1 00:00:28,480 --> 00:00:29,520 Kenapa ini? 2 00:01:30,280 --> 00:01:32,240 THE EXCHANGE 2 3 00:02:12,640 --> 00:02:14,440 Dia cepat belajar bawa kuda. 4 00:02:15,040 --> 00:02:16,680 Dah berlatih dengan pelajar tua. 5 00:02:16,760 --> 00:02:20,440 Ya, saya tak sangka cuma dalam masa sebulan saja. 6 00:02:22,000 --> 00:02:25,280 Memang betul ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. 7 00:02:27,000 --> 00:02:30,200 Saya bersyukur saya mampu tunaikan keinginan dia. 8 00:02:33,520 --> 00:02:39,120 Kami bersyukur sangat-sangat awak bayarkan kelas kuda dia, Omar. 9 00:02:39,200 --> 00:02:40,040 Terima kasih. 10 00:02:42,960 --> 00:02:45,160 Apa gunanya ada rezeki tapi tak dikongsi? 11 00:02:46,360 --> 00:02:47,320 Awak dan ayah awak 12 00:02:47,880 --> 00:02:50,480 suka tunggang kuda tapi awak tak mampu. 13 00:02:50,560 --> 00:02:54,200 Ini sumbangan saya untuk awak teruskan warisan keluarga awak. 14 00:02:58,400 --> 00:03:00,760 Mak awak datang lagi. 15 00:03:01,960 --> 00:03:03,760 Saya salam dia sebelum balik. 16 00:03:05,640 --> 00:03:08,440 Tak payah. Dia datang nak jumpa awak. 17 00:03:10,960 --> 00:03:12,520 - Jumpa saya? - Ya. 18 00:03:13,240 --> 00:03:14,080 Nak tengok awak. 19 00:03:15,320 --> 00:03:18,800 Orang perempuan selalunya lebih sedar kekurangan masing-masing. 20 00:03:18,880 --> 00:03:22,480 - Memang dasar perempuan. - Sudahlah, Omar. Sudah, cukup! 21 00:03:22,560 --> 00:03:25,400 Cukuplah. Awak tak penat sindir-menyindir? 22 00:03:26,400 --> 00:03:27,240 Anak saya. 23 00:03:27,320 --> 00:03:30,320 Kalau awak tak jaga dia betul-betul, saya ambil daripada awak. 24 00:03:41,480 --> 00:03:44,320 Tingginya 75 sentimeter dari tanah. 25 00:03:44,400 --> 00:03:45,800 Dia buat dua kali. 26 00:03:46,800 --> 00:03:50,520 Syabas, nak. Kalau teruskan, kamu nanti lebih hebat daripada mak kamu. 27 00:03:52,040 --> 00:03:55,800 Jurulatih kata kalau Jude kekalkan lompatan 75 sentimeter, 28 00:03:55,880 --> 00:03:58,040 dia boleh masuk bertanding dua bulan lagi. 29 00:03:58,120 --> 00:03:59,120 Wah! 30 00:03:59,200 --> 00:04:00,400 Teruskan berlatih. 31 00:04:00,480 --> 00:04:05,080 Ayah kata kalau saya menang, dia bawa saya naik kuda di Oman. 32 00:04:06,680 --> 00:04:09,400 Baiknya dia, walaupun ayah kamu benci kuda. 33 00:04:10,640 --> 00:04:12,560 Seronok juga dapat bercuti. 34 00:04:12,640 --> 00:04:18,280 Teringat pula semasa kita selalu bercuti ke Sepanyol, Marbella, Itali… 35 00:04:19,320 --> 00:04:22,400 Memang hebat. Setiap kali bercuti, rasa bertambah seronok. 36 00:04:22,920 --> 00:04:27,760 Malangnya itu semua dah tinggal kenangan. Kita dah lingkup sebab perceraian itu. 37 00:04:31,240 --> 00:04:33,720 Maaflah mak tak dapat bercuti sebab saya nak bebas! 38 00:04:34,320 --> 00:04:36,360 Bukan itu maksud mak kamu. 39 00:04:36,440 --> 00:04:37,880 Itulah maksud dia! 40 00:04:37,960 --> 00:04:41,520 Tak habis-habis nak ingatkan saya punca keluarga ini lingkup. 41 00:04:42,360 --> 00:04:43,320 Punca? 42 00:04:44,080 --> 00:04:45,760 Satu masalah saja. 43 00:04:51,680 --> 00:04:52,720 Mak dengar sini. 44 00:04:53,200 --> 00:04:59,480 Mak betul. Tapi saya sedang berusaha dan nanti, kita boleh melancong lagi. 45 00:04:59,560 --> 00:05:01,040 Jom pergi Paris. 46 00:05:01,120 --> 00:05:03,840 Rose kata dia makan coklat lazat di sana. 47 00:05:03,920 --> 00:05:04,800 Rose? 48 00:05:05,280 --> 00:05:08,160 Pelajar lebih tua yang sembang dengan kamu itu? 49 00:05:08,240 --> 00:05:09,600 Ya. Dia sangat baik. 50 00:05:09,680 --> 00:05:14,280 Dia kata mak berani sebab mula kerja selepas perkahwinan mak gagal. 51 00:05:14,360 --> 00:05:15,800 Budak mana ini? 52 00:05:15,880 --> 00:05:16,800 Rose Yousef. 53 00:05:18,080 --> 00:05:21,000 Rose Al Yousef dulu majalah kegemaran ayah. 54 00:05:21,080 --> 00:05:23,040 Malah ada kuda dinamakan sempena dia. 55 00:05:23,120 --> 00:05:26,640 Budak Rose ini tak kenal kamu pun. Macam mana dia tahu kamu berani? 56 00:05:26,720 --> 00:05:31,920 Kalau kita buat apa-apa langkah berani, sudah tentu orang akan tersentak. 57 00:05:32,520 --> 00:05:34,880 Mulalah mereka cakap tentang kita. 58 00:05:34,960 --> 00:05:36,680 Tapi dia cekap menunggang. 59 00:05:36,760 --> 00:05:41,120 Mak kamu boleh lompat 75 sentimeter sambil tutup mata. 60 00:06:00,920 --> 00:06:02,520 Bonne soirée, Maman. 61 00:06:03,080 --> 00:06:04,360 Bonne soirée? 62 00:06:04,880 --> 00:06:07,480 Nenek kamu yang ajar itu, ya? 63 00:06:07,560 --> 00:06:08,720 Selamat malam, Juju. 64 00:06:21,480 --> 00:06:22,960 Mak buat apa? 65 00:06:24,440 --> 00:06:27,240 Menghitung nilai sebuah syarikat. 66 00:06:29,240 --> 00:06:30,440 Mak, betulkah 67 00:06:31,760 --> 00:06:33,680 mak pandai tunggang kuda? 68 00:06:39,560 --> 00:06:40,560 Mak sangat mahir. 69 00:06:42,480 --> 00:06:45,960 Tapi mak tak cukup berlatih untuk jadi hebat. 70 00:06:47,080 --> 00:06:47,960 Tapi… 71 00:06:50,000 --> 00:06:51,040 Mak memang suka. 72 00:06:52,240 --> 00:06:53,560 Mak rasa kuat. 73 00:06:54,560 --> 00:06:56,440 Mak teringin nak pergi Royal Ascot. 74 00:06:56,520 --> 00:06:59,720 Setiap tahun, mak tengok kejohanan itu sambil membayangkan mak… 75 00:06:59,800 --> 00:07:00,800 Pakai topi. 76 00:07:00,880 --> 00:07:02,920 Macam wanita bangsawan? 77 00:07:03,000 --> 00:07:05,680 Betul, sayang. 78 00:07:09,480 --> 00:07:11,760 Kalau mak suka, kenapa berhenti? 79 00:07:16,560 --> 00:07:17,680 Nak jawapan sebenar? 80 00:07:18,600 --> 00:07:21,560 Banyak benda mak berhenti buat selepas kahwin. 81 00:07:25,200 --> 00:07:26,680 Apabila tengok kamu naik kuda… 82 00:07:29,000 --> 00:07:31,480 Mak sendiri rasa macam mak yang menunggang. 83 00:07:34,280 --> 00:07:36,120 Jangan kerja lama sangat. 84 00:07:40,520 --> 00:07:42,640 Selamat malam, mak. 85 00:07:44,240 --> 00:07:45,360 Selamat malam. 86 00:07:47,160 --> 00:07:48,000 BURSA KUWAIT 87 00:07:48,040 --> 00:07:48,880 Sepuluh. 88 00:07:48,960 --> 00:07:50,440 BURSA SAHAM KUWAIT 89 00:07:50,560 --> 00:07:51,600 Berapa? 90 00:07:51,680 --> 00:07:52,600 AL-RA'EE 91 00:07:52,680 --> 00:07:54,800 Tujuh puluh. Sepuluh unit, seribu. 92 00:07:55,640 --> 00:07:58,960 Kita ada 5,000 unit. 93 00:07:59,040 --> 00:08:01,200 Berapa? Cakap berapa unit. 94 00:08:01,280 --> 00:08:05,600 Dua ratus lima puluh unit. Kalau naik… 95 00:08:05,680 --> 00:08:07,240 KANTIN BURSA 96 00:08:07,320 --> 00:08:10,000 - Penatnya kerja tanpa henti. - Jangan stres. 97 00:08:10,080 --> 00:08:12,680 - Awak sedia? - Saya gugup sejak semalam. 98 00:08:12,760 --> 00:08:13,720 Nak buat apa? 99 00:08:13,800 --> 00:08:15,000 - Banyaknya. - Hai. 100 00:08:15,520 --> 00:08:19,600 Terima kasih sebab tolong uruskan ini sebab hari ini kami kena naik. 101 00:08:19,680 --> 00:08:21,840 Nanti dulu. Ini fail awak. 102 00:08:22,440 --> 00:08:25,680 Ambil ini juga. Fail awak. Mishari hantarkan tadi. 103 00:08:27,120 --> 00:08:29,880 Semoga berjaya dengan mesyuarat IPO itu. 104 00:08:37,000 --> 00:08:40,720 Awak ambil fail aliran tunai, saya ambil fail syarikat. 105 00:08:40,800 --> 00:08:44,720 Apa ini, Munira? Kita dah setuju saya akan uruskan fail syarikat. 106 00:08:44,800 --> 00:08:46,400 Awak lebih mahir dengan nombor. 107 00:08:46,480 --> 00:08:48,600 Baik awak dengar saja cakap saya. 108 00:08:57,720 --> 00:08:59,920 Bagus. Tepat pada masanya. 109 00:09:00,560 --> 00:09:01,760 Saya baru beritahu Sabiha 110 00:09:01,840 --> 00:09:06,600 awak berdua cekap seimbangkan antara berdagang dan terbitan awam ini. 111 00:09:06,680 --> 00:09:08,560 Dah ada anggaran nilai saya? 112 00:09:08,640 --> 00:09:10,000 Sudah tentu. Dah sedia. 113 00:09:10,080 --> 00:09:12,520 Jadi, berapa anggaran nilai syarikat saya? 114 00:09:12,600 --> 00:09:16,520 Saya serahkan kepada Munira dan Farida. 115 00:09:16,600 --> 00:09:18,280 Mereka akan umumkannya. 116 00:09:19,320 --> 00:09:20,480 Puan Sabiha, 117 00:09:20,560 --> 00:09:24,800 analisis kunci kira-kira syarikat puan yang terperinci di halaman tiga. 118 00:09:25,680 --> 00:09:28,960 Sejujurnya kami kagum dengan pengurusan aliran tunai syarikat puan. 119 00:09:29,040 --> 00:09:30,720 MENGUKUR KEMAJUAN SYARIKAT 120 00:09:30,800 --> 00:09:32,760 Walaupun keadaan pasaran mencabar. 121 00:09:33,400 --> 00:09:34,360 Minta maaf. 122 00:09:35,880 --> 00:09:37,920 Tolong beri saja nilainya. 123 00:09:41,080 --> 00:09:43,200 PENDAPATAN ALPHA DALAM DAN LUAR NEGARA 124 00:09:43,800 --> 00:09:45,120 Puan Sabiha, 125 00:09:45,200 --> 00:09:48,000 berdasarkan perhitungan tepat selama dua bulan, 126 00:09:48,640 --> 00:09:51,760 menurut kami, semua aset Alpha pada hari ini bernilai… 127 00:09:58,120 --> 00:09:59,240 tujuh puluh tiga juta. 128 00:10:03,280 --> 00:10:04,240 Tahniah. 129 00:10:04,320 --> 00:10:08,680 Saham terbitan awam syarikat hartanah puan adalah yang terbesar dalam sejarah Kuwait. 130 00:10:13,880 --> 00:10:15,200 Puan Sabiha, 131 00:10:15,720 --> 00:10:20,680 para pelabur akan bertanya tentang masa depan Alpha, maksudnya… 132 00:10:20,760 --> 00:10:22,400 Saya berat hati mahu cakap. 133 00:10:23,000 --> 00:10:23,960 Arwah suami puan, 134 00:10:24,920 --> 00:10:26,720 bekas CEO Alpha… 135 00:10:26,800 --> 00:10:28,120 Sudah tak ada lagi. 136 00:10:28,200 --> 00:10:29,680 Ini tugas arwah, bukan? 137 00:10:35,240 --> 00:10:37,280 Angka itu buat saya rasa terhina. 138 00:10:37,360 --> 00:10:39,560 Saya perlu beritahu awak sesuatu 139 00:10:40,280 --> 00:10:44,000 dan ia akan memberi kesan terhadap anggaran nilai awak itu. 140 00:10:48,440 --> 00:10:49,760 Suruh pasukan awak 141 00:10:50,440 --> 00:10:54,440 jumpa saya pagi Ahad di Pelabuhan Salmiya. 142 00:10:55,760 --> 00:10:57,360 Pakai baju yang sesuai. 143 00:11:05,520 --> 00:11:08,000 Kenapa tak pam dalam tandas saja? 144 00:11:08,080 --> 00:11:11,920 Dua bulan kita buat penilaian itu, tapi akhirnya dia kata… 145 00:11:12,000 --> 00:11:16,400 Apa dia kata? Angka itu buat dia rasa terhina. 146 00:11:16,480 --> 00:11:17,880 Terhina? 147 00:11:17,960 --> 00:11:20,040 Jangan ambil hati. 148 00:11:21,040 --> 00:11:22,640 Dia bukan marah kita. 149 00:11:22,720 --> 00:11:25,200 Tapi Sabiha nak beritahu rahsia 150 00:11:25,280 --> 00:11:28,440 yang dia kata akan tingkatkan anggaran nilai Alpha. 151 00:11:29,600 --> 00:11:31,240 Terus terang, saya rasa 152 00:11:32,160 --> 00:11:34,160 tentu ada sesuatu yang menarik. 153 00:11:34,240 --> 00:11:38,840 Entah berita apa yang tiba-tiba boleh naikkan nilai syarikat Alpha. 154 00:11:38,920 --> 00:11:42,040 Kalau dia tak puas hati dengan nilai 73 juta, 155 00:11:42,120 --> 00:11:45,280 berapa yang dia nak sebenarnya? 156 00:11:45,360 --> 00:11:47,000 Itulah persoalannya. 157 00:11:47,520 --> 00:11:50,640 Apabila saya tahu nanti, mungkin saya beritahu awak. 158 00:11:53,160 --> 00:11:54,520 Awak nak pergi mana? 159 00:11:54,600 --> 00:11:56,800 Bukan pergi mana, tapi jumpa siapa? 160 00:12:00,240 --> 00:12:02,120 Awak pula kenapa melawa? 161 00:12:02,800 --> 00:12:04,200 Nak jumpa seseorang? 162 00:12:08,920 --> 00:12:09,760 Mungkin. 163 00:12:11,920 --> 00:12:14,320 Ingat tak, kita buat ini dalam bilik tukang cuci? 164 00:12:18,040 --> 00:12:19,480 Tengok mana kita sekarang? 165 00:12:20,840 --> 00:12:22,280 Serta sejauh mana kita pergi. 166 00:12:38,880 --> 00:12:39,800 Munira? 167 00:12:41,480 --> 00:12:42,800 Apa ini? 168 00:12:43,480 --> 00:12:44,840 Kita jumpa orang sama? 169 00:12:46,200 --> 00:12:47,400 Sila ikut saya. 170 00:12:53,640 --> 00:12:56,840 Saya tak nak orang lain tahu kita makan malam bersama, 171 00:12:56,920 --> 00:12:58,880 terutamanya yang lelaki. 172 00:12:58,960 --> 00:13:03,320 Kalau mereka tahu, mereka ingat kita nak berkomplot pula. 173 00:13:07,960 --> 00:13:10,800 Puan Sabiha, saya cuma nak cakap sesuatu. 174 00:13:11,320 --> 00:13:14,320 Setelah mengkaji syarikat pimpinan seseorang macam puan, 175 00:13:14,400 --> 00:13:18,360 yang berpengaruh, luar biasa dan murah hati, saya banyak belajar. 176 00:13:19,160 --> 00:13:21,880 Ini kali pertama saya ada mesyuarat makan malam 177 00:13:21,960 --> 00:13:25,560 sejak saya mula kerja di bursa hampir setahun lalu. 178 00:13:25,640 --> 00:13:28,080 Saya jemput awak berdua keluar makan 179 00:13:28,840 --> 00:13:31,120 sebab saya sering duduk di sini 180 00:13:31,960 --> 00:13:37,880 dan ingatkan diri saya betapa sukarnya menjadi wanita yang memecah kebiasaan. 181 00:13:39,000 --> 00:13:43,920 Jadi kalau awak berdua perlu apa-apa, mintalah saja. 182 00:13:44,000 --> 00:13:45,800 Macam penasihat? Mentor? 183 00:13:47,920 --> 00:13:53,040 Saya memang tak boleh cakap tentang kerja dengan orang lain, selain Munira. 184 00:13:53,120 --> 00:13:54,760 Awak bernasib baik. 185 00:13:55,720 --> 00:14:01,600 Saya tak pernah berpeluang minta nasihat wanita yang hebat macam puan. 186 00:14:02,120 --> 00:14:05,800 Puan ada sebarang komen tentang prestasi kerja saya? 187 00:14:06,680 --> 00:14:08,760 Lain orang, lain gaya kerja. 188 00:14:09,280 --> 00:14:13,000 Tapi saya boleh beri nasihat 189 00:14:13,520 --> 00:14:16,800 yang akan berguna untuk mana-mana wanita bisnes. 190 00:14:16,880 --> 00:14:18,760 Ya, cakaplah. 191 00:14:18,840 --> 00:14:23,760 Pertama, jangan biar orang ingat mereka lebih bijak daripada awak. 192 00:14:24,360 --> 00:14:25,800 Macam awak buat tadi. 193 00:14:25,880 --> 00:14:30,880 Awak boleh menyampuk dan bersuara apabila perlu. 194 00:14:32,440 --> 00:14:36,880 Jangan ambil nota, kecuali kalau itu memang tugas awak. 195 00:14:37,400 --> 00:14:39,320 Awak mengetuai mesyuarat, 196 00:14:40,080 --> 00:14:41,480 bukannya setiausaha. 197 00:14:41,560 --> 00:14:45,160 - Maaf. - Jangan bantu orang berkemas. 198 00:14:45,240 --> 00:14:49,920 Saya tahu awak seorang ibu, tapi awak berkemas di rumah saja. 199 00:14:50,000 --> 00:14:51,440 Ya, baiklah. Maaf. 200 00:14:51,520 --> 00:14:54,520 Tak perlu minta maaf, itu menunjukkan awak lembik. 201 00:14:54,600 --> 00:14:57,000 Awak tak buat apa-apa salah pun. 202 00:15:01,440 --> 00:15:04,240 Mungkin kita boleh santai sikit. 203 00:15:05,440 --> 00:15:08,880 Puan Sabiha, saya teringin mahu tahu 204 00:15:08,960 --> 00:15:11,880 bagaimana awak menangani dugaan hidup? 205 00:15:11,960 --> 00:15:15,360 Dunia ini bukan untuk orang yang berhati lembut. 206 00:15:16,320 --> 00:15:18,960 Jangan terima saja sebarang tawaran. 207 00:15:19,680 --> 00:15:23,040 Awak mesti tuntut bahagian yang selayaknya untuk awak. 208 00:15:24,000 --> 00:15:26,760 - Seperti penilaian Alpha? - Contoh yang bagus. 209 00:15:28,440 --> 00:15:31,480 Atau macam cara awak melatah 210 00:15:31,560 --> 00:15:35,840 dengan khabar angin tentang CEO wanita tak tahu buat kerja. 211 00:15:36,520 --> 00:15:40,480 Tak apa. Saya dah biasa mendengarnya. 212 00:15:40,560 --> 00:15:44,400 Cuma saya terkejut mendengarnya daripada awak berdua. 213 00:15:45,440 --> 00:15:49,320 Sebab itulah, apabila awak buat penilaian semula Alpha nanti, 214 00:15:49,920 --> 00:15:52,640 awak kena ingat satu benda. 215 00:15:52,720 --> 00:15:55,880 Kita perempuan mesti bersatu. 216 00:15:58,400 --> 00:16:01,280 Makanan sudah sejuk. Makanlah. 217 00:16:17,000 --> 00:16:17,880 Lambat balik? 218 00:16:23,080 --> 00:16:24,880 Ayah masih kerja malam begini? 219 00:16:27,440 --> 00:16:29,760 Kerja memang tak pernah habis. 220 00:16:30,360 --> 00:16:31,560 Kamu pergi mana? 221 00:16:33,840 --> 00:16:35,240 Bina masa depan saya. 222 00:16:36,000 --> 00:16:36,840 Yakah? 223 00:16:38,760 --> 00:16:41,360 - Dengan siapa? - Mentor saya, Sabiha Saad. 224 00:16:54,040 --> 00:16:55,120 Duduk sana. 225 00:17:06,000 --> 00:17:10,000 Ayah rasa mereka dah beritahu kamu, atau kamu dah tahu sendiri 226 00:17:11,600 --> 00:17:12,440 yang… 227 00:17:14,600 --> 00:17:15,840 ada lelaki nak jumpa kamu. 228 00:17:17,240 --> 00:17:18,080 Lelaki? 229 00:17:19,240 --> 00:17:20,080 Ya. 230 00:17:24,920 --> 00:17:30,800 Ingatkan saya dah tolak setiap pinangan ke rumah ini sejak enam tahun lepas. 231 00:17:32,320 --> 00:17:35,720 Macam manalah mak boleh jumpa seorang lagi? 232 00:17:35,800 --> 00:17:38,160 Bukan mak kamu. Tapi ayah. 233 00:17:38,880 --> 00:17:40,200 Seorang wanita, 234 00:17:41,280 --> 00:17:47,040 tak kira betapa hebatnya dia atau betapa bagusnya pencapaian dia, 235 00:17:47,120 --> 00:17:48,960 tetap tiada nilai tanpa suami. 236 00:17:49,480 --> 00:17:53,480 Kamu memang buat keluarga ini rasa bangga dengan kamu. 237 00:17:54,240 --> 00:17:56,720 Kami selalu cakap tentang kejayaan kamu. 238 00:17:57,520 --> 00:18:01,080 Tapi keluarga ini akan tetap menanggung beban yang berat 239 00:18:02,000 --> 00:18:03,080 selagi kamu tak kahwin. 240 00:18:06,960 --> 00:18:11,520 Ayah dah tak ingat sudah berapa bulan 241 00:18:11,600 --> 00:18:13,440 sejak kamu dan… 242 00:18:13,520 --> 00:18:16,480 Apa namanya? Saud? Ya, Saud. 243 00:18:19,520 --> 00:18:21,280 Sejak kamu putus tunang. 244 00:18:21,360 --> 00:18:22,440 Saya bukan bertunang. 245 00:18:22,520 --> 00:18:24,280 Kamu patut dah tunang. 246 00:18:24,360 --> 00:18:25,400 Ayah restu… 247 00:18:26,200 --> 00:18:27,160 Duduk. 248 00:18:33,760 --> 00:18:36,000 Ayah restu, tak semestinya saya pun restu. 249 00:18:36,520 --> 00:18:39,600 Dia patut tanya saya sebelum dia beritahu orang kami bertunang. 250 00:18:40,680 --> 00:18:42,640 Bukan macam itu caranya. 251 00:19:01,200 --> 00:19:03,680 Kenapa, Munira? Awak tak apa-apa? 252 00:19:04,280 --> 00:19:06,440 Awak pun tahu saya mabuk laut. 253 00:19:07,440 --> 00:19:09,640 Oh, ya! 254 00:19:10,560 --> 00:19:11,960 Saya lupa. 255 00:19:20,000 --> 00:19:21,920 Memang ambil masa untuk hilangkan mabuk. 256 00:19:24,160 --> 00:19:26,880 Ada orang lain dengan kita. Rakan, anak Sabiha. 257 00:19:39,560 --> 00:19:42,160 Munira Hijazi dan Farida Ma'mun. 258 00:19:42,800 --> 00:19:44,120 Mereka kerja di bank. 259 00:19:44,640 --> 00:19:47,640 - Ini Rakan, anak saya. - Dia yang mak cerita? 260 00:19:49,960 --> 00:19:50,800 Ya. 261 00:19:51,960 --> 00:19:53,480 Serta sepupu dia. 262 00:19:56,000 --> 00:19:57,040 Selamat berkenalan. 263 00:19:58,320 --> 00:20:00,200 Jadi Sabiha bercakap tentang saya. 264 00:20:08,000 --> 00:20:12,800 Anak saya, Rakan, baru kembali dari syarikat kami di Tunisia 265 00:20:12,880 --> 00:20:15,200 dan dia buktikan kebolehannya di sana. 266 00:20:15,960 --> 00:20:20,800 Sebab itulah peranan Rakan akan diperluas lagi. 267 00:20:20,880 --> 00:20:24,040 Dialah masa hadapan Alpha. 268 00:20:24,760 --> 00:20:31,280 Sila alu-alukan Rakan sebagai CEO bersama syarikat Alpha. 269 00:20:31,800 --> 00:20:35,560 Merangkap ahli terbaru pasukan saham terbitan awam kita. 270 00:20:35,640 --> 00:20:36,720 Rakan. 271 00:20:37,200 --> 00:20:39,720 Kami gembira dengan berita ini. 272 00:20:41,320 --> 00:20:42,400 Tapi, Puan Sabiha, 273 00:20:42,480 --> 00:20:47,080 ini masih takkan menambah nilai kepada penilaian kami. 274 00:20:47,720 --> 00:20:48,800 Bukan ini saja. 275 00:20:49,560 --> 00:20:52,400 Alpha sudah empat tahun menyasarkan sebuah kontrak rahsia. 276 00:20:52,480 --> 00:20:56,080 Mak sengaja rahsiakannya sebab risau jika projek ini batal, 277 00:20:56,160 --> 00:20:58,960 ia akan jejaskan penilaian awak terhadap kami. 278 00:20:59,680 --> 00:21:02,000 Tapi ia tak batal. Kami berjaya. 279 00:21:02,080 --> 00:21:04,640 Maknanya kita semua berjaya. 280 00:21:05,400 --> 00:21:08,720 Projek ini unik dan penting daripada segi sejarah 281 00:21:08,800 --> 00:21:11,040 dan akan menambah lagi penilaian asal bank awak. 282 00:21:11,880 --> 00:21:17,360 Malah, syarikat kami boleh mencapai nilai sama macam sebuah pulau besar. 283 00:21:19,560 --> 00:21:23,680 Restoran, hotel, panggung wayang, tapak pelancongan dan hiburan… 284 00:21:24,360 --> 00:21:27,600 Tempat ini boleh dianggap macam syurga dunia. 285 00:21:30,280 --> 00:21:34,560 Failaka ada sejarah ketamadunan sejak 4,000 tahun dahulu. 286 00:21:35,400 --> 00:21:38,920 Tinggalan ini sudah ada sejak zaman Iskandar Agung. 287 00:21:39,560 --> 00:21:46,320 Awak kena ingat, nilai tinggalan ini akan menambah lagi nilai Alpha sendiri. 288 00:21:46,400 --> 00:21:47,600 Lebih penting lagi, 289 00:21:47,680 --> 00:21:51,840 nilai warisan ini akan bertambah tinggi sebab projek pemajuan Alpha. 290 00:21:51,920 --> 00:21:56,000 Awak kata pulau ini tak berpenghuni tapi tadi saya nampak ada orang. 291 00:21:56,080 --> 00:21:58,680 Ya, ada penduduk yang dah lama duduk sini. 292 00:21:58,760 --> 00:22:01,360 Apa akan jadi kepada mereka nanti? 293 00:22:01,440 --> 00:22:03,440 Mereka akan dibayar pampasan. 294 00:22:04,080 --> 00:22:05,400 Semua orang untung. 295 00:22:07,240 --> 00:22:09,360 Projek Failaka ini projek kerajaan. 296 00:22:11,120 --> 00:22:14,120 Ia memberi risiko kepada bank dan juga saya. 297 00:22:14,800 --> 00:22:18,200 Tapi saya rasa projek Failaka ini memang mengagumkan. 298 00:22:18,920 --> 00:22:20,560 Itu boleh kurangkan risiko. 299 00:22:20,640 --> 00:22:24,640 Kalau terlalu hebat, itu boleh buat kita terlebih nilai juga, bukan? 300 00:22:25,320 --> 00:22:28,640 Penilaian yang masuk akal boleh mengurangkan risikonya. 301 00:22:28,720 --> 00:22:30,400 Mula kerja serta-merta. 302 00:22:35,800 --> 00:22:38,720 BURSA KUWAIT 303 00:22:40,720 --> 00:22:45,480 Hai, Munier. Perut awak masih sakit atau… 304 00:22:50,320 --> 00:22:52,360 Mesin ATM itu buat orang kecoh. 305 00:22:52,440 --> 00:22:53,360 Okey. 306 00:22:54,360 --> 00:22:56,240 Tarik dan cuba lagi. Boleh tak? 307 00:22:56,320 --> 00:22:57,640 Farida. Munira. 308 00:22:58,600 --> 00:23:01,480 Mari sini. Cepatlah buat! 309 00:23:01,560 --> 00:23:03,280 Awak… Apa namanya? 310 00:23:03,360 --> 00:23:06,560 Awak dah dapat surat yang ada kad ATM awak. 311 00:23:06,640 --> 00:23:08,640 Awak tak tahu sebab awak keluar belayar. 312 00:23:08,720 --> 00:23:11,120 Awak berdua dah pandai belayar sekarang. 313 00:23:12,120 --> 00:23:13,920 Awak buka surat kami? 314 00:23:14,000 --> 00:23:16,000 Awak selalu tak ada di pejabat. 315 00:23:16,080 --> 00:23:19,120 - Awak rindu kami, ya? - Perasan betul! 316 00:23:19,200 --> 00:23:20,840 Cepatlah. Boleh tak? 317 00:23:20,920 --> 00:23:22,760 - Tak. - Aduh. 318 00:23:22,840 --> 00:23:25,520 UNTUK MENGAKTIFKAN KAD SILA KE ATM TERDEKAT 319 00:23:25,600 --> 00:23:26,760 Buat apa ini? 320 00:23:26,840 --> 00:23:29,400 Mereka nanti rosakkan saja mesin ini. 321 00:23:29,480 --> 00:23:32,520 - Mesin ini buat perangai betul. - Yalah. 322 00:23:32,600 --> 00:23:33,640 Dapat! 323 00:23:39,560 --> 00:23:43,000 Jangan malukan diri. Saya tarik balik pelaburan saya nanti. 324 00:23:43,080 --> 00:23:44,760 Pelaburan? Pelaburan apa? 325 00:23:44,840 --> 00:23:46,120 Jangan buka rahsia! 326 00:23:46,200 --> 00:23:50,040 Kenapa tak bawa mikrofon dan buat pengumuman saja? Awak ini! 327 00:23:50,120 --> 00:23:51,840 Ini antara kita saja. 328 00:23:51,920 --> 00:23:53,920 Nanti Amir tuduh kita curi tulang. 329 00:23:54,000 --> 00:23:55,040 Tuduh awak saja. 330 00:23:55,720 --> 00:24:00,680 Cik Farida, sepupu awak dah setuju mahu buka bisnes sampingan dengan kami. 331 00:24:00,760 --> 00:24:02,760 Dia akan melabur modal kami. 332 00:24:02,840 --> 00:24:06,080 Bagusnya! Munira akan bantu awak? 333 00:24:06,680 --> 00:24:10,480 Saya bukan bantu mereka. Saya gunakan mereka untuk buat duit. 334 00:24:10,560 --> 00:24:11,800 Tapi saya belum setuju. 335 00:24:13,240 --> 00:24:15,320 Kenapa tak ajak saya masuk sekali? 336 00:24:17,360 --> 00:24:19,240 Awak sibuk sangat dengan IPO itu. 337 00:24:19,320 --> 00:24:22,600 Sebenarnya, Farida, kami memang perlu pelabur lagi. 338 00:24:22,680 --> 00:24:24,240 Ya, cik. 339 00:24:24,320 --> 00:24:28,360 Cuba fikir potensi untungnya. Kita jadi satu pasukan. 340 00:24:28,440 --> 00:24:32,000 Kita satu pasukan tapi awak tak beritahu saya pun. 341 00:24:32,080 --> 00:24:35,000 Munira, Farida, Encik Amir panggil awak ke atas. 342 00:24:35,080 --> 00:24:36,280 Mari ikut saya. 343 00:24:39,560 --> 00:24:44,520 Harap awak dah sedia dan bersemangat untuk bekerja 344 00:24:44,600 --> 00:24:46,000 selepas semalam. 345 00:24:46,600 --> 00:24:49,320 Sabiha dan Rakan bawa kajian Failaka mereka 346 00:24:49,400 --> 00:24:50,720 selama empat tahun. 347 00:24:50,800 --> 00:24:52,560 Kaji semua ini segera 348 00:24:52,640 --> 00:24:55,000 dan bentangkan penilaian baru esok. 349 00:24:55,600 --> 00:24:56,440 Esok? 350 00:24:57,680 --> 00:24:59,920 Baik. Kami akan biar awak mula kerja. 351 00:25:01,560 --> 00:25:06,800 Saya harap awak akan ambil kira rancangan projek Failaka itu 352 00:25:07,400 --> 00:25:12,440 untuk beri penilaian syarikat yang lebih tinggi kali ini. 353 00:25:14,440 --> 00:25:16,680 Berapa nilai yang puan anggarkan? 354 00:25:18,600 --> 00:25:19,800 Sembilan puluh tiga juta. 355 00:25:21,800 --> 00:25:22,800 Itu amat tinggi. 356 00:25:23,760 --> 00:25:26,880 Lebih tinggi daripada nilai kebanyakan bank Kuwait. 357 00:25:27,440 --> 00:25:28,960 Termasuk bank kami. 358 00:25:29,040 --> 00:25:31,240 Rasa teruja apabila dengar, bukan? 359 00:25:32,040 --> 00:25:36,960 Saya tak rasa kajian itu ada sebut kalau CEO bersama Alpha 360 00:25:37,480 --> 00:25:40,160 mampu urus projek sebesar itu. 361 00:25:40,920 --> 00:25:42,120 Awak ingat saya tak mampu? 362 00:25:42,200 --> 00:25:45,120 Bukan pendapat saya saja, pelabur mungkin rasa begitu juga. 363 00:25:48,640 --> 00:25:49,720 KAJIAN "FAILAKA" ALPHA 364 00:25:52,720 --> 00:25:54,840 Sudah enam jam kita kerja. 365 00:25:57,640 --> 00:25:59,960 Macam mana nak buat kerja gila ini? 366 00:26:00,840 --> 00:26:03,360 Tanahnya memang subur dan sempurna. 367 00:26:04,200 --> 00:26:05,080 Pelannya pula 368 00:26:05,840 --> 00:26:06,680 menakjubkan. 369 00:26:08,200 --> 00:26:11,760 Betul, tapi ramalan hasil Alpha terlalu melampau, Munira. 370 00:26:12,840 --> 00:26:18,320 Saya rasa anggaran penilaian Sabiha sebanyak 93 juta memang tepat. 371 00:26:19,720 --> 00:26:22,360 Saya pula rasa awak cuma mahu bodek Sabiha. 372 00:26:24,400 --> 00:26:25,560 Sebab dia memang hebat. 373 00:26:27,240 --> 00:26:28,800 Rakan pun boleh tahan. 374 00:26:30,880 --> 00:26:33,040 Tapi Sabiha main tarik tali dengan kita. 375 00:26:34,040 --> 00:26:35,880 Jangan salah sangka. 376 00:26:37,280 --> 00:26:40,520 Saya layak dapat perhatian dia. Malah, saya juga suka. 377 00:26:41,880 --> 00:26:42,960 Tapi saya faham dia. 378 00:26:48,880 --> 00:26:52,400 Saya amat berminat dengan projek Failaka, saya memang suka. 379 00:26:53,000 --> 00:26:55,560 Saya boleh cam pelaburan yang bagus. 380 00:26:56,160 --> 00:26:58,240 Macam pelaburan awak untuk Hassan dan Walid? 381 00:27:00,400 --> 00:27:02,520 Itu takkan buat saya jadi kaya. 382 00:27:03,040 --> 00:27:04,480 Cuma boleh buat duit saja. 383 00:27:04,560 --> 00:27:06,160 Nanti saya tunjuk kedainya. 384 00:27:09,600 --> 00:27:12,360 Ini kedai kaset? 385 00:27:12,880 --> 00:27:16,040 Bukan sembarang kedai kaset. Ini Tarabesque! 386 00:27:16,120 --> 00:27:18,120 - Impian pertama kami. - Aneh! 387 00:27:18,200 --> 00:27:22,520 Ya. Jangan lupa, kami memang pandai urus duit. 388 00:27:22,600 --> 00:27:26,720 Tapi minat utama kami ialah muzik. 389 00:27:26,800 --> 00:27:29,280 Sudah tiga tahun kami kumpul modal. 390 00:27:29,360 --> 00:27:32,280 Ini ada satu kejutan terakhir. 391 00:27:32,920 --> 00:27:36,000 Kami ada sesuatu yang istimewa. Umish! 392 00:27:36,080 --> 00:27:37,960 Umish, mari sini! 393 00:27:38,560 --> 00:27:41,560 Dia boleh nyanyi Inggeris, Bollywood, India, lagu Arab klasik, 394 00:27:41,640 --> 00:27:45,240 main seruling, dan paling penting, dia pengurus kedai ini. 395 00:27:45,760 --> 00:27:47,080 - Serba boleh. - Ya. 396 00:27:47,160 --> 00:27:49,600 Inilah dia orangnya. 397 00:27:49,680 --> 00:27:54,640 Michael Jackson, James Brown, Bee Gees, dan paling penting, Bob Marley. 398 00:27:57,760 --> 00:27:59,040 - Wah! - Wah! 399 00:28:03,800 --> 00:28:08,400 Kalau tak nak kami menangis, kami perlu pelaburan dua ribu dinar. 400 00:28:08,480 --> 00:28:09,320 Okey. 401 00:28:09,400 --> 00:28:11,080 Saya akan melabur separuh. 402 00:28:12,600 --> 00:28:15,920 Itu pun kalau Faroudty akan melabur lagi separuh. 403 00:28:16,000 --> 00:28:17,520 Awak rasa macam mana? 404 00:28:17,600 --> 00:28:19,720 Entahlah, Munier. 405 00:28:20,480 --> 00:28:21,880 Seribu dinar? 406 00:28:21,960 --> 00:28:25,480 Fikir. Jumlah itu sikit saja berbanding bonus IPO nanti. 407 00:28:26,600 --> 00:28:28,960 Berapa hasil yang awak jangkakan? 408 00:28:29,040 --> 00:28:31,640 Cara pemikiran awak dah salah. 409 00:28:31,720 --> 00:28:34,680 Kedai macam ini takkan buat kita untung besar. 410 00:28:35,200 --> 00:28:39,720 Tapi modal seribu dinar itu akan buat kita jadi seorang tauke bisnes. 411 00:28:51,440 --> 00:28:55,880 PEJABAT PENTADBIRAN KELAB EKUESTRIAN DAN MEMANCING 412 00:28:57,960 --> 00:29:01,280 Tengok, mak? Dah nak habis latihan, baru dia datang. 413 00:29:01,360 --> 00:29:02,520 Ya, mak nampak. 414 00:29:02,600 --> 00:29:04,360 Sibuk sangat dengan kerja. 415 00:29:08,240 --> 00:29:09,960 Lama tak jumpa, mak cik. 416 00:29:10,960 --> 00:29:14,000 Saya nak pergi beli kopi. Nak minum sekali? 417 00:29:14,080 --> 00:29:16,280 Tidak. Saya nak cakap sikit dengan awak. 418 00:29:17,600 --> 00:29:21,200 Awak beri contoh buruk kepada Jude. 419 00:29:21,280 --> 00:29:24,840 Awak kerja dengan lelaki dan sekarang nak ada bisnes pula. 420 00:29:24,920 --> 00:29:26,000 Tak boleh! 421 00:29:26,080 --> 00:29:27,680 Jude yang lebih penting. 422 00:29:27,760 --> 00:29:29,680 Ini tanggungjawab awak sebagai ibu. 423 00:29:29,760 --> 00:29:32,840 Ya, sudah tentu. Saya sentiasa mengutamakan Jude. 424 00:29:33,440 --> 00:29:37,000 Jadi jangan buat apa-apa yang menganiaya anak awak itu. 425 00:29:38,000 --> 00:29:42,000 Saya cuma mahu buktikan saya boleh jaga diri saya sendiri. 426 00:29:42,080 --> 00:29:43,880 Mak jenis apa awak ini? 427 00:29:43,960 --> 00:29:47,600 Saya? Saya ibu tunggal yang membesarkan anak seorang diri. 428 00:29:48,120 --> 00:29:52,240 Terima kasih sebab bayar kelas dia tapi saya yang bela dia sekarang. 429 00:29:53,000 --> 00:29:56,840 Saya juga baru dapat peluang melabur dalam bisnes baru. 430 00:29:56,920 --> 00:29:58,440 Hidup kami dah bertambah baik. 431 00:29:58,960 --> 00:30:02,960 Tak lama lagi saya akan berdikari dan sudah tak perlu sesiapa lagi. 432 00:30:04,040 --> 00:30:07,080 Ya. Awak ingat ini kelakar sangat, ya? 433 00:30:07,160 --> 00:30:09,880 Seorang ibu boleh diganti dengan 50 perempuan. 434 00:30:09,960 --> 00:30:13,600 Macam saya cakap sebelum ini, baik awak berhati-hati. 435 00:30:14,160 --> 00:30:15,120 Jaga-jaga sikit. 436 00:30:17,040 --> 00:30:18,080 Hai. 437 00:30:18,160 --> 00:30:21,160 - Hai. Awak Rose, bukan? - Ya. 438 00:30:21,240 --> 00:30:23,720 Jude banyak cerita tentang awak. Sihat? 439 00:30:23,800 --> 00:30:27,440 - Sihat. Puan pula? - Sihat saja. Biar saya kenalkan. 440 00:30:28,200 --> 00:30:31,200 Ini Um Omar, nenek Jude. 441 00:30:32,480 --> 00:30:36,880 Tolonglah, saya kenal Rose dan mak dia. Mak dia kawan lama saya. 442 00:30:37,560 --> 00:30:38,680 Baguslah. 443 00:30:38,760 --> 00:30:43,160 Saya nampak puan sampai tadi. Kereta puan nampak mahal. 444 00:30:45,280 --> 00:30:47,840 Sayang, jangan tertipu. 445 00:30:48,600 --> 00:30:50,760 Itu kereta sepupu dia. 446 00:30:50,840 --> 00:30:53,560 Sepupu dia cuma kasihankan dia saja. 447 00:30:55,960 --> 00:30:58,280 Tidak. Saya beli kereta itu sendiri. 448 00:30:58,880 --> 00:31:00,920 Bukan Mak Cik Munira beri mak? 449 00:31:01,000 --> 00:31:05,840 Sayang! Mak Cik Munira cuma beri harga bagus sebab dia sepupu mak. 450 00:31:05,920 --> 00:31:10,280 - Tapi saya suka sebab ia berkilat. - Asalkan ada kenderaan saja. 451 00:31:15,800 --> 00:31:17,680 UNJURAN PENILAIAN SYARIKAT HARTANAH ALPHA 452 00:31:25,160 --> 00:31:26,560 Ya, masuklah. 453 00:31:31,160 --> 00:31:34,440 Kerja lewat malam? Kamu dah ikut ayah kamu. 454 00:31:38,040 --> 00:31:39,480 Mak bawa sesuatu. 455 00:31:56,880 --> 00:31:57,720 Bukalah. 456 00:32:07,880 --> 00:32:11,200 Nenek Habiba kamu yang beri mak kalung ini. 457 00:32:12,400 --> 00:32:13,840 Mak beri kepada kamu. 458 00:32:15,400 --> 00:32:17,840 Saya menangis-nangis mahu ini dulu. 459 00:32:19,800 --> 00:32:21,160 Kamu memang suka menangis. 460 00:32:21,240 --> 00:32:25,360 Tapi mak kata ini kalung mahal dan tak boleh dibuat mainan. 461 00:32:25,440 --> 00:32:30,120 Ya. Tapi mak dah cakap satu hari nanti, mak akan beri kamu. Tengok? 462 00:32:37,160 --> 00:32:38,960 Siapa lelaki yang ayah pilih? 463 00:32:39,040 --> 00:32:43,160 Dia rakan bisnes yang mahu bina masa depan dengan kita. 464 00:32:43,240 --> 00:32:47,840 Mak ingat, kalau nak jumpa dia esok, apa kata kamu pakai kalung ini? 465 00:32:54,640 --> 00:32:57,520 Kenapa mak tak beri semasa saya dengan Saud? 466 00:33:01,960 --> 00:33:05,120 Kamu sendiri cakap. Kamu dengan Saud bukan bertunang. 467 00:33:37,360 --> 00:33:42,320 Saya nak tanya. Nenek Habiba ada beri kalung berlian semasa awak kahwin Omar? 468 00:33:42,400 --> 00:33:44,440 Mak saya dapat berlian, mak awak dapat delima. 469 00:33:44,520 --> 00:33:46,240 Mereka ingat boleh rasuah kita. 470 00:33:57,960 --> 00:33:58,960 Kenapa? 471 00:34:03,520 --> 00:34:04,360 Tak ada apa. 472 00:34:07,080 --> 00:34:09,280 Mujur ini akan selesai tak lama lagi. 473 00:34:11,840 --> 00:34:13,960 Jangan masuk campur pembentangan nanti. 474 00:34:14,680 --> 00:34:15,880 Hal ini rumit. 475 00:34:17,320 --> 00:34:18,520 Biar saya uruskan. 476 00:34:30,320 --> 00:34:35,360 Kita semua sudah setuju projek Failaka akan menaikkan potensi penilaian kami. 477 00:34:35,440 --> 00:34:38,040 Tapi ia kucar-kacirkan penilaian juga. 478 00:34:38,120 --> 00:34:41,080 Saya yakin potensi baru yang kami ada 479 00:34:41,640 --> 00:34:42,800 boleh atasi semua itu. 480 00:34:42,880 --> 00:34:44,640 Saya gembira mahu maklumkan 481 00:34:45,880 --> 00:34:49,680 berita itu memang sudah menaikkan penilaian kami untuk Alpha. 482 00:34:52,760 --> 00:34:55,400 Lapan puluh lapan juta dinar. 483 00:35:00,640 --> 00:35:04,560 Saya ingat saya sudah jelaskan kepada pasukan awak. 484 00:35:04,640 --> 00:35:06,840 Angka itu tak cukup tinggi. 485 00:35:06,920 --> 00:35:07,960 Saya faham. 486 00:35:09,760 --> 00:35:11,080 Itulah penilaian kami. 487 00:35:12,560 --> 00:35:13,600 Tak mengapa. 488 00:35:14,720 --> 00:35:16,880 Kami akan minta Virtue menilai kami. 489 00:35:16,960 --> 00:35:19,680 Awak harus tunggu tiga bulan lagi. 490 00:35:20,520 --> 00:35:22,200 Apalah sangat tiga bulan? 491 00:35:23,360 --> 00:35:24,480 Saya sanggup 492 00:35:25,120 --> 00:35:30,400 sebab saya yakin syarikat saya bernilai lebih tinggi. 493 00:35:31,680 --> 00:35:33,160 Baik. Sebentar. 494 00:35:42,200 --> 00:35:43,040 Apa kata 495 00:35:43,880 --> 00:35:45,640 kita naikkan dua peratus? 496 00:35:46,240 --> 00:35:47,200 Empat. 497 00:35:48,640 --> 00:35:49,600 Sebentar. 498 00:35:52,920 --> 00:35:55,160 Puan galakkan saya bersuara. 499 00:35:56,320 --> 00:35:58,440 Jadi, pada pendapat saya… 500 00:35:59,080 --> 00:36:01,760 Tak ada jaminan projek Failaka itu 501 00:36:01,840 --> 00:36:03,880 akan capai sasaran untuk IPO puan. 502 00:36:08,400 --> 00:36:09,280 Baiklah. 503 00:36:11,920 --> 00:36:13,680 Kita ambil jalan tengah. 504 00:36:14,560 --> 00:36:15,560 Tiga peratus. 505 00:36:34,160 --> 00:36:35,000 Bagus. 506 00:36:36,240 --> 00:36:37,400 Jumpa lagi. 507 00:36:44,040 --> 00:36:45,120 Puan Sabiha. 508 00:36:48,040 --> 00:36:50,480 Saya minta maaf. Harap puan tak kisah… 509 00:36:50,560 --> 00:36:52,520 Saya dah kata, jangan asyik minta maaf. 510 00:36:53,240 --> 00:36:56,080 Saya juga dah suruh awak sentiasa bersuara. 511 00:36:57,560 --> 00:36:58,520 Awak kuat. 512 00:36:59,440 --> 00:37:02,320 Malam ini, mari makan malam di menara 513 00:37:02,920 --> 00:37:04,080 dan kita boleh sembang. 514 00:37:28,480 --> 00:37:29,400 Saya jadi. 515 00:37:29,480 --> 00:37:30,360 Saya akan melabur. 516 00:37:31,760 --> 00:37:32,600 Dengar sini. 517 00:37:34,400 --> 00:37:39,000 Saya nak mula dengan bisnes kecil dan tengok ia maju. Macam Sabiha. 518 00:37:39,080 --> 00:37:43,080 - Awak bawa duitnya? - Tak. Saya baru saja buat keputusan. 519 00:37:44,720 --> 00:37:45,840 Bank dah tutup. 520 00:37:46,360 --> 00:37:48,320 Kami jumpa pengimport sejam lagi. 521 00:37:48,400 --> 00:37:50,880 Tapi awak perlu bahagian Munira juga. 522 00:37:52,360 --> 00:37:57,120 Munira dah beri bahagian dia. Dia dah agak awak akan masuk juga. 523 00:38:00,840 --> 00:38:02,080 Ayuh. 524 00:38:04,520 --> 00:38:06,960 ATM DEMI MASA HADAPAN LEBIH CANGGIH 525 00:38:20,920 --> 00:38:22,120 DEPOSIT - KELUAR - TUNAI 526 00:38:24,560 --> 00:38:25,560 Duit saya! 527 00:38:27,840 --> 00:38:28,840 Tolong. 528 00:38:29,440 --> 00:38:30,480 Wah! 529 00:38:30,520 --> 00:38:31,520 JUARA EKUESTRIAN 530 00:38:34,080 --> 00:38:35,440 Kamu nak pergi mana? 531 00:38:36,320 --> 00:38:37,280 Ada hal kerja. 532 00:38:37,360 --> 00:38:42,320 Kerja lagi? Supaya mak boleh cantikkan lagi kereta kesayangan mak itu? 533 00:38:42,880 --> 00:38:45,880 Kamu tahu kenapa mak kamu bekerja keras? 534 00:38:45,960 --> 00:38:47,680 Sebab dia mula dari bawah. 535 00:38:51,560 --> 00:38:52,680 Jude. 536 00:38:52,760 --> 00:38:55,120 Mak tahu kamu banyak tak puas hati. 537 00:38:55,760 --> 00:38:57,200 Tapi kita okey, sayang. 538 00:38:57,280 --> 00:38:58,240 Hidup kita baik. 539 00:38:58,840 --> 00:39:01,440 Hidup kita akan bertambah baik. Percayalah. 540 00:39:01,520 --> 00:39:04,880 Ayah cerita tentang zaman dulu-dulu kepada Jude. 541 00:39:06,400 --> 00:39:08,600 Ceritalah lagi. 542 00:39:08,680 --> 00:39:13,520 Semasa ayah kecil dulu, datuk kamu kerja di kandang kuda. 543 00:39:13,600 --> 00:39:18,320 Setiap malam dia akan balik kepenatan dan dia akan peluk ayah erat-erat. 544 00:39:18,400 --> 00:39:20,320 Tapi dia bau macam kuda. 545 00:39:21,800 --> 00:39:26,520 Tapi nak buat macam mana? Ayah memang nak tunggang kuda. 546 00:39:27,120 --> 00:39:33,000 Lama-kelamaan, ayah mula kerja dengan dia dan ayah pun mula berbau macam dia. 547 00:39:33,680 --> 00:39:34,520 Seluruh badan. 548 00:39:35,680 --> 00:39:39,760 Itu mengajar ayah, kerja keras pun boleh dianggap sama berharga 549 00:39:39,840 --> 00:39:41,240 dengan harta pusaka. 550 00:39:51,640 --> 00:39:52,760 Saya nak ambil beg. 551 00:40:02,000 --> 00:40:04,880 Walid, angkat telefon. Saya tengah sibuk. 552 00:40:04,960 --> 00:40:06,160 Helo. 553 00:40:06,240 --> 00:40:10,360 Dengar sini. Sebagai pemegang saham Tarabesque, saya ada permintaan. 554 00:40:10,440 --> 00:40:12,120 - Hassan. - Apa dia? 555 00:40:12,200 --> 00:40:14,120 - Pelabur kita. - Yang mana satu? 556 00:40:14,200 --> 00:40:15,200 Cik Farida. 557 00:40:16,360 --> 00:40:19,400 Helo. Nak apa, ya? 558 00:40:20,960 --> 00:40:22,520 Ambil Jude kerja di kedai. 559 00:40:23,560 --> 00:40:26,680 - Dia budak lagi. - Habis? Dia mesti kerja kuat. 560 00:40:26,760 --> 00:40:28,080 Kami kena bayar gaji? 561 00:40:29,480 --> 00:40:32,600 Walid, mestilah awak kena bayar dia gaji! 562 00:40:43,480 --> 00:40:44,880 Dah siap, sayang? 563 00:40:48,840 --> 00:40:49,680 Belum. 564 00:40:51,920 --> 00:40:52,840 Belum siap. 565 00:40:56,520 --> 00:40:57,400 Sekarang baru siap. 566 00:40:59,920 --> 00:41:01,360 Cepat. Kita dah lambat. 567 00:41:08,520 --> 00:41:13,000 Helo. Itu dia gadis paling jelita. 568 00:41:14,040 --> 00:41:15,960 Munira, kenalkan kawan ayah, Qassar. 569 00:41:51,240 --> 00:41:52,920 Maaf, saya lambatkah? 570 00:41:53,640 --> 00:41:54,480 Bukan. 571 00:41:55,480 --> 00:41:57,800 Saya yang datang awal. Duduklah. 572 00:42:04,240 --> 00:42:08,160 Terus-terang, saya tak pernah minta maaf dengan sesiapa. 573 00:42:09,080 --> 00:42:12,120 Tapi malam ini, saya perlu minta maaf dengan awak. 574 00:42:13,800 --> 00:42:16,960 Minta maaf dengan saya? Kenapa? 575 00:42:17,040 --> 00:42:21,760 Nampaknya awak dah salah sangka dengan perhatian saya kepada awak. 576 00:42:23,040 --> 00:42:24,640 Saya bukan kawan awak 577 00:42:25,440 --> 00:42:27,120 mahu pun mentor awak. 578 00:42:28,040 --> 00:42:29,840 Saya klien di bank tempat awak bekerja. 579 00:42:31,560 --> 00:42:34,320 Saya minta Munira masuk pasukan IPO saya. 580 00:42:35,360 --> 00:42:38,360 Tapi Amir yang bawa awak masuk pasukan itu. 581 00:42:39,320 --> 00:42:43,480 Saya tak tahu kenapa dia ingat awak layak dapat peluang itu. 582 00:42:43,560 --> 00:42:47,440 Tapi awak dah salah faham dengan layanan saya kepada awak. 583 00:42:49,520 --> 00:42:50,560 Saya… 584 00:42:52,080 --> 00:42:53,680 Saya cuma… 585 00:42:54,800 --> 00:42:56,720 Saya tak faham maksud puan. 586 00:42:56,800 --> 00:42:57,640 Amir 587 00:42:58,720 --> 00:43:00,720 sepatutnya setuju dengan empat peratus. 588 00:43:01,840 --> 00:43:03,800 Tapi awak buka mulut. 589 00:43:04,400 --> 00:43:06,320 Awak buat saya rugi satu peratus. 590 00:43:09,840 --> 00:43:10,760 Dengar sini. 591 00:43:10,840 --> 00:43:14,440 Saya tahu awak tentu akan rasa susah hati sebab ini. 592 00:43:15,160 --> 00:43:17,120 Tapi saya masih kasihankan awak. 593 00:43:18,720 --> 00:43:21,600 Sama ada awak keluar pasukan ini, 594 00:43:22,960 --> 00:43:26,480 atau saya akan minta mereka keluarkan awak. 595 00:43:36,080 --> 00:43:38,680 Cuba makan escalope itu. Sedap. 596 00:43:42,560 --> 00:43:44,040 Ia tak ada tulang. 597 00:49:53,880 --> 00:49:58,880 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela