1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.BZ 2 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.BZ 3 00:00:45,840 --> 00:00:47,000 Hari ini Jumaat. 4 00:00:47,520 --> 00:00:49,480 Sudah hampir pukul 7 malam. 5 00:00:50,000 --> 00:00:52,400 Adik-beradik suami saya akan datang ke rumah kami 6 00:00:52,480 --> 00:00:55,640 sebab mereka ada hal keluarga untuk dipertikaikan. 7 00:00:56,160 --> 00:00:59,280 "Dipertikaikan", tanpa ragu-ragu, ialah kata kerja yang paling sesuai 8 00:00:59,360 --> 00:01:02,080 tentang Julián dan adik-beradiknya. 9 00:01:02,600 --> 00:01:05,640 Beri saya yang satu lagi. Sama macam minggu lepas. 10 00:01:05,720 --> 00:01:07,400 Sedikit keju juga. 11 00:01:07,920 --> 00:01:12,240 Julián kata jangan beli apa-apa, tapi sebab mereka jarang berkumpul… Betul? 12 00:01:12,760 --> 00:01:15,640 Ada tiga orang. Víctor anak sulung. 13 00:01:15,720 --> 00:01:17,040 Kemudian, ada Natalia. 14 00:01:17,120 --> 00:01:19,760 Akhirnya, Julián, suami saya. 15 00:01:20,720 --> 00:01:23,560 Natalia yang berkeras mereka perlu berkumpul 16 00:01:23,640 --> 00:01:25,240 untuk bercakap tentang ayah mereka. 17 00:01:25,760 --> 00:01:28,200 Ayah mentua saya berusia 89 tahun. 18 00:01:28,280 --> 00:01:29,120 Dia duda. 19 00:01:29,200 --> 00:01:32,640 Saya setuju dengan Natalia dia tak boleh hidup sendiri lagi. 20 00:01:32,720 --> 00:01:35,040 Dia semakin kerap sesat. 21 00:01:35,560 --> 00:01:38,160 Kebelakangan ini, dia ada tabiat buruk 22 00:01:38,240 --> 00:01:40,640 menunjukkan kemaluannya kepada jiran wanita. 23 00:01:41,840 --> 00:01:43,240 Itu saja. Berapa harganya? 24 00:01:44,080 --> 00:01:48,000 Masalahnya, menurut Natalia, mereka perlu cepat buat keputusan 25 00:01:48,080 --> 00:01:50,880 sebelum keadaan jadi lebih serius. 26 00:01:52,600 --> 00:01:55,080 Víctor cakap dia akan sampai sedikit lewat. 27 00:01:55,160 --> 00:01:59,440 Nampaknya, seperti biasa, dia sibuk dengan kerja. 28 00:02:00,040 --> 00:02:02,160 Víctor berkahwin dengan Marisa. 29 00:02:02,240 --> 00:02:04,920 Mereka ada empat anak dan dua anjing. 30 00:02:05,960 --> 00:02:08,600 Mereka bertemu di kolej semasa mereka masih muda. 31 00:02:09,120 --> 00:02:12,280 Selepas bersungguh-sungguh, mereka akhirnya bercinta 32 00:02:12,360 --> 00:02:15,560 dan Víctor hamilkan dia. 33 00:02:16,640 --> 00:02:19,200 Ayah mentuanya peguam yang penting dan terkenal. 34 00:02:19,280 --> 00:02:22,080 Tak lama kemudian, Víctor bekerja di firma keluarga. 35 00:02:22,600 --> 00:02:27,080 Tapi sehingga hari ini, tiada siapa tahu apa dia buat. 36 00:02:29,240 --> 00:02:32,080 Dia cakap tak serupa bikin dan berlagak hebat, 37 00:02:32,160 --> 00:02:34,240 seperti yang Julián selalu panggil dia. 38 00:02:35,240 --> 00:02:37,840 Lelaki yang ikut saja telunjuk isteri, 39 00:02:37,920 --> 00:02:42,040 hanya untuk kekalkan status yang dia tak pernah terbayang. 40 00:02:45,200 --> 00:02:46,280 Natalia. 41 00:02:47,080 --> 00:02:50,280 Natalia pula bukan seperti adik-beradiknya yang lain. 42 00:02:50,360 --> 00:02:52,800 Dia seorang wanita introvert yang serius, 43 00:02:52,880 --> 00:02:55,760 terlalu ikut buku dan sangat suka kesempurnaan. 44 00:02:56,600 --> 00:03:00,680 Dia profesor yang dihormati, dan seolah-olah itu tak cukup, 45 00:03:00,760 --> 00:03:02,320 kalau ada masa lapang, 46 00:03:02,400 --> 00:03:06,320 dia tulis artikel dan terjemah daripada begitu banyak bahasa. 47 00:03:07,280 --> 00:03:10,640 Natalia berkahwin dengan Jerónimo. Mereka ada seorang anak perempuan. 48 00:03:10,720 --> 00:03:12,760 Tapi dia tak pernah gembira. 49 00:03:13,520 --> 00:03:15,680 Jerónimo selalu curang kepada dia. 50 00:03:15,760 --> 00:03:17,040 Kami semua tahu. 51 00:03:17,880 --> 00:03:21,960 Nasib baik Natalia ada kawan yang sangat rapat dengan dia. 52 00:03:22,680 --> 00:03:25,680 Mereka pergi ke mana-mana bersama dan sangat serasi. 53 00:03:26,480 --> 00:03:28,200 Kawan dia bujang. 54 00:03:28,720 --> 00:03:30,120 Saya tak maksudkan apa-apa, 55 00:03:30,200 --> 00:03:33,960 tapi kadangkala saya harap Natalia tak begitu serius 56 00:03:34,040 --> 00:03:37,920 dan begitu tegang. Saya harap dia bertenang sedikit. 57 00:03:39,480 --> 00:03:40,360 Selamat tinggal. 58 00:03:41,440 --> 00:03:43,120 Mereka jarang berkumpul. 59 00:03:43,200 --> 00:03:46,080 Saya suka tengok mereka berkumpul, 60 00:03:46,160 --> 00:03:48,440 apabila mereka bergaduh dan bertekak. 61 00:03:50,600 --> 00:03:51,720 Saya anak tunggal. 62 00:03:52,240 --> 00:03:53,920 Ibu bapa saya dah meninggal dunia. 63 00:03:54,680 --> 00:03:56,320 Sekarang mereka keluarga saya. 64 00:03:56,840 --> 00:04:00,960 Keluarga itu perkara paling penting sebab pasangan kita… 65 00:04:01,640 --> 00:04:04,000 Pasangan kita boleh pergi pada bila-bila masa. 66 00:04:04,520 --> 00:04:05,920 Kawan pun datang dan pergi. 67 00:04:06,000 --> 00:04:10,280 Tapi keluarga dan adik-beradik sentiasa ada. 68 00:04:10,800 --> 00:04:12,760 Mereka tak tahu betapa bertuahnya mereka. 69 00:04:16,320 --> 00:04:19,960 53 SUNDAYS 70 00:04:24,040 --> 00:04:25,320 Pintu depan. 71 00:04:25,400 --> 00:04:26,680 Helo! 72 00:04:26,760 --> 00:04:28,720 Julián baru balik. 73 00:04:28,800 --> 00:04:31,120 Saya pasti dia akan berpura-pura dia tak ingat. 74 00:04:33,320 --> 00:04:35,840 - Tak ingat apa? - Tiada apa-apa. Saya bercakap sendiri. 75 00:04:36,520 --> 00:04:38,720 - Awak ke mana tadi? - Pemilihan pelakon. 76 00:04:38,800 --> 00:04:39,960 Wah! 77 00:04:40,040 --> 00:04:41,880 - Awak tak beritahu saya. - Tak. 78 00:04:41,960 --> 00:04:43,520 Untuk rancangan TV? 79 00:04:44,120 --> 00:04:45,760 Tak, untuk iklan. 80 00:04:46,600 --> 00:04:50,920 - Iklan juga disiarkan dalam TV, bukan? - Itu yang mereka kata. 81 00:04:51,440 --> 00:04:53,120 Iklan apa? 82 00:04:54,480 --> 00:04:55,840 Gazpacho. 83 00:04:56,720 --> 00:04:57,760 Saya jadi tomato. 84 00:04:59,400 --> 00:05:00,240 Okey… 85 00:05:00,320 --> 00:05:02,000 Saya nak mandi. 86 00:05:02,600 --> 00:05:03,520 Baguslah. 87 00:05:04,160 --> 00:05:06,440 Tapi jangan lama sangat. Mereka dah nak sampai. 88 00:05:13,040 --> 00:05:14,520 Siapa dah nak sampai? 89 00:05:14,600 --> 00:05:16,560 Awak akan jumpa adik-beradik awak, ingat? 90 00:05:17,160 --> 00:05:18,000 Hari ini? 91 00:05:18,520 --> 00:05:19,400 Awak pasti? 92 00:05:19,480 --> 00:05:21,200 Awak kata Jumaat, bukan? 93 00:05:21,720 --> 00:05:22,760 Hari ini Jumaat. 94 00:05:22,840 --> 00:05:24,760 Mungkin saya cuba lupakannya. 95 00:05:24,840 --> 00:05:25,920 Betul juga. 96 00:05:27,800 --> 00:05:29,160 Awka buat snek? 97 00:05:29,240 --> 00:05:31,120 Ya, snek. 98 00:05:31,200 --> 00:05:34,120 - Sebab saya tahu awak akan lupa. - Awak menyindir? 99 00:05:34,200 --> 00:05:36,320 Saya tak menyindir. Tenang. 100 00:05:39,800 --> 00:05:40,840 Okey. 101 00:05:40,920 --> 00:05:42,120 Saya cuma cakap, 102 00:05:42,200 --> 00:05:45,480 lebih banyak makanan kita hidang, lebih lambat mereka balik nanti. 103 00:05:45,560 --> 00:05:47,880 Ya, tapi mereka jarang datang, kan? 104 00:05:52,240 --> 00:05:54,400 Saya jururawat dan bekerja di hospital. 105 00:05:54,480 --> 00:05:55,760 Julián seorang pelakon. 106 00:05:55,840 --> 00:05:58,560 Tapi nasibnya tak berapa baik. 107 00:05:59,080 --> 00:06:01,600 Semasa muda, dia ada beberapa kerja dalam TV dan teater, 108 00:06:01,680 --> 00:06:04,760 tapi setakat itu saja. 109 00:06:05,520 --> 00:06:09,320 Kami jumpa baru lima tahun lalu dan jatuh cinta serta-merta. 110 00:06:09,400 --> 00:06:10,600 Lebih-lebih lagi, dia. 111 00:06:11,120 --> 00:06:14,200 Kami tak ada anak dan kami sewa apartmen ini. 112 00:06:14,280 --> 00:06:16,480 Tiga panggilan tak dijawab daripada kakak saya. 113 00:06:18,440 --> 00:06:20,440 Ya, dia nak cakap dengan awak tadi. 114 00:06:20,520 --> 00:06:22,560 Saya suruh dia hubungi telefon bimbit awak. 115 00:06:22,640 --> 00:06:23,800 Dia nak apa? 116 00:06:23,880 --> 00:06:25,560 Dia nak tahu kalau awak cakap dengan Victor. 117 00:06:25,640 --> 00:06:28,000 - Tentang apa? - Tentang mentol lampu. 118 00:06:28,520 --> 00:06:29,440 Mentol lampu apa? 119 00:06:29,520 --> 00:06:30,400 Saya tak tahu. 120 00:06:30,920 --> 00:06:34,240 Tapi dia kata nak telefon awak kerana ia penting. 121 00:06:34,320 --> 00:06:36,800 Mustahil mentol lampu sepenting itu. 122 00:06:36,880 --> 00:06:38,200 Mustahil. 123 00:06:39,520 --> 00:06:40,600 Carolina. 124 00:06:40,680 --> 00:06:41,640 Ya? 125 00:06:42,600 --> 00:06:43,600 Apa yang awak buat? 126 00:06:43,680 --> 00:06:45,800 Oh, saya beli bunga tadi. 127 00:06:46,440 --> 00:06:49,400 Memandangkan kita tak ada pasu lain, saya ambil yang ini. 128 00:06:49,480 --> 00:06:51,840 - Ia disimpan di dalam almari. - Tersembunyi. 129 00:06:52,600 --> 00:06:55,200 Ia tersembunyi di dalam almari. Berbeza. 130 00:06:55,280 --> 00:06:58,440 Abang awak berikannya kepada kita. Memandangkan dia datang hari ini… 131 00:06:58,520 --> 00:07:00,520 Kalau datang pun kenapa? 132 00:07:01,640 --> 00:07:03,040 Awak kata nak mandi, kan? 133 00:07:03,560 --> 00:07:05,720 Kita dah bincang. Mungkin awak tak ingat. 134 00:07:05,800 --> 00:07:08,800 Saya nak campaknya dari balkoni dan awak tak benarkan saya. 135 00:07:08,880 --> 00:07:10,680 Ya, betul. 136 00:07:11,480 --> 00:07:14,800 - Di mana saya patut letak bunga? - Cakaplah awak tak sengaja. 137 00:07:14,880 --> 00:07:17,120 Kita perlu beri kucing makan. 138 00:07:17,200 --> 00:07:18,200 Carolina. 139 00:07:18,280 --> 00:07:19,360 Saya mendengar. 140 00:07:19,440 --> 00:07:22,200 Awak beli bunga supaya awak boleh keluarkan pasu itu? 141 00:07:22,280 --> 00:07:24,400 Saya beli bunga sebab ia nampak cantik 142 00:07:24,480 --> 00:07:26,840 dan ini tanda yang baik untuk tetamu kita. 143 00:07:28,920 --> 00:07:32,480 Mereka adik-beradik saya, bukan tetamu kita. 144 00:07:32,560 --> 00:07:34,600 Kita tak perlu beri mereka tanggapan baik. 145 00:07:35,120 --> 00:07:36,320 Malah, sebaliknya. 146 00:07:37,400 --> 00:07:41,080 Kalau awak tak faham dinamik keluarga, 147 00:07:41,160 --> 00:07:42,920 sayang, jangan masuk campur. 148 00:07:43,000 --> 00:07:44,840 - Apa? - Dinamik keluarga. 149 00:07:44,920 --> 00:07:48,520 - Pasu ini satu penghinaan. - Saya tak rasa ia hodoh. 150 00:07:48,600 --> 00:07:51,840 Ia satu penghinaan. Awak cukup tahu. 151 00:07:52,960 --> 00:07:56,320 Ia hodoh dan tak ada kelas. 152 00:07:56,960 --> 00:07:58,160 Seperti abang saya. 153 00:08:00,800 --> 00:08:02,280 Mungkin awak lupa, 154 00:08:02,800 --> 00:08:04,840 tapi itu hadiah Krismas daripada Víctor. 155 00:08:05,480 --> 00:08:08,960 Kemudian, kita dapat tahu itu barang percuma daripada kedai. 156 00:08:09,040 --> 00:08:10,240 Boleh awak buka tin? 157 00:08:10,320 --> 00:08:11,360 Dia fikir, 158 00:08:11,880 --> 00:08:14,920 "Memandangkan aku perlu beli hadiah untuk adik aku yang bodoh, 159 00:08:15,000 --> 00:08:18,120 aku akan beri dia pasu buruk ini dan nampak macam lelaki berkelas." 160 00:08:18,200 --> 00:08:19,280 Tin apa? 161 00:08:19,360 --> 00:08:20,520 Ikan bilis. 162 00:08:21,040 --> 00:08:22,720 Maafkan saya kerana berkata begini, 163 00:08:22,800 --> 00:08:23,880 tapi kalau awak rasa 164 00:08:23,960 --> 00:08:27,000 kita patut letak pasu itu di tengah-tengah ruang makan 165 00:08:27,080 --> 00:08:30,000 supaya Victor fikir kita suka pasu buruknya, 166 00:08:30,080 --> 00:08:31,320 saya tak setuju. 167 00:08:31,400 --> 00:08:33,760 Bertenang. Saya akan cari tempat lain. 168 00:08:33,840 --> 00:08:35,600 Tolonglah, saya tenang. 169 00:08:36,120 --> 00:08:37,240 Saya nampak tenang, kan? 170 00:08:37,320 --> 00:08:39,080 Saya tak tahu nak cakap apa, sayang. 171 00:08:39,600 --> 00:08:41,000 Bagaimana hari awak? 172 00:08:41,520 --> 00:08:42,720 Sehingga tadi, bagus. 173 00:08:49,920 --> 00:08:53,440 Maksud saya, kita perlu berhati-hati dengan kelakuan kita. 174 00:08:54,320 --> 00:08:58,640 Awak mungkin berniat baik, tapi dia akan fikir secara berbeza. 175 00:08:59,600 --> 00:09:02,520 Kita tak perlu beri dia layanan istimewa. 176 00:09:02,600 --> 00:09:05,520 Dia abang saya, bukan Perdana Menteri. Faham? 177 00:09:05,600 --> 00:09:06,720 Faham. 178 00:09:08,120 --> 00:09:12,600 Sudahlah mereka nak datang, sekarang kita kena beri mereka makan juga. 179 00:09:12,680 --> 00:09:17,320 Sebab, sudah tentu, dia pastikan kita berjumpa di sini. 180 00:09:17,920 --> 00:09:21,200 Kita tak layak diundang ke vilanya di La Moraleja. Tak layak! 181 00:09:21,280 --> 00:09:24,120 Dia tak nak kita kotorkan karpet Parsinya. 182 00:09:24,720 --> 00:09:27,000 Hei, sekarang saya sedikit gementar. 183 00:09:27,080 --> 00:09:28,120 Sedikit. 184 00:09:28,640 --> 00:09:29,960 Pergilah mandi. 185 00:09:44,480 --> 00:09:47,520 - Nak buat apa dengan ikan bilis? - Letak di atas biskut. 186 00:09:49,640 --> 00:09:53,680 - Pukul berapa awak suruh mereka datang? - Saya suruh Víctor datang pukul 8. 187 00:09:54,200 --> 00:09:56,200 - Tapi dah pukul 8. - Saya tahu. 188 00:09:56,720 --> 00:10:00,040 Dia akan lewat setengah jam, seperti biasa. 189 00:10:00,640 --> 00:10:03,720 Orang hebat, seperti dia dan isterinya, 190 00:10:04,240 --> 00:10:07,560 selalu yang terakhir datang, macam mereka penting sangat. 191 00:10:07,640 --> 00:10:09,320 Kakak awak sebaliknya. 192 00:10:09,400 --> 00:10:11,640 Sebab itu saya minta Natalia datang pukul 9. 193 00:10:11,720 --> 00:10:14,800 - Nak tahu kenapa? - Saya tak sabar nak tahu. 194 00:10:15,920 --> 00:10:19,320 Sebab saya tahu dia akan datang setengah jam awal. 195 00:10:19,400 --> 00:10:23,840 Jadi, mereka akan bertemu di pintu depan tepat pukul 8.30 malam, 196 00:10:23,920 --> 00:10:26,360 masuk sama-sama dan tak buat saya marah. 197 00:10:28,000 --> 00:10:31,120 Ada adik-beradik memenatkan, sayang. 198 00:10:31,200 --> 00:10:32,560 Awak tak faham. 199 00:10:32,640 --> 00:10:35,360 Kalau kakak awak sampai awal, maknanya dia nak tolong. 200 00:10:35,440 --> 00:10:38,640 Tak. Kalau kita sampai awal, kita menyusahkan orang. 201 00:10:39,160 --> 00:10:40,360 Tapi sudah tentu, 202 00:10:40,880 --> 00:10:43,800 kerana dia selalu nak libatkan diri, 203 00:10:43,880 --> 00:10:46,040 selalu nak semuanya berjalan lancar… 204 00:10:46,760 --> 00:10:48,120 Seperti perjumpaan ini. 205 00:10:49,080 --> 00:10:51,960 Ayah saya terganggu, naik bas yang salah 206 00:10:52,040 --> 00:10:54,600 dan kami perlu ambil dia di Colmenar de Oreja. 207 00:10:55,360 --> 00:10:56,280 Apa masalahnya? 208 00:10:56,800 --> 00:10:59,240 Perlukah masukkan dia ke rumah orang tua? 209 00:10:59,320 --> 00:11:02,080 Awak tahu apa lagi? 210 00:11:02,680 --> 00:11:03,520 Cakaplah, sayang. 211 00:11:03,600 --> 00:11:07,320 Kalau ayah saya nak tunjukkan pelirnya kepada jiran, biarlah. 212 00:11:07,400 --> 00:11:08,320 Tak apa. 213 00:11:09,440 --> 00:11:11,480 - Okey. - Ayah dah nak pergi. 214 00:11:11,560 --> 00:11:14,240 Lelaki memang begitu, dan ia bukan salah kami. 215 00:11:14,320 --> 00:11:15,320 Okey. 216 00:11:15,960 --> 00:11:19,400 Saya tak pasti kalau saya faham, tapi kita bincang lain kali, okey? 217 00:11:19,480 --> 00:11:20,840 Bila kita tak ada tetamu. 218 00:11:26,360 --> 00:11:27,480 Natalia. 219 00:11:28,680 --> 00:11:29,600 Ya. 220 00:11:31,040 --> 00:11:33,040 Tak, kakak tak perlu bawa apa-apa. 221 00:11:33,560 --> 00:11:35,200 Sekejap saja, bukan? 222 00:11:36,000 --> 00:11:37,080 Di mana kakak? 223 00:11:39,200 --> 00:11:40,120 Apa? 224 00:11:41,600 --> 00:11:44,440 Oh, kita tak rancang nak jumpa hari ini? 225 00:11:45,560 --> 00:11:47,280 Esok, Sabtu. 226 00:11:47,960 --> 00:11:49,200 Tidak… 227 00:11:49,760 --> 00:11:50,800 Jangan risau. 228 00:11:50,880 --> 00:11:53,240 Tak, mesti saya salah. 229 00:11:53,880 --> 00:11:55,760 Ya… Tak mengapa. 230 00:11:55,840 --> 00:11:58,680 Kami akan masukkan balik ikan bilis ke dalam tin. 231 00:11:59,640 --> 00:12:00,760 Saya bergurau. 232 00:12:01,600 --> 00:12:04,240 Baiklah, jumpa esok pukul 8.30 malam. 233 00:12:04,760 --> 00:12:06,880 Tak, pukul 9 malam. 234 00:12:07,400 --> 00:12:08,440 Datang pukul 9 malam. 235 00:12:08,960 --> 00:12:09,800 Bai. 236 00:12:10,320 --> 00:12:11,240 Bai. 237 00:12:16,320 --> 00:12:19,200 Sejujurnya, saya kasihan akan pasu itu. 238 00:12:19,840 --> 00:12:21,960 Dah keluar daripada almari. 239 00:12:32,760 --> 00:12:34,560 Mula dalam lima minit. 240 00:12:34,640 --> 00:12:39,000 Satu, dua, tiga, empat, lima… 241 00:12:42,040 --> 00:12:45,960 Hari ini Sabtu. Sudah hampir pukul 7 malam sekali lagi. 242 00:12:46,720 --> 00:12:49,680 Pagi ini, Julián bangun dengan angin yang tak baik. 243 00:12:50,200 --> 00:12:52,000 Dia nak batalkan perjumpaan hari ini. 244 00:12:52,600 --> 00:12:57,000 Dia yakin salah faham semalam bukan salah dia, tapi adik-beradiknya. 245 00:12:57,080 --> 00:13:00,800 Nampaknya, mereka selalu buat keputusan dan ubah fikiran tanpa beritahu dia. 246 00:13:02,640 --> 00:13:05,560 Menurut Julián, ia berlaku sejak mereka kecil 247 00:13:05,640 --> 00:13:09,960 dan ada kaitan dengan adik-adik sering dipandang rendah. 248 00:13:10,040 --> 00:13:12,960 Nasib baik selepas makan tengah hari, anginnya bertambah baik 249 00:13:13,040 --> 00:13:15,560 dan dia tak jadi batalkan perjumpaan hari ini. 250 00:13:15,640 --> 00:13:16,880 Natalia. 251 00:13:17,400 --> 00:13:20,120 - Awak selalu menepati masa. - Saya datang awal untuk tolong. 252 00:13:20,200 --> 00:13:21,040 Sudah tentu. 253 00:13:21,840 --> 00:13:23,360 - Apa khabar? - Sihat. 254 00:13:24,920 --> 00:13:25,760 Masuklah. 255 00:13:27,840 --> 00:13:28,760 Julián. 256 00:13:29,280 --> 00:13:30,600 Kakak. 257 00:13:31,360 --> 00:13:34,600 Kakak tekan loceng, tapi kamu tak buka pintu. 258 00:13:35,280 --> 00:13:38,080 Saya tengah buat latihan relaksasi saya tadi. 259 00:13:38,160 --> 00:13:39,880 Saya buat begitu kalau ada tetamu. 260 00:13:41,280 --> 00:13:43,800 - Víctor dah sampai? - Tak. Pelik, bukan? 261 00:13:43,880 --> 00:13:46,200 Saya ingat kamu berdua datang bersama. 262 00:13:46,280 --> 00:13:48,320 Saya salah kira. 263 00:13:48,920 --> 00:13:51,240 - Apa? - Tiada apa-apa. Jangan dengar cakap dia. 264 00:13:51,320 --> 00:13:53,320 - Sekejap, ya. - Kamu nak ke mana? 265 00:13:53,400 --> 00:13:56,400 Saya nak ke kedai untuk beli makanan kucing. 266 00:13:56,960 --> 00:13:58,760 - Kakak nak ikut. - Ya, ikut dia. 267 00:13:58,840 --> 00:14:00,200 Kakak pasti? 268 00:14:00,280 --> 00:14:02,680 Kita tak boleh bertengkar terlalu awal. 269 00:14:02,760 --> 00:14:05,880 Saya nak mandi. Saya tak dapat mandi tadi di gim. 270 00:14:09,760 --> 00:14:10,600 Pergilah. 271 00:14:12,400 --> 00:14:15,080 - Kakak telefon kamu tiga kali semalam. - Ya. 272 00:14:15,160 --> 00:14:19,440 Carol beritahu saya. Kakak risau tentang mentol lampu. 273 00:14:19,520 --> 00:14:20,960 Betul. 274 00:14:21,040 --> 00:14:24,040 Kamu tahu kakak kamu gelabah orangnya. 275 00:14:24,560 --> 00:14:26,440 - Kakak marah? - Sedikit. 276 00:14:26,520 --> 00:14:30,720 - Kakak tak pernah marah. - Keadaan sudah berubah. 277 00:14:30,800 --> 00:14:32,680 Kakak patut beritahu saya. 278 00:14:32,760 --> 00:14:35,280 Kakak cuma nak tahu kalau kamu dah tukarnya. 279 00:14:35,920 --> 00:14:38,440 - Mentol lampu? - Ya, Julián, mentol lampu. 280 00:14:38,520 --> 00:14:42,560 Okey. Sebenarnya, mentol lampu apa yang kita maksudkan? 281 00:14:43,080 --> 00:14:45,400 - Yang di bilik air ayah. - Oh. 282 00:14:45,480 --> 00:14:46,960 Kamu tak cakap dengan Víctor? 283 00:14:47,560 --> 00:14:48,640 Siapa Víctor? 284 00:14:51,160 --> 00:14:52,680 Mentol lampu bilik air berkelip. 285 00:14:52,760 --> 00:14:53,640 Berkelip? 286 00:14:53,720 --> 00:14:55,560 Ya, ayah kata ia buat kelip-kelip. 287 00:14:55,640 --> 00:14:56,840 Buat apa? 288 00:14:56,920 --> 00:14:59,800 Kelip-kelip. Itu yang ayah cakap. Hidup dan mati. 289 00:14:59,880 --> 00:15:02,960 Dia dah lama suruh kakak tukarnya. 290 00:15:03,040 --> 00:15:05,120 Boleh kamu buat minggu ini, Julián? 291 00:15:05,680 --> 00:15:06,920 Ya, saya akan buat. 292 00:15:07,000 --> 00:15:08,760 Jangan risau. Tenang. 293 00:15:08,840 --> 00:15:11,520 Kakak sangat tenang. Kakak nampak tenang, kan? 294 00:15:11,600 --> 00:15:13,280 Saya tak tahu nak cakap apa. 295 00:15:13,360 --> 00:15:16,680 "Kelip-kelip"? Bunyinya bodoh. 296 00:15:17,960 --> 00:15:20,360 Kakak beritahu Víctor beberapa hari lalu. 297 00:15:20,440 --> 00:15:22,400 Kakak ingat kamu dah cakap tentangnya. 298 00:15:22,480 --> 00:15:24,800 Dia kata nak telefon kamu dan kamu akan tukarnya. 299 00:15:27,800 --> 00:15:29,320 - Apa? - Apa? 300 00:15:29,840 --> 00:15:32,720 Boleh kakak ulang apa yang kakak cakap tadi? 301 00:15:33,960 --> 00:15:36,600 Kakak cakap dia kata nak telefon kamu. 302 00:15:36,680 --> 00:15:38,760 Bahagian kedua ayat itu? 303 00:15:38,840 --> 00:15:40,920 Kamu akan tukarnya. 304 00:15:41,440 --> 00:15:42,360 Kenapa saya? 305 00:15:42,440 --> 00:15:45,480 Entahlah, Julián. Seseorang perlu tukarnya, kan? 306 00:15:45,560 --> 00:15:48,600 Ya, tapi kenapa saya? Kenapa bukan dia? 307 00:15:48,680 --> 00:15:49,960 Atau tukang cuci. 308 00:15:50,040 --> 00:15:52,480 Tukang cuci lebih tua daripada ayah, Julián. 309 00:15:52,560 --> 00:15:55,560 Dia akan pening naik tangga. Víctor pula… 310 00:15:56,160 --> 00:15:57,080 Víctor pula? 311 00:15:57,160 --> 00:15:59,640 Dia sangat sibuk dan… 312 00:15:59,720 --> 00:16:02,880 Ya, betul. 313 00:16:03,400 --> 00:16:04,320 Kasihan dia. 314 00:16:08,520 --> 00:16:10,560 - Selamat petang. - Selamat petang. 315 00:16:15,560 --> 00:16:17,040 Bagaimana dia beritahu kakak? 316 00:16:17,600 --> 00:16:18,600 Apa maksud kamu? 317 00:16:18,680 --> 00:16:23,040 Nada yang dia guna semasa kamu berdua bercakap tentang "kelip-kelip". 318 00:16:23,120 --> 00:16:24,080 Apa dia kata? 319 00:16:24,600 --> 00:16:27,920 "Julián akan tukar mentol lampu." 320 00:16:28,440 --> 00:16:30,240 "Dia tiada kerja lain." 321 00:16:30,320 --> 00:16:32,120 Ia cuma mentol lampu, Julián. 322 00:16:32,200 --> 00:16:35,360 Tukar mentol lampu ayah pun dia tak sanggup buat. 323 00:16:35,440 --> 00:16:37,240 Bangsawan tak buat begitu. 324 00:16:38,040 --> 00:16:39,880 Tak, sebab saya masih hutang dengan dia… 325 00:16:42,000 --> 00:16:44,320 - Kamu masih hutang dengan dia? - Selamat tinggal. 326 00:16:44,840 --> 00:16:46,160 Ya. Habis tu? 327 00:16:46,240 --> 00:16:49,880 Julián, kami cuma berbual tentang menukar mentol lampu ayah. 328 00:16:49,960 --> 00:16:52,320 Víctor fikir kamu ada lebih masa. Itu saja. 329 00:16:52,400 --> 00:16:54,520 Okey. Kenapa kakak rasa dia fikir begitu? 330 00:16:55,040 --> 00:16:57,720 Sebab bagi dia, saya butler keluarga, 331 00:16:57,800 --> 00:17:00,520 budak suruhan. 332 00:17:00,600 --> 00:17:02,160 Saya takkan tukarnya. 333 00:17:03,720 --> 00:17:04,840 Apa kamu buat? 334 00:17:05,560 --> 00:17:06,760 Cari kunci. 335 00:17:09,120 --> 00:17:09,960 Baiklah… 336 00:17:10,680 --> 00:17:12,120 Apa kita nak buat? 337 00:17:12,200 --> 00:17:13,360 Saya tak tahu. 338 00:17:13,880 --> 00:17:15,520 Masukkan dalam agenda. 339 00:17:15,600 --> 00:17:19,640 Pertama, kita cakap tentang kemaluan ayah. Kemudian, orang yang tukar mentol lampu. 340 00:17:21,280 --> 00:17:23,000 Selain itu, semuanya okey? 341 00:17:23,080 --> 00:17:26,320 Bagus. Kalau kita tak cerita banyak, semuanya hebat. 342 00:17:26,400 --> 00:17:28,320 - Kakak pula? - Kakak perlukan segelas air. 343 00:17:28,400 --> 00:17:30,360 Kakak nak makan ubat. 344 00:17:30,440 --> 00:17:31,880 Kakak dan migrain kakak. 345 00:17:31,960 --> 00:17:33,000 Ya. 346 00:17:34,960 --> 00:17:37,680 Wah, cantiknya bunga ini! 347 00:17:38,200 --> 00:17:40,080 Ya, sangat cantik. 348 00:17:40,160 --> 00:17:42,640 Malangnya kami perlu buangnya, 349 00:17:43,160 --> 00:17:45,880 melainkan ada orang mahukannya. Satu set dengan pasu. 350 00:17:48,360 --> 00:17:49,360 Terima kasih. 351 00:17:53,560 --> 00:17:55,760 Okey, apa yang kakak boleh tolong? 352 00:17:55,840 --> 00:17:58,480 Letak balik ikan bilis di atas biskut. 353 00:17:58,560 --> 00:17:59,560 Okey. 354 00:18:03,920 --> 00:18:05,720 Kita belum bincang lagi. 355 00:18:06,720 --> 00:18:09,040 - Tentang apa? - Sama ada kamu suka buku itu. 356 00:18:09,560 --> 00:18:10,520 Buku apa? 357 00:18:11,600 --> 00:18:12,440 Novel itu. 358 00:18:13,400 --> 00:18:14,240 Novel apa? 359 00:18:15,200 --> 00:18:18,720 Novel yang Víctor tulis. 360 00:18:23,160 --> 00:18:24,640 Abang saya tulis novel? 361 00:18:25,240 --> 00:18:27,520 Kita perlu belikan ayah mesin basuh baharu kerana… 362 00:18:27,600 --> 00:18:29,080 - Kakak. - Ya? 363 00:18:30,280 --> 00:18:32,240 Jangan ubah topik. 364 00:18:32,320 --> 00:18:34,040 - Kamu perasan? - Ya, sedikit. 365 00:18:34,120 --> 00:18:35,880 Kakak tak tahu kamu tak tahu. 366 00:18:35,960 --> 00:18:36,840 Tak apa. 367 00:18:36,920 --> 00:18:39,400 Ya, kakak tahu tak apa. Mestilah tak apa. 368 00:18:39,920 --> 00:18:43,840 Kakak pasti Víctor beritahu kamu, tapi kamu lupa sebab kamu sangat… 369 00:18:44,360 --> 00:18:45,200 Sangat apa? 370 00:18:45,880 --> 00:18:48,640 Kamu pelupa. 371 00:18:49,160 --> 00:18:51,560 Dia akan beri kamu novel itu. Tenang. 372 00:18:51,640 --> 00:18:53,080 Saya tenang. 373 00:18:53,600 --> 00:18:54,880 Saya nampak tenang, kan? 374 00:18:54,960 --> 00:18:57,040 Saya sangat tenang. Hebat. 375 00:18:58,560 --> 00:19:00,360 Wah, wah… 376 00:19:01,560 --> 00:19:04,040 Jadi, abang saya tulis novel. 377 00:19:05,000 --> 00:19:06,920 Wah! Mengagumkan, ya? 378 00:19:08,040 --> 00:19:09,880 Ini bukan perkara besar. Maksud kakak… 379 00:19:09,960 --> 00:19:11,400 Ini berita baik. 380 00:19:12,640 --> 00:19:15,480 Sejak bila abang saya tulis novel? 381 00:19:15,560 --> 00:19:18,120 Apa kata kita cakap tentang ayah? Sebab itu kita di sini. 382 00:19:18,200 --> 00:19:20,960 Kita cuma berborak sementara menunggu artis. 383 00:19:21,040 --> 00:19:23,320 - Bila dia tulis? - Kakak tak tahu. 384 00:19:23,400 --> 00:19:25,680 Kakak pasti tahu. 385 00:19:25,760 --> 00:19:28,920 Entahlah, kakak rasa sudah lama. Setahun, mungkin? 386 00:19:29,000 --> 00:19:31,040 - Wah! Setahun? - Lebih kurang begitu. 387 00:19:31,120 --> 00:19:33,200 Kamu berdua selalu cakap tentang itu? 388 00:19:33,280 --> 00:19:35,160 Tak, cuma sekali-sekala. 389 00:19:35,240 --> 00:19:36,400 Semasa saya tiada. 390 00:19:36,480 --> 00:19:38,560 Ya, Julián, selalunya semasa kamu tiada. 391 00:19:38,640 --> 00:19:41,040 Dia beritahu kakak sebab dia minta nasihat kakak. 392 00:19:41,560 --> 00:19:43,760 Wah! Dia minta nasihat kakak? 393 00:19:43,840 --> 00:19:45,560 Ia cuma hobi hari Ahad. 394 00:19:46,680 --> 00:19:49,920 Hobi hari Ahad? Apa maksud kakak? 395 00:19:50,000 --> 00:19:52,120 Dia tulis novel itu pada hari Ahad. 396 00:19:52,200 --> 00:19:53,240 Pada hari Ahad? 397 00:19:53,320 --> 00:19:54,200 Ya, Julián. 398 00:19:54,280 --> 00:19:56,480 Itu yang tertulis di halaman pertama. 399 00:19:57,040 --> 00:20:00,120 Dia habiskan 53 hari Ahad untuk tulis novel itu. 400 00:20:00,200 --> 00:20:01,360 Saya datang! 401 00:20:02,160 --> 00:20:03,920 53 hari Ahad? 402 00:20:04,440 --> 00:20:05,600 Wah! 403 00:20:06,560 --> 00:20:09,080 - Sekarang saya dah faham. - Faham apa? 404 00:20:09,160 --> 00:20:11,480 Sebab dia tak jawab telefon. 405 00:20:11,560 --> 00:20:13,960 Tentu sukar menulis novel, Julián. 406 00:20:14,040 --> 00:20:16,240 - Jangan pertahankan dia. - Bukan begitu. 407 00:20:16,320 --> 00:20:19,560 Ya, kakak nak pertahankan dia. Sentiasa cuba mewajarkan tindakannya. 408 00:20:19,640 --> 00:20:22,520 Kakak cuma kata tak mudah menulis novel, Julián. 409 00:20:22,600 --> 00:20:23,440 Tepat sekali. 410 00:20:23,960 --> 00:20:26,520 Komen itu bermaksud 411 00:20:26,600 --> 00:20:29,840 menulis novel pasti sangat rumit 412 00:20:29,920 --> 00:20:33,040 sehingga Víctor tak ada masa untuk jawab telefon, 413 00:20:33,120 --> 00:20:36,640 terutamanya jika orang yang hubunginya ialah adiknya yang bodoh, 414 00:20:36,720 --> 00:20:37,880 yang kebetulan saya. 415 00:20:37,960 --> 00:20:40,280 Julián, kamu kenal Víctor. 416 00:20:40,360 --> 00:20:44,560 Dia hanya jawab bila senang, bila dia mahu. 417 00:20:44,640 --> 00:20:45,800 Kenapa? 418 00:20:45,880 --> 00:20:47,160 Kenapa apa? 419 00:20:47,240 --> 00:20:49,640 Kenapa dia tulis novel? Apa rancangan dia? 420 00:20:49,720 --> 00:20:53,240 Entah. Mungkin dia rasa perlu untuk bercakap tentang sesuatu… 421 00:20:53,320 --> 00:20:55,960 - Wah, bercakap tentang sesuatu! - Kamu faham maksud kakak. 422 00:20:56,040 --> 00:20:58,520 Saya faham maksud kakak. 423 00:20:58,600 --> 00:21:00,080 Harap-haraplah. 424 00:21:00,160 --> 00:21:01,320 Kasihan dia. 425 00:21:02,680 --> 00:21:05,600 Kakak dah cakap dengan jiran semalam tentang ayah, 426 00:21:05,680 --> 00:21:08,680 tentang dia tunjukkan alat sulitnya. 427 00:21:09,200 --> 00:21:10,640 Kamu tahu apa dia cakap? 428 00:21:10,720 --> 00:21:13,600 Apa pendapat kakak tentang novel picisan dia? 429 00:21:16,120 --> 00:21:18,680 - Tak perlu ejek dia. - Bukan mengejek. 430 00:21:18,760 --> 00:21:21,120 Ya, kamu kata "novel picisan". 431 00:21:21,200 --> 00:21:23,440 - Kamu menyindir. - Betulkah? 432 00:21:24,440 --> 00:21:27,320 Betul. Saya mengaku. Saya tak boleh tahan. 433 00:21:27,400 --> 00:21:29,240 Sebab saya cemburu. 434 00:21:29,320 --> 00:21:32,040 Jauh di sudut hati, saya mengagumi abang saya. 435 00:21:32,120 --> 00:21:33,600 Kamu mengagumi dia? 436 00:21:33,680 --> 00:21:34,680 Sangat kagum. 437 00:21:36,720 --> 00:21:39,320 - Boleh saya guna tandas, Carol? - Ya, boleh. 438 00:21:39,400 --> 00:21:40,480 Terima kasih. 439 00:21:41,480 --> 00:21:43,120 Víctor belum sampai lagi? 440 00:21:43,640 --> 00:21:45,080 Dia akan sampai bila-bila masa. 441 00:21:45,600 --> 00:21:48,360 - Borak pasal apa tadi? - Nanti saya beritahu. 442 00:21:49,560 --> 00:21:51,920 Ia tentang apa? 443 00:21:52,440 --> 00:21:53,600 Novel erotik? 444 00:21:54,120 --> 00:21:56,480 Ia agak panjang. 445 00:21:56,560 --> 00:21:59,160 - Alamak… Kakak dah beritahu dia? - Tidak. 446 00:21:59,240 --> 00:22:02,560 Tapi dia tanya kakak setiap hari kalau kakak dah baca. 447 00:22:03,080 --> 00:22:06,240 Dia memang menjengkelkan, cuba tanya pendapat kakak. 448 00:22:06,320 --> 00:22:08,120 Aduhai, teruknya. 449 00:22:08,200 --> 00:22:10,000 Dia mahu kakak jujur dan objektif. 450 00:22:10,080 --> 00:22:12,280 Kakak tak patut bercakap benar. 451 00:22:12,360 --> 00:22:14,000 Secara umum, maksud kamu? 452 00:22:14,080 --> 00:22:15,760 Secara umum dan sentiasa. 453 00:22:16,520 --> 00:22:18,560 Tak perlu bercakap benar. 454 00:22:18,640 --> 00:22:20,800 Abang saya tulis novel. 455 00:22:21,360 --> 00:22:23,800 Novel? Bagus, kan? 456 00:22:24,320 --> 00:22:27,280 Apa-apa pun, kakak mesti sangat bangga. 457 00:22:27,360 --> 00:22:29,760 - Apa yang kakak buat? - Tiada apa-apa. 458 00:22:29,840 --> 00:22:32,360 Dia dengar cakap kakak. Dia hargai kakak. 459 00:22:32,440 --> 00:22:35,120 Bagi dia, pendapat kakak satu bentuk pengiktirafan. 460 00:22:35,200 --> 00:22:38,960 Pendapat kakak tak lebih bernilai daripada orang lain. Jangan nak bergaduh. 461 00:22:39,040 --> 00:22:42,560 Bagi Víctor, pendapat saya sama penting dengan kaktusnya. 462 00:22:42,640 --> 00:22:44,880 Cukup, Julián. Ini bukan perkara besar! 463 00:22:45,400 --> 00:22:47,840 Dia akan beri kamu novel itu. Kalau tidak, lagi bagus. 464 00:22:47,920 --> 00:22:51,640 Kamu tak perlu baca atau beritahu dia pendapat kamu! 465 00:22:54,520 --> 00:22:56,760 Dia pandai naik marah sekarang. 466 00:22:57,280 --> 00:22:58,120 Baguslah. 467 00:22:58,720 --> 00:22:59,560 Ya. 468 00:23:00,800 --> 00:23:03,800 Lagipun, Víctor hargai kamu dengan cara lain. 469 00:23:03,880 --> 00:23:07,360 - Apa? - Dia hargai kamu dengan cara lain. 470 00:23:08,720 --> 00:23:10,040 Awak dengar, Carol? 471 00:23:10,720 --> 00:23:13,000 - Abang saya sayang saya. - Bagus, kan? 472 00:23:23,600 --> 00:23:24,840 Bila dia bagi? 473 00:23:27,040 --> 00:23:29,960 Entahlah. Beberapa bulan lalu. 474 00:23:30,040 --> 00:23:32,520 Oh, begitu. Beberapa bulan lalu? 475 00:23:32,600 --> 00:23:35,760 Ya, pada hari kami ke rumah ayah untuk hari jadinya. 476 00:23:35,840 --> 00:23:38,760 Kamu tiada di sana. Mungkin sebab itu dia tak bagi. 477 00:23:39,400 --> 00:23:41,760 Tak, saya ada di sana waktu itu. 478 00:23:41,840 --> 00:23:45,160 - Tidak, Julián. - Ya. Saya lewat, tapi saya ada di sana. 479 00:23:45,240 --> 00:23:46,720 - Betulkah? - Ya. 480 00:23:47,320 --> 00:23:51,040 Dostoevsky tak beri saya novel itu. 481 00:23:51,120 --> 00:23:53,800 Tak semuanya rumit seperti yang kamu fikirkan. 482 00:23:53,880 --> 00:23:56,240 Mungkin dia tiada salinan lain. 483 00:23:56,320 --> 00:23:58,480 Sebab itu dia tak bagi. 484 00:23:58,560 --> 00:24:00,760 Edisi terhad untuk orang terpilih? 485 00:24:00,840 --> 00:24:02,280 Kemungkinan besar. 486 00:24:04,280 --> 00:24:05,120 Jadi? 487 00:24:05,640 --> 00:24:06,520 Cukuplah. 488 00:24:07,040 --> 00:24:09,400 Kalau Víctor tak sampai lima minit lagi, kakak balik. 489 00:24:09,480 --> 00:24:10,640 Buku itu dijilid? 490 00:24:11,160 --> 00:24:12,160 Mungkin. 491 00:24:12,240 --> 00:24:13,680 Tolonglah, ia penting. 492 00:24:13,760 --> 00:24:15,720 Entahlah. Ia dijilid, Julián. 493 00:24:15,800 --> 00:24:17,040 Kulit keras? Kuat? 494 00:24:17,120 --> 00:24:18,200 Tak juga. 495 00:24:18,280 --> 00:24:19,520 Untuk jimat duit. 496 00:24:19,600 --> 00:24:21,080 Semua orang kaya kedekut. 497 00:24:21,160 --> 00:24:23,000 - Apa nama kucing itu? - Fanny. 498 00:24:23,080 --> 00:24:25,080 - Fanny… - Awak dah beri dia makan? 499 00:24:25,160 --> 00:24:27,560 Ya, sayang. Kakak suka novelnya? 500 00:24:32,560 --> 00:24:34,200 Kenapa rupa kakak begitu? 501 00:24:34,720 --> 00:24:35,640 Rupa apa? 502 00:24:36,440 --> 00:24:38,920 Yang kakak buat bila saya tanya soalan itu. 503 00:24:39,800 --> 00:24:42,800 - Boleh kakak merokok? - Tak. Kucing itu ada asma. 504 00:24:45,920 --> 00:24:49,360 Tak apa kalau kakak tak suka novel itu. 505 00:24:49,440 --> 00:24:51,880 Kakak sangat sukainya. 506 00:24:51,960 --> 00:24:53,360 Betulkah? Sangat suka? 507 00:24:54,240 --> 00:24:55,080 Agak suka. 508 00:24:55,160 --> 00:24:57,640 Sangat suka atau agak suka? Tak sama. 509 00:24:57,720 --> 00:25:00,280 Boleh tahan. Ia boleh dibaiki lagi, tapi… 510 00:25:00,360 --> 00:25:01,960 - Alamak… - Apa? 511 00:25:02,040 --> 00:25:04,600 Kakak tambah "tapi" di hujung ayat. 512 00:25:05,560 --> 00:25:07,720 Sebab ada bahagian yang tak bagus. 513 00:25:07,800 --> 00:25:08,880 Contohnya? 514 00:25:10,120 --> 00:25:13,880 Ada terlalu ramai watak. Ada terlalu banyak tahap naratif. 515 00:25:13,960 --> 00:25:17,000 Hati-hati! Hati-hati dengan tahap naratif itu! 516 00:25:17,080 --> 00:25:18,520 Tahap naratif… 517 00:25:18,600 --> 00:25:22,040 - Penamatnya tak masuk akal. - Penamat yang tergesa-gesa. 518 00:25:22,120 --> 00:25:25,360 Bacaan yang bagus. Ia tak begitu menghiburkan, tapi… 519 00:25:25,440 --> 00:25:27,960 - Maksud kakak, ia… - Itu novel pertamanya, Julián. 520 00:25:28,040 --> 00:25:31,000 Ya, itu novel pertamanya, tapi ia… 521 00:25:31,080 --> 00:25:32,720 - Ia… - Ia apa? 522 00:25:32,800 --> 00:25:35,320 - Ia… - Apa dia? 523 00:25:35,400 --> 00:25:36,680 Ia teruk! 524 00:25:42,080 --> 00:25:43,200 Saya akan jawab! 525 00:25:44,200 --> 00:25:45,680 Saya sangat bangga dengan kakak. 526 00:25:46,840 --> 00:25:50,080 Kakak tak gembira kakak tak suka novel abang sendiri. 527 00:25:50,640 --> 00:25:52,080 Tapi kamu gembira. 528 00:25:55,120 --> 00:25:58,120 Saya cetek. Saya perlu akuinya. 529 00:25:58,800 --> 00:26:02,520 Tapi itulah hakikatnya. Lagipun, keangkuhan tak patut diberi ganjaran. 530 00:26:02,600 --> 00:26:06,120 Jadi, keangkuhan menyebabkan dia tulis novel itu. 531 00:26:06,200 --> 00:26:07,240 Sudah tentu. 532 00:26:07,320 --> 00:26:10,520 Jangan beritahu dia apa yang kakak cakap tadi. 533 00:26:10,600 --> 00:26:13,320 - Nanti kakak serba-salah. - Sudah tentu tidak. 534 00:26:13,400 --> 00:26:16,120 - Saya tak kejam. - Kasihan dia bekerja pada hari Ahad. 535 00:26:16,200 --> 00:26:18,600 - Ya, kasihan dia. Kasihan kakak. - Kakak? Kenapa? 536 00:26:18,680 --> 00:26:21,680 Sebab sekarang kakak perlu beritahu dia pendapat kakak. 537 00:26:21,760 --> 00:26:25,400 Yang novel picisan dia itu teruk. Betul, kakak? 538 00:26:26,440 --> 00:26:28,040 - Siapa? - Víctor. 539 00:26:28,120 --> 00:26:31,760 Oh. Apa yang dia mahu? Tolong letakkan keretanya? 540 00:26:33,160 --> 00:26:35,120 Tak, dia kata mereka takkan datang. 541 00:26:36,120 --> 00:26:40,000 Mereka menginap di Marbella sebab mereka nak belayar esok dan… 542 00:26:40,520 --> 00:26:43,520 Kamu semua boleh jumpa minggu depan. 543 00:26:44,120 --> 00:26:46,240 Atau hari lain. 544 00:26:49,720 --> 00:26:51,640 Kakak tak percaya saya, 545 00:26:51,720 --> 00:26:54,560 tapi saya memang mengagumi abang saya. 546 00:26:54,640 --> 00:26:55,960 Kakak tahu kenapa? 547 00:26:57,280 --> 00:26:59,680 Sebab saya nak jadi macam dia. 548 00:27:00,760 --> 00:27:03,080 Sekarang siapa nak tukar mentol lampu ayah? 549 00:27:07,680 --> 00:27:09,800 - Tak apa, saya buat. - Biar saya tolong. 550 00:27:10,320 --> 00:27:11,200 Terima kasih. 551 00:27:17,080 --> 00:27:19,680 Selepas percubaan kedua yang gagal Sabtu lepas, 552 00:27:19,760 --> 00:27:21,760 mereka nak berjumpa pada hari kerja. 553 00:27:22,280 --> 00:27:24,440 Natalia merayu agar Julián berdiam diri 554 00:27:24,520 --> 00:27:26,760 dan tidak menimbulkan konflik dengan Víctor, 555 00:27:26,840 --> 00:27:30,880 selepas "kurang rasa hormat yang dikesali tempoh hari." 556 00:27:31,400 --> 00:27:34,400 Saya memetik kata-kata Julián. 557 00:27:35,080 --> 00:27:38,200 - Awak dah lama tunggu? - Tidak. Tak lama sangat. 558 00:27:38,720 --> 00:27:42,200 Tiba-tiba, hujan turun pula. Ya Tuhan. 559 00:27:42,280 --> 00:27:43,640 Tapi ada yang tak kena? 560 00:27:44,720 --> 00:27:46,440 Tidak. Kenapa? 561 00:27:46,520 --> 00:27:49,600 Tiada sebab. Abang menepati masa hari ini. 562 00:27:52,440 --> 00:27:54,520 Awak tak nak tanggalkan kasut? 563 00:27:55,200 --> 00:27:58,240 - Basah kuyup. - Ya, mungkin saya akan tanggalkannya. 564 00:27:58,320 --> 00:28:00,040 - Ya. Selesakan diri. - Ya. 565 00:28:00,120 --> 00:28:00,960 Tumpang lalu. 566 00:28:04,160 --> 00:28:07,640 Saya dah nak bawa payung tadi, kemudian… 567 00:28:10,320 --> 00:28:14,040 Wah, lihatlah bunga yang cantik ini! 568 00:28:14,120 --> 00:28:15,560 - Cantik, kan? - Ya. 569 00:28:15,640 --> 00:28:19,520 Ia sudah mula layu, tapi pasu ini menjadikannya cantik. 570 00:28:19,600 --> 00:28:20,640 Betul, tak? 571 00:28:21,480 --> 00:28:24,240 - Maksud saya, pasu itu. - Ya. 572 00:28:24,840 --> 00:28:26,200 Saya bawa wain. 573 00:28:26,720 --> 00:28:28,400 Oh, susah-susah saja. 574 00:28:28,480 --> 00:28:31,120 Ya. Kalau tak, kamu semua akan kritik saya nanti. 575 00:28:31,200 --> 00:28:34,120 Gran Reserva, wain dari Bordeaux. 576 00:28:34,200 --> 00:28:36,360 Saya pasti kamu belum cuba yang ini. 577 00:28:36,440 --> 00:28:37,640 Saya pasti belum. 578 00:28:37,720 --> 00:28:40,360 Lagipun, di rumah ini, kami minum wain murah. 579 00:28:41,080 --> 00:28:41,920 Betul? 580 00:28:42,640 --> 00:28:45,000 - Apa khabar anak-anak? - Sihat. 581 00:28:45,520 --> 00:28:49,600 Harapnya mereka akan cepat-cepat jumpa teman lelaki dan pindah, sebab… 582 00:28:50,120 --> 00:28:50,960 Isteri awak pula? 583 00:28:51,480 --> 00:28:54,000 Marisa sihat seperti biasa. Bagus. 584 00:28:54,080 --> 00:28:55,200 Dia nak datang, 585 00:28:55,280 --> 00:28:58,880 tapi Natalia berkeras ini perjumpaan tanpa ipar… 586 00:28:58,960 --> 00:29:02,600 Betul cakap Natalia. Jika tidak, ia akan berlarutan. 587 00:29:03,240 --> 00:29:06,360 Awak pasti awak tak nak tanggalkan stoking? 588 00:29:06,880 --> 00:29:08,680 Atau biar dia guna selipar awak. 589 00:29:08,760 --> 00:29:09,920 Selipar saya? 590 00:29:10,000 --> 00:29:11,280 Tidak. Tak boleh. 591 00:29:11,360 --> 00:29:12,840 Tak perlu, Carol. 592 00:29:12,920 --> 00:29:15,800 Lagipun, perjumpaan ini tak lama, bukan? 593 00:29:15,880 --> 00:29:18,000 Itulah semangatnya, abang. 594 00:29:18,080 --> 00:29:20,360 Julián, kalau kamu setuju dengan abang 595 00:29:20,440 --> 00:29:24,840 yang kita tak perlu letakkan ayah di rumah orang tua… 596 00:29:24,920 --> 00:29:27,400 Terima kasih. Kita berdua menentang Natalia. 597 00:29:27,480 --> 00:29:31,520 Kita boleh upah orang untuk bantu dia di rumah. Habis cerita. 598 00:29:32,120 --> 00:29:33,840 Sebab kamu setuju dengan abang, kan? 599 00:29:33,920 --> 00:29:36,320 Peguam saya kata jangan buat sebarang kenyataan 600 00:29:36,400 --> 00:29:38,160 sehingga kita bertiga hadir. 601 00:29:38,680 --> 00:29:40,240 - Hei, Carol… - Ya? 602 00:29:40,760 --> 00:29:43,360 Saya rasa bersalah sebab tak datang Sabtu lepas, 603 00:29:43,440 --> 00:29:45,320 tapi kami terpaksa pergi ke Marbella. 604 00:29:46,040 --> 00:29:48,680 Tak mengapa. Natalia dah beritahu kami. 605 00:29:48,760 --> 00:29:52,040 Abang, jadi kaya tentu sangat memenatkan, bukan? 606 00:29:52,560 --> 00:29:56,600 Kamu tak boleh bayangkan, Julián. Ia memenatkan. 607 00:29:56,680 --> 00:29:58,600 Cuma memenatkan. 608 00:29:58,680 --> 00:30:02,240 Lagipun, abang dah berjanji nak bawa ayah mentua ayah belayar 609 00:30:02,320 --> 00:30:06,320 dengan kawan-kawannya yang datang dari Santander. 610 00:30:06,840 --> 00:30:11,720 Orang penting. Orang kaya, Julián. 611 00:30:11,800 --> 00:30:14,840 Orang penting yang kaya… Biasalah. 612 00:30:14,920 --> 00:30:18,120 Tenang. Tak ada masalah, bukan? 613 00:30:18,200 --> 00:30:20,440 Kami cuma sediakan snek. 614 00:30:20,520 --> 00:30:24,320 Ya, ikan bilis memang suka keluar masuk tin. 615 00:30:24,920 --> 00:30:27,520 Sedapnya ikan bilis. Dari Laut Cantabria? 616 00:30:27,600 --> 00:30:29,400 Tak, pasar raya. 617 00:30:30,120 --> 00:30:32,920 Saya akan ambil selipar. Tak boleh berstoking saja. 618 00:30:39,200 --> 00:30:41,280 Apa khabar? Bagaimana semuanya? 619 00:30:41,360 --> 00:30:43,800 Semuanya bagus. 620 00:30:44,560 --> 00:30:45,520 Abang pula? 621 00:30:46,320 --> 00:30:49,520 Ada berita? Ada apa-apa yang saya tak tahu? 622 00:30:49,600 --> 00:30:51,720 Tidak. Kenapa? 623 00:30:51,800 --> 00:30:54,480 Tiada sebab. Saya cuma nak berbual. 624 00:30:54,560 --> 00:30:57,280 Kita borak dalam WhatsApp minggu lepas. 625 00:30:57,360 --> 00:31:00,800 Tak sempat untuk perkara penting berlaku sejak itu. 626 00:31:01,520 --> 00:31:05,520 Kalau tiada perkara penting berlaku sejak itu, baguslah. 627 00:31:06,040 --> 00:31:08,720 - Banyak kerja kebelakangan ini. - Wah. 628 00:31:08,800 --> 00:31:13,200 Sebenarnya, abang dah jadi terlalu penting. 629 00:31:13,720 --> 00:31:16,400 Hati-hati, mereka mungkin akan jadikan abang CEO. 630 00:31:16,480 --> 00:31:17,520 Keseronokan berakhir. 631 00:31:17,600 --> 00:31:19,720 Betul cakap kamu. 632 00:31:20,240 --> 00:31:21,200 Betul. 633 00:31:22,720 --> 00:31:24,520 Kita sangat berbeza, bukan? 634 00:31:25,320 --> 00:31:26,280 Kamu dan abang. 635 00:31:27,880 --> 00:31:29,720 - Abang rasa begitu? - Ya. 636 00:31:30,440 --> 00:31:34,120 Abang mahukan lebih banyak, kamu puas hati dengan apa yang ada. 637 00:31:37,800 --> 00:31:40,880 Saya pandang abang begini sebab saya tak tahu nak cakap apa. 638 00:31:40,960 --> 00:31:43,760 Abang harap komen itu tak menyinggung kamu. 639 00:31:44,840 --> 00:31:46,080 Saya belum pasti. 640 00:31:50,280 --> 00:31:52,760 Kamu dan lawak kamu. 641 00:31:52,840 --> 00:31:54,440 Abang cemburu. 642 00:31:54,520 --> 00:31:58,880 Kamu tak ambil serius apa-apa, tak kira apa pun keadaan kamu. 643 00:32:01,560 --> 00:32:04,280 Itu namanya naluri ikhtiar hidup. 644 00:32:04,360 --> 00:32:05,360 Maaf. 645 00:32:06,920 --> 00:32:07,920 Selipar. 646 00:32:09,120 --> 00:32:09,960 Oh. 647 00:32:11,160 --> 00:32:14,200 Saya nak ke farmasi sekejap. Saya akan kembali. 648 00:32:14,800 --> 00:32:16,400 Jangan bertekak tanpa saya. 649 00:32:16,480 --> 00:32:18,040 Tidaklah. 650 00:32:28,080 --> 00:32:30,440 Beberapa hari ini, abang terfikir, 651 00:32:30,520 --> 00:32:34,240 "Apabila kau jumpa Julian, kau perlu beritahu dia sesuatu." 652 00:32:35,720 --> 00:32:38,280 - Tapi sekarang abang tak ingat… - Betulkah? 653 00:32:38,800 --> 00:32:39,680 Apa dia? 654 00:32:40,200 --> 00:32:41,360 Apa agaknya? 655 00:32:42,280 --> 00:32:43,720 Entah, nanti mesti abang ingat. 656 00:32:45,480 --> 00:32:48,680 Saya telefon abang kebelakangan ini, tapi tak pernah jawab. 657 00:32:48,760 --> 00:32:49,640 Bila? 658 00:32:50,240 --> 00:32:52,000 - Pada hari Ahad. - Pada hari Ahad? 659 00:32:52,080 --> 00:32:53,080 Waktu petang. 660 00:32:53,160 --> 00:32:54,840 Waktu petang? Peliknya. 661 00:32:54,920 --> 00:32:56,520 Betulkah? Kenapa? 662 00:32:56,600 --> 00:32:58,280 Sebab abang selalu di rumah. 663 00:32:58,880 --> 00:33:01,280 Abang selalu di rumah pada petang Ahad? 664 00:33:01,360 --> 00:33:02,520 Selalu di rumah. 665 00:33:02,600 --> 00:33:06,000 Kalau kami keluar hujung minggu, kami balik selepas makan tengah hari. 666 00:33:06,080 --> 00:33:07,440 - Selalunya begitu. - Betul? 667 00:33:07,520 --> 00:33:10,960 Abang tak pernah jawab kalau abang tak tahu siapa, Julián. 668 00:33:11,480 --> 00:33:13,000 - Abang tak jawab? - Tak. 669 00:33:13,520 --> 00:33:14,920 Sebab abang tak mahu 670 00:33:16,040 --> 00:33:17,400 terganggu. 671 00:33:18,440 --> 00:33:20,720 Ya, kerana abang pasti 672 00:33:21,800 --> 00:33:24,040 fokus untuk buat apa saja. 673 00:33:24,120 --> 00:33:26,280 Tepat sekali. 674 00:33:26,360 --> 00:33:29,440 Seronoknya ada saat-saat itu, 675 00:33:29,960 --> 00:33:31,160 bersendirian, 676 00:33:31,240 --> 00:33:34,200 berfikir, merenung, 677 00:33:34,280 --> 00:33:37,520 memikirkan cara untuk membentuk 678 00:33:37,600 --> 00:33:40,800 semuanya yang kita nak luahkan, 679 00:33:41,320 --> 00:33:42,680 tapi tak tahu caranya. 680 00:33:43,960 --> 00:33:47,000 Julián, kamu gambarkannya dengan sempurna. 681 00:33:47,080 --> 00:33:48,080 Ya, saya tahu. 682 00:33:48,720 --> 00:33:52,160 Saya nak sidai baju. Nampaknya hujan dah berhenti. 683 00:33:52,680 --> 00:33:54,560 Sekejap, ya. Buat macam rumah sendiri. 684 00:33:54,640 --> 00:33:57,040 Kalau Natalia datang, buka pintu. 685 00:33:58,840 --> 00:33:59,800 Nak abang ikut? 686 00:34:02,840 --> 00:34:04,240 Kalau perlu… 687 00:34:04,320 --> 00:34:05,720 Abang akan ikut kamu. 688 00:34:10,200 --> 00:34:11,480 Kenapa kamu telefon? 689 00:34:12,000 --> 00:34:13,200 Minta nasihat abang. 690 00:34:13,280 --> 00:34:16,240 Tapi sebab abang tak jawab, saya telefon Natalia. 691 00:34:18,400 --> 00:34:19,720 Sayangnya. 692 00:34:21,320 --> 00:34:24,320 Dia gunakan peluang itu untuk membebel tentang ayah. 693 00:34:24,400 --> 00:34:28,120 Jiwa dia sakit, Julián. 694 00:34:28,200 --> 00:34:32,520 - Perasaan tragis dia tentang kehidupan. - Saya setuju. 695 00:34:32,600 --> 00:34:34,880 Seperti perjumpaan penting ini. 696 00:34:34,960 --> 00:34:39,440 Ayah terganggu, naik bas yang salah dan kita perlu ambil dia di Torrelodones. 697 00:34:39,520 --> 00:34:40,840 Apa masalahnya? 698 00:34:41,480 --> 00:34:44,600 Tempoh hari, dia telefon abang tiga kali. Tiga kali! 699 00:34:44,680 --> 00:34:45,720 Apa dia nak? 700 00:34:45,800 --> 00:34:49,080 Nak tanya pasal mentol lampu ayah. Nampaknya, ia buat kelip-kelip. 701 00:34:49,160 --> 00:34:50,360 Ya, kelip-kelip. 702 00:34:51,120 --> 00:34:54,600 Abang suruh dia bertenang dan kamu akan tukarnya. 703 00:34:54,680 --> 00:34:56,520 Ya, dia ada cakap. 704 00:34:56,600 --> 00:35:00,760 Buat cepat sebelum dia marah sebab dia buat abang gila, Julián. 705 00:35:01,360 --> 00:35:05,400 Abang tahu apa masalahnya? Saya sangat sibuk kebelakangan ini dan… 706 00:35:05,920 --> 00:35:08,480 Betulkah? Kamu dapat projek baharu? 707 00:35:08,560 --> 00:35:11,320 Saya sedang usahakannya. Ada pemilihan pelakon. 708 00:35:11,400 --> 00:35:14,000 - Untuk rancangan TV? - Tak, untuk iklan. 709 00:35:14,080 --> 00:35:16,280 Iklan. Baguslah. Iklan apa? 710 00:35:16,360 --> 00:35:17,600 Gazpacho. 711 00:35:20,240 --> 00:35:23,320 Mereka perlukan seseorang yang berpengalaman untuk jadi tomato. 712 00:35:24,720 --> 00:35:26,880 - Tomato? - Ya. 713 00:35:29,400 --> 00:35:30,920 Julián… 714 00:35:31,680 --> 00:35:34,560 Kerja kamu… Abang risau tentang kamu. 715 00:35:34,640 --> 00:35:35,920 - Betulkah? - Ya. 716 00:35:43,200 --> 00:35:45,600 Peliknya Natalia datang lewat. 717 00:35:46,120 --> 00:35:47,480 Ya, betul juga. 718 00:35:50,320 --> 00:35:51,280 Wah! 719 00:35:52,920 --> 00:35:55,080 Cantik pemandangannya, Julián. 720 00:35:55,160 --> 00:35:57,080 - Abang rasa begitu? - Ya. 721 00:35:57,160 --> 00:35:59,840 Tak seperti rumah abang. Rumah abang… 722 00:36:00,360 --> 00:36:01,520 Ya. 723 00:36:02,320 --> 00:36:04,720 - Kamu nampak bagus. - Saya bagus. 724 00:36:05,800 --> 00:36:08,240 Terutamanya kalau kita tak cerita banyak. 725 00:36:08,320 --> 00:36:09,840 Jadi, kamu ada masa sekarang. 726 00:36:10,880 --> 00:36:11,720 Masa? 727 00:36:11,800 --> 00:36:15,320 Ya, untuk ke rumah ayah dan tukar mentol lampu yang… 728 00:36:15,400 --> 00:36:17,200 Ya, kelip-kelip. 729 00:36:17,280 --> 00:36:20,080 - Abang tahu apa masalahnya? - Cakaplah. 730 00:36:20,160 --> 00:36:24,000 Saya kena berlakon jadi tomato dan bawa kucing berjalan-jalan. 731 00:36:24,080 --> 00:36:28,320 Saya tak banyak masa lapang. Tak bolehkah abang ke sana pada hari Ahad? 732 00:36:28,400 --> 00:36:30,040 Ahad? Mustahil. 733 00:36:30,120 --> 00:36:31,120 Tidak. 734 00:36:31,800 --> 00:36:33,400 - Beginilah. - Ya? 735 00:36:33,920 --> 00:36:35,600 Natalia patut tukar mentol lampu. 736 00:36:36,200 --> 00:36:37,680 - Natalia? - Apa salahnya? 737 00:36:38,200 --> 00:36:39,240 Betul juga. 738 00:36:39,320 --> 00:36:41,800 Kenapa kita perlu tukarnya? Sebab kita lelaki? 739 00:36:41,880 --> 00:36:44,200 - Bukankah wanita moden? - Dan feminis? 740 00:36:44,280 --> 00:36:46,200 Mereka boleh tukar mentol lampu. 741 00:36:46,280 --> 00:36:49,600 - Habis cerita. - Semua yang kelip-kelip. 742 00:36:49,680 --> 00:36:51,120 - Natalia bijak. - Betul. 743 00:36:51,640 --> 00:36:54,760 Dia ada banyak ijazah sarjana. Kita tahu maksudnya. 744 00:36:54,840 --> 00:36:58,000 Dia menipu kita dengan muka polosnya. 745 00:36:58,080 --> 00:36:59,400 Dia tahu melepaskan diri. 746 00:36:59,480 --> 00:37:03,040 Dia takkan beritahu kita apa yang dia fikirkan. Tak pernah. 747 00:37:03,640 --> 00:37:05,400 Walaupun kita minta dia jadi objektif? 748 00:37:06,760 --> 00:37:08,920 Kalau begitu, mungkin. Ya. 749 00:37:09,000 --> 00:37:12,200 Ia pasti sukar. Tak mudah untuk dia, tapi ya. 750 00:37:12,280 --> 00:37:13,280 Tenang. 751 00:37:13,960 --> 00:37:15,760 Abang tenang. Abang nampak tenang, kan? 752 00:37:16,520 --> 00:37:18,160 Itu cuma ungkapan. 753 00:37:25,600 --> 00:37:27,840 Abang nak cuci tangan. Di mana bilik air? 754 00:37:27,920 --> 00:37:31,040 Di tempat yang sama. Di hujung koridor, sebelah kanan. 755 00:37:34,280 --> 00:37:35,560 Oh, Julián! 756 00:37:35,640 --> 00:37:37,800 Abang dah ingat apa yang abang nak beritahu. 757 00:37:38,320 --> 00:37:40,440 Tak penting pun. Mengarut. 758 00:37:41,400 --> 00:37:42,800 Abang tulis novel. 759 00:37:50,520 --> 00:37:52,280 Novel? 760 00:37:52,360 --> 00:37:53,320 Abang? 761 00:37:53,400 --> 00:37:56,040 Ya, abang kamu. 762 00:37:56,120 --> 00:37:57,920 Saya tahu awak abang saya. 763 00:37:58,000 --> 00:38:00,520 Nampaknya kamu tergamam. 764 00:38:00,600 --> 00:38:04,200 Saya kagum. Saya tak sangka. 765 00:38:04,960 --> 00:38:07,680 Julián, abang suka cabaran. 766 00:38:07,760 --> 00:38:10,640 Kami tahu. Seluruh hidup abang satu pengembaraan. 767 00:38:13,120 --> 00:38:14,040 Julián… 768 00:38:21,720 --> 00:38:22,840 Tidak… 769 00:38:23,360 --> 00:38:25,000 Abang sangat gembira… 770 00:38:25,080 --> 00:38:26,320 Betulkah? 771 00:38:26,400 --> 00:38:27,560 …kalau kamu juga… 772 00:38:27,640 --> 00:38:29,800 Untuk saya? Wah, saya berbesar hati. 773 00:38:31,200 --> 00:38:32,720 …kalau kamu bacanya juga. 774 00:38:37,520 --> 00:38:39,920 Benda begini boleh buat saya beremosi. 775 00:38:40,000 --> 00:38:42,240 Bawa sini. Abang nak tulis mesej. 776 00:38:42,840 --> 00:38:43,880 Perlukah? 777 00:38:43,960 --> 00:38:47,200 Abang patut buat begitu. Tak susah pun. 778 00:38:47,720 --> 00:38:49,040 Kalau begitu… 779 00:38:56,720 --> 00:38:59,760 - Kalau abang tak tahu nak tulis apa… - Tidak. 780 00:39:03,680 --> 00:39:06,720 - Abang boleh buat lain kali. - Tak, abang tahu. 781 00:39:26,560 --> 00:39:28,280 "Kepada adik kecilku, 782 00:39:29,920 --> 00:39:31,440 yang mungkin tak nampak begitu… 783 00:39:34,200 --> 00:39:35,680 tapi dia memang kecil." 784 00:39:39,640 --> 00:39:43,040 Saya tak tahu nak cakap apa. 785 00:39:43,120 --> 00:39:44,880 Saya tergamam. 786 00:39:45,600 --> 00:39:46,840 Tergamam. 787 00:39:51,280 --> 00:39:53,440 - Julián. - Ya? 788 00:39:55,240 --> 00:39:58,200 - Ada seperkara abang nak tanya. - Jangan cakap apa-apa. 789 00:39:59,680 --> 00:40:01,440 - Tak perlu. - Ya, perlu. 790 00:40:01,520 --> 00:40:02,920 Tak perlu. 791 00:40:03,920 --> 00:40:09,200 Abang nak saya beritahu pendapat saya selepas baca. 792 00:40:10,480 --> 00:40:14,600 Bersikap objektif dan yang paling penting, jujur, kan? 793 00:40:15,120 --> 00:40:17,040 Gilalah, Julián! 794 00:40:17,120 --> 00:40:18,320 Tepat sekali. 795 00:40:18,400 --> 00:40:19,960 Saya dah agak. 796 00:40:20,040 --> 00:40:21,880 Saya dah agak dan… 797 00:40:21,960 --> 00:40:23,520 Walaupun saya mahu, 798 00:40:23,600 --> 00:40:26,000 saya tak boleh buat apa-apa selain jujur dengan abang. 799 00:40:26,520 --> 00:40:30,640 Abang ragu-ragu nak berikannya kepada kamu. Abang tak pasti. 800 00:40:33,840 --> 00:40:34,840 Yakah? Kenapa? 801 00:40:35,920 --> 00:40:39,120 Sebab abang ingat kamu akan rasa terpaksa untuk baca 802 00:40:39,200 --> 00:40:41,160 dan mungkin kamu takkan suka. 803 00:40:41,240 --> 00:40:43,760 Tidak. Saya tak sabar nak baca. 804 00:40:43,840 --> 00:40:46,480 Tapi kamu tak pernah membaca. Jadi, lebih sukar untuk kamu. 805 00:40:47,960 --> 00:40:50,280 Maksud abang, lebih sukar daripada untuk orang lain? 806 00:40:50,360 --> 00:40:53,720 Lebih sukar sebab kamu tak ada tabiat itu, Julián. 807 00:40:54,360 --> 00:40:59,360 Ya, sebab abang fikir sukar untuk saya memahaminya 808 00:40:59,440 --> 00:41:02,400 daripada Natalia, contohnya. 809 00:41:03,040 --> 00:41:04,080 Lebih sukar. 810 00:41:04,160 --> 00:41:05,600 Betulkah? 811 00:41:05,680 --> 00:41:08,720 Mestilah. Natalia ada dua ijazah universiti. 812 00:41:08,800 --> 00:41:10,880 Dia bercakap dan membaca dalam empat bahasa, 813 00:41:10,960 --> 00:41:13,960 dan dia terbiasa dengan pemikiran abstrak. 814 00:41:14,480 --> 00:41:15,640 Kamu pula… 815 00:41:17,720 --> 00:41:19,200 Saya tomato. 816 00:41:19,720 --> 00:41:22,120 Kerjaya itu berbeza, Julián. 817 00:41:22,200 --> 00:41:23,640 Saya setuju. 818 00:41:24,280 --> 00:41:26,920 Novel ini rumit. 819 00:41:27,000 --> 00:41:30,600 Ya. Saya pasti ia penuh dengan tahap naratif. 820 00:41:31,120 --> 00:41:33,280 - Bagaimana kamu tahu? - Saya boleh bayangkan. 821 00:41:33,360 --> 00:41:35,920 Ada banyak tahap naratif yang… 822 00:41:36,000 --> 00:41:37,840 Kita tak faham apa-apa. 823 00:41:38,360 --> 00:41:39,600 Apa? 824 00:41:39,680 --> 00:41:42,480 Jangan risau. Saya suka subjek yang rumit. 825 00:41:42,560 --> 00:41:45,800 Ini bukan buku pertama saya. Saya pernah baca novel picisan. 826 00:41:45,880 --> 00:41:47,120 "Novel picisan"? 827 00:41:47,200 --> 00:41:49,040 Novel. 828 00:41:49,560 --> 00:41:50,400 Sekejap, ya. 829 00:41:56,160 --> 00:41:57,120 Carol? 830 00:41:58,880 --> 00:41:59,800 Ya. 831 00:42:01,400 --> 00:42:02,400 Ya? 832 00:42:04,800 --> 00:42:05,640 Ya. 833 00:42:09,760 --> 00:42:10,760 Apa kamu buat? 834 00:42:11,960 --> 00:42:13,000 Tiada apa-apa. 835 00:42:13,080 --> 00:42:16,040 Ini permainan kami di rumah ini kebelakangan ini. 836 00:42:16,120 --> 00:42:19,640 Bawa ikan bilis keluar bersiar-siar, kemudian masukkan balik ke dalam tin. 837 00:42:20,240 --> 00:42:21,560 Apa Carol kata? 838 00:42:22,080 --> 00:42:24,280 Natalia telefon dia 839 00:42:24,360 --> 00:42:25,600 dan dia minta maaf, 840 00:42:25,680 --> 00:42:28,360 tapi dia terbaring di katil dengan migrainnya 841 00:42:28,440 --> 00:42:30,680 dan dia tak boleh datang. 842 00:42:30,760 --> 00:42:31,840 Betulkah? 843 00:42:32,520 --> 00:42:34,280 Aduhai, teruknya. 844 00:42:35,840 --> 00:42:37,000 Ia trend sekarang. 845 00:42:37,080 --> 00:42:40,840 Kita adakan jamuan makan malam dan tiada siapa datang. Abang tak tahu? 846 00:42:41,360 --> 00:42:45,480 Jadi, apa patut abang buat? Nak makan malam atau apa? 847 00:42:47,560 --> 00:42:50,280 - Tak perlu, bukan? - Betul. 848 00:42:50,800 --> 00:42:53,080 Mari simpan untuk waktu kita bertiga berkumpul. 849 00:42:53,160 --> 00:42:54,120 Saya setuju. 850 00:42:54,200 --> 00:42:56,600 Kita tak boleh bergaduh dan membazir minuman. 851 00:42:57,880 --> 00:42:59,560 Boleh abang telefon Natalia? 852 00:43:00,080 --> 00:43:02,480 Ya. Abang akan telefon dia. 853 00:43:05,880 --> 00:43:08,560 Kenapa abang perlu telefon Natalia? 854 00:43:10,240 --> 00:43:12,520 Suruh dia tukar mentol lampu. 855 00:43:12,600 --> 00:43:14,480 Oh! Ya, betul. 856 00:43:15,000 --> 00:43:17,880 - Dia patut tukar sendiri. - Revolusi ada harganya. 857 00:43:17,960 --> 00:43:19,880 Revolusi ada harganya! 858 00:43:21,680 --> 00:43:23,120 - Kita borak nanti. - Okey. 859 00:43:23,200 --> 00:43:25,440 - Kirim salam kepada Carol. - Baiklah. 860 00:43:26,560 --> 00:43:27,400 Julián, 861 00:43:28,280 --> 00:43:29,480 pasu itu… 862 00:43:31,120 --> 00:43:32,720 Pasu itu sangat hodoh. 863 00:43:33,240 --> 00:43:35,240 Kamu patut guna yang abang beri. 864 00:44:10,440 --> 00:44:14,160 Sekarang pukul 6.45 petang, dan hari ini hari Jumaat lagi. 865 00:44:14,680 --> 00:44:18,960 Saya baru habis kerja di hospital dan Julián akan tiba. 866 00:44:19,480 --> 00:44:23,280 Dia berada di penggambaran iklan hari ini, dan dia bangun awal. 867 00:44:23,800 --> 00:44:25,680 Víctor dan Natalia dah sampai. 868 00:44:26,600 --> 00:44:29,400 Julián pasti gembira kerana mereka akhirnya tiba bersama. 869 00:44:30,040 --> 00:44:33,520 Tapi nampaknya Víctor tertinggal telefonnya di dalam kereta. 870 00:44:34,160 --> 00:44:37,200 Julián buang bunga itu semalam kerana ia dah layu, 871 00:44:37,280 --> 00:44:39,520 dan simpan pasu itu di dalam almari. 872 00:44:39,600 --> 00:44:41,280 Tapi apa yang saya nampak, 873 00:44:41,360 --> 00:44:45,080 hari ini, Natalia datang dengan sejambak bunga lain. 874 00:44:48,760 --> 00:44:53,200 Saya nampaknya semasa berjalan di kedai bunga dan saya fikir… 875 00:44:53,280 --> 00:44:55,840 Cantiknya, tapi awak tak perlu susah-susah. 876 00:44:55,920 --> 00:44:57,240 Tak mengapa. 877 00:44:57,320 --> 00:44:59,360 Terutamanya selepas tak datang tempoh hari. 878 00:44:59,440 --> 00:45:01,160 Memandangkan kamu berdua suka bunga… 879 00:45:01,240 --> 00:45:03,640 Oh! Kami suka bunga. Terutamanya Julián. 880 00:45:05,160 --> 00:45:08,280 Dia tak jawab panggilan saya sejak malam tadi. 881 00:45:08,360 --> 00:45:09,840 - Siapa? - Ayah saya. 882 00:45:09,920 --> 00:45:13,320 Dia tak boleh guna alat pendengaran, tak dengar apa-apa dan tak jawab. 883 00:45:13,840 --> 00:45:17,560 Kita boleh makan tengah hari suatu hari dengan ayah awak dan anak-anak. 884 00:45:17,640 --> 00:45:19,880 Saya suka kamu semua datang. 885 00:45:19,960 --> 00:45:23,160 Dia terlalu suka, dan ini akan berakhir dengan teruk. 886 00:45:23,240 --> 00:45:25,120 - Julián. - Kami ingat awak tiada di sini. 887 00:45:25,200 --> 00:45:27,080 Kami habis awal. 888 00:45:27,160 --> 00:45:29,280 Bagaimana dengan migrain kakak? 889 00:45:29,360 --> 00:45:30,640 Lebih baik. 890 00:45:31,200 --> 00:45:33,480 Kakak rasa bersalah sebab tak datang tempoh hari. 891 00:45:33,560 --> 00:45:34,880 Kami rasa lebih bersalah. 892 00:45:35,400 --> 00:45:37,840 Kami tiada pilihan lain selain mengkritik kakak. 893 00:45:40,080 --> 00:45:44,000 - Tengoklah hadiah yang Natalia bawa. - Kakak tahu kamu suka. 894 00:45:44,080 --> 00:45:45,320 Kami suka. 895 00:45:46,880 --> 00:45:47,960 Di mana Víctor? 896 00:45:48,040 --> 00:45:50,480 Dia kembali ke kereta. Dia tertinggal telefon. 897 00:45:50,560 --> 00:45:53,400 Artis-artis ini memang pelupa. 898 00:45:53,480 --> 00:45:57,000 Kamu takkan percaya. Kami terserempak di pintu depan. 899 00:45:57,080 --> 00:45:59,360 - Kebetulan! - Betul. 900 00:45:59,440 --> 00:46:01,520 Semuanya dah dirancang, kakak. 901 00:46:01,600 --> 00:46:03,040 Bagaimana penggambaran tadi? 902 00:46:03,120 --> 00:46:04,760 Kamu ada penggambaran? 903 00:46:06,440 --> 00:46:07,720 Rancangan TV? 904 00:46:08,560 --> 00:46:10,920 - Saya nak mandi. - Iklan. 905 00:46:11,000 --> 00:46:13,160 Oh! Iklan apa? 906 00:46:13,240 --> 00:46:16,160 - Kenapa awak tak beritahu dia? - Tak perlu. 907 00:46:16,680 --> 00:46:18,120 - Gazpacho. - Oh. 908 00:46:18,200 --> 00:46:19,880 Dia jadi tomato. 909 00:46:21,240 --> 00:46:24,680 Itu pun menarik, bukan? 910 00:46:25,880 --> 00:46:28,880 Bukan senang nak jadi tomato. 911 00:46:31,120 --> 00:46:32,440 Wah, wah. 912 00:46:32,960 --> 00:46:36,280 Víctor beritahu kakak dia beri kamu novel tempoh hari. 913 00:46:36,360 --> 00:46:38,240 Kamu mesti gembira, bukan? 914 00:46:38,760 --> 00:46:40,040 Saya tak pasti. 915 00:46:41,120 --> 00:46:43,200 Kamu tak sabar nak bacanya. 916 00:46:44,000 --> 00:46:45,480 Dia dah baca dua kali. 917 00:46:45,560 --> 00:46:46,560 Betulkah? 918 00:46:47,080 --> 00:46:48,280 Cepatnya. 919 00:46:49,280 --> 00:46:52,840 Dia habiskan sepanjang petang di sofa. Macam tak bernafas langsung. 920 00:46:53,480 --> 00:46:57,000 Adakah kita bercakap tentang novel picisan Víctor? 921 00:46:57,640 --> 00:47:00,120 Saya tak rasa ia novel picisan. 922 00:47:00,200 --> 00:47:01,800 Jangan kata kamu suka? 923 00:47:01,880 --> 00:47:02,960 Suka sangat. 924 00:47:05,760 --> 00:47:09,760 - Kamu melawak, bukan? - Kakak tak tahu betapa marahnya saya. 925 00:47:10,280 --> 00:47:14,520 - Saya betul-betul bergelut. - Mustahil. Kenapa kamu suka novel itu? 926 00:47:14,600 --> 00:47:15,720 Saya tak tahu. 927 00:47:16,240 --> 00:47:17,480 Sebab itu saya risau. 928 00:47:19,680 --> 00:47:21,680 Tentu ada sebab, Julián. 929 00:47:23,120 --> 00:47:24,200 Saya harap begitu. 930 00:47:25,000 --> 00:47:26,760 Mungkin kamu tak faham. 931 00:47:26,840 --> 00:47:28,800 Itu yang saya fikir pada mulanya. 932 00:47:29,480 --> 00:47:33,240 Kemudian, saya baca lagi. Lagi suka daripada kali pertama. 933 00:47:33,760 --> 00:47:35,080 Saya suka metaforanya. 934 00:47:35,160 --> 00:47:37,440 - Suka sangat. - Metafora apa? 935 00:47:37,520 --> 00:47:39,680 - Saya tak mahu ia berakhir, betul? - Betul. 936 00:47:41,520 --> 00:47:42,360 Saya akan jawab. 937 00:47:43,080 --> 00:47:45,680 Dia minta kamu jujur juga? 938 00:47:46,480 --> 00:47:48,560 Jujur dan objektif. 939 00:47:53,400 --> 00:47:55,280 - Maaf. - Apa yang kelakar? 940 00:47:55,360 --> 00:47:58,160 Tiada apa-apa. Kakak cuma nak dengar 941 00:47:58,240 --> 00:48:01,880 kamu beritahu dia betapa kamu suka novel picisannya. 942 00:48:01,960 --> 00:48:03,280 Saya takkan beritahu dia. 943 00:48:03,360 --> 00:48:05,680 Kalau kakak perlu bercakap benar, kamu juga perlu. 944 00:48:05,760 --> 00:48:07,440 Lagipun, dia mungkin fikir 945 00:48:07,520 --> 00:48:10,080 saya takkan habis baca sehingga musim panas, 946 00:48:10,600 --> 00:48:14,360 memandangkan saya ambil masa yang lama berbanding dengan manusia lain. 947 00:48:14,440 --> 00:48:17,040 Tolong keluar sekejap. Saya nak hidu syampu. 948 00:48:17,120 --> 00:48:18,640 Mungkin ia akan menceriakan saya. 949 00:48:21,960 --> 00:48:22,960 - Víctor. - Carol! 950 00:48:23,040 --> 00:48:25,440 - Apa khabar? Selamat datang. - Kembali lagi. 951 00:48:26,120 --> 00:48:26,960 Masuklah. 952 00:48:31,120 --> 00:48:33,680 Abang rasa dah banyak kali abang ke sini 953 00:48:33,760 --> 00:48:37,440 dalam beberapa hari lepas daripada selama mereka tinggal di sini. 954 00:48:38,280 --> 00:48:40,400 Mereka dah lama tinggal di sini? 955 00:48:41,000 --> 00:48:43,400 Ya, sejak mereka bersama. 956 00:48:43,480 --> 00:48:44,320 - Ya? - Ya. 957 00:48:44,400 --> 00:48:45,240 Betulkah? 958 00:48:45,920 --> 00:48:48,720 Carol, Julián belum sampai lagi? 959 00:48:48,800 --> 00:48:50,200 Dia sedang mandi. 960 00:48:50,720 --> 00:48:53,240 Dia ada penggambaran hari ini. Iklan itu. 961 00:48:53,320 --> 00:48:57,360 Ya, iklan itu. Dia beritahu saya dia jadi… 962 00:48:57,440 --> 00:48:58,720 - Apa dia? - Tomato. 963 00:48:58,800 --> 00:49:01,800 Carol, sudah tiba masanya dia menyerah, bukan? 964 00:49:01,880 --> 00:49:05,120 Kalau kita belum capai impian kita, kita perlu teruskan hidup. 965 00:49:05,200 --> 00:49:07,480 Saya boleh carikan dia kerja di firma. 966 00:49:07,560 --> 00:49:09,760 Sebagai pemandu. Kami sentiasa kurang pemandu. 967 00:49:09,840 --> 00:49:11,640 Awak beritahu dia. 968 00:49:12,320 --> 00:49:15,320 Okey, saya akan beritahu. Tapi hari lain lebih baik. 969 00:49:15,400 --> 00:49:17,400 Ya, hari lain lebih baik. 970 00:49:18,200 --> 00:49:20,760 Baiklah. Akhirnya kita semua di sini. 971 00:49:20,840 --> 00:49:23,040 Kamu mesti gembira, bukan? 972 00:49:23,120 --> 00:49:24,280 Abang menyindir? 973 00:49:24,360 --> 00:49:26,240 Tidak, abang tak menyindir. 974 00:49:26,320 --> 00:49:28,240 Tak, abang kata "gembira". 975 00:49:28,320 --> 00:49:29,880 Saya tak bodoh. 976 00:49:29,960 --> 00:49:32,760 Kamu marah? Kamu tak pernah marah, Natalia. 977 00:49:32,840 --> 00:49:35,160 Mulai sekarang, saya marah. Biasakan diri. 978 00:49:35,240 --> 00:49:38,560 - Kamu patut beri amaran. - Jangan bergaduh melainkan semua dah ada. 979 00:49:38,640 --> 00:49:41,240 Kami tak bergaduh, Carol. Belum lagi. 980 00:49:41,320 --> 00:49:43,320 Kami cuma berbual, bukan? 981 00:49:43,400 --> 00:49:46,840 Abang kata "gembira". Panjang betul sebutan "a" itu. 982 00:49:46,920 --> 00:49:49,240 - Abang tak sengaja. - Sengaja. 983 00:49:49,320 --> 00:49:53,000 Saya tak suka nada suara abang, sindiran abang. 984 00:49:53,080 --> 00:49:56,080 Carol, adakah saya cuba menyindir sesuatu? 985 00:49:56,160 --> 00:49:58,880 Julián suruh saya janji takkan beri pendapat hari ini. 986 00:49:58,960 --> 00:50:01,040 Memandangkan ipar tak dibenarkan… 987 00:50:03,160 --> 00:50:05,640 Macamlah kamu berdua tolong saya dengan datang ke sini. 988 00:50:05,720 --> 00:50:08,520 Macamlah kesihatan ayah bukan masalah kamu berdua juga. 989 00:50:08,600 --> 00:50:10,880 Bukan itu niat abang. Tenang. 990 00:50:11,400 --> 00:50:12,800 Tak, saya tenang. 991 00:50:13,320 --> 00:50:16,040 Saya nampak tenang, kan? Saya sangat tenang. 992 00:50:16,560 --> 00:50:19,520 Tapi saya dah jemu dengan cara kamu berdua layan saya. 993 00:50:20,040 --> 00:50:22,520 Cara kamu berlagak lebih hebat daripada saya. 994 00:50:22,600 --> 00:50:26,720 Terutamanya kerana saya seorang saja yang selalu risau tentang semuanya. 995 00:50:26,800 --> 00:50:29,280 Mungkin kamu tak perlu risau sangat. 996 00:50:29,360 --> 00:50:30,680 Apa maksudnya? 997 00:50:30,760 --> 00:50:34,920 Bila kita terlalu serius, hidup tak lagi kelakar. 998 00:50:35,000 --> 00:50:38,480 Wah, teori yang sangat menarik. Dari mana abang dapat? 999 00:50:38,560 --> 00:50:41,640 Manual penulis untuk pemula yang saya cadangkan kepada abang? 1000 00:50:41,720 --> 00:50:42,600 Maaf. 1001 00:50:43,520 --> 00:50:46,160 Bukankah kamu patut tunggu Julián sebelum bertekak? 1002 00:50:46,240 --> 00:50:47,480 - Ya. - Betul. 1003 00:50:47,560 --> 00:50:49,400 - Betul, Carol. Maaf. - Oh! 1004 00:50:50,480 --> 00:50:52,800 Carol, saya bawa sesuatu. 1005 00:50:52,880 --> 00:50:55,080 Ikan bilis, tapi yang sedap. 1006 00:50:55,160 --> 00:50:57,640 Wah, terima kasih! Susah-susah saja. 1007 00:50:57,720 --> 00:51:01,080 Boleh awak beri saya air? Saya nak makan ubat migrain. 1008 00:51:01,160 --> 00:51:03,200 - Sudah tentu. - Terima kasih. 1009 00:51:03,280 --> 00:51:06,160 Mak saya pernah cakap migrain itu laci tak ditutup dengan betul. 1010 00:51:06,680 --> 00:51:08,640 "Laci tak ditutup dengan betul"? 1011 00:51:09,160 --> 00:51:10,480 Apa maksudnya? 1012 00:51:10,560 --> 00:51:12,120 Itu metafora. 1013 00:51:12,640 --> 00:51:14,840 Abang penulis. Abang patut tahu. 1014 00:51:17,440 --> 00:51:19,280 Hei, kebetulan kamu sebut… 1015 00:51:19,800 --> 00:51:20,760 Sebut apa? 1016 00:51:21,280 --> 00:51:23,000 Kamu dah habis baca novel abang? 1017 00:51:24,760 --> 00:51:25,680 Carol! 1018 00:51:25,760 --> 00:51:26,680 Ya? 1019 00:51:26,760 --> 00:51:30,040 - Awak perlukan bantuan? - Tak perlu. 1020 00:51:30,560 --> 00:51:31,640 Awak pasti? 1021 00:51:32,760 --> 00:51:34,600 - Natalia? - Ya? 1022 00:51:34,680 --> 00:51:36,720 - Apa yang berlaku? - Bila? 1023 00:51:36,800 --> 00:51:37,920 Sekarang. 1024 00:51:38,440 --> 00:51:40,480 Kenapa kamu ubah topik? 1025 00:51:41,680 --> 00:51:42,520 Abang perasan? 1026 00:51:43,080 --> 00:51:45,120 Ya. Sudah tentu. 1027 00:51:45,640 --> 00:51:48,400 Kalau kamu tak suka, tak apa. Kamu boleh cakap. 1028 00:51:48,480 --> 00:51:50,480 Saya tahu tak apa. Mestilah tak apa. 1029 00:51:50,560 --> 00:51:53,440 Abang cuma nak kamu bercakap benar, jujur dan… 1030 00:51:53,520 --> 00:51:54,400 Saya tahu. 1031 00:51:54,480 --> 00:51:58,000 Tapi bukankah lebih baik bercakap tentang semua ini pada hari lain? 1032 00:51:58,080 --> 00:51:59,080 - Ya. - Air awak. 1033 00:51:59,160 --> 00:52:00,160 Terima kasih. 1034 00:52:01,400 --> 00:52:02,520 Maksud saya… 1035 00:52:03,640 --> 00:52:06,600 Dengan semua perkara yang penting dan sensitif 1036 00:52:06,680 --> 00:52:08,120 kita perlu bincang hari ini… 1037 00:52:08,640 --> 00:52:10,680 - Betul, Carol? - Ya. 1038 00:52:12,160 --> 00:52:13,880 Cakaplah. Satu komen saja. 1039 00:52:13,960 --> 00:52:16,640 Tanggapan pertama kamu selepas membacanya. 1040 00:52:17,240 --> 00:52:20,320 Tanggapan pertama sangat rumit. 1041 00:52:20,400 --> 00:52:21,360 "Rumit". 1042 00:52:21,880 --> 00:52:22,960 Ya… 1043 00:52:23,040 --> 00:52:26,920 Ia tak sentiasa mencerminkan pendapat kita. 1044 00:52:27,000 --> 00:52:30,600 Baiklah, empat perkataan saja. Macam tajuk utama. 1045 00:52:30,680 --> 00:52:32,360 Tajuk utama untuk apa? 1046 00:52:33,480 --> 00:52:35,600 Cuma tanggapan dia tentang novel abang. 1047 00:52:35,680 --> 00:52:36,840 Dia dah baca. 1048 00:52:36,920 --> 00:52:37,920 - Betulkah? - Ya. 1049 00:52:38,000 --> 00:52:40,800 Kakak dah baca novel itu? 1050 00:52:41,400 --> 00:52:43,240 Tapi kakak tak beritahu saya. 1051 00:52:43,840 --> 00:52:45,520 - Apa pendapat kakak? - Kakak… 1052 00:52:46,680 --> 00:52:48,880 Baguslah kamu bertiga ada di sini. 1053 00:52:49,400 --> 00:52:53,280 - Kami gembira kamu datang malam ini. - Itu tak benar. Jangan dengar cakap dia. 1054 00:52:55,960 --> 00:52:57,920 Kalau mahu, duduklah di meja. 1055 00:52:58,000 --> 00:53:02,960 Saya nak tonton rancangan di bilik saya supaya kamu boleh bercakap dengan tenang. 1056 00:53:03,040 --> 00:53:04,440 - Terima kasih, sayang. - Terima kasih, Carol. 1057 00:53:04,520 --> 00:53:05,600 Terima kasih. 1058 00:53:06,840 --> 00:53:08,080 Natalia. 1059 00:53:11,360 --> 00:53:12,720 Kami sedang mendengar. 1060 00:53:22,040 --> 00:53:24,920 Berapa lama kamu baca? Lebih daripada seminggu? 1061 00:53:25,000 --> 00:53:27,680 - Kenapa? Pentingkah? - Ia sangat penting. 1062 00:53:27,760 --> 00:53:30,240 Lebih cepat dan berterusan, lebih baik. 1063 00:53:30,320 --> 00:53:32,320 - Kakak tak tahu? - Tidak. 1064 00:53:32,400 --> 00:53:35,600 Entahlah. Beberapa minggu, saya rasa. 1065 00:53:35,680 --> 00:53:36,960 Alamak… 1066 00:53:37,040 --> 00:53:38,360 Apa? 1067 00:53:39,080 --> 00:53:42,600 - Saya baca sewaktu lapang, sewaktu malam… - Jadi? 1068 00:53:42,680 --> 00:53:45,360 Sebenarnya, saya sangat terkejut. 1069 00:53:45,440 --> 00:53:46,960 Dia sangat terkejut. 1070 00:53:47,920 --> 00:53:50,640 - Ya, saya tak sangka. - Dia tak sangka. 1071 00:53:50,720 --> 00:53:53,760 - Adakah itu baik atau buruk? - Bergantung. 1072 00:53:53,840 --> 00:53:55,240 Bergantung kepada apa? 1073 00:53:55,760 --> 00:53:57,120 Kepada banyak perkara. 1074 00:53:57,200 --> 00:54:01,400 Sebenarnya, saya tak pernah bayangkan abang boleh tulis sesuatu seperti itu. 1075 00:54:01,480 --> 00:54:03,360 Ia bukan novel yang mudah. 1076 00:54:03,440 --> 00:54:06,360 Abang tak faham maksud kamu, Natalia. 1077 00:54:06,440 --> 00:54:10,760 - Begitulah ulasan. - Abang cuma nak tahu jika dia suka. 1078 00:54:10,840 --> 00:54:12,760 Dia cuma nak tahu jika kakak suka. 1079 00:54:12,840 --> 00:54:15,720 Sebenarnya, saya tak… 1080 00:54:16,320 --> 00:54:19,120 Saya nak abang tahu tak mudah untuk saya cakap. 1081 00:54:19,720 --> 00:54:21,880 Itulah hakikat bercakap benar. 1082 00:54:21,960 --> 00:54:25,120 Sebenarnya, saya… 1083 00:54:26,160 --> 00:54:27,920 Suka sangat! 1084 00:54:34,160 --> 00:54:35,240 Apa dia kata? 1085 00:54:35,840 --> 00:54:38,000 Dia suka sangat. 1086 00:54:45,920 --> 00:54:48,040 Kakak suka sangat? 1087 00:54:48,120 --> 00:54:49,960 Ya, kakak suka sangat. 1088 00:54:50,480 --> 00:54:51,440 Kakak pasti? 1089 00:54:51,520 --> 00:54:54,240 Untuk novel pertama, ia sangat bagus. 1090 00:54:54,320 --> 00:54:59,680 "Untuk novel pertama, ia sangat bagus" boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara. 1091 00:55:00,440 --> 00:55:03,040 Abang rasa lega. 1092 00:55:03,560 --> 00:55:08,440 Sejujurnya, abang takut untuk dengar pendapat kamu, dik. 1093 00:55:08,960 --> 00:55:12,440 Kakak suka atau suka sangat? Lebih spesifik. 1094 00:55:14,160 --> 00:55:16,680 Apa kata kita duduk dan mulakan perjumpaan? 1095 00:55:23,040 --> 00:55:26,000 Jadi, kamu tak rasa ia membosankan, bukan? 1096 00:55:26,080 --> 00:55:27,760 Tidak. 1097 00:55:27,840 --> 00:55:30,720 Sebaliknya. Tahniah. 1098 00:55:30,800 --> 00:55:33,440 - Kakak ucap tahniah? - Dia ucap tahniah. 1099 00:55:33,960 --> 00:55:35,760 Terima kasih, Natalia. 1100 00:55:36,280 --> 00:55:39,520 - Pendapat dia sangat penting bagi abang. - Ya, pendapat dia penting. 1101 00:55:39,600 --> 00:55:42,120 Ya, sebab dia pembaca sasaran. 1102 00:55:43,280 --> 00:55:45,160 - Sebentar, ya. - Okey. 1103 00:55:47,600 --> 00:55:48,480 Marisa. 1104 00:55:49,360 --> 00:55:50,760 Sayang. Ya? 1105 00:55:50,840 --> 00:55:53,120 Wah, wah… 1106 00:55:53,920 --> 00:55:58,640 Kakak suka novel picisan itu, ya? 1107 00:55:58,720 --> 00:55:59,920 Tak, jangan risau… 1108 00:56:00,000 --> 00:56:02,760 Kita nak bincang tentang ayah dan capai persetujuan. 1109 00:56:02,840 --> 00:56:06,400 Oh, begitu. Jadi, ia sebahagian daripada strategi. 1110 00:56:06,480 --> 00:56:07,520 Sudah tentu. 1111 00:56:08,040 --> 00:56:10,920 Apa gunanya beritahu dia novelnya teruk? 1112 00:56:11,000 --> 00:56:14,240 Untuk buat dia tersinggung sebelum kita mula berbincang? 1113 00:56:14,320 --> 00:56:16,520 - Awak tak suka novelnya? - Tidak. 1114 00:56:16,600 --> 00:56:17,440 Tak, selain… 1115 00:56:17,520 --> 00:56:20,640 Sekarang giliran kamu beritahu dia kamu juga sukainya. 1116 00:56:21,160 --> 00:56:22,280 Dia pasti gembira. 1117 00:56:22,360 --> 00:56:24,640 Entah-entah minggu depan, ayah tinggal di rumahnya. 1118 00:56:25,360 --> 00:56:27,480 Dengan bilik wain bawah tanah dan kolam renang. 1119 00:56:27,560 --> 00:56:29,760 Tunjukkan kemaluannya kepada pembantu rumah. 1120 00:56:29,840 --> 00:56:33,960 Dia beri saya novel picisannya kerana dia nak tandatangan untuk saya. 1121 00:56:34,480 --> 00:56:38,440 - Dia tak peduli tentang pendapat saya. - Tak, Víctor hargai kamu. 1122 00:56:38,520 --> 00:56:39,440 Kakak, 1123 00:56:39,960 --> 00:56:42,640 saya mungkin tomato, tapi saya bukan bodoh. 1124 00:56:46,920 --> 00:56:50,480 - Apa yang awak cari? - Tablet. Entah di mana saya letak. 1125 00:56:51,520 --> 00:56:54,280 Kucing awak makan pokok di ruang tamu. 1126 00:56:55,160 --> 00:56:56,000 Saya akan tengok. 1127 00:56:57,840 --> 00:56:59,640 Maaf kerana mengganggu. 1128 00:57:00,160 --> 00:57:01,680 Apa yang kita bualkan tadi? 1129 00:57:01,760 --> 00:57:03,760 - Tentang novel abang. - Oh, ya. 1130 00:57:04,720 --> 00:57:07,800 Julián beritahu saya yang dia juga membacanya. 1131 00:57:07,880 --> 00:57:10,320 - Sudah? Cepatnya? - Jadi? Kamu suka, tak? 1132 00:57:10,400 --> 00:57:12,600 Luahkan pendapat kamu. 1133 00:57:12,680 --> 00:57:15,200 Dia tak boleh tak jujur walaupun dia cuba. 1134 00:57:15,280 --> 00:57:16,200 Tak boleh. 1135 00:57:16,720 --> 00:57:20,680 Tapi kita bincang lain kali, okey? 1136 00:57:20,760 --> 00:57:23,040 Julián, abang juga berminat dengan pendapat kamu. 1137 00:57:23,120 --> 00:57:25,240 - Nampak? Kakak dah kata. - Betulkah? 1138 00:57:25,800 --> 00:57:28,160 Pendapat saya sama penting dengan pendapat Natalia? 1139 00:57:28,240 --> 00:57:31,680 Tak, ia berbeza. Kita tak boleh bandingkannya. 1140 00:57:31,760 --> 00:57:33,880 Apa bezanya? 1141 00:57:33,960 --> 00:57:37,160 Dengar sini, Julián, itu tak penting sekarang. 1142 00:57:37,240 --> 00:57:39,920 Victor nak tahu kalau kamu sukainya, 1143 00:57:40,000 --> 00:57:44,040 kalau kamu suka watak-wataknya, pendapat kamu tentang metaforanya. 1144 00:57:44,120 --> 00:57:45,160 Metafora apa? 1145 00:57:45,240 --> 00:57:48,320 - Judulnya. Kamu suka? - Kamu suka? 1146 00:57:49,960 --> 00:57:52,200 53 Hari Ahad. 1147 00:57:53,800 --> 00:57:54,760 Saya terkejut. 1148 00:57:54,840 --> 00:57:56,640 Adakah itu baik atau buruk? 1149 00:57:57,960 --> 00:57:59,040 Bergantung. 1150 00:58:00,800 --> 00:58:02,200 Beginilah, Julián. 1151 00:58:02,280 --> 00:58:03,160 Ya? 1152 00:58:03,800 --> 00:58:05,800 Jangan beritahu abang dulu. 1153 00:58:05,880 --> 00:58:09,480 Kamu patut baca semula sebelum kamu beritahu pendapat kamu. 1154 00:58:10,920 --> 00:58:13,960 Sebab abang fikir saya tak faham? 1155 00:58:14,640 --> 00:58:17,520 Baca dua kali sentiasa idea yang baik. 1156 00:58:17,600 --> 00:58:20,240 Terutamanya untuk kita yang bekerja di gazpacho, kan? 1157 00:58:21,480 --> 00:58:23,640 Lebih baik kamu ambil masa. 1158 00:58:23,720 --> 00:58:26,800 Kamu tak biasa dan buku itu tak mudah dibaca. 1159 00:58:28,040 --> 00:58:30,960 Jangan terburu-buru. Baca lagi. 1160 00:58:31,040 --> 00:58:32,040 Lagi? 1161 00:58:32,120 --> 00:58:33,040 Lagi apa? 1162 00:58:33,120 --> 00:58:34,840 Dia dah baca dua kali. 1163 00:58:36,360 --> 00:58:38,120 Kamu dah baca dua kali, Julián? 1164 00:58:38,200 --> 00:58:39,160 Berturut-turut. 1165 00:58:39,680 --> 00:58:41,280 Berturut-turut? 1166 00:58:42,040 --> 00:58:44,800 Wah! Julián, abang tak tahu nak cakap apa. 1167 00:58:44,880 --> 00:58:47,840 Tak sangka. Abang tersentuh. 1168 00:58:48,360 --> 00:58:51,400 Kalau dia dah baca dua kali, 1169 00:58:51,920 --> 00:58:53,440 dia boleh beritahu pendapat dia. 1170 00:58:53,520 --> 00:58:56,440 Sudah tentu. Kalau begitu, sudah tentu boleh. 1171 00:58:56,960 --> 00:58:57,800 Jadi? 1172 00:58:58,440 --> 00:58:59,480 Sebagai tajuk utama. 1173 00:59:00,400 --> 00:59:01,960 Sebagai tajuk utama? 1174 00:59:04,320 --> 00:59:08,960 Sebenarnya, susah juga untuk saya cakap begini. 1175 00:59:10,560 --> 00:59:12,160 Saya rasa… 1176 00:59:12,760 --> 00:59:16,840 ia panjang, agak membosankan, terlalu ramai watak, banyak jalan cerita 1177 00:59:16,920 --> 00:59:19,240 dan penamat yang tergesa-gesa sampai tak masuk akal. 1178 00:59:21,200 --> 00:59:24,440 Saya cakap begini sebab saya janji nak jujur dan objektif. 1179 00:59:24,520 --> 00:59:28,040 Kalau tak, saya pasti akan tipu abang, yang semua orang buat. 1180 00:59:28,800 --> 00:59:31,240 Tapi memandangkan abang berkeras… 1181 00:59:36,640 --> 00:59:37,760 Sangat sedap. 1182 00:59:43,120 --> 00:59:45,400 Bagus sebagai tajuk utama. 1183 00:59:46,040 --> 00:59:47,040 Abang? 1184 00:59:47,920 --> 00:59:49,160 Abang okey? 1185 00:59:49,240 --> 00:59:53,360 Ya, itu cuma ulasan buruk pertama yang abang terima. Abang… 1186 00:59:53,440 --> 00:59:57,280 Masalahnya, meminta orang bercakap benar 1187 00:59:57,360 --> 00:59:59,320 memang teruk. Abang patut tahu. 1188 00:59:59,920 --> 01:00:01,960 Abang tak sangka kamu ambil serius. 1189 01:00:02,040 --> 01:00:04,880 Saya harap abang tak marah kerana saya sangat jujur. 1190 01:00:05,480 --> 01:00:09,920 - Sangat apa? - Jangan marah hanya kerana hobi. 1191 01:00:10,520 --> 01:00:12,880 Ini bukan hobi, Julián. 1192 01:00:12,960 --> 01:00:14,960 Itulah yang saya beritahu Natalia. 1193 01:00:15,480 --> 01:00:17,200 Jangan guna perkataan itu. 1194 01:00:18,880 --> 01:00:22,120 Nampaknya abang kena biasakan diri dengan semua jenis kritikan, 1195 01:00:22,200 --> 01:00:23,920 walaupun ia tak objektif. 1196 01:00:24,760 --> 01:00:26,680 Apa maksud abang? Tak objektif? 1197 01:00:26,760 --> 01:00:28,560 Dia tak maksudkan apa-apa. 1198 01:00:28,640 --> 01:00:32,840 Apa kata kita duduk di meja dan mulakan perjumpaan? 1199 01:00:32,920 --> 01:00:36,440 Kamu adik abang. Kamu tak boleh bersikap objektif. Biasalah. 1200 01:00:36,520 --> 01:00:39,560 Tapi apa kaitan kalau saya suka novel picisan abang 1201 01:00:39,640 --> 01:00:41,440 dengan kita bersaudara? 1202 01:00:41,520 --> 01:00:42,680 "Novel picisan"? 1203 01:00:42,760 --> 01:00:44,400 Itu cuma ungkapan. 1204 01:00:46,280 --> 01:00:47,840 Itu istilah yang menghina. 1205 01:00:48,320 --> 01:00:52,000 Kamu gunakannya tempoh hari, tapi abang pura-pura tak dengar. 1206 01:00:52,080 --> 01:00:56,400 Pertama, kita perlu bersetuju tentang mentol lampu itu. 1207 01:00:57,360 --> 01:00:59,560 Víctor boleh tukarnya. 1208 01:01:00,080 --> 01:01:03,360 Dia dah selesai menulis, dia ada banyak masa lapang. 1209 01:01:03,440 --> 01:01:05,040 Kamu berdua dengar, tak? 1210 01:01:05,120 --> 01:01:09,120 Biasalah kamu tak boleh bersikap objektif. Mungkin kamu masih cemburu dengan abang. 1211 01:01:09,720 --> 01:01:11,560 Sejak bila saya cemburu dengan abang? 1212 01:01:11,640 --> 01:01:13,400 Kamu cemburu sejak dulu. 1213 01:01:13,480 --> 01:01:16,520 Ia patologi biasa dalam adik-beradik lebih muda. 1214 01:01:16,600 --> 01:01:18,720 Tapi cemburu dengan apa? 1215 01:01:18,800 --> 01:01:20,280 Dengan abang. 1216 01:01:20,360 --> 01:01:23,800 Semuanya berjalan lancar untuk abang dan tak begitu lancar untuk kamu. 1217 01:01:25,040 --> 01:01:26,320 Semuanya apa? 1218 01:01:26,840 --> 01:01:30,240 Abang pemandu ayah mentua abang dan butler isteri abang. 1219 01:01:33,160 --> 01:01:34,360 Wah! 1220 01:01:35,400 --> 01:01:39,200 Abang rasa apa yang kamu cakap tadi buat abang marah. 1221 01:01:40,200 --> 01:01:42,920 Lebih baik abang pergi. 1222 01:01:43,000 --> 01:01:45,120 - Jumpa lagi. - Tidak… 1223 01:01:48,480 --> 01:01:49,440 Abang… 1224 01:01:50,040 --> 01:01:51,880 Abang, saya minta… 1225 01:01:52,400 --> 01:01:56,200 Saya minta tolong kamu berdua. Mari kita berusaha. 1226 01:01:56,280 --> 01:01:59,640 Tak mudah untuk kita bertiga berkumpul malam ini. 1227 01:01:59,720 --> 01:02:02,720 Kita perlu buat keputusan. Tolonglah. 1228 01:02:02,800 --> 01:02:04,880 Pertama, dia perlu minta maaf. 1229 01:02:04,960 --> 01:02:06,480 Minta maaf? Untuk apa? 1230 01:02:07,080 --> 01:02:10,120 Antara lain, untuk cara kamu mencemuh, 1231 01:02:10,200 --> 01:02:11,760 dan abang petik, 1232 01:02:11,840 --> 01:02:13,640 "Mungkin abang boleh tukar mentol lampu 1233 01:02:13,720 --> 01:02:16,600 kerana abang dah selesai tulis novel picisan abang." 1234 01:02:16,680 --> 01:02:19,360 Ya. Saya mungkin panjangkan sebutan "i" itu. 1235 01:02:20,000 --> 01:02:22,600 Itu tabiat keluarga. Abang pun tahu. 1236 01:02:22,680 --> 01:02:24,840 Ulasan buruk itu sudah cukup. 1237 01:02:24,920 --> 01:02:27,040 Kamu tak perlu mengejek abang. 1238 01:02:27,560 --> 01:02:29,560 Itu lawak ikhtiar hidup. 1239 01:02:30,080 --> 01:02:31,520 Dulu abang suka. 1240 01:02:31,600 --> 01:02:33,040 Dulu, ya. 1241 01:02:33,760 --> 01:02:37,080 Oh, ya. Kamu patut tahu, 1242 01:02:37,160 --> 01:02:41,200 kami berdua fikir kamu yang patut tukar mentol lampu. 1243 01:02:42,760 --> 01:02:43,960 Abang dan siapa lagi? 1244 01:02:44,040 --> 01:02:46,240 Abang dan Natalia. 1245 01:02:46,760 --> 01:02:48,080 Abang! 1246 01:02:50,960 --> 01:02:52,920 Wah, wah. 1247 01:02:53,440 --> 01:02:54,960 Kakak tak beritahu saya apa-apa, 1248 01:02:55,040 --> 01:02:57,600 walaupun kita kerap berjumpa kebelakangan ini. 1249 01:02:57,680 --> 01:02:59,880 Jadi, kamu berdua dah berbincang. 1250 01:02:59,960 --> 01:03:01,800 Mungkin kami bincang sekali. 1251 01:03:01,880 --> 01:03:04,280 Bukan sekali saja, Natalia. Banyak kali. 1252 01:03:04,360 --> 01:03:05,560 Banyak kali? 1253 01:03:05,640 --> 01:03:08,400 Kenapa pula saya 1254 01:03:08,480 --> 01:03:11,600 yang perlu tukar mentol lampu ayah? Boleh saya tanya? 1255 01:03:11,680 --> 01:03:14,080 Sebab kami bayar dan kamu tak bayar. 1256 01:03:17,200 --> 01:03:19,680 Saya tak faham. 1257 01:03:20,640 --> 01:03:22,280 - Abang bayar untuk apa? - Benda. 1258 01:03:22,360 --> 01:03:25,240 Abang akan beritahu dia, Natalia. Dia akan faham. 1259 01:03:25,320 --> 01:03:26,360 Dia takkan faham. 1260 01:03:26,440 --> 01:03:29,200 Saya akan cuba faham, tapi saya tak janji. 1261 01:03:29,280 --> 01:03:33,240 Kami berdua fikir kamu patut tukar mentol lampu 1262 01:03:33,320 --> 01:03:36,720 sebab kami yang uruskan perbelanjaan ayah. 1263 01:03:37,600 --> 01:03:38,720 Perbelanjaan apa? 1264 01:03:39,560 --> 01:03:41,240 Tak perlu ceritakan butirannya. 1265 01:03:41,320 --> 01:03:45,320 Ya, perlu, Natalia. Butirannya sangat penting. 1266 01:03:45,400 --> 01:03:46,600 Perbelanjaan apa? 1267 01:03:46,680 --> 01:03:48,240 Perbelanjaan perubatan. 1268 01:03:48,320 --> 01:03:52,000 Alat pendengaran, diet khasnya, gigi palsu baharunya, ahli fisioterapi, 1269 01:03:52,080 --> 01:03:55,880 tukang cuci, mesin basuh… Macam-macam perkara, Julián. 1270 01:03:55,960 --> 01:03:57,280 Perkara harian. 1271 01:03:57,360 --> 01:04:00,160 Perkara harian sejak beberapa tahun lepas. 1272 01:04:01,520 --> 01:04:02,720 "Beberapa tahun"? 1273 01:04:02,800 --> 01:04:04,200 Dia melebih-lebih. 1274 01:04:08,520 --> 01:04:09,480 Kakak? 1275 01:04:12,840 --> 01:04:14,280 Berapa tahun? 1276 01:04:15,440 --> 01:04:17,080 Entahlah… 1277 01:04:17,680 --> 01:04:19,040 Empat, lima. 1278 01:04:19,120 --> 01:04:20,840 Empat atau lima? 1279 01:04:20,920 --> 01:04:23,840 Sebenarnya, Julián, Natalia tak mahu beritahu kamu apa-apa 1280 01:04:23,920 --> 01:04:27,480 sebab kami tak mahu kamu rasa seperti orang yang gagal. 1281 01:04:27,560 --> 01:04:28,440 Sebab itu. 1282 01:04:30,400 --> 01:04:33,000 Masuk akal kenapa kamu tak beritahu saya apa-apa. 1283 01:04:33,080 --> 01:04:35,680 Kami berdua tahu kamu selalu kekurangan wang 1284 01:04:35,760 --> 01:04:37,760 dan kami rasa… 1285 01:04:37,840 --> 01:04:41,320 Tunggu sekejap. Saya nak fahamkan. 1286 01:04:42,320 --> 01:04:43,960 Memandangkan saya miskin 1287 01:04:44,040 --> 01:04:46,920 dan tak boleh bayar perbelanjaan ayah tersayang, 1288 01:04:47,000 --> 01:04:51,240 kamu berdua fikir saya boleh menebusnya 1289 01:04:52,080 --> 01:04:54,560 dengan menjadi budak suruhan keluarga. 1290 01:04:55,600 --> 01:04:56,640 Betul? 1291 01:04:56,720 --> 01:04:58,320 - Ya. - Abang! 1292 01:04:59,000 --> 01:05:02,520 - Itu yang kamu cakap, Natalia. - Ya, tapi bunyinya teruk begitu. 1293 01:05:02,600 --> 01:05:04,840 Bunyinya memang teruk, kakak. 1294 01:05:07,280 --> 01:05:08,920 Oh, di sini rupa-rupanya. 1295 01:05:10,520 --> 01:05:13,800 - Awak belum duduk di meja? - Baru nak duduk, sayang. 1296 01:05:13,880 --> 01:05:14,800 Julián… 1297 01:05:14,880 --> 01:05:18,080 Tempoh hari, semasa awak kata Natalia telefon 1298 01:05:18,160 --> 01:05:21,400 untuk bercakap tentang isu yang sangat penting 1299 01:05:21,480 --> 01:05:23,080 berkaitan dengan mentol lampu, 1300 01:05:23,160 --> 01:05:24,560 apa yang saya beritahu awak? 1301 01:05:25,080 --> 01:05:28,360 Mustahil mentol lampu sepenting itu. 1302 01:05:28,440 --> 01:05:31,040 - Memang penting. - Nampak? Kita takkan tahu. 1303 01:05:31,120 --> 01:05:32,920 Kita takkan tahu, sayang. 1304 01:05:33,480 --> 01:05:35,320 - Julián. - Ya? 1305 01:05:35,920 --> 01:05:37,720 Kita bergaduh semata-mata nak bergaduh. 1306 01:05:38,320 --> 01:05:41,000 - Tak syak lagi. - Tidak. Mari kita lihat. 1307 01:05:41,080 --> 01:05:45,160 Tempoh hari, kita dah setuju yang Natalia patut tukar mentol, kan? 1308 01:05:45,680 --> 01:05:48,160 - Saya? - Ya, betul. Kakak. 1309 01:05:48,240 --> 01:05:49,480 Kenapa? 1310 01:05:49,560 --> 01:05:52,240 Tempoh hari, semasa kami bincang tentang mentol lampu, 1311 01:05:52,320 --> 01:05:56,920 kami sedar tak adil nama kamu tiada dalam senarai calon, Natalia. 1312 01:05:57,000 --> 01:05:59,960 Kita keluarga moden, sayap kiri dan feminis. 1313 01:06:00,040 --> 01:06:02,400 Kami fikir, mungkin secara tak sedar, 1314 01:06:02,480 --> 01:06:06,160 kami telah keluarkan kamu daripada persamaan. 1315 01:06:06,240 --> 01:06:07,880 - Persamaan apa? - Kelip-kelip. 1316 01:06:07,960 --> 01:06:12,520 Kalau bab kerja senggara dan seumpamanya, nampaknya wanita nak lepaskan diri. 1317 01:06:12,600 --> 01:06:14,600 "Lelaki akan uruskannya." Tak boleh. 1318 01:06:14,680 --> 01:06:16,480 Saya takkan tukarnya. 1319 01:06:18,680 --> 01:06:19,600 Apa dia kata? 1320 01:06:22,840 --> 01:06:25,560 Kenapa kakak tak nak tukar mentol lampu? 1321 01:06:25,640 --> 01:06:28,240 Pakar psikologi akan marah kakak, dan memang patut. 1322 01:06:30,280 --> 01:06:33,360 Pakar psikologi kamu tak mahu kamu tukar mentol lampu ayah? 1323 01:06:33,440 --> 01:06:36,680 Kami dah berbincang dan dia larang saya. 1324 01:06:37,200 --> 01:06:39,680 Kakak cakap dengan pakar psikologi tentang kelip-kelip? 1325 01:06:39,760 --> 01:06:43,040 Ia sebahagian daripada terapi dan kakak tak boleh tukarnya. 1326 01:06:43,120 --> 01:06:46,480 Kenapa pakar psikologi kamu tak tukar mentol lampu? 1327 01:06:46,560 --> 01:06:48,040 Atau tukar pakar psikologi? 1328 01:06:48,120 --> 01:06:50,840 Untuk pengetahuan kamu berdua, saya sedang berusaha. 1329 01:06:51,600 --> 01:06:53,320 Buat kali pertama dalam hidup saya, 1330 01:06:53,400 --> 01:06:55,720 saya jumpa seseorang yang memahami saya 1331 01:06:55,800 --> 01:06:57,360 dan yang tolong saya. 1332 01:06:57,920 --> 01:06:59,400 Tolong apa? 1333 01:06:59,480 --> 01:07:02,080 Berhenti jadi wanita yang kakak sangka 1334 01:07:02,600 --> 01:07:05,280 dan kenali diri kakak yang sebenar. 1335 01:07:07,680 --> 01:07:08,960 Saya serius. 1336 01:07:09,480 --> 01:07:13,800 Boleh kamu berdua anggap saya serius? Sekali saja dalam hidup kamu? 1337 01:07:14,320 --> 01:07:16,520 Selain adik-beradik kamu, saya juga manusia. 1338 01:07:16,600 --> 01:07:19,120 - Jangan marah. Dia pandai marah sekarang. - Abang tahu. 1339 01:07:19,200 --> 01:07:22,600 Perkara pertama yang saya perlu buat, lawan kamu berdua 1340 01:07:22,680 --> 01:07:26,040 dan suarakan pendapat saya, tak kira apa pun. 1341 01:07:26,120 --> 01:07:29,520 Tapi kamu selalu suarakan pendapat. Betul? 1342 01:07:29,600 --> 01:07:31,800 Saya tak pasti jika saya jadi abang. 1343 01:07:31,880 --> 01:07:34,240 Kemudian, saya akan halau suami saya 1344 01:07:34,320 --> 01:07:36,320 kerana buat hidup saya sengsara. 1345 01:07:36,400 --> 01:07:39,120 Akhirnya, saya akan jadi lesbian. 1346 01:07:43,160 --> 01:07:45,720 Tapi apa salah kami, Natalia? 1347 01:07:45,800 --> 01:07:47,200 Banyak. 1348 01:07:47,920 --> 01:07:51,120 Saya jadi pembantu rumah ini sejak mak meninggal. 1349 01:07:51,640 --> 01:07:53,520 Saya minta kita berbincang tentang ayah 1350 01:07:53,600 --> 01:07:56,240 sebab saya rasa dia tak boleh hidup sendiri lagi, 1351 01:07:56,320 --> 01:08:00,840 tapi kamu berkelakuan seperti saya ratu drama yang gila. 1352 01:08:01,800 --> 01:08:05,520 Kamu rasa siapa yang kemas seluar dalam dan stoking dia? 1353 01:08:06,520 --> 01:08:09,600 Siapa belikan dia makanan dan ubat? 1354 01:08:09,680 --> 01:08:12,280 Siapa potong kuku kakinya? 1355 01:08:12,800 --> 01:08:14,800 Siapa tukar bateri dalam alat pendengarannya, 1356 01:08:14,880 --> 01:08:18,280 jam locengnya dan tiga telefon tanpa wayarnya? 1357 01:08:18,360 --> 01:08:22,800 Siapa perlu minta maaf kepada jiran bila ayah tunjuk alat sulitnya? 1358 01:08:22,880 --> 01:08:25,000 Selepas semua itu, 1359 01:08:25,080 --> 01:08:28,200 kamu juga mahu saya jadi orang yang pergi ke rumahnya 1360 01:08:28,280 --> 01:08:29,880 untuk baiki kelip-kelip 1361 01:08:29,960 --> 01:08:34,120 sebab kamu berdua tak boleh luangkan sedikit masa 1362 01:08:34,200 --> 01:08:37,160 untuk jumpa dia, tengok jika dia masih bernafas 1363 01:08:37,240 --> 01:08:41,040 dan tukar mentol lampu dia? 1364 01:08:46,560 --> 01:08:48,040 Saya nak ke tandas. 1365 01:09:00,440 --> 01:09:01,640 Saya akan jawab. 1366 01:09:04,200 --> 01:09:07,120 - Pakar psikologi ini pasti mahal. - Sangat. 1367 01:09:07,800 --> 01:09:11,040 Dia kata dia potong kuku kakinya? 1368 01:09:19,120 --> 01:09:22,280 Jadi, apa kita nak buat tentang revolusi ini? 1369 01:09:22,360 --> 01:09:23,640 Ia tak nampak bagus. 1370 01:09:24,200 --> 01:09:27,120 Saya rasa mentol lampu tetap tanggungjawab kita. 1371 01:09:27,640 --> 01:09:29,160 Apa kata kita baling syiling? 1372 01:09:29,680 --> 01:09:31,360 Atau kita boleh panggil juruelektrik. 1373 01:09:31,880 --> 01:09:33,360 Lagipun, kamu berdua yang bayar. 1374 01:09:34,360 --> 01:09:37,560 Kami bayar sebab kami ambil berat tentang ayah. 1375 01:09:38,960 --> 01:09:41,120 Saya boleh salah anggap, tahu? 1376 01:09:41,640 --> 01:09:43,360 Anggaplah sesuka hati kamu. 1377 01:09:43,440 --> 01:09:44,880 Kucing yang sama? 1378 01:09:47,520 --> 01:09:49,680 Abang pernah komen sekali. 1379 01:09:50,840 --> 01:09:54,720 Abang terlupa sebab kamu tak pernah undang kami. 1380 01:09:55,440 --> 01:09:58,560 Kami tak undang kerana ketika kamu datang, 1381 01:09:58,640 --> 01:10:01,640 isteri abang tak mahu duduk di atas sofa terpakai. 1382 01:10:01,720 --> 01:10:04,760 Ia buat dia tak selesa dan saya tak mahu dia menderita. 1383 01:10:04,840 --> 01:10:06,200 Kasihan Marisa. 1384 01:10:09,800 --> 01:10:12,800 Saya rasa lebih baik sekarang. Boleh kita mulakan perjumpaan? 1385 01:10:12,880 --> 01:10:16,360 Marisa sangat sensitif dan ada banyak alahan. 1386 01:10:16,880 --> 01:10:18,600 Tentu dia alah dengan orang miskin. 1387 01:10:18,680 --> 01:10:20,960 Kamu nak kritik isteri abang? 1388 01:10:21,560 --> 01:10:24,960 Sebab abang akan naik marah dan abang perlu pergi. 1389 01:10:25,040 --> 01:10:26,560 Kalau abang pergi, 1390 01:10:27,080 --> 01:10:30,000 bawa pasu buruk abang sekali. 1391 01:10:30,920 --> 01:10:34,760 Ia tersembunyi di dalam almari, tapi memandangkan isteri saya baik, 1392 01:10:34,840 --> 01:10:37,840 dia keluarkannya dan fikir abang akan gembira melihatnya. 1393 01:10:37,920 --> 01:10:41,280 Sepuluh minit. Kalau kita tekad, kita boleh lakukannya. 1394 01:10:41,360 --> 01:10:44,280 Mari bincangkan hal ayah selama 10 minit 1395 01:10:44,360 --> 01:10:47,200 dan kita tak perlu berjumpa lagi. 1396 01:10:48,280 --> 01:10:49,200 Walaupun Krismas? 1397 01:10:49,280 --> 01:10:51,680 Kami akan pergi ke safari semasa Krismas. 1398 01:10:52,200 --> 01:10:53,640 Atau sehingga pengebumian ayah. 1399 01:10:54,160 --> 01:10:55,800 Sepuluh minit. 1400 01:10:57,240 --> 01:10:58,080 Abang? 1401 01:10:59,120 --> 01:11:00,800 Kalau tiada pilihan lain… 1402 01:11:01,680 --> 01:11:04,040 Okey. Jangan risau. Saya akan beritahu dia. 1403 01:11:05,120 --> 01:11:06,040 Bai. 1404 01:11:07,120 --> 01:11:08,080 Maaf mengganggu. 1405 01:11:08,600 --> 01:11:09,680 Ya, sayang? 1406 01:11:09,760 --> 01:11:12,600 - Jiran telefon. - Jiran yang mana satu? 1407 01:11:13,640 --> 01:11:15,120 Jiran ayah kamu semua. 1408 01:11:15,200 --> 01:11:17,240 Peliknya. Dia selalu telefon saya. 1409 01:11:17,320 --> 01:11:20,160 Dia kata dia telefon awak, tapi awak tak jawab. 1410 01:11:20,240 --> 01:11:23,440 Telefon saya mesti kehabisan bateri. Apa yang dia mahu? 1411 01:11:24,400 --> 01:11:28,120 Dia dengar telefon ayah kamu berdering sepanjang hari. 1412 01:11:28,200 --> 01:11:31,280 Saya pasti itu saya. Saya telefon dia sepanjang hari. 1413 01:11:31,360 --> 01:11:34,120 Dia tak boleh tukar bateri alat pendengaran. Dia tak dengar. 1414 01:11:34,200 --> 01:11:35,040 Okey. 1415 01:11:35,120 --> 01:11:38,640 Jadi, dia ketuk pintunya sebab dia dengar muzik dipasang. 1416 01:11:38,720 --> 01:11:42,400 Tapi sebab dia tak buka pintu, dia masuk ke dalam untuk tengok… 1417 01:11:43,440 --> 01:11:44,920 Di mana ayah? 1418 01:11:46,320 --> 01:11:47,840 Terbaring di atas lantai. 1419 01:11:47,920 --> 01:11:50,000 Kenapa dia terbaring di atas lantai? 1420 01:11:51,200 --> 01:11:52,720 Dia tak sedarkan diri. 1421 01:11:54,320 --> 01:11:55,680 Kepalanya berdarah. 1422 01:11:55,760 --> 01:11:58,000 - Kamu nampak? - Apa? 1423 01:11:58,520 --> 01:12:00,920 Dia tak boleh hidup sendiri. Saya betul. 1424 01:12:01,000 --> 01:12:03,560 Hei, kamu rasa ini salah kami? 1425 01:12:04,240 --> 01:12:05,760 Dia di hospital mana? 1426 01:12:05,840 --> 01:12:07,840 - Bukan di hospital. - Apa maksud awak? 1427 01:12:07,920 --> 01:12:10,440 Kalau dia alami konkusi, dia perlu ke hospital. 1428 01:12:10,520 --> 01:12:11,720 Itu tak perlu. 1429 01:12:11,800 --> 01:12:14,600 Semasa ambulans tiba dan mereka rawat ayah awak, 1430 01:12:14,680 --> 01:12:17,760 mereka sedar beberapa jam sebelum itu, 1431 01:12:19,320 --> 01:12:20,280 dia dah mati. 1432 01:12:23,080 --> 01:12:24,000 Siapa? 1433 01:12:25,880 --> 01:12:27,560 Ayah dah mati? 1434 01:12:29,920 --> 01:12:31,280 Ayah dah mati? 1435 01:12:32,640 --> 01:12:34,080 Kerana kepala terhantuk. 1436 01:12:34,600 --> 01:12:36,960 Bila kepalanya terhantuk, Carol? 1437 01:12:37,040 --> 01:12:39,080 Semasa dia terjatuh. 1438 01:12:39,680 --> 01:12:40,960 Bila dia terjatuh? 1439 01:12:48,040 --> 01:12:50,560 Ayah mentua saya suka muzik. 1440 01:12:51,760 --> 01:12:53,440 Terutamanya muzik klasik. 1441 01:12:55,440 --> 01:12:59,680 Dia sentiasa mendengarnya dan rumah itu dipenuhi dengan melodi. 1442 01:12:59,760 --> 01:13:00,680 Helo. 1443 01:13:02,120 --> 01:13:05,640 Bertahun-tahun telah berlalu, tapi sekarang, setelah difikirkan semula, 1444 01:13:06,160 --> 01:13:09,800 mereka takkan berhenti mengimbau kenangan zaman kanak-kanak mereka. 1445 01:13:11,160 --> 01:13:14,480 Kenangan yang telah lama dilupakan, ketika mereka tinggal bersama 1446 01:13:14,560 --> 01:13:19,680 dan ayah mereka selalu kejutkan mereka pada hujung minggu dengan muzik. 1447 01:13:21,360 --> 01:13:25,440 Mereka akan ingat pagi-pagi Ahad itu dengan sarapan yang tak berkesudahan, 1448 01:13:26,920 --> 01:13:29,880 pergaduhan mereka, permainan mereka. 1449 01:13:31,080 --> 01:13:32,240 Mereka akan tersentuh. 1450 01:13:33,320 --> 01:13:34,880 Muzik itu akan mengingatkan mereka 1451 01:13:34,960 --> 01:13:37,320 darah yang sama mengalir dalam tubuh mereka, 1452 01:13:37,400 --> 01:13:39,880 yang air dicencang takkan putus. 1453 01:13:40,400 --> 01:13:44,720 Walaupun ada perbalahan, mereka berkongsi ikatan yang mendalam, 1454 01:13:45,240 --> 01:13:47,960 naluri yang terikat dengan misteri kehidupan, 1455 01:13:48,040 --> 01:13:50,520 yang membantu kita rasa kurang keseorangan. 1456 01:13:50,600 --> 01:13:53,040 Selamat hari jadi… 1457 01:13:53,120 --> 01:13:56,680 Malam ini, setelah sekian lama tidak berbuat demikian, 1458 01:13:56,760 --> 01:13:59,040 dan mungkin untuk kali terakhir dalam hidup mereka, 1459 01:13:59,560 --> 01:14:00,680 mereka akan berpelukan. 1460 01:14:02,640 --> 01:14:04,720 Berpelukan begitu, bersama-sama, 1461 01:14:04,800 --> 01:14:08,040 walaupun hanya selama beberapa saat, 1462 01:14:08,120 --> 01:14:09,800 mereka akan berkongsi detik 1463 01:14:09,880 --> 01:14:12,960 yang tak boleh dilupakan dan tak boleh diulang ini. 1464 01:14:28,320 --> 01:14:30,400 - Kamu semua okey? - Ya. 1465 01:14:30,920 --> 01:14:34,440 Carol, ayah jatuh dari mana? 1466 01:14:34,520 --> 01:14:36,440 Cukup, Natalia. Cukup. 1467 01:14:36,520 --> 01:14:38,320 Kita semua faham, Natalia. 1468 01:14:39,560 --> 01:14:41,720 Dia jatuh tangga. 1469 01:14:43,640 --> 01:14:45,560 Apa dia buat di atas tangga? 1470 01:14:46,520 --> 01:14:48,560 Dia nak tukar mentol lampu bilik air. 1471 01:14:49,280 --> 01:14:50,560 Ia buat kelip… 1472 01:17:00,200 --> 01:17:05,400 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi