1 00:00:43,252 --> 00:00:45,754 "Pengakap Beagle Bersedia." 2 00:00:49,132 --> 00:00:51,385 Saya perlukan nasihat, abang. 3 00:00:51,385 --> 00:00:55,097 Abang tahu, ini tahun pertama saya sertai abang di kem musim panas, 4 00:00:55,097 --> 00:00:58,267 dan saya mahu beri tanggapan pertama yang baik. 5 00:00:58,267 --> 00:01:02,896 Abang rasa saya patut bawa Suzy Mengantuk atau En. Beruang? 6 00:01:03,689 --> 00:01:05,774 Aduhai, Sally! Entahlah. 7 00:01:05,774 --> 00:01:10,362 Suzy Mengantuk akan menunjukkan saya seorang yang penyayang, 8 00:01:10,362 --> 00:01:12,614 sanggup menjaga orang lain, 9 00:01:12,614 --> 00:01:17,119 tapi En. Beruang menunjukkan saya tak takut pada haiwan liar. 10 00:01:17,911 --> 00:01:19,580 Apa kata bawa kedua-duanya? 11 00:01:20,581 --> 00:01:21,665 Betul juga. 12 00:01:21,665 --> 00:01:24,626 Kita takkan dapat beri tanggapan pertama yang terlalu baik. 13 00:01:28,088 --> 00:01:31,758 Itu dia Ketua Pengakap Beagle yang terkenal. 14 00:01:31,758 --> 00:01:34,136 Bersedia untuk pengembaraan hari ini? 15 00:01:34,720 --> 00:01:36,555 Bercakap tentang pengembaraan, 16 00:01:36,555 --> 00:01:38,807 saya akan ke kem musim panas nanti. 17 00:01:38,807 --> 00:01:42,269 Jadi, kalau awak mahu luangkan masa berkualiti bersama saya, 18 00:01:42,269 --> 00:01:44,229 inilah masanya. 19 00:01:51,778 --> 00:01:52,905 Helo? 20 00:01:52,905 --> 00:01:54,114 Ya. 21 00:01:54,114 --> 00:01:57,492 Peliknya. Ibu Pejabat Pengakap Beagle telefon. 22 00:01:57,492 --> 00:02:00,037 Yakah? Baiklah. 23 00:02:00,871 --> 00:02:05,083 Yakah? Alamak! Itu berita buruk. 24 00:02:05,876 --> 00:02:08,211 Ya, semoga hari awak juga indah. 25 00:02:10,088 --> 00:02:12,883 Saya tak tahu cara untuk beritahu awak, Snoopy, 26 00:02:12,883 --> 00:02:16,053 tapi mereka cakap mereka tak senang dengan trup awak. 27 00:02:16,053 --> 00:02:17,471 Tak senang bagaimana? 28 00:02:17,471 --> 00:02:20,891 Mereka gunakan frasa "sangat memalukan." 29 00:02:21,517 --> 00:02:24,603 Mereka mahu singkir awak dari organisasi 30 00:02:24,603 --> 00:02:28,065 sebab trup awak belum dapat lencana prestasi yang mencukupi. 31 00:02:31,443 --> 00:02:33,487 Berapa banyak lencana trup awak dah dapat? 32 00:02:40,494 --> 00:02:43,539 Kosong? Kenapa begitu? 33 00:03:48,687 --> 00:03:53,233 Ibu Pejabat beri masa hingga musim panas ini untuk dapatkan lencana-lencana itu. 34 00:03:53,233 --> 00:03:55,527 Apa awak mahu buat, Snoopy? 35 00:04:03,243 --> 00:04:07,039 Secara teknikalnya, ia lakukan sesuatu dengan berlari-lari sambil menjerit. 36 00:04:08,373 --> 00:04:12,586 Saya harap awak tak rancang untuk bawa selimut teruk itu ke kem musim panas. 37 00:04:12,586 --> 00:04:15,297 Ia sangat memalukan saya. 38 00:04:15,297 --> 00:04:17,298 Jangan anggap ia selimut. 39 00:04:17,298 --> 00:04:20,886 Anggap ini sebagai alat penting untuk kelangsungan hidup di hutan. 