1 00:00:15,200 --> 00:00:18,440 Ayahuasca merupakan salah satu ciptaan saintifik di Amazon. 2 00:00:20,040 --> 00:00:21,960 Ia bru bayangan hebat 3 00:00:23,440 --> 00:00:27,760 yang penting bagi kerohanian Orang Asli dan sah di Peru. 4 00:00:29,160 --> 00:00:34,040 Saya sendiri ada banyak pengalaman dengan ayahuasca dibimbing oleh pawang. 5 00:00:35,880 --> 00:00:39,400 Saya percaya ia digunakan lebih lama daripada yang disangka, 6 00:00:40,040 --> 00:00:42,720 terutamanya kerana karya seni yang diilhamkan daripadanya. 7 00:00:45,720 --> 00:00:47,640 Ada bayangan yang luar biasa. 8 00:00:47,640 --> 00:00:49,280 Sembilan daripada sepuluh, 9 00:00:49,280 --> 00:00:51,880 ia disertakan corak-corak geometri. 10 00:00:53,360 --> 00:00:55,400 Selepas bayangan pertama ini, 11 00:00:55,400 --> 00:00:58,920 ramai orang melaporkan pertemuan dengan makhluk fantastik. 12 00:01:00,360 --> 00:01:05,640 Kadangkala entiti itu mungkin campuran haiwan dan manusia 13 00:01:05,640 --> 00:01:08,280 iaitu therianthrope daripada bahasa Greek 14 00:01:08,280 --> 00:01:11,160 therion bermaksud "haiwan liar" dan anthropos, "manusia". 15 00:01:11,160 --> 00:01:13,440 Ini entiti biasa yang ditemui. 16 00:01:14,880 --> 00:01:18,240 Perkara yang menarik minat saya adalah bukti penggunaan ayahuasca 17 00:01:18,240 --> 00:01:22,680 dan bayangan yang diilhamkannya boleh ditemui bukan saja di Amazon, 18 00:01:22,680 --> 00:01:26,680 tapi di banyak tapak purba lain yang saya terokai di Amerika Selatan. 19 00:01:29,280 --> 00:01:33,400 {\an8}Di Cusco, orang Inca guna bru semasa upacara korban manusia 20 00:01:34,080 --> 00:01:36,960 untuk bantu mangsa cari laluan ke alam barzakh. 21 00:01:38,360 --> 00:01:41,080 Karya seni bercorak dan penuh figura 22 00:01:41,080 --> 00:01:44,960 sangat menyerupai seni kontemporari berilhamkan ayahuasca. 23 00:01:46,920 --> 00:01:49,360 {\an8}Di tapak pra-Inca Tiwanaku di Bolivia, 24 00:01:49,960 --> 00:01:53,800 penyelidik kenal pasti objek yang dipegang patung berusia 1,500 tahun ini 25 00:01:54,720 --> 00:01:57,680 sebagai dulang sedut serbuk halusinogen 26 00:01:59,120 --> 00:02:02,600 dan banyak tembikar Tiwanaku mempunyai rekaan geometri 27 00:02:02,600 --> 00:02:06,640 dan entiti fantastik, mungkin diilhamkan oleh bayangan psikedelik. 28 00:02:08,600 --> 00:02:13,000 Kita nampak bayangan sama dalam seni tradisional Amazon juga. 29 00:02:15,880 --> 00:02:18,400 Saya terfikir, bagi Tucano, 30 00:02:18,920 --> 00:02:21,880 yang kebanyakannya dicat pada media tak kekal. 31 00:02:23,080 --> 00:02:26,880 Lukisan itu, maloca, rumah komunal. 32 00:02:26,880 --> 00:02:28,840 {\an8}Kita nampak ada kesinambungan di sini. 33 00:02:31,000 --> 00:02:35,360 Ingat mitos asal usul Tucano yang menceritakan guru hebat, 34 00:02:35,360 --> 00:02:37,800 puteri matahari dan rakan-rakannya? 35 00:02:39,520 --> 00:02:42,200 Menariknya, cerita ini tak tamat 36 00:02:42,200 --> 00:02:45,760 dengan pemergian wira-wira mistik dan bertamadun itu. 37 00:02:47,800 --> 00:02:49,080 Menurut peribudaya, 38 00:02:49,080 --> 00:02:52,240 selepas memastikan tanah itu boleh menampung pendatang baru, 39 00:02:52,240 --> 00:02:55,760 makhluk suci membuka saluran komunikasi 40 00:02:55,760 --> 00:02:58,840 untuk diguna oleh manusia apabila diperlukan. 41 00:02:58,840 --> 00:03:02,880 Saluran itu ialah bru yang kita kenal hari ini sebagai ayahuasca. 42 00:03:05,560 --> 00:03:09,840 Perkataan ayahuasca bermaksud "rambat jiwa" dalam Quechua, bahasa Inca. 43 00:03:11,160 --> 00:03:14,240 Namun saya percaya kegunaannya jauh lebih lama daripada Inca. 44 00:03:14,760 --> 00:03:16,120 Di sinilah isu 45 00:03:16,120 --> 00:03:19,600 seni batu purba ini jadi menarik. 46 00:03:22,040 --> 00:03:26,240 {\an8}Lukisan batu dari tempat tinggal Tucano masa kini di Amazon, 47 00:03:26,760 --> 00:03:31,200 terokai tema yang sama dalam semua seni ilham ayahuasca. 48 00:03:32,360 --> 00:03:38,240 Saya perhatikan ada corak yang sama dan berkait. 49 00:03:38,240 --> 00:03:40,400 Kita nampak makhluk therianthropic, 50 00:03:40,400 --> 00:03:42,920 makhluk sebahagian haiwan, sebahagian manusia. 51 00:03:42,920 --> 00:03:43,880 Seperti di sini? 52 00:03:45,080 --> 00:03:47,200 Kita nampak corak geometri. 53 00:03:47,720 --> 00:03:49,040 Kita nampak ular. 54 00:03:49,040 --> 00:03:50,880 Bagi saya, ini misteri yang luar biasa 55 00:03:50,880 --> 00:03:54,520 kerana tema yang sama sering muncul berulang kali. 56 00:03:56,600 --> 00:04:01,480 Namun tak dapat dinafikan imej-imej ini dicipta pada Zaman Ais yang lalu. 57 00:04:05,600 --> 00:04:10,520 Ini menyarankan ayahuasca digunakan hampir 13,000 tahun lalu. 58 00:04:10,520 --> 00:04:12,920 Itu kesimpulan logik berdasarkan seni ini. 59 00:04:12,920 --> 00:04:14,200 Tepat sekali. 60 00:04:17,080 --> 00:04:20,400 Jika benar, implikasinya sangat mengejutkan. 61 00:04:23,560 --> 00:04:26,840 Maksudnya orang Amazon purba itu mungkin telah mahir 62 00:04:26,840 --> 00:04:29,080 kimia rumit ayahuasca 63 00:04:30,960 --> 00:04:32,560 sejak Zaman Ais. 64 00:04:49,040 --> 00:04:51,640 {\an8}BAB V 65 00:04:55,000 --> 00:04:58,080 Geometri, corak berpilin, 66 00:04:58,920 --> 00:05:02,400 ini antara aspek pengalaman psikedelik yang paling luar biasa. 67 00:05:04,280 --> 00:05:08,080 Bayangan geometri itu boleh jelaskan satu lagi misteri yang kami temui 68 00:05:08,080 --> 00:05:11,240 pada permulaan jelajah kami di benua Amerika. 69 00:05:13,880 --> 00:05:16,640 {\an8}Geoglif besar yang muncul dari hutan 70 00:05:16,640 --> 00:05:19,160 {\an8}sepanjang pinggir barat daya Amazon. 71 00:05:20,880 --> 00:05:24,600 Saya kagum dengan pengulangan idea geometri, 72 00:05:24,600 --> 00:05:27,680 yang kita temui berulang kali sama ada seni itu moden, 73 00:05:27,680 --> 00:05:30,480 sama ada ia berusia 13,000 tahun, kita jumpa di sini. 74 00:05:30,480 --> 00:05:34,080 Saya tertanya-tanya sama ada tembokan tanah geometri ini 75 00:05:34,080 --> 00:05:36,240 mungkin juga dipengaruhi oleh ayahuasca. 76 00:05:36,240 --> 00:05:40,400 Ya, oleh ayahuasca atau tumbuhan bayangan lain. 77 00:05:40,400 --> 00:05:42,280 Sebab ada banyak tumbuhan. 78 00:05:42,280 --> 00:05:48,120 Di sebalik setiap budaya, kita temui sejenis tumbuhan bayangan. 79 00:05:50,560 --> 00:05:57,360 Geoglif itu nampaknya satu penjelmaan dalam bentuk tiga dimensi 80 00:05:57,360 --> 00:06:01,800 dalam skala besar, jenis bayangan 81 00:06:01,800 --> 00:06:06,280 yang disebabkan oleh penggunaan bahan seperti ayahuasca, 82 00:06:06,280 --> 00:06:10,040 di mana perkara pertama yang dilihat merupakan corak geometri. 83 00:06:12,640 --> 00:06:17,200 Saya rasa kita nampak penjelmaan impuls sama dalam media berbeza. 84 00:06:19,960 --> 00:06:23,920 Jika geoglif di Amazon diilhamkan oleh pengalaman bayangan, 85 00:06:24,680 --> 00:06:28,800 kita perlu tanya tempat lain inspirasi itu mungkin dirasai 86 00:06:29,560 --> 00:06:31,560 atas satu sebab ketara. 87 00:06:32,360 --> 00:06:37,200 Apakah ciri persamaan tembokan tanah ini dengan tembokan tanah geometri 88 00:06:37,200 --> 00:06:40,840 {\an8}di Amerika Utara, di Ohio? 89 00:06:43,160 --> 00:06:46,160 Ia dipanggil Tembokan Tanah Upacara Hopewell, 90 00:06:46,160 --> 00:06:50,240 dikaitkan dengan tamadun dikenali sebagai budaya Hopewell 91 00:06:51,040 --> 00:06:55,000 yang berkembang di wilayah Great Lakes sekitar 2,000 tahun lalu. 92 00:06:55,000 --> 00:06:59,440 Parit dan tambak yang besar dalam tatasusunan geometri yang tepat. 93 00:07:00,560 --> 00:07:04,000 Kita boleh buat transposisi tembokan tanah di Amazon 94 00:07:04,000 --> 00:07:07,360 dengan tembokan tanah di Ohio atau sebaliknya. 95 00:07:09,200 --> 00:07:13,640 Tapi nampaknya ia telah dicipta oleh budaya yang tak berkait. 96 00:07:14,520 --> 00:07:20,000 Di sinilah saya tak boleh terima kebetulan sebagai penjelasan. 97 00:07:20,000 --> 00:07:24,000 Saya rasa apabila kita nampak idea muncul berulang kali 98 00:07:24,000 --> 00:07:26,720 di lokasi geografi yang jauh terpisah... 99 00:07:26,720 --> 00:07:28,560 {\an8}WILAYAH ACRE BRAZIL OHIO AS 100 00:07:28,560 --> 00:07:31,520 {\an8}...kita melihat pewarisan idea 101 00:07:31,520 --> 00:07:35,880 {\an8}yang diwarisi dan dizahirkan pada tempoh masa yang berbeza. 102 00:07:35,880 --> 00:07:39,160 {\an8}Tapi ideanya benar-benar kuno, 103 00:07:39,160 --> 00:07:42,360 tak semestinya struktur yang kita lihat. 104 00:07:44,760 --> 00:07:49,160 Tak seperti tembokan tanah di Amazon di tempat penyelidikan baru bermula, 105 00:07:51,280 --> 00:07:55,080 tembokan tanah di Ohio telah dikaji selama lebih seabad. 106 00:07:56,000 --> 00:08:00,200 Kita tahu ia lebih daripada sekadar bentuk geometri yang menarik. 107 00:08:02,840 --> 00:08:06,640 Banyak tembokan tanah Ohio, termasuk patung ukiran Serpent Mound, 108 00:08:07,240 --> 00:08:11,880 mencirikan penjajaran tepat solstis dan ekuinoks tertentu. 109 00:08:13,920 --> 00:08:16,160 Namun, dalam sesetengah kes, 110 00:08:16,160 --> 00:08:18,000 ia dibina untuk sejajar 111 00:08:18,000 --> 00:08:21,000 dengan kitaran bulan yang lebih kompleks juga. 112 00:08:22,600 --> 00:08:26,280 Ia salah satu sifat ingin tahu dunia purba 113 00:08:26,280 --> 00:08:33,200 yang ada minat sangat mendalam tentang hal ehwal syurga. 114 00:08:35,360 --> 00:08:38,320 Pencapaian pemerhatian astronomi yang menakjubkan ini 115 00:08:38,320 --> 00:08:41,840 dibuat oleh orang Amerika purba kira-kira 2,000 tahun lalu, 116 00:08:43,080 --> 00:08:44,400 mungkin lebih awal, 117 00:08:45,960 --> 00:08:49,560 dan juga boleh ditemui di struktur timbunan Amerika Utara yang lain. 118 00:08:51,120 --> 00:08:54,160 {\an8}Di tapak seperti Cahokia yang berusia 1,000 tahun... 119 00:08:55,400 --> 00:08:57,840 {\an8}dan Poverty Point berusia 3,000 tahun, 120 00:08:59,160 --> 00:09:02,800 ia dengan sengaja diletakkan ke utara tapak lain, 121 00:09:03,920 --> 00:09:07,800 {\an8}Lower Jackson Mound yang wujud sejak 5,000 tahun lalu. 122 00:09:10,040 --> 00:09:12,800 Siapa tahu astronomi yang mungkin dikodkan 123 00:09:12,800 --> 00:09:14,520 menunggu untuk diketahui 124 00:09:14,520 --> 00:09:17,640 di geoglif Amazon yang baru didedahkan? 125 00:09:18,720 --> 00:09:22,000 Kita tahu manusia menetap di Amerika selama puluhan ribu tahun. 126 00:09:22,000 --> 00:09:25,680 Perlu ada keterbukaan untuk kemungkinan ada tempoh masa 127 00:09:25,680 --> 00:09:29,280 membangunkan budaya, pengetahuan sofistikated tentang syurga 128 00:09:29,280 --> 00:09:31,480 dan menzahirkannya melalui monumen. 129 00:09:33,280 --> 00:09:36,600 Mungkinkah maklumat astronomi terperinci ini jadi bukti 130 00:09:36,600 --> 00:09:39,640 bahawa tamadun Zaman Ais hilang yang saya cari 131 00:09:39,640 --> 00:09:44,040 meninggalkan legasi idea di bahagian lain Amerika Utara juga? 132 00:09:53,960 --> 00:09:56,120 Sejauh 1,300 batu dari Ohio... 133 00:10:02,240 --> 00:10:04,720 di sudut barat laut New Mexico, 134 00:10:05,320 --> 00:10:08,360 saya tiba di padang pasir dingin beraltitud tinggi 135 00:10:08,960 --> 00:10:11,760 diukir oleh mesa dan bukit puncak rata yang menjulang tinggi. 136 00:10:13,840 --> 00:10:16,680 Badlands di barat daya Amerika Syarikat 137 00:10:16,680 --> 00:10:20,240 memiliki keadaan buruk paling ekstrem dan pemandangan menakjubkan, 138 00:10:20,840 --> 00:10:22,960 bersilang dengan ngarai purba 139 00:10:22,960 --> 00:10:26,520 dengan cenuram batu pasir hampir menegak di kedua-dua belah. 140 00:10:30,520 --> 00:10:34,280 Kita mungkin fikir persekitaran terpencil Badlands ini 141 00:10:34,280 --> 00:10:38,240 tidak sesuai untuk projek pembinaan berskala besar, 142 00:10:38,240 --> 00:10:40,480 sama ada sekarang atau zaman purba. 143 00:10:41,360 --> 00:10:42,720 Tapi itu silap. 144 00:10:44,280 --> 00:10:48,320 Ngarai ini menempatkan antara tapak arkeologi yang paling penting 145 00:10:48,320 --> 00:10:49,280 di Amerika Utara. 146 00:10:52,320 --> 00:10:56,200 Puluhan struktur buatan manusia purba bertaburan berbatu-batu jauhnya 147 00:10:56,200 --> 00:10:57,920 merentasi lantai lembah, 148 00:10:59,080 --> 00:11:01,080 dari kamar-kamar kecil terasing 149 00:11:02,440 --> 00:11:05,440 ke rumah-rumah besar. 150 00:11:07,440 --> 00:11:09,960 Inilah Ngarai Chaco. 151 00:11:10,640 --> 00:11:14,880 NGARAI CHACO NEW MEXICO 152 00:11:17,280 --> 00:11:19,760 Walaupun lebih seabad penyelidikan, 153 00:11:21,080 --> 00:11:25,880 bangunan purba yang kita lihat di Ngarai Chaco kekal membingungkan. 154 00:11:26,920 --> 00:11:31,200 Asal usul dan fungsinya masih hangat didebatkan. 155 00:11:36,680 --> 00:11:40,520 Misteri utama di tengah ngarai... 156 00:11:44,200 --> 00:11:47,480 ialah rumah paling besar antara semua. 157 00:11:52,360 --> 00:11:56,200 Nama tempat ini ialah Pueblo Bonito bermaksud "bandar yang indah." 158 00:11:59,760 --> 00:12:02,040 Ketinggiannya beberapa tingkat, 159 00:12:03,080 --> 00:12:07,160 ia labirin bilik, koridor, 160 00:12:09,000 --> 00:12:12,720 dan kepungan separa bawah tanah yang membulat dan sangat luas. 161 00:12:14,760 --> 00:12:18,040 Malah hari ini, berabad-abad selepas semua kerja itu terhenti, 162 00:12:18,040 --> 00:12:20,000 ia menambat perhatian kita secara paksa. 163 00:12:22,080 --> 00:12:25,600 Pueblo Bonito ialah projek pembinaan yang besar. 164 00:12:27,520 --> 00:12:29,840 Beratus-ratus bilik telah dipetakan, 165 00:12:32,160 --> 00:12:37,000 banyak yang dibina secara misteri tanpa jalan keluar atau masuk. 166 00:12:39,880 --> 00:12:42,400 Ahli arkeologi bekerja di sini berdekad-dekad 167 00:12:42,400 --> 00:12:44,560 dan buat banyak penemuan penting. 168 00:12:45,720 --> 00:12:48,160 Namun, ia masih mengelirukan tafsiran. 169 00:12:52,160 --> 00:12:54,680 Namun satu perkara yang kita pasti, 170 00:12:54,680 --> 00:12:57,880 rupa Pueblo Bonito pada masa kemuncak kegemilangannya. 171 00:13:01,040 --> 00:13:03,680 Kawasan itu ialah separa bulatan besar 172 00:13:04,320 --> 00:13:07,520 dengan dinding lurus menghadap lantai ngarai. 173 00:13:08,640 --> 00:13:13,200 Bangunan segi empat tepat bertindan di lengkungnya, empat tingkat, 174 00:13:15,760 --> 00:13:18,160 mencipta sebanyak 800 bilik, 175 00:13:18,680 --> 00:13:22,400 mengelilingi sebuah plaza dipisahkan oleh dinding tengah 176 00:13:23,000 --> 00:13:27,320 dengan beberapa struktur bulat separa bawah tanah di setiap sisi. 177 00:13:30,880 --> 00:13:33,000 Jadi, siapa pembinanya? 178 00:13:33,000 --> 00:13:36,360 Kenapa mereka bersungguh 179 00:13:36,360 --> 00:13:39,200 mencipta bangunan yang luar biasa ini? 180 00:13:43,440 --> 00:13:48,920 {\an8}Nathan Hatfield, secara rasminya Ketua Pentafsiran Ngarai Chaco, 181 00:13:49,480 --> 00:13:52,160 meluangkan hampir sedekad mengkaji struktur di sini. 182 00:13:56,240 --> 00:13:58,440 Jelaskan tentang tempat kita berdiri ini. 183 00:13:59,120 --> 00:14:03,200 Struktur ini merupakan bangunan terbesar di Amerika Utara 184 00:14:03,200 --> 00:14:06,360 hingga pertengahan abad ke-19. 185 00:14:09,440 --> 00:14:12,640 Ahli arkeologi gagal buat tarikh karbon batu itu. 186 00:14:13,920 --> 00:14:16,960 Namun, guna kaedah pentarikhan gelang pokok yang sangat tepat 187 00:14:16,960 --> 00:14:18,560 pada alang kayunya, 188 00:14:18,560 --> 00:14:22,080 mereka dapat tentukan pelbagai fasa pembinaan. 189 00:14:24,080 --> 00:14:26,520 Ia tak dibina dalam satu tempoh masa. 190 00:14:26,520 --> 00:14:29,800 Ini dibina selama beberapa abad. 191 00:14:29,800 --> 00:14:32,680 Jadi, bahagian paling lama Pueblo Bonito, 192 00:14:32,680 --> 00:14:34,880 bilakah tarikh pembinaannya? 193 00:14:34,880 --> 00:14:37,240 Ia dibina sekitar tahun 850. 194 00:14:37,840 --> 00:14:39,720 - Tahun 850 Masihi? - Ya. 195 00:14:39,720 --> 00:14:40,640 Ya. 196 00:14:41,160 --> 00:14:47,360 Pembinaannya berterusan sekurang-kurangnya 200 tahun, mungkin lebih lama. 197 00:14:48,000 --> 00:14:51,800 Ini sebelum kawasan itu diduduki oleh orang Pueblo moden... 198 00:14:52,440 --> 00:14:53,880 850 - 1,150 TAHUN LALU 199 00:14:53,880 --> 00:14:56,680 ...seperti orang Hopi, Zuni dan Acoma. 200 00:14:56,680 --> 00:14:58,960 850 - 1,150 TAHUN LALU 201 00:14:59,880 --> 00:15:05,040 Pueblo Bonito dibina oleh leluhur puak Pueblo. 202 00:15:05,040 --> 00:15:06,880 Atas sebab yang kami tak tahu, 203 00:15:06,880 --> 00:15:12,040 mereka pilih Ngarai Chaco menjadi pusat budaya mereka. 204 00:15:12,840 --> 00:15:17,520 Pueblo Bonito akan jadi bangunan terbesar 205 00:15:17,520 --> 00:15:19,520 di pusat kebudayaan ini. 206 00:15:21,280 --> 00:15:24,600 Pusat kebudayaan berserta Pueblo Bonito, 207 00:15:24,600 --> 00:15:27,360 memiliki lebih sedozen rumah besar lain. 208 00:15:29,400 --> 00:15:34,080 Mengapa mereka bina semua struktur ini di Ngarai Chaco? 209 00:15:35,760 --> 00:15:39,640 Wujudkah populasi penduduk yang kekal di sini? 210 00:15:40,280 --> 00:15:46,920 Tidak. Ahli arkeologi tak temui bukti yang menyokong populasi besar. 211 00:15:49,080 --> 00:15:54,080 Jika rumah-rumah besar ini tidak dibina untuk menempatkan orang, 212 00:15:54,720 --> 00:15:56,080 apa tujuan ia dibina? 213 00:15:59,600 --> 00:16:04,440 Dalam runtuhan itu, ahli arkeologi temui lebih 100 pengebumian ritual... 214 00:16:08,440 --> 00:16:12,680 bersama tembikar bercorak geometri yang menakjubkan 215 00:16:13,880 --> 00:16:19,000 {\an8}dan artifak yang diketahui berasal dari ratusan, mungkin ribuan batu jauhnya. 216 00:16:19,000 --> 00:16:20,280 {\an8}LOCENG TEMBAGA MEXICO 217 00:16:20,280 --> 00:16:23,800 {\an8}Kami dapati banyak usaha dibuat 218 00:16:24,840 --> 00:16:27,880 untuk menciptanya sebagai pusat dunia. 219 00:16:31,120 --> 00:16:33,760 Apabila bukti ditemui, jelas menunjukkan 220 00:16:33,760 --> 00:16:36,680 ia merupakan pusat ziarah, 221 00:16:36,680 --> 00:16:39,720 tempat orang datang dari semua arah, 222 00:16:39,720 --> 00:16:42,240 tertarik dengan keajaiban tempat itu. 223 00:16:42,960 --> 00:16:45,720 Jelas sekali ia sejenis tempat suci. 224 00:16:48,880 --> 00:16:51,760 Berdasarkan kesimpulan itu, struktur bulat yang kita temui 225 00:16:51,760 --> 00:16:55,600 di hampir semua bangunan Chaco lebih munasabah. 226 00:16:56,800 --> 00:17:00,160 Hopi, keturunan puak Pueblo, 227 00:17:00,160 --> 00:17:02,720 menggelar struktur itu kiva. 228 00:17:03,760 --> 00:17:05,080 Jelaskan tentang kiva. 229 00:17:05,080 --> 00:17:08,320 Apa pemahaman awak tentang kiva dulu dan sekarang? 230 00:17:08,920 --> 00:17:12,800 Ia dah dipersetujui bahawa kiva ialah ruang upacara. 231 00:17:12,800 --> 00:17:15,200 Ada ciri-ciri yang agak biasa. 232 00:17:15,720 --> 00:17:17,200 Ada bangku. 233 00:17:17,200 --> 00:17:20,760 Di kiva yang lebih besar, ada kekubah lantai. 234 00:17:20,760 --> 00:17:24,880 Kebanyakannya sejenis pendiangan kayu api. 235 00:17:26,360 --> 00:17:28,880 Bagi orang Hopi dan Pueblo hari ini, 236 00:17:28,880 --> 00:17:32,760 kiva ialah ruang kerohanian dan politik, 237 00:17:32,760 --> 00:17:35,800 tempat mereka berkumpul untuk lakukan ritual suci. 238 00:17:35,800 --> 00:17:37,800 Ia tradisi budaya berterusan? 239 00:17:37,800 --> 00:17:40,200 - Ia diguna untuk upacara? - Ya. 240 00:17:41,120 --> 00:17:43,720 Upacara dulu dan sekarang 241 00:17:43,720 --> 00:17:46,920 disertakan dengan pemakanan sejenis tembakau istimewa. 242 00:17:49,000 --> 00:17:51,000 {\an8}Utara Chaco di Utah, 243 00:17:51,000 --> 00:17:54,960 ahli arkeologi yang mengkaji pendiangan purba buatan manusia 244 00:17:54,960 --> 00:17:57,560 temui benih spesies halusinogenik, 245 00:17:58,280 --> 00:17:59,520 tembakau koyote. 246 00:18:00,520 --> 00:18:04,120 Benih itu bertarikh karbon 12,300 tahun lalu, 247 00:18:05,000 --> 00:18:09,080 menunjukkan manusia guna tembakau di sini sejak Zaman Ais. 248 00:18:09,800 --> 00:18:12,680 Ada kemungkinan tumbuhan halusinogenik 249 00:18:12,680 --> 00:18:17,040 masih diguna beribu-ribu tahun kemudian dalam upacara di Chaco, 250 00:18:19,520 --> 00:18:22,320 seperti pawang Amazon menggunakan ayahuasca. 251 00:18:26,000 --> 00:18:29,000 Mungkinkah tradisi pawang ini, 252 00:18:29,000 --> 00:18:31,080 sejarak beribu-ribu batu, 253 00:18:31,600 --> 00:18:34,920 merupakan legasi sistem kepercayaan tunggal yang lebih purba 254 00:18:34,920 --> 00:18:37,760 yang meninggalkan kesannya merentasi benua Amerika? 255 00:18:39,440 --> 00:18:42,640 Untuk meneroka misteri kiva dengan lebih mendalam, 256 00:18:42,640 --> 00:18:47,800 saya menuju ke pinggir ngarai, 0.8 kilometer selatan Pueblo Bonito 257 00:18:49,080 --> 00:18:50,920 ke kiva terbesar, 258 00:18:52,840 --> 00:18:54,080 Casa Rinconada. 259 00:18:57,840 --> 00:19:00,480 Tak seperti kebanyakan kiva Chaco, 260 00:19:00,480 --> 00:19:03,880 Casa Rinconada menonjol daripada bangunan besar lain. 261 00:19:06,080 --> 00:19:08,040 Di dalam kepungan terbenam, 262 00:19:08,040 --> 00:19:11,160 ambang pintu berbentuk T di dinding, 263 00:19:11,880 --> 00:19:15,520 bukaan yang menghadap hampir sempurna ke utara dan selatan. 264 00:19:17,640 --> 00:19:21,760 Seperti foto selang masa menunjukkan, tepat di atas ambang pintu, 265 00:19:21,760 --> 00:19:25,600 langit malam berputar mengelilingi bintang utara Polaris. 266 00:19:27,920 --> 00:19:31,400 Ada sesuatu yang saya cam tentang Casa Rinconada. 267 00:19:33,560 --> 00:19:37,120 {\an8}Ia mengingatkan saya kepada tapak megalitik Göbekli Tepe Zaman Ais 268 00:19:37,120 --> 00:19:38,440 {\an8}jauh di Turkiye. 269 00:19:40,720 --> 00:19:44,360 Di sana, kamar terbenam berbentuk bulat seperti kiva 270 00:19:45,160 --> 00:19:46,840 mempunyai tiang berbentuk T, 271 00:19:47,360 --> 00:19:50,600 yang juga sejajar dengan titik tertentu di syurga. 272 00:19:53,200 --> 00:19:55,320 Namun bagaimana struktur purba ini 273 00:19:55,320 --> 00:19:58,880 terpisah jauh oleh geografi dan masa, 274 00:19:59,400 --> 00:20:00,680 ada kaitan? 275 00:20:01,440 --> 00:20:03,320 Saya terdorong buat spekulasi. 276 00:20:04,440 --> 00:20:07,960 Mitos asal usul Hopi memberi petunjuk. 277 00:20:09,200 --> 00:20:12,320 Hopi percaya manusia hidup di dunia keempat, 278 00:20:12,320 --> 00:20:15,560 ada tiga kemunculan sebelum ini 279 00:20:15,560 --> 00:20:18,080 dari alam bawah tanah. 280 00:20:22,920 --> 00:20:26,880 Menurut legenda Hopi, selepas mencipta makhluk hidup pertama, 281 00:20:27,440 --> 00:20:30,840 roh matahari mengarahkan utusannya, Nenek Labah-labah, 282 00:20:31,440 --> 00:20:35,760 untuk membimbing hidupan yang berevolusi melalui dua dunia pertama. 283 00:20:38,720 --> 00:20:39,920 Di dunia ketiga, 284 00:20:39,920 --> 00:20:43,240 dia mengajar manusia awal cara menenun dan membuat tembikar, 285 00:20:43,760 --> 00:20:46,120 mengajar tentang kebaikan dan kejahatan. 286 00:20:49,440 --> 00:20:52,000 Namun, ada yang memilih kejahatan. 287 00:20:54,840 --> 00:20:59,440 Roh matahari yang murka arahkan mereka yang baik hati untuk teruskan hidup. 288 00:21:00,960 --> 00:21:04,640 Mereka diangkat melalui mensiang gergasi ke lubang di langit. 289 00:21:05,560 --> 00:21:09,040 Nenek Labah-labah bantu mereka muncul di dunia baru, 290 00:21:09,640 --> 00:21:13,320 dunia keempat, tempat keturunan mereka masih hidup hari ini. 291 00:21:16,840 --> 00:21:21,640 Hopi menganggap ciri geologi luar biasa di Grand Canyon sebagai suci. 292 00:21:22,160 --> 00:21:25,360 Mereka percaya ia titik kemunculan mitos. 293 00:21:26,680 --> 00:21:28,320 Mereka memanggilnya sipapu. 294 00:21:29,560 --> 00:21:31,400 Tiada sesiapa dibenarkan hampirinya, 295 00:21:31,400 --> 00:21:34,920 tapi secara simbolik, ia direplikasi di seluruh dunia Hopi. 296 00:21:38,080 --> 00:21:43,880 Dalam budaya Pueblo, lubang di lantai kiva juga dikenali sebagai sipapu, 297 00:21:43,880 --> 00:21:49,000 dan inilah tempat asal orang purba muncul dari dunia lalu 298 00:21:49,000 --> 00:21:53,120 yang telah dimusnahkan ke dalam dunia yang kita diami hari ini. 299 00:21:54,280 --> 00:21:57,040 Di sinilah saya ingin buat perbandingan 300 00:21:57,040 --> 00:21:59,440 yang mungkin nampak sangat ekstrem. 301 00:21:59,440 --> 00:22:04,080 Saya cuma tertanya-tanya sama ada ia kembali ke satu masa 302 00:22:04,080 --> 00:22:08,000 apabila manusia perlu berlindung di bawah tanah. 303 00:22:08,640 --> 00:22:13,360 Kita tahu ada masa begitu sekitar 12,800 tahun lalu 304 00:22:13,360 --> 00:22:15,400 pada permulaan Younger Dryas. 305 00:22:17,520 --> 00:22:19,320 Walaupun masih diperdebatkan, 306 00:22:19,320 --> 00:22:22,560 ramai saintis percaya bencana yang menggegar Bumi 307 00:22:22,560 --> 00:22:27,800 dan banjir pada masa itu disebabkan impak kosmos dan letusan udara 308 00:22:28,480 --> 00:22:30,600 semasa Bumi melalui ruang serpihan 309 00:22:30,600 --> 00:22:32,680 komet yang hancur. 310 00:22:35,680 --> 00:22:38,440 Jika musuh ialah bahaya dari langit, 311 00:22:38,440 --> 00:22:41,960 jika kita melihat impak komet gergasi yang terpecah, 312 00:22:42,520 --> 00:22:45,000 struktur bawah tanah sangat masuk akal. 313 00:22:45,920 --> 00:22:48,840 Hubungan purba yang mendalam itu bukan hubungan langsung. 314 00:22:48,840 --> 00:22:51,640 Ia memori tersimpan dalam tradisi lisan 315 00:22:52,200 --> 00:22:55,760 bahawa ada masanya leluhur kita perlu muncul 316 00:22:55,760 --> 00:22:58,760 dari bawah tanah untuk ke dunia baru 317 00:22:58,760 --> 00:23:03,160 yang telah musnah dalam bencana dan untuk isi semula dunia baru itu. 318 00:23:06,080 --> 00:23:07,360 Saya nak jelaskan. 319 00:23:07,360 --> 00:23:12,000 Saya tak meragui kiva yang hebat ini bertarikh 1,000 tahun lalu, 320 00:23:12,000 --> 00:23:14,960 tapi saya syak pembinanya memaparkan ciri-ciri 321 00:23:14,960 --> 00:23:19,200 legasi pengetahuan dan idea yang jauh lebih lama. 322 00:23:20,480 --> 00:23:24,200 Seperti idea lain yang kita lihat berulang kali 323 00:23:24,200 --> 00:23:26,520 di semua tapak purba Amerika ini, 324 00:23:27,320 --> 00:23:30,920 kepentingan ilmu astronomi dan geometri. 325 00:23:34,320 --> 00:23:38,680 Di Pueblo Bonito, seluruh struktur sejajar sempurna 326 00:23:38,680 --> 00:23:42,840 ke arah kardinal, utara, selatan, timur dan barat, 327 00:23:43,600 --> 00:23:47,200 menunjukkan pembinanya faham tempat mereka di planet ini. 328 00:23:48,200 --> 00:23:52,640 Tambahan pula, pada ekuinoks, sesuatu yang ajaib berlaku. 329 00:23:53,320 --> 00:23:58,240 Matahari terbit dan terbenam sempurna dengan sebelah barat tembok selatan. 330 00:24:00,480 --> 00:24:02,800 Ia bukan kebetulan rawak. 331 00:24:03,480 --> 00:24:05,080 Ia dirancang dengan baik. 332 00:24:05,680 --> 00:24:08,920 Orang tertarik kerana 333 00:24:08,920 --> 00:24:11,680 ia langit sama yang kita boleh lihat hari ini. 334 00:24:11,680 --> 00:24:13,680 - Ya. - Masih boleh nampak penjajaran itu. 335 00:24:16,160 --> 00:24:21,400 Saya dengar ada jawatan paderi matahari di sini pada masa lalu. Betul? 336 00:24:21,400 --> 00:24:24,880 Paderi matahari ialah pemerhati matahari. 337 00:24:24,880 --> 00:24:27,640 Ada yang bertanggungjawab dalam seni bina. 338 00:24:27,640 --> 00:24:30,760 Ada yang bertanggungjawab untuk memerhati langit. 339 00:24:30,760 --> 00:24:31,680 Ya. 340 00:24:33,360 --> 00:24:37,040 Apakah peristiwa cakerawala utama yang mereka jejaki? 341 00:24:37,040 --> 00:24:41,400 Solstis musim panas, solstis musim sejuk, ekuinoks, matahari terbit dari timur? 342 00:24:41,400 --> 00:24:43,920 Itu berkaitan dengan pertanian. 343 00:24:43,920 --> 00:24:45,000 Ya. 344 00:24:45,000 --> 00:24:50,720 Ada kalendar landskap penting untuk kelangsungan hidup. 345 00:24:50,720 --> 00:24:53,640 Hakikat mereka mampu lakukannya 346 00:24:53,640 --> 00:24:56,360 dengan struktur monumental ini, 347 00:24:56,960 --> 00:25:01,800 saya rasa ia bergantung pada keupayaan mereka memajukan pertanian. 348 00:25:03,720 --> 00:25:07,600 Saya pernah dengar hujah ini, tapi ada masalah dengan andaian 349 00:25:07,600 --> 00:25:10,560 semua usaha ini hanya berkaitan dengan pertanian. 350 00:25:13,640 --> 00:25:18,600 Kira-kira 145 kilometer ke utara Ngarai Chaco, ada rabung batu pasir 351 00:25:19,240 --> 00:25:24,240 dengan dua kemuncak yang dikenali sebagai Batu Cerobong dan Batu Pengiring. 352 00:25:25,960 --> 00:25:30,640 Kami jumpa rumah besar Chaco berhampiran, lengkap dengan dua kiva. 353 00:25:31,760 --> 00:25:37,120 Rupa-rupanya seluruh struktur itu diletakkan di sana 354 00:25:37,120 --> 00:25:39,280 dalam penjajaran yang sangat tepat 355 00:25:39,280 --> 00:25:45,880 untuk membolehkan pemerhatian kejadian bulan sekali setiap 18.6 tahun 356 00:25:45,880 --> 00:25:48,920 iaitu pegun utara bulan paling ekstrem. 357 00:25:50,320 --> 00:25:52,480 Ketika bulan terbit dan terbenam 358 00:25:52,480 --> 00:25:55,480 mencapai titik paling utara di langit malam 359 00:25:56,080 --> 00:25:58,960 sebelum terbit dan terbenam jauh ke selatan 360 00:25:58,960 --> 00:26:01,080 sebagai sebahagian kitaran berulang. 361 00:26:02,520 --> 00:26:07,000 Bulan terbit di antara Batu Cerobong dan Batu Pengiring 362 00:26:07,000 --> 00:26:09,720 hanya pada masa itu dan bukan pada masa lain. 363 00:26:11,480 --> 00:26:14,520 Inilah jenis pengetahuan yang perlu diwariskan 364 00:26:14,520 --> 00:26:16,120 generasi ke generasi. 365 00:26:16,960 --> 00:26:18,760 Kita tak perasan sekali saja 366 00:26:18,760 --> 00:26:21,600 dan bina struktur untuk memperingatinya. 367 00:26:23,880 --> 00:26:27,080 Ini menunjukkan usaha intelektual purba 368 00:26:27,080 --> 00:26:30,280 untuk memahami kosmos yang mengelilingi kita, 369 00:26:30,280 --> 00:26:34,960 dan kosmos penuh pergerakan dan perubahan, 370 00:26:35,640 --> 00:26:38,720 dan pemerhatian jangka panjang pergerakan dan perubahan itu 371 00:26:38,720 --> 00:26:41,360 memerlukan usaha yang berdedikasi, 372 00:26:41,360 --> 00:26:43,520 dalam banyak kes selama beribu-ribu tahun. 373 00:26:46,400 --> 00:26:49,200 Sebaik saja penyelidik mula mencari penjajaran bulan 374 00:26:49,200 --> 00:26:51,440 di bangunan di Ngarai Chaco, 375 00:26:51,440 --> 00:26:54,080 pelbagai contoh yang luar biasa ditemui. 376 00:26:56,640 --> 00:27:00,960 Apabila bulan tiba pegun selatan ekstrem pada musim sejuk, 377 00:27:00,960 --> 00:27:03,800 sekali lagi setiap 18.6 tahun, 378 00:27:04,640 --> 00:27:09,080 ia terbit dalam satu garisan melalui tiga rumah besar sejarak 9.6 kilometer 379 00:27:09,080 --> 00:27:11,160 dengan Pueblo Bonito di tengahnya. 380 00:27:12,160 --> 00:27:15,960 Kira-kira 9.3 tahun kemudian, pada pertengahan kitaran ini, 381 00:27:16,560 --> 00:27:20,000 bulan musim panas terbit dalam garisan merentasi struktur besar 382 00:27:20,000 --> 00:27:25,080 {\an8}di timur Pueblo Bonito ke rumah besar 17.7 kilometer ke barat daya, 383 00:27:27,640 --> 00:27:31,720 ketika bulan terbenam yang sama menyinari sebuah rumah besar, 384 00:27:31,720 --> 00:27:33,880 sekali lagi, melalui Pueblo Bonito, 385 00:27:33,880 --> 00:27:38,560 lebih 27 kilometer di sebalik ngarai ke satu lagi rumah besar. 386 00:27:40,200 --> 00:27:41,800 Satu perkara yang pasti. 387 00:27:42,320 --> 00:27:47,000 Kitaran bulan 18.6 tahun tiada pengaruh langsung 388 00:27:47,560 --> 00:27:49,240 dalam pertumbuhan tanaman. 389 00:27:49,240 --> 00:27:53,480 Jadi, kenapa orang Pueblo purba buat usaha besar 390 00:27:53,480 --> 00:27:55,760 menandakannya dalam seni bina mereka? 391 00:27:56,960 --> 00:28:01,000 Memang ketara tiada tujuan ekonomi terlibat, 392 00:28:01,000 --> 00:28:05,200 ini tentang meraikan hubungan itu antara langit dan bumi. 393 00:28:07,400 --> 00:28:11,520 Apa yang jelas sekarang semua struktur Chaco ini bergabung 394 00:28:11,520 --> 00:28:14,880 untuk membentuk kalendar ritual terbentang di bumi... 395 00:28:18,480 --> 00:28:21,920 di ngarai yang mungkin telah dipilih untuk tujuan ini 396 00:28:22,440 --> 00:28:25,120 sebagai wakil Bumi dalam Bima Sakti. 397 00:28:27,760 --> 00:28:32,480 Tapi hubungan dengan kosmos, langit dan tanah, di atas, di bawah, 398 00:28:33,200 --> 00:28:35,320 yang amat penting dalam budaya Chaco 399 00:28:35,320 --> 00:28:38,520 tidak terhad dengan kompleks bangunannya yang luas. 400 00:28:42,000 --> 00:28:45,120 Kira-kira lapan kilometer ke tenggara tengah Chaco, 401 00:28:47,280 --> 00:28:49,320 saya mendaki dari lantai ngarai 402 00:28:51,080 --> 00:28:55,800 untuk mencari sesuatu yang menarik yang menghiasi dinding ngarai lasak ini. 403 00:28:59,360 --> 00:29:04,240 Karya seni purba diukir pada batu hidup. 404 00:29:09,800 --> 00:29:13,000 Ini rekod berharga, cerita pada batu 405 00:29:13,000 --> 00:29:16,480 yang sentiasa dipinda, diubah dan ditambah 406 00:29:16,480 --> 00:29:19,440 dalam masa entah berapa ribu tahun. 407 00:29:21,680 --> 00:29:24,480 Ada figura manusia yang kelihatan seperti menari 408 00:29:24,480 --> 00:29:26,560 dan bermain alat muzik. 409 00:29:29,080 --> 00:29:32,800 Bentuk pilin dan lingkaran ular di sepanjang dinding ngarai, 410 00:29:33,440 --> 00:29:37,640 yang juga memaparkan makhluk aneh dan bentuk geometri, 411 00:29:37,640 --> 00:29:40,840 sama seperti yang muncul dalam karya seni Amazon, 412 00:29:40,840 --> 00:29:43,000 mungkin diilhamkan oleh psikedelik. 413 00:29:44,880 --> 00:29:48,320 Di mana-mana bahagian dunia dan apa pun zaman sejarahnya, 414 00:29:48,320 --> 00:29:51,920 apabila berkaitan seni gua, petroglif dan seni batu, 415 00:29:51,920 --> 00:29:55,200 kita berterusan jumpa visual sama 416 00:29:55,200 --> 00:29:57,600 yang turut ditemui dalam pengalaman ayahuasca 417 00:29:57,600 --> 00:29:59,440 dan psikedelik lain diulangi. 418 00:30:02,840 --> 00:30:05,200 Sama seperti unsur-unsur bayangan ini, 419 00:30:05,200 --> 00:30:10,360 seni batu Chaco mencerminkan fokus sama tentang astronomi dalam seni binanya. 420 00:30:13,320 --> 00:30:16,480 Imej ini telah ditafsirkan sebagai gerhana, 421 00:30:17,240 --> 00:30:21,320 matahari digelapkan bulan, sementara koronanya memancar ke luar. 422 00:30:23,600 --> 00:30:25,840 Ini pula supernova, 423 00:30:25,840 --> 00:30:28,880 kini diketahui dapat dilihat di langit siang 424 00:30:29,480 --> 00:30:33,680 semasa zaman leluhur Pueblo pada tahun 1054 M. 425 00:30:34,680 --> 00:30:38,600 Kenapa cipta imej begitu di lokasi yang sukar dicapai 426 00:30:39,120 --> 00:30:41,680 melainkan ada sebab kukuh untuk buat begitu? 427 00:30:43,160 --> 00:30:48,640 Tanpa motif ekonomi, strategik atau politik yang jelas, 428 00:30:48,640 --> 00:30:52,280 ini menunjukkan tujuan yang lebih tinggi pasti terlibat. 429 00:30:53,560 --> 00:30:56,000 Nampaknya semakin jelas 430 00:30:56,000 --> 00:30:59,440 Ngarai Chaco ialah landskap ritual 431 00:30:59,440 --> 00:31:03,880 dan asal usulnya tak boleh dihadkan kepada seribu tahun lalu, 432 00:31:03,880 --> 00:31:08,360 tapi mesti undur lebih jauh lagi, mungkin hingga ke Zaman Ais terakhir. 433 00:31:14,000 --> 00:31:18,600 Sepengetahuan awak, sejauh mana kita boleh jejaki masa lalu 434 00:31:18,600 --> 00:31:21,280 sebarang kehadiran manusia di Ngarai Chaco? 435 00:31:21,280 --> 00:31:25,880 Mungkin awak dengar baru-baru ini di Tugu Negara White Sands... 436 00:31:25,880 --> 00:31:28,280 Kesan tapak kaki 23,000 tahun di White Sands. 437 00:31:28,280 --> 00:31:30,840 - Itu tak jauh dari sini. - Tak jauh. 438 00:31:30,840 --> 00:31:35,120 Jadi, ada kemungkinan manusia mungkin berada di Ngarai Chaco, 439 00:31:35,800 --> 00:31:40,680 mungkin 10,000 tahun sebelum mana-mana bangunan itu dibina. 440 00:31:43,120 --> 00:31:45,080 Rasanya mereka 441 00:31:45,080 --> 00:31:50,280 memerhati landskap dan langit selama bergenerasi lamanya 442 00:31:50,280 --> 00:31:52,880 - sebelum buat keputusan membina. - Ya. 443 00:31:57,440 --> 00:31:59,480 Ngarai Chaco memiliki kesan-kesan 444 00:31:59,480 --> 00:32:02,840 budaya ahli astronomi yang sangat sofistikated. 445 00:32:03,720 --> 00:32:09,000 Fokus mereka pada kitaran tetap matahari, bulan dan bintang 446 00:32:09,960 --> 00:32:12,360 dan keagungan kosmos yang lebih luas 447 00:32:12,360 --> 00:32:15,320 bukan sekadar sifat aneh mereka. 448 00:32:15,320 --> 00:32:17,480 Ia dikongsi dengan cara sama, 449 00:32:17,480 --> 00:32:22,440 menggunakan simbolisme, seni, dan penjajaran seni bina yang sama 450 00:32:22,440 --> 00:32:25,560 dengan budaya purba lain di seluruh dunia. 451 00:32:27,680 --> 00:32:31,840 {\an8}Seperti megalitik Kuil Mnajdra di Malta yang sejajar tepat 452 00:32:31,840 --> 00:32:34,360 {\an8}untuk merekodkan ekuinoks dan solstis. 453 00:32:36,480 --> 00:32:39,560 {\an8}Seperti paksi Kuil Karnak agung di Mesir 454 00:32:39,560 --> 00:32:42,200 {\an8}menyasarkan matahari terbit solstis musim sejuk. 455 00:32:44,400 --> 00:32:47,480 {\an8}Seperti ketepatan yang menara pusat 456 00:32:47,480 --> 00:32:49,560 {\an8}Angkor Wat di Kemboja 457 00:32:49,560 --> 00:32:52,520 sejajar dengan matahari terbit pada ekuinoks. 458 00:32:53,480 --> 00:32:57,000 Nampaknya ada projek seni bina seluruh dunia 459 00:32:57,000 --> 00:33:01,400 untuk menghasilkan semula harmoni dan arah langit 460 00:33:01,400 --> 00:33:05,280 di monumen atas tanah untuk bawa syurga ke Bumi. 461 00:33:08,240 --> 00:33:12,680 Namun sejauh mana projek sejagat manusia ini dilaksanakan? 462 00:33:19,400 --> 00:33:20,360 Ada petunjuk 463 00:33:20,360 --> 00:33:23,880 di salah satu tempat tamadun paling berjaya di Amerika 464 00:33:26,280 --> 00:33:30,400 yang pernah mendominasi tempat yang kini selatan Mexico dan Amerika Tengah. 465 00:33:31,560 --> 00:33:32,520 Tamadun Maya. 466 00:33:35,000 --> 00:33:39,080 Bagi saya, tamadun Maya merupakan antara budaya paling menarik 467 00:33:39,080 --> 00:33:40,480 di dunia purba 468 00:33:41,240 --> 00:33:45,360 dan budaya yang penuh misteri dan percanggahan. 469 00:33:48,000 --> 00:33:50,640 Ramai keturunan Maya masih tinggal di sini hari ini 470 00:33:52,440 --> 00:33:56,280 di landskap Chiapas dan Semenanjung Yucatán yang indah. 471 00:34:00,120 --> 00:34:03,600 Di sini, lama sebelum orang Inca dan budaya Pueblo di Chaco... 472 00:34:04,040 --> 00:34:05,080 TAMADUN MAYA 473 00:34:05,080 --> 00:34:07,400 ...tamadun Maya berkembang maju. 474 00:34:09,200 --> 00:34:13,240 Ia satu budaya yang menzahirkan kebijaksanaannya dalam pelbagai cara, 475 00:34:14,520 --> 00:34:17,960 terutamanya melalui pencapaian seni bina mengagumkan. 476 00:34:20,640 --> 00:34:23,520 Dikelilingi hutan hujan tanah pamah yang tebal, 477 00:34:23,520 --> 00:34:27,400 inilah alam suci orang Maya di Palenque. 478 00:34:40,040 --> 00:34:43,400 Palenque merupakan tempat yang sangat menakjubkan. 479 00:34:44,240 --> 00:34:46,560 Dengan seni bina dan kejuruteraan mengagumkan, 480 00:34:46,560 --> 00:34:49,360 ia memiliki semua ciri tapak klasik Maya. 481 00:34:52,400 --> 00:34:53,560 Piramid menjulang tinggi, 482 00:34:55,600 --> 00:34:57,040 gelanggang upacara, 483 00:34:58,240 --> 00:34:59,440 istana tersergam gah 484 00:35:00,840 --> 00:35:04,240 dan kuil dipenuhi imejan menarik. 485 00:35:06,760 --> 00:35:10,000 Mungkin orang Maya terkenal dengan seni bina hebat, 486 00:35:10,000 --> 00:35:14,040 untuk kompleks piramid menakjubkan yang mereka cipta, 487 00:35:14,040 --> 00:35:18,920 biasanya piramid bertingkat, dan keanggunan rekaan yang cantik 488 00:35:18,920 --> 00:35:21,480 serta ketepatan skil kerja yang tinggi. 489 00:35:21,480 --> 00:35:24,880 Itu menunjukkan kita berdepan dengan budaya maju. 490 00:35:29,720 --> 00:35:35,000 {\an8}Pakar dan pemandu pelancong Maya, Mildred Lucas Garcia, menumpukan sedekad 491 00:35:35,000 --> 00:35:37,040 untuk lebih memahami Palenque. 492 00:35:38,800 --> 00:35:41,520 Bila kerja-kerja bermula di sini? 493 00:35:41,520 --> 00:35:43,520 Berapa lama tapak ini diduduki? 494 00:35:44,160 --> 00:35:47,600 Yayasan bandar ini bermula pada tahun 200 SM 495 00:35:47,600 --> 00:35:50,640 dan ditinggalkan pada tahun 900-an Masehi. 496 00:35:50,640 --> 00:35:51,560 Ya. 497 00:35:51,560 --> 00:35:55,080 Apabila saya lihat tapak yang hebat, piramid besar ini, 498 00:35:55,080 --> 00:35:58,040 dibina dengan indah, direka dengan cantik, 499 00:35:58,040 --> 00:36:01,360 jelas sekali ini hasil kerja orang yang sangat berskil. 500 00:36:01,360 --> 00:36:04,600 Pasti mereka ada rancangan dari awal. 501 00:36:04,600 --> 00:36:06,400 Bagaimana mereka lakukannya? 502 00:36:06,400 --> 00:36:09,480 Kami tahu ada kuari berdekatan. 503 00:36:09,480 --> 00:36:12,760 Sebab itu mereka buat keputusan untuk membina bandar di sini 504 00:36:12,760 --> 00:36:15,240 kerana ada banyak sumber semula jadi, 505 00:36:15,240 --> 00:36:17,360 ada banyak batu kapur di kawasan ini, 506 00:36:17,360 --> 00:36:19,440 mereka ada air, 507 00:36:19,440 --> 00:36:23,000 dan kawasan ini sangat strategik untuk membina bandar. 508 00:36:23,000 --> 00:36:26,720 Tapi cara mereka membinanya, itu tak diketahui. 509 00:36:26,720 --> 00:36:28,720 - Kami tak tahu. - Masih misteri. 510 00:36:28,720 --> 00:36:30,480 - Masih misteri. - Ya. 511 00:36:31,320 --> 00:36:33,800 Kenapa orang Maya bina piramid? 512 00:36:33,800 --> 00:36:36,560 Di Palenque, kita nampak banyak piramid. 513 00:36:37,600 --> 00:36:42,600 Piramid, bukan saja untuk orang Maya, tapi untuk budaya purba, 514 00:36:42,600 --> 00:36:44,680 melambangkan gunung suci. 515 00:36:45,400 --> 00:36:50,320 Di Palenque, mereka bina struktur besar untuk mewakili gunung suci ini. 516 00:36:53,680 --> 00:36:57,680 Gunung memainkan peranan penting dalam sistem kepercayaan orang Maya 517 00:36:57,680 --> 00:36:59,960 sebagai simbol sumber penciptaan. 518 00:37:02,800 --> 00:37:07,160 Tapi nampaknya ada lebih dalam projek pembinaan epik Maya, 519 00:37:07,160 --> 00:37:09,240 terutamanya di Palenque. 520 00:37:11,480 --> 00:37:14,760 Di Palenque, beberapa bangunan direka 521 00:37:14,760 --> 00:37:17,640 berdasarkan pemerhatian astronomi. 522 00:37:17,640 --> 00:37:18,600 Wah. 523 00:37:19,720 --> 00:37:22,760 Ada tiga bangunan dikenali sebagai Kumpulan Salib 524 00:37:22,760 --> 00:37:26,600 yang digunakan sebagai kawasan pemerhatian astronomi. 525 00:37:26,600 --> 00:37:27,560 Ya. 526 00:37:28,560 --> 00:37:32,920 Bangunan ini sejajar sempurna dengan solstis musim panas 527 00:37:32,920 --> 00:37:35,360 dan ekuinoks musim bunga. 528 00:37:37,720 --> 00:37:41,320 Jelas sekali, ahli astronomi berskil terlibat dalam penciptaan 529 00:37:41,320 --> 00:37:42,440 seluruh kompleks ini. 530 00:37:42,440 --> 00:37:43,440 Ya, betul. 531 00:37:47,320 --> 00:37:51,440 Namun mengapa mereka bersusah payah menyelaraskan struktur besar ini 532 00:37:51,440 --> 00:37:53,040 kepada solstis dan ekuinoks? 533 00:37:57,360 --> 00:38:01,360 Dengan penjajaran hebat ini, ada satu perkara yang jelas. 534 00:38:03,360 --> 00:38:06,600 Jika ingin tahu tentang Palenque, 535 00:38:06,600 --> 00:38:09,040 kita bukan saja perlu lihat pada seni binanya, 536 00:38:09,040 --> 00:38:11,520 tapi juga langitnya. 537 00:38:20,720 --> 00:38:26,400 Saya datang ke Kuil Matahari pada saat istimewa, pada hari istimewa, 538 00:38:28,240 --> 00:38:29,840 subuh ekuinoks musim bunga, 539 00:38:31,120 --> 00:38:36,520 apabila matahari terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat 540 00:38:37,120 --> 00:38:39,680 dalam penzahiran harmoni kosmos. 541 00:38:41,160 --> 00:38:46,200 Di Kuil Matahari ini, matahari terbit cipta pemandangan unik, 542 00:38:46,760 --> 00:38:49,920 yang masih diraikan hari ini oleh masyarakat tempatan. 543 00:38:50,880 --> 00:38:54,080 {\an8}Ekuinoks musim bunga penting 544 00:38:54,080 --> 00:38:56,120 {\an8}untuk kerohanian orang Maya. 545 00:38:56,720 --> 00:39:00,560 Di sini merupakan tempat paling penting. 546 00:39:02,760 --> 00:39:05,240 Saya dapat menyaksikannya secara dekat. 547 00:39:34,480 --> 00:39:36,560 {\an8}Terjemahan sari kata oleh J.Bardwin