1 00:00:26,527 --> 00:00:31,157 JUNJI ITO MANIAC 2 00:01:15,576 --> 00:01:19,122 Sudah setahun aku tinggalkan Jepun dan berada di luar negara. 3 00:01:19,205 --> 00:01:22,959 Aku sepatutnya rasa lega, tapi aku rasa ralat. 4 00:01:23,459 --> 00:01:27,213 Sebab ada orang lain tinggal di rumah aku semasa ketiadaan aku. 5 00:01:27,296 --> 00:01:28,589 Bukan sembarangan orang. 6 00:01:28,673 --> 00:01:31,676 Tapi cikgu sekolah menengah aku bersama keluarganya. 7 00:01:31,759 --> 00:01:36,764 Aku tak sangka terpaksa sewakan rumah aku kepada orang macam itu. 8 00:01:37,473 --> 00:01:41,435 Aku dah kata, jangan ada walau satu paku pun di dinding. 9 00:01:41,519 --> 00:01:44,522 Tapi sekarang mereka dah pindah keluar. 10 00:01:44,605 --> 00:01:47,108 Alamak. Mana pula aku letak kuncinya? 11 00:01:47,191 --> 00:01:52,113 KULAT 12 00:02:02,248 --> 00:02:03,374 Bau apa itu? 13 00:02:16,846 --> 00:02:18,264 Apa bendanya ini? 14 00:02:32,778 --> 00:02:33,946 Apa ini? 15 00:02:34,488 --> 00:02:35,740 Semua dah basi! 16 00:03:05,394 --> 00:03:07,188 Abang? Abang mana? 17 00:03:11,067 --> 00:03:13,236 Abang. Lama tak jumpa. 18 00:03:13,319 --> 00:03:14,320 Masuklah. 19 00:03:14,904 --> 00:03:17,365 Tak apalah, dah lambat. Saya nak balik. 20 00:03:17,448 --> 00:03:19,700 Seiji, abang nak penjelasan. 21 00:03:22,662 --> 00:03:26,707 Abang, saya tak sangka abang balik Jepun secepat ini. 22 00:03:26,791 --> 00:03:30,378 - Saya tak sempat bersihkan. - Bukan itu masalahnya! 23 00:03:30,461 --> 00:03:35,132 Cikgu kamu buat macam ini sebab abang berat hati nak sewakan, bukan? 24 00:03:35,800 --> 00:03:39,512 Abang tahu dia memang keji tapi tak sangka dia berdendam begini! 25 00:03:39,595 --> 00:03:41,430 Abang, ini bukan sebab dendam. 26 00:03:41,514 --> 00:03:42,807 Habis apa dia? 27 00:03:42,890 --> 00:03:46,143 Ruang makan macam kandang babi, tab mandi penuh lumpur! 28 00:03:46,686 --> 00:03:48,854 Apa lagi kalau bukan sebab dendam? 29 00:03:49,522 --> 00:03:51,649 Bukan. Saya yang salah. 30 00:03:51,732 --> 00:03:52,566 Apa? 31 00:03:52,650 --> 00:03:55,069 Sekarang saya nak cari anjing abang dulu. 32 00:03:55,152 --> 00:03:56,779 - Nanti jumpa lagi. - Hei! 33 00:03:56,862 --> 00:03:58,072 Seiji! 34 00:04:00,449 --> 00:04:01,909 Melampau betul. 35 00:04:04,036 --> 00:04:04,954 Busuknya. 36 00:04:13,254 --> 00:04:14,297 Rogi? 37 00:04:14,380 --> 00:04:17,008 Maksud kamu, Cikgu Rogi? 38 00:04:17,091 --> 00:04:21,470 Saya dengar ada kebakaran dan rumah dia sudah hangus. 39 00:04:21,971 --> 00:04:24,473 Dia nak menyewa sementara tunggu rumahnya siap. 40 00:04:24,557 --> 00:04:27,810 Macam mana dia tahu abang mahu ke luar negara? 41 00:04:27,893 --> 00:04:29,478 Mungkin ada orang cakap? 42 00:04:29,562 --> 00:04:31,230 Merepek betul. 43 00:04:31,314 --> 00:04:34,066 Rumah abang baru siap tapi abang kena keluar negara. 44 00:04:34,150 --> 00:04:35,484 Abang dah cukup ralat. 45 00:04:35,568 --> 00:04:38,321 Saya tahu abang tak suka dia. 46 00:04:38,404 --> 00:04:41,198 Tapi dia cikgu kelas saya. Saya tak boleh tolak. 47 00:04:41,282 --> 00:04:43,993 Lagipun dia kata dia boleh jaga anjing abang. 48 00:04:44,076 --> 00:04:45,703 Tak boleh juga begitu… 49 00:04:45,786 --> 00:04:48,998 Boleh, ya? Jumpa Ahad ini. Terima kasih sangat, abang. 50 00:04:49,707 --> 00:04:51,500 Hei! Abang tak kata boleh pun! 51 00:04:54,879 --> 00:04:57,798 Cantiknya rumah putih ini. Menakjubkan. 52 00:04:57,882 --> 00:05:00,134 Baik, Cikgu Rogi. Silakan masuk. 53 00:05:09,352 --> 00:05:10,186 Abang. 54 00:05:11,395 --> 00:05:13,064 Encik Rogi dah sampai. 55 00:05:13,689 --> 00:05:15,983 Hai, apa khabar? 56 00:05:17,234 --> 00:05:19,820 Rasanya dah 15 tahun kita tak jumpa. 57 00:05:19,904 --> 00:05:22,573 Awak pun dah dewasa dan berjaya. 58 00:05:22,656 --> 00:05:26,118 Sekarang awak dah mirip ayah awak dulu. 59 00:05:26,202 --> 00:05:28,579 Rumah awak pun cantik. 60 00:05:28,662 --> 00:05:32,708 Dalam ramai-ramai bekas murid cikgu, awak yang paling berjaya. 61 00:05:33,709 --> 00:05:36,170 Cikgu memang rasa sangat gembira. 62 00:05:36,253 --> 00:05:37,588 Tambahan lagi, 63 00:05:38,089 --> 00:05:41,842 cikgu rasa macam mimpi dapat duduk di rumah secantik ini. 64 00:05:41,926 --> 00:05:43,344 Nanti dulu. 65 00:05:44,095 --> 00:05:46,347 Saya tak setuju pun nak sewakan rumah. 66 00:05:46,430 --> 00:05:49,058 Tak lama lagi saya kena bertugas di luar negara. 67 00:05:49,141 --> 00:05:52,144 Saya tak sempat sediakan rumah untuk disewa. 68 00:05:52,645 --> 00:05:54,772 Cikgu patut cari rumah lain saja. 69 00:05:57,608 --> 00:06:01,862 Kami dah cari rumah lain tapi tak jumpa yang sesuai. 70 00:06:01,946 --> 00:06:04,532 Kami dah susahkan saudara mara. 71 00:06:04,615 --> 00:06:08,327 Cikgu pun rasa segan. Cikgu tak tahu nak buat apa lagi. 72 00:06:09,328 --> 00:06:12,581 Kalau awak tak sewakan kepada kami, kami tak ada tempat lain nak dituju. 73 00:06:12,665 --> 00:06:14,125 Tolonglah. 74 00:06:14,208 --> 00:06:17,253 Ayah, saya suka rumah ini. 75 00:06:17,336 --> 00:06:20,589 Saya nak tinggal sini. Tolonglah, ayah. 76 00:06:21,924 --> 00:06:26,679 Abang? Sementara abang di luar negara, biar saya bertanggungjawab di rumah ini. 77 00:06:27,680 --> 00:06:29,181 Bolehlah, abang. 78 00:06:29,265 --> 00:06:30,266 Seiji! 79 00:06:31,892 --> 00:06:34,603 Kenapa itu? Lapar, ya? 80 00:06:39,191 --> 00:06:41,277 Tolonglah, Akasaka. 81 00:06:41,360 --> 00:06:43,028 Tolonglah. 82 00:06:59,628 --> 00:07:02,131 Apa bonjolan aneh ini? 83 00:07:02,214 --> 00:07:04,300 Hari itu tak ada pun. 84 00:07:09,138 --> 00:07:12,766 Apa bendanya ini? Ada yang tak kena dengan rumah ini. 85 00:07:20,065 --> 00:07:21,025 Apa? 86 00:07:21,108 --> 00:07:22,276 Tak guna! 87 00:07:22,359 --> 00:07:23,694 Kenapa pula ini? 88 00:07:23,777 --> 00:07:26,238 Seluruh rumah ini dah habis hancur! 89 00:07:32,745 --> 00:07:37,374 Seiji. Macam mana keluarga itu duduk di rumah abang ini? 90 00:07:38,125 --> 00:07:40,002 Mana Rogi sekarang? 91 00:07:40,836 --> 00:07:43,339 Abang, saya pun tak tahu. 92 00:07:43,422 --> 00:07:45,549 Mereka pergi tiba-tiba saja. 93 00:07:45,633 --> 00:07:48,636 Rumah mereka dah siap, bukan? Pergi cuba cari sana. 94 00:07:48,719 --> 00:07:50,054 Saya dah cuba pergi. 95 00:07:50,679 --> 00:07:54,099 Tapi rumah itu tak siap pun. Masih hangus dan terbengkalai. 96 00:07:54,725 --> 00:07:55,643 Apa? 97 00:08:09,448 --> 00:08:10,533 Kulat. 98 00:08:13,077 --> 00:08:14,662 Tengok ini, Seiji. 99 00:08:15,412 --> 00:08:18,457 Hari demi hari, keadaannya semakin buruk. 100 00:08:18,541 --> 00:08:21,961 Tengok betul-betul. Semuanya dilitupi kulat. 101 00:08:22,044 --> 00:08:25,839 Abang tak boleh guna bilik air pun. Kulatnya tebal sebab lembap. 102 00:08:25,923 --> 00:08:30,844 Tapi tingkat dua paling teruk walaupun tak begitu lembap. 103 00:08:31,679 --> 00:08:34,515 Ini dahsyat. Sangat dahsyat. 104 00:08:35,516 --> 00:08:39,687 Abang, abang tak boleh duduk sini. Cepat keluar dari rumah ini! 105 00:08:39,770 --> 00:08:41,772 Kamu mesti tahu sesuatu, bukan? 106 00:08:41,855 --> 00:08:44,441 Apa sudah jadi semasa ketiadaan abang? 107 00:08:51,240 --> 00:08:53,242 Kenapa kamu ketakutan? 108 00:08:53,784 --> 00:08:55,995 Tak tahu. Saya tak tahu apa-apa. 109 00:08:56,078 --> 00:08:57,580 Cepat cakap, Seiji. 110 00:08:58,998 --> 00:09:00,374 Nampak serupa! 111 00:09:00,457 --> 00:09:01,875 Apa yang serupa? 112 00:09:01,959 --> 00:09:05,004 Rumah ini memang nampak sama! 113 00:09:05,087 --> 00:09:06,463 Nampak sama dengan apa? 114 00:09:07,798 --> 00:09:09,258 Dengan bayi itu! 115 00:09:30,237 --> 00:09:32,865 Mungkin ia memang kulat macam abang cakap. 116 00:09:33,741 --> 00:09:35,117 Kulat spesies baru. 117 00:09:35,659 --> 00:09:38,454 Ia menjangkiti bayi dan anak perempuan mereka. 118 00:09:40,539 --> 00:09:42,875 Abang, bahaya kalau abang duduk sini. 119 00:09:42,958 --> 00:09:45,210 Cepat keluar. Abang tak boleh duduk sini! 120 00:09:45,294 --> 00:09:46,253 Okey? 121 00:09:46,337 --> 00:09:49,340 Baiklah. Boleh abang duduk dengan kamu dulu? 122 00:09:49,840 --> 00:09:51,842 Ya. Boleh juga. 123 00:09:52,468 --> 00:09:53,344 Jumpa nanti. 124 00:10:55,280 --> 00:10:56,323 Rogi. 125 00:11:06,583 --> 00:11:07,793 Tak guna. 126 00:11:08,293 --> 00:11:09,920 Tapi entah kenapa 127 00:11:10,713 --> 00:11:12,423 aku pun dah rasa gatal. 128 00:11:15,718 --> 00:11:18,554 Gatalnya. Sangat gatal. 129 00:11:25,060 --> 00:11:26,228 MANIAC 130 00:11:46,623 --> 00:11:49,084 Awak di sini rupanya, Goro. 131 00:11:50,627 --> 00:11:51,879 Koko. 132 00:11:52,379 --> 00:11:54,214 Hari ini awak baca apa? 133 00:11:56,717 --> 00:11:57,885 Koko! 134 00:11:59,636 --> 00:12:00,888 Koko! 135 00:12:00,971 --> 00:12:03,140 Kenapa, Goro? 136 00:12:03,223 --> 00:12:05,601 Awak tahu mana pergi buku di sini? 137 00:12:05,684 --> 00:12:09,021 Novel cinta Renée Angin Musim Salju oleh Michel Lannes! 138 00:12:10,105 --> 00:12:12,232 Saya sedang baca buku itu. 139 00:12:13,400 --> 00:12:15,819 Saya tak suka awak ambil tanpa kebenaran! 140 00:12:15,903 --> 00:12:18,572 Lain kali tanya dulu, faham? 141 00:12:19,114 --> 00:12:21,366 Saya mesti melindungi koleksi ini! 142 00:12:21,450 --> 00:12:25,287 Saya tak boleh kehilangan walau satu buku sekalipun, 143 00:12:25,370 --> 00:12:27,039 walau satu saat sekalipun! 144 00:12:27,122 --> 00:12:29,249 - Minta maaf. - Letak balik buku itu. 145 00:12:35,214 --> 00:12:37,299 Sayang, ada masa tak? 146 00:12:37,382 --> 00:12:38,801 Ya, sekejap. 147 00:12:39,676 --> 00:12:41,136 Dah nak siap. 148 00:12:42,471 --> 00:12:44,640 - Diari awak? - Ya. Untuk hari ini. 149 00:12:45,349 --> 00:12:47,059 Saya tak terlepas sehari pun. 150 00:12:47,142 --> 00:12:49,228 Sejak awak berusia empat tahun? 151 00:12:49,311 --> 00:12:52,773 Semua ini padat dengan kenangan hidup saya. 152 00:12:53,273 --> 00:12:55,484 Koleksi buku saya menggambarkan masa silam saya 153 00:12:56,068 --> 00:12:58,570 dan diari ini merakam hidup saya sekarang. 154 00:12:59,696 --> 00:13:01,990 Awak ada tulis tentang saya? 155 00:13:02,074 --> 00:13:03,158 Sudah tentu. 156 00:13:13,001 --> 00:13:14,753 Goro, awak tak apa-apa? 157 00:13:15,295 --> 00:13:16,672 Saya dapat mimpi buruk. 158 00:13:17,464 --> 00:13:19,633 Buku-buku saya asyik hilang. 159 00:13:30,978 --> 00:13:31,812 Dah hilang! 160 00:13:31,895 --> 00:13:35,607 Renée Angin Musim Salju hilang! Mana awak letak, Koko? 161 00:13:35,691 --> 00:13:39,695 Saya dah letak balik di rak. Awak sendiri nampak saya letak. 162 00:13:40,195 --> 00:13:42,489 Mak saya sangat sayang buku itu! 163 00:13:42,573 --> 00:13:45,909 Susah mahu gantikan! Tidak, saya nak buku itu balik! 164 00:13:45,993 --> 00:13:49,079 Dah lewat malam. Cari esok sajalah. 165 00:13:49,162 --> 00:13:50,998 Jangan mengarut! 166 00:13:51,081 --> 00:13:54,418 Saya mesti cari di setiap rak malam ini juga! 167 00:13:55,460 --> 00:13:57,880 Neraka Duri tulisan Tanio Akasabi pun dah hilang! 168 00:13:58,922 --> 00:14:01,174 Itu buku paling mengerikan di dunia. 169 00:14:01,675 --> 00:14:04,136 Itu buku kesayangan ayah saya. 170 00:14:04,219 --> 00:14:05,762 Goro. 171 00:14:05,846 --> 00:14:07,514 Hilang. Dah hilang! 172 00:14:07,598 --> 00:14:10,642 Tak guna. Celaka! 173 00:14:36,460 --> 00:14:38,670 9 FEB. MAK PERGI IKUT LELAKI. SAYA RINDU… 174 00:14:41,214 --> 00:14:42,341 Mak. 175 00:14:42,841 --> 00:14:43,967 Mak? 176 00:14:44,760 --> 00:14:45,969 Buku! 177 00:14:46,553 --> 00:14:48,972 Buku-buku saya tinggalkan saya! 178 00:14:51,058 --> 00:14:54,394 DIARI GORO SHIRASAKI 179 00:15:11,078 --> 00:15:12,329 Goro? 180 00:15:12,412 --> 00:15:15,540 Koko. Saya dah jumpa Renée Angin Musim Salju. 181 00:15:15,624 --> 00:15:16,500 Apa? 182 00:15:17,000 --> 00:15:19,419 Dia berdiri di sini, dia bunyikan loceng. 183 00:15:19,503 --> 00:15:20,963 Ada orang bunyikan loceng? 184 00:15:21,046 --> 00:15:22,839 Seorang wanita cantik. 185 00:15:22,923 --> 00:15:24,841 Buat saya teringatkan mak saya. 186 00:15:24,925 --> 00:15:28,428 Tapi tak syak lagi, dia memang Renée Angin Musim Salju. 187 00:15:28,512 --> 00:15:31,682 Buktinya, dia hafal buku itu sepatah demi sepatah 188 00:15:31,765 --> 00:15:35,394 dari bab pertama sehinggalah halaman hak cipta di belakang. 189 00:15:35,978 --> 00:15:39,314 Tapi selain menghafal isi buku itu, 190 00:15:39,398 --> 00:15:40,983 rasanya dia cacat otak. 191 00:15:41,066 --> 00:15:43,902 Sayang, awak mimpi saja agaknya. 192 00:15:43,986 --> 00:15:47,531 Saya tak mimpi. Dia berdiri di sana tadi. 193 00:15:48,365 --> 00:15:49,199 Tengok. 194 00:15:49,783 --> 00:15:51,576 Itu Renée Angin Musim Salju. 195 00:15:59,251 --> 00:16:01,420 Goro, kenapa ini? 196 00:16:01,503 --> 00:16:02,671 Dah ada balik. 197 00:16:03,505 --> 00:16:06,174 Neraka Duri dah ada balik! 198 00:16:06,258 --> 00:16:09,678 Novel paling mengerikan di dunia! 199 00:16:09,761 --> 00:16:11,304 Saya cuba menyekatnya! 200 00:16:11,805 --> 00:16:13,807 Tapi ia menyusup masuk tingkap 201 00:16:13,890 --> 00:16:17,936 dan ia bacakan setiap patah kata novel itu dengan suara garau. 202 00:16:18,020 --> 00:16:20,981 Novel yang paling mengerikan itu! 203 00:16:24,735 --> 00:16:28,363 Sayang, marilah kita pergi jumpa doktor. 204 00:16:28,447 --> 00:16:30,365 Tak perlu, Koko. 205 00:16:30,866 --> 00:16:32,200 Saya dah ada jalan. 206 00:16:32,743 --> 00:16:35,746 Ia pasti akan kembali. Saya pasti ia akan kembali. 207 00:17:07,527 --> 00:17:10,030 "Nukilan neraka ini untuk orang yang terlaknat." 208 00:17:10,113 --> 00:17:11,907 "Prolog: Agdurum gu shauemek." 209 00:17:11,990 --> 00:17:14,785 "Kejadian berdarah yang menggemparkan dunia 210 00:17:14,868 --> 00:17:19,456 dan petanda sial yang muncul atas mataku menular ke seluruh otakku." 211 00:17:19,539 --> 00:17:22,250 - "Nampaknya pintu neraka telah…" - Sayang? 212 00:17:24,127 --> 00:17:24,961 Sayang? 213 00:17:25,545 --> 00:17:29,758 "Tentu kejadian itu yang melumpuhkan mindaku." 214 00:17:29,841 --> 00:17:32,219 "Jadi perubahan jelik pada tubuhku ini 215 00:17:32,302 --> 00:17:34,971 tak lain dan tak bukan tentu angkara neraka." 216 00:17:35,055 --> 00:17:40,644 "Setelah doktor bedah celaka itu mengikis rongga tubuhku pada 1955, 217 00:17:41,144 --> 00:17:44,606 aku menjadi semakin kurang siuman." 218 00:17:44,689 --> 00:17:46,149 "Bab terakhir." 219 00:17:46,650 --> 00:17:47,692 "Samota." 220 00:17:48,777 --> 00:17:50,320 "Yafedra…" 221 00:17:56,910 --> 00:17:59,037 Neraka Duri sudah tak ada. 222 00:17:59,746 --> 00:18:01,206 Saya menang. 223 00:18:02,624 --> 00:18:05,043 Semuanya akan baik-baik saja. 224 00:18:15,929 --> 00:18:17,013 Renée sudah… 225 00:18:17,097 --> 00:18:19,349 Renée Angin Musim Salju sudah hilang! 226 00:18:20,350 --> 00:18:21,810 Saya tak boleh buat apa-apa. 227 00:18:21,893 --> 00:18:26,565 Sambil saya dengar dia membacanya, tahu-tahu saja saya sudah menghafalnya. 228 00:18:26,648 --> 00:18:30,986 Dia takkan muncul di depan saya lagi. 229 00:18:31,778 --> 00:18:34,739 Alangkah baiknya kalau dia tak muncul langsung 230 00:18:34,823 --> 00:18:36,575 daripada buat saya derita begini! 231 00:18:36,658 --> 00:18:38,577 Jadi saya dah buat keputusan. 232 00:18:38,660 --> 00:18:41,037 Saya akan masukkan semuanya dalam otak! 233 00:18:41,121 --> 00:18:43,582 Kalau perpisahan buat saya derita begini, 234 00:18:44,332 --> 00:18:47,335 saya sanggup simpan setiap buku dalam otak saya! 235 00:19:17,407 --> 00:19:18,366 Goro. 236 00:19:20,160 --> 00:19:21,620 Tolonglah. Hentikan ini. 237 00:19:22,370 --> 00:19:23,580 Jangan kacau saya. 238 00:19:24,080 --> 00:19:25,624 Sikit saja lagi. 239 00:19:26,208 --> 00:19:29,085 Tapi otak saya dah tak ada ruang lagi. 240 00:19:29,920 --> 00:19:31,963 Boleh saya hafal semua ini? 241 00:19:32,047 --> 00:19:34,257 Atau otak saya akan pecah dulu? 242 00:19:34,925 --> 00:19:37,636 Mungkin saya boleh simpan maklumat sebanyak ini 243 00:19:37,719 --> 00:19:40,764 tapi saya kena lupakan ingatan hidup saya sendiri? 244 00:19:42,682 --> 00:19:45,727 "Aku mendapat peluang. Aku sorokkan perakam di dalam begnya 245 00:19:45,810 --> 00:19:47,354 untuk merakam kecurangan dia." 246 00:19:52,817 --> 00:19:54,861 "Bab satu: Pertemuan." 247 00:19:55,362 --> 00:19:58,782 "Cinta Renée begitu rapuh ibarat salju yang turun di pekan itu 248 00:19:59,783 --> 00:20:01,576 dan tak lama kemudian, ia hilang." 249 00:20:09,167 --> 00:20:11,211 DIARI GORO SHIRASAKI 250 00:20:11,836 --> 00:20:12,879 Goro? 251 00:20:18,218 --> 00:20:20,637 Awak di situ rupanya… 252 00:20:22,973 --> 00:20:23,974 Renée. 253 00:20:38,405 --> 00:20:40,407 DIARI GORO SHIRASAKI 254 00:20:50,375 --> 00:20:51,376 SHOGO SHIRASAKI 255 00:20:51,459 --> 00:20:54,004 "…sekali lagi, asaltite dogramos afrodina." 256 00:20:54,087 --> 00:20:57,424 "Aku dapat rasakan perubahan dalam tubuh dan mindaku." 257 00:20:57,507 --> 00:21:01,594 "Perubahan yang jelas pada pandanganku." 258 00:21:01,678 --> 00:21:04,931 "Dunia bersinar terang apabila ia ditelan kegelapan." 259 00:21:05,015 --> 00:21:08,351 "Dunia sedang berputar tetapi terhenti di situ juga." 260 00:21:08,435 --> 00:21:09,811 "Ibarat pasu… 261 00:21:09,894 --> 00:21:11,896 RENÉE ANGIN MUSIM SALJU NERAKA DURI 262 00:21:11,980 --> 00:21:14,107 DAUN MAPEL KOKO 263 00:21:15,025 --> 00:21:17,694 "Aku menyedarinya dalam perjalanan ke neraka." 264 00:21:17,777 --> 00:21:23,033 "Rupanya neraka ialah pintu ke syurga, sebagaimana syurga ialah pintu ke neraka." 265 00:21:24,200 --> 00:21:28,163 "Wahai penghuni neraka, meraunglah! Meraung sehingga tekakmu robek!" 266 00:23:23,319 --> 00:23:28,032 Terjemahan disediakan oleh Nursyazela 267 00:23:30,201 --> 00:23:33,746 Cuba dengar semua batu nisan itu baik-baik. 268 00:23:34,747 --> 00:23:36,875 Batu-batu nisan yang berlambak itu. 269 00:23:36,958 --> 00:23:40,336 Aku boleh dengar suara-suara yang saling bercakap. 270 00:23:41,129 --> 00:23:44,883 Kalau aku boleh dengar, maknanya kau pun boleh dengar juga. 271 00:23:46,092 --> 00:23:52,307 Tapi kalau ada yang tak boleh dengar, aku akan suruh serangga-serangga ini ajar.