1 00:00:26,903 --> 00:00:31,157 JUNJI ITO MANIAC 2 00:01:24,168 --> 00:01:29,090 LALUAN KELIRU YANG NGERI 3 00:01:29,674 --> 00:01:32,593 - Macam mana? - Peliknya. 4 00:01:32,677 --> 00:01:34,762 Kita ada salah pusingkah? 5 00:01:34,846 --> 00:01:36,097 Kita sesat, ya? 6 00:01:36,180 --> 00:01:37,306 Jangan risau. 7 00:01:37,390 --> 00:01:41,144 Tadi kita daki gunung. Sekarang kita turun saja. 8 00:01:41,227 --> 00:01:42,103 Yakah? 9 00:01:42,186 --> 00:01:43,813 Jangan risau. 10 00:01:46,983 --> 00:01:48,234 Noriko? 11 00:01:48,734 --> 00:01:49,777 Apa? 12 00:01:49,861 --> 00:01:51,863 Awak jemput saya hari ini sebab… 13 00:01:52,864 --> 00:01:53,865 Tak apalah. 14 00:01:54,532 --> 00:01:56,951 Satu kelas kita dah risau. 15 00:01:57,493 --> 00:01:59,996 Awak tiba-tiba tak datang sekolah. 16 00:02:00,079 --> 00:02:02,123 - Begitu. - Ya. 17 00:02:16,262 --> 00:02:18,222 Macam seram saja, bukan? 18 00:02:18,306 --> 00:02:19,932 Kenapa tiba-tiba di sini? 19 00:02:24,103 --> 00:02:25,521 Hei, Sayako, tengok. 20 00:02:28,441 --> 00:02:30,193 Mungkin mereka sami pertapa. 21 00:02:30,276 --> 00:02:31,986 Maaf! 22 00:02:32,486 --> 00:02:34,405 Boleh kami tumpang tanya? 23 00:02:44,957 --> 00:02:47,168 Peliknya mereka. 24 00:02:47,251 --> 00:02:49,212 Apa kita nak buat sekarang? 25 00:02:49,295 --> 00:02:51,422 Saya tak nak bermalam di sini. 26 00:02:51,505 --> 00:02:53,424 Kita jalan sikit lagi sajalah. 27 00:03:05,353 --> 00:03:06,270 Apa? 28 00:03:06,354 --> 00:03:08,231 Mereka penganut yang sedang berlatih. 29 00:03:09,023 --> 00:03:11,901 Awak berdua tentu dah sesat, ya? 30 00:03:11,984 --> 00:03:13,194 Apa? Ya. 31 00:03:13,277 --> 00:03:18,032 Tak hairanlah. Ini tempat suci yang terasing daripada dunia luar. 32 00:03:18,115 --> 00:03:21,994 Susah nak masuk dan susah juga nak keluar. 33 00:03:23,579 --> 00:03:27,166 Orang macam awak kadang-kadang sesat di sini. 34 00:03:28,334 --> 00:03:30,753 Bahaya kalau nak turun gunung sekarang. 35 00:03:30,836 --> 00:03:34,131 Apa kata bermalam dulu di kuil kami? 36 00:03:36,634 --> 00:03:40,346 Sebenarnya ini kuil agama apa? 37 00:03:40,429 --> 00:03:42,515 Kami ikut ajaran Buddha maknawi 38 00:03:42,598 --> 00:03:44,809 tapi kami ada amalan sendiri. 39 00:03:44,892 --> 00:03:47,019 Maksudnya ini agama baru? 40 00:03:47,103 --> 00:03:50,064 Kami dah lama wujud, bukan baru lagi. 41 00:03:50,147 --> 00:03:54,277 Kami ada lebih sejuta penganut yang warak. 42 00:03:54,360 --> 00:03:56,737 Kami juga dah mula terima penganut baru. 43 00:03:56,821 --> 00:03:58,364 Mereka melatih rohani. 44 00:03:59,532 --> 00:04:02,326 Amalan tafakur kami bagus untuk minda dan tubuh. 45 00:04:02,994 --> 00:04:06,622 Macam mana? Berminat mahu cuba tafakur untuk beberapa hari? 46 00:04:06,706 --> 00:04:10,501 Tapi minda dan tubuh kami sudah cukup kuat. 47 00:04:11,002 --> 00:04:12,336 Baiklah kalau begitu. 48 00:04:12,420 --> 00:04:13,546 Awak pula? 49 00:04:15,256 --> 00:04:17,633 Noriko, apa kata kita cuba saja? 50 00:04:18,259 --> 00:04:19,719 Sayako. 51 00:04:30,604 --> 00:04:32,940 Hei. Sayako itu cukup beruntung, bukan? 52 00:04:33,024 --> 00:04:34,942 Sudahlah pandai, cantik pula. 53 00:04:35,026 --> 00:04:36,360 Betul. 54 00:04:36,444 --> 00:04:38,612 Tapi dia bukan macam orang baik. 55 00:04:38,696 --> 00:04:41,198 Tengok muka pun dah tahu. 56 00:04:49,540 --> 00:04:50,708 Saya terlelap rupanya. 57 00:04:53,544 --> 00:04:57,340 Sayako dan Noriko? Kita jadi rakan sebilik malam ini. 58 00:04:57,423 --> 00:05:00,301 Saya Aya Kuramoto. Selamat berkenalan. 59 00:05:00,384 --> 00:05:01,761 Selamat berkenalan. 60 00:05:01,844 --> 00:05:04,513 Cik Kuramoto, kenapa awak datang ke sini? 61 00:05:04,597 --> 00:05:08,267 Saya ada gangguan keresahan sosial jadi saya cuba ikhtiar ini. 62 00:05:09,268 --> 00:05:12,063 Tapi sejujurnya, saya cari abang saya. 63 00:05:12,146 --> 00:05:13,773 Abang awak? 64 00:05:13,856 --> 00:05:17,568 Dia hilang lima tahun lalu selepas menyertai kumpulan ini. 65 00:05:18,069 --> 00:05:21,405 Saya pura-pura jadi penganut untuk cari dia di sini. 66 00:05:21,447 --> 00:05:22,365 JADUAL DISIPLIN 67 00:05:22,448 --> 00:05:24,033 Tapi saya tak jumpa lagi. 68 00:05:26,243 --> 00:05:30,331 Nampaknya awak mengalami kemelut minda. 69 00:05:30,414 --> 00:05:32,166 Rasa waswas membinasakan. 70 00:05:32,249 --> 00:05:35,461 Hapuskan rasa waswas dan awak akan beroleh ketenangan. 71 00:05:36,629 --> 00:05:38,964 Sertailah mazhab kami. 72 00:05:39,048 --> 00:05:41,300 Tidak ada sebab untuk waswas. 73 00:05:41,384 --> 00:05:44,011 Mazhab Ajaran Teguh bukan saja akan selamatkan awak 74 00:05:44,637 --> 00:05:47,556 tapi juga seluruh umat manusia satu hari nanti. 75 00:05:48,724 --> 00:05:51,685 Biar saya pertimbangkan dulu. 76 00:05:51,769 --> 00:05:53,145 Sudah tentu. 77 00:05:57,400 --> 00:05:58,401 Dengar itu? 78 00:05:58,901 --> 00:06:01,404 Itu bunyi seratus sami berzikir serentak. 79 00:06:01,487 --> 00:06:03,948 Rasa begitu tenang mendengarnya. 80 00:06:04,031 --> 00:06:08,160 Harap nanti amalan kita cukup untuk jadi macam mereka juga. 81 00:06:08,953 --> 00:06:11,914 Lagipun matlamat utama kita ialah mencapai Nirvana. 82 00:06:11,997 --> 00:06:15,709 Malam ini ada upacara Nyujo Seratus Sami. Dibuat sekali setiap tiga tahun. 83 00:06:16,377 --> 00:06:17,670 Upacara Nyujo? 84 00:06:37,606 --> 00:06:38,732 Apa bendanya itu? 85 00:06:39,316 --> 00:06:41,944 Betulkah mereka kata upacara Nyujo malam ini? 86 00:06:42,027 --> 00:06:44,738 Ya. Nyujo Seratus Sami yang dibuat sekali setiap tiga tahun. 87 00:06:44,822 --> 00:06:46,115 Apa maksud Nyujo? 88 00:06:46,198 --> 00:06:51,078 Sami-sami akan ditanam hidup-hidup dalam kotak kayu untuk jadi mumia. 89 00:06:51,162 --> 00:06:53,706 Mereka berpuasa dan makan kayu saja. 90 00:06:53,789 --> 00:06:56,417 Lemak akan buat mayat mereput jadi jika lemak dibuang, 91 00:06:56,500 --> 00:06:59,044 tubuh akan lebih mudah dimumiakan. 92 00:06:59,545 --> 00:07:03,048 Amalan pemumiaan Buddha menyalahi undang-undang. 93 00:07:03,924 --> 00:07:09,054 Tapi sami-sami itu nampak kurus kering. Itu bukan sebab puasa biasa. 94 00:07:09,138 --> 00:07:12,266 Orang waras takkan buat puasa Nyujo. 95 00:07:12,349 --> 00:07:14,101 Apa maksud awak? 96 00:07:14,852 --> 00:07:17,229 Tengok. Mereka pergi ke satu tempat. 97 00:07:18,564 --> 00:07:20,566 Mereka pergi mana? 98 00:07:20,649 --> 00:07:23,486 Ini mungkin ada kaitan dengan abang saya. 99 00:07:23,569 --> 00:07:24,570 Saya ikut mereka. 100 00:07:24,653 --> 00:07:27,156 Tapi kita dilarang keluar pada waktu malam! 101 00:07:27,239 --> 00:07:29,700 Awak berdua patut balik secepat mungkin. 102 00:07:29,783 --> 00:07:31,785 Kalau lama-lama, awak takkan keluar nanti. 103 00:07:31,869 --> 00:07:34,455 Lebih-lebih lagi untuk awak, Sayako. 104 00:07:34,538 --> 00:07:35,789 Hei, tunggu! 105 00:07:35,873 --> 00:07:37,374 Kami ikut sekali! 106 00:07:42,505 --> 00:07:44,840 Macam mana kalau kita dipatuk ular? 107 00:07:44,924 --> 00:07:45,758 Diamlah. 108 00:07:48,385 --> 00:07:49,637 Mari. 109 00:07:59,772 --> 00:08:02,858 Nampaknya tiga pelatih sudah lari. 110 00:08:03,859 --> 00:08:05,569 Biarlah mereka. 111 00:08:05,653 --> 00:08:10,741 Mereka sudah memilih jalan untuk merayau selamanya di dunia fana ini. 112 00:08:14,745 --> 00:08:17,540 Mana pergi ramai-ramai orang tadi? 113 00:08:18,332 --> 00:08:19,166 Apa? 114 00:08:19,250 --> 00:08:21,001 Mereka tinggalkan jamung. 115 00:08:21,085 --> 00:08:22,545 Apinya dipadamkan di sini. 116 00:08:27,883 --> 00:08:31,345 Tengok. Ada pintu di belakang patung Buddha itu. 117 00:08:36,350 --> 00:08:37,977 Sejuknya. 118 00:08:38,852 --> 00:08:40,729 Jalan ini dah semakin sempit. 119 00:08:40,813 --> 00:08:44,108 Hei, awak pasti atau tidak? Macam bahaya saja. 120 00:08:44,191 --> 00:08:46,860 - Macam mana kalau oksigen habis? - Diamlah! 121 00:08:46,944 --> 00:08:49,029 Saya tak suruh awak ikut pun! 122 00:08:49,113 --> 00:08:51,240 Tak payahlah tengking-tengking! 123 00:08:51,323 --> 00:08:52,575 Awak balik sajalah. 124 00:08:52,658 --> 00:08:55,536 - Jangan macam itu! - Hei, nanti. 125 00:08:56,120 --> 00:08:57,079 Ada apa? 126 00:08:57,162 --> 00:08:57,997 Apa itu? 127 00:08:58,080 --> 00:08:58,998 Apa? 128 00:08:59,582 --> 00:09:00,499 Di sana. 129 00:09:13,095 --> 00:09:16,974 Ini semua mumia. Nampak macam lama. Tentu ini ahli mazhab itu. 130 00:09:17,057 --> 00:09:19,727 Kuramoto, baik kita balik sajalah. 131 00:09:19,810 --> 00:09:22,938 Tak boleh! Abang saya mungkin ada di sini! 132 00:09:34,867 --> 00:09:35,826 Abang! 133 00:09:36,493 --> 00:09:37,786 Akhirnya jumpa juga. 134 00:09:38,287 --> 00:09:40,414 Kenapa abang seksa diri begini? 135 00:09:41,624 --> 00:09:45,669 Noriko, Sayako. Saya nak duduk sini sekejap. 136 00:09:45,753 --> 00:09:47,087 Tapi… 137 00:09:47,171 --> 00:09:49,423 Biarkan saya sendirian saja! 138 00:10:01,477 --> 00:10:04,980 Noriko, jom keluar cepat-cepat. Saya dah tak tahan lagi. 139 00:10:05,064 --> 00:10:06,357 Sayako. 140 00:10:07,274 --> 00:10:10,861 Saya pun nak keluar dari sini tapi sekarang macam mana? 141 00:10:10,944 --> 00:10:13,113 Saya dah tak sanggup duduk sini. 142 00:10:13,197 --> 00:10:16,367 Sayako, awak rasa kita dapat keluar tak? 143 00:10:16,450 --> 00:10:18,243 Kita dah berjalan jauh. 144 00:10:18,327 --> 00:10:22,081 Mungkin laluan bawah tanah ini merentasi seluruh gunung ini. 145 00:10:22,164 --> 00:10:24,166 Jalan ini sampai mana sebenarnya? 146 00:10:25,125 --> 00:10:26,335 Alamak! 147 00:10:30,506 --> 00:10:32,508 Noriko! Noriko, tolong! 148 00:10:33,008 --> 00:10:34,885 Saya tak boleh tahan lagi! 149 00:10:35,427 --> 00:10:39,348 Sayako! Jangan putus asa sekarang! Awak mesti teruskan juga! 150 00:10:39,431 --> 00:10:43,811 Noriko. Saya… Saya takut dengan renungan mereka! 151 00:10:44,478 --> 00:10:46,772 Renungan mereka sangat menakutkan! 152 00:10:46,855 --> 00:10:49,400 Apa? Apa awak cakap ini? 153 00:10:50,025 --> 00:10:51,568 Ini pembalasan dosa kita. 154 00:10:52,069 --> 00:10:54,405 Kita berdosa sebab tinggalkan Kuramoto. 155 00:10:54,488 --> 00:10:57,032 Saya memang orang tak berhati perut! 156 00:10:57,116 --> 00:10:58,617 Sayako! 157 00:10:58,701 --> 00:11:01,120 Saya boleh rasa mumia-mumia itu merenung saya! 158 00:11:01,203 --> 00:11:02,955 Merepek. Apa awak cakap ini? 159 00:11:03,038 --> 00:11:05,207 Macam mana mumia boleh tenung awak? 160 00:11:05,290 --> 00:11:06,917 Awak terbayang-bayang saja. 161 00:11:07,000 --> 00:11:08,377 Cuba tengok sendiri. 162 00:11:16,719 --> 00:11:23,434 Jangan tenung saya! 163 00:11:29,064 --> 00:11:30,023 MANIAC 164 00:11:31,608 --> 00:11:32,609 Tengok! 165 00:11:34,027 --> 00:11:36,113 Hebat tak? Itu rekod baru! 166 00:11:36,739 --> 00:11:37,740 Tak guna! 167 00:11:39,199 --> 00:11:41,994 Hei, tengok. Kuriko datang lagi. 168 00:11:42,077 --> 00:11:44,955 Saya dengar dia sukakan awak, Yutaro. 169 00:11:45,038 --> 00:11:46,540 Awak mainlah dengan dia. 170 00:11:46,623 --> 00:11:48,834 Bodoh, jangan merepeklah! 171 00:11:48,917 --> 00:11:50,669 Hei, Kuriko! Pergi dari sini! 172 00:11:50,753 --> 00:11:52,880 - Padan muka! - Diamlah! 173 00:11:53,505 --> 00:11:55,174 Adik duduk seorang saja? 174 00:12:05,309 --> 00:12:10,230 PEMBULI 175 00:12:12,316 --> 00:12:13,233 COKLAT 176 00:12:13,275 --> 00:12:17,237 Hei! Kongsi makan coklat itu dengan kami! 177 00:12:17,321 --> 00:12:20,365 Tak boleh! Ini upah saya sebab jaga budak ini. 178 00:12:21,033 --> 00:12:22,785 Awak main dengan saya, ya? 179 00:12:25,412 --> 00:12:26,955 Siapa nama awak? 180 00:12:27,456 --> 00:12:31,960 Nama… Nama saya… Naoya. 181 00:12:32,044 --> 00:12:33,086 Naoya. 182 00:12:33,170 --> 00:12:36,799 Sejak bila perempuan dan budak-budak boleh masuk taman ini? 183 00:12:36,882 --> 00:12:40,260 Benci betul. Kita pergi tempat lain sajalah! 184 00:12:40,344 --> 00:12:42,137 Jom pergi beli coklat. 185 00:12:42,221 --> 00:12:44,556 Padahal mereka pun budak-budak juga. 186 00:12:45,891 --> 00:12:48,852 Naoya, jom naik buaian. Sekarang dah tak ada orang. 187 00:12:52,397 --> 00:12:53,440 Kuriko! 188 00:12:57,986 --> 00:13:02,157 Kuriko, jom main. Jom main buaian. 189 00:13:02,241 --> 00:13:04,409 Hari ini tak naklah. 190 00:13:04,493 --> 00:13:08,205 Tapi saya nak main dengan awak! 191 00:13:14,711 --> 00:13:15,838 Saya dah balik. 192 00:13:16,505 --> 00:13:19,842 Selamat pulang. Mari sini. Ada benda sedap untuk kamu. 193 00:13:19,925 --> 00:13:21,718 Wah, kek! 194 00:13:21,802 --> 00:13:25,514 Ada jiran datang tadi. Dia kata dia mak Naoya. 195 00:13:26,265 --> 00:13:28,934 Kamu main dengan anak dia, ya? 196 00:13:29,017 --> 00:13:31,937 Mereka baru pindah sini jadi tak ada kawan lagi. 197 00:13:32,646 --> 00:13:34,815 Kamu mainlah dengan dia, ya? 198 00:13:35,524 --> 00:13:37,025 Okey, pukul! 199 00:13:40,320 --> 00:13:42,656 - Wah! Jauhnya! - Hebat! 200 00:13:42,739 --> 00:13:43,657 Hebatnya awak! 201 00:13:46,785 --> 00:13:49,079 Naoya, saya nak cakap satu rahsia. 202 00:13:49,580 --> 00:13:50,455 Apa? 203 00:13:50,956 --> 00:13:52,708 Mari saya bisik ke telinga awak. 204 00:13:54,543 --> 00:13:55,752 Terkejut tak? 205 00:13:55,836 --> 00:13:58,380 Ya. Sakit telinga saya. 206 00:13:58,463 --> 00:14:02,676 Apa? Telinga sakit? Teruklah. Mari saya tengok. 207 00:14:03,302 --> 00:14:05,762 Alamak! Ada kumbang dalam telinga awak! 208 00:14:05,846 --> 00:14:07,890 Nanti ia akan makan otak awak! 209 00:14:07,973 --> 00:14:10,017 Takutnya! Keluarkan ia! 210 00:14:10,100 --> 00:14:11,560 Biar saya keluarkan. 211 00:14:13,770 --> 00:14:15,772 Aduh! Sakit! 212 00:14:20,068 --> 00:14:21,486 TAMAN PERMAINAN 213 00:14:21,570 --> 00:14:22,571 Lompat, Yu! 214 00:14:23,822 --> 00:14:25,490 - Hebatnya! - Macam mana? 215 00:14:25,574 --> 00:14:26,617 Kuriko. 216 00:14:35,876 --> 00:14:38,503 Kuriko, saya nak minum juga. 217 00:14:41,173 --> 00:14:43,467 Saya nak minum juga. 218 00:15:13,997 --> 00:15:16,541 - Naoya, mari kita lawan pedang. - Baik. 219 00:15:17,250 --> 00:15:18,293 Bersedialah! 220 00:15:25,717 --> 00:15:28,971 Sekarang beranikan diri dan lompat! 221 00:15:29,054 --> 00:15:31,139 Kalau tak, saya takkan main dengan awak! 222 00:15:32,599 --> 00:15:37,104 - Saya nak main! Saya akan lompat! - Naoya! Apa kamu buat itu? 223 00:15:37,688 --> 00:15:40,774 Mak cik, dia asyik kata dia nak lompat! 224 00:15:40,857 --> 00:15:41,984 Tolong suruh dia turun! 225 00:15:42,067 --> 00:15:44,236 Aduh. Jangan buat benda bodoh! 226 00:15:44,319 --> 00:15:45,612 Tunggu, mak ambil kamu. 227 00:15:47,322 --> 00:15:49,241 Naoya, tunggu mak di sana! 228 00:15:50,951 --> 00:15:54,621 Naoya, saya tak sangka mak awak datang semalam. 229 00:15:55,247 --> 00:15:58,083 Awak ada cakap apa-apa dengan mak awak? 230 00:15:58,166 --> 00:16:02,337 Tidak, saya tak cakap apa-apa pun. 231 00:16:02,421 --> 00:16:03,505 Betulkah? 232 00:16:04,006 --> 00:16:05,966 Baik, cuba kita tengok. Mari! 233 00:16:07,175 --> 00:16:08,468 Sakit. 234 00:16:08,552 --> 00:16:09,386 AMARAN ANJING 235 00:16:09,469 --> 00:16:10,887 Sekarang ujian awak. 236 00:16:11,513 --> 00:16:12,681 Tengok sana. 237 00:16:25,736 --> 00:16:28,572 Ambil bola itu. Ia takkan kacau awak kalau awak jujur. 238 00:16:28,655 --> 00:16:30,824 Kuriko, saya takut. 239 00:16:31,616 --> 00:16:33,243 Kuriko. 240 00:16:33,326 --> 00:16:35,162 Cepatlah ambil! 241 00:16:42,461 --> 00:16:44,880 Awak macam pelik saja hari ini. 242 00:16:45,589 --> 00:16:47,632 Kenapa awak ceritakan semua itu? 243 00:16:47,716 --> 00:16:50,927 Yutaro, dulu saya budak yang sangat jahat. 244 00:16:51,428 --> 00:16:54,139 Itu akan ubah perasaan awak kepada saya? 245 00:16:54,222 --> 00:16:56,850 Jadi sebab itu rupanya. 246 00:16:57,476 --> 00:16:59,644 Hati saya masih sama. Lagipun itu cerita dulu. 247 00:17:00,437 --> 00:17:03,940 Awak ingat saya akan benci awak hanya kerana benda begitu? 248 00:17:05,609 --> 00:17:08,361 Saya patut beritahu awak satu perkara lagi. 249 00:17:08,862 --> 00:17:10,906 Cerita itu masih belum berakhir. 250 00:17:15,952 --> 00:17:17,954 Naoya? 251 00:17:19,247 --> 00:17:21,166 Ya, saya. 252 00:17:21,249 --> 00:17:23,085 Terkenang pula kisah dulu, Kuriko. 253 00:17:24,669 --> 00:17:26,838 Kita ada banyak kenangan indah. 254 00:17:27,756 --> 00:17:29,758 Taman permainan itu masih ada? 255 00:17:29,841 --> 00:17:33,512 Ya. Ia masih tak berubah langsung. 256 00:17:33,595 --> 00:17:36,223 Saya tahu. Apa kata kita ke sana? 257 00:17:36,306 --> 00:17:37,140 Apa? 258 00:17:38,141 --> 00:17:40,519 Saya nak cakap tentang benda lain juga. 259 00:17:40,602 --> 00:17:41,603 Naoya. 260 00:17:42,979 --> 00:17:44,648 Memang tak berubah langsung. 261 00:17:44,731 --> 00:17:47,150 Gelongsor itu pun masih sama juga. 262 00:17:47,234 --> 00:17:49,569 Dulu awak selalu pulas telinga saya, bukan? 263 00:17:50,070 --> 00:17:51,780 Dulu awak sangat kasar. 264 00:17:52,781 --> 00:17:55,158 Minta maaf. Saya tak bermaksud begitu. 265 00:17:55,242 --> 00:17:59,204 Tapi sebab awak dulu sangat comel. 266 00:17:59,287 --> 00:18:00,997 Yakah? Baguslah begitu! 267 00:18:01,081 --> 00:18:01,915 Apa? 268 00:18:03,291 --> 00:18:05,293 Saya ada hati dengan awak, Kuriko. 269 00:18:05,836 --> 00:18:09,589 Dulu awak saja yang sudi bermain dengan saya. 270 00:18:09,673 --> 00:18:12,509 Saya tak pernah berhenti memikirkan awak. 271 00:18:13,176 --> 00:18:17,347 Apabila saya tengok awak dari belakang tadi, saya terus cam awak. 272 00:18:20,183 --> 00:18:21,226 Yutaro. 273 00:18:22,060 --> 00:18:28,024 Sekarang saya bebas daripada rasa bersalah yang menghantui saya selama ini. 274 00:18:28,108 --> 00:18:30,819 Selepas itu, awak dah tak jumpa dia lagi? 275 00:18:31,319 --> 00:18:33,238 Tidak. Saya dah jumpa dia beberapa kali. 276 00:18:33,321 --> 00:18:34,364 Apa? 277 00:18:35,657 --> 00:18:37,367 Hari ini saya jumpa dia lagi. 278 00:18:38,702 --> 00:18:39,578 Naoya! 279 00:18:41,621 --> 00:18:43,456 Yutaro, minta maaf. 280 00:18:43,540 --> 00:18:45,959 Saya sudah jatuh cinta dengan Naoya. 281 00:18:58,013 --> 00:19:01,725 Mak, saya takkan keluar dari rumah ini. 282 00:19:01,808 --> 00:19:04,144 Tentu Naoya akan balik nanti. 283 00:19:04,227 --> 00:19:07,981 Jangan risaukan saya. Saya boleh bela Hiroshi seorang diri. 284 00:19:08,648 --> 00:19:12,861 Mak, saya lapar. Bila boleh makan? 285 00:19:12,944 --> 00:19:14,279 Sekejap lagi, ya? 286 00:19:14,362 --> 00:19:17,532 Mak, saya laparlah! 287 00:19:17,616 --> 00:19:20,202 Hiroshi! Tolong jangan kacau mak! 288 00:19:20,285 --> 00:19:22,454 Mak. 289 00:19:29,002 --> 00:19:31,713 Mak? Ikan lagi? 290 00:19:31,796 --> 00:19:34,507 Saya nak makan nasi kari. 291 00:19:34,591 --> 00:19:37,761 Saya nak makan telur dadar, mak! 292 00:19:37,844 --> 00:19:39,679 Diam. Makan saja, Naoya. 293 00:19:39,763 --> 00:19:42,432 Nama saya bukan Naoya. 294 00:19:44,059 --> 00:19:46,061 Minta maaf, Hiroshi. 295 00:19:46,144 --> 00:19:49,522 Tapi kamu nampak sama macam ayah kamu semasa dia kecil. 296 00:19:50,857 --> 00:19:52,859 Kamu betul-betul seiras dia. 297 00:19:53,443 --> 00:19:54,903 Mak? 298 00:19:54,986 --> 00:19:59,157 Dulu mak selalu buli ayah kamu setiap hari. 299 00:19:59,241 --> 00:20:02,327 Apabila mak buli dia, muka dia comel betul. Mak suka. 300 00:20:02,410 --> 00:20:05,872 Walau sebanyak mana mak buli dia, dia masih datang lagi. 301 00:20:05,956 --> 00:20:08,583 Entah-entah dia pun suka mak buli dia. 302 00:20:09,459 --> 00:20:13,129 Entahlah, mak memang tak boleh berhenti membuli dia. 303 00:20:14,714 --> 00:20:17,467 Agaknya apa Naoya buat sekarang? 304 00:20:18,927 --> 00:20:21,346 Mak rasa macam nak buli dia lagi. 305 00:20:25,392 --> 00:20:28,395 Mak pulas telinga saya! 306 00:20:28,478 --> 00:20:30,397 Rupanya ini rancangan awak, Naoya. 307 00:20:31,231 --> 00:20:34,442 Awak memang merancang nak balas dendam sejak dulu lagi. 308 00:20:36,653 --> 00:20:38,780 Naoya! Nak menangis sampai bila? 309 00:20:38,863 --> 00:20:40,740 Budak lelaki tak boleh menangis, tahu! 310 00:20:41,491 --> 00:20:44,536 Saya bukan Naoya. 311 00:20:44,619 --> 00:20:47,038 Awak ini memang budak jahat. 312 00:20:47,122 --> 00:20:50,083 Awak tahu saya bersama Yutaro tapi awak datang kacau saya. 313 00:20:50,166 --> 00:20:51,668 Awak memang kejam. 314 00:20:52,168 --> 00:20:53,962 Tak apa. Saya akan main dengan awak. 315 00:20:54,045 --> 00:20:55,839 Saya akan bawa awak ke taman. 316 00:20:55,922 --> 00:20:58,008 Saya akan main dengan awak di sana. 317 00:20:58,508 --> 00:21:00,593 Tapi sekarang dah gelap, mak. 318 00:21:01,261 --> 00:21:04,055 Bagus, itu akan memudahkan keadaan. 319 00:21:14,566 --> 00:21:17,527 Mak, mak nak tarik telinga saya lagi? 320 00:21:17,610 --> 00:21:21,323 Mak takkan buat apa-apa. Mak takkan buat apa-apa langsung. 321 00:23:23,319 --> 00:23:28,032 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela 322 00:23:29,492 --> 00:23:31,953 Aku silap. Rupanya dakwat aku masih ada. 323 00:23:32,454 --> 00:23:34,247 Tapi kertas aku dah habis. 324 00:23:35,707 --> 00:23:38,042 Mungkin ada kertas dalam bilik di sana? 325 00:23:38,543 --> 00:23:40,503 Macam mana nak pergi sana? 326 00:23:41,045 --> 00:23:44,632 Aku kena lalu lorong bengkang-bengkok ini. 327 00:23:45,133 --> 00:23:48,970 Tempat dakwat aku keluar dah ada benda putih dan keras. 328 00:23:49,596 --> 00:23:52,223 Mungkin aku boleh guna untuk gali lubang?