1 00:00:22,983 --> 00:00:25,485 PERPUSTAKAAN AWAM 2 00:00:49,676 --> 00:00:50,844 Hati-hati! 3 00:00:57,809 --> 00:00:59,185 Ayuh, Marcie. 4 00:00:59,269 --> 00:01:00,937 Saya perlu berlatih 5 00:01:01,021 --> 00:01:03,773 jika mahu menang pertandingan golf sekolah. 6 00:01:03,857 --> 00:01:05,442 Saya akan menyusul, tuan. 7 00:01:26,171 --> 00:01:28,256 Hari yang baik untuk berlatih, tuan. 8 00:01:29,758 --> 00:01:31,635 Nampaknya awak ada peminat. 9 00:01:31,718 --> 00:01:36,181 Mereka datang ke tempat betul jika mahu belajar tentang golf. 10 00:01:36,973 --> 00:01:41,186 Peluang dia tipis jika dia tak kenal kawasan hijau. 11 00:01:41,269 --> 00:01:44,773 Kedi kita yang penting. 12 00:01:44,856 --> 00:01:47,692 Dia okey dengan adanya Marcie. 13 00:01:48,818 --> 00:01:52,072 Bongkokkan pinggang, tuan. Rupa awak seperti itik. 14 00:01:52,572 --> 00:01:54,616 Terus-terang, tapi jujur. 15 00:01:59,996 --> 00:02:02,832 Nampak? Kedi bagus, permainan bagus. 16 00:02:35,865 --> 00:02:39,452 Budak berhidung besar itu tentu sukar untuk dikalahkan. 17 00:02:39,536 --> 00:02:41,454 Jangan biar dia ganggu awak, tuan. 18 00:02:41,538 --> 00:02:45,959 Jika awak mahu menang pusingan kelayakan dan bermain di perlawanan utama, 19 00:02:46,042 --> 00:02:48,628 awak perlu bertenang. 20 00:02:48,712 --> 00:02:50,755 Sebab itu awak kedi saya, Marcie. 21 00:02:50,839 --> 00:02:52,340 Awak bantu saya fokus. 22 00:02:52,424 --> 00:02:54,885 Mungkin awak patut berlatih di bunker. 23 00:02:57,554 --> 00:03:00,807 Kejohanan boleh dimenangi atau kalah di pasir. 24 00:03:04,895 --> 00:03:07,772 Cuba pukul pasir ke tempat awak mahu bola pergi. 25 00:03:08,315 --> 00:03:12,360 "Cuba pukul pasir"? Itu takkan berjaya. 26 00:03:20,160 --> 00:03:21,828 Cadangan bagus, Marcie. 27 00:03:35,133 --> 00:03:38,929 Lihat, Piala Sekolah Rendah Pinecrest. 28 00:03:39,012 --> 00:03:41,765 Lihatlah juara sebelum ini. 29 00:03:41,848 --> 00:03:44,601 "Bunker Billie, Driver Davey." 30 00:03:44,684 --> 00:03:47,938 Selepas ini, "Peppermint Patty" akan ada di piala itu. 31 00:03:48,647 --> 00:03:51,233 Saya tak nampak nama kedi. 32 00:03:51,316 --> 00:03:53,777 Kenapa mereka mahu letak nama kedi? 33 00:03:53,860 --> 00:03:57,239 Saya mahu ingatkan, tuan, golf ialah sukan berpasukan. 34 00:03:57,322 --> 00:04:01,493 Ya. Hanya saya dan diri saya. 35 00:04:02,118 --> 00:04:07,332 Mulai sekarang, awak boleh bawa beg awak sendiri, tuan. 36 00:04:08,583 --> 00:04:10,585 Jangan panggil saya tuan. 37 00:04:11,753 --> 00:04:13,547 Presiden ingin lalu. 38 00:04:13,630 --> 00:04:15,382 Tandatangan ini, En. Presiden. 39 00:04:15,465 --> 00:04:16,800 Jus buah, En. Presiden? 40 00:04:16,882 --> 00:04:18,677 Senyum untuk akhbar sekolah! 41 00:04:21,471 --> 00:04:22,973 Para pelajar sekalian, 42 00:04:23,056 --> 00:04:26,518 disebabkan tempoh saya menjadi presiden kelas hampir tamat, 43 00:04:26,601 --> 00:04:30,605 jangan lupa mengundi dalam pilihan raya majlis pelajar akan datang. 44 00:04:30,689 --> 00:04:35,068 Ya, jangan lupa undi saya 45 00:04:35,151 --> 00:04:38,405 - kerana saya juga bertanding. - Hei! 46 00:04:39,531 --> 00:04:40,907 Saya juga bertanding. 47 00:04:40,991 --> 00:04:44,911 Kempen saya ialah "Kebersihan ialah sifat baik." 48 00:04:44,995 --> 00:04:46,079 Apa? 49 00:04:46,162 --> 00:04:49,791 Politik ialah tentang melebihi jangkaan. 50 00:04:49,874 --> 00:04:51,918 Awak suka bantu orang. 51 00:04:52,002 --> 00:04:53,795 Awak bantu saya di padang. 52 00:04:54,462 --> 00:04:56,798 Awak boleh jadi presiden yang hebat. 53 00:04:56,882 --> 00:04:58,633 Saya? Presiden? 54 00:05:00,427 --> 00:05:02,721 Saya suka bersendirian. 55 00:05:02,804 --> 00:05:06,266 Saya takkan tenang jika saya jadi presiden. 56 00:05:08,435 --> 00:05:09,436 Helo? 57 00:05:11,229 --> 00:05:13,607 Saya selalu dikelilingi orang. 58 00:05:14,190 --> 00:05:18,153 Saya perlu beri ucapan penting di depan ramai orang. 59 00:05:18,653 --> 00:05:19,821 Di sini, Marcie. 60 00:05:20,488 --> 00:05:22,449 Saya perlu buat keputusan segera 61 00:05:22,532 --> 00:05:24,826 tanpa ada masa untuk fikirkannya. 62 00:05:24,910 --> 00:05:26,286 Cukup! 63 00:05:29,873 --> 00:05:33,251 Tiada perkara lebih teruk daripada menjadi presiden. 64 00:05:33,335 --> 00:05:34,586 Saya tak mahu. 65 00:05:34,669 --> 00:05:36,338 Itu masuk akal. 66 00:05:36,421 --> 00:05:38,632 Awak pernah kata awak invertebrat. 67 00:05:38,715 --> 00:05:41,176 Awak maksudkan "introvert," tuan. 68 00:05:41,259 --> 00:05:42,552 Itu perkataannya. 69 00:05:48,975 --> 00:05:51,311 Okey, Marcie, saya faham maksud awak, 70 00:05:51,394 --> 00:05:55,774 tapi jika saya tak guna kayu-1 di lubang kelima, saya… 71 00:05:55,857 --> 00:05:58,401 Hei! Apa yang terjadi? 72 00:05:59,069 --> 00:06:00,237 Awak tak tahu? 73 00:06:00,320 --> 00:06:03,281 Akhirnya kafeteria menghidangkan piza. 74 00:06:03,365 --> 00:06:05,784 Piza? Kegemaran saya. 75 00:06:05,867 --> 00:06:07,202 Ayuh! 76 00:06:11,373 --> 00:06:12,374 Silakan. 77 00:06:17,337 --> 00:06:20,048 Itu pun awak, Marcie. Saya akan jaga tempat duduk awak. 78 00:06:21,466 --> 00:06:23,843 Apa maksud awak piza dah habis? 79 00:06:24,844 --> 00:06:27,806 Hanya tinggal sandwic bologna? 80 00:06:45,115 --> 00:06:46,116 Apa? 81 00:06:57,377 --> 00:07:00,005 Biar saya bantu awak, puan. 82 00:07:00,088 --> 00:07:01,131 Terima kasih. 83 00:07:01,214 --> 00:07:03,717 Kenapa koridor begitu sesak hari ini? 84 00:07:03,800 --> 00:07:06,970 Koridor barat sedang dibaiki 85 00:07:07,053 --> 00:07:09,472 dan haluan semua orang berubah. 86 00:07:09,556 --> 00:07:11,933 Nama saya Carlin. 87 00:07:12,017 --> 00:07:13,810 Selamat berkenalan, Carlin. 88 00:07:13,894 --> 00:07:17,147 Awak melihat pemain golf berlatih semalam, bukan? 89 00:07:17,230 --> 00:07:23,028 Sebenarnya, saya mengkaji kedi. Terutamanya awak. 90 00:07:23,612 --> 00:07:24,863 Awak selalu bermain? 91 00:07:25,447 --> 00:07:28,909 Tak, saya lebih berminat dengan cabaran menyelesaikan masalah 92 00:07:29,409 --> 00:07:33,455 dan dalam setiap pukulan serta sudut permainan golf, 93 00:07:33,997 --> 00:07:36,666 ada cabaran yang perlu diselesaikan. 94 00:07:37,542 --> 00:07:38,919 Saya sukakannya. 95 00:07:39,502 --> 00:07:41,588 Bercakap tentang cabaran, 96 00:07:41,671 --> 00:07:44,883 nampaknya kita semua ada masalah untuk bergerak. 97 00:07:47,302 --> 00:07:50,096 Nampaknya kita akan terlewat. 98 00:07:50,180 --> 00:07:53,642 Itulah nasib pelajar tadika. 99 00:07:53,725 --> 00:07:56,186 "Kita merempuh sekali lagi!" 100 00:07:59,689 --> 00:08:02,108 Seronok berbual dengan awak, puan. 101 00:08:14,871 --> 00:08:15,914 Maaf. 102 00:08:19,084 --> 00:08:21,044 Itali? Saya tahu ini. 103 00:08:21,545 --> 00:08:24,256 Negara yang berbentuk seperti but. 104 00:08:25,131 --> 00:08:26,132 Di sini. 105 00:08:30,136 --> 00:08:32,472 Hentikannya, si dungu! 106 00:08:33,472 --> 00:08:35,642 Bunyi berkeriut itu! 107 00:08:36,476 --> 00:08:39,312 Cara dia memegang kapur. 108 00:08:40,730 --> 00:08:42,148 Saya patut bantu. 109 00:08:43,400 --> 00:08:46,152 Saya tak boleh buat di depan orang lain. 110 00:08:47,070 --> 00:08:49,739 Lebih baik saya tunjuk pada dia selepas kelas. 111 00:08:51,866 --> 00:08:54,578 Seseorang perlu tunjuk kesalahan dia. 112 00:08:54,661 --> 00:08:55,954 Sekarang! 113 00:08:57,956 --> 00:08:59,040 ITALI 114 00:09:01,960 --> 00:09:04,754 - Apa dia buat? - Kenapa Marcie ada di sana? 115 00:09:06,381 --> 00:09:08,008 Kenapa saya ada di sini? 116 00:09:09,342 --> 00:09:12,804 Saya… Saya mahu mengasah pensel saya. 117 00:09:14,347 --> 00:09:19,144 Betul. Pensel saya tertinggal di meja. 118 00:09:19,227 --> 00:09:20,353 Lupakannya. 119 00:09:38,079 --> 00:09:41,958 Kamu patut lihat keadaan budak-budak malang itu di koridor. 120 00:09:42,459 --> 00:09:45,378 Mereka dilanggar semasa berjalan. 121 00:09:47,297 --> 00:09:50,133 Kenapa piza tak cukup untuk semua orang? 122 00:09:50,217 --> 00:09:54,221 Seseorang perlu buat sesuatu, tapi siapa orangnya? 123 00:09:57,724 --> 00:09:59,559 Kenapa bukan saya? 124 00:10:09,027 --> 00:10:13,240 Masalahnya ialah terlalu ramai pelajar gunakan koridor sama 125 00:10:13,323 --> 00:10:14,658 pada masa yang sama. 126 00:10:16,618 --> 00:10:18,995 Jika aliran trafik boleh diarah… 127 00:10:20,372 --> 00:10:25,377 ia kurang huru-hara dan lebih selamat untuk semua. 128 00:10:26,169 --> 00:10:27,754 Bercakap tentang arah, 129 00:10:28,255 --> 00:10:32,217 mungkin semua orang salah faham tentang kekurangan piza itu. 130 00:10:32,884 --> 00:10:37,722 Saya perlu lihat dari sudut berbeza. 131 00:10:48,525 --> 00:10:50,360 Ini pasti berjaya. 132 00:10:55,824 --> 00:10:57,284 Hei. Awak buatnya. 133 00:10:58,577 --> 00:11:00,120 UNDI 134 00:11:00,870 --> 00:11:03,832 Maaf. Saya perlu cakap dengan pekerja kafeteria. 135 00:11:03,915 --> 00:11:06,543 - Saya dah fikirkan… - Jangan potong barisan! 136 00:11:07,043 --> 00:11:08,044 Tentulah. 137 00:11:08,962 --> 00:11:12,048 - Boleh saya… - Jangan potong barisan! 138 00:11:16,261 --> 00:11:18,430 Saya akan beratur. 139 00:11:22,309 --> 00:11:25,520 Itu saja. Mereka dah kehabisan piza. 140 00:11:33,069 --> 00:11:34,362 SEKOLAH RENDAH PINECREST 141 00:11:42,996 --> 00:11:46,583 Okey, semua. Bersedia. Saya ada rancangan. 142 00:11:47,542 --> 00:11:50,253 Masa untuk menunjuk arah kepada semua orang. 143 00:11:55,467 --> 00:11:57,260 - Hei! - Hati-hati. 144 00:11:57,344 --> 00:11:59,846 - Siapa dia? - Awak boleh ke tepi? Hei! 145 00:11:59,930 --> 00:12:00,972 Hati-hati! 146 00:12:06,019 --> 00:12:08,688 Sekolah lebih sukar daripada golf. 147 00:12:09,189 --> 00:12:10,732 Semoga awak bernasib baik lain kali. 148 00:12:28,792 --> 00:12:29,960 Lucy sebagai presiden. 149 00:12:30,460 --> 00:12:31,878 Ambil pin ini. 150 00:12:32,504 --> 00:12:34,214 Maaf, Lucille. 151 00:12:34,297 --> 00:12:37,384 - Saya mahu bincang satu masalah. - Sebentar. 152 00:12:37,467 --> 00:12:40,554 BANTUAN PSIKIATRI 5 SEN DOKTOR ADA 153 00:12:40,637 --> 00:12:42,180 Sila bayar lima sen. 154 00:12:43,848 --> 00:12:46,309 Beritahu masalah awak. 155 00:12:46,393 --> 00:12:48,895 Saya mahu belajar cara awak. 156 00:12:49,396 --> 00:12:53,316 Berhadapan dengan orang baharu, berani di depan orang ramai. 157 00:12:53,400 --> 00:12:55,485 Saya tak suka semua itu 158 00:12:55,569 --> 00:12:59,281 dan saya risau ia menghalang saya membuat sesuatu. 159 00:13:00,865 --> 00:13:01,866 Ya. 160 00:13:01,950 --> 00:13:04,327 Maksud awak ialah 161 00:13:04,411 --> 00:13:08,039 awak mahu jadi seperti saya. 162 00:13:08,665 --> 00:13:11,918 - Sudah terlambat untuk minta duit saya? - Kita patut berlakon. 163 00:13:12,002 --> 00:13:14,462 Kita berlakon menjadi satu sama lain. 164 00:13:14,963 --> 00:13:16,673 Duduk di sini. 165 00:13:17,424 --> 00:13:20,719 Lebih tegak. Postur saya sangat baik. 166 00:13:20,802 --> 00:13:22,095 Beri cermin mata. 167 00:13:25,432 --> 00:13:27,350 Ingat, saya menjadi awak. 168 00:13:28,184 --> 00:13:31,563 Lucy, awak sangat bijak. 169 00:13:31,646 --> 00:13:35,442 Awak boleh bantu saya menjadi seperti awak? 170 00:13:39,279 --> 00:13:45,827 Beritahu saya yang saya perlu cakap lebih kuat untuk nampak yakin. 171 00:13:45,911 --> 00:13:46,912 Apa? 172 00:13:46,995 --> 00:13:48,788 Suruh saya cakap lebih kuat! 173 00:13:49,998 --> 00:13:52,125 Awak patut cakap lebih kuat? 174 00:13:54,628 --> 00:13:58,340 Nampaknya kita perlukan beberapa sesi. 175 00:13:58,965 --> 00:14:00,967 Masa ini sesuai untuk awak? 176 00:14:01,051 --> 00:14:02,302 Masa… 177 00:14:03,220 --> 00:14:04,804 Perlawanan kelayakan. 178 00:14:05,722 --> 00:14:07,974 Saya harap awak ada banyak syiling. 179 00:14:08,850 --> 00:14:11,269 Pukulan pertama, Peppermint Patty. 180 00:14:11,353 --> 00:14:12,437 Helo, tuan. 181 00:14:12,520 --> 00:14:15,023 Hei, Marcie. Kayu mana yang sesuai? 182 00:14:15,106 --> 00:14:16,274 Kayu besi-5? 183 00:14:16,358 --> 00:14:20,528 Dengan angin di belakang awak, saya lebih suka besi-6. 184 00:14:21,363 --> 00:14:22,989 Idea bagus, Marcie. 185 00:14:28,286 --> 00:14:29,412 Ke lubang 16. 186 00:14:38,547 --> 00:14:41,049 Lubang 18 menjadi penentu 187 00:14:41,132 --> 00:14:42,676 dan kedudukan seri. 188 00:14:49,558 --> 00:14:50,934 Tak guna! 189 00:14:57,691 --> 00:15:01,319 Budak berhidung besar itu ada di sini, melihat pihak lawan. 190 00:15:01,903 --> 00:15:03,321 Saya akan tunjuk pada dia. 191 00:15:03,405 --> 00:15:06,366 Saya dapat eagle jika pukul ke kawasan rumput. 192 00:15:06,449 --> 00:15:08,577 Awak boleh menang dengan hayunan. 193 00:15:09,119 --> 00:15:11,538 Gunakan pukulan pendek yang selamat. 194 00:15:25,969 --> 00:15:27,387 Bagus! 195 00:15:27,470 --> 00:15:28,597 Syabas, tuan. 196 00:15:33,059 --> 00:15:34,895 Hari sudah lewat, 197 00:15:34,978 --> 00:15:38,773 bermakna rumput dah cukup panjang untuk perlahankan pukulan. 198 00:15:39,816 --> 00:15:41,484 Pukul ke sana, tuan. 199 00:15:53,997 --> 00:15:58,293 Hore! Kita akan sertai kejohanan! 200 00:15:58,376 --> 00:16:00,003 Tahniah, tuan. 201 00:16:00,086 --> 00:16:02,839 - Pukulan hebat. - Permainan hebat. 202 00:16:02,923 --> 00:16:06,092 Sebagai presiden kelas buat masa ini, 203 00:16:06,176 --> 00:16:10,180 saya mahu ucap tahniah pada pemenang, Peppermint Patty. 204 00:16:10,263 --> 00:16:14,809 Dia akan sertai Piala Sekolah Rendah Pinecrest yang terkenal. 205 00:16:14,893 --> 00:16:15,977 Gambar untuk akhbar. 206 00:16:16,478 --> 00:16:20,982 Di sebalik pemain golf hebat ada kedi yang hebat. 207 00:16:21,483 --> 00:16:22,734 Tahniah, Marcie. 208 00:16:22,817 --> 00:16:24,611 - Syabas, Marcie. - Bagus, Marcie. 209 00:16:24,694 --> 00:16:26,947 Beritahu mereka cara awak tiba ke tahap ini. 210 00:16:27,697 --> 00:16:28,531 Sekarang? 211 00:16:29,658 --> 00:16:33,912 Saya tak sempat sediakan sesuatu. 212 00:16:36,331 --> 00:16:39,751 Cakap dengan kuat. Seperti saya. 213 00:16:39,834 --> 00:16:41,836 Postur saya sangat baik. 214 00:16:41,920 --> 00:16:42,963 Cakap dengan kuat! 215 00:16:43,046 --> 00:16:47,092 Golf ialah permainan 216 00:16:47,175 --> 00:16:50,136 dengan bola golf dan kedi. 217 00:16:50,220 --> 00:16:56,017 Saya pasti Patricia boleh jawab semua soalan awak. 218 00:17:13,868 --> 00:17:15,411 Helo, Charles. 219 00:17:15,495 --> 00:17:16,496 Helo, Marcie. 220 00:17:17,789 --> 00:17:19,457 Boleh saya tanya soalan? 221 00:17:20,333 --> 00:17:21,376 Apa soalannya? 222 00:17:22,209 --> 00:17:26,756 Saya ingin tahu jika awak mahu ubah sesuatu tentang diri awak. 223 00:17:31,219 --> 00:17:32,846 Berapa lama masa awak ada? 224 00:17:39,978 --> 00:17:42,856 Ramai orang di luar sana perlukan bantuan 225 00:17:43,398 --> 00:17:44,816 dan saya mahu bantu mereka. 226 00:17:48,236 --> 00:17:49,905 Semasa saya cuba bantu, 227 00:17:49,988 --> 00:17:54,200 tiba-tiba saya dikelilingi oleh orang baharu yang lain. 228 00:17:57,370 --> 00:18:00,790 Saya tak sempat berfikir 229 00:18:00,874 --> 00:18:04,044 dan saya cuma mahu larikan diri. 230 00:18:05,795 --> 00:18:09,633 Bagaimana saya mahu bantu orang jika saya tak boleh tunggu untuk cakap? 231 00:18:11,718 --> 00:18:13,637 Bagaimana saya boleh berubah? 232 00:18:13,720 --> 00:18:16,473 Bagaimana saya boleh jadi berbeza? 233 00:18:18,183 --> 00:18:19,517 Saya mahu bantu awak. 234 00:18:20,143 --> 00:18:22,854 Menjadi diri sendiri dah cukup sukar bagi saya. 235 00:18:41,748 --> 00:18:43,083 "Jadi diri sendiri." 236 00:18:45,919 --> 00:18:49,839 Kadangkala awak boleh beri inspirasi, Charles. 237 00:18:49,923 --> 00:18:50,924 Terima kasih. 238 00:18:52,133 --> 00:18:54,302 Saya? Beri inspirasi? 239 00:18:57,806 --> 00:19:00,850 Hei, awak mencari inspirasi? 240 00:19:00,934 --> 00:19:03,645 Awak datang ke tempat yang betul. 241 00:19:10,860 --> 00:19:14,239 Sukar dipercayai. Saya dapat sepotong piza. 242 00:19:15,365 --> 00:19:19,035 Tahniah kerana dapatkan lebih banyak piza, Franklin. 243 00:19:19,119 --> 00:19:21,413 - Saya percayakan awak, En. Presiden. - Senyum untuk… 244 00:19:22,289 --> 00:19:25,584 Saya juga gembira, tapi ia bukan disebabkan saya. 245 00:19:26,585 --> 00:19:29,004 Siapa lagi kalau bukan awak? 246 00:19:32,841 --> 00:19:34,593 Maaf kerana mengintip, 247 00:19:34,676 --> 00:19:38,263 tapi nampaknya awak bertugas di kafeteria pagi ini 248 00:19:38,346 --> 00:19:42,559 dan bantu mereka memotong lapan, bukan enam kepingan 249 00:19:42,642 --> 00:19:44,644 supaya ada lebih banyak piza. 250 00:19:45,812 --> 00:19:47,314 Tindakan bijak, puan. 251 00:19:57,908 --> 00:19:59,117 Par empat! 252 00:20:01,661 --> 00:20:03,705 Boleh saya keluar awal, puan? 253 00:20:10,712 --> 00:20:12,589 Masa untuk mulakan. 254 00:20:33,735 --> 00:20:34,945 Siap! 255 00:20:45,372 --> 00:20:48,792 Ia sebenarnya sampah, 256 00:20:48,875 --> 00:20:51,586 tapi ia juga sangat membantu. 257 00:20:51,670 --> 00:20:54,297 Kita akan sempat untuk ke kelas. 258 00:20:54,381 --> 00:20:56,883 Kita takkan lewat lagi. 259 00:20:56,967 --> 00:21:00,136 Saya tak sangka kita dapat mengalaminya. 260 00:21:00,679 --> 00:21:02,347 Hasil kerja awak lagi, puan? 261 00:21:03,181 --> 00:21:04,182 Syabas. 262 00:21:10,480 --> 00:21:11,648 Giliran saya lagi? 263 00:21:14,276 --> 00:21:16,653 Budak berkeriut dah datang. 264 00:21:16,736 --> 00:21:18,446 Ini untuk awak, Charles. 265 00:21:19,823 --> 00:21:23,368 Genggaman bola kencang pada kapur tak sesuai. 266 00:21:23,451 --> 00:21:25,203 Guna genggaman bola lengkung. 267 00:21:26,204 --> 00:21:27,205 Boleh dicuba. 268 00:21:35,297 --> 00:21:37,674 Ia satu keajaiban. 269 00:21:45,682 --> 00:21:49,185 Jangan lupa undi dalam pilihan raya majlis pelajar. 270 00:21:49,269 --> 00:21:50,562 Undian ditutup pada tengah hari. 271 00:21:53,440 --> 00:21:55,650 Angin semua orang agak baik hari ini. 272 00:21:55,734 --> 00:21:56,943 Ya, tuan. 273 00:21:57,027 --> 00:22:00,739 Tentu mereka teruja tentang perlawanan kejohanan tengah hari ini. 274 00:22:00,822 --> 00:22:02,407 Awak akan main dengan baik. 275 00:22:02,490 --> 00:22:07,370 Awak boleh bayangkan memenangi kejohanan dengan disaksikan oleh semua orang? 276 00:22:07,454 --> 00:22:09,205 Semua orang? 277 00:22:10,373 --> 00:22:13,084 Saya gembira dapat bersama awak di padang, tuan. 278 00:22:15,128 --> 00:22:18,590 Maaf, semua. Saya ada pengumuman. 279 00:22:18,673 --> 00:22:21,134 Undian untuk presiden kelas kita dah dikira. 280 00:22:21,218 --> 00:22:23,345 Pemenang yang telah diundi ialah… 281 00:22:24,346 --> 00:22:25,680 Marcie! 282 00:22:26,389 --> 00:22:27,641 Apa? 283 00:22:31,394 --> 00:22:34,689 Syabas, Marcie. Saya tak tahu awak bertanding. 284 00:22:34,773 --> 00:22:37,651 - Saya tak bertanding. - Ada janji temu dalam sejam. 285 00:22:37,734 --> 00:22:40,070 - Tandatangan di sini. - Jus, Puan Presiden? 286 00:22:40,153 --> 00:22:41,780 - Apa? - Senyum! 287 00:22:41,863 --> 00:22:43,657 Bagaimana ini boleh terjadi? 288 00:22:43,740 --> 00:22:44,908 Semua orang kagum 289 00:22:44,991 --> 00:22:47,202 dengan perbaikan awak buat di sekolah. 290 00:22:47,285 --> 00:22:49,454 Ada banyak undian untuk awak. 291 00:22:49,537 --> 00:22:53,166 - Presiden kelas. - Awak teruja? 292 00:22:56,670 --> 00:22:58,880 Pergi ke tempat baharu. 293 00:22:58,964 --> 00:23:00,382 Bertemu orang baharu. 294 00:23:01,424 --> 00:23:04,553 Awak boleh mengetuai perarakan! 295 00:23:15,647 --> 00:23:20,610 Jika saya menang pusingan akhir, awak boleh beri ucapan penting pertama. 296 00:23:20,694 --> 00:23:21,695 Marcie! 297 00:23:21,778 --> 00:23:24,030 Depan orang ramai. 298 00:23:24,114 --> 00:23:26,116 Marcie! Marcie. 299 00:23:26,199 --> 00:23:28,451 - Awak bertuah. - Marcie. 300 00:23:33,790 --> 00:23:36,209 Dia sangat teruja. 301 00:23:36,293 --> 00:23:38,461 Beritahu semua orang, Marcie! 302 00:23:42,632 --> 00:23:44,801 Saya tak mahu ini. 303 00:23:49,014 --> 00:23:50,015 Tak mengapa. 304 00:23:50,515 --> 00:23:53,602 Saya tak boleh jadi presiden jika saya tinggal di sini. 305 00:23:56,855 --> 00:24:00,275 Saya akan tinggal di sini selama-lamanya. 306 00:24:01,151 --> 00:24:02,485 KEJOHANAN GOLF PINECREST 307 00:24:02,569 --> 00:24:06,197 Selamat datang ke pusingan akhir Kejohanan Sekolah Rendah Pinecrest. 308 00:24:10,952 --> 00:24:12,287 Mana Marcie? 309 00:24:12,954 --> 00:24:14,706 Dia tak pernah lewat. 310 00:24:15,457 --> 00:24:17,334 Saya perlu kedi sandaran. 311 00:24:19,628 --> 00:24:21,504 Hei, Chuck. Awak sibuk? 312 00:24:22,297 --> 00:24:23,298 Saya… 313 00:24:23,381 --> 00:24:26,301 Awak dah sibuk. Ambil. Awak perlu jadi kedi saya. 314 00:24:26,384 --> 00:24:29,387 Saya tak tahu apa-apa tentang golf. 315 00:24:29,471 --> 00:24:32,390 Bawa beg saya saja dan pastikan kayu bersih. 316 00:24:32,474 --> 00:24:35,227 Marcie akan tiba sebentar lagi. 317 00:24:42,651 --> 00:24:44,361 Baik, saya dah sedia. 318 00:24:45,320 --> 00:24:47,364 Saya tak perlu keluar dari sini. 319 00:24:47,948 --> 00:24:49,741 Walau apa pun sebabnya. 320 00:24:55,830 --> 00:24:56,831 Ini nampak baik. 321 00:24:57,874 --> 00:25:00,335 Ini kayu puter, Chuck. 322 00:25:00,418 --> 00:25:03,004 Tak boleh gunakannya untuk pukulan permulaan. 323 00:25:03,088 --> 00:25:05,173 Itu perkara asas. 324 00:25:05,257 --> 00:25:07,425 Saya dah kata saya tak tahu tentang golf. 325 00:25:07,926 --> 00:25:10,637 Saya harap awak cuma merendah diri. 326 00:25:10,720 --> 00:25:14,558 Saya tak perlu merendah diri dengan rekod kejayaan saya. 327 00:25:15,642 --> 00:25:17,269 Mana Marcie? 328 00:25:22,607 --> 00:25:24,943 Golf ialah sukan yang pelik. 329 00:25:25,026 --> 00:25:30,198 Bola kecil, lubang kecil, padang besar. Ia tak masuk akal. 330 00:25:31,032 --> 00:25:32,492 Besi-9? 331 00:25:32,576 --> 00:25:34,911 Chuck, saya minta nombor enam. 332 00:25:34,995 --> 00:25:37,289 Rupanya sama pada saya. 333 00:26:01,104 --> 00:26:02,606 Saya risau, Chuck. 334 00:26:03,106 --> 00:26:04,149 Tentang kekalahan? 335 00:26:04,649 --> 00:26:07,944 Ya. Budak berhidung besar itu hebat. 336 00:26:08,028 --> 00:26:10,113 Saya juga risau tentang Marcie. 337 00:26:10,196 --> 00:26:11,948 Dia tak pernah terlepas perlawanan. 338 00:26:12,032 --> 00:26:13,533 Mungkin dia ada masalah? 339 00:26:14,743 --> 00:26:16,745 Dia tentu okey tanpa saya. 340 00:26:16,828 --> 00:26:19,039 Patricia pemain paling hebat. 341 00:26:20,665 --> 00:26:23,335 Awak tak perlu bantuan saya untuk menang, tuan. 342 00:26:24,502 --> 00:26:25,879 Angin semakin kuat. 343 00:26:26,463 --> 00:26:28,882 Apa pukulan saya seterusnya, Chuck? 344 00:26:29,841 --> 00:26:33,803 Jika golf seperti besbol, 345 00:26:33,887 --> 00:26:37,515 itu benderanya dan sasarkan tapak akhir. 346 00:26:46,399 --> 00:26:47,901 Dia akan kalah. 347 00:26:47,984 --> 00:26:49,694 - Mustahil. - Bukan Peppermint Patty. 348 00:26:52,072 --> 00:26:53,073 Hei, semua! 349 00:26:53,156 --> 00:26:55,450 Perlawanan kejohanan! 350 00:26:55,533 --> 00:26:57,953 Peppermint Patty akan kalah perlawanan itu. 351 00:26:58,036 --> 00:27:00,330 - Ayuh. - Saya perlu lihatnya. 352 00:27:11,716 --> 00:27:13,218 Bagaimana hari awak? 353 00:27:14,302 --> 00:27:15,971 Jangan tanya tentang hari saya. 354 00:27:24,688 --> 00:27:25,689 Carlin? 355 00:27:28,441 --> 00:27:30,986 Awak patut menonton Piala Pinecrest. 356 00:27:31,069 --> 00:27:32,904 Sebab itu saya datang, puan. 357 00:27:32,988 --> 00:27:36,491 Peppermint Patty akan kalah kejohanan itu. 358 00:27:36,575 --> 00:27:37,826 Mustahil. 359 00:27:37,909 --> 00:27:39,077 Siapa kedi dia? 360 00:27:41,371 --> 00:27:42,539 Hati-hati! 361 00:27:44,874 --> 00:27:46,793 Aduhai! 362 00:27:47,377 --> 00:27:49,087 Dia perlu bantuan awak hari ini. 363 00:27:49,963 --> 00:27:52,007 Saya mahu jadi kedi Patricia. 364 00:27:52,632 --> 00:27:53,717 Betul. 365 00:27:54,217 --> 00:27:55,969 Saya presiden kelas sekarang. 366 00:27:56,803 --> 00:27:58,221 Jika saya muncul, 367 00:27:58,305 --> 00:28:03,393 saya perlu beri ucapan penting di depan semua orang. 368 00:28:03,476 --> 00:28:05,395 Saya tak tahu berucap. 369 00:28:05,478 --> 00:28:10,692 Mulai sekarang, semuanya, "cepat, tolak, tarik, jangan fikir, cakap." 370 00:28:10,775 --> 00:28:15,030 Ia melemaskan saya, seperti saya tak boleh bernafas. 371 00:28:15,113 --> 00:28:16,781 Saya mahu bantu Patricia. 372 00:28:16,865 --> 00:28:18,158 Betul. 373 00:28:19,159 --> 00:28:19,993 Tapi… 374 00:28:21,536 --> 00:28:22,829 Saya tak boleh keluar. 375 00:28:25,999 --> 00:28:29,419 Beritahu saya, apa nasihat kedi pada orang 376 00:28:29,502 --> 00:28:32,339 yang ada di rumput setinggi sepuluh sentimeter? 377 00:28:35,592 --> 00:28:39,679 Saya kata, "Fokus pada pukulan yang boleh digunakan. 378 00:28:39,763 --> 00:28:41,139 Gunakan kekuatan awak." 379 00:28:41,681 --> 00:28:43,642 Apa kekuatan awak, puan? 380 00:28:44,559 --> 00:28:47,979 Larikan diri jika keadaan jadi sukar? 381 00:28:51,316 --> 00:28:54,861 Awak ingat semasa saya tanya sama ada awak main golf? 382 00:28:56,780 --> 00:29:02,410 Saya kata ia lebih menarik untuk melihat cabaran 383 00:29:02,494 --> 00:29:05,497 dan mencari penyelesaian daripada bermain. 384 00:29:05,580 --> 00:29:11,044 Saya fikir orang seperti awak yang menyatukan semuanya. 385 00:29:11,670 --> 00:29:17,008 Kamu bekerja di sebalik tabir untuk pastikan semuanya lancar. 386 00:29:17,092 --> 00:29:19,636 Dunia akan huru-hara tanpa kamu. 387 00:29:20,345 --> 00:29:24,015 Tanggungjawab itu perlukan banyak kekuatan. 388 00:29:25,350 --> 00:29:27,102 Saya tak kuat. 389 00:29:29,938 --> 00:29:32,107 Saya benar-benar buntu. 390 00:29:35,902 --> 00:29:37,737 Ia keputusan awak, puan. 391 00:29:56,006 --> 00:29:58,174 Bila dia dapat kereta golf? 392 00:30:08,018 --> 00:30:12,022 Beri saja mana-mana kayu, Chuck. Ia tak penting lagi. 393 00:30:13,106 --> 00:30:16,568 Bukan itu, Charles. Beri dia besi-5. 394 00:30:17,736 --> 00:30:18,737 Marcie! 395 00:30:20,113 --> 00:30:22,365 Maaf kerana lewat, tuan. 396 00:30:22,866 --> 00:30:25,493 Saya mahu bantu jika masih belum terlambat. 397 00:30:25,577 --> 00:30:27,746 Aduhai, saya suka itu! 398 00:30:27,829 --> 00:30:29,539 Charles, boleh saya jadi kedi? 399 00:30:30,332 --> 00:30:31,666 Silakan. 400 00:30:32,667 --> 00:30:34,377 Mari menang perlawanan ini, tuan. 401 00:30:41,843 --> 00:30:44,304 Abaikan mata itu. 402 00:30:44,387 --> 00:30:45,972 Tumpukan perhatian. 403 00:31:20,382 --> 00:31:23,760 Ingat, rancang kesilapan terbaik. 404 00:31:31,601 --> 00:31:33,603 Tunjukkan kemahiran awak, tuan. 405 00:31:50,954 --> 00:31:51,955 Ini dia, tuan. 406 00:31:52,664 --> 00:31:53,790 Lubang ke-18. 407 00:31:54,291 --> 00:31:56,793 Jika awak berjaya dalam dua pukulan, 408 00:31:57,544 --> 00:31:58,962 piala itu milik awak. 409 00:32:20,650 --> 00:32:21,818 Bagaimana sekarang? 410 00:32:22,861 --> 00:32:23,904 Apa gunanya? 411 00:32:24,487 --> 00:32:26,281 Saya takkan berjaya dari sana. 412 00:32:26,364 --> 00:32:27,741 Awak akan berjaya, tuan. 413 00:32:28,241 --> 00:32:29,409 Jangan berputus asa. 414 00:32:31,494 --> 00:32:33,914 Ingat latihan kita beberapa hari lalu? 415 00:32:35,081 --> 00:32:38,585 "Pukul pasir." Ya. 416 00:33:16,164 --> 00:33:17,499 Syabas, tuan. 417 00:33:17,582 --> 00:33:20,544 Terima kasih, Marcie. Saya berjaya sebab awak. 418 00:33:22,045 --> 00:33:25,465 Puan Presiden dah sedia untuk ucapan penting pertama? 419 00:33:25,549 --> 00:33:27,259 - Apa ucapan awak? - Jus? 420 00:33:27,342 --> 00:33:28,552 Senyum. 421 00:33:30,095 --> 00:33:33,932 Marcie, awak tak perlu berucap jika awak tak mahu. 422 00:33:39,813 --> 00:33:42,691 Sebenarnya, tuan, saya mahu berucap. 423 00:33:43,191 --> 00:33:46,736 Saya perlu masa sebentar untuk berfikir. 424 00:33:50,115 --> 00:33:53,159 Kamu semua dengar. Beri dia masa untuk bersendirian. 425 00:33:55,120 --> 00:33:56,830 Jumpa awak di pentas, Marcie. 426 00:34:08,633 --> 00:34:12,512 Sekarang masa untuk presiden kelas baharu kita berucap. 427 00:34:13,930 --> 00:34:16,974 Marcie! 428 00:34:31,155 --> 00:34:33,782 Tindakan pertama saya sebagai presiden kelas, 429 00:34:34,284 --> 00:34:38,246 saya mahu ucap tahniah kepada kawan saya Patricia. 430 00:34:41,666 --> 00:34:46,296 Tindakan kedua saya sebagai presiden kelas, saya mahu umumkan… 431 00:34:48,798 --> 00:34:50,967 saya meletak jawatan sebagai presiden. 432 00:34:51,050 --> 00:34:53,053 - Apa? - Dia boleh buat begitu? 433 00:34:53,595 --> 00:34:56,264 Membantu orang penting bagi saya, 434 00:34:57,057 --> 00:34:59,434 tapi saya mahu lakukan dengan cara saya. 435 00:35:00,060 --> 00:35:01,853 Saya suka berada di sebalik tabir. 436 00:35:01,937 --> 00:35:04,356 Itu diri saya 437 00:35:05,023 --> 00:35:06,399 dan saya suka begitu. 438 00:35:07,567 --> 00:35:11,613 Ada masanya saya fikir jika saya mahu membantu, 439 00:35:11,696 --> 00:35:13,573 saya perlu ubah diri saya. 440 00:35:13,657 --> 00:35:17,494 Disebabkan nasihat baik dan inspirasi daripada kawan saya… 441 00:35:18,078 --> 00:35:20,038 Dia maksudkan saya. 442 00:35:20,121 --> 00:35:23,875 …saya tahu saya boleh buat sesuatu dengan cara saya. 443 00:35:24,960 --> 00:35:27,212 Dunia ini perlukan semua jenis orang. 444 00:35:28,046 --> 00:35:29,923 Sama ada awak ketua semula jadi 445 00:35:30,465 --> 00:35:32,175 atau sanggup berusaha kuat 446 00:35:33,134 --> 00:35:35,720 atau tak berputus asa walaupun harapan tipis 447 00:35:36,638 --> 00:35:39,516 atau cuba yang terbaik untuk mengelak perhatian, 448 00:35:40,100 --> 00:35:42,561 kita semua boleh membuat perubahan. 449 00:35:48,817 --> 00:35:52,028 Marcie! 450 00:35:59,369 --> 00:36:01,621 Awak berani, Marcie. 451 00:36:01,705 --> 00:36:04,082 Terima kasih, tuan. Saya gembira saya berucap. 452 00:36:04,583 --> 00:36:06,835 Saya gembira saya tak perlu berucap lagi. 453 00:36:07,752 --> 00:36:11,256 Saya harap budak berhidung besar itu tak kecewa kerana kalah. 454 00:36:11,882 --> 00:36:13,633 Dia tak suka kalah. 455 00:36:18,013 --> 00:36:19,097 Yahu! 456 00:36:34,070 --> 00:36:36,573 Awak percaya Pigpen di tempat kedua? 457 00:36:36,656 --> 00:36:38,700 Siapa mengundi Pigpen? 458 00:36:40,368 --> 00:36:42,787 Dia jalankan kempen dengan baik. 459 00:36:46,124 --> 00:36:47,834 Para pelajar sekalian, 460 00:36:47,918 --> 00:36:51,379 kunci bagi demokrasi yang hebat 461 00:36:51,463 --> 00:36:53,757 ialah kotak cadangan yang hebat. 462 00:36:55,842 --> 00:36:59,304 Kotak cadangan? Itu tentu idea awak. 463 00:36:59,387 --> 00:37:01,723 - Syabas. - Terima kasih, tuan. 464 00:37:01,806 --> 00:37:04,226 Saya masih ada banyak idea lain. 465 00:37:04,309 --> 00:37:05,936 Tentulah. 466 00:37:06,019 --> 00:37:08,647 Saya mahu pergi bermain. 467 00:37:08,730 --> 00:37:10,523 Jumpa di kelas, Marcie. 468 00:37:10,607 --> 00:37:13,443 Jangan lupa gerakan tangan semasa melontar, tuan. 469 00:37:13,526 --> 00:37:16,279 Terima kasih, Marcie. Jangan panggil saya tuan. 470 00:37:32,629 --> 00:37:34,130 BERDASARKAN KOMIK PEANUTS 471 00:37:34,214 --> 00:37:35,215 OLEH CHARLES M. SCHULZ 472 00:38:49,456 --> 00:38:51,458 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof 473 00:39:00,717 --> 00:39:02,719 TERIMA KASIH, SPARKY. SENTIASA DALAM INGATAN KAMI.