1
00:00:06,041 --> 00:00:07,333
Ta-da!
2
00:00:07,375 --> 00:00:08,875
SEBUAH SIRI NETFLIX
3
00:00:15,958 --> 00:00:18,291
- Answer Time
- Answer Time!
4
00:00:18,375 --> 00:00:20,791
- Ini StoryBots: Answer Time
- Answer Time!
5
00:00:20,875 --> 00:00:23,375
Mereka tinggal dalam komputer anda
Mereka ada kerja
6
00:00:23,458 --> 00:00:25,750
Mereka jadikan belajar seronok
7
00:00:25,833 --> 00:00:27,916
Saat anda ada soalan
Mereka akan jawab
8
00:00:28,000 --> 00:00:29,916
Ini StoryBots: Answer Time
9
00:00:31,333 --> 00:00:32,291
Answer Time!
10
00:00:38,333 --> 00:00:40,000
Hei. Apa khabar?
11
00:00:40,500 --> 00:00:43,916
Hei, Boop. Berapa kerap
saya perlu berus gigi?
12
00:00:44,500 --> 00:00:45,583
Boop.
13
00:00:46,166 --> 00:00:49,125
- Sekurang-kurangnya dua kali sehari?
Boop.
14
00:00:49,208 --> 00:00:51,083
Baiklah. Itu yang saya buat.
15
00:00:51,166 --> 00:00:52,541
Dua kali sehari?
16
00:00:53,208 --> 00:00:57,791
Saya sangka dua kali setahun!
Patutlah mulut saya busuk!
17
00:00:57,875 --> 00:00:58,708
Boop.
18
00:00:59,250 --> 00:01:00,083
Duduk!
19
00:01:00,166 --> 00:01:01,333
Okey.
20
00:01:01,875 --> 00:01:02,791
Cakap!
21
00:01:02,875 --> 00:01:03,916
Helo?
22
00:01:04,000 --> 00:01:05,500
Berguling!
23
00:01:05,583 --> 00:01:07,000
Berguling?
24
00:01:07,083 --> 00:01:10,625
Maaf, Bang. Saya cakap dengan anjing saya.
25
00:01:11,583 --> 00:01:12,583
Hebatnya.
26
00:01:14,666 --> 00:01:17,500
Dia boleh terbang di langit
27
00:01:17,583 --> 00:01:21,458
Dia Super Mega Awesome Ultra Guy
28
00:01:21,541 --> 00:01:24,166
Bing? Kita sedang bekerja.
29
00:01:24,250 --> 00:01:26,916
Ya, sekejap. Babak terbaik hampir tiba.
30
00:01:27,000 --> 00:01:28,333
Saya rasa…
31
00:01:28,416 --> 00:01:29,375
Alamak!
32
00:01:32,208 --> 00:01:34,916
Tengok! Kita ada soalan Tahap Tiga!
33
00:01:37,166 --> 00:01:40,041
Hei, StoryBots. Saya gembira
dapat hubungi awak.
34
00:01:40,125 --> 00:01:42,916
Saya perlukan bantuan hebat awak.
35
00:01:44,750 --> 00:01:49,166
Tunggu, Super Mega Awesome Ultra Guy.
Saya nak tonton rancangan awak. Apa?
36
00:01:49,250 --> 00:01:53,500
Wah! Super Mega Awesome Ultra Guy.
Tak sangka! Hebatnya!
37
00:01:53,583 --> 00:01:58,166
- Saya peminat setia awak!
- Itu sangat hebat, Bing.
38
00:01:58,250 --> 00:02:01,625
Tapi, saya ada masalah. Saya perlukan…
39
00:02:01,708 --> 00:02:04,333
Awak perlukan bantuan
menewaskan Gadis Besar?
40
00:02:04,416 --> 00:02:08,458
Gadis Besar? Tak.
Lebih sukar daripada itu. Saya…
41
00:02:08,541 --> 00:02:12,375
Profesor Kemusnahan
cuba ambil alih dunia lagi?
42
00:02:12,958 --> 00:02:18,416
Tak. Bukan Profesor Kemusnahan.
Saya dah lawan dia. Saya perlukan…
43
00:02:18,500 --> 00:02:21,125
Wah! Awak cari teman sampingan!
44
00:02:21,208 --> 00:02:24,708
Saya dah lama berlatih.
Saya terima! Hebatnya!
45
00:02:24,791 --> 00:02:27,416
- Kita pasti hebat bersama…
- Bing!
46
00:02:27,500 --> 00:02:31,375
Jika awak benarkan
En. Awesome Ultra Guy bercakap,
47
00:02:31,458 --> 00:02:33,375
dia akan beritahu apa dia perlu.
48
00:02:34,166 --> 00:02:38,750
Terima kasih, Beep.
Saya perlukan bantuan mempelajari
49
00:02:39,666 --> 00:02:40,875
tentang bajet.
50
00:02:41,375 --> 00:02:42,583
Gajet?
51
00:02:43,250 --> 00:02:45,208
Bukan gajet, bajet.
52
00:02:45,291 --> 00:02:49,041
Pekerja dalam rancangan saya
yang bercakap tentang duit
53
00:02:49,125 --> 00:02:53,541
asyik cakap bajet saya terlebih.
Saya tak faham maksudnya.
54
00:02:55,583 --> 00:02:58,375
Penghantaran mantel
untuk En. Awesome Ultra Guy.
55
00:02:58,458 --> 00:03:00,750
Itu sangat hebat.
56
00:03:00,833 --> 00:03:06,458
Letak di sebelah 364 mantel lain
yang saya beli, boleh? Terima kasih.
57
00:03:07,041 --> 00:03:10,916
Sekarang saya ada satu mantel
untuk setiap hari dalam setahun.
58
00:03:12,250 --> 00:03:13,666
Begitu.
59
00:03:13,750 --> 00:03:17,000
Tapi adakah awak perlukan
semua mantel itu?
60
00:03:18,291 --> 00:03:21,083
Penghantaran pek jet
untuk En. Awesome Ultra Guy.
61
00:03:21,166 --> 00:03:23,250
Itu sangat hebat!
62
00:03:23,333 --> 00:03:27,333
Letak di sebelah enam pek jet lain.
Terima kasih.
63
00:03:27,833 --> 00:03:32,041
Sekarang saya ada satu pek jet
untuk setiap hari dalam seminggu.
64
00:03:33,958 --> 00:03:38,125
Saya tak tahu maksud pek jet,
tapi bunyinya agak berlebihan.
65
00:03:38,208 --> 00:03:39,041
Boop.
66
00:03:39,125 --> 00:03:44,958
Jadi, StoryBots, boleh awak tolong saya
siasat tentang bajet ini?
67
00:03:45,041 --> 00:03:48,000
Kerana pekerja bersut
yang cakap tentang wang kata
68
00:03:48,083 --> 00:03:52,125
kalau saya tak kurangkan bajet,
mereka akan batalkan rancangan saya!
69
00:03:52,916 --> 00:03:56,125
Apa? Tak boleh! Kita kena halang mereka!
70
00:03:56,208 --> 00:04:00,458
Jika bajet berkaitan dengan duit,
mungkin bank boleh bantu?
71
00:04:00,541 --> 00:04:03,750
- Idea bagus!
- Bank pasti ada jawapannya.
72
00:04:03,833 --> 00:04:06,458
Saya akan ke bank untuk siasat hal ini.
73
00:04:06,958 --> 00:04:11,041
Terima kasih, Bing. Baguslah.
Saya tahu saya boleh harapkan awak.
74
00:04:13,541 --> 00:04:17,250
Usah takut, Super Mega Awesome
Ultra Guy. Kami akan uruskannya.
75
00:04:19,416 --> 00:04:20,416
Answer Time!
76
00:04:21,583 --> 00:04:24,041
Hei, StoryBots. Boleh beritahu saya
fakta menarik?
77
00:04:24,875 --> 00:04:30,291
Fakta menarik nombor 459,401,380.
78
00:04:31,625 --> 00:04:33,375
Tahukah anda kuku kuda dibuat
79
00:04:33,458 --> 00:04:35,958
daripada bahan sama dengan kuku manusia?
80
00:04:36,750 --> 00:04:39,291
Itu dia, sayang. Sudah siap.
81
00:04:40,333 --> 00:04:43,041
Okey, siapa lagi nak rias kuku?
82
00:04:49,625 --> 00:04:52,041
Batalkan semua janji temu saya!
83
00:04:53,083 --> 00:04:55,041
Ini akan ambil masa lama.
84
00:04:56,208 --> 00:05:00,083
Hai, StoryBots.
Apakah gandaan sepunya terkecil?
85
00:05:01,125 --> 00:05:04,750
Tolong! Saya ada lapan sosej
dan enam roti saja.
86
00:05:04,833 --> 00:05:06,875
Awak perlukan sebungkus lagi roti.
87
00:05:06,958 --> 00:05:09,458
Sekarang ada 12 roti dan lapan sosej saja.
88
00:05:09,541 --> 00:05:12,000
Awak perlukan sebungkus lagi sosej.
89
00:05:12,083 --> 00:05:16,000
Tapi ada 16 sosej
dan 12 roti saja. Ia berterusan!
90
00:05:16,083 --> 00:05:20,750
Lapan belas roti, 16 sosej.
24 sosej, 18 roti. 24 roti dan 24…
91
00:05:20,833 --> 00:05:22,083
Tengoklah itu.
92
00:05:22,666 --> 00:05:25,916
- Itu gandaan sepunya terkecil.
- Apa itu?
93
00:05:26,000 --> 00:05:30,875
Nombor terkecil yang boleh dibahagikan
dengan dua nombor berbeza tanpa baki.
94
00:05:30,958 --> 00:05:32,041
Alamak!
95
00:05:32,125 --> 00:05:35,916
- Apa kita nak buat?
- Kita perlu makan 24 roti sosej.
96
00:05:41,416 --> 00:05:44,750
Hentian seterusnya, Bank Pusat StoryBots.
97
00:05:50,000 --> 00:05:51,625
Apa yang awak perlukan?
98
00:05:51,708 --> 00:05:57,583
- Saya perlu belajar cara bajet berfungsi.
- Bajet? Saya suka bajet.
99
00:05:57,666 --> 00:06:02,041
Ada orang kata bajet? Saya berminat.
100
00:06:05,666 --> 00:06:12,083
Jadi, apa yang awak mahu tahu
tentang dunia bajet yang menyeronokkan?
101
00:06:13,916 --> 00:06:19,916
- Saya perlu tahu cara bajet berfungsi.
- Awak pasti akan seronok.
102
00:06:20,416 --> 00:06:21,958
Saya suka berseronok.
103
00:06:23,833 --> 00:06:25,041
Apa?
104
00:06:25,625 --> 00:06:29,416
Bajet, berasal daripada perkataan
Perancis lama "bougette",
105
00:06:29,500 --> 00:06:33,583
bermakna kantung kecil,
ialah rancangan kewangan terkuantiti.
106
00:06:33,666 --> 00:06:35,958
Aduhai. Bosannya.
107
00:06:36,041 --> 00:06:39,541
Tapi aku perlu tahu cara bajet berfungsi
demi Super Mega Awesome Ultra Guy!
108
00:06:39,625 --> 00:06:43,083
- …jumlah dan pendapatan…
- …kegunaan biasa…
109
00:06:43,166 --> 00:06:45,833
Beri perhatian, Bing.
110
00:06:46,333 --> 00:06:50,708
Aset, liabiliti dan aliran tunai…
111
00:06:50,791 --> 00:06:52,333
Ayuh.
112
00:06:52,416 --> 00:06:53,750
Aku perlu fokus!
113
00:06:53,833 --> 00:06:55,916
Sesetengah orang suka buat…
114
00:06:58,333 --> 00:07:00,208
Jangan tidur!
115
00:07:00,291 --> 00:07:01,875
Awak perlu tahu…
116
00:07:01,958 --> 00:07:05,208
…kawasan individu dan selalunya
satu organisasi…
117
00:07:05,291 --> 00:07:08,541
Kau boleh buat, Bing! Kau akan berjaya!
118
00:07:08,625 --> 00:07:13,208
…sebab kita semua tahu sistem yang bagus
boleh memudahkan bajet dibuat.
119
00:07:13,291 --> 00:07:15,833
Dibuat…
120
00:07:18,416 --> 00:07:19,291
Apa?
121
00:07:19,375 --> 00:07:23,041
Selamat datang ke Hotel Terlebih Bajet.
122
00:07:23,125 --> 00:07:26,666
Boleh kami bantu awak mengira?
123
00:07:27,250 --> 00:07:29,166
Tak mengapa. Selamat tinggal!
124
00:07:31,500 --> 00:07:34,833
Perancangan kewangan ialah asas kekayaan.
125
00:07:34,916 --> 00:07:36,208
Bawa saya pergi!
126
00:07:37,833 --> 00:07:40,250
Aduhai! Apa?
127
00:07:40,333 --> 00:07:43,291
- Jangan lupa menyimpan!
- Bagaimana dengan perbelanjaan?
128
00:07:43,375 --> 00:07:45,416
- Bajet makanan.
- Serta pakaian.
129
00:07:45,500 --> 00:07:48,416
- Serta mainan.
- Jangan lupa cukai.
130
00:07:48,500 --> 00:07:50,875
Semuanya boleh dibajetkan.
131
00:07:55,208 --> 00:07:57,166
Awak terlebih bajet, Bing.
132
00:07:57,666 --> 00:08:00,291
Perbelanjaan awak tinggi.
133
00:08:00,375 --> 00:08:06,708
Berbelanja sahaja tanpa menyimpan
menyebabkan Bing terlebih bajet.
134
00:08:07,291 --> 00:08:08,166
Tidak!
135
00:08:13,583 --> 00:08:19,333
Satu empat menghasilkan dua dua.
Bahagi dengan kami, Bing.
136
00:08:24,833 --> 00:08:26,208
Apa? Hei.
137
00:08:26,708 --> 00:08:31,208
- Saya mahu daftar keluar.
- Tapi awak baru mula faham.
138
00:08:31,291 --> 00:08:34,416
Membajet ialah kemahiran sepanjang hayat.
139
00:08:35,000 --> 00:08:37,500
Awak sentiasa perlukannya.
140
00:08:39,625 --> 00:08:43,958
Membajet ialah kemahiran sepanjang hayat
dan awak sentiasa perlukannya.
141
00:08:44,041 --> 00:08:45,166
Apa?
142
00:08:49,500 --> 00:08:50,750
Lemon kami!
143
00:08:50,833 --> 00:08:52,625
Aduhai. Awak okey?
144
00:08:53,583 --> 00:08:56,541
Ya. Saya okey. Maaf tentang lemon itu.
145
00:08:56,625 --> 00:09:00,541
Usah risau. Ada jaluran butiran
untuk kerosakan dalam bajet kami.
146
00:09:01,125 --> 00:09:02,583
Awak kata bajet?
147
00:09:03,166 --> 00:09:06,916
Sudah tentu. Kami usahawan.
Kami uruskan perniagaan kecil.
148
00:09:07,000 --> 00:09:09,750
Mak saya kata kami pandai uruskan wang.
149
00:09:09,833 --> 00:09:13,458
Saya perlu tahu cara bajet berfungsi.
Adakah awak boleh bantu?
150
00:09:13,541 --> 00:09:15,541
Ikut kami. Saya akan tunjuk.
151
00:09:15,625 --> 00:09:18,041
Bagus. Terima kasih! Ini pasti hebat.
152
00:09:18,125 --> 00:09:21,583
Hei, Aileen,
ke mana lelaki kuning itu pergi?
153
00:09:21,666 --> 00:09:24,625
Nampaknya dia tak berminat.
154
00:09:26,000 --> 00:09:27,166
Tak berminat!
155
00:09:29,083 --> 00:09:29,916
Hai.
156
00:09:30,625 --> 00:09:32,208
Berapa banyak tumbuhan yang ada?
157
00:09:34,916 --> 00:09:36,791
- Hei, Dink.
- Ya, Doink?
158
00:09:37,500 --> 00:09:40,958
Berapa banyak jenis tumbuhan
yang awak rasa ada di Bumi?
159
00:09:41,041 --> 00:09:45,250
Di Bumi? Mungkin lebih kurang 25 jenis.
160
00:09:46,791 --> 00:09:50,625
Dua puluh lima? Tentu ada
sekurang-kurangnya 50 jenis tumbuhan!
161
00:09:50,708 --> 00:09:51,541
di Bumi.
162
00:09:54,208 --> 00:09:58,791
- Tak mungkin!
- Awak tahu semuanya tentang tumbuhan?
163
00:09:58,875 --> 00:10:00,416
Awak ahli botani?
164
00:10:00,500 --> 00:10:03,750
Tak, saya suka tumbuhan.
Saya ada tumbuhan.
165
00:10:03,833 --> 00:10:06,000
Bagaimana saya boleh berkawan
dengan seseorang
166
00:10:06,083 --> 00:10:09,791
yang fikir hanya ada
25 jenis tumbuhan di Bumi?
167
00:10:09,875 --> 00:10:11,750
Bagaimana saya boleh berkawan
168
00:10:11,833 --> 00:10:16,500
dengan seseorang yang fikir
ada 50 jenis atau lebih tumbuhan di Bumi?
169
00:10:17,000 --> 00:10:19,333
- Baiklah. Ketawa.
- Saya sedang ketawa!
170
00:10:19,416 --> 00:10:23,250
Awak ke sana, saya ke sini
dan usah berjumpa lagi.
171
00:10:23,333 --> 00:10:27,166
- Saya ke sini, awak ke sana.
- Saya ke sini. Saya cakap dulu.
172
00:10:27,250 --> 00:10:31,041
- Tak, dulu awak ke sana.
- Baiklah, saya ke sini.
173
00:10:31,125 --> 00:10:33,708
Kita jalan bersama!
Saya tak nak ikut awak.
174
00:10:33,791 --> 00:10:36,125
- Saya akan ke sana.
- Baiklah.
175
00:10:38,333 --> 00:10:42,291
Helo, tuan-tuan.
Saya rasa saya boleh bantu.
176
00:10:42,375 --> 00:10:48,958
Saintis menganggarkan terdapat
antara 300,000 dengan 400,000
177
00:10:49,041 --> 00:10:52,041
jenis tumbuhan berbeza di Bumi.
178
00:11:00,125 --> 00:11:03,458
Yalah tu!
Saya pula Bigfoot berjanggut biru!
179
00:11:03,958 --> 00:11:07,875
Empat ratus ribu jenis tumbuhan berbeza
di Bumi?
180
00:11:08,625 --> 00:11:12,958
Apa yang ular
di hutan hujan tahu tentang tumbuhan?
181
00:11:14,000 --> 00:11:16,416
Ayuh, Doink. Mari kita pergi.
182
00:11:19,291 --> 00:11:22,083
Tumbuhan di sekeliling
183
00:11:23,250 --> 00:11:25,833
Tumbuhan di mana saja
Tumbuh di sana sini
184
00:11:25,916 --> 00:11:28,458
- Pokok renek, rumput, bunga, pokok
- Serta mensiang
185
00:11:28,541 --> 00:11:31,125
Jasmin dan juniper
Larkspur dan lavender
186
00:11:31,208 --> 00:11:33,500
- Pain ponderosa
Tumbleweed dan pokok anggur
187
00:11:33,583 --> 00:11:35,958
Crocus dan daisi
Dafodil dan peony
188
00:11:36,041 --> 00:11:38,666
Buas-buas, flaks
Perangkap lalat Hungry Venus
189
00:11:38,750 --> 00:11:41,333
Serai dan klover
Serta dandelion
190
00:11:41,416 --> 00:11:44,291
Fescue, kudzu
Tumbuhan getah dan buluh
191
00:11:45,041 --> 00:11:50,166
Antara 300,000 dengan 400,000
Spesies tumbuhan tumbuh jauh dan dekat
192
00:11:50,250 --> 00:11:52,791
Kita tak tahu setiap jenis
Ada macam-macam lagi
193
00:11:52,875 --> 00:11:55,500
Kira-kira 2,000 jenis
ditemukan setiap tahun
194
00:11:55,583 --> 00:11:56,666
Wah.
195
00:11:56,750 --> 00:11:59,458
Banyak tumbuhan enak
Salad, bit, oat, gandum
196
00:11:59,541 --> 00:12:02,166
- Lobak merah, pea, labu, tomato
- Kubis bunga, keledek
197
00:12:02,250 --> 00:12:04,750
Epal, pir, plum, ceri
Tebu, boysenberry
198
00:12:04,833 --> 00:12:07,625
- Kailan, bayam, kubis daun
- Sebahagian cattail
199
00:12:08,125 --> 00:12:09,958
Bukan awak, kucing.
200
00:12:10,041 --> 00:12:12,583
Lidah buaya dan saguaro
Milkweed dan dedalu
201
00:12:12,666 --> 00:12:15,291
- Pokok kelapa, ivy beracun
- Jaga-jaga!
202
00:12:15,375 --> 00:12:17,708
- Boleh anda kira semua tumbuhan?
- Tak!
203
00:12:17,791 --> 00:12:21,500
Ada banyak lagi jenis
Tapi mari tamatkan lagu ini
204
00:12:21,583 --> 00:12:24,333
Tumbuhan di sekeliling
205
00:12:26,291 --> 00:12:29,166
Hentian seterusnya,
Syarikat Lemon Squeezy.
206
00:12:29,791 --> 00:12:33,583
Ke mana kita akan pergi?
Saya perlu tahu cara bajet berfungsi.
207
00:12:33,666 --> 00:12:34,625
Ini dia!
208
00:12:37,833 --> 00:12:39,708
Gerai lemonad kami.
209
00:12:39,791 --> 00:12:44,500
Apa? Saya tahu awak berniaga kecil,
tapi ini agak kecil.
210
00:12:44,583 --> 00:12:49,333
Bing, dengar. Ini sebahagian
strategi penjenamaan bijak kami.
211
00:12:51,000 --> 00:12:55,291
Marv, lihat. Kami akan beli 20 lemonad.
212
00:12:55,958 --> 00:12:58,875
Apa pun, ini cuma sedikit saja.
213
00:13:06,333 --> 00:13:07,916
Wah. Hebat!
214
00:13:09,000 --> 00:13:14,208
Selamat datang ke Syarikat Lemon Squeezy.
Kami hasilkan lemonad di sini.
215
00:13:14,291 --> 00:13:18,416
Jangan letak semua lemon
di dalam satu bakul. Apa? Ya, tiga okey.
216
00:13:18,500 --> 00:13:22,125
- Berapa gelen? Tak setuju.
- Beli! Jual!
217
00:13:22,208 --> 00:13:25,791
- Wah, awak buat semua ini dengan bajet?
- Lebih kurang.
218
00:13:25,875 --> 00:13:29,500
Bajet ialah alat yang merancang
di mana untuk belanjakan duit.
219
00:13:30,000 --> 00:13:31,416
Bagaimana caranya?
220
00:13:32,541 --> 00:13:33,541
Jualan.
221
00:13:33,625 --> 00:13:37,166
Pertama, awak perlukan duit masuk.
Itu dipanggil pendapatan.
222
00:13:38,958 --> 00:13:43,333
Tapi kami juga perlu belanjakan duit
bagi bahan untuk buat lemonad.
223
00:13:43,416 --> 00:13:45,416
Itu dipanggil perbelanjaan.
224
00:13:45,916 --> 00:13:47,375
Ini untuk jus lemon.
225
00:13:53,083 --> 00:13:54,500
Ini untuk gula.
226
00:13:58,541 --> 00:14:01,000
Kami perlu bayar pekerja kami.
227
00:14:01,083 --> 00:14:03,708
Ada bayaran untuk pekerja
dalam bajet kami.
228
00:14:08,250 --> 00:14:09,625
Ini lemonad tuan.
229
00:14:09,708 --> 00:14:12,500
Hebat. Tapi, tunggu. Untuk apakah itu?
230
00:14:13,416 --> 00:14:16,166
Itu benda yang terbaik.
231
00:14:16,250 --> 00:14:19,791
Ini duit yang tinggal
selepas awak bayar perbelanjaan.
232
00:14:19,875 --> 00:14:21,666
Ini dipanggil lebihan.
233
00:14:22,666 --> 00:14:24,625
Apabila lebihan awak lebih besar,
234
00:14:24,708 --> 00:14:27,250
ada lebih banyak duit untuk dibelanjakan.
235
00:14:27,833 --> 00:14:28,916
Lebihan?
236
00:14:30,458 --> 00:14:33,833
Saya tahu cara tingkatkan jualan
untuk buat lebihan lebih besar!
237
00:14:35,625 --> 00:14:39,083
Setiap gelas lemonad perlukan
lebih gula. Semua suka gula!
238
00:14:42,583 --> 00:14:44,375
Tak! Awak akan tak seimbangkan…
239
00:14:46,333 --> 00:14:50,625
Semua duit dibelanjakan untuk gula,
jadi duit tak cukup untuk pekerja!
240
00:14:50,708 --> 00:14:54,333
- Kami tak bekerja secara percuma.
- Tiada gaji, tiada kerja.
241
00:14:57,208 --> 00:14:59,708
Apa yang berlaku? Kenapa ia tak berfungsi?
242
00:14:59,791 --> 00:15:02,500
Memandangkan perbelanjaan gula
lebih tinggi,
243
00:15:02,583 --> 00:15:05,250
perbelanjaan melebihi pendapatan.
244
00:15:05,333 --> 00:15:07,625
Itu dipanggil kurangan.
245
00:15:07,708 --> 00:15:11,666
Perbelanjaan awak
tak boleh melebihi pendapatan.
246
00:15:13,000 --> 00:15:14,791
Mari seimbangkan bajet.
247
00:15:15,291 --> 00:15:17,083
Serta bersihkan tempat ini.
248
00:15:28,791 --> 00:15:33,416
Kalau awak pastikan pendapatan awak
sama dengan perbelanjaan awak,
249
00:15:33,500 --> 00:15:36,833
awak ada bajet yang seimbang, kawan.
250
00:15:36,916 --> 00:15:41,000
Awak ikut rancangan supaya perbelanjaan
tak melebihi pendapatan?
251
00:15:41,083 --> 00:15:42,000
Tepat sekali.
252
00:15:42,083 --> 00:15:44,791
Wah. Kita membajet dengan baik
253
00:15:44,875 --> 00:15:47,875
hingga kita boleh berikan pekerja
bonus besar.
254
00:15:48,375 --> 00:15:49,583
Bonus besar?
255
00:15:49,666 --> 00:15:50,833
Kita kaya!
256
00:15:50,916 --> 00:15:53,875
- Masa untuk parti!
- Masa untuk parti!
257
00:15:55,416 --> 00:15:59,291
Saya nak berparti, tapi saya perlu berikan
Super Mega Ultra Awesome Guy jawapan.
258
00:15:59,375 --> 00:16:03,125
Terima kasih atas bantuan awak!
Selamat tinggal! Hebatnya bajet!
259
00:16:03,208 --> 00:16:05,791
Sama-sama, Bing. Terus berjimat.
260
00:16:05,875 --> 00:16:07,000
Jumpa lagi!
261
00:16:12,333 --> 00:16:14,791
Bajet, bajet
Berbaloi untuk ada bajet
262
00:16:14,875 --> 00:16:17,625
Anda boleh berjimat
Dengan bajet
263
00:16:17,708 --> 00:16:20,125
Bajet ialah rancangan
Untuk guna wang yang anda dapat
264
00:16:20,208 --> 00:16:22,833
Mengawasi ke mana ia pergi sangat penting
265
00:16:22,916 --> 00:16:25,375
Ikut keputusan anda
Dalam bajet anda
266
00:16:25,458 --> 00:16:28,208
Supaya duit tak habis
Sebelum anda dibayar lagi
267
00:16:28,291 --> 00:16:31,000
"Pendapatan" ialah perkataan
Untuk wang yang anda dapat
268
00:16:31,083 --> 00:16:33,875
Daripada kerja potong rumput
Atau bawa anjing berjalan
269
00:16:33,958 --> 00:16:36,583
Tapi anda juga ada perbelanjaan
Jadi, bayaran perlu dibuat
270
00:16:36,666 --> 00:16:39,750
- Untuk apa yang anda perlu dan mahu
- Anda boleh derma sedikit
271
00:16:39,833 --> 00:16:42,416
Bajet, bajet
Berbaloi untuk ada bajet
272
00:16:42,500 --> 00:16:45,000
Bajet anda menunjukkan wang
Yang akan masuk
273
00:16:45,083 --> 00:16:47,583
Berbanding dengan jumlah
Yang mahu dibelanjakan
274
00:16:47,666 --> 00:16:50,291
Jika pendapatan anda melebihi perbelanjaan
275
00:16:50,375 --> 00:16:53,125
Anda ada lebihan
Belanja atau simpannya
276
00:16:53,208 --> 00:16:55,791
Tapi jika pendapatan anda
kurang daripada perbelanjaan
277
00:16:55,875 --> 00:16:58,541
Itu kurangan
Masalah yang perlu diselesaikan
278
00:16:58,625 --> 00:17:01,166
Dengan simpanan
Atau kurangkan perbelanjaan
279
00:17:01,250 --> 00:17:04,375
Atau pinjam daripada orang
Yang ada duit…
280
00:17:04,458 --> 00:17:06,958
- Ini dia.
- Terima kasih, kawan.
281
00:17:07,041 --> 00:17:09,458
Jika pendapatan dan perbelanjaan sama
282
00:17:09,541 --> 00:17:12,500
- Bajet anda seimbang
- Anda mungkin pernah dengar
283
00:17:12,583 --> 00:17:15,000
Bajet membantu anda rancang perbelanjaan
284
00:17:15,083 --> 00:17:17,666
Sehingga anda dibayar lagi
Duit anda menanggung anda
285
00:17:17,750 --> 00:17:20,958
Mungkin anda boleh simpan sikit
286
00:17:21,041 --> 00:17:23,375
Bajet, bajet
Berbaloi untuk ada bajet
287
00:17:23,458 --> 00:17:26,791
Anda boleh tunaikan impian anda
Dengan bajet
288
00:17:30,708 --> 00:17:33,125
Helo? Super Mega Awesome Ultra Guy?
289
00:17:34,375 --> 00:17:37,958
Bing, saya lega melihat awak.
Baguslah awak kembali.
290
00:17:38,041 --> 00:17:40,875
Awak sudah tahu apa itu bajet?
291
00:17:41,666 --> 00:17:45,541
Ya. Bajet ialah sesuatu yang awak gunakan
untuk kawal wang awak.
292
00:17:46,375 --> 00:17:49,083
Penghantaran pek jet
untuk En. Awesome Ultra Guy.
293
00:17:49,166 --> 00:17:53,250
Tunggu, adakah saya pesan satu lagi?
Bodohnya saya.
294
00:17:53,333 --> 00:17:57,333
Tak mengapa.
Ada lapan pek jet berguna, bukan?
295
00:17:58,958 --> 00:18:01,583
Itu masalahnya,
Super Mega Awesome Ultra Guy!
296
00:18:01,666 --> 00:18:04,166
Perbelanjaan tak boleh
melebihi pendapatan.
297
00:18:04,250 --> 00:18:08,708
- Itu yang buat awak terlebih bajet.
- Masuk akal juga.
298
00:18:08,791 --> 00:18:11,416
Tapi, bagaimana cara kurangkan bajet?
299
00:18:12,041 --> 00:18:15,625
Kurangkan perbelanjaan!
Pulangkan barang yang tak perlu.
300
00:18:15,708 --> 00:18:19,875
Biar betul? Pulangkan pek jet ini?
Saya baru dapat.
301
00:18:19,958 --> 00:18:25,041
Ya. Pulangkan 364
daripada 365 mantel yang awak beli.
302
00:18:25,541 --> 00:18:29,333
Tapi bagaimana kalau mantel ini kotor?
Apa patut saya buat?
303
00:18:29,833 --> 00:18:33,250
Nampaknya awak ada dua pilihan.
304
00:18:33,333 --> 00:18:36,208
Pulangkan barang itu
dan teruskan rancangan awak
305
00:18:36,291 --> 00:18:39,625
atau terus membazir
dan biar mereka batalkannya!
306
00:18:39,708 --> 00:18:40,541
Begitu.
307
00:18:41,250 --> 00:18:45,208
Bing, bila awak cakap begitu,
pilihannya agak jelas.
308
00:18:45,291 --> 00:18:48,166
Saya akan jual barang yang tak perlu,
309
00:18:48,250 --> 00:18:49,958
kurangkan perbelanjaan
310
00:18:50,041 --> 00:18:53,916
dan terus berjuang
demi kebenaran dan keadilan.
311
00:18:55,583 --> 00:18:58,500
Itu pilihan yang sangat hebat.
312
00:18:59,666 --> 00:19:03,000
Terima kasih atas bantuan awak, Bing.
313
00:19:03,083 --> 00:19:07,333
Ingat, StoryBots, terus menjadi hebat.
314
00:19:30,750 --> 00:19:35,750
Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi