1 00:00:09,240 --> 00:00:11,000 Ini bukan California. 2 00:00:12,520 --> 00:00:14,440 Ini bukan New York. 3 00:00:15,960 --> 00:00:17,240 Ini bukan London. 4 00:00:18,720 --> 00:00:20,520 Ini ialah Marbella. 5 00:00:25,000 --> 00:00:27,800 Akhirnya, senamrobik tiba di Costa del Sol. 6 00:00:29,120 --> 00:00:30,640 Jelak tidak menjaga diri? 7 00:00:30,720 --> 00:00:32,600 Bergelut dengan mesin dan berat? 8 00:00:33,960 --> 00:00:39,080 Jelak rasa sunyi bersenam sendirian tapi tiada hasil dan tak menggoda? 9 00:00:39,520 --> 00:00:42,200 Latihan penuh tersedia di sini. 10 00:00:43,160 --> 00:00:45,760 Selamat datang ke Kelab Candonga, 11 00:00:45,840 --> 00:00:49,920 gim terbaik di kawasan paling eksklusif Sepanyol. 12 00:00:50,000 --> 00:00:54,080 Mari berseronok dan pulihkan keyakinan diri anda. 13 00:00:54,760 --> 00:00:55,760 Mulai hari ini, 14 00:00:55,840 --> 00:00:58,360 anda ada janji temu dengan badan anda di Puerto Banús. 15 00:00:59,440 --> 00:01:01,360 Sertai kami di Kelab Candonga! 16 00:01:03,320 --> 00:01:04,280 Tamat! 17 00:01:06,120 --> 00:01:10,160 FARAD 18 00:01:54,360 --> 00:01:56,479 Apa dia buat di sini? Apa saya cakap? 19 00:01:56,560 --> 00:01:58,280 Dia tak boleh merakam sampai dia bayar. 20 00:02:00,320 --> 00:02:01,320 Sesi ini dibatalkan. 21 00:02:01,880 --> 00:02:03,480 - Apa? - Sebab tiada bayaran. 22 00:02:03,560 --> 00:02:05,120 Saya dah beri masa sampai pagi tadi. 23 00:02:05,200 --> 00:02:06,520 Pengurus saya bayar semalam. 24 00:02:06,600 --> 00:02:08,039 Gabi, awak cakap dengan J. 25 00:02:08,120 --> 00:02:09,720 Ya. Sumpah dia dah bayar. 26 00:02:09,800 --> 00:02:11,600 Telefon dia, tak guna. 27 00:02:11,680 --> 00:02:13,840 Maaf, Tanya, awak perlu kosongkan studio. 28 00:02:13,920 --> 00:02:15,600 Saya jamin kami dah buat bayaran. 29 00:02:15,680 --> 00:02:17,360 Awak hutang lapan jam rakaman. 30 00:02:17,440 --> 00:02:18,600 Tak, lima jam. 31 00:02:18,720 --> 00:02:20,440 Bagaimana dengan tiga jam bulan lepas? 32 00:02:24,160 --> 00:02:26,079 Anak mua ini. 33 00:02:28,600 --> 00:02:30,960 Biar kami habiskan, saya akan bayar dengan duit sendiri. 34 00:02:31,440 --> 00:02:32,440 Ini bukan bar. 35 00:02:32,520 --> 00:02:34,400 Sebuah lagu saja. 36 00:02:34,440 --> 00:02:35,880 Tahu berapa kos saya setiap jam? 37 00:02:36,840 --> 00:02:38,600 Awak mahu 80,000 peseta awak, betul? 38 00:02:38,720 --> 00:02:41,240 Jangan risau, saya akan bawanya terus. 39 00:02:41,320 --> 00:02:42,240 Ahli muzik keluar. 40 00:02:42,320 --> 00:02:44,720 Tak, ahli muzik tunggu sampai saya kembali. 41 00:02:44,800 --> 00:02:45,960 Tunggu sini. 42 00:02:48,160 --> 00:02:49,160 Dia tak jawab telefon. 43 00:02:49,240 --> 00:02:51,200 Tentulah tak. Bawa saya balik. 44 00:03:51,800 --> 00:03:54,960 KEADAAN SEMASA LEUKEMIA MIELOID KRONIK 45 00:04:10,040 --> 00:04:12,240 Nampaknya haiwan belum bangun. 46 00:04:12,320 --> 00:04:13,800 Sebab ia hanya makan saja. 47 00:04:13,880 --> 00:04:16,800 - Saya tak nak saki-baki. - Pernahkah awak dapat rungutan? 48 00:04:16,880 --> 00:04:18,480 Awak pernah beri yang ada katarak. 49 00:04:18,560 --> 00:04:20,800 Itu bukan katarak, tapi awak tetap takut. 50 00:04:23,160 --> 00:04:25,480 Ini yang terbaik saya ada. 51 00:04:25,560 --> 00:04:27,000 Seekor harimau sampai bulan depan. 52 00:04:27,080 --> 00:04:29,200 - Harimau? - Ya, dari sarkas Portugis. 53 00:04:29,240 --> 00:04:31,160 Saya perlukannya sekarang, Curro. 54 00:04:31,240 --> 00:04:32,920 Jadi pilihlah yang ini. 55 00:04:37,360 --> 00:04:39,120 Leo! Isteri awak! 56 00:04:41,600 --> 00:04:44,440 Bagaimana dia boleh jumpa fail itu? 57 00:04:44,520 --> 00:04:46,600 Terlalu banyak perkara dalam fikirkan awak. 58 00:04:46,680 --> 00:04:49,520 Saya dah pesan simpan semua yang berkaitan penyakit di pejabat. 59 00:04:49,600 --> 00:04:51,880 Aduhai. Apa kita nak buat sekarang? 60 00:04:51,920 --> 00:04:53,680 Bercakaplah dengan dia. 61 00:04:53,760 --> 00:04:55,440 Cakap dengan dia bila? 62 00:04:55,520 --> 00:04:57,600 Monzer nak datang. Saya perlu atur semua. 63 00:04:57,680 --> 00:05:00,880 Okey, kalau begitu saya ke Madrid. 64 00:05:01,240 --> 00:05:02,720 Bawa Sara dan Hugo bersama. 65 00:05:05,680 --> 00:05:06,680 Nanti mereka bergaduh. 66 00:05:06,760 --> 00:05:09,320 Biarlah. Tunjuk saja wasiat kepada mereka, itu saja. 67 00:05:09,800 --> 00:05:13,040 Kalau begitu, Sara tak boleh pergi memburu dengan awak. 68 00:05:13,120 --> 00:05:15,000 Tak kisahlah, saya bawa Oskar. 69 00:05:16,520 --> 00:05:17,880 Apa saya nak beritahu mereka? 70 00:05:20,520 --> 00:05:21,760 Yang saya dah sembuh. 71 00:05:22,560 --> 00:05:23,920 Leo... 72 00:05:24,000 --> 00:05:26,640 Jika awak cakap lebih-lebih, nanti huru-hara jadinya. 73 00:05:26,720 --> 00:05:29,040 Cakaplah dengan mereka, awak pandai berkata-kata. 74 00:05:29,120 --> 00:05:31,280 Saya balik nanti, kita buat mesyuarat keluarga. 75 00:05:32,280 --> 00:05:33,920 Tahu apa saya akan buat, Leo? 76 00:05:35,120 --> 00:05:36,480 Saya ambil yang betina. 77 00:05:44,159 --> 00:05:45,760 Madrid? Sampai bila? 78 00:05:45,880 --> 00:05:46,800 Entahlah. 79 00:05:47,600 --> 00:05:50,360 Beberapa hari. Begitulah lamanya krisis Tanya. 80 00:05:50,440 --> 00:05:52,760 Lawatan memburu dengan ayah awak pula? 81 00:05:52,840 --> 00:05:53,960 Awak akan ikut ayah. 82 00:05:54,040 --> 00:05:56,040 Bolehlah awak dan ayah rapat. 83 00:05:56,120 --> 00:05:58,800 Kami tak perlu memburu untuk jadi rapat. 84 00:06:07,920 --> 00:06:09,520 Ayah saya hidap kanser, Oskar. 85 00:06:16,400 --> 00:06:17,960 Adik-adik saya tak tahu tentangnya. 86 00:06:19,040 --> 00:06:20,600 Sebab itu kami akan ke Madrid. 87 00:06:25,720 --> 00:06:26,760 Ayah awak akan mati? 88 00:06:27,680 --> 00:06:28,880 Leukemia. 89 00:06:29,800 --> 00:06:33,680 Nampaknya kronik, mungkin boleh hidup sampai 20 tahun. 90 00:06:35,640 --> 00:06:36,960 Dua puluh tahun, 91 00:06:38,159 --> 00:06:39,080 atau sebulan. 92 00:06:42,080 --> 00:06:43,800 Bukankah dia patut ke Madrid juga? 93 00:06:44,760 --> 00:06:46,400 Lawatan memburu itu penting. 94 00:06:48,440 --> 00:06:49,960 Rakan perniagaan ayah akan datang. 95 00:06:50,840 --> 00:06:51,840 Monzer Al Asad. 96 00:06:52,320 --> 00:06:54,200 Maknanya mereka capai persetujuan perniagaan. 97 00:06:54,280 --> 00:06:55,760 Jadi kenapa saya pergi? 98 00:06:55,840 --> 00:06:57,280 Untuk bawa beg ayah awak? 99 00:06:57,360 --> 00:06:58,760 Jika ayah suruh, buat. 100 00:07:02,120 --> 00:07:03,760 Awak akan jumpa orang penting, 101 00:07:04,240 --> 00:07:05,480 orang yang buka peluang. 102 00:07:06,360 --> 00:07:09,440 Sebab itu awak perlu ada, supaya mereka boleh jumpa awak. 103 00:07:12,000 --> 00:07:13,440 Napalm itu bagus, 104 00:07:14,200 --> 00:07:15,520 tapi ayah saya kata, 105 00:07:15,600 --> 00:07:19,320 pergi memburu bantu awak mengenal pasangan dengan mendalam. 106 00:07:25,160 --> 00:07:26,240 Teman lelaki awak? 107 00:07:26,560 --> 00:07:27,800 Dia ikut ayah. 108 00:07:29,480 --> 00:07:30,640 Apa awak cakap? 109 00:07:32,200 --> 00:07:33,520 Seriuslah? 110 00:07:34,280 --> 00:07:36,320 Ini bukan urusan Oskar. 111 00:07:53,520 --> 00:07:57,120 PERUBATAN SALVAT 112 00:07:57,240 --> 00:07:58,480 LEUKEMIA 113 00:08:18,960 --> 00:08:19,840 Apa itu? 114 00:08:22,480 --> 00:08:24,800 - Singa seberat 300 kilogram. - Besarnya. 115 00:08:25,760 --> 00:08:27,400 Damak ini pula 116 00:08:28,280 --> 00:08:31,960 saya akan guna untuk suntik amphetamina. 117 00:08:32,039 --> 00:08:33,240 Untuk apa? 118 00:08:33,280 --> 00:08:34,600 Untuk buat ia marah. 119 00:08:35,760 --> 00:08:37,360 Awak nak beri ia amphetamina? 120 00:08:37,440 --> 00:08:40,840 Ya, satu suntikan setiap enam jam, jadi ia terkumpul, 121 00:08:40,880 --> 00:08:42,760 esok, singa ini akan mengganas. 122 00:08:42,880 --> 00:08:45,720 - Idea yang bagus. - Anak saya tak beritahu awak? 123 00:08:45,760 --> 00:08:47,080 Beritahu apa? 124 00:08:47,640 --> 00:08:49,720 Singa ini ikut memburu dengan kita. 125 00:08:50,720 --> 00:08:53,240 Nah. Tembak pada punggungnya. 126 00:08:54,200 --> 00:08:55,040 Apa? 127 00:08:55,120 --> 00:08:57,240 Punggung, belakangnya, tembak ia. 128 00:08:58,320 --> 00:09:00,160 Saya tak pernah tembak senjata. 129 00:09:00,240 --> 00:09:02,840 Tarik picu saja, macam senapang di tapak pesta. 130 00:09:02,880 --> 00:09:03,880 Okey. 131 00:09:04,000 --> 00:09:06,200 - Ada kali pertama untuk semua. - Ya. 132 00:09:36,760 --> 00:09:38,760 - Sara, sayang. - Ya? 133 00:09:38,880 --> 00:09:40,640 Mak cuma minta satu perkara, 134 00:09:41,000 --> 00:09:42,880 bersabar dengan adik kamu. 135 00:09:46,720 --> 00:09:49,440 Bagaimana Tanya tahu lokasi dokumen itu? 136 00:09:50,880 --> 00:09:52,840 Itu tak penting sekarang. 137 00:09:52,880 --> 00:09:54,520 Yang pentingnya kita bersama. 138 00:09:56,720 --> 00:09:58,360 Supaya tiada sesiapa marah. 139 00:09:58,440 --> 00:10:00,640 Ayah tenat dan saya tahu secara kebetulan! 140 00:10:00,760 --> 00:10:02,400 - Ayah tenat? - Tiada sesiapa tenat. 141 00:10:02,480 --> 00:10:04,040 Jadi apa dokumen ini tulis? 142 00:10:04,760 --> 00:10:07,520 "Leukemia mieloid kronik", sayang. Kronik. 143 00:10:07,840 --> 00:10:09,360 Bukan akut. 144 00:10:11,120 --> 00:10:12,760 Sara, awak tahu? 145 00:10:14,120 --> 00:10:15,160 Tentulah saya tahu. 146 00:10:15,240 --> 00:10:17,640 Saya pernah teman ayah buat pemeriksaan. 147 00:10:17,760 --> 00:10:19,720 Sebab apa lagi kita buat parti di Madrid? 148 00:10:21,360 --> 00:10:22,960 Bukan untuk hari jadi ayah? 149 00:10:23,320 --> 00:10:24,600 Kek itu, ya, 150 00:10:24,640 --> 00:10:27,440 tapi ada sebabnya jemput 300 orang tetamu. 151 00:10:27,520 --> 00:10:30,240 Ayah kamu makin baik dan nak raikannya besar-besaran. 152 00:10:31,760 --> 00:10:32,880 Susah nak percaya. 153 00:10:33,000 --> 00:10:35,080 Ayah menghidap kanser tahap akhir 154 00:10:35,160 --> 00:10:36,760 dan hanya anak kegemaran ayah tahu. 155 00:10:36,840 --> 00:10:39,000 Inilah situasi yang ayah nak elak. 156 00:10:39,080 --> 00:10:41,120 Situasi bagaimana? 157 00:10:41,440 --> 00:10:43,200 Sebab kami pun anak dia juga. 158 00:10:43,280 --> 00:10:45,280 Hugo, tolonglah. Cukup. 159 00:10:45,760 --> 00:10:46,760 Ayah patut ada di sini. 160 00:10:46,880 --> 00:10:49,400 - Dia jumpa Monzer. - Ya. Dengan teman lelaki Sara. 161 00:10:50,160 --> 00:10:51,600 Ketara betul situasi sekarang. 162 00:10:51,640 --> 00:10:52,840 Apa yang ketaranya? 163 00:10:53,320 --> 00:10:54,840 Cara awak memposisikan diri. 164 00:10:54,880 --> 00:10:56,280 Tiada sesiapa memposisikan diri. 165 00:10:56,360 --> 00:10:57,560 - Yakah? - Tak. 166 00:10:59,080 --> 00:11:02,560 Sara, awak rasa saya dan Tanya bodoh? 167 00:11:03,200 --> 00:11:05,840 Dia bawa teman lelaki dari Madrid, kenalkan secara terbuka, 168 00:11:05,920 --> 00:11:08,080 kemudian bawa dia ke lawatan perniagaan ke Afrika 169 00:11:08,160 --> 00:11:09,360 ketika ayah tenat. 170 00:11:09,440 --> 00:11:11,320 Leo Farad takkan mati! 171 00:11:14,760 --> 00:11:17,360 Ayah kamu tak perlu jalani sebarang rawatan pun. 172 00:11:17,440 --> 00:11:19,880 Dia hanya perlu berjaga-jaga untuk elak kambuh. 173 00:11:19,960 --> 00:11:23,280 Namun pesanan doktor jelas. Dia boleh jalani kehidupan biasa. 174 00:11:26,720 --> 00:11:28,800 Leukemia dah macam demam campak sekarang? 175 00:11:28,880 --> 00:11:30,280 Tanya, jangan jadi bodoh. 176 00:11:30,360 --> 00:11:31,200 Sayang. 177 00:11:32,720 --> 00:11:34,880 Tentulah ia bukan demam campak. 178 00:11:35,560 --> 00:11:37,200 Ada kemungkinan jadi teruk. 179 00:11:37,280 --> 00:11:39,400 Tapi mak pilih berpihak kepada Sara. 180 00:11:39,480 --> 00:11:41,520 Tiada sesiapa memihak kepada sesiapa. 181 00:11:41,600 --> 00:11:42,440 Cakap kosong. 182 00:11:42,520 --> 00:11:43,800 Bukan cakap kosong. 183 00:11:46,200 --> 00:11:47,520 Ada tertulis dalam wasiat. 184 00:11:55,000 --> 00:11:56,120 Wasiat apa? 185 00:12:00,840 --> 00:12:04,040 Ayah kamu menulisnya beberapa minggu lepas supaya semua jelas. 186 00:12:04,120 --> 00:12:05,240 Tanya. 187 00:12:06,280 --> 00:12:07,120 Hugo. 188 00:12:08,680 --> 00:12:10,160 Bukan sekarang, Sara. 189 00:12:10,240 --> 00:12:12,240 Baca dengan tenang di bilik masing-masing. 190 00:12:12,920 --> 00:12:14,600 Dokumennya panjang 191 00:12:14,680 --> 00:12:16,360 dan mak tak nak sebarang pertikaian. 192 00:12:16,920 --> 00:12:17,920 Jelas? 193 00:12:19,400 --> 00:12:20,640 Jelas. 194 00:12:34,120 --> 00:12:36,800 Awak perlu tahan nafas. 195 00:12:36,880 --> 00:12:39,280 Gerakkan jari telunjuk perlahan-lahan. 196 00:12:40,480 --> 00:12:42,240 Biar tembakan itu mengejutkan awak. 197 00:12:45,560 --> 00:12:46,800 Bagus. 198 00:12:46,880 --> 00:12:47,960 Lagi. 199 00:12:51,640 --> 00:12:53,800 Lebih baik. Nampak? Taklah susah sangat. 200 00:12:54,680 --> 00:12:57,120 Leo, bukankah orang biasanya guna senapang 201 00:12:57,200 --> 00:12:58,760 - untuk memburu? - Jangan hala. 202 00:12:58,840 --> 00:13:00,920 Ya, okey. Maaf. 203 00:13:01,800 --> 00:13:04,280 Monzer Al Asad suka Kalashnikov. 204 00:13:04,880 --> 00:13:07,480 Dah 20 tahun kami kenal, dia dah macam keluarga. 205 00:13:07,560 --> 00:13:09,040 Dia sangat suka Sara. 206 00:13:09,120 --> 00:13:12,440 Sejak saya beritahu dia tentang napalm, dia minta saya bawa awak sekali. 207 00:13:12,520 --> 00:13:13,760 Terima kasih. 208 00:13:13,840 --> 00:13:14,920 - Teruskan tembak. - Okey. 209 00:13:21,200 --> 00:13:22,840 Lagi. Tembak. 210 00:13:25,120 --> 00:13:27,040 Awak tak kawal nafas. 211 00:13:27,120 --> 00:13:29,080 Tengok. Ke belakang. 212 00:13:32,000 --> 00:13:33,920 Awak perlukan disiplin, 213 00:13:34,000 --> 00:13:36,800 ketenangan dan banyak bersabar. 214 00:13:43,360 --> 00:13:44,200 - Ayuh. - Hebat! 215 00:13:45,120 --> 00:13:47,640 - Jangan lupa bernafas. - Okey. 216 00:13:55,120 --> 00:13:56,760 Bagus. Tembak lagi. 217 00:13:58,280 --> 00:14:01,080 Aku selalu fikir penjual senjata ialah mereka 218 00:14:01,160 --> 00:14:04,240 yang meredah hutan atau padang pasir untuk bekalkan senjata. 219 00:14:11,840 --> 00:14:15,040 Tapi Leo beritahu aku dia uruskan semua tanpa meninggalkan rumah. 220 00:14:22,680 --> 00:14:25,360 Atau paling-paling pun, menaiki penerbangan kelas pertama, 221 00:14:25,440 --> 00:14:27,800 melawat Monzer Al Asad, 222 00:14:29,560 --> 00:14:32,400 yang mana selain kawan Leo, ialah orang hubungan utamanya 223 00:14:32,480 --> 00:14:34,840 dengan pasaran Timur Tengah. 224 00:14:39,840 --> 00:14:40,880 YAMAN SELATAN 225 00:14:40,960 --> 00:14:44,520 Monzer punya capaian kepada semua gerila Arab dan Afrika 226 00:14:44,600 --> 00:14:47,600 yang beroperasi bawah perlindungan Kesatuan Soviet. 227 00:15:02,200 --> 00:15:03,400 Pelanggan setia 228 00:15:03,480 --> 00:15:07,280 yang dia kawal dari ibu pejabatnya di Yaman Selatan. 229 00:15:10,880 --> 00:15:13,160 Selamat datang! Apa khabar, sahabat? 230 00:15:13,240 --> 00:15:15,080 Jika Leo perlu buat jualan, 231 00:15:15,160 --> 00:15:18,600 Monzer sering cari pelanggan dan mereka bahagikan 232 00:15:18,680 --> 00:15:19,960 komisen dengan sekata. 233 00:15:21,640 --> 00:15:24,840 Disebabkan hubungan baik Monzer dengan Yaman Selatan, 234 00:15:24,920 --> 00:15:28,600 Leo mempunyai pasport diplomatik yang menjadikan dia 235 00:15:28,680 --> 00:15:31,760 wakil negara untuk pembelian dan penjualan senjata. 236 00:15:32,880 --> 00:15:36,560 Bukan itu saja. Dia juga memberi Leo akses kepada dokumen ini, 237 00:15:36,640 --> 00:15:37,720 yang nampak mudah, 238 00:15:37,800 --> 00:15:41,400 tapi memberi perbezaan antara pengedar kejam 239 00:15:41,480 --> 00:15:42,760 dan penjual senjata yang sah. 240 00:15:42,840 --> 00:15:45,960 Ia dipanggil sijil kegunaan akhir 241 00:15:46,040 --> 00:15:49,160 dan dikeluarkan oleh negara untuk menjamin bahawa jualan 242 00:15:49,240 --> 00:15:51,360 dijamin oleh kerajaan. 243 00:15:52,480 --> 00:15:55,360 Disebabkan dokumen ini, Yaman Selatan mengesahkan 244 00:15:55,440 --> 00:15:57,240 semua operasi Leo Farad. 245 00:15:58,560 --> 00:16:00,560 Seratus untuk tempahan seterusnya. 246 00:16:01,080 --> 00:16:03,160 Kita perlukan lebih magazin. 247 00:16:03,880 --> 00:16:06,840 Dengan sijil itu, Leo beli Kalashnikov 248 00:16:06,920 --> 00:16:09,720 dari kilang kawannya, Kaspar, di Poland, 249 00:16:09,840 --> 00:16:13,200 tempat dia boleh dapat segalanya, daripada sepeti Kalashnikov 250 00:16:13,280 --> 00:16:16,480 hinggalah muatan penuh misil pembinasa kereta kebal. 251 00:16:16,560 --> 00:16:19,880 Saya muatkan senjata di Poland ke dalam kapal dagang berlayar ke Yaman, 252 00:16:19,960 --> 00:16:22,440 tapi muatan diturunkan di mana-mana pelabuhan Mediterranean 253 00:16:22,520 --> 00:16:24,080 yang diminta oleh pembeli. 254 00:16:25,960 --> 00:16:27,600 Jadi tiada satu pun sampai Yaman? 255 00:16:30,880 --> 00:16:34,760 Hanya komisen yang saya bayar mereka kerana guna sijil kegunaan akhir mereka. 256 00:17:28,319 --> 00:17:30,960 Awak nak beri saya sarapan atau tak? 257 00:17:31,040 --> 00:17:32,560 Awak berdua tahu? 258 00:17:32,640 --> 00:17:33,560 Sebab saya yang sulung. 259 00:17:33,680 --> 00:17:36,000 - Ada kuasakah? - Kuasa yang awak tak pernah ada! 260 00:17:36,080 --> 00:17:38,560 Awak marah sebab awak tak boleh buat keputusan. 261 00:17:38,640 --> 00:17:40,440 Tak, sebab ia terserah kepada dua anak mua. 262 00:17:40,520 --> 00:17:41,640 Itu yang ayah mahu. 263 00:17:41,720 --> 00:17:42,920 Apa kamu cakapkan ini? 264 00:17:43,760 --> 00:17:45,320 Ini bukan wasiat yang ayah tulis. 265 00:17:45,400 --> 00:17:48,080 Sara, jom sarapan. Kita bincang dengan tenang nanti. 266 00:17:48,160 --> 00:17:49,640 Saya lebih rela cakap dengan ayah. 267 00:17:51,960 --> 00:17:53,160 Kamu nak ke mana? 268 00:17:53,680 --> 00:17:55,880 Kemas beg. Saya nak balik ke Marbella. 269 00:18:08,720 --> 00:18:13,040 Inilah yang mak larang kamu buat. 270 00:18:13,080 --> 00:18:14,520 Tindakan saya tak penting. 271 00:18:15,200 --> 00:18:17,560 Hugo dan Tanya ada majoriti untuk tentukan. 272 00:18:17,640 --> 00:18:19,280 Bukankah itu yang mak mahu? 273 00:18:19,320 --> 00:18:20,880 Mereka adik-adik kamu, Sara. 274 00:18:20,960 --> 00:18:23,560 Mak pula yakinkan ayah untuk ubah wasiatnya. Tolonglah. 275 00:18:23,680 --> 00:18:27,040 Tak, wasiat itu hanya letak kamu pada syarat yang sama. 276 00:18:27,080 --> 00:18:29,800 Mak lebih tahu yang adik-adik saya teruk. 277 00:18:29,880 --> 00:18:32,040 Mereka anak mak juga. 278 00:18:32,560 --> 00:18:34,680 Jika kamu nak kesahan, kamu perlu usaha untuknya. 279 00:18:34,760 --> 00:18:35,920 Kamu tak boleh mewarisinya. 280 00:18:39,280 --> 00:18:41,320 Apa yang saya buat selama ini? 281 00:18:42,960 --> 00:18:44,320 Siapa yang tandatangan dokumen? 282 00:18:45,720 --> 00:18:47,000 Siapa yang kerja dengan ayah? 283 00:18:47,720 --> 00:18:51,080 Siapa yang korbankan berjam-jam dan berbulan-bulan untuk syarikat? 284 00:18:51,200 --> 00:18:53,160 Siapa bawa teman lelaki yang buat napalm? 285 00:18:56,560 --> 00:18:58,080 Nampak, itu masalah kamu. 286 00:18:59,240 --> 00:19:02,240 Kamu fikir kamu yang paling bijak, paling berbudaya, 287 00:19:02,320 --> 00:19:03,440 senang cerita, semualah. 288 00:19:04,080 --> 00:19:05,040 Kamu tak mendengar. 289 00:19:05,080 --> 00:19:06,680 Tentulah saya mendengar. 290 00:19:06,760 --> 00:19:08,040 Tak, kamu tak dengar. 291 00:19:08,520 --> 00:19:10,280 Kamu fikir itu tanda kekuatan. 292 00:19:11,280 --> 00:19:12,400 Tapi tidak, sayang. 293 00:19:13,320 --> 00:19:14,480 Itu kelemahan kamu. 294 00:19:52,280 --> 00:19:56,480 Jika ada pasport diplomatik dan sijil kegunaan akhir, 295 00:19:56,560 --> 00:19:59,280 sesiapa saja boleh jadi orang tengah? 296 00:19:59,320 --> 00:20:01,400 Bukan sesiapa. Awak perlu ada kenalan, 297 00:20:01,480 --> 00:20:04,760 kenalan yang baik, hubungan dengan kerajaan dan paling penting, dana. 298 00:20:05,320 --> 00:20:06,240 Dana? 299 00:20:06,320 --> 00:20:09,040 Ya, pelanggan takkan bayar selagi tak terima barang. 300 00:20:09,080 --> 00:20:10,560 Apa-apa berlaku, awak tanggung. 301 00:20:11,080 --> 00:20:13,480 Sebab itu awak perlu kenal dengan siapa awak bekerja, 302 00:20:13,560 --> 00:20:15,320 kenal pelanggan dan kenal pelindung. 303 00:20:15,400 --> 00:20:16,400 PERSENDIRIAN - RIZAB MEMBURU DILARANG MENCEROBOH 304 00:20:16,480 --> 00:20:17,760 Monzer ada awak. 305 00:20:19,400 --> 00:20:21,920 Maknanya kita perlu biar dia bunuh singa itu? 306 00:21:08,560 --> 00:21:09,560 Selamat datang! 307 00:21:09,640 --> 00:21:11,320 Apa khabar, sahabat? 308 00:21:12,080 --> 00:21:14,440 Saya sentiasa gembira jumpa awak. 309 00:21:15,560 --> 00:21:17,800 - Selamat datang. - Saya juga. 310 00:21:19,240 --> 00:21:20,440 Awak bawa apa untuk saya? 311 00:21:27,880 --> 00:21:30,080 Singa jantan kelaparan yang dah disuntik. 312 00:21:30,480 --> 00:21:32,880 Jika ia tak baham awak, ia mungkin nak bermanja. 313 00:21:34,720 --> 00:21:35,960 Tak, saya maksudkan dia. 314 00:21:37,040 --> 00:21:39,160 Helo. Saya Oskar, teman lelaki Sara. 315 00:21:40,400 --> 00:21:42,200 Awaklah En. Napalm. 316 00:21:42,280 --> 00:21:44,560 Ya. Selamat berkenalan, En. Monzer. 317 00:21:45,160 --> 00:21:46,040 Panggil saya pak cik. 318 00:21:46,560 --> 00:21:48,560 - Okey. - Sara dah macam anak saudara saya. 319 00:21:52,000 --> 00:21:54,000 Leo banyak memuji awak. 320 00:21:54,080 --> 00:21:57,200 - Dia tentunya menokok tambah cerita. - Langsung tak. 321 00:21:57,760 --> 00:21:58,600 Kenapa pula? 322 00:22:05,280 --> 00:22:06,360 Saya bergurau. 323 00:22:06,440 --> 00:22:08,200 Dia kuat bergurau. 324 00:22:08,280 --> 00:22:09,400 Ya. 325 00:22:13,040 --> 00:22:14,400 Awak biar betul. 326 00:22:15,080 --> 00:22:16,200 Awak jemput dia juga? 327 00:22:16,280 --> 00:22:18,680 Habuannya besar, cukup untuk semua. 328 00:22:19,040 --> 00:22:21,800 Si bedebah ini hantar dua samseng dia ke rumah saya. 329 00:22:21,880 --> 00:22:22,720 Leo... 330 00:22:22,800 --> 00:22:24,760 Salah seorangnya acu pistol ke kepala anak saya. 331 00:22:24,840 --> 00:22:26,920 - Dia akan terima balasan. - Yakah? 332 00:22:27,360 --> 00:22:28,560 Apabila tiba masanya. 333 00:22:35,640 --> 00:22:36,600 Mawad? 334 00:22:40,480 --> 00:22:41,320 Selamat datang. 335 00:22:42,600 --> 00:22:45,600 Saya hargai awak buat keputusan untuk datang. 336 00:22:45,680 --> 00:22:48,760 Kenapa pula tak datang? Ini cuma perniagaan, bukan? 337 00:22:50,320 --> 00:22:51,440 Serta membunuh singa. 338 00:22:52,400 --> 00:22:55,040 Dengan awak, saya keliru yang mana satu lebih teruk. 339 00:22:56,440 --> 00:22:58,600 - Apa yang berlaku? - Dengar saja. 340 00:22:59,120 --> 00:23:02,160 Hari ini akan jadi hari yang sangat istimewa. 341 00:23:02,640 --> 00:23:03,840 Macamlah saya tak tahu. 342 00:23:06,080 --> 00:23:07,040 Leo. 343 00:23:08,000 --> 00:23:09,080 Mawad. 344 00:23:09,680 --> 00:23:10,920 Awak kenal menantu dia? 345 00:23:11,480 --> 00:23:13,320 Tentulah. 346 00:23:13,400 --> 00:23:15,800 "Temu janji dengan badan anda di Puerto Banús." 347 00:23:18,000 --> 00:23:19,040 Asli sungguh. 348 00:23:22,280 --> 00:23:24,080 Awak jemput CIA juga? 349 00:23:24,160 --> 00:23:26,840 Sebaliknya. Dia yang jemput kita. 350 00:23:42,720 --> 00:23:43,600 Helo! 351 00:23:45,040 --> 00:23:46,440 - Leo. - Lama tak jumpa. 352 00:23:47,080 --> 00:23:47,920 Seronok awak datang. 353 00:23:50,000 --> 00:23:51,040 Mawad. 354 00:23:51,480 --> 00:23:53,600 - Gembira jumpa lagi. - Bagaimana perjalanan? 355 00:23:53,680 --> 00:23:55,240 Tiba-tiba, aku di situ, 356 00:23:55,320 --> 00:23:58,440 dikelilingi penjual senjata dari kedua-dua blok, 357 00:23:58,520 --> 00:24:01,200 sosialis dan kapitalis. 358 00:24:01,280 --> 00:24:04,520 Bergaul dengan dua penaja terbesar mereka, 359 00:24:04,600 --> 00:24:06,560 Monzer dan CIA. 360 00:24:10,840 --> 00:24:12,840 Aku tak dijemput minum bersama mereka, 361 00:24:13,920 --> 00:24:16,400 namun sidang kemuncak itu tentu cipta banyak tajuk berita. 362 00:24:27,080 --> 00:24:28,560 Saya takkan bincangkan ideologi. 363 00:24:29,120 --> 00:24:31,360 Semua orang bebas fikir sesuka hati mereka 364 00:24:32,440 --> 00:24:35,120 dan kita dah biasa dengan satu sama lain. 365 00:24:36,120 --> 00:24:37,400 Terlalu biasa. 366 00:24:37,480 --> 00:24:40,200 Yang pentingnya kita semua ada di sini hari ini, 367 00:24:40,280 --> 00:24:44,080 duduk mengelilingi meja yang sama untuk bincang hal praktikal, 368 00:24:44,160 --> 00:24:45,960 iaitu, perniagaan. 369 00:24:46,040 --> 00:24:48,800 Saya jangkakan semua orang tak babitkan hal politik. 370 00:24:48,880 --> 00:24:50,280 - Saya tak pernah. - Bagus. 371 00:24:50,880 --> 00:24:51,720 Leo? 372 00:24:53,480 --> 00:24:54,920 Fokus saya hanya pada awak. 373 00:24:56,000 --> 00:24:57,040 Nicaragua. 374 00:24:59,920 --> 00:25:03,120 Kerajaan saya akan menaikkan sokongan untuk Contra. 375 00:25:03,200 --> 00:25:06,320 Mereka perlukan senjata. Tapi bukan milik kami. Jenis Soviet. 376 00:25:07,200 --> 00:25:09,720 Gina, saya bekerja dengan orang Cuba. 377 00:25:09,800 --> 00:25:10,960 Tiada politik, Leo. 378 00:25:11,640 --> 00:25:12,640 Ini perniagaan. 379 00:25:13,240 --> 00:25:16,600 Jika mereka tahu saya bekerja dengan CIA, saya hilang pelanggan. 380 00:25:16,680 --> 00:25:18,160 Tiada sesiapa akan tahu, Leo. 381 00:25:18,640 --> 00:25:19,880 Ini sekali saja 382 00:25:19,960 --> 00:25:22,560 dan kita semua bekerja bersama-sama, bukan awak seorang. 383 00:25:23,560 --> 00:25:26,360 Jika orang hubungan KGB saya tahu, 384 00:25:26,440 --> 00:25:27,880 habislah saya. 385 00:25:29,600 --> 00:25:30,920 Jadi, pastikan berbaloi. 386 00:25:31,000 --> 00:25:32,600 Awak akan dibayar lumayan. 387 00:25:33,280 --> 00:25:35,320 Awak dan Monzer boleh gunanya untuk menyokong 388 00:25:35,400 --> 00:25:37,680 semua revolusi Afrika yang kamu suka. 389 00:25:40,280 --> 00:25:43,240 Kenapa tak boleh bekalkan Contra dengan senapang sendiri? 390 00:25:43,320 --> 00:25:45,200 Tak boleh. Kongres luluskan larangan. 391 00:25:45,840 --> 00:25:46,960 Dengan senapang Rusia, 392 00:25:47,040 --> 00:25:49,440 akan nampak yang Contra memperolehnya dari Komunis. 393 00:25:51,880 --> 00:25:54,920 Saya tiada sijil untuk menyeberang Atlantik dengan senjata. 394 00:25:55,800 --> 00:25:56,680 Bukan laluan saya. 395 00:25:56,760 --> 00:25:59,160 Guna sijil Yaman awak untuk bawa kapal ke Algeciras. 396 00:25:59,240 --> 00:26:01,880 Kami akan beri awak sijil Honduras untuk menyeberang. 397 00:26:02,720 --> 00:26:04,040 Jadi… 398 00:26:04,120 --> 00:26:07,800 Jika awak beri Leo perniagaan di Nicaragua, apa manfaatnya untuk saya? 399 00:26:11,520 --> 00:26:12,560 Iran. 400 00:26:14,360 --> 00:26:15,200 Apa? 401 00:26:15,280 --> 00:26:17,520 Awak akan jual alat ganti untuk F-14 mereka, 402 00:26:17,600 --> 00:26:19,520 mereka perlukannya untuk perang melawan Iraq. 403 00:26:19,600 --> 00:26:22,280 Kita akan guna tunai itu untuk biayai senjata bagi Contra. 404 00:26:22,880 --> 00:26:26,680 Pemimpin agama tertinggi Iran biayai kejatuhan komunisme di Nicaragua. 405 00:26:26,760 --> 00:26:28,960 Kamu semua memang gila. 406 00:26:29,960 --> 00:26:33,240 Semuanya nampak begitu sensitif. 407 00:26:34,040 --> 00:26:36,800 Bertahun-tahun saya jual senjata kepada Saddam Hussein. 408 00:26:36,880 --> 00:26:39,800 Tentera Iraq antara pelanggan terbaik saya. 409 00:26:39,880 --> 00:26:41,480 - Apa masalahnya? - Masalahnya… 410 00:26:41,560 --> 00:26:44,400 Bayangkan jika mereka tahu saya juga bekalkan kepada Iran. 411 00:26:44,480 --> 00:26:45,760 Mawad… 412 00:26:45,840 --> 00:26:47,600 Kita semua ambil risiko di sini. 413 00:26:47,680 --> 00:26:49,200 Jika KGB tahu… 414 00:26:49,280 --> 00:26:52,480 Saddam Hussein jauh lebih teruk daripada KGB. 415 00:26:53,000 --> 00:26:56,120 Jika saya beri bekalan kepada Iran, musuh mereka, 416 00:26:56,200 --> 00:26:57,600 itu menjadikan saya pengkhianat. 417 00:26:57,680 --> 00:27:00,240 Dia rendam orang di dalam asid untuk kesalahan lebih kecil. 418 00:27:00,320 --> 00:27:03,440 Tiada sesiapa akan tahu, Mawad. Operasi ini tertutup. 419 00:27:03,520 --> 00:27:05,560 Saya perlukan jaminan. 420 00:27:07,160 --> 00:27:08,720 Saya jaminan awak. 421 00:27:08,800 --> 00:27:11,320 Sebab jika sebarang maklumat bocor, habislah kita semua. 422 00:27:12,880 --> 00:27:16,200 Tuan-tuan, kamu bakal menerima komisen terbesar dalam hidup kamu. 423 00:27:16,280 --> 00:27:18,040 Saya cuma minta, kamu ketepikan 424 00:27:18,120 --> 00:27:19,760 sebarang rasa curiga, 425 00:27:20,520 --> 00:27:21,720 kebimbangan 426 00:27:21,840 --> 00:27:23,400 dan bekerja sebagai pasukan. 427 00:27:23,520 --> 00:27:25,120 Sebab jika kamu belum perasan, 428 00:27:25,600 --> 00:27:26,920 saya ada berita untuk kamu… 429 00:27:29,240 --> 00:27:30,480 Dunia sedang berubah. 430 00:27:31,120 --> 00:27:32,600 Kita mesti belajar bekerjasama. 431 00:27:39,240 --> 00:27:40,640 - Untuk keamanan dunia. - Minum. 432 00:27:41,560 --> 00:27:43,400 Aduhai. Nakalnya awak! 433 00:27:51,400 --> 00:27:52,720 Bagaimana dengan gim? 434 00:27:52,840 --> 00:27:54,400 Baik. 435 00:27:54,480 --> 00:27:55,680 Bagus. 436 00:27:55,760 --> 00:27:56,760 Lega saya. 437 00:27:57,480 --> 00:28:00,320 Saya dengar Sara sangat gembira dengan awak. 438 00:28:02,240 --> 00:28:03,840 Saya cuma tak tahu 439 00:28:03,920 --> 00:28:06,200 jika dia bawa awak ke Marbella untuk ajar senamrobik, 440 00:28:06,280 --> 00:28:08,560 untuk tengokkan adik lelakinya yang tak guna itu, 441 00:28:09,240 --> 00:28:11,480 atau guna awak untuk perniagaannya. 442 00:28:11,600 --> 00:28:14,680 Soalan yang sangat bagus. Tanyalah dia. 443 00:28:16,640 --> 00:28:18,560 Mungkin awak boleh buat ketiga-tiga. 444 00:28:19,480 --> 00:28:21,080 Pasti mengagumkan. 445 00:28:50,920 --> 00:28:51,800 Lagu baharu? 446 00:28:53,560 --> 00:28:54,960 Awak tak balik ke Marbella? 447 00:28:58,320 --> 00:28:59,840 Awak tahu saya ikut gerak hati. 448 00:29:00,720 --> 00:29:04,320 Saya terbawa-bawa perasaan dan kadangkala buat silap. 449 00:29:05,160 --> 00:29:08,120 Ya, saya faham. 450 00:29:08,200 --> 00:29:10,040 Sungguh? 451 00:29:14,880 --> 00:29:16,440 Berapa banyak awak akan beri saya? 452 00:29:18,040 --> 00:29:19,040 Apa? 453 00:29:19,880 --> 00:29:20,800 Untuk sokong awak. 454 00:29:21,600 --> 00:29:24,040 Tanya, ini bukan tentang beli sokongan awak. 455 00:29:24,560 --> 00:29:28,120 Ia tentang kita berdua sama-sama menentukan yang terbaik buat keluarga. 456 00:29:30,240 --> 00:29:33,320 Betul. Bagaimana jika saya nak jual sokongan saya kepada awak? 457 00:29:34,160 --> 00:29:35,920 Kenapa awak nak buat begitu? 458 00:29:37,040 --> 00:29:38,520 Sebab saya tak peduli. 459 00:29:38,600 --> 00:29:41,200 Saya tak peduli tentang senjata, perang… 460 00:29:41,280 --> 00:29:43,160 - Tanya, dengar sini. - Saya tak nak. 461 00:29:43,240 --> 00:29:45,720 Saya cuma pedulikan muzik. Itu saja. 462 00:29:45,800 --> 00:29:47,600 Saya dah buat kira-kira. 463 00:29:47,680 --> 00:29:49,240 - Yakah? - Ya. 464 00:29:49,320 --> 00:29:50,520 Kos ahli muzik, 465 00:29:50,600 --> 00:29:53,600 kempen promosi untuk jelajah dan merakam album. 466 00:29:53,680 --> 00:29:56,080 Jumlahnya 90 juta peseta. 467 00:29:56,720 --> 00:29:59,760 Sembilan puluh juta cukup untuk belanja selama lima tahun. 468 00:29:59,840 --> 00:30:01,280 Jumlahnya sikit saja 469 00:30:01,360 --> 00:30:04,160 berbanding pendapatan ayah dalam lima tahun itu. 470 00:30:05,840 --> 00:30:07,440 Nak saya bayar untuk kerjaya awak? 471 00:30:08,000 --> 00:30:10,440 Tak, saya nak awak bayar untuk pelancarannya. 472 00:30:12,800 --> 00:30:13,840 Baiklah. 473 00:30:15,240 --> 00:30:16,680 Jika ia gagal? 474 00:30:16,760 --> 00:30:18,800 Sembilan puluh juta lagi untuk lancarkan semula. 475 00:30:18,880 --> 00:30:20,440 - Ia akan berjaya. - Atau tak. 476 00:30:20,520 --> 00:30:22,800 Orang mungkin fikir awak penyanyi yang teruk. 477 00:30:23,600 --> 00:30:25,920 Mungkin Hugo fikir saya hebat. 478 00:30:28,840 --> 00:30:30,440 Awak nak ugut saya? 479 00:30:31,440 --> 00:30:33,080 Kita semua ada perjuangan sendiri. 480 00:30:37,240 --> 00:30:38,360 Ini tawaran balas saya. 481 00:30:38,760 --> 00:30:41,040 - Saya dengar. - Saya bayar perbelanjaan demo, 482 00:30:41,120 --> 00:30:42,680 kita bawa ke syarikat rakaman, 483 00:30:42,760 --> 00:30:46,240 jika mereka nak lancarkan, kita jadi rakan niaga dan labur dalam iklan. 484 00:30:47,280 --> 00:30:49,120 - Saya tak nak pertolongan. - Bukan. 485 00:30:49,200 --> 00:30:50,480 Saya rasa ya. 486 00:30:52,000 --> 00:30:54,040 Lebih mudah dapat 90 juta terus, bukan? 487 00:30:56,040 --> 00:30:57,280 Hugo takkan fikir dua kali. 488 00:30:58,120 --> 00:30:59,080 Tanya… 489 00:31:00,360 --> 00:31:01,720 Sebab Hugo tak fikir. 490 00:31:02,880 --> 00:31:04,880 Awak nak biar diri awak dalam tangan dia? 491 00:31:10,600 --> 00:31:11,880 Suka hati awaklah. 492 00:31:35,240 --> 00:31:36,200 Hai. 493 00:31:48,840 --> 00:31:51,600 Kekalahan mengejutkan bagi Atlético de Madrid 494 00:31:51,680 --> 00:31:54,000 dengan gol dua kosong. 495 00:31:54,080 --> 00:31:57,400 Tamparan realiti bagi Atlético de Madrid untuk… 496 00:31:57,480 --> 00:31:59,880 - Okey, di sini. Nombor 12. - Baik. 497 00:32:00,840 --> 00:32:01,880 Berapa? 498 00:32:01,960 --> 00:32:03,040 2,500 peseta. 499 00:32:11,240 --> 00:32:12,440 "Mofli." 500 00:32:12,520 --> 00:32:14,080 Lebih baik, biar betul. 501 00:32:27,800 --> 00:32:29,080 Apa khabar? 502 00:32:29,160 --> 00:32:30,280 Awak bertuah. 503 00:32:30,360 --> 00:32:33,320 Jika awak telefon semalam, awak balik dengan tangan kosong. 504 00:32:33,400 --> 00:32:37,520 Saya tak rancang nak datang Madrid, tapi ada hal sikit. 505 00:32:37,600 --> 00:32:38,600 Mereka sedang campurkan. 506 00:32:39,120 --> 00:32:40,480 Nak bir? 507 00:32:40,560 --> 00:32:42,360 - Saya lebih suka rum. - Okey. 508 00:32:42,440 --> 00:32:44,040 - Tunggu di belakang. - Okey. 509 00:32:50,680 --> 00:32:52,080 Apa khabar, Dani? 510 00:32:52,160 --> 00:32:53,480 Baik. Awak? 511 00:32:55,720 --> 00:32:56,680 Baik. 512 00:32:58,400 --> 00:33:00,720 Saya letak Coca-Cola sikit sebab rasanya lebih kuat. 513 00:33:00,800 --> 00:33:01,760 Terima kasih. 514 00:33:01,880 --> 00:33:03,280 Tahu tentang koala? 515 00:33:03,360 --> 00:33:06,000 Sudahlah, Dani, sepanjang malam cakap tentangnya. 516 00:33:06,080 --> 00:33:08,520 - Apa? - Ia suka mengawan secara berkumpulan. 517 00:33:09,000 --> 00:33:10,240 Koala? 518 00:33:10,320 --> 00:33:11,400 Jangan dengar cakap dia. 519 00:33:11,480 --> 00:33:12,720 Dia gila. 520 00:33:12,840 --> 00:33:14,040 Tak. 521 00:33:14,120 --> 00:33:15,480 Mereka buat kajian. 522 00:33:16,120 --> 00:33:19,920 Saintis Australia dari Universiti Queensland. 523 00:33:20,920 --> 00:33:22,120 Ya, betul. 524 00:33:23,040 --> 00:33:25,640 Tahu jenis mengawan secara berkumpulan mana yang ia suka? 525 00:33:26,840 --> 00:33:28,520 - Yang mana? - Lesbian. 526 00:33:32,800 --> 00:33:34,880 - Tak sangka ia begitu. - Itulah. 527 00:33:37,080 --> 00:33:39,040 Hugo. Ada orang cari. 528 00:33:51,040 --> 00:33:52,080 Apa awak buat di sini? 529 00:33:53,920 --> 00:33:55,200 Awak fikir saya tak tahu? 530 00:33:56,560 --> 00:33:59,160 Awak beli dadah daripada si gila itu selama tiga tahun. 531 00:34:00,960 --> 00:34:04,160 Dia hanya ada hak jagaan anaknya kerana dia pemberi maklumat polis. 532 00:34:04,760 --> 00:34:06,200 Tak faham awak cakap apa. 533 00:34:07,000 --> 00:34:08,639 Pesuruhjaya Lopera beritahu ayah. 534 00:34:12,120 --> 00:34:14,639 Macam awak nampak, selain kanser ayah, 535 00:34:14,679 --> 00:34:16,560 saya tahu semua tentang keluarga kita. 536 00:34:20,159 --> 00:34:21,320 Apa awak mahu? 537 00:34:23,080 --> 00:34:24,159 Untuk bantu awak. 538 00:34:33,080 --> 00:34:34,400 Mereka dah lepaskannya. 539 00:34:35,840 --> 00:34:37,520 Dah berapa kali awak buat begini? 540 00:34:37,600 --> 00:34:38,920 Banyak kali. 541 00:34:41,199 --> 00:34:42,880 Tak apa. 542 00:34:50,199 --> 00:34:53,159 Saya pun tiada ayah, macam awak. 543 00:34:54,440 --> 00:34:59,040 Saya tahu perasaannya jadi dingin, lapar dan bercita-cita tinggi. 544 00:35:01,520 --> 00:35:02,400 Tapi? 545 00:35:04,280 --> 00:35:06,800 Tiada tapi, sebaliknya. 546 00:35:06,880 --> 00:35:10,000 Anak yatim sentiasa lebih bebas, lebih mudah dibentuk. 547 00:35:11,880 --> 00:35:15,160 Bagi saya, awak bak kertas kosong. 548 00:35:16,160 --> 00:35:19,120 Bersih, masih belum ditulis. 549 00:35:21,960 --> 00:35:23,960 Saya tak pernah fikir begitu. 550 00:35:24,040 --> 00:35:25,000 Saya suka. 551 00:35:25,080 --> 00:35:26,640 Kalau begitu, awak perlu percaya. 552 00:35:27,800 --> 00:35:29,320 Paling penting, setia. 553 00:35:30,560 --> 00:35:31,680 Kepada Sara? 554 00:35:32,640 --> 00:35:34,680 Tak, saya tak cakap tentang Sara. 555 00:35:35,920 --> 00:35:38,440 Saya cakap tentang jadi setia kepada keluarga. 556 00:35:40,080 --> 00:35:41,800 Saya cakap tentang kesetiaan. 557 00:35:43,640 --> 00:35:46,120 Macam yang saya ada dengan Monzer, dengan orang saya. 558 00:35:47,000 --> 00:35:48,600 Demi mereka, saya buat hal saya benci 559 00:35:48,640 --> 00:35:51,360 malah minum wiski dengan si bedebah macam Mawad. 560 00:35:52,040 --> 00:35:53,560 Awak faham? 561 00:35:53,640 --> 00:35:54,600 Faham. 562 00:35:55,280 --> 00:35:56,800 Sebab dunia ini huru-hara 563 00:35:56,880 --> 00:35:59,440 dan terlalu banyak kacau bilau. 564 00:36:00,000 --> 00:36:01,760 Tapi apabila awak setia, 565 00:36:02,960 --> 00:36:04,080 semuanya tersusun. 566 00:36:04,920 --> 00:36:08,480 Itu peraturan pertama yang menyelamatkan awak daripada kekeliruan. 567 00:36:17,320 --> 00:36:18,440 Leo... 568 00:36:20,120 --> 00:36:21,560 Sara beritahu tentang kanser awak. 569 00:36:23,160 --> 00:36:24,200 Awak bagaimana? 570 00:36:27,160 --> 00:36:29,560 Saya akan hidup selama 100 tahun. 571 00:36:30,160 --> 00:36:31,360 Tak guna. 572 00:36:34,600 --> 00:36:35,840 Awak tak takut? 573 00:36:38,320 --> 00:36:39,360 Awak tahu? 574 00:36:40,160 --> 00:36:43,120 Di Tibet, ada satu tradisi 575 00:36:43,160 --> 00:36:47,800 membuat lukisan daripada butir pasir. 576 00:36:47,880 --> 00:36:48,960 Berwarna. 577 00:36:51,160 --> 00:36:52,560 Cantik. 578 00:36:53,880 --> 00:36:59,040 Ambil masa 10 ke 15 tahun untuk letak setiap butir pasir pada tempatnya. 579 00:36:59,840 --> 00:37:01,680 Mereka sangat teliti. 580 00:37:04,320 --> 00:37:08,080 Hari mereka siapkannya, hari mereka letak butir pasir terakhir, 581 00:37:09,800 --> 00:37:11,160 awak tahu apa mereka buat? 582 00:37:12,800 --> 00:37:14,640 Mereka tiup lukisan itu 583 00:37:16,840 --> 00:37:18,320 dan habis semua berselerak. 584 00:37:20,440 --> 00:37:21,480 Kenapa buat begitu? 585 00:37:22,000 --> 00:37:25,560 Untuk membuktikan tiada yang kekal dan kita tak boleh terikat dengan apa-apa. 586 00:37:31,400 --> 00:37:34,600 Bagi saya sami Tibet orang yang bodoh. 587 00:37:41,360 --> 00:37:43,520 Selama 20 tahun, 588 00:37:43,600 --> 00:37:45,520 saya tempatkan butir pasir saya. 589 00:37:46,680 --> 00:37:48,160 Butir pasir keluarga Farad. 590 00:37:51,040 --> 00:37:53,840 Saya takkan benarkan sesiapa meniupnya. 591 00:37:55,200 --> 00:37:57,400 Sebab itu saya perlukan keluarga yang kukuh. 592 00:37:59,280 --> 00:38:00,320 Jelas? 593 00:38:06,800 --> 00:38:09,840 - Hugo… - Awak tak faham apa-apa. 594 00:38:11,600 --> 00:38:13,000 Apa yang saya tak faham? 595 00:38:13,080 --> 00:38:15,960 Awak fikir jika ayah mati, awak sewenang-wenangnya 596 00:38:16,400 --> 00:38:19,840 boleh mewarisi semua macamlah ia mudah. 597 00:38:21,200 --> 00:38:23,640 Hugo, saya nak beri awak tawaran. 598 00:38:23,680 --> 00:38:25,800 Itulah masalahnya, Sara. 599 00:38:25,880 --> 00:38:28,560 Awak fikir saya yang bermasalah atau Tanya. 600 00:38:29,640 --> 00:38:31,800 Masalahnya ialah Pak Cik Monzer. 601 00:38:32,440 --> 00:38:34,080 Dia serahkan kontrak, 602 00:38:34,160 --> 00:38:36,920 beri sijil dan jamin semuanya. 603 00:38:38,200 --> 00:38:40,680 Pak Cik Monzer hebat orangnya, bukan? 604 00:38:40,800 --> 00:38:44,040 - Baik, sensitif, adil. - Ya. 605 00:38:44,120 --> 00:38:46,880 Tapi dia juga orang Arab tradisional 606 00:38:46,960 --> 00:38:49,560 beristeri tiga yang tak pernah sekali pun dalam hidupnya 607 00:38:49,640 --> 00:38:52,400 duduk semeja makan dengan mak. 608 00:38:55,640 --> 00:39:00,640 Jadi saya nak tahu apa yang menyebabkan awak fikir, awak sebagai seorang wanita, 609 00:39:01,480 --> 00:39:03,400 akan berunding dengan Pak Cik Monzer. 610 00:39:05,120 --> 00:39:08,040 Awak boleh berunding secara bersemuka dengan Al-Fatah di Jordan? 611 00:39:08,760 --> 00:39:10,160 Atau dengan orang Yaman? 612 00:39:10,200 --> 00:39:11,360 Atau orang Tunisia? 613 00:39:11,440 --> 00:39:13,360 Siapa kata saya akan buat sendiri? 614 00:39:17,840 --> 00:39:20,800 Teman lelaki awak, bukan keluarga Farad. 615 00:39:36,920 --> 00:39:38,040 Dah sampai. 616 00:39:39,600 --> 00:39:40,520 Tak guna. 617 00:40:06,800 --> 00:40:08,000 Kita dapat tembak? 618 00:40:08,080 --> 00:40:09,160 Tak tahu. 619 00:40:10,160 --> 00:40:11,280 Ia mungkin cedera. 620 00:40:12,440 --> 00:40:13,840 Tunggu saya di sini. 621 00:40:18,360 --> 00:40:19,560 Awak nak buat apa? 622 00:40:19,640 --> 00:40:21,360 - Saya pergi tengok. - Okey. 623 00:40:26,960 --> 00:40:27,800 Leo! 624 00:40:30,080 --> 00:40:31,040 Leo! 625 00:40:34,560 --> 00:40:35,640 Leo! 626 00:40:44,600 --> 00:40:45,440 Leo! 627 00:40:49,120 --> 00:40:51,200 Tak guna. Leo! 628 00:42:03,160 --> 00:42:04,200 Tak guna. 629 00:44:31,120 --> 00:44:33,440 Sekarang. Tembak. 630 00:44:38,120 --> 00:44:39,160 Awak tembak. 631 00:44:40,360 --> 00:44:43,400 - Peluru dah habis. - Nah. 632 00:44:55,280 --> 00:44:58,560 Akhirnya, bukan aku yang tembak singa itu. 633 00:45:01,960 --> 00:45:04,080 Pesaing aku bukan Leo. 634 00:45:04,160 --> 00:45:06,760 Tapi bahagian keluarga Farad yang tak berfungsi. 635 00:45:08,240 --> 00:45:10,520 Bahagian yang melihat aku sebagai ancaman. 636 00:45:20,720 --> 00:45:24,240 Saya dah fikir panjang dan saya rasa ini keputusan terbaik. 637 00:45:24,320 --> 00:45:25,200 Oskar sangat sesuai. 638 00:45:25,280 --> 00:45:26,840 Jom semua, bergambar bersama! 639 00:45:26,920 --> 00:45:28,840 Semua orang suka dia, dia tegas 640 00:45:28,920 --> 00:45:32,120 dan saya suka tenaganya. 641 00:45:32,240 --> 00:45:37,480 Walaupun saya lebih suka lelaki dengan asal usul Algeria, 642 00:45:38,480 --> 00:45:41,880 itu takkan buat kita lebih bijak atau kuat. 643 00:45:51,320 --> 00:45:53,480 Apa yang penting adalah 644 00:45:53,560 --> 00:45:55,720 dia suami yang anak perempuan saya nak 645 00:45:55,800 --> 00:45:59,080 dan abang yang keluarga ini perlukan. 646 00:45:59,160 --> 00:46:01,240 - Kita minum untuk kasih sayang. - Kasih sayang. 647 00:46:01,920 --> 00:46:03,080 Untuk kasih sayang. 648 00:46:03,600 --> 00:46:08,400 Berbanding bangkai singa sebagai trofi, aku berkahwin. 649 00:46:09,720 --> 00:46:14,720 Aku fikir dengan keputusan itu, Leo membawa aturan yang diperlukan. 650 00:46:15,800 --> 00:46:17,440 Kekuasaan. 651 00:46:18,200 --> 00:46:21,360 Tapi dengan keluarga Farad, hanya satu perkara boleh dijangkakan… 652 00:46:23,200 --> 00:46:25,960 Kau takkan tahu jenis perang yang menanti kau. 653 00:48:48,760 --> 00:48:50,760 Terjemahan sari kata oleh Syazwani Mohsin 654 00:48:50,840 --> 00:48:52,840 Penyelia Kreatif Nur Atiqah