1 00:00:52,970 --> 00:00:56,557 Saya tak tahu jika Robert masih ingat. 2 00:00:56,640 --> 00:00:59,184 Sebenarnya, saya kenal dia dulu. 3 00:00:59,935 --> 00:01:01,728 Malam itu, bertahun-tahun lalu, 4 00:01:01,812 --> 00:01:06,024 tersandar pada kabinet dapur, mabuk akibat bir murah… 5 00:01:07,317 --> 00:01:08,569 Saya buat dia ketawa 6 00:01:09,152 --> 00:01:13,866 dan ia begitu spontan dan semula jadi. 7 00:01:15,617 --> 00:01:17,202 Saya tahu, dia pun merasainya juga. 8 00:01:18,495 --> 00:01:21,665 Tapi kemudian, dia masuk dan saya perkenalkan mereka. 9 00:01:22,291 --> 00:01:24,543 "Robert, ini Nancy." 10 00:01:40,976 --> 00:01:42,269 Ada apa? 11 00:01:46,648 --> 00:01:48,025 Oh, Tuhan. 12 00:02:29,525 --> 00:02:31,443 BERDASARKAN NOVEL KARYA ARAMINTA HALL 13 00:02:42,454 --> 00:02:44,373 Langsung tak nampak macam dia. 14 00:02:45,290 --> 00:02:48,794 Memang jelas Nancy, tapi, tak nampak macam dia. 15 00:02:50,963 --> 00:02:53,048 Saya pertahankan Davide. 16 00:02:53,131 --> 00:02:56,301 Saya betul-betul fikir, semua ini tak masuk akal. 17 00:02:58,011 --> 00:02:59,012 Betul. 18 00:02:59,638 --> 00:03:01,473 Kini, semua orang dapat melihatnya 19 00:03:01,557 --> 00:03:04,059 dan fikir sesuka hati mereka sebelum saya sempat… 20 00:03:04,142 --> 00:03:05,602 Saya tahu, tapi… 21 00:03:07,980 --> 00:03:13,735 Saya mahu awak tahu, walau apa pun perasaan awak, awak boleh beritahu saya. 22 00:03:15,529 --> 00:03:16,613 Ia… 23 00:03:19,658 --> 00:03:21,869 cukup teruk membayangkan dia bersama orang lain, 24 00:03:21,952 --> 00:03:23,328 tapi melihat gambar itu… 25 00:03:26,999 --> 00:03:29,751 Saya sangka, apabila mereka tangkap lelaki itu, saya… 26 00:03:31,545 --> 00:03:35,716 akan rasa sedikit kelegaan. 27 00:03:40,762 --> 00:03:41,763 Tapi, tidak. 28 00:03:43,515 --> 00:03:45,142 Awak rasa lega? 29 00:03:47,102 --> 00:03:49,271 Tidak. 30 00:03:50,189 --> 00:03:54,359 Walaupun begitu, saya masih mencintainya. 31 00:03:57,404 --> 00:03:59,573 Saya sanggup buat apa saja supaya dia kembali. 32 00:04:01,200 --> 00:04:02,284 Adakah saya gila, atau… 33 00:04:03,785 --> 00:04:04,786 Tidak. 34 00:04:07,497 --> 00:04:08,999 Tidak. Awak tak gila. 35 00:04:16,089 --> 00:04:17,591 Rumah saya di sini. 36 00:04:22,554 --> 00:04:23,847 - Hei. - Ya? 37 00:04:27,226 --> 00:04:29,770 Terima kasih sebab teman saya hari ini. 38 00:04:30,604 --> 00:04:34,024 Tenang rasanya berada di tempat yang penting buatnya. 39 00:04:34,775 --> 00:04:36,777 Walaupun sekejap. 40 00:04:48,080 --> 00:04:49,540 - Terima kasih. - Terima kasih. 41 00:04:55,712 --> 00:04:56,713 Alamak! 42 00:04:58,757 --> 00:04:59,758 Hei. 43 00:05:01,885 --> 00:05:07,766 Saya nak marah awak sebab tak balas mesej saya, tapi… wah! 44 00:05:07,850 --> 00:05:09,268 Maafkan saya. 45 00:05:09,351 --> 00:05:11,436 Kalau awak ada hal, awak boleh saja beritahu saya. 46 00:05:11,520 --> 00:05:14,189 Saya ada jemputan awal untuk tonton balet dengan kawan, 47 00:05:14,273 --> 00:05:16,483 dan telefon saya dalam mod senyap. 48 00:05:16,567 --> 00:05:18,694 Saya rasa, awak tak anggap saya serius. 49 00:05:19,444 --> 00:05:23,448 Saya sangka, awak faham saya tak berminat dengan hubungan serius, J. 50 00:05:23,532 --> 00:05:25,033 Bukan itu maksud saya. 51 00:05:25,117 --> 00:05:28,745 Maksud saya, awak tak hormat saya sebagai seorang manusia. 52 00:05:28,829 --> 00:05:29,913 Saya hormat awak. 53 00:05:30,539 --> 00:05:33,166 J, sekarang masa yang sukar buat saya. 54 00:05:33,250 --> 00:05:35,794 Tapi, bukan tentang malam ini saja. 55 00:05:35,878 --> 00:05:37,796 Selepas parti Hari St. Patrick, awak… 56 00:05:37,880 --> 00:05:40,048 awak datang dua jam selepas awak kata nak datang. 57 00:05:40,132 --> 00:05:41,216 Pada malam kawan awak mati, 58 00:05:41,300 --> 00:05:43,552 awak mesej saya pukul 9:00 malam, tapi datang pukul 1:00 pagi. 59 00:05:43,635 --> 00:05:46,388 - Apa halnya? - Tidak. Selepas pukul 10:00. 60 00:05:46,471 --> 00:05:48,557 - Tidak. Lewat lagi. - Tidak. 61 00:05:48,640 --> 00:05:50,392 El, saya tak tidur. 62 00:05:52,811 --> 00:05:55,189 Kita tak patut cakap hal ini di tepi jalan. 63 00:05:55,272 --> 00:05:57,107 Kita patut naik. 64 00:05:57,816 --> 00:06:00,027 Kita patut buka sebotol wain 65 00:06:00,110 --> 00:06:03,113 dan bincang hal ini seperti orang dewasa. 66 00:06:04,198 --> 00:06:06,283 - Okey? - Awak sebut wain. 67 00:06:06,366 --> 00:06:09,286 Wain yang awak suka, bukan hal dewasa. 68 00:07:33,078 --> 00:07:34,079 Selamat pagi. 69 00:07:34,788 --> 00:07:37,165 - Hei. - Tanpa susu dan gula. 70 00:07:37,249 --> 00:07:39,501 Cuma kopi kisar dan air panas. 71 00:07:39,585 --> 00:07:41,003 - Kesukaan awak. - Terima kasih. 72 00:07:41,086 --> 00:07:42,087 Ya. 73 00:07:43,547 --> 00:07:44,840 Awak akan lambat ke tempat kerja. 74 00:07:44,923 --> 00:07:46,842 Saya rasa, bos saya akan faham. 75 00:07:50,053 --> 00:07:52,723 Saya tak tahu awak minat memancing. Awak minat? 76 00:07:52,806 --> 00:07:53,891 Tidak. 77 00:07:55,767 --> 00:07:59,688 Okey. Kalau awak nak belajar, saya tahu tempat terbaik di Tasik Gregory… 78 00:07:59,771 --> 00:08:02,232 J, awak patut pergi kerja cepat. 79 00:08:02,316 --> 00:08:05,402 Ya. Betul. 80 00:08:05,485 --> 00:08:08,322 Saya akan pergi. Jumpa di sana. 81 00:08:08,405 --> 00:08:09,406 Ya. 82 00:08:22,044 --> 00:08:24,838 - Saya nak coklat. - Saya pun nak coklat. 83 00:08:24,922 --> 00:08:26,006 Malangnya. Saya cakap dulu. 84 00:08:26,089 --> 00:08:28,675 Maaf, sayang. Mak cik perlu pilih yang cakap dulu. 85 00:08:29,259 --> 00:08:33,138 Pakai beg galas dalam masa 20 minit. Cakap apa kepada Mak Cik Ellie? 86 00:08:33,222 --> 00:08:34,722 - Terima kasih, Mak Cik Ellie. - Sama-sama. 87 00:08:34,806 --> 00:08:36,433 - Terima kasih. - Banyak sangat gula? 88 00:08:36,517 --> 00:08:37,643 Jangan mengarut. 89 00:08:38,393 --> 00:08:39,645 Bagusnya kalau awak ibu saya. 90 00:08:39,727 --> 00:08:40,729 Apa awak nak ceritakan tadi 91 00:08:40,812 --> 00:08:42,105 - tentang balet itu? - Muktamad. 92 00:08:42,188 --> 00:08:44,191 Okey, jadi saya tak dibenarkan guna kereta lagi? 93 00:08:44,274 --> 00:08:45,359 Dengar sini, Marcus. 94 00:08:45,442 --> 00:08:47,861 Kamu duduk dalam kereta ayah dan hisap rokok elektronik, itu hukumannya. 95 00:08:47,945 --> 00:08:48,946 - Mana ada. - Hei, kamu berdua. 96 00:08:49,029 --> 00:08:50,030 - Hei, El. - Eleanor. 97 00:08:50,113 --> 00:08:51,782 Mak, boleh suruh ayah jangan hukum saya? 98 00:08:51,865 --> 00:08:53,158 - Saya cuma nak hidupkan enjin. - Sayang. 99 00:08:53,242 --> 00:08:55,494 - Pergi ikut ayah kamu ke luar. - Mari cari kabel lompatan. 100 00:08:55,577 --> 00:08:57,913 - Maafkan saya tentang semua ini. - Tak mengapa. 101 00:08:57,996 --> 00:08:59,957 Saya janji akan beri perhatian penuh kepada awak. 102 00:09:00,040 --> 00:09:01,875 - Saya akan… - Biar saya kemaskan. 103 00:09:01,959 --> 00:09:04,962 - Oh, Tuhan. Maafkan saya. - Tak mengapa. Biar saya kemas. 104 00:09:05,045 --> 00:09:06,463 Biar saya kemas. Ellie, biar saya kemas… 105 00:09:11,134 --> 00:09:12,970 - Apa ini? - Tiada apa-apa. 106 00:09:13,470 --> 00:09:15,514 Tiada apa-apa? Ini laporan polis. 107 00:09:15,597 --> 00:09:17,349 POLIS LOS ANGELES LAPORAN TAMBAHAN 108 00:09:18,016 --> 00:09:19,601 Ia rekod awam. 109 00:09:19,685 --> 00:09:21,645 Ya, tapi kenapa awak simpan? 110 00:09:21,728 --> 00:09:24,565 Sebab ada sesuatu yang tak kena. 111 00:09:24,648 --> 00:09:26,191 Saya tahu Davide ditangkap, 112 00:09:26,275 --> 00:09:28,694 tapi dia ditangkap kerana merompak, bukan membunuh, 113 00:09:28,777 --> 00:09:31,989 disebabkan kenyataan pemberi maklumat rawak. 114 00:09:32,072 --> 00:09:33,699 Bagi saya, ia mencurigakan. 115 00:09:33,782 --> 00:09:37,703 Berita cuba kaitkan dengan Nancy, tapi ia tak berkaitan. 116 00:09:37,786 --> 00:09:40,914 Awak banyak habiskan masa pada hal ini. 117 00:09:41,540 --> 00:09:45,002 Jangan begitu. Jangan cakap macam saya lemah. 118 00:09:46,211 --> 00:09:48,005 Cukuplah mereka layan saya begitu. 119 00:09:48,088 --> 00:09:49,089 Okey. 120 00:10:01,268 --> 00:10:04,229 Terima kasih. Saya tak sanggup buat sendiri. 121 00:10:05,480 --> 00:10:06,773 Saya faham. 122 00:10:06,857 --> 00:10:10,652 Saya asyik tenung mesej lama daripada dia yang saya tak mampu padam. 123 00:10:10,736 --> 00:10:11,737 Ya. 124 00:10:12,988 --> 00:10:16,283 - Ini sarapan awak? - Saya tak ada selera. 125 00:10:16,867 --> 00:10:18,202 Ada masalah lain? 126 00:10:19,161 --> 00:10:23,040 Saya tak nak menyusahkan awak dengan masalah lain pula. 127 00:10:23,123 --> 00:10:24,124 Ada apa? 128 00:10:26,877 --> 00:10:31,507 Tadi, Kit tanya perancangan saya untuk hari jadi Cora hujung minggu ini. 129 00:10:31,590 --> 00:10:33,008 Saya terlupa. 130 00:10:33,091 --> 00:10:35,844 Sekarang, saya cuba cari DJ untuk disko senyap 131 00:10:35,928 --> 00:10:37,638 yang saya pun tak pasti jika Cora minat, 132 00:10:37,721 --> 00:10:40,807 dan saya sedang buat carian "parti hari jadi gadis 17 tahun." 133 00:10:40,891 --> 00:10:43,644 Hati-hati. Nanti awak digelar pesalah seks. 134 00:10:44,353 --> 00:10:47,105 Terima kasih. Sekarang, saya rasa dungu dan macam penyumbaleweng. 135 00:10:50,984 --> 00:10:53,779 Bapa jenis apa yang lupa hari jadi anak sendiri? 136 00:10:54,279 --> 00:10:55,531 Tak sangka betul. 137 00:10:55,614 --> 00:10:57,783 - Bapa yang mengahwini Nancy. - Ya. 138 00:10:57,866 --> 00:10:59,743 Sebelum ini, awak tak perlu fikir tentangnya. 139 00:10:59,826 --> 00:11:01,787 Ya, tapi setidaknya saya nak cuba. 140 00:11:01,870 --> 00:11:04,706 Ini hari jadi pertamanya selepas… 141 00:11:08,752 --> 00:11:10,671 Nancy selalu pastikan ia meriah. 142 00:11:10,754 --> 00:11:12,965 Saya bersumpah, saya takkan beri ucapan. 143 00:11:13,048 --> 00:11:16,802 Enam belas tahun lalu, hadiah paling berharga muncul dalam hidup saya, 144 00:11:16,885 --> 00:11:20,013 dan hari ini, kita dapat raikan dia. 145 00:11:20,097 --> 00:11:23,517 Tanpa membuang masa, dijemput, gadis yang diraikan. 146 00:11:23,600 --> 00:11:25,394 Anak gadis saya, Cora. 147 00:11:28,438 --> 00:11:29,815 Berseronoklah malam ini. 148 00:11:37,948 --> 00:11:39,366 HARI JADI KE-16 149 00:11:56,884 --> 00:11:58,552 Saya tak mahu buat silap. 150 00:12:00,179 --> 00:12:01,805 Saya boleh tolong. 151 00:12:01,889 --> 00:12:05,559 Saya selalu hadiri majlis yang Nancy anjurkan. 152 00:12:05,642 --> 00:12:08,353 Mungkin saya boleh fikirkan sesuatu. 153 00:12:08,437 --> 00:12:11,690 - Tak menyusahkan awak? - Ini tentang Cora. Tak menyusahkan pun. 154 00:12:11,773 --> 00:12:14,860 - Langsung tidak. - Terima kasih. 155 00:12:14,943 --> 00:12:16,945 Ya. Okey. 156 00:12:17,029 --> 00:12:19,865 - Kongsikan idea awak setakat ini, okey? - Ya. Okey. 157 00:12:26,330 --> 00:12:29,833 Detektif Ganz, awak mahu beli rumah di kejiranan ini? 158 00:12:30,417 --> 00:12:32,753 Malangnya, tak mampu dengan gaji saya. 159 00:12:33,670 --> 00:12:34,755 Kereta ini cantik. 160 00:12:35,297 --> 00:12:37,382 - Terima kasih. - Rekaan mengagumkan. 161 00:12:38,008 --> 00:12:42,095 Tapi, tak ramai orang sanggup buat cat khas pada kereta 450 SL vintaj. 162 00:12:42,721 --> 00:12:45,432 Apa pun, kalau duit bukan masalah, tak kisahlah 163 00:12:45,516 --> 00:12:48,644 jika kita rosakkan kereta klasik yang masih cantik. 164 00:12:50,270 --> 00:12:52,272 - Lain orang, lain minat. - Ya. 165 00:12:52,981 --> 00:12:53,982 Semoga hari awak indah. 166 00:12:54,566 --> 00:12:56,610 Sebenarnya, kalau awak tak kisah… 167 00:12:58,445 --> 00:12:59,947 Tentu awak dah tengok gambar ini. 168 00:13:00,030 --> 00:13:04,576 - Ya. Tersebar dalam berita. - Ya. Saya banyak kali kaji gambar ini, 169 00:13:04,660 --> 00:13:10,582 dan saya tak dapat abaikan reaksi muka Pn. Hennessey. 170 00:13:11,542 --> 00:13:15,796 Betul tak? Dia nampak tenang. Langsung tak nampak cemas. 171 00:13:15,879 --> 00:13:17,297 Tapi, tak masuk akal pula. 172 00:13:17,381 --> 00:13:21,760 Apa persamaan sosialit dari Pasadena dengan golongan sebegitu? 173 00:13:21,844 --> 00:13:24,263 Dia tak selalu berperwatakan sosialit. 174 00:13:25,055 --> 00:13:26,765 Hidupnya berbeza sebelum mengenali Robert. 175 00:13:26,849 --> 00:13:28,267 Bagaimana hidupnya? 176 00:13:29,059 --> 00:13:30,269 Kehidupan sukar. 177 00:13:30,352 --> 00:13:34,189 Ibu kaki botol, bapa tiri pendera, taman treler. 178 00:13:34,273 --> 00:13:36,358 Tak mudah. 179 00:13:36,859 --> 00:13:39,695 Ya. Kami dah siasat sejarahnya. 180 00:13:40,737 --> 00:13:42,531 Itu menjadikan semua ini bertambah aneh. 181 00:13:42,614 --> 00:13:45,117 - Kenapa? - Wanita sebegitu, 182 00:13:45,200 --> 00:13:49,204 apa pula persamaannya dengan Robert dan keluarga Robert? 183 00:13:50,581 --> 00:13:51,915 Atau dengan awak? 184 00:13:52,708 --> 00:13:55,878 Adakah persahabatan saya di bawah siasatan? 185 00:13:55,961 --> 00:13:58,380 Tidak. 186 00:13:59,089 --> 00:14:01,383 Adakah dakwaan merompak itu palsu? 187 00:14:02,092 --> 00:14:03,594 Awak takkan tanya saya semua itu 188 00:14:03,677 --> 00:14:05,721 jika dakwaan terhadap Davide kukuh. 189 00:14:06,388 --> 00:14:08,390 Awak sedang mengesyaki orang lain? 190 00:14:10,767 --> 00:14:12,186 Terima kasih kerana luangkan masa. 191 00:14:50,182 --> 00:14:52,351 - Tak guna. - Turunkan tingkap! 192 00:14:55,562 --> 00:14:58,398 Awak tak berhak mengekori saya. Ini dikira gangguan. 193 00:14:58,482 --> 00:15:01,151 Saya mahu tahu nama dan nombor lencana awak. 194 00:15:01,235 --> 00:15:02,236 Saya bukan polis. 195 00:15:03,237 --> 00:15:04,821 Saya bekerja untuk Donovan. 196 00:15:09,868 --> 00:15:10,869 Okey. 197 00:15:12,913 --> 00:15:14,998 Awak pernah berada di zon perang? 198 00:15:15,624 --> 00:15:18,001 Kehilangan nyawa mampu mengubah kita. 199 00:15:18,085 --> 00:15:20,629 Jadi, saya suruh mereka mohon suaka, 200 00:15:20,712 --> 00:15:24,132 gunakan pengaruh kenalan kerajaan yang kita bincangkan dan… 201 00:15:24,716 --> 00:15:29,179 Pendek kata, kini mereka ada klinik gigi yang semakin maju. 202 00:15:29,263 --> 00:15:32,724 Anak perempuan mereka baru tamat belajar dari Vassar tahun lepas. 203 00:15:32,808 --> 00:15:34,059 Hebatnya. 204 00:15:35,269 --> 00:15:39,273 Apabila hati mula berbicara, kita perlu dengar. 205 00:15:40,190 --> 00:15:43,694 Cik, maafkan saya. Saya ada urusan sikit, 206 00:15:43,777 --> 00:15:45,779 tapi kita jumpa nanti di kolam. 207 00:15:49,199 --> 00:15:52,619 Comelnya. Awak guna kisah saya untuk goda wanita? 208 00:15:53,245 --> 00:15:54,329 Kisah yang hebat. 209 00:15:55,038 --> 00:15:57,374 Saya dan mak tanggung kerja amal kecil awak, 210 00:15:57,457 --> 00:15:58,959 jadi, ia kisah saya juga. 211 00:15:59,042 --> 00:16:01,920 "Kerja amal kecil"? Terima kasih. 212 00:16:02,838 --> 00:16:05,174 Anak perempuan mereka belajar di universiti Ohio State. 213 00:16:05,257 --> 00:16:06,341 Vassar kedengaran lebih menarik. 214 00:16:06,425 --> 00:16:10,345 Jadi, Winston kata awak lari laju. 215 00:16:10,429 --> 00:16:12,264 Ya, apabila terpaksa. 216 00:16:12,347 --> 00:16:15,225 Bagi sesetengah keluarga, apabila kawan seseorang mati, 217 00:16:15,309 --> 00:16:18,645 mereka berikan bunga, bakul atau berikan pelukan. 218 00:16:19,396 --> 00:16:20,522 Saya tak reti. 219 00:16:21,190 --> 00:16:23,984 Kata orang, itu sumpahan keluarga senang dan kaya. 220 00:16:24,067 --> 00:16:26,069 - Okey. - Tak cukup pelukan. 221 00:16:26,153 --> 00:16:27,905 Terlalu banyak sublimasi emosi, faham tak? 222 00:16:27,988 --> 00:16:31,200 Okey. Memandangkan orang awak, Winston dah berhenti ekori saya, 223 00:16:31,283 --> 00:16:34,203 dan awak nampak saya sangat selamat dan sihat, 224 00:16:34,870 --> 00:16:36,413 kamu semua patut balik rumah. 225 00:16:38,457 --> 00:16:39,750 Saya memang nak balik. 226 00:16:40,501 --> 00:16:42,085 Saya ada banyak kerja selain perlu mengasuh awak. 227 00:16:42,169 --> 00:16:44,254 - Tapi… - Tapi, apabila tragedi melanda, 228 00:16:44,338 --> 00:16:46,798 kebiasaannya, awak akan sukar dijangka. 229 00:16:47,591 --> 00:16:49,301 - Itu tak adil. - Tak adil? 230 00:16:49,384 --> 00:16:50,385 Tak. 231 00:16:50,469 --> 00:16:52,471 - Semasa ayah meninggal… - Jangan. Tidak. Jangan cakap begitu. 232 00:16:52,554 --> 00:16:54,681 Jangan libatkan dia dalam hal ini. 233 00:16:54,765 --> 00:16:57,601 Keadaan saya ketika itu tak sama. 234 00:16:59,853 --> 00:17:01,063 Biar betul? 235 00:17:01,146 --> 00:17:03,482 Jika saya tegur awak tanpa bukti, awak akan nafikan. 236 00:17:03,565 --> 00:17:05,567 Ini dua kawan lama yang bersedih. 237 00:17:05,651 --> 00:17:06,818 Awak nampak tersenyum lebar 238 00:17:06,902 --> 00:17:09,363 - walaupun bersedih. - Kami meraikan minat 239 00:17:09,445 --> 00:17:10,864 seseorang yang kami sayang. 240 00:17:12,406 --> 00:17:15,827 E, kita berdua tahu awak suka memujuk orang yang kesusahan. 241 00:17:16,494 --> 00:17:18,329 Terutamanya, orang Kaukasia tertentu yang kacak. 242 00:17:18,413 --> 00:17:20,665 - Mungkin jika awak sertai BSU… - Apa? 243 00:17:20,749 --> 00:17:22,334 - …atau sororiti kulit hitam… - Dah mula dah. 244 00:17:22,416 --> 00:17:23,710 …awak akan kenal lelaki bernama Jamal atau Terrell, 245 00:17:23,794 --> 00:17:26,296 - bukannya mendambakan lelaki itu. - Saya tak boleh. 246 00:17:26,380 --> 00:17:27,923 Awak tak guna. 247 00:17:28,006 --> 00:17:32,094 Kenapa awak tak mengaku saja, awak lembut hati apabila berkaitan Robert? 248 00:17:32,177 --> 00:17:33,637 Awak selalu begitu. 249 00:17:35,222 --> 00:17:36,223 Awak dah selesai? 250 00:17:36,807 --> 00:17:38,809 Jangan ekori saya lagi. 251 00:18:00,539 --> 00:18:02,457 ROBERT - POLIS ADA DI SINI. MEREKA GELEDAH SATU RUMAH. 252 00:18:02,541 --> 00:18:06,044 SEMUA INI MELAMPAU. AWAK BOLEH DATANG? 253 00:18:47,878 --> 00:18:48,879 Mereka ada waran. 254 00:18:49,796 --> 00:18:51,965 Waran untuk apa? 255 00:18:52,758 --> 00:18:54,218 Barang-barang Nancy. 256 00:18:54,301 --> 00:18:55,802 Rekod kewangan kami. 257 00:18:55,886 --> 00:18:59,389 Mereka nak tengok, jika saya dapat habuan kerana isteri saya dibunuh. 258 00:19:00,098 --> 00:19:01,266 Oh, Tuhan. 259 00:19:01,350 --> 00:19:03,060 Mereka ambil komputer riba saya. 260 00:19:03,644 --> 00:19:05,729 Saya terfikir nak hubungi Kit, tapi dia akan beritahu ayah kami 261 00:19:05,812 --> 00:19:08,148 dan ayah tentu akan buat kecoh. 262 00:19:10,400 --> 00:19:12,444 Saya rasa, mereka cuma jalankan tugas mereka, Robert. 263 00:19:12,528 --> 00:19:14,696 - Mereka takkan jumpa apa-apa. - Tentulah tiada. 264 00:19:14,780 --> 00:19:17,199 Saya tak maksudkan begitu. Maksud saya… 265 00:19:17,282 --> 00:19:18,367 Awak betul. Maafkan saya. 266 00:19:18,450 --> 00:19:20,536 Semua ini sangat… 267 00:19:22,955 --> 00:19:26,250 Mungkin waktu ini tak sesuai untuk anjurkan parti hari jadi. 268 00:19:29,378 --> 00:19:30,754 Saya tak setuju. 269 00:19:32,172 --> 00:19:35,175 Saya rasa, kita perlu teruskan hidup. 270 00:19:35,968 --> 00:19:37,761 Cora berhak jalani hidup normal. 271 00:19:38,679 --> 00:19:39,763 Begitu juga awak. 272 00:19:41,390 --> 00:19:43,392 Saya rasa, Nancy pun tentu mahukan begitu. 273 00:19:48,897 --> 00:19:50,899 PENYELAMATAN DAN BANTUAN ANTARABANGSA 274 00:19:52,943 --> 00:19:56,864 Jadi, jika kita mahu tambah seseorang ke dalam pasukan di Liberia, 275 00:19:56,947 --> 00:19:58,699 saya pilih Chelsea. 276 00:19:59,449 --> 00:20:00,784 Dia tawarkan diri? 277 00:20:01,285 --> 00:20:02,995 Tidak, tapi, dia ada tunjukkan inisiatif. 278 00:20:03,078 --> 00:20:04,329 ROBERT MEREKA BEBASKAN DAVIDE. 279 00:20:04,413 --> 00:20:06,582 Dia kenal ramai orang tempatan. Saya rasa, itu boleh membantu kita. 280 00:20:09,960 --> 00:20:12,379 El… 281 00:20:13,797 --> 00:20:15,299 Ya, maafkan saya. 282 00:20:15,382 --> 00:20:16,842 Ya. Tak mengapa. 283 00:20:17,551 --> 00:20:19,344 Saya boleh beritahu dia, kalau awak mahu. 284 00:20:19,428 --> 00:20:20,429 Okey. 285 00:20:22,389 --> 00:20:23,390 Hei, J. 286 00:20:23,473 --> 00:20:25,058 Perkara ini takkan terjadi, 287 00:20:25,142 --> 00:20:29,980 tapi, siasatan polis jadi semakin rumit, maka… 288 00:20:31,523 --> 00:20:35,736 jika ada orang bertanyakan tentang saya… 289 00:20:35,819 --> 00:20:38,238 Saya tahu. Saya faham. 290 00:20:39,031 --> 00:20:40,449 Saya takkan beritahu apa-apa, okey? 291 00:20:40,532 --> 00:20:41,700 Awak boleh beritahu. 292 00:20:42,618 --> 00:20:44,536 Awak boleh beritahu mereka, saya di rumah awak. 293 00:20:48,916 --> 00:20:50,918 - Saya sangka, kita mahu rahsiakan. - Ya. 294 00:20:51,001 --> 00:20:55,547 Tapi, jika ada orang tanya, kita perlu membantu. 295 00:20:55,631 --> 00:20:56,798 - Ellie. - Ya? 296 00:20:56,882 --> 00:20:57,966 Mak cik ada masa sekejap? 297 00:20:58,050 --> 00:20:59,134 Ya, sudah tentu. 298 00:20:59,885 --> 00:21:01,637 Boleh tinggalkan kami sekejap? Maaf. 299 00:21:01,720 --> 00:21:03,222 - Ya. Sudah tentu. - Terima kasih. 300 00:21:05,766 --> 00:21:07,059 Ada apa? Kamu okey? 301 00:21:07,142 --> 00:21:08,143 Tentang ibu saya. 302 00:21:09,019 --> 00:21:10,854 Seseorang perlu ambil dia dari balai polis. 303 00:21:10,938 --> 00:21:12,689 Apa? Apa maksud kamu? 304 00:21:24,117 --> 00:21:25,619 JABATAN POLIS PASADENA 305 00:21:27,621 --> 00:21:29,581 Saya dah hubungi peguam. Dia dalam perjalanan. 306 00:21:29,665 --> 00:21:32,292 Dia takkan jawab sebarang soalan selagi peguam belum sampai. 307 00:21:32,376 --> 00:21:33,585 Kami bukan tahan dia. 308 00:21:33,669 --> 00:21:36,046 Saya cuma perlukan seseorang untuk kawal dia. 309 00:21:36,129 --> 00:21:37,422 Saya tak faham. 310 00:21:37,506 --> 00:21:41,218 Saya dapat tahu, kawan awak mengganggu pegawai saya. 311 00:21:41,301 --> 00:21:42,636 - Apa? - Minggu lepas saja, 312 00:21:42,719 --> 00:21:46,807 dia membuat 20 permohonan rekod awam, 313 00:21:46,890 --> 00:21:48,767 dan hari ini, dia melampaui batas. 314 00:21:48,851 --> 00:21:50,853 Lain kali, dia akan digari. 315 00:21:57,192 --> 00:21:59,486 - Apa awak dah buat? - Tak pentinglah. 316 00:21:59,570 --> 00:22:01,738 Tidak. Ia sangat penting. 317 00:22:03,198 --> 00:22:04,783 - Saya guna perkataan memaki. - Apa? 318 00:22:05,534 --> 00:22:07,703 - Ketika baling pengokot. - Oh, Tuhan. 319 00:22:07,786 --> 00:22:09,288 - Pada dinding. - Okey. 320 00:22:09,371 --> 00:22:11,081 - Bukan pada orang. - Awak okey? 321 00:22:11,707 --> 00:22:14,459 Mereka membuang masa menyiasat tentang Davide. 322 00:22:14,543 --> 00:22:17,796 Mereka juga enggan lihat semua maklumat saya ada. 323 00:22:17,880 --> 00:22:20,924 Saya bulatkan setiap orang bernama David dalam buku tahunan kolej kita. 324 00:22:21,008 --> 00:22:23,719 Saya temukan setiap David yang dia ikuti di media sosial. 325 00:22:23,802 --> 00:22:27,139 Saya juga jumpa seorang William David yang ada kedai bunga di Texas, 326 00:22:27,222 --> 00:22:29,850 dan Nancy menyukai muat naiknya di Pinterest dan saya rasa… 327 00:22:29,933 --> 00:22:31,268 - Saya tahu bunyinya mengarut, tapi… - Ya, 328 00:22:31,351 --> 00:22:33,478 - jangan marah kalau saya tanya. - Apa? 329 00:22:34,771 --> 00:22:36,106 Awak ambil… 330 00:22:36,190 --> 00:22:37,482 Tidak, El, jangan begini. 331 00:22:37,566 --> 00:22:40,569 Saya tak ambil ubat lain selain Aspirin dalam masa enam bulan, okey? 332 00:22:40,652 --> 00:22:41,653 Okey. 333 00:22:43,447 --> 00:22:45,115 Maaf, saya tak dapat abaikan hal ini. 334 00:22:47,409 --> 00:22:49,411 Tapi, dia beritahu awak, El. 335 00:22:50,537 --> 00:22:53,207 Dia sisihkan saya dan awak tahu semua cerita… 336 00:22:54,875 --> 00:22:56,043 Kini, saya takkan tahu. 337 00:22:56,877 --> 00:22:58,128 Dia sisihkan saya juga. 338 00:22:58,212 --> 00:23:00,214 Banyak perkara saya tak tahu. 339 00:23:02,132 --> 00:23:05,177 Saya harap saya dapat lupakannya macam awak lakukan. 340 00:23:06,887 --> 00:23:08,388 Menggunakan kerja dan Robert. 341 00:23:11,016 --> 00:23:15,312 Saya rasa, malam ini kita patut berehat sepuasnya, okey? 342 00:23:15,395 --> 00:23:16,396 Saya akan pesan makanan. 343 00:23:16,480 --> 00:23:18,482 Saya akan bawa untuk awak, anak-anak dan Howard. 344 00:23:18,565 --> 00:23:20,984 Kita akan bersantai. 345 00:23:21,610 --> 00:23:23,111 - Okey. - Okey? Baiklah. 346 00:23:23,195 --> 00:23:24,696 Tak sangka ada lagi orang cakap begitu. 347 00:23:24,780 --> 00:23:26,114 Sayalah orangnya. 348 00:23:26,198 --> 00:23:27,491 Kita akan bersantai. 349 00:23:49,012 --> 00:23:51,098 Hei, saya singgah nak hantar… 350 00:23:51,682 --> 00:23:53,934 Robert. Hei. 351 00:23:55,102 --> 00:23:56,270 Robert! 352 00:23:59,147 --> 00:24:01,358 - Hei. - Hei. 353 00:24:02,067 --> 00:24:03,652 Itu nampak melegakan. 354 00:24:04,361 --> 00:24:05,529 Ya. 355 00:24:06,446 --> 00:24:10,284 Setiap kali teringin arak, saya turun main tenis di sini. 356 00:24:10,367 --> 00:24:12,160 Dah berapa lama awak di sini? 357 00:24:14,872 --> 00:24:16,999 Mungkin saya betul-betul teringin arak. 358 00:24:18,417 --> 00:24:19,793 Awak okey? 359 00:24:19,877 --> 00:24:21,253 Polis ada maklumkan apa-apa? 360 00:24:21,336 --> 00:24:23,130 Mereka hantar beberapa kotak milik Nancy, 361 00:24:23,213 --> 00:24:24,506 tapi, tiada apa-apa makluman. 362 00:24:25,132 --> 00:24:26,800 Tapi, saya dapat makluman daripada abang awak. 363 00:24:28,177 --> 00:24:29,595 Awak bergurau? 364 00:24:30,512 --> 00:24:31,763 Saya agak terkejut dia hubungi saya. 365 00:24:31,847 --> 00:24:33,015 Setelah bertahun-tahun. 366 00:24:33,599 --> 00:24:36,143 Apa dia mahu? 367 00:24:36,977 --> 00:24:39,188 - Sampaikan ucapan takziah. - Okey. 368 00:24:39,271 --> 00:24:42,107 - Dia tak pernah suka saya. - Sudahlah. 369 00:24:42,191 --> 00:24:43,859 Saya pernah beritahu awak, kata-kata dia terhadap saya? 370 00:24:44,776 --> 00:24:46,778 - Tidak. - Ketika memancing 371 00:24:46,862 --> 00:24:49,072 bersama ayah awak. Tahun pertama. Cuti musim bunga. 372 00:24:49,156 --> 00:24:50,199 Ya. 373 00:24:50,282 --> 00:24:51,992 Kira-kira sejam selepas kita sampai, 374 00:24:52,075 --> 00:24:55,913 Donovan kepung saya dan cakap, awak tak boleh diganggu. 375 00:24:55,996 --> 00:24:57,372 Bercinta, maksudnya. 376 00:24:58,290 --> 00:25:00,000 Kenapa dia cakap begitu? 377 00:25:00,083 --> 00:25:02,753 Saya pasti dia cuma jalankan tugas sebagai seorang abang. 378 00:25:02,836 --> 00:25:04,254 Saya tak ambil hati pun. 379 00:25:04,796 --> 00:25:06,423 Saya mahu pergi mandi. 380 00:25:06,507 --> 00:25:07,508 Awak lama lagi di sini? 381 00:25:08,091 --> 00:25:09,718 - Saya tak pasti. - Okey. 382 00:25:24,775 --> 00:25:26,443 Awak ingat, kita hidup di tahun berapa? 383 00:25:28,320 --> 00:25:30,531 Dah lama saya berjemur. Beri saya masa untuk fikir sekejap. 384 00:25:30,614 --> 00:25:31,949 Awak ingat kita di zaman kegelapan 385 00:25:32,032 --> 00:25:35,536 yang membolehkan awak tentukan siapa pasangan saya? 386 00:25:35,619 --> 00:25:38,413 Walau apa pun yang awak dan mak fikir, 387 00:25:38,497 --> 00:25:41,208 saya seorang dewasa. Dewasa. 388 00:25:41,291 --> 00:25:43,877 Orang pandang tinggi pada saya dan mengharapkan saya. 389 00:25:43,961 --> 00:25:47,130 Saya buat keputusan bertanggungjawab tentang keinginan dan tindakan saya. 390 00:25:48,257 --> 00:25:49,258 Okey. 391 00:25:50,259 --> 00:25:51,927 Apa kata awak duduk? 392 00:25:52,469 --> 00:25:54,596 Beritahu saya, apa yang buat awak terlalu marah hari ini. 393 00:25:55,556 --> 00:25:56,640 Awak hubungi Robert. 394 00:25:58,976 --> 00:26:01,144 Cepatnya. Kamu berdua selalu berbual, ya? 395 00:26:02,479 --> 00:26:06,358 Dia beritahu saya kata-kata awak ketika kali pertama kamu berjumpa. 396 00:26:06,441 --> 00:26:08,944 Awak larang dia bercinta dengan saya. 397 00:26:09,736 --> 00:26:11,154 Memang menyakitkan. 398 00:26:11,989 --> 00:26:13,115 Boleh beritahu saya sebabnya? 399 00:26:13,198 --> 00:26:14,283 Sudahlah, E. Awak pun tahu sebabnya. 400 00:26:14,366 --> 00:26:17,619 Tidak, saya tak tahu. Saya nak dengar awak cakap. 401 00:26:18,203 --> 00:26:19,204 Okey. 402 00:26:21,874 --> 00:26:22,875 Saya nampak. 403 00:26:24,418 --> 00:26:29,173 Kamu berdua bijak, sensitif dan berpemikiran sama. 404 00:26:29,256 --> 00:26:33,677 Dalam vakum, jika tiada orang lain di dunia ini, 405 00:26:34,803 --> 00:26:38,098 kamu berdua seperti Ken dan Barbie berbilang kaum yang sepadan. 406 00:26:39,224 --> 00:26:41,310 - Tapi, memandangkan dunia ini… - Bukan dunia. 407 00:26:42,060 --> 00:26:44,396 - Keluarga dia. - Awak tak tahu apa-apa 408 00:26:44,479 --> 00:26:47,274 - tentang keluarganya. - Keluarga Hennessey keturunan kaya-raya 409 00:26:47,357 --> 00:26:48,984 dan fikir mereka terlalu bagus. 410 00:26:49,067 --> 00:26:53,530 Mereka fikir, kebertanggungjawaban hanya mitos dan etika itu satu jenaka. 411 00:26:53,614 --> 00:26:56,200 Awak rasa, siapa yang aturkan supaya Davide ditahan? 412 00:26:56,992 --> 00:26:59,620 Terang-terangan ia perbuatan Hennessey. 413 00:26:59,703 --> 00:27:01,705 Bersatu untuk lindung ahli keluarga mereka. 414 00:27:01,788 --> 00:27:04,458 Tidak. Awak memang merepek. 415 00:27:05,000 --> 00:27:06,752 Robert tak bunuh Nancy. 416 00:27:06,835 --> 00:27:09,254 Nancy ada kekasih yang bernama David, 417 00:27:09,338 --> 00:27:10,839 dan David yang bunuh dia. 418 00:27:10,923 --> 00:27:14,301 - Mungkin Robert dapat tahu tentang David. - Dia tak tahu tentang David. 419 00:27:14,384 --> 00:27:16,470 Dia tak tahu tentang hubungan sulit itu sebelum saya beritahu dia. 420 00:27:16,553 --> 00:27:18,680 Ketika saya beritahu dia, Nancy sudah pun mati. 421 00:27:19,473 --> 00:27:20,682 Sekejap. Awak… 422 00:27:22,935 --> 00:27:26,647 Awak beritahu Robert yang isterinya mencuranginya? 423 00:27:26,730 --> 00:27:27,731 Ya. 424 00:27:28,524 --> 00:27:30,025 Sebab Robert risau. 425 00:27:30,108 --> 00:27:32,319 Dia mahu hubungi polis dan saya mahu membantu. 426 00:27:32,402 --> 00:27:36,240 Nampaknya, kebelakangan ini awak selalu bantu Robert. 427 00:27:38,700 --> 00:27:40,452 Awak nak jadi pengganti. 428 00:27:40,536 --> 00:27:44,373 Awak tak faham apa yang awak katakan. 429 00:27:44,456 --> 00:27:45,707 - Betul? - Ya. 430 00:27:58,637 --> 00:28:00,556 Saya tak sangka mak masuk penjara. 431 00:28:00,639 --> 00:28:04,142 Mana ada. Mak cuma tak patuh undang-undang, 432 00:28:04,226 --> 00:28:06,353 dan kita ada hak buat begitu. 433 00:28:09,356 --> 00:28:11,275 Tapi, maafkan mak sebab buat kamu takut. 434 00:28:11,358 --> 00:28:12,860 - Saya tak takut. - Okey. 435 00:28:12,943 --> 00:28:13,944 Ayah takut. 436 00:28:19,032 --> 00:28:21,118 Apa? Hei, saya belum habis makan. 437 00:28:21,201 --> 00:28:22,411 Kita dah habis makan. 438 00:28:22,494 --> 00:28:24,288 Melainkan, ada sesiapa nak tolong ayah cuci pinggan. 439 00:28:24,371 --> 00:28:25,414 - Tak nak! - Tak nak! 440 00:28:25,497 --> 00:28:26,790 Hei. Jangan. Hei… 441 00:28:26,874 --> 00:28:28,375 Junie, mari sini. 442 00:28:28,917 --> 00:28:30,919 - Biar saya tolong. - Terima kasih. 443 00:28:32,629 --> 00:28:33,630 Mereka ketakutan. 444 00:28:34,214 --> 00:28:36,175 Mereka tak nak mengaku mereka takut. 445 00:28:36,258 --> 00:28:39,428 Awak keluar tanpa penjelasan dan kami terima panggilan daripada polis. 446 00:28:43,098 --> 00:28:44,516 Saya tahu dia bermakna buat awak, 447 00:28:45,392 --> 00:28:46,727 tapi, keluarga awak pun bermakna. 448 00:28:48,604 --> 00:28:50,898 Mereka masih di sini. Mereka perlukan awak. 449 00:28:51,481 --> 00:28:53,567 - Kami perlukan awak. - Saya tak tahu bagaimana… 450 00:28:54,109 --> 00:28:56,236 Saya tak tahu bagaimana nak lupakannya, okey? 451 00:28:58,822 --> 00:29:02,242 Terima kasih, Eleanor, sebab membantu dan bawakan mi. 452 00:29:03,827 --> 00:29:04,870 Perkara kecil saja. 453 00:29:17,799 --> 00:29:19,092 Dia berhak rasa risau. 454 00:29:19,176 --> 00:29:20,552 Saya tahu. 455 00:29:22,179 --> 00:29:24,932 Okey, sekarang saya mahu awak berfikiran terbuka. 456 00:29:26,767 --> 00:29:27,768 Tentang apa? 457 00:29:27,851 --> 00:29:31,313 Saya jumpa alamat Davide. 458 00:29:32,940 --> 00:29:35,692 - Tidak. - Awak tak penatkah dengan mereka 459 00:29:35,776 --> 00:29:38,862 yang fikir kita tak layak tahu jawapan sebab kita kawannya? 460 00:29:38,946 --> 00:29:40,781 - Tentulah saya penat. - Davide lukis Nancy. 461 00:29:40,864 --> 00:29:42,407 Dia berparti dengan Nancy. 462 00:29:42,491 --> 00:29:45,035 Dia mungkin tahu sesuatu tentang kejadian sebenar. 463 00:29:45,118 --> 00:29:47,162 Kita tak boleh ganggu siasatan. 464 00:29:51,667 --> 00:29:53,085 Dia tak membalas. 465 00:29:54,253 --> 00:29:55,546 Siapa? 466 00:29:56,421 --> 00:30:00,259 Ada seorang kaunselor kesedihan dalam YouTube. 467 00:30:02,010 --> 00:30:06,515 Dia cadangkan kita bercakap dengan orang tersayang yang dah mati. 468 00:30:07,474 --> 00:30:08,892 Selama ini, saya cuba. 469 00:30:08,976 --> 00:30:12,104 Semasa tiada sesiapa di rumah atau ketika mereka tidur, 470 00:30:12,187 --> 00:30:14,022 supaya mereka tak fikir saya gila. 471 00:30:15,607 --> 00:30:17,276 Saya bercakap dengan dia. 472 00:30:17,359 --> 00:30:21,238 Saya beritahu dia tentang gigi Artie tercabut lagi, 473 00:30:21,321 --> 00:30:24,658 Howard mungkin akan dapat kerja baharu… 474 00:30:27,452 --> 00:30:28,620 Tapi, dia tak membalas. 475 00:30:34,042 --> 00:30:35,377 Dia tak beri reaksi. 476 00:30:39,256 --> 00:30:41,091 Saya pula ada banyak persoalan. 477 00:30:43,177 --> 00:30:44,178 Tolong bantu saya. 478 00:30:54,855 --> 00:30:55,856 Helo. 479 00:30:55,939 --> 00:30:57,733 Jangan ganggu saya. 480 00:30:57,816 --> 00:31:01,486 Encik, kami bukan wartawan atau pegawai polis. 481 00:31:01,570 --> 00:31:03,530 Kami kawan Nancy. 482 00:31:03,614 --> 00:31:05,032 Kami cuma nak berbual. 483 00:31:06,074 --> 00:31:07,492 Pergi. 484 00:31:07,576 --> 00:31:08,619 Tidak. 485 00:31:08,702 --> 00:31:10,871 Kami takkan pergi. 486 00:31:11,788 --> 00:31:14,333 - Tolong benarkan kami masuk. - Mary. 487 00:31:15,000 --> 00:31:16,710 Awak dah gila? 488 00:31:16,793 --> 00:31:19,505 Tolonglah. Dia kawan kami. 489 00:31:21,340 --> 00:31:22,341 Tolonglah. 490 00:31:54,581 --> 00:31:58,126 Dia nampak karya saya di rumah seorang pengumpul dan hubungi saya. 491 00:31:58,710 --> 00:32:02,297 Saya sangka, dia seperti wanita kulit putih yang, jangan tersinggung, 492 00:32:02,381 --> 00:32:06,176 mahu saya lukis potret yang mereka sangka diri sebenar mereka. 493 00:32:06,260 --> 00:32:07,553 Tapi, selepas beberapa lakaran, 494 00:32:08,720 --> 00:32:10,639 semakin jelas yang dia berbeza. 495 00:32:10,722 --> 00:32:12,975 Dia mahu saya lukis parutnya. 496 00:32:13,058 --> 00:32:15,519 Katanya, daripada kemalangan yang terjadi kerana dia. 497 00:32:15,602 --> 00:32:18,146 Dia kata, parut itu ialah salah dia? 498 00:32:18,230 --> 00:32:20,023 Parut itu bukan salah dia. 499 00:32:20,107 --> 00:32:25,028 Davide, daripada gambar itu, kamu berdua nampak sangat rapat. 500 00:32:25,112 --> 00:32:28,115 Saya tak ingat pun tentang gambar itu. 501 00:32:28,198 --> 00:32:29,867 Dia seolah-olah tiada di parti itu. 502 00:32:29,950 --> 00:32:31,243 Saya rasa, lelaki yang dia bawa 503 00:32:31,326 --> 00:32:32,995 - tak berseronok ketika itu. - Apa? 504 00:32:33,078 --> 00:32:34,663 Apa maksud awak, "lelaki yang dia bawa"? 505 00:32:34,746 --> 00:32:36,832 Davide, awak masih ingat wajahnya? 506 00:32:37,916 --> 00:32:38,917 Dia lelaki kulit putih. 507 00:32:39,751 --> 00:32:41,461 Awak rasa, dia bersama Robert? 508 00:32:41,545 --> 00:32:43,964 Tidak. Dia tak pernah tengok gambar itu. 509 00:32:45,883 --> 00:32:46,884 Boleh awak tengok… 510 00:32:46,967 --> 00:32:48,969 - Robert tentu beritahu saya. - Sekejap. 511 00:32:49,052 --> 00:32:50,637 Boleh tengok gambar ini? 512 00:32:50,721 --> 00:32:52,514 Awak kenal lelaki ini? 513 00:32:52,598 --> 00:32:55,309 Jika saya ingat apa-apa selain bangsanya, saya dah beritahu. 514 00:32:55,392 --> 00:32:57,019 Saya dah beritahu polis. Itu tugas mereka. 515 00:32:57,102 --> 00:32:59,688 - Awak tak tengok pun gambar ini. - Tidak. Awak dah tanya soalan terakhir. 516 00:32:59,771 --> 00:33:00,856 Ini… 517 00:33:01,690 --> 00:33:03,901 Saya dipenjarakan. Atas sebab apa? 518 00:33:04,651 --> 00:33:06,486 Saya tak bersalah. Tak bersalah. 519 00:33:06,570 --> 00:33:09,489 Okey. Kami dah bazirkan banyak masa awak. 520 00:33:10,741 --> 00:33:12,034 Terima kasih. 521 00:33:15,412 --> 00:33:16,580 Di mana kamu ketika itu? 522 00:33:17,456 --> 00:33:18,582 Apa? 523 00:33:19,374 --> 00:33:21,460 Kawan baik kamu di ambang maut. 524 00:33:22,252 --> 00:33:24,254 Dia hanyut dalam kesengsaraannya. 525 00:33:24,338 --> 00:33:25,672 Itu yang saya nampak. 526 00:33:26,256 --> 00:33:27,591 Itu yang saya lukis. 527 00:33:27,674 --> 00:33:30,177 Jadi, di mana kamu ketika dia amat memerlukan kamu? 528 00:33:30,260 --> 00:33:31,512 Dia tak sembunyikannya. 529 00:33:31,595 --> 00:33:35,098 Jika kamu tak nampak, ia kerana kamu enggan melihat. 530 00:33:36,600 --> 00:33:38,769 Ayuh. Mari pergi. 531 00:33:42,397 --> 00:33:45,317 Saya mahu hiasan tengahnya konsisten. 532 00:33:45,400 --> 00:33:48,403 Saya mahu tiga orang di setiap penjuru. Saya tak mahu kesesakan. 533 00:33:48,487 --> 00:33:50,697 - Sepanjang masa. Okey? Terima kasih. - …salah kamu. 534 00:33:50,781 --> 00:33:51,990 Salah kamu. 535 00:33:52,074 --> 00:33:53,825 - Dia tidak… - Kamu yang salah. 536 00:33:53,909 --> 00:33:55,160 Banyak kali saya cakap… 537 00:34:04,294 --> 00:34:06,129 Hei. Awak okey? 538 00:34:06,672 --> 00:34:08,297 Walaupun saya berkeras menolak, 539 00:34:08,382 --> 00:34:11,717 keluarga saya tetap lantik firma pengurusan krisis untuk tekan pihak polis. 540 00:34:12,469 --> 00:34:14,179 Mereka yang bocorkan gambar itu. 541 00:34:14,763 --> 00:34:16,014 Tak sangka, bukan? 542 00:34:16,889 --> 00:34:19,476 Merekalah punca Davide Boyette ditahan. Keluarga saya. 543 00:34:20,101 --> 00:34:21,395 Jijiknya. 544 00:34:21,478 --> 00:34:24,147 Mereka fikir, ia akan bantu menjauhkan pihak media daripada kami. 545 00:34:24,773 --> 00:34:26,108 Sebetulnya, mereka tak kisah pun 546 00:34:26,190 --> 00:34:29,069 jika lelaki tak bersalah dipenjarakan berminggu-minggu. 547 00:34:30,362 --> 00:34:34,533 Awak tak pernah jumpa dia, bukan? 548 00:34:35,324 --> 00:34:36,326 Tak pernah jumpa siapa? 549 00:34:36,409 --> 00:34:37,411 Davide. 550 00:34:38,203 --> 00:34:40,289 Kali pertama awak nampak dia adalah dalam berita. 551 00:34:40,998 --> 00:34:43,458 Eleanor, ketika itu awak di sini. Kita nampak dia bersama-sama. 552 00:34:43,542 --> 00:34:44,626 Apa maksud awak? 553 00:34:44,710 --> 00:34:47,295 Saya tak maksudkan apa-apa. Saya… 554 00:34:49,047 --> 00:34:52,759 Saya cuma faham kelebihan ada keluarga yang berpengaruh. 555 00:34:52,842 --> 00:34:56,346 Kadangkala, kita tak sedar yang mereka kawal segalanya. 556 00:34:56,429 --> 00:35:01,143 Awak berjaya mengorak perjalanan hidup awak sendiri. 557 00:35:01,852 --> 00:35:03,520 - Awak fikir begitu? - Ya. 558 00:35:04,146 --> 00:35:08,567 Saya sentiasa dapat rasa mereka memerhatikan saya. 559 00:35:10,444 --> 00:35:12,529 Ya, tapi awak buat sesuatu yang penting bagi awak. 560 00:35:15,073 --> 00:35:17,075 Saya kagum dengan awak. 561 00:35:17,576 --> 00:35:18,952 Dari dulu lagi. 562 00:35:20,287 --> 00:35:21,288 Ayah? 563 00:35:22,206 --> 00:35:23,207 Ayah! 564 00:35:26,919 --> 00:35:28,754 - Hei. - Kenapa barang mak dalam kotak? 565 00:35:28,837 --> 00:35:30,881 Ayah sedang mengemas. 566 00:35:31,465 --> 00:35:33,217 Ayah tak boleh buang. 567 00:35:33,300 --> 00:35:34,968 Cora, bukan itu yang ayah buat. 568 00:35:35,052 --> 00:35:36,261 Kamu perlu faham, 569 00:35:36,345 --> 00:35:38,847 ayah tak sanggup tengok barang-barang mak… 570 00:35:38,931 --> 00:35:40,933 Jadi? Ayah mahu padam kewujudan mak? 571 00:35:42,351 --> 00:35:44,728 Tidak. Dia tak boleh buat begitu. 572 00:35:44,811 --> 00:35:46,271 Itu mustahil, Cora. 573 00:35:46,355 --> 00:35:48,023 Ini saja yang saya ada! 574 00:35:48,106 --> 00:35:51,318 Benda-benda dalam kotak ini saja kenangan mak yang saya ada. 575 00:35:51,401 --> 00:35:52,653 Ayah faham, sayang. Ayah… 576 00:35:52,736 --> 00:35:54,696 Cora. Mari sini. 577 00:36:02,955 --> 00:36:06,959 Kamu tahu, kereta mak cik dulunya milik ayah mak cik sebelum dia meninggal? 578 00:36:08,335 --> 00:36:12,339 Dia juga beri mak cik rantai ini. 579 00:36:13,757 --> 00:36:17,761 Mak cik juga gantung batang pancingnya pada dinding pangsapuri mak cik 580 00:36:17,845 --> 00:36:20,097 sebab mak cik nak rasai kehadirannya. 581 00:36:20,180 --> 00:36:22,766 Jadi, mak cik simpan semua barang itu bersama mak cik. 582 00:36:24,434 --> 00:36:25,602 Kamu boleh buat begitu. 583 00:36:26,436 --> 00:36:29,189 Kamu boleh tengok semua barang ini 584 00:36:29,273 --> 00:36:33,110 dan ambil apa saja yang mengingatkan kamu pada dia. Simpan bersama kamu. 585 00:36:34,444 --> 00:36:35,863 Selebihnya, 586 00:36:35,946 --> 00:36:38,949 kita boleh pastikan ia disimpan di tempat yang sangat istimewa. 587 00:36:39,491 --> 00:36:42,744 Mungkin di rumah di Ojai. 588 00:36:43,912 --> 00:36:47,249 Kamu boleh pergi ke sana setiap kali kamu mahu rasakan kehadirannya. 589 00:36:48,458 --> 00:36:49,459 Okey. 590 00:36:51,712 --> 00:36:53,714 Kamu tak perlu lepaskan ibu kamu. 591 00:36:53,797 --> 00:36:56,633 Ayah kamu takkan minta kamu buat begitu. 592 00:37:07,436 --> 00:37:08,437 Sayang. 593 00:37:11,982 --> 00:37:13,066 Hei, terima kasih. 594 00:37:19,781 --> 00:37:21,742 Saya tak salahkan dia kerana batalkannya. 595 00:37:22,451 --> 00:37:24,870 Mungkin dia akan lebih seronok di sekolah. 596 00:37:27,289 --> 00:37:29,041 Saya dah buat silap besar tentang parti hari jadi ini. 597 00:37:29,124 --> 00:37:32,002 Saya yang mendesak awak adakan parti untuknya. 598 00:37:32,085 --> 00:37:34,129 Awak cuma nak membantu. 599 00:37:34,713 --> 00:37:36,465 Saya rasa, Cora cuma perlukan masa. 600 00:37:37,633 --> 00:37:38,967 Ia berlaku secara mengejut. 601 00:37:39,051 --> 00:37:41,178 Tiada siapa ajar anak cara menerima kematian ibu. 602 00:37:41,720 --> 00:37:43,347 Tiada siapa ajar kami. 603 00:37:46,141 --> 00:37:49,561 Sebahagian diri saya rasa lega apabila polis ambil barang-barangnya. 604 00:37:50,395 --> 00:37:54,024 Saya bukan mahu padam kewujudannya, tapi di setiap tempat saya pandang, 605 00:37:54,107 --> 00:37:58,737 ada sesuatu milik dia yang mengingatkan saya tentang kehidupan rahsianya. 606 00:37:58,820 --> 00:38:00,948 Serta hubungan sulit yang dia sembunyikan. 607 00:38:02,783 --> 00:38:05,619 Ia menyesakkan. Ia ada di setiap ruang. 608 00:38:09,498 --> 00:38:13,252 Saya rasa, rumah di Ojai itu sesuai untuk simpan semua barang ini. 609 00:38:14,002 --> 00:38:15,003 Ya. 610 00:38:15,629 --> 00:38:18,048 Tentu sukar pergi ke sana sendirian. 611 00:39:15,981 --> 00:39:17,983 BARANG SENI LAIN-LAIN 612 00:39:31,079 --> 00:39:32,581 BUKU SENI 613 00:40:05,322 --> 00:40:08,075 Dia guna kepada setiap orang dalam keluarga saya. 614 00:40:08,158 --> 00:40:09,826 Semua orang tak suka. 615 00:40:10,327 --> 00:40:11,912 Dia ketawa besar kerananya. 616 00:40:11,995 --> 00:40:14,915 Setiap kali dia gunakannya, dia tak berhenti ketawa. 617 00:40:22,714 --> 00:40:24,007 Kelakar. 618 00:40:33,976 --> 00:40:36,395 Saya tak tahu dia amat tertekan. 619 00:40:37,938 --> 00:40:43,068 Kenapa saya tak sedar tekanan yang dia alami? 620 00:40:43,151 --> 00:40:44,820 Hei, tiada siapa yang sedar. 621 00:40:46,196 --> 00:40:47,447 Saya terlepas pandang. 622 00:40:48,198 --> 00:40:50,200 Saya terlepas pandang. 623 00:40:51,451 --> 00:40:54,079 Hei, tak mengapa. Saya pun sama. 624 00:40:54,162 --> 00:40:55,247 Oh, Tuhan. 625 00:44:06,396 --> 00:44:09,441 Pernah sekali dia tanya jika saya suka Robert. 626 00:44:14,404 --> 00:44:16,823 Saya masih ingat betapa cepat saya nafikan. 627 00:44:22,412 --> 00:44:27,084 Tentu dia tahu saya menipu. Mustahil dia tak tahu. 628 00:44:31,922 --> 00:44:36,802 Saya tak pandai berpura-pura macam dia. 629 00:44:37,761 --> 00:44:40,347 Tak pandai mencipta realiti sendiri. 630 00:44:43,308 --> 00:44:45,894 Jadi, mungkin ini peluang saya. 631 00:44:47,521 --> 00:44:49,398 Mungkin dia akan faham. 632 00:44:50,190 --> 00:44:53,026 Sebab dia pun menipu juga. 633 00:44:53,110 --> 00:44:54,987 Menipu Robert. 634 00:44:55,070 --> 00:44:56,446 Menipu kami semua. 635 00:45:07,082 --> 00:45:11,086 Nancy, saya perlu mulakan dengan meminta maaf. 636 00:45:11,837 --> 00:45:14,256 Reaksi saya agak ekstrem. 637 00:45:15,424 --> 00:45:16,425 Saya kejam terhadap awak 638 00:45:16,508 --> 00:45:19,928 dan saya minta maaf kerana buat awak begitu takut. 639 00:45:20,470 --> 00:45:22,806 Tapi, awak tak patut salahkan saya kerana marah 640 00:45:22,890 --> 00:45:24,641 awak meniduri orang lain. 641 00:45:28,145 --> 00:45:30,981 Hei. Awak okey? 642 00:46:25,494 --> 00:46:27,496 Terjemahan sari kata oleh Hamizah