1 00:00:08,875 --> 00:00:10,875 Aku tak tahu apa mereka ceritakan. 2 00:00:24,916 --> 00:00:26,708 Tapi ini yang aku tahu. 3 00:00:27,958 --> 00:00:30,000 Penjara macam biasa pada hari itu. 4 00:00:30,083 --> 00:00:32,083 …sedikit air sejuk. 5 00:00:32,166 --> 00:00:33,500 Tapi kami boleh bantu. 6 00:00:33,583 --> 00:00:35,916 Ini Ejen Santos dari Polis Persekutuan. 7 00:00:37,375 --> 00:00:41,458 Tapi hari itu, majoriti pengawal penjara mendengar taklimat Santos. 8 00:00:41,541 --> 00:00:42,916 Topik pengurusan… 9 00:00:43,000 --> 00:00:45,333 Aku tak tahu bagaimana mereka tahu. 10 00:00:46,458 --> 00:00:48,250 Kaulah dindingku, pelindungku. 11 00:00:48,333 --> 00:00:51,250 Dengan namaMu, pimpin dan bimbing aku." 12 00:00:52,833 --> 00:00:54,500 Mari pergi, Nirjiwa. 13 00:00:54,583 --> 00:00:56,291 Tapi apa yang aku tahu adalah 14 00:00:56,375 --> 00:00:58,833 mereka tahu masa untuk menyerang. 15 00:01:23,416 --> 00:01:26,708 FOZ DO IGUAÇU PENJARA NEGERI 16 00:01:27,583 --> 00:01:28,875 Gerak. Lekas! 17 00:01:28,958 --> 00:01:30,041 Kereta berperisai… 18 00:01:30,125 --> 00:01:31,000 Gerak! 19 00:01:31,083 --> 00:01:33,000 …jaket kalis peluru, dan pistol. 20 00:01:33,083 --> 00:01:34,416 Fokus! 21 00:01:38,166 --> 00:01:39,791 15 perancang Organisasi. 22 00:01:39,875 --> 00:01:40,791 Tak guna. 23 00:01:44,375 --> 00:01:46,708 Tapi keadaan menyebelahi mereka 24 00:01:46,791 --> 00:01:48,958 apabila terdapat unsur kejutan. 25 00:01:50,625 --> 00:01:52,083 PEGAWAI PENJARA 26 00:02:02,041 --> 00:02:04,791 Perhatian! Penjara sedang diserang! 27 00:02:04,875 --> 00:02:05,833 Mohon bantuan! 28 00:02:05,916 --> 00:02:09,875 - Semua ke bilik peperiksaan. - Mereka menceroboh penjara! Bantuan! 29 00:02:12,958 --> 00:02:15,041 Buka! 30 00:02:16,125 --> 00:02:18,250 - Sekejap! - Buka pintu ni! 31 00:02:22,875 --> 00:02:25,208 Semua orang keluar, okey? 32 00:02:25,291 --> 00:02:27,291 Aku nak jemput orang-orang aku. 33 00:02:27,916 --> 00:02:30,000 Di mana Martelo dan Caroço? 34 00:02:30,750 --> 00:02:33,291 Di mana Martelo dan Caroço? 35 00:02:33,375 --> 00:02:35,291 - Panggil mereka! - Tingkat atas. 36 00:02:35,375 --> 00:02:36,750 Salah seorang di B-4! 37 00:02:37,333 --> 00:02:39,583 - Di mana dia? - Jangan tembak! 38 00:02:39,666 --> 00:02:41,458 Di mana dia? Tangan di kepala. 39 00:02:44,583 --> 00:02:45,541 Ikut saya. 40 00:02:45,625 --> 00:02:47,166 Itu bukan masalah Santos, 41 00:02:49,250 --> 00:02:51,250 tapi dia pergi dulu. 42 00:02:51,958 --> 00:02:53,666 Dia sentiasa perlu jadi wira. 43 00:02:53,750 --> 00:02:54,625 Angkat tangan! 44 00:02:54,708 --> 00:02:56,666 Lapan ratus banduan. 45 00:02:56,750 --> 00:02:58,541 Mereka cuma larikan 56 orang. 46 00:02:58,625 --> 00:03:03,000 Semuanya ada sejarah rompakan bank. Semuanya daripada Organisasi. 47 00:03:04,125 --> 00:03:06,500 Semuanya berjalan seperti yang dirancang 48 00:03:06,583 --> 00:03:08,041 sehinggalah Santos tiba. 49 00:03:08,125 --> 00:03:09,375 Polis celaka datang! 50 00:03:21,041 --> 00:03:24,125 Berhenti! Aku ada tebusan dan aku akan bunuh dia. 51 00:03:24,208 --> 00:03:25,125 Jangan tembak! 52 00:03:25,208 --> 00:03:26,208 Aku bunuh dia. 53 00:03:28,041 --> 00:03:30,083 - Aku bunuh dia! - Jangan tembak! 54 00:03:33,666 --> 00:03:34,916 Seorang tebusan, 55 00:03:35,500 --> 00:03:36,625 samseng terlepas, 56 00:03:37,458 --> 00:03:39,541 dan tiada cara untuk halang mereka. 57 00:03:45,708 --> 00:03:47,750 Santos selamatkan tebusan, 58 00:03:47,833 --> 00:03:50,750 tapi dia lupa prinsip yang dia ajar orang lain. 59 00:03:52,916 --> 00:03:54,625 Dia meninggalkan kawasan 60 00:03:54,708 --> 00:03:58,000 tanpa memastikan ancaman itu telah dibendung. 61 00:03:58,083 --> 00:04:00,958 Lelaki seperti Santos takkan buat kesilapan itu 62 00:04:01,041 --> 00:04:03,208 jika dia sihat dan waras 100 peratus 63 00:04:03,291 --> 00:04:05,083 dan bukannya mabuk. 64 00:04:06,666 --> 00:04:09,166 Aku cuma terfikir satu perkara sejak itu. 65 00:04:12,291 --> 00:04:13,833 Tangkap si bangsat itu. 66 00:04:15,083 --> 00:04:19,458 Empat puluh empat juta dolar dicuri, kereta dibakar, tembak-menembak… 67 00:04:23,208 --> 00:04:30,208 BODY OF CRIME PEMBUKAAN 68 00:05:08,208 --> 00:05:13,125 EPISOD 2 PETUNJUK DARIPADA MALAM ITU 69 00:05:19,500 --> 00:05:20,958 Saya rindu awak. 70 00:05:25,166 --> 00:05:26,375 Sekejap. 71 00:05:26,458 --> 00:05:28,083 Tidak. 72 00:05:52,541 --> 00:05:53,791 Saya cintakan awak. 73 00:06:17,791 --> 00:06:19,000 Bagaimana rupa saya? 74 00:06:20,000 --> 00:06:21,333 Awak sentiasa cantik. 75 00:06:21,958 --> 00:06:23,458 Awal pagi pun cantik. 76 00:06:23,958 --> 00:06:26,875 Semua orang akan berebut kes Proguard hari ini. 77 00:06:26,958 --> 00:06:29,083 Saya nak berlari sebelum kerja. 78 00:06:30,208 --> 00:06:32,583 Fê, boleh tak kita upah pengasuh? 79 00:06:32,666 --> 00:06:36,750 Kita tak perlu upah pengasuh. Kita cuma perlu susun jadual kita. 80 00:06:36,833 --> 00:06:38,875 Saya patut suruh mak datang awal. 81 00:06:38,958 --> 00:06:41,791 Perlu atau tak belakang kira. Saya nak seorang. 82 00:06:41,875 --> 00:06:44,916 Saya dah beritahu awak sejak sebelum dia lahir. 83 00:06:45,916 --> 00:06:47,791 Dia masih terlalu kecil. 84 00:06:49,291 --> 00:06:50,166 Sayang mak. 85 00:06:50,750 --> 00:06:54,375 Mak ingatkan pengasuh sepatutnya menjaga bayi. 86 00:06:54,458 --> 00:06:55,416 Jaga bayi! 87 00:06:55,500 --> 00:06:56,416 Saya serius. 88 00:06:57,708 --> 00:06:59,083 Saya pun serius, Fê. 89 00:07:32,500 --> 00:07:34,291 Selamat pagi. 90 00:07:35,500 --> 00:07:36,375 Panas. 91 00:07:37,083 --> 00:07:39,083 Kau nak aku letak kiub ais? 92 00:07:42,291 --> 00:07:46,083 Kau bawa kerja rumah ke balai? Bukankah kau patut buat di rumah? 93 00:07:48,291 --> 00:07:51,208 Itu pejabat aku. Aku ke sini untuk dengar bebelan. 94 00:07:51,291 --> 00:07:52,541 Selamat pagi. 95 00:07:54,041 --> 00:07:55,291 Kamu semua. 96 00:07:55,958 --> 00:07:59,541 Kerja pasukan kita semalam mengubah kawasan ini. 97 00:08:00,791 --> 00:08:03,000 Dari sempadan ke ibu kota, 98 00:08:04,083 --> 00:08:05,416 semua orang memerhati. 99 00:08:06,125 --> 00:08:09,250 Tapi orang kata, "Akhbar hari ini adalah berita lama." 100 00:08:09,333 --> 00:08:13,166 Bukankah lagak dia seperti jurujual kereta muda yang gigih? 101 00:08:14,625 --> 00:08:18,041 Perompak bank di Brazil sentiasa menjadi raja jenayah, 102 00:08:18,666 --> 00:08:20,875 tapi kini, keadaan semakin meruncing. 103 00:08:23,000 --> 00:08:26,166 Dulu, mereka lakukan serangan pantas di satu tempat. 104 00:08:26,250 --> 00:08:29,500 Polis tak sempat bertindak. Mereka ambil apa yang boleh. 105 00:08:30,000 --> 00:08:31,833 Kini, strategi mereka berubah. 106 00:08:33,166 --> 00:08:35,083 Aduhai, mereka ambil tebusan. 107 00:08:35,166 --> 00:08:38,666 Sekumpulan ramai lelaki dengan taktik tentera dan senjata 108 00:08:38,750 --> 00:08:40,541 menandingi pasukan polis. 109 00:08:41,083 --> 00:08:42,458 Mereka takluki bandar. 110 00:08:42,541 --> 00:08:45,250 Mereka rompak bilik kebal dengan tenang. 111 00:08:45,333 --> 00:08:48,291 Biasanya, mereka serang lebih daripada satu lokasi. 112 00:08:48,375 --> 00:08:52,750 Kes pertama muncul awal tahun ini, tapi ia semakin meningkat. 113 00:08:52,833 --> 00:08:54,875 Mereka bekerja seperti usaha sama. 114 00:08:54,958 --> 00:08:57,000 - Apa dia buat di sini? - Siapa? 115 00:08:57,666 --> 00:08:59,375 Ini mesyuarat Proguard? 116 00:08:59,458 --> 00:09:01,291 Ejen Moreira. 117 00:09:01,875 --> 00:09:04,250 Wladimir minta saya sertai kamu. 118 00:09:06,500 --> 00:09:07,333 Sila duduk. 119 00:09:09,625 --> 00:09:13,541 Seperti yang saya katakan, mereka bekerja seperti usaha sama. 120 00:09:13,625 --> 00:09:16,708 Maaf, tuan. Usaha sama? Saya tak faham. 121 00:09:18,041 --> 00:09:20,083 - Begini. - Aduhai. 122 00:09:21,166 --> 00:09:22,875 Ini geng bekas pensel. 123 00:09:26,458 --> 00:09:27,708 Geng dompet. 124 00:09:30,041 --> 00:09:31,375 Terima kasih, Suellen. 125 00:09:31,875 --> 00:09:33,208 Ini pula 126 00:09:34,416 --> 00:09:35,541 geng sampah. 127 00:09:36,958 --> 00:09:40,875 - Ini geng rantai kunci. - Tak guna. 128 00:09:40,958 --> 00:09:42,458 Pengawal penjara katanya. 129 00:09:42,958 --> 00:09:46,416 Saya ada banyak mangga. Sambung cerita, mereka ini geng. 130 00:09:46,500 --> 00:09:48,333 Masing-masing merompak. 131 00:09:48,416 --> 00:09:51,791 Mereka serang kereta berperisai di sini, bank di sana. 132 00:09:52,375 --> 00:09:55,708 - Dalam geng dompet… - Jangan. 133 00:09:55,791 --> 00:09:59,541 Ada orang yang uruskan kereta. 134 00:10:00,416 --> 00:10:02,666 Ada orang yang uruskan senjata. 135 00:10:05,750 --> 00:10:06,750 Ada seorang 136 00:10:07,250 --> 00:10:09,375 yang hanya kendalikan bahan letupan. 137 00:10:10,625 --> 00:10:11,458 Ada… 138 00:10:14,250 --> 00:10:15,458 Akupunktur? 139 00:10:16,500 --> 00:10:18,000 Dia suka kena tebuk. 140 00:10:20,208 --> 00:10:22,041 Habiskan penerangan kau. 141 00:10:22,125 --> 00:10:24,666 Tak sangka kau zen orangnya. Aku sambung. 142 00:10:25,458 --> 00:10:27,541 Ada tukang beri dana, 143 00:10:28,541 --> 00:10:31,291 dan ada orang yang merancang operasi. 144 00:10:33,708 --> 00:10:35,708 Geng sampah ini 145 00:10:36,541 --> 00:10:39,250 juga ada si bijak yang tahu rancangannya, 146 00:10:39,333 --> 00:10:43,416 tapi yang lain tak tahu rancangan itu. 147 00:10:43,500 --> 00:10:46,500 Serta mereka di sini hanya kuli. 148 00:10:47,750 --> 00:10:50,666 Faham? Mereka diupah sebagai pelaksana. 149 00:10:51,166 --> 00:10:52,041 Natijahnya? 150 00:10:52,125 --> 00:10:53,625 Mereka jahanamkan kita 151 00:10:53,708 --> 00:10:56,666 sebab sekarang, kita perlu siasat beberapa geng. 152 00:10:56,750 --> 00:10:58,000 - Faham? - Faham. 153 00:10:58,083 --> 00:10:59,041 Usaha sama. 154 00:10:59,583 --> 00:11:02,083 - Aku faham… - Tapi dengan DNA, kita boleh… 155 00:11:02,166 --> 00:11:04,375 Berhenti. Sekejap. 156 00:11:04,958 --> 00:11:07,083 Apa peranan Organisasi? 157 00:11:07,166 --> 00:11:08,250 Organisasi? 158 00:11:17,416 --> 00:11:19,041 Ia menyelaraskan segalanya. 159 00:11:23,375 --> 00:11:26,083 Moreira sangat arif dengan Organisasi. 160 00:11:28,208 --> 00:11:32,375 Si bangsat ini, yang mati semasa menyelamatkan diri, 161 00:11:32,458 --> 00:11:36,625 Mamute, ialah salah seorang pemimpin Organisasi di São Paolo. 162 00:11:36,708 --> 00:11:38,166 Itulah yang pelik. 163 00:11:39,333 --> 00:11:42,458 Jika ia cuma rompakan biasa, kenapa hantar Mamute? 164 00:11:42,958 --> 00:11:45,791 Bukan saja Mamute, malah si perancang Nirjiwa. 165 00:11:46,333 --> 00:11:47,916 Itu tak pernah terjadi. 166 00:11:48,000 --> 00:11:50,333 Apa yang kau tahu tentang Nirjiwa? 167 00:11:50,416 --> 00:11:52,958 Aku pernah nampak dia di hud. 168 00:11:53,833 --> 00:11:57,875 Mereka kata dia kuat. Dia bekerja untuk pemimpin Organisasi. 169 00:11:57,958 --> 00:12:02,333 Kami berhati-hati menceroboh masuk Keluar dengan wang yang banyak 170 00:12:02,416 --> 00:12:03,375 Ya, ya, ya 171 00:12:03,458 --> 00:12:06,916 Lawanlah kalau nak kena bunuh Ya, ya, ya 172 00:12:07,000 --> 00:12:09,000 Nyanyi begini pula. 173 00:12:09,083 --> 00:12:13,583 Dalam kegelapan Lorong berkabung atau pengkhianatan 174 00:12:13,666 --> 00:12:17,583 Adrenalina yang aku rasa Membuat jantungku berdegup laju 175 00:12:17,666 --> 00:12:21,583 Tapi aku tetap pertahankan Apa yang menjadi hak aku 176 00:12:21,666 --> 00:12:24,333 Penjahat sejati percayakan Jesus 177 00:12:24,416 --> 00:12:26,166 Tentu sekali! 178 00:12:27,375 --> 00:12:30,500 Celaka. Aku ingat kau bayangan. 179 00:12:31,083 --> 00:12:33,625 Hei, bukankah kau ditangkap? 180 00:12:33,708 --> 00:12:37,791 - Mereka terpaksa lepaskan aku. - Jemput makan hati ayam. 181 00:12:37,875 --> 00:12:39,125 Mana duit itu? 182 00:12:39,208 --> 00:12:41,750 - Apa maksud kau? - Kami belum bahagikannya. 183 00:12:41,833 --> 00:12:43,333 Beg ada di dalam. 184 00:12:45,208 --> 00:12:46,875 Di mana beg yang aku rembat? 185 00:12:47,666 --> 00:12:49,416 Betul aku kata. 186 00:12:50,041 --> 00:12:52,000 Polis serbu tempat itu. 187 00:12:52,083 --> 00:12:54,875 Aku kena tunggu sebelum sempat ke tandas. 188 00:12:55,375 --> 00:12:59,416 Aku dah selongkar habis tempat itu dan tak jumpa apa-apa. 189 00:13:05,958 --> 00:13:07,291 Tiada sesiapa di situ. 190 00:13:07,375 --> 00:13:09,000 Betul. 191 00:13:09,083 --> 00:13:11,875 Ada tukang cuci menjadi kaya dengan duit kita. 192 00:13:12,375 --> 00:13:13,583 Aku tak tipu, bos. 193 00:13:25,083 --> 00:13:27,125 Tempat itu penuh dengan polis. 194 00:13:27,208 --> 00:13:29,708 Kau diam saja macam tak ada benda jadi. 195 00:13:29,791 --> 00:13:31,791 Dia akan bunuh kau, tahu tak? 196 00:13:32,500 --> 00:13:33,666 Sudah tiga bulan 197 00:13:33,750 --> 00:13:37,208 mereka larikan 25 ahli Organisasi dari penjara itu. 198 00:13:37,916 --> 00:13:39,875 Kami tangkap empat orang semalam. 199 00:13:40,416 --> 00:13:43,500 Banduan itu diselamatkan untuk melakukan rompakan. 200 00:13:43,583 --> 00:13:47,041 Nirjiwa terlibat dalam kedua-duanya. Semuanya berkait! 201 00:13:47,833 --> 00:13:49,041 Bagaimana kau tahu? 202 00:13:49,583 --> 00:13:53,458 - Aku buat kerja kau. Aku siasat. - Kemudian kau bebaskan dia. 203 00:13:57,250 --> 00:13:59,541 Kamu berdua tangkap siapa semalam? 204 00:13:59,625 --> 00:14:02,166 Tiga pengedar ganja dan seorang gelandangan. 205 00:14:02,250 --> 00:14:05,291 - Pengawal keselamatan kedai pun boleh. - Betul. 206 00:14:05,375 --> 00:14:07,708 - Kamu tangkap dan lepaskan. - Tahniah. 207 00:14:07,791 --> 00:14:09,875 Dengar sini. 208 00:14:09,958 --> 00:14:12,416 Firasat kau tak boleh pakai. 209 00:14:12,500 --> 00:14:14,250 Kau tak pandai buat kerja. 210 00:14:31,208 --> 00:14:32,958 Kamu datang bersama-sama? 211 00:14:33,041 --> 00:14:38,291 Hanya aku, Picadinho, Caroço dan Ferrugem. 212 00:14:38,375 --> 00:14:39,500 Carimbo? 213 00:14:40,416 --> 00:14:43,541 Dia kata dia ada hal sebelum datang ke sini. 214 00:14:43,625 --> 00:14:44,708 Dia baru sampai. 215 00:14:57,333 --> 00:14:58,541 Mana duit itu? 216 00:14:58,625 --> 00:15:01,416 Apa masalahnya? Kau tak percaya cakap aku? 217 00:15:04,916 --> 00:15:06,458 Mana duitnya? 218 00:15:06,541 --> 00:15:09,666 - Demi Tuhan, percayalah. - Jangan sebut Tuhan. 219 00:15:09,750 --> 00:15:12,583 Sial, Nirjiwa! Celaka! 220 00:15:14,500 --> 00:15:16,666 Mana duit kami, bangsat? 221 00:15:16,750 --> 00:15:19,958 Aku bayar hutang. Mereka nak bunuh keluarga aku! 222 00:15:20,041 --> 00:15:23,458 - Belas kasihan. - Aku nak bayar balik. Sial. 223 00:15:25,916 --> 00:15:28,125 - Tak guna. - Di mana duit itu? 224 00:15:28,208 --> 00:15:30,916 Di tanah perkuburan, di pinggir bandar. 225 00:15:31,000 --> 00:15:32,375 Kubur 3. 226 00:15:34,791 --> 00:15:35,833 Tolonglah… 227 00:15:38,583 --> 00:15:40,208 Suruh mereka ambil beg itu. 228 00:15:42,208 --> 00:15:44,000 Baiklah. 229 00:15:44,083 --> 00:15:46,250 - Kambus celaka ini. - Jahanam. 230 00:15:47,000 --> 00:15:48,166 Alvinegro. 231 00:15:50,416 --> 00:15:53,541 Beg yang kita ambil dari bas itu tak membantu. 232 00:15:55,000 --> 00:15:58,750 Kita perlu tahan dia sehingga kita sampai ke lokasi. 233 00:15:58,833 --> 00:15:59,833 Baik. 234 00:16:01,791 --> 00:16:02,750 Bagaimana dengan 235 00:16:03,875 --> 00:16:04,833 si Moreira itu? 236 00:16:04,916 --> 00:16:06,833 Aku tak dapat baca dia. 237 00:16:09,125 --> 00:16:10,833 Tiada siapa boleh, Suellen. 238 00:16:11,500 --> 00:16:16,333 Mereka kata cuma dia saja yang berjaya menyusup masuk ke dalam Organisasi. 239 00:16:18,625 --> 00:16:22,291 - Maksudnya dia polis yang bagus. - Atau penjenayah yang bagus. 240 00:16:22,833 --> 00:16:24,250 Kenapa dia seorang saja? 241 00:16:25,208 --> 00:16:27,791 Atau kau rasa dia berlagak hebat? 242 00:16:29,083 --> 00:16:30,375 Ya, mungkin. 243 00:16:31,375 --> 00:16:33,125 Aku tak percayakan dia. 244 00:16:33,208 --> 00:16:38,250 Mereka kata dia digantung tugas disebabkan masalah besar di Brasília. 245 00:16:38,333 --> 00:16:42,125 Itu mungkin khabar angin. Kenapa Wladimir letak dia di sini? 246 00:16:42,625 --> 00:16:43,916 Aku tak tahu. 247 00:16:44,000 --> 00:16:46,500 Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. 248 00:16:57,291 --> 00:17:01,041 Susah untuk saya buat keputusan, tapi kamu akan ketuai kes ini. 249 00:17:01,833 --> 00:17:04,625 Jangan cuba nak ingkari arahan. 250 00:17:04,708 --> 00:17:08,708 Saya tak mahu siasatan bertindih. Saya nak hasil. Ikut undang-undang. 251 00:17:09,416 --> 00:17:10,416 Faham, tuan. 252 00:17:10,958 --> 00:17:14,666 Jika kita silap, kita kalah kes dan ada banyak persaingan. 253 00:17:15,208 --> 00:17:16,583 Jika buat dengan betul, 254 00:17:17,083 --> 00:17:19,333 tiket ini akan bawa kita ke mana-mana. 255 00:17:19,416 --> 00:17:20,916 Rio, São Paolo, Brasília. 256 00:17:21,000 --> 00:17:22,166 Saya okey di sini. 257 00:17:22,666 --> 00:17:24,666 Tapi saya akan bantu sedaya upaya. 258 00:17:26,250 --> 00:17:29,750 Pergi ke sana sebelum mereka cemarkan DNA tempat kejadian. 259 00:17:29,833 --> 00:17:31,958 DNA tak pernah selesaikan kes rompakan. 260 00:17:32,041 --> 00:17:35,250 Kamu pun tak pernah serasi dengan pasangan secepat ini. 261 00:17:41,375 --> 00:17:48,375 JABATAN HASIL PERSEKUTUAN - BRAZIL KASTAM JAMBATAN PERSAHABATAN 262 00:18:11,333 --> 00:18:16,541 Shrek, jika kita mahu simpan kes ini, kita perlu dengar sikit arahan Rossi. 263 00:18:16,625 --> 00:18:18,000 Kau tahu, bukan? 264 00:18:19,041 --> 00:18:21,833 Setidaknya Rossi nampak kita serasi bekerja. 265 00:18:24,541 --> 00:18:25,500 Yakah? 266 00:18:26,333 --> 00:18:27,291 Dia sajakah? 267 00:18:28,916 --> 00:18:30,041 Kau pasti? 268 00:18:32,833 --> 00:18:36,291 Maaf, pasangan idaman, tapi aku benci kesesakan jalan raya. 269 00:18:36,375 --> 00:18:38,625 Biar betul. Hei, psiko! 270 00:18:38,708 --> 00:18:42,375 - Sambil jalan, belikan aku lampin. - Siapa kata aku berjalan? 271 00:18:49,458 --> 00:18:51,083 Mari. Jalan. 272 00:19:08,291 --> 00:19:15,208 PARAGUAY CIUDAD DEL ESTE 273 00:19:26,416 --> 00:19:27,250 Hei. 274 00:19:35,250 --> 00:19:39,833 PERLINDUNGAN DAN PENGANGKUTAN BARANG BERHARGA 275 00:19:59,083 --> 00:20:02,666 Jadi, kes dah selesai selepas tiba setengah jam lebih awal? 276 00:20:02,750 --> 00:20:07,166 Tak, tapi ada jiran nampak dron beberapa kali beberapa minggu lepas. 277 00:20:08,416 --> 00:20:11,916 Tentu mereka dah lama meninjau keluar masuk kawasan itu. 278 00:20:12,625 --> 00:20:14,791 Matías, polis Brazil kita. 279 00:20:14,875 --> 00:20:15,833 - Suellen. - Hai. 280 00:20:15,916 --> 00:20:18,000 - Yuri, Guilherme. - Selamat datang. 281 00:20:18,583 --> 00:20:20,583 Semua pekerja ada di sini? 282 00:20:21,500 --> 00:20:25,750 Selepas pembunuhan semalam, saya tak rasa mereka semua datang. 283 00:20:28,875 --> 00:20:33,125 Orang yang bekerja sendiri mula buka mulut di bawah tekanan. 284 00:20:34,375 --> 00:20:37,291 Untuk halang mereka bercakap, mereka hantar mesej. 285 00:21:01,833 --> 00:21:02,750 Nah. 286 00:21:04,250 --> 00:21:06,958 Mereka cuma tinggalkan guaraní. Tak banyak pun. 287 00:21:07,458 --> 00:21:08,416 Ya. 288 00:21:09,625 --> 00:21:11,000 Mudah tunainya lemah. 289 00:21:11,583 --> 00:21:13,125 Ia tak berbaloi. 290 00:21:14,875 --> 00:21:16,875 Mereka ambil semua duit dolar. 291 00:21:17,666 --> 00:21:19,041 Sebelas juta. 292 00:21:19,125 --> 00:21:19,958 Sebelas juta? 293 00:21:20,458 --> 00:21:23,250 - Itu angka rasminya. - Akhbar kata 40. 294 00:21:23,333 --> 00:21:26,333 Baki 30 juta mungkin wang haram, tak diisytihar. 295 00:21:27,375 --> 00:21:29,083 Kita mungkin takkan tahu. 296 00:21:34,166 --> 00:21:36,291 Kau tahu berapa harga jam itu? 297 00:21:39,125 --> 00:21:41,166 Dia tak tahu dia akan mati. 298 00:21:42,541 --> 00:21:44,125 Jadi tukang tilik pula? 299 00:21:45,625 --> 00:21:48,916 Percikan darah menunjukkan dia tak meronta-ronta. 300 00:21:49,666 --> 00:21:51,791 Dia tak membongkok semasa ditembak. 301 00:21:52,708 --> 00:21:55,958 Tiada kesan tali atau gari di pergelangan tangannya. 302 00:21:57,666 --> 00:21:59,958 Mungkin dia kenal pembunuh itu. 303 00:22:00,041 --> 00:22:02,458 - Mereka buat dia terkejut. - Jam itu? 304 00:22:03,708 --> 00:22:05,916 Kau tak rasa jam itu rasuah? 305 00:22:06,708 --> 00:22:09,333 Entahlah. Aku cuma buat pemerhatian sains. 306 00:22:30,541 --> 00:22:31,916 Sekejap. Berhenti. 307 00:22:35,083 --> 00:22:37,041 Kereta berperisai di dinding. 308 00:22:37,125 --> 00:22:39,791 Impak letupan itu membedil ke semua arah. 309 00:22:40,541 --> 00:22:44,666 Kereta itu perisai. Ia lantunkan semula gelombang kejutan ke dinding. 310 00:22:44,750 --> 00:22:47,583 Tanpa kereta, dinding takkan runtuh sekali gus. 311 00:22:48,958 --> 00:22:51,791 Ada video dua hari sebelum, masa dan tempat sama? 312 00:22:57,208 --> 00:22:58,291 Kelmarin. 313 00:23:03,458 --> 00:23:04,916 Kembali ke hari jenayah. 314 00:23:16,666 --> 00:23:19,166 Siapa pemandu kereta berperisai hari itu? 315 00:23:20,083 --> 00:23:23,083 Terima kasih. Kami perlu pulang ke Brazil. 316 00:23:23,166 --> 00:23:24,166 Terima kasih. 317 00:23:25,875 --> 00:23:27,500 Kau nak buat hal, Benício? 318 00:23:27,583 --> 00:23:30,833 Dia mungkin orang terakhir dalam geng yang nak bercakap. 319 00:23:30,916 --> 00:23:34,583 - Jika masih hidup. - Kita tak boleh buat apa-apa di Paraguay. 320 00:23:34,666 --> 00:23:37,125 Kita tak buat apa-apa, cuma berbual. 321 00:23:37,625 --> 00:23:38,458 Mari. 322 00:24:03,833 --> 00:24:07,500 NAMA: JUAREZ MARTINEZ 323 00:24:22,916 --> 00:24:23,750 Apa ini? 324 00:24:24,833 --> 00:24:25,958 Ini chipa. 325 00:24:27,541 --> 00:24:29,666 Kau kena rasa chipa nenek aku. 326 00:24:29,750 --> 00:24:32,166 Sedap. Nenek kau yang buat? 327 00:24:32,666 --> 00:24:33,500 Ya. 328 00:24:34,166 --> 00:24:35,708 Chipa dia lebih sedap. 329 00:24:36,416 --> 00:24:40,208 Itu snek tengah hari kami semasa bercuti di rumahnya di Asunción. 330 00:24:41,375 --> 00:24:44,333 Kita kena lintas sempadan untuk cari yang asli. 331 00:24:44,833 --> 00:24:46,916 Biasanya aku datang waktu malam. 332 00:24:47,000 --> 00:24:49,958 Aku selalu ke bar itu. Dekat jambatan. 333 00:24:50,500 --> 00:24:53,250 - Bar yang ada peti lagu itu. - Apa barang! 334 00:24:54,666 --> 00:24:56,916 Santos pernah cakap perkara yang sama. 335 00:24:58,083 --> 00:25:00,375 Alih-alih, dia suka peti lagu itu. 336 00:25:07,125 --> 00:25:10,458 Aku cuti waktu dia mati. Aku tak tahu sangat. 337 00:25:17,208 --> 00:25:18,333 Pukul dua petang. 338 00:25:20,000 --> 00:25:21,125 Tingkap ditutup. 339 00:25:21,208 --> 00:25:25,791 Benício, kematian Santos ada kaitan dengan kes ini. Aku perlu tahu. 340 00:25:36,375 --> 00:25:38,791 Aku tak tahu apa mereka cakap, 341 00:25:40,208 --> 00:25:41,791 tapi ini yang aku tahu. 342 00:25:43,500 --> 00:25:45,500 Penjara macam biasa pada hari itu. 343 00:26:25,250 --> 00:26:27,666 Aku dah tengok video itu 1,000 kali. 344 00:26:32,250 --> 00:26:35,250 Lelaki seperti Santos takkan buat kesilapan itu… 345 00:26:39,666 --> 00:26:41,166 jika dia sihat dan waras, 346 00:26:43,666 --> 00:26:44,875 bukannya mabuk. 347 00:26:45,708 --> 00:26:47,375 Mari minum lagi. 348 00:26:48,083 --> 00:26:51,041 - Kita ada kerja esok. - Janganlah lurus sangat. 349 00:27:03,791 --> 00:27:05,333 Aku ditendang dari kes. 350 00:27:07,000 --> 00:27:10,625 Tapi seorang lelaki di penjara hantar rakaman keselamatan. 351 00:27:14,000 --> 00:27:16,500 Aku cuma terfikir satu perkara sejak itu. 352 00:27:19,750 --> 00:27:21,666 Tangkap si bangsat itu. 353 00:27:22,916 --> 00:27:25,416 Padam video itu. Jangan seksa diri kau. 354 00:27:43,791 --> 00:27:45,583 Masuk! 355 00:27:45,666 --> 00:27:48,416 - Masih nak tunggu polis Paraguay? - Tak guna. 356 00:28:01,250 --> 00:28:04,625 Ada orang ekori kita. Laju lagi! 357 00:28:05,208 --> 00:28:06,333 Kejar mereka! 358 00:28:13,833 --> 00:28:15,166 Lekas! Tekan minyak! 359 00:28:18,791 --> 00:28:22,375 - Kejar mereka. Mereka akan bunuh dia. - Sekejap lagi! 360 00:28:40,125 --> 00:28:41,333 Pintas dia! 361 00:28:54,833 --> 00:28:56,291 Keluar dari kereta! 362 00:28:56,375 --> 00:28:59,500 Tinggalkan mereka untuk polis Paraguay. Mari! 363 00:29:00,875 --> 00:29:02,250 - Lekas! - Diam! 364 00:29:06,583 --> 00:29:07,666 Mari, Suellen. 365 00:29:18,625 --> 00:29:20,583 POLIS 366 00:29:20,666 --> 00:29:22,250 Jangan bergerak! 367 00:29:27,375 --> 00:29:31,000 Ini kawasan forensik, tapi cuma koroner boleh masuk. 368 00:29:32,333 --> 00:29:34,708 Di atas ialah gudang senjata dan gim. 369 00:29:36,583 --> 00:29:37,916 Itu saja. 370 00:29:38,625 --> 00:29:42,166 - Setiausaha akan tempah hotel kamu. - Baiklah. 371 00:29:42,250 --> 00:29:43,708 Kali pertama di Foz? 372 00:29:43,791 --> 00:29:45,583 Saya dah banyak mengembara, 373 00:29:45,666 --> 00:29:49,083 tapi saya belum arif kawasan Triple Frontier. 374 00:29:50,708 --> 00:29:51,708 Ya. 375 00:29:52,458 --> 00:29:57,250 Saya ada kenalan dari São Paolo yang dah lama menetap di sini. 376 00:29:58,833 --> 00:30:01,375 Jika tuan beri saya dua minggu di lapangan, 377 00:30:01,875 --> 00:30:04,375 saya akan tinjau kawasan dan bawa maklumat. 378 00:30:12,041 --> 00:30:12,875 Moreira, 379 00:30:14,125 --> 00:30:16,625 saya difahamkan kamu digantung tugas. 380 00:30:18,083 --> 00:30:21,958 Wladimir hantar kamu ke sini sebagai perunding. 381 00:30:23,833 --> 00:30:25,625 Maka kamu dilarang berada di lapangan. 382 00:30:28,208 --> 00:30:30,041 Tuan, jujur saya katakan, 383 00:30:30,833 --> 00:30:31,916 saya mahu bekerja, 384 00:30:33,000 --> 00:30:35,000 dan saya pandai buat kerja. 385 00:30:36,041 --> 00:30:37,291 Tempat saya di luar. 386 00:30:39,416 --> 00:30:43,250 Jika kamu tak boleh jalankan tugas yang Wladimir suruh, 387 00:30:43,916 --> 00:30:44,833 beritahu saya. 388 00:30:46,166 --> 00:30:47,250 Saya akan perhati. 389 00:30:48,375 --> 00:30:50,833 Saya akan tahu yang kamu ingkar. 390 00:30:51,666 --> 00:30:54,583 Saya tak tahu kenapa Wladimir hantar kamu ke sini, 391 00:30:55,750 --> 00:30:58,708 tapi dia pun takkan dapat tolong kamu 392 00:30:58,791 --> 00:31:01,625 kalau mereka tahu kamu masih menyamar jadi polis. 393 00:31:12,208 --> 00:31:14,208 Kau berdarah. Cuci luka kau. 394 00:31:16,875 --> 00:31:18,041 Dengar sini. 395 00:31:18,666 --> 00:31:21,500 Aku boleh biar polis Paraguay bunuh kau di lokap, 396 00:31:21,583 --> 00:31:24,750 atau kau beri kerjasama dan kami anggap kau tak wujud. 397 00:31:24,833 --> 00:31:26,208 Kalau buka mulut, mati. 398 00:31:26,291 --> 00:31:28,916 Kau layak dapat perlindungan saksi, bangsat. 399 00:31:35,875 --> 00:31:37,916 Aku tak tahu ada orang akan mati. 400 00:31:38,416 --> 00:31:40,125 Diego yang paksa aku. 401 00:31:41,166 --> 00:31:44,833 Aku cuma perlu letak kereta di sana, itu saja. 402 00:31:44,916 --> 00:31:46,958 Diego? Pengawal yang dibunuh? 403 00:31:47,041 --> 00:31:48,416 Diego bayar kau? 404 00:31:48,500 --> 00:31:50,500 Bukan, orang lain yang bayar. 405 00:31:51,708 --> 00:31:53,000 Kau tak kenal dia? 406 00:31:53,750 --> 00:31:56,916 Tak, aku tak kenal dia. Sumpah aku tak kenal dia. 407 00:31:58,583 --> 00:32:02,041 Apa yang aku tahu, kami bertemu di rumah agam. 408 00:32:03,833 --> 00:32:05,041 Kau tahu di mana? 409 00:32:06,541 --> 00:32:07,375 Ya. 410 00:32:07,916 --> 00:32:09,500 Aku tahu jalan ke sana. 411 00:32:10,833 --> 00:32:12,208 Bagaimana rupa dia? 412 00:32:16,000 --> 00:32:21,166 Dia tinggi, kurus, putih. Selalu pakai topi. 413 00:32:21,250 --> 00:32:22,541 Cuba ingat lagi. 414 00:32:22,625 --> 00:32:23,833 Lekas, ingat semula. 415 00:32:27,333 --> 00:32:31,125 Diego panggil dia "Negro". Mereka kawan. 416 00:32:31,208 --> 00:32:32,875 Kau kata dia berkulit putih. 417 00:32:33,375 --> 00:32:39,750 Ya, tapi Diego panggil dia "Negro"… 418 00:32:39,833 --> 00:32:42,125 Alfie… Lebih kurang begitu namanya. 419 00:32:42,208 --> 00:32:43,041 Alvi? 420 00:32:43,833 --> 00:32:44,791 Alvinegro? 421 00:32:46,000 --> 00:32:46,916 Itukah? 422 00:32:47,000 --> 00:32:48,708 Dia ada tatu tak? Itu saja? 423 00:32:48,791 --> 00:32:49,666 Ya. 424 00:32:50,291 --> 00:32:51,625 Mari ke Brazil. 425 00:32:51,708 --> 00:32:53,708 Kau dah gila, Benício? 426 00:32:53,791 --> 00:32:56,166 Rossi marah kalau kita bawa dia ke sana. 427 00:32:56,250 --> 00:32:57,583 Rossi tak ada di sana. 428 00:32:57,666 --> 00:33:00,458 Dia pasti sibuk ambil gambar di rumah agam. 429 00:33:00,541 --> 00:33:02,416 - Jangan. - Suellen. 430 00:33:03,833 --> 00:33:06,000 Kita perlu buat apa yang perlu 431 00:33:06,541 --> 00:33:08,750 untuk tangkap orang yang kita cari. 432 00:33:08,833 --> 00:33:10,500 Begitulah caranya. 433 00:33:12,166 --> 00:33:15,666 Kalau aku guna cara haram kau, habislah kerja aku. 434 00:33:15,750 --> 00:33:17,041 Begitulah caranya. 435 00:33:17,916 --> 00:33:20,250 Aku nak ke rumah agam. Lantak kaulah. 436 00:33:20,333 --> 00:33:21,208 Mari pergi. 437 00:34:14,416 --> 00:34:15,250 MEMANGGIL 438 00:34:22,625 --> 00:34:23,500 Sial. 439 00:34:43,666 --> 00:34:44,500 Apa hal? 440 00:34:44,583 --> 00:34:46,041 Kawan di sempadan itu. 441 00:34:46,625 --> 00:34:47,708 Apa yang kau tahu? 442 00:34:48,625 --> 00:34:49,875 Aku tahu dia ada bar. 443 00:34:53,791 --> 00:34:58,583 PARAGUAY CIUDAD DEL ESTE 444 00:34:59,166 --> 00:35:00,541 Polis Persekutuan. 445 00:35:04,791 --> 00:35:05,833 Kau menghilang. 446 00:35:07,000 --> 00:35:08,125 Mana Benício? 447 00:35:10,041 --> 00:35:13,291 Fokus pada siasatan geng samseng kau, okey? 448 00:35:13,375 --> 00:35:16,375 Bagaimana maklumat boleh bocor dengan begitu cepat? 449 00:35:16,458 --> 00:35:17,833 Kau tak faham lagi, ya? 450 00:35:19,458 --> 00:35:20,875 Aku tak faham. 451 00:35:23,875 --> 00:35:25,041 Itu Rossi? 452 00:35:30,041 --> 00:35:31,166 Aku dah faham. 453 00:35:38,083 --> 00:35:40,583 - Boleh masuk. - Dah boleh? Terima kasih. 454 00:36:01,625 --> 00:36:02,541 7.62 mm. 455 00:36:04,875 --> 00:36:06,208 Tak syak lagi. 456 00:36:06,291 --> 00:36:07,833 Ini rumah mereka. 457 00:36:07,916 --> 00:36:10,833 Di Proguard, mereka guna sarung tangan, balaklava. 458 00:36:10,916 --> 00:36:13,666 Mereka jarang tinggalkan apa-apa, tapi ini… 459 00:36:14,583 --> 00:36:16,875 Bos nak DNA, ya tak ya? 460 00:36:16,958 --> 00:36:18,291 Saya ada. 461 00:36:20,375 --> 00:36:22,041 Bagaimana kamu tahu? 462 00:36:23,416 --> 00:36:25,708 Kami tanya orang. Kami bernasib baik. 463 00:36:26,750 --> 00:36:29,000 Maaf, Ayhu ada dengan ibu mertua saya. 464 00:36:29,083 --> 00:36:30,625 Saya kena jemput dia. 465 00:36:31,250 --> 00:36:33,916 - Maklumkan saya dalam kumpulan. - Okey. 466 00:36:34,666 --> 00:36:36,666 - Matías, terima kasih. - Babai. 467 00:36:36,750 --> 00:36:40,541 Rossi, bagaimana dengan saya? Saya tak ada kerja untuk dibuat. 468 00:36:41,708 --> 00:36:43,916 Apa maksud kamu? Kamu pelindung. 469 00:36:44,666 --> 00:36:47,333 Nampak peluru itu? Kosnya mahal. 470 00:36:48,250 --> 00:36:50,333 Mungkin seseorang akan datang cari. 471 00:36:50,916 --> 00:36:52,750 Saya akan cakap dengan media. 472 00:36:52,833 --> 00:36:54,166 Semoga berjaya. 473 00:36:54,250 --> 00:36:55,166 Saya ikut tuan. 474 00:36:55,250 --> 00:36:58,375 Rossi, polis Paraguay akan jaga kami juga, bukan? 475 00:36:59,833 --> 00:37:03,250 Kau biar betul? Kau ada dengan aku. Bertenang sudah. 476 00:37:06,000 --> 00:37:10,541 POLIS PERSEKUTUAN 477 00:37:22,041 --> 00:37:22,875 Sini. 478 00:37:31,083 --> 00:37:33,458 Juarez diam, tapi dia nak bercakap. 479 00:37:34,166 --> 00:37:36,333 - Aku tak kenal Juarez. - Tidak? 480 00:37:36,416 --> 00:37:37,541 Kau kenal Diego? 481 00:37:40,000 --> 00:37:41,666 Juarez kata kau bunuh dia. 482 00:37:41,750 --> 00:37:43,291 Aku tidak bunuh sesiapa. 483 00:37:43,875 --> 00:37:46,250 Aku tak peduli kau bunuh atau tidak. 484 00:37:46,333 --> 00:37:48,000 Dia kata kau yang bunuh. 485 00:37:48,708 --> 00:37:50,750 Aku rasa macam nak percayakan dia. 486 00:37:51,916 --> 00:37:54,083 Paraguay tak sabar nak pancung. 487 00:37:54,166 --> 00:37:57,250 Aku tak bunuh sesiapa. Kau nak suruh aku mengakukah? 488 00:37:57,791 --> 00:37:59,666 Mahkamah yang akan tentukannya. 489 00:38:01,041 --> 00:38:05,291 Kau akan meringkuk di penjara sementara itu, bangsat. 490 00:39:51,458 --> 00:39:52,291 "Lantaran itu, 491 00:39:52,875 --> 00:39:54,958 sarungkan perisai Tuhan sepenuhnya, 492 00:39:59,583 --> 00:40:03,000 agar kau boleh berdiri teguh apabila hari malapetaka tiba, 493 00:40:05,375 --> 00:40:07,083 setelah melakukan segalanya." 494 00:40:09,625 --> 00:40:11,375 Efesus, 6:13. 495 00:40:30,250 --> 00:40:33,708 Duit bersalut kokain, kertas hangus. 496 00:40:33,791 --> 00:40:34,625 Apa lagi? 497 00:40:35,208 --> 00:40:37,500 Mereka fikir mereka bakar bahan bukti, 498 00:40:39,000 --> 00:40:42,125 tapi mereka tak tahu isi di dalamnya emas. 499 00:40:42,708 --> 00:40:43,541 Emas? 500 00:40:44,333 --> 00:40:45,708 Jangan nak membongak. 501 00:40:56,041 --> 00:40:56,958 Ada apa? 502 00:40:58,208 --> 00:41:00,333 Saya tak pernah lihat benda begini. 503 00:41:00,416 --> 00:41:03,916 Jika benar semua bukti ini mengandungi jumlah DNA yang sama, 504 00:41:05,125 --> 00:41:07,250 kes ini boleh memenangi DNA terbaik. 505 00:41:07,333 --> 00:41:08,833 Berapa lama nak proses? 506 00:41:13,041 --> 00:41:16,333 Rossi percaya alasan aku, tapi dia akan kembali. 507 00:41:16,416 --> 00:41:18,083 Kau tak jawab telefon. 508 00:41:19,208 --> 00:41:21,750 Bukankah kau yang tak nak ikut aku? 509 00:41:21,833 --> 00:41:25,458 Aku salahkah? Dari riak wajah kau, aku tahu dia tak membantu. 510 00:41:26,041 --> 00:41:29,083 - Ayuh, Benício, lepaskan Juarez. - Tidak. Tunggu! 511 00:41:30,583 --> 00:41:31,708 Sekali saja lagi. 512 00:41:41,958 --> 00:41:44,333 Kau dah bersedia untuk jadi pembunuh? 513 00:41:45,458 --> 00:41:49,000 Aku tak petik nama, tuan. Kau tahu apa makannya nanti. 514 00:41:49,083 --> 00:41:49,958 Okey. 515 00:41:50,458 --> 00:41:52,125 Bagaimana dengan Organisasi? 516 00:41:53,208 --> 00:41:55,875 Mereka ceroboh penjara dan buat rompakan. 517 00:41:55,958 --> 00:41:56,791 Kenapa? 518 00:42:00,875 --> 00:42:01,708 Beritahu aku. 519 00:42:02,750 --> 00:42:04,416 Aku tahu tiga kerja. 520 00:42:05,375 --> 00:42:08,333 Banduan diselamatkan dan rompakan yang dah berlaku. 521 00:42:08,416 --> 00:42:10,083 Kau ada di situ ketika itu? 522 00:42:12,583 --> 00:42:14,375 Siapa bunuh pegawai polis itu? 523 00:42:18,250 --> 00:42:20,666 Siapa bunuh si pegawai polis itu? 524 00:42:30,541 --> 00:42:32,208 Apa kerja seterusnya? 525 00:42:34,000 --> 00:42:38,041 Aku baru tahu beberapa hari sebelum ini. Tapi kau patut bersedia. 526 00:42:38,125 --> 00:42:40,666 Akan ada tiga kali lebih ramai. 527 00:42:42,375 --> 00:42:44,291 Aku tunggu kamu semua, bangsat. 528 00:42:51,708 --> 00:42:52,541 Mari pergi. 529 00:42:56,791 --> 00:42:57,750 Jalan. 530 00:43:02,958 --> 00:43:03,875 Mari. 531 00:43:22,208 --> 00:43:23,125 Guilherme! 532 00:43:26,875 --> 00:43:27,750 Guilherme. 533 00:43:28,958 --> 00:43:30,791 Di mana perlindungan kita? 534 00:43:30,875 --> 00:43:32,833 Polis Paraguay baru saja beredar. 535 00:43:33,333 --> 00:43:34,416 Alamak. 536 00:43:34,500 --> 00:43:38,583 Garaj penuh dengan peluru 7.62. Peluru jenis mahal harganya. 537 00:43:38,666 --> 00:43:40,041 Penuh dengan kotak. 538 00:43:40,833 --> 00:43:43,083 Mereka mungkin akan datang semula. 539 00:44:09,291 --> 00:44:10,333 Itu bukan mereka. 540 00:44:10,416 --> 00:44:12,375 Mari habiskan kerja dan balik. 541 00:44:27,125 --> 00:44:28,208 Nah. 542 00:44:30,500 --> 00:44:32,750 Program perlindungan saksi apa cerita? 543 00:44:32,833 --> 00:44:33,750 Itu dia. 544 00:44:33,833 --> 00:44:37,333 Stesen bas di sana. Brazil cuma muat 20 orang Paraguay. 545 00:44:37,416 --> 00:44:39,041 Tiada siapa akan jumpa kau. 546 00:44:39,833 --> 00:44:41,083 Tapi aku tolong kau. 547 00:44:41,166 --> 00:44:43,166 Ya, dan kau masih hidup dan bebas. 548 00:44:43,250 --> 00:44:44,625 Bersyukurlah dan pergi. 549 00:44:49,750 --> 00:44:51,583 Pandai kau pusing dia. 550 00:44:51,666 --> 00:44:54,291 Dia patut masuk penjara. Itu kira okeylah. 551 00:45:03,791 --> 00:45:05,000 PARAGUAY CHE LA REINA 552 00:45:05,083 --> 00:45:06,291 Buena noche. 553 00:45:06,375 --> 00:45:07,375 Satu lagi. 554 00:45:09,708 --> 00:45:10,708 Gracias. 555 00:45:26,666 --> 00:45:28,583 Kau bersembunyi daripada akukah? 556 00:45:29,083 --> 00:45:30,208 Hei, abang. 557 00:45:31,458 --> 00:45:34,791 Wah, kau memang mirip Raul Seixas, bukan? 558 00:45:34,875 --> 00:45:37,708 Aku tetap terpegun walau dah lama kenal kau. 559 00:45:38,291 --> 00:45:41,541 Kau tinggal di São Paolo. Apa kau buat di sini? 560 00:45:41,625 --> 00:45:42,875 Banyaknya soalan kau. 561 00:45:42,958 --> 00:45:44,708 - Kita di sekolahkah? - Tidak. 562 00:45:46,791 --> 00:45:49,625 Kau lupa pesanan aku semasa kau lari ke sini. 563 00:45:49,708 --> 00:45:53,541 - Takkan nak pegang telefon seharian? - Diam. Tak kenang budi, ya? 564 00:45:53,625 --> 00:45:56,166 Aku takkan lupa budi kau. 565 00:45:56,250 --> 00:46:00,250 Kau tolong aku semasa aku susah. Aku dah cuci tangan sekarang. 566 00:46:00,333 --> 00:46:03,500 Aku dah bekerja sekarang. Nampak? 567 00:46:03,583 --> 00:46:05,083 Malah aku simpan duit. 568 00:46:05,166 --> 00:46:09,666 Cuci tangan? Jadi, bila aku masuk dalam, aku takkan jumpa selambak kokain? 569 00:46:11,333 --> 00:46:14,958 Waran tangkap di Brazil, dicekup di Paraguay. 570 00:46:15,500 --> 00:46:19,208 Susah hidup kau nanti, keldai kokain. 571 00:46:19,291 --> 00:46:21,458 - Hidup aku senang sekarang. - Diam! 572 00:46:24,041 --> 00:46:26,958 Kau tahu aku ada ramai kawan di sini, bukan? 573 00:46:27,041 --> 00:46:29,583 Ya, aku tahu. 574 00:46:31,000 --> 00:46:33,416 Aku memang tahu. Tapi aku dah taubat. 575 00:46:33,500 --> 00:46:34,666 Taubat bagaimana? 576 00:46:36,833 --> 00:46:38,041 Ini perang. 577 00:46:38,125 --> 00:46:40,416 Duta lawan Organisasi. 578 00:46:40,500 --> 00:46:43,500 Kalau aku tahu, kenapa aku nak kena bau nafas kau? 579 00:46:44,833 --> 00:46:47,958 - Apa yang kau nak tahu? - Aku nak tahu semuanya. 580 00:46:53,500 --> 00:46:56,333 Kau kenal siapa Riyad dari Pedro Juan? 581 00:46:56,833 --> 00:46:58,500 - Kau kenal dia? - Ya. 582 00:46:58,583 --> 00:47:02,458 Semuanya bermula di sempadan sana, di Ponta Porã. 583 00:47:02,541 --> 00:47:06,208 Keadaan di sana lebih teruk. Semua orang kata tempat itu lubuk. 584 00:47:06,291 --> 00:47:08,625 Lubuk yang kencang. 585 00:47:08,708 --> 00:47:14,250 Orang tua jahanam itu duduk di situ dan mula cakap apa yang keluar masuk. 586 00:47:14,333 --> 00:47:15,458 Dialah puncanya. 587 00:47:15,541 --> 00:47:18,125 Riyad, raja sempadan. 588 00:47:19,333 --> 00:47:20,541 Satu-satunya. 589 00:47:21,541 --> 00:47:23,166 Kau faham, bukan? 590 00:47:23,250 --> 00:47:26,541 Tapi Riyad dan Organisasi, mereka ini seteru lama. 591 00:47:26,625 --> 00:47:28,041 Ia bukan perkara baru. 592 00:47:30,041 --> 00:47:34,625 Kau tahu perjalanan darat lebih murah dan selamat daripada kapal terbang. 593 00:47:34,708 --> 00:47:37,625 Kokain Bolivia banyak masuk melalui Pedro Juan. 594 00:47:39,625 --> 00:47:42,333 Mungkin Organisasi fikir, 595 00:47:42,416 --> 00:47:46,375 "Kenapa kita nak bayar mahal jika dia bekerja dengan pesaing kita?" 596 00:47:47,416 --> 00:47:49,333 Hai, sayang. Apa khabar? 597 00:47:50,208 --> 00:47:51,333 Semuanya okey tak? 598 00:47:52,083 --> 00:47:54,333 Ada hal-hal pelik berlaku di luar? 599 00:47:56,833 --> 00:48:01,125 Tak, semuanya okey. Saya cuma tanya saja. 600 00:48:16,791 --> 00:48:20,583 Tapi mereka bukan saja bunuh dia. Mereka hantar mesej. 601 00:48:20,666 --> 00:48:25,000 "Sempadan ada raja baru sekarang. Organisasi abang long kawasan." 602 00:48:25,083 --> 00:48:27,458 Tapi mereka terlupa sesuatu. 603 00:48:28,083 --> 00:48:32,375 - Buat perjanjian dengan Duta. - Pengedar Paraguay. Siapa dia? 604 00:48:32,458 --> 00:48:36,125 - Aku tak tahu. Itu yang aku dengar. - Temberang! 605 00:48:36,208 --> 00:48:38,125 Dari mana kau dapat kokain? 606 00:48:39,000 --> 00:48:40,916 Aku tak tahu. 607 00:48:41,000 --> 00:48:43,958 Alahai, kau memang suka belasah orangkah? 608 00:48:44,041 --> 00:48:45,416 Aku ikan bilis saja. 609 00:48:45,500 --> 00:48:47,708 Aku cuma tahu apa yang aku dengar. 610 00:48:48,916 --> 00:48:49,958 Aduh. 611 00:48:50,625 --> 00:48:51,625 Beritahu aku. 612 00:48:57,333 --> 00:48:59,375 Duta sangatlah bijak. 613 00:48:59,458 --> 00:49:02,125 Otak dia geliga. Kau faham maksud aku? 614 00:49:02,208 --> 00:49:04,208 Dia dilahirkan di Brazil, 615 00:49:04,875 --> 00:49:07,875 tapi masuk bab perniagaan, dia membesar di Paraguay. 616 00:49:09,250 --> 00:49:13,791 ASUNCIÓN PENJARA TACUMBÚ 617 00:49:26,875 --> 00:49:28,083 Kisahnya begini. 618 00:49:28,625 --> 00:49:31,750 Operasinya lebih kecil daripada Organisasi, 619 00:49:31,833 --> 00:49:36,208 tapi memandangkan dia sampai ke Paraguay dulu, dia jerung di sini. 620 00:49:36,291 --> 00:49:39,750 Dia mendapat jolokan itu sebab dia pakar dalam berunding. 621 00:49:39,833 --> 00:49:43,375 Tapi dia jadi gila apabila mereka bunuh Riyad. 622 00:49:43,458 --> 00:49:46,416 Riyad memudahkan dia untuk bawa masuk barangnya. 623 00:49:46,500 --> 00:49:50,000 Lagipun, mereka kata dia hanya boleh jual kepada Organisasi. 624 00:49:51,541 --> 00:49:55,166 Walau tak sekuat Organisasi, senjatanya mampu serang mereka. 625 00:50:00,041 --> 00:50:03,416 "Kawan-kawanku, ada masa aman, dan ada masa kita perang." 626 00:50:06,041 --> 00:50:10,041 Organisasi huru-hara di sempadan sejak dia keluarkan arahan. 627 00:50:10,125 --> 00:50:12,625 Setiap kali mereka cuba bawa masuk barang, 628 00:50:12,708 --> 00:50:16,166 orang-orang Duta ikut mereka rapat. 629 00:50:16,250 --> 00:50:17,791 Habis jahanam. 630 00:50:18,416 --> 00:50:20,958 Ramai orang mati. 631 00:50:21,041 --> 00:50:24,166 Bukan sebelah pihak saja, malah kedua-dua belah pihak. 632 00:50:28,625 --> 00:50:33,416 Setahu aku, selepas beberapa bulan, pergolakan di Pedro Juan berhenti. 633 00:50:33,500 --> 00:50:35,333 Tiba-tiba saja, keadaan aman. 634 00:50:36,708 --> 00:50:39,958 - Bagaimana dengan rompakan itu? - Aku tak tahu-menahu. 635 00:50:40,041 --> 00:50:43,541 Aku cuma tahu ada orang Brazil terlibat. 636 00:50:46,666 --> 00:50:49,125 Mulai sekarang, pastikan telefon hidup. 637 00:50:49,208 --> 00:50:51,458 Beri kerjasama, maka kau akan selamat. 638 00:51:12,000 --> 00:51:14,833 Pergi terus ke makmal apabila sampai di sana. 639 00:51:14,916 --> 00:51:17,458 Baik. Tuan nak apa-apa daripada Brasília? 640 00:51:17,541 --> 00:51:18,416 Jarak. 641 00:51:19,000 --> 00:51:20,666 - Maklumkan saya. - Ya, tuan. 642 00:51:27,666 --> 00:51:29,375 Betulkan penimbang untuk aku. 643 00:51:42,375 --> 00:51:44,208 Seronok dapat jumpa, Bigode. 644 00:51:44,291 --> 00:51:45,791 - Ada cerita? - Hei. 645 00:51:46,291 --> 00:51:48,083 Bagaimana semuanya? 646 00:51:48,958 --> 00:51:50,541 Kerja kau okey tak? 647 00:51:50,625 --> 00:51:52,166 Kami ada masalah. 648 00:51:53,083 --> 00:51:54,583 Berapa banyak kau rembat? 649 00:51:55,166 --> 00:51:56,000 Tujuh? 650 00:51:56,083 --> 00:51:57,375 Tujuh? 651 00:52:00,625 --> 00:52:02,041 Kau cuma dapat tujuh? 652 00:52:04,916 --> 00:52:06,833 - Kau tahu tentang ini? - Tidak. 653 00:52:06,916 --> 00:52:08,708 Aku tak tahu. 654 00:52:08,791 --> 00:52:12,166 Kita patut siasat, Bigode. Tanya kawan-kawan kita. 655 00:52:12,875 --> 00:52:14,666 Kau ikut protokol tak? 656 00:52:14,750 --> 00:52:16,750 - Ya. - Mari buat apa yang perlu. 657 00:52:16,833 --> 00:52:18,125 - Baik. - Hei, Sheik. 658 00:52:22,916 --> 00:52:25,625 Kami sedang bincang sesuatu dengan orang kami. 659 00:52:25,708 --> 00:52:27,666 Nirjiwa ada di sini. 660 00:52:27,750 --> 00:52:31,666 Dia ada masalah. Ia disiarkan di radio, televisyen, surat khabar. 661 00:52:32,416 --> 00:52:34,125 Duit yang dia bawa tak cukup. 662 00:52:34,833 --> 00:52:36,458 Dia cuma bawa tujuh. 663 00:52:36,541 --> 00:52:37,666 Cakaplah. 664 00:52:40,625 --> 00:52:41,625 Hei, Sheik. 665 00:52:43,750 --> 00:52:46,125 Pertama, terima kasih kepada saudara aku 666 00:52:46,750 --> 00:52:49,375 kerana beri peluang untuk aku jelaskan. 667 00:52:51,625 --> 00:52:53,750 Aku dah 15 tahun dalam keluarga ini. 668 00:52:55,166 --> 00:52:58,125 Aku sentiasa buat perkara yang betul. Betul tak? 669 00:52:59,375 --> 00:53:00,708 Terus terang saja. 670 00:53:04,125 --> 00:53:06,250 Duit banyak hilang semasa kami lari. 671 00:53:10,000 --> 00:53:11,333 Ramai orang kami mati. 672 00:53:12,625 --> 00:53:16,125 Aku cuba uruskannya sebelum ke sini, tapi aku gagal. 673 00:53:16,208 --> 00:53:17,791 Inilah masalahnya. 674 00:53:19,791 --> 00:53:23,416 Orang-orang yang bersama Mamute kehilangan segalanya. 675 00:53:25,166 --> 00:53:27,250 Saudara aku juga alami kerugian. 676 00:53:28,250 --> 00:53:32,166 Carimbo buat kesilapan, dan dia terima akibatnya di tempat lain. 677 00:53:32,750 --> 00:53:34,083 Kami akan siasat. 678 00:53:34,666 --> 00:53:36,541 Baiklah. Kami akan tunggu. 679 00:53:38,041 --> 00:53:41,041 Sambung seseorang di talian yang boleh sahkan. 680 00:53:41,125 --> 00:53:43,083 Aku nak telefon Mentex. Dia di lokap. 681 00:53:43,166 --> 00:53:46,125 Telefon lelaki itu. Dia beritahu aku hal ini. 682 00:53:59,500 --> 00:54:01,500 Kami dah sahkan maklumat kau. 683 00:54:05,541 --> 00:54:07,083 Dia sahkan kata-kata kau. 684 00:54:07,791 --> 00:54:09,333 Tapi kau perlu uruskannya. 685 00:54:10,000 --> 00:54:13,333 Kau mewakili kami yang meringkuk di dalam. 686 00:54:13,416 --> 00:54:15,333 Aku tahu. 687 00:54:15,833 --> 00:54:17,291 Sebab itu aku ke sini 688 00:54:18,125 --> 00:54:22,083 untuk dapatkan undi percaya agar aku boleh teruskan misi ini. 689 00:54:22,958 --> 00:54:27,125 Aku akan bawa apa yang hilang. Aku berjanji dan aku akan tunaikannya. 690 00:54:27,708 --> 00:54:29,500 - Okey? - Okey. 691 00:54:30,291 --> 00:54:33,375 Dengar sini, saudaraku. Keluarga kita baik-baik saja. 692 00:54:34,000 --> 00:54:39,708 Masalahnya ialah Duta. Mereka beri kita tiga bulan untuk kumpul R$30 juta. 693 00:54:39,791 --> 00:54:43,875 Jika tidak, janji aku dengan mereka sia-sia dan perjanjian terbatal. 694 00:54:43,958 --> 00:54:45,458 Keamanan kita akan lebur. 695 00:54:45,958 --> 00:54:48,916 Jadi cari 30 juta itu dengan apa cara sekalipun. 696 00:54:49,000 --> 00:54:49,958 Faham. 697 00:54:50,041 --> 00:54:52,125 Carilah bersama Tuhan. 698 00:54:53,875 --> 00:54:54,875 Ayuh, keluargaku. 699 00:54:56,541 --> 00:54:59,041 Dengan kata-kata itu, Nirjiwa dilepaskan. 700 00:54:59,125 --> 00:55:00,000 Okey? 701 00:55:05,958 --> 00:55:09,000 WILAYAH PERSEKUTUAN IBU PEJABAT POLIS PERSEKUTUAN 702 00:55:38,125 --> 00:55:39,291 Hai, apa khabar? 703 00:55:39,375 --> 00:55:41,375 - Hai! - Tinggalkan barang di sana. 704 00:55:41,458 --> 00:55:42,625 Selamat datang. 705 00:55:42,708 --> 00:55:43,791 Mari ikut saya. 706 00:56:07,708 --> 00:56:11,750 FOZ DO IGUAÇU, PARANÁ 707 00:56:54,583 --> 00:56:57,000 Tolonglah ada maklumat boleh pakai. 708 00:57:02,916 --> 00:57:07,333 Apa lagi yang kita ada selain suspek yang tunggu borang pembebasannya? 709 00:57:07,416 --> 00:57:08,500 Alvinegro? 710 00:57:08,583 --> 00:57:10,208 Bangsat! 711 00:57:11,833 --> 00:57:14,041 Dia pemandu, bos. 712 00:57:14,125 --> 00:57:16,666 Dia drebar rompakan dan pecah masuk penjara. 713 00:57:16,750 --> 00:57:17,833 Kamu ada bukti? 714 00:57:18,375 --> 00:57:21,291 Tanpa bukti, dia cuma penyamar 715 00:57:21,375 --> 00:57:24,083 yang kebetulan berada di stesen bas yang salah. 716 00:57:32,333 --> 00:57:33,541 Ikut saya. 717 00:57:36,041 --> 00:57:37,666 Lima belas sampel dah siap. 718 00:57:37,750 --> 00:57:40,416 Cepat sungguh siap. Pangkalan data… 719 00:57:40,500 --> 00:57:43,750 Pangkalan data saya kumpulkan DNA dari seluruh Brazil. 720 00:57:43,833 --> 00:57:46,875 Ia boleh jadi lebih besar jika ia dipandang serius, 721 00:57:46,958 --> 00:57:49,750 tapi kebelakangan ini, mereka tolak bajet saya. 722 00:57:49,833 --> 00:57:52,041 Maaf, boleh tunjuk keputusannya? 723 00:57:52,125 --> 00:57:53,625 Semua orang menanti. 724 00:57:54,125 --> 00:57:55,250 Sudah tentu. Lihat. 725 00:57:56,375 --> 00:57:58,666 Ini analisis hubung kait… 726 00:57:58,750 --> 00:58:02,083 Yang kami hasilkan apabila keputusannya diterima. 727 00:58:02,166 --> 00:58:04,666 Kamu takkan faham, tapi ini intipatinya. 728 00:58:04,750 --> 00:58:08,375 Daripada 15 sampel pertama yang diproses, kita ada 15 padanan. 729 00:58:08,458 --> 00:58:09,916 Padan dengan apa? 730 00:58:10,000 --> 00:58:12,625 Kebanyakannya sampel daripada kes lain. 731 00:58:12,708 --> 00:58:14,625 - Khususnya sepuluh kes. - Ya. 732 00:58:14,708 --> 00:58:18,833 Orang dari Proguard terlibat dalam sepuluh jenayah lain di negara ini, 733 00:58:18,916 --> 00:58:20,708 bersama atau berasingan. 734 00:58:20,791 --> 00:58:25,083 Ini peta badan jenayah yang melibatkan harta tanah di negara ini. 735 00:58:25,166 --> 00:58:27,916 - Tapi tiada yang dikenal pasti? - Ada. 736 00:58:28,000 --> 00:58:30,208 Tapi kebanyakannya tidak. Belum lagi. 737 00:58:31,458 --> 00:58:33,125 Bagaimana dengan lelaki ini? 738 00:58:40,875 --> 00:58:44,000 DNA dia padan dengan sampel cawan di rumah agam. 739 00:58:45,875 --> 00:58:47,750 Sekejap, seperkara lagi. 740 00:58:49,250 --> 00:58:53,333 Darah yang ditemui pada kesan darah pembunuh Santos di penjara 741 00:58:53,916 --> 00:58:56,250 sepadan dengan darah di rumah agam itu. 742 00:58:57,583 --> 00:58:59,208 Dia bunuh Santos, Benício. 743 00:59:01,208 --> 00:59:03,958 Nirjiwa. Dia bekerja dengan Alvinegro. 744 00:59:07,500 --> 00:59:08,708 Beri aku gari kau! 745 00:59:25,708 --> 00:59:26,541 Hei. 746 00:59:26,625 --> 00:59:29,125 - Bertenang, tuan! - Mari pergi. 747 00:59:29,666 --> 00:59:33,000 - Okey. Kau menang. - Mari lihat pasukan kau menang. 748 01:01:40,250 --> 01:01:45,250 Terjemahan sari kata oleh Jentayu