1 00:00:28,244 --> 00:00:30,622 NCT 127 AKAN BERCAKAP TENTANG ZAMAN KECIL MEREKA 2 00:00:30,705 --> 00:00:32,582 BUAT KALI PERTAMA. 3 00:00:37,587 --> 00:00:39,798 NCT 127 MENEBUS SEMULA ZAMAN KECIL MEREKA 4 00:00:39,881 --> 00:00:41,424 MELALUI SENI PERSEMBAHAN. 5 00:01:00,610 --> 00:01:01,963 NCT 127, YANG DEBUT LAPAN TAHUN LALU, 6 00:01:01,987 --> 00:01:03,047 MERENUNGKAN MASA KINI MEREKA 7 00:01:03,071 --> 00:01:04,791 MELALUI MASA SILAM DAN IMPIAN SEMBILAN AHLI. 8 00:01:05,490 --> 00:01:07,200 BAB 4 9 00:01:07,284 --> 00:01:09,619 "SEKARANG SEMUA BUDAK SUDAH DEWASA DAN PENAT. 10 00:01:09,703 --> 00:01:12,330 JADI, TIADA GUNA BERCAKAP LAGI TENTANG MEREKA." 11 00:01:12,414 --> 00:01:13,832 DARIPADA NOVEL PETER PAN 12 00:01:17,168 --> 00:01:18,336 BANDAR RAYA NEW YORK 13 00:01:18,420 --> 00:01:22,882 Saya rasa saya mendekati orang dengan jenaka, terutamanya di AS. 14 00:01:22,966 --> 00:01:24,134 Saya buat mereka ketawa. 15 00:01:24,217 --> 00:01:26,803 Begitu cara saya raih populariti 16 00:01:27,887 --> 00:01:29,180 dan buat ramai kawan. 17 00:01:30,599 --> 00:01:36,062 Namun, saya percaya ia hanya boleh dibuat melalui usaha dan kerja keras. 18 00:01:36,146 --> 00:01:41,026 Anggap saja saya ubah diri saya jadi ekstrovert untuk menyesuaikan diri. 19 00:01:42,027 --> 00:01:45,322 Dalam filem, pada hari pertama sekolah tinggi, orang kata, 20 00:01:45,989 --> 00:01:48,992 "Saya akan jadi orang berbeza mulai hari ini," betul? 21 00:01:50,452 --> 00:01:51,995 Itulah yang saya buat. 22 00:01:55,457 --> 00:01:59,210 Saya tak pernah dipilih di jalanan sebelum ini. 23 00:01:59,294 --> 00:02:02,005 Namun, dalam tempoh dua ke tiga minggu, 24 00:02:02,088 --> 00:02:05,800 tiga agensi pilih saya di jalanan. 25 00:02:06,551 --> 00:02:10,180 Saya tanya diri sendiri, "Bolehkah saya buat kerja ini untuk menyara hidup?" 26 00:02:10,263 --> 00:02:11,640 Dalam perjalanan pulang, 27 00:02:11,723 --> 00:02:15,393 saya terima tawaran uji bakat daripada dua pengarah uji bakat. 28 00:02:15,477 --> 00:02:17,312 Saya bukan orang senang, 29 00:02:17,395 --> 00:02:20,899 jadi saya kata, "Saya nak makan ini," dan mereka terus belikan sandwic. 30 00:02:21,524 --> 00:02:25,111 Saya sertai uji bakat hanya untuk suka-suka. 31 00:02:25,195 --> 00:02:26,404 Saya hadirinya. 32 00:02:26,488 --> 00:02:29,532 Namun, mereka umumkan semua orang boleh pergi kecuali saya. 33 00:02:29,616 --> 00:02:32,202 Saya menyanyi di beberapa pertandingan 34 00:02:32,285 --> 00:02:34,371 untuk cari elaun dengan memenangi wang tunai. 35 00:02:34,454 --> 00:02:38,833 Namun, di salah satu pertandingan, saya terima kad perniagaan. 36 00:02:38,917 --> 00:02:41,920 Saya cuba jalani uji bakat melalui e-mel. 37 00:02:42,003 --> 00:02:45,215 Saya senaraikan semua agensi bakat terkenal. 38 00:02:45,298 --> 00:02:49,260 Saya baru nak hantar e-mel apabila menerima panggilan. 39 00:02:49,344 --> 00:02:52,013 Saya rasa ia takdir. 40 00:03:03,650 --> 00:03:04,901 Itu yang saya buat. 41 00:03:05,402 --> 00:03:08,822 {\an8}Awak dipilih hanya dengan tiga gaya itu? 42 00:03:09,322 --> 00:03:10,615 Ya. 43 00:03:10,699 --> 00:03:14,244 Awak belajar menyanyi atau menari sebelum uji bakat itu? 44 00:03:14,327 --> 00:03:18,748 Tak. Saya tak pernah ambil kelas nyanyian atau tarian. 45 00:03:18,832 --> 00:03:21,084 Johnny, saya nak awak pejamkan mata. 46 00:03:22,043 --> 00:03:24,004 {\an8}Kenang semula waktu awak menjadi pelatih. 47 00:03:26,381 --> 00:03:27,381 {\an8}Bagaimana rasanya? 48 00:03:31,428 --> 00:03:32,512 {\an8}Hebat. 49 00:03:34,139 --> 00:03:36,016 Hei, Mark! 50 00:03:36,099 --> 00:03:37,475 Teman Sejiwa 51 00:03:37,559 --> 00:03:38,935 Hei, Mark! 52 00:03:40,520 --> 00:03:42,022 Satu-satunya 53 00:03:42,105 --> 00:03:44,316 Uji Bakat Global SM 54 00:03:49,654 --> 00:03:53,366 Apabila mereka tanya rancangan saya jika saya jadi seorang penyanyi… 55 00:03:55,160 --> 00:03:56,953 saya kata saya nak buat banyak wang. 56 00:03:58,747 --> 00:04:01,374 Pasti mereka tertarik dengan kejujuran saya. 57 00:04:10,592 --> 00:04:13,678 Malah saya beritahu mak saya tentangnya. 58 00:04:14,804 --> 00:04:16,806 Kemudian dia beritahu saya yang dia fikir, 59 00:04:16,890 --> 00:04:19,643 "Adakah saya buat dia rasa tak yakin dari segi kewangan?" 60 00:04:23,021 --> 00:04:26,316 Buat tiga tahun pertama saya jadi pelatih, 61 00:04:26,399 --> 00:04:33,323 saya cuma melawat Korea semasa cuti musim panas dan sejuk. 62 00:04:33,406 --> 00:04:35,533 Syarikat berpeluang melihat kemajuan saya. 63 00:04:35,617 --> 00:04:41,706 Namun, saya rasa seperti pergi ke kem sebab saya cuma pergi semasa cuti sekolah. 64 00:04:41,790 --> 00:04:43,500 Saya seronok berlatih. 65 00:04:43,833 --> 00:04:44,894 {\an8}TAHUN 2008, PELATIH TAHUN PERTAMA 66 00:04:44,918 --> 00:04:46,878 {\an8}Belajar menari dan menyanyi. 67 00:04:47,420 --> 00:04:49,673 Sejak itu, saya jalani dua kehidupan berbeza, 68 00:04:50,465 --> 00:04:52,884 sebagai Johnny, pelatih penyanyi Pop Korea 69 00:04:54,177 --> 00:04:55,679 dan Johnny, pelajar Amerika. 70 00:04:56,680 --> 00:05:02,978 Ketika itu, saya remaja yang beremosi, jadi saya amat meminati muzik rock. 71 00:05:03,520 --> 00:05:06,940 Sejujurnya, saya tak tahu banyak lagu Pop Korea daripada SM. 72 00:05:10,902 --> 00:05:12,654 Saya tak sabar menanti cuti sekolah. 73 00:05:23,123 --> 00:05:25,458 Awak tak sangka tiga tahun pertama 74 00:05:25,542 --> 00:05:27,252 yang awak anggap seperti percutian, 75 00:05:27,335 --> 00:05:29,879 akan menjadi latihan selama lapan tahun, 76 00:05:29,963 --> 00:05:31,881 tempoh paling lama dalam kumpulan. 77 00:05:33,049 --> 00:05:36,636 Jika masa diundur dan awak perlu ulanginya selama sembilan tahun, 78 00:05:37,262 --> 00:05:38,638 awak sanggup lakukannya? 79 00:05:47,606 --> 00:05:51,067 Pada tahun ketiga sebagai pelatih, saya gagal debut buat pertama kali. 80 00:05:51,151 --> 00:05:52,319 TAHUN 2010, SUNGAI HAN 81 00:05:52,402 --> 00:05:55,113 {\an8}Saya berbual dengan pelatih lain di tepi Sungai Han. 82 00:05:55,196 --> 00:05:57,091 {\an8}KAWAN (PELATIH, BAKAL DEBUT) JOHNNY (PELATIH, TAHUN KETIGA) 83 00:05:57,115 --> 00:05:58,867 {\an8}Maaf saya buat debut dulu. 84 00:05:59,784 --> 00:06:01,161 Jangan cakap begitu. 85 00:06:03,038 --> 00:06:04,789 Kita dah bekerja keras. 86 00:06:07,292 --> 00:06:08,293 Betul. 87 00:06:14,591 --> 00:06:16,217 Johnny, awak sangat… 88 00:06:17,886 --> 00:06:21,806 Awak lebih pandai menari dan lebih tinggi daripada saya. 89 00:06:22,641 --> 00:06:25,393 Awak juga kacak. Awak takkan apa-apa. 90 00:06:27,020 --> 00:06:28,355 Namun, awak lebih kacak. 91 00:06:29,314 --> 00:06:30,899 Ya, nampaknya begitu. 92 00:06:37,822 --> 00:06:40,951 Saya tak boleh bayangkan apa yang awak lalui… 93 00:06:41,034 --> 00:06:42,452 Benar. 94 00:06:43,787 --> 00:06:45,080 Saya sedang cuba. 95 00:06:45,163 --> 00:06:47,874 Awak tak pandai memujuk. Teruk betul pujukan awak. 96 00:06:47,958 --> 00:06:49,125 - Yakah? - Ya. 97 00:06:49,209 --> 00:06:51,753 - Pujuk orang bukan begini? - Bukan. 98 00:06:52,253 --> 00:06:53,630 Okey. 99 00:06:54,839 --> 00:06:57,884 - Saya akan belajar memujuk orang. - Okey. 100 00:06:58,385 --> 00:06:59,552 Berhenti. 101 00:07:03,098 --> 00:07:04,724 {\an8}Awak menangis pada hari itu, bukan? 102 00:07:05,600 --> 00:07:06,600 {\an8}Ya. 103 00:07:07,018 --> 00:07:08,061 {\an8}Kenapa tidak sekarang? 104 00:07:08,478 --> 00:07:09,771 {\an8}Johnny dah tak menangis lagi. 105 00:07:11,314 --> 00:07:12,691 {\an8}Kenapa? 106 00:07:13,024 --> 00:07:14,317 {\an8}Dia dah matang. 107 00:07:15,026 --> 00:07:18,238 Rasanya itu kali pertama saya menangis begitu. 108 00:07:18,905 --> 00:07:20,073 Saya luahkan perasaan. 109 00:07:20,657 --> 00:07:25,453 Namun, rasanya respons mak saya yang paling tak dapat dilupakan. 110 00:07:25,537 --> 00:07:28,999 Dia kata tak mengapa dan saya boleh buat perkara lain. 111 00:07:30,083 --> 00:07:31,835 Jadualnya padat, 112 00:07:31,918 --> 00:07:35,880 tapi saya tak rasa ia sukar pada waktu itu. 113 00:07:35,964 --> 00:07:39,426 Semasa latihan, sebagai pelatih, 114 00:07:39,968 --> 00:07:41,636 saya bekerja keras. 115 00:07:42,262 --> 00:07:46,808 Apabila tak berlatih dan berada di rumah, saya luangkan masa untuk diri sendiri. 116 00:07:46,891 --> 00:07:49,352 Saya dapat belajar menyanyi semahunya, 117 00:07:49,436 --> 00:07:54,482 alami pelbagai perkara dan mengikut kehendak tanpa kerisauan. 118 00:07:54,566 --> 00:07:56,109 Waktu itu menggembirakan. 119 00:07:56,192 --> 00:07:59,446 Saya belajar bahasa Korea dan Jepun pada masa yang sama. 120 00:07:59,529 --> 00:08:01,615 Namun, awak orang Jepun, Yuta. 121 00:08:02,407 --> 00:08:03,575 {\an8}Benar. 122 00:08:03,783 --> 00:08:07,537 {\an8}Namun, dialek Kansai saya terlalu pekat. Saya belajar untuk hilangkannya. 123 00:08:08,955 --> 00:08:13,543 Bahagian paling sukar adalah tak pasti sama ada saya akan buat debut. 124 00:08:14,836 --> 00:08:18,798 Saya pasti itu juga perkara paling sukar untuk semua orang. 125 00:08:18,882 --> 00:08:24,220 Namun, melalui kekecewaan dan kesukaran, 126 00:08:24,304 --> 00:08:26,640 saya menjadi matang. 127 00:08:26,723 --> 00:08:29,476 Ia satu-satunya perkara yang saya… 128 00:08:31,603 --> 00:08:33,146 boleh buat. 129 00:08:34,522 --> 00:08:37,150 Ketika itu, gred saya tak bagus. 130 00:08:37,233 --> 00:08:39,110 Saya tak berbakat semula jadi. 131 00:08:39,194 --> 00:08:41,446 Saya tak begitu rajin. 132 00:08:41,529 --> 00:08:42,530 Saya rasa… 133 00:08:44,115 --> 00:08:46,326 saya kurang berkeyakinan. 134 00:08:47,243 --> 00:08:50,038 'NEO CITY - THE LINK' RAPTAI KONSERT 135 00:08:53,750 --> 00:08:56,795 Saya seperti dilahirkan semula di SM. 136 00:08:56,878 --> 00:08:59,214 Saya belajar semula semuanya dari mula. 137 00:09:02,092 --> 00:09:05,136 Saya rasa ucapan kita kepada penonton yang paling penting. 138 00:09:05,220 --> 00:09:07,722 Doyoung, kenapa awak nak nyanyi lagu "Favorite"? 139 00:09:07,806 --> 00:09:09,891 Contohnya, bersuara dalam situasi tertentu. 140 00:09:09,975 --> 00:09:12,227 - Jangan lakukannya. - Buat yang lain. 141 00:09:12,310 --> 00:09:15,563 Maksud saya, awak boleh buat, jika itu yang awak mahu. 142 00:09:15,647 --> 00:09:18,525 Saya banyak belajar perkara begitu. 143 00:09:18,608 --> 00:09:21,778 TAEYONG 144 00:09:22,612 --> 00:09:25,198 Dia jenis ketua yang mengambil inisiatif. 145 00:09:25,699 --> 00:09:29,744 Yang paling penting, dia ketua yang mewakili kumpulannya. 146 00:09:29,828 --> 00:09:32,455 Dalam kumpulan kami, NCT 127, 147 00:09:32,539 --> 00:09:35,375 dia seperti identiti kami. 148 00:09:35,959 --> 00:09:40,880 Dari segi persembahan, apabila dia berada di tengah, 149 00:09:41,965 --> 00:09:46,177 saya rasa kumpulan kami lebih menyerlah. 150 00:09:46,261 --> 00:09:47,512 Dia bukan sekadar ketua. 151 00:09:47,596 --> 00:09:53,018 Kami selalu harapkan dia disebabkan pengaruhnya. 152 00:09:53,101 --> 00:09:56,271 Pasti dia rasa tertekan sebab perlu berdiri di tengah. 153 00:09:56,354 --> 00:09:57,897 Faham maksud saya? 154 00:09:57,981 --> 00:10:01,401 Sebagai ketua, dia bekerja keras walaupun kami tak melihat. 155 00:10:01,484 --> 00:10:05,363 Dia ambil pandangan dan pendapat kami, 156 00:10:05,989 --> 00:10:07,866 dan suarakannya kepada kakitangan dan kru… 157 00:10:08,950 --> 00:10:12,037 seperti ia pandangannya sendiri. 158 00:10:12,120 --> 00:10:15,248 Saya rasa hanya dia seorang yang mampu buat begitu. 159 00:10:15,874 --> 00:10:17,500 Dia buat dengan sangat baik. 160 00:10:22,839 --> 00:10:24,299 Saya harap saya boleh kata… 161 00:10:24,966 --> 00:10:26,343 saya buat yang terbaik. 162 00:10:33,099 --> 00:10:34,392 Maafkan saya. 163 00:10:34,476 --> 00:10:36,311 Tiba-tiba saja saya beremosi. 164 00:10:42,817 --> 00:10:43,944 Saya rasa… 165 00:11:01,211 --> 00:11:04,089 Rasanya saya menangis sebab… 166 00:11:08,426 --> 00:11:10,011 saya dah buat yang terbaik, 167 00:11:11,596 --> 00:11:13,932 tapi saya rasa serba kekurangan. 168 00:11:14,432 --> 00:11:15,725 Itu yang saya kesali. 169 00:11:21,273 --> 00:11:23,191 Apa yang paling awak kesali? 