1 00:01:33,384 --> 00:01:34,886 Kerana itu, 2 00:01:34,886 --> 00:01:38,932 Kana Arima akan jadi peranan utama di JIF! 3 00:01:39,432 --> 00:01:41,142 Tepuk tangan! 4 00:01:41,726 --> 00:01:44,979 Berikan komen tentang perasaan awak dipilih sebagai peranan utama! 5 00:01:44,979 --> 00:01:46,356 Mari lihat. 6 00:01:47,690 --> 00:01:49,609 Pertama, tutup kamera itu. 7 00:01:51,402 --> 00:01:52,821 Saya dah kata, bukan? 8 00:01:52,821 --> 00:01:55,406 Yang saya tak nak jadi peranan utama berkali-kali. 9 00:01:55,990 --> 00:01:57,117 Adakah ini apa yang saya fikir? 10 00:01:57,117 --> 00:01:59,911 Awak fikir orang yang mudah terpengaruh seperti saya 11 00:01:59,911 --> 00:02:04,791 takkan dapat menolaknya nanti jika awak semua umumkannya depan kamera? 12 00:02:04,791 --> 00:02:06,376 Alamak, dia tahu! 13 00:02:06,376 --> 00:02:07,877 Tentang itu! 14 00:02:07,877 --> 00:02:10,964 Ruby dan saya dah bincang semasa kami karaoke bersama-sama. 15 00:02:10,964 --> 00:02:14,843 Namun kami sedar yang kami berdua tak cukup bagus untuk jadi peranan utama. 16 00:02:15,426 --> 00:02:19,097 Dan ketika itulah kami nampak video muzik untuk lagu awak. 17 00:02:22,392 --> 00:02:24,185 Jadi kamu sudah tengok. 18 00:02:24,686 --> 00:02:29,691 Mereka salah sangka saya boleh menyanyi sebab lagu "Senaman Lada Benggala" laris 19 00:02:29,691 --> 00:02:32,277 dan semua orang menerima akibat untuk itu. 20 00:02:33,069 --> 00:02:36,614 Lupakan yang awak pernah nampak. Itu simbol masa saya hilang tujuan. 21 00:02:36,614 --> 00:02:40,410 Zaman gelap semasa saya hilang tujuan dalam bidang ini. 22 00:02:41,119 --> 00:02:43,163 Awak tak perlu katanya begitu. 23 00:02:43,163 --> 00:02:47,125 Saya hampir terkencing melihat betapa sikitnya yang terjual. 24 00:02:47,125 --> 00:02:49,752 Semua orang yang terlibat nak lupakannya. 25 00:02:52,505 --> 00:02:55,758 Sebenarnya, saya rasa "Senaman Lada Benggala" itu sumbang. 26 00:02:56,301 --> 00:03:00,138 Namun lagu kedua awak sangat bagus. 27 00:03:00,138 --> 00:03:02,265 Dan lagu ketiga awak lebih baik. 28 00:03:03,266 --> 00:03:05,101 Awak mesti banyak berlatih, ya? 29 00:03:05,101 --> 00:03:08,813 Awak bekerja keras untuk memenuhi jangkaan semua orang. 30 00:03:09,397 --> 00:03:12,942 Orang bertanggungjawab macam awak patut berada di tengah B Komachi... 31 00:03:12,942 --> 00:03:13,818 Diam! 32 00:03:14,402 --> 00:03:17,697 Awak fikir saya akan terpengaruh jika awak asyik puji saya, betul? 33 00:03:18,281 --> 00:03:19,532 Awak fikir saya bodoh? 34 00:03:20,575 --> 00:03:22,952 Saya betul-betul tak boleh lakukan ini. 35 00:03:22,952 --> 00:03:25,955 Tak kira berapa kali awak minta, saya takkan jadi peranan utama! 36 00:03:28,917 --> 00:03:30,793 Maaf kami bertindak tanpa berbincang dengan awak. 37 00:03:30,793 --> 00:03:32,337 Kami takkan tanya lagi. 38 00:03:33,630 --> 00:03:37,258 Namun sekurang-kurangnya dengarlah nyanyian kami. 39 00:03:47,644 --> 00:03:49,604 Hei, bukankah ini agak bagus? 40 00:03:49,604 --> 00:03:52,148 Saya dah agak Arima patut jadi peranan utama! 41 00:03:52,148 --> 00:03:54,108 Kalau begini, kita akan berjaya di JIF! 42 00:03:54,108 --> 00:03:58,321 Aduhai! Kenapa saya selalu begini? 43 00:03:58,321 --> 00:04:04,452 Saya tak sangka kita dapat mengubah keadaan yang teruk itu. 44 00:04:04,452 --> 00:04:07,247 Saya dah agak ia akan jadi begini dari awal. 45 00:04:07,247 --> 00:04:09,040 Diamlah, Pelik dan Sumbang! 46 00:04:09,707 --> 00:04:14,254 Saya tak sangka calon idola boleh jadi seteruk ini dalam nyanyian. 47 00:04:14,254 --> 00:04:15,713 Berdasarkan nyanyian awak, 48 00:04:15,713 --> 00:04:18,841 saya boleh lihat awak hidup selesa dengan bergantung kepada rupa awak. 49 00:04:18,841 --> 00:04:20,260 Kejamnya. 50 00:04:21,511 --> 00:04:25,223 Betul, saya yang patut lakukannya. 51 00:04:26,182 --> 00:04:28,935 Namun saya sebenarnya tak nak lakukannya. 52 00:04:34,107 --> 00:04:37,819 Apa yang awak semua akan buat tanpa saya? 53 00:04:37,819 --> 00:04:41,197 Pastikan awak bekerja keras untuk buat saya menyerlah! 54 00:04:41,197 --> 00:04:42,240 Okey! 55 00:04:42,824 --> 00:04:44,826 Saya gembira ia berhasil! 56 00:04:44,826 --> 00:04:49,914 Kenapa mulut saya selalu kata benda yang berlawanan dengan fikiran saya? 57 00:04:51,708 --> 00:04:53,584 Nampaknya ia dah diputuskan. 58 00:04:53,584 --> 00:04:55,044 CEO! 59 00:04:55,628 --> 00:04:58,256 Konsert itu dah tak lama lagi. 60 00:04:58,256 --> 00:05:01,217 Ketika inilah kamu perlu betul-betul bekerja keras. 61 00:05:01,217 --> 00:05:05,013 Saya dapatkan seseorang untuk sokong awak jadi gunakan dia sebaik-baiknya. 62 00:05:05,596 --> 00:05:07,515 Seseorang untuk sokong kami? 63 00:05:07,515 --> 00:05:10,727 Mungkin Aqua... 64 00:05:10,727 --> 00:05:13,187 - Hei. - Tunggu, awak rupanya? 65 00:05:13,187 --> 00:05:15,189 Pieyon, lama tak jumpa! 66 00:05:15,189 --> 00:05:16,524 Apa? Yang sebenar? 67 00:05:16,524 --> 00:05:18,443 Awak produk kami yang paling laris! 68 00:05:18,443 --> 00:05:20,611 Saya merayu, tolong kerja seperti biasa! 69 00:05:20,611 --> 00:05:24,157 En. Pieyon pernah jadi penari profesional dulu! 70 00:05:24,157 --> 00:05:27,577 Dia kata dalam videonya yang dia pernah buat koreografi untuk idola. 71 00:05:27,577 --> 00:05:28,995 Yakah? 72 00:05:28,995 --> 00:05:32,498 Bagaimana rupa kami daripada pandangan seorang profesional? 73 00:05:32,498 --> 00:05:35,960 Saya rasa kami dah agak okey sekarang. 74 00:05:36,544 --> 00:05:42,133 Ada ramai gadis di tahap awak yang buat persembahan atas pentas. 75 00:05:42,133 --> 00:05:46,137 Namun jika awak nak kualiti yang sebenar, 76 00:05:46,137 --> 00:05:48,097 pertama, awak perlukan stamina! 77 00:05:48,097 --> 00:05:50,058 Sepuluh lagi larian daki bukit! 78 00:05:51,392 --> 00:05:55,021 Dan selepas awak dah letih, buat latihan penuh senarai set awak tiga kali! 79 00:05:55,605 --> 00:05:58,524 Kena ada stamina dulu untuk mengekalkan kualiti awak! 80 00:05:58,524 --> 00:06:01,360 Jangan lupa untuk senyum juga! 81 00:06:12,205 --> 00:06:13,998 Sebelum korus lagu kedua, 82 00:06:13,998 --> 00:06:17,585 jika kita pusing dari pentas kiri dan bertukar, bukankah itu nampak hebat? 83 00:06:17,585 --> 00:06:19,087 Macam bagus! 84 00:06:19,087 --> 00:06:21,047 Kemudian bagaimana jika kita aturkan ini semula juga... 85 00:06:21,047 --> 00:06:24,926 Dari mana mereka dapat semua tenaga itu? 86 00:06:26,594 --> 00:06:28,137 Awak menyesalkah? 87 00:06:30,098 --> 00:06:31,599 Menjadi idola. 88 00:06:32,100 --> 00:06:33,643 En. Pieyon. 89 00:06:33,643 --> 00:06:37,730 Tak, ini sesuatu yang saya putuskan untuk diri saya jadi saya tak menyesal. 90 00:06:38,356 --> 00:06:40,775 Namun saya memang fikir saya tak sesuai untuk ini. 91 00:06:41,734 --> 00:06:44,237 Saya tak rasa saya boleh jadi idola langsung. 92 00:06:44,237 --> 00:06:46,531 Apatah lagi peranan utama. 93 00:06:47,240 --> 00:06:51,160 Awak boleh menyanyi jadi kenapa awak benci sangat jadi yang utama? 94 00:06:51,160 --> 00:06:54,956 Sebab yang utama adalah wajah kumpulan, betul? 95 00:06:54,956 --> 00:06:57,792 Orang seperti saya tak patut berada dalam posisi itu. 96 00:06:57,792 --> 00:06:59,627 Apa maksud awak "orang seperti saya"? 97 00:06:59,627 --> 00:07:02,713 Saya rasa Kana Arima menakjubkan. 98 00:07:03,381 --> 00:07:06,592 Semua orang selalu kata benda seperti itu dengan begitu mudah. 99 00:07:07,176 --> 00:07:09,095 Walaupun mereka tak tahu apa-apa. 100 00:07:10,430 --> 00:07:12,765 Apa yang awak tahu tentang saya? 101 00:07:12,765 --> 00:07:14,725 Biar saya fikir. 102 00:07:14,725 --> 00:07:17,979 Awak rajin, selalu bersenam dan buat senaman suara setiap pagi. 103 00:07:17,979 --> 00:07:19,897 Mulut awak celupar sebab awak tak yakin pada diri sendiri. 104 00:07:19,897 --> 00:07:23,693 Awak lebih gembira apabila cerita itu lebih terkenal daripada diri awak. 105 00:07:23,693 --> 00:07:25,236 Awak sebenarnya benci lada benggala. 106 00:07:25,236 --> 00:07:27,822 Apa? Awak betul-betul kenal saya! 107 00:07:27,822 --> 00:07:28,906 Gembiranya saya. 108 00:07:29,907 --> 00:07:32,910 Pengetahuan dia tentang saya memang tepat. 109 00:07:33,453 --> 00:07:36,497 Alamak. Saya rasa saya mula suka Pieyon sekarang. 110 00:07:37,498 --> 00:07:39,625 Mungkinkah awak peminat saya? 111 00:07:39,625 --> 00:07:40,668 Betul. 112 00:07:40,668 --> 00:07:42,503 Apa? Mustahillah! 113 00:07:46,799 --> 00:07:49,802 Saya tak tahu pun yang saya ada peminat sekarang. 114 00:07:50,887 --> 00:07:53,764 Saya tak pernah kata dengan rasmi saya benci lada benggala 115 00:07:53,764 --> 00:07:55,766 jadi saya terkejut awak perasan. 116 00:07:55,766 --> 00:07:57,768 Sebenarnya, saya pun tak suka. 117 00:07:57,768 --> 00:07:58,978 Kita komrad! 118 00:07:58,978 --> 00:08:01,606 Benda itu rasa terlalu kuat. 119 00:08:01,606 --> 00:08:04,066 Ia buat seluruh makanan itu rasa seperti lada benggala. 120 00:08:04,066 --> 00:08:05,234 Betul! 121 00:08:05,234 --> 00:08:08,821 Semasa "Senaman Lada Benggala" saya, saya perlu paksa diri makannya. 122 00:08:09,322 --> 00:08:11,616 Sekarang saya rasa gatal hanya dengan melihatnya. 123 00:08:11,616 --> 00:08:13,201 Kasihannya. 124 00:08:13,784 --> 00:08:15,161 Awak tak suka bunga kekwa? 125 00:08:15,161 --> 00:08:18,206 Ya, saya tak tahan! Ia sama pahit dengan lada benggala. 126 00:08:18,206 --> 00:08:19,207 Hei. 127 00:08:19,207 --> 00:08:21,834 Seronoknya dapat borak dengan kasual bersama dia. 128 00:08:22,376 --> 00:08:24,587 Ini jarang berlaku. 129 00:08:25,171 --> 00:08:28,549 Saya rasa seperti betul-betul boleh jatuh cinta dengan orang ini. 130 00:08:29,175 --> 00:08:33,262 Mungkin saya patut lupakan Aqua dan suka dia pula. 131 00:08:34,138 --> 00:08:37,558 Gaji dia 100 juta setahun jadi sebenarnya saya boleh saja keluar dengan dia. 132 00:08:38,559 --> 00:08:42,772 Pieyon sangat baik datang sini setiap hari semasa dia mesti sedang sibuk. 133 00:08:42,772 --> 00:08:46,108 Betul? Awak tahu, dia nampak sangat berbeza berbanding dalam video dia! 134 00:08:46,692 --> 00:08:49,570 Saya sangka dia akan jadi lebih tegap 135 00:08:49,570 --> 00:08:52,740 tapi dia sebenarnya agak kurus. 136 00:08:52,740 --> 00:08:56,202 Badan dia pun sama macam Aqua! 137 00:08:56,702 --> 00:09:00,706 Jika abang saya bercakap menggunakan suara itik, saya takkan berhenti gelak! 138 00:09:06,462 --> 00:09:08,005 Ini nampak sangat bagus! 139 00:09:08,005 --> 00:09:09,340 Ya, ia sangat bagus sekarang! 140 00:09:09,340 --> 00:09:10,925 Awak buat dengan baik. 141 00:09:11,509 --> 00:09:13,761 Terima kasih banyak, En. Pieyon! 142 00:09:17,473 --> 00:09:19,475 Baiknya dia! 143 00:09:19,475 --> 00:09:22,061 Tak seperti orang yang bernama Aqua itu. 144 00:09:22,061 --> 00:09:25,731 Arima, betulkah awak bencikan Aqua? 145 00:09:25,731 --> 00:09:28,109 Tiada satu benda pun yang awak boleh suka tentang dia! 146 00:09:28,109 --> 00:09:30,611 Dia tak sensitif dan biadab! 147 00:09:30,611 --> 00:09:32,863 Dia berlagak hebat tapi dia cuma menyisihkan diri. 148 00:09:32,863 --> 00:09:36,075 Dia dan adik dia, dua-dua tak pandai layan orang lebih tua! 149 00:09:36,075 --> 00:09:38,828 Mereka tak gunakan panggilan hormat kepada saya juga! 150 00:09:38,828 --> 00:09:41,455 Saya mungkin perlu marah dia sekali! 151 00:09:42,248 --> 00:09:48,045 Saya lebih tua daripada Arima, tapi, saya tak pernah hormat padanya. 152 00:09:48,045 --> 00:09:52,300 Dia lebih comel semasa dia seorang budak. 153 00:09:52,300 --> 00:09:54,343 Awak berdua dah lama kenal? 154 00:09:54,343 --> 00:09:57,138 Betul, kami bertemu di set semasa kami kecil! 155 00:09:57,138 --> 00:09:59,640 Semasa Aqua dan saya berumur tiga atau empat tahun! 156 00:09:59,640 --> 00:10:02,768 Awak tahu, awak takkan lupa orang seperti itu selepas awak jumpa dia! 157 00:10:02,768 --> 00:10:05,771 Sejak itu, dia sentiasa berada di fikiran saya! 158 00:10:05,771 --> 00:10:10,318 Saya sangka dia seperti malaikat dulu tapi tengoklah betapa jahatnya dia sekarang! 159 00:10:10,318 --> 00:10:12,987 Kalaulah dia tak rosakkan memori saya! 160 00:10:14,196 --> 00:10:17,366 Rehat dah tamat! Jom berlatih! 161 00:10:22,663 --> 00:10:24,332 Akhirnya esok adalah hari konsert. 162 00:10:24,832 --> 00:10:26,626 Apa pendapat awak tentang prestasi mereka? 163 00:10:27,126 --> 00:10:29,170 Saya rasa mereka dah bertambah baik. 164 00:10:30,004 --> 00:10:32,632 Tarian Ruby memang cantik dari awal lagi. 165 00:10:33,215 --> 00:10:36,385 Mem-cho boleh bergerak dengan hati-hati apabila dia lihat keadaan sekelilingnya. 166 00:10:36,385 --> 00:10:39,513 Dan Cik Arima ikhlas dan dia cepat tangkap. 167 00:10:39,513 --> 00:10:43,142 Walaupun dia sedang menyanyi, tiada kesilapan besar dalam tariannya. 168 00:10:43,142 --> 00:10:44,060 EN. PIEYON 169 00:10:44,060 --> 00:10:48,230 Hari ini, suruh mereka berlatih dengan penanda tempat kemudian rehat untuk esok. 170 00:10:48,230 --> 00:10:49,148 Okey. 171 00:10:50,232 --> 00:10:54,487 Terima kasih sebab terima permintaan yang menyusahkan ini semasa bercuti. 172 00:10:54,487 --> 00:10:58,407 Saya suka gadis-gadis itu juga. 173 00:10:58,407 --> 00:11:00,826 Saya gembira awak minta tolong saya. 174 00:11:01,410 --> 00:11:04,038 Namun saya agak terkejut. 175 00:11:04,747 --> 00:11:08,626 Sebab tiada siapa perasan awak berlakon jadi saya. 176 00:11:09,210 --> 00:11:10,711 Ia menakjubkan. 177 00:11:10,711 --> 00:11:14,507 Bolehkah sesiapa yang berlakon lakukan ini dengan begitu mudah? 178 00:11:14,507 --> 00:11:18,135 Saya tak tahu. Saya pasti orang yang hebat boleh lakukannya. 179 00:11:18,135 --> 00:11:19,220 Yakah? 180 00:11:20,137 --> 00:11:22,932 Namun ini perlukah? 181 00:11:22,932 --> 00:11:25,142 Awak tak perlu bersusah-payah berlakon jadi saya... 182 00:11:25,142 --> 00:11:28,187 Dia mungkin enggan dengar apa-apa yang saya kata. 183 00:11:28,771 --> 00:11:33,025 Sebab itu saya fikir dia akan dengar kata-kata awak, En. Pieyon. 184 00:11:34,151 --> 00:11:37,863 Namun saya rasa dia pasti akan dengar walaupun awak yang katakannya. 185 00:11:40,699 --> 00:11:43,577 Saya sebenarnya seseorang yang agak lemah. 186 00:11:47,957 --> 00:11:51,168 Masanya dah tiba! Kita akan debut sebagai idola! 187 00:11:51,168 --> 00:11:52,628 Apa yang patut kita buat? 188 00:11:52,628 --> 00:11:54,630 Diamlah. 189 00:11:54,630 --> 00:11:56,173 Tidur sajalah. 190 00:11:56,173 --> 00:11:58,676 Jangan pandang rendah kepentingan tidur. 191 00:11:59,385 --> 00:12:02,346 "Kajian universiti mengatakan kerosakan tak tidur malam 192 00:12:02,346 --> 00:12:06,934 akan berlarutan selama tiga hari dan mengurangkan daya tarikan sebanyak 30%." 193 00:12:06,934 --> 00:12:09,812 Itulah apa yang D**Go kata. 194 00:12:09,812 --> 00:12:11,730 D**Go kata begitu? Jika begitu, saya kena tidur! 195 00:12:12,231 --> 00:12:13,899 Namun saya tak mengantuk langsung! 196 00:12:13,899 --> 00:12:17,862 Saya terlalu teruja! Apa yang saya patut buat? 197 00:12:18,946 --> 00:12:22,283 Mesti bagus dapat rasa seronok sangat. 198 00:12:22,283 --> 00:12:25,703 Mesti teruk apabila awak selalu nampak seperti awak tak berseronok. 199 00:12:25,703 --> 00:12:29,790 Sebaliknya, kenapa awak selalu teruja sangat? 200 00:12:29,790 --> 00:12:33,836 Tiada siapa boleh jangka apa akan berlaku esok. 201 00:12:33,836 --> 00:12:37,756 Kumpulan yang gunakan hubungan seperti kita mungkin akan dikutuk habis-habisan. 202 00:12:37,756 --> 00:12:42,595 Atau mungkin pelanggan tak cukup dan tempat acara itu kosong. 203 00:12:42,595 --> 00:12:45,723 Bagaimana awak boleh kekal positif begitu? 204 00:12:49,560 --> 00:12:51,145 Sebab ini adalah impian saya. 205 00:12:52,480 --> 00:12:57,693 Lama dulu, saya terpaksa duduk dalam rumah sepanjang masa. 206 00:12:58,194 --> 00:13:01,238 Saya tiada harapan untuk masa hadapan. 207 00:13:01,780 --> 00:13:05,576 Saya sangka saya akan mati dengan senyap seperti itu 208 00:13:05,576 --> 00:13:08,662 tanpa mengetahui perasaan teruja atau keseronokan. 209 00:13:09,538 --> 00:13:10,539 Namun... 210 00:13:14,335 --> 00:13:17,796 hidup saya jadi begitu seronok selepas saya jadi peminat fanatik idola. 211 00:13:17,796 --> 00:13:21,133 Hati saya penuh dengan kasih sayang. 212 00:13:23,469 --> 00:13:25,596 Hidup menjadi seorang peminat itu bagus. 213 00:13:25,596 --> 00:13:30,309 Jika awak tak pernah suka idola, senior, awak terlepas satu nikmat dalam hidup. 214 00:13:30,309 --> 00:13:32,561 Saya tak kisah terlepas itu. 215 00:13:32,561 --> 00:13:35,231 Kemudian, ketika itulah saya jumpa seseorang. 216 00:13:35,814 --> 00:13:36,857 Seseorang? 217 00:13:36,857 --> 00:13:38,817 Ya, orang pertama yang saya cinta. 218 00:13:38,817 --> 00:13:40,486 Mesti rasa pahit manis. 219 00:13:40,486 --> 00:13:42,613 Orang itu beritahu saya. 220 00:13:43,197 --> 00:13:46,825 Yang dia akan jadi peminat saya jika saya jadi seorang idola. 221 00:13:47,451 --> 00:13:51,914 Sejak saat itu, saya selalu impikan untuk jadi seorang idola. 222 00:13:52,540 --> 00:13:55,543 Agaknya doktor berada di mana sekarang. 223 00:13:55,543 --> 00:13:58,379 Saya pasti dia masih seorang peminat fanatik idola. 224 00:13:58,921 --> 00:14:02,508 Jadi jika saya boleh jadi popular sebagai seorang idola, 225 00:14:03,259 --> 00:14:05,177 suatu hari nanti... 226 00:14:13,310 --> 00:14:18,023 Baguslah, awak ada peminat untuk menyokong awak. 227 00:14:18,732 --> 00:14:21,902 Saya tak ada sesiapa seperti itu. 228 00:14:22,486 --> 00:14:24,905 Semua orang nampak bintang kanak-kanak dalam diri saya. 229 00:14:25,489 --> 00:14:28,325 Namun tiada siapa yang lihat diri saya sekarang. 230 00:14:31,370 --> 00:14:35,958 Namun ia mengejutkan untuk mengetahui Ruby dulu memencilkan diri. 231 00:14:35,958 --> 00:14:38,460 Aqua dan CEO pun pernah menghadapi banyak masalah. 232 00:14:40,296 --> 00:14:41,589 Topeng Pieyon! 233 00:14:42,548 --> 00:14:44,925 Dia tak pernah tanggalkannya jadi saya rasa ingin tahu 234 00:14:45,551 --> 00:14:48,637 rupa yang berselindung di bawah topeng itu! 235 00:14:58,689 --> 00:15:00,232 PESTA IDOLA JEPUN 236 00:15:01,942 --> 00:15:03,736 Sekarang, kita berada 237 00:15:03,736 --> 00:15:05,738 di Festival Idola Jepun! 238 00:15:07,823 --> 00:15:12,244 Daripada sepuluh buah pentas, kita akan buat persembahan di Pentas Bintang. 239 00:15:12,244 --> 00:15:14,830 Pentas ini ada banyak idola bawah tanah. 240 00:15:14,830 --> 00:15:18,083 Saya lebih suka pentas utama. 241 00:15:18,083 --> 00:15:20,544 Namun awak tahu itu permintaan yang melampau. 242 00:15:20,544 --> 00:15:24,423 Saya rasa gementar sekarang! Saya tak pasti jika saya boleh buat dengan baik. 243 00:15:24,423 --> 00:15:26,884 Jangan risau! Awak cukup tidur, betul? 244 00:15:27,468 --> 00:15:30,304 "'Kajian universiti mengatakan kerosakan tak tidur malam 245 00:15:30,304 --> 00:15:34,141 akan berlarutan selama tiga hari dan mengurangkan daya tarikan sebanyak 30%.' 246 00:15:34,141 --> 00:15:37,102 Itulah apa yang D**Go kata!" adalah apa yang senior kata! 247 00:15:37,102 --> 00:15:40,230 Awak memetik kata-kata seseorang yang petik orang lain yang petik orang lain. 248 00:15:40,230 --> 00:15:43,651 Kebanyakan koreografi B Komachi susah, 249 00:15:43,651 --> 00:15:45,569 jadi ia akan jadi sukar jika kita tak cukup tidur. 250 00:15:45,569 --> 00:15:49,573 Ciri utama kita adalah tarian jadi kita perlu tidur dengan baik! 251 00:15:49,573 --> 00:15:53,786 Apa yang patut saya buat? Akhirnya saya tak dapat tidur langsung. 252 00:15:54,787 --> 00:15:56,455 Jom pergi ke bilik bersiap. 253 00:15:56,455 --> 00:15:57,957 Yay! 254 00:15:57,957 --> 00:16:01,168 - Bagaimana agaknya bilik tukar pakaian? - Aqua di bawah topeng Pieyon? 255 00:16:01,168 --> 00:16:04,338 Namun dia taklah begitu tegap. 256 00:16:04,338 --> 00:16:06,632 Mereka bertukar? Kenapa? 257 00:16:06,632 --> 00:16:09,718 Adakah ia agar saya buat latihan dengan serius? 258 00:16:09,718 --> 00:16:11,971 Adakah kelakuan baik dia dengan saya cuma satu penipuan? 259 00:16:11,971 --> 00:16:15,933 Kepala saya bercelaru. Pada hari yang begitu penting. 260 00:16:15,933 --> 00:16:18,435 Aduhai, inilah yang paling teruk. 261 00:16:19,019 --> 00:16:22,314 Jom pergi bilik bersiap cepat. Jadi saya boleh tidur sekejap. 262 00:16:22,314 --> 00:16:23,691 Bukan ke sana! 263 00:16:23,691 --> 00:16:24,650 Apa? 264 00:16:24,650 --> 00:16:28,487 Bilik bersiap pentas hanya boleh digunakan sebelum giliran awak. 265 00:16:28,487 --> 00:16:29,947 Yakah? 266 00:16:29,947 --> 00:16:31,865 Jadi kita tukar baju di mana? 267 00:16:36,578 --> 00:16:38,580 Hei, alihkan barang awak! 268 00:16:38,580 --> 00:16:40,541 Sesiapa ada tuala wanita? 269 00:16:43,377 --> 00:16:46,463 Neraka apa ini? 270 00:16:46,463 --> 00:16:47,464 Bilik bersiap. 271 00:16:48,048 --> 00:16:51,301 Ramai betul orang di dalam tempat ini. 272 00:16:51,301 --> 00:16:53,929 Ini normal untuk festival dengan pentas yang banyak. 273 00:16:54,513 --> 00:16:58,058 Beratus-ratus penghibur dan staf berkerumun di sini bersama-sama 274 00:16:58,058 --> 00:16:59,643 dan tiada tempat untuk beg awak. 275 00:16:59,643 --> 00:17:03,856 Bilik bersiap betul pun tiada jadi awak tukar baju di belakang pembahagi bilik. 276 00:17:03,856 --> 00:17:07,317 Namun tempat tangkap gambar itu sangat cantik. 277 00:17:07,317 --> 00:17:08,944 Ini adalah kacau-bilau. 278 00:17:08,944 --> 00:17:14,908 Tentulah, kumpulan terkenal dijemput ke pentas utama dapat bilik berasingan. 279 00:17:14,908 --> 00:17:19,455 Namun idola bawah tanah atau biasa-biasa saja semua dilayan begini. 280 00:17:20,164 --> 00:17:23,459 Jika awak nak dilayan lebih baik, awak perlu jadi popular. 281 00:17:24,334 --> 00:17:29,757 Ia akan jadi sibuk sebelum giliran awak jadi makan atau bersedia sementara boleh. 282 00:17:29,757 --> 00:17:31,175 Okey! 283 00:17:37,097 --> 00:17:39,016 Semua perasaan teruja ini... 284 00:17:40,184 --> 00:17:41,518 Awak okey? 285 00:17:41,518 --> 00:17:44,146 Saya cuma tak cukup tidur sangat. 286 00:17:44,146 --> 00:17:45,898 Awak gementar? 287 00:17:45,898 --> 00:17:47,691 Tolonglah, jangan bergurau. 288 00:17:48,442 --> 00:17:52,237 Saya dah berada dalam industri ini sejak menyusu botol lagi. 289 00:17:52,237 --> 00:17:54,823 Mustahil saya akan rasa gementar sekarang. 290 00:17:54,823 --> 00:17:58,077 Serahkan mereka berdua kepada saya. 291 00:17:58,077 --> 00:17:59,286 Yakah? 292 00:17:59,286 --> 00:18:00,788 Boleh saya cakap sekejap? 293 00:18:00,788 --> 00:18:02,247 Ya. 294 00:18:06,502 --> 00:18:10,047 Betul. Saya perlu jaga kumpulan ini. 295 00:18:10,047 --> 00:18:14,802 Dengan pengalaman 17 tahun dalam hiburan, saya perlu jaga dua ekor anak ayam itu. 296 00:18:14,802 --> 00:18:17,054 Jangan rasa tenggelam dengan keadaan. 297 00:18:17,054 --> 00:18:19,306 Jangan takut. Beranikan diri! 298 00:18:19,890 --> 00:18:23,519 Banyak pekerjaan yang bergantung kepada saya. 299 00:18:24,186 --> 00:18:26,814 Jika saya buat silap, semua orang akan dihukum. 300 00:18:27,314 --> 00:18:30,734 Serta saya akan mengkhianati kepercayaan dan jangkaan mereka. 301 00:18:32,027 --> 00:18:34,238 Saya baru teringat benda yang buruk. 302 00:18:34,238 --> 00:18:35,864 Saya tak boleh fikir negatif. 303 00:18:40,661 --> 00:18:43,747 Riak wajah kecewa yang mengatakan, "Nampaknya ini sajalah." 304 00:18:44,248 --> 00:18:47,543 Staf menyertai orang ramai memakai baju mereka sendiri 305 00:18:47,543 --> 00:18:49,503 hanya agar kerusi nampak lebih penuh. 306 00:18:50,087 --> 00:18:55,342 Apabila artis tak dapat memenuhi jangkaan, ia sukar untuk gambarkan kepedihan itu. 307 00:18:57,928 --> 00:19:02,474 Mari berhenti dan kita akan keluarkan yang seterusnya apabila tiba masanya. 308 00:19:03,559 --> 00:19:06,770 Ada tak kerja yang saya boleh buat? 309 00:19:06,770 --> 00:19:07,855 Saya akan buat apa-apa... 310 00:19:07,855 --> 00:19:11,650 Kami adalah agensi lakonan kanak-kanak 311 00:19:11,650 --> 00:19:14,653 jadi kerja di usia awak agak sukar dicari. 312 00:19:15,279 --> 00:19:18,574 Namun saya pasti ada kerja untuk awak di agensi biasa. 313 00:19:19,575 --> 00:19:21,660 Belakang datuk cedera 314 00:19:21,660 --> 00:19:24,288 jadi mak fikir nak balik rumah. 315 00:19:24,288 --> 00:19:26,748 Kana, awak boleh jaga diri sendiri, betul? 316 00:19:26,748 --> 00:19:28,917 Mestilah saya akan okey! 317 00:19:28,917 --> 00:19:31,420 Mak berehatlah juga! 318 00:19:32,129 --> 00:19:34,006 Adakah saya tak diperlukan lagi? 319 00:19:34,006 --> 00:19:36,216 KANA ARIMA MEMBINTANGI KEMANISAN HARI INI 320 00:19:36,216 --> 00:19:37,551 DIA BERNILAIKAH SEKARANG? 321 00:19:37,551 --> 00:19:38,927 ARIMA YANG DEWASA TIADA PEMINAT. 322 00:19:39,511 --> 00:19:42,264 Saya dah tak bernilai sebab saya bukan pelakon kanak-kanak! 