1 00:00:15,890 --> 00:00:17,267 Tepukan untuk Bush. 2 00:00:22,897 --> 00:00:24,024 Terima kasih! 3 00:00:29,654 --> 00:00:33,241 Woodstock 1999, hari pertama. 4 00:00:41,875 --> 00:00:46,880 Jika anda tak boleh tidur malam ini, ada parti di hangar. 5 00:00:47,714 --> 00:00:48,798 Parti semalaman. 6 00:00:50,175 --> 00:00:53,970 Hari Jumaat 23 hari bulan adalah hari jadi ke-29 saya. 7 00:00:54,054 --> 00:01:00,435 Selamat hari jadi, Colin… 8 00:01:01,311 --> 00:01:06,149 Saya pergi ke parti hangar dengan kru produksi kami. 9 00:01:06,232 --> 00:01:08,318 Ya. 10 00:01:09,861 --> 00:01:11,529 Kawan. Oh! 11 00:01:14,783 --> 00:01:16,493 Kami sangat teruja. 12 00:01:16,576 --> 00:01:20,246 Anda boleh merasai tenaganya apabila menghampiri hangar. 13 00:01:23,708 --> 00:01:26,252 Parti itu ada kerumunan 60,000 orang. 14 00:01:27,295 --> 00:01:30,090 Seolah-olah melihat tahap pertama neraka 15 00:01:30,173 --> 00:01:32,133 jika ia menyeronokkan. 16 00:01:33,885 --> 00:01:36,137 Memang gila. 17 00:01:37,847 --> 00:01:42,811 Ramai yang tak berpakaian dan khayal. 18 00:01:44,562 --> 00:01:46,189 Kita khayal. 19 00:01:47,023 --> 00:01:49,692 Pada satu ketika, seorang gadis hipi comel 20 00:01:49,776 --> 00:01:52,403 bersayap pari-pari datang kepada saya. 21 00:01:53,071 --> 00:01:55,156 Dia tanya, "Hei, nak pil ekstasi?" 22 00:01:56,699 --> 00:01:59,661 Walaupun saya tahu saya perlu kerja keesokan hari, 23 00:01:59,744 --> 00:02:02,622 saya jawab, "Tentulah. Saya dah 29 tahun. Ayuh." 24 00:02:04,749 --> 00:02:07,961 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 25 00:02:09,838 --> 00:02:12,799 Semua orang berseronok, tapi anda boleh rasa. 26 00:02:12,882 --> 00:02:14,425 Langsung tiada kawalan. 27 00:02:14,509 --> 00:02:15,343 Sial. 28 00:02:18,429 --> 00:02:21,850 Tiada sesiapa boleh beritahu, "Awak melampaui batas." 29 00:02:21,933 --> 00:02:24,435 Ada ratusan ribu orang di situ, 30 00:02:24,519 --> 00:02:27,230 kebanyakannya berbogel. Ia menjemput masalah. 31 00:02:29,190 --> 00:02:31,276 Ia memang betul-betul luar kawalan. 32 00:02:32,277 --> 00:02:34,279 Tak tahu hal yang bakal berlaku. 33 00:02:34,362 --> 00:02:35,655 TETEK BUAT SAYA GEMBIRA 34 00:02:52,255 --> 00:02:56,593 Saya bangun jam lapan pagi, saya rasa pelik. 35 00:02:56,676 --> 00:02:58,678 Saya kata, "Apa kena dengan saya?" 36 00:02:58,761 --> 00:03:03,016 Saya tengok cermin dan biji mata saya bersaiz bola kiu. 37 00:03:03,099 --> 00:03:07,645 Ia terbeliak, sangat mengembang. Saya sedar, "Alamak, 38 00:03:07,729 --> 00:03:11,733 ekstasi yang saya makan empat jam lalu mula beri kesan." 39 00:03:11,816 --> 00:03:13,651 "Kini saya khayal." 40 00:03:16,487 --> 00:03:20,241 Saya cuba sambung tidur untuk sejam dan cuba redakan. 41 00:03:20,325 --> 00:03:24,329 Tapi saya cuma menggigil, "Oh, Tuhan, bernafas." 42 00:03:24,412 --> 00:03:26,289 - "Kena pergi." - Awak lewat. 43 00:03:28,750 --> 00:03:31,669 Saya pakai semua peralatan, ambil walkie-talkie, 44 00:03:31,753 --> 00:03:34,714 "Jom. Kita kembali ke pesta." 45 00:03:34,797 --> 00:03:37,217 SABTU 46 00:03:46,100 --> 00:03:48,853 Masuk ke pesta rasa seperti di luar realiti. 47 00:03:51,648 --> 00:03:54,067 Hari Jumaat biasanya hari yang indah. 48 00:03:54,943 --> 00:03:57,779 Tapi hari ini, kami hidup dalam tempat kotor. 49 00:03:59,822 --> 00:04:02,992 Boleh beri reaksi awak kepada kemudahan tandas? 50 00:04:03,076 --> 00:04:04,744 Ia menjijikkan. 51 00:04:05,286 --> 00:04:07,205 - Sejijik mana? - Boleh mencarut? 52 00:04:07,288 --> 00:04:09,040 Oh! Baunya. 53 00:04:09,707 --> 00:04:11,626 - Jijik. - Tisu tandas habis. 54 00:04:11,709 --> 00:04:14,879 - Benda terjijik saya pernah lihat. - Dah guna tandas? 55 00:04:14,963 --> 00:04:18,299 Seolah-olah masuk ke tandas, tak pam selama setahun 56 00:04:18,383 --> 00:04:20,551 dan masuk ke dalamnya. Menjijikkan. 57 00:04:20,635 --> 00:04:24,555 Kita perlu tutup pintu ini. Terima kasih. Saya rasa loya. 58 00:04:27,767 --> 00:04:30,728 Sabtu sepatutnya hari paling hebat 59 00:04:30,812 --> 00:04:34,315 dalam pesta rock terhebat dekad ini. 60 00:04:35,024 --> 00:04:38,736 Limp Bizkit, Kid Rock, Fatboy Slim. 61 00:04:39,404 --> 00:04:41,030 Jom, semua. Lekas. 62 00:04:41,114 --> 00:04:45,785 Tapi bukan itu yang diingati bagi semua yang hadir. 63 00:04:48,079 --> 00:04:50,498 Hari Sabtu, semua mula berantakan. 64 00:04:53,334 --> 00:04:54,168 Helo? 65 00:04:54,669 --> 00:04:57,422 Tandas hanya satu masalah awal yang dikesan. 66 00:04:57,505 --> 00:05:00,842 Di pejabat produksi kami mula dengar khabar 67 00:05:00,925 --> 00:05:05,054 beberapa kerosakan infrastruktur di sekitar pesta itu. 68 00:05:08,057 --> 00:05:10,852 Kami datang hari Sabtu untuk tugas keselamatan, 69 00:05:10,935 --> 00:05:15,398 dan kami perlu berjalan setengah batu melalui landasan. 70 00:05:18,651 --> 00:05:24,198 Anda perlu melalui berlapis-lapis timbunan sampah 71 00:05:24,282 --> 00:05:25,491 untuk ke pentas. 72 00:05:26,617 --> 00:05:28,703 Anda takkan kena setiap sampah. 73 00:05:28,786 --> 00:05:31,539 Tapi mereka langsung tak buat apa-apa. 74 00:05:32,999 --> 00:05:34,500 Tempat itu menjijikkan. 75 00:05:35,293 --> 00:05:38,546 Tin kotor berada di selang setiap tempat dan nampaknya 76 00:05:38,629 --> 00:05:40,715 dah melimpah-limpah. 77 00:05:41,549 --> 00:05:45,219 Seperti jabatan lain, bajet Jabatan Sanitasi juga dipotong. 78 00:05:45,303 --> 00:05:49,390 Perkhidmatan sampah dan kumbahan semuanya diberi subkontrak. 79 00:05:51,684 --> 00:05:54,562 Kami bergantung kepada semua subkontraktor ini. 80 00:05:54,645 --> 00:05:59,692 Sama ada tak cukup pekerja, atau, 81 00:05:59,776 --> 00:06:01,736 "Ini pesta. Jom berseronok." 82 00:06:02,737 --> 00:06:05,365 Malangnya, mereka tak buat kerja mereka. 83 00:06:06,741 --> 00:06:09,327 Woodstock, hari kedua. Berseronoklah. 84 00:06:10,119 --> 00:06:13,998 Naikkan kelantangan gitar saya. 85 00:06:16,042 --> 00:06:20,046 Anda bebas baling botol plastik apabila saya mulakan lagu ini. 86 00:06:34,352 --> 00:06:37,897 Saya berada di menara, memandang bawah ke arah pentas 87 00:06:38,398 --> 00:06:41,359 dan saya nampak sampah di merata-rata. 88 00:06:42,902 --> 00:06:48,699 Saya kata, "Itulah yang akan menjadi kejatuhan Woodstock 1999, 89 00:06:49,700 --> 00:06:51,744 sampah yang awak lihat di sana." 90 00:06:52,495 --> 00:06:55,706 "Sebab anak-anak ini takkan gembira." 91 00:06:55,790 --> 00:06:58,334 "Kita tak jaga mereka dengan baik." 92 00:06:59,168 --> 00:07:01,254 Mereka mahukan semangat Woodstock 93 00:07:02,255 --> 00:07:04,215 daripada Woodstock 1969. 94 00:07:09,679 --> 00:07:12,306 Saya berusia 27 tahun ketika Woodstock asal, 95 00:07:13,015 --> 00:07:15,935 ia antara acara paling penting dalam hidup saya. 96 00:07:17,061 --> 00:07:19,230 Ia tentang keamanan dan cinta. 97 00:07:20,982 --> 00:07:24,318 Ibu saya sebahagian daripada Woodstock 1969. 98 00:07:24,402 --> 00:07:28,448 Dia orang penting dalam mendapatkan bahan untuk dapur percuma. 99 00:07:31,534 --> 00:07:35,455 Melihat orang seramai itu saling berhubungan baik 100 00:07:35,538 --> 00:07:38,040 dan saling menjaga, ia mengubah hidup saya. 101 00:07:42,545 --> 00:07:46,507 Saya mahu kekalkan keindahan Woodstock 1999. 102 00:07:47,550 --> 00:07:53,973 Saya tahu kita sedang melihat bencana jika kita biarkan sampah di tanah. 103 00:07:55,600 --> 00:07:57,018 Di mana Pengurusan Sisa? 104 00:07:59,979 --> 00:08:04,400 Jadi, saya ambil inisiatif sendiri untuk ambil plastik sampah, 105 00:08:04,484 --> 00:08:06,402 keluar dan edarkannya. 106 00:08:07,820 --> 00:08:10,364 Dia tak tahu kejadian yang bakal menimpa. 107 00:08:14,619 --> 00:08:18,789 Beg sampah untuk kawasan kamu. 108 00:08:20,374 --> 00:08:22,376 Ayuh. Semua, tolong. 109 00:08:23,044 --> 00:08:24,420 Seorang kata, 110 00:08:24,504 --> 00:08:28,508 "Saya bayar 150 dolar untuk berada di sini. Awaklah bersihkan." 111 00:08:29,300 --> 00:08:32,553 Saya kata, "Ini jenis Woodstock yang berbeza." 112 00:08:32,637 --> 00:08:38,351 Mungkin anak-anak ini tak cukup kasih sayang. Mungkin sikap mereka ini… 113 00:08:49,904 --> 00:08:54,200 Okey, ini karya seni. 114 00:08:56,536 --> 00:09:00,790 Ayuh. Dirikan dari hujungnya. Hujung. Sebelah sini. 115 00:09:02,458 --> 00:09:06,629 Apabila berada dalam persekitaran begini dan infrastruktur tak cukup 116 00:09:06,712 --> 00:09:09,131 untuk menyokong jumlah orang di situ, 117 00:09:11,050 --> 00:09:13,636 keadaan mula jadi berantakan. 118 00:09:15,012 --> 00:09:19,308 Jika pihak pengurusan tak peduli, kenapa anda perlu peduli? 119 00:09:31,112 --> 00:09:35,616 Di sebalik tabir, penerbit acara ini tak teratur. 120 00:09:36,909 --> 00:09:39,412 Banyak yang berlaku di tapak pesta, 121 00:09:39,495 --> 00:09:42,748 Michael dan John tak menumpukan perhatian 122 00:09:42,832 --> 00:09:44,834 kepada masalah logistik. 123 00:09:47,086 --> 00:09:49,046 TIGA HARI MUZIK DAN KEAMANAN 124 00:09:49,130 --> 00:09:52,008 Kami di belakang pentas Woodstock 1999 125 00:09:52,800 --> 00:09:55,136 dengan tiga lelaki yang nampak gembira. 126 00:09:55,219 --> 00:09:59,307 Ossie Kilkenny, Michael Lang dan John Scher. Apa cerita? 127 00:09:59,390 --> 00:10:01,475 Nampak gembira. Tentu semua lancar. 128 00:10:01,976 --> 00:10:05,521 Keadaan berjalan lancar. Kami dah di separuh acara. 129 00:10:05,605 --> 00:10:07,315 Kami berseronok. 130 00:10:07,398 --> 00:10:12,737 Setahun kami berusaha merancangnya. Ia berjaya. 131 00:10:12,820 --> 00:10:16,073 Ia nampak sangat teratur dan terancang. 132 00:10:16,157 --> 00:10:19,410 Tiada pesta seperti Woodstock di dunia. 133 00:10:19,493 --> 00:10:23,289 Ya, ada masalah, tapi ia terasing. 134 00:10:26,042 --> 00:10:29,128 Tiada sesiapa datang dan fikir mereka akan tidur 135 00:10:29,211 --> 00:10:30,463 di Ritz-Carlton. 136 00:10:32,715 --> 00:10:33,966 Ia berjaya. 137 00:10:34,050 --> 00:10:35,676 Semuanya memenuhi jangkaan. 138 00:10:35,760 --> 00:10:36,844 PENIPU 139 00:10:36,927 --> 00:10:39,930 Hal yang paling penting, semua orang menikmatinya. 140 00:10:40,014 --> 00:10:42,975 Awak tak nampak sesiapa bercakap negatif. 141 00:10:43,559 --> 00:10:44,977 - Sial! - Huru-hara. 142 00:10:45,061 --> 00:10:47,104 - Teruk. - Huru-hara. 143 00:10:47,188 --> 00:10:50,816 Mereka duduk di sana, syok sendiri. "Semuanya bagus." 144 00:10:51,609 --> 00:10:53,194 Ada kejutan yang baik? 145 00:10:53,277 --> 00:10:58,240 Perkara yang awak tak sangka akan berlangsung sebaik yang jadi. 146 00:10:58,783 --> 00:11:02,953 Saya rasa cuaca sangat baik, memihak kepada kami. 147 00:11:14,590 --> 00:11:17,760 Hari pertama panas. Tapi hari kedua, ia seperti relau. 148 00:11:18,719 --> 00:11:20,262 Ada banyak konkrit. 149 00:11:21,430 --> 00:11:25,226 Panas terik, dah macam di padang pasir. 150 00:11:26,102 --> 00:11:27,436 Baik. Nak berseronok? 151 00:11:27,520 --> 00:11:28,604 Ya! 152 00:11:28,688 --> 00:11:29,563 Baiklah. 153 00:11:31,107 --> 00:11:33,484 Daripada Detroit… Kid Rock! 154 00:11:36,487 --> 00:11:39,198 Waktu ini, semua orang teruja dengan Kid Rock. 155 00:11:39,281 --> 00:11:42,660 Ia bahagian terhangat pada hari terhangat. 156 00:11:42,743 --> 00:11:44,995 Kid Rock keluar dengan kot bulu. 157 00:11:47,790 --> 00:11:51,460 Perkara pertama saya fikir adalah, "Biar betul. Dia gila." 158 00:11:53,337 --> 00:11:56,757 Dia baling dan buat macam aksi James Brown. 159 00:11:58,426 --> 00:12:01,053 Dia jerit, "Nama saya Kid!" 160 00:12:09,687 --> 00:12:10,688 Ayuh. 161 00:12:10,771 --> 00:12:13,149 Saya berada di sebelah tepi penonton. 162 00:12:14,233 --> 00:12:16,902 Kumpulan naik gila dan penonton ikut serta. 163 00:12:17,403 --> 00:12:20,865 Tempat saya berdiri panas dan tiada sesiapa sebelah saya 164 00:12:20,948 --> 00:12:23,909 jadi bayangkan betapa panasnya di pit. 165 00:12:25,202 --> 00:12:27,037 Tentu rasa macam dalam ketuhar. 166 00:12:29,248 --> 00:12:33,335 Saya ditugaskan ke khemah di sebelah pentas. 167 00:12:35,421 --> 00:12:36,797 RONDAAN DAMAI 168 00:12:36,881 --> 00:12:38,466 Matahari panas terik, 169 00:12:39,884 --> 00:12:43,804 kelembapan dan haba sangat tinggi sehingga berdiri pun, 170 00:12:43,888 --> 00:12:47,683 anda tentu basah lencun dengan peluh sendiri. 171 00:12:49,435 --> 00:12:52,980 Orang dibawa keluar, tak sedarkan diri akibat strok haba 172 00:12:53,063 --> 00:12:56,692 dan kulit mereka benar-benar kering. 173 00:12:56,776 --> 00:12:58,527 Awak nampak betapa panasnya? 174 00:12:58,611 --> 00:13:01,155 Tengok muka dia. Boleh nampak betapa panas. 175 00:13:01,906 --> 00:13:03,824 Saya dah tak rasa kaki saya. 176 00:13:04,533 --> 00:13:08,245 Lebih 1,000 orang dirawat kerana kepenatan haba dan dehidrasi 177 00:13:08,329 --> 00:13:11,665 di pesta muzik Woodstock 1999 di Upstate New York. 178 00:13:12,374 --> 00:13:16,796 Tugas ini tak mudah. Saya memandang rendah acara ini. 179 00:13:19,381 --> 00:13:22,593 Saya cakap dalam hati, "Habislah." 180 00:13:22,676 --> 00:13:26,597 Air! 181 00:13:26,680 --> 00:13:28,682 Beri mereka air. 182 00:13:28,766 --> 00:13:32,728 Air! 183 00:13:32,812 --> 00:13:36,190 Orang berusaha cari tempat berteduh di mana-mana saja. 184 00:13:37,983 --> 00:13:41,153 Tempat berteduh bak tempat paling sukar ditemui 185 00:13:41,946 --> 00:13:44,448 dan orang mencarinya di merata tempat. 186 00:13:46,450 --> 00:13:50,329 Tiada tempat untuk anda keluar dari situasi ini. 187 00:13:50,412 --> 00:13:52,331 Mereka tak sediakannya. 188 00:13:53,207 --> 00:13:57,586 Apa gambaran tentang penerbit bagi belia yang bayar duit 189 00:13:57,670 --> 00:14:01,674 dan mahu merasai pengalaman Woodstock yang mengagumkan? 190 00:14:02,258 --> 00:14:06,220 Maknanya mereka langsung tak peduli tentang anda. 191 00:14:12,059 --> 00:14:15,145 Oktagon ini akan bawa saya ke banyak tempat di sini. 192 00:14:15,771 --> 00:14:18,983 Di belakang saya, melepasi pagar berkubu, 193 00:14:19,066 --> 00:14:20,442 itu kawasan artis. 194 00:14:23,487 --> 00:14:28,158 Di belakang pentas, suasananya hebat. Ada banyak treler bilik persalinan 195 00:14:28,242 --> 00:14:31,453 yang disusun rapi. Kami ada kafe. 196 00:14:31,537 --> 00:14:35,499 Pada satu ketika, kami adakan barbeku besar. 197 00:14:35,583 --> 00:14:37,042 Artis dilayan baik. 198 00:14:39,920 --> 00:14:40,796 - Baik? - Baik. 199 00:14:41,964 --> 00:14:45,926 Saya tiba hari Sabtu dengan limousin. 200 00:14:46,010 --> 00:14:49,221 Saya ingat ada papan besar yang kami perlu tandatangan. 201 00:14:50,389 --> 00:14:53,851 Rasanya lebih seperti berjalan di karpet merah 202 00:14:53,934 --> 00:14:56,645 di majlis anugerah berbanding tiba di pesta. 203 00:14:58,439 --> 00:15:00,482 Semuanya ditaja penuh. 204 00:15:00,566 --> 00:15:05,905 Bir Budweiser. Anda menonton Woodstock 1999! 205 00:15:05,988 --> 00:15:09,950 Ada tempat beri barang Converse, boleh pujuk dapat barang percuma. 206 00:15:10,034 --> 00:15:10,868 Sudah tentu. 207 00:15:12,328 --> 00:15:14,246 Kamu baik beri kami barang. 208 00:15:14,788 --> 00:15:18,334 Keamanan dan cinta bersamaan dengan usaha kapitalis. 209 00:15:18,417 --> 00:15:21,337 Itu dia. Cakap jujur sajalah. Memang pun. 210 00:15:21,837 --> 00:15:25,424 Ia tiada "keamanan dan cinta" yang sepatutnya 211 00:15:25,507 --> 00:15:29,887 dan rasa komuniti "kita bersama-sama di sini." 212 00:15:30,804 --> 00:15:36,435 Kami diberi layanan terlampau baik di Woodstock. Tapi di seberang dinding… 213 00:15:38,354 --> 00:15:41,899 Cuaca 100 darjah. Mereka berdiri di atas landasan terbang. 214 00:15:41,982 --> 00:15:44,234 Mereka bayar lapan dolar untuk burrito. 215 00:15:44,318 --> 00:15:46,820 Mereka dikenakan harga tinggi di sana sini. 216 00:15:47,404 --> 00:15:49,573 Kemudian hari Sabtu, mereka marah. 217 00:15:50,824 --> 00:15:54,411 Ketika itulah mereka mula baling barang kepada kami. 218 00:15:59,750 --> 00:16:03,921 Tiba-tiba, penonton konsert mula menyasarkan kami. Di MTV. 219 00:16:04,588 --> 00:16:07,591 Orang ramai sedang membaling topi dan benda lain. 220 00:16:08,217 --> 00:16:11,470 Mereka tahu ia siaran langsung, nak buat kami marah. 221 00:16:13,263 --> 00:16:17,518 Hebat. Di sini adalah Woodstock 1999 dalam keadaan terbaik. 222 00:16:18,143 --> 00:16:20,980 Anda boleh dengar bunyi syiling atau bateri 223 00:16:21,063 --> 00:16:23,190 dan ia melantun dari set. 224 00:16:24,858 --> 00:16:26,986 Saya perlu lihat menara. 225 00:16:27,069 --> 00:16:31,323 Saya tak boleh melihat khalayak sebab mereka baling batu. 226 00:16:31,407 --> 00:16:32,658 Ia menakutkan. 227 00:16:35,119 --> 00:16:36,870 Kita mula rasa disasarkan. 228 00:16:36,954 --> 00:16:42,626 Seolah-olah, kami mewakili sesuatu yang mereka benci. 229 00:16:42,710 --> 00:16:46,088 Saya dah jemu dengan Backstreet Boys di MTV Live. 230 00:16:46,630 --> 00:16:49,049 - Memang celaka… - Jangan tahan diri. 231 00:16:49,133 --> 00:16:50,884 Saya tak tahan. Saya benci… 232 00:16:50,968 --> 00:16:52,219 Itu dia. 233 00:16:52,302 --> 00:16:54,096 Dipersilakan Backstreet Boys. 234 00:16:56,765 --> 00:17:02,438 Pada penghujung 90-an, MTV ialah jelmaan industri muzik 235 00:17:02,521 --> 00:17:06,567 dari Woodstock 1969 ke Woodstock 1999. 236 00:17:09,403 --> 00:17:14,199 Ia bukan lagi tentang revolusi. Ia lebih kepada nak menjual. 237 00:17:14,700 --> 00:17:17,703 Joey McIntyre, "Stay the Same." Dapatkannya segera. 238 00:17:18,287 --> 00:17:22,666 Bagi peminat rock, VJ MTV bukan dalam kalangan mereka. 239 00:17:23,250 --> 00:17:25,836 Mereka adalah wajah monolit korporat 240 00:17:25,919 --> 00:17:29,048 yang menghancurkan muzik mereka. 241 00:17:29,131 --> 00:17:31,633 "Awak khianat demi duit", "Korporat masuk, 242 00:17:31,717 --> 00:17:33,469 rosak keseronokan. Kami nak bebas." 243 00:17:33,552 --> 00:17:35,929 KORPORAT JANGAN GANGGU MUZIK KAMI 244 00:17:36,013 --> 00:17:37,806 Pergi mampuslah. 245 00:17:38,432 --> 00:17:41,852 Saya tak tahu jika ia hanya peralihan generasi 246 00:17:42,478 --> 00:17:45,272 dalam budaya belia, tapi mereka dah jemu. 247 00:17:46,190 --> 00:17:48,400 Backstreet Boys. 248 00:17:58,494 --> 00:17:59,703 Orang marah. 249 00:18:00,329 --> 00:18:03,624 Ada lelaki hampiri, cuba cucuh buntut saya dengan rokok. 250 00:18:03,707 --> 00:18:06,251 Tak cukup pegawai keselamatan untuk kawal. 251 00:18:07,336 --> 00:18:10,255 Tak cukup kawalan keselamatan untuk 250,000 orang. 252 00:18:11,715 --> 00:18:13,842 Kawalan keselamatannya mengarut. 253 00:18:13,926 --> 00:18:16,720 Ia nampak macam budak-budak berbaju-T kuning. 254 00:18:16,804 --> 00:18:19,431 RONDAAN DAMAI 255 00:18:19,515 --> 00:18:23,727 Pada 1999, saya berusia 18 tahun. 256 00:18:24,686 --> 00:18:27,564 Saya lukis grafiti, mengejar gadis, 257 00:18:27,648 --> 00:18:32,027 pergi kelab malam dan semua pesta yang datang bersamanya. 258 00:18:33,195 --> 00:18:35,823 Lelaki ini kata, "Saya perlu orang 259 00:18:35,906 --> 00:18:38,951 sebagai pengawal keselamatan untuk Woodstock 1999." 260 00:18:39,034 --> 00:18:41,120 "Kami bayar 500 dolar untuk tiket." 261 00:18:41,203 --> 00:18:45,207 Dia kata, "Tandatangan borang ini dan awak pengawal keselamatan." 262 00:18:45,707 --> 00:18:48,877 Kita terpinga-pinga dan tanya, 263 00:18:49,545 --> 00:18:53,507 "Kami? Betulkah? Awak pasti?" 264 00:18:54,466 --> 00:18:57,177 Kami tak mahu yang beruniform atau bersenjata. 265 00:18:57,261 --> 00:19:01,390 Kami tak mahu pengaruh kerajaan atau 266 00:19:01,473 --> 00:19:05,936 polis negeri atau apa-apa. Pengawal keselamatan yang kami upah, 267 00:19:06,019 --> 00:19:09,231 mereka tak bersenjata. Mereka peronda kedamaian. 268 00:19:09,314 --> 00:19:11,275 EKSPRES WOODSTOCK BUFET VIP 269 00:19:12,109 --> 00:19:14,111 RONDAAN DAMAI 270 00:19:15,904 --> 00:19:17,489 Apa makna Woodstock kepada kamu? 271 00:19:17,573 --> 00:19:20,576 Duit, seks dan perempuan jalang. 272 00:19:20,659 --> 00:19:23,537 Wah. Mereka telah menawan semangat Woodstock. 273 00:19:23,620 --> 00:19:27,207 Kami jumpa orang dari kejiranan di Brooklyn yang kami kenal. 274 00:19:28,625 --> 00:19:31,670 Saya tanya, "Siapa ada dadah? Jom merokok?" 275 00:19:31,753 --> 00:19:35,090 Tiada pengawal pun yang bekerja sejak hari pertama. 276 00:19:37,050 --> 00:19:41,013 Ada sekali, seseorang hampiri saya dan tanya, apa fungsi baju-T itu? 277 00:19:41,096 --> 00:19:45,225 Sebagai oportunis, saya kata, "Baju-T ini fungsinya apa-apa saja." 278 00:19:45,309 --> 00:19:48,270 Bukan betul pun. "Boleh bawa ke belakang pentas?" 279 00:19:48,353 --> 00:19:49,855 "Ya, boleh." 280 00:19:49,938 --> 00:19:50,981 "Awak nak jual?" 281 00:19:51,064 --> 00:19:52,316 "Empat ratus dolar." 282 00:19:53,525 --> 00:19:55,360 Saya ambil. Ada baju lain. 283 00:19:57,905 --> 00:20:01,491 Ia tak masuk akal. Seolah-olah, "Tengoklah. Mengarut." 284 00:20:01,575 --> 00:20:03,410 Boleh nampak haluan acara ini. 285 00:20:14,087 --> 00:20:16,006 Ayuh! Ya! 286 00:20:16,089 --> 00:20:17,424 Tunjuklah. 287 00:20:17,507 --> 00:20:18,926 Separuh pesta, 288 00:20:19,009 --> 00:20:22,137 ramai sedar mereka boleh buat apa-apa saja mereka nak 289 00:20:22,221 --> 00:20:25,432 tanpa rasa takut kepada akibatnya. 290 00:20:25,515 --> 00:20:26,516 Cantik kupu-kupu. 291 00:20:26,600 --> 00:20:28,143 Terima kasih banyak. 292 00:20:28,227 --> 00:20:29,937 - Hei. - Dia perlu digosok. 293 00:20:31,605 --> 00:20:35,734 Saya mula nampak sekumpulan lelaki melepak, mengelilingi wanita, 294 00:20:35,817 --> 00:20:39,404 bersorak pada muka mereka supaya tanggalkan bikini. 295 00:20:40,072 --> 00:20:43,116 Psikologi kelompok-rusuh semakin bahaya di sini. 296 00:20:43,200 --> 00:20:45,285 Beri dia ruang. Kamu menakutkan. 297 00:20:45,369 --> 00:20:48,664 - Ya. Boleh beri ruang? - Tolonglah. Dia lemas nanti. 298 00:20:50,207 --> 00:20:53,835 Seorang wanita muda meluncur tubuh di khalayak ramai. 299 00:20:54,670 --> 00:20:56,922 Saya kata, "Bagaimana?" Tentu seronok. 300 00:20:57,005 --> 00:21:02,302 Dia meluncur tubuh. Dia kata, "Saya benci semua lelaki sekarang." 301 00:21:04,888 --> 00:21:07,724 Ada orang yang betul mahu angkat anda 302 00:21:07,808 --> 00:21:10,185 dan gerakkan macam meluncur. 303 00:21:10,269 --> 00:21:14,898 Tapi ada juga ramai lelaki yang nak meraba buah dada 304 00:21:14,982 --> 00:21:18,902 dan meraba punggung anda ketika anda melintas. 305 00:21:18,986 --> 00:21:21,780 Saya masih muda. Saya berusia 14 tahun. 306 00:21:21,863 --> 00:21:27,244 Tiada sesiapa pernah sentuh saya di tempat sebegitu. 307 00:21:28,829 --> 00:21:31,456 Tak silap, sejak Sabtu, 308 00:21:31,540 --> 00:21:35,544 saya dengar laporan wanita ditolak. 309 00:21:36,044 --> 00:21:40,424 Tapi ada ramai wanita yang sukarela tanggalkan baju. 310 00:21:41,049 --> 00:21:44,553 Kemudian anda ke pit dansa, meluncur tubuh oleh penonton. 311 00:21:44,636 --> 00:21:49,224 Bolehkah seseorang sentuh buah dada mereka? Ya. Saya pasti. 312 00:21:50,517 --> 00:21:52,102 Apa yang saya boleh buat? 313 00:21:53,520 --> 00:21:55,355 Tiada apa-apa boleh buat. 314 00:21:58,233 --> 00:22:01,528 Apabila difikirkan semula, menyedihkan pada 1990-an, 315 00:22:01,611 --> 00:22:05,157 perkara sebegitu dianggap biasa dan diterima. 316 00:22:07,659 --> 00:22:10,329 Sepanjang hujung minggu, tiada rasa hormat. 317 00:22:12,205 --> 00:22:14,916 Tiada rasa hormat penganjur kepada kami. 318 00:22:15,959 --> 00:22:20,172 Tiada rasa hormat hadirin kepada persekitaran. 319 00:22:20,255 --> 00:22:23,300 Tiada rasa hormat lelaki kepada wanita. 320 00:22:24,676 --> 00:22:28,680 Jadi, banyak rasa marah dan bermusuhan makin menjadi. 321 00:22:31,016 --> 00:22:32,934 Ia perkara paling liar. 322 00:22:43,820 --> 00:22:45,238 Limp Bizkit malam ini. 323 00:22:45,322 --> 00:22:47,991 Semoga berjaya, harap tiada kecederaan serius. 324 00:22:48,075 --> 00:22:49,201 Entahlah. 325 00:22:49,284 --> 00:22:52,204 Saya harap mereka tambah tandu dan pembalut. 326 00:22:52,996 --> 00:22:57,209 Saya sangat meminati Limp Bizkit dan kami teruja melihat mereka. 327 00:22:57,292 --> 00:22:59,628 Mereka gembira melihat Limp Bizkit. 328 00:22:59,711 --> 00:23:02,881 Ketika itu, mereka antara kumpulan terbesar di dunia. 329 00:23:02,964 --> 00:23:06,218 Awak boleh pecahkan barang, buat mereka gila dah liar? 330 00:23:06,301 --> 00:23:10,764 Inilah saat mereka. Bagi saya, Limp Bizkit adalah tarikan terbesar 331 00:23:10,847 --> 00:23:14,267 yang menyebabkan belia datang beramai-ramai 332 00:23:14,351 --> 00:23:15,936 ke tengah-tengah New York. 333 00:23:16,603 --> 00:23:19,940 Peminat Limp Bizkit bukan daripada kumpulan elit. 334 00:23:20,023 --> 00:23:22,901 Ini peminat rock yang biasa. 335 00:23:23,693 --> 00:23:27,406 Mereka ialah juara kepada orang-orang tertindas di dunia. 336 00:23:27,489 --> 00:23:30,492 Semuanya tentang seks! 337 00:23:31,284 --> 00:23:33,370 Lagu popular mereka ialah "Nookie". 338 00:23:33,453 --> 00:23:36,748 Jika saya nak rasa teruja? Tentulah saya dengar lagu itu. 339 00:23:39,376 --> 00:23:44,339 Lagu "Nookie" menguasai musim panas dan semua orang asyik menyanyikannya. 340 00:23:46,758 --> 00:23:49,261 Fred Durst tak macam bintang rock terkenal. 341 00:23:49,344 --> 00:23:51,930 Dia macam kami saja. Dia pakai baju DC. 342 00:23:52,013 --> 00:23:57,185 Dia pakai topi besbol ke belakang. Anda rasa sangat dekat dengan dia. 343 00:23:57,269 --> 00:24:00,397 Saya suka sebab mereka tak peduli. Sungguh. 344 00:24:00,480 --> 00:24:01,773 Jumpa di penjara. 345 00:24:04,776 --> 00:24:07,404 Dia macam ketua geng. Dia selalu buat… 346 00:24:08,155 --> 00:24:10,115 Dia dorong orang buat kerja gila. 347 00:24:14,995 --> 00:24:18,081 Woodstock, tengah hari ini agak perlahan. 348 00:24:18,165 --> 00:24:20,459 Tapi anda tahu? Ia dah berakhir. 349 00:24:21,877 --> 00:24:23,044 Kami di pengadang. 350 00:24:23,628 --> 00:24:26,256 Selepas pengalaman dengan Korn malam itu… 351 00:24:27,257 --> 00:24:28,175 RONDAAN DAMAI 352 00:24:28,258 --> 00:24:30,969 …ada sedikit kebimbangan. 353 00:24:31,052 --> 00:24:37,058 Sekarang dah hari kedua penonton tak tidur. 354 00:24:37,851 --> 00:24:42,772 Lebih banyak dadah dan alkohol. Apa yang bakal berlaku? 355 00:24:43,565 --> 00:24:46,318 Satu-satunya… 356 00:24:48,069 --> 00:24:50,655 Limp Bizkit! 357 00:25:04,544 --> 00:25:08,173 Apabila anda berjalan di pentas dan 250,000 ribu orang 358 00:25:08,715 --> 00:25:09,883 melihat anda, 359 00:25:09,966 --> 00:25:14,095 anda boleh buat begini dan mereka ikut. Anda macam konduktor orkestra. 360 00:25:15,096 --> 00:25:17,140 Anda sedia untuk berhibur? 361 00:25:17,224 --> 00:25:18,892 Mereka ialah orkestra anda. 362 00:25:19,476 --> 00:25:24,022 Baiklah. Dari depan ke belakang begini. 363 00:25:24,105 --> 00:25:27,192 Itulah yang Fred buat. Dia menggerakkan mereka. 364 00:25:27,275 --> 00:25:32,072 Begini. Sekarang semua, bangun! 365 00:25:36,076 --> 00:25:39,287 Saya tak pernah lihat pit dansa dalam keadaan sebegitu. 366 00:25:40,956 --> 00:25:43,083 Sebagai wartawan muda bersemangat, 367 00:25:43,166 --> 00:25:45,877 saya anggap ini peluang yang sangat baik. 368 00:25:50,423 --> 00:25:52,509 Tiada wartawan lain di sini 369 00:25:52,592 --> 00:25:54,553 yang akan masuk ke pit dansa. 370 00:25:57,472 --> 00:25:59,391 Saya akan masuk. 371 00:25:59,474 --> 00:26:01,685 Begini 372 00:26:02,852 --> 00:26:05,188 Sedia? Bangun! 373 00:26:06,565 --> 00:26:09,442 Saya di dalam pit. Bercakap dengan mikrofon 374 00:26:09,526 --> 00:26:12,279 menolak orang daripada saya, mengelak orang. 375 00:26:12,862 --> 00:26:15,991 Saya di pit dansa, dalam 100 kaki dari pentas. 376 00:26:16,074 --> 00:26:19,369 Kepala saya terlanggar frisbee, kasut. 377 00:26:19,452 --> 00:26:21,079 Dave Blaustein, ABC News. 378 00:26:22,497 --> 00:26:26,418 Penonton beralun-alun Mereka macam satu organisma. 379 00:26:32,173 --> 00:26:34,634 Ramai orang gila di sini. 380 00:26:35,135 --> 00:26:38,763 Apabila melihat ketegangan yang timbul dalam kalangan penonton 381 00:26:38,847 --> 00:26:39,931 ia bak bom tangan. 382 00:26:40,015 --> 00:26:41,850 Ini tak masuk akal. 383 00:26:42,642 --> 00:26:46,396 Ketika lagu "Break Stuff", ketika itulah bom tangan meletup. 384 00:26:46,479 --> 00:26:48,481 Saya nak tanya soalan peribadi. 385 00:26:48,565 --> 00:26:52,902 Ada mukadimah kecil ini. "Berapa ramai yang suka NSYNC?" 386 00:26:52,986 --> 00:26:54,446 Lalu orang mengebu. 387 00:26:58,074 --> 00:27:01,119 Berapa ramai di sini yang bangun pagi 388 00:27:01,202 --> 00:27:03,955 dan putuskan, hari ini bukan harinya 389 00:27:04,039 --> 00:27:05,749 dan anda nak pecahkan barang? 390 00:27:09,961 --> 00:27:13,965 "Inilah salah satu harinya, yang mana semuanya teruk." 391 00:27:14,049 --> 00:27:15,925 …yang mana semuanya teruk. 392 00:27:16,635 --> 00:27:18,511 "Dan anda nak pecahkan barang." 393 00:27:30,774 --> 00:27:34,069 Anda boleh lihat id, ego 394 00:27:34,152 --> 00:27:37,822 dan superego Fred Durst bergelut di atas pentas. 395 00:27:39,366 --> 00:27:42,202 Anda boleh nampak daripada wajahnya, 396 00:27:42,786 --> 00:27:44,829 "Biar betul." 397 00:27:44,913 --> 00:27:46,706 Anda ada superego. 398 00:27:46,790 --> 00:27:51,294 "Baik, bertenang, Fred. Bersikap baik. Jangan buat perkara gila. " 399 00:27:52,045 --> 00:27:56,800 Tapi bahagian id pula, "Mampuslah. Jom buat." 400 00:27:58,259 --> 00:28:00,303 Masa untuk gapai jauh ke dalam. 401 00:28:01,846 --> 00:28:04,182 "Ambil semua tenaga negatif itu…" 402 00:28:06,476 --> 00:28:09,145 …dah keluarkannya daripada sistem anda. 403 00:28:10,730 --> 00:28:14,109 Ada masalah teman wanita? Ada masalah teman lelaki? 404 00:28:14,609 --> 00:28:18,321 Ada masalah ibu bapa? Ada masalah bos? 405 00:28:18,405 --> 00:28:20,031 Ada masalah kerja? 406 00:28:20,115 --> 00:28:24,327 Seolah-olah Fred faham perasaan yang kami lalui 407 00:28:24,411 --> 00:28:28,623 dan bercakap dengan setiap seorang dalam kalangan penonton. 408 00:28:30,417 --> 00:28:32,043 Anda rasai saya, Woodstock? 409 00:28:33,962 --> 00:28:35,380 Baiklah. Luahkannya. 410 00:28:35,463 --> 00:28:37,048 Kemudian dia tambah, 411 00:28:37,132 --> 00:28:41,094 "Apabila lagu ini bermula, saya nak anda mula mengganas." 412 00:28:42,887 --> 00:28:48,226 Itu dia. Kerosin. Mancis. Dentum. 413 00:28:55,066 --> 00:28:58,069 Ia berubah daripada, "Oh, kita sedang berseronok." 414 00:28:58,153 --> 00:29:01,948 "Kita akan musnahkan barang. Kita akan jadi gila. " 415 00:29:02,031 --> 00:29:03,742 Apa kata muka kau? 416 00:29:03,825 --> 00:29:06,745 Mereka saling menyelam. Ramai orang dipijak, 417 00:29:06,828 --> 00:29:10,540 kepala berdarah, macam triaj. Ia macam peperangan. 418 00:29:18,673 --> 00:29:22,093 Saya berdiri di pengadang, cuba melindungi pentas, 419 00:29:22,594 --> 00:29:23,887 apabila saya teringat 420 00:29:23,970 --> 00:29:26,222 kawan saya, Chris di menara bunyi. 421 00:29:28,099 --> 00:29:30,393 Waktu itu, saya kerja di menara bunyi 422 00:29:30,477 --> 00:29:32,937 dan boleh rasa semua orang di sekeliling. 423 00:29:33,021 --> 00:29:34,522 Ia memang menakutkan. 424 00:29:35,190 --> 00:29:37,442 Kami sepuluh orang di tempat terasing. 425 00:29:38,318 --> 00:29:42,113 Dikelilingi oleh penonton yang betul-betul hilang kawalan. 426 00:29:48,745 --> 00:29:51,331 Kru bunyi gantung papan tanda 427 00:29:51,414 --> 00:29:53,082 yang tertulis, "Alamo." 428 00:29:57,796 --> 00:30:01,299 Kami perasan orang mula menghentak papan lapis. 429 00:30:01,382 --> 00:30:04,511 Seterusnya, anda nampak tangan di atas. 430 00:30:05,303 --> 00:30:08,431 Kemudian mula nampak kepala dan orang saling menolak. 431 00:30:09,474 --> 00:30:12,268 Jantung saya berdegup laju. Ia menakutkan. 432 00:30:13,394 --> 00:30:16,481 Seperti babak zombi nak melepasi tembok istana. 433 00:30:17,357 --> 00:30:18,983 Orang ke depan dan belakang 434 00:30:19,067 --> 00:30:21,861 dan ada papan lapis, mereka cuba tanggalkannya. 435 00:30:26,074 --> 00:30:31,538 Saya kata, "Biar betul." Boleh nampak pentas bunyi bergoyang. 436 00:30:37,961 --> 00:30:40,046 Ia seolah-olah panggilan kecemasan. 437 00:30:40,129 --> 00:30:43,091 Nampak macam pekerja menara keluarkan isyarat SOS. 438 00:30:43,675 --> 00:30:48,096 Saya perlukan bantuan. Keluarkan orang dari sana. 439 00:30:49,180 --> 00:30:51,850 Saya dan ramai pengawal keselamatan lain, 440 00:30:51,933 --> 00:30:55,562 melompat pengadang, cuba datang dan membantu mereka. 441 00:30:55,645 --> 00:30:58,314 Pengawal dari pengadang datang, nampak kami. 442 00:30:58,398 --> 00:31:01,734 Mereka kata, "Jom. Berpindah." Kami keluar cepat-cepat. 443 00:31:02,777 --> 00:31:07,156 Saya tak begitu ingat selain bersesak melalui pengadang 444 00:31:07,240 --> 00:31:10,326 dengan lautan manusia seolah-olah menelan kami. 445 00:31:12,203 --> 00:31:14,205 Biar saya dengar bunyi bising! 446 00:31:15,039 --> 00:31:17,458 Saya tengok dari bahagian tepi pentas. 447 00:31:17,542 --> 00:31:20,753 Fred menyemarakkan sikap penonton. 448 00:31:20,837 --> 00:31:24,799 Saya nampak keadaan semakin 449 00:31:25,925 --> 00:31:28,595 bergelora dan tak terkawal. 450 00:31:28,678 --> 00:31:32,473 Lebih mudah jika mereka tunjuk saja zakar mereka, 451 00:31:32,557 --> 00:31:33,600 selesaikannya. 452 00:31:34,350 --> 00:31:37,937 Kita seperti menonton dokumentari di saluran Discovery. 453 00:31:38,021 --> 00:31:40,899 Harap-harap ada yang mandul 454 00:31:40,982 --> 00:31:42,692 dan tak membiak. 455 00:31:45,486 --> 00:31:46,863 Pada mulanya seronok. 456 00:31:46,946 --> 00:31:50,241 Kemudian berubah, buat saya rasa perlu keluar dari sini. 457 00:31:50,325 --> 00:31:52,118 Saya tak berseronok lagi. 458 00:31:53,119 --> 00:31:56,205 Saya betul-betul fikir saya akan mati di sana. 459 00:31:56,289 --> 00:32:00,001 Seolah-olah mak saya akan tengok berita, mati di Woodstock. 460 00:32:00,084 --> 00:32:03,421 Saya nampak seorang gadis dipukul di kepala dengan botol kaca. 461 00:32:03,504 --> 00:32:07,842 Pengawal keselamatan, baguslah, ambil dia dan bawa dia keluar. 462 00:32:07,926 --> 00:32:10,678 Saya ikut mereka ke kawasan perubatan 463 00:32:11,387 --> 00:32:15,141 dan hal yang saya nampak sangat menakutkan dan mengejutkan. 464 00:32:17,518 --> 00:32:22,190 Saya nampak darah di atas tanah. Ada orang kepalanya dikokot. 465 00:32:22,273 --> 00:32:24,275 Ada yang diberi IV. 466 00:32:25,026 --> 00:32:27,403 Ada yang nampaknya patah kaki. 467 00:32:27,487 --> 00:32:32,784 Ada yang terbaring di katil lipat dan nampak macam tak bernyawa. 468 00:32:33,868 --> 00:32:36,621 Saya rawat enam, tujuh pesakit pada satu masa. 469 00:32:36,704 --> 00:32:41,334 Semuanya dirampas daripada kami, peralatan, bahan dan bekalan kami. 470 00:32:41,417 --> 00:32:45,046 Semuanya lesap. Saya kata, "Sudah. Saya tak tahan." 471 00:32:45,129 --> 00:32:46,422 "Saya nak balik." 472 00:32:53,721 --> 00:32:56,766 Hei, Woodstock. Bangunlah! 473 00:32:57,684 --> 00:32:59,560 Fred Durst tak halang mereka. 474 00:32:59,644 --> 00:33:04,691 Dia sertai sekali. Dia naik atas papan dan cuba meluncur tubuh. 475 00:33:05,400 --> 00:33:07,902 Dia berpusing-pusing macam ada kutu. 476 00:33:07,986 --> 00:33:10,488 Begini… Saya fikir, "Apa dia buat?" 477 00:33:16,369 --> 00:33:19,998 Saya tak pernah hentikan persembahan mana-mana artis. 478 00:33:26,004 --> 00:33:28,923 Woodstock 1999! 479 00:33:29,465 --> 00:33:33,678 Saya jumpa pengurus produksi dan kata, "Fred, tamat set." 480 00:33:35,555 --> 00:33:37,473 Bertenang, tarik nafas. 481 00:33:38,474 --> 00:33:41,519 Ada orang cedera di sini dan mereka saudara anda. 482 00:33:43,021 --> 00:33:44,355 Limp Bizkit dah turun. 483 00:33:44,439 --> 00:33:47,233 Fred, pernah nampak hal sebegitu dalam hidup? 484 00:33:47,316 --> 00:33:50,153 Saya tak pernah buat begitu dalam hidup saya. 485 00:33:50,236 --> 00:33:53,156 Adakah menakutkan apabila penonton mula tanggal 486 00:33:53,239 --> 00:33:55,158 dan cabut papan dari menara? 487 00:33:55,241 --> 00:33:57,869 Oh, Tuhan. Bukan salah kami. 488 00:33:57,952 --> 00:34:01,831 Itu saja yang saya boleh cakap. Ia hebat. Mengagumkan. 489 00:34:02,582 --> 00:34:07,295 Saya tak ambil kira betapa biadabnya Fred Durst. 490 00:34:08,171 --> 00:34:09,297 Dia menikmatinya. 491 00:34:10,214 --> 00:34:13,760 Fred boleh tenangkan mereka sekejap saja. 492 00:34:13,843 --> 00:34:16,304 Sebaliknya, dia menyemarakkan khalayak. 493 00:34:17,138 --> 00:34:20,767 Fred tak patut dipersalahkan oleh sesiapa. 494 00:34:20,850 --> 00:34:24,896 Tiada cara untuk kawal 300,000 orang. 495 00:34:25,813 --> 00:34:29,609 Perkara terbaik dia boleh buat adalah beri persembahan terbaik. 496 00:34:29,692 --> 00:34:30,943 Itulah yang dia buat. 497 00:34:32,320 --> 00:34:35,364 Tak boleh salahkan Limp Bizkit jadi Limp Bizkit. 498 00:34:35,448 --> 00:34:37,742 Macam salahkan beruang jadi beruang. 499 00:34:37,825 --> 00:34:40,578 Limp Bizkit adalah seadanya mereka. 500 00:34:46,000 --> 00:34:49,837 Malam Sabtu adalah kali pertama saya betul-betul rasa tak selamat. 501 00:34:52,465 --> 00:34:56,177 Seolah-olah sesuatu yang serius bakal berlaku. 502 00:34:56,260 --> 00:35:01,265 Persoalannya hanyalah, apa? Bila? Di mana? 503 00:35:06,687 --> 00:35:10,149 Hanya ada satu tempat boleh pergi untuk teruskan parti. 504 00:35:11,484 --> 00:35:12,985 Iaitu parti hangar. 505 00:35:26,999 --> 00:35:28,835 Ada perasaan tak menyenangkan. 506 00:35:30,253 --> 00:35:33,381 Saya asyik dengar peminat meruntuhkan dinding. 507 00:35:35,466 --> 00:35:37,760 Kini mereka semua ke kemudahan saya 508 00:35:37,844 --> 00:35:39,720 untuk bermalam bersama saya. 509 00:35:40,972 --> 00:35:42,807 Berpuluh-puluh ribu orang. 510 00:35:43,975 --> 00:35:46,644 Bagi setiap seorang di dalam bangunan, 511 00:35:46,727 --> 00:35:49,188 ada empat orang di luar yang mahu masuk. 512 00:35:50,356 --> 00:35:54,527 Anda boleh bayangkan betapa bahaya situasi itu. 513 00:35:54,610 --> 00:35:56,154 Jom. 514 00:35:57,780 --> 00:35:59,991 Barisan artis ialah Fat Boy Slim. 515 00:36:02,785 --> 00:36:06,372 Saya di bilik persalinan sepanjang petang dengan orang kata, 516 00:36:06,455 --> 00:36:08,374 "Agak huru-hara di luar sana." 517 00:36:08,457 --> 00:36:11,252 Tapi tiada sesiapa beritahu ada kerosakan 518 00:36:11,335 --> 00:36:12,795 dan berlaku keganasan. 519 00:36:14,463 --> 00:36:18,926 Semasa berjalan baik ke pentas, saya hanya fikir, 520 00:36:19,010 --> 00:36:20,636 "Ini detik yang penting." 521 00:36:21,345 --> 00:36:25,016 "Cuba menaikkan tenaga untuk menyamai tenaga penonton." 522 00:36:33,232 --> 00:36:36,027 Mula dengan "Fatboy Slim is Fucking in Heaven." 523 00:36:36,110 --> 00:36:38,029 Ia satu kenyataan yang berani… 524 00:36:42,033 --> 00:36:44,035 Hanya untuk tarik perhatian semua. 525 00:36:53,169 --> 00:36:55,630 Sekejap, semua menunggu sesuatu berlaku, 526 00:36:55,713 --> 00:36:57,924 sekelip mata semua melompat-lompat. 527 00:37:04,639 --> 00:37:07,600 Saya suka huru-hara dan berada di tengah-tengahnya. 528 00:37:07,683 --> 00:37:09,185 Memang huru-hara. 529 00:37:11,395 --> 00:37:12,605 Di Woodstock 1999, 530 00:37:13,272 --> 00:37:17,610 parti kerumunan menentukan realiti bagi penonton 531 00:37:17,693 --> 00:37:19,403 dan keinginan sebenar. 532 00:37:21,656 --> 00:37:23,658 Penonton memang tak terkawal. 533 00:37:24,617 --> 00:37:28,329 Berdansa dengan bersemangat, berjalan macam zombi. 534 00:37:29,664 --> 00:37:33,376 Saya nampak ada orang hantuk kepala pada lantai 535 00:37:33,459 --> 00:37:34,585 sehingga berdarah 536 00:37:34,669 --> 00:37:38,339 disebabkan khayal dadah yang mereka ambil. 537 00:37:39,173 --> 00:37:43,219 Anda boleh nampak secara terbuka orang berjalan dan edarkan ekstasi. 538 00:37:45,846 --> 00:37:49,308 Saya ingat saya suluh lampu suluh ke penjuru 539 00:37:49,392 --> 00:37:52,687 dan nampak orang berhubungan seks dalam posisi merangkak. 540 00:37:54,397 --> 00:37:56,065 Pengalaman zaman jahiliah. 541 00:37:58,401 --> 00:38:02,446 Saya nampak dari pentas pada salah satu dinding hangar, 542 00:38:02,530 --> 00:38:06,158 beberapa orang berbogel berbaris dengan tangan pada dinding 543 00:38:06,242 --> 00:38:08,035 dan ramai di belakang mereka. 544 00:38:09,287 --> 00:38:10,454 Apa mereka buat? 545 00:38:12,707 --> 00:38:15,251 Ceramah agama mana awak nak? 546 00:38:25,803 --> 00:38:30,266 Tiada peraturan. Tiada undang-undang, keselamatan, 547 00:38:31,225 --> 00:38:32,727 tak bermakna. 548 00:38:32,810 --> 00:38:34,979 Woodstock 1999! 549 00:38:35,062 --> 00:38:37,648 Ketika inilah detik dalam dokumentari ini, 550 00:38:37,732 --> 00:38:40,026 yang mana dron rendah masuk dan… 551 00:38:41,402 --> 00:38:43,404 Ketika ini, keadaan mula teruk. 552 00:38:47,158 --> 00:38:51,620 Saya ingat ada orang kata, "Biar betul. Apa itu?" 553 00:38:52,747 --> 00:38:55,583 Saya ingat lagi saya pandang ke luar tingkap, 554 00:38:55,666 --> 00:38:58,461 dan nampak beberapa cahaya 555 00:38:58,544 --> 00:39:01,130 bergerak ke arah kerumunan. 556 00:39:03,215 --> 00:39:04,967 Saya tahu kami ada masalah. 557 00:39:10,556 --> 00:39:12,558 Mereka merampas kenderaan. 558 00:39:12,641 --> 00:39:15,061 Kita perlu hentikan. Ia sangat berbahaya. 559 00:39:16,687 --> 00:39:22,360 Saya sedar, platform yang saya anggap adalah platform tarian terapung, 560 00:39:22,443 --> 00:39:27,740 seperti podium, dengan 20 atau 30 orang di atasnya, 561 00:39:27,823 --> 00:39:29,825 rupa-rupanya sebuah van. 562 00:39:31,577 --> 00:39:33,287 Kami menuju ke bawah, 563 00:39:33,913 --> 00:39:37,625 kami bertemu kenderaan itu apabila ia separuh masuk bangunan. 564 00:39:38,209 --> 00:39:39,126 Biar betul! 565 00:39:40,127 --> 00:39:42,505 Kemudian bahu saya ditepuk. 566 00:39:43,214 --> 00:39:45,925 Katanya, "Hentikan muzik. Van perlu dialih." 567 00:39:46,717 --> 00:39:49,929 "Aduhai, bukan malam ini. Ini Woodstock." 568 00:39:50,012 --> 00:39:52,098 Semuanya berjalan lancar. 569 00:39:52,807 --> 00:39:54,683 Kecewa! 570 00:39:55,893 --> 00:39:59,647 Kita perlu alihkan trak dari tempat acara 571 00:39:59,730 --> 00:40:02,400 jika tidak, Fatboy tak boleh teruskan. 572 00:40:06,987 --> 00:40:10,199 Orang mula baling barang kepada dia dan saya. 573 00:40:13,953 --> 00:40:16,372 Bukan salah saya. 574 00:40:16,914 --> 00:40:18,624 Itulah saatnya 575 00:40:18,707 --> 00:40:23,212 apabila semuanya mula kurang menyeronokkan. 576 00:40:24,255 --> 00:40:26,632 Celaka. Huru-hara betul. 577 00:40:28,968 --> 00:40:32,513 Saya naik ke bahagian penumpang van 578 00:40:32,596 --> 00:40:34,640 dan nampak pemandunya. 579 00:40:34,723 --> 00:40:37,184 Daripada mata, nampak pandangannya kosong. 580 00:40:37,268 --> 00:40:39,895 Dia khayal. 581 00:40:39,979 --> 00:40:42,314 Penyelia keselamatan masuk. 582 00:40:42,398 --> 00:40:45,192 Ada orang menjerit, katanya ada senjata. 583 00:40:45,943 --> 00:40:49,405 Ia parang lama yang berkarat. 584 00:40:49,488 --> 00:40:53,284 Saya pergi ke pintu tepi, buka pintu. Ia terbuka. 585 00:40:53,367 --> 00:40:58,664 Perkara pertama saya nampak, gadis yang mungkin berusia 15, 16 tahun 586 00:40:58,747 --> 00:41:01,876 yang mana bajunya di atas buah dadanya 587 00:41:01,959 --> 00:41:05,588 dan seluarnya dicabut ke buku lali. Dia pengsan. 588 00:41:05,671 --> 00:41:10,009 Ada seorang lelaki di belakangnya sedang memakai semula seluar. 589 00:41:10,593 --> 00:41:13,304 Saya tergamam. Saya sangat terkejut. 590 00:41:14,638 --> 00:41:16,891 Pekerja pentas bawa ke belakang pentas 591 00:41:16,974 --> 00:41:18,684 dan dia dibawa naik ambulans. 592 00:41:19,727 --> 00:41:21,937 Tak pasti dengan lelaki di dalam van 593 00:41:22,021 --> 00:41:27,151 tapi kami cuba hentikan van dan keluarkan dari kerumunan. 594 00:41:28,444 --> 00:41:30,779 Orang tak sedar hal yang baru jadi. 595 00:41:32,531 --> 00:41:35,201 Sangat dahsyat memikirkan 596 00:41:35,284 --> 00:41:37,786 ketika di tengah ramai orang berseronok 597 00:41:37,870 --> 00:41:40,748 dan saya mahu buat semua orang saling menyayangi, 598 00:41:40,831 --> 00:41:43,292 perkara begitu jadi dekat dengan kami. 599 00:41:48,506 --> 00:41:50,591 Semua kru dan syarikat rakaman, 600 00:41:50,674 --> 00:41:53,511 rasa sangat terganggu. Nampak dari mata mereka. 601 00:41:53,594 --> 00:41:55,221 Mereka tak keterlaluan. 602 00:41:55,304 --> 00:41:58,807 Situasi jadi dahsyat dan ia tak selamat. 603 00:42:05,272 --> 00:42:08,692 "Ada kereta di sana. Jangan risau tentang rekod awak. " 604 00:42:08,776 --> 00:42:11,028 "Kami ambilkan. Awak masuk kereta." 605 00:42:11,111 --> 00:42:12,738 "Keluar dari sini." 606 00:42:13,405 --> 00:42:15,991 Darah saya berderau. 607 00:42:16,075 --> 00:42:19,537 Saya buat seperti yang disuruh dan lari. 608 00:42:22,831 --> 00:42:24,458 Terus ke lapangan terbang, 609 00:42:24,542 --> 00:42:28,212 kami tidur di sana sehingga penerbangan keesokan harinya. 610 00:42:28,295 --> 00:42:29,672 Woodstock 1999! 611 00:42:34,552 --> 00:42:36,762 Gadis di dalam van itu adalah akibat 612 00:42:36,845 --> 00:42:40,182 daripada hal yang dibiarkan berlaku sepanjang masa di sana. 613 00:42:41,850 --> 00:42:43,352 Ia sepatutnya Woodstock. 614 00:42:44,728 --> 00:42:48,607 Pada tahap itu, kami sedar ia bukan Woodstock. 615 00:42:48,691 --> 00:42:51,193 Ia cuma huru-hara. 616 00:42:51,277 --> 00:42:53,654 Woodstock! 617 00:42:55,072 --> 00:42:57,324 Memang tak terkawal sekarang. 618 00:42:58,701 --> 00:43:00,869 Sekarang ia bahaya. Ia menakutkan. 619 00:43:00,953 --> 00:43:03,539 Malam Sabtu malapetaka berlaku. 620 00:43:03,622 --> 00:43:07,418 Keadaan di luar kawalan. Kemudian, datang hari Ahad. 621 00:43:26,979 --> 00:43:29,815 Kami akan keluar dari sini. Beredar. 622 00:44:30,417 --> 00:44:35,422 Terjemahan sari kata oleh Farhana Syazwani