1 00:00:42,333 --> 00:00:45,125 Dulu, ada bayi ditinggalkan di hutan ini. 2 00:00:50,208 --> 00:00:54,375 Ada pasangan muda gantung diri berhampiran bayi itu. 3 00:00:55,583 --> 00:00:56,708 Ibu bapa budak itu. 4 00:01:00,625 --> 00:01:03,916 Mereka tinggalkan nota, meratapi ketidakadilan hidup. 5 00:01:04,875 --> 00:01:07,708 Mereka tak sanggup bunuh anak sendiri. 6 00:01:08,666 --> 00:01:10,583 Lalu dibiarkan bayi itu mati. 7 00:01:11,958 --> 00:01:12,791 Namun, 8 00:01:13,833 --> 00:01:15,208 bayi itu tak mati. 9 00:01:17,333 --> 00:01:20,375 Walaupun mayat ibu bapanya mereput, 10 00:01:20,458 --> 00:01:22,833 bayi itu terus menangis dengan kuat. 11 00:01:25,750 --> 00:01:29,666 Seolah-olah enggan tunduk kepada takdir yang diatur ibu bapanya. 12 00:01:34,958 --> 00:01:37,666 Apa yang menentukan hidup dan mati seseorang? 13 00:01:41,458 --> 00:01:44,666 Jawapannya, kekuatan untuk mengawal takdir sendiri. 14 00:01:44,750 --> 00:01:48,958 Hanya mereka yang memilikinya layak memerintah orang lain. 15 00:02:18,791 --> 00:02:20,916 Empat hari sebelum gerhana matahari. 16 00:02:21,000 --> 00:02:25,125 Seluruh Jepun sibuk membuat persiapan menyambut fenomena samawi 17 00:02:25,208 --> 00:02:27,708 yang pertama kali muncul selepas 15 tahun. 18 00:02:28,666 --> 00:02:32,750 Gerhana matahari berlaku apabila bulan menghalang matahari. 19 00:02:33,541 --> 00:02:36,125 Apabila matahari, bulan dan… 20 00:02:36,208 --> 00:02:37,333 Telefon awak bunyi. 21 00:02:46,416 --> 00:02:47,250 Helo? 22 00:02:54,541 --> 00:02:55,416 Kenapa? 23 00:02:57,791 --> 00:02:58,666 Helo? 24 00:03:02,791 --> 00:03:03,625 Apa? 25 00:03:08,375 --> 00:03:09,250 Ada apa? 26 00:03:22,333 --> 00:03:23,541 Helo? 27 00:04:56,291 --> 00:04:58,833 Kenapa Fuma lepaskan awak? 28 00:05:01,625 --> 00:05:03,333 Saya tak dibebaskan. 29 00:05:04,916 --> 00:05:06,125 Saya melarikan diri. 30 00:05:10,625 --> 00:05:11,958 Awak fikir saya bodoh? 31 00:05:13,500 --> 00:05:14,708 Saya tak tipu. 32 00:05:21,333 --> 00:05:23,083 Awak anggota Fuma. 33 00:05:26,416 --> 00:05:27,416 Bukan. 34 00:05:29,708 --> 00:05:30,541 En. Hama. 35 00:05:31,208 --> 00:05:34,375 Ada van terbalik empat kilometer 36 00:05:34,458 --> 00:05:36,458 dari tempat Tawara Gaku ditemui. 37 00:05:37,458 --> 00:05:39,916 Pemandu dan seorang lagi lelaki. 38 00:05:40,000 --> 00:05:41,333 Kedua-duanya dibunuh. 39 00:05:46,958 --> 00:05:48,541 Di mana Fuma? 40 00:05:50,666 --> 00:05:51,750 Saya tak tahu. 41 00:05:53,541 --> 00:05:57,041 - Awak nak rahsiakannya. - Saya memang tak tahu. 42 00:06:00,000 --> 00:06:03,083 Mereka tutup mata saya kecuali semasa saya bekerja. 43 00:06:04,375 --> 00:06:05,625 "Bekerja"? 44 00:06:07,166 --> 00:06:08,000 Di mana? 45 00:06:10,250 --> 00:06:11,250 Ladang bunga. 46 00:06:15,583 --> 00:06:17,208 Ladang bunga kuning. 47 00:06:20,250 --> 00:06:21,333 Gunung Fuji? 48 00:06:22,250 --> 00:06:24,166 Berapa lama awak kerja di sana? 49 00:06:27,458 --> 00:06:28,791 Sudah berapa lama? 50 00:06:30,208 --> 00:06:31,458 Sejak saya hilang. 51 00:06:32,583 --> 00:06:33,583 Enam tahun. 52 00:06:36,125 --> 00:06:37,291 Jadi, enam tahun. 53 00:06:39,541 --> 00:06:40,958 Kenapa dengan kaki awak? 54 00:06:42,708 --> 00:06:44,041 Saya jatuh ke dalam laut. 55 00:06:44,791 --> 00:06:47,083 Ia tersangkut pada kipas kapal. 56 00:06:51,791 --> 00:06:52,833 Awak kenal dia? 57 00:06:58,500 --> 00:07:00,625 Dia yang seksa saya. 58 00:07:03,791 --> 00:07:04,791 Siapa nama dia? 59 00:07:12,333 --> 00:07:13,458 Syabas, tuan. 60 00:07:16,916 --> 00:07:18,291 Cari tempat ini. 61 00:07:19,458 --> 00:07:20,333 Ya, tuan. 62 00:07:24,916 --> 00:07:26,833 Suruh dia buat ujian poligraf? 63 00:07:28,250 --> 00:07:30,416 Tak jalan pada shinobi. 64 00:07:32,583 --> 00:07:34,125 Apa kita nak buat? 65 00:07:35,958 --> 00:07:38,666 Dia mungkin pengintip Fuma. 66 00:08:33,291 --> 00:08:34,208 Gaku! 67 00:09:12,166 --> 00:09:13,083 Gaku… 68 00:09:18,875 --> 00:09:19,791 Selamat pulang. 69 00:09:21,250 --> 00:09:22,083 Gaku. 70 00:09:34,541 --> 00:09:35,375 Nagi. 71 00:09:39,625 --> 00:09:40,916 Saya sentiasa percaya 72 00:09:42,791 --> 00:09:44,000 awak masih hidup. 73 00:09:50,791 --> 00:09:53,500 Mari, Riku. Pergilah. 74 00:09:54,333 --> 00:09:55,458 Selamat berkenalan. 75 00:09:57,166 --> 00:09:59,875 Riku, ini bukan kali pertama kamu jumpa dia. 76 00:10:02,125 --> 00:10:04,916 Dia ada hingga kamu berusia dua tahun. 77 00:10:16,625 --> 00:10:17,458 Kamu okey? 78 00:10:17,958 --> 00:10:20,291 Kaki palsunya tak muat. 79 00:10:21,541 --> 00:10:24,791 Saya akan kembali esok untuk bincang langkah seterusnya. 80 00:10:25,583 --> 00:10:27,416 Mesti kamu nak berbual. 81 00:10:31,125 --> 00:10:31,958 Mari pergi. 82 00:10:32,041 --> 00:10:32,875 Ya, tuan. 83 00:10:40,458 --> 00:10:41,291 Haru! 84 00:10:44,625 --> 00:10:45,583 Selamat pulang. 85 00:10:51,833 --> 00:10:53,375 Ayuh, mari masuk. 86 00:11:20,625 --> 00:11:21,958 Nampak lebih baik. 87 00:11:24,125 --> 00:11:25,750 Sama seperti sebelum ini. 88 00:11:26,583 --> 00:11:27,458 Terima kasih. 89 00:11:30,625 --> 00:11:33,791 Berehatlah di bilik sehingga waktu makan malam. 90 00:11:34,291 --> 00:11:35,125 Okey. 91 00:11:59,541 --> 00:12:01,500 Kita semua bersama di meja… 92 00:12:02,583 --> 00:12:03,791 Dah lama tak begini. 93 00:12:05,125 --> 00:12:06,750 Memang benar. 94 00:12:09,250 --> 00:12:10,666 Gaku, nak lagi? 95 00:12:10,750 --> 00:12:12,333 Ya, nak. 96 00:12:13,375 --> 00:12:14,500 Saya pun. 97 00:12:14,583 --> 00:12:15,458 Boleh. 98 00:12:24,583 --> 00:12:25,625 Nagi, awak… 99 00:12:26,666 --> 00:12:27,750 Di sekolah tinggi? 100 00:12:28,666 --> 00:12:30,416 Tak, saya dah masuk kolej. 101 00:12:31,791 --> 00:12:32,625 Yakah? 102 00:12:33,625 --> 00:12:34,875 Pelajar kolej? 103 00:12:44,875 --> 00:12:47,750 Apa rasanya ada satu kaki saja? 104 00:12:48,750 --> 00:12:49,583 Riku! 105 00:12:51,625 --> 00:12:52,458 Riku. 106 00:12:53,125 --> 00:12:54,625 - Jangan… - Tak mengapa. 107 00:12:58,625 --> 00:12:59,458 Mari. 108 00:13:01,083 --> 00:13:02,166 Nak rasa? 109 00:13:03,875 --> 00:13:04,833 Sakit tak? 110 00:13:04,916 --> 00:13:06,416 Tak. Rasalah. 111 00:13:12,833 --> 00:13:14,083 Aduh! 112 00:13:15,416 --> 00:13:17,208 Saya minta maaf! 113 00:13:20,833 --> 00:13:22,166 Saya bergurau. 114 00:13:22,875 --> 00:13:24,000 Maaf. 115 00:13:24,083 --> 00:13:25,958 Janganlah begitu! 116 00:13:26,041 --> 00:13:27,666 Buat saya takut saja. 117 00:13:28,291 --> 00:13:29,166 Aduhai. 118 00:13:35,041 --> 00:13:35,916 Haru. 119 00:13:38,458 --> 00:13:40,500 Boleh awak kenalkan kepada saya? 120 00:13:41,166 --> 00:13:42,916 Dia akan lama di sini, bukan? 121 00:13:44,750 --> 00:13:45,583 Ya. 122 00:13:48,250 --> 00:13:49,333 Nah. 123 00:13:49,416 --> 00:13:50,791 - Terima kasih. - Ya. 124 00:13:52,208 --> 00:13:53,041 Riku, nah. 125 00:14:31,458 --> 00:14:33,750 Butang ini untuk Switch. 126 00:14:34,791 --> 00:14:37,916 Kalau nak tonton televisyen, tekan ini. 127 00:14:39,250 --> 00:14:40,833 Gaku, ini dia. 128 00:14:42,250 --> 00:14:43,250 Saya Ito Karen. 129 00:14:44,625 --> 00:14:45,916 Saya Tawara Gaku. 130 00:14:46,416 --> 00:14:47,500 Selamat berkenalan. 131 00:14:48,291 --> 00:14:50,875 Saya tumpang di sini sekejap. Terima kasih. 132 00:14:50,958 --> 00:14:52,083 Selamat datang. 133 00:14:54,791 --> 00:14:56,750 Awak tahu segalanya tentang kami? 134 00:14:59,916 --> 00:15:01,458 Mungkin bukan "segalanya". 135 00:15:02,250 --> 00:15:04,875 Tapi ya, saya tahu tentang keluarga awak. 136 00:15:05,833 --> 00:15:07,916 Dia juga bersembunyi daripada Fuma. 137 00:15:08,416 --> 00:15:09,708 En. Hama tak tahu. 138 00:15:12,125 --> 00:15:13,333 Baiklah. 139 00:15:13,416 --> 00:15:16,041 - Ayuh, Karen. Mari main Switch. - Tak boleh. 140 00:15:16,125 --> 00:15:17,333 Kenapa tak boleh? 141 00:15:17,416 --> 00:15:20,416 Ayuh, Riku. Kita tonton televisyen bersama. 142 00:15:20,500 --> 00:15:21,333 Mari pergi. 143 00:15:22,833 --> 00:15:24,458 Bangunkan Jepun semula! 144 00:15:26,541 --> 00:15:32,083 Negara ini perlukan pemimpin baru yang mampu hembus nafas perubahan. 145 00:15:33,458 --> 00:15:37,875 Pemimpin itu ialah saya, Mukai Toko. 146 00:15:38,375 --> 00:15:43,625 Enam tahun lalu, Cik Mukai diculik semasa bertanding sebagai gabenor Tokyo. 147 00:15:44,541 --> 00:15:48,791 Dia berjaya atasi cabaran itu dan mendapat mandat untuk jadi gabenor. 148 00:15:49,375 --> 00:15:51,333 Selepas menceburi politik negara, 149 00:15:51,416 --> 00:15:55,333 Cik Mukai berjaya meraih sokongan dalam pilihan raya presiden. 150 00:15:55,416 --> 00:15:56,750 Kenapa mak matikan? 151 00:15:57,458 --> 00:16:00,125 Siapkan kerja rumah. 152 00:16:00,625 --> 00:16:01,500 Okey. 153 00:16:02,250 --> 00:16:07,666 Ahli politik dan birokrat yang berkuasa hanya fikirkan diri sendiri. 154 00:16:07,750 --> 00:16:09,541 Mereka mesti bertanggungjawab. 155 00:16:10,041 --> 00:16:11,291 {\an8}Saya, Mukai Toko, 156 00:16:11,375 --> 00:16:14,333 {\an8}akan mengubah politik negara kita 157 00:16:14,833 --> 00:16:17,458 {\an8}dengan menyingkirkan pemimpin yang korup. 158 00:16:17,541 --> 00:16:20,791 Kita perlukan perubahan politik untuk Jepun berubah. 159 00:16:21,291 --> 00:16:22,708 Ekonomi kita mendatar. 160 00:16:23,375 --> 00:16:25,625 Kehadiran kita tak dirasai di pentas dunia. 161 00:16:26,333 --> 00:16:28,125 Kita boleh dapatkannya semula. 162 00:16:29,375 --> 00:16:31,958 Negara kita boleh pulih semula. 163 00:16:43,875 --> 00:16:47,875 Enam tahun lalu, Mukai diculik semasa pilihan raya gabenor. 164 00:16:49,125 --> 00:16:50,958 Sekarang pilihan raya presiden. 165 00:16:53,833 --> 00:16:56,541 Saya rasa tak sedap hati. 166 00:16:59,541 --> 00:17:00,458 Satu lagi… 167 00:17:04,166 --> 00:17:05,000 Abang awak. 168 00:17:07,750 --> 00:17:08,958 Kenapa sekarang? 169 00:17:09,041 --> 00:17:10,375 Apa maksud awak? 170 00:17:31,125 --> 00:17:33,125 SAWABE 171 00:17:33,708 --> 00:17:34,541 Helo? 172 00:17:37,083 --> 00:17:38,625 Di mana awak? Awak… 173 00:17:38,708 --> 00:17:40,375 Mereka bunuh keluarga saya. 174 00:17:41,625 --> 00:17:43,000 Saya akan balas dendam. 175 00:17:44,750 --> 00:17:47,250 Kenapa polis macam awak bekerja untuk Fuma? 176 00:17:47,833 --> 00:17:51,208 Ramai anggota Fuma ada dalam pasukan polis dan kerajaan. 177 00:17:51,791 --> 00:17:54,541 - Awak tahu tentang Misi Gerhana? - Ya. 178 00:17:55,625 --> 00:17:57,041 Beritahu saya. 179 00:17:57,125 --> 00:18:00,208 Saya akan bunuh dia. Kalau awak tolong saya… 180 00:18:01,000 --> 00:18:02,375 Matlamat kita sama. 181 00:18:03,958 --> 00:18:05,666 Kita perlu cakap bersemuka. 182 00:18:05,750 --> 00:18:07,041 Saya sedang diekori. 183 00:18:07,625 --> 00:18:08,458 Okey. 184 00:18:09,791 --> 00:18:10,625 Di mana? 185 00:18:12,000 --> 00:18:13,625 Boleh datang ke Odawara? 186 00:18:51,083 --> 00:18:52,666 Ada tikus. 187 00:18:56,541 --> 00:18:57,833 Tapi jangan risau. 188 00:18:59,750 --> 00:19:01,625 Ia tersembunyi. 189 00:19:43,250 --> 00:19:44,250 Apa awak buat? 190 00:19:45,875 --> 00:19:47,208 Cuba mengimbau semula. 191 00:19:55,875 --> 00:19:57,125 Kepulangan awak 192 00:19:58,416 --> 00:20:00,625 menyatukan kita sebagai keluarga. 193 00:20:04,625 --> 00:20:06,541 Awak teras keluarga kita. 194 00:20:10,583 --> 00:20:11,875 Semasa kita kecil, 195 00:20:13,583 --> 00:20:15,291 kita selalu berlatih di sini. 196 00:20:17,208 --> 00:20:19,000 Awak selalu curi tulang, 197 00:20:20,416 --> 00:20:22,875 sementara saya berlatih macam nak mati. 198 00:20:25,041 --> 00:20:26,833 Namun, kita sama kuat. 199 00:20:29,250 --> 00:20:31,041 Kalau awak lebih serius, 200 00:20:31,708 --> 00:20:33,625 saya takkan berpeluang. 201 00:20:42,083 --> 00:20:43,583 Jom berlatih macam dulu. 202 00:20:58,416 --> 00:20:59,500 Kenapa? 203 00:21:10,166 --> 00:21:11,500 Semuanya salah saya. 204 00:21:19,666 --> 00:21:21,000 Saya boleh bunuh dia. 205 00:21:26,291 --> 00:21:27,458 Tapi tak bunuh. 206 00:21:33,000 --> 00:21:34,000 Saya tak sanggup. 207 00:21:41,416 --> 00:21:43,125 Puncanya saya lepaskan dia. 208 00:21:47,916 --> 00:21:51,083 Dia yang tikam awak 209 00:21:54,333 --> 00:21:58,333 dan jadi Fuma Kotaro ke-19. 210 00:22:02,875 --> 00:22:05,375 Semuanya sebab saya tak bunuh dia. 211 00:22:09,791 --> 00:22:10,625 Sebab itulah… 212 00:22:15,583 --> 00:22:17,125 Awak sangat baik hati. 213 00:22:20,875 --> 00:22:22,208 Tapi sebagai shinobi, 214 00:22:25,083 --> 00:22:26,875 kebaikan boleh jadi kelemahan. 215 00:22:29,750 --> 00:22:32,791 Apabila seseorang menghalang prinsip awak, 216 00:22:35,083 --> 00:22:36,500 awak mesti bunuh mereka. 217 00:22:43,208 --> 00:22:44,791 Saya boleh bunuh awak. 218 00:22:56,416 --> 00:22:58,666 Mungkin awak patut jadi diri awak. 219 00:23:22,333 --> 00:23:24,250 Alat pepijat? 220 00:23:24,333 --> 00:23:27,250 Pasang ketika saya jelaskan misi kepada mereka. 221 00:23:28,833 --> 00:23:30,750 Perhatikan Gaku. 222 00:23:30,833 --> 00:23:33,750 Pasang di dalam rumah Tawara? Tak nak! 223 00:23:34,250 --> 00:23:35,541 Ada masalah? 224 00:23:35,625 --> 00:23:38,041 Sudah tentu. Ini rumah shinobi! 225 00:23:38,125 --> 00:23:39,291 Jadi? 226 00:23:40,375 --> 00:23:42,375 Kalau mereka tangkap saya? 227 00:23:42,458 --> 00:23:45,208 Jangan biar mereka jumpa. 228 00:23:45,291 --> 00:23:48,666 Apa? Tidak, tunggu! 229 00:23:48,750 --> 00:23:51,208 En. Hama, itu mustahil. Tolonglah! 230 00:23:53,375 --> 00:23:56,000 Apa saya patut buat? 231 00:23:57,500 --> 00:23:59,291 Ayuh. Cepatlah! 232 00:23:59,375 --> 00:24:00,208 Saya datang! 233 00:24:01,875 --> 00:24:03,791 Saya akan laporkan dia. Sumpah! 234 00:24:05,875 --> 00:24:07,041 Bawa itu. 235 00:24:07,125 --> 00:24:07,958 Ya, tuan. 236 00:24:13,250 --> 00:24:14,875 Jangan berlengah-lengah! 237 00:24:30,583 --> 00:24:32,291 Menurut Matsuura, 238 00:24:32,375 --> 00:24:35,125 Fuma merancang serangan pengganas. 239 00:24:36,666 --> 00:24:39,416 Tapi dia tak layak untuk tahu butirannya. 240 00:24:40,458 --> 00:24:45,125 Apa yang kita tahu ialah rancangan itu dipanggil "Misi Gerhana". 241 00:24:46,083 --> 00:24:49,166 Gerhana matahari sebenar berlaku pada 9 November. 242 00:24:50,166 --> 00:24:51,166 Dua hari lagi. 243 00:24:53,000 --> 00:24:56,291 Jika itu hari mereka akan menyerang, 244 00:24:56,916 --> 00:25:01,416 kita mesti cari Fuma sekarang dan halang mereka. 245 00:25:03,583 --> 00:25:04,958 Ini lukisan Gaku. 246 00:25:08,500 --> 00:25:11,208 Enam tahun mereka paksa saya bekerja di sana. 247 00:25:13,208 --> 00:25:15,958 Bunga kuning itu sangat toksik. 248 00:25:17,875 --> 00:25:20,833 Saya dengar menyedut debunga boleh bawa maut. 249 00:25:22,791 --> 00:25:25,416 Saya nak kamu cari tempat ini dulu. 250 00:25:31,708 --> 00:25:35,166 Maaf, boleh saya guna tandas? 251 00:25:35,250 --> 00:25:36,083 Sekarang? 252 00:25:36,791 --> 00:25:38,958 Lama saya tahan. 253 00:25:41,708 --> 00:25:44,541 - Hujung koridor, sebelah kiri. - Terima kasih. 254 00:25:44,625 --> 00:25:46,416 Maaf, boleh awak… 255 00:25:46,500 --> 00:25:48,208 Maafkan saya. 256 00:25:51,958 --> 00:25:55,083 Mata saya ditutup dalam perjalanan ke ladang itu. 257 00:25:56,166 --> 00:26:02,166 Tapi saya nampak tangga batu dan pintu gerbang tokong yang runtuh. 258 00:26:02,750 --> 00:26:04,375 Gerbang tokong yang runtuh? 259 00:27:11,375 --> 00:27:13,375 Daripada maklumat Gaku, 260 00:27:14,000 --> 00:27:16,416 ladang bunga itu mungkin 261 00:27:17,625 --> 00:27:18,916 berada di sini. 262 00:27:20,125 --> 00:27:22,833 Soichi, Yoko, saya harapkan kamu. 263 00:27:25,750 --> 00:27:27,583 Itu pangkalan Fuma. 264 00:27:28,916 --> 00:27:29,916 Hati-hati. 265 00:27:34,583 --> 00:27:37,083 Gaku bunuh ahli Fuma untuk lari. 266 00:27:39,583 --> 00:27:43,666 Nampaknya lelaki ini antara ahli penting. 267 00:27:48,708 --> 00:27:49,541 Haru. 268 00:27:50,083 --> 00:27:52,791 Ini maklumat dia. Siasat identiti dia. 269 00:27:55,916 --> 00:27:56,750 Itu saja. 270 00:27:57,500 --> 00:27:58,625 Misi saya pula? 271 00:27:59,625 --> 00:28:02,291 Misi awak, jaga saya. 272 00:28:03,333 --> 00:28:04,166 Okey? 273 00:28:06,708 --> 00:28:07,750 Okey. 274 00:28:42,791 --> 00:28:44,750 Lima kilometer lagi sampai. 275 00:28:48,125 --> 00:28:49,875 "Mayuko"? 276 00:28:53,250 --> 00:28:54,583 Tak nak jawab? 277 00:28:55,375 --> 00:28:57,833 Panggilan daripada ketua jualan awak. 278 00:28:59,833 --> 00:29:01,333 Masa tak sesuai. 279 00:29:02,958 --> 00:29:03,833 Hei! 280 00:29:05,750 --> 00:29:06,791 Ya? 281 00:29:07,708 --> 00:29:12,083 Hai, bos. Sekejap lagi perjumpaan dengan pemborong baru kita. 282 00:29:12,916 --> 00:29:13,750 Yakah? 283 00:29:14,416 --> 00:29:15,375 Maaf. 284 00:29:16,458 --> 00:29:18,458 Saya ada urusan penting. 285 00:29:18,541 --> 00:29:20,916 Oh, begitu. 286 00:29:23,958 --> 00:29:25,000 Saya faham. 287 00:29:25,583 --> 00:29:27,250 Saya boleh uruskan sendiri. 288 00:29:28,375 --> 00:29:29,500 Saya minta maaf. 289 00:29:29,583 --> 00:29:30,791 Tak mengapa. 290 00:29:31,583 --> 00:29:34,750 Sebenarnya agak menyedihkan 291 00:29:35,750 --> 00:29:39,208 kerana saya pakai warna bertuah awak hari ini. 292 00:29:44,291 --> 00:29:46,000 Tolong ingat ini. 293 00:29:46,500 --> 00:29:49,708 Warna tuah awak merah manggis. 294 00:29:55,666 --> 00:29:56,500 Betul. 295 00:29:57,208 --> 00:29:58,750 Saya akan telefon semula. 296 00:29:58,833 --> 00:29:59,708 Okey. 297 00:30:11,125 --> 00:30:11,958 Wah. 298 00:30:12,708 --> 00:30:15,375 Dia periksa warna bertuah awak juga? 299 00:30:16,791 --> 00:30:18,416 Merah manggis? 300 00:30:20,458 --> 00:30:21,916 Orangnya pelik. 301 00:30:23,708 --> 00:30:24,541 Okey. 302 00:30:27,625 --> 00:30:30,708 Saya pasti ada rahsia. 303 00:30:31,458 --> 00:30:33,250 Saya tak sembunyikan apa-apa. 304 00:30:33,333 --> 00:30:34,500 Maksud saya, Gaku. 305 00:30:39,666 --> 00:30:42,291 Dia tahanan Fuma selama enam tahun. 306 00:30:44,458 --> 00:30:47,750 Mungkin otaknya dibasuh? 307 00:30:47,833 --> 00:30:49,166 Jangan cakap begitu. 308 00:31:46,375 --> 00:31:47,458 Ia berfungsi tak? 309 00:31:47,541 --> 00:31:48,916 Tolonglah berfungsi. 310 00:31:51,208 --> 00:31:52,416 Ya! Hebat! 311 00:31:54,791 --> 00:31:57,166 Oh, tidak… 312 00:31:57,875 --> 00:31:58,750 Ya! 313 00:31:58,833 --> 00:32:00,125 Nyaris saja. 314 00:32:01,625 --> 00:32:03,208 Okey, yang seterusnya. 315 00:32:03,708 --> 00:32:05,458 Baiklah. Perlu laju lagi. 316 00:32:06,666 --> 00:32:07,500 Begitulah! 317 00:32:08,583 --> 00:32:09,625 Okey, seterusnya. 318 00:32:10,458 --> 00:32:11,541 Dah berjaya! 319 00:32:13,375 --> 00:32:15,916 - Hei, Karen! Awak nampak tak? - Ya. 320 00:32:16,000 --> 00:32:17,416 Saya hebat, bukan? 321 00:32:17,500 --> 00:32:18,916 Saya sedang berlatih. 322 00:32:19,000 --> 00:32:21,375 - Ya? - Tengok saya meniti ke sana. 323 00:32:21,458 --> 00:32:22,666 - Baiklah. - Okey. 324 00:32:23,250 --> 00:32:25,375 - Pandang palang! - Awak tengok saya? 325 00:32:25,458 --> 00:32:26,500 Awas! 326 00:32:26,583 --> 00:32:27,416 Saya okey. 327 00:32:27,958 --> 00:32:29,291 Itu suara siapa? 328 00:32:33,583 --> 00:32:35,875 Haru, tengok. Hebat, bukan? 329 00:32:36,416 --> 00:32:37,250 Ya. 330 00:32:41,250 --> 00:32:44,041 Sedar-sedar, saya akan lebih hebat daripada awak. 331 00:32:44,125 --> 00:32:44,958 Sudah tentu. 332 00:32:46,083 --> 00:32:46,916 Hati-hati. 333 00:32:49,541 --> 00:32:51,041 Awak nampak lain. 334 00:32:54,166 --> 00:32:56,416 Ini pakaian rasmi shinobi. 335 00:32:56,500 --> 00:32:57,333 Wah. 336 00:32:59,375 --> 00:33:00,500 Ia agak hebat. 337 00:33:00,583 --> 00:33:01,458 Biar betul? 338 00:33:01,541 --> 00:33:03,458 Ya, nampak bergaya. 339 00:33:08,666 --> 00:33:09,875 Awak nak ke mana? 340 00:33:12,375 --> 00:33:13,291 Ada misi. 341 00:33:16,291 --> 00:33:17,333 Ia berbahaya? 342 00:33:19,625 --> 00:33:20,541 Saya akan okey. 343 00:33:22,083 --> 00:33:26,000 Saya akan jumpa Sawabe selepas itu. Mungkin tak balik malam ini. 344 00:33:28,541 --> 00:33:30,375 Jangan keluar rumah ini, okey? 345 00:33:31,625 --> 00:33:32,458 Okey. 346 00:33:34,500 --> 00:33:36,625 Biar betul. 347 00:33:36,708 --> 00:33:38,458 Apa yang berlaku? 348 00:33:40,916 --> 00:33:42,458 Helo, En. Hama. 349 00:33:43,416 --> 00:33:44,541 Ada seorang wanita. 350 00:33:45,166 --> 00:33:47,500 Tawara ada seorang ahli tambahan. 351 00:33:50,041 --> 00:33:50,875 Saya faham. 352 00:33:56,958 --> 00:34:02,500 Menyusahkan betul si Haru ini. Tak cukup masalah yang ada? 353 00:34:08,208 --> 00:34:09,041 Kenapa? 354 00:34:13,416 --> 00:34:14,916 Giliran awak sekarang. 355 00:34:20,833 --> 00:34:23,333 Hapuskan teman wanita Haru. 356 00:34:35,208 --> 00:34:36,041 Tengok. 357 00:34:55,708 --> 00:34:58,500 Saya sentiasa berlatih selama enam tahun ini. 358 00:34:58,583 --> 00:34:59,708 Baguslah. 359 00:34:59,791 --> 00:35:01,708 Sebab saya nak jadi macam awak. 360 00:35:03,125 --> 00:35:04,291 Macam saya? 361 00:35:06,458 --> 00:35:09,875 "Berbanggalah. Shinobi bak bayang-bayang. 362 00:35:10,958 --> 00:35:12,666 Orang tak perlu tahu kita wujud." 363 00:35:12,750 --> 00:35:13,583 Betul tak? 364 00:35:16,250 --> 00:35:18,125 Kita pertahankan negara ini. 365 00:35:19,750 --> 00:35:21,125 Dulu saya fikir begitu. 366 00:35:26,625 --> 00:35:27,458 Tapi… 367 00:35:30,541 --> 00:35:31,375 Tapi? 368 00:35:35,083 --> 00:35:37,208 Siapa yang kita lindungi sebenarnya? 369 00:35:39,000 --> 00:35:39,833 Apa? 370 00:35:42,791 --> 00:35:45,416 Shinobi ikut arahan tuan mereka 371 00:35:47,000 --> 00:35:48,250 tanpa tahu sebabnya. 372 00:35:51,041 --> 00:35:52,291 Kenapa cakap begitu? 373 00:35:54,666 --> 00:35:57,041 Saya tak nak awak jadi macam saya, Nagi. 374 00:36:00,000 --> 00:36:01,000 Apa maksud awak? 375 00:36:03,291 --> 00:36:04,208 Saya tak faham. 376 00:36:06,500 --> 00:36:07,916 Awak akan faham nanti. 377 00:36:22,416 --> 00:36:23,250 Jika… 378 00:36:24,625 --> 00:36:27,541 Jika Gaku benar-benar dibasuh otak oleh Fuma… 379 00:36:30,375 --> 00:36:32,583 kita mungkin masuk perangkap mereka. 380 00:38:47,875 --> 00:38:49,166 Bunga dah tiada. 381 00:38:53,458 --> 00:38:54,291 Trak itu. 382 00:38:55,291 --> 00:38:56,125 Apa? 383 00:38:56,875 --> 00:38:59,083 Trak yang selisih dengan kita tadi. 384 00:39:10,666 --> 00:39:13,208 Tentu ia bawa bunga kuning itu. 385 00:39:22,625 --> 00:39:23,625 Helo? 386 00:39:23,708 --> 00:39:26,500 Bunga telah dituai dan Fuma sudah tiada. 387 00:39:26,583 --> 00:39:29,291 Hama, saya nak awak cari sesuatu. 388 00:39:29,375 --> 00:39:31,583 Satu-lapan-sembilan-sembilan. 389 00:39:32,208 --> 00:39:33,041 Dapat. 390 00:39:35,875 --> 00:39:37,416 Cari nombor plat ini. 391 00:39:39,416 --> 00:39:40,250 Hei! 392 00:40:09,291 --> 00:40:10,125 Bagus. 393 00:40:10,791 --> 00:40:12,208 Itu pun trak itu. 394 00:40:16,958 --> 00:40:21,000 Gaku tak hantar kita masuk perangkap. 395 00:40:21,500 --> 00:40:22,333 Betul. 396 00:40:29,291 --> 00:40:30,208 Ya? 397 00:40:30,291 --> 00:40:34,333 Trak itu berhampiran Persimpangan Tahara, menuju ke Nagoya. 398 00:40:34,416 --> 00:40:35,500 Ekorinya. 399 00:40:35,583 --> 00:40:38,333 Saya akan terus maklumkan. Saya harapkan kamu. 400 00:40:38,833 --> 00:40:39,958 Baiklah. 401 00:41:01,166 --> 00:41:04,041 Persediaan untuk Misi Gerhana sedang dijalankan. 402 00:41:06,083 --> 00:41:07,041 Gagak pula? 403 00:41:08,083 --> 00:41:09,375 Seperti kita rancang. 404 00:43:08,333 --> 00:43:12,041 SERBUK SUCI AKAN TIBA TAK LAMA LAGI 405 00:43:12,125 --> 00:43:17,541 BERSAMA-SAMA KITA LAKSANAKAN MISI GERHANA 406 00:43:28,166 --> 00:43:30,541 Gaku bunuh ahli Fuma untuk lari. 407 00:43:37,458 --> 00:43:38,375 Ayah? 408 00:43:41,666 --> 00:43:42,958 Ayah ada di sini? 409 00:43:49,166 --> 00:43:50,833 Mitsuki, kenapa? 410 00:43:52,541 --> 00:43:53,625 Mana ayah? 411 00:43:55,791 --> 00:43:58,666 Mak masih tak dapat hubungi dia. 412 00:43:59,375 --> 00:44:00,916 Entah apa yang berlaku. 413 00:44:02,416 --> 00:44:03,708 Saya nak jumpa ayah. 414 00:44:06,625 --> 00:44:07,458 Mak tahu. 415 00:44:09,125 --> 00:44:10,541 Mak nak jumpa dia juga. 416 00:44:54,250 --> 00:44:55,833 Saya boleh bunuh awak. 417 00:45:25,625 --> 00:45:26,458 Helo? 418 00:45:27,166 --> 00:45:28,583 Saya dah sampai. 419 00:45:28,666 --> 00:45:31,125 - Orang yang ekori awak? - Saya dapat lolos. 420 00:45:31,208 --> 00:45:33,458 Saya dalam perjalanan. Tunggu di sana. 421 00:45:42,416 --> 00:45:44,916 Kami baru lepas Persimpangan Minami-Ohara. 422 00:45:45,000 --> 00:45:47,041 Kira-kira 500 meter di depan kamu. 423 00:45:47,625 --> 00:45:49,166 Lima ratus meter. 424 00:46:02,500 --> 00:46:04,583 Nampak trak itu? 425 00:46:04,666 --> 00:46:06,208 Tunggu sebentar. 426 00:46:11,500 --> 00:46:12,541 Itu pun trak itu! 427 00:46:13,166 --> 00:46:14,541 Kami dah jumpa! 428 00:47:01,916 --> 00:47:02,750 Gagak? 429 00:47:06,083 --> 00:47:07,541 Tak guna! 430 00:53:29,583 --> 00:53:34,083 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Jasmine Bardwin