1 00:00:06,000 --> 00:00:07,320 KELAB KUDA DAN MEMANCING 2 00:00:07,400 --> 00:00:08,760 Sudah. Saya tak nak. 3 00:00:08,840 --> 00:00:09,720 Kamu… 4 00:00:12,320 --> 00:00:14,480 Apa kamu buat ini? Naik balik! 5 00:00:15,760 --> 00:00:19,000 - Mak. Ini buang masa saja. - Yakah? 6 00:00:19,560 --> 00:00:21,440 Naik balik. Cepat. 7 00:00:21,520 --> 00:00:23,440 Saya dah kata tak nak. Tak nak. 8 00:00:23,520 --> 00:00:25,520 Jude! Jangan putus asa. 9 00:00:25,600 --> 00:00:27,080 Lain kali kamu pasti menang. 10 00:00:27,160 --> 00:00:28,000 Sayang, 11 00:00:28,920 --> 00:00:30,880 kamu kena kuasai ketakutan kamu 12 00:00:32,000 --> 00:00:33,720 sebelum ia menguasai… 13 00:00:37,520 --> 00:00:38,360 Saya tak… 14 00:00:39,120 --> 00:00:40,320 Ya? 15 00:00:40,400 --> 00:00:43,480 Amboi, gelak pula kamu. 16 00:00:43,560 --> 00:00:44,440 Mari. 17 00:00:44,520 --> 00:00:46,560 Tunjuk kebolehan kamu. Ayuh. 18 00:00:53,560 --> 00:00:55,840 Bertenang. 19 00:00:55,920 --> 00:00:59,680 Ya, sayang! 20 00:01:00,200 --> 00:01:01,520 Ayuh! Macam itu! 21 00:01:04,760 --> 00:01:05,960 - Ya. - Ayuh. 22 00:01:07,600 --> 00:01:08,440 Ya! 23 00:01:14,040 --> 00:01:15,760 Tengok? Mak dah kata! 24 00:01:16,280 --> 00:01:17,480 Mak dah kata! 25 00:01:23,600 --> 00:01:25,040 Hari itu, merpati. 26 00:01:25,120 --> 00:01:26,400 Sekarang, kuda. 27 00:01:26,920 --> 00:01:28,960 Semua benda awak jinakkan, ya? 28 00:01:30,080 --> 00:01:31,160 Taklah. 29 00:01:31,240 --> 00:01:34,120 Saya tak boleh jinakkan remaja. Khususnya yang seorang itu. 30 00:01:34,200 --> 00:01:36,080 - Ya. - Itulah Jude. 31 00:01:39,080 --> 00:01:42,640 - Awak tak patut datang sini. - Kenapa? Awak nak repot saya? 32 00:01:42,720 --> 00:01:43,640 Ya. 33 00:01:43,720 --> 00:01:45,520 Saya ahli penting kelab ini. 34 00:01:45,600 --> 00:01:48,560 - Ya? - Kami kena jaga imej kelab. 35 00:01:49,160 --> 00:01:50,800 Betul tak, cik puan? 36 00:01:50,880 --> 00:01:52,280 Betul juga. 37 00:01:52,880 --> 00:01:53,760 Ya. 38 00:01:55,400 --> 00:01:59,520 Jadi, saya tak pasti kalau awak dah dengar atau tidak 39 00:02:00,560 --> 00:02:04,760 tapi Alpha dapat bangkit semula selepas tersungkur di Kaherah. 40 00:02:04,840 --> 00:02:07,200 Syukurlah akhirnya kami selamat juga. 41 00:02:07,960 --> 00:02:09,280 Tapi malangnya 42 00:02:09,360 --> 00:02:11,840 awak dan Saud pula tarik diri. 43 00:02:13,080 --> 00:02:14,400 Saya nak kerja dengan awak. 44 00:02:14,480 --> 00:02:16,000 Siapa kata 45 00:02:16,840 --> 00:02:18,360 saya dan Saud tarik diri? 46 00:02:19,200 --> 00:02:20,800 Saya bukan nak cakap apa, 47 00:02:20,880 --> 00:02:23,000 tapi awak cubalah cakap dengan Saud. 48 00:02:23,720 --> 00:02:26,920 Kadang-kadang, benda boleh jadi kalau kita bincang elok-elok. 49 00:02:29,360 --> 00:02:30,200 Wah! 50 00:02:31,680 --> 00:02:32,880 Wah! 51 00:02:32,960 --> 00:02:34,360 Syabas! 52 00:02:34,440 --> 00:02:37,640 Syabas, Juju! Syabas! Ya! 53 00:03:01,080 --> 00:03:02,760 Munira, kamu tak cakap pun. 54 00:03:03,320 --> 00:03:06,640 Cantik tak cadar yang mak gantikan dalam bilik kamu? 55 00:03:06,720 --> 00:03:10,320 Kalau mak buat itu dengan niat nak suruh saya keluar cepat, tahniah. 56 00:03:11,200 --> 00:03:12,120 Mak berjaya. 57 00:03:15,600 --> 00:03:17,040 Ayah, saya nak tanya, 58 00:03:18,040 --> 00:03:19,800 dah beritahu Qassar syarat saya? 59 00:03:20,480 --> 00:03:22,200 - Dah. - Bagus. 60 00:03:22,280 --> 00:03:23,800 Saya nak cakap sesuatu. 61 00:03:26,080 --> 00:03:28,000 Ada kaitan dengan kita dan Qassar. 62 00:03:29,960 --> 00:03:31,240 Apa kaitannya? 63 00:03:31,320 --> 00:03:33,040 Ada orang nak meminang saya. 64 00:03:37,040 --> 00:03:40,120 Dia boleh naikkan lagi kedudukan keluarga kita. 65 00:03:41,520 --> 00:03:42,360 Siapa orangnya? 66 00:03:43,440 --> 00:03:44,440 Rakan Saad. 67 00:03:45,600 --> 00:03:46,840 Anak Sabiha. 68 00:03:47,760 --> 00:03:49,000 Nampaknya 69 00:03:49,080 --> 00:03:53,080 cita rasa kamu dah naik berbanding Saud Salim dulu. 70 00:03:53,640 --> 00:03:54,560 Bagus. 71 00:03:54,640 --> 00:03:55,840 Baguslah begitu. 72 00:03:57,440 --> 00:04:00,360 Tapi malangnya ayah dengar orang kata 73 00:04:00,440 --> 00:04:02,480 Rakan itu jenis lelaki lembut. 74 00:04:04,400 --> 00:04:09,000 - Kenapa dia terburu-buru nak kamu? - Saya kendalikan IPO mereka. 75 00:04:09,080 --> 00:04:12,720 Kalau saya ada di sisi Rakan, Alpha tentu akan cemerlang. 76 00:04:14,440 --> 00:04:16,440 Mak dia juga berkenan dengan saya. 77 00:04:16,520 --> 00:04:18,640 Yalah, sayang. 78 00:04:18,720 --> 00:04:21,000 Dia berkenan dengan kamu tapi dia sayang anak dia. 79 00:04:21,080 --> 00:04:24,440 Jangan yakin sangat dengan pendirian kamu, Munira. 80 00:04:25,160 --> 00:04:26,160 Tapi mak nak tanya. 81 00:04:26,240 --> 00:04:29,360 Kamu memang lebih suka lelaki lembik macam dia 82 00:04:29,440 --> 00:04:31,600 berbanding lelaki sejati yang terhormat? 83 00:04:32,920 --> 00:04:33,920 Bertuahnya saya! 84 00:04:34,760 --> 00:04:38,520 Apabila mak cakap macam itu, saya rasa amat disayangi. 85 00:04:39,200 --> 00:04:41,000 Mak biar saya buat pilihan sendiri. 86 00:04:41,080 --> 00:04:42,400 Kenapa buat macam ini? 87 00:04:42,480 --> 00:04:45,640 Kamu nak kecewakan kami? Malukan ayah kamu? 88 00:04:47,120 --> 00:04:48,240 Ayah, 89 00:04:48,320 --> 00:04:51,400 ayah nak Qassar melabur dalam bisnes baru ayah, ya? 90 00:04:51,920 --> 00:04:54,600 Saya jamin, Rakan pun akan melabur juga. 91 00:05:03,520 --> 00:05:06,720 Demi kebahagiaan dan keselesaan hidup kamu, 92 00:05:08,040 --> 00:05:09,080 ayah setuju. 93 00:05:10,640 --> 00:05:14,800 Tapi boleh kamu jamin Rakan akan kotakan janji dia? 94 00:05:14,880 --> 00:05:16,040 Sikit lagi. 95 00:05:16,880 --> 00:05:19,280 Saya akan dapat jawapannya sikit lagi. 96 00:05:19,360 --> 00:05:21,120 Saya keluar kerja dulu. 97 00:05:29,000 --> 00:05:30,320 Sakitnya kaki saya. 98 00:05:37,000 --> 00:05:37,880 Itu Rose. 99 00:05:39,480 --> 00:05:42,520 Kita patut tegur dia, bukan? 100 00:05:44,120 --> 00:05:45,800 Sayang, baju mak comot. 101 00:05:46,520 --> 00:05:47,480 Jadi… 102 00:05:47,560 --> 00:05:49,560 Kamu pergilah. Pergi tegur dia. 103 00:05:49,640 --> 00:05:50,480 Okey. 104 00:05:52,000 --> 00:05:53,720 - Hai! - Hei! 105 00:05:53,800 --> 00:05:54,960 Hei. Apa khabar? 106 00:05:55,040 --> 00:05:55,880 Baik. 107 00:05:57,120 --> 00:05:58,000 Apa khabar? 108 00:06:00,080 --> 00:06:02,120 Baik. Awak sihat? 109 00:06:02,200 --> 00:06:03,400 Sihat. 110 00:06:03,480 --> 00:06:06,280 - Awak kata awak ada pelatih baru, ya? - Ya! 111 00:06:06,360 --> 00:06:07,960 - Betul? - Harap-haraplah. 112 00:06:08,040 --> 00:06:10,160 - Nanti dia boleh latih awak juga. - Boleh. 113 00:06:10,240 --> 00:06:12,600 - Okey. Jumpa lagi. - Semoga berjaya! 114 00:06:12,680 --> 00:06:13,720 Semoga berjaya! 115 00:06:13,800 --> 00:06:15,280 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 116 00:06:17,920 --> 00:06:21,520 Mak tahu? Dia upah pelatih untuk kuda muda dia. 117 00:06:21,600 --> 00:06:23,360 Dia namakan kuda dia Calista Fire. 118 00:06:24,200 --> 00:06:25,680 "Calista Fire"? 119 00:06:25,760 --> 00:06:27,760 Apa maksudnya itu? 120 00:06:27,840 --> 00:06:30,680 Tak tahu. Tapi nama itu macam sedap. 121 00:06:35,160 --> 00:06:36,720 Ada satu lagi benda. 122 00:06:37,280 --> 00:06:41,000 Rose jemput saya datang ke majlis kahwin dia. 123 00:06:42,520 --> 00:06:44,240 Bagusnya! 124 00:06:45,160 --> 00:06:48,160 - Dia ada cakap bila? - Tak. 125 00:06:48,720 --> 00:06:50,480 Mungkin tak lama lagi. 126 00:06:53,280 --> 00:06:54,280 Ya. 127 00:06:54,360 --> 00:06:56,840 Nanti mak bawa kamu keluar cari baju. 128 00:06:57,640 --> 00:07:01,920 Atau kamu nak keluar cari baju dengan kawan kesayangan kamu, Rose? 129 00:07:02,000 --> 00:07:03,560 Kenapa mak tak suka Rose? 130 00:07:04,240 --> 00:07:07,160 Tidaklah! Mana ada tak suka. Mak suka dia. 131 00:07:11,560 --> 00:07:12,400 Sebenarnya 132 00:07:13,160 --> 00:07:15,880 saya duduk di rumah ayah bukan sebab dia. 133 00:07:17,600 --> 00:07:20,680 Mak tahu. Itu angkara ayah kamu seorang. 134 00:07:22,040 --> 00:07:24,960 Cuma mak tak faham macam mana dia boleh pujuk kamu 135 00:07:25,040 --> 00:07:26,800 tapi tak apalah. 136 00:07:27,680 --> 00:07:31,200 Dia tak pujuk saya, tapi saya pun tak ada pilihan lain. 137 00:07:32,280 --> 00:07:34,560 Mak risaukan kamu. Mak sayang kamu. 138 00:07:34,640 --> 00:07:36,080 Mak nak lindungi kamu. 139 00:07:36,160 --> 00:07:38,840 Cuma mak tak kenal budak Rose ini. 140 00:07:39,640 --> 00:07:41,880 Tapi mak kena biasalah. 141 00:07:41,960 --> 00:07:44,240 Sebab Rose akan masuk keluarga kita. 142 00:07:45,800 --> 00:07:46,800 Keluarga. 143 00:07:47,560 --> 00:07:51,240 Ya. Betul cakap kamu. Mak kena biasakan diri. 144 00:07:56,920 --> 00:08:00,240 BURSA SAHAM KUWAIT 145 00:08:00,320 --> 00:08:02,800 HARTANAH FAILAKA 146 00:08:05,680 --> 00:08:09,760 Selepas usaha cemerlang kita pada hari terakhir di Kaherah, 147 00:08:10,560 --> 00:08:15,360 kita berjaya kumpul 33,171, 200 dinar. 148 00:08:15,440 --> 00:08:16,720 Syukurlah 149 00:08:17,400 --> 00:08:20,560 Munira menyelamatkan keadaan pada hari itu. 150 00:08:20,640 --> 00:08:22,800 Syukurlah ada dia. 151 00:08:22,880 --> 00:08:24,040 Namun begitu, 152 00:08:25,080 --> 00:08:26,640 bezanya masih besar. 153 00:08:26,720 --> 00:08:29,760 Kita masih belum dapat pelabur induk. 154 00:08:31,680 --> 00:08:32,720 Saya… 155 00:08:34,080 --> 00:08:37,720 Saya terserempak dengan Laith Nasir hujung minggu lepas. 156 00:08:38,440 --> 00:08:41,000 Dia beri bayangan Syarikat Pegangan Al Fajr 157 00:08:41,080 --> 00:08:44,440 mungkin masih berminat walaupun kita ditolak di Kaherah. 158 00:08:44,520 --> 00:08:46,080 Awak terserempak dengan Laith? 159 00:08:47,440 --> 00:08:49,800 - Kebetulan pula! - Ya. 160 00:08:50,640 --> 00:08:53,560 Kami jumpa semasa di kelab kuda dengan anak saya. 161 00:08:53,640 --> 00:08:54,560 Begitu. 162 00:08:54,640 --> 00:08:57,520 Sejujurnya, merekalah pelabur paling sesuai dan penting. 163 00:08:57,600 --> 00:09:00,600 Saya setuju, Laith rakan kongsi yang sempurna. 164 00:09:01,840 --> 00:09:03,640 Tapi sekarang masanya 165 00:09:03,720 --> 00:09:05,320 untuk kami cakap dengan Saud. 166 00:09:06,760 --> 00:09:09,000 Kita dan tonggak industri ini. 167 00:09:11,360 --> 00:09:12,720 Pergilah. Awak cakap dulu. 168 00:09:12,800 --> 00:09:14,760 Tidak. Awak selamatkan sidang kemuncak. 169 00:09:14,840 --> 00:09:15,880 Awak yang dapat Laith. 170 00:09:15,960 --> 00:09:17,960 Tak apa, Mannour. Pergilah. 171 00:09:18,040 --> 00:09:20,480 Awak yang berkuasa. Nikmatilah ini. 172 00:09:20,560 --> 00:09:24,160 Kita berdua tak ada kuasa. Kita kejar rakan kongsi yang sama 173 00:09:24,240 --> 00:09:26,040 yang tinggalkan kita menari sendiri. 174 00:09:27,920 --> 00:09:29,560 Oh, Tuhan! 175 00:09:29,640 --> 00:09:32,600 Awak menari di Kaherah nak padankan muka saya? 176 00:09:32,680 --> 00:09:35,000 Situasi saya dan Saud agak rapuh. 177 00:09:35,080 --> 00:09:37,040 Lebih baik awak yang cakap. 178 00:09:37,720 --> 00:09:38,800 Apa? 179 00:09:38,880 --> 00:09:41,080 Tolonglah, Munira. Saya merayu. 180 00:09:41,160 --> 00:09:44,000 Saya tak boleh jaga apa pun, anak sendiri pun tak boleh. 181 00:09:45,160 --> 00:09:48,040 Betul tak? Awak sendiri kata saya bukan mak yang baik. 182 00:09:48,120 --> 00:09:49,400 Tak apalah. 183 00:09:49,480 --> 00:09:51,600 Semua orang pun rasa begitu. 184 00:09:57,280 --> 00:10:00,760 Saya dengar apa Omar buat semasa pertandingan itu. 185 00:10:00,840 --> 00:10:02,640 Saya tumpang simpati. 186 00:10:02,720 --> 00:10:05,280 Awak balik dari Kaherah nak uruskan itu? 187 00:10:08,480 --> 00:10:12,040 Tak apa. Saya dah biasa. Dia memang suka buat drama. 188 00:10:13,920 --> 00:10:15,440 Tak perlu sedih. Tak apa. 189 00:10:15,520 --> 00:10:17,680 Semua orang kata kuda lebih jantan daripada dia. 190 00:10:22,200 --> 00:10:24,600 Semua orang nak. Dia pun nak. 191 00:10:26,600 --> 00:10:28,960 Saya nak cakap dengan awak. 192 00:10:31,720 --> 00:10:33,200 Silakan. 193 00:10:33,280 --> 00:10:34,120 Ayuh. 194 00:10:38,240 --> 00:10:40,560 Kita tengok apa tilikannya. 195 00:10:43,560 --> 00:10:45,240 Masalahnya tiada apa yang jelas. 196 00:10:46,360 --> 00:10:47,280 Menurut ini, 197 00:10:48,960 --> 00:10:50,920 awak terdesak 198 00:10:52,200 --> 00:10:53,560 dan awak sedang mencari 199 00:10:54,920 --> 00:10:56,240 seorang pelabur induk. 200 00:10:57,320 --> 00:10:58,320 Tidak. 201 00:10:59,000 --> 00:11:00,960 - Saya tak terdesak. - Awak terdesak. 202 00:11:03,760 --> 00:11:05,080 Kami mahu… 203 00:11:05,160 --> 00:11:07,760 Kami mahu cakap dengan awak seorang saja. 204 00:11:07,840 --> 00:11:09,120 Minta maaf, ya. 205 00:11:09,680 --> 00:11:11,280 Baru saya teringat. 206 00:11:11,360 --> 00:11:14,040 Saya dan Nabil cakap tentang sidang media itu. 207 00:11:14,760 --> 00:11:18,920 Mula-mula Rakan berdiri penuh segak, dengan rambut tersisir rapi, 208 00:11:19,000 --> 00:11:22,520 tapi akhirnya basah kuyup macam tuala lencun! 209 00:11:27,960 --> 00:11:31,280 Tapi mujurlah anak Hijazi yang seorang ini 210 00:11:32,320 --> 00:11:34,280 berjaya selamatkan keadaan. 211 00:11:34,840 --> 00:11:39,560 Sekarang semua orang dah tahu, Rakan bukan ada satu mak saja 212 00:11:40,320 --> 00:11:42,000 tapi dah ada mak kedua! 213 00:11:43,280 --> 00:11:47,160 Awak dah habis cakap? Atau awak nak sambung merepek lagi? 214 00:11:50,480 --> 00:11:51,320 Nabil, 215 00:11:52,160 --> 00:11:54,200 kita cakap nanti sajalah. 216 00:12:05,160 --> 00:12:08,120 - Awak terserempak dengan Abu Nasir? - Ya. Di kelab kuda. 217 00:12:08,200 --> 00:12:09,760 Atau dia terserempak dengan awak? 218 00:12:09,840 --> 00:12:12,200 Dia tak habis merepek lagi. 219 00:12:12,280 --> 00:12:13,760 Saud, sudahlah! 220 00:12:13,840 --> 00:12:16,200 Laith kata masih ada harapan antara awak dan kami, 221 00:12:16,280 --> 00:12:18,360 maknanya awak masih berminat. 222 00:12:18,440 --> 00:12:20,000 Jadi awak nak pastikan? 223 00:12:21,360 --> 00:12:22,520 Apa-apa pun, 224 00:12:22,600 --> 00:12:24,160 Laith berpegang kepada janji. 225 00:12:24,800 --> 00:12:28,240 - Awak yang cetuskan minat kami lagi. - Apa yang berubah? 226 00:12:29,400 --> 00:12:30,600 Tak ada apa berubah. 227 00:12:31,280 --> 00:12:32,720 Kenapa awak cemas? 228 00:12:34,360 --> 00:12:36,320 Saya patut ambil pistachio lagi. 229 00:12:37,960 --> 00:12:39,120 Yang berubah, 230 00:12:39,200 --> 00:12:44,040 awak ada projek yang cukup berpotensi untuk menarik pembiayaan antarabangsa. 231 00:12:46,440 --> 00:12:50,320 Walaupun CEO awak berdua itu tak boleh diharap. 232 00:12:50,960 --> 00:12:54,280 Saya nak tahu, macam mana awak dapat mereka? 233 00:12:54,360 --> 00:12:55,720 Saya cuma ambil kuasa. 234 00:12:56,480 --> 00:12:57,440 HARTANAH FAILAKA 235 00:12:57,480 --> 00:12:58,360 Jadi, tahniah. 236 00:13:00,240 --> 00:13:01,800 Kita akan kerja bersama lagi. 237 00:13:03,520 --> 00:13:04,360 Tapi tunggu. 238 00:13:05,960 --> 00:13:09,120 - Saya ada satu syarat. - Apa dia? 239 00:13:14,000 --> 00:13:15,320 Dia sasarkan Rakan? 240 00:13:18,320 --> 00:13:19,440 Dia sasarkan Rakan! 241 00:13:19,520 --> 00:13:23,200 Dia kata mereka berminat melabur untuk terbitan saham itu 242 00:13:23,280 --> 00:13:27,000 dengan syarat Rakan letak jawatan sebagai CEO bersama. 243 00:13:27,080 --> 00:13:28,800 Apa dendam Saud dengan Rakan? 244 00:13:33,120 --> 00:13:35,760 KEDAI MUZIK TARABESQUE 245 00:13:55,080 --> 00:13:57,040 Itu pun dia. 246 00:13:58,320 --> 00:14:00,200 - Hari stok sampai? - Ya. 247 00:14:01,240 --> 00:14:02,960 Pengimport baru hantar stok. 248 00:14:03,640 --> 00:14:05,880 Maaf saya tak datang minggu lepas. 249 00:14:05,960 --> 00:14:07,520 Saya risau. 250 00:14:08,080 --> 00:14:09,200 Awak tak beritahu. 251 00:14:10,360 --> 00:14:12,120 Awak beritahu sesiapa? 252 00:14:12,200 --> 00:14:13,400 Mak saya? 253 00:14:14,200 --> 00:14:15,480 Walid atau Hasan? 254 00:14:16,160 --> 00:14:18,280 - Tak. - Terima kasih. 255 00:14:18,360 --> 00:14:20,080 Saya tak nak buat masalah. 256 00:14:21,120 --> 00:14:23,800 Tapi kenapa awak tak datang? 257 00:14:26,200 --> 00:14:28,960 Saya tak datang sini, tapi saya kerja di luar. 258 00:14:29,040 --> 00:14:30,080 Habis? 259 00:14:42,920 --> 00:14:45,280 Apa ini? Wah! 260 00:14:46,000 --> 00:14:51,160 Wah! Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh. 261 00:14:51,240 --> 00:14:54,000 Ambillah semua kaset yang ada. 262 00:14:54,080 --> 00:14:55,440 Apa-apa saja awak nak. 263 00:14:55,520 --> 00:14:57,640 - Semua untuk awak. - Okey. 264 00:14:57,720 --> 00:14:59,400 Saya ada cara sendiri. 265 00:15:00,480 --> 00:15:01,840 Wah! 266 00:15:07,440 --> 00:15:09,040 Terima kasih keluar makan. 267 00:15:10,440 --> 00:15:11,720 Saya yang ajak awak dulu. 268 00:15:11,800 --> 00:15:14,560 Saya lebih suka tempat yang lebih tertutup 269 00:15:14,640 --> 00:15:16,040 tapi tak apalah. 270 00:15:16,840 --> 00:15:19,960 Dulu saya selalu fikir apa orang akan kata 271 00:15:20,040 --> 00:15:21,080 tapi tak lagi. 272 00:15:22,000 --> 00:15:23,520 Lagipun ini hal kerja. 273 00:15:25,040 --> 00:15:27,320 Saya dah 35 tahun dan masih bujang. 274 00:15:28,000 --> 00:15:29,720 Awak pun belum kahwin dan kita sebaya. 275 00:15:29,800 --> 00:15:32,160 Kita berkongsi minat profesional sama, 276 00:15:32,240 --> 00:15:34,920 kita berdua tak peduli orang dan susah mesra dengan orang. 277 00:15:35,000 --> 00:15:37,640 Banyak manfaat kalau kita bersama. Awak rasa? 278 00:15:39,120 --> 00:15:40,280 Romantiknya awak! 279 00:15:41,000 --> 00:15:42,280 Awak pula bijak. 280 00:15:43,400 --> 00:15:45,960 Boleh awak gambarkan hubungan kita nanti? 281 00:15:46,040 --> 00:15:47,280 Kita setara. 282 00:15:47,360 --> 00:15:48,240 Rakan setara. 283 00:15:50,280 --> 00:15:51,280 Setara! 284 00:15:51,360 --> 00:15:53,160 Perkahwinan tak pernah setara. 285 00:15:53,240 --> 00:15:57,960 Kalau lelaki lain, mungkin tidak. Tapi saya bukan mahu kawal awak. 286 00:15:58,760 --> 00:16:00,680 Jadi awak mahu apa? 287 00:16:01,200 --> 00:16:05,360 Saya bukanlah rendah diri sangat tapi saya tak sangka awak minat saya. 288 00:16:06,280 --> 00:16:08,360 Saya tak rasa saya minat awak. 289 00:16:08,440 --> 00:16:09,560 Minat boleh berubah 290 00:16:09,640 --> 00:16:13,400 tapi saya dan mak saya cuma berminat nak buat duit saja. 291 00:16:14,760 --> 00:16:18,200 Lebih-lebih lagi, mak tahu pandangan orang terhadap saya. 292 00:16:18,800 --> 00:16:20,840 Dia tak nak itu menjejaskan 293 00:16:21,360 --> 00:16:23,080 terbitan saham pertama kami. 294 00:16:23,160 --> 00:16:24,200 Dia kenal awak 295 00:16:25,000 --> 00:16:26,280 dan dia dapat idea. 296 00:16:28,360 --> 00:16:31,720 Ingatkan dia pilih saya masuk pasukan sebab saya bagus. 297 00:16:31,800 --> 00:16:33,040 Rupanya saya salah. 298 00:16:33,120 --> 00:16:36,960 Tidak. Mak saya takkan biarkan awak sentuh Alpha atau saya 299 00:16:37,040 --> 00:16:38,760 kalau awak tak bagus. 300 00:16:39,640 --> 00:16:41,400 Cuma awak ada ciri menarik. 301 00:16:41,480 --> 00:16:43,160 Jadi saya dipergunakan saja? 302 00:16:45,640 --> 00:16:46,520 Maaf. 303 00:16:47,040 --> 00:16:48,920 Saya tak nak kahwin syarikat awak. 304 00:16:50,600 --> 00:16:52,320 Awak dah tahu pendirian kami. 305 00:16:54,040 --> 00:16:57,560 Keluarga awak pula? Apa mereka kata tentang penyatuan kita? 306 00:16:57,640 --> 00:16:58,880 Mereka dah tahu? 307 00:17:00,680 --> 00:17:01,760 Ya, mereka tahu. 308 00:17:03,160 --> 00:17:04,640 Tapi ini keputusan saya. 309 00:17:05,400 --> 00:17:07,440 Serta syarat saya. 310 00:17:09,520 --> 00:17:10,440 Rakan. 311 00:17:12,360 --> 00:17:15,080 Saya nak tanya, macam mana hidup kita nanti? 312 00:17:15,960 --> 00:17:18,080 Sekadar duduk bawah satu bumbung? 313 00:17:18,640 --> 00:17:20,360 Kita takkan bercakap? 314 00:17:21,880 --> 00:17:24,640 Kalau jumpa pun, saling menyapa saja? 315 00:17:25,400 --> 00:17:26,240 Bebas. 316 00:17:27,040 --> 00:17:28,440 Kita akan bebas. 317 00:17:31,400 --> 00:17:34,040 Saya tahu perkahwinan ini memanfaatkan kita, 318 00:17:34,120 --> 00:17:36,720 keluarga kita, dan bisnes kita. 319 00:17:37,680 --> 00:17:38,760 Macam mana dengan kita? 320 00:17:40,200 --> 00:17:41,680 Macam mana dengan kehendak kita? 321 00:17:42,720 --> 00:17:44,000 Awak nak apa? 322 00:17:44,080 --> 00:17:45,760 Saya nak orang yang nak saya. 323 00:17:46,560 --> 00:17:47,640 Untuk selamanya. 324 00:17:58,040 --> 00:18:00,120 Semua ini stok kedai. 325 00:18:00,960 --> 00:18:04,080 Umish biar saya ambil sebab dia tahu saya boleh jual. 326 00:18:07,680 --> 00:18:08,760 Atuk nak tanya. 327 00:18:09,680 --> 00:18:12,720 Kamu tahu ayah kamu akan bertunang? 328 00:18:16,600 --> 00:18:19,840 Ayah kamu tak cakap dia akan bertunang? Tentang Rose? 329 00:18:22,280 --> 00:18:23,120 Tak. 330 00:18:24,080 --> 00:18:25,840 Tapi saya patut boleh agak. 331 00:18:25,920 --> 00:18:29,360 - Kenapa? Atuk tak faham. - Mak Rose kawan dengan Nenek Jinan. 332 00:18:30,160 --> 00:18:33,360 Nenek Jinan yang suruh ayah masukkan saya dalam kelas berkuda 333 00:18:33,440 --> 00:18:35,200 agar boleh mendekati Rose. 334 00:18:38,800 --> 00:18:42,520 Tak apalah. Sekurang-kurangnya saya dapat belajar naik kuda. 335 00:18:47,080 --> 00:18:49,000 Atuk ingat dia beli kuda untuk kamu. 336 00:18:51,840 --> 00:18:52,680 Saya pun. 337 00:18:55,440 --> 00:18:57,760 Ayah tak perlu hadiahkan saya kuda. 338 00:18:57,840 --> 00:19:00,160 Saya anak dia. Tak perlu bodek saya. 339 00:19:00,680 --> 00:19:01,520 Yalah. 340 00:19:21,800 --> 00:19:22,640 Helo. 341 00:19:23,200 --> 00:19:24,640 Selamat pagi, si cantik. 342 00:19:26,440 --> 00:19:27,320 Lena tidur? 343 00:19:27,400 --> 00:19:30,680 Saya kena hantar Jude sebelum kerja. Awak nak apa? 344 00:19:31,680 --> 00:19:34,440 Mishari telefon. Ada perubahan rancangan. 345 00:19:34,520 --> 00:19:37,320 Dia kata Saud nak jumpa kita di ladang Laith. 346 00:19:38,760 --> 00:19:40,920 - Ladang? - Ya. 347 00:19:41,000 --> 00:19:43,080 Bayangkan macam mana baunya nanti. 348 00:19:43,160 --> 00:19:44,040 Jadi, 349 00:19:44,120 --> 00:19:46,960 saya tak nak kereta baru saya kotor. Boleh awak ambil saya? 350 00:19:47,040 --> 00:19:48,040 Apa? 351 00:19:48,120 --> 00:19:50,120 Habis kereta saya boleh kotor? 352 00:19:50,200 --> 00:19:51,200 Farida! 353 00:19:51,720 --> 00:19:55,400 Kereta awak dah lama. Datang selepas hantar Jude. Jumpa nanti. 354 00:19:59,720 --> 00:20:01,760 Macam mana makan malam semalam? 355 00:20:04,320 --> 00:20:05,480 Okey saja. 356 00:20:09,200 --> 00:20:10,920 Saad pun minat dengan saya. 357 00:20:11,000 --> 00:20:14,120 - Serta dengan bisnes baru ayah. - Yakah? 358 00:20:15,040 --> 00:20:19,000 Tak lama lagi, mereka semua akan masuk genggaman saya. 359 00:20:19,080 --> 00:20:21,360 - Tunggu masa saja. - Berapa lama? 360 00:20:22,760 --> 00:20:24,520 Oh, ya. Mak lupa nak cakap. 361 00:20:24,600 --> 00:20:26,120 Semasa kamu di Kaherah, 362 00:20:26,200 --> 00:20:28,840 mak ada beri idea kepada Laila. 363 00:20:28,920 --> 00:20:31,760 - Laila? Pereka dalaman saya? - Ya, betul. 364 00:20:31,840 --> 00:20:33,480 Laila Botros. 365 00:20:34,600 --> 00:20:36,080 Dialah orangnya. 366 00:20:36,760 --> 00:20:39,000 Kami rasa bilik kamu kena ubah sikit. 367 00:20:39,080 --> 00:20:41,720 Kami nak gunakan ruang lebih itu. 368 00:20:41,800 --> 00:20:45,320 Laila dah reka bilik baju yang cantik untuk mak. 369 00:20:45,400 --> 00:20:46,240 Untuk mak? 370 00:20:46,320 --> 00:20:49,160 Ya, kenapa? Bukannya mak nak buat sekarang. 371 00:20:49,240 --> 00:20:52,320 Tentulah mak akan tunggu sampai kamu keluar rumah. 372 00:20:52,400 --> 00:20:54,640 Baiknya hati mak nak tunggu dulu. 373 00:20:54,720 --> 00:20:58,000 Mak beritahu dia, beri masa sebulan. Cukup tak masa? 374 00:21:09,040 --> 00:21:09,880 Sepupuku? 375 00:21:10,760 --> 00:21:13,320 Awak dah tahu macam-macam masalah saya 376 00:21:13,400 --> 00:21:17,320 tapi awak pula? Ada benda baru jadi sejak balik Kaherah? 377 00:21:18,920 --> 00:21:23,720 Mak kesayangan saya itu nak tukarkan bilik saya jadi bilik baju. Selain itu, 378 00:21:24,360 --> 00:21:25,200 tak ada apa. 379 00:21:25,280 --> 00:21:26,640 Serius? 380 00:21:26,720 --> 00:21:28,280 Hilang kamar Diva awak. 381 00:21:29,160 --> 00:21:30,160 Sayangnya! 382 00:21:30,840 --> 00:21:31,680 Dah tak ada. 383 00:21:31,760 --> 00:21:35,640 Tapi, sekarang ada orang lain yang nak meminang saya. 384 00:21:35,720 --> 00:21:37,040 Bagus! 385 00:21:37,680 --> 00:21:38,600 Tengok? 386 00:21:38,680 --> 00:21:40,720 Saya dah kata awak akan jumpa penyelesaian. 387 00:21:40,800 --> 00:21:43,640 Macam semasa sidang akhbar itu. 388 00:21:43,720 --> 00:21:46,040 Awak akan lawan api dengan api, Munira. 389 00:21:46,640 --> 00:21:49,120 Semasa sidang itu, saya cuma buat kerja. 390 00:21:49,680 --> 00:21:52,360 Masalahnya, kita belum jumpa pelabur induk. 391 00:21:52,440 --> 00:21:55,440 Tapi sekarang Laith dan Saud macam berminat semula. 392 00:21:55,520 --> 00:21:57,160 Kalau tak, dia tak ajak jumpa. 393 00:21:57,960 --> 00:21:59,120 Macam ada yang tak kena. 394 00:22:00,520 --> 00:22:02,320 Kita kena tahu permainan mereka. 395 00:22:03,480 --> 00:22:05,760 - Serta cara kita nak main. - Kita? 396 00:22:07,840 --> 00:22:09,800 Salah seorang kena berkuasa. 397 00:22:10,600 --> 00:22:11,680 Sebab macam biasa, 398 00:22:12,880 --> 00:22:16,000 Sabiha dan Amir akan bercakaran macam ayam laga saja, 399 00:22:17,000 --> 00:22:18,840 bukannya cari penyelesaian. 400 00:22:19,520 --> 00:22:20,600 Rakan pula… 401 00:22:22,720 --> 00:22:26,520 Dia cuma pentingkan jawatan CEO dia. 402 00:22:26,600 --> 00:22:29,800 Sekarang keputusannya dalam tangan Laith dan Saud. 403 00:22:29,880 --> 00:22:31,840 Mereka yang ada kelebihan. 404 00:22:31,920 --> 00:22:34,240 - Kita yang dah diasak. - Dah kata dah. 405 00:22:35,000 --> 00:22:37,440 Ada orang kena berkuasa. 406 00:22:41,080 --> 00:22:42,800 Ceritalah, Jude macam mana? 407 00:22:44,240 --> 00:22:46,320 Dia dah balik rumah dengan saya. 408 00:22:46,800 --> 00:22:50,000 Tapi saya rasa macam dia nak bersama 409 00:22:50,800 --> 00:22:52,720 kawan merangkap bakal mak tiri dia, 410 00:22:53,320 --> 00:22:54,160 Rose. 411 00:22:56,120 --> 00:22:57,800 Jude okey dengan dia? 412 00:22:59,320 --> 00:23:03,080 Awak tak cerita pun tentang Rose. Dia macam mana orangnya? 413 00:23:03,160 --> 00:23:04,080 Ceritalah. 414 00:23:04,160 --> 00:23:06,480 Nak cerita apa lagi, Munier? 415 00:23:08,200 --> 00:23:09,440 Dia macam kain putih. 416 00:23:11,480 --> 00:23:13,440 Sebab itu Omar suka saya dulu. 417 00:23:15,040 --> 00:23:18,280 Jangan salahkan diri awak. Masa itu, awak masih muda dan mentah. 418 00:23:18,360 --> 00:23:20,160 Dia yang ambil kesempatan. 419 00:23:20,680 --> 00:23:23,240 - Kena jaga-jaga dengan Omar. - Ya. 420 00:23:24,160 --> 00:23:27,640 Masalahnya, setelah terlambat, barulah kita sedar 421 00:23:27,720 --> 00:23:31,640 perkahwinan sebenarnya bukan sebab cinta, kasih sayang, 422 00:23:33,560 --> 00:23:35,320 atau hubungan romantik. 423 00:23:35,400 --> 00:23:36,880 Sejak bila, Munier? 424 00:23:36,960 --> 00:23:40,240 Sejak bila awak percaya dengan cinta, kasih sayang, api cemburu, 425 00:23:40,320 --> 00:23:42,760 semua nikmat-nikmat hidup itu? 426 00:23:43,600 --> 00:23:44,840 Manusia berubah. 427 00:23:45,400 --> 00:23:48,520 Manusia hebat macam saya pun boleh berubah. 428 00:23:49,120 --> 00:23:50,320 Yakah? 429 00:23:57,720 --> 00:24:00,080 - Selamat datang! - Terima kasih. 430 00:24:00,160 --> 00:24:02,040 Apa khabar? 431 00:24:02,720 --> 00:24:04,600 - Apa khabar, puan? - Helo. 432 00:24:04,680 --> 00:24:06,360 Selamat datang, Puan Sabiha. 433 00:24:06,440 --> 00:24:07,760 - Terima kasih. - Encik Amir. 434 00:24:07,840 --> 00:24:09,640 - Terima kasih. - Helo. 435 00:24:09,720 --> 00:24:11,920 Marilah masuk. 436 00:24:21,000 --> 00:24:23,720 Ingatkan rumah dia lebih mewah. 437 00:24:24,800 --> 00:24:25,640 Maksud saya… 438 00:24:26,400 --> 00:24:27,600 Awak faham-fahamlah. 439 00:24:28,120 --> 00:24:29,920 Laith memang kaya, 440 00:24:30,000 --> 00:24:31,240 sangat kaya. 441 00:24:33,080 --> 00:24:34,360 Entahlah. 442 00:24:34,880 --> 00:24:36,000 Saya suka rumah begini. 443 00:24:37,040 --> 00:24:41,240 Ada gaya tersendiri, macam ada cerita atau kisah tersendiri. 444 00:24:42,880 --> 00:24:46,840 Mungkin ia cuma perlu sentuhan hiasan orang perempuan sikit-sikit. 445 00:24:49,400 --> 00:24:52,400 Mungkin isteri dia yang ambil rumah utama. 446 00:24:54,000 --> 00:24:55,440 Laith ambil rumah ini. 447 00:24:56,240 --> 00:24:57,440 Rumah bujang. 448 00:24:59,840 --> 00:25:00,880 Bujang? 449 00:25:04,120 --> 00:25:05,280 Selepas bercerai, 450 00:25:06,120 --> 00:25:08,000 Laith yang nak duduk sini. 451 00:25:08,840 --> 00:25:10,040 Laith dah bercerai? 452 00:25:12,040 --> 00:25:13,360 Dah berpisah. 453 00:25:14,840 --> 00:25:16,480 Berpisah kekal. 454 00:25:17,120 --> 00:25:19,640 Itulah khabar angin yang saya dengar. 455 00:25:25,920 --> 00:25:27,920 Mannour! Tengok, ini burung saya! 456 00:25:29,560 --> 00:25:32,920 - Mana awak tahu itu burung awak? - Naluri seorang ibu. 457 00:25:34,160 --> 00:25:35,400 Helo, sayang! 458 00:25:35,480 --> 00:25:36,560 Dah sihat, ya? 459 00:25:37,760 --> 00:25:39,440 Saya dah kata akan rawat ia. 460 00:25:40,680 --> 00:25:42,520 Wah, ia nampak semakin sihat. 461 00:25:44,040 --> 00:25:47,440 Ia dah sembuh dan sedia untuk dilepaskan. 462 00:25:48,240 --> 00:25:49,600 - Yakah? - Ya. 463 00:25:50,120 --> 00:25:52,560 - Bila? - Dah beberapa hari dah. 464 00:25:52,640 --> 00:25:56,800 Tapi saya tak sampai hati. Saya dah jatuh hati dengannya. 465 00:26:02,120 --> 00:26:03,080 Saya dan Laith 466 00:26:04,120 --> 00:26:05,160 dah fikir semula 467 00:26:05,240 --> 00:26:07,880 dan kami setuju jadi pelabur induk. 468 00:26:07,960 --> 00:26:10,240 Cuma, ada beberapa benda perlu diubah. 469 00:26:11,480 --> 00:26:14,360 - Boleh beri angkanya? - Angka tak ada masalah. 470 00:26:16,680 --> 00:26:18,840 CEO bersama itu yang bermasalah. 471 00:26:23,120 --> 00:26:26,560 Saya tahu Rakan tak ada pengalaman sebagai seorang CEO 472 00:26:27,520 --> 00:26:29,800 tapi bukan dia saja uruskan syarikat. 473 00:26:29,880 --> 00:26:31,360 Tapi kita dah tengok. 474 00:26:31,440 --> 00:26:34,080 Di Kaherah, kita dah tengok. Cuma satu salah langkah 475 00:26:34,160 --> 00:26:36,080 dan akibatnya begitu dahsyat. 476 00:26:36,160 --> 00:26:38,920 Laith tak boleh melabur jutaan dinar 477 00:26:39,000 --> 00:26:41,640 - dalam syarikat dengan pengurus… - Tidak. 478 00:26:42,800 --> 00:26:45,120 Saya cukup tahu reputasi Rakan. 479 00:26:45,800 --> 00:26:48,360 Reputasi itu pun akibat suami saya juga. 480 00:26:48,440 --> 00:26:50,720 Saya kena hapuskan itu segera. 481 00:26:50,800 --> 00:26:52,680 Anak saya takkan ke mana-mana. 482 00:26:52,760 --> 00:26:55,600 Kalau begitu, kita dah sampai jalan buntu. 483 00:26:55,680 --> 00:26:56,960 Saud. 484 00:26:59,320 --> 00:27:01,680 Apa kata saya beri saham dengan diskaun tiga peratus? 485 00:27:04,680 --> 00:27:05,920 Empat peratus? 486 00:27:13,160 --> 00:27:17,200 Nak tengok tak kuda-kuda di sini? 487 00:27:23,240 --> 00:27:25,240 Jalan-jalan sikit selepas makan. 488 00:27:26,600 --> 00:27:27,920 Farida. 489 00:27:28,480 --> 00:27:30,880 Kalau tak silap, anak awak… Jude, ya? 490 00:27:32,240 --> 00:27:36,080 Jude tentu akan suka kuda-kuda Arab yang kami bela di sini. 491 00:27:36,600 --> 00:27:38,520 Bawalah dia datang melawat. 492 00:27:38,600 --> 00:27:40,320 Boleh. Terima kasih. 493 00:27:40,400 --> 00:27:42,960 Kebelakangan ini saya sibuk jaga burung helang saja. 494 00:27:43,040 --> 00:27:45,480 Tak ada orang nak jaga kuda saya. 495 00:27:46,200 --> 00:27:48,760 Bagus juga kalau awak datang bawa anak awak. 496 00:27:48,840 --> 00:27:49,680 Abu Nasir, 497 00:27:50,600 --> 00:27:52,600 makanan tadi cukup lazat. 498 00:27:53,120 --> 00:27:56,800 Tapi malangnya kami kena balik sebelum matahari terbenam. 499 00:27:56,880 --> 00:27:58,080 Awalnya. 500 00:27:58,160 --> 00:28:00,120 Farida tak boleh memandu dalam gelap. 501 00:28:00,200 --> 00:28:02,720 Dia pernah langgar kereta saya di parkir kereta bursa. 502 00:28:02,800 --> 00:28:06,120 Awak sebut saja angka awak, tak payah berlengah lagi. 503 00:28:07,520 --> 00:28:08,600 Lima peratus. 504 00:28:12,040 --> 00:28:14,720 - Apa kata kita minum teh? - Bawakan teh. 505 00:28:19,560 --> 00:28:20,440 Minta maaf. 506 00:28:20,960 --> 00:28:22,560 Saya tak sangka betul. 507 00:28:23,160 --> 00:28:24,000 Maksud saya… 508 00:28:24,840 --> 00:28:28,520 Mereka sengaja berlengah sebab mereka tahu kita terdesak. 509 00:28:29,480 --> 00:28:34,000 Peraturan pertama dalam rundingan, jangan biar lawan yang tetapkan harga. 510 00:28:34,080 --> 00:28:36,280 Saya tak pedulikan peraturan. 511 00:28:37,920 --> 00:28:40,880 Bukan ada satu cara saja untuk menang. 512 00:28:40,960 --> 00:28:43,240 Kita kena cepat cari cara baru. 513 00:28:43,320 --> 00:28:47,200 Lebih lama kita duduk sini, lebih lemah kedudukan kita. 514 00:28:49,560 --> 00:28:52,000 Saya ada satu strategi biasa. 515 00:28:53,480 --> 00:28:54,520 Bahagikan tugas. 516 00:28:55,160 --> 00:28:58,200 Sudah ketara memang Saud yang pegang kuasa. 517 00:28:59,720 --> 00:29:01,440 Biar saya cakap dengan dia. 518 00:29:02,080 --> 00:29:05,040 Awak berdua pula cuba tarik perhatian Laith. 519 00:29:05,680 --> 00:29:07,160 Tak susah pun rasanya. 520 00:29:07,720 --> 00:29:08,960 Tapi yang penting, 521 00:29:09,520 --> 00:29:11,520 jangan cakap hal bisnes. 522 00:29:12,200 --> 00:29:14,720 Saya akan cakap bisnes dengan Saud saja. 523 00:29:16,000 --> 00:29:17,040 Amir. 524 00:29:25,880 --> 00:29:27,800 Budak-budak mentah dah pergi. 525 00:29:28,560 --> 00:29:32,760 Sekarang kita orang dewasa yang akan bincangkan pelan kita. 526 00:29:33,360 --> 00:29:36,400 Cakap Sabiha ada betulnya juga. 527 00:29:36,920 --> 00:29:39,960 Laith sengaja tukar topik perbincangan 528 00:29:40,040 --> 00:29:42,520 untuk lengahkan masa dan mengasak kita. 529 00:29:42,600 --> 00:29:43,440 Tepat sekali. 530 00:29:43,520 --> 00:29:46,200 Strategi Sabiha sudah betul 531 00:29:46,280 --> 00:29:47,720 tapi sasaran dia yang salah. 532 00:29:48,600 --> 00:29:51,200 Dia kata Saud beri kata pemutus, tapi tidak. 533 00:29:51,720 --> 00:29:53,560 Laith yang beri kata putus. 534 00:29:53,640 --> 00:29:56,880 Kalau betul Saud yang berkuasa, kenapa kita di sini? 535 00:29:58,280 --> 00:29:59,200 Nak tahu tak? 536 00:30:01,960 --> 00:30:04,200 Saud itu masih sayangkan saya. 537 00:30:04,280 --> 00:30:07,160 Masakan tidak? Awak buat dia naik sewel. 538 00:30:09,680 --> 00:30:12,960 Malangnya, Saud rasa tercabar saya rapat dengan Rakan. 539 00:30:14,160 --> 00:30:17,200 Saya kenal Saud. Saya akan cakap dengan dia. 540 00:30:17,920 --> 00:30:19,040 Awak pula, 541 00:30:19,680 --> 00:30:22,160 cuba awak bincang dengan Laith. 542 00:30:23,000 --> 00:30:26,120 Baik. Katakan saya bincang dengan Laith, 543 00:30:26,200 --> 00:30:27,240 macam mana? 544 00:30:27,320 --> 00:30:29,240 Dia tahu kita dah terdesak. 545 00:30:32,640 --> 00:30:33,640 Farida. 546 00:30:35,240 --> 00:30:36,320 Awak mesti boleh. 547 00:30:37,600 --> 00:30:41,120 Jumpa Laith, awak buat-buat macam perempuan lembik sikit, 548 00:30:41,200 --> 00:30:43,640 menunggu si putera selamatkan awak. 549 00:30:45,560 --> 00:30:46,920 Cuba buat mata besar sikit. 550 00:30:51,600 --> 00:30:52,440 Itu dia. 551 00:30:52,520 --> 00:30:55,280 Awak cukup sesuai main peranan ini. 552 00:30:58,840 --> 00:30:59,680 Tolonglah! 553 00:31:00,560 --> 00:31:04,760 Awak pula cuba tarik Laith untuk memihak kepada awak. 554 00:31:11,360 --> 00:31:12,240 Ayuh. 555 00:31:15,560 --> 00:31:16,800 Bagus betul idea ini. 556 00:31:18,480 --> 00:31:19,840 Dapat lari dari mesyuarat. 557 00:31:25,920 --> 00:31:26,760 Saya… 558 00:31:28,440 --> 00:31:30,880 Saya suka ambil angin segar begini. 559 00:31:31,880 --> 00:31:33,680 Ladang ini sangat cantik. 560 00:31:42,040 --> 00:31:42,880 Baik. 561 00:31:44,120 --> 00:31:47,160 Rasanya kita dah cukup lama berfikir. 562 00:31:48,360 --> 00:31:49,960 Syukurlah, Saud. 563 00:31:50,520 --> 00:31:51,640 Saya rasa sekarang 564 00:31:52,160 --> 00:31:54,000 awak dah ada angka muktamad. 565 00:31:54,080 --> 00:31:58,440 Saya dah kata, masalah ini tak ada kaitan dengan nombor. 566 00:31:59,440 --> 00:32:01,760 Kalau jawatan saya sebagai CEO bersama… 567 00:32:03,960 --> 00:32:05,080 yang beri masalah, 568 00:32:06,400 --> 00:32:08,840 baik awak terus terang sajalah. 569 00:32:09,520 --> 00:32:10,520 Lelaki sama lelaki. 570 00:32:12,760 --> 00:32:13,680 Pertama sekali, 571 00:32:14,480 --> 00:32:15,320 saya nak Nabil 572 00:32:16,080 --> 00:32:18,400 menjadi broker pilihan terbitan saham ini. 573 00:32:19,080 --> 00:32:20,120 Saya percaya dia. 574 00:32:21,080 --> 00:32:23,240 Saya tak percaya orang lain. 575 00:32:24,640 --> 00:32:25,720 Kedua, 576 00:32:26,800 --> 00:32:27,800 saya nak dua kerusi… 577 00:32:30,360 --> 00:32:31,920 dalam lembaga pengarah. 578 00:32:32,640 --> 00:32:34,480 Saya boleh uruskan Nabil. 579 00:32:36,080 --> 00:32:38,480 Tapi untuk satu lagi itu… 580 00:32:39,120 --> 00:32:41,480 Kenapa nak dua kerusi dalam lembaga? 581 00:32:42,000 --> 00:32:44,600 Satu dah cukup. Kenapa dua, Saud? 582 00:32:45,680 --> 00:32:46,720 Satu untuk Laith, 583 00:32:47,440 --> 00:32:49,400 dan satu untuk saya. 584 00:32:54,720 --> 00:32:56,280 Boleh saya perhati awak berdua. 585 00:32:57,400 --> 00:32:58,960 Jadi ini semua sebab saya? 586 00:32:59,040 --> 00:33:05,360 Saya dengar cerita awak agak rapat dengan si CEO bersama ini. 587 00:33:05,440 --> 00:33:07,480 Kasihannya awak. 588 00:33:08,880 --> 00:33:11,880 Patutlah awak beria-ia membela Rakan di Kaherah. 589 00:33:11,960 --> 00:33:13,120 Baru saya faham. 590 00:33:13,200 --> 00:33:14,800 Kasihan betul awak. 591 00:33:14,880 --> 00:33:16,000 Betul atau tidak? 592 00:33:16,080 --> 00:33:17,080 Awak dengar sini. 593 00:33:17,800 --> 00:33:19,960 Masalah peribadi tak payah disebut. 594 00:33:20,480 --> 00:33:21,400 Kecuali 595 00:33:22,080 --> 00:33:26,920 kalau ia menjejaskan tugas profesional sebagai CEO bersama. 596 00:33:28,920 --> 00:33:32,160 Siapa yang pegang kuasa sebenarnya? Sabiha? 597 00:33:32,240 --> 00:33:36,440 Atau Rakan? Atau… Jangan kata Munira? 598 00:33:36,520 --> 00:33:38,080 Jaga sikit mulut, Saud! 599 00:33:38,680 --> 00:33:40,520 Awak dah melampau. 600 00:33:40,600 --> 00:33:45,320 Saya saja yang tahu kebenarannya. Syarat awak ini sebenarnya tak masuk akal. 601 00:33:45,400 --> 00:33:47,240 Awak sengaja berlengah 602 00:33:47,320 --> 00:33:51,120 sebab mustahil Laith yang beri awak kuasa 603 00:33:51,200 --> 00:33:52,440 untuk membuat keputusan. 604 00:33:53,520 --> 00:33:57,360 - Awak cuma kuda jinak Laith. - Saya kuda jinak? 605 00:33:58,680 --> 00:33:59,880 Saya singa! 606 00:34:00,480 --> 00:34:03,320 Abu Nasir pilih saya sebab saya berhati singa. 607 00:34:05,600 --> 00:34:09,920 Saya bukan lahir dalam keluarga kaya macam orang lain. 608 00:34:13,200 --> 00:34:14,480 Kasihannya awak! 609 00:34:15,520 --> 00:34:17,960 Ayah awak rugi teruk di Souq Al Manakh. 610 00:34:18,040 --> 00:34:20,520 Tapi saya untung balik berkali ganda. 611 00:34:20,600 --> 00:34:24,560 Saya yang menambah kepada modal Bank Masa Depan, 612 00:34:24,640 --> 00:34:26,160 sebelum dikhianati mereka! 613 00:34:27,120 --> 00:34:29,200 Bukan awak seorang yang buat. 614 00:34:29,880 --> 00:34:31,360 Awak ada pasukan. 615 00:34:32,680 --> 00:34:37,280 Prestasi awak cuma jadi cemerlang sejak saya masuk pasukan itu. Saya! 616 00:34:38,360 --> 00:34:40,640 Sekarang saya dalam pasukan Rakan. 617 00:34:43,280 --> 00:34:46,000 Tidak. Sudahlah. Jangan. 618 00:34:46,600 --> 00:34:47,440 Kalau macam ini, 619 00:34:48,960 --> 00:34:50,320 ini takkan selesai. 620 00:35:01,120 --> 00:35:02,040 Dua kerusi. 621 00:35:03,400 --> 00:35:05,520 Dua kerusi dalam lembaga pengarah. 622 00:35:06,240 --> 00:35:07,080 Dua. 623 00:35:15,000 --> 00:35:19,640 Awak tahu tak, burung helang betina lebih besar 624 00:35:19,720 --> 00:35:22,200 lebih kuat dan lebih gagah daripada helang jantan. 625 00:35:22,280 --> 00:35:23,600 - Yakah? - Ya. 626 00:35:24,160 --> 00:35:27,160 Burung pemangsa memang haiwan luar biasa. 627 00:35:27,240 --> 00:35:31,080 Dalam kebanyakan spesies, yang jantan lebih besar daripada betina 628 00:35:32,280 --> 00:35:33,440 kecuali mereka. 629 00:35:34,120 --> 00:35:36,680 Burung pemangsa ini berlawanan pula. 630 00:35:36,760 --> 00:35:37,880 Yang betina 631 00:35:38,680 --> 00:35:41,120 lebih kuat daripada jantan. 632 00:35:41,800 --> 00:35:42,760 Yakah? 633 00:35:44,280 --> 00:35:45,560 Jadi, kenapa 634 00:35:46,480 --> 00:35:49,200 jantan dan betina tak duduk sarang sama? 635 00:35:51,760 --> 00:35:54,600 - Mungkin takut dengan yang betina? - Mungkin. 636 00:35:55,480 --> 00:36:00,080 Atau si jantan tahu si betina tentu perlu tempat sendiri. 637 00:36:03,480 --> 00:36:05,680 Macam itu juga dengan isteri awak? 638 00:36:12,680 --> 00:36:13,880 Sebenarnya kami 639 00:36:15,360 --> 00:36:16,480 dah berpisah. 640 00:36:19,480 --> 00:36:20,920 Awak ada dengar? 641 00:36:22,800 --> 00:36:25,400 Saya nak cari pasangan. 642 00:36:25,480 --> 00:36:26,640 Tapi 643 00:36:28,200 --> 00:36:29,560 nasib saya tak baik. 644 00:36:33,040 --> 00:36:34,160 Awak pula? 645 00:36:35,000 --> 00:36:37,520 Awak dan bekas suami macam mana? 646 00:36:41,000 --> 00:36:44,600 Dia selalu nak saya menurut saja telunjuk dia. 647 00:36:44,680 --> 00:36:46,360 Sebab itu saya angkat kaki. 648 00:36:47,160 --> 00:36:48,920 Tapi malangnya 649 00:36:49,760 --> 00:36:51,800 sampai sekarang kami masih rebut kuasa. 650 00:36:54,000 --> 00:36:54,920 Manalah tahu. 651 00:36:55,000 --> 00:36:58,200 Mungkin dia helang jantan 652 00:36:59,680 --> 00:37:00,720 yang makan bangkai. 653 00:37:00,800 --> 00:37:01,640 Betul juga! 654 00:37:03,760 --> 00:37:05,000 Betul kata awak. 655 00:37:05,080 --> 00:37:07,720 Mata awak memang besar. 656 00:37:09,160 --> 00:37:10,320 Macam helang juga. 657 00:37:16,160 --> 00:37:19,040 Saya rasa kawan-kawan kita, 658 00:37:20,080 --> 00:37:24,360 Sabiha dan Amir, dah ada angka sasaran mereka. 659 00:37:25,720 --> 00:37:28,280 Mungkin awak boleh beritahu saya? 660 00:37:29,560 --> 00:37:30,400 Ya. 661 00:37:32,800 --> 00:37:36,840 Saya nasihatkan awak terima lima peratus yang Rakan tawarkan. 662 00:37:36,920 --> 00:37:39,720 Dia minta saya beritahu awak itu tawaran akhir. 663 00:37:41,160 --> 00:37:46,600 Jadi rupanya awak bukan keluar sini untuk ambil angin dengan saya, ya? 664 00:37:50,080 --> 00:37:50,960 Maaflah. Tak. 665 00:37:57,480 --> 00:37:59,480 Sama ada awak terima tawaran itu… 666 00:38:02,000 --> 00:38:05,320 atau kami akan balik ke bursa dan ambil angin dengan orang lain saja. 667 00:38:16,280 --> 00:38:19,080 Enam peratus! 668 00:38:20,000 --> 00:38:23,000 Enam peratus! 669 00:38:25,120 --> 00:38:26,120 Bagus, Farida! 670 00:38:27,200 --> 00:38:28,040 Farida, 671 00:38:28,120 --> 00:38:31,840 macam mana awak goda Laith itu sampai dia terima enam peratus? 672 00:38:31,920 --> 00:38:33,280 Tidaklah! Awak tahu? 673 00:38:33,360 --> 00:38:38,240 Saya rasa sikit saja lagi dia akan terima lima peratus. 674 00:38:39,040 --> 00:38:41,480 Kalau lima, saya akan panjat kereta! 675 00:38:42,680 --> 00:38:45,000 Tapi enam peratus dah cukup bagus. 676 00:38:45,080 --> 00:38:47,040 Kita dah semakin maju, syukurlah. 677 00:38:47,840 --> 00:38:50,440 - Syukurlah. - Kita tak rugi apa-apa pun. 678 00:38:50,520 --> 00:38:53,160 Setakat satu kerusi dalam lembaga? Apa sangatlah. 679 00:38:53,240 --> 00:38:55,960 Saya dah agak Saud itu sembang saja kencang! 680 00:38:59,520 --> 00:39:01,480 Malam ini nak saya belanja makan? 681 00:39:04,040 --> 00:39:06,040 Saya kena jemput Jude dari kelas. 682 00:39:07,360 --> 00:39:09,760 Siapa yang berkuasa? 683 00:39:09,840 --> 00:39:12,320 Kitalah yang berkuasa! 684 00:39:12,400 --> 00:39:13,240 Ayuh! 685 00:39:32,920 --> 00:39:36,120 - Tak nak ucap tahniah dengan saya? - Yalah. Tahniah. 686 00:39:36,200 --> 00:39:37,960 Semoga bahagia hingga Jannah. 687 00:39:39,040 --> 00:39:42,040 Saya pasti saya akan lebih bahagia berbanding perkahwinan pertama. 688 00:39:42,120 --> 00:39:44,880 Saya masih cuba berbaik dengan awak, Omar 689 00:39:45,440 --> 00:39:48,040 tapi awak memang tak nak hormat saya. 690 00:39:48,120 --> 00:39:51,400 Awak sendiri tak hormat diri semasa dengan lelaki itu. 691 00:39:51,480 --> 00:39:54,400 Apa awak cakap? Awak dah gila? Apa masalah awak? 692 00:39:55,360 --> 00:39:56,760 Punya menggatal dengan dia. 693 00:39:56,840 --> 00:39:58,960 Awak ingat saya tak tahu perangai awak? 694 00:39:59,040 --> 00:40:00,520 Awak intip saya, ya? 695 00:40:00,600 --> 00:40:01,760 Tidaklah. Buat apa? 696 00:40:01,840 --> 00:40:04,800 Awak buat terang-terangan, semua orang nampak. 697 00:40:05,920 --> 00:40:07,480 Habis? Apa awak nak? 698 00:40:07,560 --> 00:40:10,640 Awak patut hormat saya sampai ke akhir hayat awak. 699 00:40:10,720 --> 00:40:14,520 Sudahlah! Cukup! Permainan awak ini dah lapuk. 700 00:40:15,400 --> 00:40:17,520 Tidak. Saya bukan main-main. 701 00:40:17,600 --> 00:40:20,520 Tak, ini memang permainan untuk awak kawal saya. 702 00:40:21,240 --> 00:40:22,600 Itulah muslihat awak. 703 00:40:22,680 --> 00:40:26,920 Awak ambil Jude agar saya balik awal dan tengok awak melamar Rose. 704 00:40:27,760 --> 00:40:30,960 Awak mempergunakan anak kita untuk memalukan saya! 705 00:40:32,240 --> 00:40:33,920 Awak memang biadab, 706 00:40:34,000 --> 00:40:34,840 dangkal 707 00:40:35,360 --> 00:40:36,200 dan hina! 708 00:40:36,280 --> 00:40:38,520 Macam ini awak cakap di bursa saham? 709 00:40:41,880 --> 00:40:44,120 Macam ini awak cakap depan anak saya? 710 00:40:45,600 --> 00:40:49,080 Saya sumpah, kalau awak tak jaga perangai, 711 00:40:49,160 --> 00:40:51,480 saya ambil Jude daripada awak! Faham? 712 00:40:52,680 --> 00:40:53,680 Kenapa ini? 713 00:40:54,400 --> 00:40:56,280 Tunjuk kuat depan perempuan? 714 00:40:56,360 --> 00:40:58,840 Lelaki sebenar takkan tengking perempuan. 715 00:41:00,240 --> 00:41:02,600 Habis lelaki sebenar biarkan anak perempuannya 716 00:41:02,680 --> 00:41:04,080 diratah lelaki lain? 717 00:41:04,160 --> 00:41:07,200 Saya tak biar anak saya diratah lelaki macam awak tuduh. 718 00:41:07,280 --> 00:41:08,440 Saya dah didik dia. 719 00:41:09,280 --> 00:41:14,360 Anak saya lebih baik daripada 60 lelaki macam awak. Lelaki dayus macam awak. 720 00:41:14,440 --> 00:41:17,760 Lelaki dayus ialah lelaki yang tak mampu sara keluarga. 721 00:41:18,480 --> 00:41:19,680 Kalau saya, 722 00:41:19,760 --> 00:41:22,360 saya takkan biar anak cucu saya kerja 723 00:41:22,440 --> 00:41:23,960 sebab saya tak mampu sara mereka. 724 00:41:24,040 --> 00:41:26,600 - Si biadab ini memang cari nahas! - Ayah! 725 00:41:32,160 --> 00:41:33,160 Awak dengar sini. 726 00:41:34,360 --> 00:41:35,200 Awak betul. 727 00:41:36,440 --> 00:41:39,040 Saya memang seksa kerja dengan lelaki. 728 00:41:39,120 --> 00:41:41,440 Mereka tak hormat saya, tindas saya. 729 00:41:41,520 --> 00:41:44,160 Semasa mula-mula kerja sana, saya terkejut. 730 00:41:44,240 --> 00:41:46,040 Saya rasa terhina, dan takut. 731 00:41:46,120 --> 00:41:48,280 Tapi kemudian saya sedar, 732 00:41:48,360 --> 00:41:51,000 semua seksaan yang saya rasa dengan mereka 733 00:41:51,080 --> 00:41:54,960 tak terlawan betapa seksanya saya semasa hidup dengan awak. 734 00:41:55,640 --> 00:41:57,640 Itu yang awak beri kepada saya, Omar. 735 00:41:58,560 --> 00:42:00,400 Saya patut berterima kasih. 736 00:42:01,200 --> 00:42:02,960 Terima kasih banyak-banyak! 737 00:42:05,560 --> 00:42:06,520 Mari, sayang. 738 00:48:04,720 --> 00:48:09,720 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela