1 00:00:31,043 --> 00:00:38,001 JURNAL BERITA "HARI INI" 2 00:00:39,293 --> 00:00:42,501 Pakar tikus datang ke stesen minyak pada sebelah petang. 3 00:00:42,584 --> 00:00:45,501 Dia berjalan dengan gaya yang perlahan. 4 00:00:45,584 --> 00:00:47,918 Langkahnya tak berbunyi di atas kerikil. 5 00:00:48,001 --> 00:00:50,584 Dia bawa beg galas tentera di sebelah bahu. 6 00:00:50,668 --> 00:00:53,334 Jaket korduroinya fesyen lama, berpoket besar. 7 00:00:53,418 --> 00:00:57,084 Seluar korduroinya diikat dengan tali pada paras lutut. 8 00:00:57,168 --> 00:00:58,251 - Helo? - Ya? 9 00:00:58,334 --> 00:00:59,209 Penyiasat roden. 10 00:00:59,293 --> 00:01:02,043 Matanya yang kecil dan gelap melilau meninjau sekitar. 11 00:01:02,126 --> 00:01:03,334 - Pakar tikus? - Saya. 12 00:01:03,418 --> 00:01:05,459 Kurus, kulit kasar, bentuk muka jelas, 13 00:01:05,543 --> 00:01:06,918 dua gigi kuning panjang 14 00:01:07,001 --> 00:01:09,418 terkeluar dari rahang atas pada bibir bawahnya. 15 00:01:09,501 --> 00:01:12,459 Telinganya nipis, bulat dan agak ke belakang. 16 00:01:12,543 --> 00:01:13,918 Matanya hampir hitam, 17 00:01:14,001 --> 00:01:17,209 tapi ada warna kuning apabila dia memandang. 18 00:01:17,293 --> 00:01:19,793 - Cepat awak datang. - Arahan Pejabat Kesihatan. 19 00:01:19,876 --> 00:01:22,084 Awak akan tangkap semua tikus? 20 00:01:22,168 --> 00:01:23,084 - Ya. - Bagaimana? 21 00:01:23,168 --> 00:01:24,001 Ya. Bagaimana? 22 00:01:24,084 --> 00:01:27,293 Bergantung pada jenis dan lokasi. Kaedahnya lain-lain. 23 00:01:27,376 --> 00:01:28,668 - Guna perangkap. - Apa? 24 00:01:28,751 --> 00:01:29,668 - Perangkap. - Apa? 25 00:01:29,751 --> 00:01:30,668 Dia mendengus. 26 00:01:30,751 --> 00:01:32,793 Tak. Tikus bukan arnab. 27 00:01:32,876 --> 00:01:34,126 Dia mendongak 28 00:01:34,209 --> 00:01:37,834 sambil menghidu dengan hidungnya, yang jelas menggerenyet. 29 00:01:37,918 --> 00:01:41,293 Tikus bijak. Kita kena faham dulu, baru boleh tangkap. 30 00:01:41,376 --> 00:01:43,376 Buat kerja ini kena faham tikus. 31 00:01:47,334 --> 00:01:49,668 Nak tahu apa kerja tikus? Memerhatikan kita. 32 00:01:49,751 --> 00:01:52,293 Semasa buat persiapan untuk hapuskan tikus, 33 00:01:52,376 --> 00:01:53,459 kita diperhatikannya. 34 00:01:53,543 --> 00:01:55,334 Tak melibatkan pembetung? 35 00:01:55,418 --> 00:01:57,001 Tak ada. 36 00:01:57,084 --> 00:01:59,543 - Kalau pembetung, payah. - Saya sangka mudah. 37 00:01:59,626 --> 00:02:02,709 Awak silap. Cuba awak buat, saya nak tengok. 38 00:02:02,793 --> 00:02:05,459 Saya nak tahu cara awak buat. 39 00:02:05,543 --> 00:02:06,709 Guna racun, agaknya. 40 00:02:06,793 --> 00:02:08,959 Di mana awak nak letak racun? 41 00:02:09,043 --> 00:02:09,876 Dalam pembetung? 42 00:02:09,959 --> 00:02:11,459 Dia tersenyum gembira. 43 00:02:11,543 --> 00:02:13,251 Dah agak. "Ke dalam pembetung." 44 00:02:13,334 --> 00:02:15,668 Tahu apa akan jadi? Habis hilang. 45 00:02:15,751 --> 00:02:17,668 Racun itu. Pembetung macam sungai. 46 00:02:17,751 --> 00:02:20,918 Baiklah, En. Pakar Tikus. Kalau awak, buat macam mana? 47 00:02:21,001 --> 00:02:22,793 Dia melangkah dekat. 48 00:02:22,876 --> 00:02:25,043 Suaranya jadi perlahan 49 00:02:25,126 --> 00:02:27,751 macam mendedahkan rahsia profesional. 50 00:02:27,834 --> 00:02:30,959 Kita perlu faham tikus itu. Tikus suka menggigit-gigit. 51 00:02:31,043 --> 00:02:33,501 Apa saja kita beri, ia akan gigit. 52 00:02:33,584 --> 00:02:36,626 Jadi, kalau melibatkan pembetung, macam mana? 53 00:02:36,709 --> 00:02:39,543 Suaranya agak serak, tapi lembut macam katak menguak. 54 00:02:39,626 --> 00:02:42,709 Cara dia bercakap penuh semangat, 55 00:02:42,793 --> 00:02:44,751 macam dia seronok menjelaskannya. 56 00:02:44,834 --> 00:02:45,918 Kita masuk ke dalam 57 00:02:46,001 --> 00:02:48,459 dan bawa beg kertas perang biasa 58 00:02:48,543 --> 00:02:51,209 berisi kapur paris. Itu saja. 59 00:02:51,293 --> 00:02:53,626 Sangkut beg itu di atas pembetung 60 00:02:53,709 --> 00:02:56,084 agar ia tergantung, tapi tak sentuh air. 61 00:02:56,168 --> 00:02:58,168 Cukup setakat tikus boleh capai. 62 00:02:58,251 --> 00:02:59,668 Claud ralit dengar. 63 00:02:59,751 --> 00:03:04,418 Tikus berenang di dalam pembetung akan nampak beg itu dan berhenti. 64 00:03:04,501 --> 00:03:06,626 Cium beg. Boleh tahan baunya. 65 00:03:06,709 --> 00:03:08,209 - Ia akan buat apa? - Gigit. 66 00:03:08,293 --> 00:03:11,251 Ya! Ia gigit beg itu dan beg akan koyak. 67 00:03:11,334 --> 00:03:14,751 Penuhlah mulut tikus itu dengan kapur. 68 00:03:14,834 --> 00:03:15,668 Jadi? 69 00:03:15,751 --> 00:03:17,043 Jadi, matilah. 70 00:03:17,751 --> 00:03:19,168 - Ia mati? - Mati kekung. 71 00:03:19,251 --> 00:03:21,501 - Kapur paris… - Ia kembang kalau basah. 72 00:03:21,584 --> 00:03:23,793 Masuk saja organ tikus, terus kembang 73 00:03:23,876 --> 00:03:26,418 dan bunuh ia lebih cepat daripada benda lain. 74 00:03:26,501 --> 00:03:28,209 Sebab itu kena faham tikus. 75 00:03:28,293 --> 00:03:30,334 Dia nampak bangga lain macam. 76 00:03:30,418 --> 00:03:34,334 Tangannya digosok di depan muka. 77 00:03:35,918 --> 00:03:38,293 Di mana tikus? 78 00:03:38,376 --> 00:03:40,834 "Tikus" disebut dengan dalam dan lunak 79 00:03:40,918 --> 00:03:43,043 macam dia berkumur mentega cair. 80 00:03:43,126 --> 00:03:44,709 Di dalam timbunan jerami itu. 81 00:03:44,793 --> 00:03:47,168 - Bukan di dalam? - Tak, hanya di dalam jerami. 82 00:03:47,251 --> 00:03:51,668 Saya yakin di dalam pun ada, curi makanan awak, sebar penyakit. 83 00:03:51,751 --> 00:03:55,001 - Ada penyakit di sini? - Terus pandang saya, dan Claud. 84 00:03:55,084 --> 00:03:56,584 - Semua sihat. - Pasti? 85 00:03:56,668 --> 00:03:58,293 - Ya. - Manalah tahu. 86 00:03:58,376 --> 00:04:01,126 Dia lantik diri jadi pegawai kesihatan awam, 87 00:04:01,209 --> 00:04:03,959 yang kecewa kerana kami tak kena wabak bubonik. 88 00:04:04,043 --> 00:04:07,543 Tak apa, tikus ada di sana. Bagaimana awak nak hapuskan? 89 00:04:07,626 --> 00:04:09,876 Dia tersengih licik. 90 00:04:09,959 --> 00:04:12,376 Dia mengeluarkan satu tin besar daripada beg, 91 00:04:12,459 --> 00:04:14,876 menimbang-nimbang sambil bercakap. 92 00:04:14,959 --> 00:04:17,334 Racun. Racun khas. Racun berbahaya. 93 00:04:17,418 --> 00:04:21,084 Boleh ditangkap kalau mereka tahu awak ada sesudu benda ini. 94 00:04:21,168 --> 00:04:23,376 Ini cukup untuk bunuh sejuta orang. 95 00:04:23,459 --> 00:04:24,793 - Nak tengok? - Nak. 96 00:04:24,876 --> 00:04:27,043 Dia guna syiling untuk buka tin. 97 00:04:27,126 --> 00:04:27,959 Ini dia. 98 00:04:28,043 --> 00:04:31,626 Jelas dia sangat suka benda itu dan dia tunjukkan kepada Claud. 99 00:04:31,709 --> 00:04:33,251 Jagung atau barli, ya? 100 00:04:33,334 --> 00:04:35,709 Oat direndam di dalam racun berbahaya. 101 00:04:35,793 --> 00:04:39,459 Masuk sebiji saja ke dalam mulut, mampus dalam tiga minit. 102 00:04:39,543 --> 00:04:41,584 Saya sentiasa jaga tin ini. 103 00:04:41,668 --> 00:04:44,001 Dia membelai tin itu dan menggoncang perlahan 104 00:04:44,918 --> 00:04:47,126 agar berkersik bijirin oat di dalam. 105 00:04:47,209 --> 00:04:50,501 Tikus awak takkan dapat ini sekarang. Ia takkan makan pun. 106 00:04:50,584 --> 00:04:54,876 Sebab itu kena faham tikus. Ia sangat berwaspada. 107 00:04:54,959 --> 00:04:57,501 Hari ini tikus akan makan oat yang bersih dan sedap, 108 00:04:57,584 --> 00:04:59,418 yang takkan apa-apakannya. 109 00:04:59,501 --> 00:05:02,251 Tikus akan jadi gemuk. Esok, sama juga. 110 00:05:02,334 --> 00:05:04,668 Lusa dan tulat, sama juga. 111 00:05:04,751 --> 00:05:07,418 Rasanya sangat sedap sampai semua tikus daerah ini 112 00:05:07,501 --> 00:05:09,209 akan datang tak lama lagi. 113 00:05:09,293 --> 00:05:10,126 Sangat bijak. 114 00:05:10,209 --> 00:05:13,084 Buat kerja ini kena bijak. Lebih bijak daripada tikus. 115 00:05:13,168 --> 00:05:14,626 Itu sangat penting. 116 00:05:14,709 --> 00:05:16,834 "Kita kena jadi macam tikus," saya kata. 117 00:05:16,918 --> 00:05:18,751 Saya tersasul pula 118 00:05:18,834 --> 00:05:21,459 kerana tak tahan. Saya pandang dia masa itu. 119 00:05:21,543 --> 00:05:23,293 Kesan padanya mengejutkan. 120 00:05:23,376 --> 00:05:24,334 - Betul! - Katanya. 121 00:05:24,418 --> 00:05:26,543 Awak dah faham, betul kata awak. 122 00:05:26,626 --> 00:05:29,584 Penangkap tikus yang bagus perlu jadi macam tikus. 123 00:05:29,668 --> 00:05:31,209 Lebih bijak daripada tikus. 124 00:05:31,293 --> 00:05:33,918 Susah nak jadi begitu, tahu? 125 00:05:34,876 --> 00:05:36,334 Okey, mari kita mulakan. 126 00:05:36,418 --> 00:05:39,626 Lady Leonora Benson minta saya datang cepat ke rumahnya. 127 00:05:39,709 --> 00:05:40,793 Masalah tikus juga? 128 00:05:40,876 --> 00:05:42,709 Semua orang ada masalah tikus. 129 00:05:42,793 --> 00:05:45,084 Dia berjalan perlahan di lorong tepi. 130 00:05:45,168 --> 00:05:48,001 Gaya jalannya betul-betul macam tikus. Pelik juga. 131 00:05:48,084 --> 00:05:51,668 Perlahan, hampir terjengket-jengket, banyak gunakan lutut. 132 00:05:51,751 --> 00:05:54,668 Tiada bunyi langsung semasa dia berjalan di atas kerikil. 133 00:05:54,751 --> 00:05:58,293 Dia panjat pagar dan jalan laju di keliling timbunan jerami 134 00:05:58,376 --> 00:06:00,459 sambil menabur oat di atas tanah. 135 00:06:00,543 --> 00:06:03,126 Esoknya, dia kembali dan ulang prosedur sama. 136 00:06:03,209 --> 00:06:06,126 Dia datang lagi lusa dan tulat. 137 00:06:06,209 --> 00:06:09,543 Akhirnya, pada hari keempat, dia beri oat beracun, 138 00:06:09,626 --> 00:06:13,001 tapi dia tak tabur. Dia letak dalam longgokan kecil 139 00:06:13,084 --> 00:06:14,918 di setiap sudut timbunan jerami. 140 00:06:17,418 --> 00:06:19,084 - Awak ada anjing? - Ya. 141 00:06:19,168 --> 00:06:23,043 Kalau awak nak ia mati terseksa, biarlah ia masuk pagar itu. 142 00:06:23,126 --> 00:06:25,209 Dia datang esoknya untuk ambil yang mati. 143 00:06:25,293 --> 00:06:28,001 Berikan guni terpakai. Saya perlu untuk kumpul tikus. 144 00:06:28,084 --> 00:06:31,584 Dia bukan main angkuh lagi. Mata hitamnya bersinar bangga. 145 00:06:31,668 --> 00:06:34,918 Dia akan tunjukkan hasil tangkapannya kepada penonton. 146 00:06:35,001 --> 00:06:37,876 Claud ambil guni dan kami melintas jalan. 147 00:06:37,959 --> 00:06:39,668 Pakar tikus itu keliling jerami 148 00:06:39,751 --> 00:06:42,543 lalu bongkok untuk periksa satu longgokan racun. 149 00:06:42,626 --> 00:06:44,501 - Ada yang tak kena. - Gumamnya. 150 00:06:44,584 --> 00:06:46,043 Suaranya lembut, tapi marah. 151 00:06:46,126 --> 00:06:49,584 Dia ke longgok lain lalu melutut untuk periksa lebih dekat. 152 00:06:49,668 --> 00:06:52,084 - Ada yang tak kena di sini. - Kenapa? 153 00:06:52,168 --> 00:06:55,251 Dia tak jawab, tapi jelas tikus tak sentuh umpannya. 154 00:06:55,334 --> 00:06:57,459 Saya kata, "Tikus di sini sangat bijak." 155 00:06:57,543 --> 00:06:58,709 Dia sakit hati 156 00:06:58,793 --> 00:07:02,251 dan ia ketara pada muka, hidung dan cara dua gigi kuning 157 00:07:02,334 --> 00:07:04,251 mengetap kuat bibir bawahnya. 158 00:07:04,334 --> 00:07:06,834 - Jangan merepek. - Katanya sambil pandang saya. 159 00:07:06,918 --> 00:07:09,751 Tikus ini tiada masalah. Cuma ada orang beri makan. 160 00:07:09,834 --> 00:07:12,584 Ia ada banyak makanan sedap di suatu tempat. 161 00:07:12,668 --> 00:07:16,751 Tikus takkan menolak oat melainkan ia dah kenyang. 162 00:07:16,834 --> 00:07:18,459 Dia berpaling, muram. 163 00:07:18,543 --> 00:07:22,043 Dia mula kaut oat beracun dengan penyodok tangan 164 00:07:22,126 --> 00:07:24,293 dan simpan semula di dalam tin. 165 00:07:24,376 --> 00:07:27,959 Setelah selesai, kami melintas balik ke seberang. 166 00:07:29,043 --> 00:07:30,918 Dia berdiri di sebelah pam minyak. 167 00:07:31,001 --> 00:07:32,918 Kasihan pakar tikus ini. 168 00:07:33,001 --> 00:07:35,668 Mukanya mula menunjukkan kemurungan. 169 00:07:35,751 --> 00:07:38,084 Dia berdiam kerana gagal, 170 00:07:38,168 --> 00:07:39,543 mata kabur, tak puas hati, 171 00:07:39,626 --> 00:07:42,876 lidah terjelir sikit di sebelah dua gigi kuningnya. 172 00:07:42,959 --> 00:07:45,084 Dia curi-curi memandang saya, 173 00:07:45,168 --> 00:07:46,126 kemudian Claud. 174 00:07:46,209 --> 00:07:48,209 Hidungnya menggerenyet menghidu. 175 00:07:48,293 --> 00:07:51,334 Dia berjengket-jengket, berayun perlahan 176 00:07:51,418 --> 00:07:53,959 lalu dia berkata dengan suara lembut berahsia… 177 00:07:54,043 --> 00:07:55,376 Nak tengok sesuatu? 178 00:07:55,459 --> 00:07:57,751 Jelas dia cuba menebus maruahnya. 179 00:07:57,834 --> 00:07:59,918 - Apa? - Nak tengok perkara menakjubkan? 180 00:08:00,001 --> 00:08:03,043 Dia menyeluk poket jaketnya 181 00:08:03,126 --> 00:08:06,668 dan mengeluarkan seekor tikus besar yang hidup. Dipegangnya kuat. 182 00:08:06,751 --> 00:08:07,668 Ya Tuhan! 183 00:08:08,334 --> 00:08:09,293 Ini dia. Nampak? 184 00:08:09,376 --> 00:08:12,043 Dia membongkok sikit dan memanjangkan leher, 185 00:08:12,126 --> 00:08:15,043 sinis memandang kami sambil memegang tikus besar. 186 00:08:15,126 --> 00:08:18,126 Jari telunjuk dan ibu jarinya mencengkam leher tikus 187 00:08:18,209 --> 00:08:20,543 agar kepalanya tak berpusing dan menggigit. 188 00:08:20,626 --> 00:08:22,459 Awak sentiasa bawa tikus? 189 00:08:22,543 --> 00:08:24,501 Saya sentiasa ada seekor, dua tikus. 190 00:08:24,584 --> 00:08:28,126 Dia menyeluk poket lain dan mengeluarkan seekor… 191 00:08:28,209 --> 00:08:30,751 - Adakah itu feret? - Dia tertawa, berdesis. 192 00:08:30,834 --> 00:08:33,543 Nampaknya feret kenal dia dan duduk diam. 193 00:08:33,626 --> 00:08:35,918 Feret paling cekap bunuh tikus. 194 00:08:36,001 --> 00:08:38,251 Dia pegang kedua-duanya berdekatan. 195 00:08:38,334 --> 00:08:41,584 Hidung feret berada 15 sentimeter dari muka tikus. 196 00:08:41,668 --> 00:08:44,251 Mata kecil merah jambu feret merenung tikus. 197 00:08:44,334 --> 00:08:47,043 Tikus bergelut cuba jauhkan diri daripada pembunuh. 198 00:08:47,126 --> 00:08:48,251 - Sekarang. - Katanya. 199 00:08:48,334 --> 00:08:49,168 Tengok. 200 00:08:51,168 --> 00:08:53,043 Kemeja khakinya terbuka di leher, 201 00:08:53,126 --> 00:08:55,543 lalu dia masukkan tikus ke dalam, 202 00:08:55,626 --> 00:08:56,751 biar kena kulitnya. 203 00:08:56,834 --> 00:08:59,751 Tali pinggang sekat tikus daripada lepas pinggang. 204 00:08:59,834 --> 00:09:01,418 Kemudian dia masukkan feret. 205 00:09:01,501 --> 00:09:04,376 Kekecohan terus tercetus di dalam bajunya. 206 00:09:04,459 --> 00:09:08,043 Nampaknya tikus lari keliling badan dikejar oleh feret. 207 00:09:08,126 --> 00:09:11,876 Benjolan kecil kejar benjolan besar dalam enam atau tujuh pusingan. 208 00:09:11,959 --> 00:09:15,043 Setiap pusingan, ia semakin dekat. 209 00:09:15,126 --> 00:09:17,751 Akhirnya, dua benjolan jadi satu. 210 00:09:17,834 --> 00:09:20,543 Berlaku pergelutan dan terdengar jeritan nyaring. 211 00:09:20,626 --> 00:09:23,793 Sepanjang pertunjukan ini, pakar tikus itu tak bergerak, 212 00:09:23,876 --> 00:09:26,084 kaki terbuka, tangan santai di sisi, 213 00:09:26,168 --> 00:09:29,209 mata gelapnya tenang memandang Claud yang tergamam. 214 00:09:30,084 --> 00:09:33,793 Akhirnya, dia menyeluk ke dalam bajunya 215 00:09:33,876 --> 00:09:35,543 dan mengeluarkan feret. 216 00:09:35,626 --> 00:09:38,001 Sebelah tangan lagi mengeluarkan tikus mati. 217 00:09:38,084 --> 00:09:41,293 Ada kesan darah pada muncung feret yang putih. 218 00:09:42,543 --> 00:09:44,834 "Saya tak sukalah," kata saya. 219 00:09:44,918 --> 00:09:47,834 Tentu awak tak pernah lihat. 220 00:09:47,918 --> 00:09:49,209 Ya, betul. 221 00:09:49,293 --> 00:09:51,959 Tentu perut awak kena gigit nanti. 222 00:09:52,043 --> 00:09:55,876 Kata Claud, tapi dia tertarik dan pakar tikus itu jadi angkuh semula. 223 00:09:55,959 --> 00:09:58,084 Nak tengok sesuatu yang lebih hebat? 224 00:09:58,168 --> 00:10:01,251 Awak takkan percaya kecuali awak tengok sendiri? 225 00:10:01,334 --> 00:10:03,876 Saya pandang Claud dengan rasa bimbang. 226 00:10:05,918 --> 00:10:06,751 Ya. 227 00:10:07,501 --> 00:10:10,959 {\an8}Pakar tikus itu masukkan tikus dan feret ke poket asal. 228 00:10:11,043 --> 00:10:14,959 {\an8}Dia menyeluk beg galasnya dan mengeluarkan seekor lagi tikus hidup. 229 00:10:15,043 --> 00:10:15,876 {\an8}Ya Tuhan! 230 00:10:15,959 --> 00:10:18,334 Saya sentiasa ada seekor, dua tikus. 231 00:10:18,418 --> 00:10:20,334 Buat kerja ini kena faham tikus. 232 00:10:20,418 --> 00:10:22,751 Kenalah ada tikus untuk faham. 233 00:10:22,834 --> 00:10:26,418 Ini tikus pembetung. Dah tua, bijak dan licik. 234 00:10:26,501 --> 00:10:30,043 Nampak ia asyik perhatikan saya? Ia fikir apa saya nak buat. 235 00:10:30,126 --> 00:10:31,459 - Nampak? - Jijiklah. 236 00:10:31,543 --> 00:10:32,793 "Apa awak nak buat?" 237 00:10:32,876 --> 00:10:36,209 Saya dapat rasa saya akan lebih tak suka demonstrasi ini. 238 00:10:36,293 --> 00:10:39,376 - Ambilkan tali. - Claud ambil tali. 239 00:10:39,459 --> 00:10:41,918 Pakar tikus ikat sebelah kaki belakang tikus. 240 00:10:42,001 --> 00:10:44,709 Ia bergelut, tapi pakar tikus pegang kuat. 241 00:10:44,793 --> 00:10:46,334 Ada meja di dalam? 242 00:10:46,418 --> 00:10:48,376 "Kami tak nak tikus di dalam kedai." 243 00:10:48,459 --> 00:10:50,834 Saya perlu meja atau sesuatu yang rata. 244 00:10:50,918 --> 00:10:54,168 Kami ke pam minyak dan dia letak tikus itu di atasnya. 245 00:10:54,251 --> 00:10:57,751 Dia tambat tikus itu pada tiang. 246 00:10:57,834 --> 00:11:00,293 Ia membongkok, tak bergerak dan berwaspada. 247 00:11:00,376 --> 00:11:02,626 Badan besar warna kelabu, mata hitam 248 00:11:02,709 --> 00:11:06,209 dan ekor bersisik berlingkar di atas permukaan logam. 249 00:11:06,293 --> 00:11:08,793 Ia menjeling memerhatikan pakar tikus 250 00:11:08,876 --> 00:11:10,459 dan menunggu tindakannya. 251 00:11:10,543 --> 00:11:14,209 Pakar tikus berundur lalu tikus itu terus tenang. 252 00:11:14,293 --> 00:11:15,668 Ia melabuhkan punggung 253 00:11:15,751 --> 00:11:18,001 dan mula menjilat bulu dada. 254 00:11:18,084 --> 00:11:20,626 Kemudian, ia garu muncung dengan dua kaki depan. 255 00:11:20,709 --> 00:11:23,918 Ia tak peduli akan dua lelaki yang berdiri berdekatan. 256 00:11:24,001 --> 00:11:26,376 - Apa kata kita bertaruh? - Kata pakar tikus. 257 00:11:26,459 --> 00:11:27,918 "Tak nak, terima kasih." 258 00:11:28,001 --> 00:11:31,418 - Suka-suka. Lebih seronok. - Awak nak bertaruh apa? 259 00:11:31,501 --> 00:11:34,293 Saya boleh bunuh tikus itu tanpa guna tangan. 260 00:11:34,376 --> 00:11:36,501 Saya akan simpan tangan di dalam poket. 261 00:11:36,584 --> 00:11:39,293 Nampaknya dia nak buat duit. 262 00:11:39,376 --> 00:11:42,668 Saya tengok tikus yang akan dibunuh dan mula rasa loya, 263 00:11:42,751 --> 00:11:44,668 bukan sebab ia akan dibunuh, 264 00:11:44,751 --> 00:11:47,209 tapi ia akan dibunuh dengan cara istimewa, 265 00:11:47,293 --> 00:11:49,418 iaitu dengan penuh semangat. 266 00:11:49,501 --> 00:11:51,501 - Awak akan tendang. - Tidak. 267 00:11:51,584 --> 00:11:54,043 - Tangan? - Bukan kaki atau tangan. 268 00:11:54,126 --> 00:11:55,751 - Penyekkan? - Tak. 269 00:11:55,834 --> 00:11:57,626 - Tunjuklah. - Taruh satu paun dulu. 270 00:11:57,709 --> 00:11:59,543 Jangan mengarut. Buat apa? 271 00:11:59,626 --> 00:12:01,251 - Nak taruh apa? - Tiada apa-apa. 272 00:12:01,334 --> 00:12:03,209 Okey. Tak jadilah. 273 00:12:03,293 --> 00:12:05,626 - Dia pura-pura buka ikatan. - Satu syiling. 274 00:12:05,709 --> 00:12:07,709 Saya rasa semakin loya. 275 00:12:07,793 --> 00:12:10,418 Hal ini teruk, tapi menarik. 276 00:12:10,501 --> 00:12:12,918 Saya tak mampu pergi atau bergerak. 277 00:12:13,001 --> 00:12:13,959 - Awak pun? - Tak. 278 00:12:14,043 --> 00:12:15,751 Satu syiling kalau saya buat? 279 00:12:15,834 --> 00:12:17,793 - Saya tak nak awak buat. - Duitnya? 280 00:12:17,876 --> 00:12:19,668 Claud letak satu syiling di atas pam. 281 00:12:19,751 --> 00:12:22,543 Pakar tikus letak dua keping enam peni di sebelahnya. 282 00:12:22,626 --> 00:12:23,459 Kita bertaruh. 283 00:12:23,543 --> 00:12:24,793 Saya dan Claud berundur. 284 00:12:24,876 --> 00:12:27,293 Dia langkah ke depan, tangan di dalam poket 285 00:12:27,376 --> 00:12:29,959 dan dia tunduk mendekati tikus itu. 286 00:12:30,043 --> 00:12:31,626 Tikus itu bongkok, takut. 287 00:12:31,709 --> 00:12:34,293 Nampak macam ia akan serang pakar tikus, 288 00:12:34,376 --> 00:12:36,084 tapi ia mula berundur, 289 00:12:36,168 --> 00:12:38,543 perlahan-lahan ke belakang 290 00:12:38,626 --> 00:12:40,751 sampai ikatan di kaki jadi ketat. 291 00:12:40,834 --> 00:12:42,959 Pakar tikus tunduk lebih dekat, 292 00:12:43,043 --> 00:12:45,626 matanya ikut gerak-geri tikus. Tiba-tiba… 293 00:12:45,709 --> 00:12:48,334 - Ia panik. - Ia panik lalu lompat ke udara. 294 00:12:51,209 --> 00:12:54,918 Tali tersentap kuat. Tentu kakinya hampir terkehel. 295 00:12:55,001 --> 00:12:56,501 Ia bongkok semula di tepi, 296 00:12:56,584 --> 00:12:59,459 sejauh yang dibolehkan tali. Misai bergetar, 297 00:12:59,543 --> 00:13:01,334 badan lonjongnya kejang ketakutan. 298 00:13:01,418 --> 00:13:04,793 Ketika itulah, pakar tikus mula mendekatkan mukanya 299 00:13:04,876 --> 00:13:06,001 perlahan-lahan. 300 00:13:06,084 --> 00:13:09,209 Saya nak suruh dia berhenti, tapi tak mampu bercakap. 301 00:13:09,293 --> 00:13:12,793 Saya pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 302 00:13:12,876 --> 00:13:16,334 Sesuatu yang jahat dan kejam, tapi saya perlu tengok. 303 00:13:16,418 --> 00:13:19,709 Jarak di antara kedua-duanya hanya sejengkal. 304 00:13:19,793 --> 00:13:22,501 Tikus itu meleperkan badan, cemas dan takut. 305 00:13:22,584 --> 00:13:23,959 Renungan pakar tikus tajam, 306 00:13:24,043 --> 00:13:27,543 terasa bahaya akan melanda bila-bila masa. 307 00:13:27,626 --> 00:13:30,168 Ternampak bibirnya senyum sekilas lalu. 308 00:13:30,251 --> 00:13:32,084 Tiba-tiba, dia menyerang 309 00:13:32,168 --> 00:13:33,209 seperti seekor ular, 310 00:13:33,293 --> 00:13:36,043 kepalanya diunjur ke depan sepantas kilat… 311 00:13:36,126 --> 00:13:38,168 Gerakan berasal daripada bawah pinggang… 312 00:13:38,251 --> 00:13:40,793 Saya ternampak mulutnya dibuka luas… 313 00:13:40,876 --> 00:13:41,918 Dua gigi kuning… 314 00:13:42,001 --> 00:13:44,668 Mukanya berkernyut kerana mengangakan mulut. 315 00:13:46,001 --> 00:13:47,918 Saya tak nak tengok selebihnya. 316 00:13:48,001 --> 00:13:50,334 Saya pejam mata. Apabila dibuka, 317 00:13:50,418 --> 00:13:51,459 tikus dah mati, 318 00:13:51,543 --> 00:13:54,084 pakar tikus masukkan duit ke dalam poket 319 00:13:54,168 --> 00:13:56,126 dan meludah, mengosongkan mulut. 320 00:13:57,793 --> 00:13:59,918 Itulah bahan gula-gula likuoris. 321 00:14:00,001 --> 00:14:03,918 Kilang besar dan pembuat coklat guna darah tikus untuk buat likuoris. 322 00:14:04,001 --> 00:14:06,126 Setitik darah tikus tak memudaratkan. 323 00:14:08,834 --> 00:14:10,584 Awak sangat menjijikkan. 324 00:14:10,668 --> 00:14:13,126 Tapi awak dah telan banyak kali. 325 00:14:13,209 --> 00:14:16,293 Gula-gula tali likuoris, semuanya ada darah tikus. 326 00:14:16,376 --> 00:14:18,501 Kami tak nak dengar lagi. Terima kasih. 327 00:14:18,584 --> 00:14:21,334 Dididih di dalam kawah besar, menggelegak panas 328 00:14:21,418 --> 00:14:23,459 dan dikacau dengan kayu panjang. 329 00:14:23,543 --> 00:14:26,001 Itu rahsia besar kilang coklat. 330 00:14:26,084 --> 00:14:29,918 Tiada sesiapa tahu kecuali pemburu tikus yang bekalkan bahan itu. 331 00:14:30,001 --> 00:14:32,418 Tiba-tiba, dia perasan penonton dah tak minat. 332 00:14:32,501 --> 00:14:35,626 Muka kami garang, jijik dan merah padam. 333 00:14:36,709 --> 00:14:39,501 Dia berhenti dan berpaling tanpa berkata apa-apa. 334 00:14:39,584 --> 00:14:44,168 Kami tengok saja dia pergi dengan langkahnya yang perlahan. 335 00:14:44,251 --> 00:14:47,126 Langkahnya tak berbunyi walaupun di atas kerikil. 336 00:15:00,418 --> 00:15:01,251 Pelik. 337 00:15:02,126 --> 00:15:04,084 Tikus tak makan oat beracun. 338 00:15:05,418 --> 00:15:09,334 Tentu ada benda sedap di dalam timbunan jerami. 339 00:15:25,793 --> 00:15:28,876 LEWAT 1940-AN, DAHL TINGGAL DI KOTEJ WISTERIA, AMERSHAM. 340 00:15:28,959 --> 00:15:32,043 TEMPAT DIA MENULIS CLAUD'S DOG: 341 00:15:32,126 --> 00:15:34,834 SIRI CERPEN DIILHAMKAN KAWASAN DAN ORANG TEMPATAN. 342 00:15:34,918 --> 00:15:36,709 "THE RATCATCHER" CERPEN KOLEKSI INI. 343 00:16:38,751 --> 00:16:43,751 Terjemahan sari kata oleh H. Segara