1 00:00:14,264 --> 00:00:16,767 RUSHVILLE DITUBUHKAN PADA 1885 2 00:00:16,850 --> 00:00:19,770 PENDUDUK 1001 3 00:00:31,949 --> 00:00:35,619 BILIK KOSONG MOTEL BERPENYAMAN UDARA 4 00:00:45,337 --> 00:00:46,588 Letak senjata. 5 00:00:48,131 --> 00:00:49,383 Semuanya dah berakhir. 6 00:00:49,675 --> 00:00:50,842 Beri dia laluan. 7 00:00:57,641 --> 00:00:59,142 Di mana Hal? 8 00:01:03,313 --> 00:01:04,605 Dia ada di motel itu. 9 00:01:05,022 --> 00:01:11,572 SYERIF DAERAH SHERIDAN 10 00:01:21,832 --> 00:01:23,208 Awak perlukan doktor? 11 00:01:24,918 --> 00:01:25,919 Tak. 12 00:01:28,505 --> 00:01:29,631 Awak tak apa-apa? 13 00:01:33,218 --> 00:01:34,928 Berapa ramai yang terkorban? 14 00:01:36,888 --> 00:01:38,390 Saya belum tahu lagi. 15 00:01:39,765 --> 00:01:40,976 Keadaannya teruk. 16 00:01:45,104 --> 00:01:46,607 Berbaloikah semua ini? 17 00:01:55,198 --> 00:01:56,199 Apa? 18 00:01:58,744 --> 00:02:00,621 Itu soalan sama yang saya tanya John. 19 00:02:04,374 --> 00:02:06,209 Apa yang Guardians akan cakap? 20 00:02:06,960 --> 00:02:08,502 Saya gagal beritahunya 21 00:02:08,586 --> 00:02:11,131 dan saya membahayakan nyawa ramai orang... 22 00:02:13,717 --> 00:02:15,969 atas sebab-sebab yang mementingkan diri. 23 00:02:19,139 --> 00:02:21,516 Guardians takkan bantah mana-mana mahkamah 24 00:02:21,600 --> 00:02:24,853 yang hukum saya sebab membahayakan orang. 25 00:02:27,689 --> 00:02:30,525 Satu penyelesaian yang bagus dan mudah untuk masalah mereka 26 00:02:31,735 --> 00:02:33,111 yang melibatkan saya. 27 00:02:36,031 --> 00:02:37,366 Saya minta maaf. 28 00:02:38,158 --> 00:02:39,368 Awak dah beritahu saya. 29 00:02:40,619 --> 00:02:43,204 Saya tak tinggalkan bandar ini, apa saja yang berlaku selepas itu... 30 00:02:45,165 --> 00:02:46,583 saya akan bertanggungjawab. 31 00:02:46,958 --> 00:02:48,251 Saya tahu. 32 00:02:48,585 --> 00:02:49,753 Memang pun. 33 00:02:50,796 --> 00:02:53,840 Tapi saya masih boleh rasa serba salah walaupun betul. 34 00:04:06,079 --> 00:04:07,539 Awak datang. 35 00:04:09,166 --> 00:04:10,417 Ya. 36 00:04:15,422 --> 00:04:17,339 Awak bawa Schlitz. 37 00:05:10,602 --> 00:05:12,395 Mungkin ini idea yang teruk. 38 00:05:12,896 --> 00:05:16,149 Saya dah dewasa dan penguat kuasa undang-undang di bandar ini. 39 00:05:16,608 --> 00:05:17,651 Walaupun seronok 40 00:05:17,734 --> 00:05:20,403 saya takkan habiskan sebulan bersembunyi dengan awak. 41 00:05:20,529 --> 00:05:22,197 Awak sedar mereka tulis, "Pergi, tak guna" 42 00:05:22,280 --> 00:05:23,782 di laman depan rumah saya? 43 00:05:24,282 --> 00:05:26,618 - Nak buat laporan? - Dengan najis. 44 00:05:26,701 --> 00:05:29,120 Najis mereka sendiri. Itu ambil masa yang lama. 45 00:05:29,329 --> 00:05:30,497 Mereka tak perlu tinggalkan 46 00:05:30,580 --> 00:05:32,249 perkataan "tak guna" untuk sampaikan mesej itu. 47 00:05:32,957 --> 00:05:35,377 Melainkan itulah mesej utamanya. 48 00:05:41,466 --> 00:05:42,717 Dengar sini. 49 00:05:42,884 --> 00:05:44,261 Saya tahu awak ambil masa bertahun-tahun 50 00:05:44,344 --> 00:05:46,221 untuk dapatkan kepercayaan penduduk di sini. 51 00:05:50,600 --> 00:05:52,853 Saya tak nak awak kehilangannya sebab saya, itu saja. 52 00:06:00,569 --> 00:06:02,195 Dengar sini, semua. 53 00:06:03,780 --> 00:06:06,199 Saya tahu kamu tak suka dia 54 00:06:07,367 --> 00:06:08,535 tapi saya suka. 55 00:06:09,160 --> 00:06:10,787 Saya sangat sukakan dia. 56 00:06:11,371 --> 00:06:13,248 Dia dah menjalani hukumannya 57 00:06:13,331 --> 00:06:16,710 dan dia kembali ke sini walaupun tahu kamu akan merenungnya 58 00:06:16,793 --> 00:06:21,965 bocorkan tayarnya dan conteng laman rumahnya dengan najis. 59 00:06:22,299 --> 00:06:24,134 Dia boleh pergi ke mana-mana saja. 60 00:06:24,217 --> 00:06:26,386 Dia masih seorang wira, di kebanyakan tempat 61 00:06:26,511 --> 00:06:29,848 tapi dia pilih untuk kembali ke tempat yang dia dibenci. 62 00:06:30,181 --> 00:06:32,851 Setiap hari dia keluar 63 00:06:32,933 --> 00:06:35,896 dan cuba membetulkan sesuatu yang rosak disebabkan dia. 64 00:06:37,105 --> 00:06:40,358 Saya juga kehilangan sesuatu macam kamu sepuluh tahun lalu 65 00:06:40,901 --> 00:06:42,193 dan saya dah maafkan dia. 66 00:06:45,196 --> 00:06:47,949 Jadi saya nak kamu tahu, di depan Tuhan 67 00:06:48,074 --> 00:06:51,953 dan roti bawang putih terbaik di barat Nebraska 68 00:06:53,246 --> 00:06:55,916 yang Hal Jordan mungkin dah buat kesilapan besar 69 00:06:56,499 --> 00:06:59,336 dan mungkin dia tak layak terima kemaafan kamu 70 00:06:59,419 --> 00:07:02,005 tapi dia berhak hidup aman. 71 00:07:02,672 --> 00:07:03,882 Kita semua pun sama. 72 00:07:04,799 --> 00:07:08,887 Sesiapa yang nak ancam keamanan itu patut tahu 73 00:07:10,639 --> 00:07:11,806 dia bersama saya. 74 00:07:24,277 --> 00:07:25,654 Apa? 75 00:07:28,490 --> 00:07:30,200 Berhenti merenung. 76 00:07:30,367 --> 00:07:31,660 Peliklah. 77 00:07:31,743 --> 00:07:33,370 Saya harap awak tak balik. 78 00:07:35,497 --> 00:07:37,874 Cubalah minta daripada berharap. 79 00:07:40,543 --> 00:07:41,544 Jangan pergi. 80 00:07:43,088 --> 00:07:44,130 Tak boleh. 81 00:07:44,798 --> 00:07:46,466 Saya belum bersedia untuk biarkan Noah 82 00:07:46,549 --> 00:07:47,550 bangun seorang diri. 83 00:07:48,718 --> 00:07:50,387 Saya rasa Noah tahu pasal kita. 84 00:07:51,262 --> 00:07:54,975 Ada beza antara tahu dengan menerima. 85 00:08:02,691 --> 00:08:05,193 Nak pergi ke perlawanan Noah hari Jumaat ini? 86 00:08:06,569 --> 00:08:07,821 Maksud awak, bersama-sama? 87 00:08:10,573 --> 00:08:11,574 Ya. 88 00:08:22,877 --> 00:08:23,878 Ya. 89 00:08:31,886 --> 00:08:33,847 Saya sangat suka idea itu. 90 00:08:34,806 --> 00:08:35,807 Bagus. 91 00:09:10,133 --> 00:09:11,217 Alamak! 92 00:09:14,971 --> 00:09:16,389 Tak guna! 93 00:09:34,407 --> 00:09:35,658 Earl! 94 00:10:28,545 --> 00:10:29,796 Apa yang berlaku? 95 00:10:34,217 --> 00:10:36,052 Lebih baik kalau awak tak bergerak. 96 00:10:39,389 --> 00:10:40,932 Itu kulit baru awak. 97 00:10:43,309 --> 00:10:44,936 Saya harap ada cara untuk selamatkan awak 98 00:10:45,019 --> 00:10:46,604 tanpa beritahu awak siapa saya sebenarnya. 99 00:10:48,148 --> 00:10:50,525 Awak tak boleh beritahu mak saya yang saya sembuhkan awak. 100 00:10:52,861 --> 00:10:54,529 Dia tak sedar yang saya tahu. 101 00:11:02,871 --> 00:11:04,664 Siapa awak? 102 00:11:23,016 --> 00:11:24,642 Manhunter. 103 00:11:28,771 --> 00:11:31,941 Satu bintang untuk pelatih yang gagal. 104 00:11:32,358 --> 00:11:33,902 Hal beritahu kamu ini? 105 00:11:34,652 --> 00:11:37,113 Dia berdiri betul-betul di tempat awak berdiri sekarang. 106 00:11:37,906 --> 00:11:39,657 Jadi Noah yang lepaskan awak. 107 00:11:39,741 --> 00:11:41,159 Budak itu dah dewasa. 108 00:11:42,410 --> 00:11:43,578 Dia sangat berkuasa. 109 00:11:44,829 --> 00:11:46,247 Sekuat mana? 110 00:11:46,331 --> 00:11:47,999 Lihat di mana saya berada. 111 00:11:50,084 --> 00:11:51,878 Saya dah bersedia untuk cakap dengan Hal sekarang. 112 00:11:51,961 --> 00:11:53,296 Maaf, dia tak lapang. 113 00:11:53,546 --> 00:11:55,048 Kalau begitu, pastikan dia lapang. 114 00:11:55,715 --> 00:11:56,716 Kenapa di sini? 115 00:11:58,176 --> 00:12:01,262 Kenapa buat portal ke planet beracun yang dah mati 116 00:12:01,346 --> 00:12:02,639 yang buat kita nak bunuh diri? 117 00:12:02,972 --> 00:12:04,599 Manhunter yang lain 118 00:12:04,724 --> 00:12:06,809 yang mewariskan teknologinya kepada budak itu 119 00:12:06,893 --> 00:12:09,646 yang membebaskan saya. Neneknya. 120 00:12:10,480 --> 00:12:11,981 Dia bina supaya dia boleh lawat 121 00:12:12,065 --> 00:12:14,442 - tempat yang dia musnahkan. - Kenapa dia buat begitu? 122 00:12:14,609 --> 00:12:17,070 Sebab yang sama Jordan kembali ke Rushville. 123 00:12:17,487 --> 00:12:20,156 Kelemahan dan rasa bersalah. 124 00:12:20,406 --> 00:12:22,033 Apa yang Noah nak daripada awak? 125 00:12:22,116 --> 00:12:23,993 Saya tak nak cakap dengan seorang pelatih lagi. 126 00:12:24,410 --> 00:12:25,787 Saya perlu cakap dengan Hal. 127 00:12:26,204 --> 00:12:27,580 Saya tak tahu. 128 00:12:28,831 --> 00:12:30,166 Ini tak masuk akal. 129 00:12:30,917 --> 00:12:34,379 Awak duduk di situ dan beritahu saya yang Noah selamatkan nyawa Hal 130 00:12:34,462 --> 00:12:36,673 - dan kemudian membunuhnya? - Dia Manhunter. 131 00:12:36,965 --> 00:12:39,759 Hidup dan mati adalah satu urus niaga baginya. 132 00:12:41,886 --> 00:12:44,347 Hal pasti dah tak berguna lagi. 133 00:12:52,105 --> 00:12:53,940 Jadi apa urus niaganya dengan awak? 134 00:12:54,399 --> 00:12:56,234 Saya tak nak cakap dengan awak lagi. 135 00:12:59,487 --> 00:13:02,907 Awak tak perlu buat ini! Tak, berhenti! Jangan! 136 00:13:02,991 --> 00:13:04,492 Apa yang awak buat di sini? Beritahu saya perkara sebenar! 137 00:13:04,617 --> 00:13:06,411 Saya cakap benarlah. 138 00:13:09,789 --> 00:13:12,875 Beritahu saya! Apa yang awak nampak? 139 00:13:16,254 --> 00:13:18,006 - Jangan gunakannya terhadap saya. - Apa yang awak takutkan? 140 00:13:18,172 --> 00:13:20,008 Jangan gunakan terhadap saya. Awak... 141 00:13:23,845 --> 00:13:26,431 Cukup! 142 00:13:27,473 --> 00:13:29,058 Cukup! 143 00:13:33,479 --> 00:13:35,273 Saya tempa sebuah tanglung untuk dia. 144 00:14:05,053 --> 00:14:06,679 Adakah ia berfungsi? 145 00:14:08,014 --> 00:14:09,140 Sudah tentulah. 146 00:14:09,223 --> 00:14:11,017 Sekarang, benarkan saya cakap dengan Jordan. 147 00:14:14,854 --> 00:14:16,356 Apa kesan-kesannya? 148 00:14:16,439 --> 00:14:17,899 Awaklah beritahu saya. 149 00:14:18,107 --> 00:14:19,776 Awak menempanya di sini? 150 00:14:20,276 --> 00:14:24,280 Apa saja kesan-kesan itu berasal dari air dan udara. 151 00:14:26,407 --> 00:14:27,408 Itulah ketakutan. 152 00:14:27,492 --> 00:14:30,078 Lantern Corps berpendapat ketakutan buat awak lemah. 153 00:14:30,411 --> 00:14:31,788 Mereka silap besar. 154 00:14:32,288 --> 00:14:33,539 Kalau dimanfaatkan dengan betul 155 00:14:33,623 --> 00:14:36,542 ketakutan boleh jadi kuasa paling hebat di alam semesta ini. 156 00:14:36,959 --> 00:14:39,587 Ketakutan hanyalah evolusi kepintaran. 157 00:14:40,797 --> 00:14:42,715 Tunjuk satu spesies yang tak takut 158 00:14:42,799 --> 00:14:45,218 dan saya akan tunjukkan sesuatu dalam senarai kepupusan. 159 00:14:46,052 --> 00:14:47,678 Ia boleh cas cincin saya? 160 00:14:47,762 --> 00:14:49,305 Ya, boleh. 161 00:14:57,397 --> 00:14:58,523 Jangan. 162 00:14:59,399 --> 00:15:00,608 Awak di situ rupanya. 163 00:15:00,691 --> 00:15:02,485 Awak tak tahu apa yang tanglung itu boleh buat. 164 00:15:02,610 --> 00:15:04,153 Awak sepatutnya dengar kata saya. 165 00:15:04,570 --> 00:15:07,698 Saya dah kata awak akan terbunuh kalau awak kembali ke sana. 166 00:15:08,991 --> 00:15:11,119 Beritahu saya kenapa Noah mahukan sebuah tanglung. 167 00:15:12,662 --> 00:15:14,163 Saya ada satu andaian. 168 00:15:14,247 --> 00:15:16,124 Mungkin kematian awak tak perlu sia-sia. 169 00:15:16,207 --> 00:15:17,750 Apa yang saya buat di sini? 170 00:15:17,959 --> 00:15:19,419 Selepas budak lelaki itu sembuhkan awak 171 00:15:19,502 --> 00:15:21,587 dia buat awak berjanji untuk simpan rahsianya. 172 00:15:21,963 --> 00:15:23,131 Tapi awak ikut dia. 173 00:15:29,804 --> 00:15:31,305 Awak jumpa pintu gerbangnya. 174 00:15:32,432 --> 00:15:33,808 Apabila dia keluar 175 00:15:34,559 --> 00:15:36,018 awak masuk. 176 00:15:38,688 --> 00:15:39,939 Awak dapat idea 177 00:15:40,022 --> 00:15:42,400 untuk tutup pintu itu dan sembunyikannya. 178 00:15:43,151 --> 00:15:44,944 Saya dah cakap kalau awak tutup pintu itu 179 00:15:45,111 --> 00:15:47,113 budak itu akan marah. 180 00:15:48,448 --> 00:15:50,700 - Awak nak saya bunuh dia? - Awak dah berhati lembut. 181 00:15:50,950 --> 00:15:51,993 Dia Manhunter. 182 00:15:52,118 --> 00:15:53,828 Kenapa Noah mahukan tanglung? 183 00:15:53,995 --> 00:15:55,246 Kita masih boleh lakukannya. 184 00:15:55,329 --> 00:15:57,331 Dia tak boleh berhenti fikirkan awak. 185 00:15:57,582 --> 00:16:00,710 Awak akan kekal utuh. Kuasa cincin itu hampir habis. 186 00:16:00,960 --> 00:16:02,336 Kita boleh tumpaskan dia. 187 00:16:02,712 --> 00:16:04,380 Saya tahu caranya. 188 00:16:06,382 --> 00:16:07,592 Kalau kita ada cincin awak 189 00:16:07,675 --> 00:16:10,303 saya boleh hidupkan awak semula. 190 00:16:18,728 --> 00:16:20,146 Awak terlalu banyak cakap. 191 00:16:21,063 --> 00:16:22,440 Awak memang selalu begitu. 192 00:16:23,649 --> 00:16:25,026 Menyampahlah. 193 00:16:25,818 --> 00:16:27,570 Jangan dengar cakap dia pasal cincin itu. 194 00:16:27,653 --> 00:16:29,071 Dia tak nak awak mengecasnya. 195 00:16:29,363 --> 00:16:31,240 Sebab sebaik saja awak cas 196 00:16:33,159 --> 00:16:35,369 seluruh kewujudannya akan terhapus. 197 00:16:35,786 --> 00:16:37,663 Agak mementingkan diri, bukan? 198 00:16:37,747 --> 00:16:39,415 Memandangkan ia bermakna anak didik awak 199 00:16:39,499 --> 00:16:42,460 terpaksa berdepan dengan Manhunter tanpa senjata. 200 00:16:44,086 --> 00:16:46,506 Awak saja yang pernah bunuh Guardians. 201 00:16:48,090 --> 00:16:50,426 Sebab itu Noah lepaskan awak. 202 00:16:51,677 --> 00:16:54,305 Sebab itu dia minta awak tempa tanglung ini. 203 00:16:56,098 --> 00:16:57,600 Dia nak balas dendam. 204 00:16:59,936 --> 00:17:01,646 Kenapa dia belum guna lagi? 205 00:17:02,146 --> 00:17:03,940 Pertama sekali, dia perlukan cincin. 206 00:17:04,022 --> 00:17:05,775 Ya, dia boleh panggil Gardner. 207 00:17:06,442 --> 00:17:09,153 Guna lampu isyarat mengarut itu. Serang hendap dia. 208 00:17:09,237 --> 00:17:11,239 Gardner takkan menduganya. Ambil cincin itu. 209 00:17:13,199 --> 00:17:14,909 Dia ada rasa bersalah, bukan? 210 00:17:15,992 --> 00:17:18,204 Dia ada rasa bersalah sebab itu awak berang. 211 00:17:18,287 --> 00:17:20,414 Budak itu cuma bergelut dengan sifat semula jadinya 212 00:17:20,498 --> 00:17:23,416 dan asuhan manusianya yang biasa. 213 00:17:24,085 --> 00:17:26,753 Sifat semula jadi sentiasa menang. Ia cuma ambil masa. 214 00:17:28,089 --> 00:17:30,216 Kalau awak tak nak budak itu bunuh awak 215 00:17:30,299 --> 00:17:32,176 saya cadangkan awak cas cincin itu. 216 00:17:53,614 --> 00:17:54,615 Hal. 217 00:17:56,242 --> 00:17:58,494 Awak tak boleh tinggalkan saya di sini begitu saja. 218 00:18:01,080 --> 00:18:02,873 Tasik itu tak sesuai untuk berenang. 219 00:18:03,457 --> 00:18:05,418 Ia hanya bawa kegilaan dan kematian. 220 00:18:06,043 --> 00:18:07,044 Hal! 221 00:18:07,712 --> 00:18:10,631 Saya akan terdampar di sini, Hal! 222 00:18:20,766 --> 00:18:21,976 Dengar sini, saya tarik balik kata-kata saya. 223 00:18:22,059 --> 00:18:23,060 Awak patut cas cincin itu. 224 00:18:23,144 --> 00:18:24,353 Kuasa yang tinggal hanya kira-kira tujuh minit saja. 225 00:18:24,437 --> 00:18:26,689 Beginilah, saya tak rasa nak cakap sekarang. 226 00:18:26,772 --> 00:18:27,940 Kalau begitu, cas cincin itu. 227 00:18:28,024 --> 00:18:29,609 Saya akan hilang daripada hidup awak selamanya. 228 00:18:30,943 --> 00:18:32,862 Dengar sini, saya cuba melindungi awak. 229 00:18:32,987 --> 00:18:34,947 Sekarang awak cuba melindungi saya? 230 00:18:35,197 --> 00:18:36,699 Selepas awak mati? 231 00:18:37,283 --> 00:18:39,118 Apa kata-kata terakhir saya cakap kepada awak? 232 00:18:39,201 --> 00:18:40,286 Apa yang awak cakap ini? 233 00:18:40,703 --> 00:18:44,373 Awak beritahu saya pasal perbualan kita di kafe itu. 234 00:18:44,540 --> 00:18:45,750 Ya, kenapa? 235 00:18:45,833 --> 00:18:47,627 Kita berbual. Tiba-tiba, awak tumbuk saya. 236 00:18:47,710 --> 00:18:50,254 Kemudian, apa kata-kata terakhir yang saya cakap kepada awak? 237 00:18:52,298 --> 00:18:53,716 Awak cakap jangan beritahu sesiapa 238 00:18:53,799 --> 00:18:55,092 yang saya ada di Rushville. 239 00:18:55,676 --> 00:18:57,261 Kenapa saya nak buat begitu? 240 00:18:58,346 --> 00:19:01,307 Sebab Noah akan fikir awak beritahu saya pasal dia. 241 00:19:01,390 --> 00:19:04,268 Awak cuba melindungi saya. Itu dia, gembira? 242 00:19:04,769 --> 00:19:07,146 Jadi kenapa awak tak nak cas cincin itu? 243 00:19:07,229 --> 00:19:08,898 Naluri saya kata Noah takkan cederakan saya. 244 00:19:08,981 --> 00:19:09,982 Naluri awak salah. 245 00:19:10,066 --> 00:19:12,109 Jadi naluri awak sentiasa betul, tapi naluri saya salah? 246 00:19:12,276 --> 00:19:13,486 Naluri saya dah mati. 247 00:19:14,028 --> 00:19:15,738 Saya tak tahu kenapa awak peduli sangat pasal ini. 248 00:19:15,821 --> 00:19:18,074 Sebab saya cuba melindungi awak. 249 00:19:26,123 --> 00:19:28,793 Cas cincin itu atau awak akan mati, John. 250 00:19:53,401 --> 00:19:54,819 Apa rancangannya? 251 00:20:00,032 --> 00:20:02,493 Saya akan keluar dari pintu gerbang di menara air. 252 00:20:03,869 --> 00:20:05,830 Noah ada perlawanan bola sepak. 253 00:20:07,039 --> 00:20:08,999 Saya ada masa sikit untuk berfikir. 254 00:20:11,210 --> 00:20:14,797 Guna cincin itu atau dia akan bunuh awak. 255 00:20:18,926 --> 00:20:20,344 Tak, dia takkan bunuh saya. 256 00:20:49,248 --> 00:20:50,958 Awak boleh pandu? 257 00:21:06,265 --> 00:21:08,142 Pandang jalan saja. 258 00:21:28,537 --> 00:21:29,914 Kenapa awak bunuh nenek saya? 259 00:21:29,997 --> 00:21:31,624 - Dia Manhunter. - Saya pun sama. 260 00:21:32,374 --> 00:21:33,417 Ya, saya tahu. 261 00:21:33,501 --> 00:21:35,961 Awak fikir itu alasan yang cukup untuk bunuh orang? 262 00:21:44,345 --> 00:21:46,138 Sebenarnya, saya sayang nenek awak. 263 00:21:47,181 --> 00:21:50,476 Saya rasa kami saling memahami. 264 00:21:51,602 --> 00:21:53,562 Awak mungkin tak tahu, tapi 265 00:21:54,396 --> 00:21:56,899 saya hampir rentung dalam kereta saya. 266 00:21:58,400 --> 00:21:59,777 Dia tarik saya keluar. 267 00:22:01,153 --> 00:22:02,488 Dia bawa saya ke mesin itu 268 00:22:02,613 --> 00:22:04,573 yang awak ada di rumah sembelihan itu. 269 00:22:05,533 --> 00:22:06,909 Dia selamatkan nyawa saya. 270 00:22:06,992 --> 00:22:08,786 Jadi dialah satu-satunya sebab awak masih hidup? 271 00:22:08,869 --> 00:22:10,079 Betul. 272 00:22:10,162 --> 00:22:11,831 Tapi dia juga boleh tarik saya keluar 273 00:22:11,914 --> 00:22:13,749 dari kereta itu sebelum ia meletup. 274 00:22:14,875 --> 00:22:19,004 Dia nak saya berada di ambang maut 275 00:22:20,339 --> 00:22:23,217 sebab dia tahu dia perlukan saya untuk bunuh Hal Jordan. 276 00:22:31,475 --> 00:22:33,310 Dia nak saya bunuh dia. 277 00:22:40,526 --> 00:22:42,194 Dia tahu dia tak dapat hentikan dirinya 278 00:22:42,278 --> 00:22:44,113 jadi dia nak saya hentikan dia. 279 00:22:50,744 --> 00:22:51,996 Kenapa? 280 00:22:52,329 --> 00:22:53,330 Sebab kalau dia dah tiada 281 00:22:53,414 --> 00:22:55,332 tiada sesiapa akan datang ke sini untuk cari awak. 282 00:22:57,376 --> 00:22:58,711 Jadi ini salah saya? 283 00:22:59,044 --> 00:23:00,129 Bukan. 284 00:23:01,714 --> 00:23:03,799 Dia dah hidup lama. 285 00:23:04,341 --> 00:23:06,176 Dia dah menjalani begitu banyak kehidupan. 286 00:23:06,260 --> 00:23:08,429 Saya fikir mungkin dia cuma penat. 287 00:23:11,807 --> 00:23:13,017 Saya tak percaya. 288 00:23:26,030 --> 00:23:29,533 BERHENTI 289 00:23:37,291 --> 00:23:38,834 Awak nak ke mana, Noah? 290 00:23:51,805 --> 00:23:53,057 Apa yang akan awak pilih? 291 00:24:45,401 --> 00:24:47,361 Saya tak bakar rumah Hal. 292 00:24:48,487 --> 00:24:51,073 Saya nampak asap itu dan saya masuk untuk bantu dia. 293 00:24:53,909 --> 00:24:55,828 Itu berlawanan dengan sifat semula jadi awak. 294 00:24:55,911 --> 00:24:57,538 Jadi awak tak terikat dengannya. 295 00:24:57,788 --> 00:25:00,457 Sebenarnya, saya mempercayainya dengan diri saya yang sebenar. 296 00:25:01,083 --> 00:25:03,293 Apa yang dia perlu buat hanyalah membiarkannya. 297 00:25:07,339 --> 00:25:09,091 - Apa yang awak cuba cakap? - Dia ikut saya. 298 00:25:09,299 --> 00:25:11,552 Dia jumpa pintu itu dan apa yang ada di dalamnya. 299 00:25:12,845 --> 00:25:14,096 Saya tak boleh ambil risiko 300 00:25:14,179 --> 00:25:15,639 dia beritahu mak saya apa yang saya buat. 301 00:25:15,848 --> 00:25:17,850 Jadi? 302 00:25:26,191 --> 00:25:27,317 Beritahu saya. 303 00:25:30,696 --> 00:25:31,697 Cakap. 304 00:25:34,992 --> 00:25:36,744 Kenapa awak tak boleh cakap? 305 00:25:41,582 --> 00:25:43,208 Saya bunuh Hal. 306 00:25:54,970 --> 00:25:57,139 Awak tengah fikir sama ada saya akan bunuh awak. 307 00:25:57,222 --> 00:25:59,058 Ya, betul. 308 00:26:04,146 --> 00:26:07,274 Awak tak rasa saya boleh atasi sifat semula jadi saya? 309 00:26:10,194 --> 00:26:11,195 Beginilah... 310 00:26:13,322 --> 00:26:14,740 untuk masa yang lama 311 00:26:19,620 --> 00:26:24,124 saya tak dapat bezakan siapa diri saya yang sebenar. 312 00:26:25,626 --> 00:26:28,295 Saya tanya, “Siapa diri saya?” 313 00:26:28,879 --> 00:26:31,340 Selebihnya hanya latihan dan ulangan. 314 00:26:31,423 --> 00:26:33,884 Adakah saya buat untuk gembirakan ibu bapa saya? 315 00:26:34,009 --> 00:26:36,136 Tapi saya fikir sebenarnya 316 00:26:36,845 --> 00:26:39,181 semua itu hanyalah alasan yang tak guna. 317 00:26:42,684 --> 00:26:44,853 Sebab kalau saya boleh tanya soalan itu kepada diri saya 318 00:26:45,604 --> 00:26:47,648 maknanya saya boleh jawab sendiri. 319 00:27:11,713 --> 00:27:13,590 Bukan senang nak tubuhkan pancaragam perbarisan 320 00:27:13,674 --> 00:27:14,925 yang bagus di bandar kecil. 321 00:27:16,760 --> 00:27:20,889 Ya, saya rasa uji bakat trombon ketiga tentu memenatkan. 322 00:27:25,227 --> 00:27:27,688 Dari satu sudut hati saya, saya teringin juga hidup normal. 323 00:27:28,897 --> 00:27:31,400 Saya boleh pergi ke Nebraska. Main bola sepak. 324 00:27:31,942 --> 00:27:33,777 Saya suka. Saya pandai main. 325 00:27:34,862 --> 00:27:37,823 Bertemu seseorang, berkahwin, bina keluarga. 326 00:27:39,658 --> 00:27:40,909 Hidup macam biasa. 327 00:27:47,541 --> 00:27:49,293 Macam mana dengan sudut lain? 328 00:27:51,378 --> 00:27:52,880 Saya ada beberapa idea. 329 00:27:57,176 --> 00:27:58,677 Macam ia ada dalam diri saya. 330 00:28:00,345 --> 00:28:03,724 Saya tak fikir pun, ia wujud begitu saja. 331 00:28:03,932 --> 00:28:05,142 Idea yang macam mana? 332 00:28:07,394 --> 00:28:08,770 Pasal kuasa. 333 00:28:09,062 --> 00:28:10,063 Kenapa? 334 00:28:11,940 --> 00:28:13,859 Saya boleh pergi ke Annapolis. 335 00:28:14,193 --> 00:28:16,028 Saya boleh masuk ke Pentagon. 336 00:28:16,528 --> 00:28:17,988 Saya boleh guna bola sepak untuk jadi terkenal. 337 00:28:18,280 --> 00:28:20,574 Sertai politik. Semuanya pasti mudah. 338 00:28:21,909 --> 00:28:24,328 Saya akan ada akses kepada semua sumber kuasa 339 00:28:25,078 --> 00:28:26,413 orang, senjata. 340 00:28:27,372 --> 00:28:31,126 Kalau ada sesiapa cuba halang, saya ada cincin dan tanglung 341 00:28:31,335 --> 00:28:33,503 yang mampu bunuh Guardians. 342 00:28:40,761 --> 00:28:44,556 Kalau awak boleh baca fikiran saya, awak tentu takkan berhenti menjerit. 343 00:29:06,620 --> 00:29:08,580 Saya perlu minta bantuan awak. 344 00:29:10,415 --> 00:29:11,416 Okey. 345 00:29:14,211 --> 00:29:15,754 Saya nak awak bunuh saya. 346 00:29:23,845 --> 00:29:25,764 - Saya tak faham. - Ya, awak faham. 347 00:29:27,015 --> 00:29:28,141 Awak tak cuba pujuk saya. 348 00:29:28,225 --> 00:29:30,143 Saya hanya mendengar. 349 00:29:33,981 --> 00:29:36,358 Awak bunuh nenek saya sebab belas kasihan. 350 00:29:37,109 --> 00:29:39,236 Saya minta awak buat perkara yang sama untuk saya. 351 00:29:45,117 --> 00:29:46,410 Benarkan saya main perlawanan terakhir ini 352 00:29:46,493 --> 00:29:47,703 untuk rakan sepasukan saya. 353 00:29:51,540 --> 00:29:52,749 Satu lagi permintaan? 354 00:29:59,673 --> 00:30:01,717 Tolong jangan biarkan saya sedar yang ia akan berlaku. 355 00:30:26,867 --> 00:30:28,076 Hal, awak dengar? 356 00:30:34,833 --> 00:30:36,710 Sudahlah, saya kenal awak. 357 00:30:38,378 --> 00:30:40,547 Saya tahu awak tengah dengar tadi. 358 00:30:43,383 --> 00:30:44,426 Hal? 359 00:30:49,806 --> 00:30:51,391 Hal, saya perlukan awak. 360 00:30:54,853 --> 00:30:56,188 Saya perlukan awak. 361 00:31:00,317 --> 00:31:03,487 Mari bersurai. Sedia? Bersurai! 362 00:31:06,281 --> 00:31:07,324 Sedia, mula! 363 00:31:46,571 --> 00:31:47,989 Terlalu gementar untuk duduk dengan ibu bapa lain 364 00:31:48,073 --> 00:31:49,116 menonton perlawanan? 365 00:31:49,616 --> 00:31:51,201 Saya dah tak keruan. 366 00:31:53,328 --> 00:31:54,329 Saya faham. 367 00:31:57,666 --> 00:31:59,835 Awasi 50. Sedia, gerak! 368 00:32:00,585 --> 00:32:01,795 Macam mana permainannya? 369 00:32:02,087 --> 00:32:04,881 Lima hantaran dia berjaya, dia main dengan tenang. 370 00:32:05,382 --> 00:32:07,134 Saya tak tahu kenapa saya jadi sangat cemas. 371 00:32:07,217 --> 00:32:09,052 Setiap kali dia melangkah ke sana 372 00:32:09,136 --> 00:32:11,721 segalanya jadi perlahan untuknya. 373 00:32:14,724 --> 00:32:17,060 Nebraska hantar seluruh kakitangan mereka. 374 00:32:17,227 --> 00:32:19,604 Ada pembantu dari Florida. 375 00:32:19,771 --> 00:32:21,523 Michigan hantar jurulatih mereka. 376 00:32:22,649 --> 00:32:25,652 Sebab utama dia tangguhkan komitmennya selama ini 377 00:32:25,735 --> 00:32:27,237 supaya peninjau bakat datang 378 00:32:27,320 --> 00:32:29,656 dan semoga mereka nampak beberapa rakan sepasukannya. 379 00:32:30,782 --> 00:32:33,493 Susah untuk remaja dari bandar kecil dapat perhatian 380 00:32:34,453 --> 00:32:37,622 terutamanya kalau mereka tak mampu pergi kem pemilihan di luar kampus. 381 00:32:38,290 --> 00:32:39,458 Ya. 382 00:32:40,333 --> 00:32:41,751 Dia memang budak yang baik. 383 00:32:44,754 --> 00:32:47,299 Adakah kita akan berpura-pura berbual pasal bola sepak 384 00:32:47,382 --> 00:32:49,885 atau kita nak cakap pasal awak tinggalkan saya 385 00:32:49,968 --> 00:32:52,095 dan pergi ke unit simpanan itu sendirian? 386 00:32:53,513 --> 00:32:55,640 Saya tak tahu sama ada saya boleh percayakan awak. 387 00:33:01,021 --> 00:33:02,272 Sekarang? 388 00:33:02,898 --> 00:33:03,982 Beginilah 389 00:33:05,192 --> 00:33:06,568 semasa saya kecil dulu 390 00:33:07,986 --> 00:33:09,738 mak saya akan buat perkara-perkara 391 00:33:09,821 --> 00:33:12,199 sangat dahsyat untuk cuba jadikan saya berani. 392 00:33:13,992 --> 00:33:15,744 Dia akan turunkan saya di kawasan kejiranan paling teruk 393 00:33:15,827 --> 00:33:19,456 dan suruh saya cari jalan pulang dan terus berlalu pergi. 394 00:33:21,333 --> 00:33:22,542 Oh, Tuhan. 395 00:33:23,001 --> 00:33:24,127 Apa yang awak buat? 396 00:33:24,211 --> 00:33:26,379 Saya cari jalan pulang. Apa lagi boleh saya buat? 397 00:33:26,588 --> 00:33:28,006 Tapi itu bukan isunya. 398 00:33:29,090 --> 00:33:30,550 Isunya 399 00:33:31,176 --> 00:33:33,345 selama ini saya tak sedar 400 00:33:33,512 --> 00:33:35,972 semasa dia cuba jadikan saya berani 401 00:33:36,348 --> 00:33:38,391 dia sendiri rasa sangat takut. 402 00:33:38,808 --> 00:33:40,519 Kalau saya tak pulang 403 00:33:41,061 --> 00:33:42,562 dunia dia akan musnah. 404 00:33:43,480 --> 00:33:45,524 Jadi setiap kali saya melangkah masuk ke pintu itu 405 00:33:46,650 --> 00:33:50,028 seolah-olah dia tahan nafasnya sepanjang masa saya tiada. 406 00:33:52,948 --> 00:33:56,535 Mak saya tahan nafas dia sepanjang zaman kecil saya. 407 00:34:00,747 --> 00:34:02,666 Kenapa awak beritahu saya semua ini? 408 00:34:06,169 --> 00:34:08,922 Sebab saya fikir awak faham apa yang mak saya rasa. 409 00:34:13,217 --> 00:34:16,638 Awak mesti sangat risaukan Noah setiap hari. 410 00:34:20,641 --> 00:34:22,476 Saya tak tahu apa yang akan saya buat kalau saya di tempat awak 411 00:34:22,601 --> 00:34:24,187 dan saya takut seseorang 412 00:34:24,312 --> 00:34:25,647 mungkin akan tahu siapa dia sebenarnya. 413 00:34:25,772 --> 00:34:29,775 Tapi saya tahu yang ketakutan dan kasih sayang 414 00:34:30,193 --> 00:34:31,402 buat orang jadi takut. 415 00:34:31,485 --> 00:34:33,487 Orang yang takut boleh buat apa-apa saja. 416 00:34:40,245 --> 00:34:41,871 Saya tak takut. 417 00:34:45,000 --> 00:34:46,458 Saya rasa cemas. 418 00:34:51,715 --> 00:34:52,966 Awak dah tahu? 419 00:34:54,759 --> 00:34:56,177 Hal dah beritahu awak? 420 00:35:15,155 --> 00:35:16,489 Hai. 421 00:35:29,669 --> 00:35:31,630 - Kenapa dengan muka awak? - Tiada apa-apa. 422 00:35:32,047 --> 00:35:33,548 - Ini bukan tiada apa-apa. - Jangan risaulah. 423 00:35:33,632 --> 00:35:35,091 - Ada orang pukul awak? - Tak penting pun. 424 00:35:35,175 --> 00:35:37,510 - Billy yang buat? Billy pukul awak? - Bukan Billy. 425 00:35:37,594 --> 00:35:39,554 - Beritahu siapa, saya akan tahan. - Diam sekejap. 426 00:35:41,681 --> 00:35:44,225 Okey, apa yang berlaku? 427 00:35:46,144 --> 00:35:47,979 Saya tahu pasal Noah. 428 00:35:52,025 --> 00:35:53,693 Awak tahu apa pasal Noah? 429 00:35:55,278 --> 00:35:57,197 Saya tahu siapa dia sebenarnya. 430 00:35:58,114 --> 00:36:00,617 - Saya tak faham apa maksud awak. - Jangan buat begitu. 431 00:36:02,160 --> 00:36:03,578 Saya tahu. 432 00:36:07,707 --> 00:36:09,542 Saya nak awak jujur dengan saya. 433 00:36:10,669 --> 00:36:11,961 Ada lagi yang lain? 434 00:36:14,631 --> 00:36:16,007 Manhunter, Kerry. 435 00:36:16,257 --> 00:36:17,967 Ada lagi yang macam Noah? 436 00:36:25,934 --> 00:36:26,976 Tak. 437 00:36:29,688 --> 00:36:30,939 Hanya dia seorang. 438 00:36:35,485 --> 00:36:36,736 Okey. 439 00:36:42,742 --> 00:36:45,328 Zoe pernah selamatkan nyawa saya. 440 00:36:48,665 --> 00:36:50,792 Ada orang yang cari saya. 441 00:36:52,711 --> 00:36:54,337 Ceritanya panjang, tapi... 442 00:36:55,797 --> 00:36:57,841 Saya kerat satu jari dan dia kata 443 00:36:57,924 --> 00:36:59,718 dia boleh tumbuhkan semula. Tapi... 444 00:37:01,428 --> 00:37:04,723 Pasti ada sesuatu berlaku dalam proses itu 445 00:37:04,806 --> 00:37:06,516 sebab selepas itu, saya hamil. 446 00:37:06,599 --> 00:37:09,394 Saya tak bersama sesiapa pun selama berbulan-bulan. 447 00:37:11,896 --> 00:37:13,231 Saya tak nak anak. 448 00:37:14,149 --> 00:37:17,026 Saya tak nak mewariskan genetik saya yang teruk ini, tapi... 449 00:37:20,530 --> 00:37:22,449 Dia sangat sempurna. 450 00:37:26,119 --> 00:37:28,329 Saya fikir kalau saya besarkan dia dengan betul 451 00:37:28,455 --> 00:37:30,248 kalau saya cukup menyayanginya... 452 00:37:34,127 --> 00:37:35,378 Tolong jangan beritahu dia. 453 00:37:36,713 --> 00:37:38,089 Janji pada saya. 454 00:37:39,257 --> 00:37:40,592 Apa awak cakapkan ini? 455 00:37:41,009 --> 00:37:42,135 Dia tak tahu. 456 00:37:42,218 --> 00:37:44,721 - Saya belum beritahu dia. - Kerry, dia dah tahu. 457 00:37:44,804 --> 00:37:46,931 Dia rancang sesuatu yang sangat bahaya. 458 00:37:49,642 --> 00:37:51,269 - Apa? - Itu tak penting. 459 00:37:51,895 --> 00:37:53,772 - Sudah tentulah penting. - Kita boleh pastikan dia selamat 460 00:37:53,855 --> 00:37:55,064 dan kita boleh melindungi orang lain di sini. 461 00:37:55,148 --> 00:37:56,316 Tapi kita perlu pergi dari sini. Kita perlu pergi. 462 00:37:56,399 --> 00:37:57,609 Kita tak boleh pergi begitu saja. Pergi ke mana? 463 00:37:57,692 --> 00:38:00,028 Saya ada kawan yang boleh dipercayai di Guadalajara. 464 00:38:02,489 --> 00:38:05,408 Saya tak nak pergi ke Guadalajara. 465 00:38:05,492 --> 00:38:07,160 Sampai kita dapat fikir tindakan seterusnya. 466 00:38:07,243 --> 00:38:09,037 Ada planet lain yang lebih terpencil juga. 467 00:38:09,120 --> 00:38:10,497 Tak nak. 468 00:38:11,456 --> 00:38:14,042 Noah ada kejohanan pada hari Jumaat. 469 00:38:14,751 --> 00:38:16,669 Dia tengah pilih kolej mana yang dia nak masuk. 470 00:38:16,753 --> 00:38:18,379 Awak tak boleh abaikan semua ini. 471 00:38:18,463 --> 00:38:19,881 Kerry, kehidupan ini dah berakhir. 472 00:38:19,964 --> 00:38:20,965 Awak perlu berhenti cakap. 473 00:38:21,049 --> 00:38:22,342 Awak faham? Semua itu dah berakhir. 474 00:38:22,425 --> 00:38:23,760 Awak tak sepatutnya datang ke sini. 475 00:38:23,843 --> 00:38:25,929 - Awak tak maksudkannya. - Ya, saya maksudkannya. 476 00:38:26,429 --> 00:38:28,556 Awak tak sepatutnya kembali ke sini. 477 00:38:28,640 --> 00:38:30,558 Ini bukan pasal awak saja. 478 00:38:30,642 --> 00:38:32,644 Dengar cakap saya. Noah dan semua orang dalam bahaya. 479 00:38:32,727 --> 00:38:35,104 - Awak perlu berhenti bercakap. - Aduhai, saya mencintai... 480 00:38:36,648 --> 00:38:40,568 Semuanya berlaku dengan cepat, saya tak dapat tarik balik. 481 00:38:45,782 --> 00:38:48,117 Kenapa awak hubungi saya untuk cakap pasal Hal? 482 00:38:51,037 --> 00:38:52,956 Saya fikir awak patut tahu. 483 00:38:56,459 --> 00:38:58,086 Awak minta saya datang ke sini 484 00:39:00,171 --> 00:39:03,216 satu-satunya orang yang mungkin dapat siasat apa yang Hal tahu? 485 00:39:03,341 --> 00:39:04,884 Satu-satunya orang 486 00:39:06,094 --> 00:39:08,471 yang mungkin dapat mengetahui apa yang awak dah buat? 487 00:39:10,473 --> 00:39:13,476 Jadi saya tanya kenapa awak hubungi saya? 488 00:39:17,814 --> 00:39:21,234 Saya lari ke Rushville untuk bebaskan diri daripada raksasa. 489 00:39:23,528 --> 00:39:26,406 Saya perlu tahu kalau saya tengah membesarkan seekor raksasa. 490 00:39:35,415 --> 00:39:36,416 Ya. 491 00:39:41,296 --> 00:39:42,505 Bubar! 492 00:39:42,881 --> 00:39:44,173 Dia nak jadi baik. 493 00:39:44,841 --> 00:39:46,551 Macam mana awak boleh pasti? 494 00:39:49,137 --> 00:39:51,347 Dia ada cincin dan tanglung 495 00:39:51,431 --> 00:39:54,183 yang jauh lebih berkuasa daripada yang kita bayangkan. 496 00:39:56,227 --> 00:39:57,979 Dia baru saja beri kepada saya. 497 00:39:59,647 --> 00:40:02,442 Dia juga mengaku dia bunuh Hal, untuk selamatkan awak dan itu... 498 00:40:02,901 --> 00:40:05,528 Itu bukan sifat semula jadi. Itu kasih sayang. 499 00:40:11,784 --> 00:40:13,328 Awak membesarkannya dengan baik. 500 00:40:21,085 --> 00:40:23,171 Ada sesuatu yang awak patut tahu. 501 00:40:26,841 --> 00:40:29,427 Noah minta saya bunuh dia malam ini. 502 00:40:29,761 --> 00:40:32,347 - Apa? - Dia takut apa dia akan jadi nanti. 503 00:40:37,644 --> 00:40:38,853 Apa yang awak nak buat? 504 00:40:38,937 --> 00:40:41,147 Saya takkan bunuh dia, kalau itu yang awak nak tahu. 505 00:40:43,441 --> 00:40:45,193 Tapi selepas ini, saya tak tahu. 506 00:40:48,446 --> 00:40:50,156 Dia takut apa yang dia mungkin buat. 507 00:40:50,949 --> 00:40:53,826 Tapi itu petanda yang baik sebab dengan bimbingan yang betul 508 00:40:54,953 --> 00:40:57,622 dia boleh jadi anak yang awak didik. 509 00:41:02,293 --> 00:41:06,214 Macam mana kalau dia ikut naluri jahatnya? 510 00:41:11,761 --> 00:41:14,931 Kalau begitu, dunia akan perlukan seseorang yang boleh halang dia. 511 00:41:28,736 --> 00:41:30,989 Boleh saya tengok sampai habis dulu? 512 00:41:32,490 --> 00:41:36,202 Saya janji saya akan serah diri selepas itu. 513 00:41:39,288 --> 00:41:41,916 Saya rasa bukan itu yang Hal mahukan. 514 00:42:40,641 --> 00:42:43,102 Serangan ini penting untuk pasukan Perintis. 515 00:42:46,898 --> 00:42:48,733 KAMPUNG HALAMAN PERINTIS 516 00:42:49,067 --> 00:42:50,234 Bubar! 517 00:42:59,202 --> 00:43:01,662 Masa terus berjalan. Percubaan ketiga. 518 00:43:03,581 --> 00:43:05,374 Sepuluh lawan sepuluh! Mula! 519 00:43:13,841 --> 00:43:15,259 Tinggal lapan saat. 520 00:43:20,807 --> 00:43:22,475 Di Rushville. 521 00:43:25,561 --> 00:43:27,855 Rushville tinggal satu permainan terakhir. 522 00:43:28,356 --> 00:43:29,732 Hantar! 523 00:43:38,116 --> 00:43:39,992 Perintis meraih mata! 524 00:43:42,245 --> 00:43:44,914 Rushville menang! 525 00:44:13,943 --> 00:44:17,029 Saya rasa awak mungkin terlupa pakai topi ini hari ini. 526 00:44:17,488 --> 00:44:18,906 Nak tengok padan atau tak? 527 00:44:19,407 --> 00:44:20,575 Ya, tuan. 528 00:44:23,119 --> 00:44:24,495 Macam mana? 529 00:44:38,009 --> 00:44:43,306 KAFE TAHNIAH NOAH 530 00:45:03,409 --> 00:45:05,203 Oh, Tuhan. Awak lagi? 531 00:45:06,996 --> 00:45:08,456 Ya, saya lagi. 532 00:45:08,539 --> 00:45:11,167 Itu lampu kecemasan, kawan. Ia... 533 00:45:13,044 --> 00:45:14,712 Tak guna... 534 00:45:15,588 --> 00:45:17,340 Dengar sini, saya ada urusan penting yang perlu dibuat, okey? 535 00:45:17,423 --> 00:45:18,925 Saya tak boleh... 536 00:45:21,719 --> 00:45:23,179 Itu cincin Jordan? 537 00:45:24,180 --> 00:45:25,473 Bukan, cincin saya. 538 00:45:28,059 --> 00:45:31,312 Tergamak awak tipu saya untuk ambil cincin daripada mayat? 539 00:45:31,395 --> 00:45:33,147 Bukan, saya tipu supaya saya dapat siasat 540 00:45:33,231 --> 00:45:35,650 apa yang terjadi kepadanya sebab awak macam tak peduli saja. 541 00:45:36,275 --> 00:45:38,402 - Jadi awak dah tahu apa terjadi? - Ya. 542 00:45:38,736 --> 00:45:40,988 - Jadi? - Dia mati sebagai wira. 543 00:45:41,489 --> 00:45:44,325 Itu saja yang awak perlu tahu, kawan. 544 00:45:45,409 --> 00:45:46,744 Wah. 545 00:45:47,703 --> 00:45:49,622 Awak terlalu berlagak 546 00:45:49,705 --> 00:45:51,958 untuk lelaki yang pakai cincin orang mati di jari awak 547 00:45:52,041 --> 00:45:53,709 dan tiada apa-apa untuk mengecasnya. 548 00:45:55,503 --> 00:45:56,837 Apa pula itu? 549 00:45:58,047 --> 00:45:59,215 Ya, itu saya punya. 550 00:45:59,382 --> 00:46:02,551 Pada saya, itu nampak macam tanglung haram. 551 00:46:05,471 --> 00:46:07,807 Kalau begitu, mungkin awak patut ambil daripada saya. 552 00:46:13,521 --> 00:46:15,189 Kenapa awak panggil saya, Stewart? 553 00:46:15,273 --> 00:46:16,732 Untuk sampaikan pesanan kepada Guardians. 554 00:46:16,816 --> 00:46:18,526 Saya bukan budak suruhan awak. 555 00:46:18,609 --> 00:46:20,027 Tak, tapi awak budak suruhan Guardians. 556 00:46:20,695 --> 00:46:22,571 - Bukanlah. - Guy, terimalah hakikat. 557 00:46:22,947 --> 00:46:24,407 Sebab itu Guardians pilih awak. 558 00:46:24,490 --> 00:46:26,158 Tak salah pun. Awak patut bangga. 559 00:46:26,242 --> 00:46:28,577 Awak Green Lantern bagi sektor 2814. 560 00:46:28,661 --> 00:46:29,954 Terpilih dan dikurniakan cincin. 561 00:46:30,871 --> 00:46:32,415 Tapi saya akan jaga Bumi. 562 00:46:35,042 --> 00:46:36,168 Apa maksud awak? 563 00:46:37,336 --> 00:46:41,424 Anggap saya sebagai kontraktor bebas. 564 00:46:42,174 --> 00:46:44,635 Tiada Guardians, tiada Lantern Corps. 565 00:46:45,219 --> 00:46:47,596 Awak ambil bintang-bintang lain. Selamat berseronok. 566 00:46:48,306 --> 00:46:49,432 Saya akan ambil darat. 567 00:46:49,932 --> 00:46:52,393 Saya sangat yakin kita takkan halang laluan satu sama lain. 568 00:46:54,353 --> 00:46:56,397 Yakah? Saya pula tak yakin. 569 00:46:56,981 --> 00:46:58,941 Tak, Bumi sebahagian daripada kawasan saya. 570 00:46:59,025 --> 00:47:01,944 Awak tak boleh ambil begitu saja. Bukan begitu caranya. 571 00:47:02,028 --> 00:47:03,154 Ada rantaian arahan. 572 00:47:03,237 --> 00:47:04,613 Kalau begitu, saya nak melanggarnya. 573 00:47:07,033 --> 00:47:08,367 Awak sedar 574 00:47:09,160 --> 00:47:12,663 apabila saya bawa perkara karut ini kembali ke Oa 575 00:47:12,747 --> 00:47:15,624 mereka akan hantar tentera untuk tumpaskan awak? 576 00:47:20,296 --> 00:47:21,714 Tolong beritahu mereka 577 00:47:22,340 --> 00:47:24,884 dan guna perkataan ini, okey? 578 00:47:25,760 --> 00:47:27,970 Kalau mereka selami hati mereka 579 00:47:29,347 --> 00:47:32,183 saya tahu mereka akan biarkan saja saya. 580 00:47:33,017 --> 00:47:34,101 Dapat? 581 00:47:35,478 --> 00:47:37,646 Hati mereka? Apa itu, kod? 582 00:47:37,730 --> 00:47:40,524 Ya, Guy. Itu kod. 583 00:47:42,193 --> 00:47:43,486 Awak boleh... 584 00:47:46,447 --> 00:47:47,490 Ada apa-apa lagi? 585 00:47:47,615 --> 00:47:49,450 Ya, tanggalkan gigi emas itu. 586 00:47:49,533 --> 00:47:51,494 Awak nampak macam orang dungu. 587 00:47:56,832 --> 00:47:59,794 - Ini belum selesai, jaguh. - Saya harap ia belum selesai. 588 00:48:11,180 --> 00:48:12,556 Lelaki tak guna. 589 00:48:12,848 --> 00:48:15,601 Gigi emas! Oh, Tuhan. 590 00:48:17,770 --> 00:48:19,480 Awak ke mana selama ini? 591 00:48:21,190 --> 00:48:22,316 Adalah. 592 00:48:22,566 --> 00:48:24,360 Tak, sebenarnya awak tiada. 593 00:48:25,194 --> 00:48:26,195 Okey, saya muncul apabila awak perlukan. 594 00:48:26,278 --> 00:48:27,947 - Awak tak perlukan saya. - Saya panggil awak. 595 00:48:28,489 --> 00:48:29,865 Minda separa sedar awak. 596 00:48:33,494 --> 00:48:34,829 Awak dengar selama ini? 597 00:48:35,204 --> 00:48:37,248 - Awak dengar semuanya? - Semuanya. 598 00:48:38,916 --> 00:48:40,835 Awak ambil risiko yang sangat besar. 599 00:48:41,127 --> 00:48:42,378 Ya, saya tahu. 600 00:48:42,461 --> 00:48:43,629 Awak perlu betul-betul fikir pasal hal ini. 601 00:48:43,754 --> 00:48:46,048 - Dia boleh jadi presiden nanti. - Ya. 602 00:48:46,549 --> 00:48:50,678 - Dia boleh tekan butang itu. - Oh Tuhan, saya faham. Okey? 603 00:48:55,391 --> 00:48:57,059 Hal, apa yang awak akan buat? 604 00:48:57,560 --> 00:48:58,978 Sekarang baru awak minta nasihat saya. 605 00:48:59,061 --> 00:49:00,771 Betulkah awak nak buat begitu sekarang? 606 00:49:00,855 --> 00:49:01,856 Satu perkembangan yang sangat menarik. 607 00:49:01,939 --> 00:49:02,940 Saya rasa itu yang boleh awak buat 608 00:49:03,023 --> 00:49:04,984 memandangkan awak menghilang sebelum ini. 609 00:49:05,067 --> 00:49:06,318 Bukan? 610 00:49:10,489 --> 00:49:12,366 Naluri saya cakap 611 00:49:13,659 --> 00:49:16,495 awak pasti lebih bagus buat kerja ini berbanding saya. 612 00:49:18,497 --> 00:49:19,790 Awak dah bersedia. 613 00:49:23,502 --> 00:49:25,296 Kuasa cincin ini hampir habis. 614 00:49:29,425 --> 00:49:30,926 Hei, cincin itu nampak sepadan dengan awak. 615 00:49:31,051 --> 00:49:32,094 Ya. 616 00:49:32,178 --> 00:49:34,597 Ramai lelaki tak pandai pakai barang kemas. 617 00:49:34,847 --> 00:49:36,807 Awak bernasib baik. Jari awak runcing macam perempuan. 618 00:49:36,891 --> 00:49:38,392 Diamlah. 619 00:49:44,064 --> 00:49:45,191 Cas cincin itu. 620 00:49:47,276 --> 00:49:48,611 Jangan nak mengarah saya. 621 00:49:51,155 --> 00:49:52,656 Jangan takut 622 00:49:53,782 --> 00:49:54,992 untuk rasa takut. 623 00:50:01,749 --> 00:50:03,167 Sekarang, apa masalahnya? 624 00:50:05,127 --> 00:50:06,795 - Sumpah itu. - Sumpah itu? 625 00:50:06,962 --> 00:50:08,297 Ya, ia tak begitu sesuai dengan saya. 626 00:50:08,923 --> 00:50:09,924 Apa maksud awak? 627 00:50:10,007 --> 00:50:11,467 Ia tak sesuai dengan saya. 628 00:50:11,550 --> 00:50:12,843 Okey, ini situasi baru untuk awak. 629 00:50:12,927 --> 00:50:14,887 Sudah tentu. Tulis saja sumpah awak sendiri. 630 00:50:16,931 --> 00:50:17,932 Ya, betul. 631 00:50:24,313 --> 00:50:25,856 Hei, tunggu sekejap. 632 00:50:29,276 --> 00:50:31,070 Saya macam 633 00:50:32,029 --> 00:50:34,365 terganggu semasa awak cakap dengan Kerry. 634 00:50:38,035 --> 00:50:40,913 Apa kata-kata terakhir yang saya sebut? 635 00:50:41,330 --> 00:50:43,666 Saya nak tahu setiap patah. 636 00:50:45,918 --> 00:50:47,294 Untuk kenangan. 637 00:50:56,595 --> 00:50:57,721 "Saya sayang awak." 638 00:51:04,311 --> 00:51:06,397 Saya sayang awak juga, Junior. 639 00:52:21,263 --> 00:52:23,015 SAYA MASIH RASA BERSALAH 640 00:53:31,917 --> 00:53:35,504 Pada hari yang cerah dan malam yang suram 641 00:53:36,505 --> 00:53:38,507 saya akan hadapi ketakutan saya 642 00:53:39,550 --> 00:53:41,135 saya akan buat apa yang betul. 643 00:53:43,971 --> 00:53:45,597 Saya pilih cincin ini 644 00:53:47,307 --> 00:53:48,934 saya pilih perjuangan ini. 645 00:53:51,228 --> 00:53:52,813 Berkhidmat demi 646 00:53:53,564 --> 00:53:55,232 cahaya tanglung ini. 647 00:54:56,502 --> 00:54:57,920 BERDASARKAN WATAK-WATAK YANG DICIPTA UNTUK DC