1 00:00:17,851 --> 00:00:20,061 Rendah betul silingnya. 2 00:00:20,145 --> 00:00:21,104 Jaga kepala. 3 00:00:21,187 --> 00:00:22,564 Beritahu saya. 4 00:00:24,065 --> 00:00:26,443 Dah jumpa hartanah untuk ganti Oimachi? 5 00:00:26,526 --> 00:00:29,237 Kami sedang cuba sedaya upaya kami. 6 00:00:29,320 --> 00:00:32,240 Kerugian ini bukan masalah besar untuk syarikat. 7 00:00:32,824 --> 00:00:36,286 Masalahnya ialah hakikat yang awak gagal. 8 00:00:37,120 --> 00:00:38,288 Saya tak kisah. 9 00:00:38,955 --> 00:00:41,374 Tapi orang lain gunakannya wujudkan puak. 10 00:00:41,875 --> 00:00:44,586 Puak sokong pengerusi dan puak sokong presiden. 11 00:00:45,962 --> 00:00:50,300 Tapi dah tiba masanya kita minta pengerusi berundur. 12 00:00:50,967 --> 00:00:52,427 Demi syarikat. 13 00:00:55,221 --> 00:00:56,056 Faham? 14 00:00:56,681 --> 00:00:59,559 Cari tanah alternatif tak kira apa pun. 15 00:01:00,393 --> 00:01:01,227 Baiklah. 16 00:01:03,480 --> 00:01:06,066 Masih jauh lagi. Nak naik teksi? 17 00:01:06,149 --> 00:01:08,610 - Ini akan dirobohkan juga? - Apa? 18 00:01:08,693 --> 00:01:11,029 Stesen baru laluan Yamanote akan dibina, bukan? 19 00:01:11,112 --> 00:01:14,240 Saya tak pasti. Kamu tahukah? 20 00:01:14,324 --> 00:01:15,158 Saya… 21 00:01:15,241 --> 00:01:19,913 Ini agak jauh dari stesen baru, tapi lambat-laun, ia akan dirobohkan. 22 00:01:19,996 --> 00:01:22,248 - Pemusnah papan tanda teksi. - Apa? 23 00:01:23,208 --> 00:01:24,876 Benda di atas bumbung teksi. 24 00:01:25,460 --> 00:01:28,505 Banyak yang hancur disebabkan siling itu. 25 00:01:29,089 --> 00:01:32,217 Sebab itu ia digelar "terowong pemusnah tanda teksi". 26 00:01:32,300 --> 00:01:34,177 Begitu rupanya. 27 00:01:34,761 --> 00:01:35,845 Bawa masalah saja. 28 00:01:38,056 --> 00:01:41,726 Semua benda lama patut dimusnahkan. 29 00:01:59,744 --> 00:02:04,916 Penipu tanah mencuri sejumlah besar wang dengan menyamar sebagai pemilik tanah 30 00:02:04,999 --> 00:02:10,630 yang ingin menjual tanah menggunakan dokumen palsu. 31 00:02:11,214 --> 00:02:14,634 Kumpulan penipu tanah terdiri daripada ketua, perunding, 32 00:02:14,717 --> 00:02:15,844 pemberi maklumat, 33 00:02:15,927 --> 00:02:17,053 pakar undang-undang, 34 00:02:17,137 --> 00:02:18,513 pemalsu dokumen 35 00:02:19,180 --> 00:02:22,392 dan penyelaras pemilihan penyamar. 36 00:02:22,475 --> 00:02:24,435 Untuk menipu berbilion yen, 37 00:02:24,519 --> 00:02:28,231 mereka memerlukan teknik jenayah yang tepat dan sangat canggih. 38 00:02:33,903 --> 00:02:38,741 EPISOD#03 39 00:02:39,450 --> 00:02:44,414 BANDAR MINATO, TANAKAWA TEMPAT LETAK KERETA KOUAN-JI 40 00:02:44,789 --> 00:02:45,957 Ini tanahnya? 41 00:02:46,457 --> 00:02:48,251 Keluasan 3,200 meter persegi. 42 00:02:48,334 --> 00:02:51,421 Ini zon komersial dengan nisbah keluasan lantai 600%. 43 00:02:51,921 --> 00:02:56,509 Sekitar 12 juta per 3.3 meter persegi, jadi harganya dalam sepuluh bilion. 44 00:02:57,010 --> 00:02:59,179 Siapa uruskan kawasan ini? 45 00:02:59,262 --> 00:03:00,305 Saya. 46 00:03:00,930 --> 00:03:02,682 Awak tahu tentang tanah ini? 47 00:03:03,266 --> 00:03:04,100 Ya. 48 00:03:04,184 --> 00:03:06,144 Kenapa tak cadangkan lebih awal? 49 00:03:06,227 --> 00:03:09,105 Hartanah ini memang ada banyak kelebihan. 50 00:03:09,189 --> 00:03:11,191 Ramai pemaju nak membelinya. 51 00:03:11,900 --> 00:03:14,402 Tapi tuan tanah enggan jual. 52 00:03:14,903 --> 00:03:16,237 Dia tinggal di mana? 53 00:03:16,821 --> 00:03:19,324 Di tokong sebagai biarawati residen. 54 00:03:19,908 --> 00:03:22,202 Jadi pemiliknya biarawati? 55 00:03:22,285 --> 00:03:23,119 Ya. 56 00:03:23,203 --> 00:03:27,332 Saya tak tahu sebabnya, tapi dia kata dia memang tak nak jual. 57 00:03:27,415 --> 00:03:31,127 Dia elak jiran dan berkurung di rumah sahaja. 58 00:03:33,463 --> 00:03:35,840 Periksa sekali lagi untuk kepastian. 59 00:03:35,924 --> 00:03:38,051 - Ninomiya, cuba tanya jiran. - Baik. 60 00:03:38,134 --> 00:03:40,386 Yashiki, hubungi pengurusan parkir. 61 00:03:40,470 --> 00:03:43,473 - Haraguchi, Yamauchi. - Ya. 62 00:03:43,556 --> 00:03:44,974 Dapatkan maklumat geran… 63 00:04:33,106 --> 00:04:37,151 Kawai Natsumi bawa beberapa hos ke bilik hotel setiap Khamis 64 00:04:37,235 --> 00:04:38,861 untuk seks berkumpulan. 65 00:04:38,945 --> 00:04:42,407 Cik biarawati kita nakal rupanya. 66 00:04:42,490 --> 00:04:46,953 Dia ke kelab hos untuk hilangkan tekanan selepas suaminya curang. 67 00:04:47,036 --> 00:04:50,123 Tapi dia rasa tak puas agaknya. 68 00:04:51,708 --> 00:04:54,460 Jadi suami isteri gila seks? 69 00:04:54,544 --> 00:04:57,380 Bagaimana awak rakam? 70 00:04:57,463 --> 00:05:00,508 Saya letak kamera pada troli khidmat bilik. 71 00:05:01,467 --> 00:05:03,052 Syabas. 72 00:05:03,136 --> 00:05:04,721 Saya nak satu salinan. 73 00:05:04,804 --> 00:05:09,600 Selain aktiviti seks liar, dia cuma kurung diri di tokong. 74 00:05:09,684 --> 00:05:12,520 Kita tak boleh buat apa-apa selagi dia berkurung. 75 00:05:12,603 --> 00:05:13,521 Ada idea tak? 76 00:05:14,105 --> 00:05:16,524 Ada apa-apa kita boleh guna? 77 00:05:17,108 --> 00:05:20,069 Ada seorang saja yang menarik perhatian saya. 78 00:05:22,238 --> 00:05:23,114 Lelaki ini. 79 00:05:23,197 --> 00:05:25,283 Kenapa dia tak turut serta? 80 00:05:25,366 --> 00:05:27,994 Kaede hos nombor satu di kelab itu. 81 00:05:28,077 --> 00:05:29,579 Dulu dia nombor dua, 82 00:05:29,662 --> 00:05:31,956 tapi keuntungannya mencanak lepas tawan hati Kawai. 83 00:05:32,040 --> 00:05:33,207 Itulah "mak ikan". 84 00:05:33,291 --> 00:05:35,501 Kenapa Kaede tak masuk sekali? 85 00:05:35,585 --> 00:05:39,547 Saya rasa dia saja jual mahal supaya lebih diingini. 86 00:05:39,630 --> 00:05:42,633 Dia guna hos bawahan untuk puaskan Kawai. 87 00:05:42,717 --> 00:05:44,302 Bangkai betul. 88 00:05:44,385 --> 00:05:45,470 Begitu rupanya. 89 00:05:45,553 --> 00:05:49,974 Jika kita gunakan dia, kita boleh umpan Kawai keluar dari tokong. 90 00:05:50,058 --> 00:05:53,895 Ya, tapi saya belum jumpa jalan. 91 00:05:56,647 --> 00:05:57,982 Mereka dah sampai. 92 00:05:58,566 --> 00:06:00,693 Kenapa tonton filem lucah? 93 00:06:00,777 --> 00:06:01,903 Bukanlah. 94 00:06:01,986 --> 00:06:04,489 Ini pita seks rahsia cik biarawati. 95 00:06:04,572 --> 00:06:05,406 Apa? 96 00:06:05,490 --> 00:06:07,116 Nanti saya jelaskan. Sila. 97 00:06:07,700 --> 00:06:09,660 Saya ada enam calon penyamar. 98 00:06:09,744 --> 00:06:12,872 Usia dan paras fizikal hampir serupa dengan Kawai. 99 00:06:12,955 --> 00:06:14,123 Semua ada hutang… 100 00:06:14,207 --> 00:06:15,083 Mari tengok. 101 00:06:15,166 --> 00:06:16,209 Apa? 102 00:06:16,292 --> 00:06:20,505 Kita bukan nak cari penyamar yang menyerupai tuan tanah. 103 00:06:21,005 --> 00:06:23,299 Awak patut lebih tahu, Reiko. 104 00:06:23,883 --> 00:06:27,303 Saya dah suruh mereka hafal maklumat profil Kawai. 105 00:06:27,387 --> 00:06:29,222 Apa pendapat awak, Takumi? 106 00:06:38,189 --> 00:06:39,023 Tak sesuai. 107 00:06:40,817 --> 00:06:41,818 Suruh mereka balik. 108 00:06:41,901 --> 00:06:44,904 Tolonglah! 30 orang saya dah cari. Dah tak ada lagi… 109 00:06:44,987 --> 00:06:46,197 Awak tak dengar? 110 00:06:47,365 --> 00:06:48,491 Suruh mereka balik. 111 00:06:48,574 --> 00:06:51,786 Mustahil cari sesiapa yang sanggup cukur kepala! 112 00:06:51,869 --> 00:06:53,996 Okey, Reiko. Bertenang. 113 00:06:54,080 --> 00:06:57,083 Penyamar ialah barisan pertahanan akhir kita. 114 00:06:57,166 --> 00:06:58,459 Saya tak laratlah! 115 00:06:58,543 --> 00:06:59,669 Saya tahu. 116 00:07:02,755 --> 00:07:04,674 Awak amat berhati-hati kali ini. 117 00:07:05,550 --> 00:07:07,552 Penipuan kali ini cecah sepuluh bilion. 118 00:07:08,261 --> 00:07:10,471 Ia tak macam kerja-kerja sebelum ini. 119 00:07:12,432 --> 00:07:14,767 Ada perkembangan, Takeshita? 120 00:07:18,020 --> 00:07:18,855 Tiga bilion. 121 00:07:21,524 --> 00:07:23,985 Saya nak tiga bilion kali ini. 122 00:07:24,068 --> 00:07:25,361 Saya tak faham. 123 00:07:25,445 --> 00:07:27,613 Saya tak puas hati selama ini. 124 00:07:27,697 --> 00:07:30,366 Awak cuma rancang, tapi kami yang buat kerja. 125 00:07:30,950 --> 00:07:33,494 Ya, sebab itu kerja saya. 126 00:07:33,578 --> 00:07:35,955 Tapi saya yang dapatkan maklumat! 127 00:07:37,498 --> 00:07:40,710 Apa salahnya minta tiga sedangkan kita untung sepuluh? 128 00:07:40,793 --> 00:07:42,712 Jangan perlekeh aku, sial! 129 00:07:42,795 --> 00:07:43,963 Apa yang berlaku? 130 00:07:44,046 --> 00:07:45,173 Dengar sini. 131 00:07:45,256 --> 00:07:48,301 Kalau tak bayar tiga bilion, aku tarik diri. 132 00:07:48,384 --> 00:07:49,594 Bukan itu saja! 133 00:07:50,094 --> 00:07:53,514 Aku akan pastikan kau tak boleh berurusan sampai bila-bila! 134 00:07:53,598 --> 00:07:54,974 Takeshita, sudah! 135 00:08:09,197 --> 00:08:10,198 Ini Louis Vuitton. 136 00:08:13,659 --> 00:08:15,578 Louis Vuitton! 137 00:08:24,921 --> 00:08:26,130 Dia dah tak betul. 138 00:08:26,672 --> 00:08:28,424 Ketagih syabu teruk sangat. 139 00:08:28,508 --> 00:08:30,635 Apa itu tadi? 140 00:08:30,718 --> 00:08:31,969 - Reiko. - Ya? 141 00:08:32,053 --> 00:08:35,264 Teruskan cari calon untuk penyamar kita. 142 00:08:36,057 --> 00:08:39,435 Ciri paling penting bukanlah rupa yang mirip Kawai, 143 00:08:39,519 --> 00:08:43,689 tapi keupayaan bawa watak biarawati dan kemampuan meyakinkan pembeli. 144 00:08:43,773 --> 00:08:46,317 - Ya, tapi siapa… - Sila teruskan. 145 00:08:46,400 --> 00:08:48,569 Tak perlu terburu-buru. 146 00:08:49,612 --> 00:08:50,696 Yalah. 147 00:08:50,780 --> 00:08:52,949 Goto, siapa kita nak sasar? 148 00:08:53,032 --> 00:08:53,866 Okey. 149 00:08:54,408 --> 00:08:59,038 Saya guna beberapa broker untuk sebar berita pemilik mahu jual. 150 00:08:59,121 --> 00:09:01,958 Belum ada yang makan umpan sebesar itu. 151 00:09:02,041 --> 00:09:05,753 Tapi saya dengar satu berita menarik minggu lepas. 152 00:09:05,836 --> 00:09:06,671 Apa dia? 153 00:09:06,754 --> 00:09:10,967 Saya dulu jerung tanah bersama Hayashi. 154 00:09:11,050 --> 00:09:15,054 Ketua unit pembangunan Sekiyo House berjumpa dengan Hayashi. 155 00:09:15,137 --> 00:09:17,723 Lagi besar, lagi bagus. 156 00:09:17,807 --> 00:09:20,601 Awak cari hartanah untuk ganti hartanah Oimachi? 157 00:09:20,685 --> 00:09:21,727 Ya… 158 00:09:21,811 --> 00:09:22,895 Saya ada dengar. 159 00:09:23,813 --> 00:09:25,231 Perjanjian gagal, bukan? 160 00:09:25,314 --> 00:09:28,609 Projek berbilion yen mereka tiba-tiba sangkut. 161 00:09:28,693 --> 00:09:30,695 Mereka cari tanah alternatif. 162 00:09:30,778 --> 00:09:34,657 Sekiyo syarikat besar. Tapi saya ingat mereka buat rumah saja. 163 00:09:34,740 --> 00:09:35,825 Ya, sebelum ini. 164 00:09:36,367 --> 00:09:39,537 Sekarang mereka bina kondominium dan bangunan pejabat 165 00:09:39,620 --> 00:09:41,330 serta pembangunan bandar. 166 00:09:41,414 --> 00:09:42,707 Betullah. 167 00:09:42,790 --> 00:09:45,668 Tapi saya tak begitu yakin ia akan berhasil. 168 00:09:45,751 --> 00:09:49,505 Semakin besar syarikat, semakin ketat pemeriksaan dalaman. 169 00:09:49,589 --> 00:09:52,883 Nak dapat kelulusan ambil masa setahun. 170 00:09:52,967 --> 00:09:54,093 Menarik. 171 00:09:54,176 --> 00:09:55,177 Apa? 172 00:09:55,261 --> 00:09:57,930 Lagi besar sasaran, lagi senang bidik. 173 00:09:58,014 --> 00:09:59,890 Ini bukan macam memburu. 174 00:09:59,974 --> 00:10:02,685 - Mustahil syarikat macam Sekiyo… - Sama saja. 175 00:10:03,269 --> 00:10:05,855 Perangkap besar dengan umpan besar, 176 00:10:05,938 --> 00:10:08,232 boleh perangkap mangsa besar. 177 00:10:09,317 --> 00:10:10,776 Sekiyo House. 178 00:10:11,944 --> 00:10:13,821 Ia sasaran sesuai untuk kita. 179 00:10:17,283 --> 00:10:20,453 KAEDE, HOS NOMBOR SATU 180 00:10:22,622 --> 00:10:25,625 "Inoue" mungkin nama palsu Tsujimoto Takumi. 181 00:10:25,708 --> 00:10:26,917 EN. TSUJIMOTO TAKUMI 182 00:10:27,001 --> 00:10:29,754 Tsujimoto Masami ialah ayah Takumi. 183 00:10:29,837 --> 00:10:35,885 Dia ada syarikat hartanah di Yokohama. Takumi wakil jualannya. 184 00:10:35,968 --> 00:10:39,764 Syarikatnya hadapi masalah kewangan lapan tahun lalu. 185 00:10:39,847 --> 00:10:42,892 Masami cuba bakar dirinya kerana putus asa. 186 00:10:42,975 --> 00:10:44,810 Isteri Masami, isteri Takumi 187 00:10:44,894 --> 00:10:47,605 dan anak Takumi berusia lima tahun terperangkap dan mati. 188 00:10:47,688 --> 00:10:50,566 Masami terbakar teruk, tapi tak mati. 189 00:10:50,650 --> 00:10:53,319 Takumi terselamat sebab dia tiada di rumah. 190 00:10:54,236 --> 00:10:55,279 Sedih, bukan? 191 00:10:57,907 --> 00:10:58,783 "Ditipu"? 192 00:10:58,866 --> 00:11:01,535 Ya, syarikatnya alami masalah kewangan 193 00:11:01,619 --> 00:11:05,706 selepas jadi mangsa penipuan hartanah dan kehilangan beratus juta yen. 194 00:11:42,868 --> 00:11:44,328 Hai, Nagai. 195 00:11:44,412 --> 00:11:45,705 Hei, Takumi. 196 00:11:45,788 --> 00:11:48,416 - Sekarang kritikal. Kejap. - Tak apa. 197 00:11:48,499 --> 00:11:51,001 Apa ini? Aduhai… 198 00:11:52,586 --> 00:11:53,838 Ya! 199 00:11:58,718 --> 00:12:00,553 Terima kasih untuk tempoh hari. 200 00:12:01,095 --> 00:12:02,263 Apa saya buat? 201 00:12:02,346 --> 00:12:03,389 Kad kunci hotel. 202 00:12:03,472 --> 00:12:04,932 Tiada masalah. 203 00:12:05,516 --> 00:12:06,517 Ini upah awak. 204 00:12:06,600 --> 00:12:07,643 Terima kasih. 205 00:12:08,227 --> 00:12:10,730 Saya tak keluar duit apa pun. 206 00:12:12,565 --> 00:12:13,399 Letak sini. 207 00:12:17,570 --> 00:12:18,404 Letak sini. 208 00:12:18,487 --> 00:12:21,657 Terima kasih kerana selalu belikan bento mahal ini. 209 00:12:22,616 --> 00:12:24,910 Uber Eats tak hantar ke kawasan ini. 210 00:12:24,994 --> 00:12:27,413 Yalah. Ini susu untuk si kecil. 211 00:12:27,496 --> 00:12:29,123 - Terima kasih. - Nah. 212 00:12:29,665 --> 00:12:31,667 Ada sebab datang hari ini? 213 00:12:31,751 --> 00:12:34,503 Sebenarnya, saya nak jadi hos. 214 00:12:34,587 --> 00:12:35,421 Apa? 215 00:12:35,963 --> 00:12:37,798 Hos? Awak? 216 00:12:37,882 --> 00:12:38,841 Nak tukar kerja? 217 00:12:38,924 --> 00:12:41,510 Biar betul. Saya tak boleh bayang. 218 00:12:42,344 --> 00:12:43,929 Awak nak menyamar, ya? 219 00:12:44,013 --> 00:12:45,222 Lebih kurang. 220 00:12:47,433 --> 00:12:48,476 Sedap. 221 00:12:48,559 --> 00:12:50,811 Saya nak minta bantuan awak. 222 00:12:52,104 --> 00:12:54,607 Awak boleh buat solekan prostetik? 223 00:12:56,066 --> 00:12:56,901 Apa? 224 00:13:07,912 --> 00:13:09,663 KELAB HOS CINTA GILA 225 00:13:09,747 --> 00:13:11,749 Maksud saya… 226 00:13:11,832 --> 00:13:13,709 Tak cukup syaratlah. 227 00:13:13,793 --> 00:13:15,961 Sebab umurkah? 228 00:13:16,045 --> 00:13:17,671 Ya, tapi bukan itu saja. 229 00:13:17,755 --> 00:13:21,884 Jangan pula terasa hati, tapi parut lecur di pipi awak… 230 00:13:23,302 --> 00:13:25,971 Kenapa nak jadi hos? Banyak lagi kerja lain. 231 00:13:26,514 --> 00:13:27,598 Saya… 232 00:13:27,681 --> 00:13:29,016 Saya kagumi Kaede. 233 00:13:29,099 --> 00:13:29,934 Kaede? 234 00:13:30,017 --> 00:13:32,436 Ya, sebab rupa saya, 235 00:13:32,520 --> 00:13:35,147 hidup saya tak begitu menyeronokkan. 236 00:13:35,231 --> 00:13:37,733 Tapi saya terbaca tentang Kaede 237 00:13:38,359 --> 00:13:40,903 dan dunia yang mempesonakan ini. 238 00:13:40,986 --> 00:13:41,821 Jadi, 239 00:13:43,072 --> 00:13:45,825 jika saya perlu teruskan kehidupan hambar ini, 240 00:13:46,534 --> 00:13:50,246 saya nak teroka dunia Kaede sekurang-kurang sekali sebelum mati. 241 00:13:51,497 --> 00:13:53,624 Saya faham perasaan awak, tapi… 242 00:13:53,707 --> 00:13:56,836 - Helo, Kaede! - Hei, Kaede! 243 00:13:57,461 --> 00:13:59,296 - Hei, Kaede. - Helo, Kaede. 244 00:13:59,839 --> 00:14:01,257 - Hei. - Helo, Kaede. 245 00:14:01,340 --> 00:14:02,716 Apa? Orang baru? 246 00:14:03,717 --> 00:14:04,677 Isy! Gelinya! 247 00:14:04,760 --> 00:14:06,178 Kenapa dengan muka awak? 248 00:14:06,762 --> 00:14:10,474 Dia kata dia nak jadi hos kerana kagum dengan awak. 249 00:14:10,558 --> 00:14:13,727 Saya akan buat apa saja. Tolong beri saya peluang. 250 00:14:13,811 --> 00:14:14,687 Sungguh? 251 00:14:15,813 --> 00:14:17,064 - Apa salahnya? - Apa? 252 00:14:17,147 --> 00:14:19,567 Jelas hidupnya takkan ke mana. 253 00:14:20,067 --> 00:14:23,445 Dia sanggup buat apa saja. Pasti dia akan kerja keras. 254 00:14:23,529 --> 00:14:24,780 Awak serius? 255 00:14:24,864 --> 00:14:28,784 Tak payahlah layan pelanggan. Bagi kerja di dapur atau cuci tandas. 256 00:14:28,868 --> 00:14:31,036 Apa salahnya tolong? Upah sajalah. 257 00:14:32,872 --> 00:14:33,706 Kasihani saya. 258 00:14:34,373 --> 00:14:36,083 Bersyukurlah ada Kaede. 259 00:14:36,166 --> 00:14:37,668 Ya! Terima kasih! 260 00:14:38,627 --> 00:14:40,588 Tsujisawa Kenro? 261 00:14:40,671 --> 00:14:41,672 Ya. 262 00:14:41,755 --> 00:14:43,132 Saya panggil "Kelo" ya? 263 00:14:44,049 --> 00:14:44,884 Apa? 264 00:14:44,967 --> 00:14:46,802 Parut itu keloid, bukan? 265 00:14:51,223 --> 00:14:53,058 - Kerja elok-elok. - Baik. 266 00:14:55,394 --> 00:14:56,645 Terima kasih banyak! 267 00:14:56,729 --> 00:14:57,855 Ya, helo? 268 00:14:58,397 --> 00:15:00,441 Terima kasih kerana telefon… 269 00:15:05,654 --> 00:15:07,072 PENJARA CHIBA 270 00:15:07,156 --> 00:15:08,574 Detektif. 271 00:15:09,658 --> 00:15:10,993 Kenapa nak jumpa saya? 272 00:15:11,493 --> 00:15:15,289 Kami nak tanya awak beberapa soalan tentang kejadian itu. 273 00:15:15,956 --> 00:15:18,834 Tiada apa-apa lagi yang perlu diceritakan. 274 00:15:18,918 --> 00:15:19,752 Bukan. 275 00:15:20,294 --> 00:15:22,922 Ini bukan tentang jenayah yang awak lakukan. 276 00:15:23,714 --> 00:15:28,218 Kami nak tahu tentang penipu yang tipu awak. 277 00:15:28,302 --> 00:15:29,511 Kamu dapat cari dia? 278 00:15:30,095 --> 00:15:32,056 Kami masih mencari. 279 00:15:35,184 --> 00:15:39,730 Bagaimana awak jumpa penipu itu? 280 00:15:41,941 --> 00:15:42,858 Melalui anak saya. 281 00:15:44,485 --> 00:15:47,196 Anak saya kenalkan dia kepada saya. 282 00:15:47,863 --> 00:15:53,118 Waktu itu saya miliki syarikat hartanah kecil di Yokohama. 283 00:15:53,202 --> 00:15:56,372 Anak saya, Takumi, wakil jualan kami. 284 00:15:57,498 --> 00:15:59,833 Nishitani. Saya pasti itu nama palsu. 285 00:15:59,917 --> 00:16:03,003 Tapi dia memang seorang broker hartanah. 286 00:16:03,087 --> 00:16:04,046 Sebenarnya, 287 00:16:05,172 --> 00:16:07,049 ada tanah saya nak tunjukkan. 288 00:16:07,132 --> 00:16:07,967 Okey. 289 00:16:08,592 --> 00:16:11,387 Ia hartanah berpotensi. Saya belum iklankan. 290 00:16:11,470 --> 00:16:12,638 Begitu. 291 00:16:13,597 --> 00:16:15,015 Lot ini? Betulkah? 292 00:16:15,557 --> 00:16:16,600 Ini untuk dijual? 293 00:16:16,684 --> 00:16:20,396 Ya. 320 meter persegi dalam zon komersial di sebelah stesen. 294 00:16:20,479 --> 00:16:22,272 Tanah begini jarang dijual! 295 00:16:22,356 --> 00:16:23,232 Ayah… 296 00:16:23,315 --> 00:16:26,568 Lokasinya cantik, dekat dengan stesen. 297 00:16:27,152 --> 00:16:31,782 Saya tertanya-tanya sebab mereka nak jual hartanah sebagus itu 298 00:16:31,865 --> 00:16:33,742 kepada syarikat kecil kami. 299 00:16:33,826 --> 00:16:35,244 Terima kasih. 300 00:16:35,953 --> 00:16:41,250 Tapi kenapa awak pilih syarikat kecil kami? 301 00:16:41,333 --> 00:16:42,459 Sebenarnya… 302 00:16:42,543 --> 00:16:47,798 En. Hagiwara tak gemar syarikat besar. 303 00:16:48,340 --> 00:16:52,011 Lokasinya bagus, jadi syarikat besar asyik desak dia. 304 00:16:52,094 --> 00:16:54,304 Dia tak nak jual, jadi dia menolak. 305 00:16:55,014 --> 00:16:58,934 Tapi baru-baru ini dia dapat tahu dia hidap penyakit serius, betul? 306 00:16:59,435 --> 00:17:01,729 Ketika itulah saya bertemu Takumi. 307 00:17:01,812 --> 00:17:07,109 Saya dapat rasa saya boleh percayakan dia dan terus kenalkan kepada En. Hagiwara. 308 00:17:07,693 --> 00:17:08,819 Begitu, ya? 309 00:17:08,902 --> 00:17:13,532 Mungkin saya terasa bangga kerana anak saya sendiri 310 00:17:14,033 --> 00:17:16,118 yang buka peluang itu. 311 00:17:17,453 --> 00:17:20,581 Tapi rupa-rupanya ia penipuan. 312 00:17:21,957 --> 00:17:24,209 Syarikat Nishitani tak wujud. 313 00:17:25,669 --> 00:17:28,380 Lelaki tua yang dibawa sebagai tuan tanah… 314 00:17:30,299 --> 00:17:31,717 ialah seorang penyamar. 315 00:17:32,342 --> 00:17:34,762 PERMOHONAN DITOLAK 316 00:17:34,845 --> 00:17:37,431 Bagaimana ini boleh berlaku kepada kita? 317 00:17:42,269 --> 00:17:45,105 Habislah syarikat! 318 00:17:46,982 --> 00:17:48,275 Ini salah kamu! 319 00:17:51,028 --> 00:17:53,113 Ini semua salah kamu! 320 00:17:54,615 --> 00:17:55,991 Walau mati sekalipun, 321 00:17:56,575 --> 00:17:59,161 pastikan kamu cari dia sampai dapat! 322 00:18:07,002 --> 00:18:11,715 Hutang itu buat saya hilang akal. 323 00:18:11,799 --> 00:18:14,176 Saya buat sesuatu yang tak boleh diubah. 324 00:18:22,643 --> 00:18:26,271 Sepatutnya saya seorang saja yang mati. 325 00:18:26,980 --> 00:18:28,232 Awak dan anak awak 326 00:18:29,233 --> 00:18:30,317 ada berjumpa? 327 00:18:34,363 --> 00:18:35,197 Surat ini 328 00:18:36,281 --> 00:18:41,328 tak sampai ke tangan anak awak. 329 00:18:42,162 --> 00:18:46,625 Kami sedang mencari anak awak, Takumi. 330 00:18:46,708 --> 00:18:49,711 - Kenapa Takumi? - Saya belum boleh beritahu. 331 00:18:50,587 --> 00:18:51,547 Takumi… 332 00:18:53,215 --> 00:18:54,591 Apa dia buat sekarang? 333 00:18:55,384 --> 00:19:02,349 Satu, dua… 334 00:19:09,148 --> 00:19:11,650 Awak pun merokok juga rupanya. 335 00:19:13,026 --> 00:19:14,027 Balas dendam. 336 00:19:15,028 --> 00:19:16,905 - Apa? - Tsujimoto Takumi. 337 00:19:19,575 --> 00:19:21,660 Dia jadi penipu tanah 338 00:19:21,743 --> 00:19:24,288 untuk cari penipu itu dan balas dendam. 339 00:19:24,371 --> 00:19:25,831 Awak tonton banyak sangat drama. 340 00:19:25,914 --> 00:19:27,207 Kalau bukan, 341 00:19:28,750 --> 00:19:30,377 saya tak tahu sebabnya. 342 00:19:30,460 --> 00:19:34,339 Kita perlu tanya Takumi sendiri kalau nak tahu. 343 00:19:43,849 --> 00:19:45,684 Hei, keluarkan ais lagi. 344 00:19:45,767 --> 00:19:46,727 Baik, maaf. 345 00:19:47,227 --> 00:19:49,104 Alu-alukan Cik Hattori! 346 00:19:49,188 --> 00:19:50,314 Selamat datang! 347 00:19:50,397 --> 00:19:53,358 - Comelnya hari ini! - Betul? 348 00:19:53,442 --> 00:19:54,610 Comel sangat. 349 00:19:54,693 --> 00:19:56,904 Hari ini ulang tahun kelab. 350 00:19:57,487 --> 00:19:59,239 Mak cik tua dah sampai. 351 00:19:59,323 --> 00:20:00,949 Siapa dia? 352 00:20:01,033 --> 00:20:02,618 Mak ikan Kaede. 353 00:20:03,202 --> 00:20:05,537 Tapi ada seorang lagi mak ikan yang lagi pemurah. 354 00:20:06,371 --> 00:20:07,331 Yakah? 355 00:20:07,956 --> 00:20:08,957 - Awak… - Ya? 356 00:20:09,041 --> 00:20:10,709 Awak kagumi Kaede? 357 00:20:10,792 --> 00:20:11,919 Ya. 358 00:20:12,002 --> 00:20:15,255 Lambat-laun, awak juga mungkin dapat… 359 00:20:16,173 --> 00:20:17,591 - Apa? - Lupakan saja. 360 00:20:17,674 --> 00:20:20,427 Mustahillah dengan muka awak begitu. 361 00:20:20,510 --> 00:20:23,388 Cik Hattori baru pesan sebotol Dom Pérignon Rosé! 362 00:20:23,472 --> 00:20:25,265 Terima kasih! 363 00:20:25,349 --> 00:20:27,976 - Ayuh! - Ayuh! 364 00:20:28,060 --> 00:20:29,311 - Percaya atau tidak! - Hei! 365 00:20:29,394 --> 00:20:31,563 Sebotol Dom Pérignon Rosé dipesan! 366 00:20:31,647 --> 00:20:32,940 Terima kasih! 367 00:20:33,023 --> 00:20:37,277 - Setiap hari, Dom Pérignon! - Dom Pérignon! 368 00:20:37,361 --> 00:20:38,987 - Minum! - Minum! 369 00:20:39,071 --> 00:20:42,157 - Minum! - Minum! 370 00:20:42,241 --> 00:20:43,408 Terima kasih! 371 00:20:43,492 --> 00:20:45,786 Terima kasih! 372 00:20:46,370 --> 00:20:47,204 Jumpa lagi. 373 00:20:47,704 --> 00:20:48,538 Jumpa lagi! 374 00:20:48,622 --> 00:20:49,831 - Jumpa lagi! - Jumpa lagi. 375 00:20:49,915 --> 00:20:52,084 Jangan lupa Khamis depan, okey? 376 00:20:52,167 --> 00:20:53,293 Dengan Kawai? 377 00:20:53,377 --> 00:20:54,336 - Ya. - Okey. 378 00:20:54,419 --> 00:20:55,254 Saya datang. 379 00:20:55,337 --> 00:20:56,880 - Kamu juga, bukan? - Ya. 380 00:20:56,964 --> 00:20:58,674 Saya akan minta lebih. 381 00:20:58,757 --> 00:20:59,716 - Bagus! - Hebat! 382 00:20:59,800 --> 00:21:03,470 Boleh dapat komisen tak? 100,000 setiap kali buat dia klimaks. 383 00:21:03,553 --> 00:21:04,805 Awak nak guna alat? 384 00:21:05,389 --> 00:21:07,057 Saya tak terangsang tengok dia! 385 00:21:07,140 --> 00:21:08,433 - Sudah. - Tunggu! Kaede! 386 00:21:08,517 --> 00:21:09,977 - Jumpa lagi. - Selamat. 387 00:21:10,936 --> 00:21:13,105 - Kelo. - Ya? 388 00:21:13,188 --> 00:21:15,023 - Awak boleh memandu? - Ya. 389 00:21:15,107 --> 00:21:17,484 Boleh hantar saya? Leceh panggil pemandu. 390 00:21:18,277 --> 00:21:19,111 Boleh. 391 00:21:21,154 --> 00:21:22,197 Awak pandai. 392 00:21:22,698 --> 00:21:23,532 Maaf? 393 00:21:24,074 --> 00:21:24,950 Memandu. 394 00:21:25,659 --> 00:21:30,580 - Kali pertama pandu kereta begini? - Ya, tapi saya pernah jadi pemandu. 395 00:21:30,664 --> 00:21:31,581 Wah. 396 00:21:32,165 --> 00:21:33,000 Tak guna! 397 00:21:33,750 --> 00:21:35,794 Lecehlah betina tua itu. 398 00:21:40,132 --> 00:21:41,425 Apa cerita? 399 00:21:41,508 --> 00:21:42,551 Okey hari ini? 400 00:21:43,051 --> 00:21:45,304 Ada yang bagus? Serius? 401 00:21:45,804 --> 00:21:47,597 Okey, saya datang. 402 00:21:48,223 --> 00:21:50,684 - Simpang kedua, belok kiri. - Baik. 403 00:21:58,984 --> 00:22:01,987 Saya masuk dalam dua jam. Ambil ini, pergi makan. 404 00:22:03,155 --> 00:22:03,989 Banyaknya. 405 00:22:04,072 --> 00:22:05,574 - Tak apa. - Terima kasih. 406 00:22:09,244 --> 00:22:10,704 - Parkir di belakang. - Okey. 407 00:22:16,335 --> 00:22:17,669 Cepat jalan! 408 00:22:19,004 --> 00:22:20,589 Lembap betullah! 409 00:22:21,506 --> 00:22:22,507 Dia menunggu. 410 00:22:23,216 --> 00:22:24,217 Masuk sana! 411 00:22:25,177 --> 00:22:26,219 Saya kata masuk! 412 00:22:28,680 --> 00:22:29,514 Kami masuk! 413 00:22:30,140 --> 00:22:31,266 Baiklah. 414 00:22:31,767 --> 00:22:32,976 Helo. 415 00:22:33,060 --> 00:22:33,894 Cepat. 416 00:22:38,899 --> 00:22:40,233 Okey tak? 417 00:22:40,317 --> 00:22:41,985 Anak dara pun ada. 418 00:22:42,569 --> 00:22:44,446 Serius? 419 00:22:47,574 --> 00:22:48,408 Nah. 420 00:22:48,950 --> 00:22:50,702 Terima kasih. Silakan. 421 00:22:55,123 --> 00:22:58,126 Okey, kamu boleh tanggal pakaian. 422 00:22:58,960 --> 00:23:00,545 Saya baru hantar mereka. 423 00:23:01,963 --> 00:23:03,799 Apa? Biar benar. 424 00:23:05,133 --> 00:23:07,594 Okey. Saya balik ke pejabat dulu. 425 00:23:07,677 --> 00:23:08,512 Okey. 426 00:23:22,526 --> 00:23:24,945 Ini pengumuman awam. 427 00:23:25,570 --> 00:23:29,950 Jika anda nampak budak bawah umur dalam kesusahan, 428 00:23:30,575 --> 00:23:36,498 sila hubungi polis untuk halang jenayah… 429 00:23:39,584 --> 00:23:40,460 Apa hal? 430 00:23:56,351 --> 00:24:00,605 TINGKAT LIMA: AGENSI BIDADARI 431 00:24:09,448 --> 00:24:10,532 Helo. 432 00:24:10,615 --> 00:24:11,908 Hei, Takumi. 433 00:24:12,534 --> 00:24:13,910 Saya tahu dah. 434 00:24:13,994 --> 00:24:15,203 Agensi Bidadari. 435 00:24:15,287 --> 00:24:16,621 Pantas sungguh. 436 00:24:16,705 --> 00:24:18,915 Inilah kepakaran saya. 437 00:24:19,583 --> 00:24:23,170 Kononnya mereka agensi pekerjaan, 438 00:24:23,253 --> 00:24:25,213 tapi sebenarnya rekrut pelacur. 439 00:24:25,297 --> 00:24:28,258 Mereka juga sasar gadis yang lari dari rumah, 440 00:24:28,341 --> 00:24:30,343 dan lacurkan mereka. 441 00:24:30,427 --> 00:24:31,261 Lari dari rumah? 442 00:24:31,344 --> 00:24:33,180 Alah, jenis itu. 443 00:24:33,722 --> 00:24:38,268 Gadis remaja bodoh yang melepak di panggung wayang. 444 00:24:38,351 --> 00:24:42,689 Mereka tak ada duit, tapi tak boleh bekerja sebagai pelacur. 445 00:24:42,772 --> 00:24:45,984 Agensi hantar remaja begitu kepada pelanggan yang suka gadis muda. 446 00:24:46,067 --> 00:24:47,068 Begitu rupanya. 447 00:24:48,445 --> 00:24:49,863 Maaf, saya perlu pergi. 448 00:24:53,575 --> 00:24:54,743 Selamat kembali. 449 00:24:55,702 --> 00:24:56,536 Hei. 450 00:24:59,581 --> 00:25:00,999 - Ke Sangubashi. - Okey. 451 00:25:11,009 --> 00:25:12,761 - Saya nak tanya. - Tanya apa? 452 00:25:12,844 --> 00:25:14,221 Macam mana boleh lecur? 453 00:25:14,804 --> 00:25:16,556 Siapa? Saya? 454 00:25:16,640 --> 00:25:17,474 Siapa lagi? 455 00:25:17,557 --> 00:25:18,892 Maaf. 456 00:25:19,518 --> 00:25:22,562 Rumah saya terbakar. 457 00:25:22,646 --> 00:25:24,189 Sungguh? Puncanya? 458 00:25:24,272 --> 00:25:26,149 Saya tak padam rokok. 459 00:25:27,943 --> 00:25:28,777 Ya… 460 00:25:29,277 --> 00:25:31,363 Biar betul. Memang padan muka! 461 00:25:31,446 --> 00:25:32,280 Betul. 462 00:25:32,906 --> 00:25:34,241 - Tapi serius. - Ya? 463 00:25:34,741 --> 00:25:37,869 Entah macam mana awak sanggup hidup dengan parut itu. 464 00:25:40,247 --> 00:25:41,081 Gelilah! 465 00:25:41,164 --> 00:25:42,415 Ya. 466 00:26:20,662 --> 00:26:22,998 Tolong! Selamatkan mereka! 467 00:26:25,709 --> 00:26:29,087 Ayah! 468 00:27:06,416 --> 00:27:07,709 Selamat datang, sila… 469 00:27:07,792 --> 00:27:08,877 Tak payah. 470 00:27:12,547 --> 00:27:14,341 Hei! Pusing sebelah sini! 471 00:27:15,717 --> 00:27:17,677 Saya ada hartanah menarik. 472 00:27:18,887 --> 00:27:20,764 Sapalah elok-elok dulu. 473 00:27:20,847 --> 00:27:23,516 Ia sangat besar, saya tak tahu nak buat apa. 474 00:27:25,060 --> 00:27:26,770 Cepatlah cakap. 475 00:27:26,853 --> 00:27:29,230 Lot 3,200 meter persegi di Takanawa. 476 00:27:31,024 --> 00:27:33,360 Tanah di Takanawa, bukan? 477 00:27:33,443 --> 00:27:37,113 Saya cuba dapatkannya waktu gelembung ekonomi dulu. 478 00:27:37,197 --> 00:27:40,533 Tuan tanah enggan jual, betul tak? 479 00:27:40,617 --> 00:27:46,623 Dia dah ubah fikiran. Paling tidak, ada peluang untuk runding. 480 00:27:46,706 --> 00:27:49,376 Saya rasa ia bergantung pada pembeli. 481 00:27:50,126 --> 00:27:51,002 Jadi? 482 00:27:52,337 --> 00:27:54,381 Nak usulkan kepada Sekiyo? 483 00:27:54,464 --> 00:27:55,590 Apa pendapat awak? 484 00:27:56,549 --> 00:28:00,261 Mana-mana pemaju akan berminat dapatkan lokasi ideal. 485 00:28:00,345 --> 00:28:02,681 Masalahnya, tanah itu terlalu besar. 486 00:28:03,181 --> 00:28:07,185 Pemeriksaan dan kelulusan pihak pengurusan ambil masa setahun. 487 00:28:07,268 --> 00:28:08,770 Itulah masalahnya. 488 00:28:08,853 --> 00:28:11,398 Pemiliknya nak jual secepat mungkin. 489 00:28:11,481 --> 00:28:13,817 Dia nak syarikat besar yang dipercayai. 490 00:28:13,900 --> 00:28:15,819 Betulkah? 491 00:28:17,320 --> 00:28:18,321 Awak tahu, 492 00:28:18,863 --> 00:28:23,493 jika ia kena dengan agenda presiden, boleh dapat kelulusan cepat. 493 00:28:23,576 --> 00:28:24,661 Apa maksud awak? 494 00:28:24,744 --> 00:28:26,538 Pekerja Sekiyo ada dua puak. 495 00:28:26,621 --> 00:28:29,749 Penyokong pengerusi dan penyokong presiden. 496 00:28:30,417 --> 00:28:34,337 Sekiyo kini pemaju terkemuka bawah pimpinan Pengerusi Wadajima. 497 00:28:34,421 --> 00:28:35,839 Dia dianggap raja. 498 00:28:36,339 --> 00:28:38,007 Presiden Abekawa pula 499 00:28:38,091 --> 00:28:40,635 bekerja bawah Wadajima sejak dia muda. 500 00:28:40,719 --> 00:28:42,303 Dia berusaha sampai ke puncak. 501 00:28:42,804 --> 00:28:44,806 Tapi Abekawa tak bodoh. 502 00:28:45,306 --> 00:28:48,810 Semasa pengerusi di luar negara enam bulan setiap tahun, 503 00:28:48,893 --> 00:28:51,896 Abekawa ambil kesempatan untuk satukan puaknya. 504 00:28:52,397 --> 00:28:55,984 Pasti dia nak singkir Wadajima dan menggantikannya. 505 00:28:58,236 --> 00:29:03,491 Tapi pembangunan sepuluh bilion yen masih memerlukan kelulusan pengerusi. 506 00:29:03,575 --> 00:29:07,996 Tidak. Abekawa diberi kebebasan urus projek besar di Jepun. 507 00:29:08,079 --> 00:29:09,706 Begitu. 508 00:29:10,957 --> 00:29:14,335 Siapa wakil Sekiyo yang menagih simpati awak itu? 509 00:29:14,419 --> 00:29:15,420 Aoyagi. 510 00:29:15,503 --> 00:29:16,921 Dia sokong presiden. 511 00:29:17,005 --> 00:29:20,884 Dia cemerlang bawah Abekawa dan kini ketua Unit Pembangunan. 512 00:29:21,760 --> 00:29:25,930 Jadi, jika kita beri Aoyagi sedikit dorongan dan desak presiden… 513 00:29:26,014 --> 00:29:29,601 Proses kelulusan dalaman mungkin lebih pantas. 514 00:29:31,269 --> 00:29:32,729 Saya faham sekarang. 515 00:29:33,521 --> 00:29:37,734 Tapi Sekiyo antara pemaju terkemuka. 516 00:29:37,817 --> 00:29:39,235 Terus terang cakap, 517 00:29:39,319 --> 00:29:44,908 mereka akan meragui broker kecil yang tiba-tiba muncul dan tak dikenali. 518 00:29:45,617 --> 00:29:46,451 Maksudnya? 519 00:29:46,534 --> 00:29:49,829 Penipuan tanah di Ebisu tiga bulan lalu. 520 00:29:50,705 --> 00:29:55,710 Ini bukan macam menipu amatur macam Syarikat Perumahan Mike. 521 00:29:57,629 --> 00:29:58,963 Itu kamu, bukan? 522 00:30:03,843 --> 00:30:05,678 Saya tak faham maksud awak. 523 00:30:06,471 --> 00:30:10,809 Betulkah tuan tanah di Tanakawa itu mahu menjual tanahnya? 524 00:30:13,603 --> 00:30:16,564 Itu bukan urusan saya. 525 00:30:17,273 --> 00:30:18,274 Beginilah. 526 00:30:19,984 --> 00:30:23,863 Saya akan perkenalkan awak kepada syarikat yang Sekiyo percayai. 527 00:30:23,947 --> 00:30:26,991 Apa kata awak minta mereka jadi orang tengah 528 00:30:27,075 --> 00:30:30,537 dan biar mereka yang runding dengan Sekiyo. 529 00:30:31,162 --> 00:30:31,996 Awak kenal? 530 00:30:32,080 --> 00:30:35,083 Saya cuma minta bayaran pengenalan. 531 00:30:46,386 --> 00:30:48,638 Saya balik fikir dulu. 532 00:30:50,682 --> 00:30:53,226 Kirim salam kepada Harrison. 533 00:31:06,865 --> 00:31:09,659 Ya. Helo, Presiden Abiru. 534 00:31:10,285 --> 00:31:12,745 Saya ada sesuatu yang mungkin menarik minat awak. 535 00:31:12,829 --> 00:31:15,665 Sebelum tamatkan mesyuarat, 536 00:31:15,748 --> 00:31:17,292 ada perkara berbangkit? 537 00:31:18,334 --> 00:31:20,211 Ya, En. Sunaga. Silakan. 538 00:31:22,505 --> 00:31:23,506 En. Aoyagi. 539 00:31:25,049 --> 00:31:27,844 Berkenaan projek Oimachi yang dibatalkan, 540 00:31:28,469 --> 00:31:30,096 dah ada tanah alternatif? 541 00:31:30,179 --> 00:31:31,931 Kami sedang mencarinya. 542 00:31:32,015 --> 00:31:32,974 Benarkah? 543 00:31:33,057 --> 00:31:36,895 Kami belum terima sebarang laporan kemajuan, 544 00:31:36,978 --> 00:31:39,105 jadi saya sangka awak dah putus asa. 545 00:31:39,188 --> 00:31:40,189 Kami sedang cari. 546 00:31:40,857 --> 00:31:43,276 Ini bukan tentang unit awak saja. 547 00:31:44,444 --> 00:31:47,739 Awak tahu yang ini projek seluruh syarikat, bukan? 548 00:31:47,822 --> 00:31:51,993 Jika kita tak jumpa tanah itu, kita akan kehilangan beratus juta yen. 549 00:31:52,660 --> 00:31:53,578 Saya tahu. 550 00:31:55,872 --> 00:31:56,706 Itu saja. 551 00:31:56,789 --> 00:31:59,167 Itu saja untuk mesyuarat kali ini. 552 00:32:12,388 --> 00:32:13,723 Menyedihkan. 553 00:32:14,974 --> 00:32:17,435 Awak kesuntukan masa. Cukuplah. 554 00:32:17,518 --> 00:32:18,519 Masih awal. 555 00:32:18,603 --> 00:32:20,146 Ia bukan pasal tanah saja. 556 00:32:20,229 --> 00:32:22,607 Awak tak payahlah berangan naik pangkat. 557 00:32:24,317 --> 00:32:27,695 Apabila saya di puncak, awak boleh kekal jadi pengarah biasa. 558 00:32:39,123 --> 00:32:40,625 - Ya, helo? - Bagaimana? 559 00:32:40,708 --> 00:32:44,671 Kami sewa ruang parkir dan cuba kumpul maklumat, 560 00:32:44,754 --> 00:32:48,466 tapi semua orang kata tuan tanah enggan menjualnya. 561 00:32:48,549 --> 00:32:51,135 Kami masih belum dapat jumpa tuan tanah. 562 00:32:51,219 --> 00:32:52,553 - Apa lagi? - Maaf. 563 00:32:52,637 --> 00:32:54,263 Tiada perkembangan lain. 564 00:32:54,347 --> 00:32:56,557 Buat apa yang boleh, tapi cepat! 565 00:33:00,144 --> 00:33:03,648 Baiklah. Betul juga kata Hayashi. 566 00:33:05,108 --> 00:33:06,109 Nak teruskan? 567 00:33:07,860 --> 00:33:09,237 Ya, kita guna idea dia. 568 00:33:09,988 --> 00:33:13,658 Syarikat itu jadi orang tengah dan beri maklumat kepada Sekiyo. 569 00:33:13,741 --> 00:33:18,538 Kita akan terlibat secara tak langsung sebagai pengurus aset Kawai Natsumi. 570 00:33:18,621 --> 00:33:21,249 Syarikat itu akan dipersalahkan nanti? 571 00:33:21,332 --> 00:33:24,669 Tak, mereka tak tahu mereka diperdayakan. 572 00:33:24,752 --> 00:33:27,171 Dari segi undang-undang, mereka tak salah. 573 00:33:27,255 --> 00:33:28,256 Lagi satu. 574 00:33:29,173 --> 00:33:32,468 Hayashi mahu bayaran pengenalan sebanyak 30 juta. 575 00:33:32,552 --> 00:33:33,386 Dia akan dapat. 576 00:33:35,722 --> 00:33:39,517 Hei, terima kasih kerana luang masa semalam. 577 00:33:39,600 --> 00:33:42,854 Saya sedia terima tawaran awak semalam. 578 00:33:43,604 --> 00:33:44,439 Sungguh? 579 00:33:46,357 --> 00:33:48,026 Awak memang pantas. 580 00:33:48,109 --> 00:33:50,069 Apa nama syarikat itu? 581 00:33:50,820 --> 00:33:52,613 "Abiru Holdings"? 582 00:33:52,697 --> 00:33:56,117 Ya, baguslah begitu. 583 00:33:56,993 --> 00:33:58,077 Penasihat? 584 00:33:58,953 --> 00:34:02,957 Perniagaan hartanah, pembangunan resort, pakaian, teknologi maklumat… 585 00:34:04,000 --> 00:34:05,501 Macam-macam mereka buat. 586 00:34:06,544 --> 00:34:09,881 Saya akan jumpa Presiden Abiru lusa. 587 00:34:09,964 --> 00:34:12,175 Takumi, sediakan dokumen penting. 588 00:34:12,759 --> 00:34:16,095 Goto, betulkah syarikat ini boleh diharap? 589 00:34:16,596 --> 00:34:18,848 Awak cuba tengok penasihat itu. 590 00:34:20,058 --> 00:34:23,311 Nama keluarganya berbeza, tapi suaminya ahli parti LDP. 591 00:34:23,394 --> 00:34:25,229 Itu amat berguna. 592 00:34:25,313 --> 00:34:29,233 Ya. Pekerja atasan Sekiyo takkan persoalkan orang berkuasa. 593 00:34:29,317 --> 00:34:32,278 Macam mana dengan penyamar? 594 00:34:32,361 --> 00:34:34,197 - Mana Reiko? - Di Atami. 595 00:34:34,906 --> 00:34:39,118 Dia dah kehabisan calon, jadi dia pergi cari yang baru. 596 00:34:39,202 --> 00:34:41,496 Pendekatan perekrutan bersasar. 597 00:34:41,579 --> 00:34:43,122 Harap-harap dia dapat. 598 00:34:43,206 --> 00:34:46,918 Goto, awak pergi jumpa Abiru Holdings. 599 00:34:47,001 --> 00:34:50,463 Kita jual kepada Abiru dulu dengan harga sepuluh bilion. 600 00:34:50,546 --> 00:34:54,550 Abiru jual semula kepada Sekiyo dengan harga 11 bilion. 601 00:34:55,885 --> 00:34:59,806 Semasa rundingan, mereka akan minta berjumpa Kawai. 602 00:34:59,889 --> 00:35:04,018 Kita akan benarkan apabila sampai peringkat akhir rundingan. 603 00:35:04,977 --> 00:35:07,855 Apabila masa itu tiba, awak tahu apa nak buat? 604 00:35:07,939 --> 00:35:12,401 Pastikan Kawai Natsumi tiada di tokong. Kalau boleh, jauh dari Tokyo. 605 00:35:13,736 --> 00:35:15,571 Kita boleh gunakan dia? 606 00:35:15,655 --> 00:35:16,531 Ya. 607 00:35:17,323 --> 00:35:18,324 Semestinya. 608 00:35:20,076 --> 00:35:20,910 Kelo. 609 00:35:22,120 --> 00:35:24,038 - Ya? - Awak dah biasakan diri? 610 00:35:24,122 --> 00:35:26,082 Ya. 611 00:35:26,165 --> 00:35:30,586 Kalau awak terus bekerja keras, awak pasti boleh jadi macam saya… 612 00:35:30,670 --> 00:35:33,089 Saya gurau. Tidak dengan parut itu. 613 00:35:33,172 --> 00:35:34,841 Sila alu-alukan Cik Kawai! 614 00:35:34,924 --> 00:35:37,051 Selamat datang! 615 00:35:38,511 --> 00:35:39,428 Lama tak jumpa. 616 00:35:40,054 --> 00:35:41,430 Baru seminggu. 617 00:35:41,514 --> 00:35:43,891 Seminggu terlalu lama. 618 00:35:43,975 --> 00:35:46,227 - Awak nampak comel. - Terima kasih. 619 00:35:46,310 --> 00:35:48,855 Hari ini membosankan. Syukur awak datang. 620 00:35:50,022 --> 00:35:51,232 - Kalau begitu… - Ya? 621 00:35:51,732 --> 00:35:53,192 Pesanlah kesukaan awak. 622 00:35:53,276 --> 00:35:54,235 Sungguh? 623 00:35:55,069 --> 00:35:56,195 Salon Magnum. 624 00:35:56,279 --> 00:35:58,406 Percaya atau tidak, 625 00:35:58,489 --> 00:36:00,825 Cik Kawai baru saja pesan Salon Magnum! 626 00:36:00,908 --> 00:36:02,368 Terima kasih! 627 00:36:02,451 --> 00:36:04,203 - Hos nombor satu! - Hei! 628 00:36:04,287 --> 00:36:06,289 - Putera Kaede pilihannya! - Hei! 629 00:36:06,372 --> 00:36:08,541 - Untuk puteri tercantik! - Hei! 630 00:36:08,624 --> 00:36:10,793 - Champagne premium! - Hei! 631 00:36:10,877 --> 00:36:12,336 - Salon Magnum! - Hei! 632 00:36:12,420 --> 00:36:14,255 Baru saja dipesan! 633 00:36:14,338 --> 00:36:15,965 Terima kasih! 634 00:36:16,048 --> 00:36:18,009 - Setiap malam! - Hei! 635 00:36:18,092 --> 00:36:19,260 - Ayuhlah! - Hei! 636 00:36:19,343 --> 00:36:21,721 - Raikan pesanan champagne! - Ayuh! 637 00:36:21,804 --> 00:36:24,515 - Champagne! - Champagne! 638 00:36:24,599 --> 00:36:26,809 - Wahai puteri yang tak minum! - Ayuh! 639 00:36:26,893 --> 00:36:29,353 - Champagne! - Champagne! 640 00:36:32,023 --> 00:36:33,107 Kenapa ada dia? 641 00:36:35,443 --> 00:36:38,696 Awak kata kalau kita pesan champagne tadi, 642 00:36:38,779 --> 00:36:40,781 kita boleh berdua-duaan malam ini. 643 00:36:40,865 --> 00:36:44,577 Ya, itu yang saya rancang, tapi saya nak awak jumpa dia. 644 00:36:46,078 --> 00:36:46,913 Siapa dia? 645 00:36:46,996 --> 00:36:49,207 Dia pekerja baru di kelab. 646 00:36:50,458 --> 00:36:51,584 Tengoklah mukanya. 647 00:36:51,667 --> 00:36:54,045 Dia susah nak dapat perempuan. 648 00:36:54,128 --> 00:36:57,924 Lepas saya beritahu dia tentang awak, dia cepat-cepat tawar diri. 649 00:36:58,549 --> 00:36:59,425 Karutlah. 650 00:36:59,508 --> 00:37:01,677 Saya cakap begitu juga. 651 00:37:02,178 --> 00:37:05,389 Tapi selepas mendengar ceritanya, saya rasa kasihan. 652 00:37:05,890 --> 00:37:07,516 Kemudian saya terfikir, 653 00:37:07,600 --> 00:37:11,437 awak mungkin boleh bantu isi jiwanya yang kosong. 654 00:37:11,520 --> 00:37:12,605 Betul tak? 655 00:37:12,688 --> 00:37:13,981 Ya. 656 00:37:14,732 --> 00:37:15,566 Saya… 657 00:37:16,400 --> 00:37:20,446 Dengan muka begini, pegang tangan perempuan pun tak pernah. 658 00:37:20,529 --> 00:37:21,906 Dia tak dengarlah. 659 00:37:21,989 --> 00:37:23,115 Maaf. 660 00:37:23,199 --> 00:37:27,203 Saya suka tengok awak kerjakan jejaka kacak kelab. 661 00:37:28,246 --> 00:37:30,248 Tapi dengan dia, 662 00:37:30,331 --> 00:37:34,293 saya nak tengok sisi lembut dan penyayang awak. 663 00:37:39,006 --> 00:37:41,384 Hei, macam saya cakap sebelum ini. 664 00:37:42,760 --> 00:37:47,848 Saya nak pastikan emosi saya memuncak apabila kita berasmara nanti. 665 00:37:53,396 --> 00:37:55,106 Kita berdua-duaan lain kali? 666 00:37:55,898 --> 00:37:56,899 Sudah tentu. 667 00:38:04,991 --> 00:38:06,909 Okey, mari mulakan. 668 00:38:24,010 --> 00:38:25,344 Helo. 669 00:38:25,428 --> 00:38:27,930 Helo. Biar saya perkenalkan diri. 670 00:38:28,014 --> 00:38:30,975 Saya Abiru dari Abiru Holdings. 671 00:38:31,058 --> 00:38:33,227 - Selamat berkenalan. - Selamat berkenalan. 672 00:38:34,061 --> 00:38:37,648 Hartanah itu merangkumi tempat parkir di sebelah tokong 673 00:38:37,732 --> 00:38:40,192 dan tanah bangunan bersebelahan. 674 00:38:40,276 --> 00:38:42,486 Seluruh plot ini 3,200 meter persegi. 675 00:38:42,570 --> 00:38:44,238 Harganya cecah 10 bilion. 676 00:38:47,199 --> 00:38:49,035 Bahagian kami berapa? 677 00:38:49,118 --> 00:38:50,328 Satu bilion. 678 00:38:52,413 --> 00:38:53,664 Selamat bekerjasama. 679 00:38:56,000 --> 00:38:57,543 Selamat bekerjasama. 680 00:39:15,519 --> 00:39:17,104 Hei, Taniguchi. 681 00:39:17,188 --> 00:39:19,648 Pakai tudung jangan sampai tutup dahi. 682 00:39:19,732 --> 00:39:21,817 Berapa kali saya nak cakap? 683 00:39:22,318 --> 00:39:23,152 Maaf. 684 00:39:30,951 --> 00:39:33,037 Awak banyak membantu. Terima kasih. 685 00:39:34,080 --> 00:39:35,331 Tiada masalah. 686 00:39:35,414 --> 00:39:38,376 Saya cuma beritahu dia pasal hartanah yang bagus. 687 00:39:39,752 --> 00:39:42,296 Sebagai pihak ketiga yang jujur. 688 00:39:43,714 --> 00:39:44,590 Jumpa lagi. 689 00:39:58,854 --> 00:40:00,773 RUNDINGAN DENGAN ABIRU SELESAI 690 00:40:00,856 --> 00:40:02,608 DAH SERAH WANG KEPADA HAYASHI 691 00:41:01,876 --> 00:41:04,837 Bernafsu betul tadi. Konon tak nak mak cik tua. 692 00:41:04,920 --> 00:41:06,338 Syabas. Ini upah awak. 693 00:41:06,422 --> 00:41:08,340 Tidak, tak apa. 694 00:41:08,424 --> 00:41:10,092 - Ambillah. - Tak apa… 695 00:41:10,801 --> 00:41:12,219 Okey. Terima kasih. 696 00:41:12,303 --> 00:41:13,512 Jom pergi Kabukicho. 697 00:41:14,263 --> 00:41:15,806 Awak tak nak balik? 698 00:41:15,890 --> 00:41:16,724 Balik? 699 00:41:16,807 --> 00:41:21,020 Lepas tengok kamu berdua bergomol, saya rasa geli gila. 700 00:41:21,103 --> 00:41:22,771 Saya perlu sucikan diri. 701 00:41:22,855 --> 00:41:23,689 Maaf. 702 00:41:24,190 --> 00:41:25,107 Helo. 703 00:41:26,025 --> 00:41:27,443 Ada tiga gadis sekarang? 704 00:41:27,526 --> 00:41:30,905 Kami dah nak masuk. Kami di depan sekarang. Ya. 705 00:41:30,988 --> 00:41:31,989 Yang "segar"? 706 00:41:33,824 --> 00:41:36,327 Ya, ada! Sudah tentu, ya! 707 00:41:37,495 --> 00:41:39,163 Ya, jumpa kejap lagi. 708 00:41:41,457 --> 00:41:42,666 Hei, ini saya. 709 00:41:43,209 --> 00:41:45,920 Mereka baru saja masuk. Mulakan. 710 00:42:19,161 --> 00:42:19,995 Helo? 711 00:42:21,372 --> 00:42:23,791 Dah lama kita tak berbual, Hayashi. 712 00:42:26,126 --> 00:42:29,463 Saya dah agak awak dalang di sebalik semua ini. 713 00:42:29,547 --> 00:42:34,134 Terima kasih kerana perkenalkan kami kepada rakan hebat kali ini. 714 00:42:34,218 --> 00:42:37,471 Awak betul-betul nak perangkap Sekiyo? 715 00:42:38,055 --> 00:42:39,181 Sudah tentu. 716 00:42:39,890 --> 00:42:40,724 Suka hatilah. 717 00:42:41,350 --> 00:42:43,143 Saya pasti awak sedar 718 00:42:43,686 --> 00:42:47,231 yang saya perkenalkan kamu tanpa mengetahui apa-apa. 719 00:42:47,314 --> 00:42:51,944 Ya, berehatlah tanpa ketahui apa-apa. 720 00:43:57,009 --> 00:44:00,429 Hoi! Tiga gadis baru masuk, bukan? Bagi kunci bilik itu. 721 00:44:00,512 --> 00:44:01,347 Siapa awak? 722 00:44:01,430 --> 00:44:03,140 Serahkan kunci! 723 00:44:04,350 --> 00:44:06,935 Hei! Jangan! Saya akan telefon polis! 724 00:44:07,019 --> 00:44:08,729 Telefonlah. 725 00:44:08,812 --> 00:44:12,358 Aku akan lapor pelacuran budak bawah umur di sini. 726 00:44:12,441 --> 00:44:13,776 Pandang sini. 727 00:44:14,276 --> 00:44:16,028 Hei, turunkan tangan. 728 00:44:16,111 --> 00:44:18,072 Turunkan tangan dan pandang sini. 729 00:44:20,991 --> 00:44:22,993 Selamat malam! 730 00:44:23,077 --> 00:44:24,244 Siapa kamu? 731 00:44:24,328 --> 00:44:27,289 Kami unit peronda Kabukicho. 732 00:44:28,957 --> 00:44:31,543 Aduhai, ini mana boleh. 733 00:44:31,627 --> 00:44:33,504 Berapa umur kamu? 734 00:44:34,463 --> 00:44:36,048 Cepat jawab! 735 00:44:36,131 --> 00:44:37,549 - Jawab! - Berapa umur? 736 00:44:37,633 --> 00:44:38,759 Lima belas… 737 00:44:38,842 --> 00:44:39,968 Enam belas… 738 00:44:40,052 --> 00:44:40,886 Lima belas… 739 00:44:40,969 --> 00:44:43,013 Tiga-tiga bawah umur! 740 00:44:43,097 --> 00:44:44,556 Apa semua ini? 741 00:44:44,640 --> 00:44:48,435 Kau Kaede, hos nombor satu di Kelab Cinta Gila, bukan? 742 00:44:48,519 --> 00:44:50,813 Aku tak tahu apa kau maksudkan. 743 00:44:50,896 --> 00:44:51,730 Yakah? 744 00:44:53,440 --> 00:44:55,150 Kau nak buat-buat bodoh? 745 00:45:14,795 --> 00:45:16,630 Hai, Kaede. 746 00:45:18,966 --> 00:45:19,800 Kelo? 747 00:45:20,968 --> 00:45:21,844 Awak… 748 00:45:23,053 --> 00:45:25,931 - Kenapa awak di sini? - Jangan risau. 749 00:45:26,640 --> 00:45:28,809 Kami takkan beritahu sesiapa. 750 00:45:29,727 --> 00:45:31,186 Sebagai balasan, 751 00:45:32,521 --> 00:45:34,606 saya nak minta bantuan awak. 752 00:49:25,379 --> 00:49:30,592 Terjemahan sari kata oleh NNorhan