1 00:00:08,426 --> 00:00:09,635 Webster 9-1-1. 2 00:00:09,719 --> 00:00:13,014 Ada seseorang masuk dan kata dia diculik. 3 00:00:13,931 --> 00:00:16,350 Dia melompat keluar dari kenderaan. 4 00:00:16,434 --> 00:00:17,560 Okey. 5 00:00:17,643 --> 00:00:19,228 Dia berdarah. 6 00:00:20,855 --> 00:00:22,732 Dia di tempat letak kereta? 7 00:00:22,815 --> 00:00:24,609 Dia di tempat letak kereta. 8 00:00:25,485 --> 00:00:29,363 Medic One berpusat di Webster. Kamu perlu pergi ke Waffle House. 9 00:00:31,741 --> 00:00:35,870 Pada Mei 1997, ada seorang gadis diculik. 10 00:00:36,454 --> 00:00:38,081 Dia dalam trak penculiknya. 11 00:00:38,164 --> 00:00:42,877 Mereka menuju ke utara di Lebuh Raya 45 menuju ke Houston. 12 00:00:43,377 --> 00:00:47,006 Dia berjaya buka pintu dan melompat keluar di lebuh raya. 13 00:00:50,927 --> 00:00:52,929 Dia bercalar seluruh badan. 14 00:00:54,138 --> 00:00:55,807 Dia berdarah. 15 00:00:55,890 --> 00:00:58,810 Rupa-rupanya nama wanita itu ialah Sandra Sapaugh. 16 00:01:00,520 --> 00:01:03,981 Saya cuma fikir dia akan bunuh saya. 17 00:01:04,065 --> 00:01:08,778 Saya lebih rela lompat dan bunuh diri daripada biarkan dia cederakan saya. 18 00:01:08,861 --> 00:01:10,655 Jadi, saya terjun. 19 00:01:13,199 --> 00:01:16,327 Dia cedera parah, tapi dia selamat. 20 00:01:16,953 --> 00:01:18,788 Dia pergi ke balai polis. 21 00:01:18,871 --> 00:01:20,873 Tak ingat nombor plat trak itu, 22 00:01:20,957 --> 00:01:24,168 tapi dia jelaskan tentang rupa dalaman trak. 23 00:01:24,252 --> 00:01:28,965 Dia juga menggambarkan lelaki yang menculiknya. 24 00:01:29,549 --> 00:01:34,262 Rambut semakin nipis, geleberan di bawah mata, 25 00:01:34,345 --> 00:01:35,721 topi koboi hitam. 26 00:01:36,973 --> 00:01:37,974 Itu dia. 27 00:01:43,688 --> 00:01:46,983 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 28 00:02:06,335 --> 00:02:10,882 Apa yang bagusnya dengan kes wanita yang dapat keluar dari trak ialah 29 00:02:10,965 --> 00:02:12,466 dia boleh kenal pasti dia. 30 00:02:12,550 --> 00:02:16,888 Ada saksi untuk tunjuk dan kata, "Inilah penculik saya," 31 00:02:16,971 --> 00:02:18,848 ia satu kejayaan besar. 32 00:02:19,974 --> 00:02:22,810 Lelaki itu dipercayai memandu trak pikap. 33 00:02:22,894 --> 00:02:26,814 Dia berkulit putih, pertengahan 30-an, berbadan sederhana. 34 00:02:27,732 --> 00:02:29,275 Bagaimana nak tangkap dia? 35 00:02:29,984 --> 00:02:32,737 Awak boleh keluar dari Lebuh Raya 45, 36 00:02:33,321 --> 00:02:34,363 pada waktu malam, 37 00:02:35,114 --> 00:02:37,700 buka pintu belakang, buang mayat. 38 00:02:38,576 --> 00:02:42,371 Air menutup bukti fizikal awak. Kemudian awak lesap. 39 00:02:46,709 --> 00:02:49,212 Laura Smither dan mangsa-mangsa lain, 40 00:02:49,295 --> 00:02:54,467 semuanya berlaku di koridor yang sama, sepanjang I-45. 41 00:02:58,721 --> 00:03:01,265 Beberapa hari selepas Laura mula hilang, 42 00:03:01,349 --> 00:03:06,729 Jabatan Polis di koridor I-45 mula membandingkan nota. 43 00:03:06,812 --> 00:03:08,606 Mereka mula bekerjasama. 44 00:03:09,440 --> 00:03:15,738 Satu daerah buat kajian penjenayah seks yang tinggal di kawasan ini, 45 00:03:15,821 --> 00:03:18,491 dan jumlahnya 2,100 orang. 46 00:03:20,243 --> 00:03:23,204 Pada hujung September, seorang polis yang saya kenal, 47 00:03:23,287 --> 00:03:27,541 Sue Dietrich, pergi berjumpa ketua polis Friendswood. 48 00:03:27,625 --> 00:03:32,797 Dia mula bercakap tentang suspek dalam kes Laura Smither. 49 00:03:32,880 --> 00:03:39,387 Saya sedar ia maklumat yang sama, diberikan oleh Sandra. 50 00:03:40,763 --> 00:03:42,598 Lelaki itu padan dengan gambaran. 51 00:03:46,018 --> 00:03:49,313 16 OKTOBER 1997 52 00:03:54,819 --> 00:03:56,946 Nombor empat, berdiri di bulatan merah. 53 00:03:58,447 --> 00:04:00,992 Mereka bawa dia ke barisan pengecaman. 54 00:04:01,075 --> 00:04:04,745 Sandra terus memandangnya dari saat dia masuk. 55 00:04:05,663 --> 00:04:08,082 Ulang kata-kata saya dengan kuat. 56 00:04:08,165 --> 00:04:09,417 "Jangan menjerit." 57 00:04:10,584 --> 00:04:11,711 Jangan menjerit. 58 00:04:14,046 --> 00:04:15,339 "Masuk ke dalam trak." 59 00:04:15,840 --> 00:04:17,049 Masuk ke dalam trak. 60 00:04:23,264 --> 00:04:24,849 "Aku akan bunuh kau, perempuan." 61 00:04:24,932 --> 00:04:26,726 Aku akan bunuh kau, perempuan. 62 00:04:28,894 --> 00:04:31,981 Dia kata nombor empat, itu dia. 63 00:04:33,733 --> 00:04:35,276 Orang itu, Bill Reece. 64 00:04:41,866 --> 00:04:44,243 Mereka dapat waran geledah rumah. 65 00:04:45,453 --> 00:04:46,662 dan traknya. 66 00:04:47,872 --> 00:04:53,377 Mereka juga jumpa topi koboi hitam yang Sandra cakap. 67 00:04:54,587 --> 00:04:57,757 Mereka dapat tangkap Reece atas penculikannya. 68 00:05:01,135 --> 00:05:03,804 William Reece bekerja dalam bidang pembinaan 69 00:05:03,888 --> 00:05:07,892 semasa Laura Smither dan wanita lain hilang. 70 00:05:09,435 --> 00:05:14,482 Dia pesalah seks di Oklahoma yang baru dibebaskan dari penjara 71 00:05:14,565 --> 00:05:19,070 setelah dihukum atas dua kesalahan serangan seksual. 72 00:05:19,737 --> 00:05:23,032 William Reece datang ke Houston untuk bekerja. 73 00:05:23,616 --> 00:05:26,369 Pada 1997, ada satu kawasan perumahan baru 74 00:05:26,452 --> 00:05:29,663 yang dibangunkan berhampiran kediaman Laura Smither. 75 00:05:29,747 --> 00:05:33,959 William Reece pula bekerja di syarikat pembinaan perumahan baru itu. 76 00:05:35,169 --> 00:05:37,671 Rupa-rupanya pada pukul sembilan, 77 00:05:39,048 --> 00:05:41,634 semasa Laura mula berjoging, 78 00:05:42,426 --> 00:05:44,845 Bill Reece disuruh pulang 79 00:05:44,929 --> 00:05:48,641 oleh mandur pada hari itu kerana hujan akan turun. 80 00:05:49,517 --> 00:05:51,811 Kita tak tahu cara dia pujuk Laura masuk ke trak. 81 00:05:51,894 --> 00:05:54,313 Kami tak tahu jika dia guna senjata. 82 00:05:54,397 --> 00:05:57,817 Kami tak tahu jika dia tipu Laura. 83 00:05:58,651 --> 00:06:00,820 Tapi Laura tak dilihat selepas itu. 84 00:06:02,446 --> 00:06:04,448 Semasa baru hilang, 85 00:06:04,949 --> 00:06:10,079 William Lewis Reece ditemu bual lebih awal dan menontonnya. 86 00:06:12,206 --> 00:06:15,000 Ketika itulah Sandra Sapaugh diculik. 87 00:06:16,001 --> 00:06:18,587 Saya tertanya-tanya ketika itu. 88 00:06:19,922 --> 00:06:23,008 Terutama apabila ia di jalan yang sama. 89 00:06:24,051 --> 00:06:25,302 Adakah dia terlibat? 90 00:06:27,805 --> 00:06:30,766 Semasa kami menyiasat William Reece pada 1997, 91 00:06:31,392 --> 00:06:35,938 kami perlu anggap dia mungkin suspek pembunuhan Jalan Calder. 92 00:06:37,648 --> 00:06:39,483 Jarang ada 93 00:06:39,567 --> 00:06:44,447 dua pembunuh bersiri dalam kawasan yang sama, 94 00:06:44,530 --> 00:06:46,323 dalam jarak beberapa tahun saja. 95 00:06:47,032 --> 00:06:53,998 Tapi ketika Heide Fye, Laura Miller dan Jane Doe ditemui, 96 00:06:55,499 --> 00:06:58,085 William Reece dipenjarakan di Oklahoma, 97 00:06:58,169 --> 00:07:00,629 jadi dia bukan pembunuhnya. 98 00:07:02,006 --> 00:07:04,175 Lelaki yang ditahan kerana menculik di Webster, 99 00:07:04,258 --> 00:07:05,801 kini suspek utama 100 00:07:05,885 --> 00:07:08,679 dalam pembunuhan Laura Smither dari Friendswood. 101 00:07:08,762 --> 00:07:10,347 Selain pembunuhan Smither, 102 00:07:10,431 --> 00:07:12,933 polis turut menyiasat jika Reece terlibat 103 00:07:13,017 --> 00:07:17,396 dengan kehilangan remaja tempatan lain, Jessica Adam dari Tiki Island. 104 00:07:21,817 --> 00:07:23,152 Pada mulanya, 105 00:07:24,236 --> 00:07:29,158 lakonan Reece benar-benar meyakinkan. 106 00:07:29,241 --> 00:07:32,244 Saya dah tengok pita itu. Dia sangat meyakinkan. 107 00:07:32,828 --> 00:07:35,080 Bunyinya teruk sebab mereka layan saya 108 00:07:35,164 --> 00:07:36,874 macam pembunuh bersiri. 109 00:07:36,957 --> 00:07:40,002 Saya tak bunuh dia. Tak pernah lihat dia pun. 110 00:07:40,836 --> 00:07:42,838 Saya tak pernah bersama gadis itu. 111 00:07:54,266 --> 00:07:57,102 Laura Smither ditemui mati. 112 00:07:57,686 --> 00:08:00,147 Tak banyak bukti dan 113 00:08:01,232 --> 00:08:04,109 Jessica Cain tak ditemui. 114 00:08:11,575 --> 00:08:16,288 Peguam daerah memilih untuk mendakwa dia menculik Sandra, bukan membunuh Laura, 115 00:08:16,830 --> 00:08:21,210 sebab dia rasa kami tak cukup bukti untuk kes pembunuhan, 116 00:08:21,293 --> 00:08:23,546 yang mengecewakan saya ketika itu 117 00:08:23,629 --> 00:08:26,423 kerana saya fikir kami ada banyak bukti. 118 00:08:27,174 --> 00:08:30,886 William Reece tak didakwa dalam kes Laura Smither yang belum diselesaikan, 119 00:08:30,970 --> 00:08:33,138 walaupun ibu bapanya sentiasa hadir 120 00:08:33,222 --> 00:08:34,974 dalam perbicaraan penculikan. 121 00:08:36,308 --> 00:08:40,813 Reece telah disabitkan bersalah kerana menculik Sandra Sapaugh 122 00:08:40,896 --> 00:08:43,649 dan dihukum 60 tahun. 123 00:08:54,994 --> 00:08:58,831 Saya menemu bual Reece semasa mula nak menulis buku. 124 00:09:00,583 --> 00:09:02,710 - Awak bunuh Laura Smither? - Tidak. 125 00:09:04,878 --> 00:09:07,089 Jadi awak tak nampak Laura hari itu? 126 00:09:07,172 --> 00:09:10,467 Walaupun ketika dia berjoging semasa awak lalu dengan trak? 127 00:09:10,551 --> 00:09:11,385 Tidak. 128 00:09:13,178 --> 00:09:14,972 Bagaimana dengan Jessica Cain? 129 00:09:15,973 --> 00:09:17,016 Siapa itu? 130 00:09:17,975 --> 00:09:20,686 Gadis yang hilang di I-45? 131 00:09:23,689 --> 00:09:26,692 - Kenapa awak fikir orang pandang awak? - Lantaklah. 132 00:09:28,485 --> 00:09:31,864 Saya ada segala-galanya untuk buktikan saya tak bersalah. 133 00:09:32,823 --> 00:09:36,285 Tiada apa-apa yang mengaitkan saya. 134 00:09:38,120 --> 00:09:41,165 Dia asyik menafikannya. 135 00:09:41,248 --> 00:09:43,334 Jadi, apa yang berlaku? 136 00:09:43,834 --> 00:09:45,336 Saya tak peduli. 137 00:09:47,755 --> 00:09:50,758 Saya keluar dari sana percaya, dia bunuh mereka berdua. 138 00:09:52,551 --> 00:09:56,513 Tapi saya tak ada apa-apa dalam rakaman saya yang membuktikannya. 139 00:10:04,897 --> 00:10:08,692 Sejak tahun 1983, Daerah Galveston merekodkan 140 00:10:08,776 --> 00:10:10,903 begitu banyak kehilangan misteri, 141 00:10:10,986 --> 00:10:14,448 semuanya melibatkan wanita muda, kebanyakannya remaja. 142 00:10:15,199 --> 00:10:18,285 Semuanya sama ada hilang atau mati. 143 00:10:18,911 --> 00:10:19,995 HILANG 144 00:10:20,079 --> 00:10:23,999 Polis takut mereka yang bertanggungjawab mungkin masih bebas. 145 00:10:30,506 --> 00:10:33,717 Bagaimana boleh ada penjahat ini dalam satu tempat? 146 00:10:44,937 --> 00:10:46,814 Saya tak tahu. Saya tak faham. 147 00:10:47,606 --> 00:10:48,565 Saya tak faham. 148 00:11:03,580 --> 00:11:07,376 Apabila masa berlalu dan tiada bukti, 149 00:11:07,459 --> 00:11:11,296 kes pembunuhan di Jalan Calder, tak dapat diselesaikan. 150 00:11:12,464 --> 00:11:16,927 Pada tahun 90-an, para detektif tak putus asa dengan Abel. 151 00:11:19,054 --> 00:11:22,182 Tapi tiada bukti menunjukkan Abel melakukan kesalahan. 152 00:11:24,101 --> 00:11:27,146 Pada satu ketika, Tim rasa Robert tidak bersalah. 153 00:11:28,313 --> 00:11:29,690 Tim Miller, 154 00:11:29,773 --> 00:11:33,944 orang yang paling benci Abel di seluruh bahagian Texas, 155 00:11:34,027 --> 00:11:36,196 orang yang mahu bunuh Abel, 156 00:11:36,280 --> 00:11:39,074 sedar dia dah melampau. 157 00:11:39,158 --> 00:11:41,869 Dia hubungi Abel dan berkata, "Maafkan saya." 158 00:11:43,287 --> 00:11:46,415 Saya berpeluang memeluk lehernya dan berkata, 159 00:11:46,498 --> 00:11:48,167 "Robert, maafkan saya." 160 00:11:49,293 --> 00:11:51,211 Kami menangis bersama-sama. 161 00:11:52,588 --> 00:11:54,840 Tapi ia tak cukup. Dah terlambat. 162 00:11:55,382 --> 00:11:58,469 Abel tahu dia akan dianggap sebagai pembunuh bersiri 163 00:11:58,552 --> 00:11:59,803 seumur hidupnya. 164 00:12:00,387 --> 00:12:03,807 Di League City, dia terus menjadi suspek sehingga dia mati. 165 00:12:06,226 --> 00:12:08,896 Dia pandu kereta golf di atas landasan. 166 00:12:10,147 --> 00:12:12,149 Tatkala kereta api sampai. 167 00:12:18,822 --> 00:12:22,659 Kita mungkin takkan tahu jika dia bunuh diri atau satu kemalangan. 168 00:12:23,869 --> 00:12:27,372 Dia musnahkan hidupnya sehingga dia tak tahan lagi. 169 00:12:27,456 --> 00:12:28,540 Dia tak tahan. 170 00:12:29,917 --> 00:12:32,252 Membazir masa dan sia-siakan kehidupan. 171 00:12:36,965 --> 00:12:38,926 Ada ramai mangsa di sini. 172 00:12:45,974 --> 00:12:50,354 POLIS MASIH MENCARI PETUNJUK PEMBUNUHAN 'PADANG BUNUH' 2004 173 00:13:07,329 --> 00:13:08,705 BU! 174 00:13:11,041 --> 00:13:14,962 - Clyde, jelaskan tentang hiasan awak. - Kami buat untuk anak-anak. 175 00:13:15,671 --> 00:13:18,966 Letak batu nisan kecil di sini. 176 00:13:19,049 --> 00:13:21,260 Beri mereka idea tentang kubur. 177 00:13:21,844 --> 00:13:22,928 Clyde Hedrick. 178 00:13:23,512 --> 00:13:29,142 Saya perhatikan dia saya sebaik saja mereka beritahu tentang Ellen Beason. 179 00:13:29,643 --> 00:13:33,397 Kemudian, Robert Abel dijadikan suspek pula. 180 00:13:35,315 --> 00:13:36,275 Membazir masa. 181 00:13:37,484 --> 00:13:42,573 Kemudian ia kembali kepada orang sama yang saya syaki pada awalnya. 182 00:13:51,248 --> 00:13:55,919 Selepas perbicaraan kerana mengusik mayat Ellen Beason, 183 00:13:57,170 --> 00:13:59,548 dia kembali melakukan jenayah. 184 00:14:04,553 --> 00:14:08,181 Clyde Hedrick, dia telah menjalani hukuman penjara di Florida. 185 00:14:09,391 --> 00:14:13,604 Fail Clyde Hedrick yang ada di pejabat pendakwa Daerah Galveston 186 00:14:13,687 --> 00:14:15,731 agak tebal. 187 00:14:16,481 --> 00:14:19,568 Dia dituduh oleh bekas isteri dan teman wanita, 188 00:14:19,651 --> 00:14:23,780 memukul mereka, mengambil kokain dan membakar. 189 00:14:36,668 --> 00:14:39,338 Clyde Hedrick arif tentang kawasan ini. 190 00:14:40,213 --> 00:14:46,303 Clyde bekerja untuk kontraktor di Calder. 191 00:14:46,845 --> 00:14:48,680 Kami dapat maklumat. 192 00:14:48,764 --> 00:14:53,060 Ini salah satu tempat Clyde akan buang bahan binaannya. 193 00:14:54,645 --> 00:14:56,438 Di sebelah mayat Laura, 194 00:14:56,521 --> 00:14:59,733 ada kerikil lama dan kayu reput 195 00:14:59,816 --> 00:15:03,320 yang dibawa keluar dari rumah orang. 196 00:15:05,906 --> 00:15:07,699 Itu kerjanya. 197 00:15:14,998 --> 00:15:19,336 Tim Miller hubungi saya dan detektif jabatan syerif, 198 00:15:19,419 --> 00:15:21,213 minta untuk berjumpa kami. 199 00:15:21,296 --> 00:15:24,925 Dia dan saya pergi ke pejabat Tim. Duduk dan Tim minta bantuan. 200 00:15:26,843 --> 00:15:28,971 Tim Miller syak 201 00:15:29,054 --> 00:15:32,474 Clyde Hedrick terlibat dalam pembunuhan anaknya. 202 00:15:33,684 --> 00:15:37,354 Selama bertahun-tahun, polis yang tahu tentang kes Ellen Beason 203 00:15:37,437 --> 00:15:41,441 sangat ragu-ragu dengan kenyataan yang diberikan oleh Clyde Hedrick. 204 00:15:41,525 --> 00:15:43,944 Dia sentiasa menjadi tumpuan dan dia selalu terfikir 205 00:15:44,027 --> 00:15:48,782 yang dia lebih terlibat dalam hal itu daripada yang kita boleh sabitkan. 206 00:15:49,491 --> 00:15:54,413 Saya dan beberapa penyiasat membentuk pasukan petugas. 207 00:15:55,247 --> 00:15:58,500 Kami fikir jika kami buka semula kes Ellen Beason, 208 00:15:59,251 --> 00:16:03,046 mungkin lebih banyak maklumat dan petunjuk diperoleh 209 00:16:03,130 --> 00:16:05,132 untuk kes yang belum selesai. 210 00:16:07,009 --> 00:16:09,845 Jika kami mahu sabitkan pembunuhnya, 211 00:16:11,013 --> 00:16:12,556 kami perlu ada bukti. 212 00:16:14,307 --> 00:16:19,354 Pada bulan Mac 2012, kami gali keluar mayat Ellen Beason, 213 00:16:20,147 --> 00:16:22,482 dan ia keputusan yang sangat sukar. 214 00:16:22,566 --> 00:16:26,194 Saya tak boleh bayangkan jika itu orang yang saya sayang. 215 00:16:29,239 --> 00:16:31,575 DAERAH GALVESTON. PEJABAT SYERIF 216 00:16:32,659 --> 00:16:35,287 Clyde, apa kata awak duduk di sini. 217 00:16:35,370 --> 00:16:37,914 Saya tak pernah jumpa minuman Dr. Pepper begini. 218 00:16:37,998 --> 00:16:42,961 Ya, ia terbuka kerana rahang saya cuma separuh akibat kanser. 219 00:16:45,130 --> 00:16:47,549 Saya Ted Tommy Hanson dari Pejabat Syerif Galveston, 220 00:16:47,632 --> 00:16:51,303 Ejen Rennison dari FBI dan awak Clyde Edwin Hedrick, bukan? 221 00:16:51,386 --> 00:16:52,220 - Ya. - Okey. 222 00:16:54,347 --> 00:16:57,142 Mari mulakan dengan Ellen Beason. 223 00:16:57,225 --> 00:16:58,351 Siapa itu? 224 00:16:59,311 --> 00:17:00,854 Semasa kita ke sini, 225 00:17:00,937 --> 00:17:03,982 saya kata bila kali terakhir awak bawa mayat? 226 00:17:04,066 --> 00:17:05,525 Awak ingat tak? 227 00:17:05,609 --> 00:17:07,611 - Itu dia? - Itu dia. 228 00:17:08,236 --> 00:17:10,363 Pada tahun 1985, ketika ia berlaku, 229 00:17:11,031 --> 00:17:14,242 pejabat pemeriksa perubatan tak ada peralatan seperti sekarang. 230 00:17:14,326 --> 00:17:15,535 Betul. 231 00:17:16,328 --> 00:17:17,871 Kami gali keluar mayatnya. 232 00:17:21,416 --> 00:17:27,422 Kami keluarkan mayatnya dan ada keretakan besar pada tengkoraknya. 233 00:17:27,506 --> 00:17:29,925 Bukan keretakan halus. 234 00:17:31,551 --> 00:17:36,389 Keretakan besar pada tengkorak yang pasti menyebabkan kematian. 235 00:17:39,893 --> 00:17:41,394 Mustahil. 236 00:17:41,478 --> 00:17:42,687 Tak mustahil. 237 00:17:43,563 --> 00:17:47,275 Kami minta ahli antropologi forensik untuk memeriksa mayatnya. 238 00:17:47,859 --> 00:17:50,237 Menurut pakar perubatan, 239 00:17:50,320 --> 00:17:54,324 ia hanya boleh dilakukan melalui homisid. 240 00:17:55,700 --> 00:17:58,703 Saya bukan nak siasat jika dia tengkoraknya retak. 241 00:17:58,787 --> 00:18:01,623 Saya nak siasat cara tengkoraknya retak. 242 00:18:01,706 --> 00:18:04,709 Saya rasa mungkin dia… 243 00:18:04,793 --> 00:18:07,587 Apabila dia pergi berenang dan selesai berenang, 244 00:18:07,671 --> 00:18:09,673 tapi tiada apa-apa di sana… 245 00:18:09,756 --> 00:18:11,967 Bertahun-tahun saya berenang di sana. 246 00:18:12,050 --> 00:18:17,722 Mustahil dia terjun dan terhantuk kepala. Mustahil dia alami keretakan tengkorak 247 00:18:17,806 --> 00:18:20,142 Saya tak suka tengok pembunuh terlepas. 248 00:18:20,225 --> 00:18:21,935 Itu tak betul. 249 00:18:23,770 --> 00:18:26,731 Berdasarkan kelakuan awak, cara awak bertanggungjawab 250 00:18:26,815 --> 00:18:30,026 ketika awak buat silap, awak gagal, Clyde. 251 00:18:30,527 --> 00:18:36,950 Saya sanggup bersumpah atas Bible bahawa saya tak pernah bunuh sesiapa. 252 00:18:39,077 --> 00:18:40,996 Pasti. Itu berlaku. 253 00:18:44,416 --> 00:18:46,168 Teka-teki lengkap untuk saya. 254 00:18:46,877 --> 00:18:51,256 Dia fikir semua ini dah dilupakan dan mungkin dia terlepas. 255 00:18:53,550 --> 00:18:58,930 Daya yang diperlukan untuk menyebabkan keretakan itu sangat kuat, 256 00:18:59,014 --> 00:19:03,435 bukan satu kemalangan tapi dengan niat untuk membunuh. 257 00:19:04,644 --> 00:19:08,231 Itu berserta perkara lain, memberikan kami bukti yang cukup 258 00:19:08,315 --> 00:19:11,026 untuk mendakwa Clyde atas pembunuhan Ellen Beason. 259 00:19:22,245 --> 00:19:23,330 Itu dia? 260 00:19:25,040 --> 00:19:28,210 Ya. Itu dia. 261 00:19:29,169 --> 00:19:30,837 Senarai itu berterusan. 262 00:19:34,049 --> 00:19:37,344 Loya melihat semua ini. Memang betul. 263 00:19:38,345 --> 00:19:43,225 Satu bukti tambahan yang kami dapat adalah beberapa kenyataan Hedrick 264 00:19:43,308 --> 00:19:47,062 kepada banduan lain di lokap daerah ketika tunggu perbicaraan. 265 00:19:47,145 --> 00:19:51,650 Kami biasanya panggil mereka pemberi maklumat lokap, informan lokap. 266 00:19:51,733 --> 00:19:54,736 Hedrick bercakap tentang kes Ellen Beason 267 00:19:54,819 --> 00:19:57,530 dan mengaku melakukan pembunuhan lain. 268 00:19:58,531 --> 00:20:02,202 Salah salah daripadanya, dia sebut nama Laura Miller. 269 00:20:03,870 --> 00:20:07,749 Tersimpan dalam kes pendakwaan melibatkan Beason ialah dokumen bertajuk, 270 00:20:07,832 --> 00:20:11,836 "Notis negeri untuk guna bukti jenayah, kesalahan dan perbuatan lain." 271 00:20:11,920 --> 00:20:14,381 Dalam dokumen ini, pendakwa menulis, 272 00:20:14,464 --> 00:20:18,969 "Defendan berasmara dengan Laura Miller dan sengaja bunuh dia." 273 00:20:20,053 --> 00:20:21,596 Pendakwa menunjukkan 274 00:20:21,680 --> 00:20:24,933 Clyde Hedrick juga terlibat dalam pembunuhan di Padang Bunuh 275 00:20:25,016 --> 00:20:27,519 pertengahan tahun 80-an yang belum diselesaikan. 276 00:20:28,478 --> 00:20:31,564 Tanpa memberitahu Tim Miller, si ayah 277 00:20:31,648 --> 00:20:34,567 saya sudah memfailkan dokumen 278 00:20:34,651 --> 00:20:39,197 yang mengatakan, saya tahu pembunuh dan mungkin perogol anaknya. 279 00:20:39,781 --> 00:20:40,865 Saya menyesal. 280 00:20:41,491 --> 00:20:44,828 Cara saya bertemu dengan Tim Miller, 281 00:20:45,578 --> 00:20:47,956 bukan cara terbaik untuk bertemu seseorang. 282 00:20:48,957 --> 00:20:50,875 Macam mana awak tahu? 283 00:20:50,959 --> 00:20:55,130 Saya baca dalam laporan mahkamah. 284 00:20:56,172 --> 00:20:57,507 Mencemuh dan berlagak. 285 00:20:59,259 --> 00:21:02,554 Pengakuannya semasa dia di penjara. 286 00:21:05,515 --> 00:21:07,892 Berasmara dengan Laura sebelum bunuhnya. 287 00:21:10,061 --> 00:21:11,479 Membunuh Heide. 288 00:21:17,235 --> 00:21:19,112 Tim Miller telefon saya 289 00:21:19,195 --> 00:21:23,533 dan saya jelaskan kepadanya bahawa sumber maklumat itu 290 00:21:23,616 --> 00:21:26,828 dan sebab ia tak semestinya boleh dijadikan bukti. 291 00:21:27,454 --> 00:21:30,915 Undang-undang negeri Texas menyatakan seseorang tak boleh didakwa 292 00:21:30,999 --> 00:21:33,043 berdasarkan informan lokap 293 00:21:33,126 --> 00:21:36,171 tapi pembabitan defendan perlu disahkan. 294 00:21:43,261 --> 00:21:46,723 Saya bercakap dengan salah seorang lelaki 295 00:21:46,806 --> 00:21:51,561 yang bersama Clyde di dalam lokap, ketika Clyde beritahu mereka 296 00:21:51,644 --> 00:21:56,149 yang dia berasmara dengan Laura sebelum membunuhnya. 297 00:21:58,109 --> 00:21:59,778 Perbualan yang menyakitkan. 298 00:22:07,243 --> 00:22:09,621 Saya cuma mahu dapatkannya 299 00:22:10,663 --> 00:22:13,333 satu bukti kecil, 300 00:22:13,416 --> 00:22:16,503 tapi saya rasa bukti yang saya serahkan kepada polis, 301 00:22:16,586 --> 00:22:18,463 mungkin dah hilang. 302 00:22:21,591 --> 00:22:26,721 Saya tahu Tim mahu pembunuh anaknya dibawa ke muka pengadilan. 303 00:22:26,805 --> 00:22:29,974 Saya mahu itu. Semua pun rasa begitu. 304 00:22:31,267 --> 00:22:34,646 Kami tanya Hedrick jika dia nak beri komen tentang Laura. 305 00:22:34,729 --> 00:22:37,357 "Mereka cuba kaitkan saya dengan pembunuhan di Padang Bunuh." 306 00:22:37,440 --> 00:22:39,401 "Saya tak bunuh dia, tak kenal dia pun." 307 00:22:39,484 --> 00:22:42,487 Sistem keadilan jenayah hanyalah sistem 308 00:22:43,530 --> 00:22:46,616 yang lama dan kejam untuk mangsa 309 00:22:47,367 --> 00:22:49,411 dan keluarga mangsa. 310 00:22:50,537 --> 00:22:52,497 Tapi dia berlawan setiap hari. 311 00:22:54,332 --> 00:22:56,835 Saya failkan saman pematian salah ke atasnya. 312 00:22:58,002 --> 00:23:00,713 Saya akan lawan sampai saya mati. 313 00:23:04,259 --> 00:23:07,053 25 MAC 2014 314 00:23:10,390 --> 00:23:13,184 Clyde Hedrick duduk senyap ketika pendakwa beritahu juri 315 00:23:13,268 --> 00:23:17,772 bahawa dia bunuh dan cuba sembunyikan mayat Ellen Rae Beason. 316 00:23:19,441 --> 00:23:21,317 Wanita berusia 29 tahun itu 317 00:23:22,026 --> 00:23:24,487 ditinggalkan di bawah sofa… 318 00:23:27,282 --> 00:23:28,658 dan dilupakan. 319 00:23:36,791 --> 00:23:39,836 Ada ahli keluarga Heide dalam perbicaraan itu. 320 00:23:40,712 --> 00:23:42,255 Tim Miller pun ada. 321 00:23:43,131 --> 00:23:46,009 Jantung saya berdebar-debar, bimbang. 322 00:23:46,092 --> 00:23:48,887 Sukar untuk berada di sana, tapi lebih sukar jika tidak. 323 00:23:50,430 --> 00:23:53,433 Saya menyoal pemeriksaan perubatan. 324 00:23:53,516 --> 00:23:55,518 Daripada semua gambar yang kami ada 325 00:23:55,602 --> 00:23:58,438 tentang pemeriksaan awal mayat Ellen Beason, 326 00:23:58,521 --> 00:24:00,565 cuma ada dua gambar tengkorak, 327 00:24:01,608 --> 00:24:04,402 kedua-duanya tidak menunjukkan tempat keretakan. 328 00:24:04,486 --> 00:24:05,904 Saya persoalkan kepada juri, 329 00:24:05,987 --> 00:24:09,616 pemeriksa perubatan, dalam usaha melindungi reputasinya, 330 00:24:09,699 --> 00:24:12,076 telah sembunyikan atau musnahkan bukti. 331 00:24:13,786 --> 00:24:15,872 Kami bicarakan Clyde Hedrick atas pembunuhan. 332 00:24:15,955 --> 00:24:18,458 Juri dapati dia bersalah kerana membunuh. 333 00:24:21,085 --> 00:24:25,423 Selepas Clyde disabitkan, ada perbincangan hukuman. 334 00:24:25,507 --> 00:24:28,051 Seorang bekas ahli keluarga beri keterangan. 335 00:24:29,010 --> 00:24:31,137 Saya dipanggil 336 00:24:31,221 --> 00:24:34,349 sebagai saksi untuk fasa hukuman. 337 00:24:35,391 --> 00:24:38,645 Pendakwa Daerah, Kevin Petroff, 338 00:24:38,728 --> 00:24:42,732 mahu juri dengar apa yang saya nak cakap. 339 00:24:43,983 --> 00:24:48,112 Untuk menunjukkan siapa Clyde Hedrick. 340 00:24:49,072 --> 00:24:54,160 Saya beritahu mereka apa yang berlaku dan keadaan semakin bertambah buruk. 341 00:24:56,663 --> 00:25:02,794 Ada masanya saya akan tertidur ketika menonton televisyen di ruang tamu. 342 00:25:05,004 --> 00:25:06,756 Saya boleh rasa seseorang… 343 00:25:08,675 --> 00:25:09,759 menyentuh saya. 344 00:25:12,887 --> 00:25:15,682 Rasa sukar untuk bangun. 345 00:25:16,266 --> 00:25:18,977 Saya rasa sangat letih. 346 00:25:23,565 --> 00:25:27,443 Dia akan sediakan segelap Kool-Aid. 347 00:25:28,403 --> 00:25:30,196 Saya tak suka Kool-Aid. 348 00:25:31,781 --> 00:25:34,075 Tapi kalau dia sediakan sesuatu, 349 00:25:35,076 --> 00:25:36,119 awak ambil. 350 00:25:38,913 --> 00:25:42,625 Pada suatu pagi, saya terjaga dan terus ke tandas. 351 00:25:43,835 --> 00:25:47,297 Saya akan sakit di tempat yang tak sepatutnya. 352 00:25:48,965 --> 00:25:50,925 Awak boleh nampak 353 00:25:51,009 --> 00:25:54,762 yang dia mengenang kembali semasa menggambarkannya kepada juri. 354 00:25:55,847 --> 00:25:59,809 Ia sangat dahsyat. Tak sanggup nak dengar. 355 00:25:59,892 --> 00:26:01,519 Untuk kes Ellen Beason, 356 00:26:01,603 --> 00:26:04,439 juri berbincang dengan cepat dan kembali 357 00:26:04,522 --> 00:26:07,275 dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun. 358 00:26:17,493 --> 00:26:19,329 Seseorang akhirnya mendengar. 359 00:26:54,238 --> 00:26:58,326 Perbicaraan Ellen Beason telah membuka mata saya. 360 00:26:58,409 --> 00:27:03,498 Keputusan autopsi itu salah… 361 00:27:04,666 --> 00:27:08,378 memberi harapan kepada kekecewaan sama yang kita rasa, 362 00:27:08,461 --> 00:27:11,839 dalam situasi kami, kematian mak cik saya, Heide. 363 00:27:11,923 --> 00:27:16,552 Pemeriksa perubatan itu tak simpan pakaiannya. 364 00:27:16,636 --> 00:27:19,806 Dia tak simpan kuku. 365 00:27:19,889 --> 00:27:26,229 Dia tak simpan barang -barang yang mungkin mengandungi 366 00:27:27,271 --> 00:27:29,023 bukti fizikal forensik 367 00:27:29,107 --> 00:27:34,612 yang ramai juri mahu dalam kes untuk dapatkan sabitan. 368 00:27:35,988 --> 00:27:39,117 Dalam kebanyakan kes ini, mereka telah kehilangan banyak bukti. 369 00:27:39,742 --> 00:27:43,663 Kemeja yang ditemui berhampiran mayat Laura telah hilang. 370 00:27:44,664 --> 00:27:46,040 Mungkin ada DNA. 371 00:27:46,582 --> 00:27:49,877 Tapi jika mereka tak jumpa kemeja itu, kita takkan tahu. 372 00:27:53,089 --> 00:27:57,301 Tak banyak sumber untuk kes sejuk di Amerika secara umumnya. 373 00:27:58,010 --> 00:28:00,179 Ada banyak kes yang dilupakan, 374 00:28:01,097 --> 00:28:02,765 dan tak dapat diselesaikan. 375 00:28:04,225 --> 00:28:07,145 Itu membolehkan pembunuh bersiri bebas. 376 00:28:10,356 --> 00:28:12,400 Kes-kes ini dah lama. 377 00:28:13,484 --> 00:28:16,571 Dunia mungkin dah lupa, tapi keluarga itu tak. 378 00:28:18,698 --> 00:28:21,576 Ia menyedarkan kita 379 00:28:21,659 --> 00:28:24,370 yang kita perlu menyelami keadaan ini. 380 00:28:25,538 --> 00:28:29,625 Tentu bagus jika ada kesudahan untuk keluarga ini. 381 00:28:29,709 --> 00:28:32,628 Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu keluarga ini. 382 00:28:38,509 --> 00:28:41,053 Semasa saya mula menyiasat kes Jalan Calder, 383 00:28:41,679 --> 00:28:44,766 memang sukar kerana saya tak ada akses kepada fail 384 00:28:44,849 --> 00:28:46,350 di Jabatan Polis League City. 385 00:28:46,434 --> 00:28:48,186 Saya nak baca sebanyak mungkin. 386 00:28:48,269 --> 00:28:52,315 Mungkin boleh jumpa sesuatu yang orang lain tak nampak. 387 00:28:53,232 --> 00:28:58,404 Bagusnya siasat kes sejuk ialah teknologi semakin maju. 388 00:28:59,781 --> 00:29:05,453 Pada hujung tahun 2017, kami memutuskan untuk guna forensik salasilah 389 00:29:05,536 --> 00:29:07,955 untuk mengenal pasti dua wanita. 390 00:29:08,039 --> 00:29:12,376 Sukar untuk meyakinkan League City bahawa ia teknik yang bagus. 391 00:29:12,877 --> 00:29:16,839 Ia mungkin jawapan yang berlingkar sejak 1980-an. 392 00:29:16,923 --> 00:29:18,257 Siapa wanita-wanita ini? 393 00:29:19,425 --> 00:29:24,722 Jane dan Janet Doe tak dapat dikenal pasti semasa siasatan. 394 00:29:24,806 --> 00:29:27,850 League City agak menentang pada mulanya. 395 00:29:27,934 --> 00:29:31,562 Tapi pada Januari 2019, 396 00:29:31,646 --> 00:29:33,231 pada hari jadi saya, 397 00:29:34,023 --> 00:29:37,401 kami berjaya mengekstrak profil DNA 398 00:29:37,485 --> 00:29:39,821 dan masukkan ke dalam pangkalan data. 399 00:29:39,904 --> 00:29:42,198 Kami dapat kenal pasti mereka. 400 00:29:43,282 --> 00:29:45,159 Pertama, Janet Doe. 401 00:29:46,410 --> 00:29:48,079 Donna Gonsulin Prudhomme. 402 00:29:49,872 --> 00:29:54,418 Kami dapat kenal pasti dia selepas lebih 30 tahun. 403 00:29:55,294 --> 00:29:56,838 Keesokan harinya, 404 00:29:58,047 --> 00:30:01,759 kami dapat kenal pasti Jane Doe sebagai Audrey Lee Cook. 405 00:30:03,886 --> 00:30:07,348 Kami anggap mereka penduduk sementara 406 00:30:07,431 --> 00:30:09,058 dan ternyata benar. 407 00:30:09,851 --> 00:30:11,894 Donna Gonsulin Prudhomme 408 00:30:11,978 --> 00:30:15,356 datang ke sini seperti orang lain 409 00:30:15,982 --> 00:30:18,776 kerana Houston menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. 410 00:30:19,735 --> 00:30:20,987 Audrey Lee Cook. 411 00:30:21,070 --> 00:30:22,822 Dia seorang mekanik. 412 00:30:24,031 --> 00:30:27,285 Keluarga dia dah lama cari dia. 413 00:30:45,386 --> 00:30:50,474 Selepas Donna Prudhomme dan Audrey dikenal pasti, 414 00:30:50,558 --> 00:30:55,813 saya kata, "Kita boleh dakwa dan sabitkan seseorang kerana bunuh mereka." 415 00:30:58,190 --> 00:31:02,486 Kami harapkan agar seseorang yang kenal mereka, 416 00:31:02,570 --> 00:31:06,991 berikan maklumat, walaupun ia tak dianggap penting. 417 00:31:08,075 --> 00:31:09,744 Kami nak tahu tentang mereka. 418 00:31:13,164 --> 00:31:14,957 Keluarga yang lalui ini… 419 00:31:15,791 --> 00:31:17,877 Bila kami akan putus asa? Takkan berlaku. 420 00:31:27,803 --> 00:31:28,721 Hei, Lee. Tim. 421 00:31:29,513 --> 00:31:30,973 Hei, Tim, apa khabar? 422 00:31:31,057 --> 00:31:32,850 Saya sihat. 423 00:31:33,601 --> 00:31:36,979 Kami akan naikkan empat gadis pada papan iklan digital. 424 00:31:37,480 --> 00:31:39,899 Harap-harap kami dapat maklumat, 425 00:31:39,982 --> 00:31:42,652 panggilan, beberapa petunjuk dan perkara lain. 426 00:31:43,152 --> 00:31:45,905 Hantar apa yang awak nak cakap. 427 00:31:45,988 --> 00:31:48,699 Kemudian kami gilir-gilirkannya. 428 00:31:48,783 --> 00:31:49,659 Okey. 429 00:31:55,539 --> 00:31:56,582 Ya, tuan. 430 00:31:56,666 --> 00:31:58,793 Saya akan mesej nombor plat ini. 431 00:31:58,876 --> 00:31:59,752 Terima kasih. 432 00:32:01,921 --> 00:32:05,091 Saya ada banyak rancangan, matlamat dalam hidup saya. 433 00:32:07,385 --> 00:32:10,179 Tuhan ada rancangan berbeza untuk Tim Miller. 434 00:32:10,680 --> 00:32:13,891 Saya takkan kata saya suka, sehingga hari ini. 435 00:32:19,063 --> 00:32:21,190 Bertahun-tahun dia ke sana. 436 00:32:21,273 --> 00:32:22,191 Kami berdua. 437 00:32:23,025 --> 00:32:27,113 Saya pernah lihat dia semasa pencarian. Saya tahu dia dalam kesedihan. 438 00:32:27,738 --> 00:32:32,034 Dia masuk ke dalam lubang itu dan mula menggali bersama orang lain. 439 00:32:33,661 --> 00:32:35,371 Tim sangat bersungguh. 440 00:32:35,454 --> 00:32:38,082 Dia takkan putus asa dan dia tak suka kalah. 441 00:32:38,165 --> 00:32:39,333 Dia bagus. 442 00:32:42,920 --> 00:32:45,923 Tim Miller ialah suara paling kuat untuk mangsa-mangsa ini. 443 00:32:46,007 --> 00:32:48,968 Dia asyik minta seseorang dipertanggungjawabkan. 444 00:32:56,142 --> 00:32:59,186 Kita akan guna ATV? Ia kawasan yang besar. 445 00:32:59,270 --> 00:33:00,438 Apa jadual awak? 446 00:33:00,521 --> 00:33:04,400 Dia asyik desak mereka siasat siapa pelakunya. 447 00:33:05,026 --> 00:33:11,741 Clyde, dia akan cakap tentang wanita silam dan apa yang mereka biasa buat bersama. 448 00:33:11,824 --> 00:33:15,411 Kemudian, ketika itulah ibu akan sedih, 449 00:33:15,494 --> 00:33:17,747 mereka akan bertengkar. 450 00:33:18,497 --> 00:33:22,126 Kali pertama saya bertemu Tiim adalah di perbicaraan. 451 00:33:22,209 --> 00:33:24,420 Selepas saya beri keterangan. 452 00:33:24,503 --> 00:33:27,214 Dia nak bercakap dengan saya tentang anaknya, 453 00:33:28,382 --> 00:33:29,425 Laura Miller, 454 00:33:30,593 --> 00:33:32,094 wanita yang Clyde kenal. 455 00:33:33,429 --> 00:33:36,766 Tinggal di jalan yang sama dengan mereka. 456 00:33:38,434 --> 00:33:40,394 Ini barang Abel. 457 00:33:41,437 --> 00:33:42,980 Itu barisan pagar itu. 458 00:33:44,815 --> 00:33:47,860 Tapi selepas dia beritahu saya tentang anaknya, 459 00:33:49,487 --> 00:33:50,488 umurnya, 460 00:33:51,113 --> 00:33:54,784 semua kaitan, semua persamaan, 461 00:33:55,743 --> 00:33:57,411 memang masuk akal. 462 00:33:57,495 --> 00:33:59,288 Ia masuk akal. 463 00:33:59,371 --> 00:34:02,083 Boleh awak cetak dan tandakan pagar? 464 00:34:02,166 --> 00:34:03,167 Okey. 465 00:34:04,168 --> 00:34:06,295 Mari pergi ke Padang Bunuh. 466 00:34:08,089 --> 00:34:12,301 Tim tanya jika saya nak ke Jalan Calder. 467 00:34:13,719 --> 00:34:15,721 Lihat jika saya pernah ke sana. 468 00:34:16,222 --> 00:34:17,890 Mungkin ya, mungkin tidak. 469 00:34:22,394 --> 00:34:24,772 Di sini, mereka ada pagar itu. 470 00:34:27,650 --> 00:34:29,068 Saya perlu ingat 471 00:34:29,777 --> 00:34:32,738 jika ini tempat yang sama Clyde bawa saya. 472 00:34:36,283 --> 00:34:37,618 Berapa umur awak? 473 00:34:39,203 --> 00:34:41,205 - Remaja. - Dua belas, tiga belas. 474 00:34:42,873 --> 00:34:47,211 Apabila kami memasuki hartanah ini… 475 00:34:54,218 --> 00:34:56,053 rasa seperti tak biasa ke sini. 476 00:34:57,763 --> 00:35:03,269 Sehingga sampai ke barisan pokok dan nampak paip logam besar, 477 00:35:03,352 --> 00:35:04,770 terbonjol dari tanah. 478 00:35:06,188 --> 00:35:09,984 Ia satu jejak dan ada kolam kecil. 479 00:35:20,035 --> 00:35:22,663 Sesuatu tentang paip logam itu. 480 00:35:22,746 --> 00:35:25,166 Seperti ada satu pusuan. 481 00:35:25,749 --> 00:35:27,793 Saya teringat semula. 482 00:35:34,967 --> 00:35:37,595 Saya tak tahu ia Jalan Calder ketika itu, 483 00:35:38,470 --> 00:35:40,639 tapi saya pernah ke sana. 484 00:35:42,600 --> 00:35:46,395 MARLA PERCAYA DIA BERADA DI JALAN CALDER PADA AWAL 90-AN 485 00:35:49,440 --> 00:35:52,693 Clyde perlu buat kerja memotong rumput 486 00:35:54,028 --> 00:35:57,239 di rumah kawannya. 487 00:35:58,490 --> 00:35:59,950 Tempat itu sama. 488 00:36:01,785 --> 00:36:02,953 Itu Jalan Calder. 489 00:36:06,165 --> 00:36:08,792 Saya boleh nampak dia Dia buat sesuatu di tanah. 490 00:36:10,085 --> 00:36:11,295 Dia tengah menggali. 491 00:36:13,297 --> 00:36:15,841 Saya tak tahu apa Clyde buat di luar sana, 492 00:36:15,925 --> 00:36:18,594 tapi saya tak percaya saya pernah ada di situ. 493 00:36:18,677 --> 00:36:20,137 Saya dah faham sekarang. 494 00:36:22,473 --> 00:36:24,475 Selepas apa yang saya lihat 495 00:36:26,227 --> 00:36:28,520 dan dengar dan saya lalui, 496 00:36:29,230 --> 00:36:32,691 saya lega yang dia akhirnya di penjara. 497 00:36:35,069 --> 00:36:38,781 Saya berharap dia akan mati di penjara. 498 00:36:49,250 --> 00:36:52,628 Clyde Hedrick, 68 tahun dibebaskan dari penjara malam ini. 499 00:36:53,295 --> 00:36:57,049 Jabatan Keadilan Jenayah Texas berkata, dia dibebaskan semalam 500 00:36:57,132 --> 00:36:58,884 atas penyeliaan mandatori. 501 00:37:00,094 --> 00:37:01,845 Saya tak percaya. 502 00:37:01,929 --> 00:37:05,224 Saya rasa senak. 503 00:37:05,307 --> 00:37:09,061 Dia dibebaskan dengan parol. 504 00:37:09,144 --> 00:37:11,438 Jadi, bebas dengan parol. 505 00:37:15,484 --> 00:37:17,403 Berapa lama masa dia di penjara? 506 00:37:17,903 --> 00:37:18,988 Lapan tahun. 507 00:37:23,158 --> 00:37:25,035 Clyde bebas awal 508 00:37:25,119 --> 00:37:29,373 kerana isu teknikal dalam undang-undang Texas. 509 00:37:29,957 --> 00:37:30,958 Entahlah. 510 00:37:33,502 --> 00:37:36,088 Ada sekurang-kurangnya satu situasi di mana 511 00:37:36,171 --> 00:37:39,633 Clyde Hedrick berada di penjara dan berusaha dapatkan parol 512 00:37:39,717 --> 00:37:41,468 dan kami berjaya menghalangnya. 513 00:37:42,052 --> 00:37:43,721 Tapi kali ini lain. 514 00:37:43,804 --> 00:37:48,851 Undang-undang cuma dikuatkuasakan kepada jenayah yang berlaku pada masa itu. 515 00:37:48,934 --> 00:37:50,644 Ini pelepasan mandatori. 516 00:37:50,728 --> 00:37:53,731 Tiada perbicaraan atau boleh dilawan. 517 00:37:53,814 --> 00:37:57,860 Cara undang-undang dirangka ialah dia akan dibebaskan ketika itu. 518 00:37:58,819 --> 00:38:01,155 Jadi, tak banyak yang boleh dilakukan. 519 00:38:03,198 --> 00:38:06,869 Jika mereka dengar cakap saya dari awal, 520 00:38:07,411 --> 00:38:08,954 mereka akan jumpa Laura. 521 00:38:09,496 --> 00:38:11,290 Mungkin ada bukti. 522 00:38:11,373 --> 00:38:15,044 Sekurang-kurangnya mereka boleh tentukan punca kematian. 523 00:38:17,588 --> 00:38:20,257 Saya benci lalui perkara mengarut ini. 524 00:38:20,341 --> 00:38:24,261 Tiada sebab 30 tahun kemudian saya masih perlu lakukan semua ini. 525 00:38:26,347 --> 00:38:27,639 Bila awak berhenti? 526 00:38:34,688 --> 00:38:38,817 Saya tahu sepanjang kes keadilan jenayah, 527 00:38:39,818 --> 00:38:44,448 mangsa rasa ada banyak ketidakadilan dan itu salah satu daripadanya. 528 00:38:46,158 --> 00:38:47,701 Ia menyedihkan bagi saya. 529 00:38:47,785 --> 00:38:52,373 Saya tak dapat bayangkan kesakitan dan kekecewaan Tim Miller. 530 00:38:55,667 --> 00:38:57,294 Yang Marla rasa. 531 00:39:00,547 --> 00:39:01,924 Tapi itu undang-undang. 532 00:39:02,424 --> 00:39:04,718 Jadi saya faham. 533 00:39:04,802 --> 00:39:06,387 Kita perlu menerimanya. 534 00:39:08,680 --> 00:39:10,224 Wanita yang lemah. 535 00:39:11,433 --> 00:39:13,102 Yang paling lemah. 536 00:39:13,852 --> 00:39:15,437 Itulah yang dia cari. 537 00:39:17,147 --> 00:39:19,274 Itulah lelaki yang mereka bebaskan. 538 00:39:23,821 --> 00:39:26,740 Pusat peralihan ini ialah kediaman baru Hedrick. 539 00:39:26,824 --> 00:39:29,410 Dia tiada di penjara sekarang dan bebas. 540 00:39:31,578 --> 00:39:33,247 Dia bebas. 541 00:39:33,956 --> 00:39:36,542 Miller mahu berada di seberang jalan esok 542 00:39:36,625 --> 00:39:40,045 untuk bincangkan kerisauannya dengan perkembangan terkini. 543 00:39:40,671 --> 00:39:43,507 6 OKTOBER 2021 544 00:39:44,007 --> 00:39:47,803 TOM MILLER HUBUNGI MEDIA TEMPATAN UNTUK SIDANG MEDIA 545 00:39:48,095 --> 00:39:52,516 Clyde Hedrick ada di dalam sana sekarang 546 00:39:52,599 --> 00:39:53,976 di rumah peralihan. 547 00:39:55,060 --> 00:40:00,441 Saya akan perkenalkan beberapa orang yang terkesan secara langsung oleh Clyde. 548 00:40:00,983 --> 00:40:04,778 Saya jemput Nina Edwards untuk beri sepatah dua kata. 549 00:40:08,282 --> 00:40:12,244 Hai, saya Nina Edwards. Saya anak saudara Heide Fye. 550 00:40:14,204 --> 00:40:18,083 Datuk saya habiskan banyak masa mencari dia 551 00:40:18,167 --> 00:40:20,002 dan merakam nota. 552 00:40:22,379 --> 00:40:26,091 Nenek saya pergi ke kuburnya tanpa mengetahui nasib anaknya. 553 00:40:28,552 --> 00:40:29,720 Bagi pihak keluarga saya, 554 00:40:29,803 --> 00:40:33,390 terima kasih kerana benarkan saya bercakap bagi pihak Heide, 555 00:40:33,474 --> 00:40:35,559 yang tak dapat bersama kita hari ini. 556 00:40:41,773 --> 00:40:43,192 Letak mikrofon di sini. 557 00:40:48,739 --> 00:40:51,742 Saya datang untuk bercakap bagi pihak saya, 558 00:40:52,910 --> 00:40:55,996 dan mangsa-mangsa yang tiada suara 559 00:40:56,747 --> 00:41:00,250 serta mangsa di luar sana yang belum jumpa suara mereka. 560 00:41:01,335 --> 00:41:04,796 Kami buat sidang media. 561 00:41:04,880 --> 00:41:08,800 Saya bercakap dengan orang ramai dan saya bercakap dengan Clyde. 562 00:41:10,302 --> 00:41:14,056 Hanya kerana awak tak disabitkan… 563 00:41:16,183 --> 00:41:20,938 dengan jenayah lain tak bermakna awak tak lakukannya. 564 00:41:23,148 --> 00:41:25,400 Terima kasih semua atas sokongan anda. 565 00:41:29,530 --> 00:41:34,660 Saya nak semua orang tahu orang 566 00:41:36,161 --> 00:41:40,541 yang undang-undang kita bebaskan. 567 00:41:43,669 --> 00:41:46,797 NEGERI TEXAS 568 00:41:46,880 --> 00:41:49,049 Kami semua merasakan, 569 00:41:50,050 --> 00:41:53,804 pada awalnya apabila kami merayu dan minta bantuan, 570 00:41:53,887 --> 00:41:55,639 kami ditolak. 571 00:42:00,143 --> 00:42:04,231 Kami takkan putus asa. Malah, saya percaya kami baru bermula. 572 00:42:10,821 --> 00:42:14,575 PADA 2016, DEMI MENGELAKKAN HUKUMAN MATI UNTUK KES PEMBUNUHAN TAK BERKAITAN, 573 00:42:14,658 --> 00:42:18,078 WILLIAM REECE TUNJUK LOKASI MAYAT JESSICA CAIN DAN KELLI ANN COX 574 00:42:23,208 --> 00:42:24,668 Saya takkan lupa hari itu. 575 00:42:24,751 --> 00:42:27,671 Saya kata, "William, apa yang awak fikirkan?" 576 00:42:27,754 --> 00:42:29,965 "Awak ada rasa menyesal?" 577 00:42:30,048 --> 00:42:32,384 Sangat menakjubkan, dia pandang saya. 578 00:42:32,467 --> 00:42:35,220 Dia kata, "Encik Miller, awak takkan faham, 579 00:42:35,304 --> 00:42:38,265 tapi orang macam saya, kami tak ada sesalan." 580 00:42:38,890 --> 00:42:42,603 PADA 29 JUN 2022, WILLIAM LEWIS REECE MENGAKU BERSALAH 581 00:42:42,686 --> 00:42:46,690 KERANA MEMBUNUH LAURA SMITHER, JESSICA CAIN DAN KELLI ANN COX. 582 00:42:47,274 --> 00:42:52,571 Banyak tahun kami rasa hari ini akan tiba. 583 00:42:53,155 --> 00:42:57,200 Saya rasa lega apabila rekod rasmi 584 00:42:57,284 --> 00:43:00,329 akan menunjukkan dia didapati bersalah 585 00:43:00,412 --> 00:43:05,125 dan disabitkan kerana merampas anak saya daripada kami. 586 00:43:05,626 --> 00:43:09,463 WILLIAM REECE DIHUKUM PENJARA SEUMUR HIDUP UNTUK SETIAP TIGA PEMBUNUHAN 587 00:43:13,634 --> 00:43:16,928 NINA EDWARDS SERAHKAN PITA KASET SERTA 588 00:43:17,012 --> 00:43:19,973 JURNAL DATUKNYA KEPADA FBI UNTUK DIANALISIS SEBAGAI BUKTI 589 00:43:20,515 --> 00:43:24,728 Kami cuma perlu tunggu keadilan muncul. 590 00:43:24,811 --> 00:43:29,316 Saya harap saya akan mula bertindak lebih cepat daripada sebelum ini. 591 00:43:30,651 --> 00:43:32,069 Kami takkan putus asa. 592 00:43:32,152 --> 00:43:36,782 Kita akan teruskan sehingga nafas terakhir saya. 593 00:43:38,784 --> 00:43:41,828 Kami masih terima maklumat tentang pembunuhan Jalan Calder. 594 00:43:42,996 --> 00:43:46,291 Jika anda ada maklumat tentang empat mangsa ini, 595 00:43:46,375 --> 00:43:50,128 sila hubungi FBI. 596 00:43:50,212 --> 00:43:51,922 Anda boleh kekal tanpa nama. 597 00:43:52,839 --> 00:43:57,094 Saya akan bersara dalam setahun setengah. Saya ada kerja perlu dibuat. 598 00:43:57,177 --> 00:43:59,262 MAHKAMAH DAERAH 56 599 00:43:59,346 --> 00:44:04,017 PADA 11 JULAI 2022, TIM MILLER DAPAT 24 JUTA ATAS PENGHAKIMAN INGKAR 600 00:44:04,101 --> 00:44:07,104 UNTUK SAMAN PEMATIAN SALAH 601 00:44:09,356 --> 00:44:12,901 Saya failkan saman pematian salah supaya Clyde Hedrick tahu, 602 00:44:13,610 --> 00:44:16,780 "Clyde, saya masih di sini." 603 00:44:16,863 --> 00:44:20,033 MELULUSKAN USUL MILLER UNTUK PENGHAKIMAN INGKAR 604 00:44:21,326 --> 00:44:23,954 CLYDE HEDRICK LANGSUNG TAK DIDAKWA 605 00:44:24,037 --> 00:44:27,916 UNTUK JENAYAH BERKAITAN KES JALAN CALDER 606 00:46:10,727 --> 00:46:14,731 Terjemahan sari kata oleh Jasmine Izam