1 00:00:17,333 --> 00:00:22,250 ROM KEMENTERIAN PERTAHANAN 2 00:00:34,083 --> 00:00:36,458 Ayuh, semua. Bersemangatlah sikit. 3 00:00:36,541 --> 00:00:39,708 Tetamu penting akan datang. Jangan malukan diri kamu. 4 00:00:40,625 --> 00:00:41,916 Jaga postur. 5 00:00:42,416 --> 00:00:43,791 Tegakkan kepala, 6 00:00:43,875 --> 00:00:46,083 dan satu, dua, tiga, satu, dua, tiga… 7 00:00:46,166 --> 00:00:48,666 Benda besar akan berlaku, tapi mereka nak kita menari. 8 00:00:49,708 --> 00:00:50,958 Mereka pun dah buntu. 9 00:00:51,833 --> 00:00:53,333 Mereka pura-pura semuanya normal. 10 00:00:53,416 --> 00:00:55,083 - Aduh! - Maaf. 11 00:00:55,583 --> 00:00:58,333 - Apa kata Bonaiuto? - Dia suruh kita tunggu. 12 00:01:00,375 --> 00:01:01,791 Bonaiuto dah buat hal. 13 00:01:02,875 --> 00:01:04,500 Dia sebut tentang video. 14 00:01:04,583 --> 00:01:06,041 Senjata haram. 15 00:01:06,125 --> 00:01:07,333 Kes buli. 16 00:01:07,833 --> 00:01:09,625 Macam-macam masalah. 17 00:01:13,125 --> 00:01:16,916 Timbalan komander memang patut melaporkannya. 18 00:01:17,541 --> 00:01:19,541 Dia tak minta kebenaran saya 19 00:01:19,625 --> 00:01:22,416 sebab anak saya turut terlibat. 20 00:01:22,916 --> 00:01:25,958 Tapi saya nak jelaskan dan selesaikan isu ini. 21 00:01:26,041 --> 00:01:29,666 Kita perlu beri isyarat tegas untuk hentikan amalan ini. 22 00:01:29,750 --> 00:01:31,041 Isyarat apa? 23 00:01:31,916 --> 00:01:33,250 Hukum pesalah. 24 00:01:39,458 --> 00:01:41,083 Komander, ada apa-apa lagi? 25 00:01:41,166 --> 00:01:42,041 Ya, ada. 26 00:01:42,541 --> 00:01:44,750 Saya nak berundur. 27 00:01:46,125 --> 00:01:48,166 Saya tak mahu memburukkan sekolah, 28 00:01:48,250 --> 00:01:51,708 tapi saya perlu bertanggungjawab atas segala yang berlaku. 29 00:01:52,208 --> 00:01:53,666 Itu cadangan yang teruk. 30 00:01:54,500 --> 00:01:56,958 Ia takkan jadi skandal jika kita hadkan kepada kadet. 31 00:01:57,041 --> 00:02:00,583 Jika pegawai terlibat, ia akan nampak seperti masalah sistem, 32 00:02:01,958 --> 00:02:03,666 padahal ini kes terpencil. 33 00:02:04,166 --> 00:02:05,125 Betul tak? 34 00:02:19,041 --> 00:02:19,916 Hai. 35 00:02:20,583 --> 00:02:21,416 Hai. 36 00:02:22,166 --> 00:02:25,333 Apa awak buat di sini? Hari ini tak ada kelas. 37 00:02:25,416 --> 00:02:28,000 Saya nak ambil kerja rumah untuk diperiksa, 38 00:02:28,625 --> 00:02:30,500 dan nak tengok keadaan di sini. 39 00:02:31,416 --> 00:02:32,250 Rasanya, 40 00:02:32,833 --> 00:02:34,791 dia dalam perjalanan pulang dari Rom. 41 00:02:35,625 --> 00:02:36,833 Tiada berita lain? 42 00:02:37,333 --> 00:02:38,166 Tak ada. 43 00:02:39,000 --> 00:02:45,708 MINERVA ACADEMY 44 00:03:00,708 --> 00:03:02,083 Bagus, syabas. 45 00:03:02,166 --> 00:03:04,541 Baiklah. Kamu boleh bersurai. 46 00:03:09,541 --> 00:03:11,375 Aku yang sepatutnya elak kau. 47 00:03:12,333 --> 00:03:14,750 Kau busukkan nama aku. Aku percayakan kau. 48 00:03:14,833 --> 00:03:17,333 Kau kata kau patut berterus terang. 49 00:03:17,416 --> 00:03:18,875 Kau tak rasa legakah? 50 00:03:22,666 --> 00:03:23,791 Diego. 51 00:03:25,000 --> 00:03:26,208 Ayah kau nak jumpa. 52 00:03:36,791 --> 00:03:38,416 Tuan nak jumpa saya? 53 00:03:38,500 --> 00:03:40,125 Pada malam itu, saya… 54 00:03:40,208 --> 00:03:41,208 Saya dah agak. 55 00:03:41,916 --> 00:03:44,458 Tuan nak kata kita terlanjur. 56 00:03:44,541 --> 00:03:46,541 Awak tahu ia tak boleh diteruskan. 57 00:03:47,041 --> 00:03:48,541 Malah, saya minta maaf. 58 00:03:49,500 --> 00:03:50,583 Pergi mampuslah. 59 00:03:51,083 --> 00:03:52,500 Rachè, tunggu. 60 00:03:53,000 --> 00:03:56,500 Saya dah cakap dengan doktor. Awak mesti mulakan rawatan. 61 00:03:56,583 --> 00:03:59,208 Tapi nanti saya tak boleh masuk akademi. 62 00:03:59,291 --> 00:04:01,166 Akademi bukan segala-galanya. 63 00:04:02,875 --> 00:04:07,125 Hanya ada lima juruterbang wanita F-35 dan saya nak jadi yang keenam. 64 00:04:07,625 --> 00:04:09,625 Saya akan berusaha hingga berjaya. 65 00:04:09,708 --> 00:04:11,791 Tak ada salahnya 66 00:04:12,791 --> 00:04:16,333 jika kita terima kelemahan kita dan ubah rancangan. 67 00:04:17,166 --> 00:04:18,375 Mungkin bagi tuan. 68 00:04:18,958 --> 00:04:22,500 Awak rasa kalau awak bukan yang terbaik, tapi itu tak benar. 69 00:04:22,583 --> 00:04:26,083 Orang sayang kita kerana diri kita, bukan kerana pencapaian. 70 00:04:26,166 --> 00:04:29,708 Awak rasa ayah awak marah kalau awak bukan juruterbang? 71 00:04:30,291 --> 00:04:32,916 Dia cuma nak awak gembira, dan sihat. 72 00:04:33,000 --> 00:04:34,916 Tuan apa tahu? 73 00:04:35,000 --> 00:04:36,833 Dan jangan guna nama ayah saya. 74 00:04:38,041 --> 00:04:41,125 Maaf, tapi kalau awak degil, saya akan masuk campur. 75 00:04:58,166 --> 00:04:59,458 Ayah nak jumpa saya? 76 00:05:07,916 --> 00:05:09,333 Ayah dah cuba 77 00:05:10,583 --> 00:05:13,041 melindungi kamu sebaik mungkin. 78 00:05:15,166 --> 00:05:18,375 Tapi keadaan sekarang dah tak terkawal. 79 00:05:19,083 --> 00:05:20,750 Max pun beri keterangan 80 00:05:20,833 --> 00:05:23,041 yang menuduh kamu bertanggungjawab. 81 00:05:27,041 --> 00:05:27,875 Tidak. 82 00:05:29,125 --> 00:05:30,416 Itu mustahil. 83 00:05:33,625 --> 00:05:34,666 Kamu silap. 84 00:05:35,291 --> 00:05:38,583 Kamu masih tak pandai menilai orang di sekeliling kamu. 85 00:05:38,666 --> 00:05:42,166 Itu kesilapan besar dalam hidup, percayalah. 86 00:05:44,708 --> 00:05:46,041 Diego… 87 00:05:49,541 --> 00:05:51,625 kamu dibuang sekolah. Maafkan ayah. 88 00:05:53,958 --> 00:05:56,750 - Ayah, jangan… - Kamu perlu bertanggungjawab. 89 00:05:58,291 --> 00:06:00,208 Kamu masih sempat buat begitu. 90 00:06:02,125 --> 00:06:04,166 Kemas barang dan keluar. 91 00:06:06,083 --> 00:06:07,208 Baik, tuan. 92 00:06:39,708 --> 00:06:40,833 Maafkan aku. 93 00:06:45,916 --> 00:06:47,458 Itu yang kau nak, bukan? 94 00:06:51,833 --> 00:06:53,291 Aku terpaksa. 95 00:06:55,666 --> 00:06:57,541 Tak apalah. Benda dah jadi. 96 00:07:56,208 --> 00:07:57,583 Apa kau dah buat? 97 00:07:59,041 --> 00:08:00,333 Aku dah cakap. 98 00:08:00,833 --> 00:08:03,583 Kita cuma perlu bersabar. 99 00:08:09,125 --> 00:08:11,375 Kebenaran takkan bantu sesiapa. 100 00:08:11,875 --> 00:08:13,416 Semuanya dah selesai. 101 00:08:14,458 --> 00:08:15,833 Tapi semangatnya dah patah. 102 00:08:19,291 --> 00:08:21,875 Persiapan untuk majlis dah selesai? 103 00:08:22,833 --> 00:08:24,625 Apa yang sedang berlaku? 104 00:08:24,708 --> 00:08:25,750 Tak ada apa-apa. 105 00:08:26,625 --> 00:08:31,000 Anak saya terima balasannya. Sekolah boleh kembali normal. 106 00:08:31,791 --> 00:08:36,416 Awak juga patut fikir sama ada awak nak kekal di sini. 107 00:08:36,500 --> 00:08:41,250 Komander dan timbalannya patut boleh saling percaya. 108 00:08:41,333 --> 00:08:44,791 Bukankah itu yang saya ajar awak? 109 00:08:57,625 --> 00:08:58,458 Kolonel. 110 00:09:01,041 --> 00:09:02,958 Baguslah Diego dibuang, bukan? 111 00:09:04,083 --> 00:09:05,000 Tak, Fusco. 112 00:09:05,500 --> 00:09:08,166 Bagaimana dengan Francesco? Ada siasatan lagi? 113 00:09:09,500 --> 00:09:11,583 Tak, saya rasa tak ada. 114 00:09:11,666 --> 00:09:14,333 Semua orang nak lupakan kejadian itu. 115 00:09:16,125 --> 00:09:17,083 Macam itu saja? 116 00:09:18,083 --> 00:09:19,833 Itu cara puan bertarung? 117 00:09:20,750 --> 00:09:22,666 Saya pun kecewa macam kamu. 118 00:09:24,208 --> 00:09:26,375 Tapi komander sangat berkuasa, 119 00:09:27,541 --> 00:09:29,416 dan kita dah kalah. 120 00:09:31,625 --> 00:09:32,750 Sudah tentu. 121 00:09:33,875 --> 00:09:36,458 Puan pun cuma pentingkan kedudukan puan. 122 00:09:38,833 --> 00:09:40,541 Tiada siapa peduli tentang Francesco. 123 00:09:47,166 --> 00:09:49,875 Komander sorok keganasan yang Russo alami. 124 00:09:51,208 --> 00:09:54,250 Jadi, kalau ada orang yang tahu apa yang berlaku, 125 00:09:54,333 --> 00:09:55,750 dialah orangnya. 126 00:10:17,500 --> 00:10:18,541 Kau nak apa? 127 00:10:19,916 --> 00:10:20,875 Apa kau buat? 128 00:10:23,125 --> 00:10:24,541 Jangan ganggu aku, Pà. 129 00:10:27,166 --> 00:10:28,083 Ceritakanlah. 130 00:10:32,583 --> 00:10:33,500 Ayah buang aku. 131 00:10:33,583 --> 00:10:34,541 Ayah buat apa? 132 00:10:38,083 --> 00:10:39,416 Sekolah itu nyawa aku. 133 00:10:39,500 --> 00:10:41,666 Aku tahu, tapi kenapa dia buang kau? 134 00:10:43,916 --> 00:10:46,000 Aku buat jahat terhadap budak itu. 135 00:10:46,083 --> 00:10:47,375 Francesco. 136 00:10:49,125 --> 00:10:50,500 Dia tulis surat kepada aku. 137 00:10:53,750 --> 00:10:55,291 Dia kata dia cintakan aku. 138 00:10:57,958 --> 00:11:00,750 Aku tak tahu nak buat apa. Aku bingung. 139 00:11:03,791 --> 00:11:04,791 Surat itu, 140 00:11:05,375 --> 00:11:06,666 aku tak buang. 141 00:11:07,666 --> 00:11:09,875 Kemudian, ada senior jumpa surat itu. 142 00:11:10,791 --> 00:11:12,416 Aku sempat rampas balik, 143 00:11:13,000 --> 00:11:16,083 tapi dia ketawa dan aku rasa… 144 00:11:25,333 --> 00:11:26,708 bersalah. 145 00:11:30,291 --> 00:11:33,833 Aku jadi paranoid. Aku takut kalau Francesco beritahu orang. 146 00:11:35,041 --> 00:11:37,500 Atau sebarkan khabar angin tentang kami. 147 00:11:37,583 --> 00:11:39,500 Jadi, aku buat benda bodoh. 148 00:11:42,416 --> 00:11:44,666 Tapi betulkah kamu saling menyukai? 149 00:11:52,833 --> 00:11:53,750 Entahlah. 150 00:11:58,791 --> 00:11:59,625 Diego… 151 00:12:03,833 --> 00:12:05,416 kau boleh beritahu aku. 152 00:12:09,083 --> 00:12:10,666 Kau suka lelaki? 153 00:12:14,583 --> 00:12:15,791 Aku suka dia. 154 00:12:17,000 --> 00:12:17,916 Dia berjiwa bebas. 155 00:12:19,000 --> 00:12:20,250 Baik hati. 156 00:12:22,041 --> 00:12:24,958 Entahlah, Pà, rasanya berbeza. 157 00:12:42,375 --> 00:12:43,875 Aku gembira bersamanya. 158 00:12:44,625 --> 00:12:46,916 Tapi ia buat aku rasa takut sangat. 159 00:12:49,333 --> 00:12:51,375 Aku rasa kau cuma takut ayah. 160 00:12:51,458 --> 00:12:53,625 Tak, apa kaitannya dengan ayah? 161 00:12:54,375 --> 00:12:55,666 Aku yang buat silap. 162 00:12:55,750 --> 00:12:59,041 Ayah pandai buat orang lain rasa bersalah. 163 00:13:00,166 --> 00:13:02,166 Kau fikir apa dia buat kepada ibu? 164 00:13:04,250 --> 00:13:07,041 Ya, kita percaya cerita yang dia kononnya gila. 165 00:13:08,458 --> 00:13:11,291 Padahal dia menderita kerana terkurung di sini. 166 00:13:11,375 --> 00:13:13,375 Dia terseksa dan kemurungan. 167 00:13:14,833 --> 00:13:17,833 Dengan dua anak kecil, bersendirian. Tapi mana ayah? 168 00:13:18,791 --> 00:13:21,875 Kau pernah tak fikir yang mungkin ayah yang salah? 169 00:13:28,333 --> 00:13:32,125 Mungkin. Entahlah. Aku pun dah tak mampu nak fikir lagi. 170 00:13:50,208 --> 00:13:51,208 Esposito. 171 00:13:51,875 --> 00:13:53,208 Nak buat apa? 172 00:13:53,291 --> 00:13:54,500 Jawablah. 173 00:13:57,916 --> 00:13:58,750 Helo? 174 00:14:01,000 --> 00:14:01,833 Ya. 175 00:14:01,916 --> 00:14:02,750 Kenapa? 176 00:14:38,958 --> 00:14:40,208 Ini peluru kapur. 177 00:14:40,291 --> 00:14:42,916 Kita boleh tahu kerana hujungnya kosong. 178 00:14:50,000 --> 00:14:51,375 Saya akan ringkaskan. 179 00:14:52,583 --> 00:14:53,708 Selama 200 tahun, 180 00:14:53,791 --> 00:14:57,000 sekolah ini telah melatih remaja yang ditakdirkan 181 00:14:57,083 --> 00:15:00,791 untuk mencipta sejarah dan ia akan terus melakukannya. 182 00:15:00,875 --> 00:15:02,916 Saya dan kita semua 183 00:15:03,416 --> 00:15:06,000 berbesar hati dapat berkhidmat untuknya. 184 00:15:06,875 --> 00:15:09,666 Tapi untuk melaksanakan tugas, 185 00:15:09,750 --> 00:15:12,791 kita mesti sanggup berkorban. 186 00:15:13,416 --> 00:15:16,250 Kita tak boleh maafkan orang yang hina keindahan, 187 00:15:16,750 --> 00:15:19,166 kekuatan dan tradisi 188 00:15:19,250 --> 00:15:21,791 kerana ini Sekolah Tinggi Minerva. 189 00:15:22,291 --> 00:15:25,791 Kekuatan, keindahan dan tradisi. 190 00:16:12,041 --> 00:16:12,875 Kau nak apa? 191 00:16:13,375 --> 00:16:16,125 Kau okey? Aku ingat… 192 00:16:16,208 --> 00:16:18,125 Ayah kau beritahu aku di sini? 193 00:16:18,916 --> 00:16:20,375 Atau Esposito? 194 00:16:21,458 --> 00:16:22,541 Berambuslah. 195 00:16:23,833 --> 00:16:25,125 Mereka tahu tak? 196 00:16:28,083 --> 00:16:28,958 Cakaplah. 197 00:16:30,708 --> 00:16:32,958 Entah bagaimana Esposito jumpa aku. 198 00:16:33,541 --> 00:16:36,541 Ayah kau nak tahu sama ada aku bunuh diri sebab kau. 199 00:16:39,541 --> 00:16:42,375 Aku halau dia. Aku cuma nak menghilangkan diri. 200 00:16:44,583 --> 00:16:47,125 - Mereka tak beritahu aku pun. - Baguslah. 201 00:16:48,750 --> 00:16:50,416 Kau pun dah anggap aku mati. 202 00:16:51,666 --> 00:16:54,041 Hei, bodoh! Sambung kerja cepat. 203 00:16:55,708 --> 00:16:57,333 Maaf. Aku dah buat silap. 204 00:16:57,416 --> 00:16:58,375 Sudah. 205 00:16:59,125 --> 00:17:00,208 Baliklah. 206 00:17:00,291 --> 00:17:01,708 Kawan kau, Salvo. 207 00:17:03,125 --> 00:17:05,750 Dia bersusah payah siasat kehilangan kau. 208 00:17:07,041 --> 00:17:08,541 Dia tak bersalah. 209 00:17:11,500 --> 00:17:12,625 Hei, bahlul! 210 00:17:14,041 --> 00:17:16,000 Datanglah kalau aku panggil. 211 00:17:22,750 --> 00:17:27,041 Kamu tentu sedar kamu harus 10 kali lebih bagus daripada pelajar lelaki. 212 00:17:27,125 --> 00:17:30,500 Kamu yang mengharumkan nama sekolah tinggi ini, 213 00:17:30,583 --> 00:17:32,333 dan buat saya bangga. 214 00:17:33,000 --> 00:17:35,875 Ingat, kitalah yang akan membawa perubahan. 215 00:17:35,958 --> 00:17:39,083 Malam ini, pelajar lelaki akan bersaing untuk berpasangan dengan kamu. 216 00:17:39,166 --> 00:17:42,916 Tapi ingat, kamu bukan piala untuk dimenangi. 217 00:17:43,666 --> 00:17:44,791 Okey? 218 00:17:44,875 --> 00:17:48,416 Menarilah tarian taranta untuk halau mereka. 219 00:17:50,416 --> 00:17:55,541 Tiada yang lebih indah daripada melihat wanita berdiri megah. 220 00:17:55,625 --> 00:17:57,208 Ya, puan! 221 00:17:57,291 --> 00:17:59,666 Berseronoklah. Kamu memang berhak. 222 00:18:00,583 --> 00:18:01,958 Bersurai. 223 00:18:07,500 --> 00:18:08,375 Rachele. 224 00:18:11,458 --> 00:18:13,875 Baiknya kau kerana bantu Salvo. 225 00:18:15,416 --> 00:18:16,875 Kau contoh yang baik. 226 00:18:17,583 --> 00:18:18,625 Aku tak buat untuk dia. 227 00:18:19,333 --> 00:18:22,541 Tak kisahlah. Yang pasti, kau berani. 228 00:18:26,625 --> 00:18:27,625 Kau okey? 229 00:18:29,500 --> 00:18:30,541 Tak sangat. 230 00:18:32,541 --> 00:18:35,208 Kau dah lama begini, tapi baru sedar sekarang? 231 00:18:38,208 --> 00:18:40,625 Ahli psikologi selalu cakap begitu. 232 00:18:42,000 --> 00:18:43,125 Kau pernah pergi terapi? 233 00:18:45,041 --> 00:18:46,375 Dah lapan kali. 234 00:18:46,875 --> 00:18:49,083 Kalau kau nak, aku boleh syorkan. 235 00:18:50,375 --> 00:18:54,500 Kau agak teruk, tapi tak ramai dapat buat kemajuan macam kau. 236 00:18:54,583 --> 00:18:56,208 Tak silap aku pilih kau. 237 00:18:57,875 --> 00:18:59,375 Kau layak berada di sini… 238 00:19:01,708 --> 00:19:04,958 dan maaf kalau aku keterlaluan. 239 00:19:06,250 --> 00:19:07,958 Aku pun mungkin buat lagi teruk. 240 00:19:43,208 --> 00:19:44,708 Selamat petang, Komander. 241 00:19:45,708 --> 00:19:46,833 Senang diri, Fusco. 242 00:19:48,208 --> 00:19:50,541 Saya gembira melihat, 243 00:19:51,875 --> 00:19:53,458 yang kamu masih ada jati diri. 244 00:19:53,541 --> 00:19:54,375 Tidak. 245 00:19:55,958 --> 00:19:57,208 Betul cakap tuan. 246 00:19:57,791 --> 00:20:00,500 Peraturan dan disiplin ialah senjata hebat. 247 00:20:05,041 --> 00:20:08,500 Sekarang, saya nak gunakannya untuk cari Francesco Russo. 248 00:20:17,083 --> 00:20:18,875 Kita semua pun nak cari dia. 249 00:20:23,375 --> 00:20:25,000 Semoga berjaya, Fusco. 250 00:20:34,666 --> 00:20:37,291 Bila kamu nak kenalkan mak dengan teman wanita kamu? 251 00:20:37,375 --> 00:20:39,083 Dia selalu lambat. 252 00:20:39,166 --> 00:20:40,125 Bagus. 253 00:20:40,625 --> 00:20:42,625 Orang kata itu tanda bijak. 254 00:20:42,708 --> 00:20:44,625 Mak, saya yang selalu awal. 255 00:20:44,708 --> 00:20:46,916 Tak kisahlah. Kamu pun pandai menari. 256 00:20:47,416 --> 00:20:49,375 - Yakah? - Pandai sangat. 257 00:20:55,250 --> 00:20:57,500 Jadi, kau nak menari? 258 00:20:58,541 --> 00:21:00,791 Untuk tarian ini, aku kena mabuk dulu. 259 00:21:03,375 --> 00:21:05,458 - Mabuk lagi. Jom. - Mabuk lagi. 260 00:21:10,416 --> 00:21:11,250 Kenapa? 261 00:21:13,708 --> 00:21:14,875 Ayah aku datang. 262 00:21:16,500 --> 00:21:17,416 Terima kasih. 263 00:21:19,375 --> 00:21:20,541 Kenapa ayah datang? 264 00:21:24,708 --> 00:21:25,583 Camilla. 265 00:21:26,166 --> 00:21:30,500 - Mereka jemput ibu bapa. - Ayah datang sebab ada urusan kerja, ya? 266 00:21:33,208 --> 00:21:35,125 Ayah cuma nak jenguk kamu. 267 00:21:36,041 --> 00:21:37,666 Tak teruk sangat, bukan? 268 00:21:38,833 --> 00:21:40,083 Lebih kuranglah. 269 00:21:40,583 --> 00:21:43,583 Pengetua kata, banyak lebih daripada kurang. 270 00:21:43,666 --> 00:21:46,291 Kami gelar dia "komander" supaya tak dibuang. 271 00:21:48,500 --> 00:21:53,125 Dia kata kamu sangat bagus dan buat kemajuan hebat. 272 00:21:54,875 --> 00:21:56,916 Nak menari waltz dengan ayah? 273 00:22:09,083 --> 00:22:11,791 Kamu boleh balik jika kamu terus begini sampai hujung tahun. 274 00:22:12,500 --> 00:22:13,791 Betulkah? 275 00:22:14,958 --> 00:22:17,208 Yalah, untuk persiapan ke London. 276 00:22:21,458 --> 00:22:23,125 Kamu tak nak balikkah? 277 00:22:24,916 --> 00:22:26,000 Apa masalahnya? 278 00:22:27,458 --> 00:22:31,125 Kenapa? Takkanlah kamu nak jadi askar? 279 00:22:33,625 --> 00:22:34,458 Hei. 280 00:22:36,000 --> 00:22:38,958 Sama ada London atau di sini, itu keputusan saya. 281 00:22:45,208 --> 00:22:46,958 Kita tengoklah nanti. 282 00:23:09,333 --> 00:23:10,958 Anggunnya. 283 00:23:12,291 --> 00:23:17,000 Kali terakhir saya pakai gaun ini, Minerva belum lagi ditubuhkan. 284 00:23:22,083 --> 00:23:24,000 Komander suruh saya berhenti. 285 00:23:25,166 --> 00:23:26,291 Awak akan buatkah? 286 00:23:27,041 --> 00:23:28,625 Saya rasa 287 00:23:29,833 --> 00:23:30,750 saya tak nak pergi 288 00:23:31,250 --> 00:23:34,041 dan nak teruskan kerja saya di sini. 289 00:23:36,708 --> 00:23:39,375 Saya ada terfikir tak nak datang malam ini, 290 00:23:39,875 --> 00:23:43,208 tapi saya rasa kehadiran saya di sini diperlukan. 291 00:23:49,875 --> 00:23:53,000 - Sudikah cikgu menari dengan saya? - Sudah tentu. 292 00:23:53,583 --> 00:23:55,625 - Silakan. - Terima kasih. 293 00:24:11,166 --> 00:24:12,125 Tuan nak menari? 294 00:24:25,958 --> 00:24:28,000 Saya tak nak jadi macam tuan. 295 00:24:29,250 --> 00:24:33,000 Jika tuan dedahkan masalah saya, saya dedahkan hubungan kita. 296 00:24:33,083 --> 00:24:34,125 Apa maksud awak? 297 00:24:34,625 --> 00:24:36,416 Ini untuk kebaikan awak juga. 298 00:24:37,166 --> 00:24:39,000 Biar saya yang tentukan. 299 00:24:39,083 --> 00:24:40,291 Ingat itu. 300 00:25:00,666 --> 00:25:02,333 Kau menari dengan Canali? 301 00:25:03,083 --> 00:25:05,833 - Ia spontan saja. - Kau dapat gred teruk, ya? 302 00:25:08,750 --> 00:25:11,791 Dia memang tak perlu menari dengan mana-mana guru. 303 00:25:11,875 --> 00:25:12,708 Ya. 304 00:25:13,416 --> 00:25:14,500 Dengar sini. 305 00:25:14,583 --> 00:25:17,541 Hubungan kita teruk pada mulanya dan itu salah aku. 306 00:25:17,625 --> 00:25:19,125 Dia nak minta maaf. 307 00:25:21,250 --> 00:25:25,041 Aku minta maaf sebab layan kau dengan teruk awal tahun ini. 308 00:25:25,125 --> 00:25:26,583 Aku memang melampau. 309 00:25:30,375 --> 00:25:31,208 Baiklah. 310 00:25:32,541 --> 00:25:34,291 Tapi aku tak maafkan kau. 311 00:25:34,833 --> 00:25:36,833 Sesetengah benda tak dapat dimaafkan. 312 00:25:38,666 --> 00:25:39,500 Mari ikut aku. 313 00:25:53,291 --> 00:25:54,416 Ada apa? 314 00:25:54,500 --> 00:25:57,458 Bukankah kau kata ada benda tak patut dibuat di sekolah? 315 00:25:58,291 --> 00:25:59,125 Ya. 316 00:25:59,625 --> 00:26:00,583 Aku cakap mengarut. 317 00:26:01,416 --> 00:26:02,666 Maafkan aku, Adele. 318 00:26:10,083 --> 00:26:11,333 Kau nak menari? 319 00:26:22,000 --> 00:26:22,916 Ikut langkah aku. 320 00:26:23,833 --> 00:26:25,000 Satu, dua… 321 00:26:25,708 --> 00:26:26,541 Macam ini. 322 00:26:37,333 --> 00:26:38,666 Kau sangat cantik. 323 00:27:11,958 --> 00:27:13,041 Kau datang pun. 324 00:27:17,916 --> 00:27:20,000 Cantiknya kau. 325 00:27:22,250 --> 00:27:25,541 Maaflah kalau kata-kata itu buat kau rasa seperti objek. 326 00:27:27,708 --> 00:27:29,541 Ibu aku di bilik sebelah dan, 327 00:27:30,208 --> 00:27:31,791 aku nak kenalkan kau dan… 328 00:27:32,500 --> 00:27:33,541 Kemudian pun boleh. 329 00:27:34,791 --> 00:27:35,791 Dan… 330 00:27:36,666 --> 00:27:38,458 - Nak menari? - Akhirnya. 331 00:27:58,541 --> 00:27:59,625 Kenapa? 332 00:28:02,500 --> 00:28:05,666 - Kita bincang kemudianlah. - Bincanglah sekarang. 333 00:28:06,166 --> 00:28:08,416 Selepas itu, bolehlah kita berseronok. 334 00:28:11,041 --> 00:28:12,125 Baiklah. 335 00:28:12,833 --> 00:28:14,375 Aku tak boleh datang lagi. 336 00:28:16,375 --> 00:28:19,458 Aku nak jauhkan diri daripada ayah dan tempat ini. 337 00:28:22,666 --> 00:28:23,541 Okey. 338 00:28:24,041 --> 00:28:27,291 September ini, aku dah masuk tahun kedua. 339 00:28:28,625 --> 00:28:31,375 - Aku boleh dapat cuti lebih. - Kau tak faham. 340 00:28:32,875 --> 00:28:34,500 Aku maksudkan kita juga. 341 00:28:36,458 --> 00:28:38,041 Tempat ini merosakkan. 342 00:28:39,208 --> 00:28:40,875 Diego dah rosak. Kau pun akan rosak. 343 00:28:42,958 --> 00:28:45,333 Aku sedih memikirkan tentang Diego. 344 00:28:45,833 --> 00:28:46,666 Okey? 345 00:28:47,791 --> 00:28:48,958 Tapi aku bukan dia. 346 00:28:49,916 --> 00:28:51,083 Ini satu lagi. 347 00:28:51,583 --> 00:28:53,208 Kamu semua sama. 348 00:28:53,291 --> 00:28:55,250 Kau akan selalu menafikannya. 349 00:28:55,833 --> 00:28:57,916 Apa yang kau nak buktikan di sini? 350 00:29:00,083 --> 00:29:01,000 Paola… 351 00:29:02,083 --> 00:29:04,041 Kau tak sesuai dengan mereka. 352 00:29:05,208 --> 00:29:07,875 Kau di sini pun sebab ini impian ayah kau. 353 00:29:08,625 --> 00:29:10,291 Kau sama seperti abang aku. 354 00:29:12,291 --> 00:29:14,500 Tak bolehkah kau cari impian sendiri? 355 00:29:17,041 --> 00:29:19,208 Kau tak pernah jumpa ayah aku. 356 00:29:19,750 --> 00:29:21,250 Jangan cakap tentang dia. 357 00:29:21,833 --> 00:29:24,541 - Bukan itu maksud aku. - Aku tahu maksud kau. 358 00:29:28,125 --> 00:29:28,958 Pergilah, Pà. 359 00:29:35,791 --> 00:29:40,208 Ada ramai gadis lain. Paling kurang pun, seorang lagi. 360 00:29:43,916 --> 00:29:48,166 Senior perlu jaga rekrutnya dari mula hingga akhir. 361 00:29:48,750 --> 00:29:50,583 Aku bukan senior yang baik. 362 00:29:51,583 --> 00:29:53,750 Tapi kau rekrut yang cemerlang. 363 00:29:54,416 --> 00:29:56,916 Aku yakin masa depan kau cerah. 364 00:29:58,916 --> 00:30:00,666 Kau pun kalau kau tak teruk. 365 00:30:03,916 --> 00:30:05,458 Nak menari dengan aku? 366 00:30:09,083 --> 00:30:10,000 Apa maksud kau? 367 00:30:10,791 --> 00:30:12,583 Menari macam biasalah. 368 00:30:28,958 --> 00:30:31,375 Kita tentu akan rindukan sekolah ini. 369 00:30:33,166 --> 00:30:36,291 Tak. Sikit pun tak. 370 00:30:55,583 --> 00:30:58,083 Maaf sebab semuanya tak menjadi. 371 00:30:58,666 --> 00:30:59,583 Saya pun. 372 00:31:00,083 --> 00:31:04,791 Awak tak nampak bersalah pun semasa awak tikam saya dari belakang. 373 00:31:04,875 --> 00:31:08,708 Betul, tapi saya benar-benar fikir hubungan kita akan berjaya. 374 00:31:09,750 --> 00:31:12,958 Saya ketepikan prasangka dan terima semua kemungkinan. 375 00:31:14,250 --> 00:31:15,666 Tapi saya silap. 376 00:31:17,833 --> 00:31:19,666 Akhirnya, manusia, 377 00:31:20,791 --> 00:31:22,000 sering mengecewakan. 378 00:31:24,583 --> 00:31:25,666 Bukan macam idea. 379 00:31:44,291 --> 00:31:46,000 Inilah orang penting majlis ini. 380 00:31:47,416 --> 00:31:48,833 Telur Kecil, jom menari. 381 00:31:50,333 --> 00:31:51,250 Kau pergilah. 382 00:31:57,541 --> 00:31:59,500 Kau gembira ayah kau datang? 383 00:31:59,583 --> 00:32:00,708 Entahlah. 384 00:32:00,791 --> 00:32:02,000 Pelik rasanya. 385 00:32:02,666 --> 00:32:05,125 Dia bangga dan tahu aku mampu mengharungi sekolah ini. 386 00:32:05,208 --> 00:32:07,666 Jika aku teruskan, aku boleh balik ke Milan Jun depan. 387 00:32:08,916 --> 00:32:10,250 Tiada lagi hukuman. 388 00:32:20,625 --> 00:32:21,750 Mari. 389 00:32:44,875 --> 00:32:46,625 Apa-apa pun, aku tumpang gembira. 390 00:32:48,958 --> 00:32:52,458 Ini sekolah pertama yang tak buang kau, tapi kau tinggalkan. 391 00:32:53,208 --> 00:32:55,333 Sebenarnya, aku lawan cakap dia. 392 00:33:00,333 --> 00:33:01,958 Kau nak kekal atau pindah? 393 00:33:20,166 --> 00:33:21,041 Salvo! 394 00:33:23,583 --> 00:33:24,416 Kamu… 395 00:33:24,500 --> 00:33:25,333 Tak. 396 00:33:26,916 --> 00:33:29,125 Ada orang tunggu kau di perpustakaan. 397 00:33:36,125 --> 00:33:37,166 Maaf. 398 00:33:37,708 --> 00:33:38,750 Aku minta maaf. 399 00:33:54,875 --> 00:33:55,791 Kau siapa? 400 00:34:09,625 --> 00:34:10,666 Hai, Salvo. 401 00:34:24,875 --> 00:34:26,125 Apa maksud semua ini? 402 00:34:27,208 --> 00:34:28,250 Maafkan aku. 403 00:34:31,166 --> 00:34:33,125 Kerana menyebabkan kau buat semua ini. 404 00:34:43,625 --> 00:34:45,041 Kau di mana selama ini? 405 00:34:46,041 --> 00:34:47,500 Aku tahu, maaflah. 406 00:34:48,125 --> 00:34:49,500 Aku cuma nak lari. 407 00:34:50,500 --> 00:34:51,625 Daripada aku pun? 408 00:34:54,791 --> 00:34:55,833 Kenapa? 409 00:34:57,666 --> 00:34:58,791 Aku tahu semuanya. 410 00:34:59,458 --> 00:35:01,000 Pil itu, Diego. 411 00:35:01,958 --> 00:35:02,916 Video itu. 412 00:35:05,875 --> 00:35:07,750 Kenapa kau tak beritahu aku? 413 00:35:09,041 --> 00:35:09,875 Fra? 414 00:35:12,000 --> 00:35:14,250 Selepas Diego memalukan saya depan semua orang, 415 00:35:14,750 --> 00:35:16,250 aku boleh balas dendam 416 00:35:16,750 --> 00:35:17,958 atau abaikannya. 417 00:35:19,041 --> 00:35:20,416 Tapi aku tak mampu. 418 00:35:26,000 --> 00:35:28,291 Sekolah ini tak pernah terima aku. 419 00:35:28,875 --> 00:35:30,708 Itu cuma sebab terakhir. 420 00:35:32,791 --> 00:35:34,125 Aku cuma tak mahu ditemui. 421 00:35:35,416 --> 00:35:37,583 Aku tak berani nak lihat diri dalam cermin, 422 00:35:37,666 --> 00:35:38,875 apatah lagi jumpa kau. 423 00:35:38,958 --> 00:35:41,250 Aku cari kerja di tempat terpencil 424 00:35:41,333 --> 00:35:43,625 sebab aku nak semua orang lupakan aku. 425 00:35:48,125 --> 00:35:49,291 Termasuk akukah? 426 00:35:51,583 --> 00:35:54,291 Ya. Kalau tak, aku kena mengaku aku tak pandai. 427 00:36:01,333 --> 00:36:02,375 Tapi kau bagus. 428 00:36:06,416 --> 00:36:09,083 Kau lebih muda, tapi jauh lebih matang. 429 00:36:10,000 --> 00:36:11,708 Kau pula jauh lagi teruk. 430 00:36:38,208 --> 00:36:40,125 Marsyal, boleh kita bincang? 431 00:36:44,000 --> 00:36:46,166 Ada pistol hilang dari stor senjata. 432 00:36:47,291 --> 00:36:48,500 - Awak pasti? - Ya. 433 00:36:49,000 --> 00:36:51,166 Saya perasan masa ambil senapang untuk upacara. 434 00:36:51,250 --> 00:36:53,250 Semasa saya nak simpan, ia tiada. 435 00:36:55,375 --> 00:36:56,375 Saya beritahu Achille. 436 00:37:01,708 --> 00:37:02,541 Diego. 437 00:37:07,708 --> 00:37:09,041 Apa kamu buat di sini? 438 00:37:11,958 --> 00:37:13,208 Jangan sentuh saya. 439 00:37:15,541 --> 00:37:17,708 Ayah tahu tapi tak beritahu saya. 440 00:37:17,791 --> 00:37:20,625 Ayah buat saya fikir Francesco bunuh diri sebab saya. 441 00:37:22,291 --> 00:37:23,375 Ayah silap. 442 00:37:23,458 --> 00:37:24,916 Ayah gila. 443 00:37:26,916 --> 00:37:28,375 Apa yang ayah takutkan? 444 00:37:31,750 --> 00:37:33,958 Takut saya cari dia dan jadi gay? 445 00:37:34,625 --> 00:37:36,541 Takut saya tak jadi askar yang baik? 446 00:37:36,625 --> 00:37:38,041 Tak, ayah, 447 00:37:38,916 --> 00:37:39,750 takut… 448 00:37:39,833 --> 00:37:41,833 Takut apa, ayah? Takut apa? 449 00:37:42,625 --> 00:37:44,458 Takut akan kelemahan kamu. 450 00:37:44,541 --> 00:37:46,875 Ya, kelemahan kamu. Ayah silap. 451 00:37:46,958 --> 00:37:50,625 Ayah ingat ayah buat yang terbaik. Sebaliknya, ayah buat silap. 452 00:37:50,708 --> 00:37:52,958 Ayah sepatutnya dengar, tapi sekarang ayah faham. 453 00:37:53,041 --> 00:37:57,041 Ayah faham dan ayah bersumpah lain kali… 454 00:37:57,541 --> 00:38:00,250 - Tiada lain kali. - Kenapa kamu bawa pistol? 455 00:38:01,875 --> 00:38:04,166 Letak pistol di tepi, Diego! Hei! 456 00:38:04,250 --> 00:38:05,083 Achille! 457 00:38:05,166 --> 00:38:06,666 Berhenti! Jangan masuk! 458 00:38:07,333 --> 00:38:08,916 Diego, letak senjata di tepi. 459 00:38:09,000 --> 00:38:10,083 Kenapa kau datang? 460 00:38:10,583 --> 00:38:11,875 Diego jumpa aku. 461 00:38:14,416 --> 00:38:16,416 Dia kata kau ditimpa masalah 462 00:38:16,500 --> 00:38:19,166 semasa kau cuba siasat tentang aku. 463 00:38:19,250 --> 00:38:20,250 Diego! 464 00:38:22,291 --> 00:38:23,791 Jangan buat benda bodoh! 465 00:38:25,875 --> 00:38:26,875 Buka pintu! 466 00:38:30,166 --> 00:38:33,708 - Kalau tak, aku pecahkan! - Buatlah dan aku akan tembak! 467 00:38:34,833 --> 00:38:36,208 - Diego. - Fikir dulu! 468 00:38:36,291 --> 00:38:38,833 - Jangan musnahkan hidup kamu. - Buka pintu! 469 00:38:38,916 --> 00:38:40,333 Ini hidup saya! 470 00:38:43,791 --> 00:38:45,708 - Bukan hidup ayah. - Buka! 471 00:38:47,250 --> 00:38:48,208 Diego! 472 00:38:49,291 --> 00:38:51,041 Jangan buat benda bodoh! 473 00:38:53,750 --> 00:38:54,666 Diego, cukup. 474 00:38:57,041 --> 00:38:58,250 Ia tak berbaloi. 475 00:39:02,291 --> 00:39:03,333 Pergi! 476 00:39:03,833 --> 00:39:05,625 Kau yang datang cari aku. 477 00:39:06,208 --> 00:39:09,166 Aku akan pergi jika kau betul-betul tak buat benda bodoh. 478 00:39:09,250 --> 00:39:10,833 Pergi! 479 00:39:13,291 --> 00:39:14,958 Kau tak jahat, Diego. 480 00:39:17,708 --> 00:39:21,208 Aku kenal diri kau yang sebenar. Letak pistol itu ke bawah. 481 00:39:21,291 --> 00:39:22,208 Buka pintu ini. 482 00:39:22,708 --> 00:39:24,125 Letak pistol itu, Diego. 483 00:39:24,708 --> 00:39:26,583 Aku tahu kenapa kau layan aku begitu. 484 00:39:27,250 --> 00:39:28,875 Kau cuma takut. 485 00:39:30,041 --> 00:39:31,166 Aku maafkan kau. 486 00:39:36,916 --> 00:39:38,875 Mari kita mula dari awal. 487 00:39:41,583 --> 00:39:42,625 Diego… 488 00:39:52,916 --> 00:39:55,708 Itu bunyi apa? Ya Tuhan! Apa yang berlaku? 489 00:41:20,250 --> 00:41:26,958 HARI TERAKHIR SEKOLAH 490 00:41:28,375 --> 00:41:29,416 Bila kau nak pergi? 491 00:41:29,500 --> 00:41:31,416 Lusa. Ke Formentera. 492 00:41:31,500 --> 00:41:33,791 - Kau pula? Cuti di rumah anak yatim? - Ya. 493 00:41:33,875 --> 00:41:35,291 Bunyinya macam tajuk filem. 494 00:41:35,375 --> 00:41:37,166 Kamu datang ke rumah tepi pantai aku? 495 00:41:38,083 --> 00:41:40,083 Paola tentu tak balas mesej kau. 496 00:41:41,083 --> 00:41:43,833 Sudahlah, kawan-kawan. Jom berseronok. 497 00:41:43,916 --> 00:41:46,333 Selepas gred keluar, kita merana. 498 00:41:46,416 --> 00:41:48,458 Kau tak perlukan gred tinggi pun. 499 00:41:49,291 --> 00:41:50,666 Kamu masih di sini? 500 00:41:51,166 --> 00:41:52,375 Pergilah. 501 00:41:52,916 --> 00:41:54,250 Berseronoklah. 502 00:41:54,750 --> 00:41:56,583 - Terima kasih, cikgu. - Terima kasih. 503 00:41:56,666 --> 00:41:57,750 Selamat tinggal. 504 00:41:59,083 --> 00:42:01,625 - Terima kasih atas segalanya. - Saya pun. 505 00:42:02,125 --> 00:42:03,666 Terima kasih juga kepada kamu. 506 00:42:07,083 --> 00:42:08,708 - Selamat tinggal. - Pergi. 507 00:42:08,791 --> 00:42:09,708 Terima kasih. 508 00:42:11,541 --> 00:42:13,750 Jangan fikir tentang peperiksaan. 509 00:42:14,708 --> 00:42:18,500 Untuk masuk akademi, kamu kena terus berlatih. 510 00:42:19,208 --> 00:42:20,208 Faham? 511 00:42:20,291 --> 00:42:21,666 Ya, tuan. 512 00:42:21,750 --> 00:42:23,708 Saya tak dengar. Kamu faham tak? 513 00:42:23,791 --> 00:42:25,333 Ya, tuan! 514 00:42:27,875 --> 00:42:29,458 Itu saja, anak-anak. 515 00:42:30,250 --> 00:42:32,208 Kamu boleh pergi. Pergilah. 516 00:42:33,333 --> 00:42:34,375 Ayuh. 517 00:42:50,291 --> 00:42:52,416 Bersiaplah. Esok kita pergi pantai. 518 00:42:53,375 --> 00:42:55,750 Selepas itu, saya kena belajar di rumah. 519 00:42:58,291 --> 00:42:59,125 Okey. 520 00:43:15,416 --> 00:43:18,333 - Aku curi! Jangan lari! - Hei! 521 00:43:22,291 --> 00:43:23,625 - Sudahlah! - Di sini! 522 00:43:31,166 --> 00:43:32,000 Francè. 523 00:43:33,458 --> 00:43:35,791 Ada orang tinggalkan ini untuk kau. 524 00:44:25,791 --> 00:44:26,916 Jom minum. 525 00:44:28,708 --> 00:44:30,625 - Terima kasih. - Terima kasih. 526 00:44:35,458 --> 00:44:36,291 Tuan-tuan. 527 00:44:36,375 --> 00:44:38,666 "Untuk tahun depan," yang lebih mudah. 528 00:44:38,750 --> 00:44:39,958 Ya. 529 00:44:40,041 --> 00:44:42,458 - Tiada apa boleh lawan tahun ini. - Apa pula? 530 00:44:43,041 --> 00:44:44,291 Kita belum tahu. 531 00:44:46,458 --> 00:44:47,333 Bodohlah. 532 00:44:57,583 --> 00:44:58,416 Jom. 533 00:45:00,291 --> 00:45:01,291 Terima kasih. 534 00:45:15,458 --> 00:45:17,000 Cepatnya masa berlalu. 535 00:45:18,250 --> 00:45:19,500 Ya. 536 00:45:21,333 --> 00:45:22,166 Taklah sangat… 537 00:49:55,916 --> 00:50:01,625 Terjemahan sari kata oleh NN