1 00:00:06,000 --> 00:00:07,360 Bandar ini penuh dengan hantu. 2 00:00:08,720 --> 00:00:09,840 Semua orang terkesan. 3 00:00:11,240 --> 00:00:12,520 Malah yang terselamat. 4 00:00:14,160 --> 00:00:16,480 Kami perlu bantuan untuk cari tiga item. 5 00:00:16,560 --> 00:00:19,000 Boleh jelaskan macam mana kamera Bronte ada dalam bangsal awak? 6 00:00:19,080 --> 00:00:20,720 Komputer peribadi Bronte 7 00:00:20,800 --> 00:00:21,680 dan telefonnya. 8 00:00:21,760 --> 00:00:23,440 Saya dah serahkan kepada polis. 9 00:00:23,520 --> 00:00:25,160 Awak buat sebab Kieran, bukan? 10 00:00:25,240 --> 00:00:26,400 Pernah awak terfikir 11 00:00:26,480 --> 00:00:29,560 apa berlaku pada kita jika kejadian itu tak terjadi? 12 00:00:29,640 --> 00:00:30,520 Ya, kadang-kadang. 13 00:00:32,960 --> 00:00:35,760 Oh, Tuhan. Kenapa saya rasa teruk apabila nampak awak bersama? 14 00:00:35,840 --> 00:00:37,880 Sebab kami faham satu sama lain. 15 00:00:37,960 --> 00:00:39,720 Tapi bukan macam yang awak sangka. 16 00:00:39,800 --> 00:00:40,920 Ia cuma kesedihan, 17 00:00:41,000 --> 00:00:42,080 dan kesakitan. 18 00:00:43,560 --> 00:00:45,760 Bersama saya untuk merasmikan 19 00:00:45,840 --> 00:00:49,680 Rumah Kelab Memorial Finn Elliott dan Toby Gilroy. 20 00:00:51,520 --> 00:00:53,080 Awak kena tengok sesuatu. 21 00:00:53,160 --> 00:00:54,320 Itu bot Finn dan Toby. 22 00:00:54,400 --> 00:00:55,520 Apa patut saya buat? 23 00:00:55,600 --> 00:00:56,760 Saya tak tahu, tapi buat sesuatu. 24 00:00:56,840 --> 00:00:58,800 Dia pernah cakap dia bercinta dengan lelaki lebih tua, 25 00:00:58,880 --> 00:01:00,680 saya fikir dia cuma nak buat saya marah. 26 00:01:00,760 --> 00:01:02,320 Mungkin sebab ini dia lari. 27 00:01:02,400 --> 00:01:04,200 Anak awak di atas bot itu, Trish. 28 00:01:04,280 --> 00:01:06,560 Ketika Finn dan Toby pergi selamatkan Kieran, 29 00:01:06,640 --> 00:01:07,760 dia turut sama lemas. 30 00:01:07,840 --> 00:01:10,120 Kata-kata bahawa mereka begitu hebat, 31 00:01:10,200 --> 00:01:11,920 - semua itu mengarut! - Hei! 32 00:01:12,000 --> 00:01:13,160 - Mak. - Tolong berhenti! 33 00:01:13,240 --> 00:01:14,680 Apa masalah awak, kawan? 34 00:01:14,760 --> 00:01:16,280 Awak bukan kawan saya. 35 00:01:16,360 --> 00:01:18,280 Finn dan Toby pedofilia! 36 00:01:20,760 --> 00:01:22,360 Apa masalah tempat ini? 37 00:01:22,440 --> 00:01:23,640 Detektif. 38 00:01:42,520 --> 00:01:43,400 SELAMAT DATANG KE TELUK EVELYN 39 00:01:43,480 --> 00:01:45,000 Ini idea yang teruk. 40 00:01:45,080 --> 00:01:47,120 Ini cuma arak. Mestilah ada semasa parti. 41 00:01:47,200 --> 00:01:48,560 TEMPAT LAUTAN BERTEMU PANTAI 42 00:01:48,640 --> 00:01:50,240 Awak tiada ID. Macam mana nak beli? 43 00:01:50,320 --> 00:01:53,080 Ada orang boleh tolong. Sepuluh dolar kalau nak ikut. 44 00:01:55,520 --> 00:01:57,440 Oh, Tuhan. Membosankan betul. 45 00:01:57,520 --> 00:01:58,400 Mana ada. 46 00:01:58,480 --> 00:02:00,600 Tengoklah, itu baju semasa gred 6. 47 00:02:02,880 --> 00:02:03,880 Saya pergi dulu. 48 00:02:18,400 --> 00:02:20,800 Gabrielle, apa awak buat di sini? 49 00:02:20,880 --> 00:02:22,840 Hei, En. Elliott. Ada nampak Kieran? 50 00:02:23,680 --> 00:02:26,480 Awak patut balik. Ribut besar bakal melanda. 51 00:02:28,960 --> 00:02:30,040 Nak tumpang? 52 00:02:30,120 --> 00:02:31,680 Tak apa. Terima kasih. 53 00:02:34,320 --> 00:02:37,000 - Awak pasti? - Ya. Saya okey. Jangan risau. 54 00:02:52,040 --> 00:02:53,080 Hei! 55 00:03:39,360 --> 00:03:42,080 Kita boleh cakap dengan Geoff Mallott, 56 00:03:42,160 --> 00:03:43,600 dia yang jumpa beg Gabby. 57 00:03:43,680 --> 00:03:45,640 Tak perlu cakap dengan sesiapa. 58 00:03:46,440 --> 00:03:47,840 Mak tak nak tahu? 59 00:03:49,160 --> 00:03:50,160 Tentang apa? 60 00:03:51,200 --> 00:03:53,560 Jika Gabby ada bersama mereka. 61 00:03:53,640 --> 00:03:55,520 Nampaknya kamu beria-ia 62 00:03:55,600 --> 00:03:57,880 nak salahkan abang kamu. 63 00:03:57,960 --> 00:03:59,480 Saya cuba untuk faham. 64 00:03:59,560 --> 00:04:02,080 Beg Gabby dalam lokar kering mereka. 65 00:04:02,160 --> 00:04:03,600 Kamu cuba jadi detektif, ya. 66 00:04:05,560 --> 00:04:08,800 Penerbangan 2:15 petang esok. Itu paling cepat. 67 00:04:08,880 --> 00:04:12,280 - Biar saya hantar. - Tak apa. Saya boleh pergi sendiri. 68 00:04:12,360 --> 00:04:14,600 Jangan, Kieran. Jangan ikut dia. 69 00:04:14,680 --> 00:04:15,920 Kamu terlalu lemah. 70 00:04:16,000 --> 00:04:17,520 Boleh mak berhenti? 71 00:04:17,600 --> 00:04:18,600 - Mak? - Sekali saja. 72 00:04:18,680 --> 00:04:21,720 Kamu yang cuba memburukkan memori abang kamu. 73 00:04:21,800 --> 00:04:24,480 Kamu rasa kamu boleh dapatkan dia semula 74 00:04:24,560 --> 00:04:26,640 dengan memijak maruah abang kamu? 75 00:04:26,720 --> 00:04:28,400 Mungkin Finn tak sempurna. 76 00:04:29,080 --> 00:04:31,920 - Mak nak mandi. - Mungkin dia ada buat silap. 77 00:04:32,000 --> 00:04:34,120 Kalau betul, Gabby mati kerana mereka. 78 00:04:34,200 --> 00:04:35,920 "Kerana mereka"? 79 00:04:36,000 --> 00:04:38,080 Siapa yang ke gua itu ketika air pasang? 80 00:04:38,160 --> 00:04:39,960 Jadi mak salahkan saya juga? 81 00:04:40,040 --> 00:04:42,400 Abang kamu cuba selamatkan kamu! 82 00:04:42,480 --> 00:04:43,480 Saya tahu! 83 00:04:44,760 --> 00:04:45,840 Saya tahu! 84 00:04:46,440 --> 00:04:47,920 Mak fikir saya boleh lupa? 85 00:04:49,600 --> 00:04:51,920 Saya tahu mak berharap saya yang mati. 86 00:04:52,000 --> 00:04:54,120 - Tolonglah! - Jelas sejak hari itu! 87 00:04:54,200 --> 00:04:56,400 - Cukup! - Mak tahu apa perasaan saya? 88 00:04:56,480 --> 00:05:00,760 Mana mak nak tahu, Kieran? Kamu terus ke Sydney selepas itu. 89 00:05:00,840 --> 00:05:02,840 Bukan itu yang berlaku. 90 00:05:02,920 --> 00:05:05,040 Yakah? Sebab itu yang mak nampak! 91 00:05:05,120 --> 00:05:06,720 Atau mungkin mak yang dah gila. 92 00:05:06,800 --> 00:05:09,040 Pasti bagus, bukan? Kami berdua tak waras. 93 00:05:11,960 --> 00:05:13,240 Okey, apa yang berlaku? 94 00:05:15,080 --> 00:05:16,360 Cakaplah! 95 00:05:16,440 --> 00:05:17,480 Apa yang berlaku? 96 00:05:18,760 --> 00:05:22,120 Mak tahu kamu nak cakap sesuatu, jadi cakaplah! 97 00:05:22,200 --> 00:05:23,280 Ayah suruh saya pergi. 98 00:05:26,760 --> 00:05:27,760 Ayah yang suruh. 99 00:05:32,120 --> 00:05:34,120 Dia suruh jauhkan diri daripada mak. 100 00:05:37,240 --> 00:05:39,960 Kalau tak, mak akan musnahkan saya. 101 00:05:50,080 --> 00:05:51,040 Brian. 102 00:05:51,120 --> 00:05:52,120 Tolong jangan. 103 00:05:53,960 --> 00:05:55,600 Boleh datang sini sekejap? 104 00:05:58,880 --> 00:06:00,760 Awak tahu apa Kieran cakap? 105 00:06:01,360 --> 00:06:06,120 Dia kata awak yang suruh dia ke Sydney 106 00:06:06,200 --> 00:06:09,560 selepas Finn mati untuk jauhkan diri daripada saya. Betul? 107 00:06:17,320 --> 00:06:18,640 Kamu kena pergi. 108 00:06:21,480 --> 00:06:23,960 Tinggalkan tempat ini. 109 00:06:27,640 --> 00:06:29,400 Oh. Tuhan. Dia cuma budak. 110 00:06:31,400 --> 00:06:33,240 Boleh tak jangan ganggu dia? 111 00:06:40,080 --> 00:06:41,440 Puas hati kamu? 112 00:06:45,360 --> 00:06:47,520 Kenapa susah sangat mak nak sayang saya? 113 00:07:05,560 --> 00:07:06,760 Kieran, saya… 114 00:07:16,640 --> 00:07:19,720 GEORGE - SEKARANG SAYA ADA PROJEK SENI BRONTE. DATANGLAH. 115 00:07:30,920 --> 00:07:32,440 - Saya nak keluar. - Mia. 116 00:07:33,120 --> 00:07:34,080 Apa? 117 00:07:35,240 --> 00:07:36,240 Saya… 118 00:07:37,560 --> 00:07:40,320 Saya tak tahu kenapa saya cakap semua itu. 119 00:07:42,200 --> 00:07:45,360 - Awak kena tahu. - Ya. 120 00:07:48,840 --> 00:07:49,840 Mia… 121 00:07:51,880 --> 00:07:52,880 Sebelum pergi, 122 00:07:54,400 --> 00:07:58,360 boleh saya luangkan masa bersama Audrey? 123 00:07:58,920 --> 00:08:00,560 Manalah tahu… 124 00:08:01,560 --> 00:08:02,640 Ya, boleh. 125 00:08:05,120 --> 00:08:07,160 Terima kasih. Helo. 126 00:08:10,000 --> 00:08:11,400 Hai. 127 00:08:27,760 --> 00:08:29,000 Dia nampak takut. 128 00:08:29,080 --> 00:08:31,920 Ada sebab untuk takut kepada awak? 129 00:08:32,000 --> 00:08:35,360 Saya marah dan kecewa. Jadi saya beritahu dia. 130 00:08:35,440 --> 00:08:38,000 - Marah tentang apa? - Tak perlu jawab. 131 00:08:38,080 --> 00:08:41,919 Klien awak pasti tahu haknya. Apa yang awak marah sangat, Julian? 132 00:08:42,000 --> 00:08:44,480 Bronte Laidler adalah pelancong trauma. 133 00:08:44,559 --> 00:08:46,679 Kami dah jumpa ramai orang begitu. 134 00:08:47,480 --> 00:08:49,120 Ada peta yang mereka ikut. 135 00:08:50,280 --> 00:08:54,160 Semua tempat kejadian buruk, termasuk bandar kami. 136 00:08:55,520 --> 00:08:57,000 Apa semua ini? 137 00:08:57,080 --> 00:08:59,360 Kenapa heret saya ke sini? 138 00:08:59,440 --> 00:09:01,960 Ada tuduhan terhadap anak awak, Toby 139 00:09:02,040 --> 00:09:03,960 dan Gabby Birch, bukan? 140 00:09:04,040 --> 00:09:06,160 Itu semua mengarut. 141 00:09:06,240 --> 00:09:08,280 Bronte tahu tentang tuduhan itu? 142 00:09:08,360 --> 00:09:10,840 Kami tahu dia berminat tentang Gabby. 143 00:09:10,920 --> 00:09:12,040 Saya tak tahu. 144 00:09:12,120 --> 00:09:15,200 Awak tak mahu orang percaya tuduhan itu, bukan? 145 00:09:15,280 --> 00:09:18,360 Lelaki usia 20-an dan gadis 14 tahun. 146 00:09:18,440 --> 00:09:20,760 Pasti tak nak gosip begitu tersebar. 147 00:09:20,840 --> 00:09:23,280 Terutamanya dengan memorial yang bakal diadakan. 148 00:09:23,360 --> 00:09:25,800 Awak nak pastikan mereka tak tahu, bukan? 149 00:09:30,240 --> 00:09:31,800 Ada soalan lain? 150 00:09:40,960 --> 00:09:42,960 Bronte jumpa sesuatu. Saya pasti. 151 00:09:43,040 --> 00:09:46,560 Orang yang tanam kamera itu, mungkin tanam komputernya juga. 152 00:09:50,000 --> 00:09:53,840 Dapatkan waran untuk geledah rumah Julian. Bawa sekali cangkul. 153 00:10:02,160 --> 00:10:03,160 Ini tak salah? 154 00:10:04,240 --> 00:10:05,640 Mereka ada waran. 155 00:10:05,720 --> 00:10:07,960 Ambil sekali singki dapur, kalau nak. 156 00:10:24,560 --> 00:10:27,200 - Hei, mak. - Mak nak pergi jumpa polis. 157 00:10:27,280 --> 00:10:30,280 Mak nak ke Hobart. Mak tak percaya polis di sini. 158 00:10:30,960 --> 00:10:32,280 Itu idea yang baik? 159 00:10:34,560 --> 00:10:35,840 Keadilan untuk Gabby? 160 00:10:36,640 --> 00:10:38,080 Ya, itu idea yang bagus. 161 00:10:39,000 --> 00:10:41,400 Mak cari gambarnya dengan beg galas. 162 00:10:41,480 --> 00:10:44,200 - Kamu ada simpan? - Polis nak buat apa, mak? 163 00:10:44,280 --> 00:10:46,680 Finn dan Toby dah mati. 164 00:10:47,680 --> 00:10:51,080 - Tiada keadilan nak dicapai. - Itulah masalah kamu. 165 00:10:51,160 --> 00:10:54,200 Susah nak habiskan sesuatu. Mudah sangat mengalah. 166 00:10:54,280 --> 00:10:55,680 Kemudian kamu larikan diri. 167 00:10:56,480 --> 00:10:58,200 Dia takkan hidup semula. 168 00:10:58,280 --> 00:11:00,320 Jadi? Kita nak teruskan hidup 169 00:11:00,400 --> 00:11:02,920 seperti tiada apa berlaku. Semuanya okey. 170 00:11:03,000 --> 00:11:05,920 - Bukan begitu. - Supaya kamu boleh balik ke Melbourne. 171 00:11:09,840 --> 00:11:10,840 Tak guna. 172 00:11:27,400 --> 00:11:29,400 Saya nak segelas bir draf. 173 00:11:31,520 --> 00:11:33,000 Hei. Saya nak awak tahu 174 00:11:33,080 --> 00:11:35,880 saya tak percaya apa orang kata tentang Finn. 175 00:11:55,720 --> 00:11:57,680 POLIS 176 00:11:57,760 --> 00:11:59,200 POLIS NEGERI 177 00:11:59,280 --> 00:12:00,760 Bandar ini penuh dengan hantu. 178 00:12:01,520 --> 00:12:02,520 Anda boleh rasa. 179 00:12:04,280 --> 00:12:05,280 Kemudian ribut itu. 180 00:12:05,360 --> 00:12:07,680 Ya, sampel Gilroy dulu. Terima kasih. 181 00:12:08,560 --> 00:12:12,240 Saya rasa forensik akan jumpa padanan antara tanah rumah Julian 182 00:12:12,320 --> 00:12:14,760 - dengan tanah di cagak lensa itu. - Cagak lensa. 183 00:12:14,840 --> 00:12:17,520 - Itu akan buktikan dia bersalah. - Semua orang terkesan. 184 00:12:17,600 --> 00:12:19,320 Apa yang awak tengok? 185 00:12:19,400 --> 00:12:21,880 Ibu bapa Bronte hantar item dari awannya. 186 00:12:22,720 --> 00:12:24,200 Hanya gambar-gambar cantik. 187 00:12:29,640 --> 00:12:31,680 AWAN BRONTE - MEDIA - KOLEKSI 188 00:12:31,760 --> 00:12:33,200 Apa yang awak jumpa, Bronte? 189 00:12:41,920 --> 00:12:44,680 Fair Isle. Ini pengintai kita. 190 00:12:55,160 --> 00:12:56,200 - Hei. - George. 191 00:12:57,200 --> 00:12:59,280 Kena tengok apa saya jumpa. Mari. 192 00:13:00,000 --> 00:13:00,840 Terima kasih. 193 00:13:01,560 --> 00:13:03,960 Andrea Laidler beri semua 194 00:13:04,040 --> 00:13:06,400 yang Bronte simpan dalam awannya. 195 00:13:06,480 --> 00:13:08,600 Sebab dia setuju kisah ini perlu diceritakan. 196 00:13:08,680 --> 00:13:09,760 Ya. 197 00:13:09,840 --> 00:13:13,000 Saya dapat semula rakaman itu, tapi semuanya cuma video rawak. 198 00:13:13,840 --> 00:13:15,960 Selepas itu saya mula faham. 199 00:13:16,040 --> 00:13:18,080 Projek seni Bronte. 200 00:13:18,160 --> 00:13:21,360 Dia jejak semula laluan terakhir Gabby sebelum dia hilang. 201 00:13:21,440 --> 00:13:22,440 Ya. 202 00:13:22,520 --> 00:13:23,760 Bermula dari rumah 203 00:13:23,840 --> 00:13:25,280 pada waktu pagi. 204 00:13:25,360 --> 00:13:26,440 SANDARAN AWAN BRONTE 205 00:13:26,520 --> 00:13:28,480 Ya, saya dengan Gabby hari itu. 206 00:13:29,240 --> 00:13:30,880 Saya tidur di rumahnya. 207 00:13:30,960 --> 00:13:33,160 - Hei, Mia. - Helo! 208 00:13:36,600 --> 00:13:38,080 Jadi awak tahu laluan seterusnya. 209 00:13:39,120 --> 00:13:41,600 Ini tempat terakhir saya nampak dia. 210 00:13:41,680 --> 00:13:43,440 Oh, Tuhan. Membosankan betul. 211 00:13:43,520 --> 00:13:44,840 Saya pergi dulu. 212 00:13:48,760 --> 00:13:51,280 Maaf, saya tahu ini agak sukar bagi awak. 213 00:13:51,360 --> 00:13:53,040 Tak apa. 214 00:13:55,080 --> 00:13:57,840 Awak boleh rasa kehadiran Gabby, bukan? 215 00:13:58,480 --> 00:14:00,880 Cara Bronte serap dirinya ke dalam setiap ruang. 216 00:14:00,960 --> 00:14:03,280 Ia mengaitkan mereka berdua, sangat bijak. 217 00:14:03,360 --> 00:14:06,440 Menyedihkan. Mereka berdua dah tiada. 218 00:14:11,240 --> 00:14:12,080 Bagaimana dengan… 219 00:14:12,920 --> 00:14:14,560 Itu hari Bronte mati, bukan? 220 00:14:14,640 --> 00:14:15,840 27 JANUARI 2024 221 00:14:19,560 --> 00:14:21,800 Dia pergi ke gua. 222 00:14:26,960 --> 00:14:29,960 Kenapa ada namanya? Gua itu kawasan larangan. 223 00:14:30,040 --> 00:14:31,800 Tak ramai yang tahu jalannya. 224 00:14:31,880 --> 00:14:34,560 Februari 2009. Tiada hari bulan. 225 00:14:34,640 --> 00:14:36,880 Ya, ribut itu berlaku pada 4 Februari. 226 00:14:38,760 --> 00:14:41,240 Macam mana kalau dia di dalam gua ketika ia berlaku? 227 00:14:42,200 --> 00:14:43,440 - Boleh ambil gambar? - Ya. 228 00:14:48,520 --> 00:14:49,840 Awak sangat cantik, Mia. 229 00:14:56,120 --> 00:14:57,120 Maksud saya… 230 00:14:58,320 --> 00:15:01,080 Tak, Mia. Saya minta maaf. 231 00:15:03,080 --> 00:15:04,000 Terima kasih. 232 00:15:09,160 --> 00:15:11,280 Hei, maaf. Saya perlu keluar. 233 00:15:11,360 --> 00:15:14,120 Saya hantar sesuatu. Awak kena tengok. 234 00:15:14,200 --> 00:15:15,200 Awak okey? 235 00:15:16,560 --> 00:15:17,600 Dapat tak? 236 00:15:17,680 --> 00:15:19,320 Tolong tengok. 237 00:15:20,120 --> 00:15:23,520 Gabby ukir namanya di gua. Itu mungkin pada hari ribut itu. 238 00:15:24,520 --> 00:15:27,320 Ini gua utara. Siapa yang ke sana akan ukir nama mereka. 239 00:15:27,400 --> 00:15:29,800 - Itu tradisinya. - Jika dia di sana hari itu, 240 00:15:29,880 --> 00:15:33,000 dia tak mungkin ada atas bot. Finn dan Toby bukan penyebabnya. 241 00:15:33,640 --> 00:15:35,760 Mereka mungkin tak bersalah, Kieran… 242 00:15:36,800 --> 00:15:39,680 Saya tak nampak tarikhnya. Saya kena periksa. 243 00:15:39,760 --> 00:15:41,240 Boleh bersihkan nama mereka. 244 00:15:41,320 --> 00:15:42,960 Jangan, Kieran. 245 00:15:43,040 --> 00:15:44,120 Jangan pergi sendiri. 246 00:15:44,200 --> 00:15:46,240 Tak apa. Saya hubungi yang lain. 247 00:15:46,320 --> 00:15:47,560 - Awak… - Hati-hati. 248 00:15:47,640 --> 00:15:50,280 Saya akan telefon apabila dah jumpa. Terima kasih. 249 00:16:01,680 --> 00:16:04,640 Saya tak tahu. Ini semakin mengarut. 250 00:16:05,360 --> 00:16:06,440 Boleh jadi sesiapa. 251 00:16:06,520 --> 00:16:08,440 Tak, En. Barlin. 252 00:16:09,920 --> 00:16:13,360 Kami tahu itu baju sejuk awak. Kami ada waran geledah. 253 00:16:13,440 --> 00:16:16,040 Kami juga boleh tahu ketinggian lelaki ini. 254 00:16:16,120 --> 00:16:17,680 Sekitar 185 sentimeter. 255 00:16:17,760 --> 00:16:19,240 Beratnya 85 kg. 256 00:16:21,080 --> 00:16:23,840 Tak apa. Kami akan tahu apabila awak didakwa. 257 00:16:23,920 --> 00:16:27,080 Melainkan ada alasan lain kenapa awak di luar rumah Bronte. 258 00:16:27,160 --> 00:16:29,840 Saya dah cakap. Saya cuma jalan berhampiran. 259 00:16:31,520 --> 00:16:33,160 Saya dengar suara kuat, jadi… 260 00:16:35,960 --> 00:16:37,200 Saya pergi periksa. 261 00:16:39,240 --> 00:16:40,560 Awak cuma berniat baik? 262 00:16:40,640 --> 00:16:41,480 Ya. 263 00:16:42,600 --> 00:16:44,600 Sebab itu Bronte kejar awak? 264 00:16:44,680 --> 00:16:48,320 Sebab nak ucap terima kasih kerana jalankan tanggungjawab? 265 00:16:52,320 --> 00:16:57,600 Begini, awak mungkin dah tahu masalah yang saya hadapi di Melbourne. 266 00:16:57,680 --> 00:16:58,800 Kami tahu. 267 00:16:58,880 --> 00:17:03,080 Sejak itu agak sukar untuk saya dekati orang lain. 268 00:17:03,160 --> 00:17:04,840 Jadi awak intip gadis muda? 269 00:17:07,720 --> 00:17:09,079 Saya tak sakiti sesiapa. 270 00:17:09,160 --> 00:17:12,760 Saya tiada kaitan dengan kematian Bronte. Saya boleh buktikan. 271 00:17:15,920 --> 00:17:17,560 Alibinya disahkan betul. 272 00:17:17,640 --> 00:17:20,119 Dia dengan seorang gadis di Surf N' Turf. 273 00:17:20,200 --> 00:17:21,960 Susah nak dekati orang konon. 274 00:17:22,839 --> 00:17:25,760 Ya, dia memang miang. 275 00:17:26,680 --> 00:17:30,119 Tapi dia bukan pembunuh itu. Bagaimana dengan sampel tanah? 276 00:17:30,200 --> 00:17:31,720 Saya suruh mereka cepat. 277 00:17:39,080 --> 00:17:44,080 AMARAN ORANG AWAM DILARANG MASUK 278 00:17:55,080 --> 00:17:56,080 - Hei. - Hai. 279 00:17:57,320 --> 00:17:59,360 - Ash datang? - Dia tak jawab. 280 00:17:59,440 --> 00:18:00,600 Dia masih merajuk. 281 00:18:00,680 --> 00:18:01,680 Nak saya telefon? 282 00:18:01,760 --> 00:18:04,120 Mari selesaikan sebelum air pasang. 283 00:18:05,840 --> 00:18:06,760 Awak okey? 284 00:18:06,840 --> 00:18:07,840 Ya. 285 00:18:31,320 --> 00:18:36,040 KIERAN - DAH JUMPA? MAKLUMKAN PADA SAYA! 286 00:18:40,960 --> 00:18:42,320 Mana Verity? 287 00:18:42,400 --> 00:18:46,040 Verity keluar, tapi saya boleh tolong kalau awak nak apa-apa. 288 00:18:47,880 --> 00:18:49,120 Kenapa awak di sini? 289 00:18:49,200 --> 00:18:52,920 Saya tinggal di sini untuk seketika. 290 00:18:55,560 --> 00:18:56,960 Ini Audrey. 291 00:18:57,680 --> 00:18:59,320 Helo, Audrey. 292 00:18:59,400 --> 00:19:01,240 Ini anak saya dan Kieran. 293 00:19:01,320 --> 00:19:02,440 Kieran? 294 00:19:02,520 --> 00:19:04,960 Ya. Awak ingat Kieran? 295 00:19:05,040 --> 00:19:07,680 Kami satu sekolah sebelum saya pindah. 296 00:19:09,800 --> 00:19:11,000 Kenapa awak pindah? 297 00:19:14,120 --> 00:19:15,960 Saya tak gembira di sini. 298 00:19:17,360 --> 00:19:19,720 Ya, dan ibu bapa saya mahu saya gembira. 299 00:19:19,800 --> 00:19:20,920 Jadi kami ke Sydney. 300 00:19:22,080 --> 00:19:25,600 Ketika itulah saya jumpa Kieran semula. Di universiti. 301 00:19:30,440 --> 00:19:32,200 Oh, Tuhan. Dia sangat kacak. 302 00:19:34,280 --> 00:19:35,560 Dia masih kacak. 303 00:19:37,120 --> 00:19:38,880 Ya, saya terus jatuh cinta. 304 00:19:41,920 --> 00:19:44,120 Tapi dia juga sangat sedih. 305 00:19:45,720 --> 00:19:47,200 Saya fikir kalau kami… 306 00:19:50,160 --> 00:19:53,760 kalau kami saling menyayangi, semuanya akan semakin baik. 307 00:19:55,080 --> 00:19:58,640 Tapi apabila balik ke sini, kesedihan itu muncul semula. 308 00:20:03,360 --> 00:20:05,840 Jadi saya kena pergi. Saya dah tak tahan. 309 00:20:10,480 --> 00:20:11,480 Saya pun sama. 310 00:20:12,600 --> 00:20:14,200 - Yakah? - Ya. 311 00:20:14,280 --> 00:20:16,360 Saya dan Verity nak ke tempat lain, 312 00:20:16,440 --> 00:20:17,880 saya tak tahu ke mana. 313 00:20:17,960 --> 00:20:19,880 Supaya saya tak buat banyak masalah. 314 00:20:24,800 --> 00:20:25,880 Apa boleh buat? 315 00:20:28,000 --> 00:20:30,320 Kehilangan… Perpisahan… 316 00:20:35,160 --> 00:20:36,480 Itu lumrah kehidupan. 317 00:20:39,400 --> 00:20:40,400 Ya. 318 00:20:45,480 --> 00:20:47,200 Kalau boleh, saya tak nak pergi. 319 00:20:49,400 --> 00:20:50,840 Saya nak tinggal di sini. 320 00:21:02,440 --> 00:21:03,440 Jaga kepala awak. 321 00:21:16,000 --> 00:21:17,720 - Helo? - Di sini. 322 00:21:19,840 --> 00:21:21,520 Tukang cuci lupa nak datang? 323 00:21:21,600 --> 00:21:23,280 Tak, polis yang datang. 324 00:21:24,000 --> 00:21:27,240 Khabar angin kata awak pelakunya. Jadi awak yang buat? 325 00:21:27,320 --> 00:21:29,680 Awak memang selalu mengarut, Verity. 326 00:21:29,760 --> 00:21:32,040 Semua ini mengarut, bukan? 327 00:21:32,120 --> 00:21:33,760 Mula-mula Brian, sekarang awak. 328 00:21:33,840 --> 00:21:35,080 Ia memusnahkan kita. 329 00:21:37,240 --> 00:21:38,640 Ia memberi kesan kepada Liam. 330 00:21:39,720 --> 00:21:41,200 Beri kesan kepada kita semua. 331 00:21:41,720 --> 00:21:43,200 Tapi saya risaukan dia. 332 00:21:43,280 --> 00:21:46,560 Tolong beri perhatian kepada Liam. Dia perlukan awak. 333 00:21:46,640 --> 00:21:49,560 Saya sentiasa ada untuk keluarga saya, Verity. 334 00:21:49,640 --> 00:21:51,400 Ya, saya tahu. 335 00:21:58,920 --> 00:22:00,000 Adakah kita silap 336 00:22:01,560 --> 00:22:04,320 tentang anak kita, Julian? 337 00:22:05,280 --> 00:22:06,480 Ke kiri. 338 00:22:06,560 --> 00:22:09,520 Tak, ikut bahagian ini dan lalu sini, saya ingat. 339 00:22:18,680 --> 00:22:21,160 Jangan termakan kata-kata Trish. 340 00:22:21,240 --> 00:22:23,160 Finn dan Tobes lelaki yang baik. 341 00:22:23,960 --> 00:22:26,320 Saya selalu fikir mudah nak jaga anak-anak lelaki, 342 00:22:26,400 --> 00:22:27,920 semua orang cakap begitu. 343 00:22:28,000 --> 00:22:32,960 Saya fikir kromosom Y saya lebih banyak sebab saya lebih faham lelaki. 344 00:22:33,040 --> 00:22:36,360 Awak lebih kuat berbanding ramai lelaki, itu saya pasti. 345 00:22:36,960 --> 00:22:40,760 Saya suka semasa mereka kecil, manis dan lembut saja. 346 00:22:42,960 --> 00:22:44,160 Anak-anak kesayangan. 347 00:22:46,760 --> 00:22:50,560 Malah masa itu pun saya tahu, saya tak nak mereka kekal begitu. 348 00:22:50,640 --> 00:22:53,040 Mereka takkan kekal kecil selamanya. 349 00:22:53,560 --> 00:22:54,880 Mereka akan jadi dewasa. 350 00:22:54,960 --> 00:22:56,600 Ya, sebagai apa? 351 00:22:57,520 --> 00:22:59,080 Kenapa biar mereka rosakkan 352 00:22:59,160 --> 00:23:02,520 diri mereka yang lembut dan baik 353 00:23:02,600 --> 00:23:06,000 menjadi sesuatu yang kita nak? Apa kita dah buat? 354 00:23:06,080 --> 00:23:08,600 Sebab itu awak ke sini? Untuk tuduh kami? 355 00:23:08,680 --> 00:23:09,680 Tidak! 356 00:23:10,280 --> 00:23:13,520 Tapi tengoklah mereka, begitu rapuh. 357 00:23:13,600 --> 00:23:15,640 - Okey? - Ya. 358 00:23:15,720 --> 00:23:20,000 Mereka takut tak dapat memenuhi harapan kita. 359 00:23:21,240 --> 00:23:22,640 Finn dan Tobes juga. 360 00:23:22,720 --> 00:23:26,200 Awak takkan keluar tengah-tengah ribut 361 00:23:26,280 --> 00:23:28,320 kalau awak takut, bukan? 362 00:23:28,400 --> 00:23:29,680 Mereka adalah wira. 363 00:23:29,760 --> 00:23:32,520 Tidak jika Gabby Birch ada bersama mereka. 364 00:23:33,680 --> 00:23:34,880 Dia tiada di situ. 365 00:23:37,320 --> 00:23:38,600 Saya nak percaya itu. 366 00:23:38,680 --> 00:23:40,240 - Sungguh. - Jangan! 367 00:23:42,920 --> 00:23:44,360 Tolonglah. 368 00:23:45,280 --> 00:23:48,520 Kita kena pertahankan mereka. Kalau tak, apa gunanya? 369 00:23:50,640 --> 00:23:52,520 Ia cuma satu kemalangan. 370 00:23:59,040 --> 00:24:00,040 Dah nak sampai. 371 00:24:21,440 --> 00:24:22,960 Ini nama Finn dan Tobe. 372 00:24:26,040 --> 00:24:27,960 Air sedang pasang, Kiz. Kita kena pergi. 373 00:24:35,680 --> 00:24:36,520 Ya. 374 00:24:37,640 --> 00:24:38,560 Ini nama kita. 375 00:24:40,560 --> 00:24:41,880 Nama Gabby patut ada. 376 00:24:43,760 --> 00:24:45,000 Tolong ke tepi, Sean. 377 00:24:49,920 --> 00:24:50,920 Itu dia. 378 00:24:57,960 --> 00:25:00,640 Ada orang gores namanya baru-baru ini. 379 00:25:03,040 --> 00:25:04,880 Tak, Mia. Saya yakin dia tak apa-apa. 380 00:25:04,960 --> 00:25:07,200 Dia tahu pasang surut air dan mereka ramai. 381 00:25:08,120 --> 00:25:10,160 Tak, ini terlalu lama. 382 00:25:10,240 --> 00:25:13,240 Saya tinggalkan Audrey dengan Trish. Saya akan ke gua, okey? 383 00:25:13,320 --> 00:25:15,920 - Hai. - Hei. Dia di dalam sana? 384 00:25:16,000 --> 00:25:17,000 Ya. 385 00:25:23,880 --> 00:25:24,880 Ada masalah? 386 00:25:28,280 --> 00:25:31,320 Kenapa awak begitu yakin Gabby tiada atas bot itu? 387 00:25:35,760 --> 00:25:36,760 Jawab. 388 00:25:42,120 --> 00:25:44,080 Macam mana Gabby jumpa gua ini? 389 00:25:45,880 --> 00:25:48,480 Hanya beberapa orang yang tahu. 390 00:25:50,360 --> 00:25:52,320 Finn dan Toby. 391 00:25:53,320 --> 00:25:54,520 Saya. 392 00:25:54,600 --> 00:25:55,600 Ash. 393 00:26:06,560 --> 00:26:07,560 Awak. 394 00:26:09,120 --> 00:26:10,360 Semasa ribut itu berlaku, 395 00:26:12,320 --> 00:26:14,720 dia di dalam gua bersama Sean. 396 00:26:18,520 --> 00:26:19,920 Saya tak bunuh dia, Kiz. 397 00:26:21,520 --> 00:26:23,680 Awak kena percaya, saya tak buat. 398 00:26:25,040 --> 00:26:26,120 Hei! 399 00:26:27,400 --> 00:26:28,880 Ada nampak Kieran? 400 00:26:29,520 --> 00:26:30,640 Tak nampak. 401 00:26:30,720 --> 00:26:32,680 Saya nak minta tolong dia. 402 00:26:32,760 --> 00:26:33,800 Boleh saya bantu? 403 00:26:33,880 --> 00:26:35,600 Tak apa. 404 00:26:37,640 --> 00:26:39,160 Dia ke gua. 405 00:26:39,240 --> 00:26:40,240 Okey, terima kasih. 406 00:26:41,520 --> 00:26:42,520 Awak tak boleh pergi. 407 00:26:43,920 --> 00:26:44,960 Kenapa? Kamu boleh. 408 00:26:45,040 --> 00:26:47,160 Ya, sebab kami dah biasa. 409 00:26:47,240 --> 00:26:48,720 Boleh bawa saya ke sana? 410 00:26:49,680 --> 00:26:51,200 Tolonglah. 411 00:26:53,640 --> 00:26:55,960 Tinggalkan beg di sini. Ada bahagian yang sempit. 412 00:26:57,080 --> 00:26:58,480 Dia cari awak. 413 00:26:59,240 --> 00:27:02,240 Saya tahu awak di gua, jadi saya bawa dia ke sini. 414 00:27:03,040 --> 00:27:04,280 Saya dah jadi sebahagian daripada kamu. 415 00:27:11,240 --> 00:27:12,560 Sejuknya di sini. 416 00:27:22,280 --> 00:27:23,280 Terima kasih. 417 00:27:28,680 --> 00:27:30,600 - Terima kasih bawa saya ke sini. - Ya. 418 00:27:38,960 --> 00:27:39,960 Sean… 419 00:27:45,520 --> 00:27:48,000 Saya fikir dia nak, tapi dia menolak. 420 00:27:48,680 --> 00:27:49,720 Maaf, Sean. 421 00:27:49,800 --> 00:27:52,120 Untuk apa? Saya tak kisah. 422 00:27:53,440 --> 00:27:55,400 - Saya tak sedar awak nak… - Apa? 423 00:27:59,360 --> 00:28:01,280 Awak lebih suka cium Kieran? 424 00:28:03,800 --> 00:28:06,520 Saya nak balik. Tolonglah. 425 00:28:06,600 --> 00:28:08,240 Kalau nak balik, pergilah. 426 00:28:09,880 --> 00:28:10,960 Saya tak tahu jalan. 427 00:28:13,240 --> 00:28:14,240 Ikut saya. 428 00:28:19,520 --> 00:28:20,880 Kemudian saya rasa bodoh. 429 00:28:20,960 --> 00:28:22,280 Tunggu, Sean! 430 00:28:23,640 --> 00:28:25,040 Jadi saya cepat-cepat keluar. 431 00:28:26,120 --> 00:28:27,280 Kemudian ribut melanda. 432 00:28:33,400 --> 00:28:34,800 Dia kehilangannya. 433 00:28:38,560 --> 00:28:40,360 Saya cuma nak cepat keluar. 434 00:28:42,400 --> 00:28:45,240 Saya cuma fikir awak dan Ash apabila tahu dia tolak saya. 435 00:28:45,320 --> 00:28:46,200 Saya dan Ash? 436 00:28:47,400 --> 00:28:49,560 Ya, awak berdua akan ketawa 437 00:28:50,200 --> 00:28:51,840 dan semua orang akan tahu. 438 00:28:52,840 --> 00:28:55,000 Saya fikir dia di belakang. 439 00:28:55,080 --> 00:28:56,080 Ikut sini. 440 00:28:57,040 --> 00:28:58,600 Saya bersumpah. 441 00:28:58,680 --> 00:28:59,680 Sean! 442 00:29:03,160 --> 00:29:04,160 Sean! 443 00:29:05,600 --> 00:29:06,600 Tunggu! 444 00:29:09,520 --> 00:29:12,480 Awak tahu selama ini. 445 00:29:12,560 --> 00:29:14,240 Tapi awak diam saja. 446 00:29:14,320 --> 00:29:17,800 Saya dah kehilangan seorang anak. 447 00:29:22,560 --> 00:29:25,320 Jadi awak pergi begitu saja dan tinggalkan dia? 448 00:29:25,400 --> 00:29:27,720 Saya jadi takut apabila dia tak keluar. 449 00:29:28,360 --> 00:29:29,560 Awak di mana? 450 00:29:30,800 --> 00:29:32,680 Kemudian saya takut jika dia keluar. 451 00:29:34,080 --> 00:29:36,720 Sean! Awak di mana? 452 00:29:38,320 --> 00:29:43,920 Jangan beritahu sesiapa. 453 00:29:46,840 --> 00:29:48,360 Apabila begnya terdampar… 454 00:29:50,560 --> 00:29:52,360 semua itu seperti tak pernah berlaku. 455 00:29:53,480 --> 00:29:56,320 Dia hanyut macam yang orang kata. 456 00:29:57,200 --> 00:29:58,200 Gabby dah mati. 457 00:29:59,440 --> 00:30:00,840 Maksud saya, apa… 458 00:30:02,200 --> 00:30:04,120 Pentingkah di mana dia lemas? 459 00:30:08,680 --> 00:30:09,920 Sean! 460 00:30:14,160 --> 00:30:15,480 Penting bagi Trish. 461 00:30:16,440 --> 00:30:17,800 Penting bagi Olivia. 462 00:30:18,680 --> 00:30:21,840 Penting bagi ramai orang. 463 00:30:21,920 --> 00:30:23,640 Awak patut beritahu saya. 464 00:30:26,080 --> 00:30:27,960 Kemudian semua orang benci saya? 465 00:30:29,320 --> 00:30:31,080 Tak, saya takkan bertahan. 466 00:30:32,160 --> 00:30:33,080 Saya bukan awak. 467 00:30:34,520 --> 00:30:36,760 Saya ada ayah, Mia dan… 468 00:30:38,000 --> 00:30:40,000 Sukar untuk tanggung sendirian. 469 00:30:40,080 --> 00:30:41,080 Saya tak sendirian. 470 00:30:46,160 --> 00:30:48,120 Kenapa polis panggil awak? 471 00:30:52,760 --> 00:30:55,920 Awak ambil Brian di pantai pada malam itu. Awak ada di sana. 472 00:30:56,000 --> 00:31:00,160 Awak buat sesuatu kepada Bronte untuk lindungi Sean? 473 00:31:01,000 --> 00:31:02,120 Tidak. 474 00:31:02,200 --> 00:31:03,120 Tak guna! 475 00:31:03,200 --> 00:31:04,760 - Verity! - Lepaskan! 476 00:31:04,840 --> 00:31:06,120 Verity. 477 00:31:06,200 --> 00:31:08,640 Verity! Tolong masuk semula. 478 00:31:08,720 --> 00:31:11,240 Saya boleh jelaskan. Jangan pergi. 479 00:31:11,320 --> 00:31:12,560 - Tak. - Apa yang berlaku? 480 00:31:12,640 --> 00:31:14,720 - Lepaskan! Tidak! - Lepaskan dia! 481 00:31:14,800 --> 00:31:16,400 Apa datuk buat? Veritylah! 482 00:31:16,480 --> 00:31:19,680 - Datuk memalukan diri! - Liam, kita pergi balai polis! 483 00:31:23,560 --> 00:31:24,480 Verity! 484 00:31:29,640 --> 00:31:31,120 Kita kena beritahu Trish. 485 00:31:31,800 --> 00:31:32,960 Dia berhak tahu. 486 00:31:35,280 --> 00:31:36,280 Tak boleh. 487 00:31:49,480 --> 00:31:51,040 Sean nak lampu suluhnya. 488 00:31:52,040 --> 00:31:54,040 Datanglah ambil. 489 00:31:54,760 --> 00:31:56,480 Bila awak ambil lampu awak? 490 00:31:58,080 --> 00:31:59,720 Awak beri kepada Bronte, bukan? 491 00:32:04,360 --> 00:32:05,760 Bila awak ambil semula? 492 00:32:09,000 --> 00:32:10,880 Hei, maaf. Saya tahu dah lewat. 493 00:32:10,960 --> 00:32:13,840 Boleh pulangkan lampu suluh? 494 00:32:13,920 --> 00:32:15,520 - Saya nak menyelam esok. - Boleh. 495 00:32:15,600 --> 00:32:18,240 Maaf, saya tunggu seseorang. Tapi rasanya tak datang. 496 00:32:18,320 --> 00:32:21,080 - Itu lampu abang saya, jadi… - Ya, istimewa. Saya faham. 497 00:32:21,160 --> 00:32:22,320 Terima kasih. 498 00:32:22,960 --> 00:32:25,120 - Terima kasih. - Saya nak ke pantai. 499 00:32:25,200 --> 00:32:27,520 Patutnya ada biopendarcahaya malam ini. 500 00:32:27,600 --> 00:32:30,000 Saya nak ambil gambar, tapi perlukan teman. 501 00:32:30,080 --> 00:32:31,320 Si miang itu masih ada. 502 00:32:34,960 --> 00:32:35,960 Apa awak buat? 503 00:32:40,520 --> 00:32:41,920 Dia dapat tahu. 504 00:32:51,360 --> 00:32:54,240 Saya nak letak dalam projek Gabby, tapi macam tak sesuai. 505 00:32:55,960 --> 00:32:58,680 Sekejap. Tengok apa saya jumpa di gua tadi. 506 00:32:59,440 --> 00:33:01,000 Ash tunjuk saya jalan ke sana. 507 00:33:02,600 --> 00:33:04,800 Semua orang fikir dia lemas di laut, 508 00:33:04,880 --> 00:33:08,640 tapi dia mungkin terperangkap dalam gua. Saya nak pergi semula esok 509 00:33:08,720 --> 00:33:10,800 - dan lihat apa lagi yang ada. - Tunggu. 510 00:33:10,880 --> 00:33:12,000 Betul kata ayah. 511 00:33:14,400 --> 00:33:15,400 Dia beri masalah. 512 00:33:16,720 --> 00:33:18,200 Tidak. 513 00:33:20,800 --> 00:33:22,320 Dia akan beritahu semua orang. 514 00:33:23,600 --> 00:33:26,280 Itulah dia. Kebanyakan orang tak ingat Gabby. 515 00:33:26,360 --> 00:33:28,800 Dia ada dalam memorial itu? Tiada. 516 00:33:28,880 --> 00:33:30,880 - Semuanya tentang lelaki dan… - Diam. 517 00:33:30,960 --> 00:33:33,400 Tidak. Kenapa tak masukkan dia sekali? 518 00:33:33,480 --> 00:33:34,840 Saya kata diam! 519 00:33:35,920 --> 00:33:37,560 Cara dia pandang saya… 520 00:33:38,360 --> 00:33:40,120 Ibarat saya tak berguna. 521 00:33:40,960 --> 00:33:42,640 Dia buat saya rasa kerdil. 522 00:33:46,080 --> 00:33:47,920 Macam Gabby dan awak semua. 523 00:33:48,000 --> 00:33:49,880 Sejak saya kecil. 524 00:33:51,680 --> 00:33:52,680 Kenapa? 525 00:33:54,600 --> 00:33:55,600 Apa salah saya? 526 00:33:56,320 --> 00:33:58,360 Pernah tunjuk kepada orang lain? 527 00:34:00,440 --> 00:34:01,440 Boleh pulangkan? 528 00:34:06,320 --> 00:34:08,960 - Saya nak balik. - Tunggu sekejap. 529 00:34:09,960 --> 00:34:10,960 Sean. 530 00:34:11,760 --> 00:34:12,960 Boleh saya tengok lagi? 531 00:34:13,880 --> 00:34:16,360 Jangan sentuh saya. 532 00:34:16,440 --> 00:34:18,080 - Jangan. - Tunjuk gambar tadi. 533 00:34:18,159 --> 00:34:19,480 Jangan. Saya tak nak. 534 00:34:20,159 --> 00:34:22,280 Sean! 535 00:34:27,400 --> 00:34:29,320 Awak okey? Awak berdarah. 536 00:34:29,400 --> 00:34:31,040 - Jangan sentuh saya. - Ada darah. 537 00:34:31,120 --> 00:34:33,159 - Awak buat sesuatu. - Tak… 538 00:34:33,239 --> 00:34:34,679 Awak tahu apa yang terjadi pada Gabby. 539 00:34:34,760 --> 00:34:36,840 - Awak buat sesuatu! Awak… - Diam. 540 00:34:36,920 --> 00:34:37,800 - Tolong! - Diam! 541 00:34:37,880 --> 00:34:40,719 Tolong! 542 00:34:50,520 --> 00:34:51,520 Bronte. 543 00:34:56,159 --> 00:34:57,199 Bronte. 544 00:35:34,120 --> 00:35:35,120 Jadi? 545 00:35:35,720 --> 00:35:36,800 Kamera 546 00:35:38,960 --> 00:35:40,680 dan graviti itu kerja awak? 547 00:35:42,240 --> 00:35:43,760 Awak fitnah ayah saya! 548 00:35:44,800 --> 00:35:47,240 Awak sanggup masukkan dia ke penjara? 549 00:35:49,040 --> 00:35:50,440 Dia takkan sedar… 550 00:35:50,520 --> 00:35:53,440 Dia takkan sedar, Kiz. Dia dah tak begitu waras. 551 00:35:58,560 --> 00:36:00,600 Sean! 552 00:36:04,280 --> 00:36:05,760 Tanah itu ada padanan. 553 00:36:05,840 --> 00:36:07,800 Dari rumah Julian Gilroy? 554 00:36:07,880 --> 00:36:10,320 Tak, dari rumah Ash Carter. 555 00:36:10,400 --> 00:36:13,200 - Tak mungkin. Carter ada alibi. - Rakannya tiada. 556 00:36:13,280 --> 00:36:14,480 Tidak lagi. 557 00:36:17,040 --> 00:36:19,280 Detektif! 558 00:36:19,360 --> 00:36:20,560 Boleh saya cakap? 559 00:36:20,640 --> 00:36:22,600 Saya ada maklumat tentang Julian. 560 00:36:22,680 --> 00:36:24,800 - Di mana pak cik awak? - Tak. Kenapa? 561 00:36:24,880 --> 00:36:27,160 Beritahu saya kalau awak tahu. 562 00:36:27,240 --> 00:36:28,920 Dia yang bunuh Bronte. 563 00:36:29,000 --> 00:36:30,400 Itu kerja Sean? 564 00:36:30,480 --> 00:36:31,640 Kami percaya begitu. 565 00:36:32,480 --> 00:36:35,120 Dia pergi ke gua. Dengan Kieran. 566 00:36:37,120 --> 00:36:40,320 Kita perlukan pasukan khas. Hartford Cove. 567 00:36:47,000 --> 00:36:48,800 Dia tak jawab. Oh, Tuhan. 568 00:36:49,480 --> 00:36:50,680 Cepat. 569 00:36:57,200 --> 00:37:00,240 Sean! 570 00:37:24,800 --> 00:37:26,000 Sean! 571 00:37:26,920 --> 00:37:29,040 Pintu masuk selatan di sebelah kanan. 572 00:37:30,600 --> 00:37:31,680 Hei. 573 00:37:31,760 --> 00:37:33,400 - Apa yang berlaku? - Okey. 574 00:37:33,480 --> 00:37:36,240 Situasi sensitif. Ramai pegawai. Semua dalam kawalan. 575 00:37:44,200 --> 00:37:46,520 - Maaf. - Awak tahu apa yang berlaku? 576 00:37:47,960 --> 00:37:48,960 Sean! 577 00:37:53,720 --> 00:37:55,640 Verity! Mana Kieran? 578 00:37:55,720 --> 00:37:58,080 - Mana Kieran? - Polis dah ke sana. 579 00:39:13,320 --> 00:39:16,360 Yang bukan ahli keluarga, sila kembali ke jalan. 580 00:39:16,440 --> 00:39:19,240 Puan, sila kembali ke kereta. 581 00:39:26,240 --> 00:39:28,480 Awak tak boleh berada di sini. Sila berundur. 582 00:39:28,560 --> 00:39:29,760 Encik, sila berundur. 583 00:39:30,520 --> 00:39:33,400 Ya, betul. Tiada pengesahan sekarang. 584 00:39:40,360 --> 00:39:41,840 Mereka bawa seseorang. 585 00:40:01,320 --> 00:40:03,280 Sean Gilroy, awak ditahan kerana 586 00:40:03,360 --> 00:40:04,760 membunuh Bronte Laidler. 587 00:40:04,840 --> 00:40:06,880 - Awak tak perlu cakap atau buat apa-apa… - Hei. 588 00:40:06,960 --> 00:40:08,400 - Tak boleh. - …melainkan awak nak buat, 589 00:40:08,480 --> 00:40:11,880 tapi semua percakapan dan perbuatan akan dirakam dan boleh dijadikan bukti. 590 00:40:11,960 --> 00:40:14,200 - Awak faham? - Baiklah. 591 00:40:14,280 --> 00:40:16,960 Beritahu balai kita dah tahan Sean Gilroy. 592 00:40:17,040 --> 00:40:18,480 Mereka bawa dia sekarang. 593 00:40:34,920 --> 00:40:37,640 Semuanya akan okey. 594 00:40:57,480 --> 00:40:58,760 Kieran! 595 00:40:59,760 --> 00:41:00,800 Sayang! 596 00:41:02,560 --> 00:41:04,600 Syukurlah. 597 00:41:31,040 --> 00:41:32,600 Bandar ini penuh dengan hantu. 598 00:41:33,360 --> 00:41:34,360 Anda boleh rasa. 599 00:41:36,040 --> 00:41:37,520 Terlalu banyak kehilangan. 600 00:41:38,320 --> 00:41:40,520 Semua orang terkesan. 601 00:41:40,600 --> 00:41:42,200 Malah yang terselamat. 602 00:41:43,480 --> 00:41:48,200 Jadi saya buat ini sebab nak beri sesuatu sebagai balasan. 603 00:41:49,440 --> 00:41:50,840 Sesuatu untuk sembuhkan luka. 604 00:42:17,560 --> 00:42:21,680 Selepas siasatan, kami dah tahan Sean Gilroy. 605 00:42:21,760 --> 00:42:24,960 Semasa soal siasat, Gilroy mengaku membunuh 606 00:42:25,040 --> 00:42:28,320 serta cubaan melupuskan mayat dan memusnahkan bukti. 607 00:42:28,400 --> 00:42:32,320 Atas sebab ini, kami minta Gilroy didakwa atas satu tuduhan membunuh 608 00:42:32,400 --> 00:42:34,000 berhubung kematian Laidler. 609 00:42:35,000 --> 00:42:38,080 Orang atasan tak suka saya ke sini, tapi saya nak minta maaf. 610 00:42:40,280 --> 00:42:42,720 Saya begitu yakin En. Elliott bersalah. 611 00:42:43,920 --> 00:42:44,920 Tapi saya silap. 612 00:42:47,760 --> 00:42:50,120 Maaf atas kesedihan yang telah menimpa awak semua. 613 00:42:54,040 --> 00:42:55,040 Jadi itu saja? 614 00:42:56,680 --> 00:42:57,920 Tuduhan digugurkan? 615 00:42:58,600 --> 00:42:59,600 Ya. 616 00:43:06,680 --> 00:43:07,720 Baiklah, saya… 617 00:43:08,560 --> 00:43:09,640 Saya minta diri dulu. 618 00:43:14,680 --> 00:43:16,000 Bagaimana dengan Sean? 619 00:43:16,080 --> 00:43:18,240 Dia akan bertanggungjawab atas semuanya. 620 00:43:19,000 --> 00:43:20,400 Terus maklumkan kepada kami. 621 00:43:22,680 --> 00:43:23,680 Tinggal di sini. 622 00:43:25,760 --> 00:43:28,040 - Sehingga semuanya selesai. - Tidak. 623 00:43:30,000 --> 00:43:31,320 Mak pasti tak mahu. 624 00:43:33,440 --> 00:43:34,320 Tanyalah dia. 625 00:43:40,560 --> 00:43:41,400 Mia. 626 00:43:46,000 --> 00:43:48,280 Sean cakap saya dan Ash buat dia rasa kerdil. 627 00:43:51,160 --> 00:43:54,120 - Awak rasa dia… - Itu pilihan Sean. 628 00:43:56,120 --> 00:43:58,000 Awak kena maafkan diri awak. 629 00:43:58,920 --> 00:44:00,080 Untuk semuanya. 630 00:44:05,200 --> 00:44:06,200 Jangan pergi. 631 00:44:07,520 --> 00:44:08,360 Tolonglah. 632 00:44:13,520 --> 00:44:14,480 Okey. 633 00:44:45,320 --> 00:44:47,160 - Saya ke sana sekejap. - Okey. 634 00:44:55,920 --> 00:44:56,760 Hei. 635 00:45:00,800 --> 00:45:02,640 Saya asyik menangis. 636 00:45:05,600 --> 00:45:07,240 Dah macam budak kecil. 637 00:45:11,360 --> 00:45:12,360 Bila awak bertolak? 638 00:45:14,120 --> 00:45:15,120 Tak lama lagi. 639 00:45:27,120 --> 00:45:29,560 Datuk kata saya patut datang. Boleh? 640 00:45:29,640 --> 00:45:31,080 Mestilah boleh. 641 00:45:35,280 --> 00:45:37,440 Kami nak duduk lebih lama. 642 00:45:39,520 --> 00:45:41,520 Sementara awak mula selesa di tempat baru. 643 00:45:45,400 --> 00:45:46,880 Berapa lama? 644 00:45:50,000 --> 00:45:51,000 Selama yang mak mahu. 645 00:45:55,840 --> 00:45:58,560 Ya, baguslah kalau begitu. 646 00:46:38,600 --> 00:46:40,280 Hari yang indah. 647 00:46:40,920 --> 00:46:42,480 Saya bawa sesuatu. 648 00:46:50,320 --> 00:46:51,560 Oh, Tuhan. 649 00:46:55,240 --> 00:46:57,480 Oh, Tuhan. Cantiknya. 650 00:47:00,440 --> 00:47:01,440 Terima kasih. 651 00:47:02,440 --> 00:47:03,640 Ini untuk awak. 652 00:47:04,400 --> 00:47:06,320 Okey, ini dia. 653 00:47:08,120 --> 00:47:09,360 Berhenti. 654 00:47:13,440 --> 00:47:14,440 Sayang mak. 655 00:47:17,320 --> 00:47:20,800 Mak bertahan dan bertahan sebab mak… 656 00:47:22,520 --> 00:47:24,840 Mak tak sanggup melepaskan kamu. 657 00:47:28,240 --> 00:47:31,120 Tapi disebabkan Bronte, mak… 658 00:47:32,920 --> 00:47:33,920 Mak tahu kebenaran. 659 00:47:35,440 --> 00:47:37,280 Jadi… 660 00:47:42,400 --> 00:47:43,400 Selamat tinggal, nak. 661 00:47:45,840 --> 00:47:47,000 Mak sayang kamu. 662 00:48:08,320 --> 00:48:09,640 Kita akan okey. 663 00:48:09,720 --> 00:48:11,320 Kita akan okey, sayang. 664 00:48:39,680 --> 00:48:41,480 Saya akan merindui tempat ini. 665 00:48:42,040 --> 00:48:45,840 Tapi saya teruja nak balik rumah, jumpa mak dan ayah 666 00:48:46,560 --> 00:48:47,560 serta ke sekolah. 667 00:48:48,520 --> 00:48:50,360 Saya ada banyak idea, 668 00:48:50,440 --> 00:48:53,320 projek ini hanyalah permulaan. 669 00:48:55,040 --> 00:48:57,440 Ya, saya sangat teruja untuk projek seterusnya. 670 00:50:21,920 --> 00:50:26,920 Terjemahan sari kata oleh Azzahra Ghani