40 00:04:20,886 --> 00:04:23,305 Ia boleh jadi lapis ekstra pakaian, 41 00:04:23,305 --> 00:04:27,267 tali untuk mendaki atau tempat berteduh. 42 00:04:27,267 --> 00:04:29,770 Mungkin juga untuk hidupkan api. 43 00:04:32,856 --> 00:04:35,651 Saya tak menolak idea kem musim panas, 44 00:04:35,651 --> 00:04:39,404 tapi bagi saya awak boleh tahu banyak tentang alam semula jadi daripada buku. 45 00:04:39,404 --> 00:04:42,241 Buku tiada nyamuk. 46 00:04:42,241 --> 00:04:44,910 Biar betul? Berkhemah sangat seronok. 47 00:04:44,910 --> 00:04:47,538 Mendaki, memanggang sosej di atas api. 48 00:04:47,538 --> 00:04:50,624 Berkanu, memanggang sosej di atas api. 49 00:04:50,624 --> 00:04:54,127 Berenang, memanggang sosej di atas api. 50 00:04:55,754 --> 00:04:57,840 Apa? Saya suka sosej. 51 00:04:58,757 --> 00:05:01,426 Datuk saya cakap kem musim panas membina karakter. 52 00:05:01,969 --> 00:05:03,345 Maksudnya? 53 00:05:03,345 --> 00:05:06,139 Ia ayat orang dewasa untuk kelihatan bijak 54 00:05:06,139 --> 00:05:08,225 tapi saya tak terfikir ayat lebih spesifik. 55 00:05:13,605 --> 00:05:14,982 Apa masalahnya? 56 00:05:29,997 --> 00:05:31,582 BUKU PANDUAN PENGAKAP BEAGLE 57 00:05:40,841 --> 00:05:41,842 Aduh! 58 00:05:43,635 --> 00:05:46,180 "Manual Rasmi Pengakap Beagle." 59 00:05:46,972 --> 00:05:50,392 Nampaknya inilah "buku panduan" awak. 60 00:05:50,392 --> 00:05:53,854 Mungkin ia ada beberapa nasihat yang boleh membantu dilema lencana awak. 61 00:05:54,605 --> 00:06:01,320 "Pengakap Beagle sejati melihat cabaran baharu sebagai peluang untuk bersinar. 62 00:06:01,320 --> 00:06:06,325 Apabila berhadapan dengan situasi yang nampak terlalu hebat untuk diatasi, 63 00:06:06,325 --> 00:06:08,493 Pengakap Beagle tidak pernah berputus asa 64 00:06:08,493 --> 00:06:12,623 tapi kembali yakin dan menguatkan tekad mereka." 65 00:06:14,374 --> 00:06:18,462 "Bekerjasama dengan trup yang dipercayai di sisi mereka, 66 00:06:18,462 --> 00:06:21,715 Pengakap Beagle boleh mencapai apa-apa sahaja." 67 00:06:31,099 --> 00:06:34,269 "Sebelum memulakan pengembaraan, 68 00:06:34,269 --> 00:06:37,606 Pengakap Beagle mesti menggariskan matlamat mereka, 69 00:06:37,606 --> 00:06:41,318 kerana mereka tahu perjalanan itu bermula dengan satu langkah." 70 00:06:50,786 --> 00:06:54,331 "Pengakap Beagle tetap fokus pada tugas yang menanti." 71 00:06:59,753 --> 00:07:03,131 "Pengakap Beagle bersedia untuk sebarang kemungkinan." 72 00:07:22,860 --> 00:07:25,904 {\an8}- Kem musim panas, kami datang. - Mahu duduk sebelah saya dalam bas? 73 00:07:25,904 --> 00:07:27,781 Saya tak sabar mahu berenang. 74 00:07:29,741 --> 00:07:31,451 Awak datang untuk ucap selamat tinggal? 75 00:07:36,665 --> 00:07:38,083 Aduhai, Snoopy! 76 00:07:38,083 --> 00:07:39,710 Awak tak boleh ikut saya. 77 00:07:39,710 --> 00:07:43,463 Kem ini untuk kanak-kanak. Haiwan peliharaan tak dibenarkan. 78 00:07:44,631 --> 00:07:45,966 Saya perlu pergi. 79 00:07:45,966 --> 00:07:50,345 Tapi, semoga berjaya dengan lencana prestasi. 80 00:08:07,112 --> 00:08:10,240 {\an8}"Pengakap Beagle sejati melihat cabaran baharu 81 00:08:10,240 --> 00:08:13,118 {\an8}sebagai peluang untuk bersinar." 82 00:08:29,259 --> 00:08:32,888 TASIK SPRING 83 00:08:34,932 --> 00:08:36,015 Beri laluan! 84 00:08:36,015 --> 00:08:37,683 - Kami dah sampai! - Saya mahu katil terbaik. 85 00:08:51,448 --> 00:08:52,866 Kasihan Snoopy. 86 00:08:52,866 --> 00:08:57,162 Ia tak banyak pengalaman kecewa macam saya. 87 00:08:57,162 --> 00:09:01,041 Walau di mana pun ia, saya harap ia okey. 88 00:09:33,198 --> 00:09:35,117 "Bolehkah anda menjadi Pengakap Beagle? 89 00:09:36,827 --> 00:09:38,245 Membungkus makan tengah hari. 90 00:09:40,247 --> 00:09:45,711 Mendaki ialah cara seronok dan santai untuk rasai aktiviti luar yang hebat. 91 00:09:45,711 --> 00:09:47,921 Tetapi jika anda ingin menjadi Pengakap Beagle, 92 00:09:47,921 --> 00:09:51,508 anda mesti ingat untuk membuat persediaan sebelum berangkat." 93 00:09:58,807 --> 00:10:03,020 "Sentiasa pastikan anda bawa banyak air untuk kekal terhidrat." 94 00:10:14,615 --> 00:10:16,783 "Apabila membawa air semasa mendaki, 95 00:10:16,783 --> 00:10:19,328 tabung air ialah cara terbaik. 96 00:10:28,128 --> 00:10:30,255 Jangan lupa membuka penutupnya." 97 00:10:34,218 --> 00:10:38,180 "Semasa mendaki, membawa snek juga penting. 98 00:10:39,806 --> 00:10:42,059 Pilih snek yang praktikal." 99 00:10:44,353 --> 00:10:47,564 "Apabila ragu-ragu, sandwic ialah idea yang baik. 100 00:10:47,564 --> 00:10:50,984 Anda boleh menyediakannya bersama-sama seluruh trup." 101 00:11:22,057 --> 00:11:26,937 "Ya, makanan dan air penting dalam persediaan untuk mendaki. 102 00:11:26,937 --> 00:11:30,148 Sudah tentu, jika ia tidak berjaya, 103 00:11:30,691 --> 00:11:33,986 tak rugi menyimpan nombor telefon kedai piza." 104 00:12:28,457 --> 00:12:30,250 "Ajar Burung Memancing." 105 00:13:04,451 --> 00:13:05,994 Snoopy? 106 00:13:15,754 --> 00:13:18,799 Snoopy! Saya fikir itu awak. 107 00:13:18,799 --> 00:13:20,342 Awak buat apa di sini? 108 00:13:23,095 --> 00:13:26,014 "Manual Rasmi Pengakap Beagle." 109 00:13:26,014 --> 00:13:29,685 Awak ikut saya sampai ke sini untuk dapatkan lencana? 110 00:13:30,978 --> 00:13:33,438 Awak yakin bukan kerana awak rindukan saya? 111 00:13:37,359 --> 00:13:39,778 Gembira bertemu awak. 112 00:13:39,778 --> 00:13:42,990 Lencana mana yang awak rancang untuk dapatkan dahulu? 113 00:13:52,332 --> 00:13:53,667 Lencana memancing, huh? 114 00:13:53,667 --> 00:13:55,377 Bagus juga. 115 00:13:55,377 --> 00:13:58,922 Tiada yang lebih baik daripada mendapatkan hasil tangkapan yang bagus. 116 00:14:00,674 --> 00:14:01,884 Itulah yang saya diberitahu. 117 00:14:02,467 --> 00:14:05,387 Saya sebenarnya tak pernah dapat ikan. 118 00:14:05,387 --> 00:14:09,224 Ada orang cakap keseronokan memancing sebenar bukanlah mendapat ikan, 119 00:14:09,224 --> 00:14:11,894 tapi belajar nilai kesabaran dan... 120 00:14:11,894 --> 00:14:13,770 Awak cakap dengan siapa, Chuck? 121 00:14:16,773 --> 00:14:17,858 Tiada sesiapa. 122 00:14:18,525 --> 00:14:20,736 Kaunselor kami cadangkan cuba berkanu. 123 00:14:20,736 --> 00:14:22,654 Jadi kamu mahu mendayung. 124 00:14:22,654 --> 00:14:24,072 Betul, Marcie? 125 00:14:24,072 --> 00:14:25,490 Itulah rancangannya. 126 00:14:25,490 --> 00:14:28,118 Walaupun saya tak nampak tujuan berkanu 127 00:14:28,118 --> 00:14:30,871 sedangkan ada daratan yang stabil untuk berdiri. 128 00:14:30,871 --> 00:14:33,081 Mana minat pengembaraan awak? 129 00:14:34,166 --> 00:14:36,084 Pasti tertinggal di dalam bas. 130 00:15:02,194 --> 00:15:05,155 Puan yakin sampan ini selamat? 131 00:15:06,615 --> 00:15:09,868 Sangat selamat. Saya takut awak akan cakap begitu. 132 00:15:09,868 --> 00:15:13,330 Awak dengar kata penyelamat, Marcie. Mari mendayung. 133 00:15:14,456 --> 00:15:15,874 Cubalah halang saya, tuan. 134 00:16:41,585 --> 00:16:42,753 Nampak tak, Marcie? 135 00:16:42,753 --> 00:16:44,463 Macam kaunselor cakap. 136 00:16:44,463 --> 00:16:49,009 "Mendayung di sepanjang tasik jernih dengan pohon dan langit tiada tandingnya." 137 00:16:49,009 --> 00:16:50,969 Bukankah ini menenangkan? 138 00:16:52,095 --> 00:16:55,057 Saya tak rasa ini menenangkan, tuan. 139 00:17:13,492 --> 00:17:16,328 Rasanya, awak dah pandai mendayung. 140 00:17:17,454 --> 00:17:20,207 Sekarang, kita hanya perlu melatih deria arah awak. 141 00:18:01,623 --> 00:18:03,125 Keajaiban alam semula jadi. 142 00:18:15,220 --> 00:18:17,973 Apabila dah biasa dengannya, 143 00:18:17,973 --> 00:18:19,892 sebenarnya agak seronok di sini. 144 00:18:26,190 --> 00:18:28,942 Saya datang untuk panggil awak melantak. 145 00:18:28,942 --> 00:18:30,819 Maksudnya makan malam. 146 00:18:46,335 --> 00:18:47,711 Dapat ikan? 147 00:18:53,884 --> 00:18:55,886 Ingat kata-kata saya. 148 00:18:55,886 --> 00:18:57,554 Mendapat ikan memang seronok, 149 00:18:57,554 --> 00:19:02,059 tapi kesabaran dan dedikasi juga satu ganjaran. 150 00:19:03,101 --> 00:19:05,062 Sepatutnya ada lencana untuk itu. 151 00:19:05,854 --> 00:19:08,232 Mungkin kita perlu pulang, 152 00:19:08,232 --> 00:19:10,067 tapi jangan tergesa-gesa. 153 00:19:10,067 --> 00:19:13,111 Saya mahu menikmati ini lebih lama. 154 00:19:13,111 --> 00:19:14,988 Mujurlah awak tak mengalah. 155 00:19:14,988 --> 00:19:17,699 Awak keluar dari zon selesa dan tengoklah perkembangan awak. 156 00:19:17,699 --> 00:19:19,576 Saya bangga dengan awak, Marcie. 157 00:19:19,576 --> 00:19:21,203 Saya pun bangga dengan diri saya. 158 00:20:32,191 --> 00:20:36,195 Kesabaran dan dedikasi juga satu ganjaran. 159 00:20:42,409 --> 00:20:45,078 Sepatutnya ada lencana untuk itu. 160 00:20:55,047 --> 00:20:56,089 BERDASARKAN KOMIK THE PEANUTS OLEH CHARLES M. SCHULZ 161 00:21:19,988 --> 00:21:21,990 Terjemahan sari kata oleh Nur Ezzati Karim 162 00:21:25,077 --> 00:21:27,037 TERIMA KASIH, SPARKY. SENTIASA DALAM INGATAN.