1 00:00:34,440 --> 00:00:35,880 Saya suka dengan reben. 2 00:00:36,880 --> 00:00:37,720 Apa? 3 00:00:37,800 --> 00:00:39,320 Saya suka dengan reben. 4 00:00:41,520 --> 00:00:43,440 BUTIK AL BAJAA 5 00:00:44,560 --> 00:00:45,400 Mak okey? 6 00:00:46,520 --> 00:00:48,160 Ya. Maaf. 7 00:00:49,120 --> 00:00:51,640 - Apa kamu kata? - Dengan reben lebih lawa. 8 00:00:54,520 --> 00:00:56,720 Tapi empat kali ganda lebih mahal. 9 00:00:57,240 --> 00:00:58,680 Apa salahnya beli ini? 10 00:00:59,480 --> 00:01:02,080 - Cantik dan selesa. - Saya nak cuba juga. 11 00:01:03,040 --> 00:01:04,200 Farida! 12 00:01:09,720 --> 00:01:10,560 Hai. 13 00:01:11,440 --> 00:01:12,680 Dengar sini, sayang. 14 00:01:12,760 --> 00:01:14,600 Kalau awak tak senang duduk 15 00:01:14,680 --> 00:01:17,800 dan awak rasa segan, tak apa. Awak boleh balik. 16 00:01:18,560 --> 00:01:19,400 Dengar sini. 17 00:01:20,440 --> 00:01:22,560 Saya datang pun untuk Jude. 18 00:01:23,080 --> 00:01:24,920 Jude tak perlu jagaan awak. 19 00:01:25,000 --> 00:01:28,000 Lagipun kami jaga dia semasa awak pergi melancong. 20 00:01:28,720 --> 00:01:30,360 Mak cik? Cantik tak? 21 00:01:31,040 --> 00:01:34,160 Wah! Cantik! Jelita! 22 00:01:34,800 --> 00:01:37,400 Sangat menawan! Memang sesuai dengan awak! 23 00:01:37,480 --> 00:01:39,520 - Cuba berjalan sikit. - Baik. 24 00:01:43,280 --> 00:01:44,320 Wah! 25 00:01:44,400 --> 00:01:46,440 - Sangat lawa. - Terima kasih! 26 00:01:47,120 --> 00:01:48,920 Semua orang mesti lawa di majlis saya. 27 00:01:50,320 --> 00:01:52,400 Saya tak suka kasut itu. Awak pilih yang lain. 28 00:01:52,480 --> 00:01:55,480 Saya suka kasut Ferragamo tadi. Yang dengan reben. 29 00:01:56,440 --> 00:01:57,680 Maaf! 30 00:01:57,760 --> 00:02:00,440 Ambil kasut Ferragamo, yang ada reben itu. 31 00:02:00,520 --> 00:02:01,800 Beri saiz dia, ya. 32 00:02:03,920 --> 00:02:05,320 Sangat cantik! 33 00:02:06,240 --> 00:02:09,080 - Tapi macam longgar. - Mereka boleh kecilkan. 34 00:02:09,160 --> 00:02:11,560 Apa? Saya boleh bayar sendiri. 35 00:02:12,680 --> 00:02:13,560 Dengar sini. 36 00:02:14,200 --> 00:02:16,920 Mak tak nak kamu ada tabiat boros berbelanja. 37 00:02:17,000 --> 00:02:19,360 Hari itu kamu beli topi Ascot. Terima kasih. 38 00:02:19,440 --> 00:02:21,960 Sekarang kasut itu pula. Dengar sini. 39 00:02:22,040 --> 00:02:26,240 Keborosan itu umpama perangkap. Sekali masuk, susah nak keluar! 40 00:02:28,240 --> 00:02:31,440 Mak suruh saya kerja untuk belajar urus duit, bukan? 41 00:02:31,520 --> 00:02:32,680 Kasut dah sampai! 42 00:02:40,160 --> 00:02:41,200 Nak tengok. 43 00:02:42,280 --> 00:02:45,120 Ya, yang ini lebih cantik. Lebih cantik! 44 00:02:45,200 --> 00:02:46,560 Ya. Sangat cantik. 45 00:02:46,640 --> 00:02:48,840 Percayalah, awak cantik memakainya. 46 00:02:50,320 --> 00:02:52,160 Tentulah cantik dia pakai. 47 00:02:52,240 --> 00:02:54,360 Tapi ini tak boleh. Terlalu mahal. 48 00:02:54,440 --> 00:02:55,840 Omar yang akan bayar. 49 00:02:55,920 --> 00:02:58,800 Ini bukan sebab duit, Rose. Bukan sebab duit! 50 00:02:58,880 --> 00:03:00,840 Tapi ini sebab prinsip hidup. 51 00:03:00,920 --> 00:03:05,240 Tak logik berbelanja banyak untuk benda yang kita guna sekali saja. 52 00:03:06,560 --> 00:03:08,080 Tapi saya kena cuba juga. 53 00:03:37,320 --> 00:03:38,160 Terima kasih. 54 00:03:42,560 --> 00:03:43,880 Hei, kamu beli apa? 55 00:03:46,160 --> 00:03:47,000 Saya beli 56 00:03:47,800 --> 00:03:48,920 sepasang kasut. 57 00:03:49,680 --> 00:03:50,800 Berapa harganya? 58 00:04:00,800 --> 00:04:03,640 Kamu kenapa? Ada masalah di tempat kerja? 59 00:04:04,200 --> 00:04:05,160 Kalaulah betul, ayah. 60 00:04:07,080 --> 00:04:09,560 Kebelakangan ini, bukan kerja yang beri masalah. 61 00:04:11,680 --> 00:04:14,160 Bila saham awam Alpha akan diterbitkan? 62 00:04:14,240 --> 00:04:15,440 Dua hari lagi. 63 00:04:16,320 --> 00:04:17,560 Kenapa? Ada masalah? 64 00:04:18,400 --> 00:04:22,640 Kalau ayah beritahu kamu lebih-lebih, ayah akan melanggar etika. 65 00:04:23,360 --> 00:04:25,880 Tapi ada masalah dengan pulau kamu itu. 66 00:04:26,520 --> 00:04:28,440 Failaka? Apa masalahnya? Apa… 67 00:04:29,040 --> 00:04:31,680 Ayah, tolonglah beritahu saya. Tolonglah. 68 00:04:32,920 --> 00:04:36,120 Maaf. Ayah tak boleh cakap lagi. Maaf. 69 00:04:44,440 --> 00:04:45,520 Kita semua setuju 70 00:04:46,720 --> 00:04:50,920 semua pedagang perlu ada keyakinan dengan kebolehan Rakan. 71 00:04:53,160 --> 00:04:55,840 Tambahan pula, dua hari lagi, 72 00:04:55,920 --> 00:04:57,280 saham awam kami diterbitkan. 73 00:04:58,320 --> 00:05:00,320 Puan nak saya tandatangan sijil kahwin? 74 00:05:02,960 --> 00:05:04,080 Apa faedah untuk saya? 75 00:05:04,920 --> 00:05:08,080 Selain berkahwin ke dalam keluarga yang akan menyokong awak 76 00:05:08,160 --> 00:05:09,480 dan memewahkan awak? 77 00:05:11,400 --> 00:05:14,000 Mana-mana perempuan pun akan terima syarat kahwin itu. 78 00:05:14,680 --> 00:05:15,880 Tapi saya Munira Hijazi. 79 00:05:16,640 --> 00:05:19,680 Apa faedah istimewa lain yang saya boleh dapat? 80 00:05:20,280 --> 00:05:22,960 Beri syarat awak, kita boleh bincang. 81 00:05:25,600 --> 00:05:28,680 Saya nak jawatan dalam syarikat. Jawatan pentadbiran. 82 00:05:31,320 --> 00:05:32,960 Kami terfikir nak pengurus kewangan. 83 00:05:33,720 --> 00:05:35,200 Macam saya mula-mula dulu. 84 00:05:36,680 --> 00:05:38,280 Saya nak jawatan CEO. 85 00:05:39,160 --> 00:05:40,200 Sayalah CEO. 86 00:05:42,320 --> 00:05:45,920 Kami boleh jadikan awak pembantu CEO. 87 00:05:47,080 --> 00:05:49,000 Jadi saya singa tanpa taring. 88 00:05:52,440 --> 00:05:53,480 Awak masih ada cakar. 89 00:05:54,560 --> 00:05:56,120 Maaf saya cakap, Puan Sabiha, 90 00:05:56,960 --> 00:05:58,800 tapi saya tak nak jadi macam puan. 91 00:05:59,560 --> 00:06:00,480 Maksud awak? 92 00:06:02,440 --> 00:06:04,200 Puan yang buat semua kerja 93 00:06:05,040 --> 00:06:07,320 tapi si suami pula yang dapat pujian. 94 00:06:11,560 --> 00:06:13,520 Saya ada dalam kedudukan ini 95 00:06:14,480 --> 00:06:16,280 disebabkan usaha saya sendiri. 96 00:06:17,080 --> 00:06:20,720 Kalau awak nak apa-apa, awak boleh usahakan sendiri. 97 00:06:23,080 --> 00:06:23,920 Jadi, 98 00:06:25,000 --> 00:06:26,080 kita sudah setuju? 99 00:06:26,160 --> 00:06:29,160 Atau nak saya tetapkan syarat berkenaan cucu juga? 100 00:06:29,240 --> 00:06:30,800 Tak perlulah! 101 00:06:30,880 --> 00:06:32,600 Itu hal peribadi. 102 00:06:34,200 --> 00:06:35,480 Tak ada masalah. 103 00:06:37,960 --> 00:06:39,080 Fikir-fikirlah. 104 00:06:41,000 --> 00:06:42,760 Tawaran keemasan macam ini 105 00:06:43,600 --> 00:06:45,040 takkan kekal lama. 106 00:06:45,120 --> 00:06:48,160 Kami beri awak masa dua hari untuk berikan jawapan. 107 00:06:48,240 --> 00:06:51,200 Sebab saya nak umumkan tentang itu 108 00:06:51,280 --> 00:06:52,560 pada hari terbitan saham. 109 00:06:56,880 --> 00:06:58,320 Selepas tarikh itu, 110 00:06:59,560 --> 00:07:02,280 harga awak pun akan jatuh merudum. 111 00:07:10,160 --> 00:07:12,200 BURSA KUWAIT 112 00:07:12,280 --> 00:07:13,840 Sebelum hujung hari ini, 113 00:07:14,480 --> 00:07:18,880 saya perlu maklumkan pihak atasan tentang harga saham Alpha esok. 114 00:07:19,840 --> 00:07:24,200 Saya perlu tahu jika pasaran sudah sedia mahu berdagang. 115 00:07:24,840 --> 00:07:27,320 Kita sudah berjaya harungi sidang kemuncak itu. 116 00:07:27,400 --> 00:07:28,800 Kita dah ada pelabur induk. 117 00:07:30,040 --> 00:07:32,280 Projek Failaka semakin dapat tumpuan. 118 00:07:33,240 --> 00:07:35,360 Alpha lancarkan kempen iklan pula. 119 00:07:35,440 --> 00:07:36,960 Iklan atas bas dan dalam radio. 120 00:07:37,040 --> 00:07:38,760 Surat khabar pun siarkannya. 121 00:07:38,840 --> 00:07:40,880 Dua artikel tentangnya dalam ruangan Ekonomi. 122 00:07:40,960 --> 00:07:41,880 Kita baik-baik saja. 123 00:07:42,480 --> 00:07:45,240 Awak kenapa? Kenapa asyik buat muka begitu? 124 00:07:45,840 --> 00:07:48,080 Ada apa-apa masalahkah? Beritahu kami. 125 00:07:56,000 --> 00:07:58,200 Saya tak rasa terbitan saham awam ini 126 00:07:59,160 --> 00:08:00,720 akan berjalan seperti dijangka. 127 00:08:04,920 --> 00:08:05,760 Apa sebabnya? 128 00:08:06,840 --> 00:08:09,760 Itu saja. Saya rasa macam tak terjamin lagi. 129 00:08:11,640 --> 00:08:15,080 Sebab itu saya nak awak semua bergaul dengan pedagang. 130 00:08:15,840 --> 00:08:18,280 Saya tak nak tetapkan harga saham sesuka hati. Tidak! 131 00:08:18,960 --> 00:08:21,040 Awak semua perlu bergaul dengan pedagang. 132 00:08:21,640 --> 00:08:23,480 Dengar kata-kata mereka. 133 00:08:23,560 --> 00:08:25,680 Jangan lepaskan sesiapa. Tanya semua orang! 134 00:08:26,280 --> 00:08:27,160 Termasuk staf! 135 00:08:27,760 --> 00:08:29,920 Saya nak tahu suasana dalam pasaran. 136 00:08:30,960 --> 00:08:31,960 Selepas tengah hari, 137 00:08:32,840 --> 00:08:35,000 kita jumpa sini dan tetapkan harga saham. 138 00:08:35,720 --> 00:08:36,560 Baik. 139 00:08:41,600 --> 00:08:44,000 Saya tak nak takutkan sesiapa. 140 00:08:44,520 --> 00:08:47,080 Cakap. Apa awak tahu? Apa awak sorokkan? 141 00:08:50,560 --> 00:08:53,640 Ada artikel tentang Failaka yang bakal disiarkan. 142 00:08:54,400 --> 00:08:56,560 - Bukan artikel positif. - Ayah awak kata? 143 00:08:56,640 --> 00:08:59,000 Itu saja dia beritahu saya 144 00:08:59,720 --> 00:09:01,040 tanpa melanggar etika. 145 00:09:04,360 --> 00:09:05,200 Minta diri. 146 00:09:11,520 --> 00:09:13,400 Ini Appetite for Destruction. 147 00:09:13,480 --> 00:09:15,600 Saya bawa Straight Outta Compton bulan depan. 148 00:09:16,480 --> 00:09:17,960 Wah, Jude! Semua ada! 149 00:09:18,040 --> 00:09:20,680 Ini pula album Dalida. 150 00:09:21,280 --> 00:09:23,800 Serta album George Wassouf. 151 00:09:23,880 --> 00:09:26,200 Dua kali ganda merana patah hati. 152 00:09:27,320 --> 00:09:28,800 Hei, awak! 153 00:09:29,720 --> 00:09:32,800 Kaset yang awak jual minggu lepas tersangkut dalam Walkman saya! 154 00:09:34,680 --> 00:09:36,960 Saya dah kata, kalau awak ulang lagu, 155 00:09:37,040 --> 00:09:38,200 mestilah sangkut! 156 00:09:38,280 --> 00:09:41,080 Saya tahulah awak suka Ihab Tawfik, tapi sabar sikit! 157 00:09:41,680 --> 00:09:42,880 Pulangkan duit saya! 158 00:09:42,960 --> 00:09:45,200 Mais, bertenang. Tak perlu kecoh satu dunia. 159 00:09:45,920 --> 00:09:46,760 Jude! 160 00:09:57,760 --> 00:09:59,800 Mak saya tak jawab. Boleh telefon mak tiri? 161 00:09:59,880 --> 00:10:01,080 Ya. 162 00:10:10,880 --> 00:10:12,520 Maaf mengganggu. 163 00:10:12,600 --> 00:10:13,560 Saya ingatkan… 164 00:10:14,640 --> 00:10:16,120 Maaf, pintu tutup tadi. 165 00:10:16,720 --> 00:10:18,920 Kami tutup sebab tak nak awak dengar. 166 00:10:19,920 --> 00:10:20,840 Dah terbongkar! 167 00:10:24,040 --> 00:10:27,640 Tapi kami dah selesai. Awak cakaplah dengan Nabil. 168 00:10:27,720 --> 00:10:28,760 Baik, saya minta diri. 169 00:10:29,400 --> 00:10:30,240 Terima kasih. 170 00:10:30,320 --> 00:10:32,000 Ini untuk awak, Abu Khaled. 171 00:10:32,640 --> 00:10:34,440 - Ini saja yang mampu. - Terima kasih. 172 00:10:34,520 --> 00:10:35,440 Tak, terima kasih. 173 00:10:35,520 --> 00:10:37,680 Semoga Tuhan rahmati. 174 00:10:42,240 --> 00:10:43,120 Baiklah. 175 00:10:43,200 --> 00:10:48,200 - Assalamualaikum dan selamat jalan! - Waalaikumsalam. Selamat datang. 176 00:10:49,360 --> 00:10:50,280 Mula-mula, 177 00:10:51,240 --> 00:10:52,200 Laith Nasir. 178 00:10:52,720 --> 00:10:53,640 Sekarang, awak. 179 00:10:54,200 --> 00:10:57,120 Nampaknya saham hari ini akan naik! 180 00:10:57,200 --> 00:10:58,040 Benar. 181 00:10:58,680 --> 00:11:00,640 Itulah pandangan pihak bank dan Alpha. 182 00:11:01,520 --> 00:11:05,440 Saya baru bincang dengan Laith tentang terbitan saham awak. 183 00:11:06,360 --> 00:11:10,920 Saya boleh nampak, Laith baik orangnya. 184 00:11:11,520 --> 00:11:12,800 Memang baik hati! 185 00:11:12,880 --> 00:11:14,440 Dia cerdik dan bijak. 186 00:11:14,520 --> 00:11:15,360 Kaya juga. 187 00:11:15,440 --> 00:11:18,400 Dia pandai cari projek berpotensi. 188 00:11:19,360 --> 00:11:20,560 Jadi… 189 00:11:21,920 --> 00:11:24,080 Sekarang awak nampak potensi Alpha. 190 00:11:24,600 --> 00:11:27,400 Munira, saya cuma seorang broker. 191 00:11:28,480 --> 00:11:31,080 Awak broker terbaik bursa ini, bos besar. 192 00:11:31,160 --> 00:11:32,960 Saya nak tahu pandangan klien awak. 193 00:11:36,360 --> 00:11:39,560 Amir yang tetapkan harga akhir saham. 194 00:11:40,800 --> 00:11:43,960 Awak nak tengok keadaan, ya? 195 00:11:44,040 --> 00:11:46,400 Satu negara dah heboh tentang Failaka. 196 00:11:46,480 --> 00:11:48,520 Pak cik saya pun kata ia kebanggaan negara… 197 00:11:48,600 --> 00:11:49,920 Itu dia. 198 00:11:50,000 --> 00:11:51,800 Itulah jawapan awak. 199 00:11:52,720 --> 00:11:55,640 Beritahu Amir, jangan perbesar-besarkan harga. 200 00:11:56,160 --> 00:11:57,760 Suruh dia tenang dan yakin. 201 00:11:59,440 --> 00:12:01,760 - Macam mana? - Awak macam mana? 202 00:12:01,840 --> 00:12:04,440 Syukurlah. Saya ada jangkaan tinggi dengan Alpha. 203 00:12:05,320 --> 00:12:06,360 Khalifa kata apa? 204 00:12:06,960 --> 00:12:07,800 Entah! 205 00:12:08,880 --> 00:12:11,120 Dia tak ada di pejabat atau di bawah. 206 00:12:16,560 --> 00:12:18,080 Tak cari di tempat lama awak? 207 00:12:21,200 --> 00:12:23,720 Banyak kisah baik saya dengar tentang awak. 208 00:12:24,320 --> 00:12:26,520 Memang peluang baik kalau kita jumpa… 209 00:12:29,280 --> 00:12:32,280 Saya ada unit. Saya boleh beri kepada awak dengan harga… 210 00:12:32,320 --> 00:12:34,160 KANTIN BURSA SAHAM 211 00:12:35,160 --> 00:12:36,120 Farida Ma'mun! 212 00:12:36,640 --> 00:12:38,600 Kerani dagang. Bank Masa Depan. 213 00:12:39,640 --> 00:12:41,120 Antara wirawati saham kita. 214 00:12:41,840 --> 00:12:42,680 Ini Laith Nasir. 215 00:12:43,200 --> 00:12:44,360 Boleh dikatakan panglima. 216 00:12:44,440 --> 00:12:45,920 Saya tahu. Kami kenal. 217 00:12:47,520 --> 00:12:50,320 Gembira dapat berjumpa, tuan panglima. 218 00:12:50,400 --> 00:12:52,440 Saya juga gembira, cik puan. 219 00:12:53,400 --> 00:12:54,360 Macam selalu? 220 00:12:55,200 --> 00:12:58,240 Satu sudu teh, satu sudu gula, tiga sudu susu pekat? 221 00:13:00,000 --> 00:13:01,400 Tiga sudu susu pekat? 222 00:13:03,880 --> 00:13:05,520 Tengok badan dia langsing saja. 223 00:13:05,600 --> 00:13:08,200 Sebenarnya dia boleh habiskan sekotak biskut! 224 00:13:09,520 --> 00:13:12,080 Saya minta diri dulu, ya? 225 00:13:13,320 --> 00:13:15,360 Baik, Abu Nasir. Datanglah lagi bila-bila. 226 00:13:15,440 --> 00:13:18,280 Saya ada saja sini. Setiap hari akan jumpa awak! 227 00:13:19,240 --> 00:13:20,080 Awak pula, 228 00:13:21,080 --> 00:13:23,480 saya akan jumpa awak di medan perang. 229 00:13:36,280 --> 00:13:37,680 Awak nampak tenang. 230 00:13:38,200 --> 00:13:39,040 Bahagia. 231 00:13:43,520 --> 00:13:45,080 Saya bakal jadi bapa. 232 00:13:45,160 --> 00:13:48,160 Nampaknya dah terlalu lama saya di atas. 233 00:13:49,000 --> 00:13:50,840 Tak sangka selama itu. 234 00:14:01,440 --> 00:14:03,440 Saya dah agak lama bertunang. 235 00:14:08,760 --> 00:14:09,600 Tahniah. 236 00:14:13,800 --> 00:14:14,800 Tahniah untuk IPO. 237 00:14:17,000 --> 00:14:17,840 Terima kasih. 238 00:14:18,360 --> 00:14:20,680 Oh, ya! Apa pendapat awak? 239 00:14:21,920 --> 00:14:24,720 Macam mana? Virtue ada kerisauan tentang ini? 240 00:14:25,680 --> 00:14:26,600 Tidak langsung! 241 00:14:26,680 --> 00:14:28,400 Malah kami harap kami yang menang itu. 242 00:14:29,080 --> 00:14:31,040 Bank Masa Depan memang bertuah. 243 00:14:35,960 --> 00:14:37,960 Terima kasih untuk teh ini, Khalifa. 244 00:14:38,040 --> 00:14:39,000 Cukup rasa. 245 00:14:46,160 --> 00:14:49,440 Khalifa dan Nabil macam sangat yakin dengan Failaka. 246 00:14:50,440 --> 00:14:51,720 Adakah kita akan berjaya? 247 00:14:53,000 --> 00:14:55,320 Semua berjalan lancar, tapi entahlah. 248 00:14:55,400 --> 00:14:57,480 Saya rasa macam tak sedap hati. 249 00:15:03,120 --> 00:15:03,960 Jude? 250 00:15:13,680 --> 00:15:14,680 Jude? 251 00:15:14,760 --> 00:15:16,880 Kenapa kamu di sini? Kenapa bukan di sekolah? 252 00:15:16,960 --> 00:15:17,920 Kita kena cakap. 253 00:15:20,000 --> 00:15:20,840 Mari sini. 254 00:15:22,200 --> 00:15:23,960 Rose, tolonglah. 255 00:15:24,040 --> 00:15:24,880 Mari sini! 256 00:15:24,960 --> 00:15:25,800 Mari! 257 00:15:34,320 --> 00:15:37,600 - Cakap. Kenapa datang? - Jude ada masalah di sekolah. 258 00:15:37,680 --> 00:15:39,160 Tapi mereka telefon awak? 259 00:15:39,240 --> 00:15:40,200 Bukannya apa, 260 00:15:40,280 --> 00:15:42,040 kita kena mula bekerjasama. 261 00:15:42,120 --> 00:15:42,960 Sudah tentu. 262 00:15:43,040 --> 00:15:45,800 Tapi ini bukan masa dan tempat yang sesuai. 263 00:15:45,880 --> 00:15:49,720 Itu dia! Penjual terbaik di seluruh kawasan Teluk! 264 00:15:51,160 --> 00:15:53,160 Ada apa datang ke sini? 265 00:15:53,240 --> 00:15:55,200 Nak caras kerja saya, ya? 266 00:15:55,840 --> 00:15:56,680 Kawan awak? 267 00:15:57,280 --> 00:15:59,960 Alang-alang cik sudah datang ke sini, 268 00:16:00,040 --> 00:16:02,920 kami boleh tawarkan khidmat nasihat kewangan. 269 00:16:03,000 --> 00:16:03,880 Hasan, Walid. 270 00:16:04,840 --> 00:16:05,760 Ini Rose. 271 00:16:06,600 --> 00:16:08,400 Tunang bekas suami Farida. 272 00:16:08,920 --> 00:16:10,760 Selamat datang! Kami suka majlis! 273 00:16:11,520 --> 00:16:14,280 Kami ada kugiran sendiri! Mari saya tunjukkan. 274 00:16:14,360 --> 00:16:15,640 Kami ada kugiran, ya. 275 00:16:16,200 --> 00:16:21,080 Kami boleh main di parti, majlis kahwin. Cik mesti suka. Duduklah. 276 00:16:22,240 --> 00:16:24,440 Apa? Kenapa semua orang hurung sini macam lalat? 277 00:16:24,520 --> 00:16:26,520 Apa jadi di sekolah? Beritahu mak. 278 00:16:28,800 --> 00:16:29,640 Jude? 279 00:16:33,680 --> 00:16:34,640 Helo? 280 00:16:36,840 --> 00:16:38,040 Kami naik sekejap lagi. 281 00:16:39,480 --> 00:16:42,320 Tunggu sini. Mak ada mesyuarat. Nanti kita cakap. 282 00:16:43,280 --> 00:16:44,520 Amir panggil kita ke atas. 283 00:16:45,200 --> 00:16:46,040 Sekarang. 284 00:16:48,360 --> 00:16:52,800 Oh, Tuhan! Jadi awak pandai baca semua lampu-lampu ini 285 00:16:52,880 --> 00:16:54,560 di semua skrin besar itu? 286 00:16:58,400 --> 00:17:02,280 Maaf, semua. Tetamu kita ini perlu balik. Dia dah lambat. 287 00:17:02,360 --> 00:17:04,240 Terima kasih. Awak semua memang baik. 288 00:17:04,320 --> 00:17:06,880 - Tapi kami belum… - Tak apa! Sudah. Mari. 289 00:17:06,960 --> 00:17:08,360 - Jumpa lagi! - Jumpa lagi! 290 00:17:09,040 --> 00:17:10,160 Maaf, ya. 291 00:17:10,240 --> 00:17:13,080 Maaf, kami ada mesyuarat lembaga yang penting. 292 00:17:13,160 --> 00:17:15,120 Fasal "lampu-lampu" ini? 293 00:17:15,200 --> 00:17:17,000 Kita belum cakap tentang Jude. 294 00:17:17,720 --> 00:17:20,960 Jude duduk sini dulu, nanti kita bincang hal sekolahnya. 295 00:17:21,040 --> 00:17:21,880 Pergi dulu. 296 00:17:21,960 --> 00:17:24,360 Awak pasti tak nak bincang sekarang? 297 00:17:24,440 --> 00:17:25,440 Ya, pasti. 298 00:17:25,520 --> 00:17:28,120 - Saya pun dah macam mak dia. - Mak dialah sangat! 299 00:17:28,200 --> 00:17:31,840 Tak apa, jangan risau. Awak balik dulu. Jaga diri. 300 00:17:31,920 --> 00:17:33,400 Pergi dulu. Terima kasih. 301 00:17:35,680 --> 00:17:37,880 - Tengok belakang. - Kenapa ini? 302 00:17:39,560 --> 00:17:40,920 Eloklah dia dah pergi. 303 00:17:44,520 --> 00:17:46,280 - Kita semua. - Kita semua? 304 00:17:46,360 --> 00:17:47,200 - Tunggu. - Jom. 305 00:17:47,280 --> 00:17:48,120 Jom kita naik. 306 00:17:54,000 --> 00:17:56,680 Sepanjang hari kami bergaul dengan para pedagang. 307 00:17:56,760 --> 00:17:59,200 Kami cakap dengan setiap seorang. 308 00:17:59,720 --> 00:18:01,680 Kebanyakan orang suka projek Failaka. 309 00:18:02,240 --> 00:18:05,640 Sekarang kita kena cakap tentang harga saham. 310 00:18:06,240 --> 00:18:07,320 Belum lagi. 311 00:18:08,080 --> 00:18:09,440 Saya baru dapat panggilan 312 00:18:10,040 --> 00:18:13,280 mengatakan ada orang tempatan yang membantah projek itu. 313 00:18:16,640 --> 00:18:17,720 Bantah? 314 00:18:18,840 --> 00:18:20,320 Mereka nak buat apa? 315 00:18:21,000 --> 00:18:23,680 Mereka hubungi wartawan akhbar Al-Haq. 316 00:18:25,360 --> 00:18:28,720 Artikelnya akan terpampang di semua dada akhbar esok. 317 00:18:30,000 --> 00:18:34,280 Mereka enggan jual rumah mereka supaya projek awak akan gagal. 318 00:18:34,880 --> 00:18:39,880 Satu negara akan baca tentang itu sebelum loceng pembukaan berbunyi. 319 00:18:39,960 --> 00:18:43,400 - Itu akhbar ayah awak, bukan? - Ya, tapi dia tak tulis artikel itu. 320 00:18:43,480 --> 00:18:46,280 - Awak beri dia maklumat, ya? - Apa? 321 00:18:46,360 --> 00:18:48,320 Mestilah tidak! Saya tak ada kaitan pun! 322 00:18:49,040 --> 00:18:51,880 Awak yang kata semua pemilik tanah setuju dengan projek ini 323 00:18:51,960 --> 00:18:52,880 dan semua untung! 324 00:18:52,960 --> 00:18:56,440 Betul, tapi nampaknya ada orang yang ubah fikiran mereka! 325 00:18:56,520 --> 00:18:59,440 Ada seorang wanita yang bercakap sebagai wakil mereka. 326 00:18:59,520 --> 00:19:00,720 Namanya Um Badr. 327 00:19:01,440 --> 00:19:04,400 Saya nak awak berdua jumpa dia dan cuba runding. 328 00:19:05,040 --> 00:19:06,600 Nak berunding dengan apa? 329 00:19:12,680 --> 00:19:13,720 Ini boleh bantu. 330 00:19:16,560 --> 00:19:19,760 Ini tugas awak yang paling genting sejak kerja dengan bank ini! 331 00:19:19,840 --> 00:19:21,840 Saya nak awak buat tawaran kepada dia. 332 00:19:22,440 --> 00:19:23,440 Suruh Um Badr 333 00:19:24,160 --> 00:19:26,320 hubungi wartawan itu dan tarik balik kenyataan! 334 00:19:27,120 --> 00:19:28,600 Buat apa saja yang perlu! 335 00:19:29,680 --> 00:19:31,680 Sampai masalah ini selesai. 336 00:19:34,920 --> 00:19:35,760 Puan Sabiha. 337 00:19:36,640 --> 00:19:37,840 Ada bot laju, bukan? 338 00:19:48,200 --> 00:19:49,560 Tak apa, awak okey. 339 00:20:13,600 --> 00:20:16,000 Saya yang salah sebab bawakan beg ini! 340 00:20:16,080 --> 00:20:18,240 Farida, itu memang peranan awak dalam hidup! 341 00:20:18,320 --> 00:20:22,040 - Apa lagi kegunaan awak? - Ya, memang saya yang salah! 342 00:20:24,000 --> 00:20:25,520 Semua ini memang salah saya! 343 00:20:25,600 --> 00:20:27,200 "Semua ini memang salah saya!" 344 00:20:27,280 --> 00:20:28,360 Okey, tak apa. 345 00:20:32,200 --> 00:20:33,160 Ada orang! 346 00:20:33,240 --> 00:20:34,560 Tumpang tanya! 347 00:20:35,720 --> 00:20:36,560 Cepat! 348 00:20:39,360 --> 00:20:40,200 Aduh! 349 00:20:40,720 --> 00:20:41,720 Mujur cik ada. 350 00:20:42,960 --> 00:20:44,680 Boleh tanya, mana rumah Um Badr? 351 00:20:44,760 --> 00:20:45,600 Ya. 352 00:20:46,240 --> 00:20:48,560 Jalan terus, tengok kanan, rumah yang pertama. 353 00:20:52,080 --> 00:20:53,960 Jom. Terima kasih. 354 00:21:08,960 --> 00:21:09,880 Beratnya! 355 00:21:17,840 --> 00:21:20,040 Awak tengok rumah sebiji tengah sana? 356 00:21:20,120 --> 00:21:22,240 - Mana? - Yang di tengah itu. 357 00:21:22,320 --> 00:21:23,760 - Yang itu? - Ya. 358 00:21:23,840 --> 00:21:26,280 Itu rumah Um Badr, satu-satunya rumah di sini. 359 00:21:27,400 --> 00:21:28,680 - Ya. - Jom. 360 00:21:28,760 --> 00:21:30,600 Kita tengok kehebatan awak. 361 00:21:34,000 --> 00:21:35,000 Nah. 362 00:21:39,760 --> 00:21:40,760 Sekarang saya faham. 363 00:21:41,280 --> 00:21:42,280 Ikut saya. 364 00:21:53,600 --> 00:21:56,400 Awak orang surat khabar atau orang kerajaan? 365 00:21:56,920 --> 00:21:58,560 Dua-dua bukan, puan. Kami dari bank. 366 00:21:59,200 --> 00:22:00,240 Bank? 367 00:22:00,320 --> 00:22:03,280 Kami dengar ada wartawan jumpa puan. 368 00:22:03,360 --> 00:22:06,480 Dia cakap dengan puan sebab puan mewakili orang tempatan. 369 00:22:06,560 --> 00:22:09,000 Panggil nama saya. Saya Um Badr. 370 00:22:09,080 --> 00:22:12,200 Baiklah, Um Badr. Puan bukan calang-calang orang. 371 00:22:12,280 --> 00:22:13,640 Puan pandai pilih masa. 372 00:22:14,160 --> 00:22:16,280 Puan berjaya buat mereka berpeluh. 373 00:22:16,360 --> 00:22:21,120 Syarikat itu dah putuskan takkan teruskan projek ini? 374 00:22:21,800 --> 00:22:22,880 Tidak. 375 00:22:23,440 --> 00:22:28,040 Mereka hantar kami untuk berunding untuk dapatkan lebih bagi puan. 376 00:22:28,120 --> 00:22:30,400 Siapa kata saya nak berunding? 377 00:22:31,000 --> 00:22:33,120 Tak tahulah nak cakap apa, Um Badr. 378 00:22:33,200 --> 00:22:36,800 Tapi kerajaan dah luluskan projek pemajuan Failaka oleh Alpha. 379 00:22:37,840 --> 00:22:43,840 Maksudnya, puan boleh buat ia ditangguhkan tapi ia takkan dihentikan. 380 00:22:43,920 --> 00:22:45,640 Baik. Tak apa. 381 00:22:45,720 --> 00:22:47,920 Kita tengoklah nanti. 382 00:22:50,240 --> 00:22:51,520 Puan. 383 00:22:51,600 --> 00:22:54,280 Tak ada gunanya kalau puan berdegil macam ini. 384 00:22:54,920 --> 00:22:58,000 Kalau mereka nak teruskan, mereka akan teruskan juga. 385 00:22:58,480 --> 00:23:00,240 Baik puan terima sajalah. 386 00:23:06,200 --> 00:23:07,680 Puan, 387 00:23:08,360 --> 00:23:10,520 kenapa puan ingat kami dengan kerajaan? 388 00:23:10,600 --> 00:23:13,600 Sebab puan pun tahu, akhirnya puan tak ada pilihan. 389 00:23:13,680 --> 00:23:17,280 Projek Failaka itu sudahnya akan dilaksanakan juga. 390 00:23:18,560 --> 00:23:23,920 Zaman dan keadaan sudah berubah, kita kena ikut perkembangan juga. 391 00:23:25,520 --> 00:23:26,560 Cuma bank kami 392 00:23:26,640 --> 00:23:32,920 mahu pastikan pemindahan puan berjalan dengan lancar dan selesa. 393 00:23:39,880 --> 00:23:41,240 Anak cucu puan 394 00:23:42,400 --> 00:23:45,320 takkan hidup susah macam puan. 395 00:23:46,920 --> 00:23:49,720 Puan boleh penuhi segala impian 396 00:23:49,800 --> 00:23:51,160 yang puan ada. 397 00:23:52,960 --> 00:23:56,000 Hidup kita tak boleh diubah. 398 00:23:56,600 --> 00:23:59,400 Kita sendiri pilih, kita sendiri mahu. 399 00:23:59,480 --> 00:24:02,560 Itu tak boleh dibeli dengan duit! Faham atau tak? 400 00:24:03,400 --> 00:24:04,400 Tapi, 401 00:24:05,800 --> 00:24:09,880 saya takut kalau puan akhirnya tak dapat apa-apa langsung. 402 00:24:10,720 --> 00:24:11,920 Jadi, saya cadangkan 403 00:24:13,200 --> 00:24:16,320 puan buatlah keputusan yang bijak 404 00:24:16,400 --> 00:24:18,360 sementara kami di sini. 405 00:24:19,080 --> 00:24:21,760 Pendirian kami tak ternilai harganya! 406 00:24:21,840 --> 00:24:24,160 Warisan kami tak boleh dijual beli! 407 00:24:24,240 --> 00:24:27,120 Awak tak ada benda yang awak sayang? 408 00:24:28,320 --> 00:24:30,280 Ini tempat asal-usul saya! 409 00:24:30,360 --> 00:24:32,520 Saya akan tetap duduk sini, di tanah ini! 410 00:24:34,000 --> 00:24:36,320 Perempuan moden macam awak berdua takkan faham! 411 00:24:41,720 --> 00:24:44,520 Kenapalah Sabiha buat saya macam ini? 412 00:24:44,600 --> 00:24:48,200 Saya uruskan terbitan saham dia, saya tolong dia macam-macam, 413 00:24:48,720 --> 00:24:50,840 saya patut dilayan lebih baik! 414 00:24:50,920 --> 00:24:51,760 Saya! 415 00:24:52,720 --> 00:24:54,240 Berani dia menyusahkan saya? 416 00:24:57,000 --> 00:24:58,320 Awak dah terpukau, Mannour. 417 00:24:58,960 --> 00:25:01,320 Terpukau dengan duit dan kuasa. 418 00:25:02,400 --> 00:25:03,840 Awak tak tahu apa-apa. 419 00:25:05,280 --> 00:25:06,600 Dia nak saya bersama dia. 420 00:25:07,120 --> 00:25:09,960 Dia nak saya ikut mereka. Jadi keluarga dia. 421 00:25:11,720 --> 00:25:14,560 Itu tawaran kedua yang saya tak beritahu awak. 422 00:25:15,240 --> 00:25:16,080 Rakan. 423 00:25:17,280 --> 00:25:19,040 Anak Sabiha itu melamar saya. 424 00:25:21,960 --> 00:25:25,640 Boleh tahan! Tiga pinangan dalam masa lima bulan? 425 00:25:25,720 --> 00:25:27,400 Sayang, saya Munira Hijazi. 426 00:25:27,920 --> 00:25:32,320 Saya baru 33 tahun, belum kahwin, datang dari keluarga baik-baik. 427 00:25:33,200 --> 00:25:34,080 Untung nasib. 428 00:25:37,840 --> 00:25:39,320 Awak tahu apa masalahnya? 429 00:25:41,840 --> 00:25:43,720 Saya terjerat diri sendiri. 430 00:25:45,600 --> 00:25:47,320 Sekarang, saya terpaksa… 431 00:25:50,440 --> 00:25:53,040 terima tawaran Sabiha. 432 00:25:53,120 --> 00:25:53,960 Apa dia? 433 00:25:54,480 --> 00:25:57,080 - Awak tak boleh terima. - Saya terpaksa. 434 00:25:57,760 --> 00:26:00,880 Tak perlu pun. Mengarut saja, Munira. Awak pun tahu. 435 00:26:01,440 --> 00:26:03,080 Apa kita beritahu Um Badr? 436 00:26:04,960 --> 00:26:07,600 Kita kena rebut peluang yang ada. 437 00:26:08,240 --> 00:26:10,360 Sebab kalau kita terlepas, habislah. 438 00:26:11,280 --> 00:26:13,840 - Tidak. Bukan kali ini. - Kenapa tidak? 439 00:26:17,080 --> 00:26:18,240 Sebab ini Rakan. 440 00:26:19,080 --> 00:26:22,920 Awak sendiri kata di Kaherah, awak takkan mudah berpuas hati. 441 00:26:24,920 --> 00:26:26,360 Betul kata Um Badr, ya? 442 00:26:28,520 --> 00:26:30,240 Ada benda yang tak ternilai. 443 00:26:30,320 --> 00:26:33,040 Paling mahal, maruah kita. 444 00:26:33,120 --> 00:26:35,920 Maruah saya? 445 00:26:38,280 --> 00:26:40,760 Mana maruah saya dalam keadaan macam ini? 446 00:26:44,920 --> 00:26:46,080 Saya hilang segalanya. 447 00:26:47,480 --> 00:26:48,840 Segala benda yang saya sayang. 448 00:26:50,160 --> 00:26:51,240 Saud pun dah tak ada. 449 00:26:52,120 --> 00:26:53,120 Dia dah tak ada. 450 00:26:54,040 --> 00:26:55,360 Dah tak ada harapan lagi? 451 00:26:57,000 --> 00:26:58,080 Tak ada harapan dah. 452 00:27:00,600 --> 00:27:03,320 Sekarang, saya boleh nampak dengan jelas 453 00:27:04,280 --> 00:27:05,520 pilihan saya sendiri. 454 00:27:06,280 --> 00:27:08,480 Saya boleh nampak pilihan saya dengan jelas. 455 00:27:09,080 --> 00:27:10,520 Ini satu-satunya pilihan saya. 456 00:27:15,880 --> 00:27:19,880 Saya pula tersentak semasa saya nampak Jude jalan masuk dengan Rose. 457 00:27:22,200 --> 00:27:25,240 Saya sedar, kena kongsi Jude dengan dia selamanya. 458 00:27:25,760 --> 00:27:27,400 Saya tak ada pilihan lain. 459 00:27:31,680 --> 00:27:32,520 Ya Tuhan. 460 00:27:34,120 --> 00:27:35,480 Saya memang mak tak guna! 461 00:27:36,880 --> 00:27:37,760 Sudahlah. 462 00:27:39,280 --> 00:27:43,360 Sepanjang hari saya tinggalkan dia di bursa seorang diri! 463 00:27:44,360 --> 00:27:45,960 Munira, kenapa dengan saya? 464 00:27:46,040 --> 00:27:48,760 Awak pun tak tahu semua ini akan jadi hari ini. 465 00:27:48,840 --> 00:27:49,760 Habis? 466 00:27:51,480 --> 00:27:54,040 Saya patut tinggalkan semuanya dan pergi kepada dia. 467 00:27:55,160 --> 00:27:56,800 - Tapi awak tak boleh. - Ya. 468 00:27:57,800 --> 00:27:58,920 Tapi Rose boleh. 469 00:28:00,000 --> 00:28:01,640 Sebab itu Jude telefon dia. 470 00:28:04,960 --> 00:28:07,640 Saya faham, awak rasa bersalah. 471 00:28:09,840 --> 00:28:11,760 Tapi Jude sayang awak. 472 00:28:11,840 --> 00:28:14,080 Jude cuma pergi kepada Rose 473 00:28:14,160 --> 00:28:17,160 sebab dia tahu Rose takkan buat dia rasa bersalah. 474 00:28:18,000 --> 00:28:19,920 Bukannya dia nak bersama Rose. 475 00:28:21,240 --> 00:28:23,880 Dia sayang awak. Awak mak yang terbaik. 476 00:28:27,560 --> 00:28:28,680 Farida. 477 00:28:28,760 --> 00:28:30,880 Awak kena bertegas sikit dengan Rose itu. 478 00:28:30,960 --> 00:28:33,360 Tidak! Saya tak nak cakap dengan dia! 479 00:28:33,440 --> 00:28:36,240 Kenapa? Dia itu budak saja, apa yang susah sangat? 480 00:28:36,920 --> 00:28:38,200 Lagipun, satu lagi. 481 00:28:38,800 --> 00:28:40,080 Beri amaran tentang Omar. 482 00:28:41,640 --> 00:28:43,880 - Mustahil! - Sepupuku. 483 00:28:45,680 --> 00:28:48,040 Awak tak harap ada orang beri amaran kepada awak? 484 00:28:58,320 --> 00:29:00,040 BURSA KUWAIT 485 00:29:50,640 --> 00:29:51,960 - Helo? - Ayah. 486 00:29:52,040 --> 00:29:54,640 Farida? Kamu okey? 487 00:29:54,720 --> 00:29:56,680 Jude ada dengan saya di bursa. 488 00:29:58,000 --> 00:29:59,200 Ayah boleh jemput dia? 489 00:30:00,080 --> 00:30:01,200 Boleh. 490 00:30:01,280 --> 00:30:02,640 Nanti ayah datang. 491 00:30:03,600 --> 00:30:04,560 Terima kasih, ayah. 492 00:30:13,760 --> 00:30:15,680 Maaf mak tak ada dengan kamu hari ini. 493 00:30:17,520 --> 00:30:19,240 Tak. Maaf sebab saya datang. 494 00:30:34,600 --> 00:30:35,440 Mak kena naik. 495 00:30:38,360 --> 00:30:40,600 Yang buat saya hairan, 496 00:30:40,680 --> 00:30:44,480 macam mana ayah awak boleh buat masalah tapi awak tak tahu? 497 00:30:45,840 --> 00:30:46,800 Awak pun satu! 498 00:30:48,600 --> 00:30:50,600 Saya tak faham langsung 499 00:30:50,680 --> 00:30:54,720 macam mana awak boleh kalah gaduh dengan perempuan tua tak sekolah! 500 00:30:55,600 --> 00:30:58,440 Awak boleh ceritakan kepada saya satu hari nanti 501 00:30:58,520 --> 00:31:02,000 itu pun kalau saya ada angin nak dengar kegagalan awak! 502 00:31:27,120 --> 00:31:30,480 Nampaknya perjalanan tadi tak membawa hasil, ya? 503 00:31:32,800 --> 00:31:34,720 Awak patut dapat lebih baik daripada itu. 504 00:32:06,520 --> 00:32:07,360 Jumpa lagi! 505 00:32:16,120 --> 00:32:19,840 Dah sedia nak bincang kejadian di sekolah Jude hari ini? 506 00:32:20,440 --> 00:32:21,320 Tak. 507 00:32:21,840 --> 00:32:25,440 Saya nak kenal awak lebih rapat, sebab awak bakal jadi… 508 00:32:26,800 --> 00:32:28,640 sebahagian daripada hidup Jude. 509 00:32:28,720 --> 00:32:32,240 Awak pasti akan jadi ibu yang bagus. 510 00:32:32,320 --> 00:32:33,960 Awak tak rasa susahkah 511 00:32:34,960 --> 00:32:40,000 menjadi ibu kepada remaja 13 tahun sedangkan awak pun baru 21 tahun? 512 00:32:42,240 --> 00:32:43,200 Dengar sini. 513 00:32:43,280 --> 00:32:45,920 Kebelakangan ini saya dan Jude semakin rapat. 514 00:32:46,520 --> 00:32:48,520 Maksud saya, kami dah berkawan. 515 00:32:49,320 --> 00:32:52,760 Sebab itu dia telefon saya, sebab dia percaya saya. 516 00:32:54,560 --> 00:32:56,680 Terima kasih sebab keprihatinan awak 517 00:32:57,520 --> 00:32:59,040 dan mengutamakan Jude. 518 00:32:59,760 --> 00:33:00,640 Ya. 519 00:33:01,400 --> 00:33:04,680 Saya boleh jadi contoh untuk dia. Dia perlu mencontohi seseorang. 520 00:33:07,160 --> 00:33:09,520 Maaf, hari ini banyak kerja. Kaki sakit. 521 00:33:09,600 --> 00:33:10,600 Tak apa. 522 00:33:13,200 --> 00:33:16,880 Kejadian di butik semalam boleh dijadikan contoh perbincangan 523 00:33:16,960 --> 00:33:19,840 dalam kolaborasi kita sebagai pihak berkepentingan. 524 00:33:20,520 --> 00:33:25,080 Maaf, tapi awak kerja di tempat yang berurusan dengan duit siang malam. 525 00:33:25,680 --> 00:33:29,040 Tapi awak tak mampu beli kasut berjenama untuk anak awak? 526 00:33:29,120 --> 00:33:33,240 Bukan sebab saya tak mampu! Masalahnya bukan kasut itu atau harganya… 527 00:33:36,200 --> 00:33:37,040 Rose. 528 00:33:37,120 --> 00:33:38,920 Ada benda yang tak ternilai, 529 00:33:39,000 --> 00:33:41,400 macam nilai-nilai yang saya nak tanam dalam diri Jude. 530 00:33:42,440 --> 00:33:46,960 Nilai dan prinsip yang buat Jude jual kaset di sekolah hari ini? 531 00:33:47,040 --> 00:33:48,880 Budak itu dah taasub duit! 532 00:33:49,640 --> 00:33:52,680 Itulah yang saya nak cakap dengan awak tempoh hari. 533 00:33:52,760 --> 00:33:54,120 Sekejap. Maksud awak, 534 00:33:54,880 --> 00:33:56,680 Jude jual kaset di sekolah? 535 00:33:56,760 --> 00:33:57,640 Ya. 536 00:34:00,360 --> 00:34:04,120 Okey. Katakan kita boleh memandang dari sudut berbeza. 537 00:34:04,200 --> 00:34:07,240 Okey? Pada pandangan awak, Jude salah. 538 00:34:07,320 --> 00:34:08,920 Tapi pada pandangan saya, 539 00:34:09,720 --> 00:34:13,880 Jude berjaya mengenal pasti pasaran untuk ditembusi, 540 00:34:13,960 --> 00:34:17,960 dia memanfaatkan sumbernya dan menganalisis cara memenuhi permintaan. 541 00:34:18,040 --> 00:34:21,240 Dia sudah ada klien tetap pada usia 13 tahun! 542 00:34:22,120 --> 00:34:22,960 Wah! 543 00:34:24,320 --> 00:34:26,960 Dia ada aniaya sesiapa? Tipu sesiapa? 544 00:34:27,600 --> 00:34:28,680 Jadi biarlah dia! 545 00:34:30,240 --> 00:34:32,200 Akhirnya dia jumpa bakat dia! 546 00:34:32,280 --> 00:34:33,880 Saya lebih galakkan dia! 547 00:34:33,960 --> 00:34:36,920 Kita kena kenal diri sendiri untuk bina masa depan. 548 00:34:43,440 --> 00:34:45,440 Saya nak cakap tentang benda lain. 549 00:34:47,200 --> 00:34:48,040 Omar. 550 00:34:49,160 --> 00:34:50,280 Tidak. 551 00:34:51,600 --> 00:34:53,240 Jangan cakap tentang itu pula. 552 00:34:53,880 --> 00:34:55,680 Awak dan Omar dah kisah silam, 553 00:34:56,200 --> 00:34:57,960 saya dan Omar lain kisahnya. 554 00:35:01,920 --> 00:35:04,640 Kalau betul, alangkah bagusnya! 555 00:35:04,720 --> 00:35:06,320 - Tapi awak tak tahu. - Saya tahu. 556 00:35:06,880 --> 00:35:08,200 Sebab saya bukan awak. 557 00:35:09,480 --> 00:35:11,400 Saya umpama hadiah kepada dia. 558 00:35:11,480 --> 00:35:13,520 Hidup kami pasti akan sempurna. 559 00:35:13,600 --> 00:35:15,000 Saya akan patuh kepada dia, 560 00:35:15,080 --> 00:35:16,840 ikut peraturan dia, 561 00:35:16,920 --> 00:35:21,320 jadi takkan ada masalah langsung antara saya dengan Omar. 562 00:35:22,760 --> 00:35:24,480 Tak pernah semudah itu. 563 00:35:24,560 --> 00:35:26,280 Awak mungkin rasa begitu, tapi… 564 00:35:27,040 --> 00:35:28,000 Tidak. 565 00:35:29,000 --> 00:35:31,240 - Kita lupakan sajalah. - Lupakan sajalah. 566 00:35:32,120 --> 00:35:33,280 Jude anak kita. 567 00:35:34,760 --> 00:35:36,240 Tapi Omar milik saya seorang. 568 00:36:12,320 --> 00:36:14,920 Apa hal yang penting sangat sampai suruh saya 569 00:36:15,720 --> 00:36:18,120 datang sini untuk bercakap? 570 00:36:19,440 --> 00:36:20,360 Saya ada masalah. 571 00:36:26,640 --> 00:36:30,520 Awak memang tak boleh kalau tak ada masalah. 572 00:36:31,520 --> 00:36:32,560 Nanti awak bosan. 573 00:36:33,880 --> 00:36:35,880 Awak betul. Tapi kali ini lain. 574 00:36:37,760 --> 00:36:41,200 Jadi awak nak beri saya masalah supaya awak tak bosan? 575 00:36:46,600 --> 00:36:48,400 Cakap. Kenapa awak perlu saya? 576 00:36:50,600 --> 00:36:52,040 Saya bukan perlu awak. 577 00:36:52,880 --> 00:36:53,720 Saya nak awak. 578 00:36:59,520 --> 00:37:00,760 Betul cakap awak. 579 00:37:02,600 --> 00:37:03,440 Tentang apa? 580 00:37:04,200 --> 00:37:07,280 Tentang Rakan, tentang Kaherah, semuanya. 581 00:37:15,880 --> 00:37:17,440 Saya dah bertunang, Saud. 582 00:37:36,720 --> 00:37:37,720 Tahniah. 583 00:37:38,440 --> 00:37:40,920 Sejujurnya, antara kita masih belum selesai lagi. 584 00:37:41,520 --> 00:37:44,000 Sejujurnya, antara kita dah selesai. 585 00:37:45,480 --> 00:37:47,240 Jadi kenapa awak di sini sekarang? 586 00:37:53,040 --> 00:37:54,160 Apa lagi awak nak? 587 00:37:56,680 --> 00:37:59,040 Saya nak tahu kalau awak ada tawaran balas. 588 00:37:59,120 --> 00:38:02,320 Awak sendiri kata, "Awak patut dapat lebih baik daripada ini." 589 00:38:08,640 --> 00:38:10,000 Dia ada di sana sekarang? 590 00:38:11,360 --> 00:38:13,480 Rakan. Dia tunggu di menara itu? 591 00:38:16,120 --> 00:38:17,080 Tak ada. 592 00:38:18,400 --> 00:38:19,640 Bukan Rakan. Sabiha. 593 00:38:21,720 --> 00:38:22,920 Elok sangatlah! 594 00:38:29,160 --> 00:38:30,680 Saya tak ada tawaran balas. 595 00:38:31,600 --> 00:38:33,080 Awak bersama dia sajalah. 596 00:38:34,120 --> 00:38:37,120 Saya doakan awak berdua akan bahagia. 597 00:40:00,600 --> 00:40:01,640 Macam mana? 598 00:40:02,960 --> 00:40:04,320 Awak sudah fikir? 599 00:40:05,440 --> 00:40:06,720 Sudah ada keputusan? 600 00:40:09,560 --> 00:40:10,600 Ya. 601 00:46:24,400 --> 00:46:29,400 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela