1 00:00:20,895 --> 00:00:22,230 - Mak. - Ya? 2 00:00:22,230 --> 00:00:23,898 Kenapa kita nak balik? 3 00:00:25,191 --> 00:00:28,820 Mak kata kalau nak sembuh, saya kena tinggal di hospital. 4 00:00:29,362 --> 00:00:31,823 Duduk di rumah pun boleh sembuh. 5 00:00:32,449 --> 00:00:35,326 Kamu pun dah lama tak balik, bukan? 6 00:00:37,078 --> 00:00:39,080 Tapi saya suka tinggal di sini. 7 00:00:39,581 --> 00:00:42,292 Hospital ada katil dan tak sejuk. 8 00:00:43,084 --> 00:00:47,213 Ayah dah baiki alat pemanas. Rumah kita dah tak sejuk. 9 00:00:47,213 --> 00:00:49,090 Mari ayah dukung. 10 00:00:50,341 --> 00:00:51,301 Biar saya bantu. 11 00:00:51,301 --> 00:00:53,470 - Terima kasih. - Mari balik, Da-in. 12 00:00:53,470 --> 00:00:54,763 Ayah balik tak? 13 00:00:55,263 --> 00:00:58,308 {\an8}Kamu tunggu di rumah dulu, sayang. 14 00:00:58,308 --> 00:00:59,225 {\an8}SARKAS GAJAH 15 00:00:59,225 --> 00:01:01,728 {\an8}Nanti sekejap lagi ayah balik. 16 00:01:14,282 --> 00:01:15,825 Baliklah dulu, Da-in. 17 00:01:28,213 --> 00:01:31,633 Kenapa dia disuruh balik? Itu bukan penyakit biasa, bukan? 18 00:01:33,009 --> 00:01:34,219 Kami tak ada duit. 19 00:01:34,219 --> 00:01:36,554 Takkanlah sebab itu dia kena balik? 20 00:01:36,554 --> 00:01:39,599 Sampai hati hospital halau budak sakit. 21 00:01:40,100 --> 00:01:42,268 Mereka tak pedulikah kalau dia mati? 22 00:01:42,268 --> 00:01:44,854 Terima kasih kerana pinjamkan van. 23 00:01:47,148 --> 00:01:49,734 Kasihan jika dia kena naik tren. 24 00:01:50,485 --> 00:01:52,028 Naik van lebih selesa. 25 00:01:54,030 --> 00:01:55,031 Jangan lupa juga... 26 00:01:56,783 --> 00:01:58,201 permintaan saya. 27 00:02:00,620 --> 00:02:02,413 Awak dah fikir masak-masak? 28 00:02:02,413 --> 00:02:04,666 Anak awak sangat sayangkan awak. 29 00:02:08,128 --> 00:02:11,881 HOSPITAL ILYEONG 30 00:02:14,342 --> 00:02:17,137 SIJIL INSURANS PEMEGANG POLISI: NO SANG-GUK 31 00:03:56,277 --> 00:03:59,030 Tolonglah bangun. 32 00:04:07,580 --> 00:04:09,082 Awak tak boleh tidur. 33 00:04:19,008 --> 00:04:20,885 Saya kata, jangan tidur! 34 00:04:20,885 --> 00:04:22,679 Kita perlu keluar sekarang. 35 00:04:24,806 --> 00:04:26,891 Jangan layan mengantuk, okey? 36 00:04:26,891 --> 00:04:28,309 Bangunlah. 37 00:04:29,102 --> 00:04:30,186 Bangun... 38 00:04:33,398 --> 00:04:34,649 Awak dah bangun? 39 00:04:34,649 --> 00:04:37,068 Dah bangun... 40 00:04:37,068 --> 00:04:38,695 Minum air dulu. 41 00:04:45,076 --> 00:04:46,828 Apa maksud awak, "keluar"? 42 00:04:48,496 --> 00:04:51,124 Jangan menjerit, jangan terkejut 43 00:04:51,124 --> 00:04:52,875 dan jangan mengamuk, okey? 44 00:04:53,626 --> 00:04:54,877 Dengar baik-baik. 45 00:04:54,877 --> 00:04:57,213 Ada cara untuk tukar bilik. 46 00:04:57,755 --> 00:04:58,881 Kosnya satu bilion. 47 00:04:58,881 --> 00:05:00,591 Macam pernah dengar, bukan? 48 00:05:00,591 --> 00:05:04,887 Ingat tak Tingkat 1 selalu kata dia nak satu bilion won? 49 00:05:06,264 --> 00:05:10,560 Patutlah dia cari duit sebanyak itu dan sanggup bertahan. 50 00:05:10,560 --> 00:05:13,771 Diam-diam, dia ada matlamat besar untuk tukar bilik. 51 00:05:15,898 --> 00:05:20,737 Tingkat 1 cadangkan kita bekerjasama 52 00:05:20,737 --> 00:05:26,409 untuk gulingkan Tingkat 8 dan pemerintahannya yang zalim dan licik. 53 00:05:26,409 --> 00:05:31,622 Tapi disebabkan saya kena pertaruhkan nyawa demi kamu semua, 54 00:05:31,622 --> 00:05:34,584 dia cadangkan saya pilih bilik dulu. 55 00:05:35,126 --> 00:05:37,295 Dia nak saya ambil alih tingkat lapan. 56 00:05:37,295 --> 00:05:41,174 Rugilah kalau saya tolak tawaran itu. 57 00:05:41,174 --> 00:05:45,136 Kalau setuju dengan rancangan ini, kembangkan hidung tiga kali. 58 00:05:53,269 --> 00:05:54,937 Geng kita lebih ramai. 59 00:05:55,980 --> 00:05:58,024 Apa kata kita serang saja dia? 60 00:05:58,024 --> 00:06:01,069 Takkanlah dia nak tembak kita dengan pistol, bukan? 61 00:06:12,538 --> 00:06:13,956 Nampak seksi, bukan? 62 00:06:15,583 --> 00:06:16,417 Apa? 63 00:06:16,417 --> 00:06:19,087 Cara darah terpercik. 64 00:06:19,712 --> 00:06:21,631 Boleh tahan avant-garde. 65 00:06:24,258 --> 00:06:26,260 Teringin nak tembak betul-betul. 66 00:06:27,053 --> 00:06:28,471 Bukan tembak tin cat, 67 00:06:29,597 --> 00:06:30,640 tapi orang. 68 00:06:40,733 --> 00:06:42,193 Elok juga 69 00:06:43,444 --> 00:06:46,114 kalau tembak semua orang... 70 00:06:46,114 --> 00:06:47,907 "Dan tamatkan rancangan ini." 71 00:06:51,828 --> 00:06:53,538 Itulah yang dia cakap. 72 00:06:54,872 --> 00:06:58,084 Saya takut dia betul-betul tembak saya. 73 00:06:58,084 --> 00:07:01,504 Jangan beranganlah nak lawan perempuan itu. 74 00:07:01,504 --> 00:07:03,714 Lebih baik berhati-hati dengan dia. 75 00:07:04,424 --> 00:07:05,633 Macam mana kalau 76 00:07:06,384 --> 00:07:08,886 kita serang dia pada waktu malam? 77 00:07:08,886 --> 00:07:10,179 Dia sebenarnya... 78 00:07:11,472 --> 00:07:13,433 tak tidur malam kebelakangan ini. 79 00:07:13,433 --> 00:07:14,517 Apa? 80 00:07:15,059 --> 00:07:15,893 Dia... 81 00:07:16,769 --> 00:07:17,854 melukis saja. 82 00:07:19,856 --> 00:07:23,234 Setakat ini dah ada lukisan bertajuk Number 5 hingga Number 9. 83 00:07:28,239 --> 00:07:31,868 Mesti dia sedang perhatikan kita melalui kamera pengawasan. 84 00:07:36,164 --> 00:07:37,540 Kita kena tunggu siang. 85 00:07:38,040 --> 00:07:41,085 Dia main golf di dataran bawah semasa hari cerah. 86 00:07:45,006 --> 00:07:47,425 Syabas! Hebatnya pukulan! 87 00:07:47,425 --> 00:07:51,596 Dia ada beli senjata lagi? 88 00:07:53,306 --> 00:07:54,348 "Senjata"? 89 00:07:55,975 --> 00:07:57,518 Coco yang paling baru. 90 00:07:58,102 --> 00:07:59,770 "Coco"? 91 00:08:02,273 --> 00:08:03,691 Rupanya tak berbahaya, 92 00:08:04,525 --> 00:08:05,860 tapi ganas bukan main. 93 00:08:07,945 --> 00:08:11,574 Selepas main golf, dia mesti mandi di biliknya. 94 00:08:11,574 --> 00:08:14,452 Betul, awak semakin hari semakin hebat. 95 00:08:14,452 --> 00:08:15,870 Itu saja peluang kita. 96 00:08:15,870 --> 00:08:17,413 Terima kasih. 97 00:08:17,413 --> 00:08:20,041 Semasa itu sajalah dia tak pegang pistolnya. 98 00:08:21,667 --> 00:08:25,880 Kita boleh serbu masuk, rampas pistol dan serang dia. 99 00:08:25,880 --> 00:08:28,382 Pergelutan pasti akan berlaku, 100 00:08:28,883 --> 00:08:31,636 jadi kita perlukan seseorang sebagai ketua. 101 00:08:31,636 --> 00:08:32,762 Biar saya buat. 102 00:08:32,762 --> 00:08:34,347 Saya boleh buat. 103 00:08:34,347 --> 00:08:35,431 Tapi, 104 00:08:36,599 --> 00:08:38,100 ada satu lagi masalah. 105 00:08:38,100 --> 00:08:40,937 Ada masalah apa pula lagi? 106 00:08:43,064 --> 00:08:46,817 Tak ada orang untuk buka ikatan dan lepaskan kamu semua. 107 00:08:47,401 --> 00:08:48,236 Apa? 108 00:08:48,861 --> 00:08:50,947 Semasa dia main golf, 109 00:08:51,447 --> 00:08:54,242 saya perlu jadi kedinya. 110 00:08:54,242 --> 00:08:56,369 Hebatnya pukulan awak! 111 00:08:57,870 --> 00:08:59,789 Kita ada Tingkat 5. 112 00:09:03,960 --> 00:09:06,295 Apa awak buat di sini? 113 00:09:06,295 --> 00:09:09,799 Indah betul sinaran matahari, bukan? 114 00:09:09,799 --> 00:09:11,926 Dia seorang saja 115 00:09:11,926 --> 00:09:14,428 yang bebas bergerak selain awak. 116 00:09:14,428 --> 00:09:17,682 Pujuklah dia dengan apa-apa cara pun. 117 00:09:17,682 --> 00:09:19,559 Tingkat 4... 118 00:09:21,644 --> 00:09:23,563 awak satu-satunya harapan kami. 119 00:09:23,563 --> 00:09:24,564 Tolonglah. 120 00:09:28,401 --> 00:09:30,444 Awak kenal saya, bukan? 121 00:09:30,444 --> 00:09:33,573 Mestilah. Si Tingkat 4 yang comel lote. 122 00:09:34,615 --> 00:09:36,450 - Baguslah. - Apa yang bagus? 123 00:09:36,450 --> 00:09:38,369 Ikut saya sekejap. 124 00:09:38,911 --> 00:09:43,457 Awak suka menyendiri akhir-akhir ini, jadi saya nak ajak bersembang. 125 00:09:43,958 --> 00:09:45,126 Jom sembang, okey? 126 00:09:51,591 --> 00:09:53,676 {\an8}Ini pinggan kegemaran saya. 127 00:09:54,969 --> 00:09:58,973 {\an8}Saya ambil dari bilik Tingkat 8 untuk beri kepada awak. 128 00:10:00,516 --> 00:10:05,479 Sebenarnya, macam mana awak boleh datang ke sini? 129 00:10:05,479 --> 00:10:08,065 Awak nampak macam orang kaya. 130 00:10:08,065 --> 00:10:10,151 Saya pandai baca orang. 131 00:10:10,943 --> 00:10:12,445 Dulu saya orang senang. 132 00:10:15,656 --> 00:10:18,868 Tapi saya dah habiskan duit saya. 133 00:10:19,535 --> 00:10:20,369 Macam mana? 134 00:10:20,369 --> 00:10:24,373 Suami saya pakar dermatologi terkenal, jadi pendapatannya besar. 135 00:10:26,167 --> 00:10:28,669 Tapi dia sedikit pun tak hormat saya 136 00:10:28,669 --> 00:10:30,880 dan selalu curang. 137 00:10:31,714 --> 00:10:35,009 Pada mulanya, saya pergi ke kelab untuk hilangkan stres. 138 00:10:36,093 --> 00:10:39,805 Saya cair dengan kata-kata manisnya. 139 00:10:40,765 --> 00:10:43,017 Dia minta saya pinjamkan wang. 140 00:10:43,976 --> 00:10:48,105 Sudahnya, saya beri dia rumah, bangunan suami saya dan semua duit kami. 141 00:10:48,606 --> 00:10:52,652 Akhirnya saya sedar kesilapan saya, tapi suami saya saman saya 142 00:10:52,652 --> 00:10:56,530 dan saya dah tak ada apa-apa lagi. 143 00:10:57,073 --> 00:10:59,408 Celaka betul jantan itu. 144 00:10:59,992 --> 00:11:01,786 Saya yang bodoh. 145 00:11:01,786 --> 00:11:05,331 Saya senang kena tipu. 146 00:11:05,331 --> 00:11:09,460 Selepas kita keluar dari sini, bunuh sajalah jantan-jantan sial itu. 147 00:11:10,044 --> 00:11:13,130 Duit awak banyak. Murah saja nak upah pembunuh. 148 00:11:14,757 --> 00:11:15,883 Alamak. 149 00:11:16,926 --> 00:11:19,053 Macam seronok pula bunyinya. 150 00:11:23,182 --> 00:11:24,850 Terima kasih, Tingkat 4. 151 00:11:24,850 --> 00:11:27,895 Tingkat 4 pujuk Tingkat 5 bersungguh-sungguh. 152 00:11:28,437 --> 00:11:30,981 Dia ceritakan tentang Tingkat 1, satu bilion won 153 00:11:30,981 --> 00:11:34,360 dan betapa penatnya semua orang hadapi seksaan psikologi. 154 00:11:34,360 --> 00:11:36,779 Dia buat ia kedengaran lebih tragik. 155 00:11:37,780 --> 00:11:40,074 Ada apa-apa saya boleh buat? 156 00:11:40,074 --> 00:11:42,660 Awak cuma perlu ikut arahan saya. 157 00:11:44,328 --> 00:11:45,246 Saya akan buat. 158 00:11:45,830 --> 00:11:46,747 Apa-apa pun. 159 00:11:48,958 --> 00:11:50,126 Kakak. 160 00:11:56,298 --> 00:11:57,216 Tapi, 161 00:11:58,467 --> 00:12:00,136 dengan satu syarat. 162 00:12:06,726 --> 00:12:08,728 Akhirnya, hari perhitungan. 163 00:12:18,529 --> 00:12:20,614 Okey. Jom main golf? 164 00:12:20,614 --> 00:12:21,741 Tapi ada masalah. 165 00:12:21,741 --> 00:12:23,409 Nak rehat tak hari ini? 166 00:12:24,368 --> 00:12:26,871 Coco saya pun nampak penat. 167 00:12:28,414 --> 00:12:32,126 Sebab itulah awak patut bersenam! 168 00:12:33,419 --> 00:12:35,796 Coco, kalau rasa lesu, 169 00:12:35,796 --> 00:12:37,590 kenalah lagi aktif. 170 00:12:38,507 --> 00:12:40,176 Mari sini, sayang. 171 00:12:40,176 --> 00:12:42,261 Baiknya dia. Jom kita pergi sana. 172 00:12:42,261 --> 00:12:46,599 Saya dah atur halangan dan siapkan padang golf. 173 00:12:46,599 --> 00:12:47,808 Mesti seronok! 174 00:12:48,309 --> 00:12:51,020 Mujurlah Tingkat 4 bijak meneruskan rancangan. 175 00:12:54,231 --> 00:12:55,691 Saya nak tanya, 176 00:12:55,691 --> 00:12:58,652 awak borak apa dengan Tingkat 5 tempoh hari? 177 00:12:58,652 --> 00:12:59,570 Apa? 178 00:12:59,570 --> 00:13:02,656 Kamu menangis dan berpelukan. 179 00:13:02,656 --> 00:13:04,533 Teringin pula nak turut serta. 180 00:13:04,533 --> 00:13:07,912 Hari itukah? Awak tonton rupa-rupanya. 181 00:13:08,537 --> 00:13:13,167 Kami dengar cerita lama satu sama lain. 182 00:13:18,214 --> 00:13:19,673 Hebat betul. 183 00:13:20,591 --> 00:13:23,135 Pukulan awak sangat cantik hari ini! 184 00:13:23,761 --> 00:13:25,638 Apa nama pukulan itu? 185 00:13:28,224 --> 00:13:29,767 Saya kagumlah. 186 00:13:29,767 --> 00:13:31,852 Permainan awak sehebat Pak Se-ri. 187 00:13:31,852 --> 00:13:34,230 Mari tingkatkan tahap kesukaran. 188 00:13:41,278 --> 00:13:42,238 Awak okey? 189 00:13:42,988 --> 00:13:44,156 Ya, saya okey. 190 00:13:51,664 --> 00:13:52,873 Mana bola itu pergi? 191 00:13:52,873 --> 00:13:55,459 Mesti dah melayang entah ke mana. 192 00:13:56,460 --> 00:13:57,753 Jauhnya pergi. 193 00:13:58,879 --> 00:14:00,130 Jauh, bukan? 194 00:14:00,130 --> 00:14:04,093 Tingkat 8, saya rasa satu bola bergolek ke sana tadi. 195 00:14:04,093 --> 00:14:05,010 Cari di sana. 196 00:14:05,010 --> 00:14:06,011 - Di sana? - Ya. 197 00:14:06,512 --> 00:14:09,181 Di situ. Ya, di situ! 198 00:14:09,181 --> 00:14:10,599 Di situ, bukan? 199 00:14:10,599 --> 00:14:12,309 Kuat betul awak pukul. 200 00:14:24,947 --> 00:14:27,199 Okey. Mari bangun. 201 00:14:28,742 --> 00:14:30,703 Tunggu. Kaki saya... 202 00:14:32,621 --> 00:14:34,582 Sebab awak dah lama tak bergerak. 203 00:14:34,582 --> 00:14:36,000 Regangkan kaki dulu. 204 00:14:39,962 --> 00:14:42,923 Pukulan awak hebat hari ini. 205 00:14:42,923 --> 00:14:45,301 - Sangat luar biasa! - Betulkah? 206 00:14:47,386 --> 00:14:48,596 Kenapa, Coco? 207 00:15:00,983 --> 00:15:01,984 Kamu okey, Coco? 208 00:15:02,568 --> 00:15:03,903 Semuanya okey. 209 00:15:04,904 --> 00:15:06,614 Coco tak nampak okey pun. 210 00:15:15,164 --> 00:15:17,583 - Mengantuknya. - Awak okey, Tingkat 3? 211 00:15:17,583 --> 00:15:18,667 Fokus cepat. 212 00:15:18,667 --> 00:15:20,544 Bahu saya pun sakit. 213 00:15:20,544 --> 00:15:21,879 Saya tak boleh fokus. 214 00:15:21,879 --> 00:15:23,631 Tinggal Tingkat 7 saja. 215 00:15:24,757 --> 00:15:27,468 Betul, saya tak boleh bangun. 216 00:15:27,468 --> 00:15:28,802 Rasa nak tertidur. 217 00:15:28,802 --> 00:15:30,262 Jangan baring di sini. 218 00:15:30,262 --> 00:15:31,513 Bangun. Mari pergi. 219 00:15:35,643 --> 00:15:36,977 Sembunyikan diri! 220 00:15:38,145 --> 00:15:39,939 Tingkat 5, saya dah tak larat. 221 00:15:39,939 --> 00:15:41,148 Kita mesti naik. 222 00:15:41,649 --> 00:15:42,691 Sikit saja lagi. 223 00:15:47,321 --> 00:15:49,031 Tingkat 8, kenapa? 224 00:15:49,031 --> 00:15:51,659 Saya macam nampak kelibat orang lalu. 225 00:15:51,659 --> 00:15:52,576 Apa? 226 00:15:53,077 --> 00:15:55,204 Mana? Saya tak nampak sesiapa pun. 227 00:15:55,204 --> 00:15:57,122 - Saya tak larat. - Jalan. 228 00:15:59,124 --> 00:16:02,670 Mungkin Tingkat 5 keluar sekejap tadi. 229 00:16:03,295 --> 00:16:04,338 Betul tak? 230 00:16:04,338 --> 00:16:06,966 Tengoklah, pandainya Coco! 231 00:16:06,966 --> 00:16:08,050 Kenapa, Coco? 232 00:16:08,050 --> 00:16:09,760 - Apa? Coco. - Coco. 233 00:16:10,344 --> 00:16:11,762 Kamu nak ke mana, Coco? 234 00:16:11,762 --> 00:16:13,472 Tunggu, awak dah nak habis. 235 00:16:17,351 --> 00:16:19,311 Saya kena sawan! Saya nak mati! 236 00:16:22,398 --> 00:16:23,857 Menyusahkan betullah. 237 00:16:23,857 --> 00:16:26,694 Tingkat 8, tunggulah saya! 238 00:16:31,949 --> 00:16:33,701 Coco, kamu nak ke mana? 239 00:16:35,285 --> 00:16:36,286 Coco. 240 00:16:37,287 --> 00:16:38,163 Coco. 241 00:16:40,874 --> 00:16:42,876 Tingkat 3, kita perlu menyorok. 242 00:16:42,876 --> 00:16:44,878 Ikut sini. Alamak. 243 00:16:44,878 --> 00:16:46,380 Cepat, masuk sini. 244 00:16:48,340 --> 00:16:49,383 Kenapa, Coco? 245 00:16:49,383 --> 00:16:50,592 Kamu pergi ke mana? 246 00:16:51,677 --> 00:16:52,553 Tingkat 8. 247 00:16:52,553 --> 00:16:54,179 Anjing tak guna. 248 00:17:07,568 --> 00:17:08,652 Coco. 249 00:17:09,445 --> 00:17:10,571 Coco. 250 00:17:32,009 --> 00:17:33,635 Tingkat 8! 251 00:17:34,720 --> 00:17:35,804 Habislah! 252 00:17:47,066 --> 00:17:48,150 Ada apa di sini? 253 00:18:03,582 --> 00:18:04,792 Tingkat 8! 254 00:18:05,375 --> 00:18:06,335 Selamat datang. 255 00:18:06,335 --> 00:18:09,046 Tempat letak kereta dah penuh. Sila ke kanan... 256 00:18:10,464 --> 00:18:11,298 Cik! 257 00:18:11,840 --> 00:18:14,802 Maaf, tak boleh letak kereta di sini. 258 00:18:14,802 --> 00:18:18,138 Maaf, saya nak cepat. Sepuluh minit saja. 259 00:18:18,138 --> 00:18:21,683 Ada tempat letak kereta di tingkat bawah. 260 00:18:21,683 --> 00:18:24,353 Awak nak apa lagi? Saya kata sekejap saja. 261 00:18:24,353 --> 00:18:28,023 Saya pelanggan VIP. Saya banyak berbelanja di sini, tahu? 262 00:18:30,317 --> 00:18:32,152 Eh, awak... 263 00:18:34,738 --> 00:18:35,948 Betullah awak. 264 00:18:35,948 --> 00:18:37,741 - Ini kerja awak? - Kenapa? 265 00:18:37,741 --> 00:18:38,742 Awak kenal dia? 266 00:18:39,243 --> 00:18:41,620 Dulu dia satu sekolah dengan kita. 267 00:18:41,620 --> 00:18:45,207 Minah kecoh yang kata nak jadi bintang K-pop. Kasihannya. 268 00:18:47,209 --> 00:18:48,585 Jom, kita dah lambat. 269 00:18:49,169 --> 00:18:52,089 Kerja ini pun banyak menari. Tercapai juga cita-cita dia. 270 00:18:52,089 --> 00:18:54,508 Debut dia di tempat letak kereta! 271 00:18:54,508 --> 00:18:57,427 Awak nampak tadi? Terkejut saya. Dia buat begini. 272 00:18:57,427 --> 00:18:59,721 Janganlah! Nanti orang nampak! 273 00:19:19,241 --> 00:19:20,284 Tak guna. 274 00:19:27,207 --> 00:19:29,418 Menyesal tak pukul awal-awal tadi. 275 00:19:39,595 --> 00:19:41,555 Macam mana sesi golf awak tadi? 276 00:19:42,097 --> 00:19:43,473 Pukulan saya 277 00:19:44,600 --> 00:19:46,059 betul-betul tepat. 278 00:19:46,059 --> 00:19:47,144 Apa? 279 00:19:49,771 --> 00:19:51,440 Kenapa dia tak bangun? 280 00:19:51,440 --> 00:19:53,025 Dia sepatutnya dah sedar. 281 00:19:53,025 --> 00:19:56,111 Saya tak pukul kuat sangat pun. 282 00:19:57,321 --> 00:19:59,781 Saya rasa dia cuma tidur nyenyak. 283 00:20:31,563 --> 00:20:33,106 Entah kenapa kami menangis. 284 00:20:33,106 --> 00:20:36,276 Entahlah, melihat cahaya matahari buat kami menangis. 285 00:20:37,069 --> 00:20:38,153 Inilah kebebasan. 286 00:20:38,654 --> 00:20:42,115 Tingkat 6, ancaman terbesar kami, terbaring kerana belakangnya cedera. 287 00:20:42,115 --> 00:20:44,201 Tingkat 8 diikat bersama Coco. 288 00:20:44,201 --> 00:20:48,372 Senjatanya iaitu perenjat dan pistol kini sudah berada pada kami. 289 00:20:48,872 --> 00:20:51,041 Kami akhirnya... 290 00:20:51,959 --> 00:20:54,836 Maaf, ada satu perkara sebelum kita teruskan. 291 00:20:56,713 --> 00:20:58,382 Ingat perjanjian kita? 292 00:20:59,883 --> 00:21:01,802 Boleh saya buat sekarang? 293 00:21:02,552 --> 00:21:03,929 Janji apa? 294 00:21:04,471 --> 00:21:05,764 Tingkat 5 295 00:21:06,556 --> 00:21:09,309 bantu kita dengan satu syarat. 296 00:21:12,396 --> 00:21:16,400 Saya nak skalpel, kain kasa, pembalut luka, 297 00:21:16,400 --> 00:21:19,861 stiptik, ubat bius, antibiotik, bahan nyahjangkit 298 00:21:20,529 --> 00:21:22,572 dan sarung tangan perubatan. 299 00:21:31,164 --> 00:21:32,207 Apa? 300 00:21:33,500 --> 00:21:34,876 Ada apa? 301 00:21:34,876 --> 00:21:36,545 Awak nak buat apa? 302 00:21:36,545 --> 00:21:38,463 Kakak? 303 00:21:38,463 --> 00:21:39,631 Alamak. Sekejap. 304 00:21:42,843 --> 00:21:45,637 Kenapa awak buat begini? 305 00:21:46,179 --> 00:21:47,931 Saya macam kenal awak. 306 00:21:48,682 --> 00:21:49,516 - Apa? - Helo. 307 00:21:49,516 --> 00:21:51,560 - Awak ada pen? - Sekejap. 308 00:21:54,438 --> 00:21:56,398 Boleh saya dapatkan autograf? 309 00:21:57,816 --> 00:22:00,152 - Aduhai. - Betul tak saya teka? 310 00:22:00,652 --> 00:22:03,071 Saya minat awak. Awak pelari tapak handalan. 311 00:22:03,071 --> 00:22:05,240 - Kami peminat besbol. - Betul. Nah. 312 00:22:05,240 --> 00:22:07,326 Betulkah? Okey. 313 00:22:10,329 --> 00:22:11,455 Siapa nama kamu? 314 00:22:11,455 --> 00:22:13,707 - Oh Seung-jun. - Cho Min-ah. 315 00:22:14,291 --> 00:22:15,542 Berapa bacaan odometernya? 316 00:22:15,542 --> 00:22:17,044 Terima kasih. 317 00:22:17,044 --> 00:22:18,545 Tak nak buat duitkah? 318 00:22:20,297 --> 00:22:21,965 - Terima kasih. - Sama-sama. 319 00:22:21,965 --> 00:22:24,092 - Terima kasih. - Jumpa lagi. 320 00:22:25,385 --> 00:22:27,888 - Tak sangka terjumpa dia. - Ya. Dia baik. 321 00:22:30,766 --> 00:22:31,600 Seronok? 322 00:22:33,769 --> 00:22:34,603 Apa? 323 00:22:35,479 --> 00:22:37,356 Seronok dapat sain autograf? 324 00:22:39,816 --> 00:22:41,276 Janganlah perli, bos. 325 00:22:42,486 --> 00:22:44,613 Awak dibuang pasukan kerana berjudi, 326 00:22:44,613 --> 00:22:46,740 tapi boleh sengih sain autograf? 327 00:22:49,826 --> 00:22:50,994 Kecohnya. 328 00:22:52,412 --> 00:22:53,705 "Kecoh" apa? 329 00:22:54,456 --> 00:22:56,375 Kenapa, nak pukul saya juga? 330 00:22:56,375 --> 00:22:59,795 Awak tahu tak berapa kereta yang awak jual bulan ini? 331 00:23:00,295 --> 00:23:03,006 Buatlah kerja betul-betul. 332 00:23:03,006 --> 00:23:05,175 Sedar diri sikit, faham? 333 00:23:12,224 --> 00:23:13,975 Dia memang nak kena. 334 00:23:14,851 --> 00:23:15,685 Apa? 335 00:23:24,486 --> 00:23:26,196 Eh, seluar saya. Kenapa awak... 336 00:23:27,280 --> 00:23:28,573 Awak nak buat apa? 337 00:23:28,573 --> 00:23:30,826 Sebagai syarat untuk bantu kami... 338 00:23:30,826 --> 00:23:32,285 Saya nak balas dendam. 339 00:23:33,745 --> 00:23:36,164 Saya nak kembirikan Tingkat 6. 340 00:23:41,628 --> 00:23:44,423 Ubat bius. Saya tak dibius! 341 00:23:52,264 --> 00:23:54,641 Saya dah beri antibiotik kepadanya, 342 00:23:54,641 --> 00:23:56,977 jadi dia masih boleh bergerak normal. 343 00:24:01,731 --> 00:24:05,402 Aku cadangkan guna duit Tingkat 8 untuk tukar bilik. 344 00:24:06,027 --> 00:24:08,447 Tapi Tingkat 1 jawab dengan tenang. 345 00:24:08,989 --> 00:24:12,159 Saya simpan duit untuk saat ini. 346 00:24:12,742 --> 00:24:16,329 Saya nak bayar dengan duit saya. 347 00:24:16,913 --> 00:24:19,416 Boleh. Itulah gaya lelaki sejati. 348 00:24:19,416 --> 00:24:22,711 Jadi, gadis cantik "kakak" dan lelaki berduit "lelaki sejati"? 349 00:24:23,211 --> 00:24:25,422 Kami setujui setiap pertukaran. 350 00:24:25,422 --> 00:24:28,800 Tingkat 4 saling bertukar bilik dengan Tingkat 8. 351 00:24:29,801 --> 00:24:33,013 Tingkat 1 yang dah lama impikan detik ini akan jadi Tingkat 6. 352 00:24:33,513 --> 00:24:36,141 Yang lain puas hati dengan bilik sendiri. 353 00:24:36,141 --> 00:24:38,018 Aku pun teringin tingkat atas. 354 00:24:38,018 --> 00:24:40,812 Tapi semua orang rasional dan sebulat suara. 355 00:24:41,313 --> 00:24:45,859 Dengan cara kami sendiri, baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. 356 00:24:47,527 --> 00:24:48,528 Saya nak... 357 00:24:50,489 --> 00:24:51,490 tukar bilik. 358 00:25:03,335 --> 00:25:04,211 Saya setuju. 359 00:25:08,715 --> 00:25:10,008 Ini apa? 360 00:25:10,008 --> 00:25:11,551 Kenapa ada sampul surat? 361 00:25:12,052 --> 00:25:13,428 - Apa? - Itu apa? 362 00:25:15,096 --> 00:25:16,181 Apa katanya? 363 00:25:26,775 --> 00:25:27,609 Apa? 364 00:25:28,985 --> 00:25:31,488 Apa pula 365 00:25:31,988 --> 00:25:33,114 maksudnya ini? 366 00:25:34,908 --> 00:25:37,536 Apa maksud... 367 00:25:38,828 --> 00:25:40,830 - Apa masalahnya? - Tengoklah... 368 00:25:42,290 --> 00:25:43,333 Tak guna. 369 00:25:43,333 --> 00:25:44,751 - Apa? - Dia cakap apa? 370 00:25:44,751 --> 00:25:46,378 Apa? Apa masalahnya? 371 00:25:48,088 --> 00:25:49,881 "Sepanjang rancangan ini, 372 00:25:49,881 --> 00:25:53,260 anda boleh beli bilik dengan wang anda bila-bila masa. 373 00:25:53,760 --> 00:25:55,929 Setiap bilik boleh dibeli 374 00:25:55,929 --> 00:25:57,806 pada harga yang disenaraikan. 375 00:25:57,806 --> 00:25:59,849 Tingkat satu, sepuluh bilion won. 376 00:26:00,392 --> 00:26:03,395 Tingkat dua, 20 bilion. Tingkat tiga, 30 bilion. 377 00:26:03,395 --> 00:26:05,814 Tingkat lapan, 340 bilion won. 378 00:26:06,314 --> 00:26:07,691 Apa? 379 00:26:07,691 --> 00:26:09,568 Pada mulanya kami tak faham. 380 00:26:10,360 --> 00:26:13,738 Kami ingat kami boleh terus pindah ke bilik yang kami nak. 381 00:26:14,239 --> 00:26:18,076 Rupa-rupanya, kami cuma beli panduan untuk tukar bilik. 382 00:26:18,827 --> 00:26:21,538 Pada harga yang tak masuk akal. 383 00:26:22,455 --> 00:26:25,083 Selepas lihat harganya, barulah kami faham. 384 00:26:25,584 --> 00:26:28,003 Ada cara untuk membeli dan menjual. 385 00:26:28,003 --> 00:26:31,631 Tapi hakikatnya, kami tak mampu beli apa-apa. 386 00:26:32,132 --> 00:26:33,800 Dalam erti kata lain, 387 00:26:33,800 --> 00:26:36,761 takdir setiap orang telah ditentukan dari awal. 388 00:26:36,761 --> 00:26:41,141 Apa akan jadi kepada saya sekarang? 389 00:26:41,141 --> 00:26:43,393 Aduhai, Tingkat 1. 390 00:26:43,393 --> 00:26:46,146 Perbezaan hadiah mengikut jujukan Fibonacci, 391 00:26:46,146 --> 00:26:49,858 yang saya sangka hanyalah konsep superfisial oleh penganjur, 392 00:26:50,400 --> 00:26:52,819 dan harga setiap bilik, sebenarnya ditetapkan begitu 393 00:26:52,819 --> 00:26:56,197 untuk mencerminkan aturan semula jadi rancangan ini, 394 00:26:56,781 --> 00:27:00,702 nisbah emas dari mata sang pencipta yang memerhati kami dari atas. 395 00:27:00,702 --> 00:27:03,788 Semua duit yang saya simpan selama ini... 396 00:27:06,082 --> 00:27:06,958 Apa saya... 397 00:27:07,459 --> 00:27:09,044 Awak ada idea, Tingkat 7? 398 00:27:09,836 --> 00:27:11,588 Fikirlah, Tingkat 7. 399 00:27:12,088 --> 00:27:13,757 Awak selalu tahu jawapannya. 400 00:27:14,382 --> 00:27:16,926 Cakaplah sesuatu! 401 00:27:22,515 --> 00:27:25,977 Nampaknya awak tak kenal penonton betul-betul, En. Yu. 402 00:27:26,603 --> 00:27:30,482 Sebagai contoh, orang tak kisah keluar duit untuk kek sesedap ini. 403 00:27:34,235 --> 00:27:36,738 Duit memang tak jadi isu asalkan puas hati. 404 00:27:37,447 --> 00:27:40,700 Jadi, kenapa awak mati-mati nak gambarkan realiti? 405 00:27:40,700 --> 00:27:43,578 Orang dah bosan dengan hidup mereka. 406 00:27:43,578 --> 00:27:47,207 Penonton bukannya tak tahu mesej yang awak cuba sampaikan. 407 00:27:47,207 --> 00:27:48,249 Mereka tahu. 408 00:27:48,833 --> 00:27:51,378 Tapi mesej itu tak seronok. 409 00:27:51,378 --> 00:27:53,463 Kita cuma perlu suap mereka 410 00:27:53,463 --> 00:27:56,216 dengan sesuatu yang seronok dan menghiburkan. 411 00:27:56,800 --> 00:27:58,593 Ini cuma pendapat saya, 412 00:28:00,053 --> 00:28:02,597 tapi bukankah itu menghina intelek penonton? 413 00:28:18,279 --> 00:28:21,408 En. Yu, saya ingat awak bijak. 414 00:28:21,408 --> 00:28:23,118 Tapi awak tak tahu apa-apa. 415 00:28:24,244 --> 00:28:26,121 Aduhai, En. Yu. 416 00:28:26,121 --> 00:28:28,915 Tak sangka dulu awak pengarah rebutan. 417 00:28:34,337 --> 00:28:38,174 {\an8}Telefon saya apabila awak nak buat projek yang seronok, 418 00:28:39,426 --> 00:28:41,594 {\an8}bukan idea macam ini. 419 00:28:43,471 --> 00:28:47,350 Nak baca pun bosan. 420 00:28:47,976 --> 00:28:49,936 "Kejatuhan" itu tajuk jenis apa? 421 00:28:49,936 --> 00:28:50,895 Saya tak tahu. 422 00:28:51,521 --> 00:28:53,022 Saya tak tahu langsung. 423 00:28:53,732 --> 00:28:56,192 Saya cuma pura-pura tahu segalanya. 424 00:28:59,320 --> 00:29:00,947 Tapi saya tak tahu apa-apa. 425 00:29:04,451 --> 00:29:06,953 Mereka sengaja nak kenakan kita. 426 00:29:08,079 --> 00:29:11,249 Kita tak ada cara untuk tukar bilik. 427 00:29:19,132 --> 00:29:23,011 Dia terpaksa buat dua syif kerana bos tak nak tambah pekerja. 428 00:29:23,720 --> 00:29:26,598 Kalau nak berjimat pun, agak-agaklah. 429 00:29:26,598 --> 00:29:28,767 Dia perlu dibedah segera. 430 00:29:28,767 --> 00:29:30,518 Dia tak ada insurans. 431 00:29:31,102 --> 00:29:34,189 Sudahlah tak ada duit, menyusahkan orang. 432 00:29:35,648 --> 00:29:36,900 Betul. 433 00:29:36,900 --> 00:29:38,985 Dia tertidur kerana penat bekerja, 434 00:29:38,985 --> 00:29:41,321 tapi perlukah dia langgar kereta saya? 435 00:29:41,821 --> 00:29:44,324 Dia perlu dibedah selewat-lewatnya esok? 436 00:29:44,991 --> 00:29:46,201 Saya sanggup. 437 00:29:48,077 --> 00:29:49,704 Jadi penjamin saja, bukan? 438 00:29:51,331 --> 00:29:54,959 Saya akan carikan duit untuk pembedahan atau ganti rugi. 439 00:29:54,959 --> 00:29:56,669 Suruh doktor bedah dia. 440 00:29:58,671 --> 00:29:59,589 Mari kita 441 00:30:00,882 --> 00:30:01,716 tamatkannya. 442 00:30:05,678 --> 00:30:06,679 Kita boleh 443 00:30:08,014 --> 00:30:10,558 kongsi duit untuk bayar Tingkat 1 di luar nanti. 444 00:30:11,434 --> 00:30:12,393 Setuju? 445 00:30:13,269 --> 00:30:14,103 Okey tak? 446 00:30:18,483 --> 00:30:20,610 Kita dah kehabisan pilihan. 447 00:30:22,153 --> 00:30:23,488 Mari keluar dari sini. 448 00:30:37,043 --> 00:30:37,877 Tak boleh. 449 00:30:40,588 --> 00:30:41,840 Jangan bergerak. 450 00:30:42,549 --> 00:30:45,301 - Tingkat 1. - Bukan begini caranya. 451 00:30:45,844 --> 00:30:48,972 Saya tak nak tamatkannya begini. Ada sesiapa setuju? 452 00:30:48,972 --> 00:30:50,598 Ini cara yang salah. 453 00:30:51,516 --> 00:30:52,350 Tingkat 1. 454 00:30:55,311 --> 00:30:56,437 Duduk diam-diam. 455 00:30:57,021 --> 00:30:58,606 Jangan bergerak! 456 00:31:02,902 --> 00:31:03,778 Tingkat 3. 457 00:31:06,239 --> 00:31:07,240 Ikat Tingkat 2. 458 00:31:14,539 --> 00:31:15,456 Guna pita itu. 459 00:31:18,001 --> 00:31:19,168 Cepatlah. 460 00:31:25,216 --> 00:31:27,176 Tingkat 7, ikat Tingkat 4. 461 00:31:27,176 --> 00:31:29,095 Ikat sekarang! 462 00:31:45,904 --> 00:31:47,822 Seronoknya tempat ini. 463 00:31:48,489 --> 00:31:49,908 Saya suka sangat. 464 00:31:51,117 --> 00:31:54,203 Nampak tak berapa banyak masa bertambah? 465 00:31:55,455 --> 00:31:57,040 Hebat, bukan? 466 00:32:01,294 --> 00:32:02,754 Biar betul? 467 00:32:02,754 --> 00:32:05,214 - Dia datang lagi. - Gila perhatian. 468 00:32:05,214 --> 00:32:06,257 Siapa? 469 00:32:06,257 --> 00:32:09,385 Artis seni laku yang dah kering idea. 470 00:32:09,385 --> 00:32:11,596 Tak ada orang nak ambil dia lagi, 471 00:32:11,596 --> 00:32:14,682 jadi dia buat pertunjukan sendiri dan berhutang ratusan juta. 472 00:32:15,183 --> 00:32:18,519 Dia buat pertunjukan di sini tanpa dijemput. 473 00:32:19,103 --> 00:32:20,897 Telefon polis. Memekak saja. 474 00:32:37,413 --> 00:32:40,708 Jom tinggal di sini lama-lama! 475 00:32:40,708 --> 00:32:42,502 Jomlah! 476 00:32:51,970 --> 00:32:55,098 Kami seperti penonton yang menunggu persembahan. 477 00:33:43,021 --> 00:33:44,188 Hadirin sekalian, 478 00:33:44,188 --> 00:33:46,399 terima kasih atas kesabaran anda. 479 00:33:46,399 --> 00:33:51,696 Sekarang, saksikanlah persembahan yang belum pernah anda saksikan. 480 00:34:33,905 --> 00:34:34,781 Takutnya. 481 00:34:43,372 --> 00:34:45,083 - Tingkat 1! - Tingkat 1! 482 00:34:45,833 --> 00:34:46,667 Hati-hati! 483 00:34:47,919 --> 00:34:48,753 Tingkat 1! 484 00:34:50,129 --> 00:34:51,297 Bahayalah! 485 00:34:59,806 --> 00:35:02,433 - Alamak! - Tingkat 1, turunlah! 486 00:35:02,433 --> 00:35:04,018 - Awak okey? - Awak gila! 487 00:35:04,018 --> 00:35:05,311 Ini terlalu bahaya. 488 00:35:10,233 --> 00:35:12,068 - Turunlah! - Tolonglah turun! 489 00:35:14,070 --> 00:35:15,363 Kenapa dengan dia? 490 00:35:15,363 --> 00:35:17,907 - Dengarlah cakap saya! - Tolonglah turun! 491 00:35:30,419 --> 00:35:33,589 Dia buat begini untuk dapatkan lebih masa? 492 00:35:37,343 --> 00:35:38,845 - Awak boleh! - Takutnya! 493 00:35:39,512 --> 00:35:40,888 Apa kita nak buat? 494 00:36:56,255 --> 00:36:58,716 - Tingkat 1! - Hati-hati! 495 00:36:59,884 --> 00:37:00,927 Tingkat 1! 496 00:37:01,636 --> 00:37:04,305 - Alamak, Tingkat 1! - Apa kita nak buat? 497 00:37:06,390 --> 00:37:07,516 Pegang kuat-kuat! 498 00:37:10,478 --> 00:37:11,896 Tingkat 1! 499 00:37:13,564 --> 00:37:14,649 Jangan lepas! 500 00:37:19,195 --> 00:37:20,571 Apa kita nak buat? 501 00:37:34,210 --> 00:37:35,878 Apa kita nak buat? 502 00:37:36,462 --> 00:37:38,714 - Bertahan. - Jangan lepaskan tali! 503 00:37:38,714 --> 00:37:39,799 Hati-hati! 504 00:37:41,509 --> 00:37:43,052 Ya Tuhan! 505 00:37:43,844 --> 00:37:44,804 Api... 506 00:38:52,163 --> 00:38:54,123 Alamak! 507 00:38:58,377 --> 00:38:59,211 Tingkat 1! 508 00:38:59,962 --> 00:39:01,380 Tingkat 1! Kuatkan diri. 509 00:39:03,466 --> 00:39:05,134 Dia tak boleh terus di sini. 510 00:39:05,134 --> 00:39:06,802 Dia perlu ke hospital. 511 00:39:09,472 --> 00:39:10,556 Boleh bernafas tak? 512 00:39:11,223 --> 00:39:13,142 Bukalah pintu, bedebah! 513 00:39:14,101 --> 00:39:15,186 Dia akan mati! 514 00:39:20,358 --> 00:39:24,320 Saya nak apa-apa yang ada sekarang, jadi tamatkan rancangan ini! 515 00:39:24,320 --> 00:39:25,905 Beri saya apa-apa saja. 516 00:39:25,905 --> 00:39:27,948 Apa-apa saja yang paling mahal. 517 00:39:27,948 --> 00:39:29,700 Berlian, jongkong emas, 518 00:39:29,700 --> 00:39:32,036 apa-apa saja untuk habiskan masa! 519 00:39:32,036 --> 00:39:33,037 Sial! 520 00:39:33,037 --> 00:39:34,497 Sekarang juga! 521 00:39:46,175 --> 00:39:47,510 1,440 jam? 522 00:39:50,805 --> 00:39:52,181 Tak guna. 523 00:39:53,849 --> 00:39:55,059 - Berhenti! - Buka mata. 524 00:39:56,394 --> 00:39:57,269 Celaka betul! 525 00:39:58,396 --> 00:40:00,815 Kenapa makin bertambah? 526 00:40:02,566 --> 00:40:04,110 Sebab ia menyentuh hati. 527 00:40:05,945 --> 00:40:08,614 Tengoklah kamu semua cuba selamatkan dia. 528 00:40:09,115 --> 00:40:11,158 Siapa yang takkan tersentuh? 529 00:40:13,160 --> 00:40:15,079 Sebab itu saya kata... 530 00:40:18,124 --> 00:40:19,083 kalau beginilah, 531 00:40:20,126 --> 00:40:22,628 kita mungkin takkan dapat pergi dari sini. 532 00:40:33,889 --> 00:40:35,349 Tingkat 1, buka mata. 533 00:40:35,349 --> 00:40:36,684 Tingkat 1, bangun! 534 00:40:37,393 --> 00:40:39,270 Awak tak boleh putus asa! 535 00:40:40,104 --> 00:40:42,022 Tolonglah hentikannya! 536 00:40:43,607 --> 00:40:46,527 Apa lagi yang kamu nak tengok? 537 00:40:46,527 --> 00:40:47,445 Apa lagi? 538 00:40:48,904 --> 00:40:49,780 Tingkat 1. 539 00:40:50,781 --> 00:40:52,158 Bertahanlah. 540 00:40:58,497 --> 00:40:59,582 Halang mereka tengok. 541 00:41:04,628 --> 00:41:06,964 Tingkat 1, tarik nafas. 542 00:41:06,964 --> 00:41:08,716 Tingkat 1, buka mata. 543 00:41:12,470 --> 00:41:13,471 Tingkat 3. 544 00:41:32,364 --> 00:41:34,033 Cepat, Tingkat 3! 545 00:41:40,873 --> 00:41:42,124 Hei, janganlah! 546 00:41:42,124 --> 00:41:44,418 Buat cepat-cepat! 547 00:42:03,771 --> 00:42:04,688 Alamak, tangga. 548 00:42:16,867 --> 00:42:19,036 Bagus, dia dah musnahkan semuanya. 549 00:42:19,036 --> 00:42:21,247 - Sikit lagi, Tingkat 1. - Tingkat 1. 550 00:42:21,247 --> 00:42:22,915 - Sabar. - Tingkat 1! 551 00:42:27,586 --> 00:42:28,712 Saya tak nak pergi! 552 00:42:33,175 --> 00:42:36,053 Kamu dah tak nampak kami. Apa kamu nak buat? 553 00:42:36,053 --> 00:42:39,014 Apa lagi kamu boleh buat? 554 00:42:44,061 --> 00:42:45,479 Tak boleh dibuka. 555 00:43:19,096 --> 00:43:20,222 Celaka. 556 00:43:51,170 --> 00:43:53,756 Apabila kami tak tunjuk apa-apa lagi, 557 00:43:54,423 --> 00:43:57,426 barulah mereka tetapkan masa kepada sifar. 558 00:44:03,641 --> 00:44:04,683 Tingkat 1! 559 00:44:04,683 --> 00:44:06,644 - Dah buka! - Tingkat 1, ayuh! 560 00:44:12,483 --> 00:44:13,776 Tingkat 1. 561 00:44:25,287 --> 00:44:26,205 Saya... 562 00:44:29,541 --> 00:44:31,126 nak naik lebih tinggi. 563 00:44:34,838 --> 00:44:37,216 Seumur hidup saya, saya selalu di bawah. 564 00:44:41,470 --> 00:44:42,388 Tingkat 1. 565 00:44:44,431 --> 00:44:45,599 Orang sehina saya 566 00:44:46,600 --> 00:44:48,644 tak sepatutnya tamak. 567 00:44:51,438 --> 00:44:53,148 Teruskan berjaga, okey? 568 00:44:53,941 --> 00:44:54,983 Tingkat 1. 569 00:44:55,901 --> 00:44:57,611 Saya nak minta maaf... 570 00:45:03,450 --> 00:45:05,285 kepada anak saya. 571 00:45:07,788 --> 00:45:09,289 Semoga kamu maafkan saya. 572 00:45:13,752 --> 00:45:15,212 Saya minta maaf. 573 00:45:29,143 --> 00:45:30,769 Tingkat 1. 574 00:45:34,022 --> 00:45:36,275 Kesudahannya macam drama air mata... 575 00:45:42,030 --> 00:45:43,741 tapi taklah teruk sangat. 576 00:45:48,954 --> 00:45:50,914 Kamu semua memang jahanam! 577 00:47:20,295 --> 00:47:21,380 "Tahniah. 578 00:47:21,922 --> 00:47:25,008 Wang hadiah akan disalurkan ke akaun bank anda." 579 00:47:40,983 --> 00:47:43,068 TAMAT 580 00:48:07,509 --> 00:48:10,095 Dua bulan setengah telah berlalu 581 00:48:10,596 --> 00:48:13,265 semasa lapan orang hilang daripada masyarakat. 582 00:48:14,474 --> 00:48:18,854 Di tempat itu, kami nampak pelbagai aktiviti jenayah dan kejadian ngeri 583 00:48:19,438 --> 00:48:22,065 yang manusia biasa takkan percaya 584 00:48:22,566 --> 00:48:25,068 walaupun mereka terdengar tentangnya, 585 00:48:25,694 --> 00:48:29,489 tapi sudah tentulah dunia ini tak sedar semua itu pernah berlaku. 586 00:48:47,257 --> 00:48:48,467 Pada mulanya, 587 00:48:48,467 --> 00:48:52,471 kejutan menyaksikan kematian Tingkat 1, wang yang tak terhingga, 588 00:48:52,471 --> 00:48:56,475 dan masa yang cepat berlalu buat aku jadi tak tentu hala. 589 00:48:57,476 --> 00:48:59,227 Aku sukar nak teruskan hidup. 590 00:49:00,437 --> 00:49:04,316 Bukan itu saja, selepas melalui seksaan psikologi, 591 00:49:04,316 --> 00:49:06,902 badan aku perlukan tidur sepanjang hari. 592 00:49:07,736 --> 00:49:10,280 Aku tidur siang malam. 593 00:49:11,490 --> 00:49:13,575 Dapat mimpi yang sama berulang kali 594 00:49:14,576 --> 00:49:16,036 sampaikan aku tak pasti 595 00:49:16,870 --> 00:49:19,373 sekiranya aku pernah ke tempat itu, 596 00:49:21,083 --> 00:49:23,293 benar-benar berjumpa semua orang itu, 597 00:49:24,670 --> 00:49:27,047 atau semua itu pernah berlaku. 598 00:49:27,756 --> 00:49:29,800 Walaupun ia sukar dipercayai... 599 00:49:33,512 --> 00:49:35,597 kalau ia tak pernah berlaku, 600 00:49:35,597 --> 00:49:37,975 mustahil aku ada duit sebanyak ini 601 00:49:37,975 --> 00:49:39,726 dalam akaun aku. 602 00:49:40,936 --> 00:49:43,689 Identiti penganjur rancangan itu, 603 00:49:43,689 --> 00:49:47,567 yang tegas memotong separuh hadiah aku kerana aku tembak kamera, 604 00:49:48,694 --> 00:49:51,196 orang-orang yang kejam di tingkat atas 605 00:49:51,196 --> 00:49:52,739 dan kematian Tingkat 1 606 00:49:53,240 --> 00:49:55,033 mula hilang daripada ingatan. 607 00:49:57,703 --> 00:49:59,913 Tapi kami tak patut lupa. 608 00:50:00,580 --> 00:50:01,873 Kami tak boleh lupa. 609 00:50:02,833 --> 00:50:06,628 Biarpun lupa hampir semuanya, ada satu yang kami tak boleh lupa. 610 00:50:11,675 --> 00:50:14,344 Untuk lakukannya, aku perlu kumpulkan peserta. 611 00:50:15,220 --> 00:50:18,724 Biarpun aku tak tahu nama, umur, kerja mereka atau apa saja, 612 00:50:18,724 --> 00:50:20,142 aku kena cari sampai dapat. 613 00:50:24,938 --> 00:50:27,232 Cuma ada satu cara untuk cari mereka. 614 00:50:29,735 --> 00:50:31,611 Guna duit aku yang bertimbun. 615 00:50:31,611 --> 00:50:34,156 DIJEMPUT KE MAJLIS PERINGATAN TINGKAT 1 616 00:50:34,781 --> 00:50:38,285 Kami wajib adakan majlis peringatan untuk Tingkat 1. 617 00:50:38,994 --> 00:50:41,288 Kami perlu memperingatinya. 618 00:50:41,288 --> 00:50:43,665 21.9.2024, DEWAN SATU HOSPITAL SEONGSAN 619 00:50:58,972 --> 00:51:00,307 TINGKAT 2 620 00:51:38,678 --> 00:51:40,013 Saya saja yang datang? 621 00:51:41,306 --> 00:51:42,140 Tidak. 622 00:52:02,911 --> 00:52:04,162 Nah, makan lagi. 623 00:52:14,506 --> 00:52:17,509 Saya berjaya cari keluarga Tingkat 1. 624 00:52:18,635 --> 00:52:19,469 Betulkah? 625 00:52:20,345 --> 00:52:21,179 Macam mana? 626 00:52:22,305 --> 00:52:24,933 Saya cari untuk rancang majlis ini. 627 00:52:26,810 --> 00:52:29,396 Di Korea tak ada banyak kumpulan sarkas. 628 00:52:30,856 --> 00:52:31,690 Jadi... 629 00:52:34,025 --> 00:52:35,235 saya terus jumpa. 630 00:52:35,235 --> 00:52:36,319 Begitu. 631 00:52:36,945 --> 00:52:39,364 Tapi mereka sangka 632 00:52:39,364 --> 00:52:42,075 Tingkat 1 bekerja di luar negara. 633 00:52:44,119 --> 00:52:45,120 Apa maksud awak? 634 00:52:47,998 --> 00:52:49,875 Saya jumpa isteri Tingkat 1. 635 00:52:53,378 --> 00:52:56,673 Dia kata rakan sekerja suaminya datang jumpa dia. 636 00:52:57,632 --> 00:52:59,551 Dia kata dia balik ke Korea dulu 637 00:52:59,551 --> 00:53:04,055 dan dia datang melawat atas permintaan Tingkat 1. 638 00:53:04,890 --> 00:53:08,393 Dia beri buku bank kepada isteri Tingkat 1 639 00:53:08,393 --> 00:53:11,188 dengan duit yang cukup untuk seumur hidup. 640 00:53:11,771 --> 00:53:12,731 Siapa agaknya? 641 00:53:13,273 --> 00:53:16,109 Dia kata lelaki berusia 30-an. 642 00:53:16,109 --> 00:53:19,196 Cara dia bercakap formal, dia pakai cermin mata, 643 00:53:19,696 --> 00:53:20,822 dan rambutnya 644 00:53:21,823 --> 00:53:24,451 disisir kemas ke belakang. 645 00:53:28,371 --> 00:53:29,581 Mesti Tingkat 7. 646 00:53:29,581 --> 00:53:30,498 Betul. 647 00:53:32,083 --> 00:53:34,544 Saya yang berjanji nak beri dia duit. 648 00:53:36,588 --> 00:53:39,090 - Tapi saya tak dapat cari mereka. - Memanglah. 649 00:53:39,925 --> 00:53:43,220 Saya pernah cakap, awak bukannya pandai sangat. 650 00:53:46,890 --> 00:53:48,141 Tumpang tanya. 651 00:53:48,141 --> 00:53:50,810 Ini majlis peringatan Tingkat 1, bukan? 652 00:53:52,437 --> 00:53:54,606 Nama penganjurnya Tingkat 3? 653 00:53:56,191 --> 00:53:57,025 Ya. 654 00:53:57,651 --> 00:54:00,737 Ada penghantaran bunga daripada... 655 00:54:00,737 --> 00:54:02,155 Siapa namanya tadi? 656 00:54:02,906 --> 00:54:05,283 {\an8}RIBUAN TAKZIAH TINGKAT 6 657 00:54:08,870 --> 00:54:10,038 Tingkat 6? 658 00:54:11,873 --> 00:54:12,707 Ya. 659 00:54:13,375 --> 00:54:16,878 Kalau tengok rupa bunga ini, dia hidup mewah nampaknya. 660 00:54:16,878 --> 00:54:18,838 Ingatkan Tingkat 7 yang hantar. 661 00:54:21,091 --> 00:54:23,760 Nampaknya yang datang cuma geng tingkat bawah. 662 00:54:26,513 --> 00:54:30,892 Mungkin dia tak nampak iklan itu. Jika dia tahu, dia mesti datang. 663 00:54:31,643 --> 00:54:33,520 Dia dah jumpa keluarganya pun. 664 00:54:33,520 --> 00:54:35,355 Ya, sebelum terlupa. 665 00:54:36,022 --> 00:54:37,691 Kamu dah tengok? 666 00:54:38,275 --> 00:54:39,109 Tengoklah ini. 667 00:54:40,110 --> 00:54:40,944 Tingkat 8. 668 00:54:41,444 --> 00:54:43,196 "Ini bukan seni." 669 00:54:43,697 --> 00:54:47,200 ARTIS SENI LAKU SONG SERA ROBOHKAN GALERI SENI DENGAN JENGKAUT 670 00:54:47,200 --> 00:54:49,536 Tingkat 8 rupa-rupanya artis? 671 00:54:49,536 --> 00:54:51,621 Lebih tepat lagi, artis seni laku. 672 00:54:52,664 --> 00:54:56,668 Dia sewa jengkaut pada waktu malam dan robohkan galeri seni. 673 00:54:57,294 --> 00:55:00,672 Dia tinggalkan tajuknya pada papan tanda. 674 00:55:03,008 --> 00:55:04,634 {\an8}INI BUKAN SENI 675 00:55:04,634 --> 00:55:08,972 Wangnya habis untuk bayar ganti rugi kerosakan galeri serta karya seni, 676 00:55:08,972 --> 00:55:10,473 dan dia ditahan. 677 00:55:11,725 --> 00:55:13,643 Saya dah agak dia jadi begini. 678 00:55:15,228 --> 00:55:17,605 Tapi sampai masuk penjara... 679 00:55:19,232 --> 00:55:21,109 Selepas itu, kami berpisah. 680 00:55:22,402 --> 00:55:25,196 Kami tak tanya apa-apa tentang satu sama lain, 681 00:55:26,489 --> 00:55:28,992 apatah lagi alamat atau kisah hidup masing-masing. 682 00:55:29,826 --> 00:55:32,537 Kami cuma beri semangat kepada satu sama lain. 683 00:55:44,007 --> 00:55:44,924 Tingkat 1. 684 00:55:45,675 --> 00:55:49,804 Ada beza tak jika kami berusaha untuk hidup sebaik-baiknya? 685 00:55:50,305 --> 00:55:51,556 Dunia ini teruk. 686 00:55:52,807 --> 00:55:56,936 CERIALAH, JANGAN PUTUS HARAPAN, MARI KITA TERUS MARA! 687 00:58:16,242 --> 00:58:19,496 Jadi, kisahnya berakhir begitu, di majlis peringatan. 688 00:58:23,583 --> 00:58:26,294 Akhirnya awak sedar, En. Yu. 689 00:58:26,794 --> 00:58:29,839 Saya tahu awak boleh fikir idea yang bagus. 690 00:58:31,132 --> 00:58:32,634 Cerita ini memang hebat! 691 00:58:35,303 --> 00:58:39,224 Tapi awak tak tunjuk sangat orang tingkat atas pada penghujungnya. 692 00:58:39,224 --> 00:58:40,892 Mereka lebih menarik minat saya. 693 00:58:40,892 --> 00:58:43,603 Saya masih berkira-kira. 694 00:58:43,603 --> 00:58:46,606 Penonton tak nak kesudahan yang baik untuk mereka. 695 00:58:46,606 --> 00:58:48,608 Nanti penonton tak puas hati. 696 00:58:49,234 --> 00:58:51,653 Ya. Betul juga. 697 00:58:54,989 --> 00:58:57,200 Tapi hidup kita hebat, bukan? 698 00:59:01,746 --> 00:59:02,664 Apa? 699 00:59:02,664 --> 00:59:05,583 Sebenarnya, saya pun pernah masuk rancangan ini. 700 00:59:07,043 --> 00:59:09,295 Saya hampir sakit jantung semasa baca. 701 00:59:10,588 --> 00:59:13,216 Awak ingat macam mana saya ada banyak duit? 702 00:59:20,765 --> 00:59:21,766 Gurau saja! 703 00:59:21,766 --> 00:59:24,769 Jangan kata ini cerita benar? 704 00:59:24,769 --> 00:59:26,437 Awak sertai rancangan ini? 705 00:59:26,437 --> 00:59:27,355 Apa? 706 00:59:28,856 --> 00:59:29,774 Mestilah tidak. 707 00:59:36,948 --> 00:59:38,116 Rekaan semata-mata. 708 00:59:40,326 --> 00:59:42,161 - Sekadar imaginasi. - Okey. 709 00:59:42,161 --> 00:59:45,373 Saya nak biaya projek awak. Mari hasilkan karya hebat. 710 00:59:45,873 --> 00:59:46,874 Okey? 711 00:59:48,126 --> 00:59:49,043 Ya, baiklah. 712 00:59:49,627 --> 00:59:52,922 Siapa tahu? Entah-entah, kita boleh buat musim kedua. 713 00:59:52,922 --> 00:59:53,840 Ya. 714 01:06:23,270 --> 01:06:24,981 Terjemahan sari kata oleh FZA