1 00:00:00,334 --> 00:00:02,628 Sebelum ini dalam The Mighty Nein... 2 00:00:02,712 --> 00:00:05,131 Pernah dengar tentang Akademi Soltryce? 3 00:00:05,214 --> 00:00:07,007 Sekolah yang hebat. 4 00:00:07,091 --> 00:00:08,843 Guru-gurunya lain pula. 5 00:00:08,926 --> 00:00:11,762 Awak pernah ke perpustakaan Cobalt Soul? 6 00:00:12,847 --> 00:00:13,681 Tak. 7 00:00:15,182 --> 00:00:17,143 Hai, sahabat lama. 8 00:00:17,226 --> 00:00:18,936 Bagaimana awak boleh hilang sakti awak? 9 00:00:19,562 --> 00:00:20,896 Seseorang ambil daripada saya. 10 00:00:21,564 --> 00:00:22,898 Awak bunuh mereka? 11 00:00:23,524 --> 00:00:24,525 Belum lagi. 12 00:00:26,652 --> 00:00:27,528 Volstrucker. 13 00:00:27,611 --> 00:00:30,698 Kita hanya tahu mereka dilatih oleh orang dalam Kumpulan Cerberus. 14 00:00:30,781 --> 00:00:32,491 Saya mencari salah seorang tawanan awak. 15 00:00:32,950 --> 00:00:35,119 Jangan ambil rantai. Saya perlukannya. 16 00:00:35,202 --> 00:00:37,163 Kita dalam bahaya besar. 17 00:00:37,246 --> 00:00:38,664 - Dia jumpa saya. - Dia jumpa saya. 18 00:00:49,091 --> 00:00:51,510 Biar saya ceritakan. 19 00:01:08,986 --> 00:01:11,363 Bren! Sarapan! 20 00:01:12,990 --> 00:01:14,408 Selamat pagi, mak. 21 00:01:16,744 --> 00:01:18,078 Di mana ayah? 22 00:01:19,163 --> 00:01:22,082 Khinzir rosakkan pagar lagi. 23 00:01:22,750 --> 00:01:24,084 Saya akan panggil dia. 24 00:01:24,752 --> 00:01:27,338 Sebelum bubur lazat mak sejuk. 25 00:01:29,256 --> 00:01:30,466 Aduhai! 26 00:01:30,549 --> 00:01:32,134 Terima kasih, anakku sayang. 27 00:01:39,934 --> 00:01:42,353 Kiri! 28 00:01:47,149 --> 00:01:49,151 Biar saya bantu. 29 00:01:50,194 --> 00:01:54,698 Jangan ambil hati, tapi saya tak rasa awak boleh buat lebih baik. 30 00:01:55,449 --> 00:01:58,369 Nak? Kamu ada apa-apa cara? 31 00:01:59,036 --> 00:02:01,664 Sebenarnya, poket. 32 00:02:05,042 --> 00:02:07,044 Sekarang, pastikan ia stabil. 33 00:02:19,974 --> 00:02:21,725 Syabas, nak. 34 00:02:21,809 --> 00:02:23,143 Ilmu sihir! 35 00:02:23,227 --> 00:02:27,481 Tidak. Sebenarnya, ya. Lebih kurang begitu. 36 00:02:27,815 --> 00:02:30,651 Ayah awak kata awak boleh buat magik, 37 00:02:30,734 --> 00:02:33,445 tapi saya sangka dia maksudkan helah kad... 38 00:02:34,029 --> 00:02:36,365 Salah faham yang biasa. 39 00:02:36,448 --> 00:02:38,325 Magik tak lebih daripada alat. 40 00:02:38,409 --> 00:02:40,536 Seperti cangkul atau tukul. 41 00:02:42,371 --> 00:02:46,834 Menakjubkan apa yang dia boleh buat dengan bakat dan buku lama. 42 00:02:50,880 --> 00:02:53,716 Wah, kereta kuda yang mewah. 43 00:02:53,799 --> 00:02:56,510 Apa Empayar buat jauh ke sini? 44 00:03:03,142 --> 00:03:04,977 Hidup, Raja Dwendal! 45 00:03:09,857 --> 00:03:12,484 Ini kerja awak? 46 00:03:12,568 --> 00:03:15,237 Maaf, ada apa-apa masalah? 47 00:03:15,321 --> 00:03:18,490 Biadabnya saya. Trent Ikithon, 48 00:03:18,574 --> 00:03:21,744 - profesor di... - Akademi Soltryce. 49 00:03:21,827 --> 00:03:23,287 Jabat tangan dia. 50 00:03:23,370 --> 00:03:25,414 Maaf, tuan. 51 00:03:25,497 --> 00:03:28,375 Kami jarang terima tetamu terhormat seperti awak. 52 00:03:28,459 --> 00:03:30,586 Saya bukan bangsawan. 53 00:03:30,669 --> 00:03:34,506 Hanya pengamal seni misteri. 54 00:03:34,590 --> 00:03:37,760 Saya dengar ada anak penternak di Ladang Zemni 55 00:03:37,843 --> 00:03:40,346 yang ada bakat magik. 56 00:03:40,429 --> 00:03:42,681 Jampi transmutasi ini... 57 00:03:42,765 --> 00:03:45,809 menunjukkan tahap kehalusan yang tinggi. 58 00:03:45,893 --> 00:03:47,978 Jadi, dia tak buat salah? 59 00:03:48,062 --> 00:03:50,439 Tidak. 60 00:03:51,899 --> 00:03:53,692 Malah sebaliknya. 61 00:03:58,572 --> 00:04:03,452 Dah lama saya tak makan masakan rumah. 62 00:04:04,620 --> 00:04:06,580 Itu kerja awak? 63 00:04:06,664 --> 00:04:08,874 Saya tak sengaja. 64 00:04:08,958 --> 00:04:10,584 Api Misteri. 65 00:04:10,960 --> 00:04:14,713 Malangnya, bata awak tak mampu bertahan. 66 00:04:15,214 --> 00:04:18,550 Api Misteri lebih panas daripada api semula jadi. 67 00:04:19,093 --> 00:04:23,263 Untuk menyeru jampi sebegitu tanpa diajar... 68 00:04:23,347 --> 00:04:24,974 Itu menakjubkan, Bren. 69 00:04:25,057 --> 00:04:27,226 Saya cuma ikut buku, tuan. 70 00:04:28,018 --> 00:04:30,062 Sesiapa pun boleh membacanya. 71 00:04:30,145 --> 00:04:31,814 Tapi untuk memahaminya... 72 00:04:31,897 --> 00:04:36,235 Saya percaya awak akan berjaya di Akademi Soltryce. 73 00:04:36,694 --> 00:04:38,904 Saya hargainya, tuan. 74 00:04:39,279 --> 00:04:41,115 Tapi saya diperlukan di sini. 75 00:04:42,366 --> 00:04:44,451 Kami dah berbincang tentangnya. 76 00:04:45,119 --> 00:04:46,412 Yurannya... 77 00:04:46,495 --> 00:04:49,665 - Kita boleh jual ternakan di pasar. - Sayang. 78 00:04:49,748 --> 00:04:53,711 Kami tak mahu menghalang Bren daripada berkhidmat untuk Empayar. 79 00:04:54,461 --> 00:05:00,217 Begitu. Saya pasti Bren akan dapat biasiswa dengan bakatnya. 80 00:05:00,300 --> 00:05:05,931 Kalau dia lulus, gajinya akan cukup untuk upah pekerja di ladang. 81 00:05:07,641 --> 00:05:09,601 Aduh! Bodoh punya... 82 00:05:09,685 --> 00:05:11,186 Frumpkin! Jangan! 83 00:05:11,270 --> 00:05:14,314 Saya minta maaf, tuan. Ia tak pernah buat begitu. 84 00:05:14,773 --> 00:05:16,567 Tak mengapa. 85 00:05:21,071 --> 00:05:22,156 Nampak? 86 00:05:22,239 --> 00:05:23,282 Dah sembuh. 87 00:05:27,703 --> 00:05:32,875 Ini surat penerimaan ke Akademi. 88 00:05:33,333 --> 00:05:37,337 Kertasnya disihir supaya apabila ia terbakar, 89 00:05:37,421 --> 00:05:40,090 surat ini akan muncul di Pejabat Kemasukan. 90 00:05:40,174 --> 00:05:43,260 Anggap ini ujian kemasukan awak. 91 00:05:43,343 --> 00:05:46,680 Bren bermaksud "api" dalam bahasa lama, ya? 92 00:05:46,764 --> 00:05:50,434 Mari lihat kalau awak layak diberi nama itu. 93 00:06:14,083 --> 00:06:15,626 Kamu boleh buat, nak. 94 00:06:34,394 --> 00:06:37,147 Bren Aldric Ermendrud. 95 00:06:37,648 --> 00:06:39,858 Selamat datang ke Akademi Soltryce. 96 00:06:39,942 --> 00:06:42,736 Juga ke kehidupan awak yang seterusnya. 97 00:06:42,820 --> 00:06:45,781 - Anakku! - Bren, hebatnya! 98 00:07:01,380 --> 00:07:02,339 Helo. 99 00:07:02,422 --> 00:07:05,425 Helo. Saya Astrid. 100 00:07:05,509 --> 00:07:08,762 - Si bebal ini Eadwulf. - Naiklah. 101 00:07:14,810 --> 00:07:17,187 Jadi, siapa nama awak? 102 00:07:21,108 --> 00:07:22,442 Bren... 103 00:07:27,406 --> 00:07:30,242 Jauh awak merantau. 104 00:08:20,542 --> 00:08:22,127 Siapa dia? 105 00:08:25,380 --> 00:08:28,842 Kenapa orang asyik cuba bunuh kita di bandar ini? 106 00:08:34,306 --> 00:08:36,850 Kita tak boleh menang. Kita perlu lari! 107 00:08:36,934 --> 00:08:39,603 Jangan harap. Dah berminggu-minggu dia mengekori saya. 108 00:08:39,686 --> 00:08:42,481 Kalau kita nak lawan, kita perlukan rancangan. 109 00:08:42,564 --> 00:08:43,899 Molly, saya dan awak... 110 00:08:46,443 --> 00:08:48,695 Oh, Travelerku! Fjord! 111 00:08:48,779 --> 00:08:49,988 Kamu nak berlawan? 112 00:08:50,072 --> 00:08:52,074 Saya tak kisah. 113 00:08:54,701 --> 00:08:55,827 Jijik. 114 00:09:03,710 --> 00:09:05,170 Itu mengagumkan. 115 00:09:05,254 --> 00:09:06,255 Saya dah kata... 116 00:09:06,338 --> 00:09:08,507 Bantu dia. Kami akan lengahkan masa. 117 00:09:22,396 --> 00:09:24,523 Magik saya tak berkesan terhadap racun ini. 118 00:09:25,607 --> 00:09:26,900 Terukkah? 119 00:09:28,068 --> 00:09:32,322 Teruk terlalu negatif. Apa kata "sangat mengerikan"? 120 00:09:32,406 --> 00:09:34,491 Boleh pilih satu saja dan cepat sikit? 121 00:09:36,493 --> 00:09:37,911 Ayuh, Fjord. 122 00:09:47,212 --> 00:09:48,255 Caleb! 123 00:09:50,924 --> 00:09:52,467 Goblin penjagaku. 124 00:10:01,601 --> 00:10:02,561 Si tak guna ini. 125 00:10:32,299 --> 00:10:34,343 Maaf, saya tak main magik. 126 00:10:38,472 --> 00:10:40,015 Padan muka, bukan? 127 00:10:41,558 --> 00:10:43,352 Serangga dah hilang? 128 00:10:45,520 --> 00:10:46,855 Kita menang. 129 00:10:47,564 --> 00:10:48,940 Hore. 130 00:10:49,941 --> 00:10:51,610 Biasanya saya suka perhatian, 131 00:10:51,693 --> 00:10:53,862 tapi mungkin kita patut pergi dari sini. 132 00:10:53,945 --> 00:10:55,364 Bagaimana dengan dia? 133 00:10:55,447 --> 00:10:57,741 Saya ada banyak soalan untuk dia. 134 00:10:57,824 --> 00:10:59,951 Lebih ramai pengawal akan tiba. 135 00:11:00,619 --> 00:11:03,455 Saya dan Caleb nampak rumah ladang terbiar tadi. 136 00:11:04,247 --> 00:11:05,499 Baiklah. Muatkan. 137 00:11:10,962 --> 00:11:12,255 Apa hal? 138 00:11:12,339 --> 00:11:13,632 Jangan bunuh dia. 139 00:11:16,426 --> 00:11:17,719 Tangkal saya. 140 00:11:18,053 --> 00:11:19,471 Berikan kepada saya. 141 00:11:24,059 --> 00:11:27,104 Sekarang awak tak boleh bersembunyi lagi. 142 00:11:46,206 --> 00:11:48,250 Berani awak datang lewat. 143 00:11:48,792 --> 00:11:51,128 Kaki kurusnya terlalu perlahan. 144 00:11:51,545 --> 00:11:52,379 Perpustakaan? 145 00:11:52,712 --> 00:11:53,880 Tak sedar masa berlalu. 146 00:11:53,964 --> 00:11:55,257 Mari kita mulakan. 147 00:11:55,632 --> 00:11:58,844 Sihir tempur boleh jadi tak dijangka. 148 00:11:58,927 --> 00:12:02,597 Dalam pertempuran, kamu mungkin terganggu, keliru, 149 00:12:02,681 --> 00:12:04,599 tapi yang paling penting, 150 00:12:04,683 --> 00:12:06,685 kamu perlu melindungi diri. 151 00:12:06,768 --> 00:12:07,686 Sila beratur. 152 00:12:08,854 --> 00:12:10,730 Tugas kamu mudah. 153 00:12:11,314 --> 00:12:12,983 Mari sertai saya di sini. 154 00:12:13,358 --> 00:12:16,194 Tiga pelajar pertama yang berjaya, lulus. 155 00:12:16,278 --> 00:12:17,696 Yang lain, gagal. 156 00:12:31,376 --> 00:12:32,252 Marilah! 157 00:12:32,794 --> 00:12:34,421 Seseorang pasti boleh ke sini. 158 00:12:48,477 --> 00:12:49,311 Malang sekali. 159 00:12:49,728 --> 00:12:51,396 Apa ini? 160 00:12:51,480 --> 00:12:52,481 Perangkap. 161 00:12:52,564 --> 00:12:53,523 Dia menguji kita. 162 00:12:55,942 --> 00:12:57,277 Nampak laluan itu? 163 00:13:00,322 --> 00:13:01,740 Ja. Guna yang lain. 164 00:13:02,115 --> 00:13:03,241 Baiklah. 165 00:13:03,742 --> 00:13:04,993 Jom berlumba, kaki kurus. 166 00:13:19,216 --> 00:13:20,133 Bagus. 167 00:13:25,931 --> 00:13:27,224 Begitulah caranya. 168 00:13:37,692 --> 00:13:38,568 Owelia. 169 00:13:50,038 --> 00:13:51,039 Syabas. 170 00:13:51,540 --> 00:13:52,707 Terima kasih, mahaguru. 171 00:13:53,208 --> 00:13:54,834 Bren yang dapat tangkap. 172 00:13:54,918 --> 00:13:57,087 "Alih perhatian." "Keliru." "Lindungi diri." 173 00:13:57,712 --> 00:13:59,756 Awak beri penyelesaiannya dari awal. 174 00:14:01,007 --> 00:14:03,468 Para pelajar ini menunjukkan kebijaksanaan 175 00:14:03,552 --> 00:14:05,971 yang saya cuba sampaikan sepanjang semester. 176 00:14:06,304 --> 00:14:08,223 Semasa berkhidmat untuk Empayar kita, 177 00:14:08,306 --> 00:14:11,893 kamu akan berdepan dengan pilihan yang mencurigakan. 178 00:14:12,352 --> 00:14:14,020 Tapi seperti hari ini, 179 00:14:14,104 --> 00:14:17,357 kamu mesti buat apa saja untuk berjaya. 180 00:14:18,900 --> 00:14:20,026 Kelas tamat. 181 00:14:23,488 --> 00:14:24,406 Sebentar. 182 00:14:25,031 --> 00:14:27,742 Saya ada tugas khas untuk kamu bertiga. 183 00:14:32,205 --> 00:14:33,832 SALAM SAYANG, THE MIGHTY NEIN 184 00:14:41,756 --> 00:14:43,717 Patutkah kita balut lukanya? 185 00:14:43,800 --> 00:14:44,718 - Nein. - Tidak. 186 00:14:44,801 --> 00:14:46,136 Awak okey? 187 00:14:46,219 --> 00:14:48,096 Mungkin kita patut cari doktor. 188 00:14:50,223 --> 00:14:52,642 Saya akan baik-baik saja selepas tidur. 189 00:15:05,488 --> 00:15:06,323 Itu... 190 00:15:06,406 --> 00:15:08,366 Itu saja yang awak perlukan? 191 00:15:09,784 --> 00:15:11,453 Awak buat dengan baik, ja. 192 00:15:11,536 --> 00:15:15,040 Apa akan jadi selepas dia pecahkan tangkal awak? 193 00:15:15,415 --> 00:15:16,708 Ya, Caleb. 194 00:15:16,833 --> 00:15:18,251 Apa akan jadi? 195 00:15:18,710 --> 00:15:21,379 Kita semua tak selamat. 196 00:15:22,005 --> 00:15:26,468 Saya juga tertanya-tanya kenapa wanita ini menjejaki awak, ja? 197 00:15:27,927 --> 00:15:29,429 Itu bukan urusan awak, 198 00:15:30,388 --> 00:15:32,932 tapi dia mungkin dalang letupan di sempadan. 199 00:15:33,350 --> 00:15:35,935 Kryn dan Empayar selalu cuba saling membunuh. 200 00:15:36,770 --> 00:15:37,979 Bukan begini. 201 00:15:38,772 --> 00:15:39,898 Betul kata sami. 202 00:15:40,273 --> 00:15:42,567 Di beberapa bandar terakhir, penduduk cemas. 203 00:15:42,942 --> 00:15:44,069 Kamu tak rasa? 204 00:15:44,944 --> 00:15:46,196 Perang bakal tercetus. 205 00:15:46,946 --> 00:15:48,198 Awak boleh rasa itu? 206 00:15:48,281 --> 00:15:50,700 Saya boleh rasa apabila dompet saya kosong. 207 00:15:50,784 --> 00:15:53,036 Dah berbulan-bulan tiket tak habis dijual. 208 00:15:53,370 --> 00:15:55,538 Sehingga pertunjukan yang kamu rosakkan. 209 00:15:55,914 --> 00:15:57,999 Tapi khemah yang meletup itu hebat. 210 00:15:58,583 --> 00:16:01,002 Pokoknya, kalau berperang, ada pembunuh, 211 00:16:01,086 --> 00:16:02,003 perisik, 212 00:16:02,379 --> 00:16:04,631 ejen rahsia Empayar seperti dia. 213 00:16:05,131 --> 00:16:06,591 Betul. 214 00:16:06,675 --> 00:16:08,635 Dia tak boleh dibiarkan hidup. 215 00:16:09,135 --> 00:16:11,596 Awak cadangkan kita bunuh dia? 216 00:16:11,680 --> 00:16:13,598 Atau kita yakinkan dia 217 00:16:13,682 --> 00:16:16,810 untuk lihat betapa hebatnya kita dan jadi kawan baik kita. 218 00:16:16,893 --> 00:16:20,105 Tuan-tuan dan puan-puan, penyangak sekalian, 219 00:16:20,188 --> 00:16:23,233 kumpulan pengembaraan kita telah tiba di destinasinya. 220 00:16:23,817 --> 00:16:25,610 Cakap sajalah, "Kita dah sampai." 221 00:16:30,699 --> 00:16:32,867 Mari ikat dia di kerusi. 222 00:16:33,243 --> 00:16:36,037 Boleh saya ikut? Saya selalu nak tengok kuku dicabut. 223 00:16:36,121 --> 00:16:37,622 Saya ikut ke mana Caleb pergi. 224 00:16:38,206 --> 00:16:40,166 Ini bukan kelab sosial. 225 00:16:40,250 --> 00:16:41,584 Betul kata dia. 226 00:16:41,668 --> 00:16:44,379 Tapi saya patut ada kalau-kalau awak perlukan bantuan... 227 00:16:45,130 --> 00:16:45,964 Hati-hati! 228 00:16:46,256 --> 00:16:48,299 Awak nampak lebih hijau daripada biasa. 229 00:16:48,383 --> 00:16:50,176 Ayuh, Fjord, mari cari katil. 230 00:16:50,260 --> 00:16:51,428 Jangan membantah. 231 00:17:04,232 --> 00:17:05,150 Caleb, 232 00:17:05,233 --> 00:17:07,152 awak pasti awak okey? 233 00:17:07,235 --> 00:17:08,903 Awak nampak tegang 234 00:17:08,987 --> 00:17:10,280 lebih daripada biasa. 235 00:17:11,114 --> 00:17:12,615 Pergi bantu Jester. 236 00:17:12,699 --> 00:17:14,826 Awak pakar dalam toksin dan seumpamanya. 237 00:17:15,160 --> 00:17:16,035 Awak boleh bantu. 238 00:17:16,578 --> 00:17:17,537 Okey. 239 00:17:17,620 --> 00:17:19,205 Panggil kalau perlukan saya. 240 00:17:20,290 --> 00:17:22,167 Jangan buat hal. 241 00:17:23,168 --> 00:17:24,127 Terima kasih. 242 00:17:24,461 --> 00:17:25,295 Pergi. 243 00:17:38,641 --> 00:17:40,226 Jadi, apa rancangan kita? 244 00:17:43,688 --> 00:17:45,398 Dia ahli sihir seperti saya. 245 00:17:45,774 --> 00:17:48,026 Mungkin saya boleh bantu soal siasat. 246 00:17:48,777 --> 00:17:50,028 Baiklah. 247 00:17:50,111 --> 00:17:52,238 Mungkin kita cuba "sami baik, sami jahat." 248 00:17:52,322 --> 00:17:53,573 Saya sami jahat, 249 00:17:53,656 --> 00:17:54,657 sudah tentu. 250 00:17:57,202 --> 00:17:59,746 Molly, dia demam panas. 251 00:17:59,829 --> 00:18:02,499 Saya boleh sembuhkan luka dan lebam, tapi bukan racun. 252 00:18:03,166 --> 00:18:04,125 Traveler, tolong, 253 00:18:04,209 --> 00:18:07,045 saya tak mahu Fjord M-A-T-I. 254 00:18:08,296 --> 00:18:09,464 Ke tepi. 255 00:18:10,048 --> 00:18:11,925 Okey, mari kita lihat. 256 00:18:14,469 --> 00:18:16,596 Racun itu mungkin magik, tapi... 257 00:18:17,222 --> 00:18:19,098 ia menyerupai bisa ular adder. 258 00:18:19,182 --> 00:18:21,935 Kita boleh buat sendiri penawar dengan lidah basilisk. 259 00:18:22,018 --> 00:18:24,103 Okey. Di mana kita nak cari basilisk? 260 00:18:24,187 --> 00:18:26,022 Biar saya potong lidahnya. 261 00:18:26,105 --> 00:18:27,398 Ia tumbuhan. 262 00:18:27,482 --> 00:18:28,858 Mengecewakan. 263 00:18:29,818 --> 00:18:31,486 Ia pasti tumbuh berdekatan. 264 00:18:31,903 --> 00:18:34,781 Bunga kuning kecil ini ada sifat antiseptik. 265 00:18:34,864 --> 00:18:36,407 Cari secukupnya untuk buat teh 266 00:18:36,491 --> 00:18:39,869 atau racun akan merebak dan dia akan M-A-T-I. 267 00:18:40,912 --> 00:18:43,456 Kamu tahu saya boleh mengeja, bukan? 268 00:18:43,540 --> 00:18:44,916 Saya tak tahu sebenarnya. 269 00:18:44,999 --> 00:18:47,585 Goblin ini boleh percayakah? 270 00:18:48,127 --> 00:18:49,379 Betul juga kata dia. 271 00:18:50,421 --> 00:18:51,840 Tidak, Nott takkan menipu. 272 00:18:53,299 --> 00:18:55,426 Kami akan cari lidah basilisk itu. 273 00:18:55,510 --> 00:18:57,428 Fjord, tunggu. 274 00:18:57,512 --> 00:18:59,013 Baik awak dengar cakap dia. 275 00:18:59,097 --> 00:19:00,974 Dia akan bunuh awak kalau awak mati. 276 00:19:02,767 --> 00:19:04,185 Maaf soal tadi. 277 00:19:04,769 --> 00:19:05,603 Saya tak... 278 00:19:09,816 --> 00:19:11,734 Saya tak tahu kenapa dia suka awak. 279 00:19:13,111 --> 00:19:15,405 Kalau saya dengar awak baca jampi, 280 00:19:15,488 --> 00:19:16,823 hancur larinks awak. 281 00:19:16,906 --> 00:19:19,534 Kemudian kawan saya ini bakar awak. 282 00:19:21,786 --> 00:19:23,788 Nyalakan api. 283 00:19:23,872 --> 00:19:25,665 Saya sangka saya "sami baik." 284 00:19:28,835 --> 00:19:32,046 Awak dan kawan-kawan Volstrucker awak curi sesuatu dari Kryn 285 00:19:32,130 --> 00:19:34,090 dan ia memusnahkan Rockguard Garrison. 286 00:19:34,173 --> 00:19:35,216 Jadi, apa ia? 287 00:19:42,932 --> 00:19:43,850 Okey. 288 00:19:44,183 --> 00:19:46,352 Saya tahu ada pembelot dalam Cobalt Soul. 289 00:19:46,436 --> 00:19:48,897 Beri saya nama dan mungkin awak akan selamat. 290 00:19:54,694 --> 00:19:56,404 Awak memulakan perang 291 00:19:56,487 --> 00:19:59,032 dan ribuan orang akan menerima padahnya. 292 00:19:59,574 --> 00:20:00,575 Sekarang cakaplah. 293 00:20:03,411 --> 00:20:04,954 Tiga hari. 294 00:20:05,663 --> 00:20:07,123 Tiga hari sebelum apa? 295 00:20:07,498 --> 00:20:11,586 Biar tahanan diasingkan selama tiga hari sebelum disoal siasat 296 00:20:12,378 --> 00:20:15,089 untuk membayangkan seksaan yang bakal diterima. 297 00:20:15,715 --> 00:20:18,343 Untuk menyeksa mereka tanpa sebarang usaha. 298 00:20:20,720 --> 00:20:22,388 Awak amatur. 299 00:20:22,722 --> 00:20:24,182 Nampak sangat. 300 00:20:38,529 --> 00:20:41,449 Jawab soalan dia 301 00:20:41,991 --> 00:20:45,161 atau awak akan menyesali apa yang berlaku seterusnya. 302 00:20:53,336 --> 00:20:55,296 Kamu rasa ini satu lagi ujian? 303 00:20:56,381 --> 00:20:58,424 Semuanya ujian dengan dia. 304 00:20:58,508 --> 00:21:00,301 Hei, bertenang. 305 00:21:00,385 --> 00:21:02,387 Saya yakin kita akan dinaikkan pangkat. 306 00:21:02,971 --> 00:21:03,805 Awak rasa? 307 00:21:03,888 --> 00:21:04,889 Lihatlah kita. 308 00:21:04,973 --> 00:21:06,933 Mahaguru Ikithon bukan bodoh. 309 00:21:14,482 --> 00:21:16,526 Awak dulu, si bijak. 310 00:21:33,376 --> 00:21:34,877 Ini hanya kerusi. 311 00:21:38,381 --> 00:21:41,759 Awak tahu kenapa saya ambil awak dari Ladang Zemni, Bren? 312 00:21:42,343 --> 00:21:44,971 Sebab awak istimewa. 313 00:21:47,223 --> 00:21:50,935 Pada usia awak pun, saya percaya awak dah bersedia untuk berkhidmat. 314 00:21:53,813 --> 00:21:56,524 Maksud awak, sertai Kumpulan Cerberus? 315 00:21:57,859 --> 00:21:58,985 Belum lagi. 316 00:22:00,862 --> 00:22:02,030 Mulai malam ini, 317 00:22:02,113 --> 00:22:04,449 awak akan sertai kumpulan elit. 318 00:22:04,782 --> 00:22:06,242 Pasukan rahsia 319 00:22:06,325 --> 00:22:08,327 terlatih dengan magik luar biasa 320 00:22:08,745 --> 00:22:11,998 yang hanya wujud untuk berkhidmat kepada Empayar. 321 00:22:12,999 --> 00:22:15,168 Seperti yang awak mahukan, ya? 322 00:22:15,251 --> 00:22:16,753 Sudah tentu, mahaguru. 323 00:22:18,463 --> 00:22:20,173 Astrid dan Eadwulf pula? 324 00:22:21,007 --> 00:22:23,259 Mereka akan diberikan peluang yang sama. 325 00:22:23,801 --> 00:22:25,803 Tapi jangan silap... 326 00:22:26,304 --> 00:22:28,973 awak bintang utama, Bren. 327 00:22:30,099 --> 00:22:34,187 Percikan kecil yang menjadi ribut api. 328 00:22:56,626 --> 00:22:58,252 Terima kesakitan itu. 329 00:22:58,336 --> 00:22:59,337 Bertahanlah. 330 00:23:00,254 --> 00:23:02,131 Tanda dedikasi awak. 331 00:23:02,215 --> 00:23:03,591 Awak boleh lakukannya. 332 00:23:07,762 --> 00:23:10,848 Ayah awak berharap awak kuat. 333 00:23:20,525 --> 00:23:23,361 Apa yang tuan awak curi dari Kryn? 334 00:23:29,742 --> 00:23:31,619 Okey. Saya rasa dia faham. 335 00:23:32,787 --> 00:23:34,580 Awak tak patut halang saya. 336 00:23:34,664 --> 00:23:37,875 Mereka hanya bercakap benar apabila mereka tiada pilihan lain. 337 00:23:38,459 --> 00:23:40,920 Awak tahu banyak tentang "mereka." 338 00:23:41,003 --> 00:23:42,088 Ya, betul. 339 00:23:43,631 --> 00:23:49,095 Awak tahu betapa mudahnya untuk kita bunuh dia bersama-sama. 340 00:23:49,178 --> 00:23:50,763 Apa dia kata? 341 00:23:50,847 --> 00:23:52,223 Tak penting pun. 342 00:23:53,558 --> 00:23:57,019 Jadi, kebetulan saja dia cakap bahasa Zemnian juga? 343 00:23:57,103 --> 00:23:58,896 Atau ada sebab lain? 344 00:23:58,980 --> 00:24:00,481 Ini rancangan dia. 345 00:24:00,565 --> 00:24:01,983 Buat kita saling meragui, 346 00:24:02,066 --> 00:24:04,026 kemudian lari apabila kita berbalah. 347 00:24:04,110 --> 00:24:05,236 Kelakar. 348 00:24:05,945 --> 00:24:07,280 Awak tak kata saya salah. 349 00:24:13,452 --> 00:24:15,037 Fjord takkan mati, bukan? 350 00:24:15,121 --> 00:24:17,039 Jangan jawab. Dia tak boleh mati. 351 00:24:18,249 --> 00:24:20,918 Traveler takkan biar itu berlaku. Betul, Traveler? 352 00:24:22,044 --> 00:24:23,379 "Betul, Jester." 353 00:24:24,046 --> 00:24:25,214 Awak ini... 354 00:24:25,298 --> 00:24:26,507 Setiap kali awak muncul, 355 00:24:26,591 --> 00:24:28,968 saya panik cuba selamatkan nyawa. 356 00:24:29,343 --> 00:24:31,220 Itulah masalah dengan dewa, bukan? 357 00:24:31,304 --> 00:24:33,514 Kita tak tahu bila ia akan muncul. 358 00:24:34,307 --> 00:24:36,225 Traveler sentiasa ada. 359 00:24:36,309 --> 00:24:38,769 Dia cuma jarang muncul. 360 00:24:40,354 --> 00:24:42,231 Awak tahu siapa yang selalu ada 361 00:24:42,315 --> 00:24:44,692 dalam beberapa hari saya kenal awak? 362 00:24:46,652 --> 00:24:48,196 Betul kata awak. 363 00:24:48,279 --> 00:24:50,531 Traveler pasti hantar Fjord 364 00:24:50,615 --> 00:24:52,491 agar saya ada kawan semasa dia sibuk! 365 00:24:54,869 --> 00:24:56,829 Siapalah tahu kehendak dewa? 366 00:24:57,663 --> 00:24:59,248 Ini tak cukup. 367 00:24:59,749 --> 00:25:01,751 Boleh awak guna penglihatan khas awak 368 00:25:01,834 --> 00:25:03,586 macam katak hantu hodoh itu? 369 00:25:03,669 --> 00:25:06,339 Atau awak perlukan darah? 370 00:25:07,882 --> 00:25:09,217 Nak tahu satu rahsia? 371 00:25:11,177 --> 00:25:13,012 Itu tak pernah berlaku sebelum ini. 372 00:25:13,554 --> 00:25:15,765 Sangat bermisteri. 373 00:25:15,848 --> 00:25:18,226 Maksud saya, awak boleh bau darah 374 00:25:18,309 --> 00:25:20,394 dan darah awak jadi ais? 375 00:25:21,520 --> 00:25:24,565 Apa jadi kalau awak minum darah? 376 00:25:24,649 --> 00:25:26,776 Saya tak nak tahu. 377 00:25:26,859 --> 00:25:28,611 Jawapan itu ada di masa lalu 378 00:25:28,694 --> 00:25:30,529 dan saya rasa masa lalu membosankan. 379 00:25:30,613 --> 00:25:33,032 Ya, sebab itu awak bawa kad itu? 380 00:25:33,115 --> 00:25:35,076 Untuk melihat masa depan awak? 381 00:25:36,494 --> 00:25:37,870 Tak juga, sayang. 382 00:25:37,954 --> 00:25:39,664 Lihat kumpulan ini. 383 00:25:39,997 --> 00:25:42,875 Ada ahli sihir gelandangan, goblin mabuk, 384 00:25:42,959 --> 00:25:44,168 kadet kanan separuh orc... 385 00:25:44,252 --> 00:25:45,211 Kapten. 386 00:25:45,544 --> 00:25:47,964 Ya, yang tak memahami kuasanya 387 00:25:48,047 --> 00:25:50,967 dan sami panas baran yang semberono. 388 00:25:51,050 --> 00:25:53,844 Saya tak perlukan kad untuk tahu apa yang menanti kita. 389 00:25:53,928 --> 00:25:55,805 Kamu semua sangat menarik. 390 00:25:56,264 --> 00:25:57,848 Itulah. 391 00:25:58,391 --> 00:26:01,852 Dan yang paling menarik ialah wanita berbakat ingin tahu 392 00:26:01,936 --> 00:26:04,522 yang bertepuk sebelah tangan dalam hubungan 393 00:26:04,605 --> 00:26:05,982 dengan dewa halimunan. 394 00:26:06,065 --> 00:26:06,941 Ya. 395 00:26:08,276 --> 00:26:10,152 Tunggu. Awak maksudkan saya? 396 00:26:19,245 --> 00:26:21,080 Jangan sentuh saya. 397 00:26:22,206 --> 00:26:23,249 Berhenti... 398 00:26:23,332 --> 00:26:26,419 Apa? Awak ingat saya nak sentuh badan awak yang berpeluh? 399 00:26:27,211 --> 00:26:29,463 Apa awak buat? 400 00:26:29,547 --> 00:26:33,384 Saya cuba sejukkan awak supaya otak awak tak rosak sebab demam. 401 00:26:34,510 --> 00:26:36,721 Awak pembantu ahli sihir. 402 00:26:37,221 --> 00:26:39,557 Apa yang awak tahu tentang racun? 403 00:26:40,975 --> 00:26:42,518 Dulu saya kenal ahli alkimia. 404 00:26:42,601 --> 00:26:43,936 Dia ajar saya sikit. 405 00:26:44,312 --> 00:26:46,022 Saya bantu dia terus hidup. 406 00:26:47,189 --> 00:26:49,025 Sekurang-kurangnya saya cuba. 407 00:26:50,860 --> 00:26:53,237 Aduhai, goblin alkimia. 408 00:26:53,946 --> 00:26:55,031 Tak sangka. 409 00:26:55,990 --> 00:26:58,242 Itu agak mengagumkan. 410 00:27:01,162 --> 00:27:03,456 Aduhai, awak memang tak guna! 411 00:27:03,664 --> 00:27:04,498 Celaka. 412 00:27:06,000 --> 00:27:07,043 Kapten! 413 00:27:09,378 --> 00:27:11,756 Saya cuba halang dia. Tapi saya... 414 00:27:12,506 --> 00:27:13,424 Saya lemah. 415 00:27:14,091 --> 00:27:15,051 Saya gagal. 416 00:27:15,801 --> 00:27:18,262 Saya bukan lelaki yang awak sangkakan. 417 00:27:19,305 --> 00:27:20,639 Maafkan saya. 418 00:27:20,723 --> 00:27:22,016 Tidak, awak... 419 00:27:22,641 --> 00:27:23,559 Tak apa. 420 00:27:23,642 --> 00:27:24,810 Tak, awak tak gagal. 421 00:27:25,311 --> 00:27:26,896 Bertenang, sayang. Tak apa. 422 00:27:42,620 --> 00:27:46,916 Awak dah hilang kepercayaannya, Bren. Yang lain pun akan turut serta. 423 00:27:46,999 --> 00:27:48,167 Diam. 424 00:27:48,250 --> 00:27:51,212 Dia buat awak marah. Beritahu saya apa dia cakap. 425 00:27:51,295 --> 00:27:53,214 Awak mungkin tak percaya, Beauregard, 426 00:27:53,297 --> 00:27:55,132 tapi bukan sekarang. 427 00:27:55,216 --> 00:27:56,967 Tidak. Beritahu sekarang juga. 428 00:27:57,051 --> 00:28:00,971 Sami ini akan patahkan leher awak apabila dia tahu hal sebenar. 429 00:28:01,055 --> 00:28:02,348 Tutup mulut awak! 430 00:28:02,431 --> 00:28:04,517 Tak saling mengenali konon. 431 00:28:04,600 --> 00:28:07,103 Cakaplah. Awak bekerja dengan dia? 432 00:28:08,354 --> 00:28:10,356 Bunuh dia selagi masih boleh. 433 00:28:11,399 --> 00:28:12,691 Kalau begitu, siapa awak? 434 00:28:12,775 --> 00:28:14,068 Beritahu saja dia. 435 00:28:14,193 --> 00:28:16,237 Awak masih Volstrucker. 436 00:28:18,614 --> 00:28:20,574 Itu saya faham. 437 00:28:27,248 --> 00:28:29,333 Ia sangat menyakitkan. 438 00:28:29,417 --> 00:28:30,334 Ya. 439 00:28:30,751 --> 00:28:32,086 Tapi tak mengapa. 440 00:28:32,169 --> 00:28:35,089 Awak tak perlu menanggungnya bersendirian. 441 00:28:39,718 --> 00:28:42,972 Mahaguru Ikithon panggil kita Volstrucker. 442 00:28:45,015 --> 00:28:47,518 Saya sepatutnya jadi penternak. 443 00:28:47,852 --> 00:28:49,603 Awak ada matlamat sekarang. 444 00:28:49,687 --> 00:28:52,440 Lengan ini menjadikan kita sesuatu yang baharu. 445 00:28:52,731 --> 00:28:54,400 Sesuatu yang berkuasa. 446 00:28:56,026 --> 00:28:57,445 Ia menakutkan. 447 00:28:57,945 --> 00:29:00,239 Tapi ia indah. 448 00:29:02,324 --> 00:29:03,742 Bren... 449 00:29:03,826 --> 00:29:06,245 awak indah. 450 00:29:08,372 --> 00:29:10,082 Apa pun kita, 451 00:29:10,166 --> 00:29:11,917 kita akan bersama. 452 00:29:31,562 --> 00:29:33,105 Awak nampak sami itu? 453 00:29:33,189 --> 00:29:34,440 Belum lagi. 454 00:29:34,523 --> 00:29:35,399 Foxstep. 455 00:29:38,652 --> 00:29:41,155 Ingat kelas tarian pertama kita? 456 00:29:41,238 --> 00:29:43,991 Saya ingat saya fikir ia membazir masa. 457 00:29:44,492 --> 00:29:47,369 Siapa sangka ia cara paling mudah untuk menyusup ke parti. 458 00:29:47,453 --> 00:29:49,038 Awak menyusahkan. 459 00:29:49,121 --> 00:29:50,623 Kaki saya hampir patah. 460 00:29:51,540 --> 00:29:52,374 Sekarang? 461 00:29:52,458 --> 00:29:54,710 Sekarang awak cemerkap. 462 00:30:01,467 --> 00:30:02,718 Terima kasih, Herr Bren. 463 00:30:03,302 --> 00:30:04,428 Nampak? 464 00:30:04,512 --> 00:30:06,263 Saya bukan amatur. 465 00:30:06,805 --> 00:30:09,642 Boleh bermain cinta selepas misi? 466 00:30:09,725 --> 00:30:11,060 Di mana sasaran? 467 00:30:11,143 --> 00:30:13,270 Tak perlu cemburu, Wulf. 468 00:30:13,354 --> 00:30:15,147 Awak boleh baham saya nanti. 469 00:30:16,357 --> 00:30:17,441 Itu pun dia. 470 00:30:38,087 --> 00:30:39,505 Kami dah dapat kunci itu. 471 00:30:39,588 --> 00:30:41,715 Giliran awak, kawan. 472 00:30:42,633 --> 00:30:44,802 Dengan senang hati. 473 00:30:48,597 --> 00:30:49,640 Apa yang berlaku? 474 00:30:49,723 --> 00:30:51,058 Serangan Crick! 475 00:30:52,184 --> 00:30:54,186 - Kita nak ke mana? - Cuba bertenang. 476 00:31:03,070 --> 00:31:05,322 Berhenti! Hanya Cobalt Soul dibenarkan. 477 00:31:24,717 --> 00:31:26,218 Berhenti. 478 00:31:26,302 --> 00:31:28,178 Saya akan uruskan mereka. Pergi! 479 00:31:57,082 --> 00:31:58,500 Itu amaran. 480 00:31:59,084 --> 00:32:02,379 Awak tentu berani atau bodoh untuk mencerobohi Soul. 481 00:32:02,463 --> 00:32:05,424 Tiada tempat di benua ini awak boleh menyorok daripada kami, 482 00:32:05,507 --> 00:32:09,261 jadi saya cadangkan awak berterus terang dan dedahkan tuan awak. 483 00:32:09,345 --> 00:32:11,847 Mungkin awak yang patut buat begitu. 484 00:32:31,367 --> 00:32:33,077 Saya dah bosan. 485 00:32:33,160 --> 00:32:34,244 Siapa awak? 486 00:32:34,328 --> 00:32:35,954 Bukan sekarang, Beauregard. 487 00:32:36,038 --> 00:32:37,790 Awak pembunuh. 488 00:32:37,873 --> 00:32:42,169 Ikut naluri awak. Bunuh dia, kemudian pulang. 489 00:32:42,252 --> 00:32:44,421 Ayah masih sayang awak. 490 00:32:51,345 --> 00:32:53,639 Tak guna. Awak Volstrucker. 491 00:32:54,515 --> 00:32:56,892 Beri saya satu sebab supaya tak bunuh awak. 492 00:32:57,559 --> 00:33:00,312 Nein. Kita... 493 00:33:02,606 --> 00:33:04,817 Jadi? Apa awak nak cakap? 494 00:33:05,442 --> 00:33:07,361 Kita terlepas pandang dia. 495 00:33:09,905 --> 00:33:10,739 Tak guna! 496 00:33:12,908 --> 00:33:13,909 Berundur! 497 00:33:22,918 --> 00:33:24,169 Tahanan terlepas. 498 00:33:24,253 --> 00:33:26,171 Saya pasti itu disengajakan. 499 00:33:26,255 --> 00:33:28,006 Dia memang jadi kawan baik kita. 500 00:33:30,134 --> 00:33:31,301 Tak. Bukan kawan baik. 501 00:33:37,099 --> 00:33:38,100 Tangkap dia! 502 00:33:49,027 --> 00:33:50,612 Awak nak kenal saya? 503 00:33:51,155 --> 00:33:53,365 Inilah diri saya. 504 00:34:01,123 --> 00:34:04,460 Anak-anak murid kesayangan saya. Tahniah. 505 00:34:04,543 --> 00:34:07,588 Kejayaan kamu akan memastikan Empayar selamat. 506 00:34:07,671 --> 00:34:09,381 Kamu layak menerima jamuan ini. 507 00:34:10,215 --> 00:34:11,675 Kalau begitu, baiklah. 508 00:34:13,427 --> 00:34:15,596 Adab awak macam khinzir ini. 509 00:34:15,679 --> 00:34:17,556 Ingat badan ini berfungsi sendiri? 510 00:34:22,019 --> 00:34:25,022 Ini mengingatkan saya pada hari kita bertemu, Bren. 511 00:34:25,105 --> 00:34:26,857 Lebih sederhana, tuan. 512 00:34:28,025 --> 00:34:30,569 Malang sekali kampung awak. 513 00:34:30,652 --> 00:34:33,781 Ladang Zemni kini digunakan sebagai pangkalan pemberontak 514 00:34:33,864 --> 00:34:35,574 untuk memfitnah raja. 515 00:34:35,657 --> 00:34:37,409 Pengkhianat tak bersyukur. 516 00:34:37,493 --> 00:34:40,287 Kita patut heret mereka keluar pada tengah malam. 517 00:34:40,954 --> 00:34:43,415 Tidak, ia patut dibuat terang-terangan. 518 00:34:43,499 --> 00:34:46,460 Sebatan. Sebagai peringatan. 519 00:34:48,003 --> 00:34:49,046 Bren? 520 00:34:49,797 --> 00:34:52,216 Apa awak akan buat kepada pengkhianat? 521 00:34:54,009 --> 00:34:58,055 Ketakutan terbesar orang Zemni adalah kehilangan sumber pendapatan. 522 00:34:58,138 --> 00:35:00,140 Saya akan musnahkan ladang mereka, 523 00:35:00,224 --> 00:35:04,561 kemudian gantung mayat mereka di Jalan Raja sebagai amaran kepada semua. 524 00:35:04,645 --> 00:35:07,856 "Inilah yang Empayar buat dengan pengkhianat." 525 00:35:08,232 --> 00:35:09,483 Tepat sekali. 526 00:35:11,568 --> 00:35:13,946 Saya gembira dengar awak cakap begitu. 527 00:35:14,571 --> 00:35:16,281 Sebab awak ada misi baharu. 528 00:35:16,865 --> 00:35:19,701 Untuk hentikan pemberontakan Zemni. 529 00:35:20,160 --> 00:35:22,621 Perutusan ini mengandungi senarai pengkhianat 530 00:35:22,704 --> 00:35:25,040 yang dinamakan oleh pengintip raja. 531 00:35:25,707 --> 00:35:27,459 Walau bagaimanapun, ia... 532 00:35:28,210 --> 00:35:30,212 Ia membawa berita buruk, Bren. 533 00:35:31,296 --> 00:35:34,216 Awak mungkin kenal beberapa nama dalam senarai ini. 534 00:36:02,911 --> 00:36:05,330 Saya dengar awak terlantar di Sanatorium. 535 00:36:05,414 --> 00:36:06,874 Sampai jadi bisu. 536 00:36:07,541 --> 00:36:10,085 Tapi awak tak seteruk yang saya jangka. 537 00:36:10,460 --> 00:36:13,255 Semua ajaran itu sukar dilupakan. 538 00:36:31,148 --> 00:36:32,983 Semua orang baik-baik saja? 539 00:36:33,984 --> 00:36:35,819 Jangan mati. Tolonglah. 540 00:36:38,155 --> 00:36:39,156 Di mana Caleb? 541 00:36:40,991 --> 00:36:42,492 Dia dah mati? 542 00:36:46,079 --> 00:36:47,247 Terperangkap di perigi? 543 00:36:49,041 --> 00:36:50,751 Dikebumikan hidup-hidup? Apa? 544 00:36:52,127 --> 00:36:53,337 Apa itu "Poon Clap"? 545 00:36:54,922 --> 00:36:59,551 Dia guna perangkap untuk halang kamu supaya dia boleh kejar wanita itu sendiri. 546 00:37:01,762 --> 00:37:04,014 Tunggu, kamu tinggalkan dia bersendirian? 547 00:37:05,849 --> 00:37:07,517 Okey. Bertenang. 548 00:37:07,601 --> 00:37:10,270 Dia pernah guna helah ini. Bertahan seminit saja. 549 00:37:10,354 --> 00:37:11,772 Okey, Jessie, selepas bebas, 550 00:37:11,855 --> 00:37:14,900 bancuh ini jadi teh dan beri kepada Fjord sebelum dia mati. 551 00:37:14,983 --> 00:37:17,152 Awak mungkin ada... sepuluh minit. 552 00:37:17,235 --> 00:37:20,364 Entahlah. Saya nak kejar Caleb. Ucap terima kasih nanti! 553 00:37:23,575 --> 00:37:26,495 Saya tak faham kenapa awak kesayangannya. 554 00:37:26,578 --> 00:37:28,413 Saya tak pernah khianati dia. 555 00:37:28,497 --> 00:37:30,374 Saya tak pernah larikan diri. 556 00:37:30,457 --> 00:37:32,751 Tapi dia cuma nak cari awak. 557 00:38:01,947 --> 00:38:04,491 Itulah Bren yang saya kenal. 558 00:38:04,574 --> 00:38:08,662 Mahaguru Ikithon takkan berhenti hantar kami sehingga awak pulang. 559 00:38:18,547 --> 00:38:21,425 Semua orang kesayangan awak akan mati. 560 00:38:29,558 --> 00:38:33,103 Sekurang-kurangnya bukan awak yang bunuh. 561 00:39:06,845 --> 00:39:07,888 Bren! 562 00:39:08,430 --> 00:39:10,015 Bren! 563 00:39:24,654 --> 00:39:28,909 Percikan kecil yang menjadi ribut api. 564 00:39:40,170 --> 00:39:43,006 Awak istimewa. 565 00:39:47,511 --> 00:39:48,470 Bren! 566 00:39:51,348 --> 00:39:52,682 Terima kesakitan itu. 567 00:39:59,564 --> 00:40:00,941 Bertahanlah. 568 00:40:38,603 --> 00:40:40,021 Caleb! 569 00:40:51,408 --> 00:40:54,494 Tak apa. Awak takkan apa-apa. Saya ada di sini. 570 00:41:08,341 --> 00:41:10,010 KEMATIAN 571 00:41:15,056 --> 00:41:16,349 Ahli sihir api gila, 572 00:41:16,766 --> 00:41:18,185 bangkit bak burung phoenix. 573 00:41:18,852 --> 00:41:20,061 Awak okey? 574 00:41:22,439 --> 00:41:24,357 Saya dah agak. 575 00:41:24,441 --> 00:41:25,775 Beginilah, 576 00:41:25,859 --> 00:41:27,485 kami ada soalan. 577 00:41:28,111 --> 00:41:29,613 Tapi, hei. Syabas. 578 00:41:29,696 --> 00:41:30,989 Ini hari yang baharu 579 00:41:31,072 --> 00:41:34,451 dan setiap hari baharu ialah peluang baharu untuk menjadi orang 580 00:41:34,534 --> 00:41:36,870 yang baharu. 581 00:41:37,495 --> 00:41:38,496 Jadi, 582 00:41:39,164 --> 00:41:40,916 awak nak jadi siapa hari ini? 583 00:41:49,257 --> 00:41:51,718 Rasa macam tahi. 584 00:41:52,344 --> 00:41:54,512 Macam mana awak tahu rasa tahi? 585 00:41:54,596 --> 00:41:55,847 Minumlah. 586 00:41:58,808 --> 00:42:00,727 Kawan awak ada masalah, budak. 587 00:42:01,311 --> 00:42:03,188 Ya, macamlah awak baik. 588 00:42:03,271 --> 00:42:06,316 Saya cuma rasa dia akan menyusahkan awak 589 00:42:06,399 --> 00:42:08,568 kalau awak asyik selesaikan masalah dia. 590 00:42:08,652 --> 00:42:11,363 Caleb tak suruh saya buat apa-apa. 591 00:42:11,446 --> 00:42:12,697 Yakah? 592 00:42:12,781 --> 00:42:15,367 Sebab kamu macam bapa dan anak. 593 00:42:15,450 --> 00:42:16,493 Mungkin. 594 00:42:17,619 --> 00:42:19,537 Tapi saya bapa. 595 00:42:20,205 --> 00:42:22,249 Awak faham, bukan? 596 00:42:22,332 --> 00:42:23,833 Saya pastikan dia selamat 597 00:42:23,917 --> 00:42:27,545 supaya dia boleh jadi lebih baik dan kuat untuk capai perkara hebat. 598 00:42:27,629 --> 00:42:29,714 Semasa kami berjumpa, dia bukan sesiapa. 599 00:42:29,798 --> 00:42:32,550 Cuma budak kecil yang ketakutan di lorong. 600 00:42:32,634 --> 00:42:34,552 Tugas saya adalah melindungi dia. 601 00:42:34,636 --> 00:42:36,972 Saya melindungi dia. 602 00:42:37,472 --> 00:42:38,932 Dia anak saya. 603 00:42:39,015 --> 00:42:41,184 Dia akan jadi lelaki hebat suatu hari nanti. 604 00:42:41,768 --> 00:42:43,478 Dia tahu tak semua itu? 605 00:42:44,896 --> 00:42:46,856 Saya tak tahu apa yang dia tahu. 606 00:42:55,407 --> 00:42:58,326 Saya nak belasah dia, tapi juga... 607 00:42:59,077 --> 00:43:00,578 peluk dia sekarang. 608 00:43:00,662 --> 00:43:03,999 Jangan. Bau dia akan melekat pada baju awak berhari-hari. 609 00:43:04,541 --> 00:43:07,544 Kami perlukan penjelasan, ahli sihir sampah. 610 00:43:10,964 --> 00:43:13,591 Betul cakap awak. Saya perlu jelaskannya. 611 00:43:21,099 --> 00:43:23,727 Saya tak jujur sepenuhnya dengan kamu. 612 00:43:24,811 --> 00:43:26,438 Tapi itu berakhir hari ini. 613 00:43:29,399 --> 00:43:31,484 Biar saya ceritakan. 614 00:43:33,069 --> 00:43:34,571 "SEDIKIT BIBIT" 615 00:43:34,654 --> 00:43:36,406 BERDASARKAN "THE MIGHTY NEIN" 616 00:44:18,948 --> 00:44:20,950 Terjemahan sari kata oleh Charles Lim 617 00:44:21,034 --> 00:44:23,036 Penyelia Kreatif Vincent Lim