1 00:00:10,010 --> 00:00:11,803 MENELUSURI NARATIF 2 00:00:11,887 --> 00:00:13,931 SASTERA AMERIKA 3 00:00:18,101 --> 00:00:20,020 MUSTAHAK NOTIS AKHIR 4 00:01:03,730 --> 00:01:05,649 BERDASARKAN NOVEL KARYA RUFI THORPE 5 00:01:34,386 --> 00:01:36,430 SELAMAT DATANG KE PUSAT BANDAR FULLERTON 6 00:02:06,084 --> 00:02:08,086 Jelas lelaki ini mahu berperang. 7 00:02:08,753 --> 00:02:10,047 Dia mahu berperang! 8 00:02:10,130 --> 00:02:15,052 Dia mohon hak penjagaan, penilaian, Khidmat Perlindungan Kanak-kanak. 9 00:02:15,135 --> 00:02:17,387 Dia serius nak menang. 10 00:02:18,180 --> 00:02:20,224 Sekarang, dengan keputusan ujian dadah positif… 11 00:02:22,392 --> 00:02:23,602 Jinx. 12 00:02:24,353 --> 00:02:25,938 Dia ada banyak kelebihan. 13 00:02:26,021 --> 00:02:28,565 Jadi, pilihan terbaik kita ialah minta dia tarik semula. 14 00:02:28,649 --> 00:02:30,943 Maksud awak, berbaik dengan si celaka itu? 15 00:02:31,026 --> 00:02:33,028 Kita tak boleh panggil dia begitu. 16 00:02:33,695 --> 00:02:35,656 Sesi pengantaraan kedua sudah diaturkan. 17 00:02:35,739 --> 00:02:37,032 Kita cuba tenangkan dia. 18 00:02:37,115 --> 00:02:39,243 Jadi, dia yang kawal situasi. 19 00:02:39,326 --> 00:02:42,621 Jika dia memilih untuk tak tarik semula… 20 00:02:42,704 --> 00:02:44,081 Habislah kita! 21 00:02:45,082 --> 00:02:48,377 Jadi, antara waktu sekarang dan sesi pengantaraan, 22 00:02:49,002 --> 00:02:50,212 kita ada penilaian psikologi. 23 00:02:50,295 --> 00:02:53,340 Amat penting untuk awak bersikap waras dan bertanggungjawab. 24 00:02:53,423 --> 00:02:55,384 Awak perlu lulus semua ujian psikosis. 25 00:02:55,467 --> 00:02:58,095 Dia perlu lihat keadaan terbaik awak. 26 00:02:58,178 --> 00:03:00,138 Awak pula perlu minta maaf kepada ibu Mark. 27 00:03:00,722 --> 00:03:01,890 Jangan harap. 28 00:03:08,105 --> 00:03:11,233 Anggaplah ini peluang Bodhi untuk terus tinggal dengan anak awak. 29 00:03:12,442 --> 00:03:13,527 Ada apa-apa saya boleh buat? 30 00:03:15,070 --> 00:03:16,071 Cukuplah pertolongan awak. 31 00:03:16,154 --> 00:03:18,448 Awak perlu jauhkan diri 32 00:03:18,532 --> 00:03:20,659 dan pilih satu hobi. 33 00:03:20,742 --> 00:03:21,869 Tapi, bukan mengait. 34 00:03:21,952 --> 00:03:23,412 Kita tak mahu jarum buat awak terpengaruh. 35 00:03:24,037 --> 00:03:25,080 Bagus. 36 00:03:25,163 --> 00:03:28,500 Awak juga tak boleh berada di rumah itu. 37 00:03:28,584 --> 00:03:29,835 Satu kesan awak pun tak boleh ada. 38 00:03:32,337 --> 00:03:34,464 Ia belum muktamad. 39 00:03:34,548 --> 00:03:36,175 Khidmat Kanak-kanak datang mengejut. 40 00:03:37,009 --> 00:03:38,802 Itu cuma langkah pencegahan, bukan? 41 00:03:38,886 --> 00:03:39,887 Ya, Kenny. 42 00:03:40,637 --> 00:03:43,849 Lebih kurang seperti ICE datang mengejut. 43 00:03:43,932 --> 00:03:47,144 Mereka cuma nak mengesahkan semuanya baik-baik saja. 44 00:03:47,227 --> 00:03:49,563 Okey. Saya tak… 45 00:03:50,230 --> 00:03:51,231 Saya… 46 00:03:51,732 --> 00:03:55,485 Saya tak suka apabila awak sebut nama saya dengan nada benci begitu. 47 00:03:55,569 --> 00:03:57,154 Saya rasa tak tenang. 48 00:03:57,237 --> 00:03:59,448 Maaf. Saya sangat tertekan. 49 00:04:00,449 --> 00:04:03,660 Saya perlu minta maaf kepada ibunya. 50 00:04:03,744 --> 00:04:05,370 Awak akan lakukannya? 51 00:04:06,788 --> 00:04:07,873 Walaupun ia membunuh saya. 52 00:04:09,041 --> 00:04:10,292 Mungkin akan membunuh saya. 53 00:04:11,960 --> 00:04:13,337 Penilaian psikologi Margo pula? 54 00:04:14,671 --> 00:04:16,714 Ada pakar psikologi datang ke rumahnya, 55 00:04:16,798 --> 00:04:20,552 tanya soalan seolah-olah dia pesakit mental. 56 00:04:20,636 --> 00:04:23,722 - Ini dia. - Semuanya sangat teruk. 57 00:04:25,224 --> 00:04:26,475 Kita akan dapat laluinya. 58 00:04:26,558 --> 00:04:28,227 Bagaimana awak tahu? 59 00:04:54,044 --> 00:04:56,338 Apa perancangan awak untuk sara anak? 60 00:04:56,421 --> 00:04:57,840 Saya tiada perancangan. 61 00:04:57,923 --> 00:05:00,050 Jika difikirkan semula, saya naif, 62 00:05:00,133 --> 00:05:02,094 menyangka semua akan berjalan lancar. 63 00:05:03,595 --> 00:05:06,265 Sekarang, saya semakin faham keadaannya. 64 00:05:10,227 --> 00:05:12,271 - Hai. - Hai. 65 00:05:16,900 --> 00:05:17,943 Teh? 66 00:05:19,152 --> 00:05:21,238 Boleh juga. 67 00:05:25,784 --> 00:05:28,453 Jinx! 68 00:05:31,665 --> 00:05:34,585 Kata orang, yang penting bukan kejatuhan, 69 00:05:34,668 --> 00:05:36,378 sebaliknya kebangkitan. 70 00:05:37,254 --> 00:05:38,297 Mengarut! 71 00:05:38,922 --> 00:05:40,966 Ia bukan tentang bangkit dengan pantas. 72 00:05:41,508 --> 00:05:45,053 Tapi, tentang belasah sesiapa saja yang menjatuhkan kita! 73 00:06:05,365 --> 00:06:07,618 JUARA JINX 74 00:07:09,429 --> 00:07:11,640 Terima kasih sebab setuju berjumpa saya. 75 00:07:12,933 --> 00:07:14,017 Boleh saya duduk? 76 00:07:15,143 --> 00:07:17,145 Rahang saya berjahit. 77 00:07:17,229 --> 00:07:21,400 Jangan anggap kekurangan reaksi saya sebagai tanda persetujuan. 78 00:07:21,483 --> 00:07:22,818 Baiklah. 79 00:07:29,199 --> 00:07:30,409 Saya minta maaf. 80 00:07:30,492 --> 00:07:31,493 Saya… 81 00:07:33,245 --> 00:07:35,289 Saya hilang sabar. Saya… 82 00:07:35,372 --> 00:07:36,999 Itu bukan satu alasan. 83 00:07:37,082 --> 00:07:43,589 Tapi, saya harap awak boleh buka hati awak untuk… 84 00:07:46,300 --> 00:07:47,301 maafkan saya. 85 00:07:55,434 --> 00:07:56,977 Saya terima permohonan maaf awak. 86 00:07:59,479 --> 00:08:00,689 Terima kasih. 87 00:08:03,233 --> 00:08:04,234 Terima kasih. 88 00:08:06,111 --> 00:08:08,739 Mahu tahu kenapa saya terima? 89 00:08:08,822 --> 00:08:12,993 Ya, saya mahu tahu. 90 00:08:13,076 --> 00:08:18,707 Sebagai ibu, saya ada harapan dan jangkaan terhadap anak lelaki saya. 91 00:08:19,249 --> 00:08:23,545 Saya juga berharap dia menang Hadiah Pulitzer, 92 00:08:23,629 --> 00:08:25,172 kalau awak boleh bayangkan. 93 00:08:26,507 --> 00:08:31,470 Tapi, melihat dia jadi pensyarah sastera tahun pertama 94 00:08:31,553 --> 00:08:33,096 di Fullerton pula… 95 00:08:36,140 --> 00:08:40,102 Ada kesedihan tak tertanggung yang dirasai seorang ibu 96 00:08:40,979 --> 00:08:43,023 apabila si anak mengecewakannya. 97 00:08:44,608 --> 00:08:47,110 Saya tak dapat bayangkan perasaan awak. 98 00:08:50,989 --> 00:08:53,617 TEATER FOX 99 00:09:20,769 --> 00:09:22,354 Siapa datang? 100 00:09:22,437 --> 00:09:23,438 Hei. 101 00:09:24,857 --> 00:09:25,858 Hei, si kecil. 102 00:09:27,568 --> 00:09:28,902 Margo tiada di sini. 103 00:09:33,115 --> 00:09:36,952 Ya, sebenarnya, saya datang nak jumpa awak. 104 00:09:38,745 --> 00:09:39,788 Saya? 105 00:09:39,872 --> 00:09:41,373 Saya mahu minta maaf. 106 00:09:42,624 --> 00:09:45,460 Ramai orang kata, saya kecewakan Margo. 107 00:09:48,672 --> 00:09:51,008 Saya sedar, saya kecewakan awak juga. 108 00:09:52,801 --> 00:09:54,178 Saya tiada ramai kawan. 109 00:09:59,558 --> 00:10:01,935 Tapi, jika saya masih bernasib baik dapat anggap awak kawan saya… 110 00:10:05,480 --> 00:10:06,982 Awak betul-betul buat saya takut. 111 00:10:10,611 --> 00:10:12,362 Betul-betul takut. 112 00:10:15,324 --> 00:10:16,491 Serta Margo. 113 00:10:20,245 --> 00:10:21,747 Jangan buat begitu lagi. 114 00:10:26,335 --> 00:10:27,336 Ya. 115 00:10:28,420 --> 00:10:30,088 Peguam larang awak datang ke sini. 116 00:10:30,172 --> 00:10:31,381 - Jadi… - Ya. 117 00:10:32,174 --> 00:10:33,842 Saya akan beritahu Margo, awak datang. 118 00:10:33,926 --> 00:10:35,093 Okey. 119 00:10:35,177 --> 00:10:37,846 Saya ucap semoga berjaya kepadanya untuk esok. 120 00:10:39,223 --> 00:10:41,058 - Ya. - Shadow Hat. 121 00:10:43,227 --> 00:10:44,228 Shadowheart. 122 00:10:45,938 --> 00:10:47,022 Shadowheart. 123 00:10:48,815 --> 00:10:49,900 Shadowheart. 124 00:11:02,913 --> 00:11:04,164 HANTU LAPAR 125 00:11:17,219 --> 00:11:19,555 PEMINAT 126 00:11:19,638 --> 00:11:22,015 Saya perlu bayar penilaian. 127 00:11:22,099 --> 00:11:23,892 Saya perlu bayar upah peguam. 128 00:11:23,976 --> 00:11:25,477 Semuanya semakin bertambah. 129 00:11:25,561 --> 00:11:29,815 Bagaimana dengan gambar menguntungkan itu? 130 00:11:30,566 --> 00:11:33,151 Kemaluan ialah keuntungan semula jadi. 131 00:11:34,361 --> 00:11:36,029 Kalau awak betul kesempitan wang, 132 00:11:36,113 --> 00:11:37,573 kini, semua orang kenal awak. 133 00:11:37,656 --> 00:11:38,782 Awak boleh letakkan sebarang harga. 134 00:11:38,866 --> 00:11:43,287 Tidak. Keadaan sekarang tak mengizinkan. 135 00:11:43,370 --> 00:11:45,372 Saya perlu pastikan semuanya sopan. 136 00:11:45,455 --> 00:11:48,375 Selain itu, saya tak buat pornografi. Saya hasilkan seni. 137 00:11:49,668 --> 00:11:51,128 Saya akan biarkan awak uruskan, sebab dia mula… 138 00:11:51,211 --> 00:11:52,629 - Okey. - Awak tahu, saya jengkel dengan dia. 139 00:11:52,713 --> 00:11:53,714 - Ya. - Sebab dia baru… 140 00:11:53,797 --> 00:11:55,966 Fobia awak terhadap pekerja seks sangat comel. 141 00:11:56,049 --> 00:11:58,051 Awak ada perjalanan hidup sendiri. 142 00:11:58,635 --> 00:11:59,803 Kami faham, tapi… 143 00:12:01,305 --> 00:12:02,931 semua aktiviti seks ialah seni. 144 00:12:04,349 --> 00:12:07,227 Persembahan, fantasi, seni. 145 00:12:07,895 --> 00:12:11,565 Lagipun, awak cuba jual fantasi kepada seseorang. 146 00:12:11,648 --> 00:12:14,026 Lihatlah kostum dan usaha yang kita curahkan. 147 00:12:14,109 --> 00:12:16,528 Awak mahu buat orang lain pun pandang rendah pada awak? 148 00:12:16,612 --> 00:12:18,655 Esok hari penting buat awak. 149 00:12:18,739 --> 00:12:22,534 Hei, jika awak mahu balik rehat, tak salah pun. 150 00:12:24,953 --> 00:12:25,954 Terima kasih. 151 00:12:26,038 --> 00:12:27,289 Mari sini, Biotch. 152 00:12:27,789 --> 00:12:29,583 - Gadis gila. - Gadis gila. 153 00:12:30,250 --> 00:12:32,419 - Sebab itu kita berkawan dengannya. - Sebab itu kita sayang dia. 154 00:12:32,920 --> 00:12:34,880 Berikan kepada saya. 155 00:12:44,890 --> 00:12:45,933 Sedia? 156 00:12:46,016 --> 00:12:47,351 Semestinya. 157 00:12:47,434 --> 00:12:48,519 Jinx dan Shyanne? 158 00:12:48,602 --> 00:12:49,978 - Tiada berdekatan. - Bagus. 159 00:12:50,771 --> 00:12:52,523 Okey. Awak bersukan? 160 00:12:52,606 --> 00:12:54,775 - Apa? - Hari perlawanan. 161 00:12:54,858 --> 00:12:56,235 Detik gladiator. 162 00:12:59,696 --> 00:13:00,697 Bagus. 163 00:13:00,781 --> 00:13:02,199 Berdamai. 164 00:13:02,282 --> 00:13:03,283 Berbaik. 165 00:13:10,123 --> 00:13:11,458 Selamat kembali. 166 00:13:14,711 --> 00:13:18,048 Sebelum kita mulakan, ada sedikit berita. 167 00:13:18,799 --> 00:13:21,426 Saya ada keputusan penilaian daripada Dr. Sharp. 168 00:13:23,303 --> 00:13:26,390 Teruskan kepada bahagian penting. 169 00:13:29,434 --> 00:13:31,019 "Berdasarkan segala yang saya lihat, 170 00:13:31,103 --> 00:13:33,605 Margo Millet sihat psikologi 171 00:13:33,689 --> 00:13:37,651 untuk dapatkan hak jagaan dan fizikal penuh terhadap Bodhi." 172 00:13:41,947 --> 00:13:43,740 - Bagus. - Baiklah. 173 00:13:43,824 --> 00:13:46,618 Hal ini dipercepatkan kerana pempetisyen merasakan 174 00:13:46,702 --> 00:13:49,663 Margo tidak sihat secara psikologi. 175 00:13:50,664 --> 00:13:55,419 Berdasarkan penemuan doktor, awak mahu batalkan petisyen awak? 176 00:13:58,755 --> 00:13:59,882 Saya tak mahu. 177 00:14:00,716 --> 00:14:01,717 Kenapa? 178 00:14:02,509 --> 00:14:05,596 Saya tak nafikan kesihatan awak secara umum, Margo. 179 00:14:05,679 --> 00:14:07,472 Seperti keupayaan awak memberi makan kepada Bodhi, 180 00:14:07,556 --> 00:14:09,391 tukar lampin, sedut lubang hidungnya… 181 00:14:09,474 --> 00:14:11,393 Bagus. Jadi, kenapa? 182 00:14:11,476 --> 00:14:16,023 Kanak-kanak sekarang berdepan cabaran moral tak macam dulu. 183 00:14:16,106 --> 00:14:18,025 Mereka perlukan didikan beretika. 184 00:14:19,610 --> 00:14:20,694 Awak berasmara dengan pelajar. 185 00:14:20,777 --> 00:14:22,779 - Okey, Margo… - Biar saya beritahu sesuatu. 186 00:14:22,863 --> 00:14:24,573 Awak tahu, saya sudah berkahwin, 187 00:14:24,656 --> 00:14:27,201 saya ada anak dan isteri. 188 00:14:27,284 --> 00:14:29,536 Walaupun awak tak pernah tengok mereka, 189 00:14:29,620 --> 00:14:32,080 tak bermakna mereka bukan mangsa awak juga. 190 00:14:32,164 --> 00:14:35,000 Kita berdua bersalah dalam kecurangan saya. Bezanya ialah tahap risiko. 191 00:14:35,083 --> 00:14:37,794 Saya akan kehilangan segalanya. Saya sudah pun kehilangan. 192 00:14:37,878 --> 00:14:40,005 Tapi, bagi awak, ia cuma permainan. 193 00:14:40,589 --> 00:14:42,758 Saya bodoh, tapi awak kejam. 194 00:14:42,841 --> 00:14:45,719 - Berani awak? - Ini bukan tentang saling menyalahkan. 195 00:14:45,802 --> 00:14:47,012 Tapi, tentang meneruskan hidup. 196 00:14:47,095 --> 00:14:50,516 Ya. Untuk itu, ia memerlukan ramai orang terdekat, 197 00:14:50,599 --> 00:14:52,601 dan orang terdekatnya ialah pekerja seks, 198 00:14:52,684 --> 00:14:55,854 ibu bapa yang lakukan keganasan, seorang daripadanya penagih heroin, 199 00:14:55,938 --> 00:14:59,274 dan rakan serumah yang menyangka dirinya seorang elf. 200 00:14:59,358 --> 00:15:02,194 Saya mahu hak jagaan bersama. 201 00:15:03,737 --> 00:15:06,657 - Okey. - Ya, tapi untuk dua tahun pertama, 202 00:15:06,740 --> 00:15:11,620 saya mohon setiap interaksi antara Bodhi dan Margo diawasi. 203 00:15:13,455 --> 00:15:15,082 Awak boleh pergi mati. 204 00:15:15,165 --> 00:15:17,376 Kita bertenang dulu. 205 00:15:17,459 --> 00:15:19,419 Dia sudah melampau. 206 00:15:19,503 --> 00:15:23,382 Pertama, awak laporkan saya kepada Khidmat Perlindungan Kanak-kanak. 207 00:15:23,465 --> 00:15:26,218 Awak buat saya dinilai pakar psikologi. 208 00:15:26,301 --> 00:15:28,679 - Margo. - Apa awak takut sangat, Mark? 209 00:15:28,762 --> 00:15:31,306 - Takut Bodhi jadi macam saya? - Margo. 210 00:15:31,390 --> 00:15:33,350 Bagaimana pula kalau dia jadi macam awak? 211 00:15:33,433 --> 00:15:34,434 Seorang pengecut. 212 00:15:34,518 --> 00:15:35,936 Okey. Cukuplah. 213 00:15:36,019 --> 00:15:37,563 - Saya tak mahu anak saya… - Sekarang. 214 00:15:37,646 --> 00:15:39,857 - …dibesarkan penyumbaleweng. - Margo. 215 00:15:43,610 --> 00:15:45,988 Saya mahu kamu catat yang dia menyerang saya. 216 00:15:46,071 --> 00:15:47,823 Keganasan memang darah dagingnya. 217 00:15:49,575 --> 00:15:54,246 Dia buat satu perkara yang dia dilarang buat. 218 00:15:54,913 --> 00:15:56,164 Memprovokasinya. 219 00:15:57,749 --> 00:15:58,834 Jadi, bagaimana sekarang? 220 00:15:59,835 --> 00:16:01,378 Mahkamah Atasan. 221 00:16:02,629 --> 00:16:05,132 Menurut Lace, hakimnya sangat kejam, 222 00:16:05,215 --> 00:16:08,844 yang dulu bergelut dalam kes perebutan hak penjagaan sendiri dan kalah. 223 00:16:08,927 --> 00:16:10,179 Tak bagus. 224 00:16:10,262 --> 00:16:11,638 Dia cuma perlu jaga kelakuan. 225 00:16:11,722 --> 00:16:14,349 Lace cakap, "Jaga kelakuan. Jangan marah." 226 00:16:14,433 --> 00:16:15,434 Tapi, apa Margo buat? 227 00:16:15,517 --> 00:16:17,477 Dia macam ibunya. 228 00:16:20,022 --> 00:16:22,191 Keluarga kita tak suka pembuli. 229 00:16:25,152 --> 00:16:26,361 Apa patut kita buat? 230 00:16:27,696 --> 00:16:30,991 - Dia mungkin… - Bila pembicaraan Mahkamah Atasan? 231 00:16:31,074 --> 00:16:36,079 Selasa depan. Lace mahu kita semua datang, seluruh… 232 00:16:37,956 --> 00:16:39,458 - keluarga. - Jadi, kita akan datang. 233 00:16:40,459 --> 00:16:41,668 Seluruh keluarga. 234 00:16:41,752 --> 00:16:45,839 Okey, awak jangan khayal atau datang dengan jarum di leher… 235 00:16:49,092 --> 00:16:50,093 Maafkan saya. 236 00:16:53,138 --> 00:16:56,600 Jika hakim rampas Bodhi, Margo takkan dapatnya semula. 237 00:16:57,309 --> 00:16:58,769 Dia takkan dapat jumpa Bodhi lagi. 238 00:17:00,521 --> 00:17:05,901 Jadi, asalnya, ini bilik Katie dan Katherine. 239 00:17:05,983 --> 00:17:10,864 Dalam cerita ini, kita gelar mereka kakak tiri jahat. 240 00:17:10,948 --> 00:17:13,742 Mereka tak jahat. Cuma suka kritik. 241 00:17:15,202 --> 00:17:16,494 Mereka jahat. 242 00:17:16,578 --> 00:17:19,039 Jangan ajar dia stereotaip yang tak bagus. 243 00:17:19,122 --> 00:17:20,123 Okey. 244 00:17:20,665 --> 00:17:23,335 Kemudian, ia jadi bilik datuk kamu. 245 00:17:23,417 --> 00:17:29,591 Kita akan gelar dia beruang ajaib yang boleh bercakap. 246 00:17:29,675 --> 00:17:31,260 Kamu akan jumpa dia esok. 247 00:17:31,844 --> 00:17:34,012 Kamu akan jumpa datuk dan Susie. 248 00:17:35,013 --> 00:17:36,014 Hei. 249 00:17:36,515 --> 00:17:37,558 - Mak. - Hai. 250 00:17:38,100 --> 00:17:40,060 Kamu pula, diam. Nenek takkan sentuh. 251 00:17:41,937 --> 00:17:43,105 Boleh keluar sekejap, Susie? 252 00:17:43,188 --> 00:17:44,982 Ya. 253 00:17:45,065 --> 00:17:48,944 Kita akan siapkan kisah dongeng ini, betul tak? 254 00:17:54,575 --> 00:17:56,785 - Ada apa? - Okey… 255 00:17:58,412 --> 00:17:59,580 esok hari penting. 256 00:18:01,415 --> 00:18:04,918 Mak bawa kasut dan barang Cartier 257 00:18:05,419 --> 00:18:07,087 untuk kamu ke mahkamah, 258 00:18:07,171 --> 00:18:12,634 supaya kamu nampak bijak dan bertanggungjawab. 259 00:18:12,718 --> 00:18:15,304 Mak bawa pakaian untuk si kecil itu juga. 260 00:18:15,387 --> 00:18:18,056 Apa jadi dengan bilik ini? 261 00:18:19,850 --> 00:18:21,101 Ini… 262 00:18:21,185 --> 00:18:24,521 penggambaran makhluk asing untuk… 263 00:18:24,605 --> 00:18:27,608 Ya. Hal OnlyFans kamu. 264 00:18:27,691 --> 00:18:28,775 - Ya. - Ya. 265 00:18:29,359 --> 00:18:30,360 Okey. 266 00:18:30,944 --> 00:18:36,575 Ramai orang suka fiksyen sains dan makhluk asing. 267 00:18:37,492 --> 00:18:41,955 Ya, mak yakin, penulisannya tentu menakjubkan. 268 00:18:44,124 --> 00:18:45,125 Mak, 269 00:18:46,293 --> 00:18:49,129 lebih baik, kalau mak tahu sekarang. 270 00:18:49,213 --> 00:18:50,964 Ia takkan berlaku hari ini atau esok, 271 00:18:51,048 --> 00:18:54,510 atau bila-bila sebelum hal penjagaan ini selesai. 272 00:18:54,593 --> 00:18:58,347 Tapi, pada satu masa, bagi… 273 00:19:00,057 --> 00:19:06,188 menjamin kepuasan kreatif dan pengukuhan kewangan saya, 274 00:19:07,105 --> 00:19:09,233 saya akan, secara berseni… 275 00:19:12,569 --> 00:19:14,780 menayangkan kemaluan saya. 276 00:19:21,370 --> 00:19:22,371 Okey. 277 00:19:25,040 --> 00:19:26,083 Jadi… 278 00:19:31,463 --> 00:19:32,464 Sayang, 279 00:19:34,424 --> 00:19:38,262 mak akan korbankan rumah lama mak, semua krim muka, segalanya. 280 00:19:38,345 --> 00:19:40,430 Mak boleh cari duit. 281 00:19:43,016 --> 00:19:44,017 Kita boleh… 282 00:19:45,060 --> 00:19:47,521 - kita boleh fikir bersama-sama. - Saya dah fikir dengan teliti, mak. 283 00:19:48,021 --> 00:19:50,482 Kerja ini dapat tampung penjagaan kesihatan, anak, sewa. 284 00:19:50,566 --> 00:19:51,942 Saya juga boleh buat dari rumah. 285 00:19:55,529 --> 00:19:58,448 Sejujurnya, kalau mak beri saya duit untuk berhenti pun, 286 00:20:00,117 --> 00:20:01,493 saya rasa, saya tak mahu. 287 00:20:04,496 --> 00:20:06,540 Bilik ini belum siap lagi. 288 00:20:06,623 --> 00:20:08,417 Tapi, mak percayalah saya. 289 00:20:09,084 --> 00:20:11,795 Hasilnya nanti ialah satu seni. 290 00:20:12,296 --> 00:20:16,383 Kemegahan sains fiksyen yang kreatif. 291 00:20:20,095 --> 00:20:23,390 Kemegahan kemaluan kamu. 292 00:20:25,893 --> 00:20:28,896 Jangan cakap seolah-olah ia menjijikkan. 293 00:20:31,148 --> 00:20:34,943 Mak tahu dari mana saya dengar yang badan bukan suatu menjijikkan? 294 00:20:35,986 --> 00:20:38,113 - Elmo? - Ketika saya tiga tahun, 295 00:20:38,197 --> 00:20:39,907 saya nampak mak berbogel. 296 00:20:41,366 --> 00:20:42,618 Dengan penuh kebanggaan. 297 00:20:42,701 --> 00:20:44,786 Itu yang mak gelarkannya. Kebanggaan. 298 00:20:45,454 --> 00:20:46,997 - Mak ingat? - Tidak. 299 00:20:47,080 --> 00:20:51,168 Mak mengeji kata-kata nista tentang… 300 00:20:54,087 --> 00:20:56,298 anatomi manusia 301 00:20:56,381 --> 00:21:00,511 dan tentang wanita tak patut rasa malu. 302 00:21:00,594 --> 00:21:01,803 Mak tak rasa malu. 303 00:21:03,555 --> 00:21:06,892 Malah, mak kata mak ada kemaluan terhebat di seluruh planet. 304 00:21:08,018 --> 00:21:09,853 Mak tak cakaplah. 305 00:21:09,937 --> 00:21:11,396 - Mak tak cakaplah. - Ya. 306 00:21:11,897 --> 00:21:14,191 Oh, Tuhan. 307 00:21:14,274 --> 00:21:16,527 Mak… 308 00:21:17,236 --> 00:21:18,362 Mungkin mak berlebihan. 309 00:21:19,279 --> 00:21:20,989 Mak panik. 310 00:21:21,073 --> 00:21:23,784 Kamu tiba-tiba masuk 311 00:21:23,867 --> 00:21:27,454 - dan mak tokok tambah… - Seluruh planet! 312 00:21:29,289 --> 00:21:30,916 Okey. Jangan ceritakan di mahkamah. 313 00:21:57,484 --> 00:21:58,485 Hei. 314 00:21:59,820 --> 00:22:01,530 Mak, saya takut. 315 00:22:01,613 --> 00:22:02,865 Hei. 316 00:22:03,740 --> 00:22:05,200 Mari sini. Mak tahu. 317 00:22:05,742 --> 00:22:08,245 Mak tahu, okey. Mak tahu. 318 00:22:08,745 --> 00:22:10,747 Mak tahu, sayang. 319 00:22:11,331 --> 00:22:13,709 - Saya sangat takut. - Mak tahu, sayang. 320 00:22:20,257 --> 00:22:22,593 Apa jadi kalau mereka rampas Bodhi? 321 00:22:22,676 --> 00:22:24,678 Itu takkan berlaku. Tidak. 322 00:22:26,096 --> 00:22:27,556 Kita akan menang kes ini. 323 00:22:36,648 --> 00:22:38,525 BANDAR FULLERTON CALIFORNIA 324 00:22:38,609 --> 00:22:40,819 DEWAN BANDAR RAYA FULLERTON 325 00:23:08,805 --> 00:23:09,848 Dah sedia? 326 00:23:10,432 --> 00:23:12,059 - Lebih kurang begitu. - Bagus. 327 00:23:12,559 --> 00:23:14,394 Macam yang kita bincangkan, 328 00:23:14,978 --> 00:23:16,355 tegas tapi rendah diri. 329 00:23:17,105 --> 00:23:18,357 Saya mahu buang air kecil. 330 00:23:18,440 --> 00:23:19,566 Okey. Di sana. 331 00:23:20,317 --> 00:23:22,819 Peringatan tentang adab. 332 00:23:23,612 --> 00:23:25,781 Hakim ini mungkin kejam, tapi dia adil. 333 00:23:26,365 --> 00:23:27,866 Kami akan dipanggil untuk beri keterangan? 334 00:23:27,950 --> 00:23:31,203 Rasanya tidak, tapi dia sukar dijangka. 335 00:23:43,757 --> 00:23:46,552 Okey, saya mahu awak tunggu di luar dengan Bodhi. 336 00:23:46,635 --> 00:23:49,012 Kalau kami perlukan apa-apa, saya akan beritahu, okey? 337 00:24:31,597 --> 00:24:33,265 - Sedia? - Sedia. 338 00:24:34,600 --> 00:24:35,726 Sedia sepenuhnya. 339 00:24:35,809 --> 00:24:36,977 Begitu ungkapannya? 340 00:24:38,187 --> 00:24:39,188 Ya. 341 00:24:41,481 --> 00:24:43,317 Awak perlu menang demi anak saya. 342 00:24:43,984 --> 00:24:45,068 Dia perlu memenanginya. 343 00:24:46,445 --> 00:24:47,821 Saya akan berada di sampingnya. 344 00:24:50,532 --> 00:24:51,533 Maafkan saya. 345 00:24:53,577 --> 00:24:55,037 - Untuk apa? - Entahlah. 346 00:24:55,621 --> 00:24:56,622 Mungkin… 347 00:24:57,915 --> 00:24:58,916 Mungkin untuk semuanya. 348 00:24:58,999 --> 00:25:00,792 Nasib malang Margo. Jinx… 349 00:25:01,585 --> 00:25:03,337 Kenapa awak meminta maaf? 350 00:25:03,420 --> 00:25:05,631 Mungkin saya tak patut minta maaf. 351 00:25:07,299 --> 00:25:10,802 Saya jumpa ramai orang dalam hidup yang meminta maaf kerana diri mereka. 352 00:25:10,886 --> 00:25:12,721 Awak bukan orang sebegitu. 353 00:25:15,557 --> 00:25:16,558 Terima kasih. 354 00:25:20,938 --> 00:25:23,357 Sedia sepenuhnya. 355 00:25:25,150 --> 00:25:26,151 Okey. 356 00:25:31,698 --> 00:25:33,242 Sedia sepenuhnya. 357 00:25:33,325 --> 00:25:34,660 Sedia sepenuhnya. 358 00:25:40,499 --> 00:25:41,500 Hai. 359 00:25:42,209 --> 00:25:43,710 Okey. Situ. 360 00:25:43,794 --> 00:25:45,754 Mereka panggil KC dan Rose. 361 00:25:45,838 --> 00:25:48,757 - Ya, saya nampak. - Kenapa dia panggil mereka? 362 00:25:50,175 --> 00:25:51,552 Kita fokus saja. 363 00:25:53,011 --> 00:25:54,012 Berdiri. 364 00:25:55,097 --> 00:25:58,600 Nombor kes 32643, berkenaan: Millet, 365 00:25:59,184 --> 00:26:01,311 Yang Arif Hakim Andrew Spence mengetuai, 366 00:26:01,395 --> 00:26:03,564 kes ini sedang bersidang. Sila duduk. 367 00:26:03,647 --> 00:26:06,149 Saya dah baca semua dokumen dan kes ini mengarut. 368 00:26:06,233 --> 00:26:08,235 Apabila kes perebutan penjagaan anak mencapai tahap ini, 369 00:26:08,318 --> 00:26:11,697 apabila ia sampai kepada hakim Mahkamah Atasan, maksudnya mengarut. 370 00:26:11,780 --> 00:26:12,990 Encik, berdiri. 371 00:26:16,618 --> 00:26:17,995 Awak hamilkan seorang pelajar, 372 00:26:18,579 --> 00:26:20,497 dan sekarang berani awak minta hak penjagaan? 373 00:26:20,581 --> 00:26:22,583 Saya akan berterus-terang, En. Bapa Kandung, 374 00:26:22,666 --> 00:26:23,834 kes ini mencurigakan. 375 00:26:23,917 --> 00:26:26,461 Saya yakin, ia bermula dengan awak. 376 00:26:27,254 --> 00:26:28,839 Saya patut dipersalahkan. 377 00:26:29,423 --> 00:26:32,467 Tapi, awak berada di sini hari ini supaya Cik Millet terima akibatnya. 378 00:26:36,054 --> 00:26:37,973 Saya pun sudah terima akibatnya. 379 00:26:38,056 --> 00:26:40,350 - Itu salah siapa? - Macam saya kata, saya. 380 00:26:41,059 --> 00:26:45,147 Yang Arif, kebelakangan ini amat sukar untuk saya lihat diri saya. 381 00:26:46,899 --> 00:26:50,819 Tapi, apabila saya lihat, apabila saya pandang cermin, 382 00:26:50,903 --> 00:26:52,863 persoalan utamanya ialah, "Bagaimana dengan anak itu?" 383 00:26:53,572 --> 00:26:55,824 Ini bukan tentang siapa menang. 384 00:26:55,908 --> 00:26:59,703 Tapi, tentang menghalang anak tak berdosa daripada kalah. 385 00:27:01,705 --> 00:27:05,542 Margo pekerja seks. Dia muat naik gambar terbaharu minggu ini. 386 00:27:06,293 --> 00:27:08,253 Saya boleh sediakan suasana yang lebih stabil. 387 00:27:09,129 --> 00:27:10,589 Saya akan lakukannya. 388 00:27:12,299 --> 00:27:13,300 Awak pula. 389 00:27:18,138 --> 00:27:20,057 Awak berdiri penuh bangga, cik? 390 00:27:20,807 --> 00:27:23,602 Saya rasa, tiada siapa bangga dengan diri sendiri, Yang Arif. 391 00:27:23,685 --> 00:27:24,686 Awak rasa, itu jawapan sebetulnya? 392 00:27:25,896 --> 00:27:28,190 Saya sudah sediakan suasana baik buat Bodhi. 393 00:27:29,525 --> 00:27:32,945 Saya besarkan dia dengan kasih sayang saya dan datuk neneknya. 394 00:27:33,028 --> 00:27:34,821 Saya sara anak saya. 395 00:27:35,489 --> 00:27:38,951 Walaupun orang merasakan kegiatan saya tak senonoh, 396 00:27:39,034 --> 00:27:43,622 ia tak melanggar undang-undang, salah atau buat saya tak layak jadi ibunya. 397 00:27:44,456 --> 00:27:48,418 Jawapan saya? Ya, saya bangga. 398 00:27:49,127 --> 00:27:50,838 Awak tak bersetuju, si bapa patut dapat hak penjagaan. 399 00:27:52,381 --> 00:27:53,674 Dia umpama orang asing bagi Bodhi. 400 00:27:53,757 --> 00:27:55,217 Awak anggap dia tak layak? Berbahaya? 401 00:27:56,134 --> 00:27:57,803 Saya anggap, dia orang asing. 402 00:28:01,431 --> 00:28:03,225 Encik. Awak datuknya? 403 00:28:04,101 --> 00:28:06,061 - Ya. - Seronok dapat jumpa. Suka jumpa saya? 404 00:28:06,144 --> 00:28:08,522 Awak suka jumpa orang? Suka berjabat apabila jumpa orang? 405 00:28:08,605 --> 00:28:10,607 Awak mahu jabat tangan saya macam awak jabat tangan dia? 406 00:28:10,691 --> 00:28:12,150 Tak mahu. 407 00:28:12,234 --> 00:28:13,735 Awak minta maaf kepada dia? 408 00:28:13,819 --> 00:28:15,112 - Tidak. - Sebab? 409 00:28:15,195 --> 00:28:16,321 Arahan sekatan. 410 00:28:18,574 --> 00:28:20,701 - Awak guna dadah? - Metadon. 411 00:28:20,784 --> 00:28:23,203 - Awak penagih? - Seratus peratus. 412 00:28:23,287 --> 00:28:26,206 Penjaga anak itu. Awak bersendirian dengan dia? 413 00:28:26,290 --> 00:28:30,127 Sebaik saja saya kambuh, saya bukan lagi penjaga dan pindah keluar dari situ. 414 00:28:32,546 --> 00:28:34,965 Si nenek pula. Awak biar si nenek tak datang? 415 00:28:36,967 --> 00:28:38,135 Saya neneknya. 416 00:28:45,225 --> 00:28:47,603 Awak suka pukul orang dan tumbuk mulut mereka? 417 00:28:48,854 --> 00:28:52,858 Dia seorang saja. Saya dah minta maaf. 418 00:28:53,859 --> 00:28:57,196 Puan. Apa awak cakap kepada dia? 419 00:28:58,030 --> 00:28:59,615 Saya tak ingat. 420 00:28:59,698 --> 00:29:02,075 Mulut awak ditumbuk kerananya. Awak tak ingat? 421 00:29:04,745 --> 00:29:08,498 Saya tak suka anaknya menyasarkan anak saya secara seksual. 422 00:29:08,582 --> 00:29:12,377 "Kemaluan kotor." Awak sebut begitu? 423 00:29:16,840 --> 00:29:19,426 Kita ada satu pasukan menarik, bukan? 424 00:29:22,513 --> 00:29:23,597 Siapa awak? 425 00:29:23,680 --> 00:29:25,182 Saya datuk tiri. 426 00:29:25,265 --> 00:29:26,475 Saya ada suruh awak berdiri? 427 00:29:29,895 --> 00:29:31,271 Dua orang di belakang sana. 428 00:29:32,231 --> 00:29:34,441 Itu dua rakan pekerja seks yang awak panggil? 429 00:29:34,525 --> 00:29:36,985 - Ya, Yang Arif. - Tiada undang-undang 430 00:29:37,069 --> 00:29:39,488 yang melucutkan pekerja seks daripada menjadi ibu. 431 00:29:39,571 --> 00:29:43,534 Yang Arif. Hujah kami adalah secara menyeluruh. 432 00:29:44,034 --> 00:29:47,871 Kerja seks, datuk penagih dadah, nenek yang ganas. 433 00:29:47,955 --> 00:29:49,456 - Boleh saya bersuara? - Sudahlah. 434 00:29:49,540 --> 00:29:50,916 - Tidak, Jinx… - Orang ini 435 00:29:50,999 --> 00:29:52,501 - menghina keluarga saya. - Jinx, saya boleh… Jinx! 436 00:29:52,584 --> 00:29:53,794 Duduk. 437 00:29:59,675 --> 00:30:01,260 - Bawa bayi itu masuk. - Baik. 438 00:30:03,470 --> 00:30:05,305 Ayah tak boleh menyampuk. 439 00:30:05,389 --> 00:30:07,057 Tunggu dia panggil. 440 00:30:07,140 --> 00:30:10,811 Ini bukan gelanggang yang ayah boleh terus serbu. 441 00:30:18,277 --> 00:30:19,278 Mari sini. 442 00:30:22,906 --> 00:30:25,534 - Awak rakan serumahnya? - Ya. 443 00:30:25,617 --> 00:30:27,369 Ini Bodhi. 444 00:30:42,968 --> 00:30:44,344 Tolong serahkan kepada ibunya. 445 00:30:49,099 --> 00:30:50,559 Mak datang. 446 00:30:58,734 --> 00:31:02,321 Orang terdekat, unit keluarga yang pempetisyen remehkan dalam dokumennya. 447 00:31:02,404 --> 00:31:05,324 - Semua ini orang terdekatnya? - Ya, Yang Arif. 448 00:31:06,700 --> 00:31:07,993 Serahkan bayi kepada datuk. 449 00:31:17,336 --> 00:31:18,462 Hei, si kecil. 450 00:31:19,546 --> 00:31:20,631 Apa khabar? 451 00:31:21,882 --> 00:31:23,342 Apa khabar? 452 00:31:29,139 --> 00:31:30,307 Serahkan bayi kepada nenek. 453 00:31:41,985 --> 00:31:42,986 Hei. 454 00:31:57,709 --> 00:31:58,919 Begitulah. 455 00:32:01,672 --> 00:32:04,675 Hei. Hai. 456 00:32:10,472 --> 00:32:11,473 Hai. 457 00:32:12,307 --> 00:32:13,308 Hai, sayang. 458 00:32:16,728 --> 00:32:17,729 Kenapa menangis? 459 00:32:20,566 --> 00:32:21,692 Alahan debu. 460 00:32:24,778 --> 00:32:26,238 Serahkan bayi itu kepada bapanya. 461 00:32:28,448 --> 00:32:29,449 Okey. 462 00:33:11,325 --> 00:33:12,326 Kenapa awak menangis? 463 00:33:14,036 --> 00:33:16,038 Ini kali pertama saya dukung anak saya. 464 00:33:18,707 --> 00:33:21,376 Apabila saya tengok Margo mendukungnya… 465 00:33:23,712 --> 00:33:28,800 boleh dikatakan penilaian buruk saya telah mengakibatkan masalah besar. 466 00:33:30,969 --> 00:33:31,970 Kepada mereka. 467 00:33:34,097 --> 00:33:35,098 Kepada saya. 468 00:33:39,353 --> 00:33:40,979 Awak nampak saya dukung dia. 469 00:33:42,856 --> 00:33:45,234 Dia didukung oleh saya. 470 00:33:47,236 --> 00:33:49,655 Sebagai ibu yang dukung anaknya. 471 00:33:52,658 --> 00:33:54,034 Ini anak saya. 472 00:33:56,411 --> 00:33:57,412 Saya ibunya. 473 00:33:59,414 --> 00:34:00,666 Saya ibunya. 474 00:34:23,688 --> 00:34:25,399 Anak itu patut kenal bapanya. 475 00:34:26,817 --> 00:34:29,527 Hak penjagaan utama kepada si ibu. Si bapa boleh jumpa dua hujung minggu sebulan. 476 00:34:29,610 --> 00:34:31,737 Kerani saya akan merangka dan keluarkan perintah. Bersurai. 477 00:34:33,156 --> 00:34:34,616 - Apa baru berlaku? - Apa berlaku? 478 00:34:35,367 --> 00:34:36,784 Awak baru saja menang. 479 00:34:38,328 --> 00:34:39,580 Awak menang. 480 00:34:40,205 --> 00:34:41,415 Anak mak. 481 00:34:47,838 --> 00:34:48,839 Hai. 482 00:34:49,505 --> 00:34:52,009 Hei. Ya. 483 00:34:54,219 --> 00:34:55,762 Biar betul! 484 00:34:55,846 --> 00:34:56,847 Bagus. 485 00:35:01,226 --> 00:35:02,227 Ya. 486 00:35:03,145 --> 00:35:04,146 Ya. 487 00:35:09,109 --> 00:35:10,903 Saya sebenarnya bapa yang baik. 488 00:35:13,655 --> 00:35:15,407 Kamu tengok nanti apabila kamu kenal ayah. 489 00:35:17,951 --> 00:35:18,952 Baguslah. 490 00:35:19,745 --> 00:35:22,539 Sebab saya mahu awak kenal dia. 491 00:35:24,458 --> 00:35:26,335 Sekarang, bukan kemudian. 492 00:35:29,755 --> 00:35:31,048 Ini ayah kamu. 493 00:35:32,674 --> 00:35:33,675 Hai. 494 00:35:40,516 --> 00:35:43,268 Okey, ayah akan buat lasagna istimewa untuk raikan malam ini. 495 00:35:43,352 --> 00:35:44,561 Semua dijemput. 496 00:35:44,645 --> 00:35:47,105 Mak pula akan sediakan margarita. 497 00:35:47,189 --> 00:35:48,190 - Hai. - Itu pun dia. 498 00:35:48,273 --> 00:35:49,816 - Tahniah! - Tahniah. 499 00:35:49,900 --> 00:35:50,943 - Terima kasih. - Awak menang. 500 00:35:51,026 --> 00:35:52,361 - Hai, si comel. - Awak menang. 501 00:35:52,444 --> 00:35:54,738 - Awak menang, Bodhi! - Ya, betul. Betul! 502 00:35:54,821 --> 00:35:56,073 - Kita menang! - Oh, Tuhan. 503 00:35:56,156 --> 00:35:58,033 - Tadi sangat hebat. - Saya nak cakap, 504 00:35:58,116 --> 00:36:00,285 kamu berdua nampak cantik. 505 00:36:01,703 --> 00:36:02,704 Pujian daripada awak? 506 00:36:02,788 --> 00:36:04,289 Terima kasih. 507 00:36:04,373 --> 00:36:08,752 Saya nak kata, saya tak panggil Khidmat Perlindungan Kanak-kanak. 508 00:36:10,045 --> 00:36:11,046 Bukan saya. 509 00:36:14,800 --> 00:36:16,885 Mereka takkan respons kepada panggilan tak dikenali. 510 00:36:16,969 --> 00:36:18,846 Tentu daripada sumber yang boleh dipercayai. 511 00:36:19,805 --> 00:36:23,141 Kalau bukan dia, siapa? 512 00:36:24,643 --> 00:36:25,853 Siapa sanggup buat begitu? 513 00:36:28,230 --> 00:36:30,691 Saya… sebagai… 514 00:36:32,234 --> 00:36:33,527 langkah berjaga-jaga. 515 00:36:35,445 --> 00:36:39,449 Hanya untuk pastikan Bodhi selamat. 516 00:36:46,290 --> 00:36:50,085 Apabila saya tengok Jinx terlantar di hospital, 517 00:36:50,169 --> 00:36:54,298 semua orang cuma berdiri dan tak mahu dia dihukum, 518 00:36:54,381 --> 00:36:57,593 saya bukan mahu jejaskan peluang Margo. Tentulah tidak. 519 00:36:58,510 --> 00:37:02,264 Awak libatkan polis dalam hal keluarga kami. 520 00:37:02,347 --> 00:37:04,558 Awak bawa saya ke keluarga ini, Shyanne. 521 00:37:06,685 --> 00:37:08,645 Bukankah tugas saya untuk cuba lindung mereka? 522 00:37:08,729 --> 00:37:09,897 Tanpa pengetahuan saya? 523 00:37:10,439 --> 00:37:11,940 Apa pilihan saya ada? 524 00:37:12,024 --> 00:37:15,110 Mungkin saya cuba lindung awak daripada… 525 00:37:16,445 --> 00:37:20,616 Beri awak peluang menafikan penglibatan sebab awak takkan lakukannya. 526 00:37:20,699 --> 00:37:23,827 Awak takkan laporkan Margo, Shyanne. 527 00:37:24,578 --> 00:37:26,079 Sebab awak terlalu menyayanginya. 528 00:37:27,789 --> 00:37:29,416 Awak juga takkan laporkan Jinx. 529 00:37:31,919 --> 00:37:33,587 Sebab awak terlalu menyayanginya juga. 530 00:37:41,970 --> 00:37:45,474 Margo dilahirkan daripada kumpulan huru-hara dan rumit. 531 00:37:46,850 --> 00:37:53,232 Sekumpulan orang yang sangat penyayang, ada kalanya ia satu kesakitan. 532 00:37:55,150 --> 00:37:57,986 Anaknya terpaksa membesar dalam kekusutan itu. 533 00:37:58,862 --> 00:38:03,742 Tapi, anaknya akan berjaya, sebab apa lagi pilihan dia ada? 534 00:38:04,868 --> 00:38:09,039 Dia akan tahu secara semula jadi, kepelbagaian membawa kasih sayang 535 00:38:09,122 --> 00:38:10,874 dengan keteguhan yang istimewa, 536 00:38:11,750 --> 00:38:14,962 yang membolehkan kita mempercayai tanah yang dipijak 537 00:38:15,045 --> 00:38:20,592 dan melancarkan kapal ke lautan bergelora dan asing, untuk mencari masa depan kita. 538 00:38:21,844 --> 00:38:22,845 HANTULAPAR - LAPANG 539 00:38:22,928 --> 00:38:24,221 IKUTI AKAUN BAHARU SAYA UNTUK BAHAN EKSKLUSIF 540 00:38:24,304 --> 00:38:25,305 Serta mungkin… 541 00:38:25,389 --> 00:38:26,390 JB SAYA BERI TIP $100.00 542 00:38:26,473 --> 00:38:27,891 PEMINAT BAHARU. TAK SABAR! TIP $500.00 543 00:38:27,975 --> 00:38:28,976 SAYA BERI TIP $750.00 544 00:38:29,059 --> 00:38:30,477 …cuba dapatkan kejayaan besar. 545 00:38:30,561 --> 00:38:32,145 Cha-ching. 546 00:38:40,779 --> 00:38:42,614 Selamat malam, anak mak. 547 00:39:02,885 --> 00:39:04,094 Kerja keras demi minat. 548 00:39:04,887 --> 00:39:06,138 Hebat, Susie. 549 00:39:07,890 --> 00:39:08,891 Alat kawalan jauh. 550 00:39:11,226 --> 00:39:12,227 Jika awak bersedia. 551 00:39:14,062 --> 00:39:15,063 Saya bersedia. 552 00:39:25,032 --> 00:39:26,950 Saya hantu lapar. 553 00:39:28,035 --> 00:39:30,245 Anda menyelinap ke dalam telefon saya. 554 00:39:30,996 --> 00:39:32,122 Anda terperangkap di sini. 555 00:39:33,290 --> 00:39:34,291 Buat selamanya. 556 00:39:36,084 --> 00:39:37,503 Saya akan makan anda semua. 557 00:39:38,879 --> 00:39:41,423 Tiada siapa akan terselamat. 558 00:40:48,949 --> 00:40:50,951 Terjemahan sari kata oleh Hamizah