1 00:00:14,440 --> 00:00:15,920 Maaf buat awak menunggu. 2 00:00:16,000 --> 00:00:17,600 EPISOD SEBELUM INI 3 00:00:18,160 --> 00:00:19,680 Awak akan terima padahnya. 4 00:00:21,200 --> 00:00:22,960 Hari ini Manticore Itali dilahirkan semula. 5 00:00:25,160 --> 00:00:26,120 Apa yang berlaku? 6 00:00:33,360 --> 00:00:36,440 Jika awak mendengar mesej ini, saya sudah mati. 7 00:00:38,680 --> 00:00:40,680 Sebab kita dah memiliki senjata itu, 8 00:00:40,760 --> 00:00:41,920 keadaan akan berubah. 9 00:00:42,000 --> 00:00:44,040 Saya mahu lenyap. 10 00:00:45,320 --> 00:00:47,960 Kali ini kita benar-benar boleh ubah dunia. 11 00:00:53,560 --> 00:00:56,120 Saya Diana Cavalieri, ejen Citadel 12 00:00:56,240 --> 00:00:59,400 dan pekerja Manticore, Ejen 308. 13 00:01:00,680 --> 00:01:04,280 Tolonglah jawab. Yakinkan saya bukan hanya saya yang masih hidup. 14 00:01:09,160 --> 00:01:12,040 Hari 19 selepas serangan terhadap Citadel. 15 00:01:12,120 --> 00:01:16,040 Manticore Itali dikenakan sekatan berat oleh rakan sekutunya. 16 00:01:16,120 --> 00:01:19,280 Mereka didapati menyembunyikan teknologi yang dicuri daripada Citadel. 17 00:01:19,680 --> 00:01:22,840 Kini teknologi itu dalam tangan Manticore Perancis dan Jerman. 18 00:01:25,240 --> 00:01:27,560 Saya berusaha sehabis baik untuk musnahkannya. 19 00:01:27,680 --> 00:01:29,080 Tak pasti jika saya berjaya, 20 00:01:29,160 --> 00:01:30,920 adakah mereka dapat membinanya semula? 21 00:01:32,760 --> 00:01:34,880 Saya belum boleh meninggalkan Manticore. 22 00:01:36,000 --> 00:01:38,440 Selepas sekatan itu, kami dikawal lebih ketat. 23 00:01:41,680 --> 00:01:44,040 Sesiapa yang ada, tolonglah jawab. 24 00:01:45,800 --> 00:01:48,800 Sukar membayangkan jika cuma saya yang tinggal. 25 00:01:49,560 --> 00:01:52,720 Menyimpan peranti ini di rumah seperti satu hukuman bunuh. 26 00:01:55,560 --> 00:01:57,240 Tolonglah jawab. 27 00:03:21,360 --> 00:03:24,760 TAHUN 2030 28 00:03:47,240 --> 00:03:49,320 UNTUK DIJUAL 29 00:04:09,440 --> 00:04:10,280 Ini pula? 30 00:04:11,400 --> 00:04:12,760 Saya dah buat salinan. 31 00:04:14,320 --> 00:04:16,000 Kita akan merindui rumah mak dan ayah. 32 00:04:19,480 --> 00:04:22,600 Saya jumpa sebuah syarikat penghantaran. 33 00:04:23,000 --> 00:04:25,240 Saya akan hantar semuanya selepas urusan awak selesai. 34 00:04:25,360 --> 00:04:26,800 - Terima kasih. - Tiada masalah. 35 00:04:26,920 --> 00:04:30,440 - Awak rasa rumah ini bolah dijual? - Ya. 36 00:04:31,080 --> 00:04:32,080 Rasanya boleh. 37 00:04:33,360 --> 00:04:34,240 Selepas itu? 38 00:04:37,160 --> 00:04:38,000 Entahlah. 39 00:04:38,800 --> 00:04:41,800 Ada bilik untuk awak bila-bila awak mahu. Kami sentiasa menunggu. 40 00:04:44,200 --> 00:04:46,160 - Ada dengar khabar Edo? - Tidak. 41 00:04:48,240 --> 00:04:49,800 Hubungan kami takkan berhasil. 42 00:04:51,000 --> 00:04:52,240 Sebab kerja awak? 43 00:04:52,320 --> 00:04:53,200 Ada banyak sebab. 44 00:04:56,720 --> 00:04:57,920 Saya bangga dengan awak. 45 00:04:58,360 --> 00:05:01,520 Terima kasih sebab menuntut keadilan buat mak dan ayah. 46 00:05:02,440 --> 00:05:03,640 Baguslah awak dah keluar. 47 00:05:05,080 --> 00:05:06,760 Saya pun bangga dengan awak. 48 00:05:07,240 --> 00:05:11,040 Maaf sebab pengorbanannya terlalu tinggi. 49 00:05:13,360 --> 00:05:17,000 Saya faham. Awak takkan berhenti selagi kebenaran tak ditemukan. 50 00:05:21,680 --> 00:05:22,600 Mari pergi. 51 00:05:40,080 --> 00:05:41,120 Adakah kita akan okey? 52 00:05:45,000 --> 00:05:46,400 Kita pasti hebat. 53 00:05:55,720 --> 00:05:56,880 Selamat tinggal, mak cik. 54 00:05:56,960 --> 00:05:58,360 Selamat jalan, sayang! 55 00:06:34,280 --> 00:06:35,560 Hari 32 56 00:06:36,200 --> 00:06:38,000 selepas serangan terhadap Citadel. 57 00:06:39,840 --> 00:06:44,000 Jelas sekali selepas sekatan itu, satu-satunya objektif Ettore Zani 58 00:06:44,080 --> 00:06:47,320 adalah menghancurkan kestabilan negara. 59 00:06:47,640 --> 00:06:51,800 Agensi itu menjual senjata kepada banyak organisasi jenayah. 60 00:06:52,280 --> 00:06:54,920 Dia memeras ugut ahli politik daripada parti pembangkang 61 00:06:56,080 --> 00:06:59,440 serta dianugerahkan kontrak oleh tentera dan penguat kuasa undang-undang. 62 00:07:01,280 --> 00:07:04,560 Ejen sudah tidak bebas lagi. 63 00:07:05,040 --> 00:07:06,280 Kami bak cawangan bersenjata. 64 00:07:11,120 --> 00:07:12,600 Saya sudah tak boleh tidur. 65 00:07:14,040 --> 00:07:16,480 Saya masih percaya ada orang kita 66 00:07:16,840 --> 00:07:18,400 yang mendengar mesej saya. 67 00:07:22,760 --> 00:07:23,680 Saya takut. 68 00:07:26,760 --> 00:07:28,040 Serta keseorangan. 69 00:08:09,680 --> 00:08:10,680 Helo. 70 00:08:11,600 --> 00:08:12,680 Boleh saya masuk? 71 00:08:13,240 --> 00:08:14,080 Masuklah. 72 00:08:16,400 --> 00:08:17,360 Tunggu di luar. 73 00:08:30,040 --> 00:08:31,000 Awak kenal saya? 74 00:08:32,000 --> 00:08:32,800 Ya. 75 00:08:34,880 --> 00:08:37,040 Saya cuma nak tanya beberapa soalan 76 00:08:37,680 --> 00:08:39,240 untuk cuba memahami keadaan. 77 00:08:42,840 --> 00:08:44,880 Ejen Citadel yang tembak dia. 78 00:08:45,760 --> 00:08:47,080 Dia diserang secara mengejut. 79 00:08:50,280 --> 00:08:51,640 Perhatian abang awak teralih. 80 00:08:53,000 --> 00:08:54,160 Oleh apa? 81 00:08:55,520 --> 00:08:57,440 Teknologi Citadel. 82 00:09:00,320 --> 00:09:03,520 Saya tak begitu kenal dia. Kami cuma sertai beberapa misi bersama. 83 00:09:06,080 --> 00:09:07,520 Tapi dialah ketua kami. 84 00:09:09,960 --> 00:09:11,520 Awak setuju dengan serangan itu? 85 00:09:12,520 --> 00:09:13,760 Saya melaksanakan perintah. 86 00:09:15,480 --> 00:09:16,400 Setakat itu saja. 87 00:09:17,520 --> 00:09:18,760 Saya tak setuju. 88 00:09:19,720 --> 00:09:21,400 Tak patut berakhir begini. 89 00:09:22,880 --> 00:09:24,720 Manticore tak patut jadi begini. 90 00:09:31,360 --> 00:09:35,400 TAHUN 2030 91 00:09:43,960 --> 00:09:45,480 Hari ini, kita tahu jangkaan kita. 92 00:09:54,760 --> 00:09:55,760 Wolfgang. 93 00:09:59,080 --> 00:10:00,160 Cécile, apa khabar? 94 00:10:04,760 --> 00:10:06,000 Tak banyak cakap. 95 00:10:07,000 --> 00:10:08,320 Boleh kita masuk? 96 00:10:08,400 --> 00:10:10,360 Banyak yang perlu dibincangkan. 97 00:10:38,000 --> 00:10:41,080 Semoga minggu-minggu berdiam diri ini berguna buat semua. 98 00:10:41,600 --> 00:10:43,040 Bagi menenangkan keadaan. 99 00:10:46,520 --> 00:10:49,040 "Musytari" ialah nama senjata itu. 100 00:10:50,520 --> 00:10:52,000 Senjata itu sudah siap. 101 00:10:52,080 --> 00:10:54,040 Musytari ialah masa depan Manticore Eropah. 102 00:10:54,480 --> 00:10:57,600 Kita akan sebarkannya menggunakan sistem air awam. 103 00:10:58,160 --> 00:10:59,840 Ujian awal akan dijalankan 104 00:10:59,920 --> 00:11:02,760 untuk mengira pekali penyebaran. 105 00:11:03,120 --> 00:11:05,320 Kemudian kami akan mulakan pengeluaran 106 00:11:05,680 --> 00:11:08,280 dan terus menyebarkan lebih banyak secara berturut-turut 107 00:11:09,600 --> 00:11:11,360 sehingga mencapai seluruh populasi. 108 00:11:12,040 --> 00:11:14,040 Sebab senjata itu milik kamu sahaja, 109 00:11:14,480 --> 00:11:17,040 apa akan berlaku kepada kami dan agensi kami? 110 00:11:17,120 --> 00:11:19,960 Edoardo, nak maklumkan keputusan kamu? 111 00:11:20,440 --> 00:11:24,880 Kami memutuskan akses kepada Musytari akan dikongsi antara ahli Majlis Eropah. 112 00:11:25,880 --> 00:11:27,080 Tapi dengan satu syarat. 113 00:11:28,680 --> 00:11:31,040 Manticore Itali memiliki hak untuk analisis pertama. 114 00:11:31,480 --> 00:11:33,360 - Analisis apa? - Data. 115 00:11:34,680 --> 00:11:37,120 Kita akan dapat akses kepada jutaan data setiap hari. 116 00:11:37,640 --> 00:11:40,560 Untuk elakkan setiap agensi mentafsirnya dengan cara tersendiri, 117 00:11:41,360 --> 00:11:42,920 kami akan buat saringan pertama. 118 00:11:46,040 --> 00:11:48,120 Awak akan beritahu kami mengikut kesesuaian. 119 00:11:48,560 --> 00:11:51,080 Idea perkongsian awak sentiasa mengagumkan. 120 00:11:51,600 --> 00:11:54,440 Kami juga memiliki kawalan eksklusif untuk elemen ketiga. 121 00:11:57,120 --> 00:11:58,200 Elemen ketiga? 122 00:11:59,200 --> 00:12:00,680 Senjata bahagian Itali. 123 00:12:05,200 --> 00:12:06,640 Sudah berfungsi, bukan? 124 00:12:08,520 --> 00:12:10,280 Ya, sudah hampir selesai. 125 00:12:10,360 --> 00:12:14,600 Butirannya akan diberikan nanti. Sekarang kita nak lihat jika semua setuju. 126 00:12:15,080 --> 00:12:15,920 [Bahasa Jerman] Baiklah... 127 00:12:17,440 --> 00:12:19,360 Macamlah kami ada pilihan. 128 00:12:20,840 --> 00:12:22,840 [Bahasa Perancis] Struktur Manticore Eropah baharu ini... 129 00:12:24,200 --> 00:12:26,960 Semua agensi sama rata, tapi satu melebihi yang lain. 130 00:12:27,600 --> 00:12:30,200 Bukankah itu asas demokrasi? 131 00:12:40,320 --> 00:12:43,720 Ayah dah terbiasa tak maklumkan lebih awal perkara yang ayah nak cakap. 132 00:12:43,800 --> 00:12:47,040 Mesyuarat seperti muzik jaz. Kita kena ikut alirannya. 133 00:12:47,120 --> 00:12:48,320 Buat secara spontan. 134 00:12:48,840 --> 00:12:50,440 Ayah cuma dengar muzik klasik. 135 00:12:50,840 --> 00:12:53,480 - Masa itu sesuai untuk beritahu. - Itu pendapat ayah. 136 00:12:53,560 --> 00:12:55,000 Bukan pendapat saya. 137 00:12:55,080 --> 00:12:57,680 Ayah menganggap perkara itu boleh dilakukan. 138 00:12:57,760 --> 00:13:00,280 Kalau ayah tanya saya dulu, ayah akan tahu ia tak begitu. 139 00:13:01,800 --> 00:13:02,880 Tidak? 140 00:13:02,960 --> 00:13:05,440 Kita perlu masukkan elemen yang kita cipta 141 00:13:06,440 --> 00:13:08,000 ke dalam alat terbitan Citadel. 142 00:13:08,440 --> 00:13:11,200 Tahukah ayah berapa banyak pemboleh ubah teknikal yang ada? 143 00:13:11,280 --> 00:13:15,000 Keadaannya tak seperti mengubah perabot dalam bilik. 144 00:13:15,400 --> 00:13:17,440 Lebih kepada menceraikan susun suai gambar, 145 00:13:17,880 --> 00:13:20,120 memasukkan 100 kepingan yang lain 146 00:13:20,640 --> 00:13:23,400 dan mengharapkan gambarnya sepadan dengan yang asal. 147 00:13:23,480 --> 00:13:27,080 Kamu tak pernah putus asa disebabkan kesukaran teknikal. 148 00:13:28,200 --> 00:13:29,960 Jadi, apa yang mengganggu kamu? 149 00:13:31,960 --> 00:13:33,080 Elemen ketiga itu 150 00:13:34,240 --> 00:13:35,120 untuk membunuh. 151 00:13:39,000 --> 00:13:40,040 Ya, saya tahu. 152 00:13:40,560 --> 00:13:43,560 Saya tahu potensinya dan bahayanya. 153 00:13:44,040 --> 00:13:45,040 Kamu salah. 154 00:13:46,400 --> 00:13:50,360 Tiada senjata lain yang tepat seperti ini. 155 00:13:51,160 --> 00:13:53,840 Tiada kebinasaan lingkungan, cuma menghapuskan sasaran. 156 00:13:54,600 --> 00:13:56,320 Perlukah ayah ingatkan tentang sejarah 157 00:13:56,400 --> 00:13:59,200 membunuh satu orang dapat menyelamatkan jutaan orang? 158 00:13:59,680 --> 00:14:01,560 Tidak. Tak perlu. 159 00:14:02,720 --> 00:14:03,720 Edoardo... 160 00:14:06,400 --> 00:14:07,680 Kini kuasa di tangan kamu. 161 00:14:08,840 --> 00:14:10,720 Kamu boleh mula fikirkan maksudnya. 162 00:14:37,320 --> 00:14:39,440 Nama awak tiada dalam pangkalan data kami 163 00:14:39,520 --> 00:14:41,840 dan tiada tanda-tanda kerjasama kita. 164 00:14:42,320 --> 00:14:45,400 Satu-satunya harapan saya adalah mengetahui awak masih hidup. 165 00:14:45,480 --> 00:14:47,960 Awak orang terakhir yang bertahan di kawasan lawan 166 00:14:48,040 --> 00:14:50,000 dan awak perlu jadi sangat berani. 167 00:14:51,520 --> 00:14:53,680 - Nama awak tiada... - Maafkan saya. 168 00:14:53,760 --> 00:14:56,080 ...dan tiada tanda-tanda kerjasama kita. 169 00:15:27,240 --> 00:15:28,400 Bawa saya ke pejabat. 170 00:15:29,960 --> 00:15:30,800 Awak pasti? 171 00:15:38,680 --> 00:15:41,560 - Di mana pemandu dan ejen saya? - Sabar. Mereka masih tidur. 172 00:15:41,640 --> 00:15:43,240 Maaf, Edo. Saya cuma bergurau. 173 00:15:43,320 --> 00:15:45,000 Saya dah turuti kemahuan awak! 174 00:15:45,600 --> 00:15:48,840 Awak dapat 20 juta, sudah bebas dan boleh pergi. Apa lagi yang awak mahu? 175 00:15:49,240 --> 00:15:51,000 Kenapa marah sangat? 176 00:15:51,080 --> 00:15:52,760 Sebab sudah sebulan awak menghilang. 177 00:15:57,240 --> 00:15:58,440 Tapi saya dah kembali. 178 00:15:59,640 --> 00:16:01,200 Kenapa awak ubah fikiran? 179 00:16:05,720 --> 00:16:07,800 Saya fikirkan tentang perbualan kita. 180 00:16:09,800 --> 00:16:12,280 Kita boleh berpura-pura bahagia dengan kehidupan normal, 181 00:16:13,000 --> 00:16:17,600 ada pekerjaan baik dan rumah cantik, tapi hakikatnya kita mahu lebih. 182 00:16:20,560 --> 00:16:21,760 Saya mahu lebih lagi. 183 00:16:25,320 --> 00:16:27,040 Apa maksud "lebih lagi" bagi awak? 184 00:16:31,880 --> 00:16:32,880 Mahu bersama awak. 185 00:17:38,280 --> 00:17:40,240 Selepas misi di Perancis, 186 00:17:40,760 --> 00:17:42,800 kita berbaring di sini, bukan? 187 00:17:43,400 --> 00:17:44,920 Awak tidur, tapi saya tidak. 188 00:17:46,760 --> 00:17:47,680 Jadi, saya bangun 189 00:17:48,480 --> 00:17:51,280 dan nampak peranti yang mengandungi data senjata itu. 190 00:17:52,960 --> 00:17:54,000 Waktu itu saya yakin... 191 00:17:54,640 --> 00:17:56,080 Malah, sehingga kini saya yakin 192 00:17:57,240 --> 00:17:58,560 senjata itu berbahaya. 193 00:17:59,720 --> 00:18:01,280 Saya boleh mengambilnya. 194 00:18:02,200 --> 00:18:03,640 Awak nak musnahkannya? 195 00:18:11,920 --> 00:18:15,320 Saya tahu saya boleh menyebabkan kita ditimpa masalah besar 196 00:18:16,160 --> 00:18:19,000 dan pasti Manticore dapat cipta senjata lain. 197 00:18:20,480 --> 00:18:23,080 Jadi saya tinggalkannya di situ dan berlalu pergi. 198 00:18:23,640 --> 00:18:24,960 Kenapa beritahu saya semua ini? 199 00:18:26,560 --> 00:18:28,560 Sebab awak berhak tahu diri sebenar saya. 200 00:18:30,720 --> 00:18:33,000 Saya tak boleh berhenti mencuba 201 00:18:34,160 --> 00:18:37,200 untuk berjuang bagi menjadikan dunia ini lebih selamat. 202 00:18:38,200 --> 00:18:41,560 Tapi saya rasa saya hanya boleh lakukannya dengan awak. 203 00:18:42,880 --> 00:18:44,000 Itu saja. 204 00:18:57,200 --> 00:18:59,160 Manticore bunuh ibu bapa awak. 205 00:19:04,640 --> 00:19:08,960 Agensi kami yang menembak jatuh penerbangan OT9732 kerana ada... 206 00:19:10,000 --> 00:19:11,240 Ejen Citadel di dalamnya. 207 00:19:14,560 --> 00:19:16,160 Saya nak beritahu awak di Sicily, 208 00:19:17,880 --> 00:19:18,960 tapi tak tergamak. 209 00:19:21,960 --> 00:19:24,280 Awak juga berhak tahu diri sebenar saya. 210 00:19:32,560 --> 00:19:34,400 Awak terlibat dalam keputusan itu? 211 00:19:35,160 --> 00:19:36,440 Jangan fikir begitu. 212 00:19:41,160 --> 00:19:42,160 Maafkan saya. 213 00:20:05,080 --> 00:20:08,160 8 TAHUN SEBELUMNYA 214 00:20:34,000 --> 00:20:35,560 KELUARGA ZANI 215 00:21:28,720 --> 00:21:30,960 TAHUN 2030 216 00:21:36,320 --> 00:21:38,280 Jangan ganggu dia. Pasti dia sibuk. 217 00:21:38,320 --> 00:21:39,560 Perangainya tak begini. 218 00:21:41,400 --> 00:21:43,560 Apa hal mustahak yang awak perlu beritahu dia? 219 00:21:44,400 --> 00:21:45,320 Awak pun tahu. 220 00:21:47,760 --> 00:21:51,400 Kami ada kuasa untuk mengawal sesiapa saja pada bila-bila masa 221 00:21:51,480 --> 00:21:53,440 dari awal sehingga akhir kehidupan mereka. 222 00:21:54,280 --> 00:21:55,280 Macam mana? 223 00:21:55,360 --> 00:21:58,320 Senjata bahagian Perancis ialah sistem pintasan mikroskopik 224 00:21:58,840 --> 00:22:01,680 yang dimasukkan ke dalam bahagian Jerman iaitu komponen bioteknologi 225 00:22:01,760 --> 00:22:04,040 yang dicipta untuk tertanam dalam tubuh manusia. 226 00:22:04,120 --> 00:22:05,400 Seperti parasit? 227 00:22:06,840 --> 00:22:09,040 Kita tak perlu intip telefon atau godam komputer. 228 00:22:09,120 --> 00:22:11,320 Manusia sendiri akan jadi sumber maklumat. 229 00:22:12,360 --> 00:22:13,840 Mereka akan jadi pemancar. 230 00:22:14,240 --> 00:22:17,360 Kita akan dapat mengawal semua data mereka. 231 00:22:19,840 --> 00:22:22,440 Diana, saya tahu kuasa ini sangat besar. 232 00:22:23,200 --> 00:22:24,440 Tapi jika diguna dengan baik, 233 00:22:25,600 --> 00:22:28,160 kita berpeluang memastikan keamanan dan keselamatan. 234 00:22:28,240 --> 00:22:32,600 Selain itu, kita boleh jadi agensi seperti yang sepatutnya. 235 00:22:36,960 --> 00:22:39,160 Tapi itu tak cukup untuk ayah saya. 236 00:22:39,240 --> 00:22:42,160 Jadi, kami mempertimbangkan untuk memasukkan elemen ketiga. 237 00:22:44,280 --> 00:22:46,120 Sistem pembunuhan dari jauh. 238 00:22:53,400 --> 00:22:54,600 Awak yang reka? 239 00:22:54,680 --> 00:22:56,040 Tugas saya mereka senjata. 240 00:22:57,440 --> 00:23:00,200 Manticore akan berkuasa menentukan hidup atau mati seseorang. 241 00:23:00,760 --> 00:23:03,160 Dengan satu sentuhan butang pada bila-bila masa, 242 00:23:03,240 --> 00:23:06,000 subjek hos mati serta-merta akibat punca semula jadi. 243 00:23:07,520 --> 00:23:09,240 Jadi, senjata itu macam bom atom. 244 00:23:11,320 --> 00:23:14,360 Semuanya bergantung pada tangan yang menekan butang itu. 245 00:23:17,400 --> 00:23:20,280 Jelas sekali ayah awak yang mendesak awak memasukkannya. 246 00:23:26,280 --> 00:23:28,480 Apakah ini? Bentuknya aneh. 247 00:23:32,760 --> 00:23:35,240 Barang dari rumah lama saya. 248 00:23:37,160 --> 00:23:38,440 Azimat bertuah. 249 00:23:39,640 --> 00:23:42,080 Masih banyak perkara yang saya perlu tahu tentang awak. 250 00:23:48,520 --> 00:23:51,600 Mula-mula, dia boleh pergi dengan jaminan dan wang yang banyak. 251 00:23:51,680 --> 00:23:53,640 Sekarang dia mahu kembali. 252 00:23:55,360 --> 00:23:58,280 Dia perlukan rehat selepas membahayakan diri di Perancis. 253 00:23:59,200 --> 00:24:01,720 Ayah dah lupa kita patut berterima kasih kepada dia? 254 00:24:03,240 --> 00:24:04,520 Kamu bersama dia malam tadi? 255 00:24:05,560 --> 00:24:06,440 Ya. 256 00:24:07,040 --> 00:24:08,040 Ayah kena biasakan diri. 257 00:24:09,120 --> 00:24:10,200 Di mana dia sekarang? 258 00:24:10,920 --> 00:24:14,160 Sedang bersedia untuk melancarkan ujian penyebaran pertama Musytari. 259 00:24:14,240 --> 00:24:16,200 Semalam, saya beritahu dia segalanya. 260 00:24:18,040 --> 00:24:19,120 Semudah itu? 261 00:24:19,480 --> 00:24:20,640 Tanpa berunding dulu? 262 00:24:21,600 --> 00:24:25,520 Ayah patut tahu, saya takkan minta kebenaran ayah. 263 00:24:26,560 --> 00:24:28,640 - Kita sama-sama berkuasa. - Betul. 264 00:24:29,360 --> 00:24:30,360 Sama macam ayah. 265 00:24:37,280 --> 00:24:38,880 Kamu buat semuanya sendiri. 266 00:24:41,040 --> 00:24:42,280 Macam mana elemen ketiga itu? 267 00:24:43,160 --> 00:24:44,240 Sudah hampir siap. 268 00:24:46,600 --> 00:24:48,280 Ayah perlu buat panggilan sekarang. 269 00:24:48,360 --> 00:24:49,880 Undang-undang senjata akan lulus, 270 00:24:49,960 --> 00:24:52,280 tapi menteri dungu itu perlukan dorongan. 271 00:25:32,920 --> 00:25:35,600 Alat ini mengandungi 10 juta partikel Musytari. 272 00:25:35,680 --> 00:25:37,480 Jumlah yang sedikit untuk ujian pertama. 273 00:25:39,480 --> 00:25:40,440 Sedikit? 274 00:25:40,520 --> 00:25:42,840 Cuma sebahagian akan sampai ke subjek hos. 275 00:25:42,920 --> 00:25:44,960 Berapa banyak? Kita akan tahu nanti. 276 00:25:45,560 --> 00:25:49,920 Di dalamnya ada kod untuk mengaktifkannya. Hafal kod itu dan musnahkannya. 277 00:25:51,040 --> 00:25:52,760 Hanya kita berdua boleh tahu. 278 00:25:57,960 --> 00:26:00,480 Rasanya keluarga kita akan berkembang. 279 00:26:01,880 --> 00:26:02,760 Sungguh? 280 00:26:03,360 --> 00:26:05,480 Kejadian yang berlaku menemukan mereka dengan cara 281 00:26:05,560 --> 00:26:07,640 yang dia sendiri tak dapat duga. 282 00:26:08,400 --> 00:26:10,360 Jika awak mahu cari keseimbangan dengan dia, 283 00:26:10,440 --> 00:26:12,200 awak perlu terima hubungan mereka. 284 00:26:13,040 --> 00:26:14,880 Saya tak suka gadis itu. 285 00:26:16,040 --> 00:26:17,360 Ada sesuatu tentang dia. 286 00:26:18,480 --> 00:26:20,280 Dia menyorokkan sesuatu. 287 00:26:22,080 --> 00:26:23,080 Dia seorang perisik. 288 00:26:23,760 --> 00:26:25,600 - Tugasnya menyorokkan sesuatu. - Sudahlah. 289 00:26:26,560 --> 00:26:28,000 Awak faham maksud saya, Julia. 290 00:26:29,800 --> 00:26:32,040 Saya dapat bayangkan dia berbisik ke telinga Edo. 291 00:26:33,400 --> 00:26:34,480 Memberi nasihat. 292 00:26:37,720 --> 00:26:39,040 [Bahasa Inggeris] Pernahkah saya berbisik? 293 00:26:40,200 --> 00:26:42,080 Saya bercakap dengan suara normal. 294 00:26:42,440 --> 00:26:43,960 Jangan bandingkan awak dengan dia. 295 00:26:44,040 --> 00:26:44,920 [Bahasa Itali] Sebab? 296 00:26:45,000 --> 00:26:46,560 Sebab awak keluarga. 297 00:26:47,040 --> 00:26:47,960 Betul. 298 00:26:48,640 --> 00:26:51,600 Saya masih keluarga sebab Edo kembali dengan selamat dari Paris. 299 00:26:52,520 --> 00:26:53,760 [Bahasa Inggeris] Saya boleh cakap dengan awak. 300 00:26:54,680 --> 00:26:56,000 Tapi awak tak sentiasa dengar. 301 00:26:56,880 --> 00:26:58,960 Lebih-lebih lagi selepas kejadian baru-baru ini. 302 00:27:01,040 --> 00:27:02,320 Jadi, awak tak ragu-ragu? 303 00:27:04,280 --> 00:27:05,120 Langsung tiada? 304 00:27:05,920 --> 00:27:09,240 [Bahasa Itali] Saya cuma tahu dah lama saya tak nampak Edo macam ini. 305 00:27:09,880 --> 00:27:10,960 Macam mana? 306 00:27:11,600 --> 00:27:12,480 Gembira. 307 00:27:23,800 --> 00:27:25,520 FASA TIGA 308 00:27:31,960 --> 00:27:34,040 KOMPONEN HILANG 309 00:27:34,600 --> 00:27:36,960 LENGKAP 310 00:27:37,040 --> 00:27:39,040 LENGKAP 311 00:27:54,040 --> 00:27:56,520 Elemen ketiga baru lulus ujian. 312 00:27:56,600 --> 00:27:58,280 Saya dah masukkan dalam salinan induk. 313 00:27:58,360 --> 00:27:59,360 Bagus! 314 00:28:00,040 --> 00:28:01,280 Hebat, Edo. 315 00:28:02,040 --> 00:28:02,880 Terima kasih. 316 00:28:02,960 --> 00:28:06,600 Tak macam kamu, ayah sentiasa yakin kamu akan berjaya. 317 00:28:06,680 --> 00:28:08,280 Ayah tahu tugasnya tak mudah. 318 00:28:08,760 --> 00:28:10,720 Ayah bangga dengan kamu. 319 00:28:12,800 --> 00:28:14,320 Ayah cuma rasa bersalah 320 00:28:14,400 --> 00:28:16,320 sebab kejayaan terbesar kita 321 00:28:17,760 --> 00:28:20,080 dicapai pada hari yang penuh ketegangan. 322 00:28:20,480 --> 00:28:21,640 Tapi tak mengapa. 323 00:28:22,240 --> 00:28:25,560 Kamu lebih rapat dengan 308 daripada ayah. 324 00:28:25,640 --> 00:28:27,120 Kamu nak raikan dengan dia. 325 00:28:27,200 --> 00:28:31,040 Jika dia sangat penting bagi kamu, ayah sudi terima dia. 326 00:28:32,160 --> 00:28:33,640 Serta sudi panggil dia Diana. 327 00:28:36,640 --> 00:28:37,480 Terima kasih. 328 00:28:39,200 --> 00:28:40,320 Tentang kita pula, 329 00:28:41,320 --> 00:28:43,120 ayah nak kita cari keseimbangan. 330 00:28:44,120 --> 00:28:47,600 Ayah tahu kamu akan cari jalannya sebab kamu pun sudah berkuasa. 331 00:28:54,400 --> 00:28:56,640 Saya akan hantar kod untuk Musytari. 332 00:28:56,720 --> 00:28:58,480 Ayah juga patut memilikinya. 333 00:28:59,440 --> 00:29:00,480 Tapi dengan satu syarat. 334 00:29:02,320 --> 00:29:03,440 Kamu tak pernah putus asa. 335 00:29:04,960 --> 00:29:07,400 Betul kata mak kamu, kita sama. Apa yang kamu mahu? 336 00:29:07,920 --> 00:29:10,000 Diana dijadikan Pengurus Manticore Itali. 337 00:29:12,280 --> 00:29:13,680 Menggantikan Matteo? 338 00:29:14,160 --> 00:29:16,400 Matteo menguruskan agensi selama 13 tahun. 339 00:29:16,480 --> 00:29:17,600 Tiba masa untuk berubah. 340 00:29:22,920 --> 00:29:25,400 Jika hubungan kamu sangat penting, 341 00:29:26,680 --> 00:29:28,400 bagus juga jika dia uruskan agensi. 342 00:29:29,520 --> 00:29:30,880 Ayah akan cakap dengan Matteo. 343 00:29:31,280 --> 00:29:32,600 Ayah janji? 344 00:29:32,680 --> 00:29:33,760 Ayah janji. 345 00:29:34,280 --> 00:29:36,320 Kita rasmikannya malam ini. 346 00:29:45,160 --> 00:29:46,240 Saya baru hantarkannya. 347 00:29:47,080 --> 00:29:48,120 Jumpa nanti. 348 00:30:05,280 --> 00:30:06,480 Matteo. 349 00:30:06,560 --> 00:30:09,600 Sekat isyarat komunikasi 308. 350 00:30:09,680 --> 00:30:13,480 Saya ada kodnya, tapi tak berguna jika kamu tak hafal prosedurnya. 351 00:30:14,760 --> 00:30:16,040 Biar dia buat kerjanya. 352 00:30:17,160 --> 00:30:18,560 Kemudian kamu tahu tugas kamu. 353 00:30:21,600 --> 00:30:22,600 Apa tugas dia? 354 00:30:25,600 --> 00:30:26,560 Ettore. 355 00:30:27,760 --> 00:30:30,120 Rasa sayang pada anak mengaburi penilaian awak. 356 00:30:30,600 --> 00:30:32,240 Awak tak nampak dengan jelas. 357 00:30:45,680 --> 00:30:48,800 MENARA AIR NO. 14 358 00:31:16,240 --> 00:31:17,360 Berkawal di sini. 359 00:31:27,400 --> 00:31:29,400 Mak, saya dah cakap dengan ayah. 360 00:31:30,560 --> 00:31:32,560 Kami dah buat perjanjian. 361 00:31:35,040 --> 00:31:36,400 [Bahasa Inggeris] Mak cuba halang dia, Edo. 362 00:31:38,520 --> 00:31:39,640 Mak dah cuba. 363 00:31:42,120 --> 00:31:43,200 Maafkan mak. 364 00:31:44,840 --> 00:31:46,160 Apa maksud mak? 365 00:31:47,280 --> 00:31:49,640 [Bahasa Itali] Tiada apa-apa lagi yang boleh kamu buat. 366 00:32:11,120 --> 00:32:12,000 Matteo. 367 00:32:13,680 --> 00:32:16,040 Saya nak cakap dengan Diana segera. 368 00:32:21,720 --> 00:32:22,880 Awak dengar atau tidak? 369 00:32:24,560 --> 00:32:25,600 Jawablah. 370 00:32:27,320 --> 00:32:29,920 Itu pintu masuk ke tempat bekalan air. 371 00:32:40,920 --> 00:32:42,160 Jawablah! 372 00:32:43,440 --> 00:32:44,920 Jawab, Matteo! Tak guna! 373 00:33:21,920 --> 00:33:24,480 - Bahan itu larut jika terkena air? - Ya. 374 00:33:26,800 --> 00:33:29,160 Kita telah menyaksikan perbincangan hangat 375 00:33:29,240 --> 00:33:31,320 yang agak agresif antara ahli Parlimen. 376 00:33:31,400 --> 00:33:34,960 Majoriti pemimpin nampaknya tidak sepakat. 377 00:33:35,040 --> 00:33:37,800 Malah, kerajaan seperti tidak stabil 378 00:33:37,880 --> 00:33:41,640 selepas mengundi untuk meliberalisasikan senjata. 379 00:33:41,720 --> 00:33:43,960 Mereka dah jalankan tugas, tapi habislah mereka. 380 00:33:44,040 --> 00:33:45,440 Kita boleh buang mereka. 381 00:33:46,360 --> 00:33:50,320 Kita perlukan kerajaan baharu untuk usaha kita dengan Musytari. 382 00:33:52,640 --> 00:33:53,720 Betul. 383 00:33:54,520 --> 00:33:56,240 Kita perlukan sokongan logistik. 384 00:33:59,280 --> 00:34:00,320 Di manakah mak kamu? 385 00:34:01,040 --> 00:34:02,280 Rasanya dia di taman. 386 00:34:03,640 --> 00:34:04,680 Macam mana ujian itu? 387 00:34:05,160 --> 00:34:06,000 Sedang dijalankan. 388 00:34:08,080 --> 00:34:12,280 Ayah tak sabar nak lihat bilangan subjek yang dapat dicapai oleh gelombang pertama. 389 00:34:16,760 --> 00:34:17,600 Saya juga. 390 00:34:22,160 --> 00:34:24,200 Saya sedang memasukkan kod pengaktifan. 391 00:34:28,160 --> 00:34:29,000 Okey. 392 00:34:29,960 --> 00:34:32,160 Partikel sudah diaktifkan dan sedang merebak. 393 00:35:02,360 --> 00:35:04,000 Saya terlupa satu perkara, ayah. 394 00:35:06,640 --> 00:35:09,480 Hari ini, saya buat prototaip pertama dengan elemen ketiga. 395 00:35:09,560 --> 00:35:11,840 - Bagus. - Saya tahu ayah pasti suka. 396 00:35:12,840 --> 00:35:14,840 Caranya semudah meminum segelas air. 397 00:35:33,080 --> 00:35:34,120 Jangan buat. 398 00:35:35,000 --> 00:35:36,640 Sistem saraf akan terjejas. 399 00:35:37,640 --> 00:35:39,160 Ayah takkan rasa sakit. 400 00:35:58,160 --> 00:35:59,640 Ayah buat demi kebaikan kamu. 401 00:36:01,040 --> 00:36:02,800 Ada sesuatu tentang dia. 402 00:36:02,880 --> 00:36:05,320 Pasti kamu dapat lihat jika dia tak butakan mata kamu. 403 00:36:15,680 --> 00:36:16,920 Gunakan otak. 404 00:36:17,640 --> 00:36:19,480 Telefon Matteo. Sekarang juga. 405 00:36:20,280 --> 00:36:21,320 Edoardo. 406 00:36:21,400 --> 00:36:22,400 Dia menyorokkan sesuatu. 407 00:36:22,480 --> 00:36:24,000 Entah apa, tapi ayah betul. 408 00:36:24,080 --> 00:36:24,920 Telefon dia. 409 00:36:26,280 --> 00:36:27,360 Kalau ayah tak nak mati. 410 00:36:34,000 --> 00:36:35,040 Tidak. 411 00:36:36,520 --> 00:36:37,840 Kamu ahli Keluarga Zani. 412 00:36:37,920 --> 00:36:40,080 Kamu perlu belajar buat keputusan sukar. 413 00:36:45,040 --> 00:36:46,400 Kita sama, Edoardo. 414 00:36:46,880 --> 00:36:49,000 Tak, saya tak macam ayah. 415 00:38:30,760 --> 00:38:31,800 Hai, Diana. 416 00:40:11,760 --> 00:40:13,760 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin 417 00:40:13,840 --> 00:40:15,840 Penyelia Kreatif: Aireen Zainal