1 00:00:07,174 --> 00:00:11,303 Tendu kedua. Rapat belakang, tendu tepi, rapat semula. 2 00:00:12,012 --> 00:00:16,558 Lima, enam, tujuh, lapan. Plié. Passé… 3 00:00:16,642 --> 00:00:18,727 Saya mula menari pada usia sembilan tahun. 4 00:00:19,353 --> 00:00:22,231 Ia bermula dengan kelas balet percuma selepas waktu sekolah 5 00:00:22,314 --> 00:00:24,358 dan saya terus meminatinya. 6 00:00:27,486 --> 00:00:30,822 Kelebihan terbesar sebagai penari ialah, tahap ketahanan saya terhadap kesakitan. 7 00:00:31,823 --> 00:00:34,326 Ia sudah menjadi kebiasaan hidup saya 8 00:00:35,035 --> 00:00:37,829 dan pengorbanan kecil saja demi rasa luar biasa. 9 00:00:39,039 --> 00:00:41,959 Saya belajar menahan bebanan 12 kali ganda lebih berat daripada saya, 10 00:00:42,042 --> 00:00:44,211 seimbangkan dengan hujung jari kaki 11 00:00:44,711 --> 00:00:47,589 untuk mencipta ilusi berjalan terapung, 12 00:00:47,673 --> 00:00:51,426 bagi mengekalkan persembahan gemalai dan semula jadi, 13 00:00:51,510 --> 00:00:54,179 walaupun keadaan amat membebankan. 14 00:01:04,565 --> 00:01:05,899 Awak tidur lena, sayang? 15 00:01:06,984 --> 00:01:08,068 Tidak. 16 00:01:08,151 --> 00:01:09,736 DUA BULAN SEBELUM KEMATIAN NANCY 17 00:01:09,820 --> 00:01:11,321 Awak tidur atas sofa? 18 00:01:11,405 --> 00:01:12,823 Dalam bilik tidur tetamu. 19 00:01:13,782 --> 00:01:16,410 Mesyuarat habis lambat, jadi, saya tak nak ganggu awak tidur. 20 00:01:24,376 --> 00:01:25,627 Boleh tolong pakaikan? 21 00:01:26,753 --> 00:01:29,006 Ya. Biar saya cuba. 22 00:01:33,218 --> 00:01:35,971 Saya selesai pukul 6:00 petang, kita boleh makan malam bersama. 23 00:01:36,054 --> 00:01:41,476 Saya ada mesyuarat sampai malam. Awak makanlah tanpa saya. 24 00:01:41,560 --> 00:01:44,104 - Siap. - Terima kasih. 25 00:01:45,772 --> 00:01:48,025 Gementar hari pertama buat saya rasa loya. 26 00:01:48,609 --> 00:01:51,361 Sebab hal sukarelawan itu? 27 00:01:55,073 --> 00:01:57,868 Saya penasihat kreatif keseluruhan produksi. 28 00:01:57,951 --> 00:01:59,369 Ya. 29 00:01:59,453 --> 00:02:03,790 Beri pendapat tentang rekaan set, kostum, tengok sesi latihan. 30 00:02:08,794 --> 00:02:10,547 Bagi awak, pelaburan itu rumit. 31 00:02:10,631 --> 00:02:13,175 Awak cubalah pentaskan balet eksperimen. 32 00:02:22,476 --> 00:02:23,894 Nancy, jangan… 33 00:02:23,977 --> 00:02:26,021 Satu botol dalam masa dua hari? 34 00:02:26,104 --> 00:02:29,274 Saya dah cukup banyak masalah dan awak tak perlu tambah. 35 00:02:31,276 --> 00:02:33,529 Jadi, tolong abaikan saja. 36 00:02:39,660 --> 00:02:41,995 Saya cuma minta masa awak. 37 00:02:42,079 --> 00:02:45,541 Satu jam saja dengan pakar terapi yang saya ceritakan. 38 00:02:45,624 --> 00:02:48,585 Baiklah. Okey. Saya akan cuba jadualkan janji temu. 39 00:02:49,086 --> 00:02:52,047 Okey. Saya perlu hantar kepada Kit sebelum mesyuarat bermula. 40 00:02:53,382 --> 00:02:55,217 Beritahu saya jika dah bersedia untuk bincang. 41 00:03:40,429 --> 00:03:42,347 BERDASARKAN NOVEL KARYA ARAMINTA HALL 42 00:04:05,662 --> 00:04:08,081 Hai. Terima kasih banyak sebab tumpangkan dia. 43 00:04:08,165 --> 00:04:09,917 - Hai. - Kereta Saab kami di bengkel 44 00:04:10,000 --> 00:04:11,668 buat kali keempat tahun ini. 45 00:04:11,752 --> 00:04:13,420 Hari ini akan siap. Entahlah. 46 00:04:13,504 --> 00:04:15,005 Berapa cawan kopi awak minum pagi ini? 47 00:04:15,088 --> 00:04:16,964 Satu, dua, tiga, empat. Mungkin lima. 48 00:04:17,048 --> 00:04:19,176 Tapi, saya bangun pukul 5:00 pagi dan tulis dua bab minggu ini. 49 00:04:19,259 --> 00:04:21,053 Awak sertai bengkel penulisan? 50 00:04:21,136 --> 00:04:23,388 Ya. Setakat ini, cuma ada enam orang pesara 51 00:04:23,472 --> 00:04:25,098 di Perpustakaan Awam South Pas, 52 00:04:25,182 --> 00:04:27,684 tapi saya ada beberapa struktur dan saya suka sangat. 53 00:04:27,768 --> 00:04:29,353 - Baguslah. - Awak nampak cantik. 54 00:04:29,436 --> 00:04:31,104 - Betul? - Ya. Nampak sangat profesional. 55 00:04:31,188 --> 00:04:34,775 Saya harap, saya boleh jadikannya pekerjaan sepenuh masa. 56 00:04:34,858 --> 00:04:36,944 Jadi penasihat untuk beberapa pementasan lagi. 57 00:04:37,027 --> 00:04:38,028 - Baguslah. - Ya. 58 00:04:38,111 --> 00:04:40,155 - Mereka akan bayar awak? - Mungkin. 59 00:04:40,239 --> 00:04:41,406 Entahlah. Saya cuma… 60 00:04:41,490 --> 00:04:43,825 Saya tak tahu apa akan terjadi, Mare. Saya perlu bersedia. 61 00:04:44,409 --> 00:04:45,452 Bersedia untuk apa? 62 00:04:45,536 --> 00:04:46,995 Entahlah. Apa-apa saja. 63 00:04:48,455 --> 00:04:49,790 Awak dan Robert masih… 64 00:04:50,499 --> 00:04:55,212 Saya dapat buat dia bercakap sepatah dua, tapi… 65 00:04:55,963 --> 00:04:58,131 Baru beberapa minggu selepas insiden di parti itu, bukan? 66 00:04:58,215 --> 00:05:00,425 Mungkin dia masih belum dapat lupakan. 67 00:05:01,009 --> 00:05:02,177 Nanti dia sedarlah. 68 00:05:03,053 --> 00:05:05,764 Archaea! Ayuh mulakan sukan Mount Olympus! 69 00:05:06,557 --> 00:05:07,641 Hai, Howard! 70 00:05:07,724 --> 00:05:08,892 - Untuk awak. - Hei, Nancy. 71 00:05:08,976 --> 00:05:09,977 Okey, berseronoklah. 72 00:05:12,104 --> 00:05:14,064 - Pergi dulu. - Hei, terima kasih. 73 00:05:14,147 --> 00:05:17,067 Saya tahu Howard perlukan peluang ini, tapi mungkin saya lebih perlukannya. 74 00:05:17,150 --> 00:05:18,569 Semoga hari awak ceria, okey? 75 00:05:19,111 --> 00:05:20,696 Berseronoklah, kamu berdua. 76 00:05:21,238 --> 00:05:23,490 Selama saya bersahabat dengan Mary, 77 00:05:23,574 --> 00:05:25,701 saya tak pernah berdua-duaan dengan suaminya. 78 00:05:26,535 --> 00:05:27,619 Saya tak rugi apa-apa pun. 79 00:05:27,703 --> 00:05:30,205 - …telefon saya? Saya akan tambah… - Beginilah. 