1 00:00:26,527 --> 00:00:31,157 JUNJI ITO MANIAC 2 00:01:17,620 --> 00:01:19,372 TAPAK PENGGALIAN PURBA AJIME 3 00:01:19,455 --> 00:01:20,873 BAHAYA 4 00:01:20,957 --> 00:01:22,125 Profesor Soya. 5 00:01:22,208 --> 00:01:23,793 Ada apa, Yamaoka? 6 00:01:23,876 --> 00:01:25,294 Tengok lapisan ini. 7 00:01:25,378 --> 00:01:29,048 Ini lapisan geologi atau enapan sisa manusia? 8 00:01:29,132 --> 00:01:32,552 Daripada segi zaman, saya tak rasa ini lapisan tanah. 9 00:01:32,635 --> 00:01:36,139 Lapisan ini tak nampak macam dimampatkan dari sisi. 10 00:01:36,222 --> 00:01:38,808 Jadi bagaimana lapisan ini terbentuk begini? 11 00:01:40,017 --> 00:01:44,689 Ini nampak macam pandangan sisi orang yang baring telentang, bukan? 12 00:01:44,772 --> 00:01:47,567 Ada lapisan mendatar juga. 13 00:01:48,067 --> 00:01:50,736 Awak cuba korek sikit bawah sana. 14 00:01:50,820 --> 00:01:51,654 Baik. 15 00:01:57,910 --> 00:01:59,287 Profesor? 16 00:02:00,621 --> 00:02:01,873 Itu ialah 17 00:02:02,373 --> 00:02:04,000 manusia purba. 18 00:02:04,500 --> 00:02:06,294 Tengkorak budak kecil. 19 00:02:06,377 --> 00:02:10,673 Apakah kaitan antara enapan ini dan tulang-temulang ini? 20 00:02:10,756 --> 00:02:13,593 Mungkin ini sisa daripada sebuah upacara. 21 00:02:13,676 --> 00:02:14,552 Upacara? 22 00:02:15,178 --> 00:02:16,637 Mungkin upacara pengebumian. 23 00:02:16,721 --> 00:02:20,558 Kaum ini menyelaput mayat dengan tanah liat. 24 00:02:20,641 --> 00:02:22,602 Semakin banyak lapisan yang ditambah, 25 00:02:22,685 --> 00:02:25,062 ia menjadi timbunan menyerupai manusia. 26 00:02:25,146 --> 00:02:28,065 Jadi timbunan itu yang terenap dalam tanah? 27 00:02:28,149 --> 00:02:30,151 Ini cuma hipotesis saya. 28 00:02:30,234 --> 00:02:33,321 Kalau kita analisis lagi lapisan ini, mungkin kita dapat jawapannya. 29 00:02:33,404 --> 00:02:36,490 Kalau betul, ini penemuan luar biasa, profesor! 30 00:02:37,116 --> 00:02:38,201 Benar. 31 00:02:38,284 --> 00:02:39,493 Hebatnya. 32 00:02:47,001 --> 00:02:49,879 Ramalan cuaca tak sebut hari ini akan hujan. 33 00:02:50,379 --> 00:02:52,965 - Yamaoka, cepat tutup tapak ini. - Ya. 34 00:02:53,841 --> 00:02:54,967 Hei, dah hujan! 35 00:02:55,551 --> 00:02:57,887 Bawa plastik penutup! Cepat! 36 00:03:11,234 --> 00:03:16,155 LAPISAN SERAM 37 00:03:22,245 --> 00:03:26,040 Reimi, upacara peringatan ke-13 untuk ayah kamu tadi begitu lama. 38 00:03:26,123 --> 00:03:28,751 Tapi kamu budak baik. Kamu mesti penat. 39 00:03:28,834 --> 00:03:31,754 Mak tak perlu kata begitu. Saya bukan kecil lagi. 40 00:03:32,296 --> 00:03:34,006 Saya tak kisah kalau upacara lama. 41 00:03:34,090 --> 00:03:38,177 Yakah? Semasa kamu kecil dulu, kamu selalu merengek dengan mak. 42 00:03:38,261 --> 00:03:40,263 Kamu selalu kata, "Mak, dukung." 43 00:03:40,346 --> 00:03:42,556 Kamu begitu comel masa itu, Reimi. 44 00:03:42,640 --> 00:03:44,308 Sudahlah, mak. 45 00:03:44,392 --> 00:03:46,143 Tapi dia memang comel pun. 46 00:03:46,227 --> 00:03:49,272 Kamu berlakon dalam banyak iklan dan jadi pujaan. 47 00:03:49,355 --> 00:03:50,731 Kenapa kamu berhenti? 48 00:03:50,815 --> 00:03:53,734 Kalau kamu teruskan, tentu kamu dah jadi bintang terkenal. 49 00:03:53,818 --> 00:03:56,237 Kakak, saya tak mahu semua itu. 50 00:03:56,737 --> 00:03:59,865 Saya suka memendam dan terperangkap dalam kisah silam. 51 00:03:59,949 --> 00:04:02,618 Susah kalau saya jadi artis nanti. 52 00:04:03,119 --> 00:04:05,121 Saya masih mahu dimanjakan mak. 53 00:04:05,204 --> 00:04:06,831 Reimi! 54 00:04:07,415 --> 00:04:10,543 Minta maaf. Mak tak sangka kamu rasa macam itu! 55 00:04:10,626 --> 00:04:12,336 Tak apalah, mak. 56 00:04:12,420 --> 00:04:16,048 Kalaulah kamu kembali ke usia dua tahun, mak pasti akan manjakan kamu! 57 00:04:16,132 --> 00:04:18,342 Mak akan dukung dan peluk kamu! 58 00:04:19,302 --> 00:04:23,139 Mak dah jaga Reimi betul-betul. Kenapa pula dia nak sedih? 59 00:04:23,222 --> 00:04:25,516 Mak sediakan tuisyen dan macam-macam lagi. 60 00:04:25,599 --> 00:04:29,687 Mak sanggup berhabis duit dan masa untuk betulkan gigi dia. 61 00:04:29,770 --> 00:04:31,605 Mak tak betulkan gigi saya pun. 62 00:04:31,689 --> 00:04:34,400 Sebab itu gigi saya berterabur sekarang. 63 00:04:34,483 --> 00:04:35,401 Narumi. 64 00:04:36,694 --> 00:04:41,073 Kalau tak puas hati, cakap saja. Tak perlu perli-perli macam itu. 65 00:04:41,157 --> 00:04:43,617 Reimi artis, tentulah mak perlu jaga dia. 66 00:04:43,701 --> 00:04:46,620 Tapi mak masih teruskan selepas dia berhenti. 67 00:04:46,704 --> 00:04:49,498 Reimi ada potensi. Sebab itu mak berusaha untuk dia. 68 00:04:50,166 --> 00:04:52,001 Buat apa mak bantu kamu? 69 00:04:52,084 --> 00:04:53,044 Kamu bukannya lawa. 70 00:04:53,127 --> 00:04:54,003 Apa mak cakap? 71 00:04:54,086 --> 00:04:55,838 Kakak! Hati-hati! 72 00:05:13,731 --> 00:05:15,775 Semua orang selamat? 73 00:05:17,693 --> 00:05:18,694 Reimi! 74 00:05:18,778 --> 00:05:20,613 Reimi, kamu tak apa-apa? 75 00:05:38,672 --> 00:05:42,593 Muka Reimi… 76 00:05:43,761 --> 00:05:47,056 Narumi, ini semua salah kamu. Salah kamu! 77 00:05:52,353 --> 00:05:54,772 Doktor! Bagaimana keadaan Reimi? 78 00:05:55,773 --> 00:05:57,400 Dia sudah sedarkan diri. 79 00:05:57,983 --> 00:05:59,026 Syukurlah. 80 00:05:59,110 --> 00:06:03,531 Tapi ada sesuatu yang aneh. Saya minta puan lihat sendiri. 81 00:06:06,742 --> 00:06:07,827 Apa ini? 82 00:06:07,910 --> 00:06:09,161 Apa yang berlaku? 83 00:06:09,245 --> 00:06:12,081 Muka dia kembali kepada asal! 84 00:06:12,164 --> 00:06:16,168 Betul. Ada lapisan baru muncul di bawah lapisan yang terkopek. 85 00:06:16,252 --> 00:06:17,920 Ini tak masuk akal. 86 00:06:18,504 --> 00:06:19,422 Tengok sini. 87 00:06:25,678 --> 00:06:27,304 Apa sebenarnya ini? 88 00:06:28,013 --> 00:06:30,850 Anak puan sebenarnya berlapis-lapis. 89 00:06:30,933 --> 00:06:31,767 Apa? 90 00:06:32,435 --> 00:06:37,022 Dia tak ada otak, organ, tulang atau apa-apa ciri tubuh manusia biasa. 91 00:06:37,606 --> 00:06:40,401 Semua lapisan ini cuma lapisan kulit semata-mata. 92 00:06:41,360 --> 00:06:45,906 Pendek kata tubuh anak puan cuma terdiri daripada lapisan demi lapisan kulit. 93 00:06:45,990 --> 00:06:49,452 Apa doktor cakap ini? Jangan main-main dengan saya. 94 00:06:49,952 --> 00:06:52,413 Saya pun harap saya cuma main-main. 95 00:06:54,373 --> 00:06:55,624 Malang sungguh! 96 00:06:56,125 --> 00:06:57,334 Reimi! 97 00:06:57,835 --> 00:06:58,878 Maksudnya, 98 00:07:00,087 --> 00:07:04,258 seluruh badan dia macam kek lapis! 99 00:07:07,678 --> 00:07:08,846 Atau macam pokok! 100 00:07:10,181 --> 00:07:11,140 Betul juga. 101 00:07:12,141 --> 00:07:17,062 Struktur tubuh begini memang menyerupai gegelang batang pokok. 102 00:07:17,771 --> 00:07:20,774 Mungkin setiap pertambahan usia menghasilkan satu lapisan. 103 00:07:21,400 --> 00:07:22,610 Apa? 104 00:07:22,693 --> 00:07:25,779 Maksudnya, teras ini ialah dirinya semasa dia janin. 105 00:07:25,863 --> 00:07:27,531 Seterusnya, lapisan ketika usia 106 00:07:27,615 --> 00:07:30,868 setahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun, lima tahun, 107 00:07:30,951 --> 00:07:33,370 enam tahun, tujuh tahun, lapan tahun, 108 00:07:33,454 --> 00:07:39,502 sembilan tahun, sepuluh tahun, 11 tahun, 12 tahun, 13 tahun, 14 tahun, 109 00:07:39,585 --> 00:07:44,381 15 tahun, 16 tahun, 17 tahun, 18 tahun, 19 tahun 110 00:07:45,007 --> 00:07:47,218 dan akhirnya sekarang, 20 tahun. 111 00:07:47,301 --> 00:07:50,971 Kulit luar anak puan ini ialah lapisan terbarunya. 112 00:07:52,640 --> 00:07:59,063 Jadi, doktor, maksudnya diri Reimi semasa kecil masih ada dalam tubuhnya? 113 00:07:59,146 --> 00:08:01,941 Ya, saya rasa itu berkemungkinan. 114 00:08:03,901 --> 00:08:07,696 Puan, kami ingin buat pemeriksaan lanjut terhadap anak puan. 115 00:08:07,780 --> 00:08:10,699 - Ia penting untuk merawatnya. - Tidak, doktor. 116 00:08:11,367 --> 00:08:13,077 Saya akan bawa Reimi balik. 117 00:08:16,914 --> 00:08:20,668 Narumi, kita bawa Reimi pulang sebaik saja parutnya sembuh. 118 00:08:20,751 --> 00:08:22,169 Kamu kena tolong mak. 119 00:08:22,253 --> 00:08:24,630 Mak, ini sumpahan. 120 00:08:24,713 --> 00:08:25,548 Apa? 121 00:08:25,631 --> 00:08:27,591 Mak ingat tapak penggalian itu? 122 00:08:27,675 --> 00:08:31,554 Kubur di tapak penggalian purba Ajime itu? 123 00:08:32,137 --> 00:08:36,225 Saya masih ingat lagi foto lapisan tanah menyelaputi tengkorak itu. 124 00:08:36,308 --> 00:08:38,811 Nampak macam imbasan MRI Reimi. 125 00:08:38,894 --> 00:08:40,813 Kubur itu tentu disumpah. 126 00:08:40,896 --> 00:08:43,774 Ayah tak patut mengusik kubur itu. 127 00:08:43,857 --> 00:08:47,528 Selepas kejadian itu, ayah mula jadi tak siuman. 128 00:08:48,112 --> 00:08:50,531 Dia meninggal sembilan tahun selepas menggalinya. 129 00:08:50,614 --> 00:08:53,075 Tapi ada masalah lain pula. 130 00:08:53,158 --> 00:08:57,037 Sumpahan itu kena kepada Reimi yang dilahirkan setahun kemudian. 131 00:08:57,121 --> 00:08:59,331 Ia terkena saya juga. 132 00:09:01,917 --> 00:09:04,503 Buktinya ini. Tengok. 133 00:09:06,505 --> 00:09:08,632 Gigi saya pun jadi berlapis juga. 134 00:09:10,092 --> 00:09:11,010 LINDUNGI KANAK-KANAK 135 00:09:11,051 --> 00:09:14,138 Reimi, luka kamu tak sakit lagi? 136 00:09:14,221 --> 00:09:15,681 Ya, mak. 137 00:09:15,764 --> 00:09:18,642 Reimi, jangan risau tentang parut itu. 138 00:09:19,143 --> 00:09:20,894 Mak akan rawat itu nanti! 139 00:09:21,937 --> 00:09:22,771 Ya. 140 00:09:23,272 --> 00:09:24,815 Pandai! 141 00:09:24,898 --> 00:09:27,693 Mak, saya ada cadangan. 142 00:09:27,776 --> 00:09:30,696 Kita buat upacara peringatan untuk tengkorak purba itu. 143 00:09:31,196 --> 00:09:34,033 Kita minta Universiti Seito pinjamkannya untuk… 144 00:09:34,116 --> 00:09:37,703 Upacara peringatan? Mak tak percaya benda tahyul begitu! 145 00:09:38,954 --> 00:09:39,872 Tapi… 146 00:09:39,955 --> 00:09:43,125 Mak. Kalau kita tak cuba, kita tak tahu. 147 00:09:43,208 --> 00:09:44,752 Saya pun rasa ia sumpahan. 148 00:09:44,835 --> 00:09:47,755 Ini bukan sumpahan atau benda merepek lain, Reimi. 149 00:09:47,838 --> 00:09:51,216 Ini cuma penyakit, dan mak akan cari jalan mengubatinya. 150 00:09:51,300 --> 00:09:54,595 Tapi apa mak boleh buat? 151 00:09:54,678 --> 00:09:58,974 - Mak akan cari doktor pakar dan… - Mak jangan mengarut lagi! 152 00:09:59,475 --> 00:10:02,144 Doktor tak boleh mengubati sumpahan! 153 00:10:02,645 --> 00:10:05,356 Jangan buat saya macam budak! Saya dah besar! 154 00:10:05,439 --> 00:10:06,982 Reimi! 155 00:10:07,066 --> 00:10:09,026 Jangan pegang! Saya rimas! 156 00:10:09,526 --> 00:10:13,197 Saya dah cukup rimas nak layan mak lagi! 157 00:10:14,031 --> 00:10:17,284 Kemalangan itu pun sebab salah mak juga! 158 00:10:24,500 --> 00:10:26,794 Reimi? 159 00:10:27,920 --> 00:10:29,296 Dengar mak tak? 160 00:10:29,797 --> 00:10:32,883 Jawablah mak kalau dengar, Reimi yang usia dua tahun. 161 00:10:32,966 --> 00:10:36,929 Reimi comel kesayangan mak, jawablah mak. 162 00:10:37,012 --> 00:10:39,390 Mak tahu kamu dengar, Reimi. 163 00:10:39,473 --> 00:10:42,935 Reimi, bila kamu mahu jawab mak? 164 00:10:43,018 --> 00:10:44,019 Reimi? 165 00:10:44,103 --> 00:10:45,729 Reimi. 166 00:10:50,067 --> 00:10:52,569 Kenapa tak nak jawab mak? 167 00:10:52,653 --> 00:10:55,864 Mak tahu kamu ada dalam sana. Mak tahu. 168 00:11:02,871 --> 00:11:03,872 Mak. 169 00:11:05,416 --> 00:11:06,417 Mak. 170 00:11:07,376 --> 00:11:08,377 Mak. 171 00:11:08,460 --> 00:11:09,545 Nak dukung. 172 00:11:10,546 --> 00:11:12,339 Mak, dukung. 173 00:11:13,882 --> 00:11:18,178 Reimi! Kamu dengar! Dah lama mak tak dengar suara kamu itu. 174 00:11:18,262 --> 00:11:20,222 Saya nak keluar. 175 00:11:20,723 --> 00:11:23,434 Mak, saya nak keluar dari sini. 176 00:11:23,517 --> 00:11:26,687 Kamu nak keluar? Kasihannya kamu! 177 00:11:26,770 --> 00:11:29,148 Apa patut mak buat, ya? 178 00:11:44,163 --> 00:11:45,914 Reimi? Kenapa? 179 00:11:53,297 --> 00:11:56,341 Mak! Apa mak buat ini? Mak dah gila? 180 00:11:56,425 --> 00:11:59,511 Tak apa. Mak cuma buang lapisan kulit rosak ini saja. 181 00:12:00,053 --> 00:12:03,932 Mak nak kopek semua lapisan ini sampai dapat Reimi yang berusia dua tahun. 182 00:12:04,016 --> 00:12:07,978 Mak kena selesaikan ini sementara dia pengsan! 183 00:12:08,061 --> 00:12:09,396 Mak! 184 00:12:10,022 --> 00:12:11,106 Mak. 185 00:12:11,732 --> 00:12:15,611 Mak? Mak, cepat keluarkan saya. 186 00:12:17,196 --> 00:12:19,364 Ya, Reimi yang comel. 187 00:12:19,448 --> 00:12:22,618 Mak keluarkan kamu dari tempat gelap dan sempit itu. 188 00:12:23,243 --> 00:12:27,539 Tunggu mak, ya? Mak kena buat perlahan-lahan. 189 00:12:37,841 --> 00:12:40,427 Mak, berhenti! 190 00:12:40,511 --> 00:12:43,388 Tak boleh! Masih ada lagi! 191 00:12:43,472 --> 00:12:46,558 Sikit lagi. Sikit saja lagi! 192 00:12:51,230 --> 00:12:53,690 Mak, dukung. 193 00:12:54,483 --> 00:12:55,901 Akhirnya. 194 00:12:55,984 --> 00:12:59,279 Akhirnya mak jumpa balik Reimi yang berusia dua tahun. 195 00:12:59,988 --> 00:13:03,200 Tunggu, ya. Mak akan kopek badan kamu pula. 196 00:13:03,784 --> 00:13:05,410 Narumi, tolong mak! 197 00:13:05,494 --> 00:13:06,411 Cepat! 198 00:13:27,391 --> 00:13:29,268 Apa? Apa ini? 199 00:13:30,185 --> 00:13:31,311 Apa ini? 200 00:13:38,402 --> 00:13:39,695 Mak. 201 00:13:49,621 --> 00:13:50,873 Mak? 202 00:14:01,091 --> 00:14:03,010 Mak! Mak nak buat apa? 203 00:14:03,093 --> 00:14:05,262 Mak terfikir satu perkara. 204 00:14:05,345 --> 00:14:07,306 Tentu mak pun kena sumpahan itu. 205 00:14:07,389 --> 00:14:11,059 Jadi mak akan kopek badan mak sampai tiba ke usia 38 tahun 206 00:14:11,143 --> 00:14:13,020 dan mak lahirkan Reimi lagi! 207 00:14:13,103 --> 00:14:14,980 Narumi. Tengok, ya? 208 00:14:15,898 --> 00:14:17,065 Mak buat sekarang! 209 00:14:27,534 --> 00:14:28,368 Mak. 210 00:14:58,398 --> 00:15:00,734 Mak, dukung. 211 00:15:23,048 --> 00:15:24,007 MANIAC 212 00:15:24,091 --> 00:15:26,635 Aku selalu mimpikan lautan. 213 00:15:27,344 --> 00:15:29,304 Selalunya mimpi yang sama saja. 214 00:15:30,222 --> 00:15:32,766 Aku hanyut di kedalaman laut. 215 00:15:33,684 --> 00:15:40,107 Kemudian aku terjumpa ikan gergasi aneh yang masih tak pupus sejak zaman purba. 216 00:15:40,857 --> 00:15:45,904 Seolah-olah alam ini sudah terlupa kewujudan mereka. 217 00:15:45,988 --> 00:15:48,532 OBJEK HANYUT 218 00:15:57,582 --> 00:15:58,667 Betulkah itu? 219 00:16:03,422 --> 00:16:07,968 Tengok. Ada benda terjuntai yang aneh di seluruh badannya. 220 00:16:08,051 --> 00:16:09,344 Apa agaknya itu? 221 00:16:10,846 --> 00:16:15,142 Mungkin benda berjuntai itu bercahaya macam ikan pemancing. 222 00:16:15,767 --> 00:16:19,730 Mungkinkah makhluk gergasi ini berenang jauh dalam laut gelap 223 00:16:19,813 --> 00:16:22,232 sambil memancarkan cahaya malapnya? 224 00:16:22,315 --> 00:16:24,609 Seram sejuk pula memikirkannya. 225 00:16:30,198 --> 00:16:32,367 Ramai pula orang datang menyibuk. 226 00:16:32,451 --> 00:16:33,618 Betul juga. 227 00:16:33,702 --> 00:16:36,496 - Minta polis sekat mereka. - Baiklah. 228 00:16:40,083 --> 00:16:41,752 Panasnya hari ini. 229 00:16:42,836 --> 00:16:45,922 Kenapa? Awak tak sihat? 230 00:16:46,006 --> 00:16:47,424 Ya, tak sihat sikit. 231 00:16:48,592 --> 00:16:49,801 Saya pening. 232 00:16:50,594 --> 00:16:53,472 Patutlah. Sudahlah panas, berbau pula. 233 00:16:53,555 --> 00:16:56,975 - Mari cari tempat redup. - Baik, terima kasih. 234 00:16:57,059 --> 00:17:00,437 Perhatian! Sila jauhkan diri dari makhluk ini! 235 00:17:00,937 --> 00:17:02,230 Jangan sentuh! 236 00:17:02,314 --> 00:17:03,899 Busuknya bau. 237 00:17:03,982 --> 00:17:06,693 Ia sudah mula mereput. 238 00:17:06,777 --> 00:17:11,239 Ini penemuan terpenting abad ini. Kita tak boleh biarkannya mereput. 239 00:17:11,323 --> 00:17:12,699 Ya, kita perlu cepat. 240 00:17:14,534 --> 00:17:16,661 Awak datang seorang hari ini? 241 00:17:16,745 --> 00:17:18,580 Ya. Selepas saya dengar berita, 242 00:17:18,663 --> 00:17:21,583 entah kenapa saya asyik berfikir tentangnya. 243 00:17:21,666 --> 00:17:24,169 Saya pun sama. Saya rasa terpanggil. 244 00:17:24,252 --> 00:17:29,674 Sebenarnya saya benci lautan. Malah saya malu nak mengaku saya tak suka ikan. 245 00:17:30,634 --> 00:17:32,552 Saya pun benci lautan. 246 00:17:33,386 --> 00:17:35,514 Kenapa awak benci? 247 00:17:37,057 --> 00:17:39,601 Maaf, saya tak berniat mahu menyibuk. 248 00:17:40,102 --> 00:17:41,019 Tak apa. 249 00:17:41,812 --> 00:17:44,523 Sebab seseorang yang saya kenal hilang di laut. 250 00:17:44,606 --> 00:17:48,819 Awak ingat feri yang karam di pesisiran Izu tujuh tahun lalu? 251 00:17:48,902 --> 00:17:50,570 Banyak nyawa yang terkorban. 252 00:17:51,279 --> 00:17:52,906 Salah seorangnya ialah dia. 253 00:17:52,989 --> 00:17:55,408 Takziah. Dia kawan awak? 254 00:17:56,743 --> 00:17:58,161 Dia tunang saya. 255 00:17:58,245 --> 00:18:00,163 Awak tentu sangat sedih. 256 00:18:00,914 --> 00:18:03,041 Mustahil dia terselamat. 257 00:18:10,715 --> 00:18:14,136 Encik Shiota, awak rasa ini makhluk apa? 258 00:18:14,219 --> 00:18:17,347 Entahlah. Saya rasa… 259 00:18:19,099 --> 00:18:20,600 Amino, sini. 260 00:18:21,476 --> 00:18:22,394 Apa dia? 261 00:18:24,187 --> 00:18:25,272 Ada orang. 262 00:18:28,567 --> 00:18:31,069 - Apa dia? - Saya pun nampak ada orang. 263 00:18:31,153 --> 00:18:32,445 Raksasa pemakan manusia? 264 00:18:33,113 --> 00:18:34,656 Macam ada sesuatu berlaku. 265 00:18:37,159 --> 00:18:38,743 Ini amat aneh. 266 00:18:38,827 --> 00:18:41,913 Mengikut kedudukan, ini sepatutnya bahagian usus. 267 00:18:41,997 --> 00:18:45,250 Tapi mereka tak nampak macam sudah terhadam. 268 00:18:45,834 --> 00:18:46,918 Tak masuk akal. 269 00:18:47,586 --> 00:18:51,381 Kalau begitu, kita belah perutnya dan keluarkan orang-orang itu. 270 00:18:51,464 --> 00:18:52,299 Belah perut? 271 00:19:18,658 --> 00:19:19,784 Mereka masih hidup. 272 00:19:23,371 --> 00:19:25,957 Ini… Ini Tadashi! 273 00:19:26,666 --> 00:19:30,420 Tunang saya yang hilang di pesisiran Izu tujuh tahun lalu! 274 00:19:31,129 --> 00:19:32,422 Awak pasti? 275 00:19:32,505 --> 00:19:35,133 Ya! Ini memang Tadashi! 276 00:19:35,217 --> 00:19:36,801 Feri Izu yang karam itu? 277 00:19:37,385 --> 00:19:41,181 Kebanyakan mangsanya tak ditemui. 278 00:19:41,264 --> 00:19:44,059 Jadi ini semua penumpangnya? 279 00:19:44,142 --> 00:19:49,439 Mereka ditelan makhluk ini dan hidup dalam ususnya selama tujuh tahun? 280 00:19:49,522 --> 00:19:51,107 Masakan itu mungkin? 281 00:19:51,191 --> 00:19:53,318 Tadashi! 282 00:19:53,401 --> 00:19:55,028 Ini saya, Mie! 283 00:19:59,407 --> 00:20:00,242 Mie. 284 00:20:01,326 --> 00:20:02,994 Ada yang tak kena dengan mereka. 285 00:20:15,757 --> 00:20:18,051 Mereka seperti parasit. 286 00:20:18,134 --> 00:20:19,219 Parasit? 287 00:20:19,970 --> 00:20:20,845 Ya. 288 00:20:20,929 --> 00:20:24,349 Tentu mereka menyedut nutrien dalam usus makhluk itu. 289 00:20:24,432 --> 00:20:26,935 Sebab itu mereka hidup sampai sekarang. 290 00:20:27,018 --> 00:20:27,852 Begitu. 291 00:20:28,436 --> 00:20:34,359 Tapi bolehkah manusia jadi parasit dan menumpang tubuh makhluk lain? 292 00:23:23,319 --> 00:23:28,032 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela 293 00:23:30,160 --> 00:23:31,411 Wahai serangga-seranggaku. 294 00:23:31,494 --> 00:23:34,247 Nak tahu tentang perempuan yang datang semalam? 295 00:23:34,747 --> 00:23:36,249 Aku terkejut besar. 296 00:23:36,332 --> 00:23:38,960 Tak sangka ada manusia begitu di dunia ini. 297 00:23:39,043 --> 00:23:41,546 Ya. Kau pun rasa begitu, bukan? 298 00:23:42,380 --> 00:23:45,717 Tapi dia pun ada serangga di atas mukanya. 299 00:23:46,468 --> 00:23:49,220 Serangga itu yang suruh aku beri perhatian. 300 00:23:49,304 --> 00:23:52,015 Itu yang selamatkan nyawa aku.