170 00:11:31,616 --> 00:11:33,285 Setiap saat. 171 00:11:34,786 --> 00:11:39,124 Saya nak jadi pendengar yang baik. Ia satu penghormatan… 172 00:11:40,583 --> 00:11:44,004 menjadi sebahagian daripada kisah silam rakan kumpulan saya. 173 00:11:44,087 --> 00:11:46,131 "Mak bekerja keras untuk menyara kamu." 174 00:11:46,214 --> 00:11:47,882 {\an8}Hei, awak di sana! Lari laju lagi! 175 00:11:48,717 --> 00:11:52,137 Saya suka kami dapat merasai zaman kecil masing-masing. 176 00:11:58,059 --> 00:11:59,394 Sekarang giliran saya? 177 00:12:09,195 --> 00:12:10,322 KELAS RIANG KAMI 178 00:12:21,458 --> 00:12:23,043 Semasa bersekolah rendah, 179 00:12:23,126 --> 00:12:26,046 saya berpindah sekolah sewaktu saya darjah empat. 180 00:12:27,213 --> 00:12:30,925 Saya rasa pelajar baharu selalunya akan lebih menyerlah. 181 00:12:31,968 --> 00:12:35,221 Ketika itu, hanya seorang pelajar yang baik dengan saya. 182 00:12:36,222 --> 00:12:37,223 Hei. 183 00:12:43,355 --> 00:12:44,356 Ayuh. 184 00:12:45,231 --> 00:12:46,232 Mari duduk. 185 00:12:51,237 --> 00:12:54,491 Ketika itulah saya mula sukakan dia. 186 00:12:55,825 --> 00:13:00,372 Namun, sukar untuk saya berterus terang dengannya dan kata, "Saya sukakan awak." 187 00:13:01,122 --> 00:13:02,123 Nah. 188 00:13:02,624 --> 00:13:08,088 Jadi, saya fikirkan cara yang unik untuk luahkan perasaan. 189 00:13:08,171 --> 00:13:10,298 Ini kelas kita. 190 00:13:10,382 --> 00:13:14,761 Ini susunan tempat duduk. Saya suka gadis yang duduk di sini. 191 00:13:14,844 --> 00:13:16,930 Nanti dulu. 192 00:13:17,013 --> 00:13:19,349 - Saya tak faham. - Apa? 193 00:13:19,432 --> 00:13:24,145 Saya beritahu dia, "Titik garis mengufuk pada grid 194 00:13:24,729 --> 00:13:28,483 dan garis tegak pada grid bertemu 195 00:13:29,067 --> 00:13:31,820 ialah tempat gadis yang saya suka duduk." 196 00:13:32,779 --> 00:13:33,947 Awak dah faham? 197 00:13:34,948 --> 00:13:38,785 Adakah koordinat latitud dan longitudnya 127? 198 00:13:41,997 --> 00:13:43,832 Dia terus faham. 199 00:13:47,794 --> 00:13:50,171 Saya akan tanya abang saya. 200 00:13:50,255 --> 00:13:54,384 Namun, abangnya ialah presiden majlis pelajar. 201 00:13:54,467 --> 00:13:57,971 Saya fikir dalam hati, "Habislah saya." 202 00:13:58,054 --> 00:14:02,142 Keesokan harinya, dia beritahu saya yang abangnya tak bersetuju. 203 00:14:08,940 --> 00:14:11,318 Begini… 204 00:14:13,528 --> 00:14:15,113 Sebenarnya… 205 00:14:37,552 --> 00:14:39,304 Ketika itulah… 206 00:14:40,972 --> 00:14:44,100 keyakinan saya untuk meluahkan perasaan hilang. 207 00:14:44,184 --> 00:14:45,727 Keyakinan saya merudum. 208 00:14:45,810 --> 00:14:50,440 Adakah pengalaman itu mendorong awak menjadi tekun? 209 00:14:50,523 --> 00:14:51,650 Tidak, saya rasa… 210 00:14:52,943 --> 00:14:56,571 ia mengubah saya menjadi seorang yang tak yakin. 211 00:14:58,782 --> 00:15:02,410 Ada dua sebab saya berjaya melalui kesukaran. 212 00:15:03,995 --> 00:15:04,995 Hei! 213 00:15:05,956 --> 00:15:08,124 Sebab pertama ialah kakak saya. 214 00:15:11,836 --> 00:15:12,837 Mari pergi. 215 00:15:18,009 --> 00:15:23,348 Saya mengagumi kakak saya lebih daripada ibu bapa sendiri. 216 00:15:23,890 --> 00:15:28,061 Dia membantu saya apabila saya hadapi masalah. 217 00:15:28,645 --> 00:15:33,733 Sokongannya menjadikan dia wira di mata saya. 218 00:15:40,156 --> 00:15:45,912 Sehingga kini, lagu kegemaran saya ialah lagu dalam pemain MP3 yang dia beri. 219 00:15:45,996 --> 00:15:48,832 Ketika itu, saya tak pandai memuat turun muzik. 220 00:15:48,915 --> 00:15:50,458 Saya cuma dengar senarai lagunya. 221 00:15:50,542 --> 00:15:53,295 Begitulah saya temui artis kegemaran saya. 222 00:15:54,921 --> 00:15:57,882 Nampaknya kakak awaklah yang paling awak harapkan. 223 00:15:57,966 --> 00:15:59,634 Betul. Kakak saya. 224 00:16:00,468 --> 00:16:02,053 Sebab kedua ialah Ruby. 225 00:16:03,221 --> 00:16:07,976 Saya banyak berharap pada Ruby apabila kakak saya tiada. 226 00:16:08,059 --> 00:16:10,854 Semasa di sekolah tinggi, saya jarang pergi ke sekolah. 227 00:16:10,937 --> 00:16:13,898 Sebabnya juga amat pelik. 228 00:16:13,982 --> 00:16:17,319 Saya tak pergi sebab cuaca terlalu sejuk atau saya lapar. 229 00:16:19,112 --> 00:16:21,406 Saya rasa saya amat bingung dulu. 230 00:16:22,490 --> 00:16:25,493 Saya amat menyayangi Ruby. 231 00:16:26,870 --> 00:16:29,581 Ada sebuah insiden dengan Ruby. 232 00:16:29,664 --> 00:16:32,917 Pada suatu hari, Ruby hilang. 233 00:16:40,050 --> 00:16:43,303 Apabila kehidupan saya sukar semasa kecil, 234 00:16:43,386 --> 00:16:45,096 Ruby selalu ada di sisi saya. 235 00:16:45,639 --> 00:16:46,932 Selalu ada. 236 00:16:57,400 --> 00:17:02,614 Keluarga saya hadapi masalah kewangan sehingga waktu saya menjadi pelatih. 237 00:17:02,697 --> 00:17:05,325 Kami tak kaya. 238 00:17:06,660 --> 00:17:12,457 Namun, saya tak pernah salahkan atau membenci keluarga saya disebabkannya. 239 00:17:12,540 --> 00:17:16,169 Punca masalah ialah wang, bukan kami. 240 00:17:16,753 --> 00:17:19,798 Setiap kali pulang ke Daejeon selepas membuat debut, 241 00:17:19,881 --> 00:17:22,801 saya lihat Ruby semakin uzur. 242 00:17:22,884 --> 00:17:24,761 Banyak gigi Ruby sudah tiada. 243 00:17:32,102 --> 00:17:34,229 Saya tak pernah terbayang… 244 00:17:35,772 --> 00:17:39,567 yang suatu hari nanti Ruby akan pergi. 245 00:17:42,612 --> 00:17:45,991 Dulu Ruby selalu melompat ke atas katil. 246 00:17:46,074 --> 00:17:48,451 Namun, sekarang tak lagi. 247 00:17:50,245 --> 00:17:54,207 Walaupun ketika lemah, Ruby sentiasa berada di sisi saya. 248 00:17:54,291 --> 00:17:57,627 Saya terhutang budi kepada Ruby, seperti saya terhutang budi kepada kakak. 249 00:17:59,963 --> 00:18:03,258 Apabila mak saya datang ke bilik untuk panggil saya makan, 250 00:18:03,341 --> 00:18:05,844 Ruby akan menyalak pada mak. 251 00:18:05,927 --> 00:18:08,722 Rasanya Ruby ingin melindungi saya. 252 00:18:21,943 --> 00:18:26,323 Dalam kehidupan seterusnya, saya harap kami bertukar peranan. 253 00:18:27,032 --> 00:18:29,409 Agar kami dapat buat perkara yang kami kesali. 254 00:18:30,410 --> 00:18:34,789 Banyak yang saya kesali tentang cara saya habiskan masa dengan Ruby. 255 00:18:34,873 --> 00:18:39,878 Anjing-anjing lain yang saya lihat pergi ke pantai, gunung 256 00:18:40,378 --> 00:18:42,005 dan tempat lain bersama keluarga. 257 00:18:42,088 --> 00:18:43,757 Apabila saya lihat gambar-gambar itu, 258 00:18:43,840 --> 00:18:46,926 saya menyesal tak dapat buat kenangan itu bersama Ruby. 259 00:18:52,140 --> 00:18:54,935 {\an8}Beberapa bulan lalu, saya suruh awak tangkap gambar 260 00:18:55,143 --> 00:18:56,645 {\an8}ahli NCT 127 yang lain. 261 00:18:57,938 --> 00:18:59,105 {\an8}- Ya. - Apa perasaan awak? 262 00:18:59,731 --> 00:19:02,984 {\an8}Sudah agak lama saya tak tangkap gambar ahli kumpulan, 263 00:19:03,068 --> 00:19:05,028 {\an8}jadi saya agak teruja. 264 00:19:05,987 --> 00:19:09,115 {\an8}Terutamanya sebab kami akan membuat jelajah. 265 00:19:09,824 --> 00:19:13,411 {\an8}Ia ibarat sambil menyelam minum air. 266 00:19:14,871 --> 00:19:16,831 {\an8}Pilih gambar yang awak suka dan sebabnya. 267 00:19:17,874 --> 00:19:18,875 Okey. 268 00:19:24,547 --> 00:19:25,799 Okey. 269 00:19:26,967 --> 00:19:29,970 {\an8}Saya ambil gambar ini sebab saya rasa kelakar 270 00:19:30,053 --> 00:19:32,055 {\an8}apabila semua orang berswafoto serentak. 271 00:19:32,264 --> 00:19:33,264 {\an8}Sebab itu saya suka. 272 00:19:35,600 --> 00:19:36,851 {\an8}Gambar Doyoung. 273 00:19:37,143 --> 00:19:38,603 {\an8}Dia selalu di sebelah saya. 274 00:19:38,812 --> 00:19:40,313 {\an8}Personaliti kami serasi. 275 00:19:40,605 --> 00:19:42,232 {\an8}Kami seronok berbual. 276 00:19:43,483 --> 00:19:45,485 {\an8}Dia bijak. Banyak saya belajar daripada dia. 277 00:19:47,862 --> 00:19:48,862 {\an8}Gambar ini teruk. 278 00:19:49,489 --> 00:19:52,325 {\an8}Walau apa pun, ini gambar Abang Taeil. 279 00:19:52,534 --> 00:19:54,035 {\an8}Ahli kumpulan, kawan dan abang. 280 00:19:54,327 --> 00:19:57,956 {\an8}Dia ada kebolehan untuk menarik perhatian orang di sekelilingnya. 281 00:20:02,919 --> 00:20:05,338 {\an8}Ini gambar Taeyong. 282 00:20:08,008 --> 00:20:11,595 {\an8}Dia baru beli coklat dan nampak gembira. 283 00:20:13,930 --> 00:20:15,932 {\an8}Bagi saya, Taeyong 284 00:20:16,141 --> 00:20:18,560 {\an8}ialah ahli kumpulan yang rapat dengan saya. 285 00:20:18,768 --> 00:20:23,273 {\an8}Seperti dua pahlawan yang pergi bertempur di medan perang 286 00:20:23,356 --> 00:20:24,774 {\an8}dan pulang hidup-hidup. 287 00:20:26,109 --> 00:20:30,322 {\an8}Saya harap mereka boleh lihat maksud di sebalik gambar ini. 288 00:20:31,156 --> 00:20:35,368 {\an8}Jadi, saya harap mereka boleh rasa kemesraan 289 00:20:36,328 --> 00:20:40,790 {\an8}dan emosi saya semasa mengambil gambar mereka. 290 00:20:41,833 --> 00:20:44,294 Sejauh mana perbezaan hidup awak sekarang 291 00:20:44,377 --> 00:20:47,672 dibandingkan dengan jangkaan awak sebagai pelatih? 292 00:20:48,298 --> 00:20:49,633 Benar-benar berbeza. 293 00:20:50,925 --> 00:20:52,344 Amat berbeza. 294 00:20:52,427 --> 00:20:55,764 Amat berbeza dengan jangkaan saya. Semasa jadi pelatih, saya fikir, 295 00:20:56,389 --> 00:20:57,557 "Apabila jadi penyanyi…" 296 00:20:57,641 --> 00:20:59,351 Saya sangka hidup akan selalu mewah, 297 00:20:59,434 --> 00:21:02,437 mendapat pujian dan penuh glamor. 298 00:21:02,520 --> 00:21:06,316 Saya sangka saya akan sentiasa disanjung. 299 00:21:06,399 --> 00:21:09,402 Saya sangka saya akan jadi seperti Justin Bieber. 300 00:21:10,612 --> 00:21:13,490 Bukan begitu hakikatnya. Ia tak mengubah apa-apa. 301 00:21:13,573 --> 00:21:18,078 Tanggungjawab saya bertambah. 302 00:21:19,037 --> 00:21:20,097 {\an8}TAHUN 2013, PELATIH TAHUN KELIMA 303 00:21:20,121 --> 00:21:22,916 {\an8}Dulu kami menggelar SM "Bilik Waktu". 304 00:21:23,416 --> 00:21:26,044 Kami tak tahu berapa lama kami akan berada di sana. 305 00:21:27,963 --> 00:21:31,341 Usia dan sesuatu seumpamanya tak penting. 306 00:21:32,258 --> 00:21:34,719 Tahap pencapaian kami yang diutamakan. 307 00:21:34,803 --> 00:21:37,722 Sebab itulah ia dipanggil "Bilik Waktu". 308 00:22:00,203 --> 00:22:04,833 Selepas menjalani latihan, mereka suruh saya pulang berehat di Amerika. 309 00:22:04,916 --> 00:22:06,501 Jadi, saya pergi. 310 00:22:09,546 --> 00:22:12,966 Saya jumpa kawan sekolah tinggi saya. 311 00:22:13,758 --> 00:22:16,219 Ada yang saya kenal sejak sekolah rendah. 312 00:22:17,053 --> 00:22:20,849 Selepas jumpa dan lihat kehidupan mereka, 313 00:22:20,932 --> 00:22:25,478 saya mula terfikir, "Patutkah saya jalani hidup seperti mereka?" 314 00:22:26,271 --> 00:22:28,815 Kami banyak berbual. 315 00:22:28,898 --> 00:22:31,151 Saya fikir, "Saya dah cuba yang terbaik. 316 00:22:31,860 --> 00:22:35,822 Mari pulang ke AS dan buat yang terbaik di sini." 317 00:22:36,323 --> 00:22:43,079 Ketika itu, Doyoung buat sesuatu yang tak dapat dilupakan. 318 00:22:43,163 --> 00:22:45,248 Awak tak kisah jadi Doyoung? 319 00:22:45,332 --> 00:22:46,875 - Saya jadi Doyoung? - Ya. 320 00:22:47,500 --> 00:22:50,920 Doyoung ahli kumpulan kegemaran saya. Saya akan cuba. 321 00:22:51,504 --> 00:22:52,797 Awak menipu. 322 00:22:54,090 --> 00:22:55,634 Serius? 323 00:22:56,217 --> 00:22:58,219 - Okey, saya akan cuba. - Okey. 324 00:22:58,303 --> 00:23:00,555 {\an8}KESEGARAN YANG TIDAK BOLEH DITIRU 325 00:23:00,639 --> 00:23:02,849 KIMCHI JJIM, SAMGYEOPSAL PIZA CHICAGO, BURGER AYAM 326 00:23:03,266 --> 00:23:05,560 TAHUN 2015, SEOUL 327 00:23:05,644 --> 00:23:07,437 Pada hari itu, Doyoung kata… 328 00:23:07,520 --> 00:23:08,647 DOYOUNG (PELATIH, KAWAN) 329 00:23:08,730 --> 00:23:10,315 "Johnny, jangan pergi." 330 00:23:10,398 --> 00:23:11,566 {\an8}Lebih kurang begitu. 331 00:23:11,650 --> 00:23:12,850 {\an8}JOHNNY (PELATIH, TAHUN KETUJUH) 332 00:23:12,901 --> 00:23:16,821 {\an8}Sebab pada asalnya, saya dan Doyoung tak terpilih sebagai ahli NCT 127. 333 00:23:16,905 --> 00:23:19,366 Dia larang saya pergi. 334 00:23:20,200 --> 00:23:24,537 Ketika itu, saya beritahu dia, "Ini kesukaran yang saya hadapi. 335 00:23:24,621 --> 00:23:28,458 Saya teruja untuk mulakan pengalaman baharu hidup saya." 336 00:23:30,043 --> 00:23:33,129 Kami berbual dan makan. 337 00:23:33,213 --> 00:23:35,924 Kemudian, kami pulang ke asrama dan tidur. 338 00:23:37,050 --> 00:23:41,513 Malah Doyoung tulis surat kepada saya dan minta saya jangan pergi. 339 00:23:48,770 --> 00:23:53,817 Saya nampak dia lebih tekad berbanding sebelumnya. 340 00:23:53,900 --> 00:23:59,823 Saya fikir, "Saya patut berusaha menghalangnya daripada pergi." 341 00:24:00,532 --> 00:24:02,826 Begitulah perasaan saya. 342 00:24:02,909 --> 00:24:05,870 Saya sangka ia benar-benar berakhir. 343 00:24:05,954 --> 00:24:10,792 Namun, apabila seseorang beritahu kita yang kita masih ada peluang, 344 00:24:11,960 --> 00:24:15,463 kita dapat keberanian untuk mencuba buat kali terakhir. 345 00:24:15,964 --> 00:24:20,885 Saya gembira dia tak pergi dan kami bersama dalam kumpulan ini. 346 00:24:20,969 --> 00:24:25,140 Saya berasa amat lega dan bersyukur atas kehadiran Johnny. 347 00:24:25,724 --> 00:24:28,184 {\an8}Apa perasaan awak menganjurkan pameran peribadi 348 00:24:28,268 --> 00:24:29,853 {\an8}mempamerkan gambar rakan kumpulan? 349 00:24:30,312 --> 00:24:32,606 {\an8}Saya rasa agak segan. 350 00:24:33,398 --> 00:24:35,859 {\an8}Hasil gambar ini tak sebagus jangkaan saya. 351 00:24:37,485 --> 00:24:39,696 {\an8}Saya cuba ambil gambar dari perspektif 352 00:24:40,405 --> 00:24:41,615 {\an8}dan cara saya lihat dunia. 353 00:24:42,699 --> 00:24:44,534 {\an8}Saya harap mereka boleh rasa 354 00:24:45,160 --> 00:24:46,870 {\an8}perasaan saya melalui gambar itu. 355 00:24:51,541 --> 00:24:52,541 {\an8}Ini apa? 356 00:24:52,792 --> 00:24:53,793 {\an8}Ya, ini apa? 357 00:24:55,211 --> 00:24:56,755 {\an8}- Saya tak ambil gambar itu. - Ya? 358 00:24:58,089 --> 00:25:01,259 Mark, siapa Johnny bagi awak? 359 00:25:01,343 --> 00:25:03,887 Berdasarkan lukisan itu, 360 00:25:03,970 --> 00:25:07,682 saya pasti semua orang tahu itu Johnny. 361 00:25:07,766 --> 00:25:08,767 Satu-satunya 362 00:25:08,850 --> 00:25:13,521 Dia lelaki yang berotot kekar dan amat bergaya. 363 00:25:13,605 --> 00:25:18,485 Saya anggap dia seorang lelaki yang menawan. 364 00:25:23,114 --> 00:25:24,199 Ini siapa? 365 00:25:24,282 --> 00:25:25,533 "Hei, Mark!" 366 00:25:26,159 --> 00:25:30,205 Haechan, siapa Johnny bagi awak? 367 00:25:31,539 --> 00:25:36,753 Saya selalu rasa bersyukur atas kehadiran Johnny. 368 00:25:36,836 --> 00:25:39,881 Sebagai sebuah kumpulan, kami banyak harapkan dia. 369 00:25:40,548 --> 00:25:42,300 Jika Johnny tiada, 370 00:25:42,384 --> 00:25:45,220 saya tak boleh bayangkan keadaan kami tanpa dia. 371 00:25:45,303 --> 00:25:48,223 Begitulah perasaan saya. Saya bersyukur Johnny ada. 372 00:25:50,767 --> 00:25:53,311 JURUGAMBAR SUH YOUNGHO 7 DISEMBER 2022 373 00:25:53,395 --> 00:25:56,439 Seseorang yang luahkan perasaan mereka begini… 374 00:25:57,691 --> 00:25:59,484 Saya rasa ini lukisan Yuta. 375 00:25:59,567 --> 00:26:01,903 {\an8}- Nak dengar kenyataan pelukisnya? - Ya. 376 00:26:03,280 --> 00:26:06,241 Walaupun ketika waktu yang sukar, 377 00:26:06,992 --> 00:26:12,872 Johnny selalu buat jenaka untuk mengubah suasana. 378 00:26:12,956 --> 00:26:19,129 Dia seperti bunga matahari yang muncul apabila kumpulan kami dalam masalah. 379 00:26:19,212 --> 00:26:22,132 - Saya lukis hantu. - Hantu? 380 00:26:22,215 --> 00:26:23,717 Saya hanya lukis hantu. 381 00:26:23,800 --> 00:26:24,801 Teman Sejiwa 382 00:26:24,884 --> 00:26:27,262 Sebab kami teman sejiwa. 383 00:26:29,222 --> 00:26:31,600 Tiba-tiba saya teringatkan lautan. 384 00:26:31,683 --> 00:26:36,563 Bukan lautan bergelora dengan ombak yang menghempas. 385 00:26:36,646 --> 00:26:39,816 Sebaliknya lautan yang tenang, 386 00:26:40,692 --> 00:26:45,947 dengan cahaya matahari bersinar pada permukaan air. 387 00:26:46,031 --> 00:26:52,120 Johnny bagaikan kurniaan buat saya. 388 00:26:52,203 --> 00:26:54,956 Dia amat bermakna buat saya 389 00:26:55,040 --> 00:27:00,295 disebabkan personalitinya dan hakikat yang dia ada di sisi saya. 390 00:27:01,004 --> 00:27:05,133 Itu perkara yang memudahkan hidup saya. 391 00:27:05,216 --> 00:27:07,594 Dia bagaikan api. 392 00:27:07,677 --> 00:27:10,597 Bagaimana nak jelaskannya? Api menarik perhatian. 393 00:27:10,680 --> 00:27:12,307 {\an8}Apinya boleh menjulang tinggi. 394 00:27:12,390 --> 00:27:13,391 {\an8}LELAKI KACAK 395 00:27:13,475 --> 00:27:17,854 {\an8}Namun, dia ada sesuatu yang lebih membara di dalam. 396 00:27:17,938 --> 00:27:21,816 Johnny belikan hadiah hari jadi pertama saya. 397 00:27:21,900 --> 00:27:25,195 Dia memang baik hati. 398 00:27:25,278 --> 00:27:29,366 Saya sangat gembira. 399 00:27:29,449 --> 00:27:31,409 Ia hadiah pertama daripada kawan. 400 00:27:46,257 --> 00:27:49,719 Namun, apabila kita dah berjaya nanti, 401 00:27:50,929 --> 00:27:52,973 mari berjumpa dan menangis sepuas-puasnya. 402 00:27:54,391 --> 00:27:57,686 Waktu itu, kita lebih berusia. 403 00:27:58,186 --> 00:27:59,980 - Kita akan menangis? - Hei. 404 00:28:01,231 --> 00:28:03,233 Orang matang tak wujud. 405 00:28:04,234 --> 00:28:08,655 Orang matang hanya kanak-kanak yang berwajah seperti orang dewasa. 406 00:28:11,408 --> 00:28:12,617 Kita boleh menangis juga. 407 00:28:16,037 --> 00:28:20,667 Sejak saya menjadi pelatih, saya jumpa ramai orang dewasa yang baik. 408 00:28:20,750 --> 00:28:24,296 Saya sedar saya nak jadi orang dewasa yang baik seperti mereka. 409 00:28:25,255 --> 00:28:29,301 Namun, pada hakikatnya, semua orang dewasa ada kenangan zaman kecil. 410 00:28:29,968 --> 00:28:32,846 Mereka cuma kanak-kanak yang berwajah dewasa. 411 00:28:33,430 --> 00:28:36,266 Semasa kecil, saya tahu orang dewasa mahu jadi keanak-anakan, 412 00:28:36,933 --> 00:28:39,144 merungut seperti budak, 413 00:28:39,227 --> 00:28:43,815 marah, menangis dan mengharapkan seseorang seperti anak kecil. 414 00:28:45,025 --> 00:28:46,693 Saya sedar mereka cuma 415 00:28:47,319 --> 00:28:49,821 menahan diri daripada menunjukkan emosi. 416 00:28:50,447 --> 00:28:53,825 Sebab itu saya nak jadi seperti mereka dan jadi orang dewasa yang baik. 417 00:28:54,492 --> 00:28:56,286 Orang dewasa yang sangat baik. 418 00:28:58,622 --> 00:29:01,708 Sejujurnya, saya masih tak tahu makna menjadi ketua. 419 00:29:02,959 --> 00:29:05,128 Namun, saya ingin jadi saudara, 420 00:29:05,211 --> 00:29:07,631 manusia dan kawan yang baik kepada rakan kumpulan. 421 00:29:07,714 --> 00:29:08,923 Itu matlamat saya. 422 00:29:16,348 --> 00:29:20,852 'NEO CITY - THE LINK' KONSERT SEOUL 423 00:29:21,353 --> 00:29:22,771 ZON 127 424 00:29:42,707 --> 00:29:45,210 {\an8}JELAJAH KEDUA NCT 127 NEO CITY: SEOUL, THE LINK+ 425 00:30:28,169 --> 00:30:30,839 Sejujurnya, apabila saya diterima memasuki SM, 426 00:30:31,756 --> 00:30:34,759 dan saya pasti seluruh ahli kumpulan juga begitu, 427 00:30:34,843 --> 00:30:38,638 {\an8}tapi saya rasa seperti hidup saya bermula semula. 428 00:30:38,722 --> 00:30:40,265 {\an8}LEE EUNYEOL GURU SEKOLAH JAEHYUN 429 00:30:40,348 --> 00:30:42,642 {\an8}Saya bekerja keras untuk buat debut. 430 00:30:43,184 --> 00:30:46,396 Pada tahun pertama debut, saya belajar berjalan. 431 00:30:46,479 --> 00:30:48,982 Tahun berikutnya, saya belajar bercakap. 432 00:30:49,691 --> 00:30:51,985 {\an8}IBU JUNGWOO 433 00:30:52,068 --> 00:30:57,240 {\an8}Pada tahun ketiga, saya belajar menari, menyanyi dan sebagainya. 434 00:30:57,324 --> 00:31:00,243 Namun, sekarang pada tahun ketujuh… 435 00:31:02,037 --> 00:31:03,913 {\an8}saya belajar untuk menyayangi. 436 00:31:11,963 --> 00:31:12,963 {\an8}Setelah tahu 437 00:31:13,673 --> 00:31:16,468 {\an8}masa yang diperlukan untuk berada di tempat sekarang, 438 00:31:17,719 --> 00:31:21,348 {\an8}awak rasa awak boleh ulang semula tempoh lapan tahun itu? 439 00:33:55,794 --> 00:33:57,796 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Azrena Ahmad