1 00:00:40,541 --> 00:00:44,043 FLEX X COP 2 2 00:00:44,044 --> 00:00:46,879 WATAK, LOKASI, ORGANISASI DAN ACARA DALAM DRAMA INI ADALAH REKAAN 3 00:00:46,880 --> 00:00:48,966 PELAKON KANAK-KANAK DAN HAIWAN DIRAKAM DALAM KEADAAN SELAMAT 4 00:01:18,161 --> 00:01:20,414 {\an8}MENDIANG JEONG MINJAE 5 00:01:48,567 --> 00:01:51,403 BILIK KELUARGA 6 00:02:06,918 --> 00:02:08,545 Kenapa awak buat begitu? 7 00:02:09,421 --> 00:02:13,258 Minjae bukan detektif lagi. 8 00:02:14,092 --> 00:02:15,093 Kenapa? 9 00:02:15,927 --> 00:02:19,139 Dia bukan polis! 10 00:02:20,015 --> 00:02:22,476 Kasihan Minjae. Apa saya nak buat sekarang? 11 00:02:24,102 --> 00:02:25,771 Minjae. 12 00:02:26,730 --> 00:02:28,690 Minjae! 13 00:02:29,608 --> 00:02:31,693 Minjae! 14 00:02:39,785 --> 00:02:41,453 Minjae! 15 00:02:43,747 --> 00:02:46,833 - Maaf. - Minjae! 16 00:02:47,834 --> 00:02:49,127 Saya minta maaf. 17 00:02:55,676 --> 00:02:59,096 {\an8}DEWAN UPACARA HOSPITAL GANGHA JUNGANG 18 00:03:01,181 --> 00:03:02,683 {\an8}Saya akan hubungi awak nanti. 19 00:03:03,266 --> 00:03:04,267 {\an8}Okey. 20 00:03:05,936 --> 00:03:07,521 {\an8}EPISOD 13 21 00:03:34,756 --> 00:03:37,259 PUTERA KECIL 22 00:03:41,805 --> 00:03:43,556 Jangan lari daripada hakikat ini. 23 00:03:43,557 --> 00:03:47,018 Apabila awak terima, barulah awak akan bebas. 24 00:03:50,564 --> 00:03:54,067 Lagipun, awaklah Putera Kecil saya. 25 00:04:00,866 --> 00:04:03,994 {\an8}PUTERA KECIL 26 00:04:25,474 --> 00:04:27,683 SAYA TERPAKSA MELUKIS BAHAGIAN DALAM ULAR SAWA 27 00:04:27,684 --> 00:04:29,936 SEMUA PERKARA PERLU DIJELASKAN KEPADA ORANG DEWASA 28 00:04:32,230 --> 00:04:34,149 Salah satunya, kali pertama kita bertemu. 29 00:04:34,649 --> 00:04:35,650 Saya? 30 00:04:37,402 --> 00:04:38,487 Di perjumpaan itu? 31 00:04:39,321 --> 00:04:42,199 Awak tak ingat, bukan? 32 00:04:42,908 --> 00:04:44,242 Kita dah pernah jumpa sebelum itu. 33 00:04:44,951 --> 00:04:46,452 Semasa saya kecil. 34 00:04:46,453 --> 00:04:48,455 Sejak itu saya suka awak. 35 00:04:51,708 --> 00:04:53,335 Ketika itu, 36 00:04:53,960 --> 00:04:55,796 awak jauh lebih pendiam. 37 00:04:58,006 --> 00:05:00,884 Awak lebih pendek dan kurus. 38 00:05:01,885 --> 00:05:04,137 Koridor itu terang 39 00:05:06,223 --> 00:05:09,350 dan angin sepoi-sepoi masuk melalui tingkap. 40 00:05:09,351 --> 00:05:11,353 KLINIK PSIKIATRI SEO YUKYUNG 41 00:05:36,336 --> 00:05:38,129 Lukisan saya okey? 42 00:05:40,674 --> 00:05:41,757 Cantik. 43 00:05:41,758 --> 00:05:43,552 Awak tahu apa ini? 44 00:05:44,177 --> 00:05:45,470 Anak anjing. 45 00:05:48,390 --> 00:05:49,391 Gambar saya. 46 00:05:50,433 --> 00:05:52,726 Semua orang kata ia pelik. 47 00:05:52,727 --> 00:05:55,188 Awak seorang saja yang puji saya. 48 00:05:57,649 --> 00:05:58,650 Jin Isoo. 49 00:05:59,860 --> 00:06:01,403 Masuklah ke dalam. 50 00:06:16,835 --> 00:06:18,837 {\an8}JANGAN BISING 51 00:06:31,099 --> 00:06:32,517 Yu Seongwon. 52 00:06:34,019 --> 00:06:35,020 Awak ingat dia? 53 00:06:38,106 --> 00:06:39,190 Yu Seongwon? 54 00:06:46,323 --> 00:06:47,616 Dia bunuh seseorang? 55 00:06:50,368 --> 00:06:51,661 Kenapa awak fikir begitu? 56 00:06:53,455 --> 00:06:55,749 Sebab sejak kecil, dia taasub dengan kematian. 57 00:06:57,792 --> 00:07:00,670 Kali pertama dia datang ke klinik saya 58 00:07:01,713 --> 00:07:03,214 ketika berumur sembilan tahun. 59 00:07:08,803 --> 00:07:10,220 KLINIK PSIKIATRI SEO YUKYUNG 60 00:07:10,221 --> 00:07:11,222 Budak ini. 61 00:07:13,850 --> 00:07:15,477 Boleh awak pulihkan dia? 62 00:07:19,731 --> 00:07:21,107 Saya rasa dia gila. 63 00:07:39,250 --> 00:07:40,251 Ke tepi. 64 00:07:42,045 --> 00:07:43,213 Tepilah! 65 00:07:44,673 --> 00:07:47,425 Apa yang mak buat? 66 00:08:02,816 --> 00:08:04,483 Jackie dah mati. 67 00:08:04,484 --> 00:08:05,567 JACKIE 68 00:08:05,568 --> 00:08:06,653 Kamu tahu, bukan? 69 00:08:18,915 --> 00:08:20,416 Jackie gigit kamu? 70 00:08:20,417 --> 00:08:21,876 Anjing itu selalu begitu. 71 00:08:22,627 --> 00:08:24,337 Ia rasa dirinya lebih berkuasa. 72 00:08:27,132 --> 00:08:28,299 Begitu rupanya. 73 00:08:30,135 --> 00:08:31,428 Pasti kamu benci Jackie. 74 00:08:47,193 --> 00:08:48,403 Selepas Jackie mati, 75 00:08:49,320 --> 00:08:50,613 apa yang kamu rasa? 76 00:08:51,322 --> 00:08:52,449 Saya rasa seronok. 77 00:08:53,616 --> 00:08:56,995 Anjing itu dah tak menyalak atau gigit saya lagi. 78 00:08:57,662 --> 00:08:59,080 Sekarang ia dengar cakap saya. 79 00:09:05,670 --> 00:09:08,256 Boleh kamu lukis gambar Jackie untuk saya? 80 00:09:31,654 --> 00:09:33,740 Dia tak pernah lukis anjing yang masih hidup. 81 00:09:35,909 --> 00:09:38,703 Keadaannya makin baik selepas terapi seni dan kaunseling. 82 00:09:39,370 --> 00:09:41,122 Buat seketika, semuanya terkawal. 83 00:09:42,123 --> 00:09:44,793 Namun, ketaasubannya kembali selepas pengerusi mati. 84 00:09:49,964 --> 00:09:51,216 Dia melihat mayatnya 85 00:09:51,966 --> 00:09:53,259 dan mendapat inspirasi. 86 00:10:15,323 --> 00:10:16,532 Apa yang berlaku? 87 00:10:16,533 --> 00:10:18,451 Anak awak kunci pintu. 88 00:10:21,496 --> 00:10:22,664 Yu Seongwon! 89 00:10:23,915 --> 00:10:25,458 Yu Seongwon! 90 00:10:27,919 --> 00:10:29,461 Buka pintu. 91 00:10:29,462 --> 00:10:31,714 Yu Seongwon, buka pintu! 92 00:10:45,770 --> 00:10:46,771 Apa pendapat kamu? 93 00:10:47,480 --> 00:10:49,149 Tajuknya "Marionette". 94 00:10:56,322 --> 00:10:57,991 Si bangsat gila. 95 00:10:58,616 --> 00:10:59,950 Mak suka? 96 00:10:59,951 --> 00:11:01,828 Bawa keluar si bangsat itu. 97 00:11:05,915 --> 00:11:08,333 Hentikan! Lepaskan! 98 00:11:08,334 --> 00:11:10,253 Jangan. Tolonglah! 99 00:11:11,588 --> 00:11:13,130 Hentikan! 100 00:11:13,131 --> 00:11:14,382 Lepaskan saya! 101 00:11:16,342 --> 00:11:17,886 Anggaplah tiada apa-apa… 102 00:11:22,515 --> 00:11:24,350 berlaku di sini. 103 00:11:26,269 --> 00:11:27,687 Kalau hal ini terbongkar, 104 00:11:32,692 --> 00:11:34,277 hospital ini akan hancur. 105 00:11:35,528 --> 00:11:36,821 Kami akan berhati-hati. 106 00:11:38,781 --> 00:11:39,782 Tanggalkan! 107 00:11:41,451 --> 00:11:42,535 Tanggalkan! 108 00:11:44,245 --> 00:11:46,873 Dia terpaksa dirawat untuk masa yang sangat lama. 109 00:11:52,337 --> 00:11:53,546 Saya cuba bantu Seongwon 110 00:11:54,547 --> 00:11:56,256 untuk menyalurkan ketaasubannya 111 00:11:56,257 --> 00:11:58,426 melalui karya seni. 112 00:12:01,971 --> 00:12:04,057 Saya dengar yang dia jadi artis terkenal. 113 00:12:07,685 --> 00:12:09,646 Apa yang dia dah buat? 114 00:12:10,230 --> 00:12:12,857 Setakat ini, dia terlibat dalam enam kes. 115 00:12:14,108 --> 00:12:15,276 Dua model menjadi mangsa. 116 00:12:16,069 --> 00:12:18,446 Dia bunuh orang untuk menghasilkan karya. 117 00:12:23,368 --> 00:12:25,870 Nampaknya rawatan saya tak berjaya. 118 00:12:29,457 --> 00:12:31,459 Awak tahu Seongwon sukakan awak, bukan? 119 00:12:34,462 --> 00:12:36,464 Dia kata hanya awak yang memahaminya. 120 00:12:39,008 --> 00:12:41,052 Apa kelemahan dia? 121 00:12:45,473 --> 00:12:46,641 Tolong bantu saya. 122 00:12:48,518 --> 00:12:49,519 Kelemahannya? 123 00:12:55,942 --> 00:12:58,819 Ada satu karya terakhir yang dia buat semasa dirawat. 124 00:12:58,820 --> 00:13:00,280 Arca seekor anjing. 125 00:13:13,293 --> 00:13:15,461 Kolar Jackie dipakaikan padanya. 126 00:13:17,130 --> 00:13:18,464 Maksudnya, sampai sekarang, 127 00:13:20,133 --> 00:13:22,093 dia pasti simpan barang milik mangsa. 128 00:13:24,137 --> 00:13:26,431 Untuk merasai semula sensasi ketika membunuh. 129 00:13:27,223 --> 00:13:29,308 Saya pasti dia pamerkan 130 00:13:29,309 --> 00:13:31,894 barang milik mangsa di suatu tempat. 131 00:13:32,937 --> 00:13:34,022 Seolah-olah karya seni. 132 00:13:42,155 --> 00:13:44,948 JO NAYEONG, CHOI YEONGMIN, KIM HEEJUN, JEONG MINJAE 133 00:13:44,949 --> 00:13:47,285 {\an8}YU SEONGWON ANAK PENGERUSI UBS, PENGARCA TERKENAL 134 00:13:55,918 --> 00:13:57,919 Sehari sebelum dia hilang, 135 00:13:57,920 --> 00:14:00,839 {\an8}Jo Nayeong pergi ke studio Yu Seongwon dengan keretanya. 136 00:14:00,840 --> 00:14:04,052 {\an8}Pada 12 hari bulan, dia menghantarnya di CONEX. 137 00:14:05,720 --> 00:14:08,056 {\an8}Kali terakhir dilihat dalam kamera koridor. 138 00:14:08,681 --> 00:14:10,933 Tapi tiada rakaman dia meninggalkan CONEX. 139 00:14:11,893 --> 00:14:15,062 Choi Yeongmin kata dia mula kerja peragaan pada 8 hari bulan. 140 00:14:15,063 --> 00:14:16,813 {\an8}Keesokan paginya, 9 hari bulan, 141 00:14:16,814 --> 00:14:20,401 {\an8}dia pandu keretanya dari studio, parkir dan menghilangkan diri. 142 00:14:20,985 --> 00:14:24,362 Kim Heejun kata dia akan berjumpa dengan Yu Seongwon. 143 00:14:24,363 --> 00:14:26,657 {\an8}Tapi dia parkir kereta di Deoksan-ri dan lesap. 144 00:14:27,742 --> 00:14:30,745 Akhir sekali, Jeong Minjae, yang sedang mengekori Yu Seongwon. 145 00:14:31,454 --> 00:14:34,082 Keretanya ditemukan berhampiran Sungai Hangang. 146 00:14:34,874 --> 00:14:36,708 Semua kes ikut corak yang sama. 147 00:14:36,709 --> 00:14:39,544 Semua mangsa bersama Yu Seongwon. 148 00:14:39,545 --> 00:14:42,215 Keesokan harinya, di tempat yang sesak 149 00:14:42,924 --> 00:14:46,552 atau di lokasi yang kamera tak dapat merakam wajah mereka, 150 00:14:47,261 --> 00:14:48,845 tinggalkan kereta lalu lesap. 151 00:14:48,846 --> 00:14:51,264 Bila dan bagaimana dia bunuh mereka? 152 00:14:51,265 --> 00:14:55,310 Adakah Yu Seongwon mengumpan mereka untuk berjumpa semula di tempat lain? 153 00:14:55,311 --> 00:14:57,437 Tapi pada hari mangsa hilang, 154 00:14:57,438 --> 00:14:59,273 Yu Seongwon ada alibi yang kukuh. 155 00:15:03,945 --> 00:15:05,779 AGENSI DETEKTIF JEONG MINJAE CEO JEONG MINJAE 156 00:15:05,780 --> 00:15:07,614 BAYANG TANPA JEJAK JEJAK KE AKHIRNYA 157 00:15:07,615 --> 00:15:09,492 TIADA ISYARAT 158 00:15:36,561 --> 00:15:38,396 PENJEJAK 159 00:15:42,859 --> 00:15:45,027 YU SEONGWON JEONG MINJAE 160 00:15:52,994 --> 00:15:55,663 LOKASI KENDERAAN 65, EUNDAM-RO 13BEON-GIL, GANGHA-GU 161 00:15:59,750 --> 00:16:01,168 SEMUA NOTA 162 00:16:01,169 --> 00:16:03,754 {\an8}SONG AREUM 65, EUNDAM-RO 13BEON-GIL, GANGHA-GU 163 00:16:05,256 --> 00:16:07,091 65, EUNDAM-RO 13BEON-GIL, GANGHA-GU 164 00:16:15,141 --> 00:16:17,934 - Awak dah sampai. - Dah tengok semua fail itu? 165 00:16:17,935 --> 00:16:18,978 Ya. 166 00:16:19,562 --> 00:16:21,646 Tapi semua mangsa masih hidup 167 00:16:21,647 --> 00:16:23,815 sehari selepas berjumpa Yu Seongwon. 168 00:16:23,816 --> 00:16:26,319 Kita tak tahu bila dan bagaimana dia bunuh mereka. 169 00:16:28,404 --> 00:16:29,739 Teori kami… 170 00:16:34,202 --> 00:16:35,745 orang ini ialah Yu Seongwon. 171 00:16:37,496 --> 00:16:41,209 Mangsa mungkin dibunuh pada hari mereka jumpa Yu Seongwon. 172 00:16:42,793 --> 00:16:45,463 Dia cipta bukti macam mereka masih hidup keesokan hari, 173 00:16:46,881 --> 00:16:48,549 {\an8}jadi Yu Seongwon keluar sendiri. 174 00:16:52,136 --> 00:16:54,180 Dia pakai baju mereka, 175 00:17:02,021 --> 00:17:03,564 pergi ke tempat yang sesak 176 00:17:09,612 --> 00:17:10,696 dan menghilangkan diri. 177 00:17:14,825 --> 00:17:17,702 Sebab itulah semua kes diklasifikasikan sebagai orang hilang. 178 00:17:17,703 --> 00:17:21,040 Ya, lebih masuk akal. 179 00:17:22,708 --> 00:17:25,586 Yu Seongwon memang menakutkan. 180 00:17:33,386 --> 00:17:34,637 {\an8}Yu Seongwon? 181 00:17:35,263 --> 00:17:37,473 Tak. Dia tak datang ke sini. 182 00:17:38,099 --> 00:17:39,267 Baiklah. 183 00:17:41,352 --> 00:17:43,688 Ada kamera keselamatan di bangunan ini? 184 00:17:45,856 --> 00:17:48,150 Ada satu di tingkat satu, 185 00:17:48,901 --> 00:17:49,902 tapi dah rosak. 186 00:17:50,570 --> 00:17:52,863 Saya dah berkali-kali minta ia dibaiki. 187 00:17:54,156 --> 00:17:56,576 Kenapa awak tanya? 188 00:17:57,326 --> 00:17:59,495 Rakan sekerja saya yang mengekori Yu Seongwon 189 00:18:00,705 --> 00:18:01,956 sudah mati. 190 00:18:03,791 --> 00:18:05,834 Saya rasa dia diculik di sini. 191 00:18:05,835 --> 00:18:06,918 Ya Tuhan. 192 00:18:06,919 --> 00:18:08,713 Yu Seongwon puncanya? 193 00:18:09,422 --> 00:18:10,631 Kemungkinan besar. 194 00:18:14,844 --> 00:18:17,138 Apabila difikirkan semula, pada hari itu, 195 00:18:18,264 --> 00:18:20,473 sebaik saya sampai di rumah, 196 00:18:20,474 --> 00:18:22,643 saya terdengar bunyi yang pelik. 197 00:19:09,482 --> 00:19:11,150 {\an8}Jika ini Yu Seongwon, 198 00:19:13,778 --> 00:19:15,196 siapa yang pandu kereta ini? 199 00:19:15,905 --> 00:19:18,824 Saya tak tahu siapa, tapi nampaknya dia ada rakan subahat. 200 00:19:23,788 --> 00:19:25,289 Saya tahu siapa yang bersubahat. 201 00:19:37,802 --> 00:19:39,302 Itu… 202 00:19:39,303 --> 00:19:40,304 Ya. 203 00:19:41,097 --> 00:19:43,391 Orang tua yang selalu bersama Yu Seongwon, bukan? 204 00:19:46,102 --> 00:19:48,020 Dia tinggal bersama Seongwon di studio. 205 00:19:48,646 --> 00:19:50,731 Saya yakin dia tahu sesuatu. 206 00:19:51,565 --> 00:19:52,941 Rupanya-rupanya bersubahat. 207 00:19:52,942 --> 00:19:54,193 Awak tahu siapa dia? 208 00:19:54,819 --> 00:19:56,696 Tak juga. Cuma namanya "En. Hwang." 209 00:19:57,655 --> 00:20:00,740 Dia menjaga vila keluarga Yu sejak Seongwon kecil. 210 00:20:00,741 --> 00:20:02,493 Studio itu dulu vila keluarga mereka. 211 00:20:05,204 --> 00:20:06,580 Apa saja arahan Yu Seongwon, 212 00:20:07,581 --> 00:20:08,833 dia akan ikut. 213 00:20:10,084 --> 00:20:12,378 Hei, Hwang. Bawakan coklat lagi. 214 00:20:14,839 --> 00:20:17,507 Hei, awak tak rasa kurang ajar? 215 00:20:17,508 --> 00:20:18,967 Jangan panggil dia "Hwang". 216 00:20:18,968 --> 00:20:20,636 Tapi saya tak tahu namanya. 217 00:20:21,887 --> 00:20:23,389 Tak apa. Dia orang gaji saja. 218 00:20:25,349 --> 00:20:28,101 Ayahnya juga bekerja untuk keluarga saya. 219 00:20:28,102 --> 00:20:31,396 Tapi dia pernah buat kesilapan besar dan hampir mati, 220 00:20:31,397 --> 00:20:32,815 kemudian ayah selamatkan dia. 221 00:20:40,489 --> 00:20:42,699 Sebab itu dia jadi orang gaji. 222 00:20:42,700 --> 00:20:43,868 Betul, Hwang? 223 00:20:45,494 --> 00:20:46,579 Ya, tuan muda. 224 00:20:52,960 --> 00:20:54,961 Mula-mula, semak senarai pekerja UBS. 225 00:20:54,962 --> 00:20:56,129 Okey. 226 00:20:56,130 --> 00:20:58,632 - Semak siapa penghuni di studio. - Faham. 227 00:21:08,851 --> 00:21:09,852 Awak okey? 228 00:21:15,399 --> 00:21:17,943 Buat masa ini, saya nak fokus untuk tangkap Yu Seongwon. 229 00:21:19,111 --> 00:21:20,529 Okey, mari kita buat begitu. 230 00:21:26,827 --> 00:21:28,621 SENARAI PEKERJA UBS 231 00:21:29,497 --> 00:21:30,748 REKOD PENGHUNI BERDAFTAR 232 00:21:33,417 --> 00:21:34,418 Awak jumpa apa-apa? 233 00:21:35,377 --> 00:21:38,130 Tiada namanya. Bukan dalam rekod pekerja atau alamat. 234 00:21:38,756 --> 00:21:40,591 Mari soal dia di balai. 235 00:21:41,300 --> 00:21:43,135 Kalau dia sedar, dia mungkin lari. 236 00:21:44,011 --> 00:21:45,638 Nak saya jumpa dia dulu? 237 00:21:47,932 --> 00:21:50,100 Saya tak pasti itu langkah yang betul. 238 00:21:50,976 --> 00:21:54,104 Kalau dia memang bersubahat, langkah itu boleh memakan diri. 239 00:21:57,233 --> 00:21:58,859 Kita perlu alasan untuk bertindak. 240 00:22:14,041 --> 00:22:16,168 Bahagian dalam kereta dah dilap bersih. 241 00:22:20,506 --> 00:22:22,633 - Tuan. - Ada apa? 242 00:22:36,230 --> 00:22:37,314 Ya, tuan. 243 00:22:39,108 --> 00:22:41,610 Okey. Tolong hantar dengan segera. 244 00:22:42,945 --> 00:22:44,989 Ada cap jari pada kereta Jeong Minjae. 245 00:22:59,753 --> 00:23:03,214 {\an8}NAMA, HWANG JONGSU REKOD JENAYAH, 4 JENAYAH LAMPAU 246 00:23:03,215 --> 00:23:05,718 Hwang Jongsu, umur 59 tahun. 247 00:23:06,343 --> 00:23:08,386 Dia bekas anggota samseng 248 00:23:08,387 --> 00:23:10,430 dengan rekod dadah dan serangan maut. 249 00:23:10,431 --> 00:23:11,514 Bawa dia ke sini. 250 00:23:11,515 --> 00:23:12,599 - Okey. - Okey. 251 00:23:12,600 --> 00:23:15,853 DIVISYEN DETEKTIF 252 00:23:22,693 --> 00:23:25,195 SEHARI SEBELUM ITU 253 00:23:31,160 --> 00:23:32,995 Awak tahu di mana Ketua Polis Hwang? 254 00:23:33,537 --> 00:23:36,123 Ya, di penjara. 255 00:23:37,833 --> 00:23:39,584 Ini bukan masalah biasa. 256 00:23:39,585 --> 00:23:41,295 Mungkin awak akan kena juga. 257 00:23:43,297 --> 00:23:45,673 Walaupun awak berkhidmat dengan jujur, 258 00:23:45,674 --> 00:23:47,384 saya boleh buat awak dipenjarakan. 259 00:23:49,511 --> 00:23:53,140 Saya tak rasa awak sebaik itu. 260 00:23:58,979 --> 00:24:00,606 Jangan ganggu anak saya. 261 00:24:02,566 --> 00:24:04,276 Laporkan pasal siasatan kepada saya. 262 00:24:22,378 --> 00:24:23,461 DIVISYEN DETEKTIF 263 00:24:23,462 --> 00:24:25,422 PASUKAN SATU SIASATAN JENAYAH BERAT 264 00:24:44,858 --> 00:24:45,942 Ya, tuan. 265 00:24:45,943 --> 00:24:47,945 Bagaimana? 266 00:24:49,405 --> 00:24:51,739 Cap jari? Dah jumpa? 267 00:24:51,740 --> 00:24:54,951 Ya, tuan. Pasukan Satu dah kenal pasti suspek. 268 00:24:54,952 --> 00:24:57,079 Namanya Hwang Jongsu. 269 00:25:00,541 --> 00:25:02,668 Baiklah, okey. 270 00:25:03,585 --> 00:25:05,587 KEPUTUSAN CARIAN CAP JARI HWANG JONGSU 271 00:25:14,763 --> 00:25:17,015 - Helo? - Helo, puan? 272 00:25:17,016 --> 00:25:20,309 Saya rasa awak tak perlu risau. 273 00:25:20,310 --> 00:25:22,021 Kami dah ada suspek. 274 00:25:22,730 --> 00:25:24,440 Namanya Hwang Jongsu. 275 00:25:25,357 --> 00:25:26,734 Dia ada rekod jenayah. 276 00:25:47,504 --> 00:25:49,381 JEONG TAESEON PERBUATAN EN. HWANG DIKESAN 277 00:26:06,982 --> 00:26:08,275 Dah habis makan? 278 00:26:10,069 --> 00:26:11,153 Ya, sudah. 279 00:26:16,742 --> 00:26:17,743 Ya. 280 00:26:18,660 --> 00:26:22,288 Saya dengar awak banyak terhutang budi kepada ayah saya. 281 00:26:22,289 --> 00:26:23,332 Ya. 282 00:26:24,583 --> 00:26:26,085 Dia menyelamatkan nyawa saya. 283 00:26:29,129 --> 00:26:30,964 Saya dengar sebelum dia mati, 284 00:26:31,757 --> 00:26:35,093 dia suruh awak melindungi saya walau apa pun yang terjadi. 285 00:26:35,094 --> 00:26:37,638 Ya. 286 00:26:38,347 --> 00:26:39,348 Sekaranglah masanya. 287 00:26:45,437 --> 00:26:47,481 Masa untuk membalas budi. 288 00:26:55,280 --> 00:26:57,157 Larilah. 289 00:26:59,034 --> 00:27:00,160 Pastikan… 290 00:27:02,913 --> 00:27:04,248 jangan sampai tertangkap. 291 00:27:27,563 --> 00:27:28,980 Hei, pusing balik. 292 00:27:28,981 --> 00:27:30,065 Hwang Jongsu. 293 00:28:07,895 --> 00:28:10,062 Hwang Jongsu, berhenti! 294 00:28:10,063 --> 00:28:12,648 En. Hwang! Hentikan kereta itu! 295 00:28:12,649 --> 00:28:15,319 Hwang Jongsu, berhenti! 296 00:28:26,079 --> 00:28:27,497 - Ikut dia. - Ya, puan. 297 00:29:05,077 --> 00:29:06,453 Dia tiada di sini. 298 00:29:11,375 --> 00:29:12,960 - Di situ. - Okey. 299 00:29:38,151 --> 00:29:40,319 Puan, ini saya. 300 00:29:40,320 --> 00:29:41,321 Awak di mana? 301 00:29:42,114 --> 00:29:44,031 Tapak pembinaan Myeongun-dong. 302 00:29:44,032 --> 00:29:45,158 Itu tak jauh pun. 303 00:29:45,742 --> 00:29:47,452 - Tunggu di situ. - Ya, puan. 304 00:30:14,604 --> 00:30:15,605 En. Hwang! 305 00:30:24,573 --> 00:30:25,699 Tuan muda. 306 00:30:27,659 --> 00:30:28,660 Bolehkah kita 307 00:30:29,786 --> 00:30:30,829 bercakap sekejap? 308 00:30:31,705 --> 00:30:32,789 Cakaplah. 309 00:30:41,214 --> 00:30:44,342 Ada orang akan terjun bangunan. Tapak pembinaan Myeongun-dong. Cepat. 310 00:30:46,178 --> 00:30:47,179 Kami bukan datang 311 00:30:49,097 --> 00:30:50,724 untuk tangkap awak. 312 00:30:52,267 --> 00:30:54,227 Saya dah buat banyak perkara tak elok. 313 00:30:55,771 --> 00:30:57,354 Saya memang patut mati. 314 00:30:57,355 --> 00:30:58,690 En. Hwang Jongsu. 315 00:31:00,859 --> 00:31:02,527 Awak sayang Yu Seongwon, bukan? 316 00:31:03,028 --> 00:31:04,029 Ya. 317 00:31:05,781 --> 00:31:06,990 Melebihi nyawa sendiri. 318 00:31:09,493 --> 00:31:11,036 Sebelum pengerusi mati, 319 00:31:12,287 --> 00:31:14,330 dia suruh saya berjanji. 320 00:31:14,331 --> 00:31:17,041 Kalau begitu, kita kena halang dia membunuh lagi. 321 00:31:17,042 --> 00:31:18,085 Itu… 322 00:31:20,170 --> 00:31:21,880 Itu tak boleh dihentikan. 323 00:31:24,424 --> 00:31:25,425 Mula-mula, 324 00:31:27,344 --> 00:31:28,512 ikut saya dulu. 325 00:31:32,974 --> 00:31:34,392 Kita bincang dulu. 326 00:31:35,227 --> 00:31:36,311 Tuan muda. 327 00:31:37,521 --> 00:31:40,482 Pengerusi pernah pesan 328 00:31:42,359 --> 00:31:44,653 supaya biarkan Seongwon buat apa saja dia mahu. 329 00:31:48,740 --> 00:31:50,492 Kalau saya gagal, saya patut mati. 330 00:31:59,126 --> 00:32:00,710 Datang sini dan jelaskan… 331 00:32:03,463 --> 00:32:04,506 maksud awak. 332 00:32:10,554 --> 00:32:11,596 Walau saya jelaskan, 333 00:32:13,640 --> 00:32:15,350 awak takkan faham. 334 00:32:15,934 --> 00:32:16,935 En. Hwang. 335 00:32:23,692 --> 00:32:25,860 - Berhenti merakam! - Berhenti merakam! 336 00:32:25,861 --> 00:32:27,403 - Berhenti merakam! - Berhenti! 337 00:32:27,404 --> 00:32:28,696 Matikan kamera. 338 00:32:28,697 --> 00:32:30,364 - Polis! Jangan rakam! - Hentikan! 339 00:32:30,365 --> 00:32:32,408 Turun dari situ! Dilarang merakam! 340 00:32:32,409 --> 00:32:34,034 Turunkan kamera. 341 00:32:34,035 --> 00:32:36,120 - Matikan kamera! - Turunkan! 342 00:32:36,121 --> 00:32:37,496 - Berhenti merakam. - Jangan. 343 00:32:37,497 --> 00:32:39,916 - Matikan kamera! - Turunkan kamera! 344 00:32:53,180 --> 00:32:54,389 Mereka dah sampai. 345 00:32:56,516 --> 00:32:57,684 Turunkan kamera awak! 346 00:33:09,237 --> 00:33:10,363 Berhenti merakam. 347 00:33:11,031 --> 00:33:12,032 Apa itu? 348 00:33:18,330 --> 00:33:19,830 Berhenti merakam! 349 00:33:19,831 --> 00:33:21,999 Dilarang merakam! Matikan kamera! 350 00:33:22,000 --> 00:33:24,043 Matikan kamera! Awak tak boleh rakam! 351 00:33:24,044 --> 00:33:25,920 Matikan kamera awak! 352 00:33:25,921 --> 00:33:27,504 - Kenapa? - Berhenti merakam! 353 00:33:27,505 --> 00:33:29,173 - Berhenti merakam! - Helo? Saya di… 354 00:33:29,174 --> 00:33:30,716 Orang yang nak terjun itu… 355 00:33:30,717 --> 00:33:33,302 Ya, Myeongun-dong. Boleh datang cepat? 356 00:33:33,303 --> 00:33:34,595 Turunkan kamera! 357 00:33:34,596 --> 00:33:37,097 Jangan rakam. Matikan kamera awak! 358 00:33:37,098 --> 00:33:38,225 Matikan kamera awak! 359 00:33:39,851 --> 00:33:41,936 Turunkan kamera! Berhenti merakam! 360 00:33:41,937 --> 00:33:43,771 Berhenti! Jangan rakam! 361 00:33:43,772 --> 00:33:46,399 Berhenti merakam! 362 00:33:53,657 --> 00:33:55,658 MENGEJAR KEBENARAN HARI INI 363 00:33:55,659 --> 00:33:57,994 LAPORAN KHAS DAKWAAN PEMBUNUHAN JIN ISOO 364 00:33:58,662 --> 00:34:00,829 Saya kembali setelah lama tak berjumpa. 365 00:34:00,830 --> 00:34:02,331 Memandangkan kes ini serius, 366 00:34:02,332 --> 00:34:05,709 saya sendiri akan mengendalikan siaran khas. 367 00:34:05,710 --> 00:34:10,799 Malam tadi, seorang lelaki jatuh dari bangunan di tapak pembinaan terbiar. 368 00:34:11,633 --> 00:34:13,968 Untuk memahami keseluruhan kes, 369 00:34:13,969 --> 00:34:17,179 kita perlu bermula dengan pembunuhan Kim Younghwan. 370 00:34:17,180 --> 00:34:20,474 {\an8}Sepuluh hari lalu, En. Kim Younghwan, ketua syarikat penerbitan filem, 371 00:34:20,475 --> 00:34:22,018 {\an8}dibunuh dengan kejam. 372 00:34:22,852 --> 00:34:25,813 {\an8}Suspek utama ialah rakan karib mangsa 373 00:34:25,814 --> 00:34:28,190 {\an8}yang berada di tempat kejadian, 374 00:34:28,191 --> 00:34:29,776 {\an8}iaitu Detektif Jin Isoo. 375 00:34:30,694 --> 00:34:32,486 {\an8}Bukti yang ada sangat kukuh, 376 00:34:32,487 --> 00:34:35,447 {\an8}tapi tak hari kemudian, Detektif Jin bebas tanpa pertuduhan. 377 00:34:35,448 --> 00:34:36,865 {\an8}Saya rasa itu tak adil. 378 00:34:36,866 --> 00:34:40,077 {\an8}Semua bukti menghala kepadanya, tapi dia tetap dibebaskan. 379 00:34:40,078 --> 00:34:43,289 {\an8}Saya masih fikir Jin Isoo pembunuhnya. 380 00:34:43,290 --> 00:34:47,084 Pasukan Jenayah Berat Gangha kemudian menahan suspek baharu, En. Cho. 381 00:34:47,085 --> 00:34:48,961 Namun, hanya dalam sehari, 382 00:34:48,962 --> 00:34:52,089 dia mati diracun ketika dalam tahanan. 383 00:34:52,090 --> 00:34:53,882 Akhirnya, malam tadi, 384 00:34:53,883 --> 00:34:56,593 seorang suspek baharu, En. Hwang, 385 00:34:56,594 --> 00:34:59,097 jatuh sehingga mati ketika lari diri daripada polis. 386 00:34:59,764 --> 00:35:02,641 Memadaikah kita anggap semua ini sekadar kebetulan? 387 00:35:02,642 --> 00:35:06,562 Ada yang mendakwa Detektif Jin cuba mengalihkan syak wasangka 388 00:35:06,563 --> 00:35:09,773 dengan memerangkap En. Hwang 389 00:35:09,774 --> 00:35:12,986 yang langsung tiada kaitan sebagai suspek baharu. 390 00:35:15,155 --> 00:35:16,156 Tangannya dihulur 391 00:35:17,907 --> 00:35:20,451 untuk menyelamatkan En. Hwang? 392 00:35:20,452 --> 00:35:22,996 Atau untuk menolaknya? 393 00:35:31,296 --> 00:35:34,298 Dia bercakap sesuka hati. 394 00:35:34,299 --> 00:35:36,551 Dia tampil sendiri seperti pembaca berita. 395 00:35:44,976 --> 00:35:46,061 Apa-apa pun, 396 00:35:49,105 --> 00:35:50,523 macam mana Hwang Jongsu tahu? 397 00:35:52,525 --> 00:35:54,527 Dia memang cuba melarikan diri. 398 00:35:55,779 --> 00:35:58,073 Macam mana dia tahu kita syak dia? 399 00:36:12,921 --> 00:36:13,963 Pasukan Satu. 400 00:36:17,550 --> 00:36:21,012 Kamu semua digantung tugas, berkuat kuasa serta-merta. 401 00:36:23,139 --> 00:36:25,767 Joo Hyera, ada apa-apa yang awak nak cakap? 402 00:36:30,647 --> 00:36:34,359 Suspek kes pembunuhan Kim Younghwan mati ketika dalam tahanan, 403 00:36:35,735 --> 00:36:38,862 mayat mangsa telah dihantar ke sini 404 00:36:38,863 --> 00:36:42,909 dan suspek pembunuhan itu membunuh diri. 405 00:36:44,911 --> 00:36:48,415 Memang patut awak digantung tugas. 406 00:37:00,802 --> 00:37:01,969 Kamu boleh berambus! 407 00:37:01,970 --> 00:37:03,972 Jangan tunjuk muka di depan saya! 408 00:37:17,110 --> 00:37:18,236 Ketua. 409 00:37:20,405 --> 00:37:21,864 Jangan bertindak dulu. 410 00:37:21,865 --> 00:37:23,323 - Tapi… - Hyera. 411 00:37:23,324 --> 00:37:26,034 Jika awak terus begini, awak mungkin dipecat. 412 00:37:26,035 --> 00:37:28,288 Bagaimana nak tangkap dia kalau bukan jadi polis? 413 00:37:44,471 --> 00:37:45,472 Masuk. 414 00:37:50,643 --> 00:37:52,854 Tak sampai sepuluh minit tadi 415 00:37:53,605 --> 00:37:55,815 saya suruh awak berambus. 416 00:37:56,441 --> 00:37:58,693 Saya datang untuk tunaikan hasrat tuan. 417 00:38:10,955 --> 00:38:12,332 SURAT PELETAKAN JAWATAN 418 00:38:15,502 --> 00:38:16,503 Saya akan berhenti. 419 00:38:18,171 --> 00:38:19,589 Itu yang tuan mahu, bukan? 420 00:38:20,924 --> 00:38:25,011 Jadi, usah libatkan Detektif Joo, Park dan Choi. 421 00:38:26,304 --> 00:38:28,181 Mereka tak boleh terlepas. 422 00:38:28,807 --> 00:38:30,892 Prosiding tatatertib akan dibuat. 423 00:38:31,518 --> 00:38:32,936 Kamu semua boleh dipecat. 424 00:38:35,855 --> 00:38:37,732 Apa sebenarnya kesalahan kami? 425 00:38:39,192 --> 00:38:41,945 Kalau ada yang bersalah, bukan kami orangnya. 426 00:38:43,696 --> 00:38:45,156 Sebaliknya, tuan. 427 00:38:49,118 --> 00:38:52,163 Semasa kami keluar, Hwang Jongsu dah cuba melarikan diri. 428 00:38:52,831 --> 00:38:54,791 Seolah-olah dia dah diberi amaran. 429 00:38:58,837 --> 00:39:00,754 Saya periksa rakaman keselamatan. 430 00:39:00,755 --> 00:39:02,465 {\an8}PEJABAT KESELAMATAN BALAI POLIS GANGHA 431 00:39:17,105 --> 00:39:18,439 Awak telefon siapa? 432 00:39:20,108 --> 00:39:23,026 Biasalah, panggilan kerja. 433 00:39:23,027 --> 00:39:24,028 Tuan. 434 00:39:25,363 --> 00:39:26,906 Awak kenal siapa Hwang Jongsu? 435 00:39:28,324 --> 00:39:30,201 Dia paling rapat dengan Yu Seongwon. 436 00:39:31,160 --> 00:39:33,705 Dia melindungi Yu Seongwon sejak kecil. 437 00:39:34,497 --> 00:39:37,333 Jika kami betul dan Yu Seongwon membunuh di studionya, 438 00:39:38,543 --> 00:39:41,379 Hwang Jongsu menyaksikan semuanya dan turut bersubahat. 439 00:39:44,465 --> 00:39:46,217 Dah faham apa yang awak buat? 440 00:39:48,970 --> 00:39:50,889 Awak bocorkan maklumat sulit. 441 00:39:51,890 --> 00:39:53,057 Awak usik pasukan saya, 442 00:39:54,767 --> 00:39:56,019 saya akan bongkar semuanya. 443 00:40:31,763 --> 00:40:32,805 Detektif Joo. 444 00:40:33,681 --> 00:40:34,682 Apa kita nak buat? 445 00:40:37,393 --> 00:40:39,145 Awak akan okey. 446 00:40:39,729 --> 00:40:41,063 Saya akan cari jalan. 447 00:40:41,064 --> 00:40:44,441 Awak detektif. Benda macam ini memang boleh berlaku dalam siasatan. 448 00:40:44,442 --> 00:40:45,818 Bukan itu maksud saya. 449 00:40:46,694 --> 00:40:47,987 Bagaimana nak tangkap dia? 450 00:40:50,281 --> 00:40:52,575 Suspek dah mati. Kita pula digantung tugas. 451 00:40:53,284 --> 00:40:54,911 Yu Seongwon takkan berhenti. 452 00:40:58,164 --> 00:40:59,624 Apa jadi jika dia membunuh lagi? 453 00:41:04,504 --> 00:41:06,005 Kenapa semua orang sedih? 454 00:41:07,548 --> 00:41:09,800 Apa? Dah nak mengalah? 455 00:41:09,801 --> 00:41:11,469 Letak balik barang dan buat kerja. 456 00:41:12,136 --> 00:41:13,387 Hanya saya yang berhenti. 457 00:41:13,388 --> 00:41:14,888 - Apa? - Apa? 458 00:41:14,889 --> 00:41:16,223 Apa awak kata? 459 00:41:16,224 --> 00:41:17,892 Saya buat perjanjian dengan ketua. 460 00:41:18,559 --> 00:41:20,436 Dia paling benci saya. 461 00:41:21,396 --> 00:41:22,605 Saya letak jawatan 462 00:41:23,398 --> 00:41:24,941 dan kamu takkan digantung tugas. 463 00:41:26,901 --> 00:41:28,360 Jin Isoo. 464 00:41:28,361 --> 00:41:30,362 Kamu tiada tempat untuk dituju. 465 00:41:30,363 --> 00:41:32,240 Saya ada banyak pilihan. 466 00:41:35,076 --> 00:41:36,077 Abang. 467 00:41:37,620 --> 00:41:39,580 - Awak betul-betul nak berhenti? - Ya. 468 00:41:40,331 --> 00:41:42,792 Saya dah serahkan surat peletakan jawatan kepada ketua. 469 00:41:43,835 --> 00:41:45,043 Hei. 470 00:41:45,044 --> 00:41:47,422 Apa sebenarnya awak nak buat? 471 00:41:49,007 --> 00:41:50,883 Semua ini bermula kerana saya. 472 00:41:51,718 --> 00:41:53,803 Media pun akan terus kejar saya. 473 00:41:54,637 --> 00:41:56,180 Susah kalau saya masih di sini. 474 00:41:59,350 --> 00:42:00,684 Saya akan jelaskan nanti. 475 00:42:00,685 --> 00:42:03,062 Jaga diri. Sekarang saya menganggur. 476 00:42:14,073 --> 00:42:15,158 {\an8}Jin Isoo. 477 00:42:20,955 --> 00:42:22,123 Maaf. 478 00:42:25,001 --> 00:42:26,919 Kenapa muka macam dah putus asa? 479 00:42:28,629 --> 00:42:30,840 Saya akan buat apa yang mampu dari luar. 480 00:42:31,507 --> 00:42:32,508 Awak patut 481 00:42:33,843 --> 00:42:35,261 bertahan di sini. 482 00:42:41,976 --> 00:42:43,853 Saya takkan berhenti buru Yu Seongwon. 483 00:42:44,437 --> 00:42:45,938 Saya akan tangkap dia. 484 00:42:49,901 --> 00:42:52,487 KUMPULAN MEDIA UBS 485 00:42:57,116 --> 00:42:58,825 En. Jin Isoo datang. 486 00:42:58,826 --> 00:43:00,369 Hai! 487 00:43:01,871 --> 00:43:03,663 Awak datang nak mengadu? 488 00:43:03,664 --> 00:43:06,041 Taklah, saya nak ucap terima kasih. 489 00:43:06,042 --> 00:43:08,044 Disebabkan awak, sekarang saya orang awam. 490 00:43:09,420 --> 00:43:10,880 Saya berhenti jadi polis. 491 00:43:11,881 --> 00:43:14,341 Awak siap buat siaran langsung khas 492 00:43:14,342 --> 00:43:16,177 dan saya kena kecam. 493 00:43:17,220 --> 00:43:19,180 Sebab itu saya bawakan hadiah. 494 00:43:20,014 --> 00:43:21,015 Nah. 495 00:43:25,478 --> 00:43:27,980 Bukalah. Saya buat dengan susah payah. 496 00:43:32,735 --> 00:43:34,237 Ditempah khas. 497 00:43:37,865 --> 00:43:38,990 Adakah ini emas? 498 00:43:38,991 --> 00:43:40,283 Ya. 499 00:43:40,284 --> 00:43:42,410 Satu untuk awak, satu untuk Seongwon. 500 00:43:42,411 --> 00:43:45,706 Kalau nak serah diri, pakai gari itu ke Balai Polis Gangha. 501 00:43:46,833 --> 00:43:50,127 Mendiang Pengerusi Jin Myeongchul lelaki yang baik, 502 00:43:50,128 --> 00:43:51,336 tapi anaknya teruk. 503 00:43:51,337 --> 00:43:53,965 Baik risau pasal anak sendiri. 504 00:43:54,757 --> 00:43:56,801 Awak didik dia sampai jadi pembunuh. 505 00:43:59,846 --> 00:44:01,347 Saya dah bebas buat apa-apa. 506 00:44:02,014 --> 00:44:04,558 Jadi detektif banyak batasannya. 507 00:44:04,559 --> 00:44:08,020 Saya kena ikut peraturan dan jaga hati orang atasan. 508 00:44:08,604 --> 00:44:09,856 Sekarang, tak perlu lagi. 509 00:44:14,026 --> 00:44:17,321 Awak tengoklah sejauh mana saya boleh pergi. 510 00:44:41,971 --> 00:44:43,681 Awak sibuk, tuan pengerusi? 511 00:44:45,266 --> 00:44:46,267 Kenapa awak datang? 512 00:44:47,226 --> 00:44:48,728 Awak sedang makan. 513 00:44:52,732 --> 00:44:54,483 Awak datang sebab siaran itu? 514 00:44:55,443 --> 00:44:57,903 Saya dah failkan tuntutan pembetulan media. 515 00:44:57,904 --> 00:44:59,363 Mereka takkan dengar. 516 00:44:59,989 --> 00:45:00,990 Apa? 517 00:45:02,533 --> 00:45:03,826 Pengerusi Jeong Taeseon 518 00:45:04,827 --> 00:45:06,120 cuma mempergunakan saya. 519 00:45:07,538 --> 00:45:08,622 Kenapa? 520 00:45:08,623 --> 00:45:11,042 Sebab anaknya pembunuh 521 00:45:11,709 --> 00:45:13,335 dan saya akan menangkapnya. 522 00:45:13,336 --> 00:45:15,420 Apa yang awak cakapkan? 523 00:45:15,421 --> 00:45:18,674 Yu Seongwon pembunuh? 524 00:45:19,342 --> 00:45:22,260 Ya, pembunuh bersiri. 525 00:45:22,261 --> 00:45:24,596 Jadi, saya dipecat hari ini. 526 00:45:24,597 --> 00:45:25,680 Apa? 527 00:45:25,681 --> 00:45:27,099 Sekarang saya menganggur. 528 00:45:28,017 --> 00:45:30,894 Sebenarnya letak jawatan. Tapi mudah cerita, saya dipecat. 529 00:45:30,895 --> 00:45:34,273 Jadi, apa yang awak nak buat? 530 00:45:38,486 --> 00:45:39,487 En. Choi. 531 00:45:40,696 --> 00:45:42,573 Bukankah kita ada penggodam beretika? 532 00:45:43,157 --> 00:45:46,285 Bukan staf tetap, tapi ada yang bekerja secara kontrak. 533 00:45:47,078 --> 00:45:48,079 Saya nak jumpa mereka. 534 00:45:49,330 --> 00:45:53,000 Saya akan tangkap Yu Seongwon dan Jeong Taeseon. 535 00:45:53,584 --> 00:45:57,004 Okey. Saya akan hubungi mereka. 536 00:45:59,507 --> 00:46:01,466 Anak syarikat kita masih beriklan di UBS? 537 00:46:01,467 --> 00:46:02,884 Batalkan semuanya. 538 00:46:02,885 --> 00:46:04,595 Saya akan saman mereka memfitnah. 539 00:46:07,348 --> 00:46:09,267 - Adakah itu susyi? - Apa? 540 00:46:48,180 --> 00:46:49,348 Detektif Jin Isoo! 541 00:46:50,683 --> 00:46:52,518 - Saya peminat. - Okey. 542 00:46:54,562 --> 00:46:55,563 Betul? 543 00:46:57,815 --> 00:46:59,025 Ya. 544 00:46:59,817 --> 00:47:01,402 Awak memang bunuh Kim Younghwan? 545 00:47:02,236 --> 00:47:03,237 Tidak. 546 00:47:04,113 --> 00:47:05,823 Jika betul, pasti dahsyat. 547 00:47:06,449 --> 00:47:08,199 Boleh berhenti cakap pasal itu? 548 00:47:08,200 --> 00:47:10,160 Saya dengar awak perlukan bantuan. 549 00:47:10,161 --> 00:47:11,162 Ya. 550 00:47:12,913 --> 00:47:14,081 Carikan orang ini. 551 00:47:14,874 --> 00:47:18,668 Saya rasa dia orang rapat Jeong Taeseon di UBS. 552 00:47:18,669 --> 00:47:20,462 Mungkin bekas pekerja. 553 00:47:20,463 --> 00:47:22,464 Namanya tiada dalam rekod syarikat. 554 00:47:22,465 --> 00:47:24,382 Dia yang bunuh Kim Younghwan? 555 00:47:24,383 --> 00:47:25,426 Tidak. 556 00:47:27,470 --> 00:47:28,846 Tapi dia memang pembunuh. 557 00:47:29,930 --> 00:47:32,016 Dia bunuh orang yang bunuh Kim Younghwan. 558 00:47:35,728 --> 00:47:37,521 Boleh cari dia tanpa nama? 559 00:47:38,564 --> 00:47:39,690 - Mestilah! - Mestilah! 560 00:47:40,733 --> 00:47:43,569 Tapi sebelum itu, boleh saya minta autograf awak? 561 00:47:44,278 --> 00:47:45,321 Saya nak juga. 562 00:47:47,782 --> 00:47:48,908 Pergi ambil pen. 563 00:47:50,993 --> 00:47:52,995 JIN ISOO 564 00:47:55,289 --> 00:47:56,457 JIN ISOO 565 00:48:03,631 --> 00:48:05,257 PENGARAH KIM DATANG 566 00:48:13,391 --> 00:48:15,393 Hansu batalkan semua iklan mereka. 567 00:48:17,311 --> 00:48:19,104 Saya tahu. Saya ada dengar. 568 00:48:19,105 --> 00:48:20,897 Mereka siap ugut nak saman. 569 00:48:20,898 --> 00:48:22,315 Kita patut keluarkan notis. 570 00:48:22,316 --> 00:48:24,109 Tak payah, biarkan saja. 571 00:48:24,110 --> 00:48:25,235 Apa? 572 00:48:25,236 --> 00:48:27,988 Saya kata tak payah. Biar saya uruskan! 573 00:48:28,572 --> 00:48:29,782 Baik, puan. 574 00:48:40,668 --> 00:48:43,711 KEMBALI II PAMERAN SOLO YU SEONGWON 575 00:48:43,712 --> 00:48:45,255 Selamat datang, En. Yu. 576 00:48:45,256 --> 00:48:47,173 Ya. Helo. 577 00:48:47,174 --> 00:48:50,176 Awak kacak macam biasa. Apa khabar? 578 00:48:50,177 --> 00:48:51,971 Baik. Harap awak pun begitu. 579 00:48:52,471 --> 00:48:54,931 Saya sibuk menyiapkan pameran ini. 580 00:48:54,932 --> 00:48:56,934 Marilah. Semuanya dah siap. 581 00:49:05,276 --> 00:49:06,777 Apa pendapat awak? 582 00:49:12,783 --> 00:49:14,243 Untuk pameran ini, 583 00:49:18,873 --> 00:49:20,541 arca itu karya utama. 584 00:49:23,169 --> 00:49:26,755 Itu mesti jadi perkara pertama yang pengunjung nampak. 585 00:49:27,715 --> 00:49:28,799 Begitu nyata, 586 00:49:29,758 --> 00:49:32,135 sampai nampak macam hidup. 587 00:49:32,136 --> 00:49:33,387 MEKAR BELUM BERKEMBANG 588 00:49:36,098 --> 00:49:37,099 Awak faham? 589 00:49:37,892 --> 00:49:39,185 Ya. 590 00:49:45,274 --> 00:49:47,318 JEONG TAESEON 591 00:49:50,446 --> 00:49:51,947 Datang ke pejabat sekarang. 592 00:50:02,291 --> 00:50:03,751 Kita terlalu kerap berjumpa. 593 00:50:08,255 --> 00:50:10,174 Pesawat dah sedia. Bertolak sekarang. 594 00:50:14,637 --> 00:50:16,889 Mak dah tak boleh lindungi kamu. 595 00:50:19,058 --> 00:50:22,018 Jika mereka siasat En. Hwang, kamu pasti akan dikaitkan. 596 00:50:22,019 --> 00:50:23,395 Mak dah tak boleh buat apa. 597 00:50:25,147 --> 00:50:27,399 Jangan tunjuk muka sehingga mak urus semua. 598 00:50:29,360 --> 00:50:31,445 Mak nak kamu pergi dari sini. 599 00:50:32,112 --> 00:50:33,405 Tolonglah! 600 00:50:42,456 --> 00:50:44,333 Kalau betul-betul mahu, merayulah. 601 00:50:52,091 --> 00:50:53,092 Okey. 602 00:50:54,009 --> 00:50:56,470 Saya bergurau saja. 603 00:50:58,222 --> 00:50:59,223 Okey. 604 00:51:00,766 --> 00:51:01,767 Saya akan pergi. 605 00:51:04,979 --> 00:51:08,398 Cari bila dan dari mana jet peribadi UBS berlepas hari ini. 606 00:51:08,399 --> 00:51:09,775 - Okey. - Okey. 607 00:51:19,326 --> 00:51:21,203 Dua jam lagi. Terminal jet perniagaan. 608 00:51:29,003 --> 00:51:30,004 Helo? 609 00:51:30,754 --> 00:51:32,840 Yu Seongwon akan berlepas dalam dua jam. 610 00:51:33,382 --> 00:51:34,465 Ke mana dia pergi? 611 00:51:34,466 --> 00:51:37,261 Saya tak tahu, tapi dia naik jet peribadi. 612 00:51:38,429 --> 00:51:40,013 Pergi tangkap dia. 613 00:51:40,014 --> 00:51:41,097 Apa awak nak buat? 614 00:51:41,098 --> 00:51:45,310 Dr. Seo kata Yu Seongwon pasti simpan semua bukti. 615 00:51:45,311 --> 00:51:47,396 Saya nak cari di studionya. 616 00:51:52,526 --> 00:51:53,610 Sedia untuk keluar. 617 00:51:53,611 --> 00:51:55,446 - Ya, puan. - Ya, puan. 618 00:55:03,926 --> 00:55:05,594 EKSTASI KEJATUHAN TANPA NAFAS 619 00:55:10,390 --> 00:55:12,059 JO NAYEONG MODEL YU SEONGWON 620 00:55:27,741 --> 00:55:29,659 CHOI YEONGMIN MODEL YU SEONGWON 621 00:55:29,660 --> 00:55:31,578 KLIMAKS CAHAYA BERTEBARAN DI SELURUH ALAM 622 00:55:44,883 --> 00:55:47,802 Kenapa dengan batu kerikil dan buluh itu? 623 00:55:47,803 --> 00:55:49,763 PEMBUBARAN KESENYAPAN BULUH BERBISIK 624 00:55:51,515 --> 00:55:52,683 KIM HEEJUN JUNIOR YU SEONGWON 625 00:56:03,610 --> 00:56:05,404 MEKAR BELUM BERKEMBANG 626 00:56:17,249 --> 00:56:18,959 JEONG MINJAE BEKAS DETEKTIF 627 00:56:38,270 --> 00:56:39,770 Ini saya. 628 00:56:39,771 --> 00:56:42,149 Saya dah jumpa studio sebenar Yu Seongwon. 629 00:56:42,899 --> 00:56:45,193 Semua bukti ada di sini. 630 00:56:49,865 --> 00:56:50,949 Dia dah jumpa bukti. 631 00:57:04,212 --> 00:57:06,798 Ketua, saya di dalam studio Yu Seongwon. 632 00:57:07,382 --> 00:57:08,967 Ada bilik bawah tanah. 633 00:57:09,593 --> 00:57:13,221 Saya jumpa barang milik mangsa dan bukti bergambar. 634 00:57:13,930 --> 00:57:16,015 Saya akan hantar Forensik. Tunggu di situ. 635 00:57:16,016 --> 00:57:17,017 Ya, tuan. 636 00:57:53,679 --> 00:57:55,263 Datang ucap selamat tinggal? 637 00:57:56,390 --> 00:57:59,267 Atau awak dah mula suka saya? 638 00:58:04,815 --> 00:58:05,816 Yu Seongwon. 639 00:58:08,819 --> 00:58:11,320 Bagi pembunuhan Jo Nayeong, Choi Yeongmin, 640 00:58:11,321 --> 00:58:14,074 Kim Heejun dan Jeong Minjae, 641 00:58:16,243 --> 00:58:17,911 saya menahan awak. 642 00:58:22,999 --> 00:58:24,543 Yakin betul. 643 00:58:26,253 --> 00:58:27,879 Kali ini, betul-betul pasti? 644 00:58:29,923 --> 00:58:31,383 Awak betul-betul yakin 645 00:58:32,843 --> 00:58:34,302 boleh tangkap saya? 646 00:58:57,200 --> 00:58:58,702 KAD PENDAFTARAN PEMASTAUTIN 647 00:59:02,748 --> 00:59:04,791 JIN ISOO 648 00:59:17,220 --> 00:59:19,263 APA YANG SAYA LUKIS BUKANLAH TOPI 649 00:59:19,264 --> 00:59:22,142 SEMUA PERKARA PERLU DIJELASKAN KEPADA ORANG DEWASA 650 00:59:32,652 --> 00:59:33,862 Kami dah tahan dia. 651 00:59:34,654 --> 00:59:35,655 Okey. 652 00:59:36,573 --> 00:59:37,699 Saya datang sekarang. 653 00:59:47,375 --> 00:59:50,587 {\an8}Lagipun, awak Putera Kecil saya. 654 01:00:10,732 --> 01:00:12,067 Isoo di mana? 655 01:00:17,030 --> 01:00:18,698 Dia pergi ke dewan pameran saya? 656 01:00:40,095 --> 01:00:41,887 Puas saya cari awak di merata tempat. 657 01:00:41,888 --> 01:00:43,765 Awak masuk penuh dramatik. 658 01:01:48,246 --> 01:01:50,040 Jin Isoo ada di studio itu. 659 01:01:50,832 --> 01:01:51,958 Bakar dia sekali. 660 01:02:43,385 --> 01:02:44,468 FLEX X COP 2 EPISOD 13 661 01:02:44,469 --> 01:02:45,804 APAKAH NASIB ISOO? 662 01:03:20,964 --> 01:03:22,089 {\an8}Ketua. 663 01:03:22,090 --> 01:03:23,382 {\an8}Bagaimana dengan Jin Isoo? 664 01:03:23,383 --> 01:03:26,343 {\an8}Awak akan sedar, bukan? Saya tahu awak takkan kalah begini. 665 01:03:26,344 --> 01:03:27,720 {\an8}Jin Isoo masih hidup. 666 01:03:27,721 --> 01:03:29,388 {\an8}Selepas ini, tinggalkan Korea. 667 01:03:29,389 --> 01:03:31,974 {\an8}Studio bawah tanah itu musnah. Kita takkan jumpa bukti. 668 01:03:31,975 --> 01:03:34,519 {\an8}Dia bergerak bersama Yu Seongwon. Kami sedang ikut. 669 01:03:35,854 --> 01:03:37,521 {\an8}Detektif Park! Detektif Choi! 670 01:03:37,522 --> 01:03:39,398 {\an8}Yu Seongwon lesap dan lari. 671 01:03:39,399 --> 01:03:41,109 {\an8}Tiada pilihan. Saya akan tamatkan. 672 01:03:41,985 --> 01:03:44,612 {\an8}Awak faham? Inilah kematian yang awak terlalu suka. 673 01:03:46,281 --> 01:03:47,448 {\an8}Yu Seongwon! 674 01:03:47,449 --> 01:03:48,450 {\an8}Si gila. 675 01:03:55,290 --> 01:03:57,374 BABAK BONUS 676 01:03:57,375 --> 01:04:00,378 BALAI POLIS GANGHA 677 01:05:05,819 --> 01:05:07,362 Patutkah saya lenyap saja? 678 01:05:11,199 --> 01:05:13,701 Atau patutkah saya hasilkan satu karya terakhir? 679 01:05:19,833 --> 01:05:21,835 {\an8}Diterjemahkan oleh: NH Azizan