1 00:00:06,000 --> 00:00:09,080 PELANCONGAN MIAMI 2 00:00:14,200 --> 00:00:15,920 Bagus, awak dapat mesej saya. 3 00:00:16,640 --> 00:00:18,760 Saya tak boleh hantar Jude macam saya janji. 4 00:00:20,840 --> 00:00:22,520 Boleh tolong kami pilih? 5 00:00:22,600 --> 00:00:24,840 Pilih apa? 6 00:00:24,920 --> 00:00:26,640 Naik kuda di luar negara. 7 00:00:29,560 --> 00:00:32,480 - Ini pakej terakhir kami ada. - Beri sini. 8 00:00:36,240 --> 00:00:37,480 Gurun Wahiba. 9 00:00:38,040 --> 00:00:40,680 Gumuk pasir dan lembahnya memang cantik. 10 00:00:40,760 --> 00:00:42,960 "Untuk penunggang kuda mahir sahaja." 11 00:00:43,480 --> 00:00:45,280 Orang kata ia syurga dunia. 12 00:00:47,280 --> 00:00:48,120 Maknya Jude? 13 00:00:48,920 --> 00:00:51,040 Kalau awak yang bawa dia, 14 00:00:51,120 --> 00:00:52,560 awak akan bawa ke mana? 15 00:00:57,480 --> 00:00:58,680 Terpulang kepada Jude. 16 00:00:59,560 --> 00:01:01,800 Tentulah terpulang kepada dia, bukan awak. 17 00:01:02,440 --> 00:01:05,160 Tapi awak mak dia, tolonglah dia pilih. 18 00:01:26,600 --> 00:01:29,720 Mak tahu kamu tak sabar ke luar negara untuk naik kuda 19 00:01:30,520 --> 00:01:32,360 tapi jangan berharap sangat. 20 00:01:32,960 --> 00:01:34,520 Ayah mungkin tak jadi? 21 00:01:36,880 --> 00:01:38,240 Macam inilah. 22 00:01:39,000 --> 00:01:40,280 Tak apalah. 23 00:01:40,360 --> 00:01:43,360 Kamu mesti akan pergi, berseronok dan akan menang. 24 00:01:48,560 --> 00:01:49,480 Itu pasti. 25 00:01:53,560 --> 00:01:55,600 THE EXCHANGE 2 26 00:02:12,720 --> 00:02:14,280 BURSA KUWAIT 27 00:02:14,360 --> 00:02:16,200 Ini hari terakhir persiapan. 28 00:02:16,280 --> 00:02:18,920 Orang Kaherah akan banyak bertanya nanti. 29 00:02:19,600 --> 00:02:22,000 Kita teruskan kepada sesi soal jawab. 30 00:02:24,360 --> 00:02:25,600 Saya mahu tahu, 31 00:02:25,680 --> 00:02:27,760 cara awak uruskan pertumbuhan syarikat 32 00:02:27,840 --> 00:02:32,160 memandangkan suami awak, pengasas semua ini, sudah tiada. 33 00:02:32,840 --> 00:02:38,320 Itu soalan yang penting. Semua syarikat besar berubah ikut masa… 34 00:02:38,400 --> 00:02:39,320 "Beradaptasi". 35 00:02:40,000 --> 00:02:43,280 Kami sudah pilih perkataan "beradaptasi". 36 00:02:43,360 --> 00:02:45,240 Semua syarikat besar 37 00:02:46,200 --> 00:02:49,200 beradaptasi mengikut masa. 38 00:02:50,000 --> 00:02:55,960 Saya bernasib baik kerana suami saya benarkan saya beradaptasi dengan syarikat. 39 00:02:57,080 --> 00:03:01,920 Kini saya lebih bernasib baik kerana saya dapat mengadaptasikan warisan itu 40 00:03:02,920 --> 00:03:03,760 dengan anak kami. 41 00:03:03,840 --> 00:03:05,440 Awak sebut tentang anak awak. 42 00:03:06,760 --> 00:03:12,880 Boleh awak ceritakan lebih lanjut tentang Projek Giza, kerugian terbesar Alpha? 43 00:03:13,600 --> 00:03:15,640 Dialah punca kegagalan itu. 44 00:03:19,920 --> 00:03:23,080 Projek hotel merangkap kasino di Giza itu memang mengecewakan 45 00:03:23,160 --> 00:03:25,120 dan kami masih hampa 46 00:03:25,200 --> 00:03:28,240 kerana masih ada segelintir pelabur yang tak ambil balik saham. 47 00:03:28,320 --> 00:03:30,120 Segelintir? Atau semua? 48 00:03:30,200 --> 00:03:33,080 Tapi kami ambil iktibar daripada Projek Giza 49 00:03:33,160 --> 00:03:37,720 dan kami akan menggunakan itu untuk menjayakan Projek Failaka. 50 00:03:37,800 --> 00:03:43,880 Bagaimana awak boleh cari masa untuk mengurus syarikat sebesar Alpha 51 00:03:43,960 --> 00:03:48,320 sedangkan awak sibuk melaram dengan stoking dan sapu tangan sedondon? 52 00:03:49,600 --> 00:03:50,720 Tolonglah. 53 00:03:50,800 --> 00:03:53,560 Tak ada orang akan tanya tentang stoking saya! 54 00:03:55,160 --> 00:03:58,080 Tapi ia memang agak menonjol pun. 55 00:03:58,160 --> 00:04:01,400 Hasan, Walid, awak berdua berlakon jadi jurufoto saja. 56 00:04:03,320 --> 00:04:05,760 Kita dah banyak berlatih. 57 00:04:07,720 --> 00:04:10,800 Bagus. Sekarang kita rehat dulu 10 minit. 58 00:04:14,160 --> 00:04:17,160 Seronoknya saya! 59 00:04:17,680 --> 00:04:23,080 Ini hari paling seronok bagi saya sejak saya mula kerja di sini. 60 00:04:24,320 --> 00:04:26,080 Lebih seronok daripada dengan Saud? 61 00:04:27,480 --> 00:04:28,960 Betul juga kata awak. 62 00:04:30,440 --> 00:04:33,000 Giliran kita pula buat Rakan dan Sabiha berpeluh. 63 00:04:34,080 --> 00:04:36,840 Saya kena kawal dia sikit di Kaherah. 64 00:04:38,560 --> 00:04:39,880 Awak tahu, Farida, 65 00:04:39,960 --> 00:04:42,240 kalau awak ikut kami ke Kaherah, 66 00:04:42,320 --> 00:04:44,520 saya boleh bawa awak menari kelab di Zamalek. 67 00:04:45,560 --> 00:04:48,080 Menari? Tak payahlah. 68 00:04:48,160 --> 00:04:51,360 Dulu semasa saya lawat awak di universiti dan kita keluar menari, 69 00:04:51,440 --> 00:04:54,360 awak cemburu lelaki cakap dengan saya dan awak tinggalkan saya. 70 00:04:54,440 --> 00:04:56,880 - Yakah? - Takkan awak dah lupa? 71 00:04:57,600 --> 00:05:01,560 Dulu kita muda. Sekarang kita dah dewasa. 72 00:05:09,200 --> 00:05:10,800 Latihan tadi sangat bagus. 73 00:05:11,400 --> 00:05:13,680 Terutamanya dengan Sabiha dan Rakan. 74 00:05:15,120 --> 00:05:16,960 Siapa sedia nak ke Kaherah? 75 00:05:17,880 --> 00:05:21,920 Sidang Kemuncak Pelabur Arab akan berlangsung sana selama empat hari. 76 00:05:22,000 --> 00:05:24,640 Ia menentukan nasib projek kita. 77 00:05:25,360 --> 00:05:28,000 Ini memang mengujakan. Kita semua akan pergi. 78 00:05:29,200 --> 00:05:31,120 Dia lupa awak tak ikut. 79 00:05:31,200 --> 00:05:33,280 Tapi kita bukan nak pergi berhibur. 80 00:05:34,080 --> 00:05:38,520 Matlamat kita, sebelum balik, kita mesti dapat 70 peratus daripada modal. 81 00:05:38,600 --> 00:05:41,760 Laith Nasir dan Saud Salim, bakal pelabur induk kita… 82 00:05:43,680 --> 00:05:46,920 Saya dah suruh Mishari utamakan mesyuarat dengan mereka. 83 00:05:47,000 --> 00:05:47,840 Sudah tentu. 84 00:05:48,400 --> 00:05:53,040 Kita harus berterima kasih kepada Farida yang bawa Laith dan Saud kepada kita. 85 00:05:53,760 --> 00:05:55,960 Sebagai ganjaran untuk itu, 86 00:05:56,960 --> 00:05:58,240 awak ikut ke Kaherah. 87 00:06:00,400 --> 00:06:03,280 Tapi Mishari kata bajet kita ketat. 88 00:06:03,360 --> 00:06:05,480 Kita tak patut menambah kos. 89 00:06:07,040 --> 00:06:09,120 Munira, terima kasih sebab bangkitkan itu. 90 00:06:09,200 --> 00:06:11,080 Tapi Saud mahu Farida ikut. 91 00:06:12,560 --> 00:06:14,400 Lebih baik kalau libatkan dia. 92 00:06:16,520 --> 00:06:18,760 Harap ini bukan keputusan mendadak. 93 00:06:19,480 --> 00:06:20,440 Awak terpilih. 94 00:06:20,520 --> 00:06:23,080 Sudah tentu saya mahu sertainya 95 00:06:23,160 --> 00:06:25,760 tapi anak saya ada pertandingan berkuda hari Jumaat. 96 00:06:25,840 --> 00:06:28,200 Boleh saya balik awal sehari? 97 00:06:28,280 --> 00:06:31,720 Boleh. Tak ada masalah. Minta Mishari aturkan nanti. 98 00:06:34,200 --> 00:06:36,880 Kita jumpa awal pagi esok. 99 00:06:37,680 --> 00:06:38,800 Jangan lambat. 100 00:06:52,480 --> 00:06:56,880 Baguslah awak putuskan untuk melabur dengan Alpha. Kita berdua akan untung. 101 00:06:58,840 --> 00:06:59,680 Ya. 102 00:07:00,400 --> 00:07:01,600 Tapi dulu tak macam itu. 103 00:07:01,680 --> 00:07:06,880 Mungkin semakin umur bertambah, hati awak jadi lebih lembut. 104 00:07:06,960 --> 00:07:08,880 Saya? Berhati lembut? 105 00:07:10,880 --> 00:07:13,760 Kalau tak, kenapa awak bantu Bank Masa Depan dengan Alpha 106 00:07:13,840 --> 00:07:15,720 sedangkan dulu awak tak nak? 107 00:07:17,720 --> 00:07:21,200 - Farida beri hujah kuat. - Lebih kuat daripada saya? 108 00:07:21,280 --> 00:07:25,200 Kadang-kadang bukan sebab hujah, tapi orang yang berhujah. 109 00:07:25,280 --> 00:07:29,000 Saya andaikan awak ada beritahu Amir tentang itu? 110 00:07:29,080 --> 00:07:29,920 Mungkin. 111 00:07:30,920 --> 00:07:31,760 Saya beritahu dia 112 00:07:32,880 --> 00:07:35,120 lebih baik Farida ikut ke Kaherah. 113 00:07:35,840 --> 00:07:36,960 Kenapa awak tanya? 114 00:07:55,320 --> 00:07:56,320 Terkejut tak? 115 00:07:58,280 --> 00:07:59,120 Apa? 116 00:08:05,520 --> 00:08:06,360 Untuk mak? 117 00:08:07,440 --> 00:08:08,480 Ya. 118 00:08:10,880 --> 00:08:11,920 Betul? 119 00:08:13,960 --> 00:08:16,080 Oh, Tuhan! 120 00:08:17,080 --> 00:08:18,520 Juju! 121 00:08:28,080 --> 00:08:30,320 Cantiknya! 122 00:08:33,080 --> 00:08:34,320 Tapi tentu mahal. 123 00:08:36,600 --> 00:08:38,840 Mak, saya dah ada kerja! Saya mampu beli. 124 00:08:41,000 --> 00:08:45,080 Mak tentu bergaya dengan ini apabila datang pertandingan saya nanti. 125 00:08:58,280 --> 00:08:59,640 Pertandingan itu… 126 00:08:59,720 --> 00:09:02,920 Esok pagi mak kena pergi Kaherah, ada hal kerja. 127 00:09:04,240 --> 00:09:05,160 Esok? 128 00:09:05,920 --> 00:09:09,000 - Mak tak datang pertandingan saya? - Mak datang. 129 00:09:09,080 --> 00:09:12,480 Mak janji akan datang. 130 00:09:12,560 --> 00:09:14,920 Mak dah minta balik awal untuk kamu. 131 00:09:16,800 --> 00:09:20,440 Tapi mak akan pergi dua hari. Nanti kamu okey tak? 132 00:09:21,760 --> 00:09:22,880 Saya okey saja. 133 00:09:22,960 --> 00:09:23,920 Saya dah besar. 134 00:09:24,000 --> 00:09:27,520 Mana tahu, mungkin mak tak okey? Kamu ada terfikir tak? 135 00:09:37,680 --> 00:09:39,520 Bila nenek bawa kamu keluar? 136 00:09:39,600 --> 00:09:42,120 Saya tak keluar dengan nenek. Saya keluar dengan Rose. 137 00:09:49,720 --> 00:09:51,880 Kita bernasib baik. Dia banyak beri muka. 138 00:09:54,160 --> 00:09:56,880 Dia banyak benda dia tak kisah. 139 00:09:56,960 --> 00:09:59,440 Dia kata kamu boleh terus bekerja 140 00:09:59,520 --> 00:10:02,360 kalau kamu dah suka. Dia takkan halang kamu. 141 00:10:03,040 --> 00:10:07,320 Kelak, kalau kamu nak buka syarikat sendiri pun, 142 00:10:07,400 --> 00:10:08,920 dia takkan kisah, 143 00:10:09,000 --> 00:10:12,680 malah, dia sanggup beri kamu modalnya. 144 00:10:13,480 --> 00:10:15,280 Ayah ada bincangkan harta? 145 00:10:15,840 --> 00:10:16,680 Maksud saya, 146 00:10:16,760 --> 00:10:20,000 Qassar sudah tua. Dia ada anak perempuan dengan isteri dulu. 147 00:10:20,720 --> 00:10:24,080 Saya tak kisah kalau dia setuju dengan syarat saya. 148 00:10:24,160 --> 00:10:25,440 Saya tak nak beri pewaris. 149 00:10:25,520 --> 00:10:30,400 Ayah tak boleh cakap tentang benda-benda begitu dengan dia. 150 00:10:30,480 --> 00:10:32,920 Lepas kahwin dengan dia, kamu cakaplah. 151 00:10:33,000 --> 00:10:35,280 Saya nak tetapkan syarat dari awal. 152 00:10:35,360 --> 00:10:36,960 Ayah, saya tak rasa 153 00:10:37,760 --> 00:10:41,520 ayah akan buat perjanjian baru tanpa membentangkan semua syarat. 154 00:10:42,240 --> 00:10:44,520 Munira, kamu dah 33 tahun. 155 00:10:45,320 --> 00:10:48,040 Kamu tak boleh beranak lambat sangat. 156 00:10:48,120 --> 00:10:50,200 Saya tak nak ambil risiko. 157 00:10:50,280 --> 00:10:52,840 Kalau ayah tak nak cakap, saya akan cakap. 158 00:10:57,280 --> 00:11:00,400 Kamu memang tak kenang budi dan tak bersyukur dengan nikmat. 159 00:11:00,480 --> 00:11:01,840 Ayah akan cakap dengan dia. 160 00:11:16,880 --> 00:11:17,720 Mak, 161 00:11:19,160 --> 00:11:21,440 kenapa tak bawa Jude keluar beli topi? 162 00:11:23,560 --> 00:11:28,160 Mak nak bawa, tapi dia nak keluar dengan kawan dia, jadi mak biarlah. 163 00:11:28,960 --> 00:11:31,160 - Kenapa? Apa jadi? - "Apa jadi?" 164 00:11:33,120 --> 00:11:36,120 Mak, boleh tak mak jaga dia elok-elok sikit? 165 00:11:36,200 --> 00:11:39,080 Saya tak nak dia kawan dengan budak mana entah! 166 00:11:41,320 --> 00:11:45,480 Kalau kamu nak cerewet sangat, duduk rumah jaga dia sendiri! 167 00:11:46,440 --> 00:11:48,040 - Mak! - Apa? 168 00:11:48,120 --> 00:11:50,680 Kenapa mak pula kena jaga anak kamu 169 00:11:50,760 --> 00:11:53,320 sedangkan kamu seronok melancong tengok piramid? 170 00:12:01,760 --> 00:12:02,920 Minta maaf. 171 00:12:03,560 --> 00:12:06,080 Itu bukan niat saya. Saya perlu mak. 172 00:12:07,320 --> 00:12:10,080 Saya cuma stres sebab kena tinggalkan Jude. Mak faham? 173 00:12:10,160 --> 00:12:12,160 Mak boleh jaga dia? Tolonglah. 174 00:12:12,760 --> 00:12:16,480 Kalau kamu risau sangat, mak boleh tengok-tengokkan dia. 175 00:12:21,680 --> 00:12:25,720 Tapi beritahulah mak, kamu nak jalan-jalan mana nanti? 176 00:12:30,680 --> 00:12:31,600 Ceritalah! 177 00:12:32,440 --> 00:12:36,920 Saya pergi sebab kerja, mak. Saya akan duduk hotel saja. 178 00:12:41,320 --> 00:12:42,160 KAHERAH 179 00:12:58,560 --> 00:13:01,680 Saya rasa itu projek yang bagus dan kami akan melabur. 180 00:13:02,920 --> 00:13:05,600 Pendek kata, ini memang projek impian. 181 00:13:05,680 --> 00:13:08,560 Umpama khayalan menjadi kenyataan. 182 00:13:08,640 --> 00:13:13,040 Mana kami tahu Failaka takkan jadi macam Projek Giza nanti? 183 00:13:13,120 --> 00:13:15,880 Kami masih kecewa dengan Projek Giza 184 00:13:15,960 --> 00:13:18,440 sebab segelintir pelabur tak tuntut balik saham mereka. 185 00:13:19,200 --> 00:13:20,040 Segelintir? 186 00:13:20,120 --> 00:13:21,880 Projek itu memang mencabar. 187 00:13:22,720 --> 00:13:24,880 Tapi kami dah ambil iktibar. 188 00:13:24,960 --> 00:13:27,080 Ia takkan berulang dengan projek ini. 189 00:13:28,640 --> 00:13:29,480 Ia… 190 00:13:30,080 --> 00:13:31,760 Ia memang projek mencabar. 191 00:13:32,600 --> 00:13:33,440 Apa? 192 00:13:34,600 --> 00:13:35,800 Siapa awak? 193 00:13:35,880 --> 00:13:38,800 Saya seorang puteri dan saya boleh buat awak jadi puteri. 194 00:13:40,560 --> 00:13:41,440 Tengok. 195 00:13:42,040 --> 00:13:48,440 Boleh saja. Tapi tunggu bil dulu, baru awak boleh selamatkan saya. 196 00:13:48,520 --> 00:13:49,960 Zam zam ala kazam. 197 00:13:54,760 --> 00:13:56,320 Mari sini. Jom cari mak. 198 00:13:56,400 --> 00:13:58,080 Macam pari-pari pula. 199 00:13:58,680 --> 00:14:00,040 Comelnya. 200 00:14:04,080 --> 00:14:05,040 Tak apa. 201 00:14:05,920 --> 00:14:06,840 Kita teruskan. 202 00:14:09,720 --> 00:14:13,320 Rasa macam budak itu dah jampi saya. 203 00:14:14,960 --> 00:14:18,080 Apa kata kita beritahu mereka 204 00:14:19,000 --> 00:14:20,400 kita dah setuju? 205 00:14:26,360 --> 00:14:28,840 Ada benda perlu diraikan malam ini. 206 00:14:33,600 --> 00:14:34,480 Gembiralah sikit. 207 00:14:34,560 --> 00:14:36,080 Kita dah berjaya! 208 00:14:41,120 --> 00:14:43,600 Akhirnya kita dah jumpa pelabur induk. 209 00:14:47,640 --> 00:14:50,240 Awak sedar tak, orang lain tak kongsi bilik? 210 00:14:50,760 --> 00:14:52,360 Ya, Amir dah cakap. 211 00:14:53,840 --> 00:14:57,000 Kita sepupu. Mak kita adik-beradik, sayang. 212 00:14:57,080 --> 00:15:01,680 Tak, sayang. Awak disuruh datang mendadak tapi saya pula yang seksa. 213 00:15:02,200 --> 00:15:03,800 Yalah. Awak tahu kenapa? 214 00:15:03,880 --> 00:15:05,480 Sebab saya layak ada di sini. 215 00:15:10,960 --> 00:15:11,800 Munier! 216 00:15:12,360 --> 00:15:13,840 Jom keluar menari? 217 00:15:13,920 --> 00:15:17,440 Perada dalam rambut awak padan dengan baju gemerlap saya. 218 00:15:17,520 --> 00:15:18,600 Seronok tak? 219 00:15:18,680 --> 00:15:20,360 "Seronok tak?" 220 00:15:20,920 --> 00:15:24,120 - Tak payah keluar menari. - Marilah! Saya masih belum penat. 221 00:15:24,200 --> 00:15:26,120 Kita buat macam dulu-dulu. 222 00:15:26,200 --> 00:15:30,400 Mana ada masa. Mesyuarat pertama kita pukul sembilan pagi esok. 223 00:15:32,120 --> 00:15:35,880 Kita menari pada hari terakhir, apabila kerja kita selesai. 224 00:15:35,960 --> 00:15:37,000 Apa? 225 00:15:37,720 --> 00:15:40,400 Awak pun tahu saya takkan tunggu sampai hari terakhir. 226 00:15:40,480 --> 00:15:42,000 Pertandingan Jude! 227 00:15:43,720 --> 00:15:45,080 Oh, ya. Lupa pula. 228 00:15:46,280 --> 00:15:50,320 Awak utamakan hidup peribadi awak yang membosankan itu, 229 00:15:50,840 --> 00:15:53,400 bukannya kerjaya awak yang takkan tahan lama itu. 230 00:16:00,080 --> 00:16:01,360 Awak dengar sini. 231 00:16:01,440 --> 00:16:04,360 Awak tak faham apa rasanya jadi ibu tunggal yang bekerja! 232 00:16:04,440 --> 00:16:08,200 Awak pula pentingkan menari, bukannya buat duit. 233 00:16:08,280 --> 00:16:11,440 Apa? Awak yang ajak menari dulu! 234 00:16:14,440 --> 00:16:15,560 Saya tengah cakaplah! 235 00:16:16,040 --> 00:16:19,400 Kalau nak keluarkan habis, kena pergi salun rambut. 236 00:16:21,240 --> 00:16:24,160 Mana nak cari salun rambut yang buka sebelum pagi? 237 00:16:25,520 --> 00:16:28,000 Salun Farida. Boleh saya bantu? 238 00:16:34,840 --> 00:16:36,520 Saya tak ingin awak bantu saya. 239 00:16:51,000 --> 00:16:53,320 Tengok? Dah cakap kita patut keluar. 240 00:16:53,400 --> 00:16:55,360 Itu boleh tenangkan kita. 241 00:16:55,440 --> 00:16:59,040 Perada dalam rambut saya ini buat gatal. Saya tak boleh tidur. 242 00:16:59,560 --> 00:17:04,160 Sayangnya jampi si pari-pari itu buat awak tak selesa pula. 243 00:17:17,480 --> 00:17:20,280 Budak itu buat saya teringat Jude seorang di rumah. 244 00:17:22,240 --> 00:17:26,640 Awak percaya tak, Munira, saya tak pernah tidur asing daripada dia walau sekali pun 245 00:17:26,720 --> 00:17:28,160 sepanjang 13 tahun. 246 00:17:28,240 --> 00:17:30,800 Boleh tak jangan cakap tentang Jude? 247 00:17:32,200 --> 00:17:35,120 Awak macam sengaja nak tonjolkan kekurangan saya. 248 00:17:36,360 --> 00:17:37,360 Sengaja apa? 249 00:17:38,080 --> 00:17:41,320 Sejak bila awak nak anak? Awak tak nak anak pun. 250 00:17:42,000 --> 00:17:43,000 Mana awak tahu? 251 00:17:44,600 --> 00:17:46,240 Tidak! 252 00:17:49,560 --> 00:17:51,320 Kenapa ini? 253 00:17:51,400 --> 00:17:56,800 Saya dah biasa kalau awak celopar, bukan sedih macam ini. Kenapa? 254 00:18:07,360 --> 00:18:09,360 Saya dah tak boleh main-main lagi. 255 00:18:10,840 --> 00:18:12,760 Mak ayah saya dah carikan calon. 256 00:18:15,560 --> 00:18:19,480 Tak apa. Mereka sayang awak. Mereka takkan paksa awak. 257 00:18:21,560 --> 00:18:23,840 Percayalah, ini bukan soal sayang. 258 00:18:25,600 --> 00:18:30,960 Sebenarnya saya tak ada pengalaman dijodohkan atau dipinang orang lain. 259 00:18:32,800 --> 00:18:35,560 Selepas kenal Omar, kami terus kahwin. Menyesal betul! 260 00:18:37,240 --> 00:18:41,520 Awak korbankan segalanya untuk dia. Termasuklah meninggalkan London. 261 00:18:46,040 --> 00:18:50,120 Awak selalu pandai cari jalan keluar. Saya tak risaukan awak. 262 00:18:51,560 --> 00:18:52,560 Kali ini tidak. 263 00:18:53,200 --> 00:18:54,320 Tak ada jalan keluar. 264 00:18:58,520 --> 00:19:01,880 Ini peluang terakhir saya untuk jalan-jalan seorang diri. 265 00:19:04,040 --> 00:19:07,000 Tapi awak pula kacau. 266 00:19:11,600 --> 00:19:12,600 Siapa calonnya? 267 00:19:13,240 --> 00:19:15,520 - Pentingkah? - Mestilah. Siapa? 268 00:19:15,600 --> 00:19:17,360 Pada saya, tak penting pun. 269 00:19:19,320 --> 00:19:21,680 Apa-apa jadi, saya juga yang rugi. 270 00:19:22,840 --> 00:19:24,720 Munira, jangan setuju. 271 00:19:25,800 --> 00:19:26,880 Saya tak ada pilihan. 272 00:19:31,200 --> 00:19:32,040 Betul juga. 273 00:19:33,080 --> 00:19:34,760 Saya yang salah. Memang. 274 00:19:35,560 --> 00:19:36,920 Saya pernah ada calon. 275 00:19:37,800 --> 00:19:38,840 Maksudnya, Saud? 276 00:19:50,440 --> 00:19:51,840 Macam mana kelas kuda kamu? 277 00:19:51,920 --> 00:19:55,040 Pelatih saya suruh saya tambah satu lagi lompatan. 278 00:19:55,120 --> 00:19:56,400 Tentu dia kagum dengan kamu. 279 00:19:56,480 --> 00:19:59,320 Mak cuma melompat sekali saja semasa bertanding dulu. 280 00:19:59,400 --> 00:20:01,320 Mak tak berlatih sekuat kamu. 281 00:20:01,400 --> 00:20:04,640 Ya, tapi Rose kata mungkin saya tak mampu buat. 282 00:20:05,320 --> 00:20:07,560 Apa Rose tahu? Dia bukan pelatih kamu! 283 00:20:08,160 --> 00:20:11,280 Okey, mak. Nenek nak cakap dengan mak. 284 00:20:12,480 --> 00:20:14,560 Farida, Omar nak cakap dengan kamu. 285 00:20:15,360 --> 00:20:17,000 - Telefonlah dia. - Omar? 286 00:20:17,960 --> 00:20:19,760 - Kenapa pula? - Mana mak tahu. 287 00:20:20,560 --> 00:20:22,240 Mak sampaikan pesanan saja. 288 00:20:23,680 --> 00:20:24,520 Okey. 289 00:20:25,040 --> 00:20:28,200 - Baik, mak. Nanti saya cuba. - Selamat tinggal. 290 00:20:45,120 --> 00:20:45,960 Selamat pagi. 291 00:20:46,640 --> 00:20:47,760 Selamat pagi. 292 00:20:53,040 --> 00:20:54,400 Tidur lena semalam? 293 00:20:55,480 --> 00:20:59,920 Walaupun Farida dengkur sepanjang malam, saya tetap dapat lena. 294 00:21:00,440 --> 00:21:01,760 Saya dah segar. 295 00:21:02,440 --> 00:21:04,960 - Perlu tenaga hari ini. - Pasti boleh. 296 00:21:07,360 --> 00:21:09,120 Saya dah setuju untuk melabur 297 00:21:10,320 --> 00:21:12,600 walaupun saya waswas tentang Projek Giza itu. 298 00:21:12,680 --> 00:21:14,440 Awak waswas dengan Rakan. 299 00:21:14,520 --> 00:21:17,280 Ayah dia pun tak percaya dia. Apatah lagi saya? 300 00:21:19,000 --> 00:21:21,520 Saya dengar awak sebarkan khabar angin 301 00:21:21,600 --> 00:21:23,000 jadi, saya tak faham. 302 00:21:23,080 --> 00:21:24,600 Kenapa awak melabur juga? 303 00:21:24,680 --> 00:21:27,800 Saya melabur untuk untung jangka pendek terbitan umum itu. 304 00:21:28,400 --> 00:21:30,600 Bukan masa depan jangka masa panjang Alpha. 305 00:21:33,320 --> 00:21:36,680 Awak tak cakap lagi, apa sasaran Amir untuk hari ini? 306 00:21:36,760 --> 00:21:39,920 Dia nak kami kumpulkan modal sebanyak 30 juta, tapi macam mana? 307 00:21:42,360 --> 00:21:43,200 Banyaknya! 308 00:21:46,680 --> 00:21:47,520 Awak gugup? 309 00:21:48,800 --> 00:21:51,720 - Awak pernah tengok saya gugup? - Awak pernah jadi pengecut. 310 00:21:56,960 --> 00:21:58,000 Dekat sikit. 311 00:21:58,760 --> 00:21:59,800 Saya tak makan orang. 312 00:22:00,400 --> 00:22:01,240 Mari sini. 313 00:22:04,680 --> 00:22:06,640 Jampi si pari-pari itu. 314 00:22:12,080 --> 00:22:15,400 Saya kena pergi. Kami akan gerak sepuluh minit lagi. 315 00:22:16,880 --> 00:22:18,240 Semoga berjaya, rakan kongsi. 316 00:22:21,520 --> 00:22:24,760 Yang penting, hari ini kita mesti kumpulkan 30 juta. 317 00:22:25,680 --> 00:22:27,680 Ingat, kalau kita tak dapat sebanyak itu, 318 00:22:28,920 --> 00:22:32,280 susah kita nak kerja dan projek kita mungkin akan gagal. 319 00:22:32,960 --> 00:22:34,280 Mana Farida? 320 00:22:37,560 --> 00:22:38,520 Helo? 321 00:22:38,600 --> 00:22:40,960 Apa dia, Omar? Mak kata awak nak cakap dengan saya. 322 00:22:41,040 --> 00:22:42,680 - Mak awak dah penat. - Awak nak apa? 323 00:22:42,760 --> 00:22:45,600 Mak awak yang jaga Jude sepanjang minggu ini. 324 00:22:46,280 --> 00:22:48,160 Minggu ini? Baru dua malam. 325 00:22:48,240 --> 00:22:49,920 Awak tak faham masalahnya. 326 00:22:50,000 --> 00:22:53,240 Anak kita perlu seorang ibu yang menjaga dia, 327 00:22:53,320 --> 00:22:55,360 bukan utamakan kerja berbanding anak. 328 00:22:55,440 --> 00:22:58,800 Awak memang nak cari gaduh, ya? Dah penat gaduh dengan diri sendiri? 329 00:22:59,400 --> 00:23:01,480 Omar, saya sangat sibuk hari ini. 330 00:23:01,560 --> 00:23:05,360 - Gaduh dengan orang lain sajalah. - Nanti. Pertandingan Jude. 331 00:23:05,920 --> 00:23:07,320 Awak datang atau tak? 332 00:23:10,800 --> 00:23:12,080 Dah berapa kali cakap. Ya! 333 00:23:12,160 --> 00:23:15,800 Saya dah aturkan. Jude pun tahu saya akan datang. Sudahlah! 334 00:23:16,640 --> 00:23:17,760 Pastikan awak datang. 335 00:23:17,840 --> 00:23:19,120 Selamat tinggal. 336 00:23:30,800 --> 00:23:33,920 Maaf. Minta maaf, saya lambat. 337 00:23:34,000 --> 00:23:35,720 Harap hari ini akan berjaya. 338 00:23:35,800 --> 00:23:36,920 Kami dah sedia. 339 00:23:37,520 --> 00:23:38,720 Saya dah sedia. 340 00:23:38,800 --> 00:23:39,880 Jom, kita cari modal. 341 00:23:39,960 --> 00:23:41,360 SIDANG KEMUNCAK PELABUR ARAB 342 00:23:42,520 --> 00:23:43,520 Helo. 343 00:23:52,160 --> 00:23:54,160 DANA PELABURAN NAJD 344 00:23:54,240 --> 00:23:56,080 SYARIKAT KEWANGAN SUDAN 345 00:23:56,160 --> 00:23:57,840 MAGHRIBI - OMAN - ARAB SAUDI 346 00:24:00,160 --> 00:24:01,440 KUMPULAN PELABURAN ARAB 347 00:24:04,640 --> 00:24:05,600 LIBYA 348 00:24:05,680 --> 00:24:07,080 EMIRIAH ARAB 349 00:24:10,920 --> 00:24:12,000 Cakap. 350 00:24:12,080 --> 00:24:17,360 Saya dapat sejumlah 19,980 juta daripada 30 juta. 351 00:24:20,200 --> 00:24:21,880 Berapa? 352 00:24:21,960 --> 00:24:24,360 SIDANG KEMUNCAK PELABUR ARAB SASARAN: 30 RIBU DINAR 353 00:24:28,240 --> 00:24:30,320 Farida, kita cakap luar sekejap. 354 00:24:40,560 --> 00:24:43,400 Saya risau kita tak dapat capai matlamat kita. 355 00:24:46,720 --> 00:24:49,160 Sebab itulah kita kena kerja bersama. 356 00:24:50,440 --> 00:24:52,560 Saya tahu kita dah atur sebelum ini 357 00:24:53,160 --> 00:24:55,640 tapi saya nak awak duduk sini sampai habis. 358 00:24:55,720 --> 00:24:57,720 Baik awak utamakan ini, Farida. 359 00:25:04,360 --> 00:25:08,720 Apa pendapat awak tentang jawapan Rakan untuk soalan Projek Giza itu? 360 00:25:09,560 --> 00:25:15,000 Saya setuju dengan skrip yang puan beri kepada dia. Dia kena ikut saja skrip. 361 00:25:16,040 --> 00:25:16,880 Betul. 362 00:25:19,120 --> 00:25:20,360 Kasihan Rakan. 363 00:25:22,000 --> 00:25:23,720 Dia tak patut dikecam. 364 00:25:24,800 --> 00:25:26,800 Ayah dia yang paksa dia. 365 00:25:31,160 --> 00:25:32,960 Saya patut masuk campur. 366 00:25:34,320 --> 00:25:38,200 Kata orang, hidup perempuan memang paling susah sebab 367 00:25:38,280 --> 00:25:39,800 dia ada banyak peranan. 368 00:25:41,080 --> 00:25:44,440 Tapi saya memenuhi setiap peranan yang saya mainkan. 369 00:25:45,000 --> 00:25:47,240 Ada peranan yang saya tak berapa suka. 370 00:25:48,720 --> 00:25:51,960 Tapi kita tak boleh dapat semua benda yang kita mahu. 371 00:25:52,640 --> 00:25:53,720 Itu tak penting. 372 00:25:54,400 --> 00:25:56,560 Yang penting, saya dah cuba. 373 00:26:00,040 --> 00:26:02,600 Saya dengar Rakan ajak awak keluar makan. 374 00:26:03,280 --> 00:26:05,040 Tapi awak kata tak lapar. 375 00:26:06,120 --> 00:26:10,600 Tapi saya tahu, selera awak sebenarnya besar. 376 00:26:12,280 --> 00:26:16,360 Tak apa. Kami masih lagi berminat. 377 00:26:18,800 --> 00:26:21,000 Terima kasih. Saya berbesar hati. 378 00:26:21,080 --> 00:26:25,680 Tapi daripada segi profesional, itu akan jadi konflik kepentingan. 379 00:26:25,760 --> 00:26:28,400 Saya tak nak rumitkan IPO dengan perasaan. 380 00:26:28,480 --> 00:26:29,400 Tak. 381 00:26:30,720 --> 00:26:33,040 Ini tak ada kaitan dengan perasaan. 382 00:26:33,120 --> 00:26:35,120 Ini akan jadi satu perkongsian. 383 00:26:35,720 --> 00:26:38,480 Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak. 384 00:26:38,560 --> 00:26:42,360 Saya rasa awak dan Rakan memang secocok bersama. 385 00:26:42,880 --> 00:26:47,840 Awak pun tahulah Rakan itu. Dia tak fikir benda-benda macam ini. 386 00:26:49,000 --> 00:26:50,120 Saya nasihat sikit. 387 00:26:51,680 --> 00:26:55,880 Kalau awak fikirkan seorang calon suami, 388 00:26:55,960 --> 00:26:59,880 jangan tengok orangnya saja. Tengok keluarganya sekali. 389 00:27:00,440 --> 00:27:04,640 Keluarga kami anggap awak seorang wanita berpotensi. 390 00:27:05,480 --> 00:27:08,520 Awak bebas untuk pilih apa-apa kerja awak mahu. 391 00:27:11,560 --> 00:27:14,840 Sejujurnya, itu memang menarik. 392 00:27:16,240 --> 00:27:18,120 Malangnya saya dah ada calon. 393 00:27:18,960 --> 00:27:19,800 Yakah? 394 00:27:22,040 --> 00:27:25,560 Tak apa, kami dah biasa dengan persaingan sihat. 395 00:27:36,200 --> 00:27:40,240 Mak dah cuba beri alasan. Mak betul-betul dah cuba. 396 00:27:40,320 --> 00:27:42,320 Mak tak sempat datang juga. 397 00:27:42,400 --> 00:27:44,760 - Tapi… - Juju sayang, mak minta maaf. 398 00:27:44,840 --> 00:27:48,080 Mak dah janji mak akan datang! Dah lima kali mak janji! 399 00:27:48,160 --> 00:27:49,080 Mak bohong! 400 00:27:49,160 --> 00:27:52,240 Mak tak bohong, Jude! Tak baik cakap macam itu! 401 00:27:52,320 --> 00:27:54,680 Mak pun sedih juga, okey? 402 00:27:54,760 --> 00:27:56,800 Ayah dah kata mak lebih suka melancong. 403 00:27:57,600 --> 00:27:59,680 Mak bukan melancong! Ayah kamu… 404 00:28:03,320 --> 00:28:04,800 TELEFON 405 00:28:04,880 --> 00:28:08,840 Ayah kamu tak tahu apa-apa pun tentang kerja mak. Faham tak? 406 00:28:10,120 --> 00:28:12,520 Sudahlah! Saya kena pergi! 407 00:28:12,600 --> 00:28:14,120 Esok saya kena sekolah dan kerja. 408 00:28:14,200 --> 00:28:16,880 Bukan mak seorang yang lebihkan kerja daripada anak! 409 00:28:25,920 --> 00:28:27,960 Okey, Jude. Selamat malam. 410 00:28:31,920 --> 00:28:32,760 Farida? 411 00:28:33,800 --> 00:28:35,480 Awak tak apa-apa? 412 00:28:40,800 --> 00:28:42,240 Tak boleh cakap tentang Jude. 413 00:28:43,160 --> 00:28:44,080 Ingat tak? 414 00:29:20,760 --> 00:29:22,360 - Terima kasih. - Sama-sama. 415 00:29:32,000 --> 00:29:34,600 SIDANG KEMUNCAK PELABUR ARAB KAHERAH, 9 FEBRUARI 1988 416 00:29:34,680 --> 00:29:35,520 Ada orang? 417 00:29:36,960 --> 00:29:39,080 Saya baca nota sebelum sidang media. 418 00:29:41,000 --> 00:29:42,560 Tentu awak ada komen. 419 00:29:45,000 --> 00:29:45,960 Mestilah ada. 420 00:29:49,440 --> 00:29:51,320 Saya tak boleh betulkan semua silap awak. 421 00:29:53,160 --> 00:29:56,040 Saya tak tahu apa jadi dengan Projek Giza. 422 00:29:56,120 --> 00:29:59,320 Tapi saya pasti, awak tentu tak salah. 423 00:30:00,960 --> 00:30:02,400 Kenapa awak pasti? 424 00:30:03,640 --> 00:30:06,920 Saya rasa sayalah orang yang paling memahami awak. 425 00:30:08,480 --> 00:30:13,240 Saya faham apa rasanya terpaksa ikut saja rancangan ayah sendiri. 426 00:30:14,760 --> 00:30:18,160 Projek Giza itu projek kesayangan ayah saya. 427 00:30:18,240 --> 00:30:19,800 Dia taasub dengan piramid. 428 00:30:19,880 --> 00:30:20,720 "Nak, 429 00:30:22,200 --> 00:30:24,960 ia keajaiban yang masih wujud sampai hari ini. 430 00:30:25,040 --> 00:30:27,440 Tarikan pelancong terbesar dunia. 431 00:30:27,520 --> 00:30:29,960 Buat hotel di Giza dijamin takkan gagal." 432 00:30:31,040 --> 00:30:32,080 Tapi dia silap. 433 00:30:32,160 --> 00:30:33,600 Ia memang takkan gagal 434 00:30:34,920 --> 00:30:37,520 kalau mak yang uruskan projek itu macam biasa 435 00:30:37,600 --> 00:30:40,160 tapi mak serah kuasa dan suruh saya kerja bawah ayah 436 00:30:40,240 --> 00:30:42,160 untuk rapatkan hubungan kami. 437 00:30:43,640 --> 00:30:45,400 Ayah saya tamak. 438 00:30:46,880 --> 00:30:49,320 Dia asyik berjudi saja di Kaherah 439 00:30:50,480 --> 00:30:53,160 atau pun sibuk beri arahan tak masuk akal. 440 00:30:53,800 --> 00:30:55,200 Sampailah kami rugi. 441 00:30:57,040 --> 00:31:00,120 Untuk selamatkan reputasi dia, dia salahkan awak. 442 00:31:01,160 --> 00:31:03,320 Saya sepatutnya ayam tambatan dia. 443 00:31:04,080 --> 00:31:07,120 Tapi dia pergunakan saya sebagai kambing hitam saja. 444 00:31:08,480 --> 00:31:12,160 Mak saya yang selamatkan Alpha dengan tulang empat kerat dia. 445 00:31:12,240 --> 00:31:14,080 Tapi ayah saya dapat nama. 446 00:31:15,240 --> 00:31:16,680 Itu cerita sebenarnya. 447 00:31:20,560 --> 00:31:21,560 Awak macam dia. 448 00:31:25,120 --> 00:31:28,400 Perempuan biasa tak suka disamakan dengan mak orang lelaki. 449 00:31:29,280 --> 00:31:31,360 Mak saya bukan perempuan biasa. 450 00:31:33,240 --> 00:31:34,640 Betul juga. 451 00:31:34,720 --> 00:31:36,480 Baik, sekarang cakaplah. 452 00:31:37,760 --> 00:31:39,640 - Apa komen awak? - Saya… 453 00:31:40,520 --> 00:31:41,520 Saya dah komen. 454 00:31:41,600 --> 00:31:43,760 Awak tak boleh cakap itu semasa sidang. 455 00:31:43,840 --> 00:31:45,920 Habis awak kena nanti. 456 00:31:46,000 --> 00:31:50,120 Tapi kita buat saja macam yang kita dah rancang sebelum ini. 457 00:31:51,040 --> 00:31:52,600 Paling penting, 458 00:31:52,680 --> 00:31:55,640 awak mesti yakin dengan kata-kata awak sendiri. 459 00:31:56,760 --> 00:31:57,600 Faham. 460 00:31:59,680 --> 00:32:01,320 Ikut saja skrip kita. 461 00:32:24,320 --> 00:32:27,800 - Assalamualaikum. - Waalaikumsalam. 462 00:32:28,480 --> 00:32:29,320 Hai. 463 00:32:29,360 --> 00:32:30,760 KEDAI CENDERAMATA 464 00:32:30,840 --> 00:32:32,600 Awak rupanya. 465 00:32:33,880 --> 00:32:34,760 Beli hadiah, ya? 466 00:32:34,840 --> 00:32:37,880 Saya nak cari hadiah untuk mengatakan, 467 00:32:38,720 --> 00:32:40,840 "Minta maaf banyak-banyak sayang." 468 00:32:40,920 --> 00:32:42,000 Itu macam 469 00:32:42,720 --> 00:32:43,840 parah juga. 470 00:32:45,800 --> 00:32:49,080 Awak nak minta maaf dengan siapa? 471 00:32:49,600 --> 00:32:50,720 Anak saya. 472 00:32:53,000 --> 00:32:56,040 Saya dah banyak kali kena bagi hadiah macam itu. 473 00:32:56,120 --> 00:32:57,200 Yakah? 474 00:32:57,280 --> 00:32:58,520 Anak saya dua perempuan. 475 00:32:59,960 --> 00:33:01,080 Dua lelaki. 476 00:33:03,400 --> 00:33:07,280 Mereka duduk dengan mak mereka, bukan dengan saya. 477 00:33:07,920 --> 00:33:10,800 Jadi, awak faham-faham sajalah. 478 00:33:12,920 --> 00:33:15,760 Ingat ini. Semakin mereka dewasa, 479 00:33:17,000 --> 00:33:18,880 semakin mahal hadiah mereka. 480 00:33:20,600 --> 00:33:23,520 Saya patut pergi pertandingan kuda pertama dia. 481 00:33:23,600 --> 00:33:25,800 Di Kelab Ekuestrian minggu ini? 482 00:33:27,920 --> 00:33:29,400 Saya ada kuda di sana. 483 00:33:31,680 --> 00:33:35,760 - Itu acara penting. - Ya, tapi saya tak boleh pergi, jadi… 484 00:33:41,440 --> 00:33:43,760 KOMPLEKS KOMERSIL 485 00:33:43,840 --> 00:33:47,120 Saya dah kata, berbaloi ponteng kerja untuk kek ini, ya? 486 00:33:47,800 --> 00:33:48,840 Ya! 487 00:33:48,920 --> 00:33:51,880 Mak saya tak datang pertandingan sebab kerja dia, 488 00:33:52,640 --> 00:33:54,680 jadi buat apa saya pergi kerja? 489 00:33:55,800 --> 00:33:58,640 Kenapa awak ada kerja tapi saya tak ada? 490 00:33:59,800 --> 00:34:01,640 Apa? Habis awak buat apa saja? 491 00:34:01,720 --> 00:34:03,840 Saya sebenarnya cari suami. 492 00:34:05,320 --> 00:34:08,320 Rasanya lebih baik saya jadi suri rumah dan bukan belajar. 493 00:34:08,400 --> 00:34:10,680 Begitu. Awak dah bertunang? 494 00:34:10,760 --> 00:34:11,920 Tak. 495 00:34:12,760 --> 00:34:13,600 Dia nak lamar. 496 00:34:15,080 --> 00:34:18,200 - Mana awak tahu? - Hadiahnya semakin mahal. 497 00:34:18,280 --> 00:34:20,080 Tahniah, Rose. 498 00:34:20,840 --> 00:34:21,680 Siapa orangnya? 499 00:34:21,760 --> 00:34:24,880 Saya tak nak cakap. Nanti saya kena penyakit 'ain. 500 00:34:24,960 --> 00:34:26,680 Awak dah jeling anting-anting saya. 501 00:34:31,200 --> 00:34:32,480 Semasa saya muda… 502 00:34:32,520 --> 00:34:34,000 SIDANG KEMUNCAK PELABUR 503 00:34:34,080 --> 00:34:35,680 …allahyarham ayah saya 504 00:34:36,720 --> 00:34:40,960 selalu bawa saya ke pantai untuk main dengan cangkerang laut. 505 00:34:41,520 --> 00:34:44,680 Itulah cara kami beriadah pada zaman itu. 506 00:34:45,280 --> 00:34:46,200 Tapi sekarang… 507 00:34:48,240 --> 00:34:49,080 Farida Ma'mun? 508 00:34:49,160 --> 00:34:51,600 - …bukan main-main… - Ada panggilan kecemasan. 509 00:34:52,800 --> 00:34:54,840 Keadaan sudah berubah. 510 00:34:56,440 --> 00:34:57,720 Kini kami melabur 511 00:34:59,120 --> 00:35:00,920 dalam syarikat-syarikat besar. 512 00:35:02,440 --> 00:35:03,800 Jadi, Alpha 513 00:35:04,680 --> 00:35:09,960 merupakan salah satu pelaburan yang membolehkan kita bekerjasama. 514 00:35:18,920 --> 00:35:19,760 Mak? 515 00:35:20,440 --> 00:35:21,400 Ada apa? 516 00:35:21,960 --> 00:35:22,800 Apa? 517 00:35:23,960 --> 00:35:26,160 Jude okey? Mak? 518 00:35:26,240 --> 00:35:28,560 Omar ambil Jude dari kelas berkuda. 519 00:35:28,640 --> 00:35:30,840 Ambil dia? Maksud mak? Ambil ke mana? 520 00:35:30,920 --> 00:35:31,840 Mana mak tahu? 521 00:35:33,560 --> 00:35:37,040 Kamu sedap-sedap melancong di Kaherah, kenapa mak pula kena susah? 522 00:35:37,120 --> 00:35:38,120 Tanyalah dia sendiri! 523 00:35:40,400 --> 00:35:42,440 Mak yang patut jaga dia! 524 00:35:54,480 --> 00:35:59,280 Jadi syukurlah, kedudukan kami kukuh. Kami tidak ada masalah besar. 525 00:36:00,240 --> 00:36:02,080 Kita cuma ada masa 526 00:36:02,880 --> 00:36:04,560 untuk dua soalan sahaja. 527 00:36:05,360 --> 00:36:07,200 - Sila. - Tentang Projek Giza. 528 00:36:07,280 --> 00:36:10,000 Kami sudah jelaskan secara terperinci. 529 00:36:10,080 --> 00:36:13,200 - Tapi mana duit saya? - Duit dia lebur begitu saja. 530 00:36:13,280 --> 00:36:14,320 Habis dia rugi. 531 00:36:14,400 --> 00:36:17,240 Seperti yang kami cakap, dan saya ulang lagi, 532 00:36:17,880 --> 00:36:21,080 projek Giza itu memang mengecewakan ramai orang. 533 00:36:22,600 --> 00:36:26,080 Sebab ada pelabur yang tak dapat balik modal mereka. 534 00:36:26,160 --> 00:36:28,440 Kami juga amat hampa dengan itu. 535 00:36:28,520 --> 00:36:30,360 Saya nak ganti rugi. 536 00:36:30,440 --> 00:36:31,440 Maaf, tuan. 537 00:36:31,520 --> 00:36:35,480 Jika ada sesiapa mahu bercakap tentang hal ini, 538 00:36:35,560 --> 00:36:38,040 mereka mesti tahu cerita sebenarnya. 539 00:36:38,120 --> 00:36:41,760 Jika anda tahu cerita sebenar projek ini, anda tentu maklum 540 00:36:42,440 --> 00:36:43,280 sebenarnya 541 00:36:43,840 --> 00:36:47,200 ayah saya yang kerugian semua duit itu, bukan saya. 542 00:36:48,640 --> 00:36:52,800 Saya cuma perbetulkan kesilapannya. 543 00:36:52,880 --> 00:36:56,320 Macam mana nak percaya awak? Mak awak saja percaya awak. 544 00:37:05,800 --> 00:37:06,800 Saya percaya dia. 545 00:37:13,480 --> 00:37:16,160 Terima kasih sebab selamatkan kerja saya, Manoura. 546 00:37:17,680 --> 00:37:19,920 Sama-sama, Farouda. Dah tanggungjawab saya. 547 00:37:22,280 --> 00:37:24,800 Tapi bukan sebab jasa saya seorang. 548 00:37:25,480 --> 00:37:29,400 Saya juga takkan kata sebenarnya 549 00:37:29,480 --> 00:37:32,280 ucapan saya tadi yang selamatkan IPO kita. 550 00:37:34,200 --> 00:37:35,400 Awak buat apa? 551 00:37:36,480 --> 00:37:38,000 Saya kena balik Kuwait malam ini. 552 00:37:38,080 --> 00:37:41,960 Saya dah agak dah! Kalau saya bertaruh, saya dah menang! 553 00:37:42,040 --> 00:37:43,600 Sebab anak saya, Munira. 554 00:37:45,520 --> 00:37:46,520 Alasan lapuk. 555 00:37:46,600 --> 00:37:49,360 Dah dua kali awak guna alasan sama. 556 00:37:50,400 --> 00:37:53,640 Tengok? Sebab itu saya kata awak tak patut ada anak. 557 00:37:53,720 --> 00:37:55,480 Awak tak boleh jadi mak. 558 00:37:55,560 --> 00:37:58,400 Habis, awak pandai sangat jadi mak? 559 00:38:00,400 --> 00:38:01,600 Sudah! 560 00:38:03,560 --> 00:38:06,920 Awak tahu tak? Saya baru nak ajak awak menari malam ini. 561 00:38:07,000 --> 00:38:09,760 Lepas itu? Awak nak tinggalkan saya lagi? 562 00:38:09,840 --> 00:38:11,520 Saya tak tinggalkan awak. 563 00:38:13,640 --> 00:38:18,000 - Takkan saya yang tinggalkan awak? - Ya, memang pun. 564 00:38:18,720 --> 00:38:20,560 Semasa keluar menari di London, 565 00:38:21,200 --> 00:38:23,640 ada saya tinggalkan awak di stesen tren? 566 00:38:24,840 --> 00:38:26,080 Awak tinggalkan saya. 567 00:38:26,160 --> 00:38:29,040 Awak keluar London. Keluar universiti. 568 00:38:30,520 --> 00:38:33,120 Saya yang tolong awak masuk universiti, masuk rumah. 569 00:38:33,200 --> 00:38:35,680 Kenapa balik Kuwait dan tinggalkan saya? 570 00:38:40,520 --> 00:38:42,920 Awak tinggalkan saya di stesen tren! 571 00:38:43,000 --> 00:38:45,560 Awak pentingkan diri, berlagak dan perasan! 572 00:38:45,640 --> 00:38:47,640 Patutlah awak tak kahwin-kahwin. 573 00:38:47,720 --> 00:38:50,880 Awak tak peduli orang lain, cuma diri sendiri saja. 574 00:38:50,960 --> 00:38:52,320 Serius, Farida? 575 00:38:53,680 --> 00:38:55,160 Saya peduli diri sendiri? 576 00:38:56,880 --> 00:38:58,720 Awak yang lari balik Kuwait. 577 00:38:58,800 --> 00:39:02,800 Awak kenal Omar dan terus tak cakap dengan saya selama tiga bulan. 578 00:39:03,640 --> 00:39:04,880 Mak saya yang beritahu. 579 00:39:04,960 --> 00:39:07,640 Kenapa awak buat begitu, Farida? 580 00:39:08,280 --> 00:39:10,080 Awak tak tanya diri awak, Munira? 581 00:39:10,160 --> 00:39:11,720 Sebab itu jalan mudah. 582 00:39:11,800 --> 00:39:14,960 Sebab awak lemah, penakut, tak mampu nak kejar saya. 583 00:39:18,200 --> 00:39:20,960 Saya ada kekangan, tak macam awak! 584 00:39:21,960 --> 00:39:24,440 Mak ayah saya tak mampu tanggung saya di London. 585 00:39:24,960 --> 00:39:25,800 Okey? 586 00:39:26,480 --> 00:39:27,560 Jadi saya kena balik. 587 00:39:30,520 --> 00:39:31,440 Awak tak tahu pun. 588 00:39:34,440 --> 00:39:38,800 Tapi awak! Mak ayah awak kaya. Macam-macam mereka beri awak. 589 00:39:38,880 --> 00:39:42,360 Awak ada semuanya, tapi apa awak ada lebih daripada saya? 590 00:39:42,440 --> 00:39:45,000 Awak ada lebih daripada saya? Tak pun. 591 00:39:46,080 --> 00:39:51,520 Awak masih tak matang, pentingkan diri dan awak selalu nak lebih dan lebih lagi. 592 00:39:51,600 --> 00:39:53,160 Tak cukup-cukup! 593 00:39:53,800 --> 00:39:55,280 Saya memang nak lebih. 594 00:39:55,360 --> 00:39:57,640 Lebih lagi. 595 00:39:58,600 --> 00:40:00,000 Sebab saya layak. 596 00:40:00,080 --> 00:40:01,920 Awak pun sama. 597 00:40:03,240 --> 00:40:05,240 Tapi awak tahu apa masalah awak? 598 00:40:05,960 --> 00:40:08,000 Awak tak perjuangkan hak awak. 599 00:40:08,080 --> 00:40:12,360 Awak terima saja apa yang diberi, asalkan cukup-cukup makan saja. 600 00:40:14,120 --> 00:40:16,440 Dengan Omar, awak buat begitu. 601 00:40:17,480 --> 00:40:21,640 Sekarang pun masih sama lagi. 602 00:40:23,000 --> 00:40:26,720 Awak akan buat kita berdua tersungkur. 603 00:40:27,400 --> 00:40:30,400 Saya takkan mudah berpuas hati. 604 00:40:30,960 --> 00:40:32,160 Saya nak lebih lagi. 605 00:40:32,800 --> 00:40:33,800 Awak faham? 606 00:40:52,840 --> 00:40:53,840 Saud panggil. 607 00:40:54,880 --> 00:40:56,000 Dia tunggu bawah. 608 00:40:57,480 --> 00:40:58,600 Baik. 609 00:41:17,840 --> 00:41:19,520 Saya cakap sekejap saja. 610 00:41:20,280 --> 00:41:24,520 Saya ada rancangan lain malam ini. 611 00:41:25,080 --> 00:41:30,040 Pertama sekali, saya mahu ucap terima kasih atas segala usaha Munira. 612 00:41:30,840 --> 00:41:32,320 Kalau dia tiada tadi, 613 00:41:34,080 --> 00:41:36,080 sidang media tadi tentu huru-hara. 614 00:41:36,760 --> 00:41:38,080 Kalau tengok prestasi Rakan, 615 00:41:39,840 --> 00:41:44,160 saya sangsi dengan kemampuan dia untuk mengendalikan 616 00:41:44,240 --> 00:41:47,720 pengurusan sebuah syarikat pegangan awam. 617 00:41:48,320 --> 00:41:50,520 Jadi, ini keputusan kami. 618 00:41:51,520 --> 00:41:54,160 Saya tarik balik semua modal Abu Nasir. 619 00:41:56,640 --> 00:41:57,840 Abu Nasir setuju? 620 00:41:57,920 --> 00:41:59,360 Ini keputusan saya. 621 00:42:00,240 --> 00:42:02,120 Keputusan saya seorang. 622 00:42:02,200 --> 00:42:06,280 Kami boleh gantikan jumlah itu dengan modal pelabur antarabangsa lain. 623 00:42:06,360 --> 00:42:08,200 Projek Failaka ada potensi. 624 00:42:08,880 --> 00:42:09,920 Semua tahu itu. 625 00:42:12,560 --> 00:42:13,480 Apa-apa pun, 626 00:42:14,400 --> 00:42:18,840 saya cuma nak sampaikan berita ini dari mulut saya sendiri. 627 00:42:30,960 --> 00:42:31,800 Baiklah. 628 00:42:32,800 --> 00:42:33,880 Saya kena pergi. 629 00:42:34,480 --> 00:42:37,200 Alamak! Saya dah lambat! 630 00:42:37,760 --> 00:42:38,800 Tak nak kacau 631 00:42:40,000 --> 00:42:41,000 rancangan malam ini. 632 00:42:42,800 --> 00:42:44,000 Jaga diri, semua. 633 00:42:58,720 --> 00:43:00,680 Awak masih tetap nak balik? 634 00:43:00,760 --> 00:43:02,480 Maaf, Amir. Saya terpaksa. 635 00:43:02,560 --> 00:43:04,280 Cuma untuk pertandingan kuda? 636 00:43:11,160 --> 00:43:14,600 Mak minta maaf, Farida. Mak tak patut cuai. 637 00:43:20,360 --> 00:43:23,320 Mak patut jaga dia lebih baik. Minta maaf. 638 00:43:23,400 --> 00:43:25,480 Tak apa, mak. Mak tak salah. 639 00:43:26,760 --> 00:43:28,120 Omar selalu macam ini. 640 00:45:14,680 --> 00:45:15,520 Maaf. 641 00:45:16,360 --> 00:45:17,720 - Helo, ayah. - Helo. 642 00:45:17,800 --> 00:45:19,800 - Helo. - Hai. 643 00:45:20,840 --> 00:45:22,120 - Hai, mak. - Hai. 644 00:45:22,200 --> 00:45:23,840 Awak balik juga. 645 00:45:26,280 --> 00:45:29,720 Baguslah awak datang, maknya Jude. 646 00:45:32,720 --> 00:45:35,440 Peserta seterusnya ialah Jude Omar 647 00:45:35,520 --> 00:45:38,840 dengan menunggang kuda baka Arabnya, Um Al Sahari. 648 00:45:42,920 --> 00:45:44,560 Jude! 649 00:45:44,640 --> 00:45:45,920 Mak datang. 650 00:45:46,640 --> 00:45:49,840 - Duduk. - Jude harus fokus sekarang. 651 00:45:49,920 --> 00:45:53,240 Peserta sebelumnya, Rose, tidak kehilangan mata langsung. 652 00:45:53,320 --> 00:45:55,400 Wah! Syabas! 653 00:45:56,800 --> 00:45:59,440 Mampukah mereka mengatasi Rose? 654 00:46:01,680 --> 00:46:05,720 Pusingan memberangsangkan bagi Jude, namun hilang mata kerana masa. 655 00:46:07,200 --> 00:46:09,640 Wah! Syabas! 656 00:46:10,600 --> 00:46:12,960 Jude Omar, di tempat ketiga. 657 00:46:13,880 --> 00:46:14,720 Wah! 658 00:46:17,320 --> 00:46:18,920 Syabas! 659 00:46:21,080 --> 00:46:22,080 Tahniah, sayang. 660 00:46:22,160 --> 00:46:28,920 Bagi tempat pertama, pemenangnya ialah Rose Youssef. Tahniah untuk anda. 661 00:46:42,840 --> 00:46:44,360 Apa dia buat itu? 662 00:46:47,640 --> 00:46:48,960 Kahwin dengan saya? 663 00:52:47,000 --> 00:52:52,000 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela