1 00:00:06,640 --> 00:00:09,640 Semoga Tuhan merahmati awak. Terima kasih, Qassar. 2 00:00:09,720 --> 00:00:12,360 Awak dah tahu rumah kami. Datanglah lagi. 3 00:00:12,440 --> 00:00:13,680 Terima kasih datang… 4 00:00:13,760 --> 00:00:16,120 Nenek Habiba beri kalung ini. Sekarang milik kamu. 5 00:00:16,200 --> 00:00:17,240 Sekarang baru siap. 6 00:00:18,640 --> 00:00:20,240 Cepat. Kita dah lambat. 7 00:00:20,320 --> 00:00:21,480 Ada lelaki nak jumpa. 8 00:00:21,560 --> 00:00:23,600 Munira, kenalkan kawan ayah, Qassar. 9 00:00:28,080 --> 00:00:30,480 Kamu dah 33 tahun. 10 00:00:34,400 --> 00:00:36,960 Tapi keluarga ini akan tetap tanggung beban. 11 00:01:16,320 --> 00:01:18,360 THE EXCHANGE 2 12 00:01:40,880 --> 00:01:42,440 BUKU HIASAN DALAMAN 13 00:01:52,000 --> 00:01:53,440 Ini yang saya suka. 14 00:01:54,360 --> 00:01:56,920 Tapi saya nak tukar sikit. 15 00:01:57,480 --> 00:01:59,040 Saya nak ia nampak hidup. 16 00:02:00,040 --> 00:02:01,840 Guna warna ini. 17 00:02:01,920 --> 00:02:04,560 Wah! Warna pilihan awak semua cantik-cantik. 18 00:02:04,640 --> 00:02:07,280 Awak tahu macam siapa? Hind Rostom. 19 00:02:07,360 --> 00:02:09,400 Semua gambar ada dalam buku ini. 20 00:02:09,480 --> 00:02:12,840 Saya boleh pinjamkan, tapi jangan terkoyak atau hilangkan. 21 00:02:12,920 --> 00:02:14,240 Ambillah. 22 00:02:23,960 --> 00:02:25,080 Kamu ada tetamu. 23 00:02:25,160 --> 00:02:27,840 Ini penghias dalaman, Laila Botros. 24 00:02:27,920 --> 00:02:29,360 Dia ubah suai bilik. 25 00:02:29,440 --> 00:02:30,760 Penghias dalaman? 26 00:02:30,840 --> 00:02:33,720 Saya mahu cat balik dan tukar perabot. 27 00:02:34,840 --> 00:02:36,720 Sebenarnya saya nak sesuatu yang baru. 28 00:02:36,800 --> 00:02:40,560 Kamu dah lupa kami baru tolong kamu beli kereta? 29 00:02:41,160 --> 00:02:44,560 Bilik kamu baru diubah suai beberapa tahun lepas. 30 00:02:44,640 --> 00:02:46,120 Lima tahun lepas. 31 00:02:46,640 --> 00:02:48,040 Mak yang buat, bukan saya. 32 00:02:48,120 --> 00:02:51,320 Mak tukar semua benda tanpa tanya dulu apa saya suka. 33 00:02:52,200 --> 00:02:55,160 Mak gantungkan lukisan buruk itu. 34 00:02:56,720 --> 00:02:57,760 Yang itu. 35 00:02:57,840 --> 00:02:59,280 Buang yang itu dulu. 36 00:02:59,920 --> 00:03:03,520 Saya kena tengok kuda hari-hari sedangkan saya tak suka kuda. 37 00:03:04,280 --> 00:03:05,840 Bayangkan bau mereka. 38 00:03:06,360 --> 00:03:08,120 Ahmed? Ahmed! 39 00:03:08,200 --> 00:03:09,720 - Apa? - Ahmed, sini. 40 00:03:09,800 --> 00:03:11,880 - Apa dia? - Tengok anak awak ini. 41 00:03:11,960 --> 00:03:15,960 Dia nak ubah suai bilik dia sampai upah tukang. 42 00:03:16,600 --> 00:03:17,640 Tukang? 43 00:03:17,720 --> 00:03:19,400 Dia bukan tukang, ayah. 44 00:03:19,480 --> 00:03:22,680 Laila penghias dalaman. Saya baru beritahu ayah. 45 00:03:22,760 --> 00:03:27,440 Ini bukan tapak pembinaan. Kamu macam nak buka bengkel pula. 46 00:03:27,520 --> 00:03:29,800 Buat apa cari susah? 47 00:03:30,880 --> 00:03:31,960 Saya dah mula buat pun. 48 00:03:33,680 --> 00:03:36,240 Takkan saya nak biar saja dinding macam itu? 49 00:03:36,320 --> 00:03:39,680 Jangan risau, ayah. Saya yang akan tanggung kosnya. 50 00:03:40,440 --> 00:03:43,680 Percayalah, ia akan menggembirakan saya. 51 00:03:43,760 --> 00:03:48,720 Ini rumah saya, saya patut ada hak bersuara juga. 52 00:03:54,040 --> 00:03:56,280 Ini rumah ayah. 53 00:03:57,040 --> 00:04:01,120 Ayah tak faham kenapa kamu nak cipta masalah baru. 54 00:04:01,880 --> 00:04:04,000 Qassar nak kahwin cepat. 55 00:04:25,840 --> 00:04:27,520 SYURGA TERSEMBUNYI HIND ROSTOM 56 00:04:27,560 --> 00:04:28,920 Kalaulah saya jadi dia. 57 00:04:34,040 --> 00:04:36,360 Cuma beberapa jam seminggu saja, Juju. 58 00:04:36,880 --> 00:04:40,400 Manalah tahu, mungkin kamu akan suka bekerja di sana. 59 00:04:41,080 --> 00:04:43,640 Saya dipaksa jadi buruh kanak-kanak. Kenapa? 60 00:04:43,720 --> 00:04:48,400 Sebab mak saya sendiri lebih rela membazir duit beli kereta mewah. 61 00:04:49,720 --> 00:04:53,640 Mak dah kata, kereta ini pelaburan untuk mak pergi ke tempat kerja. 62 00:04:53,720 --> 00:04:56,200 Tarabesque pula pelaburan paling penting. 63 00:04:56,280 --> 00:04:58,760 Pelaburan kita membentuk masa depan kita. 64 00:04:59,560 --> 00:05:02,840 Kelas berkuda pula masa depan saya. Kejohanan sudah tak lama lagi. 65 00:05:02,920 --> 00:05:07,920 Kamu tentu akan cemerlang dalam kerja, dalam kejohanan dan dalam pelajaran kamu. 66 00:05:08,480 --> 00:05:11,200 Jangan pandang rendah kepada kebolehan kamu. 67 00:05:23,880 --> 00:05:26,360 AKAN DIBUKA KEDAI MUZIK TARABESQUE 68 00:05:41,320 --> 00:05:42,480 Jude! 69 00:05:43,160 --> 00:05:45,520 - Teruknya tempat ini. - Diam! 70 00:05:45,600 --> 00:05:47,920 Cik Farida, selamat datang ke Tarabesque. 71 00:05:48,000 --> 00:05:49,520 Ini Jude. 72 00:05:49,600 --> 00:05:52,440 Dia tak sabar nak kerja dengan awak. 73 00:05:53,080 --> 00:05:57,200 Baguslah. Ada banyak benda perlu dibuat sebelum perasmiannya. 74 00:05:57,280 --> 00:06:00,200 Ya, memang ada banyak kerja sebelum perasmian. 75 00:06:00,280 --> 00:06:01,640 Awak rasa kita sempat? 76 00:06:01,720 --> 00:06:04,360 Banyak saya boleh buat dengan anak muda itu. 77 00:06:06,120 --> 00:06:08,480 Ini yang kita akan jual? 78 00:06:08,560 --> 00:06:10,560 Tidak, nak. Itu penghantaran saja. 79 00:06:11,120 --> 00:06:12,600 Kita akan susun bersama. 80 00:06:13,440 --> 00:06:15,880 Baik. Saya hantar dia selepas sekolah. 81 00:06:15,960 --> 00:06:17,280 Suruh dia kerja. 82 00:06:17,360 --> 00:06:18,560 Sudah tentu. 83 00:06:20,680 --> 00:06:21,720 Terima kasih, Umish. 84 00:06:27,040 --> 00:06:30,160 BURSA KUWAIT 85 00:06:33,680 --> 00:06:34,960 Kenapa ini? 86 00:06:35,040 --> 00:06:37,840 Awak ada salah makan semasa keluar dengan Sabiha semalam? 87 00:06:37,920 --> 00:06:42,680 Nilai sudah ditetapkan, sekarang kita perlu cari pelabur induk. 88 00:06:42,760 --> 00:06:45,000 Saya mahu kita sudah ada pelabur induk 89 00:06:45,080 --> 00:06:48,480 sebelum Sidang Kemuncak Pelabur di Kaherah minggu depan. 90 00:06:48,560 --> 00:06:49,960 Saya setuju. 91 00:06:50,040 --> 00:06:52,720 Sebab itu kita mula bermesyuarat segera. 92 00:06:52,800 --> 00:06:54,280 Munira, boleh teruskan? 93 00:06:55,160 --> 00:06:58,480 Mishari dah aturkan mesyuarat dengan dua firma pelaburan 94 00:06:58,560 --> 00:07:01,320 dan satu pelabur dana bersama minggu ini. 95 00:07:01,400 --> 00:07:03,960 Bagus. Tapi kami ada rancangan. 96 00:07:04,040 --> 00:07:07,320 Kita akan jumpa Pemodalan Najm tengah hari ini. 97 00:07:07,400 --> 00:07:08,920 Mereka sesuai untuk Kaherah. 98 00:07:09,000 --> 00:07:11,000 Saya dengar awak kenal pengurusnya. 99 00:07:11,080 --> 00:07:12,360 Ya, Imad Dawas. 100 00:07:12,880 --> 00:07:16,600 Dia kawan baik abang saya dan salah seorang pengurus di sana. 101 00:07:16,680 --> 00:07:20,760 Bawa Munira sekali dalam mesyuarat itu sebab dia kenal orang dalam. 102 00:07:21,440 --> 00:07:24,800 Bagaimana dengan urusan lain yang tak ada dalam agenda mesyuarat? 103 00:07:25,600 --> 00:07:29,440 Dinamik pasaran kini boleh menjejaskan tawaran saham awak. 104 00:07:29,960 --> 00:07:33,400 Sebab itulah saya tugaskan pasukan untuk naikkan nilai pasaran hartanah 105 00:07:33,480 --> 00:07:36,240 sementara mencari pelabur induk. 106 00:07:36,320 --> 00:07:41,360 Menaikkan nilai hartanah boleh menambah keyakinan pelabur terhadap Alpha 107 00:07:41,440 --> 00:07:44,280 tapi macam mana nak naikkan nilai seluruh sektor? 108 00:07:44,360 --> 00:07:48,080 Dengan menaikkan harga pesaing utama kami, Kumpulan Balad. 109 00:07:48,160 --> 00:07:51,080 Farida boleh jelaskan pelan perdagangan ini. 110 00:07:53,920 --> 00:07:54,760 Ya. 111 00:08:01,640 --> 00:08:06,760 Saya akan keluar dari pasukan IPO ini untuk memfokus kepada perdagangan, 112 00:08:06,840 --> 00:08:08,640 kepakaran utama saya. 113 00:08:09,920 --> 00:08:15,120 Tapi saya akan tetap menyokong usaha untuk IPO itu bila-bila yang perlu. 114 00:08:17,520 --> 00:08:21,360 Tak sangka, Farida! Itu keputusan muktamad awak? 115 00:08:21,440 --> 00:08:23,160 Dia sudah muktamad. 116 00:08:23,240 --> 00:08:26,120 Saya sudah cuba pujuk tapi dia sudah nekad. 117 00:08:26,800 --> 00:08:28,360 Saya hormat keputusan dia. 118 00:08:29,680 --> 00:08:30,520 Baiklah. 119 00:08:32,480 --> 00:08:34,360 Kalau begitu, kita… Silakan. 120 00:08:35,480 --> 00:08:36,320 Oh, ya. 121 00:08:39,320 --> 00:08:43,360 Ada bahagian yang belum dibincangkan. Kita akan tengok satu-satu. 122 00:08:54,880 --> 00:08:56,040 Apa awak buat? 123 00:08:56,120 --> 00:08:58,000 Saya dah agak awak cari saya. 124 00:08:58,600 --> 00:09:00,280 Awak keluar pasukan IPO? 125 00:09:00,880 --> 00:09:02,440 Saya berhenti. Sudahlah. 126 00:09:02,520 --> 00:09:05,120 Kenapa? Untuk apa? 127 00:09:05,200 --> 00:09:09,440 Dah selesai. Saya dah keluar pun. Saya tak perlu jelaskan kepada awak. 128 00:09:09,520 --> 00:09:12,040 Tapi awak patut beritahu saya dulu. 129 00:09:13,600 --> 00:09:17,920 Yalah. Semua kena beritahu awak sebab awaklah yang terpenting. 130 00:09:19,200 --> 00:09:21,440 Dah selesai, Munira. 131 00:09:21,520 --> 00:09:23,320 Awak menang. 132 00:09:23,880 --> 00:09:26,640 Awak selalu menang. 133 00:09:26,720 --> 00:09:27,840 Kenapa dengan awak? 134 00:09:27,920 --> 00:09:32,600 Kita bekerjasama untuk projek ini dan kita akan terus bekerja bersama. 135 00:09:33,240 --> 00:09:34,080 Yakah? 136 00:09:34,840 --> 00:09:36,360 Sebab saya ingatkan… 137 00:09:36,880 --> 00:09:41,160 Saya kerja untuk awak, di sebelah awak, atau selalunya, melawan awak 138 00:09:41,240 --> 00:09:43,480 tapi pernahkah kita bekerja bersama? 139 00:09:43,560 --> 00:09:45,680 Cuma kalau awak perlu 1,000 dinar. 140 00:09:45,760 --> 00:09:49,160 Macam budak. Awak memang macam budak! Acah teraniaya! 141 00:09:49,680 --> 00:09:54,960 Farida, saya dah cukup masalah di rumah dan saya tak boleh terima masalah baru. 142 00:09:58,880 --> 00:10:00,120 Saya tak cerita lagi. 143 00:10:03,080 --> 00:10:04,760 Saya tak beritahu awak yang… 144 00:10:06,280 --> 00:10:07,480 mak ayah saya… 145 00:10:09,200 --> 00:10:13,840 "Mak ayah saya belikan saya kereta baru tapi saya tak suka warnanya?" 146 00:10:13,920 --> 00:10:14,920 Sudah! 147 00:10:15,880 --> 00:10:18,360 Sudah. Saya dah penat. 148 00:10:18,440 --> 00:10:20,840 Saya tak larat dengar awak merepek lagi. 149 00:10:20,920 --> 00:10:23,640 Saya pun ada masalah di rumah. Masalah sebenar. 150 00:10:24,640 --> 00:10:27,280 Hidup awak macam tak habis-habis dibelenggu masalah. 151 00:10:31,480 --> 00:10:32,400 Kerja pun sama. 152 00:10:38,640 --> 00:10:41,520 BANK MASA DEPAN ALPHA - FAILAKA - HASIL 153 00:10:44,040 --> 00:10:47,000 Itu dia! Ada orang dah kembali ke meja lama dia. 154 00:10:47,080 --> 00:10:48,520 Yang suruh budak kerja. 155 00:10:48,600 --> 00:10:49,720 Yang sekarang… 156 00:10:49,800 --> 00:10:52,520 Yang sekarang kerja balik dengan orang bodoh. 157 00:10:53,200 --> 00:10:54,760 Awak masih banyak kerja. 158 00:10:54,840 --> 00:10:56,880 Macam Tarabesque. Awak boleh usahakan itu. 159 00:10:57,560 --> 00:10:59,760 Tarabesque memang hebat! 160 00:11:02,120 --> 00:11:03,960 Nak buat apa pagi ini? 161 00:11:05,760 --> 00:11:07,120 Awak belum halau lagi? 162 00:11:07,200 --> 00:11:09,680 Sejak masuk bangunan tempoh hari, ia tak nak keluar. 163 00:11:11,640 --> 00:11:15,480 Patutlah! Ia buat sarang dalam meja saya! 164 00:11:15,560 --> 00:11:18,120 Kalau ada peluang, pantang ditolak. 165 00:11:19,240 --> 00:11:20,080 Dengar sini. 166 00:11:22,840 --> 00:11:24,840 Boleh kita cakap tentang Kumpulan Balad? 167 00:11:24,920 --> 00:11:25,840 Boleh. 168 00:11:25,920 --> 00:11:27,400 Amir datang pagi tadi. 169 00:11:28,360 --> 00:11:30,480 Dia kata kita mesti naikkan harga saham mereka. 170 00:11:30,560 --> 00:11:32,880 Memandangkan awak pun dah datang balik 171 00:11:32,960 --> 00:11:37,520 dan awak aktif dalam kumpulan, kami perlu bantuan pakar matematik macam awak. 172 00:11:37,600 --> 00:11:40,760 Boleh awak tolong kami? Saya harapkan awak. 173 00:11:43,280 --> 00:11:46,120 Patutlah ia tak nak keluar lagi. 174 00:11:47,400 --> 00:11:49,520 Ia cedera. 175 00:12:03,840 --> 00:12:04,680 Mana ia? 176 00:12:04,760 --> 00:12:05,960 Naluri ibu. 177 00:12:15,520 --> 00:12:16,880 Boleh cakap sekejap? 178 00:12:18,680 --> 00:12:19,640 Boleh. 179 00:12:19,720 --> 00:12:23,000 Saya fikir mahu cakap apa tentang Pemodalan Najm. 180 00:12:23,080 --> 00:12:24,440 Tak perlu fikir sangat. 181 00:12:25,880 --> 00:12:27,520 Awak tak perlu cakap pun. 182 00:12:27,600 --> 00:12:30,520 Awak cuma orang tengah sebab awak kenal Imad. 183 00:12:31,040 --> 00:12:32,680 Saya dan mak akan bercakap. 184 00:12:34,080 --> 00:12:34,960 Baiklah. 185 00:12:36,600 --> 00:12:39,360 Awak tak nak tentukan baju saya sekali? 186 00:12:39,440 --> 00:12:41,000 Baguslah. 187 00:12:41,720 --> 00:12:43,520 Baguslah awak berdua di sini. 188 00:12:43,600 --> 00:12:48,240 Saya baru nak panggil awak berdua tapi awak berdua dah ada di sini. 189 00:12:48,320 --> 00:12:50,760 Kami bincang tentang Pemodalan Najm tadi. 190 00:12:51,560 --> 00:12:54,160 Maksud awak, siapa yang akan bercakap dengan mereka? 191 00:12:55,760 --> 00:12:57,080 Kerja elok-elok dengan dia. 192 00:12:58,040 --> 00:13:02,280 Farida sudah undurkan diri, awak berdua akan bekerja lebih rapat. 193 00:13:03,160 --> 00:13:06,520 Awak berdua tentu akan jadi pasukan yang hebat. 194 00:13:14,120 --> 00:13:15,760 - Hassan? - Apa? 195 00:13:15,840 --> 00:13:16,720 MERPATI 196 00:13:16,800 --> 00:13:20,920 Saham Kumpulan Balad di bawah senarai. Tiada siapa nak beli. 197 00:13:21,000 --> 00:13:21,880 Saya tahu. 198 00:13:22,600 --> 00:13:24,920 Kita kena fikir cara untuk naikkan sahamnya. 199 00:13:25,440 --> 00:13:27,000 Apa kata buat wash trade? 200 00:13:28,360 --> 00:13:29,280 Apa itu wash trade? 201 00:13:29,360 --> 00:13:32,120 Ketepikan dulu burung awak. Biar saya jelaskan. 202 00:13:32,200 --> 00:13:33,720 Cuba dengar dulu. 203 00:13:38,400 --> 00:13:40,320 Baik. Jelaskan. 204 00:13:40,920 --> 00:13:42,200 Saya akan cuba mudahkan. 205 00:13:42,280 --> 00:13:45,720 Farida beli unit daripada saham yang ditawarkan, dia beli empat unit. 206 00:13:46,560 --> 00:13:50,640 Pedagang lain akan tengok Farida dan akan fikir, "Farida suka biskut." 207 00:13:51,640 --> 00:13:55,600 Tapi ini lain. Awak beli satu biskut daripada broker. 208 00:13:56,600 --> 00:13:57,720 Kemudian dua, 209 00:13:58,440 --> 00:14:01,120 kemudian tiga, dan kemudian empat keping. 210 00:14:02,840 --> 00:14:05,960 Apa broker akan buat? Dia akan beli balik semuanya. 211 00:14:06,040 --> 00:14:08,840 Apa awak buat selepas itu? Awak beli balik daripada dia. 212 00:14:08,920 --> 00:14:12,560 Ulang itu sebanyak beberapa kali sampailah saham itu… 213 00:14:13,240 --> 00:14:14,080 naik. 214 00:14:14,680 --> 00:14:18,240 Semua orang akan ingat bidang hartanah ada permintaan tinggi. 215 00:14:18,840 --> 00:14:21,080 Liciknya! 216 00:14:23,040 --> 00:14:25,480 Awak ada idea lain yang lebih baik? 217 00:14:25,560 --> 00:14:26,920 Encik Saud! 218 00:14:27,000 --> 00:14:29,480 Helo! Apa khabar semua? 219 00:14:29,560 --> 00:14:30,720 Selamat kembali! 220 00:14:30,800 --> 00:14:33,640 Terima kasih. Apa khabar? Saya rindu awak semua. 221 00:14:33,720 --> 00:14:35,600 Awak semua tak datang hospital pun. 222 00:14:35,680 --> 00:14:38,720 Helo, semua. Semoga Tuhan rahmati kalian. 223 00:14:40,960 --> 00:14:44,080 Terima kasih, semua. Maaf tak nampak awak. 224 00:14:44,160 --> 00:14:45,000 Helo. 225 00:14:48,520 --> 00:14:51,400 Abu Sadiq, apa khabar? Semua sihat? 226 00:15:42,520 --> 00:15:44,000 BURSA SAHAM KUWAIT 227 00:15:44,080 --> 00:15:48,720 Ingat, sebagai pelabur induk bagi saham terbitan awam ini, 228 00:15:48,800 --> 00:15:53,280 anda bakal menyumbang kepada kemajuan yang akan mengubah wajah kawasan Teluk. 229 00:15:54,000 --> 00:15:57,240 Ini bukan saja penghormatan, tapi tanggungjawab sebagai warga Kuwait 230 00:15:57,320 --> 00:16:00,800 untuk membina masa hadapan kita sekali gus menghubungkan dengan sejarah kita. 231 00:16:00,880 --> 00:16:02,440 Diharapkan Pemodalan Najm 232 00:16:03,000 --> 00:16:06,400 akan memainkan peranan penting dalam projek ini. 233 00:16:09,040 --> 00:16:10,800 Bagus! 234 00:16:11,440 --> 00:16:13,720 Ini projek terkemuka dan lumayan juga. 235 00:16:13,800 --> 00:16:15,680 Dua puluh tujuh peratus. 236 00:16:16,640 --> 00:16:18,600 Kalau tengok data di halaman… 237 00:16:21,320 --> 00:16:22,800 - Sebelas. - Halaman 11. 238 00:16:22,880 --> 00:16:24,520 Awak buka mulut akhirnya! 239 00:16:24,600 --> 00:16:26,840 Waktu kecil dulu, awak tak boleh diam! 240 00:16:31,320 --> 00:16:34,160 Terima kasih banyak. Semoga bertemu lagi. 241 00:16:37,640 --> 00:16:39,440 Kerja kita bagus, bukan? 242 00:16:41,280 --> 00:16:42,360 Jangan sebut "kami". 243 00:16:43,160 --> 00:16:44,960 Saya saja yang bagus. 244 00:16:45,480 --> 00:16:46,320 Noktah. 245 00:16:48,800 --> 00:16:50,520 BANK MASA DEPAN 246 00:16:53,440 --> 00:16:55,240 - Syabas, Imad. - Terima kasih. 247 00:16:55,720 --> 00:16:58,560 - Kerja awak bagus. Syabas. - Terima kasih. 248 00:16:59,280 --> 00:17:02,000 Memandangkan awak kawan keluarga, saya nak tanya awak… 249 00:17:02,080 --> 00:17:04,920 Apa pendapat awak sebenarnya? 250 00:17:05,600 --> 00:17:08,080 Nak saya jujur? Alpha memang mengagumkan. 251 00:17:08,160 --> 00:17:10,160 Projek Failaka memang luar biasa. 252 00:17:10,240 --> 00:17:11,920 Apa pendapat awak tentang… 253 00:17:12,000 --> 00:17:13,160 Rakan? 254 00:17:13,680 --> 00:17:15,680 Rakan gila. Hebat gila. 255 00:17:16,280 --> 00:17:18,480 Ya. Dia bagus. 256 00:17:19,040 --> 00:17:22,000 Tapi dia bijak. Jangan pandang rendah dengan dia. 257 00:17:22,080 --> 00:17:24,920 Awak kawan keluarga, saya takkan kecewakan awak. 258 00:17:25,000 --> 00:17:27,120 Terima kasih. Saya terhutang budi dengan awak. 259 00:17:27,760 --> 00:17:30,000 Nanti saya kirim salam dengan Jassim. 260 00:17:30,640 --> 00:17:32,920 Tak perlu. Saya akan ke rumah dia selepas kerja. 261 00:17:33,000 --> 00:17:37,080 - Nak datang rumah kami? - Bukan rumah awak. Rumah dia. Di Deira. 262 00:17:37,160 --> 00:17:39,240 Ya. Rumah dia di Deira. 263 00:17:39,320 --> 00:17:40,640 - Deira. - Ya. 264 00:17:40,720 --> 00:17:43,560 - Jumpa nanti. - Jumpa lagi. Ada rumah di Deira, ya? 265 00:17:45,720 --> 00:17:47,400 Aduh, Jassim! 266 00:17:53,880 --> 00:17:56,320 Kesayangan kita dah balik. 267 00:17:56,840 --> 00:17:59,600 Macam penat saja. Sibuk betul hari ini, ya? 268 00:18:01,640 --> 00:18:04,080 Kaki saya sakit, hidung berhabuk. 269 00:18:04,160 --> 00:18:06,040 Atuk pernah rasa macam itu? 270 00:18:06,120 --> 00:18:11,920 Sayang, sudah 30 tahun kuku atuk bergelumang dakwat surat khabar. 271 00:18:12,000 --> 00:18:14,240 Nenek dah cuba, tapi tak jadi juga. 272 00:18:14,320 --> 00:18:18,840 Ayah, hari ini Juju tolong Umish uruskan inventori kedai. 273 00:18:18,920 --> 00:18:20,320 Dia kerja paling keras. 274 00:18:22,520 --> 00:18:25,320 Ada seorang anak gadis mengimpikan hidup mewah… 275 00:18:25,400 --> 00:18:27,560 Terima kasih banyak untuk hari ini, Juju. 276 00:18:27,640 --> 00:18:29,440 Sekarang kamu tak nampak lagi 277 00:18:29,520 --> 00:18:32,400 tapi kamu membantu kejayaan keluarga kita. 278 00:18:32,480 --> 00:18:34,680 Kalau kedai berjaya, kita pun sama. 279 00:18:34,760 --> 00:18:38,280 Apabila kamu kaya nanti, jangan lupa bawa kami melancong. 280 00:18:38,920 --> 00:18:43,520 Sudah-sudahlah ungkit tentang percutian! Saya tahulah, mak. 281 00:18:43,600 --> 00:18:45,040 Mak cuma cakap saja. 282 00:18:45,120 --> 00:18:48,440 Kamu habiskan simpanan kamu untuk kedai itu. 283 00:18:48,520 --> 00:18:50,200 Sudahlah! 284 00:18:53,160 --> 00:18:56,000 - Cantik tak saya pakai? - Jadi awak sudi terima? 285 00:18:56,080 --> 00:18:57,800 Tapi nampak mencolok mata. 286 00:18:58,320 --> 00:18:59,520 Jawablah. 287 00:19:00,640 --> 00:19:04,040 Ayah kamu nak jumpa Qassar lagi. 288 00:19:04,760 --> 00:19:07,240 Mak rasa dia akan masuk meminang. 289 00:19:07,320 --> 00:19:08,760 Pergi cari perempuan lain! 290 00:19:08,840 --> 00:19:10,160 Saya patut ada, bukan? 291 00:19:11,280 --> 00:19:12,760 Betul? Kamu nak datang? 292 00:19:12,840 --> 00:19:15,120 Beritahu ayah, saya nak ikut sekali. 293 00:19:16,440 --> 00:19:18,280 Saya nak cakap keinginan saya. 294 00:19:22,760 --> 00:19:24,680 Helo, anak kesayangan mak. 295 00:19:24,760 --> 00:19:26,520 - Hai, mak. - Hai, sayang. 296 00:19:27,800 --> 00:19:29,480 Mak, saya lapar sangat. 297 00:19:29,560 --> 00:19:31,520 Ya, sayang. Makan malam kamu dah sedia. 298 00:19:31,600 --> 00:19:33,640 - Nak apa-apa lagi? - Tak, terima kasih. 299 00:19:33,720 --> 00:19:35,160 Baiklah. Selamat malam. 300 00:19:35,240 --> 00:19:36,720 - Selamat malam. - Selamat malam. 301 00:19:43,360 --> 00:19:44,480 Abang jumpa Imad Dawas? 302 00:19:44,560 --> 00:19:49,080 Ya, abang jumpa dia tadi. Dia dah kahwin, jangan sondol dia. 303 00:19:49,800 --> 00:19:52,920 - Dia akan melabur dengan kami? - Oh, ya! Dia tak nak. 304 00:19:53,000 --> 00:19:54,080 Apa? 305 00:19:54,160 --> 00:19:58,040 Katanya, saham Alpha terlalu tinggi dan nilai hartanah Kuwait rendah. 306 00:19:58,120 --> 00:20:03,920 Pemodalan Najm takkan melabur sebab risikonya terlalu tinggi. 307 00:20:04,840 --> 00:20:08,520 Kamu tak beritahu abang lagi. Apa cerita dengan si pengantin tua itu? 308 00:20:09,160 --> 00:20:10,600 Alamak… 309 00:20:11,440 --> 00:20:13,000 Mak terlupa bawa majalah. 310 00:20:13,080 --> 00:20:15,960 Abang, kenapa tak makan di rumah abang saja? 311 00:20:16,560 --> 00:20:18,920 Tak payahlah. Mak dan ayah yang belikan rumah itu. 312 00:20:32,760 --> 00:20:34,040 BURSA KUWAIT 313 00:20:34,640 --> 00:20:38,360 Saya sudah cuba mahu ubah keputusan Imad. Minta maaf. 314 00:20:39,520 --> 00:20:41,120 Saya tak dapat pujuk dia. 315 00:20:42,120 --> 00:20:43,600 Awak tak salah. 316 00:20:43,680 --> 00:20:45,280 Awak dah cuba sedaya upaya. 317 00:20:46,280 --> 00:20:47,920 Itu dah cukup bagus. 318 00:20:50,080 --> 00:20:53,000 Saya dan Rakan sependapat. 319 00:20:53,080 --> 00:20:55,600 Kita fokus kepada langkah seterusnya. 320 00:20:55,680 --> 00:20:58,800 Kita kena naikkan imej kita dengan menaikkan saham Balad. 321 00:21:00,880 --> 00:21:03,680 - Apa statusnya? - Itu tugas Farida. 322 00:21:04,200 --> 00:21:05,760 Biar saya tanya dia. 323 00:21:07,480 --> 00:21:10,640 Ini bukan makanan merpati. Bazir duit awak saja. 324 00:21:10,720 --> 00:21:13,720 Saya bukan pakar merpati. Awaklah beli makanan ia. 325 00:21:13,800 --> 00:21:16,800 Entahlah. Kita tak patut beri ia makan macam ini. 326 00:21:17,720 --> 00:21:18,560 Koyak kecil-kecil. 327 00:21:19,080 --> 00:21:19,920 Kecil-kecil? 328 00:21:21,880 --> 00:21:24,160 Awak memang pandai buat kerja sia-sia. 329 00:21:25,080 --> 00:21:28,040 Tak payah buang masa dengan burung sakit. 330 00:21:28,120 --> 00:21:30,360 Baik uruskan Kumpulan Balad itu. 331 00:21:30,440 --> 00:21:33,840 - Bukan saya. - Kita perlu saham mereka naik tinggi. 332 00:21:36,600 --> 00:21:38,040 Awak satu lagi, Farida. 333 00:21:38,120 --> 00:21:40,680 Awak kata nak sokong Alpha dari lantai. 334 00:21:41,480 --> 00:21:43,600 Tolonglah kerja betul-betul sikit 335 00:21:44,640 --> 00:21:46,800 dan tunaikan janji awak kali ini. 336 00:21:55,840 --> 00:21:56,720 Dengar sini. 337 00:21:59,880 --> 00:22:02,080 Baik. Wash trade saja pilihan kita. 338 00:22:02,160 --> 00:22:06,800 Kami dah kata dah semalam. Pergilah. Pergi jumpa Nabil. 339 00:22:06,880 --> 00:22:09,720 - Nabil? - Ya. Nabil. 340 00:22:09,800 --> 00:22:13,040 Ada seorang broker yang tak baik tapi tak juga jahat 341 00:22:13,120 --> 00:22:15,200 dan boleh mudahkan perdagangan ini. 342 00:22:15,280 --> 00:22:16,120 Jumpalah dia. 343 00:22:16,200 --> 00:22:18,920 Ya, saya tahu, tapi tolonglah. 344 00:22:19,000 --> 00:22:23,000 Bukankah dia akan lebih bersetuju kalau awak yang cakap dengan dia? 345 00:22:23,080 --> 00:22:26,520 - Ya, tapi kami kena balik awal. - Awak berdua? 346 00:22:26,600 --> 00:22:29,880 Kami kena berlatih untuk perasmian Tarabesque. 347 00:22:49,080 --> 00:22:50,480 Periksa satu lagi fail. 348 00:23:06,840 --> 00:23:08,320 Farida Ma'mun. 349 00:23:08,800 --> 00:23:11,120 Lama tak tengok awak. 350 00:23:11,960 --> 00:23:15,120 Macam mana dengan pelan saham terbitan awam Alpha itu? 351 00:23:15,200 --> 00:23:17,120 Berjalan lancar! 352 00:23:17,200 --> 00:23:19,880 Tapi sekarang saya kembali berdagang sepenuh masa. 353 00:23:19,960 --> 00:23:21,280 Jadi awak… 354 00:23:21,840 --> 00:23:24,160 Awak ingat awak boleh jadi macam kami? 355 00:23:24,240 --> 00:23:28,960 Saya mahu minta bantuan awak untuk satu perdagangan yang berbeza. 356 00:23:29,040 --> 00:23:33,320 Perdagangan ini boleh naikkan saham sebuah syarikat hartanah, macam… 357 00:23:34,480 --> 00:23:35,920 Kumpulan Balad? 358 00:23:39,400 --> 00:23:42,760 - Maksud awak, wash trade? - Ya. 359 00:23:43,360 --> 00:23:45,440 Wah! Dia dah mula fikir macam kita. 360 00:23:48,560 --> 00:23:50,600 Kalau nak buat betul-betul, 361 00:23:51,480 --> 00:23:52,800 kita perlu pihak ketiga. 362 00:23:53,680 --> 00:23:54,520 Okey. 363 00:23:55,280 --> 00:23:56,560 Siapa awak sarankan? 364 00:24:01,560 --> 00:24:03,360 Selamat kembali berdagang. 365 00:24:04,040 --> 00:24:05,640 Lama tak jumpa, Saud. 366 00:24:07,800 --> 00:24:08,640 Farida! 367 00:24:11,000 --> 00:24:12,480 Lama tak jumpa awak juga. 368 00:24:14,160 --> 00:24:16,520 Mujur bank ini tak lingkup tanpa saya. 369 00:24:18,120 --> 00:24:19,240 Tapi sejujurnya? 370 00:24:19,920 --> 00:24:21,720 Rasa tak sama tanpa awak. 371 00:24:22,520 --> 00:24:23,840 Tapi memang wajarlah. 372 00:24:27,640 --> 00:24:31,880 Kami nak berdagang besar-besaran dengan Kumpulan Balad. 373 00:24:33,040 --> 00:24:35,240 Jadi saya nak tanya kalau awak… 374 00:24:37,360 --> 00:24:39,720 Kalau awak sanggup melakukannya. 375 00:24:40,440 --> 00:24:43,040 Awak mampu buat atau tak? 376 00:24:44,360 --> 00:24:47,800 Jangan kata awak cadangkan wash trade? 377 00:24:49,000 --> 00:24:49,880 Farida? 378 00:24:50,560 --> 00:24:54,320 - Itu tak beretika namanya. - Nak bersyarah tentang etika pula? 379 00:24:55,880 --> 00:24:56,880 Saya bukan pensyarah. 380 00:24:59,240 --> 00:25:02,680 Saya cuma seorang Pengurus Portfolio yang nak bina balik kerjaya 381 00:25:03,320 --> 00:25:04,160 dari mula semula. 382 00:25:04,760 --> 00:25:06,200 Tapi biar saya fahamkan. 383 00:25:06,960 --> 00:25:08,000 Awak nak beli 384 00:25:08,920 --> 00:25:11,440 saham Kumpulan Balad banyak-banyak. 385 00:25:13,240 --> 00:25:14,840 Kenapa bank nak buat itu? 386 00:25:16,160 --> 00:25:20,400 Untuk naikkan nilai pasaran hartanah? Menarik minat pelabur untuk IPO. 387 00:25:22,440 --> 00:25:23,640 Strategi yang bagus. 388 00:25:24,680 --> 00:25:25,880 Tapi malangnya, 389 00:25:27,200 --> 00:25:29,920 saya tak berminat nak bantu pasukan yang abaikan saya 390 00:25:30,000 --> 00:25:31,640 sampai saya masuk hospital. 391 00:25:33,680 --> 00:25:36,120 Bukan awak saja yang teraniaya. 392 00:25:38,440 --> 00:25:40,720 Sabiha tendang saya keluar kumpulan 393 00:25:40,800 --> 00:25:43,520 dan Amir tak bantu sikit pun, apatah lagi sepupu saya itu. 394 00:25:45,560 --> 00:25:47,120 Saya perlu rakan sekerja. 395 00:25:48,000 --> 00:25:49,320 Sebab kita serupa. 396 00:25:50,440 --> 00:25:53,880 - Saya nak mula semula. - Saya tumpang kasihan dengan awak. 397 00:25:55,520 --> 00:25:59,440 Tapi minta maaf. Kalau saya bantu awak, maknanya saya bantu mereka. 398 00:26:00,160 --> 00:26:02,680 Saya tak nak. Saya sudah tak sudi. 399 00:26:06,000 --> 00:26:09,160 Aduh, peritnya malam 400 00:26:10,960 --> 00:26:13,680 Betapa deritanya diriku 401 00:26:14,280 --> 00:26:16,160 Mishari kata awak nak jumpa. 402 00:26:18,520 --> 00:26:19,600 Maaf saya kena makan… 403 00:26:20,400 --> 00:26:21,280 Sebab saya… 404 00:26:22,440 --> 00:26:25,560 Saya jadi lapar kalau keadaan tak berjalan lancar. 405 00:26:27,720 --> 00:26:28,840 Apa boleh saya bantu? 406 00:26:29,680 --> 00:26:32,400 Kalau awak ada idea 407 00:26:33,200 --> 00:26:36,920 atau awak kenal mana-mana pedagang baru yang boleh bantu kita. 408 00:26:37,760 --> 00:26:40,560 Atau pedagang berpengalaman yang boleh membantu. 409 00:26:42,360 --> 00:26:43,200 Macam Saud Salim? 410 00:26:44,240 --> 00:26:45,080 Betul. 411 00:26:45,600 --> 00:26:46,440 Dengar sini… 412 00:26:49,560 --> 00:26:52,640 Saya tahu sekarang dia kerja dengan Laith Nasir. 413 00:26:54,000 --> 00:26:57,280 Dia pelabur yang kaya. Dia boleh bantu kita. 414 00:26:58,280 --> 00:27:00,320 Tapi saya tak boleh jumpa Saud 415 00:27:00,400 --> 00:27:04,080 selepas apa saya buat kepada dia, selepas saya… 416 00:27:05,520 --> 00:27:06,800 Selepas awak pecat dia. 417 00:27:07,880 --> 00:27:08,720 Betul. 418 00:27:10,000 --> 00:27:11,720 Awak dengan dia macam mana? 419 00:27:12,240 --> 00:27:13,800 Masih baik dengan dia? 420 00:27:15,720 --> 00:27:17,320 Saya baik dengan semua. 421 00:27:18,240 --> 00:27:19,080 Betul tak? 422 00:27:20,960 --> 00:27:24,040 HARTANAH FAILAKA 423 00:27:27,560 --> 00:27:30,000 KANTIN BURSA 424 00:27:34,320 --> 00:27:36,000 Nak cari seseorang yang istimewa? 425 00:27:48,200 --> 00:27:49,320 Bukan saja istimewa. 426 00:27:54,160 --> 00:27:55,960 Awak macam mana sejak datang balik? 427 00:27:57,400 --> 00:27:58,280 Baik saja. 428 00:27:58,880 --> 00:28:00,600 Syukurlah awak dah kembali. 429 00:28:01,160 --> 00:28:04,160 - Kami gembira awak dah balik. - Yakah? 430 00:28:05,720 --> 00:28:07,640 Kenapa tak lawat saya di hospital? 431 00:28:13,480 --> 00:28:15,320 Saya tak nak tambah kesedihan awak. 432 00:28:17,880 --> 00:28:21,160 Awak dah balik, kita profesional saja selepas ini. 433 00:28:22,000 --> 00:28:22,880 Boleh. 434 00:28:24,360 --> 00:28:25,240 Macam petinju, 435 00:28:26,160 --> 00:28:28,080 tunggu untuk tumbangkan masing-masing. 436 00:28:30,600 --> 00:28:32,040 Kalau perlu. 437 00:28:33,160 --> 00:28:35,920 Tapi mungkin kita sama-sama boleh untung. 438 00:28:38,000 --> 00:28:40,160 Saya nak kongsi peluang dengan awak. 439 00:28:40,240 --> 00:28:43,320 Murahnya hati awak. Semoga Tuhan murahkan rezeki. 440 00:28:46,040 --> 00:28:48,920 Awak tahu kami menang bidaan saham terbitan awam Alpha? 441 00:28:50,920 --> 00:28:52,800 Ya? Bagusnya! 442 00:28:53,440 --> 00:28:56,280 Awak kerja keras untuk bidaan itu. Tahniah. 443 00:28:56,360 --> 00:28:57,800 Terima kasih. 444 00:28:59,000 --> 00:29:02,280 Tapi tentu awak dengar kami sedang cari pelabur induk. 445 00:29:02,360 --> 00:29:03,640 Dan? 446 00:29:03,720 --> 00:29:05,720 Laith Nasir boleh jadi pelaburnya. 447 00:29:07,880 --> 00:29:08,720 Abu Nasir. 448 00:29:10,720 --> 00:29:11,720 Tentulah boleh. 449 00:29:13,640 --> 00:29:14,800 Tapi sekarang saya bos. 450 00:29:17,400 --> 00:29:20,400 Saya sudah tak nak bantu Bank Masa Depan lagi. 451 00:29:21,120 --> 00:29:22,280 Atau bantu awak. 452 00:29:23,400 --> 00:29:27,520 Saya dah beritahu Farida semasa dia minta saya bantu dengan Alpha. 453 00:29:28,720 --> 00:29:32,840 Farida orang bisnes yang bijak dan bagus. Lebih bagus daripada awak. 454 00:29:34,560 --> 00:29:35,400 Yakah? 455 00:29:37,480 --> 00:29:39,520 Habis kenapa saya ada di lantai eksekutif? 456 00:29:40,760 --> 00:29:41,720 Sementara awak 457 00:29:42,560 --> 00:29:44,360 dan Farida ada di bawah sana? 458 00:29:47,600 --> 00:29:49,400 Ada orang yang bawa kita naik, 459 00:29:50,440 --> 00:29:51,960 ada yang heret kita ke bawah. 460 00:29:53,520 --> 00:29:55,440 Kalau awak nak hancurkan kerjaya awak, 461 00:29:57,000 --> 00:29:57,920 persilakan. 462 00:30:09,760 --> 00:30:12,600 Seratus lima puluh unit. 463 00:30:12,680 --> 00:30:17,560 Saham naik. 13,200. 464 00:30:18,800 --> 00:30:20,160 Semakin naik. 465 00:30:20,240 --> 00:30:23,640 Kumpulan Balad. Saya nak beli saham Kumpulan Balad. 466 00:30:23,720 --> 00:30:24,560 Berapa? 467 00:30:25,680 --> 00:30:26,640 Siapa nak lagi? 468 00:30:28,560 --> 00:30:30,320 13,200 unit. 469 00:30:32,800 --> 00:30:36,760 Sekarang 13,200. 470 00:30:36,840 --> 00:30:39,080 - Saya setuju. - 13,200. 471 00:30:39,160 --> 00:30:41,840 Saya akan buat wash trade itu. 472 00:30:41,920 --> 00:30:44,000 Sekarang 13,200! 473 00:30:44,080 --> 00:30:46,160 200,000 unit lagi. 474 00:30:47,200 --> 00:30:50,400 Farida, awak kenal tak bos saya sekarang? 475 00:30:50,480 --> 00:30:51,680 Laith Nasir. 476 00:30:53,840 --> 00:30:58,160 Dalam bidang ini, awak kena tahu satu benda. 477 00:30:58,760 --> 00:31:02,640 Awak kena fokus kepada orang berkuasa. Awak tak kenal dia? 478 00:31:03,200 --> 00:31:04,200 Saya tak kenal. 479 00:31:05,640 --> 00:31:06,880 Dia bagus orangnya. 480 00:31:07,480 --> 00:31:08,320 Sekarang, 481 00:31:09,400 --> 00:31:11,880 saya boleh bina balik hidup dengan orang macam dia. 482 00:31:11,960 --> 00:31:14,520 Sebab dia takkan khianati saya macam Amir. 483 00:31:15,200 --> 00:31:20,920 Atau alihkan muka semasa saya berlumuran darah atas lantai macam Munira. 484 00:31:21,000 --> 00:31:27,000 Kalau bantu saya dengan Kumpulan Balad, maknanya awak bantu bank sekali. 485 00:31:27,080 --> 00:31:30,080 Saya nak bantu awak untuk sakitkan hati Munira. 486 00:31:30,160 --> 00:31:32,320 Saya nak buat bos saya gembira juga. 487 00:31:32,400 --> 00:31:35,520 Kalau orang lain jahat, awak ingat saya jahat sekali? 488 00:31:36,600 --> 00:31:37,440 Cuba ini. 489 00:31:38,960 --> 00:31:39,880 Makanlah. 490 00:31:41,760 --> 00:31:43,880 - Tengok? - Apa jadi selepas itu? 491 00:31:43,960 --> 00:31:45,200 Saya tak nak… 492 00:31:46,320 --> 00:31:47,760 Mereka buat kami patah balik. 493 00:31:49,440 --> 00:31:51,680 Saya tak nak ceritakan. 494 00:31:52,200 --> 00:31:53,240 Jatuh pula. 495 00:31:54,720 --> 00:31:56,400 Elok sangatlah! 496 00:31:56,920 --> 00:31:59,680 Awak berdua saling musnahkan kerjaya masing-masing. 497 00:31:59,760 --> 00:32:03,000 - Dah kawan, ya? - Ya, kami berkomplot lawan awak. 498 00:32:06,320 --> 00:32:08,280 Cubalah kalau boleh. 499 00:32:28,960 --> 00:32:33,160 Selamat datang. Sila masuk, tuan-tuan dan puan-puan. 500 00:32:33,240 --> 00:32:36,400 Potongan sepuluh peratus. Mari-mari! 501 00:32:36,480 --> 00:32:39,400 Mari-mari! Sila masuk. 502 00:32:58,400 --> 00:33:01,040 Terima kasih. Sila datang lagi. 503 00:33:01,640 --> 00:33:04,000 Datang lagi minggu depan. Kami ada koleksi baru. 504 00:33:04,080 --> 00:33:06,600 Penatnya, dari tadi sampai sekarang cuma dapat 10 dinar. 505 00:33:06,680 --> 00:33:07,800 Bagus! 506 00:33:07,880 --> 00:33:10,680 Sekarang kita ada 70 dinar! 507 00:33:10,760 --> 00:33:14,120 Anak gadis ini patut dapat bintang emas. 508 00:33:14,200 --> 00:33:18,200 Kalau awak kerja lama sikit, boleh gandakan seribu dinar mak awak. 509 00:33:19,200 --> 00:33:20,960 - Seribu dinar? - Ya. 510 00:33:21,760 --> 00:33:23,360 Kalau saya kerja lagi? 511 00:33:23,440 --> 00:33:24,600 Sekolah macam mana? 512 00:33:29,280 --> 00:33:31,560 - Saya boleh bawa ini dengan saya. - Bagus. 513 00:33:34,560 --> 00:33:37,960 Saya boleh cuba jual sendiri. 514 00:33:39,040 --> 00:33:40,240 Itu idea bernas. 515 00:33:40,320 --> 00:33:43,400 Kalau awak boleh jual satu beg ini, saya beri komisen lima peratus. 516 00:33:44,120 --> 00:33:45,320 Tujuh peratus. 517 00:33:47,760 --> 00:33:48,600 Sepuluh peratus. 518 00:33:50,080 --> 00:33:50,920 Umish! 519 00:33:54,880 --> 00:34:00,680 Selepas setahun, saya akan mati kebuluran? Mencuri? Minta sedekah? Nak saya buat apa? 520 00:34:01,960 --> 00:34:06,360 Kalau saya muda dulu, saya boleh tahan tapi pada usia saya sekarang… 521 00:34:09,000 --> 00:34:10,360 Bila mak balik? 522 00:34:11,120 --> 00:34:13,440 Mak dengar perasmian berjalan lancar. 523 00:34:14,240 --> 00:34:17,360 Ya, banyak laris terjual. Mak juga yang untung, bukan? 524 00:34:17,440 --> 00:34:19,680 Kita yang untung, sayang. 525 00:34:20,560 --> 00:34:21,440 Sebab itulah… 526 00:34:23,760 --> 00:34:25,280 Mak belikan kamu ini. 527 00:34:27,520 --> 00:34:29,920 Ini daripada mak, sebagai permulaan untuk kamu. 528 00:34:30,000 --> 00:34:30,920 Ini juga. 529 00:34:32,920 --> 00:34:35,360 - Boleh simpan sampai berapa? - Tak tahu. 530 00:34:35,440 --> 00:34:37,080 Simpanlah sampai penuh. 531 00:34:48,000 --> 00:34:52,000 …tuan rumahnya takkan halau saya dalam umur saya begini. 532 00:35:00,360 --> 00:35:02,160 Nak tambah lagi? Nak tambah? 533 00:35:04,120 --> 00:35:06,080 Munira, mari makan sarapan. 534 00:35:06,760 --> 00:35:08,480 Kamu tak makan malam semalam. 535 00:35:12,760 --> 00:35:14,400 Saya makan di pejabat. 536 00:35:16,680 --> 00:35:18,160 Saya ambil ini saja. 537 00:35:19,000 --> 00:35:23,080 Ayah dengar kamu mahu ada sekali untuk berjumpa Qassar. 538 00:35:23,600 --> 00:35:26,600 Biar ayah cakap dengan dia dulu. 539 00:35:27,360 --> 00:35:28,200 Nanti saya datang. 540 00:35:33,040 --> 00:35:35,840 BURSA KUWAIT 541 00:35:37,360 --> 00:35:38,720 Bagus! 542 00:35:38,800 --> 00:35:41,200 Sahamnya naik pagi tadi. 543 00:35:41,280 --> 00:35:43,520 - Kenapa si bebal itu gembira sangat? - Bagus. 544 00:35:43,600 --> 00:35:45,160 Dia pun tahu mereka main tipu. 545 00:35:45,240 --> 00:35:46,160 Tepuk sikit! 546 00:35:47,160 --> 00:35:49,960 Saya dah agak saham Kumpulan Balad akan naik hari ini. 547 00:35:53,320 --> 00:35:56,920 - Tak sia-sia datang balik! - Saya terus mengganas! 548 00:35:57,720 --> 00:36:00,480 Bagus! Ini baru permulaan. 549 00:36:00,560 --> 00:36:01,400 Betul. 550 00:36:01,920 --> 00:36:03,400 Awak datang! Syukurlah. 551 00:36:03,480 --> 00:36:04,600 Selamat datang. 552 00:36:04,680 --> 00:36:07,240 Saya nak beri kejutan, tapi tak tahu pula ada keraian. 553 00:36:07,880 --> 00:36:09,200 - Apa khabar? - Apa khabar? 554 00:36:10,000 --> 00:36:12,960 - Terima kasih datang. - Memang begini setiap kali pasaran tutup? 555 00:36:13,040 --> 00:36:14,360 - Helo, Abu Nasir. - Helo. 556 00:36:14,440 --> 00:36:17,920 Awak menang, saya menang, Syarikat Pegangan Fajr pun menang. 557 00:36:18,000 --> 00:36:19,480 - Tahniah! - Sebab awak juga. 558 00:36:19,560 --> 00:36:22,200 - Mari saya bawa awak melawat. - Mari. 559 00:36:25,800 --> 00:36:27,440 Ini kaunter kita? 560 00:36:27,520 --> 00:36:29,600 Ini kaunter kita, jadi… 561 00:36:29,680 --> 00:36:31,440 - Tengok? - Apa dia? 562 00:36:31,520 --> 00:36:33,680 - Majikan kita nampak puas hati. - Yalah. 563 00:36:36,440 --> 00:36:39,360 Abu Nasir, kenalkan bala tentera kita. 564 00:36:39,440 --> 00:36:41,760 - Ini bekas kumpulan saya. - Ya. 565 00:36:41,840 --> 00:36:43,640 Hassan dan Waleed ialah pedagang. 566 00:36:44,400 --> 00:36:46,800 - Salam perkenalan. - Selamat berkenalan. 567 00:36:46,880 --> 00:36:48,680 - Selamat berkenalan. - Apa khabar? 568 00:36:48,760 --> 00:36:50,080 Ini Farida, kerani mereka. 569 00:36:50,680 --> 00:36:54,600 Mereka pasukan terbaik di bursa ini, cuma bawah daripada kita. 570 00:36:54,680 --> 00:36:56,080 - Tidaklah. - Mana ada. 571 00:36:58,400 --> 00:36:59,240 Mari sini. 572 00:37:05,000 --> 00:37:08,560 Tahniah untuk Kumpulan Balad. Baru balik, dah untung besar. 573 00:37:10,320 --> 00:37:12,760 Ini kali pertama awak datang bursa, atau… 574 00:37:13,640 --> 00:37:16,720 Atau awak ada bisnes lain di sini? 575 00:37:24,560 --> 00:37:27,160 Apa ini? 576 00:37:28,600 --> 00:37:31,360 Selain berdagang juta-juta, awak bela merpati juga? 577 00:37:31,440 --> 00:37:36,120 Ia cedera dan tak boleh terbang. Ia tak nak makan atau minum. 578 00:37:36,800 --> 00:37:38,520 Kasihan si jantan seekor ini. 579 00:37:39,400 --> 00:37:42,080 Ini burung betina. 580 00:37:43,080 --> 00:37:43,920 Saya… 581 00:37:44,600 --> 00:37:47,080 Saya bela burung, saya tahu serba sedikit. 582 00:37:48,560 --> 00:37:50,880 Boleh saya bawa balik ke rumah? 583 00:37:51,640 --> 00:37:52,600 Saya akan rawat. 584 00:37:59,000 --> 00:38:02,480 Tadi awak tanya kalau ini kali pertama saya datang ke bursa? 585 00:38:03,120 --> 00:38:05,800 - Ya. - Duduklah. 586 00:38:07,320 --> 00:38:13,640 Dulu saya selalu datang sini tapi bukan sebagai pihak berkepentingan. 587 00:38:14,840 --> 00:38:18,960 Sekarang, saya perlu kenal rakan kerja saya dengan lebih rapat. 588 00:38:24,080 --> 00:38:26,760 Bank Masa Depan? Apa ada di Bank Masa Depan? 589 00:38:27,880 --> 00:38:31,200 Fokus kami sekarang ialah saham terbitan awam Alpha. 590 00:38:31,280 --> 00:38:34,560 - Ya. Mereka nak buat tawaran saham awam. - Betul. 591 00:38:35,080 --> 00:38:37,840 Tapi susah sikit memandangkan sektor hartanah lemah. 592 00:38:37,920 --> 00:38:42,680 Tapi sektor hartanah semakin naik, tengoklah Kumpulan Balad. 593 00:38:43,240 --> 00:38:46,000 Alpha juga baru dapat kontrak baru yang berprestij. 594 00:38:47,000 --> 00:38:49,160 - Maksud awak, Failaka? - Ya. 595 00:38:50,320 --> 00:38:53,600 Kawan saya pun cukup heboh dengan itu. 596 00:38:54,680 --> 00:38:55,680 Saud? 597 00:38:56,880 --> 00:39:00,480 - Ya, tuan. - Mereka masih cari pelabur? 598 00:39:01,760 --> 00:39:06,440 Keutamaan kami sekarang adalah mencari pelabur induk. 599 00:39:07,200 --> 00:39:09,240 Kami ada beberapa pilihan 600 00:39:09,320 --> 00:39:11,200 tapi kami masih belum jumpa 601 00:39:11,840 --> 00:39:12,880 yang sempurna. 602 00:39:12,960 --> 00:39:15,520 Awak banyak tahu. Saya kagum. 603 00:39:15,600 --> 00:39:17,680 Betulkah awak sekadar kerani? 604 00:39:18,840 --> 00:39:22,600 Saya cuma buat kerja kerani untuk membantu pedagang. 605 00:39:22,680 --> 00:39:26,280 - Ya. - Tapi saya terpilih untuk pasukan IPO. 606 00:39:28,040 --> 00:39:29,040 Jadi, 607 00:39:30,080 --> 00:39:33,080 kalau awak berminat, saya boleh aturkan pertemuan. 608 00:39:33,160 --> 00:39:35,200 Saya amat berminat. 609 00:39:35,280 --> 00:39:36,600 Okey. 610 00:39:36,680 --> 00:39:37,800 Seronok dapat jumpa. 611 00:39:38,480 --> 00:39:39,680 Harap-harap serasi. 612 00:39:40,320 --> 00:39:41,480 Semoga berjaya. 613 00:39:41,560 --> 00:39:43,720 KETEKUNAN KUNCI KEJAYAAN 614 00:39:43,800 --> 00:39:45,760 Apa itu? Apa dalam beg awak? 615 00:39:47,400 --> 00:39:49,880 Mais, kumpulan apa yang awak suka? 616 00:39:50,520 --> 00:39:51,640 Kumpulan apa? 617 00:39:51,720 --> 00:39:52,600 Kumpulan sekolah? 618 00:39:52,680 --> 00:39:56,400 Maksud saya, kumpulan muzik macam Whitesnake, 619 00:39:56,480 --> 00:40:00,600 Bon Jovi, Poison, dan Def Leppard? 620 00:40:09,720 --> 00:40:12,680 - Siapa nak Miami? - Saya! 621 00:40:14,600 --> 00:40:16,680 - Saya nak! - Jude! 622 00:40:16,760 --> 00:40:20,040 Jude! Saya! 623 00:40:31,880 --> 00:40:36,200 Teruk betul tengok orang lain dipuji sedangkan kita yang bekerja keras. 624 00:40:37,000 --> 00:40:37,840 Sakitnya hati! 625 00:40:41,320 --> 00:40:45,680 Tentu kata-kata awak yang yakinkan Saud untuk memperdagang Kumpulan Balad. 626 00:40:46,240 --> 00:40:48,040 Tapi sudahnya apa jadi? 627 00:40:48,120 --> 00:40:50,880 Farida pula yang dapat nama. 628 00:40:53,320 --> 00:40:54,240 Saya dah biasa kena. 629 00:40:54,320 --> 00:40:56,760 Kalau mereka jadi pelabur induk kita, 630 00:40:57,600 --> 00:40:59,840 saya nak tahu lagi tentang Laith dan Saud. 631 00:40:59,920 --> 00:41:02,000 Saya belum tahu cara kerja mereka. 632 00:41:02,080 --> 00:41:04,920 Apa kata awak cerita sambil kita makan malam ini? 633 00:41:07,000 --> 00:41:10,320 Kita dah kerja bersama, jadi kita patut kenal lebih rapat 634 00:41:10,400 --> 00:41:12,040 sebelum ke Kaherah. 635 00:41:15,360 --> 00:41:17,320 - Malam ini? - Maaf, saya tak lapar. 636 00:41:18,480 --> 00:41:19,600 Makanlah salad. 637 00:41:20,840 --> 00:41:22,080 Saya boleh makan di rumah. 638 00:41:22,600 --> 00:41:24,920 Mak saya kata saya dah lama tak makan di rumah 639 00:41:25,560 --> 00:41:28,160 jadi malam ini saya janji makan dengan dia. 640 00:41:28,240 --> 00:41:29,200 Lain kalilah. 641 00:41:38,120 --> 00:41:38,960 Tentu menjadi. 642 00:41:40,080 --> 00:41:40,920 Farida. 643 00:41:41,880 --> 00:41:43,000 Kita cakap sekejap. 644 00:41:46,200 --> 00:41:50,880 Kami baru dapat panggilan daripada Saud. Katanya Laith berminat dengan Alpha. 645 00:41:52,000 --> 00:41:54,440 Menurut Saud, awak yang meyakinkan dia. 646 00:41:55,000 --> 00:41:55,840 Tapi 647 00:41:56,520 --> 00:41:57,840 dia tak cakap pula caranya. 648 00:41:58,600 --> 00:42:04,080 Laith dan Saud mahu berjumpa semasa Sidang Kemuncak Pelabur di Kaherah. 649 00:42:04,800 --> 00:42:07,400 Awak bukan saja naikkan nilai sektor hartanah 650 00:42:07,480 --> 00:42:08,720 dengan cara berdagang 651 00:42:09,560 --> 00:42:12,440 tapi awak dah temui pelabur induk yang sesuai 652 00:42:13,120 --> 00:42:14,320 untuk terbitan awam kita. 653 00:42:14,880 --> 00:42:15,720 Sejujurnya, 654 00:42:16,760 --> 00:42:18,000 itu pencapaian luar biasa. 655 00:42:19,200 --> 00:42:22,440 Tapi sebelum pasukan ini berangkat ke Kaherah, 656 00:42:23,520 --> 00:42:26,120 saya rasa wajarlah kalau kita 657 00:42:26,960 --> 00:42:31,120 menjemput Farida masuk balik ke dalam kumpulan IPO kita. 658 00:42:35,000 --> 00:42:36,200 Itu yang sepatutnya. 659 00:43:04,040 --> 00:43:06,720 JABATAN PERAKAUNAN 660 00:48:57,800 --> 00:49:02,800 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela