1
00:00:12,054 --> 00:00:13,847
- Apa yang awak buat?
- Apa?
2
00:00:14,389 --> 00:00:15,766
Awak makan pokok ara saya.
3
00:00:16,892 --> 00:00:18,101
Lihatlah.
4
00:00:18,727 --> 00:00:19,728
Sangat sedap.
5
00:00:20,187 --> 00:00:21,938
Kalau diketepikan fakta bahawa ayat
6
00:00:21,939 --> 00:00:24,398
"Awak makan pokok ara saya"
kedengaran lucah
7
00:00:24,399 --> 00:00:25,859
awak memang makan pokok ara dia.
8
00:00:26,860 --> 00:00:28,486
Sedap. Cubalah.
9
00:00:28,487 --> 00:00:30,489
Tak nak.
10
00:00:34,618 --> 00:00:36,078
Baunya sedap.
11
00:00:36,453 --> 00:00:37,788
Makanlah sedikit.
12
00:00:42,209 --> 00:00:43,877
- Oh, Tuhan!
- Sedap, bukan?
13
00:00:44,836 --> 00:00:46,505
Ini sukar dipercayai.
14
00:00:46,838 --> 00:00:48,632
- Apa yang berlaku?
- Awak mesti cuba ini.
15
00:00:48,799 --> 00:00:50,384
- Awak bergurau.
- Cuba saja.
16
00:00:56,640 --> 00:00:57,848
Inilah benda paling sedap
17
00:00:57,849 --> 00:00:58,933
yang pernah saya masukkan
ke dalam mulut saya
18
00:00:58,934 --> 00:01:00,561
dan saya pernah masukkan benda
yang bukan-bukan ke dalam mulut saya.
19
00:01:01,353 --> 00:01:02,979
Saya rasa saya tahu apa yang berlaku.
20
00:01:02,980 --> 00:01:04,146
Saya akan beritahu apa yang berlaku.
21
00:01:04,147 --> 00:01:05,148
Ini yang paling...
22
00:01:12,072 --> 00:01:13,322
Apa yang sedang berlaku?
23
00:01:13,323 --> 00:01:15,158
Saya rasa awak sedang memamah biak.
24
00:01:15,367 --> 00:01:17,034
Dia buat apa?
25
00:01:17,035 --> 00:01:18,703
"Tubuh manusia satu keajaiban.
26
00:01:18,704 --> 00:01:19,954
Kita ada empat perut
27
00:01:19,955 --> 00:01:21,414
sama seperti nenek moyang kita
28
00:01:21,415 --> 00:01:22,499
iaitu lembu."
29
00:01:22,833 --> 00:01:25,377
Itu tak masuk akal.
Takkan kita berketurunan daripada...
30
00:01:30,882 --> 00:01:32,593
- lembu?
- Baiklah.
31
00:01:32,968 --> 00:01:34,468
Alam semesta ini mengarut.
32
00:01:34,469 --> 00:01:35,721
Tekan butang itu dan mari...
33
00:01:41,810 --> 00:01:43,186
Sedapnya!
34
00:01:44,104 --> 00:01:46,397
JANGAN LANGKAU!
35
00:01:46,398 --> 00:01:47,649
KAMI SEDAR
36
00:01:48,108 --> 00:01:49,860
ORANG MENCARI MESEJ TERSEMBUNYI
37
00:01:49,985 --> 00:01:52,112
DALAM TAJUK PEMBUKAAN KAMI
38
00:01:58,619 --> 00:02:01,163
ANDA MEMBUANG MASA ANDA
39
00:02:01,455 --> 00:02:02,580
TIADA APA UNTUK DILIHAT DI SINI
40
00:02:02,581 --> 00:02:04,666
HANYA GRAFIK MEWAH
41
00:02:06,835 --> 00:02:08,085
KELUAR
42
00:02:08,086 --> 00:02:09,212
DAN LAGU HEBAT
43
00:02:20,515 --> 00:02:21,974
Saya dah buat sedikit kajian.
44
00:02:21,975 --> 00:02:23,392
Rupa-rupanya alam semesta ini
45
00:02:23,393 --> 00:02:25,603
hampir sama dengan dunia kita
sebelum kiamat.
46
00:02:25,604 --> 00:02:26,937
Ada beberapa perbezaan.
47
00:02:26,938 --> 00:02:29,023
Besbol di sini tiada peraturan DH
48
00:02:29,024 --> 00:02:31,233
dan mereka tiada Kasut Skechers.
49
00:02:31,234 --> 00:02:32,235
Itu menyusahkan.
50
00:02:33,278 --> 00:02:34,738
Ada apa-apa yang awak tertinggal?
51
00:02:35,155 --> 00:02:37,115
Biar saya lihat. Baiklah.
52
00:02:37,449 --> 00:02:39,409
John Cougar masih John Cougar.
53
00:02:39,660 --> 00:02:41,370
Dia tak pernah kembali
menggunakan nama Mellencamp.
54
00:02:41,787 --> 00:02:43,955
Kita ada empat perut
dan memamah biak.
55
00:02:44,831 --> 00:02:45,915
Mamahan.
56
00:02:45,916 --> 00:02:47,584
Bukan sekadar untuk sarapan lagi.
57
00:02:47,793 --> 00:02:50,294
Baiklah, ini rumput
Kentucky Bluegrass.
58
00:02:50,295 --> 00:02:51,796
- Itu saya punya.
- Baunya sedap.
59
00:02:51,797 --> 00:02:54,048
- Siapa yang pesan tall fescue?
- Saya.
60
00:02:54,049 --> 00:02:55,384
Sangat sedap.
61
00:02:56,301 --> 00:02:59,095
- Rumput Bermuda untuk encik.
- Terima kasih.
62
00:02:59,096 --> 00:03:01,472
- Dan semanggi untuk cik.
- Terima kasih.
63
00:03:01,473 --> 00:03:02,974
Selamat menjamu selera.
64
00:03:10,607 --> 00:03:12,859
Kawan-kawan, saya nak
mencadangkan sesuatu.
65
00:03:13,902 --> 00:03:15,821
Apa kata kita tinggal saja
di realiti ini?
66
00:03:16,571 --> 00:03:18,155
Bukankah awak nak
selamatkan alam semesta?
67
00:03:18,156 --> 00:03:19,323
Saya tahu, tapi
68
00:03:19,324 --> 00:03:20,491
maksud saya, mari bercakap jujur.
69
00:03:20,492 --> 00:03:21,909
Ada sesiapa antara kita faham
70
00:03:21,910 --> 00:03:22,993
cara ia sepatutnya berfungsi?
71
00:03:22,994 --> 00:03:24,203
- Tidak juga.
- Betul.
72
00:03:24,204 --> 00:03:25,914
Ya, tempat ini tak sempurna.
73
00:03:32,587 --> 00:03:33,921
Tapi tiada komputer jahat
74
00:03:33,922 --> 00:03:35,297
tiada sesiapa yang dibakar
hidup-hidup di pancang.
75
00:03:35,298 --> 00:03:37,216
- Awak memang nak tinggal di sini?
- Apa salahnya?
76
00:03:37,217 --> 00:03:38,759
Maksud saya,
kita tak mahir mengendalikan
77
00:03:38,760 --> 00:03:39,844
mesin tak guna itu.
78
00:03:39,845 --> 00:03:41,805
Setiap tempat yang kita pergi
ternyata berbahaya.
79
00:03:42,097 --> 00:03:43,389
Tempat yang sebelum ini bagus.
80
00:03:43,390 --> 00:03:45,809
Saya hampir mengahwini seorang wanita
yang fikir saya kacak.
81
00:03:46,893 --> 00:03:48,936
Ya, dan kemudian
berlaku rusuhan ganas
82
00:03:48,937 --> 00:03:50,355
dan kita terpaksa melarikan diri
untuk menyelamatkan nyawa.
83
00:03:51,189 --> 00:03:53,275
Setiap bunga mawar
ada durinya, Stuart.
84
00:03:54,860 --> 00:03:56,445
Saya tertanya-tanya
apa agaknya rasa bunga mawar.
85
00:04:01,700 --> 00:04:02,701
Terima kasih.
86
00:04:04,077 --> 00:04:05,828
- Bagaimana semuanya?
- Sangat sedap.
87
00:04:05,829 --> 00:04:07,121
- Sangat sedap, lazat.
- Hebat.
88
00:04:07,122 --> 00:04:08,540
- Sangat sedap.
- Simpan ruang untuk pencuci mulut?
89
00:04:09,374 --> 00:04:11,041
Cef baru saja dapat bekalan jagung.
90
00:04:11,042 --> 00:04:12,753
Jagung? Awak cuba gemukkan kami?
91
00:04:13,420 --> 00:04:14,796
Sedikit, tapi berbaloi.
92
00:04:15,213 --> 00:04:17,424
Baiklah. Satu jagung besar
untuk meja ini.
93
00:04:18,842 --> 00:04:20,426
Jadi apa yang kita akan buat
kalau kita tinggal di sini?
94
00:04:20,427 --> 00:04:22,720
Saya akan menguruskan
kedai buku komik.
95
00:04:22,721 --> 00:04:23,929
Awak akan bekerja dengan saya.
96
00:04:23,930 --> 00:04:25,473
Bert akan jadi ahli geologi
97
00:04:25,474 --> 00:04:26,807
dan Kripke akan jadi
seorang yang biadab.
98
00:04:26,808 --> 00:04:29,311
Menjadi biadab itu lebih kepada hobi
daripada pekerjaan.
99
00:04:31,062 --> 00:04:34,149
Mungkin kita juga boleh berkahwin.
100
00:04:35,108 --> 00:04:36,109
Adakah awak...
101
00:04:40,113 --> 00:04:41,198
sedang melamar?
102
00:04:41,490 --> 00:04:42,574
Bergantung. Adakah awak...
103
00:04:46,077 --> 00:04:47,578
menerima?
104
00:04:47,579 --> 00:04:48,913
Saya selalu bayangkan detik ini
105
00:04:48,914 --> 00:04:50,540
tapi dengan kurang rasa muntah
di dalam mulut saya.
106
00:04:51,416 --> 00:04:54,127
Saya tak berniat
untuk buat awak serba salah.
107
00:04:54,836 --> 00:04:56,838
Fikirkannya dulu.
108
00:05:04,137 --> 00:05:05,847
- Selamat menjamu selera.
- Terima kasih.
109
00:05:13,021 --> 00:05:14,981
- Tadi sangat hebat.
- Ya.
110
00:05:16,650 --> 00:05:19,402
Semasa melakukannya tadi,
adakah awak melenguh?
111
00:05:19,653 --> 00:05:21,863
Ya. Awak buat saya melenguh.
112
00:05:22,864 --> 00:05:25,074
Saya rasa ini kerana diet vegetarian.
113
00:05:25,075 --> 00:05:26,576
Saya lebih bersemangat.
114
00:05:26,952 --> 00:05:29,204
Memang betul.
Selera makan saya bertambah.
115
00:05:29,496 --> 00:05:31,914
Awak mahu jerami? Saya ada jerami.
116
00:05:31,915 --> 00:05:32,916
Ya, berikanlah.
117
00:05:40,590 --> 00:05:42,259
Saya ada terfikir tentang apa
awak katakan semasa makan malam.
118
00:05:42,926 --> 00:05:43,927
Dan?
119
00:05:44,886 --> 00:05:46,263
Saya rasa kita boleh bahagia di sini.
120
00:05:46,972 --> 00:05:49,515
Orang di sini sangat baik.
Makanannya sedap.
121
00:05:49,516 --> 00:05:50,808
Saya dengar
sistem penjagaan kesihatannya hebat.
122
00:05:50,809 --> 00:05:52,894
Satu lagi sebab untuk menganggap
tempat ini rumah kita.
123
00:05:55,564 --> 00:05:56,982
Maaf.
124
00:06:07,868 --> 00:06:09,451
- Ya?
- Ini saya dan Kripke.
125
00:06:09,452 --> 00:06:11,371
- Boleh kita bercakap?
- Bukan masa yang sesuai.
126
00:06:12,664 --> 00:06:13,956
Atau masuk sajalah.
127
00:06:13,957 --> 00:06:15,583
Kami tak nak tinggal di Pekan Lembu.
128
00:06:15,584 --> 00:06:16,667
Kenapa tak nak?
129
00:06:16,668 --> 00:06:18,794
Prestasi kami agak baik
di alam semesta yang lain.
130
00:06:18,795 --> 00:06:19,962
Saya pernah berasmara di tiga
131
00:06:19,963 --> 00:06:21,046
daripada lima alam semesta itu.
132
00:06:21,047 --> 00:06:22,464
Memang diakui,
salah satunya dengan Gary
133
00:06:22,465 --> 00:06:23,884
tapi dia kekasih yang hebat
di ranjang.
134
00:06:24,384 --> 00:06:26,510
Kalau kamu tak nak gunakan
peranti Leonard/Sheldon
135
00:06:26,511 --> 00:06:27,595
kami mahu beredar.
136
00:06:27,596 --> 00:06:29,180
Mencuba nasib kami di tempat lain.
137
00:06:30,557 --> 00:06:31,600
Apa pendapat awak?
138
00:06:32,309 --> 00:06:34,644
Kalau mereka ambil mesin itu,
kita akan berada di sini selamanya.
139
00:06:35,937 --> 00:06:36,938
Saya tak kisah dengan itu.
140
00:06:40,317 --> 00:06:42,068
- Mesin ini milik kamu.
- Terima kasih.
141
00:06:43,028 --> 00:06:44,029
Jadi...
142
00:06:45,155 --> 00:06:46,573
Nampaknya kita berpisah di sini.
143
00:06:47,782 --> 00:06:49,117
Nampaknya begitulah.
144
00:06:51,036 --> 00:06:54,331
Dengar sini, saya tahu saya bukan
teman pengembaraan yang terbaik.
145
00:06:56,666 --> 00:06:57,834
Dan?
146
00:06:58,418 --> 00:06:59,753
Dan apa?
147
00:07:00,462 --> 00:07:02,087
- Selamat tinggal, Kripke.
- Baiklah.
148
00:07:02,088 --> 00:07:03,798
- Selamat tinggal, Bert.
- Selamat tinggal.
149
00:07:06,301 --> 00:07:08,093
Sebenarnya saya akan merindui mereka.
150
00:07:08,094 --> 00:07:09,095
Ya.
151
00:07:10,347 --> 00:07:11,805
Awak rasa awak boleh
melenguh sekali lagi?
152
00:07:11,806 --> 00:07:13,183
Hanya ada satu cara
untuk mengetahuinya.
153
00:07:20,273 --> 00:07:21,733
Awak tahu apa yang awak buat?
154
00:07:22,025 --> 00:07:24,860
Saya seorang ahli fizik
yang terkenal di dunia.
155
00:07:24,861 --> 00:07:28,405
Saya sangat mampu merentasi
realiti antara dimensi.
156
00:07:28,406 --> 00:07:29,407
SUIS UTAMA
157
00:07:41,294 --> 00:07:42,461
Bert, berhenti menjerit.
158
00:07:42,462 --> 00:07:44,297
Tapi kita sedang jatuh
menuju kematian.
159
00:07:44,631 --> 00:07:45,882
Awak nampak dasarnya?
160
00:07:46,883 --> 00:07:48,718
- Tidak.
- Apa maksudnya itu?
161
00:07:49,094 --> 00:07:51,470
Kita akhirnya akan jatuh
menuju kematian?
162
00:07:51,471 --> 00:07:52,472
Ataupun tidak!
163
00:07:54,808 --> 00:07:55,850
Jadi, sekarang apa?
164
00:07:56,851 --> 00:07:58,979
Saya tak tahu. Mari kita fikirkan.
165
00:08:03,942 --> 00:08:05,777
- Dapat apa-apa?
- Tidak.
166
00:08:06,361 --> 00:08:07,862
Jadi sambung menjerit?
167
00:08:08,530 --> 00:08:09,823
Ya, saya rasa begitu.
168
00:08:18,206 --> 00:08:20,040
Saya harap kita buat
keputusan yang betul.
169
00:08:20,041 --> 00:08:21,291
Saya rasa ya.
170
00:08:21,292 --> 00:08:22,751
Dunia ini indah.
171
00:08:22,752 --> 00:08:23,920
Ya.
172
00:08:24,838 --> 00:08:26,589
- Blok garam.
- Mari kepada saya.
173
00:08:28,216 --> 00:08:29,217
Saya mahu dua.
174
00:08:32,637 --> 00:08:33,763
Sedapnya.
175
00:08:35,640 --> 00:08:36,974
Adakah saya merasa garam laut?
176
00:08:36,975 --> 00:08:37,976
Ini garam Himalaya.
177
00:08:38,685 --> 00:08:41,186
Ya. Itu dia gunungnya.
178
00:08:41,187 --> 00:08:43,022
Semua, dengar cakap saya.
179
00:08:43,023 --> 00:08:45,524
Alam semesta sedang musnah.
180
00:08:45,525 --> 00:08:47,485
Kita kesuntukan masa.
181
00:08:47,861 --> 00:08:51,072
Kita mesti bertindak
sebelum terlambat.
182
00:08:51,531 --> 00:08:53,115
Tiada sesiapa yang selamat.
183
00:08:53,116 --> 00:08:56,160
Awak boleh abaikan saya sepuas hati,
tapi ia akan menimpa awak.
184
00:08:56,161 --> 00:08:58,412
Hari kiamat dah dekat, semua.
185
00:08:58,413 --> 00:09:01,081
- Itu Raj.
- Dia tak mati di sini. Baguslah.
186
00:09:01,082 --> 00:09:04,293
Awak fikir awak boleh terus hidup
dalam kehidupan kecil di rumah kecil?
187
00:09:04,294 --> 00:09:06,045
Ia akan menimpa awak.
188
00:09:06,046 --> 00:09:08,631
Ia akan menimpa kamu semua.
189
00:09:08,882 --> 00:09:09,966
Raj.
190
00:09:10,341 --> 00:09:12,384
- Apa?
- Apa yang awak buat?
191
00:09:12,385 --> 00:09:13,720
Nampak macam saya buat apa?
192
00:09:14,554 --> 00:09:16,473
Sejujurnya, nampak macam
skizofrenia paranoid.
193
00:09:17,098 --> 00:09:18,475
Saya akan kembali sekejap lagi.
194
00:09:19,350 --> 00:09:21,770
Awak tahu tentang galaksi GN-z11?
195
00:09:22,353 --> 00:09:23,437
- Tidak.
- Tidak.
196
00:09:23,438 --> 00:09:24,772
Itu galaksi paling jauh
197
00:09:24,773 --> 00:09:26,231
yang dapat dilihat
oleh Teleskop Hubble.
198
00:09:26,232 --> 00:09:27,275
Dan cuba teka?
199
00:09:27,567 --> 00:09:28,943
Tak perlu teka,
itu soalan retorik saja.
200
00:09:29,277 --> 00:09:31,820
Keseluruhannya, lenyap.
201
00:09:31,821 --> 00:09:33,405
Bagaimana sebuah galaksi
boleh hilang?
202
00:09:33,406 --> 00:09:35,866
Awak pasti Teleskop Hubble itu
tak ada sebarang kotoran padanya?
203
00:09:35,867 --> 00:09:38,368
Ia Teleskop Hubble! Ia tiada kotoran!
204
00:09:38,369 --> 00:09:39,662
Kotoran boleh ada pada semua benda.
205
00:09:39,871 --> 00:09:42,623
Dengar cakap saya.
Ini bukan sekadar GN-z11 saja
206
00:09:42,624 --> 00:09:46,043
tapi juga Galaksi Triangulum
dan Proto-supergugusan Hyperion.
207
00:09:46,044 --> 00:09:47,711
- Tidak.
- Kenapa "Tidak"?
208
00:09:47,712 --> 00:09:48,921
"Hore" kedengaran janggal.
209
00:09:48,922 --> 00:09:51,632
Saya cuba telefon
dan beri amaran kepada semua orang.
210
00:09:51,633 --> 00:09:53,967
JPL, NASA, Rumah Putih.
211
00:09:53,968 --> 00:09:55,260
Awak tahu apa mereka cakap
kepada saya?
212
00:09:55,261 --> 00:09:56,762
Mereka cakap saya gila.
213
00:09:56,763 --> 00:10:00,265
Benarkah? Awak menjerit
alam semesta akan berakhir
214
00:10:00,266 --> 00:10:02,434
kepada wanita yang menjawab panggilan
di Rumah Putih
215
00:10:02,435 --> 00:10:03,685
dan dia tak memandang serius
kata-kata awak?
216
00:10:03,686 --> 00:10:08,107
Seluruh sistem bintang
di pinggir alam semesta
217
00:10:08,108 --> 00:10:09,359
sedang lenyap.
218
00:10:10,527 --> 00:10:12,070
Maksudnya?
219
00:10:13,279 --> 00:10:14,446
Maaf, saya cuma terfikir
tentang kotoran.
220
00:10:14,447 --> 00:10:16,156
Maksudnya tak banyak masa lagi
221
00:10:16,157 --> 00:10:18,867
sebelum semua yang kita kenal
dan sayang lenyap.
222
00:10:18,868 --> 00:10:20,410
Berapa banyak masa yang kita ada?
223
00:10:20,411 --> 00:10:21,454
Tak banyak, kawan-kawan.
224
00:10:22,539 --> 00:10:24,082
Tiga ratus hingga empat ratus tahun.
225
00:10:24,833 --> 00:10:27,126
Kawan, walaupun awak betul,
kita semua sudah lama mati nanti.
226
00:10:27,127 --> 00:10:28,128
Siapa peduli?
227
00:10:28,545 --> 00:10:29,628
"Siapa peduli?"
228
00:10:29,629 --> 00:10:30,754
Saya beritahu awak siapa yang peduli.
229
00:10:30,755 --> 00:10:35,467
Cucu-cicit awak
230
00:10:35,468 --> 00:10:38,053
yang tak terkira keturunannya.
231
00:10:38,054 --> 00:10:39,806
Tidak, tambah satu generasi lagi.
232
00:10:40,348 --> 00:10:41,474
Cucu-cicit?
233
00:10:41,850 --> 00:10:43,476
Kita belum berbincang
tentang memulakan...
234
00:10:46,312 --> 00:10:47,396
keluarga.
235
00:10:47,397 --> 00:10:48,605
Mungkin kita patut lakukannya.
236
00:10:48,606 --> 00:10:49,774
Masa semakin suntuk.
237
00:10:50,150 --> 00:10:51,358
Kamu tak fahamkah?
238
00:10:51,359 --> 00:10:52,985
Alam semesta sedang berakhir
239
00:10:52,986 --> 00:10:54,654
dan tiada apa
yang boleh kita lakukan.
240
00:10:55,405 --> 00:10:56,572
Tiada apa?
241
00:10:56,573 --> 00:10:58,074
Tiada apa-apa langsung.
242
00:10:59,409 --> 00:11:00,618
Baiklah. Kalau begitu...
243
00:11:02,704 --> 00:11:03,872
Gembira bertemu awak.
244
00:11:03,997 --> 00:11:05,248
Gembira bertemu awak.
245
00:11:05,373 --> 00:11:07,040
Semoga berjaya dengan semua ini.
246
00:11:07,041 --> 00:11:08,877
- Terima kasih.
- Baiklah.
247
00:11:14,465 --> 00:11:16,801
Kita semua akan mati!
248
00:11:19,721 --> 00:11:22,389
Tekan butang itu!
Bawa kita keluar dari sini!
249
00:11:22,390 --> 00:11:23,558
Oh, ya.
250
00:11:27,645 --> 00:11:28,646
Tak guna.
251
00:11:28,980 --> 00:11:30,148
Ia tak berfungsi.
252
00:11:31,024 --> 00:11:33,359
Saya tahu.
Sebab itu saya kata tak guna.
253
00:11:38,031 --> 00:11:39,365
Mahu bermain?
254
00:11:39,949 --> 00:11:40,950
Apa?
255
00:11:41,618 --> 00:11:43,493
Untuk mengisi masa.
256
00:11:43,494 --> 00:11:44,495
Biar betul?
257
00:11:45,288 --> 00:11:47,415
Semasa saya kecil
dalam perjalanan dengan kereta
258
00:11:48,625 --> 00:11:51,044
ibu saya dan saya
akan bermain 20 Soalan.
259
00:11:52,128 --> 00:11:54,379
Saya tak mahu bermain 20 Soalan
260
00:11:54,380 --> 00:11:56,507
semasa kita jatuh
dalam lohong tanpa penghujung.
261
00:11:58,343 --> 00:11:59,385
Baiklah.
262
00:12:03,932 --> 00:12:05,225
Baiklah, lantaklah. Saya ada satu.
263
00:12:05,516 --> 00:12:06,643
Bagus.
264
00:12:07,393 --> 00:12:09,062
Adakah ia sesuatu yang boleh dimakan?
265
00:12:09,312 --> 00:12:10,355
Tidak.
266
00:12:13,399 --> 00:12:14,400
Saya menyerah kalah.
267
00:12:23,409 --> 00:12:25,578
- Bukankah awak kunci pintu?
- Saya sangka dah.
268
00:12:25,703 --> 00:12:26,704
Sudah tiba masanya.
269
00:12:29,040 --> 00:12:30,083
Apa yang awak buat di sini?
270
00:12:30,375 --> 00:12:32,167
Awak rasa saya sedang buat apa?
Saya sedang menunggu awak.
271
00:12:32,168 --> 00:12:33,252
Stuart?
272
00:12:33,253 --> 00:12:34,670
- Ya.
- Ya.
273
00:12:34,671 --> 00:12:35,838
Maaf, teruskan.
274
00:12:36,339 --> 00:12:37,340
Denise
275
00:12:38,049 --> 00:12:39,925
inilah diri saya yang satu lagi
yang saya beritahu awak.
276
00:12:39,926 --> 00:12:41,635
- Hei.
- Hei.
277
00:12:41,636 --> 00:12:42,928
Jadi awak mahu jelaskan kepada saya
278
00:12:42,929 --> 00:12:45,305
kenapa awak berikan
peranti Leonard/Sheldon
279
00:12:45,306 --> 00:12:46,975
kepada Bert dan Kripke?
280
00:12:47,892 --> 00:12:50,352
Kami memutuskan
untuk tinggal di sini.
281
00:12:50,353 --> 00:12:52,062
Baiklah, hebat.
282
00:12:52,063 --> 00:12:53,689
"Kami memutuskan
untuk tinggal di sini.
283
00:12:53,690 --> 00:12:55,440
Bagus. Saya tak perlu
menyelamatkan alam semesta.
284
00:12:55,441 --> 00:12:57,277
Saya boleh goyang kaki saja."
285
00:12:57,652 --> 00:12:59,362
Diri awak yang satu lagi agak biadab.
286
00:13:00,029 --> 00:13:01,030
Baiklah.
287
00:13:02,073 --> 00:13:05,702
Beginilah. Saya akan jelaskan hal ini
dengan cara paling mudah.
288
00:13:06,744 --> 00:13:11,123
Oleh kerana awak terikat
dengan peristiwa utama pencapahan
289
00:13:11,124 --> 00:13:12,542
pada tahap kuantum...
290
00:13:17,880 --> 00:13:21,049
Awak terikat dan tak dapat dipisahkan
dengan potensi penyelesaian
291
00:13:21,050 --> 00:13:23,928
terhadap keretakan alam semesta
berbilang keadaan.
292
00:13:24,178 --> 00:13:25,388
Awak faham apa yang saya cakap?
293
00:13:27,181 --> 00:13:28,975
Awak seorang saja yang boleh
menyelamatkan alam semesta.
294
00:13:30,059 --> 00:13:32,227
Ya, tapi mungkin saya tak mahu.
295
00:13:32,228 --> 00:13:33,604
Awak mesti melakukannya!
296
00:13:34,355 --> 00:13:35,897
Bolehkah saya bercakap
dengan orang lain?
297
00:13:35,898 --> 00:13:37,482
Seperti pengurus saya?
Saya ialah unjuran
298
00:13:37,483 --> 00:13:39,318
daripada realiti bersebelahan
yang sedang runtuh.
299
00:13:39,319 --> 00:13:40,861
Adakah itu kedengaran seperti
seseorang yang ada pengurus?
300
00:13:40,862 --> 00:13:42,821
Mungkin bukan pengurus,
tapi mesti ada seseorang
301
00:13:42,822 --> 00:13:44,032
yang beritahu awak
pukul berapa untuk datang hari ini.
302
00:13:44,699 --> 00:13:47,326
Dengar sini, kalau saya mahu
selamatkan alam semesta pun
303
00:13:47,327 --> 00:13:48,870
saya dah tak ada peranti itu lagi.
304
00:13:49,620 --> 00:13:51,164
Jadi, pesan satu lagi.
305
00:13:51,748 --> 00:13:53,165
Bagaimana boleh ada satu lagi?
306
00:13:53,166 --> 00:13:55,126
Bagaimana perbualan ini
boleh berlaku?
307
00:13:55,460 --> 00:13:56,918
Awak tak faham
apa yang saya cuba sampaikan.
308
00:13:56,919 --> 00:13:59,671
Saya dah penat
dengan peranti Leonard/Sheldon
309
00:13:59,672 --> 00:14:01,632
dan pengembaraan alam semesta
serta awak.
310
00:14:02,383 --> 00:14:03,384
Terutamanya awak.
311
00:14:05,094 --> 00:14:06,346
Jangan.
312
00:14:06,846 --> 00:14:07,930
Biar saya bercakap dengan awak.
313
00:14:14,937 --> 00:14:16,272
Gred tujuh.
314
00:14:16,814 --> 00:14:20,443
Saya ada seorang guru, En. Marinelli.
315
00:14:20,777 --> 00:14:22,110
Dia yang memberi inspirasi
kepada saya
316
00:14:22,111 --> 00:14:23,945
untuk menubuhkan kelab geologi.
317
00:14:23,946 --> 00:14:26,281
Pada mulanya, ia tak begitu
mendapat sambutan.
318
00:14:26,282 --> 00:14:29,202
Hanya ada saya, Karen Hartman
dan Larry O'Malley.
319
00:14:29,577 --> 00:14:31,037
Dia ada saudara kembar.
320
00:14:32,080 --> 00:14:33,122
Saya tak ingat namanya.
321
00:14:34,624 --> 00:14:35,792
Namanya berima dengan Larry.
322
00:14:36,542 --> 00:14:40,003
Bunyinya seperti Barry atau Harry.
323
00:14:40,004 --> 00:14:42,215
Oh Tuhan, biarkan saja
saya terhempas ke tanah.
324
00:14:44,175 --> 00:14:47,011
Gary. Gary O'Malley. Itu namanya.
325
00:14:48,137 --> 00:14:49,221
Saya tahu saya akan ingat.
326
00:14:49,222 --> 00:14:51,933
BUKA
327
00:14:54,394 --> 00:14:55,395
Hab Pokok Renek.
328
00:14:56,145 --> 00:14:57,146
Masuk akal.
329
00:14:57,855 --> 00:14:59,273
Hab Pokok Renek.
330
00:15:03,319 --> 00:15:06,071
- Siapa nak makan makanan Jepun?
- Saya.
331
00:15:06,072 --> 00:15:08,865
Satu-satunya kelemahan
ada empat perut ini
332
00:15:08,866 --> 00:15:09,991
saya sentiasa lapar.
333
00:15:09,992 --> 00:15:11,119
Saya tahu.
334
00:15:11,702 --> 00:15:12,954
Bonsai.
335
00:15:13,204 --> 00:15:14,956
Kicap? Terima kasih.
336
00:15:15,415 --> 00:15:17,708
Adakah awak rasa
337
00:15:18,584 --> 00:15:22,671
saya salah kerana menarik diri
338
00:15:22,672 --> 00:15:26,050
daripada hal menyelamatkan
alam semesta ini?
339
00:15:27,135 --> 00:15:29,429
Tak penting apa yang saya fikirkan.
Apa yang awak fikirkan?
340
00:15:30,638 --> 00:15:33,598
Lainlah ceritanya jika saya mendaftar
untuk kerja itu, tapi tidak.
341
00:15:33,599 --> 00:15:36,018
Jadi, saya tak rasa
saya melakukan sesuatu yang salah.
342
00:15:36,269 --> 00:15:38,979
Menjalani hidup saya sendiri,
membuat pilihan saya sendiri.
343
00:15:38,980 --> 00:15:40,440
Baiklah.
344
00:15:41,441 --> 00:15:43,608
Lagipun, tiada apa-apa
yang benar-benar berlaku
345
00:15:43,609 --> 00:15:45,695
- selama ratusan tahun.
- Betul.
346
00:15:46,904 --> 00:15:47,988
Maksud saya, memanglah
347
00:15:47,989 --> 00:15:49,281
akan ada banyak nyawa terkorban
348
00:15:49,282 --> 00:15:50,407
atau tak dilahirkan
349
00:15:50,408 --> 00:15:52,076
merentasi alam semesta
yang tak terhingga bilangannya.
350
00:15:53,286 --> 00:15:54,619
Tapi kenapa pula itu masalah saya?
351
00:15:54,620 --> 00:15:56,288
- Itu sememangnya bukan masalah awak.
- Terima kasih.
352
00:15:56,289 --> 00:15:57,623
Melainkan awak mahu ia
menjadi masalah awak.
353
00:15:59,125 --> 00:16:00,168
Jadi, awak rasa
saya patut melakukannya?
354
00:16:00,877 --> 00:16:01,878
Saya tak kata begitu.
355
00:16:02,670 --> 00:16:03,920
Denise, saya bukan wira.
356
00:16:03,921 --> 00:16:06,840
Saya seorang artis gagal
yang tak berduit
357
00:16:06,841 --> 00:16:08,176
dan memiliki kedai buku komik.
358
00:16:08,843 --> 00:16:10,051
Malah, saya terlampau gagal
359
00:16:10,052 --> 00:16:11,303
sehingga dalam setiap alam semesta
yang kita pergi
360
00:16:11,304 --> 00:16:12,387
saya tetap memiliki kedai buku komik.
361
00:16:12,388 --> 00:16:13,472
Tiada bantahan.
362
00:16:13,473 --> 00:16:14,640
Bantahlah sedikit.
363
00:16:16,601 --> 00:16:18,478
Stuart, ini keputusan awak.
364
00:16:19,061 --> 00:16:20,896
Saya cuma berpendapat
sesiapa saja boleh menjadi wira
365
00:16:20,897 --> 00:16:23,149
jika mereka cuba menjadikan
hidup orang lain lebih baik.
366
00:16:23,483 --> 00:16:25,484
Seperti yang awak katakan
367
00:16:25,485 --> 00:16:28,111
ini akan melibatkan
semua orang yang wujud
368
00:16:28,112 --> 00:16:31,699
atau yang akan wujud dalam setiap
alam semesta yang mungkin ada.
369
00:16:35,828 --> 00:16:37,078
Jika saya lakukannya
370
00:16:37,079 --> 00:16:39,247
kita mungkin akan berada
dalam situasi yang jauh lebih teruk
371
00:16:39,248 --> 00:16:40,333
daripada keadaan kita sekarang.
372
00:16:40,917 --> 00:16:43,503
Tiada situasi yang teruk
selagi saya bersama awak.
373
00:16:56,349 --> 00:16:57,807
Mamahan awak sedap.
374
00:16:57,808 --> 00:16:59,435
Awak pun sama, sayang.
375
00:17:07,735 --> 00:17:08,819
Stuart Bloom?
376
00:17:09,570 --> 00:17:10,571
Ya, tuan.
377
00:17:10,821 --> 00:17:12,198
Awak mahu tandatangan
untuk barang ini?
378
00:17:15,368 --> 00:17:17,327
- Gary.
- Itulah saya.
379
00:17:17,328 --> 00:17:18,954
Denise, tengok.
380
00:17:18,955 --> 00:17:20,039
Ini Gary.
381
00:17:20,331 --> 00:17:22,165
- Saya nampak.
- Adakah saya kenal kamu berdua?
382
00:17:22,166 --> 00:17:24,209
Kita pernah berkahwin
di alam semesta lain.
383
00:17:24,210 --> 00:17:26,795
- Tapi tak menjadi.
- Ada juga versi lain awak
384
00:17:26,796 --> 00:17:28,214
yang mengenali versi lain dia.
385
00:17:29,006 --> 00:17:30,049
Tapi dia dah mati.
386
00:17:32,426 --> 00:17:33,886
Saya benci kerja ini.
387
00:17:39,475 --> 00:17:40,892
Tengok, yang ini datang
dengan manual arahan.
388
00:17:40,893 --> 00:17:41,894
Betulkah?
389
00:17:42,144 --> 00:17:43,479
Dan waranti.
390
00:17:45,356 --> 00:17:47,148
"Tahniah kerana membeli
391
00:17:47,149 --> 00:17:50,027
peranti pengangkutan antara dimensi."
392
00:17:51,028 --> 00:17:53,196
- Ia ada Bluetooth.
- Saya tak faham.
393
00:17:53,197 --> 00:17:54,364
Jika Bert dan Barry ambil peranti itu
394
00:17:54,365 --> 00:17:55,740
bagaimana boleh ada satu lagi?
395
00:17:55,741 --> 00:17:57,117
Biar saya lihat.
396
00:17:57,118 --> 00:17:58,910
"Jangan guna berdekatan air.
397
00:17:58,911 --> 00:18:01,538
Awas.
Bahagian kecil, bahaya tercekik."
398
00:18:01,539 --> 00:18:02,622
Baiklah, ini dia.
399
00:18:02,623 --> 00:18:06,167
"Ini gema kuantum
daripada peranti yang asal.
400
00:18:06,168 --> 00:18:09,254
Ia wujud dan tak wujud
pada masa yang sama
401
00:18:09,255 --> 00:18:10,630
dan apabila diaktifkan
402
00:18:10,631 --> 00:18:12,925
ia akan bergabung
dengan peranti yang asal."
403
00:18:13,259 --> 00:18:15,051
Sudahlah,
saya tak akan bertanya lagi.
404
00:18:15,052 --> 00:18:16,053
Mari pergi.
405
00:18:16,512 --> 00:18:17,929
Hanya seperkara lagi.
406
00:18:17,930 --> 00:18:19,306
Kyle, Trevor
407
00:18:19,307 --> 00:18:21,182
saya dan Denise
akan meninggalkan alam semesta ini
408
00:18:21,183 --> 00:18:22,726
kerana saya sedang menggalas misi
409
00:18:22,727 --> 00:18:25,228
untuk menghalang
kemusnahan realiti itu sendiri.
410
00:18:25,229 --> 00:18:26,480
- Baiklah.
- Sudah tentu, ya.
411
00:18:26,897 --> 00:18:28,815
Kamu betul-betul
tiada sebarang soalan?
412
00:18:28,816 --> 00:18:33,153
Saya ada satu soalan.
Komik Batman 608 ini ada kesan air.
413
00:18:33,154 --> 00:18:34,488
Bolehkah harganya dikurangkan?
414
00:18:34,739 --> 00:18:36,240
Tidak. Selamat tinggal, semua.
415
00:18:37,366 --> 00:18:38,367
SUIS UTAMA
416
00:18:44,790 --> 00:18:46,334
Saya rasa awak boleh ambil saja.
417
00:18:56,218 --> 00:18:58,178
Baiklah. Sudah-sudahlah.
418
00:18:58,179 --> 00:19:00,513
"Sudah-sudahlah"? Awak gila?
419
00:19:00,514 --> 00:19:01,932
Apa yang sedang berlaku?
420
00:19:02,224 --> 00:19:03,934
Kita sedang jatuh.
421
00:19:04,435 --> 00:19:06,102
Ya, kami tahu.
422
00:19:06,103 --> 00:19:08,146
Ini alam semesta jenis apa?
423
00:19:08,147 --> 00:19:10,774
Saya tak rasa kita dah sampai
ke alam semesta lain.
424
00:19:10,775 --> 00:19:12,651
Saya rasa kita terperangkap
di antara alam semesta.
425
00:19:12,652 --> 00:19:14,987
Apa yang wujud
di antara alam semesta?
426
00:19:15,237 --> 00:19:18,865
Tekaan terbaik saya,
sejenis cemaran antara dimensi.
427
00:19:18,866 --> 00:19:21,493
Bayangkan seperti terperangkap
di celah dua alam semesta
428
00:19:21,494 --> 00:19:22,827
yang tak sepatutnya bersatu.
429
00:19:22,828 --> 00:19:23,912
Awak menjijikkan.
430
00:19:23,913 --> 00:19:26,415
Bawa kita keluar dari sini!
431
00:19:26,582 --> 00:19:30,336
Kami dah cuba.
Mesin itu tak berfungsi.
432
00:19:30,586 --> 00:19:33,506
Sebab kamu tak dipilih
untuk menyelamatkan alam semesta.
433
00:19:33,714 --> 00:19:35,257
Awak pula telah dipilih?
434
00:19:35,966 --> 00:19:37,300
Denise, beritahu mereka.
435
00:19:37,301 --> 00:19:39,511
Betul. Dialah orangnya.
436
00:19:39,512 --> 00:19:43,098
Anggap saya seperti Neo
atau bayi Jesus.
437
00:19:43,099 --> 00:19:46,227
Jesus? Betulkah?
Tekan saja butang itu!
438
00:20:00,366 --> 00:20:01,742
Semuanya nampak normal.
439
00:20:02,702 --> 00:20:03,828
Apa yang awak cakap?
440
00:20:04,120 --> 00:20:06,038
Saya kata semuanya nampak normal.
441
00:20:06,414 --> 00:20:08,207
Mulut awak tak bergerak.
442
00:20:08,666 --> 00:20:10,167
Mulut awak juga.
443
00:20:10,626 --> 00:20:13,254
Saya rasa kita sedang mendengar
fikiran masing-masing.
444
00:20:13,379 --> 00:20:15,840
Itu akan menjadi masalah besar
untuk saya.
445
00:20:15,965 --> 00:20:16,966
Kenapa?
446
00:20:18,801 --> 00:20:19,802
Kenapa apa?
447
00:20:20,094 --> 00:20:21,554
Kenapa ia akan menjadi masalah besar?
448
00:20:23,264 --> 00:20:25,307
Ibu saya mandikan saya
sampai saya berumur 12 tahun.
449
00:20:25,641 --> 00:20:26,767
Tak guna.