323 00:19:42,264 --> 00:19:45,392 Kana Arima yang dewasa tiada peminat! 324 00:19:46,101 --> 00:19:47,519 Sejak bila... 325 00:19:47,519 --> 00:19:51,940 Sejak bila saya kutuk diri sendiri dengan kata-kata seperti komen di internet? 326 00:19:54,902 --> 00:19:56,987 Mengetuai B Komachi? 327 00:19:56,987 --> 00:19:59,907 Angkuhnya saya sebab berani mempertimbangkan itu. 328 00:20:00,407 --> 00:20:02,618 Namun saya perlu lakukannya. 329 00:20:03,202 --> 00:20:04,870 Saya perlu jaga mereka berdua. 330 00:20:07,164 --> 00:20:08,624 Senior! 331 00:20:08,624 --> 00:20:13,629 Alamak! 332 00:20:13,629 --> 00:20:15,464 Saya mula rasa sangat gementar! 333 00:20:15,464 --> 00:20:16,590 Apa? 334 00:20:16,590 --> 00:20:19,676 Awak nampak sangat seronok tadi. 335 00:20:20,260 --> 00:20:22,221 Apabila giliran kita semakin dekat, saya semakin... 336 00:20:22,221 --> 00:20:23,680 Apa yang patut saya lakukan? 337 00:20:23,680 --> 00:20:26,016 Senior, awak tak takut? 338 00:20:26,016 --> 00:20:27,392 Mestilah tak. 339 00:20:27,392 --> 00:20:29,770 Awak fikir saya dah buat ini berapa lama? 340 00:20:30,729 --> 00:20:33,523 Semua orang selalu tipu seperti itu. 341 00:20:35,776 --> 00:20:38,320 Tangan awak sangat sejuk. 342 00:20:38,820 --> 00:20:40,948 Senior, awak pun gementar, betul? 343 00:20:42,157 --> 00:20:43,784 Jangan jadi bodoh! 344 00:20:43,784 --> 00:20:47,162 Saya takkan jadi begitu lemah sehingga awak perlu risau tentang saya! 345 00:20:47,162 --> 00:20:50,457 Anjing kecil yang tiada keyakinan biasanya menyalak lebih banyak. 346 00:20:50,457 --> 00:20:52,417 Namun saya gembira. 347 00:20:52,417 --> 00:20:56,088 Saya rasa lega dapat tahu awak pun takut. 348 00:20:57,673 --> 00:21:01,093 Apa? Adakah awak sebenarnya betul-betul takut? 349 00:21:01,677 --> 00:21:02,886 Awak akan baik-baik saja! 350 00:21:02,886 --> 00:21:05,138 Kita tak lakukan ini bersendirian! 351 00:21:05,138 --> 00:21:06,390 Sebab itulah! 352 00:21:07,057 --> 00:21:08,308 Sebab itulah ini tak bagus! 353 00:21:08,308 --> 00:21:09,643 Ia kerana awak berdua! 354 00:21:10,310 --> 00:21:13,939 Jika saya naik pentas seorang diri, saya takkan kisah tentangnya. 355 00:21:13,939 --> 00:21:17,401 Saya gagal begitu berkali-kali sehingga sekarang. 356 00:21:17,985 --> 00:21:20,654 Namun kali ini, awak berdua ada di sini. 357 00:21:21,446 --> 00:21:23,031 Saya tak nak awak gagal. 358 00:21:23,699 --> 00:21:27,160 Saya tak nak awak melalui apa yang saya alami. 359 00:21:27,786 --> 00:21:31,164 Saya tak berseorangan, sebab itu saya takut. 360 00:21:40,257 --> 00:21:44,303 Saya tak tahu zaman pelakon kanak-kanak awak bagaimana. 361 00:21:44,303 --> 00:21:47,723 Dan saya tak tahu betapa banyak awak pentingkan pengalaman dunia hiburan awak, 362 00:21:48,223 --> 00:21:52,227 tapi pada saya, awak cuma seorang gadis muda. 363 00:21:52,811 --> 00:21:57,065 Awak hanyalah idola baru yang comel dan rajin yang boleh dijumpai di mana-mana. 364 00:21:58,358 --> 00:22:00,152 Buat silap itu normal! 365 00:22:00,152 --> 00:22:01,903 Jom nikmati cabaran ini! 366 00:22:08,201 --> 00:22:11,496 Mari, dah sampai giliran kita untuk tukar baju! Jom pergi, senior! 367 00:22:17,961 --> 00:22:19,046 Aduhai! 368 00:22:19,046 --> 00:22:20,839 Gementarnya saya! 369 00:22:20,839 --> 00:22:23,550 Namun saya sangat teruja! 370 00:22:34,770 --> 00:22:35,937 Saya orang baru. 371 00:22:36,688 --> 00:22:39,524 Idola baharu, Kana Arima. 372 00:24:11,867 --> 00:24:16,872 Terjemahan sari kata oleh Hajar Idris