1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.MX 2 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.MX 3 00:01:20,208 --> 00:01:21,416 Aduh. 4 00:01:50,666 --> 00:01:52,000 Nama saya Doyle. 5 00:01:53,625 --> 00:01:55,375 Lord Doyle. 6 00:02:00,041 --> 00:02:02,416 Saya penjudi besar dengan masalah besar. 7 00:02:04,958 --> 00:02:07,375 Penjudi dengan sarung tangan bertuah... 8 00:02:10,416 --> 00:02:12,666 yang terdampar di pantai Macau. 9 00:02:14,875 --> 00:02:17,083 Ibu kota perjudian dunia. 10 00:02:18,833 --> 00:02:20,375 Kota keajaiban 11 00:02:21,375 --> 00:02:23,583 yang dibina di laut yang ditambak. 12 00:02:28,583 --> 00:02:31,333 Tapi saya tak percayakan keajaiban lagi. 13 00:02:32,666 --> 00:02:36,541 Dalam beberapa hari, hidup saya akan berubah sepenuhnya. 14 00:02:58,583 --> 00:02:59,583 Alamak. 15 00:04:20,833 --> 00:04:22,333 {\an8}JANGAN GANGGU 16 00:04:56,666 --> 00:04:59,000 Tak main di sini malam ini, Lord Doyle? 17 00:04:59,500 --> 00:05:03,333 Bukan malam ini, Kai. Saya dah sapu habis duit di sini. 18 00:05:03,833 --> 00:05:07,291 Jika saya menang di Royale lagi, gaji awak pula tertunggak. 19 00:05:07,791 --> 00:05:09,125 Boleh panggilkan limousin? 20 00:05:09,208 --> 00:05:11,125 Saya minta maaf, Lord Doyle, 21 00:05:11,208 --> 00:05:13,958 tapi semua limousin hotel digunakan malam ini. 22 00:05:15,000 --> 00:05:15,916 Semuanya? 23 00:05:16,708 --> 00:05:18,250 Nak saya panggil teksi? 24 00:05:18,750 --> 00:05:22,083 Tak perlu. Cuaca malam ini baik. Saya jalan kaki sajalah. 25 00:05:23,958 --> 00:05:25,041 Boleh saya pinjam? 26 00:05:31,375 --> 00:05:35,416 Tunggulah saya menang besar. Tentu mereka berebut nak beri limousin. 27 00:05:37,375 --> 00:05:41,083 Cubalah Kasino Rainbow. Di sana mungkin boleh dapat kredit. 28 00:05:45,125 --> 00:05:46,333 Lord Doyle! 29 00:05:49,125 --> 00:05:50,916 INVOIS 30 00:05:51,541 --> 00:05:52,875 Banyak juga, bukan? 31 00:05:53,708 --> 00:05:56,416 Seeloknya ia dijelaskan segera, Lord Doyle. 32 00:05:56,500 --> 00:05:58,000 Baiklah. 33 00:05:58,083 --> 00:06:01,791 Bank saya di London akan bayar wang tertunggak serta-merta. 34 00:06:01,875 --> 00:06:05,458 - Lord Doyle... - Tapi ini hari Sabtu. Bank ditutup di UK. 35 00:06:05,541 --> 00:06:08,250 Esok Ahad, Isnin cuti umum. 36 00:06:08,333 --> 00:06:11,166 Pengurus akaun saya kembali bekerja hari Selasa. 37 00:06:11,666 --> 00:06:14,333 Tengah hari Selasa, waktu tempatan. Boleh tak? 38 00:06:14,416 --> 00:06:18,250 Jumlah semuanya sebanyak HKD352,000.64 39 00:06:18,333 --> 00:06:22,291 mesti dibayar selewat-lewatnya pukul 12 tengah hari Selasa. 40 00:06:22,375 --> 00:06:25,791 Atau saya terpaksa laporkan kepada polis. 41 00:06:27,375 --> 00:06:28,708 Pukul 12 tengah hari Selasa. 42 00:06:30,750 --> 00:06:31,958 Awak ada tiga hari. 43 00:07:07,916 --> 00:07:10,125 Di Macau, saya gwai lo, 44 00:07:12,625 --> 00:07:13,916 hantu asing, 45 00:07:15,583 --> 00:07:17,708 makhluk halimunan. 46 00:07:27,041 --> 00:07:28,875 Di sini, saya macam tak wujud. 47 00:07:34,750 --> 00:07:37,958 Di sini, saya boleh jadi sesiapa yang saya mahu. 48 00:08:01,750 --> 00:08:05,250 Baccarat banco punto ialah permainan kad terpantas di dunia. 49 00:08:06,125 --> 00:08:09,166 Kita boleh menang atau kalah berjuta dalam satu pertaruhan. 50 00:08:09,833 --> 00:08:12,666 Dengan kelebihan tipis .9 kepada kasino, 51 00:08:13,166 --> 00:08:17,291 raja segala permainan kad ini boleh mengubah hidup sekelip mata. 52 00:08:39,291 --> 00:08:40,625 Peraturannya mudah. 53 00:08:42,500 --> 00:08:46,041 Dua kad tertangkup diagihkan kepada pemain dengan pertaruhan tertinggi. 54 00:08:46,541 --> 00:08:48,375 Jumlah tertinggi menang. 55 00:08:49,500 --> 00:08:51,791 Kad dua hingga sembilan mengikut nilai sebenar. 56 00:08:53,125 --> 00:08:55,958 Kad 10 dan kad bergambar tiada nilai. 57 00:08:59,583 --> 00:09:02,041 Nilai tertinggi ialah sembilan. 58 00:09:04,250 --> 00:09:05,250 Sembilan menang! 59 00:09:05,875 --> 00:09:06,833 Pemain menang semua. 60 00:09:14,083 --> 00:09:16,833 Selamat datang ke Rainbow. Tuan nak champagne? 61 00:09:16,916 --> 00:09:20,458 Saya tak nak champagne murah. Beri saya Cristal. 62 00:09:22,625 --> 00:09:24,333 Awak fasih berbahasa Cina. 63 00:09:24,833 --> 00:09:27,916 Saya juga hisap rokok Cina. Jenis yang berbahaya. 64 00:09:30,500 --> 00:09:31,625 Nama saya Dao Ming. 65 00:09:32,125 --> 00:09:34,166 Betulkah? Lord Doyle. 66 00:09:34,666 --> 00:09:36,708 Selamat berkenalan, Lord Doyle. 67 00:09:37,500 --> 00:09:39,416 Awak pernah main baccarat? 68 00:09:39,500 --> 00:09:42,375 Sekali dua. Selalunya di Monte Carlo. 69 00:09:44,125 --> 00:09:45,375 Siapa wanita tua itu? 70 00:09:46,166 --> 00:09:47,833 - Itu Nenek. - Nenek? 71 00:09:47,916 --> 00:09:50,250 Kami tak sebut namanya. Dia handal. 72 00:09:50,333 --> 00:09:53,000 Suaminya berfoya-foya dan dia habiskan wang suaminya. 73 00:09:53,083 --> 00:09:55,416 - Kasino yang untung. - Handal, ya? 74 00:09:55,500 --> 00:09:57,166 Orang kata dia nampak hantu. 75 00:09:57,666 --> 00:10:00,250 Harapnya hantu tak beritahu dia nombor kad. 76 00:10:19,541 --> 00:10:20,666 Sembilan menang. 77 00:10:22,500 --> 00:10:24,708 Mati dipancung. Sebab itu saya suka. 78 00:10:24,791 --> 00:10:26,458 Permainan ini tiada taranya. 79 00:10:26,541 --> 00:10:28,416 Gwai lo kalah teruk. 80 00:10:28,916 --> 00:10:30,208 Mukanya bawa sial. 81 00:10:30,291 --> 00:10:32,916 Dialek Kantonis saya berkarat. Apa dia kata? 82 00:10:33,000 --> 00:10:34,250 Nenek mengalu-alukan awak. 83 00:10:34,333 --> 00:10:37,333 Saya boleh pecahkan telur dia dengan sebelah tangan. 84 00:10:37,416 --> 00:10:39,333 Bangsawan tentu ada banyak duit. 85 00:10:39,416 --> 00:10:40,916 Cuma jutawan pakai sarung tangan. 86 00:10:41,000 --> 00:10:44,875 Awak perlukan berbilion dolar dan keberanian untuk kalahkan Nenek. 87 00:10:45,375 --> 00:10:48,291 - Tuah dia akan habis. - Mustahil, hantu tolong dia. 88 00:10:48,375 --> 00:10:49,416 Hantu konon. 89 00:10:49,500 --> 00:10:52,791 Dia cuma ada duit suaminya. Dua puluh ribu. 90 00:10:52,875 --> 00:10:54,708 - Tiga puluh. - Tiga puluh lima. 91 00:10:55,583 --> 00:10:56,708 Lima puluh. 92 00:11:45,250 --> 00:11:46,291 Awak nak kredit? 93 00:11:46,375 --> 00:11:47,625 Kredit? 94 00:11:47,708 --> 00:11:50,625 Untuk USD20,000, bunga 15%, campur komisen. 95 00:11:51,500 --> 00:11:53,000 USD50,000, bunga 10%. 96 00:11:53,083 --> 00:11:54,583 USD25,000, bunga 12%. 97 00:11:55,458 --> 00:11:56,291 Baiklah. 98 00:11:56,375 --> 00:11:58,666 Apa hal nak pinjamkan dia duit? 99 00:11:59,208 --> 00:12:01,458 Lihatlah muka dia. Tuahnya dah tiada. 100 00:12:01,541 --> 00:12:04,541 - Apa dia cakap? - Dia kata awak tak pandai berjudi. 101 00:12:05,041 --> 00:12:08,500 Sebab itulah awak perlu beri saya kredit. 102 00:12:08,583 --> 00:12:10,250 Tak payah jadi lintah darat! 103 00:12:10,333 --> 00:12:13,083 - Rugi awak nanti! - Itu biar saya fikir. 104 00:12:13,166 --> 00:12:15,083 - Ada masalah? - Tak. 105 00:12:16,666 --> 00:12:20,541 Bayar bil bar awak dulu sebelum kami uruskan kredit awak. 106 00:12:20,625 --> 00:12:21,833 Baiklah. 107 00:12:21,916 --> 00:12:23,458 Dia akan lari. 108 00:12:23,958 --> 00:12:26,541 Apa kata awak pesan sebotol champagne lagi 109 00:12:26,625 --> 00:12:30,000 dan saya akan sembelih dia hidup-hidup selepas ke tandas? 110 00:12:31,916 --> 00:12:33,125 Awak tunggu di sini? 111 00:12:36,958 --> 00:12:37,958 Baiklah. 112 00:12:38,875 --> 00:12:39,833 Terima kasih. 113 00:12:43,541 --> 00:12:47,250 Jangan, si bedebah itu takkan kembali. 114 00:12:47,750 --> 00:12:49,000 Jangan jadi bodoh. 115 00:12:49,833 --> 00:12:51,583 Jiwanya dah mati. 116 00:12:59,875 --> 00:13:01,041 Aduh. 117 00:13:05,458 --> 00:13:11,791 Hari ini hari pertama Perayaan Hantu Lapar. 118 00:13:11,875 --> 00:13:16,583 Penduduk seluruh bandar membawa pemberian untuk dibakar bagi si mati, 119 00:13:16,666 --> 00:13:19,333 demi menghormati dan menenangkan roh yang gelisah. 120 00:13:52,166 --> 00:13:53,166 Terima kasih. 121 00:14:47,625 --> 00:14:49,875 Kenapa awak pinjamkan dia duit? 122 00:14:49,958 --> 00:14:51,500 - Dao Ming. - Maafkan saya. 123 00:14:51,583 --> 00:14:53,541 Suami saya mati kerana awak! 124 00:14:53,625 --> 00:14:55,333 Sabar. Hei! 125 00:14:59,375 --> 00:15:00,583 Saya nak suami saya! 126 00:15:00,666 --> 00:15:01,541 Dao Ming! 127 00:15:02,041 --> 00:15:03,416 Awak bunuh suami saya! 128 00:15:03,500 --> 00:15:04,375 Dao Ming! 129 00:15:11,708 --> 00:15:13,541 Teksi! 130 00:15:21,541 --> 00:15:22,458 Dao Ming! 131 00:15:39,000 --> 00:15:40,041 Awak nak ke mana? 132 00:15:41,500 --> 00:15:43,875 Awak hutang saya USD300 untuk champagne. 133 00:15:43,958 --> 00:15:45,666 Saya tak bawa duit, maaf. 134 00:15:52,333 --> 00:15:53,250 Terima kasih. 135 00:16:06,708 --> 00:16:09,666 Tunggu. Saya nak tebus kesalahan saya. 136 00:16:10,875 --> 00:16:13,583 Apa kata kita makan malam dan menari? 137 00:16:13,666 --> 00:16:15,583 Kita boleh buat perjanjian. 138 00:16:16,083 --> 00:16:17,458 Saya benci penjudi. 139 00:16:17,541 --> 00:16:20,208 Statistik bakal menyebelahi saya. 140 00:16:20,291 --> 00:16:21,583 Mungkin saya terus kalah, 141 00:16:21,666 --> 00:16:24,208 tapi kebarangkalian mengatakan saya akan mula menang. 142 00:16:24,291 --> 00:16:25,958 Kebarangkalian takkan bantu awak. 143 00:16:26,041 --> 00:16:29,583 Hidup kita di dunia pun mustahil jika menurut kebarangkalian. 144 00:16:29,666 --> 00:16:31,541 Hidup ini anugerah misteri. 145 00:16:32,041 --> 00:16:34,750 Saya sendiri yang cari masalah. 146 00:16:34,833 --> 00:16:37,333 Dengan sokongan, saya boleh selesaikannya. 147 00:16:41,125 --> 00:16:42,291 Dengar sini. 148 00:16:43,166 --> 00:16:46,375 Saya asyik malang. Saya dah tanya semua pemiutang. 149 00:16:48,166 --> 00:16:51,666 Tapi nama saya dah busuk. Sekarang saya tersepit. 150 00:17:08,208 --> 00:17:09,083 Terima kasih. 151 00:17:20,458 --> 00:17:21,958 Dia klien awakkah? 152 00:17:22,833 --> 00:17:24,750 Lelaki yang terjun itu? 153 00:17:28,416 --> 00:17:29,666 Itu bukan salah awak. 154 00:17:30,541 --> 00:17:33,958 Jika sesiapa nak terjun bangunan, itu hak mereka. 155 00:17:34,041 --> 00:17:36,791 Penyelesaian kekal kepada masalah sementara. 156 00:17:57,250 --> 00:17:59,541 Awak nampak sangat sofistikated 157 00:17:59,625 --> 00:18:02,750 semasa di kasino dengan sarung tangan kuning. 158 00:18:04,250 --> 00:18:07,375 Saya tak pernah nampak orang pakai sarung tangan di kasino. 159 00:18:07,458 --> 00:18:09,125 Buatan eksklusif Savile Row. 160 00:18:09,708 --> 00:18:11,708 Ia sarung tangan bertuah saya. 161 00:18:12,458 --> 00:18:14,041 Tapi awak tak bertuah. 162 00:18:18,625 --> 00:18:19,916 Saya ada tawaran. 163 00:18:20,833 --> 00:18:23,500 - Yang saling menguntungkan... - Saya tak minat. 164 00:18:23,583 --> 00:18:25,083 - Dengar dulu. - Tak nak. 165 00:18:25,166 --> 00:18:27,875 - Saya beri separuh... - Saya dah tak nak beri kredit. 166 00:18:27,958 --> 00:18:30,875 Kepada awak atau orang lain. Saya dah serik. 167 00:18:36,125 --> 00:18:37,083 Dengan apa? 168 00:18:37,750 --> 00:18:38,625 Kehidupan? 169 00:18:58,125 --> 00:19:00,791 Percayalah, saya pun pernah rasa putus asa. 170 00:19:02,041 --> 00:19:03,208 Bukan sekali. 171 00:19:04,708 --> 00:19:05,916 Tekaan saya, 172 00:19:06,541 --> 00:19:09,041 dia berhutang, maknanya awak pun berhutang. 173 00:19:11,583 --> 00:19:12,916 Saya tak nak menyibuk, 174 00:19:13,000 --> 00:19:16,291 tapi apa-apa masalah pun, ada cara lebih baik daripada bunuh diri. 175 00:19:16,791 --> 00:19:18,916 Dengan pinjamkan duit kepada tahi judi? 176 00:19:23,791 --> 00:19:25,500 Jangan berlagak baik sangat. 177 00:19:26,833 --> 00:19:30,166 Jika awak broker kasino mewah, awak akan dapat komisen. 178 00:19:30,666 --> 00:19:34,041 Tapi awak buat duit dengan kredit dan pertaruhan haram. 179 00:19:35,083 --> 00:19:37,333 Saya akan pergi jika awak nak. Bunuhlah diri. 180 00:19:37,416 --> 00:19:40,083 Tapi jangan berlagak lebih baik daripada saya. 181 00:19:41,208 --> 00:19:43,916 Saya mungkin gwai lo, tapi saya masih ada jiwa. 182 00:19:44,791 --> 00:19:46,916 Yang saya nampak, awak sama saja macam saya. 183 00:21:12,250 --> 00:21:14,333 Saya tak patut beri dia kredit. 184 00:21:15,666 --> 00:21:18,500 Saya patut tolak, tapi saya tak tolak. 185 00:21:20,083 --> 00:21:21,208 Siapa nama dia? 186 00:21:23,166 --> 00:21:26,000 Saya kenal ramai, kamu semua sama saja. 187 00:21:27,000 --> 00:21:27,958 Saya tak sama. 188 00:21:28,791 --> 00:21:32,333 Apa yang buat awak berbeza, selain status bangsawan? 189 00:21:33,791 --> 00:21:35,541 Sarung tangan bertuah saya. 190 00:21:35,625 --> 00:21:37,416 Buatan eksklusif Savile Row? 191 00:21:39,958 --> 00:21:40,833 Ya. 192 00:21:51,458 --> 00:21:53,833 Sekarang Perayaan Hantu Lapar. 193 00:21:54,458 --> 00:21:56,416 Seminggu lagi, Hari Hantu. 194 00:21:56,500 --> 00:21:59,000 Ketika itulah orang bakar pemberian untuk si mati. 195 00:22:17,875 --> 00:22:19,500 Saya perlu pergi dari sini. 196 00:22:23,500 --> 00:22:24,583 Begitu juga awak. 197 00:22:26,208 --> 00:22:27,041 Ke mana? 198 00:22:29,208 --> 00:22:30,625 Jangan ikut saya. 199 00:22:42,458 --> 00:22:46,208 Saya harap awak boleh tunggu dulu. 200 00:22:48,541 --> 00:22:50,041 Saya akan menang besar. 201 00:22:51,500 --> 00:22:55,166 Apabila menang, saya akan bayar hutang saya dan hutang awak. 202 00:22:58,583 --> 00:22:59,541 Saya serius. 203 00:23:02,041 --> 00:23:04,666 Jangan sedih. Masalah pasti selesai. 204 00:23:06,583 --> 00:23:08,208 Apabila saya menang, 205 00:23:09,875 --> 00:23:10,958 saya tak lupakan awak. 206 00:23:12,000 --> 00:23:13,041 Saya janji. 207 00:23:13,541 --> 00:23:15,625 Bangsawan takkan mungkir janji. 208 00:23:30,916 --> 00:23:33,083 Saya dah kehabisan peluang. 209 00:23:47,708 --> 00:23:48,958 Teruskan. 210 00:25:21,583 --> 00:25:26,833 31072005 211 00:26:04,708 --> 00:26:06,416 Masa untuk buat yang terbaik. 212 00:26:08,500 --> 00:26:10,666 Bangsawan takkan mungkir janji. 213 00:27:25,208 --> 00:27:26,083 Helo. 214 00:27:27,833 --> 00:27:30,000 - Hai. - Lord Doyle. 215 00:27:30,958 --> 00:27:33,708 - Apa? - Awak boleh panggil saya Freddy. 216 00:27:34,375 --> 00:27:36,291 Terima kasih. 217 00:27:37,250 --> 00:27:38,625 Kali pertama ke Macau? 218 00:27:40,458 --> 00:27:42,666 - Apa? - Ini kali pertama ke Macau? 219 00:27:42,750 --> 00:27:43,666 Ya. 220 00:27:44,208 --> 00:27:46,833 - Awak? - Tak, saya datang dan pergi. 221 00:27:47,916 --> 00:27:49,333 Menarik bunyinya. 222 00:27:51,125 --> 00:27:54,958 Maaf, tapi saya harap awak boleh padam gambar itu. 223 00:27:55,458 --> 00:27:58,625 - Apa? - Gambar saya di dalam lif tadi. 224 00:27:59,875 --> 00:28:02,583 - Swafoto? - Ya. Dengan saya. 225 00:28:02,666 --> 00:28:04,458 Saya tak perasan. 226 00:28:04,541 --> 00:28:06,375 Saya tak nak memaksa. 227 00:28:06,458 --> 00:28:10,041 Cuma saya jaga privasi saya. 228 00:28:10,541 --> 00:28:11,500 Kenapa? 229 00:28:12,458 --> 00:28:13,291 Kenapa? 230 00:28:13,875 --> 00:28:15,541 Awak orang buruankah? 231 00:28:16,750 --> 00:28:19,916 Tak. Saya tak ada apa-apa sebab pun. 232 00:28:20,000 --> 00:28:23,333 Cuma setiap penjudi besar pentingkan privasi. 233 00:28:23,833 --> 00:28:26,041 - Ya, itu prinsip kami. - Begitukah? 234 00:28:26,125 --> 00:28:28,708 - Ya, betul. - Ya. 235 00:28:30,000 --> 00:28:33,541 Sebab saya rasa awak nampak... 236 00:28:35,541 --> 00:28:38,666 terlalu menonjol, tak macam orang yang larikan diri. 237 00:28:42,750 --> 00:28:44,541 - Awak tak cakap nama awak. - Betty. 238 00:28:44,625 --> 00:28:46,416 - Betty apa? - Grayson. 239 00:28:59,750 --> 00:29:01,208 Baiklah, Betty Grayson. 240 00:29:01,291 --> 00:29:02,958 Siapa awak? Apa awak nak? 241 00:29:03,041 --> 00:29:04,750 - Awak tahu apa saya nak. - Duit? 242 00:29:04,833 --> 00:29:06,250 - Keadilan. - Keadilan? 243 00:29:07,375 --> 00:29:08,208 Baiklah. 244 00:29:09,333 --> 00:29:12,291 Pinjamkan saya $500, kemudian suka hati awaklah. 245 00:29:12,375 --> 00:29:13,916 Lord Doyle, awak lucu. 246 00:29:14,000 --> 00:29:16,333 Awak nak gambar saya? Itulah syaratnya. 247 00:29:16,416 --> 00:29:17,916 - Syarat? - Ya, memanglah. 248 00:29:18,000 --> 00:29:21,291 Saya terang-terang nampak awak. Awak cuba lari. 249 00:29:21,791 --> 00:29:24,375 Sekarang awak cemas dan cari peluang 250 00:29:24,458 --> 00:29:27,083 sambil pura-pura jadi pelancong solo. 251 00:29:27,166 --> 00:29:30,000 Awak harap awak dapat ambil gambar saya lagi 252 00:29:30,083 --> 00:29:31,541 supaya boleh e-melkannya 253 00:29:31,625 --> 00:29:34,125 kepada firma penyiasat persendirian cabuk 254 00:29:34,208 --> 00:29:37,166 yang hantar awak ke sini dengan misi tertentu, 255 00:29:37,250 --> 00:29:38,833 mungkin untuk ugut saya. 256 00:29:40,833 --> 00:29:43,541 Tapi kita dilarang ambil gambar di kasino. 257 00:29:43,625 --> 00:29:46,166 Jika awak bayar, saya benarkan awak ambil. 258 00:29:46,250 --> 00:29:49,416 Ayuh, Betty. Berhenti berlagak baik dan bayar saya. 259 00:29:49,500 --> 00:29:51,416 Saya nak USD500 sekarang. 260 00:29:53,041 --> 00:29:54,875 Awak dah habis duit, betul tak? 261 00:29:55,541 --> 00:29:56,875 En. Reilly? 262 00:30:03,041 --> 00:30:04,000 Hei! 263 00:30:06,250 --> 00:30:07,250 Tumpang lalu. 264 00:30:11,666 --> 00:30:13,083 - Alamak! - Reilly! 265 00:31:26,916 --> 00:31:30,000 Saya pernah kalahkan orang lebih hebat daripada awak. 266 00:31:30,916 --> 00:31:32,333 Beri beg tangan saya. 267 00:31:38,333 --> 00:31:41,333 - Mana telefon saya? - Saya nak 500 dulu. 268 00:31:42,125 --> 00:31:45,041 - Beri saya telefon. - Duit dulu, kemudian gambar. 269 00:31:53,500 --> 00:31:54,458 Terima kasih. 270 00:31:55,583 --> 00:31:57,375 Bagaimana dengan telefon saya? 271 00:32:01,750 --> 00:32:03,291 Kita dah buat perjanjian. 272 00:32:03,958 --> 00:32:06,166 Nilai gambar saya lebih daripada 500. 273 00:32:06,250 --> 00:32:09,625 Bertenang dan lihat saya tukarkannya jadi 10,000. 274 00:32:10,500 --> 00:32:12,458 Lihat dan belajar, Betty. 275 00:32:34,791 --> 00:32:38,000 - Nah, jangan ganggu saya. - Tak nak, kita dah janji. 276 00:32:38,541 --> 00:32:41,583 Nilainya setara USD10,000. Ambil sajalah. 277 00:32:41,666 --> 00:32:42,708 Tak boleh. 278 00:32:42,791 --> 00:32:44,125 Boleh. 279 00:32:44,625 --> 00:32:46,208 Rugi awak tolak. Ini... 280 00:32:46,708 --> 00:32:49,625 Awak boleh ubah suai rumah. Bercuti di Caribbean. 281 00:32:49,708 --> 00:32:51,583 Dapur baru. Pakaian cantik. 282 00:32:53,000 --> 00:32:55,916 Awak memang tak nak pulangkan telefon saya, bukan? 283 00:32:56,000 --> 00:32:57,416 Bukankah ini lebih baik? 284 00:32:58,750 --> 00:33:01,291 Bukan semua orang macam awak. 285 00:33:06,750 --> 00:33:07,666 Tunggu! 286 00:33:07,750 --> 00:33:09,291 Aduhai... 287 00:33:10,000 --> 00:33:13,458 Tunggu. Saya ada buat silap pada masa lalu, okey? 288 00:33:13,541 --> 00:33:17,958 Semua orang pernah silap. Tapi saya nak mulakan hidup baru, okey? 289 00:33:18,041 --> 00:33:21,250 Apa pun awak fikir tentang saya, saya bukan penjenayah. 290 00:33:22,166 --> 00:33:25,333 Awak curi banyak wang daripada klien kami. 291 00:33:26,416 --> 00:33:30,125 Walaupun awak ketagih judi, itu tak boleh dijadikan alasan. 292 00:33:30,208 --> 00:33:33,625 Saya tak ketagih judi. Okey? 293 00:33:34,375 --> 00:33:36,583 Apa kata kita makan malam dan menari? 294 00:33:37,083 --> 00:33:39,666 Mungkin kita boleh buat perjanjian. 295 00:33:39,750 --> 00:33:41,500 Biar betul? 296 00:33:41,583 --> 00:33:43,625 Saya ajak awak menari, Betty. 297 00:33:43,708 --> 00:33:45,291 Berani awak! 298 00:33:45,375 --> 00:33:47,875 - Cerialah sedikit! - Pergi matilah. 299 00:33:49,375 --> 00:33:51,625 Setidaknya ambil balik 500 awak. 300 00:33:52,250 --> 00:33:56,458 Simpan. Awak tentu kalah teruk dalam pusingan baccarat seterusnya. 301 00:33:57,458 --> 00:33:59,083 Kaki judi tak guna. 302 00:34:04,250 --> 00:34:05,083 Alamak. 303 00:34:13,625 --> 00:34:15,458 Awak dah penat? 304 00:34:15,958 --> 00:34:19,833 Saya mungkin dah penat tapi saya masih ada telur. 305 00:34:21,125 --> 00:34:23,208 Yalah. Tapi sampai bila? 306 00:34:42,208 --> 00:34:43,750 Nenek dapat sembilan lagi. 307 00:34:45,000 --> 00:34:47,041 Ingatkan bertuah sangat. 308 00:34:50,916 --> 00:34:52,250 Saya patut... 309 00:34:54,250 --> 00:34:55,416 Saya patut balik. 310 00:35:14,500 --> 00:35:15,500 Dao Ming! 311 00:35:20,250 --> 00:35:22,125 Awak ke mana? Di mana... 312 00:35:53,541 --> 00:35:54,833 Pemain dapat empat. 313 00:35:56,333 --> 00:35:57,791 Jurubank dapat lapan. 314 00:35:59,875 --> 00:36:01,250 Gwai lo kalah semua. 315 00:36:08,041 --> 00:36:09,125 En. Reilly? 316 00:36:11,750 --> 00:36:13,958 Jadi, seperti yang awak ketahui, 317 00:36:14,041 --> 00:36:18,541 Strick dan Garland ialah firma pengurusan kekayaan di UK. 318 00:36:19,041 --> 00:36:21,208 Selain mereka minta polis siasat, 319 00:36:21,291 --> 00:36:23,583 mereka upah firma saya, Penyiasatan Huntsworth, 320 00:36:23,666 --> 00:36:29,166 untuk mengesan En. Reilly kerana mencuri £957,000 321 00:36:29,250 --> 00:36:31,166 daripada akaun klien di UK. 322 00:36:34,333 --> 00:36:35,750 PENYIASAT PERSENDIRIAN 323 00:36:35,833 --> 00:36:37,666 {\an8}- Cynthia. - Blithe. 324 00:36:37,750 --> 00:36:39,083 Saya lebih suka Betty. 325 00:36:39,166 --> 00:36:41,291 Siasatan terhenti di Manila. 326 00:36:41,375 --> 00:36:42,375 Betulkah? Itu... 327 00:36:43,833 --> 00:36:45,125 sangat mengujakan. 328 00:36:45,208 --> 00:36:47,500 Jangan main-main lagi, En. Reilly. 329 00:36:48,125 --> 00:36:49,625 Saya baru terima ini. 330 00:36:50,791 --> 00:36:53,416 - Apa itu? - Jangan buat-buat tak tahu. 331 00:36:53,500 --> 00:36:55,916 Ini salinan sijil kematian yang baru dikeluarkan. 332 00:36:56,000 --> 00:36:59,750 Awak tahu kerana ini kononnya sijil kematian awak. 333 00:36:59,833 --> 00:37:04,666 Ia dibeli daripada pegawai Filipina di Manila beberapa minggu lalu. 334 00:37:04,750 --> 00:37:07,125 Begitu. Jadi, rupa saya 335 00:37:07,625 --> 00:37:10,208 macam si mati, Encik... 336 00:37:10,708 --> 00:37:12,583 - Reilly. - Reilly. 337 00:37:18,000 --> 00:37:21,625 Saya diberi kuasa untuk beri tawaran. 338 00:37:23,375 --> 00:37:25,708 Masukkan semula wang yang dicuri 339 00:37:25,791 --> 00:37:28,666 ke akaun Strick dan Garland dalam masa 24 jam 340 00:37:28,750 --> 00:37:32,583 atau saya pastikan awak dihantar balik ke UK untuk hadapi tuduhan. 341 00:37:33,333 --> 00:37:34,291 Hantar balik? 342 00:37:34,791 --> 00:37:36,291 Saya ada gambar. 343 00:37:36,833 --> 00:37:39,208 Selepas siap pemeriksaan latar belakang, 344 00:37:39,291 --> 00:37:42,291 pejabat di London akan beri fail awak kepada polis. 345 00:37:42,375 --> 00:37:44,000 Melainkan awak bekerjasama. 346 00:37:46,416 --> 00:37:48,833 Awak ada 24 jam, En. Reilly. 347 00:37:55,208 --> 00:37:56,500 Awak suka kerja awak? 348 00:37:57,333 --> 00:37:59,250 Kerja keras bertahun-tahun 349 00:37:59,333 --> 00:38:02,666 tapi cuma dapat beli kasut murah dan pencen yang kecil. 350 00:38:03,500 --> 00:38:05,291 Bukan kehidupan yang baik, betul tak? 351 00:38:06,958 --> 00:38:09,708 Awak curi duit daripada wanita tua tak berdaya. 352 00:38:09,791 --> 00:38:12,333 Tak, wanita tua kaya yang pentingkan diri... 353 00:38:12,416 --> 00:38:15,583 Yang amanahkan awak untuk uruskan portfolionya. 354 00:38:16,833 --> 00:38:19,583 Maaflah jika saya cakap. 355 00:38:19,666 --> 00:38:23,166 Yang saya nampak, awak bukan sekadar penjenayah, 356 00:38:23,833 --> 00:38:30,000 awak juga dibutakan oleh ego hingga tak dapat kembali ke pangkal jalan. 357 00:38:30,708 --> 00:38:31,958 Itu yang awak nampak? 358 00:38:32,041 --> 00:38:34,291 Lakonan Lord Doyle awak 359 00:38:34,791 --> 00:38:36,625 sangat menyedihkan. 360 00:38:37,125 --> 00:38:39,916 Ia teruk dan amatur. 361 00:38:40,791 --> 00:38:41,958 Doyle? 362 00:38:42,041 --> 00:38:44,583 Itu bukan nama bangsawan pun. 363 00:38:45,291 --> 00:38:47,250 Itu pun awak silap. 364 00:38:50,833 --> 00:38:53,750 Awak ada masa sehingga tengah hari esok. 365 00:39:34,583 --> 00:39:35,583 Dao Ming? 366 00:39:40,583 --> 00:39:41,791 Dao Ming! 367 00:39:44,416 --> 00:39:45,750 Saya perlukan bantuan. 368 00:40:18,416 --> 00:40:22,541 PULAU LAMMA 369 00:40:35,791 --> 00:40:36,708 Lippett! 370 00:40:38,208 --> 00:40:39,166 Lippett! 371 00:40:44,708 --> 00:40:47,375 - Hei, tuan! - Biar saya lalu! 372 00:40:47,458 --> 00:40:48,916 - Lippett! - Tuan! 373 00:40:49,000 --> 00:40:51,375 Lippett! Jangan sentuh saya! 374 00:40:51,458 --> 00:40:52,666 - Tuan! - Biar saya lalu! 375 00:40:53,750 --> 00:40:57,250 - Minumlah. Awak buat kecoh. - Saya perlu keluar dari Macau. 376 00:40:58,208 --> 00:41:01,041 Ada bot ke Hong Kong dalam tiga jam. 377 00:41:01,125 --> 00:41:02,541 Apa-apa pun, minum dulu. 378 00:41:02,625 --> 00:41:05,541 Awak hutang 8,000. Saya tak ada masa nak gaduh. Bayarlah. 379 00:41:05,625 --> 00:41:07,125 - Apa berlaku? - Sekarang! 380 00:41:07,208 --> 00:41:08,791 Baiklah. 381 00:41:09,291 --> 00:41:10,125 Nah. 382 00:41:27,833 --> 00:41:29,833 - Ini 2,000 saja. - Itu saja saya ada. 383 00:41:29,916 --> 00:41:32,583 - Bagaimana awak bayar perempuan? - Saya hutang. 384 00:41:32,666 --> 00:41:35,375 Tolonglah bertenang, saya belanja awak minum. 385 00:41:35,458 --> 00:41:36,833 Saya perlukan semuanya. 386 00:41:36,916 --> 00:41:40,750 Apa kata kita makan malam dan menari? Kita boleh buat perjanjian. 387 00:41:40,833 --> 00:41:43,458 Itu ayat saya, bodoh! Jangan permainkan saya! 388 00:41:43,541 --> 00:41:46,166 Bertenang. Awak nampak teruk. 389 00:41:46,666 --> 00:41:50,791 Awak akan rasa lega selepas makan dan minum wain. 390 00:41:50,875 --> 00:41:52,000 Saya belanja. 391 00:41:52,916 --> 00:41:55,416 Ayuh. Berseronoklah buat kali terakhir. 392 00:41:55,916 --> 00:41:56,916 Saya belanja. 393 00:41:59,666 --> 00:42:01,000 Kenapa dengan awak? 394 00:42:01,500 --> 00:42:02,958 Awak tak sakit, bukan? 395 00:42:04,125 --> 00:42:06,458 Awak tak cukup kuat, Reilly. 396 00:42:07,458 --> 00:42:10,833 Awak tak faham betapa jahatnya kelas atasan Inggeris. 397 00:42:11,333 --> 00:42:15,750 Pembunuhan dan pengkhianatan sudah menjadi tradisi kami. 398 00:42:16,333 --> 00:42:18,625 Sekolah swasta yang mahal pula 399 00:42:19,541 --> 00:42:23,708 melatih kami untuk jadi kejam. 400 00:42:24,250 --> 00:42:25,541 Awak sebut apa tadi? 401 00:42:27,000 --> 00:42:28,000 Apa? 402 00:42:28,833 --> 00:42:31,000 Reilly. Awak panggil saya Reilly. 403 00:42:32,125 --> 00:42:33,625 Bagaimana awak tahu nama saya? 404 00:42:42,666 --> 00:42:46,750 Awak rupanya yang beritahu Penyiasatan Huntsworth lokasi saya, bukan? 405 00:42:49,125 --> 00:42:50,791 Awak khianati saya. 406 00:42:51,291 --> 00:42:53,666 Ya, saya terpaksa beri dia maklumat. 407 00:42:54,333 --> 00:42:57,083 Dia bayar? Dia beri awak duit? 408 00:42:58,750 --> 00:42:59,708 Pengampunan. 409 00:43:01,458 --> 00:43:03,791 Saya pun perlu selamatkan diri saya. 410 00:43:04,291 --> 00:43:07,750 Bersyukurlah saya tak ugut awak. 411 00:43:09,541 --> 00:43:11,833 Ada satu ungkapan dalam bahasa Cina. 412 00:43:12,750 --> 00:43:14,166 Hilang malu. 413 00:43:17,750 --> 00:43:19,458 Saya dah hilang malu, Reilly. 414 00:43:20,958 --> 00:43:22,333 Awak patut cuba. 415 00:43:23,083 --> 00:43:25,958 Tapi itu mungkin tak sesuai dengan awak. 416 00:43:26,041 --> 00:43:29,666 Awak cuma lelaki baik hati daripada kelas buruh Ireland 417 00:43:30,166 --> 00:43:32,541 di dunia yang melangkaui kemampuan awak. 418 00:43:38,541 --> 00:43:39,750 Apa awak nak buat? 419 00:43:42,875 --> 00:43:43,875 Entahlah. 420 00:43:44,416 --> 00:43:46,833 Jangan buat perkara terburu-buru. 421 00:43:47,458 --> 00:43:48,916 Kita semua pernah fikir 422 00:43:49,416 --> 00:43:50,416 nak bunuh diri. 423 00:43:51,583 --> 00:43:53,416 Saya pun pernah sebenarnya. 424 00:43:55,958 --> 00:43:59,500 Awak pernah dengar kisah penjudi yang bangun di alam roh, 425 00:44:00,166 --> 00:44:03,583 berada di kasino mewah, 426 00:44:04,166 --> 00:44:06,333 penuh dengan champagne dan wanita, 427 00:44:06,416 --> 00:44:10,375 menang setiap pusingan, tak boleh kalah. 428 00:44:10,875 --> 00:44:13,500 Akhirnya, dia cakap kepada pemain di sebelahnya, 429 00:44:13,583 --> 00:44:15,833 "Saya tak sangka saya masuk syurga. 430 00:44:15,916 --> 00:44:18,333 Saya ingat saya masuk neraka." 431 00:44:18,416 --> 00:44:20,041 Pemain di sebelahnya kata... 432 00:44:20,125 --> 00:44:21,708 "Inilah neraka." 433 00:44:24,000 --> 00:44:25,250 Janganlah sedih. 434 00:44:25,750 --> 00:44:28,833 Menang akan membunuh awak lebih cepat daripada kalah. 435 00:44:30,208 --> 00:44:32,625 Awak dah habiskan duit saya. 436 00:44:35,083 --> 00:44:36,916 Awaklah perlu belanja saya. 437 00:45:02,375 --> 00:45:06,416 Hentian seterusnya pelabuhan Hong Kong. Hentian terakhir. 438 00:45:07,500 --> 00:45:09,708 Semua penumpang diminta turun. 439 00:46:06,666 --> 00:46:09,458 - Boleh beri koktel buck's fizz lagi? - Baiklah. 440 00:46:11,166 --> 00:46:12,416 09:55 441 00:46:13,333 --> 00:46:14,208 Terima kasih. 442 00:46:28,958 --> 00:46:30,375 Tuan nak bayar bil? 443 00:46:31,541 --> 00:46:33,291 Saya nak kaviar dan blini. 444 00:46:33,833 --> 00:46:34,916 Baiklah, tuan. 445 00:46:53,875 --> 00:46:54,708 Aduh. 446 00:47:24,041 --> 00:47:27,000 - Pukul berapa sekarang? - Pukul 12, tuan. 447 00:47:28,166 --> 00:47:29,875 Tuan nak bayar bil? 448 00:47:32,541 --> 00:47:33,416 Belum lagi. 449 00:47:33,500 --> 00:47:34,625 Saya nak... 450 00:47:35,625 --> 00:47:39,166 martini vodka dengan lemon dan sedikit Angostura. 451 00:47:39,250 --> 00:47:40,625 Sedikit saja. 452 00:47:41,125 --> 00:47:44,958 Tuan perlu bayar sebelum pesan minuman lagi. 453 00:47:45,458 --> 00:47:46,375 Yakah? 454 00:47:46,916 --> 00:47:47,916 Ya, tuan. 455 00:47:49,958 --> 00:47:53,833 Apa kata awak bawa vodka dan saya akan bayar? 456 00:47:54,708 --> 00:47:57,041 - Kami tak boleh buat begitu. - Kenapa? 457 00:47:57,833 --> 00:47:59,375 Saya minta maaf, tuan. 458 00:48:01,958 --> 00:48:02,875 Begitu. 459 00:48:11,041 --> 00:48:12,125 Tuan tak apa-apa? 460 00:48:12,208 --> 00:48:13,291 Kad kredit boleh? 461 00:48:13,958 --> 00:48:14,958 Boleh. 462 00:48:23,708 --> 00:48:30,541 PULAU LAMMA 463 00:48:57,625 --> 00:48:58,625 Hai. 464 00:49:05,041 --> 00:49:06,375 Betulkah ini awak? 465 00:49:06,958 --> 00:49:07,958 Saya ingat... 466 00:49:09,333 --> 00:49:11,541 Saya ingat takkan jumpa awak lagi. 467 00:49:16,000 --> 00:49:17,916 Inikah kelakuan bangsawan? 468 00:49:19,833 --> 00:49:23,000 Mungkin, jika dia lupa bawa dompet. 469 00:49:23,500 --> 00:49:26,708 Atau tak suka bayar benda remeh seperti bil bar. 470 00:49:27,208 --> 00:49:30,666 - Mesti duit saya tertinggal di Macau. - Ada-ada saja. 471 00:49:30,750 --> 00:49:33,166 - Kadangkala saya terlupa. - Yakah? 472 00:49:33,250 --> 00:49:35,041 Ya, saya pelupa. 473 00:49:35,958 --> 00:49:38,625 - Itu sifat saya. - Begitu. 474 00:49:41,625 --> 00:49:44,625 Apa awak buat di sini? Tak sangka betul. 475 00:49:44,708 --> 00:49:46,000 Ini bukan kebetulan. 476 00:49:54,000 --> 00:49:54,875 Badan awak panas. 477 00:49:58,708 --> 00:50:01,166 Apa awak kata jika saya... 478 00:50:03,041 --> 00:50:04,500 jika saya beritahu awak... 479 00:50:06,208 --> 00:50:09,375 saya kena serangan jantung? 480 00:51:32,625 --> 00:51:33,458 Hai. 481 00:51:34,041 --> 00:51:34,875 Hei. 482 00:51:59,583 --> 00:52:00,958 Bagaimana saya ke sini? 483 00:52:01,625 --> 00:52:05,250 Saya ambil awak dari hospital. Awak tidur dua hari. 484 00:52:07,041 --> 00:52:08,000 Tuhanku. 485 00:52:08,958 --> 00:52:11,000 - Hari ini hari apa? - Khamis. 486 00:52:12,583 --> 00:52:13,958 Saya perlu pergi. 487 00:52:14,041 --> 00:52:14,916 Ke mana? 488 00:52:15,416 --> 00:52:17,541 Balik ke Macau. Saya lewat dua hari. 489 00:52:17,625 --> 00:52:20,958 Kalau saya tak bayar, mereka tangkap saya. 490 00:52:21,458 --> 00:52:25,291 - Jika awak balik sekarang, awak mati. - Apa maksud awak, mati? 491 00:52:25,791 --> 00:52:28,083 Saya dah kata judi hampir bunuh awak. 492 00:52:28,166 --> 00:52:29,250 Tapi awak degil. 493 00:52:30,625 --> 00:52:32,291 Saya belum mati lagi, bukan? 494 00:52:32,375 --> 00:52:34,166 Jika awak teruskan, awak mati. 495 00:52:36,791 --> 00:52:38,458 Ada martini tak? 496 00:52:54,250 --> 00:52:56,791 - Itu penyakit keturunan. - Maksud awak? 497 00:52:57,416 --> 00:53:00,791 Tabiat berjudi yang awak sebut tadi. 498 00:53:01,291 --> 00:53:06,208 Berjudi dan arak. Saya mewarisinya daripada keluarga saya. 499 00:53:07,458 --> 00:53:10,666 Sarung tangan kuning itu pun warisan nenek moyang awak? 500 00:53:11,458 --> 00:53:14,458 Saya perasan ia buatan China, bukan Savile Row. 501 00:53:37,250 --> 00:53:38,250 Apa ini? 502 00:53:39,125 --> 00:53:40,083 Ini nombor awak? 503 00:53:41,083 --> 00:53:42,166 Itu ujian. 504 00:53:42,875 --> 00:53:43,958 Ujian apa? 505 00:53:44,458 --> 00:53:45,375 Lihatlah nanti. 506 00:53:47,666 --> 00:53:49,458 Ayuh, terjun! 507 00:54:42,541 --> 00:54:44,083 Mari main permainan. 508 00:54:47,208 --> 00:54:49,458 Setiap orang boleh tanya satu soalan. 509 00:54:52,000 --> 00:54:53,791 Kita perlu jawab dengan jujur. 510 00:54:56,000 --> 00:54:57,041 Dengan jujur? 511 00:55:02,916 --> 00:55:04,833 Awak lari daripada apa? 512 00:55:13,041 --> 00:55:15,750 Saya curi banyak duit daripada wanita tua kaya. 513 00:55:17,416 --> 00:55:18,291 Dan... 514 00:55:21,333 --> 00:55:23,333 saya lari daripada kebenaran. 515 00:55:25,083 --> 00:55:28,083 Saya bukan sekadar penagih. Saya penipu dan pencuri. 516 00:55:30,750 --> 00:55:31,833 Saya berpura-pura. 517 00:55:40,583 --> 00:55:42,500 Saya tak pernah akuinya. 518 00:55:48,125 --> 00:55:50,333 Saya nak sangat... 519 00:55:52,541 --> 00:55:54,166 untuk sekali saja... 520 00:55:55,916 --> 00:55:57,458 bebas daripada rasa malu. 521 00:56:06,375 --> 00:56:07,333 Okey. 522 00:56:09,333 --> 00:56:10,333 Giliran saya. 523 00:56:15,166 --> 00:56:16,541 Kenapa awak bantu saya? 524 00:56:18,666 --> 00:56:21,583 Sebab kita berdua 525 00:56:22,666 --> 00:56:23,958 serupa. 526 00:56:28,666 --> 00:56:31,041 Di kampung halaman saya... 527 00:56:33,166 --> 00:56:37,708 anak perempuan dianggap membawa sial. 528 00:56:40,541 --> 00:56:43,125 Jadi, sebaik saja saya cukup dewasa, 529 00:56:44,208 --> 00:56:46,583 saya curi duit ibu bapa saya 530 00:56:47,875 --> 00:56:51,083 supaya saya boleh lari dan jalani hidup lebih baik. 531 00:56:54,541 --> 00:56:58,583 Seminggu kemudian, ayah saya mati kerana patah hati. 532 00:57:02,000 --> 00:57:04,458 Saya bekerja keras 533 00:57:05,166 --> 00:57:06,375 dan setiap hari, 534 00:57:07,125 --> 00:57:09,000 saya simpan duit. 535 00:57:11,458 --> 00:57:17,875 Saya fikir jika simpanan saya cukup untuk mengubah hidup ibu saya selamanya, 536 00:57:19,500 --> 00:57:21,125 dia akan maafkan saya. 537 00:57:24,750 --> 00:57:26,500 Tapi dia pulangkan duit saya. 538 00:57:30,083 --> 00:57:32,208 Pernah dengar tentang neraka Buddha? 539 00:57:33,291 --> 00:57:34,500 Naraka. 540 00:57:35,500 --> 00:57:37,666 Alam Hantu Lapar 541 00:57:38,875 --> 00:57:41,250 adalah untuk orang yang tamak. 542 00:57:43,041 --> 00:57:46,500 Mulut mereka besar dan leher mereka kurus. 543 00:57:48,166 --> 00:57:51,458 Tak kira berapa banyak mereka makan atau minum, 544 00:57:52,208 --> 00:57:54,333 mereka takkan pernah puas. 545 00:57:56,541 --> 00:57:58,583 Awak rasa kita menuju ke sana? 546 00:58:01,708 --> 00:58:03,500 Awak masih belum terlambat. 547 00:58:14,208 --> 00:58:17,166 Lelaki macam saya perlukan keajaiban untuk berubah. 548 00:59:35,916 --> 00:59:36,916 Dao Ming? 549 01:03:43,500 --> 01:03:44,416 Okey. 550 01:05:21,083 --> 01:05:22,583 Sembilan menang. 551 01:06:57,625 --> 01:06:58,958 - Terima kasih. - Baik. 552 01:07:20,875 --> 01:07:21,916 Lord Doyle. 553 01:07:22,000 --> 01:07:24,375 - Ya. - Awak terlepas tarikh akhir. 554 01:07:24,458 --> 01:07:26,958 - Saya minta maaf. - Lewat empat hari. 555 01:07:27,041 --> 01:07:29,000 Saya ditahan oleh seorang kawan. 556 01:07:29,083 --> 01:07:30,750 Dukacita dimaklumkan bahawa... 557 01:07:35,000 --> 01:07:38,916 Ini bayarannya. HKD353,000. Awak boleh simpan bakinya. 558 01:07:39,708 --> 01:07:40,916 Ayuh, kiralah. 559 01:07:43,833 --> 01:07:45,375 Hantar champagne ke bilik. 560 01:07:45,458 --> 01:07:47,291 Maaf atas salah faham. 561 01:07:47,375 --> 01:07:50,083 Kalau begitu, hantar Dom Pérignon. 1990. 562 01:08:02,791 --> 01:08:04,458 Saya benci champagne. 563 01:08:28,458 --> 01:08:30,250 Awak masih belum terlambat. 564 01:09:11,958 --> 01:09:16,083 Awak sedar tak betapa mustahilnya 565 01:09:16,166 --> 01:09:18,333 dapat sembilan, tujuh kali berturut-turut? 566 01:09:18,416 --> 01:09:21,083 Jika lambung syiling, peluang dapat kepala tak berubah 567 01:09:21,166 --> 01:09:23,458 walaupun dah dapat kepala lima kali berturut-turut. 568 01:09:23,541 --> 01:09:26,166 Tujuh kali dapat sembilan tak pernah berlaku. 569 01:09:26,250 --> 01:09:28,041 Apa boleh buat? Saya bertuah. 570 01:09:28,625 --> 01:09:30,125 Itu bukan tuah. 571 01:09:30,208 --> 01:09:34,833 Malangnya, kami ada bukti untuk membuktikannya, Lord Doyle. 572 01:09:36,708 --> 01:09:38,083 Awak tuduh saya menipu? 573 01:09:38,166 --> 01:09:41,625 Ahli pasukan saya menonton video CCTV. 574 01:09:41,708 --> 01:09:45,083 Dia sumpah dia nampak seseorang berdiri di belakang awak. 575 01:09:46,333 --> 01:09:47,583 Seseorang? 576 01:09:47,666 --> 01:09:51,000 Dia bersumpah dia nampak. Ramai rakan sekerjanya percaya. 577 01:09:51,083 --> 01:09:53,125 Apa maksud awak? 578 01:09:55,875 --> 01:10:00,000 Ibu pejabat kata awak bawa hantu. 579 01:10:05,583 --> 01:10:06,458 Han... 580 01:10:07,750 --> 01:10:10,333 - Apa? - Ia pernah berlaku. 581 01:10:13,666 --> 01:10:17,375 Saya minta awak jangan bermain di kasino kami lagi. 582 01:10:26,333 --> 01:10:27,958 Saya nak tengok video itu. 583 01:10:28,458 --> 01:10:32,125 - Itu mustahil. - Awak beritahu saya cerita hantu, Alfred. 584 01:10:32,208 --> 01:10:35,541 Rakan saya percaya perkara ghaib, begitu juga staf saya. 585 01:10:36,333 --> 01:10:38,875 Maaf, tapi saya tak boleh buat apa-apa. 586 01:10:40,208 --> 01:10:43,125 Keputusan organisasi saya jelas. 587 01:10:43,208 --> 01:10:45,458 Awak tak dialu-alukan di sini lagi. 588 01:10:52,041 --> 01:10:55,125 Baiklah, saya akan bermain di tempat lain. 589 01:10:55,208 --> 01:10:57,083 Atau mana-mana tempat di Macau. 590 01:10:57,583 --> 01:10:58,583 Biar betul? 591 01:10:59,083 --> 01:11:02,833 Semua kasino di Macau telah diberi nama dan gambar awak 592 01:11:02,916 --> 01:11:05,500 dan diarahkan untuk maklumkan polis. 593 01:11:05,583 --> 01:11:08,875 Kalau awak ingkar, awak akan ditangkap. 594 01:11:11,875 --> 01:11:13,416 Kita berdua tahu sebabnya. 595 01:11:15,458 --> 01:11:16,916 Kamu tak suka pemenang. 596 01:12:44,208 --> 01:12:45,791 Rasa bertuah, gwai lo? 597 01:12:47,333 --> 01:12:49,750 Dah hilang malu, Reilly? 598 01:13:18,333 --> 01:13:20,375 Awak masih belum terlambat. 599 01:13:23,166 --> 01:13:26,375 Alfred, saya perlu main sekali saja lagi. 600 01:13:27,333 --> 01:13:31,041 Saya tawarkan lebih HKD8 juta untuk main satu pusingan baccarat. 601 01:13:31,125 --> 01:13:33,458 Takkanlah awak nak tolak? 602 01:13:33,541 --> 01:13:36,250 Jika saya kalah, ia buktikan saya tiada hantu. 603 01:13:36,333 --> 01:13:39,041 Jika saya menang, saya tinggalkan Macau selamanya. 604 01:13:39,541 --> 01:13:41,041 Apa-apa pun, awak untung. 605 01:13:42,125 --> 01:13:43,666 Benarkan saya bermain. 606 01:13:45,458 --> 01:13:46,333 Semuanya. 607 01:14:35,166 --> 01:14:37,416 Reilly! 608 01:14:38,416 --> 01:14:40,875 Apa kena dengan awak? 609 01:14:40,958 --> 01:14:43,583 Awak patut masukkan duit empat hari lalu. 610 01:14:43,666 --> 01:14:45,583 - Cynthia... - Jangan panggil saya "Cynthia". 611 01:14:45,666 --> 01:14:48,041 Kemenangan awak tular di media sosial. 612 01:14:48,125 --> 01:14:51,125 Saya dah penat beri peluang. Saya nak telefon polis. 613 01:15:02,625 --> 01:15:04,666 Saya cuma ada tiga suku daripada hutang saya. 614 01:15:04,750 --> 01:15:07,041 Saya bukan curi duit wanita tua itu saja. 615 01:15:07,666 --> 01:15:11,291 Jika awak hubungi polis, awak takkan dapat duit itu. 616 01:15:12,250 --> 01:15:13,250 Tolonglah... 617 01:15:14,333 --> 01:15:16,041 Saya nak main sekali saja lagi. 618 01:15:16,625 --> 01:15:20,000 Barulah saya boleh bayar awak dan semua orang. 619 01:15:20,625 --> 01:15:21,458 Okey? 620 01:15:22,041 --> 01:15:26,500 Saya sumpah nak bayar semua hutang saya. Bangsawan takkan mungkir janji. 621 01:15:26,583 --> 01:15:28,916 "Bangsawan"? Bayarlah setakat yang ada. 622 01:15:29,000 --> 01:15:30,708 Cynthia, dengar sini. 623 01:15:31,625 --> 01:15:34,291 Kita membesar di pulau yang sentiasa mendung dan hujan. 624 01:15:34,375 --> 01:15:36,583 Dalam keluarga yang serba kekurangan. 625 01:15:37,083 --> 01:15:40,750 Kita dah serik makan kentang lecek yang berketul-ketul 626 01:15:40,833 --> 01:15:44,375 dan jemu jalani hidup yang membosankan. 627 01:15:44,875 --> 01:15:48,333 Walaupun kita buat pilihan hidup yang sangat berbeza, 628 01:15:49,625 --> 01:15:52,333 pilihan itulah yang membawa kita ke saat ini. 629 01:15:55,583 --> 01:15:56,833 Apa maksud awak? 630 01:15:57,333 --> 01:15:58,625 Kita ada kuasa untuk... 631 01:15:59,916 --> 01:16:02,208 untuk mengubah takdir satu sama lain. 632 01:16:03,291 --> 01:16:04,625 Awak tak mabuk, bukan? 633 01:16:04,708 --> 01:16:06,916 Saya akan menang lebih banyak wang 634 01:16:07,000 --> 01:16:09,458 daripada pemain lain di dunia ini. 635 01:16:09,958 --> 01:16:12,833 Suka hatilah awak nak buat apa dengan duit itu, 636 01:16:12,916 --> 01:16:15,041 duit Strick dan Garland itu. 637 01:16:16,208 --> 01:16:18,625 Tapi jika saya jadi awak, saya akan ke Manila 638 01:16:18,708 --> 01:16:21,541 dan palsukan kematian dengan upah yang rendah. 639 01:16:21,625 --> 01:16:24,541 Saya akan penuhi impian terbesar awak. 640 01:16:32,083 --> 01:16:33,958 Awak jahat, En. Reilly. 641 01:16:38,166 --> 01:16:41,125 - Jumpa di dewan tarian. - Apa? 642 01:16:44,083 --> 01:16:45,500 Saya ajak awak menari, 643 01:16:46,916 --> 01:16:47,791 Betty. 644 01:17:00,833 --> 01:17:02,500 - Cristal, tuan? - Terima kasih. 645 01:17:02,583 --> 01:17:03,750 Cerut, Lord Doyle? 646 01:17:11,583 --> 01:17:14,875 Lord Doyle, ada lelaki yang nak lawan awak. 647 01:17:14,958 --> 01:17:17,291 Namanya Putera Lorenzo de Firenze. 648 01:17:17,375 --> 01:17:20,458 Dia datang dari Monte Carlo. Tuan sudi lawan dia? 649 01:17:32,333 --> 01:17:33,916 Lord Doyle. 650 01:17:38,666 --> 01:17:39,666 Tuanku. 651 01:17:42,875 --> 01:17:44,958 Orang kata awak bertuah. 652 01:17:46,041 --> 01:17:49,833 - Semua orang pernah bertuah. - Dia memang bijak. 653 01:17:53,208 --> 01:17:58,125 Adakah awak cukup bertuah untuk pertaruhkan semuanya sekali main? 654 01:18:02,666 --> 01:18:04,125 Sudah semestinya. 655 01:18:06,416 --> 01:18:09,500 Kalau begitu, saya pun bertaruh semuanya. 656 01:19:04,250 --> 01:19:05,500 Dua dan sembilan. 657 01:19:05,583 --> 01:19:06,500 Modulo 10. 658 01:19:06,583 --> 01:19:09,833 Nilai 10 ke atas akan ditolak 10. Doyle dapat satu. 659 01:19:09,916 --> 01:19:12,625 Dia boleh ambil satu lagi kad. 660 01:19:50,208 --> 01:19:52,833 Putera Lorenzo de Firenze dapat tujuh. 661 01:20:58,041 --> 01:20:58,875 Lapan. 662 01:20:58,958 --> 01:21:00,500 Jumlahnya sembilan. 663 01:21:00,583 --> 01:21:02,375 Lord Doyle menang. 664 01:21:18,541 --> 01:21:21,125 Apa awak nak buat dengan duit itu? 665 01:21:22,791 --> 01:21:24,625 Saya nak bayar hutang. 666 01:23:00,500 --> 01:23:02,166 Awak percayakan keajaiban? 667 01:23:08,875 --> 01:23:10,083 Saya dah percaya. 668 01:23:12,208 --> 01:23:15,875 Jumlahnya £957,000 dalam dolar Hong Kong 669 01:23:15,958 --> 01:23:17,958 mengikut kadar pertukaran pukul 10 pagi tadi. 670 01:23:18,791 --> 01:23:20,000 Apa muslihat awak? 671 01:23:22,041 --> 01:23:23,000 Tiada. 672 01:23:25,750 --> 01:23:27,750 Jangan kenakan saya, Reilly. 673 01:23:28,541 --> 01:23:29,875 Awak faham tak? 674 01:23:30,500 --> 01:23:36,083 Apa-apa pun rancangan awak, penipuan awak, taktik awak, 675 01:23:36,791 --> 01:23:38,000 jangan kenakan saya. 676 01:23:42,750 --> 01:23:46,333 Ada tambahan 50,000 untuk awak. Itu bukan rasuah. 677 01:23:47,625 --> 01:23:48,541 Itu hadiah. 678 01:23:58,833 --> 01:24:00,166 Cerialah sedikit. 679 01:24:06,458 --> 01:24:07,416 Reilly? 680 01:24:08,708 --> 01:24:09,541 Ya? 681 01:24:13,291 --> 01:24:15,083 Awak nak menari? 682 01:24:28,375 --> 01:24:30,166 Syabas, Lord Doyle. 683 01:24:30,250 --> 01:24:33,083 Terima kasih, Kai. Saya dah kata saya akan menang besar. 684 01:24:33,583 --> 01:24:36,750 Saya tahu tuan boleh buat. Limousin tuan menunggu. 685 01:24:43,250 --> 01:24:44,250 Terima kasih. 686 01:24:47,458 --> 01:24:48,916 Ke mana, Lord Doyle? 687 01:24:49,666 --> 01:24:51,000 Kasino Rainbow. 688 01:25:01,500 --> 01:25:03,208 Saya benci cerut. 689 01:25:29,625 --> 01:25:32,125 Dah lama saya tunggu tuan. 690 01:25:35,083 --> 01:25:38,708 Saya tahu awak tak boleh menolak satu pertaruhan terakhir. 691 01:25:39,208 --> 01:25:43,083 - Saya tak datang untuk berjudi. - Mengarut. Ini kasino. 692 01:25:43,583 --> 01:25:46,000 Bagaimana dengan pertaruhan sampingan? 693 01:25:46,500 --> 01:25:47,708 Tiga kad enam. 694 01:25:50,916 --> 01:25:52,125 Takkan awak serius? 695 01:25:52,208 --> 01:25:53,333 Saya sangat serius. 696 01:25:54,125 --> 01:25:59,291 Tapi kebarangkaliannya 100 nisbah satu. Kalau saya menang, awak perlu... 697 01:26:00,708 --> 01:26:02,041 Awak perlu bayar saya... 698 01:26:02,958 --> 01:26:05,250 Duit saya berkepuk-kepuk. 699 01:26:05,333 --> 01:26:09,250 Datang bawa lima beg, balik bawa 500 beg. 700 01:26:09,958 --> 01:26:11,041 Jemput duduk. 701 01:26:21,333 --> 01:26:26,083 Beri dia champagne sejuk dan sebatang cerut. 702 01:26:50,458 --> 01:26:51,708 Saya tak nak berjudi lagi. 703 01:26:52,666 --> 01:26:53,500 Mengarut. 704 01:26:54,208 --> 01:26:55,083 Selamanya. 705 01:26:56,208 --> 01:26:59,041 Jika awak tak nak berjudi, kenapa awak datang? 706 01:27:01,833 --> 01:27:03,208 Saya cari Dao Ming. 707 01:27:03,291 --> 01:27:05,875 Dao Ming? Dia tak bekerja di sini lagi. 708 01:27:05,958 --> 01:27:07,458 Tahu mana nak cari dia? 709 01:27:08,250 --> 01:27:09,625 Awak takkan jumpa. 710 01:27:09,708 --> 01:27:10,791 Dia dah mati. 711 01:27:13,125 --> 01:27:14,125 Apa? 712 01:27:15,458 --> 01:27:16,875 Dia lemaskan dirinya. 713 01:27:19,708 --> 01:27:21,375 Dia lemaskan dirinya? 714 01:27:22,208 --> 01:27:26,083 Malam pertama Perayaan Hantu Lapar. Di sebelah tokong. 715 01:27:27,458 --> 01:27:28,833 Itu mustahil. 716 01:27:30,000 --> 01:27:33,333 Itu mustahil. Saya duduk dengan dia sampai pagi. 717 01:27:35,041 --> 01:27:37,416 Maaf. Saya cakap benar. 718 01:27:42,458 --> 01:27:45,250 Mereka hantar semua barangnya balik ke China. 719 01:27:46,333 --> 01:27:49,458 Duitnya tak cukup pun untuk bayar kos bakar mayatnya. 720 01:27:57,791 --> 01:27:58,625 Hei. 721 01:27:59,291 --> 01:28:00,625 Saya nampak dia. Saya... 722 01:28:02,500 --> 01:28:04,541 Saya bersama dia. Saya... 723 01:28:05,250 --> 01:28:06,250 Saya bersama dia. 724 01:28:08,708 --> 01:28:12,583 Nak buat pertaruhan sampingan? Bertaruh semuanya dalam satu pusingan? 725 01:28:20,708 --> 01:28:21,541 Tak nak. 726 01:28:22,833 --> 01:28:23,666 Tak nak. 727 01:28:24,291 --> 01:28:26,375 Duit ini untuk dia. 728 01:28:33,041 --> 01:28:34,250 Dao Ming! 729 01:28:42,666 --> 01:28:43,750 Dao Ming! 730 01:28:46,333 --> 01:28:47,291 Dao Ming! 731 01:28:49,291 --> 01:28:50,583 Dao Ming! 732 01:28:56,541 --> 01:28:57,541 Dao Ming! 733 01:28:59,375 --> 01:29:00,375 Dao Ming! 734 01:29:46,375 --> 01:29:48,500 PULAU LAMMA 735 01:30:35,833 --> 01:30:38,375 PULAU LAMMA 736 01:36:15,541 --> 01:36:18,458 BERDASARKAN NOVEL LAWRENCE OSBORNE 737 01:41:21,041 --> 01:41:22,791 Terjemahan sari kata oleh MMA