:16,096 --> 00:18:20,267 supaya kamu boleh merangka dan menggubal strategi kemenangan perlahan-lahan. 185 00:18:20,267 --> 00:18:23,645 Jadi, permainan ini kebanyakannya tak bergerak? 186 00:18:23,645 --> 00:18:26,273 Ya, sementara fikiran ligat berfikir. 187 00:18:28,734 --> 00:18:32,279 Kenapa? Kamu tak rasa seronok? 188 00:18:35,115 --> 00:18:37,910 Saya sangka kamu semua akan rasa seronok dengan kelainan. 189 00:18:37,910 --> 00:18:40,537 Nampaknya saya rosakkan hari semua orang. 190 00:18:45,042 --> 00:18:49,755 Jadi? Ini bukan aktiviti perkhemahan biasa. Apa masalahnya? 191 00:18:49,755 --> 00:18:53,258 Marcie sokong apa-apa saja aktiviti sepanjang musim panas. 192 00:18:53,258 --> 00:18:57,387 Saya fikir baguslah ada satu hari khas untuk dia jalankan aktivitinya. 193 00:18:57,387 --> 00:18:59,556 Mungkin ia agak berbeza, 194 00:18:59,556 --> 00:19:02,434 tapi setidaknya kita mencuba. 195 00:19:44,059 --> 00:19:46,895 Saya hargai usaha awak, Charles, 196 00:19:46,895 --> 00:19:50,232 tapi sepatutnya saya ikut rancangan asal saya. 197 00:19:50,232 --> 00:19:53,735 Entahlah. Saya rasa ada sesuatu yang awak patut lihat. 198 00:19:56,321 --> 00:19:57,698 Bidak, bersatu! 199 00:19:57,698 --> 00:19:59,783 Cukup-cukuplah kami ditindas! 200 00:19:59,783 --> 00:20:02,828 Awak hina permaisuri, pengkhianat... 201 00:20:03,328 --> 00:20:04,371 Hei, Marcie. 202 00:20:06,874 --> 00:20:09,710 Kami putuskan untuk mencuba catur saiz hidup, 203 00:20:09,710 --> 00:20:13,380 tapi tiada seorang pun antara kami tahu peraturannya jadi kami buat saja. 204 00:20:13,881 --> 00:20:15,090 Harap-harap okey. 205 00:20:15,090 --> 00:20:17,134 Memang okey kalau kamu rasa seronok. 206 00:20:17,134 --> 00:20:18,677 Itu saja yang saya mahu. 207 00:20:19,595 --> 00:20:21,138 Serang! 208 00:20:26,101 --> 00:20:27,728 Terima kasih, Charles. 209 00:20:49,875 --> 00:20:50,918 BERDASARKAN KOMIK PEANUTS OLEH CHARLES M.SCHULZ 210 00:21:14,816 --> 00:21:16,818 Terjemahan sari kata oleh Nur Ezzati Karim 211 00:21:19,905 --> 00:21:21,865 TERIMA KASIH, SPARKY. SENTIASA DALAM INGATAN.