1 00:00:19,000 --> 00:00:24,457 Monica Kidder ditemui mati dalam selnya sejam lepas disyaki akibat bunuh diri. 2 00:00:24,458 --> 00:00:27,624 {\an8}Satu lagi kejadian yang tidak disangka-sangka... 3 00:00:27,625 --> 00:00:28,582 ...apabila terbongkar 4 00:00:28,583 --> 00:00:31,415 {\an8}seorang usahawan terkenal rupanya menjadi dalang 5 00:00:31,416 --> 00:00:34,374 {\an8}sebalik antara serangan terburuk ke atas negara ini. 6 00:00:34,375 --> 00:00:38,165 {\an8}Dia dipercayai merancang serangan Hari Sifar... 7 00:00:38,166 --> 00:00:39,665 {\an8}bagi membalas... 8 00:00:39,666 --> 00:00:43,582 {\an8}Masukkan komen daripada sumber FBI yang terlibat dalam siasatan. 9 00:00:43,583 --> 00:00:44,749 Baik. 10 00:00:44,750 --> 00:00:49,707 "FBI sudah semakin bimbang dengan retorik radikal Kidder 11 00:00:49,708 --> 00:00:51,749 sebelum Hari Sifar terjadi." 12 00:00:51,750 --> 00:00:53,874 Satu-satunya penjelasan yang saya fikirkan 13 00:00:53,875 --> 00:00:56,790 ialah Monica memilih meragut nyawanya sendiri 14 00:00:56,791 --> 00:00:59,875 kerana dia tahu bukti yang menentangnya sangat banyak. 15 00:01:00,500 --> 00:01:03,333 - Saya anggap ini pengakuan... - Ini sebab kita? 16 00:01:04,791 --> 00:01:06,458 {\an8}- Sebab kitakah? - Kita? 17 00:01:06,958 --> 00:01:08,333 Kita tak buat apa-apa. 18 00:01:09,791 --> 00:01:13,499 Kalau awak risau sangat dengan kematian seorang sosiopat autistik, 19 00:01:13,500 --> 00:01:15,124 awak memang tak beri perhatian. 20 00:01:15,125 --> 00:01:16,124 Aduh. 21 00:01:16,125 --> 00:01:18,499 Kita akan selamat kalau dia saja dipersalahkan. 22 00:01:18,500 --> 00:01:20,665 Diam sajalah, Jerry. 23 00:01:20,666 --> 00:01:24,624 Tolonglah. Awak semua ingat rancangan ini akan berkesan? 24 00:01:24,625 --> 00:01:26,499 Ini akan habis dengan Monica Kidder? 25 00:01:26,500 --> 00:01:30,916 Dia ada cara dan motif. Kita bukannya fitnah dia. 26 00:01:31,500 --> 00:01:33,415 Dia betul-betul buat. Itu yang penting. 27 00:01:33,416 --> 00:01:36,957 Itu tak betul. Ayah saya takkan percaya semudah itu. 28 00:01:36,958 --> 00:01:39,082 - Apa awak tahu? - Saya kenal ayah saya. 29 00:01:39,083 --> 00:01:42,124 Kalau ada satu saja perkara tertinggal, dia akan tetap siasat. 30 00:01:42,125 --> 00:01:46,125 - Ini semua terkawal. - Pernahkah kita dapat kawal apa-apa? 31 00:01:47,083 --> 00:01:49,499 Kejutan sistem selama satu minit, itu yang awak kata. 32 00:01:49,500 --> 00:01:52,124 Kalau orang yang betul dapat kuasa untuk beberapa bulan, 33 00:01:52,125 --> 00:01:54,249 negara boleh pulih sebelum Krismas. 34 00:01:54,250 --> 00:01:57,040 Tapi setiap kali pun awak salah. 35 00:01:57,041 --> 00:01:59,625 Saya mengaku, pelan kita tak berjalan macam sepatutnya. 36 00:02:00,541 --> 00:02:01,624 Tapi benda dah jadi. 37 00:02:01,625 --> 00:02:04,333 Kita kena ingat matlamat kita buat semua ini. 38 00:02:05,000 --> 00:02:07,583 Untuk hapuskan ketaktentuan politik kedua-dua parti. 39 00:02:08,083 --> 00:02:11,707 Dedahkan kelemahan yang selama ini dianggap sebagai kebebasan. 40 00:02:11,708 --> 00:02:15,290 Mengembalikan kepercayaan kepada kemampuan kita mentadbir. 41 00:02:15,291 --> 00:02:18,415 Walaupun ayah awak asyik nak rosakkan pelan ini, 42 00:02:18,416 --> 00:02:20,833 kita sudah hampir capai matlamat itu. 43 00:02:21,541 --> 00:02:23,207 Sekarang, bertenang saja. 44 00:02:23,208 --> 00:02:26,624 Esok, takkan ada apa-apa lagi yang tertinggal. 45 00:02:26,625 --> 00:02:29,708 - Semuanya akan diurus. - Diurus. Macam Monica Kidder. 46 00:02:31,041 --> 00:02:32,375 Kita kena mengaku. 47 00:02:32,916 --> 00:02:35,207 Ini semua cuma akan burukkan keadaan. 48 00:02:35,208 --> 00:02:38,208 Jangan lupa, Alex, kita ada rakan subahat. 49 00:02:38,791 --> 00:02:42,291 Rakan subahat yang mungkin takkan biarkan kita mengaku. 50 00:02:45,958 --> 00:02:48,458 Saya tahu awak tak tentu arah. Kita semua sama. 51 00:02:49,083 --> 00:02:52,625 Tapi demi rakyat Amerika, kita mesti selesaikan ini. 52 00:02:54,958 --> 00:02:56,916 Saya akan suruh orang hantar awak balik. 53 00:03:00,208 --> 00:03:01,041 Tak apa. 54 00:03:03,041 --> 00:03:04,541 Tak apa, saya balik sendiri. 55 00:03:13,833 --> 00:03:15,790 Kami baru dapat maklumat orang dalam FBI. 56 00:03:15,791 --> 00:03:17,749 Saya akan memetik kata-katanya. 57 00:03:17,750 --> 00:03:21,499 "FBI sudah semakin bimbang dengan retorik radikal Kidder 58 00:03:21,500 --> 00:03:23,915 sebelum Hari Sifar terjadi 59 00:03:23,916 --> 00:03:28,040 disebabkan rungutannya tentang sekatan ke atas Panoply..." 60 00:03:28,041 --> 00:03:29,708 Dah berapa lama kamera mati? 61 00:03:30,458 --> 00:03:33,500 Cari orang yang bertugas menjaga kamera sel. 62 00:03:34,541 --> 00:03:35,624 Dia ada di sini. 63 00:03:35,625 --> 00:03:37,874 Saya pasang pembesar suara, Encik Pennington. 64 00:03:37,875 --> 00:03:39,249 Teruskan. 65 00:03:39,250 --> 00:03:42,207 Selepas masuk sistem Panoply, kami tahu cara Kidder ubah suai 66 00:03:42,208 --> 00:03:45,415 rekaan NSA dan cara dia sebarkannya begitu pantas. 67 00:03:45,416 --> 00:03:48,290 Aplikasi ciptaan Kidder ada dalam 80 peratus telefon Amerika. 68 00:03:48,291 --> 00:03:50,790 Mereka selitkan pepijat dalam kemas kini automatik. 69 00:03:50,791 --> 00:03:53,374 Selepas itu, ia berjangkit ke semua peranti berhubung 70 00:03:53,375 --> 00:03:55,874 dengan cara Bluetooth, USB, apa-apa saja. 71 00:03:55,875 --> 00:03:58,624 Pengaturcaraannya begitu bijak dan luar biasa. 72 00:03:58,625 --> 00:04:01,208 Ia ada enjin AI yang belajar sistem pengendalian baru. 73 00:04:01,750 --> 00:04:03,707 Takkan dia buat semua ini seorang? 74 00:04:03,708 --> 00:04:05,290 Dia ada kepakaran teknikal. 75 00:04:05,291 --> 00:04:07,999 Dia dapat bantuan beberapa pengkhianat negara. 76 00:04:08,000 --> 00:04:10,875 - Sudah tentu dia mampu. - Itu bukan maksud saya. 77 00:04:11,875 --> 00:04:14,374 Tak ada sebab untuk syak dia dapat bantuan orang lain. 78 00:04:14,375 --> 00:04:18,124 Hartawan sosiopat yang tak suka negara kacau kerja gila dia, 79 00:04:18,125 --> 00:04:20,207 jadi dia hancurkan satu negara. 80 00:04:20,208 --> 00:04:23,958 Kemudian, dia bunuh diri sebelum sempat kita soal dia. 81 00:04:24,541 --> 00:04:27,207 - Beri kemas kini setiap jam. - Baik, tuan. 82 00:04:27,208 --> 00:04:29,290 Semua orang macam percaya bulat-bulat. 83 00:04:29,291 --> 00:04:32,249 Malam semalam, awak kata dia terlalu bijak. 84 00:04:32,250 --> 00:04:34,333 Ya, untuk ambil risiko sebesar ini. 85 00:04:36,208 --> 00:04:37,500 Alex telefon. 86 00:04:38,000 --> 00:04:40,250 - Mak. - Ayah kamu ada di sini. 87 00:04:41,333 --> 00:04:45,250 Saya nak datang rumah. Saya nak cakap dengan mak... dan ayah. 88 00:04:46,791 --> 00:04:48,707 - Kenapa ini? Kamu okey? - Saya okey. 89 00:04:48,708 --> 00:04:51,958 Saya okey. Nanti saya cerita lagi. 90 00:04:54,708 --> 00:04:55,708 Hati-hati. 91 00:05:02,208 --> 00:05:03,666 Alex. 92 00:05:10,958 --> 00:05:12,291 Kod jingga! 93 00:05:27,541 --> 00:05:28,375 Sudah satu minit. 94 00:05:28,958 --> 00:05:31,749 - Tak ada benda hidup pun. - Tuan, puan. 95 00:05:31,750 --> 00:05:35,124 Kereta akan sampai di depan. Kami perlu pindahkan tuan dan puan. 96 00:05:35,125 --> 00:05:36,999 Tak payah. Kita ada penjana kuasa. 97 00:05:37,000 --> 00:05:38,207 Kami dapat ugutan. 98 00:05:38,208 --> 00:05:40,540 Saya memang dalam perjalanan untuk maklumkan tuan. 99 00:05:40,541 --> 00:05:42,124 Khususnya di tempat ini. 100 00:05:42,125 --> 00:05:44,540 - Siapa ugut? - Pelampau, puan. 101 00:05:44,541 --> 00:05:46,499 Orang ramai di luar dah nak mengamuk. 102 00:05:46,500 --> 00:05:48,582 Penderia gerakan, kamera, semua mati. 103 00:05:48,583 --> 00:05:52,083 Kalau ada penjana kuasa pun, takkan hidup. Kita tak boleh ada di sini. 104 00:05:53,916 --> 00:05:54,750 Mari. 105 00:06:01,666 --> 00:06:02,915 Stesen penerimaan lumpuh. 106 00:06:02,916 --> 00:06:04,874 - Apa jadi? - Semua terjejas. 107 00:06:04,875 --> 00:06:07,457 Elektrik, rangkaian selular, penerbangan, pengangkutan. 108 00:06:07,458 --> 00:06:09,915 Lingkungan dan skala sama, tapi kali ini lama pula. 109 00:06:09,916 --> 00:06:12,790 Kali ini tak sama. Kita dah kenal pepijat ini. 110 00:06:12,791 --> 00:06:14,499 - Kod pembaikan? - Baru nak mula. 111 00:06:14,500 --> 00:06:16,624 Setakat ini, mungkin perlu satu hari lagi. 112 00:06:16,625 --> 00:06:18,291 - Mereka ada sejam saja. - Tuan? 113 00:06:18,958 --> 00:06:21,874 Tak payah baiki semua. Bekalan kuasa saja. Hidupkan lampu, 114 00:06:21,875 --> 00:06:23,625 kemudian sistem pengangkutan. 115 00:06:24,125 --> 00:06:26,749 Kita selesaikan masalah ini dengan cara lama. 116 00:06:26,750 --> 00:06:28,332 Baiki satu demi satu. 117 00:06:28,333 --> 00:06:29,625 Ikut sini. 118 00:06:38,750 --> 00:06:39,749 Apa rancangan kita? 119 00:06:39,750 --> 00:06:41,999 Fasiliti selamat terdekat. 120 00:06:42,000 --> 00:06:44,791 Pangkalan Pengawal Negara di Cortland, 20 minit perjalanan. 121 00:06:56,166 --> 00:06:58,000 Kita nak lalu itu? 122 00:06:58,666 --> 00:07:00,083 Tak ada pilihan, tuan. 123 00:07:00,708 --> 00:07:01,832 Perlahan-lahan. 124 00:07:01,833 --> 00:07:03,416 Baik, berikan laluan. 125 00:07:04,041 --> 00:07:05,082 Alex. 126 00:07:05,083 --> 00:07:06,083 Nanti kita cari dia. 127 00:07:11,333 --> 00:07:13,541 Jangan duduk tengah jalan! 128 00:07:23,708 --> 00:07:25,083 - Buka pagar. - Kami buka. 129 00:07:25,708 --> 00:07:28,250 - Gas pemedih mata sedia. - Jangan. 130 00:07:28,833 --> 00:07:30,875 Jangan guna gas pemedih mata. 131 00:07:39,208 --> 00:07:40,749 Jaga kawasan, semua. 132 00:07:40,750 --> 00:07:43,250 Kami tak boleh tahan! Mereka rempuh! 133 00:07:44,916 --> 00:07:46,915 - Jaga kawasan! - Negatif! 134 00:07:46,916 --> 00:07:47,916 Sudah tembus! 135 00:07:56,458 --> 00:07:58,290 - Jalan terus. - Jangan langgar. 136 00:07:58,291 --> 00:08:01,166 - Kita kena lalu juga. - Tak boleh, Tom. 137 00:08:03,708 --> 00:08:04,582 Botol saja. 138 00:08:04,583 --> 00:08:06,791 Kami tak nampak awak semua. Awak boleh keluar? 139 00:08:11,666 --> 00:08:13,166 Pergi mampus! 140 00:08:16,666 --> 00:08:18,000 Berundur! 141 00:08:18,791 --> 00:08:20,000 Semua gerak! 142 00:08:30,583 --> 00:08:32,499 Berhenti! Hei! 143 00:08:32,500 --> 00:08:34,291 - Pergi! - Hei! 144 00:09:14,625 --> 00:09:15,666 Dah jumpa. 145 00:09:26,083 --> 00:09:27,083 Helo, George. 146 00:09:31,041 --> 00:09:32,833 Prince 594 masuk, tamat. 147 00:09:35,708 --> 00:09:37,208 Prince 594. 148 00:09:40,208 --> 00:09:42,833 Prince, Emmett Kelly disahkan bersara, tamat. 149 00:09:44,875 --> 00:09:46,333 Prince, dengar tak? 150 00:09:46,875 --> 00:09:49,708 Disahkan. Emmett Kelly telah bersara. Tamat. 151 00:09:50,250 --> 00:09:52,665 Kerja-kerja pembersihan diteruskan. 152 00:09:52,666 --> 00:09:54,333 Difahami. Tamat. 153 00:09:56,750 --> 00:09:58,166 Nampaknya mereka percaya. 154 00:09:59,541 --> 00:10:00,625 Tuan dianggap mati. 155 00:10:01,875 --> 00:10:03,541 Buat sementara waktu. 156 00:10:04,583 --> 00:10:06,165 Bekalan kuasa pulih nanti, 157 00:10:06,166 --> 00:10:09,375 kita sebarkan di media sosial, tularkan video kabur. 158 00:10:10,500 --> 00:10:13,250 CIA tidak dibenarkan beroperasi atas tanah A.S. 159 00:10:16,541 --> 00:10:18,166 Kali ini saya beri muka. 160 00:10:20,125 --> 00:10:20,957 Kenapa datang? 161 00:10:20,958 --> 00:10:24,708 Selepas tuan tahan Kidder, saya ingat kita patut cakap lagi. 162 00:10:25,208 --> 00:10:26,915 Mujur saya datang. 163 00:10:26,916 --> 00:10:28,249 Tuan anggap saja 164 00:10:28,250 --> 00:10:32,082 saya dan Presiden Mitchell cuma fikirkan kebaikan tuan. 165 00:10:32,083 --> 00:10:34,666 Kami ada sebab kukuh untuk percaya 166 00:10:35,208 --> 00:10:38,500 komplot Hari Sifar melibatkan musuh dalam selimut dalam kerajaan. 167 00:10:39,208 --> 00:10:40,625 Pangkat-pangkat tertinggi. 168 00:10:41,666 --> 00:10:42,500 Dreyer? 169 00:10:43,250 --> 00:10:44,666 Ada kemungkinan. 170 00:10:47,625 --> 00:10:49,832 Sebesar mana komplot ini? Siapa lagi? 171 00:10:49,833 --> 00:10:50,916 Kami tak pasti. 172 00:10:52,333 --> 00:10:54,707 Tapi kami memang tak percaya saluran biasa. 173 00:10:54,708 --> 00:10:57,791 Kami perlu orang luar, seperti tuan, untuk siasat bagi pihak kami. 174 00:10:58,291 --> 00:11:01,208 Sejujurnya, saya ingat kami dah silap besar. 175 00:11:02,000 --> 00:11:05,916 Semasa tuan datang Langley, saya cuba beritahu tuan, tapi tuan macam tak faham. 176 00:11:07,166 --> 00:11:09,457 Kemudian, di sidang media, tuan sebut Proteus. 177 00:11:09,458 --> 00:11:12,500 Selepas Valerie jumpa saya, baru saya faham semuanya. 178 00:11:13,125 --> 00:11:13,958 George, 179 00:11:14,625 --> 00:11:18,458 kalau betul Proteus digunakan ke atas awak, bukan kami yang buat. 180 00:11:19,125 --> 00:11:20,083 Saya tahu. 181 00:11:20,708 --> 00:11:23,250 Semua ini akan capai kemuncak beberapa jam lagi. 182 00:11:24,125 --> 00:11:26,500 Saya perlu tahu awak okey, George. 183 00:11:41,041 --> 00:11:43,040 Lily, pergi naik bilik. 184 00:11:43,041 --> 00:11:45,000 - Tapi... Mak? - Naik cepat. 185 00:11:51,875 --> 00:11:52,708 Hai. 186 00:11:54,166 --> 00:11:56,832 Mereka akan pastikan kita selamat, tapi kami perlu masuk. 187 00:11:56,833 --> 00:11:58,041 Mana George? 188 00:12:01,875 --> 00:12:03,083 Sekejap saja. 189 00:12:03,833 --> 00:12:06,291 Tempat itu dekat saja. Kita boleh jalan. 190 00:12:06,791 --> 00:12:08,915 - Baik. - Saya belakang tuan. 191 00:12:08,916 --> 00:12:10,125 Ayuh! 192 00:12:15,125 --> 00:12:17,582 Betul. Kod pembaikan patut siap sekejap lagi. 193 00:12:17,583 --> 00:12:20,957 - Harap dalam sejam lagi. - Bagus. Selepas itu, komunikasi. 194 00:12:20,958 --> 00:12:24,457 Informasi boleh mencegah panik. Rakyat mesti tahu mereka akan dibantu. 195 00:12:24,458 --> 00:12:26,541 Puan, saya nak tanya... 196 00:12:28,250 --> 00:12:29,500 Kami dapat desas-desus. 197 00:12:30,375 --> 00:12:32,208 Sesuatu terjadi kepada Presiden Mullen. 198 00:12:35,875 --> 00:12:37,375 Pulihkan kuasa, dan komunikasi. 199 00:12:37,958 --> 00:12:39,666 Pastikan pasukan fokus. 200 00:12:47,416 --> 00:12:48,416 Terima kasih, Daniel. 201 00:12:48,916 --> 00:12:51,207 - Saya boleh ikut. - Tak apa, ambil barang saja. 202 00:12:51,208 --> 00:12:54,375 - Kemudian saya nak gerak. - Saya tunggu sini. 203 00:12:55,208 --> 00:12:56,041 Terima kasih. 204 00:13:23,583 --> 00:13:24,625 Oh, Tuhan. 205 00:13:28,791 --> 00:13:30,124 Kamu nak cakap dengan ayah, 206 00:13:30,125 --> 00:13:33,958 tapi ayah rasa macam tak boleh percaya apa-apa pun sekarang. 207 00:13:41,791 --> 00:13:42,625 Okey. 208 00:13:51,375 --> 00:13:52,208 Kami... 209 00:13:54,958 --> 00:13:56,749 Kami cuma nak perbaiki keadaan. 210 00:13:56,750 --> 00:13:59,000 Kami? Siapa "kami"? Kamu dan Dreyer? 211 00:14:01,291 --> 00:14:02,540 Bukan Dreyer seorang. 212 00:14:02,541 --> 00:14:05,665 Sebelum jumpa saya, dia dah ada beberapa penyokong. 213 00:14:05,666 --> 00:14:07,583 - Kedua-dua parti. - Ini idea mereka? 214 00:14:09,333 --> 00:14:10,250 Kidder. 215 00:14:11,666 --> 00:14:14,124 Dia kata dia cuma nak takutkan rakyat. 216 00:14:14,125 --> 00:14:17,582 Seminit saja. Dia nak tunjuk betapa lemahnya kita, 217 00:14:17,583 --> 00:14:20,582 betapa kita terdedah. Dan saya percaya. Semuanya logik. 218 00:14:20,583 --> 00:14:23,790 Kalau kita ingatkan rakyat apa yang benar-benar penting, 219 00:14:23,791 --> 00:14:27,665 mereka boleh lupakan pertelingkahan kecil, konspirasi merepek 220 00:14:27,666 --> 00:14:30,041 dan kita boleh selesaikan masalah masing-masing. 221 00:14:30,583 --> 00:14:33,832 Kami biarkan itu terjadi sebab kami rasa itu masuk akal. 222 00:14:33,833 --> 00:14:35,874 Pelan berjalan lebih baik daripada disangka, 223 00:14:35,875 --> 00:14:38,958 tapi saya tak sangka orang akan mati. Saya tak... 224 00:14:40,833 --> 00:14:41,666 Ya. 225 00:14:42,833 --> 00:14:45,708 Jadi kamu pun berkomplot dengan Robert Lyndon. 226 00:14:46,583 --> 00:14:50,207 Lyndon itu cuma parasit. Saya tak tahu pun Lyndon terlibat. 227 00:14:50,208 --> 00:14:51,249 Cuba fikir. 228 00:14:51,250 --> 00:14:54,374 Bila kali terakhir negara ini dapat selesaikan masalah? Bila? 229 00:14:54,375 --> 00:14:57,708 Kita tak luluskan satu pun rang undang-undang dalam 18 bulan. 230 00:14:58,375 --> 00:15:02,374 Dreyer cakap dia ada macam-macam rancangan nak majukan negara, 231 00:15:02,375 --> 00:15:05,791 tapi dia asyik risau orang dalam parti gugat kedudukan dia. 232 00:15:07,750 --> 00:15:09,166 Kami langgar batasan. 233 00:15:10,416 --> 00:15:12,624 Apabila suruhanjaya ditubuhkan, kami terdiam. 234 00:15:12,625 --> 00:15:15,083 - Itu bukan alasan. - Kami ambil risiko... 235 00:15:16,708 --> 00:15:18,499 untuk mengubah keadaan jadi lebih baik. 236 00:15:18,500 --> 00:15:20,582 Ya, ubah keadaan jadi lebih baik. 237 00:15:20,583 --> 00:15:23,915 - Kita patut usahakan itu. - Cuba ayah tengok. 238 00:15:23,916 --> 00:15:27,333 Dunia yang ayah faham selama ini, dunia itu dah tak wujud. 239 00:15:28,166 --> 00:15:31,707 Paling teruk sekali, dulu saya ingat ayah tak sedar. 240 00:15:31,708 --> 00:15:34,499 Ayah tak tahu betapa parahnya keadaan ini, 241 00:15:34,500 --> 00:15:36,707 tapi saya salah. Saya rasa ayah tahu. 242 00:15:36,708 --> 00:15:39,915 - Tapi ayah buat-buat tak nampak. - Keadaan dah parah dari dulu. 243 00:15:39,916 --> 00:15:42,040 - Ayah buat-buat baik... - Kita usaha saja. 244 00:15:42,041 --> 00:15:45,290 Ayah buat-buat tak nampak supaya ayah tak payah buat apa-apa. 245 00:15:45,291 --> 00:15:48,249 Betul. Supaya ayah tak payah bantu rakyat. 246 00:15:48,250 --> 00:15:49,624 Cakap memang senang. 247 00:15:49,625 --> 00:15:52,665 Ayah bukan selesaikan apa-apa pun. 248 00:15:52,666 --> 00:15:53,832 - Ada! - Mana ada! 249 00:15:53,833 --> 00:15:56,457 - Ayah buat yang terbaik. - Ayah patut buat lebih! 250 00:15:56,458 --> 00:15:57,957 Kamu cakap macam ini mudah! 251 00:15:57,958 --> 00:16:02,375 - Kita patut buat lebih lagi! - Ya, tapi itulah yang terbaik! 252 00:16:06,208 --> 00:16:08,540 Saya faham, okey? Saya faham ayah. 253 00:16:08,541 --> 00:16:10,333 Cakaplah, apa patut saya buat. 254 00:16:11,458 --> 00:16:14,415 Apa patut saya buat sekarang? Saya minta maaf. 255 00:16:14,416 --> 00:16:17,708 Cakaplah apa patut saya buat? Saya akan buat. 256 00:16:18,500 --> 00:16:20,541 - Ayah, tolonglah. - Ya. 257 00:16:22,708 --> 00:16:25,666 Ayah cakap saja, saya akan buat. Saya janji. 258 00:16:27,166 --> 00:16:28,250 Saya akan buat. 259 00:16:48,250 --> 00:16:49,124 Dah dapat? 260 00:16:49,125 --> 00:16:50,125 Dah dapat! 261 00:16:53,416 --> 00:16:55,249 Okey, fokus! 262 00:16:55,250 --> 00:16:57,166 Sekarang pulihkan komunikasi. 263 00:17:15,083 --> 00:17:18,665 Suruhanjaya bekerja keras memulihkan sistem yang lumpuh 264 00:17:18,666 --> 00:17:22,957 {\an8}manakala pakar pula meramal serangan ini satu tindakan pembalasan terakhir Kidder 265 00:17:22,958 --> 00:17:25,832 yang diaktifkan setelah kematiannya. 266 00:17:25,833 --> 00:17:27,375 Mungkin dengan bantuan... 267 00:17:27,875 --> 00:17:30,041 Maaf, saya baru dapat maklumat terkini. 268 00:17:31,333 --> 00:17:33,375 Kami ada berita tergempar dan... 269 00:17:33,958 --> 00:17:35,790 Ini berita dahsyat jika benar. 270 00:17:35,791 --> 00:17:38,540 Sambil bekalan kuasa di bandar dipulihkan, 271 00:17:38,541 --> 00:17:41,707 {\an8}kami mendapat laporan ketua suruhanjaya George Mullen 272 00:17:41,708 --> 00:17:45,207 {\an8}menjadi sasaran serangan di rumah beliau di New York. 273 00:17:45,208 --> 00:17:48,749 ...mantan presiden kesayangan ramai itu mungkin telah diserang 274 00:17:48,750 --> 00:17:52,915 {\an8}oleh penyokong fanatik Evan Green yang sebelum ini pernah ditahan... 275 00:17:52,916 --> 00:17:56,540 {\an8}Masih tiada berita tentang mantan Wanita Pertama, Sheila Mullen. 276 00:17:56,541 --> 00:17:58,457 Jika anda baru mengikuti kami, 277 00:17:58,458 --> 00:18:01,124 bekas presiden George Mullen kini dilaporkan hilang 278 00:18:01,125 --> 00:18:02,874 dan dikhuatiri meninggal dunia. 279 00:18:02,875 --> 00:18:04,499 Cepat betul dah syak mati. 280 00:18:04,500 --> 00:18:05,541 - Ya. - Mak? 281 00:18:06,500 --> 00:18:08,166 Lily. Sayang, mak... 282 00:18:09,250 --> 00:18:10,083 Hai. 283 00:18:10,916 --> 00:18:11,833 Saya Sheila. 284 00:18:13,625 --> 00:18:16,249 Marilah duduk sekali. Ini kawan mak, Sheila. 285 00:18:16,250 --> 00:18:18,582 Kami... Kami sedang tengok... 286 00:18:18,583 --> 00:18:22,415 Apa pendapat awak, John, jika laporan ini disahkan benar? 287 00:18:22,416 --> 00:18:24,582 Saya tak selalu sependapat dengan George Mullen 288 00:18:24,583 --> 00:18:26,999 tapi sifat patriotisme beliau tidak dapat dinafikan. 289 00:18:27,000 --> 00:18:29,999 Beliau sanggup keluar dari persaraan untuk berkhidmat. 290 00:18:30,000 --> 00:18:33,332 Maaf. Kita ada Speaker Dewan Dreyer. Beralih ke lokasi. 291 00:18:33,333 --> 00:18:35,874 {\an8}- ...tentang mantan presiden Mullen? - Tuan Speaker? 292 00:18:35,875 --> 00:18:39,458 {\an8}Saya rasa amat sedih dan terkilan jika laporan itu benar. 293 00:18:40,291 --> 00:18:42,874 George Mullen begitu setia mempertahankan Amerika 294 00:18:42,875 --> 00:18:46,665 daripada pelampau taasub yang mencetuskan serangan Hari Sifar 295 00:18:46,666 --> 00:18:49,040 dan itu akhirnya meragut nyawa beliau. 296 00:18:49,041 --> 00:18:51,708 Saya dan George berada dalam parti berlawanan. 297 00:18:52,541 --> 00:18:54,250 Kami sering berlawan dan bergaduh, 298 00:18:54,791 --> 00:18:56,665 tapi ada satu benda yang kami persetujui. 299 00:18:56,666 --> 00:18:58,915 Ini negara terhebat di muka bumi 300 00:18:58,916 --> 00:19:01,166 {\an8}dan patut buat apa saja demi mempertahankannya. 301 00:19:01,958 --> 00:19:04,749 Saya minta diri, presiden panggil saya ke Rumah Putih. 302 00:19:04,750 --> 00:19:07,874 - Macam mana dengan suruhanjaya? - Apa seterusnya? 303 00:19:07,875 --> 00:19:10,207 Saya jangka itulah sebab presiden memanggil saya. 304 00:19:10,208 --> 00:19:12,832 {\an8}Tapi kini, kita semua patut berdoa untuk keluarga Mullen 305 00:19:12,833 --> 00:19:15,500 {\an8}dan jutaan keluarga lain yang terjejas akibat serangan. 306 00:19:16,458 --> 00:19:18,915 Jika George Mullen benar-benar telah dibunuh, 307 00:19:18,916 --> 00:19:21,666 ini satu kerugian yang besar bagi negara. 308 00:19:22,666 --> 00:19:23,833 Namun kehilangan beliau, 309 00:19:25,125 --> 00:19:28,041 antara korban sampingan dalam memerangi musuh kita. 310 00:19:28,625 --> 00:19:30,958 Peperangan yang baru saja bermula. 311 00:19:32,166 --> 00:19:33,708 - Terima kasih. - Ikut sini, tuan. 312 00:19:48,958 --> 00:19:49,958 NOMBOR TIDAK DIKENALI 313 00:19:52,625 --> 00:19:53,458 Helo? 314 00:19:53,958 --> 00:19:55,041 Mengharukan betul. 315 00:19:55,875 --> 00:19:57,250 Awak dan saya kena jumpa. 316 00:19:58,375 --> 00:19:59,250 Depan-depan. 317 00:20:24,333 --> 00:20:25,166 Cantik. 318 00:20:26,125 --> 00:20:27,332 Kalau bawah cahaya lampu. 319 00:20:27,333 --> 00:20:28,250 Awak dan saya... 320 00:20:29,666 --> 00:20:31,415 Sebenarnya kita di pihak sama. 321 00:20:31,416 --> 00:20:34,249 Yang saya tahu, awak akan meringkuk dalam penjara. 322 00:20:34,250 --> 00:20:35,750 Mungkin kalau sedekad lepas. 323 00:20:36,875 --> 00:20:38,082 Sekarang, rasanya tak. 324 00:20:38,083 --> 00:20:41,291 - Pengkhianatan masih jenayah. - Pengkhianatan maksudnya tak setia. 325 00:20:42,000 --> 00:20:44,083 Tapi saya buat semua ini demi kesetiaan. 