80 00:05:30,289 --> 00:05:31,498 Saya akan pautkan telefon saya. 81 00:05:31,582 --> 00:05:33,375 Saya ada lagu hebat oleh Stravinsky… 82 00:05:33,458 --> 00:05:36,086 Saya sayang Mary, tapi saya tak berminat 83 00:05:36,170 --> 00:05:38,672 mahu menjaga suami orang yang menganggur. 84 00:05:48,807 --> 00:05:49,808 Terima kasih, Bonny. 85 00:05:49,892 --> 00:05:53,103 Terima kasih para penari, pemuzik, artis teknikal 86 00:05:53,187 --> 00:05:55,647 dan semua kru yang mengagumkan. 87 00:05:56,148 --> 00:06:00,194 Sebelum kita mulakan sesi latihan, saya mahu kamu luangkan masa, 88 00:06:00,277 --> 00:06:03,280 pandang orang sebelah kamu dan perkenalkan diri. 89 00:06:03,989 --> 00:06:05,616 Helga Durer, pereka kostum. 90 00:06:05,699 --> 00:06:08,785 Ya! Saya Nancy Hennessey. Saya suka rekaan awak dalam Waves tahun lepas. 91 00:06:08,869 --> 00:06:10,370 - Terima kasih. - Sangat cantik. 92 00:06:10,454 --> 00:06:14,625 Selama lapan minggu berikutnya, sehingga malam pembukaan, inilah keluarga kamu. 93 00:06:16,001 --> 00:06:20,088 Sebelum kita tamatkan, saya mahu perkenalkan seseorang. 94 00:06:20,172 --> 00:06:23,634 Ahli lembaga pengarah Metro Balet dan penasihat kreatif pementasan ini, 95 00:06:23,717 --> 00:06:24,885 Nancy Hennessey. 96 00:06:26,929 --> 00:06:27,971 Terima kasih, Phil. 97 00:06:28,639 --> 00:06:32,059 Ariadne ialah balet paling rumit bagi kumpulan ini setakat ini, 98 00:06:32,559 --> 00:06:35,103 dan ia amat sesuai kerana kita hidup di zaman yang rumit. 99 00:06:35,187 --> 00:06:37,981 Saya amat gembira dapat bersama kamu dalam perjalanan ini. 100 00:06:38,815 --> 00:06:43,403 Saya mahu kenalkan Howard Simpson, pensyarah pengajian klasik dan… 101 00:06:43,487 --> 00:06:44,863 Kawan rapat. 102 00:06:44,947 --> 00:06:47,824 Kawan, yang nota programnya boleh membantu penonton 103 00:06:47,908 --> 00:06:49,910 memahami maklumat sejarah penting. 104 00:06:51,828 --> 00:06:54,456 Apabila Phil panggil saya untuk projek ini, 105 00:06:54,540 --> 00:06:58,126 saya tangguhkan projek sabatikal saya iaitu terjemahan papirus Herculanuem. 106 00:06:58,210 --> 00:06:59,753 Seperti yang anda tahu atau mungkin tidak, 107 00:06:59,837 --> 00:07:05,300 Ariadne ialah perkataan Yunani yang bermaksud paling suci atau… 108 00:07:05,384 --> 00:07:07,344 - Terima kasih, David. - Howard. 109 00:07:07,427 --> 00:07:10,764 Okey, terima kasih banyak. Ayuh kita mulakan, semua. Terima kasih. 110 00:07:10,848 --> 00:07:12,558 - Selamat berkenalan. - Selamat berkenalan juga. 111 00:07:15,936 --> 00:07:18,856 Hei, Nancy. Awak tahu tentang makan tengah hari? 112 00:07:18,939 --> 00:07:21,191 Saya tak tahu. Maaf. 113 00:07:23,652 --> 00:07:26,822 Hei, Phil. Maaf. Saya perlukan pendapat awak tentang sesuatu. 114 00:07:26,905 --> 00:07:30,325 Saya terfikir tentang, palet warna untuk kostum. 115 00:07:30,409 --> 00:07:32,619 Saya tahu dalam karya terkini awak, 116 00:07:32,703 --> 00:07:35,163 awak gunakan warna monokrom dan leotad hitam moden. 117 00:07:35,247 --> 00:07:37,875 Tapi, saya fikir tahun ini kita boleh buat sedikit perubahan. 118 00:07:38,917 --> 00:07:39,918 Menarik. 119 00:07:40,002 --> 00:07:45,591 Saya buat kajian tentang tekstil yang dapat memantulkan cahaya dan warna, 120 00:07:45,674 --> 00:07:47,009 serta menerima projeksi. 121 00:07:47,092 --> 00:07:49,761 Saya fikir, mungkin ia dapat mengangkat gaya pementasan ini. 122 00:07:50,470 --> 00:07:52,723 Apa kata awak sediakan portfolio dan kita akan fikirkan nanti. 123 00:07:52,806 --> 00:07:54,474 Okey, bagus. Beri saya beberapa hari. 124 00:07:54,558 --> 00:07:55,559 Okey. 125 00:08:08,405 --> 00:08:12,159 Sudah 25 tahun saya tak jejakkan kaki ke studio tarian. 126 00:08:15,829 --> 00:08:19,458 Kembali kepada balet memerlukan kesemua emosi yang saya pendam. 127 00:08:21,502 --> 00:08:24,087 Kenangan membekas di bilik latihan. 128 00:08:25,297 --> 00:08:29,218 Tubuh muda yang fleksibel, pentas yang luas terbentang. 129 00:08:35,724 --> 00:08:37,893 Ia lebih sukar daripada sangkaan saya. 130 00:08:41,647 --> 00:08:43,941 Saya pernah lihat ia terjadi kepada rakan-rakan Robert. 131 00:08:44,024 --> 00:08:48,779 Elana Berkhoff tunjukkan koleksi gelang Cartier baharunya. 132 00:08:48,862 --> 00:08:51,365 Dalam sekelip mata, dia menjualnya demi sesuap nasi. 133 00:08:51,448 --> 00:08:52,866 Okey, awak perlu bertenang. 134 00:08:52,950 --> 00:08:55,702 Saya serius. Cuba tarik nafas. 135 00:08:56,995 --> 00:08:58,956 Awak cuma buat andaian. 136 00:09:00,123 --> 00:09:01,750 Dari pandangan saya, 137 00:09:01,834 --> 00:09:04,461 minum arak, bertengkar dengan keluarga, itu cuma… 138 00:09:04,545 --> 00:09:07,714 Itu lebih kepada krisis pertengahan usia, bukan isu penceraian. 139 00:09:07,798 --> 00:09:10,843 Keluarga kaya membahagikan aset atas pelbagai sebab. 140 00:09:10,926 --> 00:09:12,886 Awak perlu tanya dia tentangnya. 141 00:09:12,970 --> 00:09:17,224 Setiap kali saya nampak dia tertidur di atas sofa, atau… 142 00:09:22,813 --> 00:09:24,773 setiap kali saya nampak botol kosong, 143 00:09:24,857 --> 00:09:27,317 mimpi ngeri zaman kanak-kanak saya berulang. 144 00:09:28,193 --> 00:09:31,655 Sebahagian diri saya fikir, kami akan dapat atasinya. 145 00:09:32,406 --> 00:09:34,783 Tapi, sebahagian lagi pula fikir, "Sudahlah. 146 00:09:34,867 --> 00:09:37,703 Kalau awak tak boleh kawal hidup awak, lebih baik awak…" 147 00:09:40,247 --> 00:09:41,248 Entahlah… 148 00:09:42,791 --> 00:09:45,460 Nancy, boleh saya beri awak nasihat? 149 00:09:47,212 --> 00:09:48,422 Ya. 150 00:09:49,506 --> 00:09:53,552 Awak perlu dengar suara yang lebih perlahan. 151 00:09:54,595 --> 00:10:01,226 Saya tahu, tabiat minum Robert buat awak teringat trauma lama, tapi, 152 00:10:01,310 --> 00:10:06,315 dia lelaki yang amat menyanjung dan menyayangi awak. 153 00:10:06,398 --> 00:10:10,611 Dia memuja awak. Dia takkan tinggalkan awak. 154 00:10:13,614 --> 00:10:16,742 Betul kata awak. Saya cuma tertekan. 155 00:10:19,661 --> 00:10:21,997 Tak sangka kita bercakap hal ini sekarang. 156 00:10:22,080 --> 00:10:25,292 Saya baru tempah satu hasil seni untuk ulang tahun kami… 157 00:10:26,126 --> 00:10:27,544 kalau kami masih bertahan. 158 00:10:27,628 --> 00:10:30,589 Oh, Tuhan. Kamu akan bertahan. 159 00:10:30,672 --> 00:10:32,799 Ikrarnya menyebut, "Sehingga maut memisahkan kita." 160 00:10:32,883 --> 00:10:35,010 Dia takkan ke mana-mana. 161 00:10:49,566 --> 00:10:51,985 Saya suka karya Georgia Leonard awak. 162 00:10:53,445 --> 00:10:55,781 Saya banyak berurusan dengan Georgia. 163 00:10:56,865 --> 00:11:01,203 Dia ada beritahu, dia tempah potret anjingnya? 164 00:11:05,290 --> 00:11:08,794 Saya fikir kita boleh buat sesuatu yang kurang selamat. 165 00:11:12,631 --> 00:11:15,133 Saya tak berhenti menatap lukisan ini. Siapa dia? 166 00:11:16,635 --> 00:11:17,719 Seorang penyair. 167 00:11:18,720 --> 00:11:20,138 Kami berkenalan di sebuah parti. 168 00:11:20,222 --> 00:11:21,640 Kamu berasmara? 169 00:11:23,141 --> 00:11:24,643 Dia buat saya teringat-ingat. 170 00:11:25,227 --> 00:11:27,020 Silakan duduk. 171 00:11:39,950 --> 00:11:41,118 Lebih seksi begitu. 172 00:11:42,870 --> 00:11:45,539 Nanti awak nampak parut saya. 173 00:11:46,123 --> 00:11:48,125 Apa salahnya? Saya suka. 174 00:11:49,126 --> 00:11:51,378 Ia sebahagian diri awak. Ia menceritakan kisah awak. 175 00:11:52,171 --> 00:11:54,506 Kisah yang saya mahu lupakan. 176 00:11:55,507 --> 00:11:56,925 Bukankah awak mahu… 177 00:11:58,218 --> 00:11:59,219 kurang selamat? 178 00:11:59,970 --> 00:12:01,805 Saya nampaknya setiap hari apabila memandang cermin. 179 00:12:01,889 --> 00:12:04,808 Saya rasa, tak perlulah anak cucu melihatnya juga. 180 00:12:05,642 --> 00:12:07,686 Jadi, awak memang mahu pilihan selamat. 181 00:12:08,979 --> 00:12:10,939 Saya sudah tak tahu apa saya mahu. 182 00:12:15,194 --> 00:12:17,905 Silakan. Kita sambung selepas awak selesai. 183 00:12:17,988 --> 00:12:18,989 Sekejap, ya. 184 00:12:21,909 --> 00:12:23,327 SCOTT REED AYUH NANCY - JANGAN DIAM SAJA 185 00:12:23,410 --> 00:12:25,329 SAYA AKAN TERUS MESEJ AWAK SELAGI AWAK TAK CAKAP DENGAN SAYA, NANCY 186 00:12:25,412 --> 00:12:27,581 Mesej-mesej daripada Scott ini cukup menakutkan. 187 00:12:27,664 --> 00:12:29,416 Yang lebih menakutkan ialah saya yang mencarinya. 188 00:12:29,499 --> 00:12:30,584 HENTIKAN - SAYA CUMA NAK BERBUAL 189 00:12:30,667 --> 00:12:34,213 Ada sesuatu dalam diri saya yang buatkan saya kembali kepada ketakutan itu… 190 00:12:34,296 --> 00:12:35,464 SEKAT SCOTT REED? - SEKAT 191 00:12:35,547 --> 00:12:36,590 MENYEKAT 192 00:12:36,673 --> 00:12:38,759 …walau ia amat memberi kesan kepada saya. 193 00:12:39,468 --> 00:12:40,594 Awak okey? 194 00:12:43,096 --> 00:12:44,348 Ya. 195 00:12:51,855 --> 00:12:53,106 Saya dah bersedia. 196 00:13:22,302 --> 00:13:23,554 Rasanya, ini yang awak cari. 197 00:13:25,556 --> 00:13:29,142 Saya perasan buku nota awak semakin penuh. Ini pemberian biasa saja. 198 00:13:29,226 --> 00:13:30,477 Terima kasih, Howard. 199 00:13:31,562 --> 00:13:32,771 KEPADA: LOUISE DARIPADA: DAVID 200 00:13:33,522 --> 00:13:36,275 Dia masih panggil awak David? Dua kali dia panggil saya Louise minggu ini. 201 00:13:36,358 --> 00:13:38,235 Dia selalu panggil saya nama berbeza. 202 00:13:40,988 --> 00:13:43,907 Apa nak diharapkan daripada penagih kokaina macam dia. 203 00:13:43,991 --> 00:13:45,409 Apa? Phil? 204 00:13:46,702 --> 00:13:49,872 Saya rasa, semua kokaina itu sudah menjejaskan otaknya. 205 00:13:51,832 --> 00:13:53,750 Apa-apa pun, mujurlah awak suka. 206 00:13:55,586 --> 00:13:57,588 Bagus, semua. Mari berkumpul. 207 00:14:39,296 --> 00:14:42,174 Terima kasih. 208 00:14:42,925 --> 00:14:44,092 CATULLUS TERPILIH TERJEMAHAN BAHARU 209 00:14:49,264 --> 00:14:51,475 Saya terfikir, mungkin saya silap tentang Howard. 210 00:14:51,975 --> 00:14:56,313 Mungkin sikap acuh tak acuh saya ialah masalah saya, bukan sebab dia. 211 00:15:14,456 --> 00:15:15,457 Hei. 212 00:15:19,044 --> 00:15:22,381 Ia mula terasa yang persahabatan kami memang tak dapat dielakkan. 213 00:15:30,681 --> 00:15:33,350 EMPAT MINGGU SEBELUM KEMATIAN NANCY 214 00:15:36,395 --> 00:15:37,396 Begitulah. 215 00:15:37,479 --> 00:15:40,274 Okey. Bagus, semua. Itu saja untuk hari ini. 216 00:15:42,526 --> 00:15:45,320 Latihan separuh hari. Saya tak tahu nak buat apa. 217 00:15:45,404 --> 00:15:48,657 Ya. Saya ada masa lapang empat jam sebelum perlu jemput anak-anak. 218 00:15:50,868 --> 00:15:52,411 Adakah saya dianggap bapa yang teruk 219 00:15:52,494 --> 00:15:56,123 jika saya nak tonton filem 35 milimeter Red Shoes? 220 00:15:56,623 --> 00:15:57,791 Awak boleh ikut juga. 221 00:15:58,458 --> 00:16:00,502 Kopi saya menitis pada baju. Saya nak pergi bersihkan. 222 00:16:00,586 --> 00:16:02,629 - Okey. Pergilah. Saya tunggu. - Okey. 223 00:16:03,672 --> 00:16:05,549 Hei, Phil. Latihan yang bagus. 224 00:16:05,632 --> 00:16:06,842 Jumpa esok, Louise. 225 00:16:07,926 --> 00:16:09,428 Nama saya Nancy. 226 00:16:09,511 --> 00:16:11,555 SEMUA JANTINA 227 00:16:28,697 --> 00:16:32,201 ARIADNE PORTFOLIO 228 00:16:40,250 --> 00:16:41,502 PALET 229 00:16:41,585 --> 00:16:42,920 ARIADNE BABAK SATU FABRIK 230 00:16:52,262 --> 00:16:53,347 Ada masalah? 231 00:16:53,430 --> 00:16:54,681 Tiada apa-apa. 232 00:16:55,516 --> 00:16:57,059 Nancy, tak apa. Awak boleh beritahu saya. 233 00:16:59,144 --> 00:17:01,730 Phil buang buku portfolio yang saya buat. 234 00:17:02,940 --> 00:17:05,567 Saya memang naif memikirkan dia suka idea saya 235 00:17:05,651 --> 00:17:07,152 seperti dia suka duit saya. 236 00:17:07,736 --> 00:17:11,281 Si tak guna itu takkan ada kerja tanpa duit awak. 237 00:17:12,281 --> 00:17:14,034 Bukan duit saya pun. Duit Robert. 238 00:17:14,117 --> 00:17:15,743 Itu yang awak fikir? 239 00:17:15,827 --> 00:17:19,039 Keluarganya sentiasa ingatkan saya. 240 00:17:20,958 --> 00:17:23,085 Saya memang tak faham tentang duit. 241 00:17:23,167 --> 00:17:26,755 Bapa saya berkerusi roda disebabkan sklerosis berbilang. 242 00:17:26,839 --> 00:17:28,048 Duit kami sentiasa tak cukup. 243 00:17:28,131 --> 00:17:31,552 Saya akan jadi marah dan ayah akan cakap, 244 00:17:32,970 --> 00:17:36,974 "Orang macam kita ada sesuatu yang orang sebegitu tiada, 245 00:17:37,724 --> 00:17:39,059 rasa bangga dengan pencapaian." 246 00:17:39,893 --> 00:17:41,270 Hakikatnya, awak berjaya keluar dari… 247 00:17:41,353 --> 00:17:42,521 Nama tempatnya Bakersfield? 248 00:17:43,188 --> 00:17:46,859 Menjadi penasihat kreatif kumpulan balet terkenal di dunia, 249 00:17:48,068 --> 00:17:49,736 itu pencapaian yang patut dicemburui. 250 00:17:50,737 --> 00:17:53,073 Robert menggelarnya hal sukarelawan. 251 00:17:54,199 --> 00:17:57,619 Maaf cakap, suami awak cuma si buta seni yang kaya raya. 252 00:17:58,120 --> 00:17:59,538 Pencapaian awak amat mengagumkan. 253 00:18:01,498 --> 00:18:02,583 Terima kasih. 254 00:18:04,459 --> 00:18:05,711 Pukul berapa filem itu? 255 00:18:09,298 --> 00:18:10,757 Itukah motifnya? 256 00:18:10,841 --> 00:18:16,346 Ya. Vicky memilih ketaasuban daripada hal lain. Cinta, makanan, tidur. 257 00:18:16,430 --> 00:18:17,848 SEDANG DITAYANGKAN - THE RED SHOES DIUBAH SUAI KE DALAM FILEM 35MM 258 00:18:17,931 --> 00:18:21,143 Pilihan dialah yang membawa kepada kebinasaan yang tak dapat dielakkan. 259 00:18:21,226 --> 00:18:25,606 Betulkah kita pilih dorongan atau ia memang ada dalam diri kita? 260 00:18:25,689 --> 00:18:28,150 Saya rasa, dia tak dapat berhenti walaupun dia mahu. 261 00:18:28,233 --> 00:18:29,651 Itulah yang jadikannya satu tragedi. 262 00:18:32,070 --> 00:18:36,033 Selama ini, saya fikir awak cuma isteri yang diperagakan. 263 00:18:36,700 --> 00:18:39,745 Tapi, di sebalik struktur tulang yang sempurna itu 264 00:18:39,828 --> 00:18:41,413 dan jam tangan yang lebih mahal daripada pinjaman saya, 265 00:18:41,496 --> 00:18:43,332 awak bukanlah orang sebegitu. 266 00:18:43,415 --> 00:18:47,252 Itulah pujian dan kritikan paling baik yang pernah saya terima. 267 00:18:48,420 --> 00:18:52,591 Saya hargai, sikap hipokrit awak yang kononnya vegan tapi makan bakon. 268 00:18:53,175 --> 00:18:55,886 Serta kebencian awak terhadap e-buku. 269 00:18:55,969 --> 00:18:58,430 Kalau saya tak boleh sentuh, saya takkan baca. 270 00:19:00,933 --> 00:19:02,851 - Helo. - Nancy? 271 00:19:05,562 --> 00:19:07,105 Jangan hubungi saya lagi. 272 00:19:07,189 --> 00:19:09,358 Kenapa awak asyik main permainan ini? Awak yang cari saya. 273 00:19:10,817 --> 00:19:11,902 Tidak. 274 00:19:12,819 --> 00:19:18,659 Saya cuma curiga dan mencari awak semasa dalam keadaan dungu dan lemah. 275 00:19:19,243 --> 00:19:20,994 Jangan ganggu saya lagi. 276 00:19:21,495 --> 00:19:22,496 Nancy… 277 00:19:25,999 --> 00:19:27,000 Hei, maaf. 278 00:19:29,336 --> 00:19:30,420 Kedengaran agak tegang. 279 00:19:32,506 --> 00:19:33,507 Ya. 280 00:19:33,590 --> 00:19:36,009 Awak mahu bercerita tentangnya? 281 00:19:37,135 --> 00:19:39,680 Dia cuma kenalan dari masa silam saya. 282 00:19:39,763 --> 00:19:45,769 Ia amat rumit, tak masuk akal dan terlalu teruk. 283 00:19:46,520 --> 00:19:48,689 Saya pun pernah alaminya. 284 00:19:49,940 --> 00:19:51,692 Awak menggeletar. 285 00:19:54,528 --> 00:19:56,864 Awak tahu, Mary jemput kami makan malam di rumah kamu. 286 00:19:57,531 --> 00:19:58,824 Ya. Saya tak sabar. 287 00:19:58,907 --> 00:20:00,909 Boleh tak awak rahsiakan perbualan tadi? 288 00:20:02,119 --> 00:20:03,370 Tentang panggilan telefon tadi. 289 00:20:03,453 --> 00:20:06,790 Saya belum sempat beritahu Robert tentangnya. 290 00:20:08,542 --> 00:20:10,544 Sudah tentu. Saya takkan cakap apa-apa. 291 00:20:10,627 --> 00:20:12,212 Bagus. Terima kasih. 292 00:20:17,843 --> 00:20:18,969 Tolong beri dua kapucino. 293 00:20:19,553 --> 00:20:20,679 Nama pesanan? 294 00:20:20,762 --> 00:20:21,805 - David. - Louise. 295 00:20:26,268 --> 00:20:29,813 Aku dengar kau asyik berkata nista Namun aku baik-baik saja 296 00:20:29,897 --> 00:20:33,817 Kata aku menangis tanpa henti Setiap malam bersilih ganti 297 00:20:33,901 --> 00:20:37,946 Maaf mengecewakanmu Namun aku baik-baik saja 298 00:20:38,030 --> 00:20:41,575 Baik saja 299 00:20:42,159 --> 00:20:45,162 Ya, aku baik-baik saja 300 00:20:45,787 --> 00:20:49,499 Baik saja 301 00:20:49,583 --> 00:20:52,586 Ya, aku baik-baik saja 302 00:20:55,172 --> 00:20:56,173 Hebat! 303 00:20:56,256 --> 00:20:57,966 Hebat! Sangat hebat. 304 00:20:58,050 --> 00:20:59,760 Kita patut panggil dia untuk salah satu parti kita. Okey? 305 00:20:59,843 --> 00:21:00,844 Kami akan panggil awak! 306 00:21:00,928 --> 00:21:02,137 - Ya! - Kami akan panggil awak. 307 00:21:02,221 --> 00:21:03,764 Pergi buat kerja sekolah kamu. Mulakan dengan ejaan. 308 00:21:03,847 --> 00:21:05,140 Persembahan yang hebat, sayang. 309 00:21:05,224 --> 00:21:06,767 - Dia sangat comel. - Biar saya angkat. 310 00:21:06,850 --> 00:21:08,477 Terima kasih. Apa perkembangan balet? 311 00:21:08,560 --> 00:21:10,687 - Bagus setakat ini. - Betul? 312 00:21:10,771 --> 00:21:13,398 Ya, itu pun kalau kita abaikan pengarah penyedut kokaina 313 00:21:13,482 --> 00:21:15,442 yang angkuh dan menjengkelkan. 314 00:21:16,443 --> 00:21:19,488 - Penyedut kokaina? - Siapa awak maksudkan? 315 00:21:20,113 --> 00:21:23,116 - Saya tak tahu… - Phil, pengarah artistik kami, dia… 316 00:21:23,200 --> 00:21:26,036 Lelaki tak guna. Cukup tentang dia. Kamu berdua rehatlah. 317 00:21:26,119 --> 00:21:28,497 Pergi ke ruang tamu. Biar para suami kemas meja. 318 00:21:28,580 --> 00:21:29,831 Terima kasih. 319 00:21:36,421 --> 00:21:38,632 - Oh, Tuhan. Penatnya. - Ya? 320 00:21:38,715 --> 00:21:41,844 Kebelakangan ini, saya tak cukup tidur. 321 00:21:41,927 --> 00:21:47,099 Disebabkan Howard cari kerja dan semua masalah berkaitan Marcus. 322 00:21:47,182 --> 00:21:48,517 Saya rasa, Howard 323 00:21:48,600 --> 00:21:50,561 - akan dapat kerja tetap tak lama lagi. - Terima kasih. 324 00:21:50,644 --> 00:21:53,897 Walaupun kami luangkan masa sekejap saja, saya tahu dia bijak. 325 00:21:53,981 --> 00:21:55,524 Awak pakai cincin Claddagh yang saya berikan? 326 00:21:55,607 --> 00:21:57,568 - Ya. - Nampak sangat cantik. 327 00:21:57,651 --> 00:22:01,780 Awak cakap, ia dapat jadi daya kesedaran saya, bukan? Memang betul. 328 00:22:03,699 --> 00:22:07,327 Aduhai! Tengok siapa pakai kasut cantik mak! 329 00:22:07,411 --> 00:22:09,663 Tolong hati-hati berjalan! 330 00:22:09,746 --> 00:22:11,415 Terutamanya menaiki tangga, sayang. 331 00:22:11,498 --> 00:22:13,375 Hei, sayang. Kita patut balik. 332 00:22:13,458 --> 00:22:15,210 - Mereka nak tidurkan anak-anak. - Ya. 333 00:22:15,294 --> 00:22:17,254 Tidak. Saya nak beritahu Mary dan Howard satu perkara. 334 00:22:18,422 --> 00:22:19,590 Kami mendengar. 335 00:22:19,673 --> 00:22:22,426 Kawan saya, Jay Michaels… 336 00:22:22,509 --> 00:22:24,219 Sebenarnya, kawan kepada keluarga saya. 337 00:22:24,303 --> 00:22:27,306 Dia agak tak guna, tapi sangat bijak. 338 00:22:27,389 --> 00:22:29,266 - Sayang. Mari balik. - Sekejap. 339 00:22:29,349 --> 00:22:32,186 Mereka kawan kita, sayang, dan perlukan bantuan kita. 340 00:22:32,269 --> 00:22:35,439 - Kami tak kisah. Tak mengapa. - Jay ialah peguam bela jenayah 341 00:22:35,522 --> 00:22:37,774 dan terhutang budi dengan saya. 342 00:22:37,858 --> 00:22:41,236 Nance beritahu saya, Marcus ada pembicaraan tak lama lagi. 343 00:22:41,320 --> 00:22:45,157 Apa kata saya minta Jay mewakili Marcus secara percuma. 344 00:22:45,240 --> 00:22:48,243 Oh, Tuhan. Robert, itu… 345 00:22:48,327 --> 00:22:50,704 Kami hargai kebaikan awak, tapi kami terpaksa menolak. 346 00:22:51,622 --> 00:22:53,332 Howard, kita patut bincang dulu. 347 00:22:53,415 --> 00:22:55,501 Kita tak patut tumpang kesenangan kawan awak untuk lindungi anak kita. 348 00:22:56,460 --> 00:22:57,961 Saya akan fikirkan cara lain. 349 00:22:58,045 --> 00:23:00,214 - Terima kasih. - Howard, ini bukan tumpang kesenangan. 350 00:23:00,297 --> 00:23:02,799 Ini pemberian. Saya dah kata, dia berhutang dengan saya. 351 00:23:02,883 --> 00:23:05,344 Sayang, kita hormat saja pendirian mereka dalam hal ini. 352 00:23:06,428 --> 00:23:07,846 Oh, Tuhan, Nance. 353 00:23:07,930 --> 00:23:09,681 "Hormati pendirian mereka." 354 00:23:09,765 --> 00:23:12,768 Awak sedar tak, awak kedengaran macam orang bodoh? 355 00:23:15,979 --> 00:23:17,105 Maafkan saya. 356 00:23:17,773 --> 00:23:19,024 Saya cuba nak membantu. 357 00:23:20,234 --> 00:23:21,276 Dia sensitif sangat. 358 00:23:30,327 --> 00:23:33,121 Saya tak patut menyibuk, tapi kata-kata itu sangat biadab. 359 00:23:34,748 --> 00:23:37,292 Selamatkah awak bersendirian dengan dia malam ini? 360 00:23:40,212 --> 00:23:41,338 Ya, saya akan okey. 361 00:23:45,467 --> 00:23:47,636 Nance, Robert mahu masuk kereta. 362 00:23:47,719 --> 00:23:49,721 Ya. Saya patut hantar dia balik. 363 00:23:49,805 --> 00:23:51,807 - Kita jumpa di sesi latihan teknikal. - Okey. 364 00:24:06,405 --> 00:24:07,406 Hei. 365 00:24:07,948 --> 00:24:09,867 - Hei. Saya sangka awak dah balik. - Saya tertinggal beg. 366 00:24:10,868 --> 00:24:13,120 Saya sedang siapkan salinan nota program. 367 00:24:13,203 --> 00:24:15,789 Boleh tak awak tengok perenggan ini sebelum saya hantar? 368 00:24:16,456 --> 00:24:17,457 Boleh. 369 00:24:18,250 --> 00:24:22,045 Awak yang pakar. Saya tak pasti jika maksud saya sampai. 370 00:24:23,005 --> 00:24:24,423 Boleh tatal ke bawah? 371 00:24:25,215 --> 00:24:26,758 Ya, yang itu. 372 00:24:26,842 --> 00:24:30,387 Tambahkan ayat, 373 00:24:30,470 --> 00:24:36,143 "Beliau mencabar batasan balet dengan pergerakan staccato yang kemas, 374 00:24:36,226 --> 00:24:40,689 dan sifat fizikalnya menghasilkan keserasian mengghairahkan antara penari." 375 00:24:41,857 --> 00:24:43,066 Awak fikirkannya secara spontan? 376 00:24:43,734 --> 00:24:45,944 Ya, dulu saya penari yang serius. 377 00:24:46,028 --> 00:24:49,364 Cukup serius sehingga direkrut oleh San Francisco Ballet semasa 16 tahun. 378 00:24:49,448 --> 00:24:51,116 Tapi, saya tak sertai pun. 379 00:24:51,200 --> 00:24:53,785 Itu kisah lama. 380 00:24:54,661 --> 00:25:00,751 Saya rasa jika awak masukkan ayat itu, semuanya lengkap. 381 00:25:05,380 --> 00:25:06,673 Okey, siap. 382 00:25:08,926 --> 00:25:12,471 Saya mahu ucapkan terima kasih. 383 00:25:13,805 --> 00:25:16,099 Selain saya dapat kerja, 384 00:25:17,226 --> 00:25:18,977 saya juga dapat kawan yang baik. 385 00:25:19,561 --> 00:25:21,146 Jangan terlalu sentimental. 386 00:25:21,230 --> 00:25:23,273 Awak suami kawan baik saya. 387 00:25:23,357 --> 00:25:24,441 Kita akan selalu berjumpa. 388 00:25:24,525 --> 00:25:25,526 Ya, saya tahu. 389 00:25:25,609 --> 00:25:28,529 Tapi, seronok dapat luangkan masa dengan orang yang prihatin dan bijak. 390 00:25:29,655 --> 00:25:32,533 Awak, Nancy Hennessey, peneman yang sangat hebat. 391 00:25:33,909 --> 00:25:36,036 Baiknya awak. Terima kasih. 392 00:25:38,497 --> 00:25:43,335 Tadi saya mahu minum wain enak ini sendirian. 393 00:25:44,002 --> 00:25:46,588 Saya tak boleh kongsi dengan Robert. 394 00:25:46,672 --> 00:25:49,633 Jadi, awak mahu… 395 00:25:53,720 --> 00:25:56,056 Ini Pomerol Bordeaux 1998. 396 00:25:57,099 --> 00:26:00,227 Louise, awak tak patut menikmatinya sendirian. 397 00:26:00,310 --> 00:26:02,187 Betul awak tak perlu bergegas kepada Mare dan anak-anak? 398 00:26:02,271 --> 00:26:04,982 Wain ini mungkin biasa saja di rumah awak, 399 00:26:05,065 --> 00:26:07,609 tapia amat berkualiti. Jadi… 400 00:26:08,443 --> 00:26:10,571 Seperti Bacchae, 401 00:26:10,654 --> 00:26:15,951 kita akan nikmati setiap titisan cecair pekat mengkhayalkan ini 402 00:26:16,034 --> 00:26:22,291 dan menyanjung dewa batu bersurat Linear B abad ke-13 Sebelum Masihi. 403 00:26:22,875 --> 00:26:24,459 Apa itu batu bersurat B? 404 00:26:26,086 --> 00:26:29,798 Artifak Mycenaean, kali pertama Dionysus muncul. 405 00:26:29,882 --> 00:26:34,761 Memandangkan Dionysus juga merupakan dewa kegilaan, 406 00:26:34,845 --> 00:26:37,973 kita minum bersempena kekacauan dan kekecohan. 407 00:26:38,682 --> 00:26:40,350 Wain ini perlu dituang. 408 00:26:41,143 --> 00:26:42,144 Biar saya cuba. 409 00:26:55,199 --> 00:26:56,700 Saya pandai menari juga rupanya. 410 00:26:56,783 --> 00:27:00,037 - Saya jadi penari berbakat. - Berdiri tegak pun tak boleh. 411 00:27:00,120 --> 00:27:03,165 Oh, Tuhan. Itu sangat… 412 00:27:03,248 --> 00:27:05,209 Semua orang fikir mereka boleh menari, tapi tak tahu betapa sukarnya… 413 00:27:05,292 --> 00:27:06,919 Ajarlah saya. 414 00:27:07,002 --> 00:27:11,340 Saya tahu. Ini posisi pertama. Posisi kedua. 415 00:27:11,423 --> 00:27:13,800 Awak perlu depakan lagi tangan awak. 416 00:27:13,884 --> 00:27:17,763 Saya cuba. Awak sedang lihat lelaki yang alami kecederaan kaf rotator. 417 00:27:17,846 --> 00:27:18,972 Setakat ini saja saya boleh depakan. 418 00:27:19,056 --> 00:27:21,934 Oh, Tuhan. Tidak. Cuba lagi. 419 00:27:22,017 --> 00:27:24,102 Biar saya tunjuk. Okey. 420 00:27:26,063 --> 00:27:27,648 - Kejap. - Awak okey? 421 00:27:27,731 --> 00:27:29,900 Alamak! Jangan bergerak. Saya pegang. 422 00:27:29,983 --> 00:27:31,360 Duduk sekejap. 423 00:27:33,320 --> 00:27:34,905 Buang beban. Oh, Tuhan. 424 00:27:36,406 --> 00:27:37,533 - Saya cedera… - Oh, Tuhan. 425 00:27:39,743 --> 00:27:41,870 - Untuk kurangkan bengkak. - Terima kasih. 426 00:27:43,455 --> 00:27:44,706 Untuk legakan sakit. 427 00:27:44,790 --> 00:27:45,791 Bagus. 428 00:27:56,134 --> 00:27:58,136 Jadi, kenapa awak berhenti menari? 429 00:27:59,596 --> 00:28:01,849 Awak mahu jawapan pendek atau panjang? 430 00:28:01,932 --> 00:28:03,267 Mulakan dengan yang pendek. 431 00:28:03,934 --> 00:28:05,018 Kemalangan kereta. 432 00:28:07,104 --> 00:28:08,105 Jawapan panjang pula? 433 00:28:12,276 --> 00:28:13,277 Okey… 434 00:28:16,613 --> 00:28:17,948 Selepas saya beri jawapannya, 435 00:28:18,031 --> 00:28:20,325 awak tentu fikir saya gila. 436 00:28:20,909 --> 00:28:22,286 Cuba cerita. 437 00:28:24,162 --> 00:28:28,375 Ibu saya marah saya dan dia memang berhak marah. 438 00:28:30,377 --> 00:28:34,548 Dia memandu laju dan saya merayu dia berhenti. 439 00:28:35,716 --> 00:28:37,759 Tapi, dia enggan. 440 00:28:37,843 --> 00:28:41,597 Kali ini, minum arak sehingga mabuk saja tak memadai, 441 00:28:41,680 --> 00:28:43,223 terutamanya dengan perbuatan saya. 442 00:28:44,057 --> 00:28:45,058 Apa awak dah buat? 443 00:28:47,352 --> 00:28:49,021 Saya berasmara dengan kekasihnya. 444 00:28:50,522 --> 00:28:51,815 Maksud awak, dia serang awak. 445 00:28:53,275 --> 00:28:54,943 Setiap kali ibu saya tidur mati kerana mabuk, 446 00:28:55,027 --> 00:28:59,948 dia akan bawa saya ke kereta, dalam almari saya atau mana-manalah. 447 00:29:00,908 --> 00:29:03,035 Dia pemanggil misteri itu? 448 00:29:03,619 --> 00:29:04,620 Scott. 449 00:29:07,372 --> 00:29:09,208 Nak tahu sesuatu yang tak masuk akal? 450 00:29:09,291 --> 00:29:11,543 Kali ini, saya yang hubungi dia. 451 00:29:14,630 --> 00:29:16,048 Saya tak tahu sebab saya buat begitu. 452 00:29:16,882 --> 00:29:18,050 Saya rasa, awak tahu. 453 00:29:19,927 --> 00:29:21,220 Awak suka risiko. 454 00:29:22,262 --> 00:29:23,722 Itulah sifat semula jadi awak. 455 00:29:24,389 --> 00:29:28,060 Awak masuk ke dalam bangunan terbakar sebelum ia runtuh. 456 00:29:30,395 --> 00:29:35,859 Tapi, awak perlu bersembunyi di sebalik status sosial. 457 00:29:38,111 --> 00:29:39,988 Isteri Robert yang baik. 458 00:29:41,365 --> 00:29:43,242 Tentu dia tak tahu. 459 00:29:45,369 --> 00:29:46,912 Memang saya mula menyukainya. 460 00:29:49,998 --> 00:29:51,124 Bahaya. 461 00:29:52,501 --> 00:29:54,461 Tak pasti jika akan tertangkap. 462 00:29:57,422 --> 00:29:59,758 Suka perhatian. Saya tak pernah dapat sebelum itu. 463 00:30:00,676 --> 00:30:02,135 Awak mahukannya. 464 00:30:03,971 --> 00:30:05,013 Saya perlukannya. 465 00:30:13,856 --> 00:30:16,191 Sesetengah kemalangan boleh dijangka. 466 00:30:16,817 --> 00:30:20,112 Ada masa untuk kita bersedia atau mengelak. 467 00:30:20,988 --> 00:30:24,783 Tapi, ada kemalangan yang buat kita terpelanting akibat kelajuannya 468 00:30:24,867 --> 00:30:27,160 dan kita tak dapat buat apa-apa untuk ubah takdir kita. 469 00:31:24,384 --> 00:31:27,888 Jadi, hakim bersetuju untuk masukkan Marcus ke program pengalihan 470 00:31:27,971 --> 00:31:31,350 jika dia tamatkan sesi kaunseling judi dan lengkapkan khidmat komuniti. 471 00:31:31,433 --> 00:31:34,394 - Itu berita baik. - Baguslah, bukan? 472 00:31:38,857 --> 00:31:41,026 Dia akan dapat bantuan yang dia perlukan. 473 00:31:41,109 --> 00:31:43,028 Dia juga takkan ada rekod jenayah kekal. 474 00:31:43,111 --> 00:31:44,780 - Itu yang penting. - Saya perlu beredar. 475 00:31:44,863 --> 00:31:47,658 - Saya tak sihat. Nak balik. - Kenapa? Nancy? 476 00:31:47,741 --> 00:31:48,825 - Saya tak sihat. - Nan? 477 00:31:49,368 --> 00:31:51,828 - Okey. - Patutkah saya ikut? Ya. Kejap, ya. 478 00:31:51,912 --> 00:31:53,413 Hei, Nancy. 479 00:31:54,706 --> 00:31:57,042 - Nance! Kenapa? - Maaf. Saya mahu… 480 00:31:57,125 --> 00:31:59,044 Saya mahu teman Mare, tapi… 481 00:32:00,045 --> 00:32:02,256 Fikiran saya sangat serabut sekarang. 482 00:32:02,339 --> 00:32:03,590 Sebab Robert? 483 00:32:05,592 --> 00:32:07,427 Saya buat perkara bodoh. 484 00:32:07,511 --> 00:32:09,388 Sebodoh mana? 485 00:32:11,765 --> 00:32:13,350 Saya berasmara dengan seseorang. 486 00:32:14,977 --> 00:32:17,187 Tolong jangan beritahu Mary. Saya tahu dia takkan faham. 487 00:32:17,271 --> 00:32:18,272 Nancy, saya… 488 00:32:19,273 --> 00:32:20,941 Awak ada hubungan sulit? 489 00:32:24,570 --> 00:32:25,904 Dengan siapa? 490 00:32:26,738 --> 00:32:28,699 - Itu tak penting. Awak tak kenal pun. - Okey. 491 00:32:28,782 --> 00:32:31,034 Namanya David. Ia takkan berlaku lagi. 492 00:32:31,118 --> 00:32:33,245 - Okey. - Saya perlu pergi. 493 00:32:33,328 --> 00:32:34,705 - Awak akan telefon saya? - Okey. 494 00:32:34,788 --> 00:32:35,789 Okey. 495 00:32:43,672 --> 00:32:44,673 Hei, sayang. 496 00:32:45,174 --> 00:32:46,300 Awak nak ke mana? 497 00:32:47,009 --> 00:32:49,511 Saya perlu kejar penerbangan. 498 00:32:50,095 --> 00:32:51,680 Kenapa saya baru tahu? 499 00:32:51,763 --> 00:32:53,765 Saya pun baru tahu. 500 00:32:53,849 --> 00:32:55,475 Ada hal kecemasan. 501 00:32:55,559 --> 00:32:58,645 Mereka perlukan saya untuk selesaikan urusan sebelum penstrukturan semula. 502 00:32:58,729 --> 00:33:01,231 Saya perlu berjumpa para peguam New York awal pagi esok. 503 00:33:01,315 --> 00:33:03,025 Rasa nak pecah kepala saya. 504 00:33:04,151 --> 00:33:06,028 Apa? Kenapa? Tiada apa awak perlu risaukan. 505 00:33:06,111 --> 00:33:07,696 Tentulah saya risau. 506 00:33:08,322 --> 00:33:10,699 Awak ada masa untuk ke luar negeri serta-merta, 507 00:33:10,782 --> 00:33:15,329 tapi tiada masa untuk cakap dengan saya atau atur pertemuan dengan kaunselor? 508 00:33:15,412 --> 00:33:17,581 Saya akan luangkan masa apabila saya balik Isnin nanti. 509 00:33:17,664 --> 00:33:18,665 Isnin? 510 00:33:19,166 --> 00:33:20,375 Awak akan pergi seminggu? 511 00:33:22,920 --> 00:33:24,505 Bukannya saya nak pergi sangat. 512 00:33:25,631 --> 00:33:27,216 - Jadi, tak payah pergi. - Saya terpaksa. 513 00:33:28,509 --> 00:33:29,718 Awak mahu ceraikan saya? 514 00:33:38,060 --> 00:33:40,312 Hei. Jangan risau. Saya cintakan awak. 515 00:33:45,776 --> 00:33:47,611 Kita bincang selepas saya pulang. 516 00:34:11,342 --> 00:34:12,386 Hei. 517 00:34:13,387 --> 00:34:14,429 Boleh kita jumpa? 518 00:35:45,979 --> 00:35:48,023 PENTAS 519 00:36:50,335 --> 00:36:51,461 Ya, bagus. 520 00:36:56,175 --> 00:36:57,176 Hei. 521 00:36:58,427 --> 00:36:59,428 Hei. 522 00:37:00,012 --> 00:37:01,180 Bagaimana mesyuarat awak? 523 00:37:02,139 --> 00:37:03,140 Okey. 524 00:37:06,852 --> 00:37:09,646 Boleh kita bincang malam ini? 525 00:37:09,730 --> 00:37:12,024 Hari ini kita ada makan malam keluarga. 526 00:37:13,650 --> 00:37:15,235 Saya nak pergi mandi. 527 00:37:23,118 --> 00:37:24,828 MUSSO & FRANK GRILL SEJAK 1919 PALING LAMA DI HOLLYWOOD 528 00:37:24,912 --> 00:37:27,998 Kata mereka, sia-sia saja. Ia tak dapat diselamatkan. Kita perlu lepaskan. 529 00:37:29,249 --> 00:37:31,960 Tapi, bapa kamu yang degil tak nak dengar. 530 00:37:32,044 --> 00:37:34,796 Tak kisahlah berbelanja banyak pun untuk selamatkannya. 531 00:37:35,506 --> 00:37:39,843 Musim panas ini, kita akan lepaskan Demeter's Wish. 532 00:37:39,927 --> 00:37:42,221 Kapal itu sudah bersedia untuk berlayar. 533 00:37:43,222 --> 00:37:44,723 - Nak. - Ya, encik? 534 00:37:44,806 --> 00:37:47,351 - Gelas kami perlukan champagne lagi. - Baiklah. 535 00:37:48,227 --> 00:37:49,728 Saya tak perlu minta. 536 00:37:50,812 --> 00:37:52,564 Itu berita baik, ayah. 537 00:37:53,065 --> 00:37:55,943 Hampir jadi berita buruk, disebabkan kesilapan besar Robert. 538 00:37:56,985 --> 00:37:58,445 Tolonglah, bukan di sini. 539 00:37:58,529 --> 00:38:00,822 Kenapa? Sebab itulah kita raikan. 540 00:38:00,906 --> 00:38:04,868 SEC pun tak ganggu kita disebabkan kepakaran Harlan. 541 00:38:04,952 --> 00:38:06,578 Gembira dapat membantu. 542 00:38:07,371 --> 00:38:10,624 Kita hampir mati dalam pertumpahan darah. 543 00:38:10,707 --> 00:38:13,293 Saya rasa, itu patut diraikan. 544 00:38:14,211 --> 00:38:15,921 Sayang, apa maksudnya? Kesilapan apa? 545 00:38:18,298 --> 00:38:20,634 Bukankah awak kata nak beritahu dia selepas balik, Bobby? 546 00:38:21,593 --> 00:38:23,428 Saya belum ada kesempatan. 547 00:38:23,512 --> 00:38:25,222 Begitu? Biar saya beritahu. 548 00:38:25,305 --> 00:38:28,350 Bobby yakinkan ayah untuk jual 20 peratus pegangan saham kami 549 00:38:28,433 --> 00:38:32,354 untuk beli satu syarikat yang rupa-rupanya dikelilingi hutang. 550 00:38:32,437 --> 00:38:36,984 Satu-satunya cara untuk kami elak daripada disaman 551 00:38:37,067 --> 00:38:41,738 ialah menyuruh Bobby gunakan simpanan dananya untuk bayar para pelabur. 552 00:38:42,406 --> 00:38:43,574 Betulkah? 553 00:38:44,324 --> 00:38:46,660 Kadangkala, kita tak perlu sampaikan secara berlapik, Bobby. 554 00:38:46,743 --> 00:38:50,038 Nama yang dia guna ketika dewasa ialah Robert. 555 00:38:51,665 --> 00:38:53,041 Okey, mari pergi. 556 00:39:35,876 --> 00:39:37,002 Sayang. 557 00:39:42,132 --> 00:39:44,176 Saya buat silap, Nance. 558 00:39:47,262 --> 00:39:49,181 Saya betul-betul buat silap. 559 00:39:51,558 --> 00:39:52,768 Saya tak guna. 560 00:39:54,353 --> 00:39:55,896 Betul cakap mereka. 561 00:39:58,148 --> 00:39:59,858 Kini, semuanya berubah. 562 00:39:59,942 --> 00:40:01,193 Semua perbelanjaan kita… 563 00:40:03,362 --> 00:40:05,197 Ayah saya akan kawal. 564 00:40:05,822 --> 00:40:09,201 Rumah, kereta, parti awak. 565 00:40:11,370 --> 00:40:12,955 Dia perlu luluskan dulu. 566 00:40:15,582 --> 00:40:17,835 Itukah masalah sebenarnya? Duit? 567 00:40:20,379 --> 00:40:22,714 Saya tahu, bukan ini yang awak inginkan. 568 00:40:22,798 --> 00:40:28,136 Jadi, saya mahu cakap, jika awak mahu tinggalkan saya, saya faham. 569 00:40:28,220 --> 00:40:31,682 Tinggalkan awak? Saya sangka awak yang mahu tinggalkan saya. 570 00:40:31,765 --> 00:40:33,475 Kenapa pula saya mahu tinggalkan awak? 571 00:40:33,559 --> 00:40:37,437 Awak orang paling penting bagi saya di dunia ini. 572 00:40:38,021 --> 00:40:43,527 Sebab saya terbaca e-mel tentang pengasingan aset. 573 00:40:43,610 --> 00:40:47,906 - Saya… - Itu untuk melindungi awak. 574 00:40:48,574 --> 00:40:50,534 Awak mahu ceraikan saya untuk melindungi saya? 575 00:40:50,617 --> 00:40:52,870 Ia diperlukan untuk simpan duit penyelesaian 576 00:40:52,953 --> 00:40:54,955 di akaun luar pesisir supaya ayah saya tak dapat kacau. 577 00:40:55,038 --> 00:40:56,164 Oh, Tuhan. 578 00:40:57,624 --> 00:40:59,960 Awak patut dapat perlindungan. 579 00:41:03,797 --> 00:41:05,883 Saya tak mahu bercerai. Saya mahukan awak. 580 00:41:06,508 --> 00:41:11,763 Tapi, saya bukan lagi lelaki yang menyelamatkan awak. 581 00:41:12,347 --> 00:41:14,099 Bukan duit awak yang selamatkan saya. 582 00:41:14,850 --> 00:41:16,852 - Awak tak boleh cakap begitu. - Saya boleh. 583 00:41:16,935 --> 00:41:18,228 Saya boleh. 584 00:41:19,813 --> 00:41:22,357 Sudah tiga bulan saya hidup tanpa kasih sayang awak, 585 00:41:22,441 --> 00:41:26,945 dan saya jadi gila. 586 00:41:27,029 --> 00:41:29,990 Saya tak kisah tentang duit. Ayah awak boleh ambil. 587 00:41:30,073 --> 00:41:31,491 Saya cuma mahukan awak. 588 00:41:32,034 --> 00:41:33,493 Maafkan saya. 589 00:41:35,954 --> 00:41:38,665 Saya banyak minum sehingga tak terkawal. 590 00:41:40,000 --> 00:41:41,835 Itu pun satu lagi kesilapan saya. 591 00:41:43,086 --> 00:41:46,340 Kemudian, saya tengok betapa tabahnya awak. 592 00:41:46,423 --> 00:41:47,424 - Tidak. - Ya. 593 00:41:47,508 --> 00:41:48,509 Jangan. 594 00:42:02,814 --> 00:42:04,650 Saya takkan lepaskan awak. 595 00:43:40,871 --> 00:43:42,706 Sudah berhari-hari awak tak jawab panggilan saya. 596 00:43:46,376 --> 00:43:49,296 Awak boleh buang telefon terpakai itu. Kita perlu lupakan semuanya. 597 00:43:49,379 --> 00:43:52,257 Dua minggu lalu, kita berasmara di tempat duduk belakang kereta awak. 598 00:43:52,925 --> 00:43:55,552 Sehari sebelum itu, kita berasmara dalam bilik persalinan. 599 00:43:55,636 --> 00:43:57,721 Sehari sebelum itu pula, di mana-mana saja yang awak suruh. 600 00:43:57,804 --> 00:44:01,225 Ia satu kesilapan. Rumah tangga saya sedang bergolak. 601 00:44:01,308 --> 00:44:03,810 - Ia tak patut berlaku. - Saya tak berhak dilayan begini. 602 00:44:04,686 --> 00:44:06,688 - Saya risikokan segalanya untuk awak. - Saya tak minta pun. 603 00:44:06,772 --> 00:44:09,566 Ya, tapi awak goda saya, kemudian anggap saya macam pembantu rumah 604 00:44:09,650 --> 00:44:12,236 - yang perlu layan awak secepat mungkin. - Okey. Jika mahu salahkan saya 605 00:44:12,319 --> 00:44:15,697 untuk menenangkan hati awak, saya tak kisah. Kita perlu teruskan hidup. 606 00:44:15,781 --> 00:44:17,407 Awak tak berhak putuskan begitu. 607 00:44:17,991 --> 00:44:22,162 Lepaskan saya, atau saya jamin, awak akan menyesal nanti. 608 00:44:24,456 --> 00:44:27,000 Mungkin saya patut beritahu Robert tentang kita. 609 00:44:30,128 --> 00:44:31,255 Dia lelaki baik. 610 00:44:33,924 --> 00:44:35,801 Dia patut tahu siapa wanita yang dia kahwini. 611 00:44:38,220 --> 00:44:40,597 Awak ingat, dia akan percaya saya meniduri awak? 612 00:44:42,140 --> 00:44:43,475 Tiada siapa akan percaya. 613 00:44:55,654 --> 00:44:58,782 Saya gembira awak tak membencinya. 614 00:44:58,866 --> 00:45:00,826 - Apa? - Awak tak membencinya. 615 00:45:01,326 --> 00:45:03,203 Saya suka. Saya suka semua tentangnya. 616 00:45:03,704 --> 00:45:06,999 Tarian dan pakaiannya. 617 00:45:07,082 --> 00:45:08,208 Kostum. 618 00:45:08,292 --> 00:45:09,960 Kostum, ya. Sangat cantik. 619 00:45:10,544 --> 00:45:14,298 Ini peluang saya untuk perbetulkan dan mengelak bencana. 620 00:45:14,381 --> 00:45:17,551 Saya perlu beritahu Robert hal sebenar. Segalanya. 621 00:45:17,634 --> 00:45:19,720 Serta percaya, dia tetap akan mencintai saya. 622 00:45:23,765 --> 00:45:24,850 Hei. 623 00:45:28,854 --> 00:45:30,022 Telefon awak… 624 00:45:42,242 --> 00:45:46,205 Sayang. Saya perlu beritahu awak sesuatu. 625 00:45:47,831 --> 00:45:48,999 Siapa hantar gambar ini? 626 00:45:51,001 --> 00:45:53,504 Saya tak tahu. Saya… 627 00:45:54,755 --> 00:45:57,716 Saya tak tahu. Saya… 628 00:45:57,799 --> 00:45:58,884 Awak tipu. 629 00:46:01,094 --> 00:46:02,304 Siapa dia? 630 00:46:03,597 --> 00:46:06,183 Tak penting. Dia satu kesilapan. 631 00:46:06,266 --> 00:46:08,769 Berasmara di tempat duduk belakang kereta awak ialah kesilapan? 632 00:46:08,852 --> 00:46:10,562 Tolonglah, boleh kita bincang? 633 00:46:10,646 --> 00:46:13,398 Selama ini, saya menyeksa diri kerana rasa bersalah. 634 00:46:13,482 --> 00:46:15,734 - Maafkan saya. - Selama ini. 635 00:46:15,817 --> 00:46:17,653 Saya tak percaya. 636 00:46:17,736 --> 00:46:19,613 - Sampai hati awak? - Jangan… 637 00:46:19,696 --> 00:46:21,990 - Berhenti! - Ini salah awak! 638 00:46:22,074 --> 00:46:23,909 Hei! Mari sini! 639 00:47:42,571 --> 00:47:44,573 Terjemahan sari kata oleh Hamizah