326 00:20:44,666 --> 00:20:47,749 Kesetiaan kepada benda-benda yang kononnya awak pentingkan. 327 00:20:47,750 --> 00:20:50,749 Habis, nyawa-nyawa yang terkorban dalam serangan ini? 328 00:20:50,750 --> 00:20:54,249 Awak ingkar sumpah awak dan awak dah binasakan negara ini. 329 00:20:54,250 --> 00:20:56,749 Tidak, saya beri peluang ia selamatkan diri. 330 00:20:56,750 --> 00:20:59,165 Awak rasa berapa tahun lagi yang tinggal? 331 00:20:59,166 --> 00:21:02,499 Separuh rakyat kita mabuk dengan ketaasuban dan konspirasi, 332 00:21:02,500 --> 00:21:06,374 separuh lagi pula tak tahu jantina sendiri dan acah paling teraniaya. 333 00:21:06,375 --> 00:21:08,040 Takkan sampai musnahkan demokrasi? 334 00:21:08,041 --> 00:21:10,915 Adakah kemoterapi musnahkan pesakit apabila ia hapuskan barah? 335 00:21:10,916 --> 00:21:12,749 Jadi awak yang putuskan ini barah? 336 00:21:12,750 --> 00:21:14,332 Awak pun tahu apa barahnya. 337 00:21:14,333 --> 00:21:17,040 Puak pencinta negara yang takut disingkir. 338 00:21:17,041 --> 00:21:19,207 Pemberontak mendesak hapuskan sistem polis. 339 00:21:19,208 --> 00:21:22,916 Puak sewel yang berani memperkotak-katikkan proses pengundian. 340 00:21:23,500 --> 00:21:25,624 Belum masuk lagi badut macam Evan Green 341 00:21:25,625 --> 00:21:29,415 yang berbuih mulut sebarkan kebencian demi beberapa sen masuk poket sendiri. 342 00:21:29,416 --> 00:21:31,249 Suruhanjaya boleh selesai semua itu? 343 00:21:31,250 --> 00:21:33,332 Boleh, jika kuasanya digunakan dengan betul. 344 00:21:33,333 --> 00:21:35,290 Dengan perancangan penuh teliti. 345 00:21:35,291 --> 00:21:37,874 Kalau Mitchell bertindak dengan bijak 346 00:21:37,875 --> 00:21:40,707 dan serahkan kuasa kepada saya, masalah ini tak payah ada. 347 00:21:40,708 --> 00:21:45,040 Semua pemerintah kuku besi pun cakap begitu sebelum mereka rebut kuasa. 348 00:21:45,041 --> 00:21:47,915 Setelah selesai, awak tahu apa jadi kepada negara? 349 00:21:47,916 --> 00:21:50,749 Jadi padang jarak padang tekukur. Setiap kali. 350 00:21:50,750 --> 00:21:53,457 Awak tuduhlah saya macam-macam. 351 00:21:53,458 --> 00:21:56,332 Tapi krisis negara ini bukan sementara. 352 00:21:56,333 --> 00:22:00,040 Ini krisis kecemasan. Tanpa tindakan drastik, hancur semuanya. 353 00:22:00,041 --> 00:22:01,915 Anak awak pun faham itu. 354 00:22:01,916 --> 00:22:05,374 Anak saya banyak buat silap, tapi silap terbesarnya adalah mempercayai awak 355 00:22:05,375 --> 00:22:08,124 dan menyangka awak ambil peduli, bukan nak rebut kuasa. 356 00:22:08,125 --> 00:22:11,499 Anak awak berani. Saya tahu sangkaan dia terhadap saya, 357 00:22:11,500 --> 00:22:14,790 tapi dia sanggup ketepikan semua itu demi kebaikan bersama. 358 00:22:14,791 --> 00:22:17,957 Dia nampak hasil yang boleh dapat kalau kami bekerjasama. 359 00:22:17,958 --> 00:22:19,749 - Awak patut bangga. - Panggil peguam. 360 00:22:19,750 --> 00:22:21,500 Beritahu dia, awak akan ditahan. 361 00:22:23,416 --> 00:22:24,416 Bukan malam ini. 362 00:22:25,083 --> 00:22:26,832 Awak nak bubarkan suruhanjaya 363 00:22:26,833 --> 00:22:29,582 dan perlahan-lahan jerut leher negara ini? 364 00:22:29,583 --> 00:22:30,665 Saya tak boleh halang. 365 00:22:30,666 --> 00:22:32,707 Nampaknya awak memang betul-betul buta. 366 00:22:32,708 --> 00:22:34,665 Tapi ini yang saya usulkan. 367 00:22:34,666 --> 00:22:38,332 Saya akan bersara selepas tempoh khidmat dan saya pastikan yang lain pun sama. 368 00:22:38,333 --> 00:22:41,124 Awak boleh salahkan Kidder, salahkan Lyndon untuk apa saja 369 00:22:41,125 --> 00:22:42,749 sebab dia takkan muncul balik. 370 00:22:42,750 --> 00:22:43,958 Cerita sini habis sini. 371 00:22:44,625 --> 00:22:48,207 - Orang jahat kena dihukum, habis cerita. - Saya bukan berunding. 372 00:22:48,208 --> 00:22:49,125 Bukan? 373 00:22:52,416 --> 00:22:55,416 Sebab, walau macam mana pun, 374 00:22:56,166 --> 00:22:58,750 awak akan musnahkan anak awak sendiri. 375 00:23:00,416 --> 00:23:01,541 Macam awak kata, George, 376 00:23:02,125 --> 00:23:04,207 pengkhianatan jenayah besar di negara ini. 377 00:23:04,208 --> 00:23:06,625 Awak sanggup aniaya anak awak sendiri? 378 00:23:07,708 --> 00:23:09,750 Isteri awak sanggup terima? 379 00:24:03,500 --> 00:24:07,165 Bersama kita sekarang, jurucakap suruhanjaya, Melissa Kornblau. 380 00:24:07,166 --> 00:24:08,707 Terima kasih atas jemputan. 381 00:24:08,708 --> 00:24:13,040 Seperti yang dilihat daripada kepantasan negara pulih setelah serangan kedua, 382 00:24:13,041 --> 00:24:14,540 warga Amerika kini boleh yakin 383 00:24:14,541 --> 00:24:17,457 perisian hasad Zero Day kini tidak berbahaya lagi. 384 00:24:17,458 --> 00:24:20,832 Mantan Presiden Mullen bakal membentang keputusan akhir suruhanjaya 385 00:24:20,833 --> 00:24:21,874 pada hari esok, 386 00:24:21,875 --> 00:24:25,207 sekali gus mengumumkan langkah yang diambil bagi memastikan 387 00:24:25,208 --> 00:24:27,249 keselamatan siber negara di masa depan, 388 00:24:27,250 --> 00:24:30,250 {\an8}serta penemuan kami berkenaan pihak yang bertanggungjawab. 389 00:24:31,458 --> 00:24:33,500 Pagi, tuan. Tadi ada panggilan. 390 00:24:34,041 --> 00:24:37,625 Presiden Mitchell akan melawat kawasan terjejas di bandar hari ini. 391 00:24:38,291 --> 00:24:40,999 Katanya dia nak singgah jumpa tuan. 392 00:24:41,000 --> 00:24:43,165 - Di sini? Di rumah? - Ya. Dalam pukul 11. 393 00:24:43,166 --> 00:24:44,541 Bukan dia saja nak datang. 394 00:24:45,416 --> 00:24:47,500 Alex kata nak jumpa saya nanti. 395 00:24:52,750 --> 00:24:53,832 Apa awak akan cakap? 396 00:24:53,833 --> 00:24:55,790 Macam awak kata. Saya sayang dia. 397 00:24:55,791 --> 00:24:57,957 Maksud saya, tentang esok. 398 00:24:57,958 --> 00:25:01,416 Saya akan kata awak dah beberapa hari tak tidur dan tak makan. 399 00:25:08,500 --> 00:25:12,291 George, walau apa pun kesalahan dia, itu anak yang kita besarkan. 400 00:25:13,166 --> 00:25:15,541 Kita kena bertanggungjawab untuk itu. 401 00:25:19,291 --> 00:25:22,208 Saya tak nak hilang seorang lagi anak. 402 00:25:51,875 --> 00:25:52,708 Puan Presiden. 403 00:25:56,583 --> 00:25:58,791 Rasa macam dah masuk alam barzakh. 404 00:25:59,333 --> 00:26:00,290 Ya. 405 00:26:00,291 --> 00:26:01,541 Sila duduk sana. 406 00:26:03,500 --> 00:26:05,750 Maaf kalau saya ganggu awak di sini. 407 00:26:06,250 --> 00:26:10,208 Kalau cakap di pejabat, sesiapa pun takkan rasa tenang. 408 00:26:11,833 --> 00:26:14,583 Baik awak mahupun saya. 409 00:26:16,208 --> 00:26:18,208 Kenapa tak beritahu saya sejak awal? 410 00:26:19,500 --> 00:26:20,333 Awak tahulah. 411 00:26:21,041 --> 00:26:23,500 Apabila mahu menyampaikan maklumat, 412 00:26:24,000 --> 00:26:25,833 orang kita syak, benda yang kita tahu, 413 00:26:26,416 --> 00:26:30,040 bukti yang kita ada, semuanya saling bercanggah, 414 00:26:30,041 --> 00:26:32,415 tapi akhirnya semua itu tak berguna 415 00:26:32,416 --> 00:26:35,582 kalau si pendengar enggan percaya apa-apa. 416 00:26:35,583 --> 00:26:38,457 Awak rasa apa yang rakyat Amerika mahu dengar? 417 00:26:38,458 --> 00:26:40,083 Itu persoalannya sekarang. 418 00:26:41,875 --> 00:26:47,000 Saya dengar laporan suruhanjaya masih dalam proses untuk disiapkan. 419 00:26:47,958 --> 00:26:51,208 Saya pasti awak tentu rasa amat berbelah bahagi. 420 00:26:52,125 --> 00:26:55,499 Sebab itu awak datang? Untuk pastikan saya tak pilih kasih? 421 00:26:55,500 --> 00:26:58,041 Sebenarnya, saya datang nak minta maaf. 422 00:26:59,166 --> 00:27:00,957 Ya, saya ada rahsiakan maklumat, 423 00:27:00,958 --> 00:27:05,291 tapi saya tak sangka keluarga awak sendiri yang terlibat. 424 00:27:07,583 --> 00:27:10,624 Orang percaya awak untuk lakukan perkara yang betul, 425 00:27:10,625 --> 00:27:15,166 Apa saja yang awak umumkan, itulah yang akan dipegang rakyat. 426 00:27:16,166 --> 00:27:17,540 Kebenaran tetap kebenaran. 427 00:27:17,541 --> 00:27:18,458 Mungkin. 428 00:27:22,291 --> 00:27:24,374 Kali terakhir awak cakap depan Kongres 429 00:27:24,375 --> 00:27:27,000 adalah untuk mengumumkan awak tak nak bertanding lagi. 430 00:27:27,708 --> 00:27:29,415 Saya ada dengar khabar angin 431 00:27:29,416 --> 00:27:32,583 mengatakan ia bukan semata-mata kerana kematian anak awak. 432 00:27:33,791 --> 00:27:34,833 Tapi hubungan sulit. 433 00:27:36,291 --> 00:27:40,582 Awak bertindak mengikut nafsu, dengan ketua staf awak sendiri, 434 00:27:40,583 --> 00:27:43,166 kemudian awak bohong dengan rakyat Amerika, 435 00:27:43,958 --> 00:27:45,500 tapi saya tak pernah percaya. 436 00:27:46,375 --> 00:27:47,500 Tidak sesaat pun. 437 00:27:50,000 --> 00:27:52,541 Tapi kemudian saya terfikir, 438 00:27:53,125 --> 00:27:56,000 mungkin ia bukan sekadar sebab hubungan sulit. 439 00:27:57,208 --> 00:28:00,833 Mungkin awak berdiam diri bukan sebab nak selamatkan diri awak, 440 00:28:02,750 --> 00:28:05,416 tapi demi seseorang yang tak bersalah 441 00:28:06,500 --> 00:28:08,541 dan tak patut dihukum akibat ini. 442 00:28:10,416 --> 00:28:12,208 Yang itu, baru saya percaya 443 00:28:13,333 --> 00:28:14,625 sebab kebenaran 444 00:28:16,083 --> 00:28:17,250 tetap kebenaran, 445 00:28:18,041 --> 00:28:20,500 tapi tak semestinya ia perlu diumumkan. 446 00:28:26,458 --> 00:28:29,457 Awak ada cakap sesuatu yang saya tak lupa sampai sekarang. 447 00:28:29,458 --> 00:28:33,332 Awak kata, tugas kita adalah mentadbir negara seadanya, 448 00:28:33,333 --> 00:28:35,375 bukan mengikut fikiran kita. 449 00:28:36,041 --> 00:28:39,957 Kalau rakyat dapat tahu rupanya kita ada musuh dalam selimut 450 00:28:39,958 --> 00:28:41,583 pada masa-masa begini, 451 00:28:42,541 --> 00:28:44,375 rasanya kita takkan selamat. 452 00:28:45,750 --> 00:28:48,750 Kita bertanggungjawab melindungi rakyat Amerika. 453 00:28:49,250 --> 00:28:52,916 Mungkin kita patut pendam rahsia ini demi ketenangan hidup mereka. 454 00:28:55,083 --> 00:28:57,832 Jadi, jangan dedahkan mereka. Salahkan Kidder seorang. 455 00:28:57,833 --> 00:29:00,249 Awak tak kisah kalau rakyat tak tahu itu? 456 00:29:00,250 --> 00:29:04,624 Orang Dreyer sudah beritahu wartawan Dreyer akan bersara 457 00:29:04,625 --> 00:29:06,958 sementara masih dihormati. 458 00:29:08,125 --> 00:29:10,457 Saya nak bertanding lagi, tak macam awak, 459 00:29:10,458 --> 00:29:13,332 dan sekarang kemenangan saya boleh dikatakan terjamin. 460 00:29:13,333 --> 00:29:16,082 Lebih banyak kebaikan daripada keburukan. 461 00:29:16,083 --> 00:29:18,833 Saya masih boleh belajar daripada kesilapan. 462 00:29:19,625 --> 00:29:22,583 Itu kebenaran yang terpenting bagi saya. 463 00:29:26,458 --> 00:29:27,666 Empat tahun lagi. 464 00:29:30,416 --> 00:29:33,791 Saya janji, ada banyak masa untuk hukum yang terlibat. 465 00:32:10,583 --> 00:32:11,583 Terima kasih. 466 00:32:12,166 --> 00:32:13,208 Tuan Speaker. 467 00:32:14,291 --> 00:32:15,166 Cik Whitesell. 468 00:32:19,791 --> 00:32:22,166 Buat susah-susah saja awak hantar sampai ke sini. 469 00:32:26,625 --> 00:32:29,582 "Laporan tentang siasatan serangan siber Hari Sifar 470 00:32:29,583 --> 00:32:31,625 ke atas Amerika Syarikat." 471 00:32:33,166 --> 00:32:34,666 - Takut pula. - Bacalah. 472 00:32:35,583 --> 00:32:36,458 Perlahan-lahan. 473 00:33:02,500 --> 00:33:04,250 Bos awak bijak orangnya. 474 00:33:05,375 --> 00:33:06,833 Dari dulu saya kagum dengan dia. 475 00:33:08,583 --> 00:33:12,082 Pasukan Mitchell mencadangkan wakil dua-dua parti membentangkannya. 476 00:33:12,083 --> 00:33:15,125 Agar rakyat seluruh negara dapat tengok 477 00:33:15,666 --> 00:33:17,500 persepakatan kedua-dua parti demi negara. 478 00:33:20,000 --> 00:33:20,916 Saya setuju. 479 00:33:25,500 --> 00:33:27,999 Mantan Presiden Mullen dijangka akan singgah di sini 480 00:33:28,000 --> 00:33:30,499 bagi berterima kasih kepada petugas suruhanjaya. 481 00:33:30,500 --> 00:33:32,374 Beliau kemudian dijangka ke Washington. 482 00:33:32,375 --> 00:33:35,332 Sumber Capitol Hill yang melihat laporan itu terlebih awal 483 00:33:35,333 --> 00:33:38,999 mengesahkan Monica Kidder dinamakan sebagai dalang serangan itu. 484 00:33:39,000 --> 00:33:42,290 Mullen juga dijangka mengusul langkah keselamatan siber tambahan 485 00:33:42,291 --> 00:33:43,583 bagi pertimbangan Kongres. 486 00:34:01,458 --> 00:34:02,541 Selamat pagi, tuan. 487 00:34:31,041 --> 00:34:35,666 Lebih sebulan lepas, anda menyahut panggilan untuk bertugas. 488 00:34:36,291 --> 00:34:38,833 Minggu lepas, dalam beberapa jam saja, 489 00:34:39,416 --> 00:34:43,708 anda selamatkan kami dari bencana, selamatkan jumlah nyawa tak terkira. 490 00:34:44,500 --> 00:34:46,332 Negara ini, dan saya sendiri, 491 00:34:46,333 --> 00:34:49,250 terhutang budi yang amat sangat dengan anda semua. 492 00:34:50,208 --> 00:34:53,125 Terima kasih. 493 00:35:11,416 --> 00:35:12,250 Carl. 494 00:35:12,375 --> 00:35:15,083 - Tuan Presiden. - Awak macam mana? 495 00:35:15,958 --> 00:35:17,249 - Sihat saja. - Bagus. 496 00:35:17,250 --> 00:35:18,958 Saya ada tambah nota catatan. 497 00:35:19,541 --> 00:35:20,749 Tuan, saya mahu tanya. 498 00:35:20,750 --> 00:35:23,958 Saya difahamkan siasatan ini menemui keputusan tak disangka. 499 00:35:24,625 --> 00:35:26,291 Tapi ini yang kita akan umumkan. 500 00:35:30,916 --> 00:35:31,750 Okey. 501 00:35:33,333 --> 00:35:35,375 - Gembira dapat berkhidmat, tuan. - Sama. 502 00:35:43,250 --> 00:35:45,375 - Makmal dah periksa sepanjang malam. - Dan? 503 00:35:46,375 --> 00:35:48,791 Serpihan dengan asal tidak diketahui. 504 00:35:49,583 --> 00:35:52,415 Mungkin peranti elektronik yang dipasang di bekas makanan. 505 00:35:52,416 --> 00:35:56,666 Mungkin serpihan yang tak sengaja tercicir semasa dikilangkan. 506 00:35:59,500 --> 00:36:01,833 Segala stres, segala tekanan, 507 00:36:02,333 --> 00:36:03,416 melanda serentak. 508 00:36:04,916 --> 00:36:07,916 Kena kerja balik di Rumah Putih, tempat Nick meninggal. 509 00:36:08,750 --> 00:36:10,916 Doktor kata mungkin itu sebabnya. 510 00:36:12,333 --> 00:36:13,749 Senjata rahsia paling sulit 511 00:36:13,750 --> 00:36:17,500 atau mungkin... orang tua yang dah tak larat hidup. 512 00:36:20,500 --> 00:36:21,500 Apa bezanya? 513 00:36:22,791 --> 00:36:23,625 Itulah. 514 00:36:25,166 --> 00:36:27,583 Lily pula? 515 00:36:29,958 --> 00:36:32,125 Saya dah beritahu perkara sebenar. 516 00:36:33,250 --> 00:36:35,833 Selepas ini, terpulanglah kepada dia. 517 00:36:36,541 --> 00:36:37,375 Ya. 518 00:36:40,166 --> 00:36:41,958 - Awak pasti? - Ya. 519 00:36:43,250 --> 00:36:44,375 Saya akan tengok. 520 00:37:49,000 --> 00:37:50,540 - Tuan Presiden. - Dia ada? 521 00:37:50,541 --> 00:37:53,208 Dia keluar setengah jam lalu. Entah ke mana. 522 00:37:54,000 --> 00:37:55,540 Tapi dia minta saya berikan ini. 523 00:37:55,541 --> 00:37:56,874 {\an8}AYAH 524 00:37:56,875 --> 00:37:59,583 Terima kasih. Lama tak jumpa. 525 00:38:00,083 --> 00:38:02,458 - Tommy. Puan, lama tak jumpa. - Boleh kita cakap? 526 00:38:03,041 --> 00:38:05,291 Jumpa di dalam. Apa khabar, Bob? 527 00:38:06,583 --> 00:38:07,416 Dia dah lari. 528 00:38:08,333 --> 00:38:09,166 Alex. 529 00:38:11,000 --> 00:38:13,375 Dia tak sanggup tengok ayah dia menipu untuk dia. 530 00:38:13,916 --> 00:38:16,665 Seperti yang dilihat, dewan kini hampir penuh. 531 00:38:16,666 --> 00:38:18,915 Ahli-ahli Dewan, Senat, 532 00:38:18,916 --> 00:38:20,832 dan saya percaya, Setiausaha Pertahanan 533 00:38:20,833 --> 00:38:22,250 yang kini mengambil tempat 534 00:38:22,833 --> 00:38:25,124 sambil kita menanti mantan Presiden George Mullen 535 00:38:25,125 --> 00:38:29,290 menyimpulkan satu tempoh yang sukar sepanjang sejarah negara ini. 536 00:38:29,291 --> 00:38:30,707 - Tuan Speaker. - Kita mula. 537 00:38:30,708 --> 00:38:35,000 Mantan Presiden Amerika Syarikat, George Mullen. 538 00:39:16,583 --> 00:39:19,832 Tuan Speaker, Tuan Naib Presiden, Ketua Hakim Negara, 539 00:39:19,833 --> 00:39:23,041 anggota Kongres dan Kabinet Amerika Syarikat, 540 00:39:23,666 --> 00:39:24,875 rakyat Amerika sekalian. 541 00:39:26,125 --> 00:39:28,583 Tempoh hari, negara kita telah diserang, 542 00:39:29,208 --> 00:39:32,583 bukan dengan bom atau pesawat, tetapi dengan kod komputer, 543 00:39:33,250 --> 00:39:36,833 perang jenis baharu, yang menggerunkan dan membinasakan. 544 00:39:37,833 --> 00:39:39,874 Dalangnya tidak setia kepada satu negara, 545 00:39:39,875 --> 00:39:43,083 tidak membuat tuntutan dan tidak mengaku bertanggungjawab. 546 00:39:43,750 --> 00:39:46,041 Mereka bersembunyi seperti pengecut. 547 00:39:47,208 --> 00:39:51,250 Namun, seperti biasa, negara ini bangkit menghadapinya. 548 00:39:55,250 --> 00:39:57,250 Anda, rakyat semua, menggembleng tenaga 549 00:39:57,833 --> 00:40:01,665 dan Kongres bertindak segera bagi meluluskan satu badan khusus, 550 00:40:01,666 --> 00:40:03,083 Suruhanjaya Hari Sifar 551 00:40:03,750 --> 00:40:06,625 yang ditugaskan untuk memburu dalangnya. 552 00:40:12,250 --> 00:40:16,416 Malam ini, saya berdiri di sini untuk mengumumkan hasil siasatannya. 553 00:40:25,333 --> 00:40:28,291 PEMBUNUHAN ADA ORANG KENA MARAH 554 00:40:32,208 --> 00:40:33,875 SIAPA BUNUH BAMBI? 555 00:40:47,500 --> 00:40:49,208 Menurut kesimpulan kami, 556 00:40:50,583 --> 00:40:52,499 senjata siber yang diguna pada Hari Sifar 557 00:40:52,500 --> 00:40:55,875 pada asalnya dicipta oleh Agensi Keselamatan Negara kita. 558 00:40:56,625 --> 00:40:57,540 Awal minggu ini, 559 00:40:57,541 --> 00:41:01,290 saya dan pasukan memberi laporan akhir pada Presiden Mitchell dan Speaker Dreyer 560 00:41:01,291 --> 00:41:05,624 dengan membentangkan segala bahan yang membuktikan penemuan kami. 561 00:41:05,625 --> 00:41:10,750 Bukti yang turut menggaris peranan yang dimainkan Monica Kidder dan Robert Lyndon. 562 00:41:24,833 --> 00:41:27,958 JENAYAH TERHEBAT ABAD INI SIAPA BUNUH BAMBI? 563 00:41:32,333 --> 00:41:33,708 George, awak okey? 564 00:41:34,458 --> 00:41:37,750 Itu... Itulah faktanya. 565 00:41:44,166 --> 00:41:46,333 Itulah faktanya, tapi bukan kebenarannya. 566 00:41:50,833 --> 00:41:51,708 Aneh juga. 567 00:41:55,583 --> 00:41:56,916 Kalau kita hilang seseorang... 568 00:42:06,333 --> 00:42:08,791 Seseorang yang kita sayang, yang penting bagi kita. 569 00:42:12,291 --> 00:42:15,041 Mereka tidak pergi selamanya. Mereka masih ada. 570 00:42:15,791 --> 00:42:17,458 Mereka tak biar kita lupakan mereka. 571 00:42:18,291 --> 00:42:19,375 Apa yang menghairankan? 572 00:42:19,875 --> 00:42:21,333 Kebenaran juga begitu. 573 00:42:21,916 --> 00:42:25,540 Kebenaran susah dicari, lebih sukar dihadapi, 574 00:42:25,541 --> 00:42:27,999 namun berbaloi untuk diperjuangkan. 575 00:42:28,000 --> 00:42:30,083 Hakikatnya, malam ini, 576 00:42:32,250 --> 00:42:34,874 orang-orang terpenting dalam negara 577 00:42:34,875 --> 00:42:36,375 telah memperlekehkan kebenaran. 578 00:42:37,000 --> 00:42:40,290 Mereka cuma lihat kemelut dan perpecahan. 579 00:42:40,291 --> 00:42:43,666 Mereka telan segala penipuan kotor secara mentah-mentah. 580 00:42:44,375 --> 00:42:46,207 Mereka meyakinkan diri mereka 581 00:42:46,208 --> 00:42:48,957 mereka boleh membaikinya dengan menakutkan anda 582 00:42:48,958 --> 00:42:50,540 agar anda serahkan kebebasan. 583 00:42:50,541 --> 00:42:54,833 Mereka sangka, jika ada lebih kuasa, mereka boleh hapuskan masalah untuk kita. 584 00:42:55,916 --> 00:42:58,332 Itulah harapan anak saya sendiri. 585 00:42:58,333 --> 00:43:00,500 Dia tinggalkan ini untuk saya. 586 00:43:01,250 --> 00:43:03,583 Ini... Saya pasti ini benar. 587 00:43:08,041 --> 00:43:11,457 "Penghormatan terbesar hidup saya adalah apabila rakyat kawasan saya 588 00:43:11,458 --> 00:43:15,083 memilih saya sebagai wakil rakyat dalam Kongres Amerika Syarikat." 589 00:43:16,541 --> 00:43:19,541 "Penyesalan terbesar hidup saya adalah apabila saya menyalah guna 590 00:43:20,125 --> 00:43:21,916 kepercayaan yang diamanah kepada saya." 591 00:43:22,416 --> 00:43:25,791 "Saya mengingkari sumpah saya dan saya telah tersesat." 592 00:43:26,708 --> 00:43:31,249 "Kini saya sedar, cara untuk mendiamkan suara-suara sumbang dalam negara ini 593 00:43:31,250 --> 00:43:33,541 bukannya mencampak mereka dalam penjara." 594 00:43:34,125 --> 00:43:36,041 "Cuma jangan dengar mereka." 595 00:43:38,000 --> 00:43:42,333 "Masalah kita cuma boleh selesai jika kita fikir kebaikan bersama." 596 00:43:43,833 --> 00:43:44,916 "Bukan untuk menang." 597 00:43:46,125 --> 00:43:49,000 "Kita boleh maju jika boleh menerima kebenaran pahit." 598 00:43:50,041 --> 00:43:51,416 "Bukan menyembunyikan diri." 599 00:43:53,125 --> 00:43:54,958 "Oleh itu, saya takkan bersembunyi." 600 00:43:55,916 --> 00:43:57,750 "Saya akan serah diri 601 00:43:58,458 --> 00:43:59,666 dan menghadapi keadilan." 602 00:44:13,000 --> 00:44:16,708 Serangan Hari Sifar sebenarnya konspirasi dikepalai Speaker Dewan Richard Dreyer. 603 00:44:21,583 --> 00:44:25,500 Ahli kedua-dua parti turut bersubahat dengan dia dalam konspirasi ini. 604 00:44:27,416 --> 00:44:30,875 Antaranya, Ahli Kongres Jerry Benson. 605 00:44:32,750 --> 00:44:35,125 Ahli Kongres Barbara Rollins. 606 00:44:36,583 --> 00:44:38,500 Senator Max Trillin. 607 00:44:40,125 --> 00:44:42,125 Senator Pat Bishop. 608 00:44:43,750 --> 00:44:46,125 Serta Ahli Kongres Alexandra Mullen. 609 00:44:48,333 --> 00:44:49,999 Namun bukan mereka saja. 610 00:44:50,000 --> 00:44:53,832 Sudah pasti ada rakan subahat lain dari dalam dan luar pentadbiran ini. 611 00:44:53,833 --> 00:44:55,415 Kita mesti cari mereka. 612 00:44:55,416 --> 00:44:58,875 Suruhanjaya Hari Sifar dibubar malam ini, tapi kerja kita masih banyak. 613 00:44:59,375 --> 00:45:03,499 Saya berharap Presiden Mitchell akan mempergunakan kuasa perlembagaan 614 00:45:03,500 --> 00:45:07,207 untuk mengheret musuh-musuh negara ini ke muka pengadilan, 615 00:45:07,208 --> 00:45:08,708 tidak kira siapa mereka. 616 00:45:09,250 --> 00:45:12,457 Semoga Tuhan melindungi orang yang akan mengambil alih tugasan ini 617 00:45:12,458 --> 00:45:15,457 dan semoga Dia memberkati Amerika Syarikat. 618 00:45:15,458 --> 00:45:18,332 Kau memang bangsat licik. Harap kau dah puas hati. 619 00:45:18,333 --> 00:45:20,249 Kau dah hancurkan negara. 620 00:45:20,250 --> 00:45:23,833 Setiap kali kita ambil langkah yang betul, kita akan selamatkannya. 621 00:45:31,875 --> 00:45:35,499 Mullen mengumumkan sesuatu yang amat menggemparkan negara, 622 00:45:35,500 --> 00:45:37,665 yang menghancurkan segala keyakinan kita... 623 00:45:37,666 --> 00:45:41,165 Kami kini mendapat laporan Ahli Kongres Alexandra Mullen 624 00:45:41,166 --> 00:45:43,249 {\an8}mungkin telah ditahan. 625 00:45:43,250 --> 00:45:46,624 Sumber FBI menyatakan pengarahnya bakal menubuhkan pasukan petugas 626 00:45:46,625 --> 00:45:48,790 bagi menyiasat Speaker Dreyer 627 00:45:48,791 --> 00:45:52,333 serta ahli-ahli Kongres lain yang terlibat dalam konspirasi ini. 628 00:45:53,791 --> 00:45:57,207 Negara kini berhadapan dengan tugas yang maha sukar 629 00:45:57,208 --> 00:46:01,207 untuk berdepan musuh negara dan mengheret mereka ke muka keadilan. 630 00:46:01,208 --> 00:46:04,540 Sesuatu yang tidak disangka sama sekali, Mullen tidak ketepikan sesiapa, 631 00:46:04,541 --> 00:46:08,000 bahkan anaknya sendiri, dalam laporan siasatannya... 632 00:46:53,416 --> 00:46:55,666 {\an8}BIOGRAFI TANPA TAJUK OLEH GEORGE MULLEN 633 00:51:15,375 --> 00:51:17,291 Terjemahan sari kata oleh Hazim Noh